Jumaat, 2 Ogos 2013

Mahu Lari Dari Hantu Altantuya: Pendedahan sensasi P Bala

Lebih dramatik lagi apabila dengan secepat kilat Bala menarik balik dakwaannya berkaitan Najib melalui afidavit kedua.
Bahagian Akhir
Di antara banyak drama, barangkali tidak ada yang dapat menandingi kehebatan dari segi sensasinya daripada yang dicipta oleh mendiang penyiasat peribadi P Balasubramaniam.
Dalam afidavitnya yang pertama yang dikeluarkan pada 3 Julai 2008, Bala mendakwa Altantuya sebenarnya adalah bekas perempuan simpanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Razak adalah orang kepercayaan Najib.
Maklumat ini disampaikan kepada Bala oleh Razak dan Altantuya pada masa yang berbeza melalui perhubungannya dengan kedua-dua Razak dan Altantuya, ketika beliau bertugas sebagai penyiasat peribadi bagi melindungi Najib daripada diganggu oleh bekas perempuan simpanannya.
Malahan lebih dramatik lagi apabila dengan secepat kilat Bala menarik balik dakwaannya berkaitan Najib melalui afidavit kedua yang dikeluarkan pada pagi esoknya (4 Julai 2008). Ini diikuti dengan ‘kehilangan’ kesemua anggota keluarga Bala dari Malaysia dalam tempoh beberapa jam sahaja afidavit itu dibacakan kepada umum.
Kita mendapat tahu kemudian bahawa keluarga Bala dipaksa keluar negara selepas mengeluarkan afidavit kedua dan melalui berbagai rintangan di beberapa buah negara sebelum bermastautin di Chennai, India.
Cerita yang kita boleh cantumkan melalui persekongkolan pelakon-pelakon yang relevan dan tidak boleh dipertikai dalam episod Bala, ialah Bala sendiri, Deepak Jaikishan (kawan baik isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor) dan Americk Singh Sidhu (peguam Bala) adalah seperti berikut:
Pada hari Bala mengeluarkan afidavit yang pertama, Rosmah mengarahkan Deepak supaya membuat persiapan agar Bala menarik balik tuduhan-tuduhannya dan kemudian melarikan diri bersama keluarganya ke luar negara.
Pada malam hari itu juga (3 Julai 2008), di bawah perancangan Deepak, Bala menemui adik Najib, Nazim (dan isterinya). Beliau menawar RM5 juta kepada Bala di atas kerjasama beliau untuk menarik balik ceritanya dan segera meninggalkan negara ini bersama keluarganya.  Keselamatan keluarga Bala tidak terjamin sekiranya Bala enggan.
Kemudian peguam Cecil Abraham yang menerima arahan daripada Najib, bekerja sepanjang malam tersebut untuk menyediakan afidavit kedua Bala. Setelah siap, Bala menandatanganinya.

Nurul Izzah: Mahkamah Pilihan Raya Ruang Bersihkan Nama

Dewan Muslimat, Harakah santuni anak yatim Banting

Syria's war children suffer mental illness

Ustaz Ahmad Marzuk Shaary | Kuliah Jumaat 02 Ogos 2013

Adakah Kerajaan BN dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda..!!!

Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive.

Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter.

Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter.

Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.


SUATU masa dahulu kerajaan Pakatan Rakyat, Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Nizar Jamaluddin dikecam hebat gara-gara menukar kereta rasmi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry.

Tujuan kerajaan negeri Perak mahu bertukar kepada Toyota Camry pada waktu itu adalah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan (maintenance) yang mahal terpaksa ditanggung setiap bulan.

Proton Perdana, faham-faham sajalah kos meragamnya yang sangat tinggi dan dilihat sebagai pembaziran terhadap wang rakyat.

Namun begitu, niat baik ini menerima kecaman hebat daripada pejuang-pejuang Melayu yang tiba-tiba bersifat terlebih patriotik.

Malah RTM turut menemubual beberapa orang macai-macai UMNO..

Padan Muka Depa: Dulu.. semasa Kerajaan PR Perak tukar Proton kepada Toyota..La ni depa pulak yang lebih..!!!

"Balik Cina Dan India": Pengetua SK Alam Megah mohon maaf pada pelajar


 
Pengetua SK Alam Megah yang sebelum ini memberitahu pelajar supaya "balik India dan China", memohon maaf kepada pelajar semasa perhimpunan sekolah itu hari ini.

NONEMengesahkan perkara itu, timbalan pengerusi MIC bahagian
Shah Alam, A Prakash Rao (kiri) berkata beliau telah dimaklumkan mengenai permohonan maaf itu oleh mereka yang hadir di sekolah itu pada masa tersebut.

"Saya dimaklumkan beliau memohon maaf semasa perhimpunan, seperti janjinya kepada saya apabila kami bertemu beliau, di hadapan seorang pegawai jabatan pendidikan negeri (PPD).

"Sesetengah ibu bapa juga berada di kawasan sekolah ketika itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kini terpulang kepada Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap pengetua tersebut.

headmistress sm alam megah apologies to student 020813 04MIC bertemu pengetua tersebut pada 31 Julai lalu, dan mendakwa beliau meminta maaf kerana berkata demikian sewaktu perhimpunan pada 22 Julai, kerana marah dengan bunyi bising oleh pelajar semasa lagu Negaraku dimainkan.

MIC berkata, pengetua itu mendakwa beliau juga pada masa yang sama, telah memberitahu pelajar Melayu supaya "kembali ke Indonesia".

Pihak sekolah enggan membuat sebarang kenyataan kepada media.

Anwar to name 3 individuals involved in Sabah’s “Project IC”


Datuk Seri Anwar Ibrahim will testify before the Royal Commission of Inquiry (RCI) probing the issuance of dubious ICs in Sabah next month where he will name three individuals responsible for "Project IC".

The Opposition Leader was today questioned on what he knew, and his role, in the controversial project during an interview session with the RCI investigating officer Supt Zainuddin Ismail behind closed doors at the PKR headquarters in Petaling Jaya.

Among others, Anwar was questioned on who else was involved in "Project IC" and what was the policy on the issue at that time.

Anwar left without speaking to reporters after the interview session but PKR Legal Bureau and Human Rights chief Latheefa Koya (pic) told reporters that the Opposition Leader will go before the five-man RCI panel in Kota Kinabalu next month to repeat what he told the investigation officer today.

She said Anwar will go to Sabah and expand on what he said because one of the interesting questions he was asked is what is his recommendation to resolve the problem of illegal immigrants there.

"Project IC which started much much earlier during the time of Tun Abdul Razak had gone on and continued until when Anwar was the deputy prime minister."

The RCI team is keen to know about Anwar's role and involvement in the project.

AES: Sapu dulu baru kaji?

Setelah beratus juta duit rakyat disapu..... baru nak dikaji....
 
Kerajaan akan nilai semula AES selepas Hari Raya

PUTRAJAYA 2 Ogos - Kerajaan akan menilai semula penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sebelum ini telah mencetuskan banyak kontroversi selepas berakhirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu diambil berikutan pihaknya menerima banyak rungutan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kaedah pelaksanaan sistem itu.

Katanya, semua rungutan dan bantahan orang ramai itu akan diambil kira sebelum kerajaan memutuskan tindakan selanjutnya.

"Antara bantahan yang kita dengar ialah orang ramai tidak gembira dengan penglibatan pihak ketiga dalam penguatkuasaan dan kutipan saman melibatkan AES.

"Bagi saya aspek penggunaan kamera itu bukan isu utama tetapi yang menjadi masalah ialah siapa melaksanakan sistem ini dan kutip saman, perkara ini yang mesti ditangani oleh kerajaan," katanya.

Mahkamah Pilihanraya Hanya Untuk Mengekalkan Status Quo?

Pilihanraya umum ke 13 lalu yang diselubungi dengan pelbagai keraguan menyaksikan paling banyak petisyen bantahan dikemukakan. Setelah Pakatan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 untuk mengajak rakyat menyuarakan bantahan terhadap keputusan pilihanraya itu, SPR yang ditekan dengan pelbagai masalah, daripada daftar pengundi meragukan sehinggalah dakwat celup jari yang hanya mengandungi pewarna makanan, menyarankan agar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya mengemukakan petisyen bantahan untuk kes-kes itu di dengar di mahkamah pula.

