Ahad, 4 Ogos 2013

Religious Rage: Will Egypt's Muslims & Copts live in peace?

Al Jazeera talks to Muslim Brotherhood spokesman

What's Up Raya 1434H - YB Ust Baihaki (MP Kubang Kerian)

Mengusik nostalgia Syawal

MENJADI orang terkenal dan sangat dikenali bukanlah penghalang kepada beberapa tokoh dalam PAS untuk tidak hidup seperti insan lain.

Biarpun bergelar pemimpin, mempunyai jawatan dalam parti mahupun organisasi, namun mereka tetap manusia yang punya nostalgia dan mimpi sendiri.

Sesekali cuba menyingkap, mengusik nostalgia Ramadan yang melintasi dan Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi. Ada kisah menarik untuk dikongsi bersama.

Bagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ramadan yang ditempuhi banyak mengajarnya untuk tidak lupa kesusahan yang dilaluinya suatu ketika dahulu sehingga tidak mampu membeli baju raya kepada anak dan isteri tercinta.

"Sejak belum menjadi wakil rakyat, isteri mengambil upah menjahit baju sebab kami orang susah awalnya. Jadi ahli Parlimen pada 2004, isteri terus mengambil tempahan pakaian seperti sebelumnya," kata Salahuddin.

Selepas dua penggal menerajui Parlimen Kubang Kerian, beliau kembali ke tempat asalnya di Johor pada PRU13 untuk bertanding di Parlimen Pulai, namun tewas.

Ujian ini bagi Salahuddin suatu yang biasa dalam hidupnya, kerana menang dan kalah adalah nikmat semuanya. Perjalanan hidupnya tetap diteruskan dengan tugas selaku Naib Presiden PAS.

Baginya pengalaman susah amat 'penting' sebagai pengajaran dalam hidup dirinya dan supaya manusia merasai keperitan yang dilalui oleh orang lain.

Kuin: Macam bunga jatuh ke tangan kera...ia berlaku dizaman pemerintahan BN...!!!

AKHIRNYA Kulliyah Muamalat yang menjadi kelompok terakhir bertahan di kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kuala Ketil juga diarah berpindah kembali ke Alor Setar. Bermakna selepas Aidilfitri nanti kosonglah kembali kampus induk Kuin yang telah dirasmikan oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong penghujung tahun lalu.

Apa ertinya apabila kampus induk Kuin yang tersergam indah di Kuala Ketil itu dikosongkan oleh kerajaan negeri? Pertama, ia bermaksud kerajaan Umno tidak berminat lagi untuk menjadikan kampus induk tersebut untuk kegunaan Kuin. Kampus di Kuala Ketil adalah simbol kejayaan kerajaan lalu membangunkan sebuah institusi pendidikan tanpa sesen pun bantuan Pusat.

Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, BN cuba mematikan pembangunan yang dimulakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dahulu.

Secara tidak langsung mereka tidak mahu lima tahun Pakatan memerintah Kedah meninggalkan kesan fizikal terhadap Kedah.

Kedua, bermakna kampus induk Kuin akan dilelong atau disewa. Masakan kerajaan Umno akan membiarkan kampus yang bernilai RM330 juta, hampir lengkap dengan prasarana sebagai sebuah kampus pengajian terbiar begitu sahaja sedangkan kerajaan negeri perlu mencari sumber untuk membayar balik pinjaman terhadap institusi kewangan.

Terdapat khabar angin yang menyebut, timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Jika ia benar, maka ia berita malang bagi rakyat Kedah, khususnya penduduk sekitar Daerah Baling yang mengharapkan Kuala Ketil menjadi sebuah bandar universiti.

Lantaran dapat menghidu kemungkinan tersebut maka kira-kira 500 penduduk setempat bersama para waris dan pelajar Kuin mengadakan himpunan aman di hadapan kampus induk membantah arahan perpindahan pelajar kembali ke Alor Setar.

ANOTHER ONE, WHAT'S HAPPENING! Businessman SHOT DEAD in KK

ANOTHER ONE, WHAT'S HAPPENING! Businessman SHOT DEAD in KKKOTA KINABALU, (Bernama) -- A businessman from Kuching, Sarawak, died after being shot at a car park in front of a restaurant in Beverly Hills, Penampang near here Saturday.

Sabah police commissioner Datuk Hamza Taib identified the victim as Teong Choon Kwong, 44, who operated a resort in Dinawan, Sabah, was shot on the right rib by the assailant.

The incident occurred about 10.30pm while Teong was talking on the phone after leaving the restaurant when the suspect, in a small white vehicle, fired a short at close range with a shot gun, he told a media conference in Kota Kinabalu, Sundaday.

He said Teong died about midnight while undergoing treatment at the Queen Elizabeth Hospital.

Hamza believed that more than one suspect was involved and urged those who witnessed the shooting to contact the police.

In KUALA LUMPUR, police are confident of solving the shooting case involving Arab-Malaysian Bank founder Hussain Ahmad Najadi although the latter's son is reluctant to come to Malaysia.

Kuala Lumpur CID chief, Datuk Ku Chin Wah said the investigation was progressing well as police had sought other sources of information and intelligence-based reports.

Saham Felda semakin susut?

sawit 
Sudah lebih setahun penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, dengan tawaran awam awal (IPO) RM2.19 bilion dan berjaya mengumpul RM10.4 bilion.

Jumlah itu menjadikan penyenaraian FGVH sebagai yang terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook, tahun lalu.

Transformasi daripada organisasi domestik kepada global yang dilakukan bertujuan meningkatkan daya saing dan dilihat dapat menjana pendapatan berganda kepada Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Namun, penyenaraian tersebut mendapat bantahan segelintir peneroka yang mengambil keputusan untuk berarak dan mengadakan protes di hadapan pejabat Felda, serta pelbagai petisyen diserahkan kepada kerajaan bagi membantah penyenaraian itu.