SPR dengan bongkaknya juga berkata, walau ada sejuta bantahan dan perhimpunan pun akan mengubah keputusan pilihanraya, kecuali melalui petisyen di mahkamah.

Mahkamah khas pilihanraya kemudian ditubuhkan dan disarankan agar menyelesaikan kes-kes bantahan keputusan pilihanraya ini dalam tempoh enam bulan.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, mereka telah mengemukakan 39 petisyen manakala BN pula sebanyak 21 petisyen. Dengan jumlah 60 kawasan pilihanraya yang dipertikaikan dan dibawa ke mahkamah untuk diadili kebenarannya, ia sekaligus menjadikan PRU 13 mencatat sejarah sebagai pilihanraya yang paling banyak mendapat bantahan.

Secara langsung, ia memberi gambaran bahawa bukan saja PR meragui keputusan pilihanraya kali ini, bahkan BN juga tidak puas hati dengannya.

Bagi PR pula yang sebelum pilihanraya lalu begitu yakin dapat menumbangkan BN dan menubuhkan kerajaan baru, menaruh harapan yang tinggi bahawa melalui petisyen yang dibawa ke mahkamah itu, peluang untuk mengakhiri era BN tetap ada berdasarkan pelbagai bukti yang dikumpulkan termasuk dalam bentuk gambar, rakaman video dan sebagainya.

Maka, dengan hanya kekurangan 23 kerusi berbanding BN, berbunga-bungalah harapan PR bahawa peluang untuk menjadi kerajaan masih belum berakhir lagi. Kini mereka menyandarkan harapan kepada mahkamah pula. Daripada 39 petisyen yang dibawa, jika sebahagiannya diterima tentu saja boleh menyebabkan kerajaan BN dan Najib tergugat jadinya.

Rafizi Ramli bersama-sama rakan daripada Pas dan DAP yang diberi tanggungjawab mengumpul bukti terpaksa memerah keringat, tenaga dan wang ringgit bagi tujuan itu, meskipun dalam masa yang sama terselit juga kebimbangan kemungkinan keputusan mahkamah tidak memihak kepada mereka.

Hadiah PRU: Harga minyak RON95 akan naik ?

Oleh Selena Tay
Minggu lalu semasa berada di stesen minyak menunggu giliran, penulis sempat bersembang dengan seorang pemandu lori yang juga sedang menunggu giliran di pam minyak. Beliau memberitahu penulis dia ada mendengar desas-desus bahawa harga minyak RON95 akan naik sebelum hujung tahun ini. 

Berita tersebut adalah satu lagi tamparan kepada rakyat selepas mendengar berita bahawa tarif elektrik juga akan dinaikkan. Ini bererti mula bulan Januari tahun depan, harga minyak RON95 dan tarif elektrik akan mengalami kenaikan serentak. Pada masa kini, Polisi Gaji Minima RM900 masih belum dilaksanakan lagi. Pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah pun sudah penat menunggu, seperti menunggu kucing bertanduk sahaja. Ramai daripada mereka telah pun merungut bahawa harga barang semakin naik sementara gaji mereka tidak naik.
Oleh kerana Pakatan Rakyat tidak menang Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), maka ramai warga miskin dan golongan berpendapatan rendah bakal mengalami masa depan yang malap apabila tiba bulan Januari nanti kerana kerajaan tidak berupaya mengawal kenaikan harga barang.
"Apa sudah terjadi kepada slogan 'Rakyat Didahulukan' yang sering dilaung-laungkan oleh Kerajaan BN? Justeru itu, berita yang paling buruk untuk kebanyakan warga marhaen pada tahun ini ialah: Pakatan Rakyat kalah PRU13. Ini adalah kerana jika Pakatan menang, harga minyak sudah diturunkan dan harga barang lain akan distabilkan pada paras ketika itu juga," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS.

KERAJAAN YANG SUNGGUH PATRIOTIK?? KALAU PR BUAT SALAH...!!!

KERETA RASMI KERAJAAN DITUKAR DARI PROTON PERDANA DAN INSPIRA KE HONDA ACCORD!!!!

Pergh!!!! Mana nak cari kerajaan se patriotik macam kerajaan UMNO/BN dalam dunia ni beb!!!!.

Tidak akan sesekali menukar kereta rasmi kegunaan pegawai-pegawai kanan kerajaan taraf JUSA c ke atas termasuk hakim-hakim melainkan jenama Proton..kereta nasional kebangaaan UMNO/BN.

Sebab itu tahun 2008 apabila kerajaan PR Perak dibawah Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menukar kereta Proton Perdana Executive ke Toyota Camry 2.4 bukan main bising bangau gegak gempita riuh rendah satu dunia dengan melabelkan sebagai kerajaan yang langsung tidak patriotik.

Sampai hari pertama apabila UMNBO/BN berjaya merampas kuasa tahun 2009 perkara pertama dilakukan noleh Zambry Kadir ialah lelong terus kereta-kereta rasmi kerajaan negeri Perak  tersebut.. Punyalah nak tunjuk Kerajaan UMNO/BN tidak akan berkompromi mengenai penggunaan kereta rasmi kerajaan melainkan jenama Proton.

Nah sekarang apa cerita?????

Harap pihak berkenaan memberikan jawapan tentang salinan surat yang kini sudah pun tersebar luas di internet tentang penukaran kereta Proton Perdana Executive dan Inspira ke model Honda Accord 2.4 dan 2.0.

DBKL kunci air penduduk lepas benar bil ditunggak 3 tahun

KUALA LUMPUR 2 OGOS: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menghantar surat bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung isu penguncian bekalan air kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh kawasan berkenaan.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu berpunca apabila DBKL membenarkan penduduk antaranya melibatkan PPR Muhibah, Jalan Klang Lama menunggak bil air selama tiga tahun bermula 2010 sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Kemudian, selepas pilihan raya pada Mei lalu, DBKL menghantar notis kepada penduduk memaksa mereka membayar jumlah tunggakan mencecah RM3,000 sehingga RM20,000 melibatkan 1,200 unit rumah.
Izzah“Maksudnya ada keputusan politik yang membiarkan dan menyebabkan penunggakan diluluskan oleh DBKL sehinggalah satu tarikh yang ditetapkan iaitu selepas PRU 13, dan sejurus selepas pilihan raya penduduk dipaksa membayar jumlah yang sangat besar,” kata Izzah kepada media.

Umno Baru insults Muslims

The thinking Malay has discovered that being dependent on Umno Baru restricts ambition, and are thus rejecting the party.

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin is the other half of the Mahathir and Muhyiddin pact and today, he has returned with a vengeance. In the run-up to GE13, Muhyiddin was almost forgotten. He suffered the same ignominy as Rosmah Mansor, the silent partner in the Najib and Rosmah partnership.
With Muhyiddin’s sudden appearance, the rakyat will again be sacrificed in the war for political supremacy, in the fight within Umno Baru.
The Umno Baru general assembly is upon us and the Umno Baru warlords and leaders from the two factions – one pro-Najib and the other anti-Najib – are circling each other like wolves waiting to pounce on their prey.
The nation has been paralysed with fear by shootings, non-Muslim Malaysians have been cowed into submission and a diplomatic row with the Vatican envoy loomed in the background.
Despite this, Umno Baru’s president, Najib Tun Razak has remained silent. Neither has he made any comment on issues like deaths in custody, child conversion cases or cheating by the Election Commission (EC).
Najib is preparing for the most important battle of his political life but Muhyiddin, now appears to have seized the initiative, and demonstrated to those in Umno Baru, that he is a serious contender for the crown.
In the Najib and Rosmah partnership, Najib has kept Rosmah out of the picture because he knows that she is loathed within Umno Baru.
In recent weeks, former PM Mahathir Mohamad has made several overtures, to set the tone for the Umno Baru war, but Muhyiddin was largely absent.

Prof Agus: Sekolahkan Pemimpin Umno..


Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu?
Kenapa perlu kita menyiasat beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?
Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja.
Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.
Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan.

Yang pandai membangkang, teruskan membangkang, jangan jadi kerajaan


Setiap negara ada ciri-ciri dan ‘attribute’ politik masing-masing. Ia berbeza antara satu negara dengan negara lain. Ia mungkin bergantung kepada elemen sejarah yang juga berbeza antara satu negara dan jajahan lain. Kita terus sahaja kepada keadaan dan situasi politik negara kita.
Politik negara kita adalah politik agak unik, kerana politik kita dimainkan rakyat berbilang kaum dan struktur asas politik kita didasarkan kepada sistem demokrasi yang diubahsuai mengikut keadaan dan infrastrukturnya berbeza dengan yang lain.
Pertamanya kita adalah sebuah negara Persekutuan dianggotai negeri berdaulat dan merdeka. Ada 14 negeri semuanya termasuk Wilayah Persekutuan yang ditadbir terus oleh kerajaan Persekutuan itu. Kita bukannya sebuah negara ‘unitary’ seperti Thailand atau Indonesia.
Negara kita seperti negara AS dan Australia iaitu mempunyai negeri di dalamnya yang ditadbir oleh negeri itu sendiri. Negeri  di negara Persekutuan seperti kita mempunyai Dewan Legislatifnya sendiri serta kerajaannya sendiri.
Malahan ada negara Persekutuan seperti AS, mereka mempunyai undang-undangnya yang berbeza antara satu negeri dengan negeri lain dalam Persekutuan itu. Malah antara satu negeri dengan negeri dalam Persekutuan itu mempunyai struktur percukaian berbeza dari satu negeri ke satu negeri dalam AS.
Selain demokrasi, Malaysia adalah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan politiknya adalah pegangan kuasa orang Melayu. Melayu menjadi nadi politik Malaysia dan semua jenis dan kaedah politik yang terlaksana tidak akan berjaya tanpa bekerjasama dengan orang Melayu serta partinya. Tanpa sokongan Melayu mana-mana parti di negara ini tidak akan sampai hajat untuk menjadi pemegang kuasa kerajaan.
Itu sebabnya parti DAP terpaksa bekerjasama dengan kumpulan politik Melayu dan memilih PAS sebagai gandingan untuk menyaingi BN yang ditunjangi Umno, sebuah parti Melayu terbesar di negara ini. DAP terpaksa menelan pahit maungnya dengan menerima PAS sebuah parti yang terdasar atas perjuangan Islam.
Walaupun banyak perbezaan antara perjuangan dan ‘attribute’ kedua-dua parti itu, mereka terpaksa bekerjasama menghadapi BN yang sedang berkuasa sejak merdeka. Oleh kerana perbezaan begitu besar maka kita terdengar acapkali pemimpin kedua-dua parti itu bertelagah atas beberapa isu pokok yang diperlukan orang Melayu dan Islam.

MB Selangor syor tambahan polis bantuan bagi kurangkan kadar jenayah

Skandal KPFQ : Kepimpinan FELDA Juga Perlu Disiasat

Dog trainer Maznah released, police 'abused power' says lawyer

DAP lodges report over DPM's 'seditious' remarks

Kes 4 Polis didakwa bunuh Dhamendran dipindah ke Mahkamah Tinggi

2 pegawai dari Sabah RCI ambil kenyataan dari Anwar

Anwar reveals to Sabah RCI investigators the names of 3 culprits

Ali Rustam dua kali lima dengan Noh Omar


Apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam kalah sambil 'menyenggeng' di kerusi parlimen Bukit Katil kepada Shamsul Iskandar Md Akin dalam pilihan raya lalu, saya tercari-cari apakah sebab musababnya. Pening saya mencari faktor kekalahannya. Sebagai seorang Ketua Menteri orang berkuasa dalam negeri Melaka, beliau sudah pasti mencari kawasan paling selamat untuknya. Tentulah kerusi Bukit Katil itu kawasan paling selamat. Tetapi kenapa kerusi itu memalukannya?
Tidak mungkin Ali Rustam memilih Bukit Katil kalau kerana alasan lain. Tetapi kenapa beliau kalah, bukan sedikit dengan majoriti cukup untuk dimakan selama 10 tahun. Situasi itulah yang menjadikan minda saya bergelabu mencari punca kekalahannya.
Jadi apabila beliau membuat ualasan selepas kekalahan, termasuk membangkitkan soal khidmat dan jasanya di Melaka selama ini yang tidak dikenang pengundi (Cina) dan kenyataan terbarunya berhubung kekerapan berlaku jenayah berat (tembakan curi) akhir-akhir ini kononnya disebabkan parti pembangkang, baru saya tahu kenapa wajar kalau Ali Rustam kalah.
Pandangan dan pendapat Ali dalam membela diri yang busuk mendedahkan faktor kepada saya kenapa bekas KM Melaka itu patut kalah.
Ali Rustam dalam melahirkan rasa resahnya dengan kejadian jenayah berat kebelakangan ini dengan cuba meletakkan atau mencari salah kepada Pakatan Rakyat. Beliau berpendapat berlakunya jenayah itu ialah apabila Ordinan Darurat (EO) dan ISA dimansuhkan.
Mungkin beliau berpendapat apabila dua akta itu tidak lagi dipakai, maka penjenayah menjadi berani untuk melakukan perbuatan jenayah. Bagi Ali Rustam, kenapa dua akta itu dimansuhkan ialah kerana Pakatan Rakyat beriya-iya ia dimansuhkan. Jadi setelah dimansuhkan ia memberi implikasi dan risiko maka Pakatan Rakyat hendaklah bertanggungjawab. Pendapat Ali itu memberi konotasi yang Pakatan Rakyat mahukan kepada kejadian itu.
Senang dan mudah sekali cara Ali menyelesaikan masalah. Dia masih menggunakan teori lama dengan mengheret pihak lain, pembangkang.  Untuk melihat kelemahan dan kesalahan sendiri sama sekali tidak. Kalau iya pun ingin membela Najib dan Umno bukan sanggup menyerlahkan kebodohan dan kebebalan cara kita berfikir.
Apakah Ali yakin 100 peratus pemansuhan dua akta itu semata-mata kerana desakan pembangkang? Apakah tidak ia atas usaha Najib Razak sendiri yang berjanji untuk melakukan transformasi? Apakah Ali lupa janji Najib sebagai mengangkat sumpah menjadi perdana menteri?

Wanita Raba'ah buat topeng muka gas pemedih mata



MESIR: Hari ini masuk hari ke 31 penyokong legitimasi berhimpun di Medan Raba'ah bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir terhadap Presiden Dr Muhammad Morsi.

Hari ini juga, mereka mengumumkan "himpunan jutaan rakyat menolak rampasan kuasa" yang akan berlangsung bermula solat Jumaat sebentar nanti.

Sekurang-kurangnya 31 masjid ditetapkan sebagai tempat perkumpulan himpunan di seluruh Mesir hari ini.

Hari ini juga masuk Jumaat ke-5 mereka mengadakan himpunan bebasar-besaran bagi membantah rampasan kuasa ini.

Mereka telah bertekad akan terus berada di medan selagi pihak tentera tidak mengembalikan Morsi yang telah dipilih secara sah oleh mereka pada pilihan raya presiden tahun lalu.

Sementara itu, wanita-wanita di medan Raba'ah dilihat sibuk menyiapkan persiapan himpunan dengan kebimbangan berdepan seran gan pihak polis dan tentera seberti sebelum ini.

Penduduk Raba'ah sokong himpunan pro-Morsi



MESIR: Sekumpulan penduduk Rabiatul Adawiyah menyatakan sokongan terhadap himpunan aman menentang rampasan kuasa yang dibuat penyokong Dr Muhammad Morsi di kawasan itu.

Dalam satu sidang media kelmarin, mereka mendakwa mereka juga bersama mendokong Morsi dan mentang sepenuhnya rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera.

Kenyataan itu sebagai respon kepada kenyataan Majlis Menteri-Menteri (Kerajaan Sementara) sebelum ini yang mengancam untuk meleraikan demonstrasi di Medan Rabiatul Adawiyah.