Kini, setahun selepas kekecohan itu, jika berdasarkan graf di Bursa Malaysia, saham FGVH dilihat tidak menentu dan terus menurun sejak penyenaraiannya.

Adakah kebimbangan peneroka Felda yang menentang penyenaraiannya berasas, atau keadaan ini hanya sementara?

Harga minyak sawit rendah

Penurunan harga minyak sawit mentah (CPO) ketika ini adalah antara faktor utama yang dikaitkan dengan prestasi saham FGVH, dan ia dipersetujui oleh penganalisis industri.

Rencana TPPA ancamam baru kepada kedaulatan ekonomi negara?

Ismail Hashim Yahaya

Apa yang menjadi perdebatan hangat daripada kebimbangan dan kerisauan kebanyakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negara berhubungan dengan rundingan Perjanjian Persahabatan (adakah benar-benar sahabat) Trans-Pasifik (TPPA) ialah persoalan kedaulatan dan keputusan menentukan hala tuju  ekonomi dan dasar negara.
Nampaknya di sebalik agenda penjahahan proksi dan kemanusiaan yang sedang berlangsung di Timur Tengah, jika kita teliti dua gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) sedang menggerakkan usaha mengumpil wilayah-wilayah kedaulatan ekonomi negara Selatan.
Di samping sorotan media mengenai perkembangan isu di Timur Tengah, perhatian harus diberikan kepada initiatif ini kerana kesannya amat besar dan parutnya begitu mendalam sekali.
Inisiatif ini menyentuh sejauh manakah negara Selatan dapat membuat dan melakarkan dasar pembangunan dan ekonomi mereka dengan sebebas mungkin.
Kita tidak mahu mereka menjadi tawanan dalam pematuhan kepada rundingan perdagangan yang berbentuk 'soft power'. Melalui catatan sejarah yang berkaitan dengan rundingan perdagangan, British telah banyak kali menipu dan memanipulasi pemimpin kita melalui perjanjian yang bermula dengan kedatangan lanun Francis Light ke Kedah.
Adalah tidak difahami kenapakah patung Francis Light masih tegak berdiri di hadapan muzium Pulau Pinang? Apakah maksud perlambangan di sini?
Tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan isu terpenting yang menentukan antara kejayaan dan kegagalan ekonomi sesebuah negara Selatan itu.
Ia dapat dianggap sebagai bentuk penjajahan semula melalui perjanjian perdagangan. Apa yang penting untuk diperkatakan ialah perbadanan dan syarikat pemilikan kerajaan, kapitalis dan usahawan tempatan dalam sektor-sektor sensitif dan utama seperti perbankan, utiliti, kewangan, perkhidmatan awam, pertanian, industri-industri malah berkaitan syarikat kecil dan sederhana serta layanan tempatan dan status bumiputra akan dicabar melalui perjanjian perdagangan seperti TPPA umpamanya.
Syarikat-syarikat gergasi yang beroperasi mendapati beberapa insentif, sokongan dan layanan yang diberikan kerajaan negara Selatan menafikan mereka peluang perniagaan dan meningkatkan pelaburan.
Umum mengetahui korporat tempatan sama ada dimiliki kerajaan atau yang diperbadankan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara.

Menaikan Kemarahan UMNO: Rezab Selangor Hampir Cecah RM3 Bilion

Jom-Shopping-Raya4
PELABUHAN KLANG, 4 OGOS: Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab Kerajaan Negeri Selangor terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir mencecah RM3 bilion.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, wang rezab itu kemudiannya akan diuruskan mengikut satu garis panduan yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2014 pada bulan November akan datang.
“Dalam Belanjawan November nanti kita akan terangkan bagaimana kita mentadbirkan rezab negeri, bagaimana penggunaannya jika perlu.
“Hanya lima tahun lepas kita asyik sibuk memastikan simpanan kita terkumpul, baru kali ini kita dah ada simpanan terkumpul dan sekarang kita boleh buat beberapa program menggunakannya dengan lebih tertib dan lebih efisyen,” kata Abdul Khalid .
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jom Shopping Bantuan Raya di Pasaraya Besar Econsave, Pandamaran di sini.
Ujar, Abdul Khalid memberitahu pada ketika ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan sasaran jumlah tertentu yang perlu ada dalam rezab Kerajaan Negeri.
Sebaliknya menurut beliau, jumlah rezab tersebut  bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.
“Terpulang pada keadaan ekonomi negeri, kalau ekonomi meningkat, hasil negeri meningkat dan tentulah simpanan negeri dipertingkatkan.
“Ekonomi ini ada turun naik, kalau ekonomi turun kita boleh gunakan rezab ini untuk menolong Kerajaan Negeri dalam pentadbiran,” ujar Abdul Khalid lagi.

Tentera kepung penyokong Morsi di Raba'ah



MESIR: Menjelang pagi ini para penyokong legitimasi yang berhimpun di Medan Raba'ah dikejutkan dengan kehadiran pasukan tentera Mesir (Amnu Markazi) yang mahu mengepung mereka.

TV Al-Quds melaporkan, kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan, pihak tentera sudah berkumpul di Jalan Abbas Aqqad dengan beberapa buah kereta kebal dan kereta perisai siap sedia untuk menggempur.

Kehadiran pasukan tentera itu membuatkan kawasan-tengah Medan Raba'ah lengang kerana peserta himpunan mula berkumpul di setiap pintu utama masuk ke Rabiatul Adawiyah bagi berhadapan dengan ancaman serangan yang bakal berlaku.

Sejak sebulan menduduki Medan Raba'ah, para penyokong Dr Muhammad Morsi telah membina tembok pasir di sekeliling dataran tersebut dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan para peserta himpunan.