Mereka sebelum ini berkata, sebulat suara menyerahkan mandat kepada tentera melalui Menteri Pertahanan Abdul Fatah Al-Sisi untuk mengambil tindakan meleraikan penyokong Morsi di Rabaah dan Madinah Nasr.

Alasan yang diberikan kerajaan sementara adalah kerana himpunan aman tersebut sebagai aktiviti keganasan dan mengganggu lalu lintas penduduk setempat.

"Kami juga menuntut supaya pihak tentera berhenti menggunakan alasan keselamatan penduduk-penduduk Rabiatul Adawiyah untuk mengancam para demonstran di Medan Rabiatul Adawiyah," kata salah seorang penduduk dalam sidang media itu yang disiar oleh saluran RNN.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Ahli PAS mahu "Din Ayam" dihadap ke JK disiplin parti



 
Seorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

NONEDalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi (atas).

Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.

Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.

NONE"Berdasarkan tulisan tersebut sangat jelas, terang dan nyata bahawa Saudara Zaharudin Muhammad menyebut dan membuat tuduhan terbuka bahawa ada unsur-unsur sabotaj dalaman semasa pilihan raya umum ke-13, malah usaha sabotaj tersebut bertujuan menjatuhkan presiden dan timbalan mursyidul am (Datuk Haron Din).

"Ini adalah suatu tuduhan yang berat secara terbuka yang boleh menyebabkan pelbagai spekulasi buruk terhadap mana-mana pimpinan PAS mahupun ahli-ahli biasa PAS dan secara tidak langsung memberikan imej negatif terhadap PAS sendiri," surat itu dipetik.

Malaysiakini sudah menghubungi Zaharuddin (atas) bagaimanapun belum terdapat reaksi diberikan setakat ini.

Pemimpin tertinggi negara juga bersalah dalam rasuah RM30 juta Felda, kata Rafizi


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) mahu pemimpin tertinggi negara juga wajar dipersalahkan dalam penyelewengan syarikat usahasama Felda berjumlah RM30 juta, mendakwa kerajaan cuai dan tidak teliti sebagai punca ia berlaku.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa dua individu, Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.
"Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.
"Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi ini adalah di bawah tanggungjawab mereka," kata Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan media hari ini.
KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara.
KPFQ diilhamkan melalui projek Gedung Makanan Negara yang dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Rafizi: Siasat juga aspek kecuaian dalam KPF Quality





 
Siasatan terhadap kes RM30 juta melibatkan pegawai kanan anak syarikat Felda KPF Quality Foods Sdn Bhd tidak harus dihadkan kepada aspek penyelewengan tetapi perlu melihat kecuaian pemimpin tertinggi negara yang terbabit, kata PKR.

Parti itu juga mempersoalkan peranan wakil kerajaan dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan tiada penyelewengan kerana dalam kes KPF Quality, ia didakwa berlarutan dalam tempoh panjang.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilham dan melancarkan projek Gedung Makanan Negara perlu menjawab soalan itu kerana longgarnya tata kelola kerajaan dalam menentukan pelaburan dan usahasama dengan swasta.
"...siasatan dan pendakwaan berhubung kes ini tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tata kelola dan pelaburan kesemua anak syarikat Felda," katanya.

KITA TUNGGU KEPUTUSAN JAKIM...MEREKA NI HINA ISLAM KE TAK...???

Berikut antara petikan penghinaan pemimpin BN tentang Islam yang kita tercintai:

1."..apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia. Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...di padang pasir". - Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2.- "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad (3 Mac 1994, Nilam Puri, Kelantan)

3."Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
-Tun Dr. Mahathir Mohamad (14 Julai 1992)

4."Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - PM, Dato' Seri Najib Tun Razak (20 April 1983)

5."Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu. - Dato' Seri Najib Tun Razak, (20 April 1992)

6.Wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan - Dr Mashitah Ibrahim melalui kolumnya diakhbar 21 Jun 2005

8.Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek; Naib Presiden MCA, Dr Ng Yen Yen; Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe; serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Fong Chan Onn mengkritik calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang memilih untuk tidak bersalam dengan lelaki.

- Chua Soi Lek- "Normala memakai sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu nilai Islam, silalah undi PAS"
- Ng Yen Yen- "..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?" 
- Chua Tee Yong (Twitter) "Normala memakai sarung tangan dan pembantunya bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atas alasan kesihatan dan kebersihan."
- Fong Chan Onn (Twitter)- "Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?"
- Tan Lian Hoe (tuduh Normala angkuh)- "Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan perempuan, dia juga memakai sarungtangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor?"
9.Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang (Twitter) - "Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki 'jambu' di dalam PAS terangsang. Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlit termasuk bukan Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang."

10." pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam." - Presiden MCA Chua Soi Lek

11.Memo 9 Menteri BN kepada Perdana Menteri pada 2006 mempertikaikan kedudukan undang-undang Syariah.Minta semak semula peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tentang Mahkamah syariah -

-Dato' Seri S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya),
-Dato' Seri Ong Ka Ting (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan),
-Dato' Seri Lim Keng Yek (Menteri Tenaga , Air dan Komunikasi),
-Dato' Seri Chan Kong Choy (Menteri Pengangkutan),
-Dato' Seri Dr Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia),
-Dato' Dr Chua Soi Lek (Menteri Kesihatan),
-Dato' Dr Maximus Ongkili (Menteri Jabatan Perdana Menteri),
-Dato' Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan
-Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Jabatan Perdana Menteri).

12. Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11. Dalam temuramah dengan Ustaz Ahmad Awang mendedahkan bahawa dalam satu ceramah di Sungai Siput, Samy Vellu telah berkata: "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?".

13."..Agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu" - Dato' Zainuddin Maidin - Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001

14."Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan"- The Star, akhbar MCA

15."MCA sedia keluar BN jika Hudud dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011.

16."Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti" -PM, Dato' Seri Najib Tun Razak 24 September 2011

17.Memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang pekerja muslim dari bekerja di pusat hiburan yang terlibat dengan arak. - Naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, 16 Januari 1992

18.Mempertikai usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim. - Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew

Tipu PRU: SPR Kata Pergi Mahkamah, Sampai Mahkamah..Petisyen Ditolak Dan Bayar Kos..!!!

BATU GAJAH - Mahkamah Tinggi Pilihan Raya, di sini, menolak dengan kos dua petisyen yang difailkan pengundi bagi mencabar keputusan PRU13 di Dun Manjoi dan Dun Pasir Panjang pagi tadi.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian selepas mendapati petisyen tersebut gagal mematuhi peruntukan Kaedah 9 dan 34 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau memerintah kedua-dua pempetisyen, Ahmad Mansor dan Hamidun Ahmad membayar kos berjumlah RM105,000 untuk Dun Manjoi manakala RM120,000 untuk Dun Pasir Panjang.

Pada 30 Julai lalu, mahkamah sama turut menolak petisyen yang difailkan Pas bagi membatalkan keputusan pilihan raya Dun Pasir Panjang bersama-sama Dun Manong melalui pempetisyennya, Shamsul Sakri Che Din dan Jamil Dzulkarnain.

Polis Cegah Jenayah, Bukan Jaga Politik


nik nazmiSHAH ALAM 2 OGOS : Malaysia tidak memerlukan undang-undang ‘penahanan untuk pencegahan’ seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam usaha memerangi jenayah kerana ian terdedah kepada penyalahgunaan akta oleh kerajaan.
PKR turut mempertikaikan kononnya sebahagian besar aktiviti jenayah melibatkan keganasan yang menular akhir-akhir ini dilakukan oleh tahanan yang dibebaskan selepas pemansuhan EO.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, hujah yang dibangkitkan pihak-pihak yang ingin mengembalikan akta-akta tersebut tidak disertakan bukti kukuh dan jelas yang mengaitkan pemansuhan EO dan ISA kepada peningkatan kadar jenayah yang makin meningkat.
“Tanpa bukti kukuh, hujah pihak-pihak yang ingin memperkenalkan balik EO dan ISA itu adalah hanya pandangan semata-mata.
“Kami juga ingin mempersoalkan, mengapa anasir-anasir jenayah ini tidak boleh ditahan dan didakwa mengikut ketetapan undang-undang yang sedia ada?

Jakim putuskan video '1 Hari Di Hari Raya' hina Islam




 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim  memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
  
Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata SKMM akan merujuk kepada Jakim mengenai video itu sebelum membuat sebarang keputusan.
  
Ahmad Shabery berkata kes itu akan diserahkan kepada Peguam Negara jika Jakim memutuskan ia mencemar kesucian agama.
  
Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Tembak, bunuh: Purata 2 kes seminggu - KPRU

KUALA LUMPUR: Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) yang membuat kajian berhubung kadar kes tembak-bunuh mendapati purata sejumlah dua kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini.

Kajian yang dibuat itu mengutip kes bermula Januari hingga Julai tahun ini.

Berikut antara kes yang direkodkan dengan perkiraan "anggaran konservatif minimum berdasarkan liputan berita".


31/7/13 [Parit Buntar]


Seorang lelaki, N. Jeevandran, 26, yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.


29/7/13 [Bukit Mertajam]


G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang.,


29/7/13 [Kuala Lumpur]

Pengasas Arab-Malaysian Development Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan. Beliau berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian .


29/7/13 [Ipoh]

Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia 55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan mangsa-mangsa sedang minum di restoran dekat Kampung Simee bersama kawan dan dua lelaki bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.,


27/7/13 [Jempol]


Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.Mangsa dipercayai ditembak dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu. Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.,


26/7/13 [Temerloh]

Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke Jerantut, Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk dirawat.


24/7/13 [Kluang]


Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak.Kejadian itu berlaku apabila mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.
Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang.


19/7/13 [Semanggol]

Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol. Nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong, Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.,

Tembak Lagi: Peniaga emas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada jam 8.45 pagi tadi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan mangsa, Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata, Wong yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lalu, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75,  maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Duta ke Perancis: Dari tentera kepada polis


KUALA LUMPUR: Duta Malaysia ke Perancis dijangka akan bertukar dari bekas Ketua Angkatan Tentera kepada bekas Ketua Polis Negara tidak lama lagi.

Menurut sumber, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) akan mengambil alih tugas sebagai duta ke negara itu dari bekas Ketua Angkatan Tentera Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal hujung September ini.

Perancis dikira negara penting untuk Malaysia kerana di sana mahkamahnya sedang membicarakan perdana menteri Malaysia ekoran skandal Scorpean.

Ismail mula bersara wajib 17 Mei lalu selepas memberikan khidmat kira-kira 40 tahun sebagai anggota polis.

Bulan-bulan terakhir khidmatnya sebagai KPN adalah suasana yang penuh kontroversi dalam negara ini dengan pelbagai perkara yang berlaku.

Antaranya adalah pilihan raya umum ke 13 yang dianggap paling mendebarkan dan berakhir dengan kerajaan BN mendapat jumlah undi lebih kecil berbanding dengan Pakatan Rakyat.

KEADILAN: Malaysia tidak perlukan EO, ISA

KEADILAN memandang berat tuntutan sesetengah pihak yang ingin mengembalikan hak kerajaan untuk menahan suspek dibawah Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Malaysia tidak memerlukan undang-undang ‘penahanan untuk pencegahan’ seperti ini, yang boleh disalahgunakan oleh kerajaan. Lebih-lebih lagi pada masa kini, di mana kepercayaan rakyat kepada institusi-institusi awam adalah amat rendah, dan pendapat awam adalah sangat berbelah-bahagi.
Pihak yang ingin mengembalikan undang-undang ini telah mendapat sokongan daripada sesetengah individu penting didalam kerajaan. Mereka berpendapat, rang undang-undang ini diperlukan untuk menangani kadar jenayah yang kian menular.
Mereka juga berhujah bahawa, sebahagian besar aktiviti jenayah yang melibatkan keganasan telah dilakukan oleh tahanan yang dibebaskan selepas pemansuhan EO.
Kami mempertikaikan pandangan tersebut kerana tiada bukti kukuh yang mengaitkan pemansuhan EO dan ISA kepada kadar jenayah ganas yang kini semakin menular. Tanpa bukti kukuh, hujahan pihak-pihak yang ingin memperkenalkan balik EO dan ISA, adalah hanya pandangan semata-mata.
Kami juga ingin mempersoalkan, mengapa anasir-anasir jenayah ini tidak boleh ditahan dan didakwa mengikut  ketetapan undang-undang yang sedia ada?
Mengapa pihak berkuasa berpendapat bahawa hanya penahanan tanpa perbicaraan – yang biasanya hanya digunakan pada zaman darurat – boleh menangani jenayah ganas? Apakah yang menghalang pihak berkuasa daripada bertindak terhadap jenayah dan penjenayah mengikut ketetapan undang- undang yang sedia ada?
Malaysia tidak lagi memerlukan undang-undang yang menzalimi dan memecah belahkan masyarakat. Undang-undang sedemikian pernah dan boleh disalahgunakan oleh kerajaan untuk tujuan politik.
Apa yang Malaysia perlukan sekarang, tetapi tidak dapat diberikan oleh pihak kerajaan ,adalah lebih ramai pegawai polis dimana masa dan sumber mereka didedikasikan terhadap pencegahan jenayah dan bukan terhadap dakwaan selektif berunsurkan politik.

Aksi di bulan Ramadan punca M'sia kalah, kata Rajagopal...!!!!!

Beraksi dalam bulan Ramadan merupakan punca skuad Harimau Malaya tewas dalam tiga perlawanan persahabatan menentang kelab liga Jepun, kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal.

NONESkuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanah air hari ini, kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelab divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0.

Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagobal berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam.

"Pada perlawanan pertama dengan Shimizu S-Pulse keputusannya tidak terlalu teruk kerana kita bermain selepas berbuka namun pada perlawanan persahabatan kedua dan ketiga kita bermain pada waktu siang," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, hari ini.

Rajagobal berkata kekalahan itu memberi pengajaran bahawa jika mahu bermain dengan kelab-kelab yang berada di tahap tinggi, adalah tidak sesuai diadakan pada bulan Ramadan.

Kunjungan ke Jepun yang bermula pada 23 Julai lepas itu adalah sebagai persiapan skuad kebangsaan menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, Oktober ini.

Mahkamah Pilihan Raya untuk orang kaya?

SHAH ALAM -  Pas menyifatkan Mahkamah Pilihan Raya yang menjadi tempat terakhir saluran sah rakyat mengadu kepincangan proses pilihan raya di negara ini, kini bertukar menjadi jalan buntu.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengenakan penalti melampau pada para pempetisyen, ianya dilihat seolah-olah ingin menyekat rakyat daripada mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Mahkamah sepatutnya menjadi tempat rakyat mengadu serta mendapatkan keadilan.

“Ia adalah jalan terakhir bagi rakyat kerana ia menelan belanja yang tinggi. Kos penalti yang diperintah bayar untuk petisyen pilihan raya yang sangat tidak munasabah ini bukanlah satu usaha positif bagi rakyat  menjadikan mahkamah sebagai tempat mengadu permasalahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen yang difailkan BN dan PR di peringkat awal sebutan kes dengan alasan teknikal sahaja.

Menurutnya lagi, apakah dengan mengenakan penalti  yang tinggi ini untuk menyekat pihak tertentu daripada membuat petisyen atau pun satu ikutan baru dalam mahkamah.

"Bagi saya penalti yang tinggi ialah amaran tersirat agar setiap kali pilihan raya jangan ada pihak yang berani membuat petisyen walaupun tidak berpuashati.

“Atau ini satu ikutan baru dalam kehakiman?,” soalnya.

Tindakan diambil jika ahli Pas terlibat Syiah

KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak teragak-agak ambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti itu sekiranya terbukti mereka terlibat ajaran Syiah.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya memandang serius isu itu dan tindakan memecat ahli yang terlibat boleh diambil jika terbukti penglibatan mereka dalam ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunah wal Jamaah itu.

“Kalau ada bukti kita akan pecat mereka (ahli Pas) yang menganut fahaman Syiah, sekarang kita tidak mempunyai bukti di kalangan ahli Pas yang mengamalkan Syiah, walaupun terdapat tohmahan bahawa ada pimpinan dan ahli Pas ini yang mengamalkan Syiah.