Sebelum ini berlaku beberapa siri serangan dari pihak polis Mesir dan kumpulan samseng upahan sehingga menyebabkan ratusan peserta himpunan di sini terkorban dan ribuan lagi cedera.

Difahamkan, pasukan tentera yang lengkap dengan kereta kebal pagi tadi kemudiannya berundur selepas para penyokong Morsi bertegas tidak mahu berganjak.

Kepungan hari ini dibuat selang beberapa hari selepas kenyataan kerajaan sementara yang memberi mandat penuh kepada Menteri Pertahanan Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi untuk bertindak menyuraikan peserta himpunan di Raba'ah.

Syarikat Abu Dhabi minat projek lebuh raya rakyat


 KOTA BHARU: Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan utama menghala ke Kota Bharu sekali lagi menjadi sendat. Kesesakan begitu ketara sejak semalam.

Dan hari ini aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan terpaksa bergerak perlahan.

Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.

Mengambil kira masalah tersebut kerajaan negeri merancang membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km, sebagai laluan alternatif selepas projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.

Anggota Exco kerajaan negeri, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan.

Katanya, langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri.

Apabila keadilan tidak kelihatan, masalah akan timbul


Gambar hiasa.
Kurang dari tiga tahun lalu, penjual buah Tunisia, Mohammed Bouazizi membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap amalam rasuah dan penyalahguaan kuasa di bandar di Mediteranean, bandar Sidi Bouzid.
Api berkenaan terpercik kepada Arab Spring yang bermula di utara Afrika, Tunisia, dan Mesir sebelum merebak ke dunia Arab.
Di Malaysia kerajaan memberi amaran terhadap mereka yang ingin mencetuskan fenomena seperti Arab Spring, dan menegaskan negara ini tiada kadar pengangguran yang tinggi, perniagaan rancak berjalan dengan projek kerajaan dan bantuan tunai.
Namun adakah ianya mencukupi? Manusia semakin radikal atau memilih kawasan di luar sistem untuk menyerlahkan kemarahan mereka dan rasa kecewa apabila hilang harapan terhadap keupayaan sistem untuk membekalkan keadilan dan kesaksamaan.
Mereka hilang harapan - dalam pilihan raya, sistem kehakiman, Peguam Negara, dan paling teruk mereka percaya sistem dibentuk untuk menghalang perubahan yang bermakna.
Rakyat merasakan moral kepimpinan terkurung, tiada lagi kesedaran betul atau salah.
Perasaan kecewa akan menyerlah dan berkemungkinan mampu meletus umpama tindakan penjual buah Tunisia pada 5 Disember 2010.
Jadi, sementara kuasa masih lagi kekal dalam pentadbiran di Putrajaya gembira petisyen pilihan raya ditolak tanpa pendengaran merit kes dan kos yang melampau, bagi yang lain ia hanyalah lagi satu kegagalan sistem menyampaikan kesaksamaan dan keadilan.

Di mana bijaknya menteri sentuh anti raja?

Saya tertengok laporan TV tentang laporan sidang Dewan Negara.

Yang saya kira menjolok mata ialah slot Dato’ Shabrey Cheek mengulang tentang gejala anti raja di kalangan penduduk yang saya adalah hal yang terpinggir oleh segelintir orang yang boleh dikira sampah masyarakat.

Dalam slot itu dia bercakap kawalan yang perlu dibuat bagi membendung kejadian yang dikiranya tidak patriotik. Lalu dipujinya patriotik bangsa Inggeris yang bangga dengan sistem berajanya hingga rakyat Australia yang terpencil dari England itu ikut bangga menyambut kelahiran putera yang jadi waris ke empat takhta England itu.

Tetapi gejala tidak patriotik ini dikatakan berkembang dalam masyarakat kita.

Saya tidak nafikan gejala itu. Di negeri Siam yang begitu keras kekangannya pun ada juga orang tiga sukunya. Jangan dikata di England, di Australia, Kanada dan lain-lain tiada orng tiga suku itu tetapi pembesar-pembesar Thailand  dan Britain tidak menjadikannya isu murahan.

Mereka  tidak ulas dalam media massa dan tidak bercakap mengenainya di khalayak  ramai dan apa lagilah di Parlimen.

Anak-anak raja England itu bukanlah baik belaka. Banyak rumah tangga mereka yang pecah. Di sekeliling Ratu itu sendiri – adiknya, Puterinya, Putera Mahkotanya, menantunya dan cucunya ada kerenah belaka. Tetapi Ratu tidak dapat halang rakyatnya berkata buruk tentang semua kejadian itu.

DAP teliti lebih 200 laporan untuk saman Utusan


KUALA LUMPUR: Biro Undang-undang DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo perlu meneliti lebih 200 laporan dan rencana dalam Utusan Malaysia yang menyerang DAP sejak Januari lalu untuk mengemukakan beberapa saman terhadap akhbar Umno itu.

Demikian ditegaskan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dalam laporan dan rencana yang diterbitkannya, Utusan Malaysia telah berulang-kali menyebarkan pembohongan dan kepalsuan tentang DAP dan pimpinan DAP, terutamanya berkenaan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semasa Kongres Kebangsaan DAP bulan Disember lalu, tanpa mempedulikan prinsip-prinsip asas kewartawanan yang berkaitan dengan etika, kejujuran dan kebenaran.

Katanya, serangan yang diarahkan oleh “war room” Umno/BN dengan tujuan memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP ini mencapai kemuncaknya pada bulan April, sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke-13, dan walaupun rentaknya menjadi perlahan selepas pilihanraya umum Mei lalu, momentumnya meningkat kembali pada bulan Jun dan Julai, sehinggalah Pendaftar Pertubuhan mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC.