“Kita tidak ada bukti jadi kita tidak boleh bertindak semata-mata di atas dakwaan dan tohmahan itu sahaja. Sehingga kini kita tidak ada laporan, kalau ada kita akan siasat,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco.

Katanya, sebelum ini kepimpinan parti itu menyebut mana-mana ahli (Pas) yang berpegang kepada ajaran Syiah diminta keluar daripada Pas.

TGNA: Peliharalah aib orang lain

Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
TAHASSUS (mengendap mencari rahsia dengan mata dan telinga) dan tajassus (mencungkil rahsia buruk seseorang), kedua-duanya ditegah oleh Islam.

Kecuali berlaku jenayah dalam negeri dan seseorang itu ditugaskan oleh pihak berwajib menyiasat bagi membasmi jenayah tersebut.

Pegawai khas yang ditugaskan untuk menyiasat jenayah itu mestilah melakukan tugasnya, berhak untuk bertanya sesiapa jua untuk mencari punca jenayah tersebut. Hingga jenayah dan penjenayah dapat dibasmi dalam negeri.

Bertugas menyiasat berbeza dengan orang yang mengintip dan mencari keburukan orang lain, tugas yang dipikulkan seorang pegawai penyiasat mengharuskan dia berbuat sesuatu yang melibatkan pengintipan rahsia (tajassus).

Jika tidak berbuat demikian maka jenayah tidak mungkin dapat dibasmi, rakyat sentiasa bimbang dengan meningkatnya kadar jenayah.

Ada perbezaan yang nyata antara mencungkil rahsia untuk memuaskan nafsu dengan petugas khas mencari punca rahsia untuk membasmi jenayah. Justeru pegawai berkenaan apabila menjalankan penyiasatan tidak boleh berat sebelah.

Ini kerana ia mendatangkan ketidakadilan, sedangkan tugasnya menghendaki yang didapati bersalah untuk dihukumkan salah, yang tidak bersalah segera dibebas. Jika berat sebelah dalam penyiasatan mungkin akan berlaku kezaliman. Orang yang bersikap seolah-olah tidak tahu keaiban orang secara personal, tidak menceritakan kepada pihak lain adalah tanda orang itu beragama.

Orang beragama itu bukan saja dia mempunyai banyak ilmu, tetapi berperangai murni kerana tidak mencerita dan mendedahkan keburukan orang.

Ketahuilah sesungguhnya tidak sempurna iman seserorang itu, selagi dia tidak sayang kepada kawannya apa jua perkara yang ia sayang untuk dirinya.

Muflis: Keadaan kewangan kakitangan awam dalam bahaya....kakitangan swasta.??


Bayangkan seorang kakitangan awam diisytiharkan muflis setiap jam bekerja setiap hari. Mereka sepatutnya tidak patut jadi begitu – begitu juga anda.
Ia sebenarnya apa yang berlaku dua tahun lalu, pada 2011. Pada tahun itu, kira-kira 3,000 kakitangan awam muflis, seperti didedahkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada The Malaysian Insider.
Jumlah itu hanya suku peratus daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan awam dan pegawai di Malaysia.
Tetapi, sebenarnya angka muflis yang rasmi tidak memberi gambaran sebenar. Sebenarnya, ia membabitkan kohot yang lebih luas dan terdesak, berusaha keras untuk bertahan, seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider sebelum ini di link http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/living-on-the-outskirts-of-their-income-the-malaysian-civil-servant>
Mengapa mereka perlu bersusah payah mengimbangi pendapatan isi rumah?
Ramai yang tinggal di kawasan perumahan yang di luar kemampuan pendapatan mereka untuk berlagak dengan keluarga dan jiran.
Malah, lintah darat atau Ah Long juga mendedahkan bahawa kebanyakan kakitangan awam tidak meminjam duit untuk aktiviti seperti berjudi. Tetapi, mereka pinjam duit untuk membeli perabot, ubah suai rumah, beli kereta baru atau menguruskan permintaan keluarga pada musim perayaan, contohnya sambutan Hari Raya minggu depan.
Sesekali, mereka pinjam kerana menjadi mangsa kenaifan apabila rakan atau keluarga mengambil kesempatan menjadikan mereka penjamin bagi pinjaman kemudian gagal membayarnya menyebabkan mereka terpaksa membayarkan pinjaman itu selepas disaman.

Chai Muktamar: Kota Damansara menghantui PAS Selangor, Dr Rani letak jawatan?


Dua minggu lalu, Dr Rani Osman (gambar) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta tempatnya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor digantikan orang lain.
Namun, pada 31 Julai, beliau menghantar satu lagi SMS memaklumkan beliau bersedia mengekalkan jawatan itu jika diamanahkan oleh pucuk pimpinan PAS.
Ketika SMS pertama dihantar, PAS sedang hangat membincangkan isu Kota Damansara yang menghantui parti itu kerana disalahkan akibatkan kekalahan calon dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Calon PAS bertanding di situ dan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, PKR dan Barisan Nasional (BN).
Hasilnya, BN menang dan PR kehilangan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Lebih pun mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan, lobi demi lobi dan sebagainya menjelang pilihan raya ke-13 lalu, amat memenatkannya.
Dr Rani tidak mengejar jawatan. Beliau menerimanya berdasarkan amanah jamaah dan tanggungjawab.
Selepas pilihan raya umum lalu - dalam satu mesyuarat dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor – nama Dr. Rani disenarai sebagai exco kerajaan negeri bersama tiga lagi pemimpin PAS.
Nama mereka dikemaskini sebelum dihantar kepada Sultan Selangor untuk pengesahan sebelum dilantik sebagai exco.
"Ketika itu, Dr Yunus Khairi gembira bukan main kerana namanya terkeluar dari senarai. Isteri beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana 'memberikan' semula suaminya," kata Dr Rani ketika ditemui The Malaysian Insider di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, pada Rabu.
Keesokannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menelefon memaklumkan senarai terkini exco Selangor yang diterima Istana. Nama Dr Rani terkeluar dari senarai itu dan nama Dr Yunus terpilih.
"Betul ke Tok Guru? Confirm ke? Presiden kata ye confirm, baru lepas bercakap dengan Tan Sri Khalid. Kau tahu apa aku buat, aku takbir," kata Dr Rani dengan penuh semangat.
Inilah cerita yang beliau kongsikan ketika ditanya - adakah beliau mahu melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor selepas tidak terpilih sebagai exco.
Bagi Dr Rani, memegang jawatan exco adalah bebanan dan bakal berhadapan pengiraan yang teruk di akhirat.
Atas sebab itulah, beliau berasa tidak mampu lagi memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri  itu selepas Muktamar Tahunan November ini.
Pihak yang paling marah dengan tindakan Dr Rani itu ialah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim selalu disebut beliau sebagai Presiden Kelab 52 iaitu kelab orang-orang yang rendah ketinggiannya, bawah lima kaki dua inci, sebagaimana beliau.
"Ingat anta (awak) sorang je ke yang nak letak jawatan kalau boleh. Ana pun nak, tetapi ini amanah," kata Tuan Ibrahim kepadanya.

Harga gas memasak naik, PAS tuntut penjelasan

KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan berhubung surat pekeliling yang memaklumkan berlakunya kenaikan harga gas memasak berkuatkuasa hari ini.

Surat pekeliling tersebut kini diedarkan melalui laman Facebook dan ditujukan kepada pemborong, penjual dan pelanggan gas Petronas turut memberitahu alasan mengapa kenaikan itu berlaku.

Jika benar kenaikan gas memasak berlaku berdasarkan pekeliling itu, Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan ianya sangat tidak wajar dalam suasana pengguna yang cukup tertekan dengan pelbagai kenaikan harga barang mutakhir ini.

Apatah lagi katanya, alasan kenaikan gas kerana selaras dengan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta sepertimana  yang tercatat di pekeliling itu adalah sangat tidak munasabah.

"Alasan tidak munasabah, macam mana dengan orang yang bekerja di kampung dan bekerja sendiri, mereka tidak ada kenaikan gaji minimum. Saya fikir satu tindakan yang tidak wajar," katanya kepada Harakahdaily.

Harga gas memasak tidak naik ...Harga upah hantar yang naik...Jawapanya tetap naik lah...!!!

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlakunya kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi seperti didakwa oleh beberapa laman blog dan laman sosial.
Harga gas memasak tidak naikPengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNKK, Dr. Noor Zari Hamat berkata, tidak berlaku sebarang kenaikan harga untuk gas memasak kerana ia merupakan barangan kawalan.
"Perkara sebenar yang berlaku ialah apabila kadar bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran tong gas LPG dari kedai ke rumah pengguna.
"Walau bagaimanapun, kadar bayaran ini adalah hak individu dan pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, beberapa laman blog dikesan menyebarkan surat notis daripada Potensi Cerah Sdn. Bhd. iaitu stokis gas Petronas Perak tentang harga baharu jualan gas Petronas.
Kandungan surat itu jelas menyatakan bahawa harga gas memasak adalah harga kawalan kerajaan dan hanya upah penghantaran sahaja dikenakan.

Chai Muktamar: Surat Terbuka Ke 2 untuk Tuan Guru Nik Aziz


Saya menekuni tulisan-tulisan ‘balas’ yang di buat oleh Nasrudin Hassan semalam dan yang terbaru dari Zaharudin Muhammad pada pagi ini.
Secara sepintas lalu kedua-duanya seakan memperlekehkan coretan saya buat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz atau bahasa mudahnya, surat saya tersebut tiada nilainya dan ia ‘dibakul sampahkan’ oleh kedua mereka.
Namun tidak mengapa, yang pastinya semua orang baik kalangan ahli dan penyokong PAS mahupun yang bukan dapat melihat satu perkara yang pasti iaitu memang wujud puak-puak atau team yang bercakaran dalam PAS sekarang ini!
Inilah yang di bimbangi oleh saya dan rasanya inilah yang di bimbangi oleh semua ahli dan penyokong PAS dan respon mereka berdua mengiyakan perkara tersebut.
Walaupun saya di tuduh menabur fitnah dengan susunan ayat yang menarik oleh Nasrudin selaku penceramah yang hebat namun dengan penuh rendah diri dan keinsafan saya ingin meminta semua pihak berlapang dada serta membuka minda dan mata dengan seluas-luasnya berkenaan isu ini.
Yang dikatakan fitnah bertebaran, fitnah makin marak di susuli oleh pelbagai ayat-ayat Al Quran ddan hadis memperingatkan betapa bahayanya fitnah dan celakanya mereka yang menyebarkan fitnah membuatkan semua orang terlupa fitnah yang sebenarnya ialah masalah kedua-dua puak ini!
Baik dari yang di gelar ulamak mahupun profesional. Dua-dua memainkan peranan umpama api dalam sekam, tikam-menikam antara satu sama lain, dalam mesyuarat lain keluar mesyuarat lain pula halnya.
Keputusan mesyuarat belum keluar tapi ‘wassup’ dah lima kali pusing dunia mencari sasaran untuk di war-warkan.
Siapakah pelaku ini semua? Mereka inilah dari kalangan yang di gelar ulamak dan profesional dalam jemaah yang kita sayangi ini.
Kalau ada yang melenting marahkan saya mengaitkan Nasrudin dengan Lynas dan juga Nik Abduh dengan gaya hidupnya yang mewah tidak sebanding Tuan Guru, saya pohon kemaafanlah atas teguran tersebut tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak sama sekali secara semborono menuduh atau memfitnah mereka berdua.
Walaupun Nasrudin menaip panjang berjela akan alkisah kewangan beliau dan betapa sederhananya penghidupan beliau, saya cuma mampu menggelengkan kepala membaca karangan beliau tersebut.

Polis minta tak tolak saranan bulat-bulat



 
Polis meminta masyarakat agar menilai cadangan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung akta pencegahan jenayah (PCA) baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat.
NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (kiri) berkata orang ramai tidak seharusnya menolak bulat-bulat saranan yang dibuat beberapa pihak terutamanya jika ia mendatangkan manfaat kepada mereka, terutama dalam mengekang jenayah.
Beliau menegaskan akta berkenaan diperlukan polis memandangkan dua akta iaitu Akta Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) telah dimansuhkan.
"Saya minta masyarakat menilai. Memanglah ia (cadangan) hak mereka untuk terima atau tidak, tapi bagi kita, kita memang perlukannya," katanya pada sidang media selepas Kempen Balik Kampung Rumah Selamat Keluarga Sejahtera di Petaling Jaya semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menghantar draf pertama set undang-undang baharu untuk menggantikan EO ke Jabatan Peguam Negara.
Bagaimanapun, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dilaporkan mencadangkan agar PCA sedia ada diperbaiki bagi memberi kuasa kepada polis untuk memerangi jenayah berat, dan bukannya memperkenalkan satu akta baru yang berfungsi sama seperti EO.

'Undang-undang Islam boleh ganti ISA, EO'

Undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, kata Pemuda PAS.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah.

"Undang-undang Allah ada keberkatan, (ia mekanisme) tegah dan kawal daripada Allah SWT yang selama ini hilang dari perlaksanaan undang-undang negara kita dan akhirnya jenayah tidak pernah surut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lanjut cadangnya sebelum ini yang menggesa undang-undang syariah digunakan bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya.

Anggota Parlimen Temerloh itu pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada.

Berpada-Padalah Dan Jangan Jadi Gila Kerana Akta Hasutan...

Oleh Shabudin Husin
Kenyataan Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar yang mahu seorang ibu yang memulakan kehangatan isu murid makan di bilik persalinan di SK Sri Pristana dengan memuatkan gambar berkenaan di laman sosial Facebook, disiasat dibawah Akta Hasutan memang dianggap keterlaluan dan seperti memercikkan minyak petrol keatas api yang sedang terbakar. 

Sebagai pemimpin, meskipun baru digugurkan sebagai menteri dan dinaikkan pula sebagai Pengerusi UMNO Selangor, beliau tidak seharusnya berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk sebagai seorang pembela.

Tindakan beliau bukan saja menimbulkan keresahan kepada kepada rakyat, bahkan Presiden MCA Chua Soi Lek pun tidak dapat menahan dirinya daripada memberi komen sehingga mengatakan "Noh Omar sudah gila".

Memang ada gilanya dengan kenyataan Noh Omar itu. Jika pun ibu berkenanaan ingin disiasat, ia hanya perlu disiasat dibawah undang-undang lain, bukannya Akta Hasutan. Ini kerana beliau hanya tidak menggunakan saluran yang betul dalam meluahkan rasa tidak puas hatinya tetapi beliau tidak pernah sesekali mengaitkan isu makan di bilik persalinan itu dengan isu perkauman.

Tidaklah perlu juga, sebagaimana yang dilaporkan di media-media bahawa Noh Omar ingin menulis surat kepada pihak polis supaya tindakan segera diambil terhadap ibu berkenaan. Sekali lagi, beliau dilihat seperti ingin menunjuk-nunjuk semangat Kemelayuannya kepada umum.

Yang menjadikannya isu perkauman ialah beberapa blog dan pengendali laman sosial lain. Harus juga dicari apakah punca masalah kepada terjadinya insiden makan di bilik persalinan itu. Apakah ia sengaja dilakukan, ruang kantin yang sempit, sekolah kekurangan peruntukan atau sebagainya. Itulah yang sepatutnya diambil perhatian dengan bijaksana oleh Noh Omar dan kemudian mengemukakan cara penyelesaiannya, bukannya mencadangkan Akta Hasutan digunakan sambil menunjukkan wajah garangnya kepada umum.

Apa jadi bila polis sudah berkomplot dengan penjenayah ...

Ahmad Lutfi Othman
Bumi Mesir terus menggelegak. Darah syuhada di bumi para anbiya itu mengalir deras. Pesta pembunuhan seolah-olah baru bermula. Rakyat dengan tangan kosong ditembak di kepala, bertujuan untuk membunuh.