Fitnah Beli Hakim : Anwar Gesa Peguam Negara Bertindak

laporan-polis-anwar
PETALING JAYA 4 OGOS : Peguam Negara digesa melaksanakan siasatan menyeluruh berhubung satu dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pendakwa raya dan badan kehakiman negara.
Ia berkaitan satu dakwaan melalui surat lapan halaman yang diedarkan pihak tertentu di kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.
Menurut Anwar, beliau kecewa dengan dakwaan fitnah terbaru yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu itu ketika mana umat Islam masih lagi berpuasa di bulan Ramadan.
“Fitnah itu keterlaluan kerana menghina saya (Anwar) dan dia (Karpal) kerana melibatkan isu pendakwaan dan tuduhan terhadap hakim-hakim yang dibeli dengan jumlah tersebut.
“Maka kita telah mengemukakan laporan polis bersama dan kita telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang bersesuaian terhadap tuduhan fitnah ini,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Beliau membuat laporan polis bersama itu bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh di Balai Polis Merchant Square di sini.

Syria - Are the Syrian Kurds part of the revolution?

Ramadan paling getir di Malaysia


Amin Iskandar@Black:

Ramadan kali ini boleh dikatakan yang paling getir di Malaysia.
Seluruh negara menyaksikan Malaysia ditransformasikan dari sebuah negara aman kepada negara “ala koboi”.
Pelbagai kes pembunuhan melalui tembakan secara dekat oleh pembunuh upahan menggemparkan negara.
Seorang demi seorang gugur ke bumi.
Dari pengasas bank, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan bekas banduan, semuanya tidak terlepas daripada fenomena baru Malaysia ini.
Sebelum ini, Malaysia yang kita kenali bukan begini.
Kalau di Thailand dan Filipina, kejadian bunuh melalui tembakan jarak dekat merupakan perkara biasa.
Kejadian terbaru berlaku di Cheras Perdana semalam pada jam 1.30 petang.
Bekas banduan B Balamurali, 36 ditembak tiga kali didada oleh dua lelaki yang menceroboh rumahnya lalu menembaknya di ruang tamu.
Balamurali baru saja dibebaskan dari penjara pada Jun lalu dan menurut rekod mangsa disabitkan dengan enam kesalahan termasuk mencuri dan yang berkait dengan dadah.
Pemimpin negara menyalahkan peningkatan jenayah dan pembunuhan melalui tembakan kerana pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) dimana mereka mendakwa menyebabkan penjenayah bebas kembali membalas dendam dan membunuh pemberi maklumat.

"Din Ayam" sedia buktikan sabotaj dalam PAS

Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menegaskan beliau sedia tampil dan menyerahkan bukti kepada Jawatankuasa Displin parti berhubung dakwaaan wujudnya usaha sabotaj dalaman parti secara terbuka pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi respon berhubung aduan displin yang dibuat oleh anggota PAS seumur hidup Zulhazmi Shariff baru-baru ini kerana didakwanya tidak menepati prosedur.

NONE"Dua hari ini gajet saya meriah dengan para wartawan. Mereka ingin mendapatkan maklum balas berhubung status seorang lawyer (peguam) bernama Zulhazmi yang kononnya membuat laporan disiplin. Laporan itu tidak menepati prosedur dan tidak perlu saya respon.

"Namun jika ada laporan disiplin yang sah dan saya dirujuk kepadanya, Insya-Allah saya sedia tampil bersama bukti yang telah saya nyatakan sebelum ini dan saya menegaskan bahawa syaratnya mestilah tindakan diambil," kata Zaharudin (kanan).

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya tengah malam tadi.

Pada Jumaat lalu, Zulhazmi (bawah) membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan Zaharuddin kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

If you are 'anak jantan', show proof - Karpal, Anwar to sue Umno man, media

Petisyen PRU: Jangan uji kesabaran rakyat

BUKIT KATIL: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata kerajaan Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang terus menyertai pilihanraya walaupun pelbagai penyelewengan dan kekeliruan berlaku semasa proses pilihanraya diadakan.

'Walaupun kita bertanding di atas padang yang tidak sama rata tetapi kita tetap bertanding kerana mahu peralihan kuasa berlaku dengan aman'.

'PAS tidak pernah gagal menyertai setiap pilihanraya walaupun kita tahu terlalu banyak perkara yang tidak telus dan berat sebelah berlaku, jangan uji kesabaran kami sehingga kami sudah tidak mahu lagi menyertai pilihanraya" ujar Salahuddin.

Beliau berkata jika parti-parti politik sudah tidak mahu menyertai pilihanraya, dibimbangi rakyat akan mengambil jalan lain sebagai protes kepada tindakan kerajaan yang menyeleweng, rasuah, menindas rakyat dan sebagainya.

"Jangan uji kesabaran rakyat yang sehingga ini masih bersabar dengan segala penipuan dan penyelewengan rakyat, kesabaran ini ada tahapnya" tambah Salahudin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi.

Salahuddin juga berkata mahkamah Malaysia seolah-olah seperti Bursa Saham apabila menolak Petisyen Pilihanraya dengan kos yang mencecah ratusan ribu ringgit.

"Keputusan Hakim pada perbicaraan petisyen ini seolah-olah sudah ada skrip, di mana semuanya ditolak dengan kos puluhan ribu malah ada yang mencecah ratusan ribu, mereka sebenarnya menggertak kita supaya lain kali jangan buat petisyen lagi'.

Mesir: Tetap jalan damai, Ikhwan tolak seruan Al-Qaeda



MESIR: Ikhwan Muslimin dengan tegas menolak seruan Pemimpin Al-Qaidah Ayman Al-Zawahiri agar gerakan Islam Mesir itu segera meninggalkan demokrasi.

Sebaliknya, pemimpin Ikhwan yang juga bekas Timbalan Gabenor Alexandria Hasan Al-Berens berkata, Ikhwan Mesir tetap memilih jalan damai dan yakin jalan demokrasi juga boleh menyelesaikan kemelut di Mesir.

Menurut Hasan, apa yang berlaku di Mesir ketika ini adalah "demokrasi telah diculik" oleh pihak tentera yang melakukan rampasan kuasa.

“Ikhwan yakin bahwa demokrasi layak mendapatkan pengorbanan, dan kami akan membuat pengorbanan ‘damai’ untuk mengembalikannya.

"Kami tidak akan meninggalkan jalan demokrasi dan akan menggunakan segala cara demokrasi dan damai untuk memulihkan demokrasi," katanya kepada agensi Anadolu.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada seruan pemimpin al-Qaeda kelmarin agar Ikhwan meninggalkan demokrasi di Mesir dan dilihatnya tidak membawa kepada kebaikan.

Penyokong Morsi umum himpunan "Lailatul Qadar"


MESIR: Para penyokong Presiden Dr Muhammad Morsi malam ini akan mengadakan himpunan di seluruh Mesir yang dinamakan sebagai himpunan "Jutaan Lailatul Qadar".

Himpunan malam ini sebagai usaha berterusan mereka memanjat doa kepada Allah SWT atas kezaliman yang dilakukan pihak tentera dan pemerintah sementara terhadap mereka.

Ianya dinamakan Jutaan Lailatul Qadar sempena malam ini adalah malam ke 27 Ramadan iaitu salah satu malam ganjil di 10 malam terakhir yang sabdakan oleh Rasulullah antara berlakunya malam al-Qadar.

Bagi penyokong Morsi, malam al-Qadar antara kemuncak untuk memnjatkan doa kepada Allah agar menamatkan kezaliman yang berlaku.

Pada Jumaat lalu, mereka juga telah mengadakan himpunan besar-besaran seluruh Mesir menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera.

Sekurang-kurangnya 31 buah masjid dijadikan tempat berkumpul sebelum mengadakan perarakan di dataran dan jalanan sambil melaungkan slogan anti kudeta.

Semalam genap sebulan rampasan kuasa oleh tentera Mesir yang dibuat pada 3 Julai lalu, dan hari ke ke 33 bagi penyokong Morsi berkampung di medan khususnya di Raba'ah.

Sehingga hari ini, lebih 500 angka korban direkodkan sejak rampasan kuasa berlaku manakala ribuan lagi cedera selepas diserang beberapa kali oleh pasukan polis Mesir yang cuba menyuraikan himpunan.

Para Penyokong Morsi juga bertekad untuk tidak berganjak dari medan-medan himpunan sehingga pihak tentera berundur dan mengembalikan semula kuasa kepada presiden sah Mohammad Morsi.

GENAP 30 HARI PRESIDEN SAH MESIR DR MUHAMMED MURSI AL HAFIZ DI TAHAN REGIM ZIONIS AL-SISI

KAHERAH - Selepas genap 30 hari Presiden Mesir Muhammed Mursi ditahan, ribuan penyokong meningkatkan lagi protes bagi memberi tekanan terhadap kerajaan sementara diterajui Presiden sementara  Adly Mansour.

Selepas sebulan Mursi ditahan, media difahamkan pemimpin itu telah dipindahkan sebanyak tiga kali ke lokasi rahsia yang dikawal ketat oleh tentera kerajaan sementara. 

Sehingga kini, keluarga beliau masih belum bertemu dengannya kecuali wakil Kesatuan Eropah, Catherine Ashton dan wakil Kesatuan Afrika Alfa Omar Konari yang dilaporkan pernah bertemu beliau di lokasi rahsia.

Di Kaherah, pihak berkuasa merancang mengepung penyokong Mursi di luar Masjid Rabaah al-Adawiya dan sekitar Universiti Kaherah serta  berkawal ketat di laluan keluar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Dalam perkembangan terbaru, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong Mursi selepas mereka bertindak menyerang kompleks televisyen swasta di selatan Kaherah.

Seorang pegawai memberitahu, penunjuk perasaan cuba untuk menghalang lalu lintas dalam usaha menjejaskan operasi di kompleks terbabit.

“Pasukan keselamatan melakukan kepungan di kompleks berkenaan selama 48 jam dan meminta penyokong bersurai secara aman,” katanya. - AP

Al Quds: Perjuangan yang dilupakan

Perjuangan untuk membebaskan Masjid Al Aqsa adalah perjuangan seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada. 

Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis masih berada dalam cengkaman Israel. Masjid Al Aqsa adalah merupakan salah sebuah dari tiga buah masjid yang paling mulia dalam Islam, selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Malahan Masjid Al Aqsa disemadikan dalam al Quran ketika Allah SWT mengisahkan perjalanan Rasulullah SAW dalam peristiwa Israk dan Mikraj.  Ayat 1 Surah Al-Isra’ mengisahkan peristiwa di mana firman Allah yang bermaksud: “Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran Kami.
Ketidakpedulian umat Islam tentang Masjid Al Aqsa dan tidak ada keinginan untuk membebaskan masjid itu dari cengkaman Yahudi adalah manifestasi rendahnya iman dan kejahilan umat Islam hari ini.
Apabila sekumpulan kira-kira 100 aktivis sosial yang berhimpun di perkarangan Masjid Tabung Haji Jumaat lalu untuk menyatakan keperihatinan dan meluahkan kemarahan mereka terhadap kekejaman Zionis Israel maka ada pula seorang dua orang Melayu-Islam yang mencemuhnya.
Perisytiharan hari Jumaat terakhir bulan Ramadan sebagai hari pembebasan Al Quds dan Baitul Maqdis dipelopori oleh Imam Khomeini, arkitek yang melancarkan revolusi Islam di Iran pada tahun 1979 sehingga tergulingnya kerajaan Shah Reza Pahlavi yang menjadi boneka Amerika Syarikat itu.
Pada hari itu selepas solat Jumaat, beberapa individu yang tidak bertanggungjawab bertindak mencaci maki dan menghina beberapa orang Sahabat Rasulullah SWT dengan menyebut nama mereka dengan tujuan untuk memalitkan tindakan itu kepada ajaran Syiah yang kononnya salah satu ciri Syiah ialah mengutuk para Sahabat.
Kita khuatir tindakan seorang dua individu ini adalah ekoran dari tindakan kerajaan memerangi ajaran Syiah habis-habisan sehingga ada yang menghukumkan pengikut Syiah itu kafir dan bukan setakat sesat.
Inilah kesan awal atau boleh dianggap sebagai insiden terpencil di mana kerajaan telah berjaya menanamkan bibit-bibit kebencian terhadap mazhab lain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni); mungkin juga tanpa mereka sedari.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin menyatakan bahawa Syiah yang terdapat di Iran, Iraq dan selatan Lubnan adalah sah berada dalam ajaran Islam maka sebab itu mereka dibenarkan menunaikan haji di Mekah.

Kebenaran ajaran Syiah

Sejak dulu UMNO merasakan diri mereka kebal !!

Para pemimpin dan ahli-ahli Umno hari ini nampaknya semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang. Lihat baru-baru ini,, kita merasa sedikit malu dan kesal dengan kenyataan  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu menghina Islam.  Beliau secara borong dan gelojoh menuduh orang lain menghina Islam sedangkan para pemimpin Umno sendiri ramai yang menghina Islam termasuk mantan Perdana Menteri.   
        
Merasai diri mereka kalis undang-undanglah pemimpin Umno menjadi besar kepala. Mereka mengganggap mereka  kebal dan kalis peluru.  Sebab itu kita ada mendengar  orang UMNO sanggup menumbuk dan menampar orang lain sesuka hati,, membaling selipar dalam masjid, mengganggu dan membaling objek di ceramah-ceramah parti lawan. Kerap kali kita mendengar kenyataan-kenyataan pemimpin Umno termasuk rakan mereka dari MCA menghina Islam atau undang-undang Islam.

Apabila ada pihak-pihak lain termasuk blogger-blogger menghina atau mempersenda Islam, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja UMNO pasti melenting,  tetapi kalau rakan-rakan sekutu mereka yang buat tak apa. Teramat-amatlah hipokritnya UMNO !!  Mereka mempertikai orang membuang najis di tepi jalan, sedangkan mereka sendiri berak di tengah jalan -  rahimothman

Nurul Izzah: Segerakan reformasi akta pilihan raya

IzzahKUALA LUMPUR 4 OGOS: Tidak kira sama ada Pakatan Rakyat atau BN, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berpendapat mahkamah tidak wajar menolak sesuatu petisyen hanya bersandarkan bantahan awal.
Lantaran itu, beliau menyarankan agar  reformasi sistem pilihan raya beserta undang-undangnya perlu dilakukan segera bagi memastikan satu proses permohonan petisyen berjalan secara adil  di mahkamah.
Menurut beliau, kesemua permohonan petisyen sehingga kini ditolak pada peringkat awal dan tidak sampai ke peringkat merit untuk membentangkan hujah.
“Kita bercakap tentang undang-undang petisyen pilihan raya yang diwujudkan sejak 1954 dan kebanyakan kes ditolak berdasarkan bantahan awal tidak sampai pun ke peringkat hujah mengapa kita bawa kes tersebut.
“Oleh itu, reformasi pilihan raya termasuklah undang-undang lapuk ini wajib dilaksanakan,” katanya.
Beliau dalam pada itu sekali lagi mengulangi harapan supaya proses petisyen yang penting dapat disaksikan oleh rakyat melalui perjalanan mahkamah.
Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur mengekalkan Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai apabila menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Setiausaha Umno Lembah Pantai, Mohamad Sazali Kamilan.
Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan kebanyakan bantahan awal yang dibuat oleh peguam Nurul Izzah, Edmund Bon.
Mahkamah memerintahkan Sazali membayar kos RM40,000.

Utusan Malaysia suara UMNO sokong Azmin bertanding presiden PKR


Mohamed Azmin Ali hari ini disyorkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam edisi Ahadnya Mingguan Malaysia supaya bertanding jawatan Presiden PKR kerana dilihat mempunyai bakat untuk memimpin parti tersebut serta mengambil alih peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kolumnya, Awang Selamat mengatakan Azmin digambarkan sebagai seorang pemimpin yang memiliki pengaruh besar dalam parti serta mampu memecah tembok kronisme dalam PKR.
"Menurut sumber dalaman, walaupun tidak dilantik sebagai Menteri Besar, pengaruh beliau dalam PKR makin kuat.
"Azmin dilihat mampu membawa perubahan dan memecah kronisme dalam parti tersebut yang dikuasai oleh keluarga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Awang Selamat yang dipetik dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Selain itu, presiden sedia ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula digambarkan oleh Awang Selamat sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab dan tidak lebih sebagai boneka kepada penasihat parti, Anwar yang juga adalah suaminya sendiri.
"Lebih-lebih lagi presiden sedia ada, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diketahui sebagai boneka dan pengurusan parti dicorakkan oleh suaminya, Anwar dan anaknya, Nurul Izzah selaku naib presiden.
"Maka molek sangat Wan Azizah menjadi isteri sepenuh masa dan menjaga serta mengiringi suaminya sepanjang masa bagi memulihkan imej mereka," tambahnya lagi.
Awang Selamat juga memuji Azmin kerana lebih bersikap rasional dan praktikal terutamanya apabila timbalan presiden PKR itu  dilihat mempunyai pandangan lebih berbeza dengan Anwar yang lebih suka kepada perhimpunan haram.
Selepas pilihan raya 5 Mei lalu, Azmin secara terbuka menolak usaha menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan ataupun kekerasan sebaliknya insiatif dialog dan usaha sama tanpa kepartian diadakan bagi membincangkan pertikaian yang berlaku antara pemerintah dan pembangkang.
"Awang yakin Azmin mampu menjadi peneraju parti yang lebih berkesan.

Cover Line: DAP ragu tindakan terhadap Bernama dan media Umno kerana silap lapor kenyataan TPM



Lim Guan Eng (gambar) meragui tindakan akan diambil terhadap agensi berita nasional Bernama serta akhbar milik Umno New Straits Times dan Utusan Malaysia kerana menyiarkan laporan mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassan dan menghina senstiviti kaum.
Menurut Setiausaha Agung DAP itu , ini kerana dasar Umno mengamalkan sikap pilih kasih dan hanya akan mengenakan hukuman ke atas pihak yang tidak menyokong parti itu namun tidak kepada pihak bersekongkol dengan mereka.
"Ini jelas kerana tiada tindakan yang diambil ke atas Utusan kerana menyiarkan laporan mencetuskan kemarahan kaum di negara ini sehingga terjadinya rusuhan 13 Mei hingga menggorbankan puluhan nyawa,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Juga kegagalan kerajaan untuk menghukum pemimpin Perkasa (Datuk) Ibrahim Ali dan (Datuk) Zulkifli Noordin kerana menggesa pembakaran kitab injil dan membuat penghinaan terhadap agama Hindu, malah menteri-menteri Umno seperti Datuk Abdul Rahman menyokong tindakan tersebut," tambah beliau lago.

Anwar, Karpal dakwa calon Umno fitnah kait surat palsu

Anwar dan Karpal membuat laporan polis terhadap Dr. Mazlan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013. 
Anwar dan Karpal membuat laporan polis terhadap Dr. Mazlan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Ogos, 2013.Calon Umno bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail kini menjadi perhatian apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, Karpal Singh membuat laporan polis terhadapnya selepas akhbar mendedahkan beliau menerima 6,000 surat yang mendakwa Ketua Pembangkang itu membayar RM50 juta kepada peguamnya itu sebagai rasuah sejak 2008.
"Surat yang tidak diketahui pengirimnya tidak mempunyai asas kukuh dalam undang-undang," kata Karpal ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Sambil menyelar tindakan Dr Mazlan yang mendedahkan perkara itu di media arus perdana, calon Umno ketika Pilihan Raya 2013 itu tegas Karpal seharusnya membawa perkara itu kepada pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Karpal berkata, pihaknya juga akan memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mazlan.
Laporan media semalam menyebut Dr Mazlan mendedahkan lebih 6,000 surat yang tidak diketahui pengirimnya telah dihantar ke alamat rumahnya yang mana mendakwa Anwar membayar Karpal lebih RM50 juta sejak 2008 bagi kos guaman dan rasuah untuk hakim dan peguambela.

Anwar, Karpal lapor polis dakwaan rasuah hakim

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap dakwaan seorang calon BN dalam pilihan raya umum lalu, yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN Permatang Pauh Mazlan Ismail.

Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya hari ini, Anwar menyifatkan "surat layang" itu fitnah berterusan yang didakwanya ditaja Umno.

Kata Anwar, sepanjang penglibatan Karpal sebagai panel guamannya, soal bayaran tidak pernah dibangkitkan.

Egypt’s crisis affects industry

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1434H YB Dato Hj Abd Fattah Mahmood

What RM50mil, I thought it was RM3 BILLION - Anwar slams Umno man

Shootings are now "virtually a DAILY OCCURRENCE" - Anwar

Anwar unfazed who becomes president at Umno poll

Don't pick on Maznah, go after the big offenders against Islam - Anwar

Mercun dan pistol saling berdentum

*SEHARI dua lagi hendak raya, masjid dan surau kelihatan semakin lapang. Jika awal Ramadan dulu jemaah berasak dan bersaf hingga di tempat letak kereta, kini semua sudah kembali seperti hari-hari biasa. Jemaah yang melakukan solat sunat terawih jauh berkurangan.

Bagi sesetengah orang 10 malam terakhir Ramadan adalah waktu untuk meningkatkan ibadat dengan menghabiskan banyak masa di masjid dan surau. Mereka hendak mendapatkan ‘malam seribu bulan’@ Lailatulqadr.

Tetapi, godaan Aidilfitri lebih tinggi dari keinginan menemui malam paling istimewa itu. Maka tidak menghairankan sementara kebanyakan masjid dan surau semakin lenggang, pusat-pusat membeli-belah, pasar raya dan pasar malam semakin sesak dan padat, setiap masa. Selamat Hari Raya.

*SALAH satu keluhan setiap kali musim perayaan ialah kenaikan harga barang. Paling penting ialah ayam yang menjadi hidangan utama setiap rumah. Walaupun diletakkan di bawah barang kawalan, masih ada yang berani menjual melebihi harga siling RM7.70 per kilogram. Tidak kena tangkap pun!

Barang-barang keperluan lain – sama ada yang dikawal atau tidak – juga menimbulkan keluhan rakyat biasa, sebab tidak mampu untuk menikmatinya. Hatta kelapa pun sudah mahal. Ramai yang merintih sebab dibelenggu kenaikan harga.

Tetapi ketika mengeluh ayam dan kelapa naik harga, ‘shopping’ raya di KL meriah seperti biasa. Jalan Tunku Abdul Rahman sesak sepanjang masa, ruang letak kereta tidak cukup, orang parkir di mana sahaja.

Gedung membeli-belah padat dengan manusia, 99 peratus Melayu. Mereka beli apa sahaja, macam tidak ada had. Baju Melayu dengan model Aaron Aziz, sehingga Selasa lalu telah terjual 400,000 helai, demikian menurut iklan.

Siapa kata orang kita tidak ada duit?

*SELAIN baju raya Aaron Aziz yang begitu laris dan terus dicari hingga saat-saat akhir, mercun dan bunga api juga tersenarai sebagai antara barang yang digemari – sama seperti biskut tart dan semprit – terutama oleh kanak-kanak.

Walaupun mercun telah lama diharamkan, ada sahaja kaki busuk yang menjual benda tersebut untuk mencari laba buat beraya. Peliknya, benda haram itu dijual secara terbuka, termasuk di celah-celah gerai bazar Ramadan, sama seperti menjual ayam percik atau air mata kucing.

BARANG NAIK, HAD LAJU DITURUNKAN DAN KINI NYAWA PULA DIKATAKAN MURAH?

AKU sendiri rasa malu bila ada akhbar luar negara tergamak melabel negara kita sebagai negara yang mempunyai 'nilai nyawa' yang amat murah.  Walaupun aku sedar memang begitu banyak yang 'mahal' di negara kita seperti minyak, ayam, tol, tambang bas, gas memasak dan lain-lain lagi, mengapa akhbar ini menumpukan kepada yang 'murah' iaitu nyawa?   Mungkin lebih murah berbanding dari negara mereka sebab itulah mereka berminat untuk menulis sedemikian.
Akhbar The New Paper dari Singapore pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).   Artikel ini tentunya mengejutkan beberapa pimpinan politik yang telah lama 'terlena' malahan merimaskan Ketua Polis Negara sehingga mengamuk sakan Pegawai Tertinggi Polis kita.
Negara kami bukan negara Koboi....Negara kami aman, tau tak?
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.  Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.  "Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini kelmarin. 
 

Tiada pusat Syiah di wilayah Satun

Hassan Talib 
SATUN (Thailand) - Tiada pusat atau kompleks pendidikan Syiah yang dalam perancangan atau sedang dibina di wilayah Satun, Thailand seperti digembar-gemburkan pihak tertentu sebelum ini.

Ini kerana, Majlis Agama Islam Wilayah Satun (Mais) tidak menerima sebarang permohonan untuk membina sebarang pusat pendidikan atau pusat agama berkaitan dengan Syiah dalam tempoh setahun yang lalu.

Ahli Jawatankuasa Mais, Hassan Talib berkata, setakat ini perkara itu tidak pernah dibincangkan atau ditimbulkan dalam mana-mana mesyuarat majlis selama ini.

Beliau berkata, permohonan pembinaan pusat pendidikan berasaskan Islam perlu melalui Mais untuk mendapat sokongan dan kelulusannya sebelum dipanjangkan kepada jabatan kerajaan lain, terutama pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

“Menjadi amalan kami di sini, setiap permohonan untuk membina pusat pendidikan Islam perlu dikemukakan kepada Mais.

“Jika melibatkan pusat pendidikan berasaskan akademik, ia perlu dihantar terus kepada Kementerian Pendidikan bagi kelulusan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Mengikut laporan akhbar, Gerakan Syiah Malaysia dipercayai akan menggunakan dana sebesar RM24 juta untuk bina sebuah pusat serba canggih di wilayah Satun, sebagai pusat gerakan bagi menyuburkan fahaman itu.

Pemimpin Umno nak tunjuk hero menjelang pemilihan


KUALA LUMPUR: Rasa panik akan berlakunya kebangkitan rakyat serta keghairahan menjadi wira menjelang pemilihan Umno mendorong pemimpin-pemimpin parti itu menzalimi rakyat yang tidak mereka sukai, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Sekarang ini falsafah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pasca pilihan raya umum ke-13 ialah haramkan, tangkap, tahan, reman, lokap, denda, penjarakan, menghina, Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya.

Selepas pilihan raya umum ke-13, katanya lagi, kerajaan BN seperti ayam disambar helang.

"Bila fakta menunjukkan majoriti rakyat menolak mereka, BN tidak keruan lari ke hulu ke hilir.

"Perasaan takut dan cemas menangkap mereka," kata Mahfuz.

Sebab itulah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apa-apa sahaja terus dituduh, dihina, ditangkap dan didakwa.

Interpol declares security alert after jailbreaks

Semarak Kasih Ramadhan rai gelandangan

Gaji Tertunggak: Kakitangan Insaniah Holding mahu mengadap Agong


ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pihaknya bersama kakitangan Insaniah Holding bercadang mengadap Yang DiPertuan Agong jika Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir gagal menyelesaikan isu pembayaran gaji kakitangan syarikat berkenaan.

Bercakap pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena, beliau melahirkan kekesalan terhadap tindakan kerajaan negeri yang telah membekukan gaji kakitangan Insaniah Holding sejak Mei sehingga lalu.

"Kita teramat kesal dengan tindakan berkenaan, apatah lagi di saat menjelangnya Aidil Fitri. Bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan setelah hak mereka dinafikan sejak bulan Mei lalu.

"Tiga bulan tidak diberi gaji, mereka mengalami tekanan hidup,untuk membayar sewa rumah, insuran bulanan kereta,persekolahan anak-anak, makan minum dan
lain-lain keperluan," ujar beliau kesal.

Tambah beliau lagi, pihaknya  telah menghantar makluman kepada Menteri Besar Kedah melalui Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah untuk mengadakan temujanji menyelesaikan masalah ini tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas daripada beliau.

Perutusan Menteri Besar Kelantan Hari Raya Aidilfitri 1434H | YAB Ustaz ...

Embassies close after Al Qaeda threat

Syrian rebels seize army weapons cache