Ikhwanul Muslimin kembali meniti liku-liku sukar sepertimana 60 tahun dulu. Tuduhan palsu berulang untuk mensabitkan pemimpinnya, termasuk Morsi, dengan jenayah berat, yang mungkin membawa hukuman mati.
Kudeta tentera yang menguburkan suara rakyat mendedahkan bukan saja hipokrasi Barat yang selama ini kononnya mempamerkan imej wira demokrasi tetapi menyerlahkan sikap lapuk kerajaan Malaysia sendiri, yang "tidak mahu campur tangan".  Dua ahli Parlimen DAP, V Sivakumar dan Liew Chin Tong membidas: "Jika Malaysia tidak bersuara untuk kebenaran, keamanan, hak asasi manusia dan demokrasi di dunia Muslim, negara mana lagi yang akan bersuara?"
(Sikap negara Islam khususnya di Timur Tengah lebih aneh lagi. Seperti kata Prof Dr Redzuan Othman, ketika saya menemubualnya, pertengahan Julai lalu: "Anehnya, rampasan kuasa di Mesir bukannya dikutuk, tetapi sebaliknya dijanjikan dengan bantuan kewangan. Arab Saudi dan beberapa negara Teluk yang merupakan sekutu kuat AS dan amat khuatir dengan perluasan pengaruh Ikhwanul Muslimin menjanjikan bantuan sebanyak USD 12 billion kepada Mesir sebaik-baik sahaja Morsi dilucutkan jawatan oleh tentera.")
Najib Razak seperti  menunggu restu Amerika Syarikat dan kuasa Eropah sebelum memberi respons lebih tegas. Tiga isu besar didiamkan: Kerajaan yang dipilih secara demokratik digulingkan; presiden terus ditahan secara misteri; dan penyokongnya yang memprotes dibunuh.
Gerakan Islam dan masyarakat sivil, termasuk di Malaysia perlu lebih proaktif. Justeru, saya menyokong sepenuhnya gesaan Cikgu Azmi Abd Hamid dan gabungan NGO Muslim agar digerakkan satu demonstrasi besar-besaran di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, setidak-tidaknya menyamai himpunan raksasa Bersih.
Ya, salurkan juga bantuan kewangan, sekurang-kurangnya untuk membiayai juadah iftar dan sahur demonstran di Dataran Rabaah Adawiyah, Kaherah, sambil merebut kelebihan 10 hari terakhir Ramadan, selain pahala berlipat ganda memberi makan orang berbuka puasa.  Ada rakan-rakan di sana yang boleh menyampaikan terus kepada aktivis yang istiqamah berkhemah menuntut keadilan, insya-Allah.
Dalam negara pula, maruah dan integriti pihak polis -- juga keupayaan kerajaan persekutuan untuk menjaga keselamatan -- terjejas dengan cukup teruk-dahsyat apabila siri tragedi pembunuhan dan tembakan di siang hari menggunakan senjata api, tanpa motif rompakan atau samun, semakin berleluasa.

Fahami Tugas dan Tanggungjawab Utusan Yang Menjadi Lidah Rasmi UMNO..!!!

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sesuatu yang mengecewakan kalau anggota parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya diperingkat pemimpin sendiri tidak memahami peranan dan tanggungjawab Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain yang sejiwaraga dan sebusuk dengannya.

Utusan adalah lidah Umno di mana status atau wasilahnya dengan Umno samalah seperti Harakah dengan Pas atau Suara Keadilan dengan PKR dan Roket dengan DAP. Sebagai lidah Umno ia akan bersuara untuk kepentingan Umno, berkerja dan berikhitar juga atas kepentingan Umno. Utusan akan bermaharajalela demi Umno. Ia tidak ada sehama simpati dan keadilan pun kepada pihak dianggap lawannya. Itu sumpahnya.

Sesuai dengan Umno parti sekular, kegiatan media massa seperti Utusan juga tidak mengambil kira soal etika dalam profesyen, adat budaya dan juga syariat agama. Apa yang akhbar itu pentingkan ia tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab agar tuannya, Umno terus hidup dan berkuasa. Bagi Utusan seolah-olah tidak ada hari penghisaban dan pembalasan.

Para penggerak Utusan kandati bertaraf profesional, tahu akan falsafah dan matlamat sesebuah akhabr sebagai media awam, tetapi mereka abaikan. Kenapa, kerana mereka juga mahu menumpang hidup bersama parti yang mereka sanjung. Nasib dan masa depan mereka terletak kepada parti berkenaan. Mereka tidak ubah dengan golongan jahil murakab yang yakin dengan mitos kurafah bahawa Umnolah satu-satunya parti yang membela dan membantu mereka.

Bertolak dari kefahaman itu maka mereka akan berusaha bermati-matinya, memeras kudrat dan akal mereka menjaga kepentingan Umno. Ia bukan baru tetapi sikap dan tindakan ini berwarisan. Sejak zaman Utusan diketuai Zainuddin Maidin membawa kepada Johan Jaaffar kemudian Khalid Abdullah hinggalah kini. Kalau pun ada sedikit pengenduran serangan Utusan ke atas pembangkang (Pas) khasnya pada era Johan Jaaffar.

Hakikat ini patut disedari oleh pihak parti lawan Umno terutamanya diperingkat pemimpin. Bahawa Utusan bukan lagi medium rakyat tetapi perkakas usang buat Umno. Utusan bukan lagi agen pembentuk fikiran rakyat agar waras, dinamik dan progresif, tetapi perkakas menyesat dan mengusutkan minda rakyat. Unsur-unsur rasis dan fitnah menjadi mainan kesukaan akhbar berkenaan.

Jangan sekadar mengganti UMNO

oleh Lim Hong Siang
Sebagaimana yang kita maklum, UMNO-Barisan Nasional telah menang dalam PRK Kuala Besut setelah menabur peruntukan kira-kira RM 500 juta sepanjang tempoh kempen. Angka anggaran ini boleh dikembangkan pula untuk menilai sejauh manakah kejayaan BN kali ini. Dengan jumlah pengundi seramai 17,679 orang, maka ia bermakna setiap pengundi bernilai lebih daripada RM 25,000


Seandainya diperbesarkan lagi, maka dengan tambahan 158 undi majoriti, kita boleh menyimpulkan bahawa BN telah membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk satu undi majoriti yang menambah. Kita sedikitpun tidak terbeliak dengan angka ini, seolah-olah PRK diadakan untuk memecah rekod jumlah peruntukan yang ditabur dalam PRK sebelumnya. Malah tiada sekatan dalam hal ini, sehingga Presiden UMNO Najib Razak tanpa segan silu menyogok pengundi secara terbuka ketika PRK Hulu Selangor pada tahun 2010 - cek bernilai RM3 juta akan dimasukkan pada hari Isnin, dengan syarat calon BN menang pada hari Ahad. SPR tetap berdiam diri dengan bahan bukti yang sedia ada - sama ada dalam bentuk laporan media bercetak, mahupun rakaman video - menyaksikan bagaimana Najib melanggar undang-undang secara terang-terang.
Bukan sahaja wang sogokan dan projek yang diperuntukkan, tetapi juga ugutan yang pelbagai. Kakitangan kerajaan diugut, apabila menunjukkan kecenderungan menyokong PR. Kesemua ini datang dalam satu pakej, dengan formula beli, ugut dan menang. Maka kita terpaksa akur jugalah apabila pengasas UMNO Baru, Mathathir Mohamad menyifatkannya sebagai syaitan yang dikenali.
Namun demikian, persoalan yang bakal dibangkitkan berikut bukan retorik politik, atau propaganda. Sejauh manakah UMNO-BN boleh menang tanpa sogokan, peruntukan projek, malah ugutan? Persoalan ini harus kita teliti dan jawab dengan jujur. Seandainya UMNO tetap meraih undi tanpa sogokan dan ugutan, maka kita sedia mengiktiraf hakikat bahawa parti politik ini masih disokong pengundi. Namun, jikalau undi yang diraihnya semata-mata kerana sogokan dan ugutan, maknanya undi itu bukan tanda sokongan, tetapi sebagai barang dagangan, atau tebusan. Pengundi memangkah BN kerana godaan wang, atau ketakutan kepada sang penguasa.

Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu? Kenapa perlu kita menyiasata beliau di bawah Akta ini?


Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?

Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja. Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.

Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan. Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Inilah yang meriaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat?