Rabu, 31 Julai 2013

DAP pertikai arahan RoS adakan pemilihan semula


Guan Eng persoal peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai RoS. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd Halim untuk Guan Eng persoal peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai RoS. Gambar The Malaysian Insider, Afif Abd HalimDAP tidak berpuas hati dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang meminta parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa parti, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung DAP itu juga meminta penjelasan RoS, dari sudut mana mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan parti yang dijalankan Disember lalu mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966.
Beliau berkata, RoS perlu menjelaskan peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai bagi meminta DAP untuk mengadakan semula pemilihan parti.

Penunggang motosikal mati ditembak

Petisyen PRU13-Apa kata Hanifa Maidin Peguam PAS


Mohamed Hanipa Maidin,31 Jul 2013

Ramai sudah mengetahui banyak petisyen pilihanraya yang difailkan khususnya oleh PAS dan PKR telah ditolak oleh Mahkamah di peringkat bantahan awal lagi. Setakat artikel ini ditulis 5 petisyen yang difailkan oleh PAS di Kelantan telah ditolak. Begitu juga 2 petisyen PKR di Kelantan juga ditolak. Petisyen PAS bagi Parlimen Titiwangsa juga ditolak. Begitu juga Petisyen Parlimen Setiawangsa yang difailkan PKR juga ditolak. Petisyen Dun Mahkota di Johor juga ditolak meskipun wujudnya banyak Borang 14 yang mengandungi maklumat tidak betul yang dilakukan oleh SPR dan menjejaskan keputusan pilihanraya.

Untuk berlaku adil terdapat juga beberapa petisyen yang Umno failkan juga dtolak. Hampir semua petisyen yang ditolak , Mahkamah mengenakan kos yang agak tinggi. Ini menimbulkan spekulasi yang tidak sihat iaitu adakah Mahkamah ingin memberi satu mesej kepada mereka yang ingin memfailkan petisyen pilihanraya pada masa akan datang supaya berjaga-jaga kerana anda mungkin akan dikenakan kos yang tinggi jika kalah. Selain itu ia juga mengundang satu mesej bahawa mana mana petisyen yang telah difailkan tapi belum didengar lagi setakat ini adalah lebih baik ditarik balik petisyen tersebut.

Semasa pendengaran petisyen PAS bagi Parlimen Kuala Selangor, peguam Umno Dato Hafarizam meminta Mahkamah mengenakan kos yang tinggi iaitu lebih dari RM30 ribu kerana beliau mahu membankrapkan Pempetisyen. Kata beliau seseorang hanya boleh dibankrapkan jika hutang lebih RM30 ribu.

Ketika tiba giliran saya berhujah saya katakan kami failkan petisyen bukan untuk membankrapkan sesiapa. Sebaliknya kami failkan petisyen kerana ini sahaja saluran undang-undang yang kami ada untuk meminta Mahkamah membetulkan kepincangan dan salah urus pilihanraya yang dilakukan olen SPR . Petisyen difailkan, saya kata, bagi memastikan kesucian (sanctity) dan kebersihan (purity) sistem pilihanraya sentiasa dipelihara. Saya katakan biarlah mana mana calon yang menang sesuatu pilihanraya hasil dari satu pertandingan yang sihat dan adil dan bukan secara menipu dan melanggar undang-undang.

Saya pernah menulis di ruangan ini bahawa hakikatnya Mahkamah Piliharaya bukan forum yang boleh diharap membetulkan kepincangan sistem pilihanraya negara ini. Keyakinan saya itu hasil dari pengalaman mengendalikan banyak kes petisyen pilihanraya dalam tempoh masa hampir 15 tahun. Melihat kepada beberapa keputusan Mahkamah Pilihanraya pada kali ini saya makin hampir ingin menyatakan tidak perlu lagi Pakatan bersusah payah mengguna saloran Mahkamah untuk mengadu hal kepincangan pilihanraya. Buang masa , tenaga dan wang ringgit.

Tapi itulah yang Umno inginkan! Dan itulah dilema yang Pakatan hadapi. Guna saloran undang undang, Mahkamah meletakkan pelbagai halangan teknikal untuk menyusahkan perbicaraan petisyen. Guna saloran di luar Mahkamah seperti berdemo menentang kepincangan sistem pilihanraya dkatakan tidak menghormati keputusan pilihanraya meskipun keputusan tipu dan mungkin akan didakwa pula di bawah Akta Perhimpunan Aman .

TERKINI : DAP MENOLAK ARAHAN ROS UNTUK ADAKAN PEMILIHAN SEMULA

Pemimpin DAP adakan sidang akhbar menolak arahan ROS yg mahu DAP adakan pemilihan semula.Penindasan politik oleh UMNO

Isu Lahad Datu - Bukti Takde, Tapi Menteri Dah Kecoh Kaitkan Dengan Pembangkang?


Apa neh?

Bukti belum cukup sempurna, belum cukup kuat, belum cukup kredibel untuk mengaitkan insiden tersebut dengan mana2 pemimpin pembangkang tetapi menteri dah keluarkan kenyataan di akhbar bahawa 3 pemimpin kanan pembangkang terbabit dalam insiden Lahad Datu?


Pada 26 April lalu, bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berkata, kementerian itu telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden di Lahad Datu.

Zahid berkata, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya. 

Maksud ;

1. Kementerian dah kenal pasti 3 pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dalam insiden Lahad Datu.

2. Maklumat2 dan butiran mengenai hal tersebut akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya.

3. Berita pada 26 april 2013.

Sekarang? Dah berbulan2 berlalu, usah kata nak dakwa, bukti pun sebenarnya tak berapa nak cukup. Aku bukan suka2 nak cakap gini tapi PDRM sendiri yang sahkan melalui kenyataan media oleh KPN sendiri baru2 neh.

Baca bawah ;

Suaram desak Jasbir dedah rundingan penuh Scorpene


KUALA LUMPUR 31 JULAI: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa saksi kes Scorpene di Perancis, Jasbir Singh Chahl mendedahkan sepenuhnya maklumat urus niaga pembelian kapal selam itu kepada media arus perdana.
CPengarah Eksekutif NGO hak asasi itu, Cynthia Gabriel berkata, Jasbir menerusi wawancara dengan akhbar New Straits Times tidak mengemukakan perincian penuh mengenai perjanjian pembelian kapal tersebut.
Beliau mendedahkan, Jasbir telah digugurkan sebagai perunding bagi pembelian dua kapal selam Scorpene tersebut, yang kemudian digantikan dengan perunding pertahanan, Abdul Razak Baginda.
Cynthia mendakwa, Jasbir juga bertindak memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak, dan kemudian diselesaikan di luar mahkamah.
“Kami harap Jasbir mengambil langkah seterusnya untuk mendedahkan semua perkara yang beliau tahu mengenai perolehan pembelian Scorpene. Mengapa beliau dipecat dari rundingan tersebut?
“Beliau tidak mendedahkan sepenuhnya apa yang diketahuinya dalam temubual dengan NST,” kata Cynthia pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, petang semalam.
Menurut Cynthia, kenyataan Jasbir dalam wawancara itu menjadikan bukti siasatan pihak pendakwaan Perancis terhadap kes pembelian kapal selam Scorpene semakin kuat.
Justeru, Suaram mendesak Jasbir dan saksi-saksi lain supaya bekerjasama dengan pihak penyiasatan Perancis agar kebenaran dalam kes ini segera dapat didedahkan.
“Kita mengingatkan pihak media bahawa beliau (Jasbir) adalah orang yang sama yang hanya pada tahun lepas mengeluarkan penafian kukuh bahawa dia telah terlibat dalam pemerolehan Scorpene.
“Ini berikutan pendedahan Suaram bahawa dia akan menjadi antara saksi utama untuk dipanggil memberi keterangan dalam tribunal di Perancis,” jelasnya.

Dari 60 negara Pasifik, hanya 12 sahaja yang terlibat dalam TPPA

Oleh Mohammad Agus Yusoff.
Pada sebelah pagi Khamis (1 Ogos 2013), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengadakan hari terbuka di Matrade, Jalan Duta. Tujuannya satu: mendengar keluhan rakyat tentang TPPA dan memberi penerangan mengenainya. Ini adalah satu usaha Kementerian yang baik, tetapi setahu saya telah banyak penerangan seumpama itu diberikan, namun tidak satu pun penjelasannya yang menyakinkan.


Alih-alih apa yang kita dengar ialah Malaysia akan mendapat manfaat daripada TPPA ini kerana pasaran Malaysia akan lebih besar mengjangkau ke 793 juta orang orang di 60 negara Pasifik. Malaysia akan hebat kerana tidak lagi menjadi ‘jaguh kampung’, tetapi menjadi jaguh global. Barangan di Malaysia pula semuanya berkualiti kerana tidak banyak lagi barang tiruan yang dilambakkan di pasaran negara kita.

MITI juga cuba meyakinkan kita bahawa kita tidak akan berkompromi sekiranya perjanjian ini menggugat kedaulatan negara kita. Kita juga mempunyai pakar-pakar ekonomi dalam agensi kerajaan seperti UPE, Perbendaharaan dan Bank Negara untuk memantau keadaan ini.

Persoalannya, jikalah TPPA ini baik, mengapa dari 60 negara Pasifik, hanya 12 sahaja yang terlibat dalam perundingan ini? Jika pasaran terbuka luas untuk Malaysia, mengapa China dan Korea Selatan tidak turut sama menyertai perundingan ini? Jika kerajaan cuba menjustifikasikan kemasukan Jepun dalam perundingan ini sebagai bukti TPPA itu baik, saya kira itu merupakan analisis yang silap. Jepun telah lama maju sebagai ‘pedagang dunia’ sejak sebelum datangnya TPPA lagi. Jadi Jepun tidak perlukan TPPA untuk mengajar mereka tentang perdagangan dunia.

Tarikh Balik Semua Petisyen, Selamatkan Wang

Oleh Mohd Sayuti Omar
Hari ini mahkamah meneruskan lagi siri-siri penolakan petisyen pilihan raya, kali ini untuk empat kerusi parlimen semuanya membabitkan kerusi di Selangor. Kerusi-kerusi itu ialah Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sepang.


Penolakan itu mengekalkan keputusan pilihan raya lalu, kerusi Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabah Bernam kepada calon UBN manakala kerusi Sepang kepada calon Pas, Hanifa Maidin. Mahkamah juga mengenakan kos luar biasa kepada pempetisyen sebanyak RM50,000.

Memandangkan mahkamah seakan sudah ada keputusan awal dalam meneliti kes-kes petisyen ini, di mana semuanya setakat ini ditolak dengan alasan teknikal yanhg remeh, elok kalau parti-parti yang mengemukakan petisyen mengkaji balik dari meneruskan petisyen mereka dari dibicarakan.


Tidak ada guna menghabiskan wang untuk dibayar kepada pengurus pilihan raya dan pihak yang dipestiyen. Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkasakan parti masing-masing bagi persiapan menunggu pilihan raya umum ke 14 yang sudah tidak lama lagi. (Empat tahun setengah bukan lama).

TAHNIAH UNTUK PARA PENYOKONG, PENDOKONG DAN AHLI UMNO KERANA MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA UMNO/BN PADA PRU 13 LALU!!!!!...MULAI ESOK HARGA GAS MASAK NAIK!!!

Mulai esok harga gas masak seberat 12kg dan 14 kg akan naik sepertimana surat perkeliling Stokis Gas Petronas Perak kepada semua agen-agen jualannya .

Harga untuk satu tong 12Kg ialah RM25.00 dan 14Kg ialah RM29.00.

Alasan yang diberikan ialah demi menyelaraskan gaji minimun RM900 untuk setiap pekerja swasta yang telah diumumkan oleh kerajaan UMNO/BN baru-baru ini sambil menyumbang pendapatan negara dalam memastikan sosial ekonomi negara bertambah baik.

Terima Kasih dan rakyat benar-benar bersyukur...

'Kenapa mahu AGM semula DAP, bukan PRU baru?'

Setiausaha Agung DAP Limg Guan Eng mempersoalkan kenapa DAP harus mengadakan pilihan raya semula ekoran kesilapan yang sudah pun dibetulkan.

Sedangkan, menurutnya lagi, pilihan raya tidak pula diadakan semula walaupun wujud kontroversi penggunaan dakwat kekal mudah tanggal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

dap special meeting 110313 lim guan engMenujukan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Lim berkata, menteri itu mengamalkan "dwistandard" berhubung perkara itu.

Dalam kenyataannya hari ini, tidak seperti SPR, DAP mengakui terdapat kesilapan semasa menjadualkan undi dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas.

"Zahid mengamalkan dwistandard kerana tidak menuntut pilihan raya baru ketika SPR tidak pernah membuat sebarang pembetulan dengan dakwat kekal yang boleh ditanggalkan serta merta, sebaliknya mahu DAP menjalankan pilihan raya semula walaupun DAP sudah membetulkan kesalahan keputusan itu," kata anggota Parlimen Bagan itu.

J’kuasa khas siasat penggunaan senjata api untuk jenayah

Kes tembak mati berlaku di Parit Buntar.hari ini. KUALA LUMPUR 31 JULAI: Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi mencari punca penggunaan senjata api untuk kegiatan jenayah yang semakin berleluasa di sana sini.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penubuhan jawatankuasa ini penting kerana saban hari persepsi rakyat terhadap keselamatan nyawa mereka dan keluarga semakin rendah.
Kes tembak mati berlaku di Parit Buntar hari ini.
“Fenomena ini amat membimbangkan kerana jenayah menggunakan senjata api kelihatan tidak berstruktur apabila sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa tanpa mengira latar belakang kewangan mereka.
“Kalau dahulu mungkin sasaran penjenayah melibatkan golongan korporat tetapi sekarang sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa walau di mana mereka berada dan ini amat membimbangkan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Muhammad berkata, pihak berkuasa perlu segera mengekang masalah ini bagi memastikan rakyat yakin dengan tahap keselamatan dan keamanan negara.

SPR kata tak puas hati masuk mahkamah..bila masuk mahkamah tak bicara lagi Hakim asyik tolak apa cerita..???

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

MESIR : DUA PERBEZAAN

Bekas Timbalan Panglima ATM tuntut janji kerajaan kepada tentera

GhafirKUALA LUMPUR 31 JULAI: Mantan Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid menggesa kerajaan menyediakan keperluan asas tentera sebagaimana termaktub dalam kontrak perkhidmatan.
“Isu paling besar bagi tentera sehingga ke hari ini berkaitan janji kerajaan untuk menyediakan keperluan seperti gaji yang sepatutnya, perumahan selesa dan pencen bertepatan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Pahlawan yang jatuh pada hari ini.
Menurut Ghafir, walaupun janji tersebut tidak tertulis dalam perjanjian khas namun ia termeterai antara kerajaan dan anggota tentera sewaktu mengangkat sumpah jawatan.
“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah penuhi tugas-tugas seperti yang tertera dalam kontrak tetapi kerajaan tidak menunaikan janji untuk memberi gaji setaraf dengan pengorbanan mereka,” katanya.

MB Selangor: Sedia Bajet Polis Bantuan, Hanya Tunggu Kelulusan PDRM

mb
SHAH ALAM 31 JULAI : Kerajaan Negeri sedia menyediakan peruntukan bagi tujuan latihan dan penempatan polis bantuan di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
Bagaimanapun, permohonan berkenaan masih menunggu kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakannya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri bercadang menyediakan sekurang-kurangnya 30 orang penguatkuasa PBT untuk dilatih sebagai polis bantuan.
Menurut Abdul Khalid, peruntukkan yang dicadangkan adalah sebanyak RM3,000 bagi setiap seorang untuk menjalani latihan yang akan dikendalikan PDRM.
“Kerajaan Negeri memandang berat peningkatan kes jenayah melibatkan senjata api yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Pemilihan semula: Kerisauan DAP jadi kenyataan


KUALA LUMPUR: Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam.

"Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini," kata Setiausaha Agungnya, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, seperti di bawah.

Kerisauan terbesar DAP bahawa arahan supaya diadakan pemilihan semula yang diberikan kepada DAP adalah bermotifkan politik telah menjadi kenyataan berdasarkan surat ringkas yang dihantar oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke ibu pejabat DAP yang diterima pada jam 4:48 petang semalam (lihat lampiran). Ini merupakan tindakan pemangsaan politik serta salahguna kuasa oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat disangkal memandangkan tidak ada alasan dan sebab diberikan untuk arahan ROS ini.

ROS sekadar menyatakan dalam suratnya bertarikh 30 Julai 2013 bahawa ia tidak berpuas hati dengan penerangan DAP, tanpa memberikan sebab-sebab dan alasan kenapa. DAP telah pun memberikan penjelasan serta kerjasama penuh kepada ROS. Semua dokumen sokongan turut diberikan bagi membuktikan bahawa pemilihan parti Disember tahun lalu telah dijalankan dengan baik, sah dan demokratik di mana semua perwakilan yang layak telah dimaklumkan tanpa sebarang perlakuan tidak jujur dan politik wang.

Soi Lek: Noh Omar sudah gila

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

NONE"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini.

Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Sidang Media YAB Dato' Ustaz Ahmad Yakob | 31 Julai 2013

PAS: Petitions rejected over petty issue

PAS persoal pengendalian petisyen pilihan raya

Anwar Kesal BN Enggan Bekerjasama Banteras Jenayah

Lawyer: Dog trainer arrested over 3-year-old Raya video

Petisyen Helah Undang-Undang Sembunyi Penipuan Pilihan Raya


PETALING JAYA 31 JULAI : Penolakan petisyen pilihan raya tanpa alasan munasabah cuma satu helah undang-undang dan cubaan menyembunyikan penipuan pilihan raya di negara ini.
Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan  badan kehakiman mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah bukannya menolak petisyen itu atas alasan teknikal semata-mata.
anwar whiteKatanya semua petisyen pilihan raya yang dikemukakan kini sudah tiada makna kerana hakim yang dilantik khas tidak mahu mendengar petisyen itu untuk dibicarakan.
“Saya sudah suarakan kekecewaan kita terhadap sikap hakim-hakim yang dipilih khas untuk mengendalikan kes ini dengan hanya menggunakan su-isu teknikal yang kecil dan tidak munasabah. Bagi saya ia usaha untuk memperbodohkan rakyat.
“Petisyen-petisyen ini ditolak hanya kerana perkara kecil, saya rasa hakim perlu meneliti semula pengajian undang-undang mereka bagi menghormati prinsip keadilan, bukannya mencari alasan supaya kes itu tidak didengari.
“Sepatutnya hakim beri ruang untuk didengar semua pihak, kemudian baru putuskan ia benar atau tidak, tetapi sekarang, ruang itu dinafikan,” katanya.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) memfailkan kira-kira 39 petisyen terhadap keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu.

Bantah Kudeta: Turki gantung 27 perjanjian dengan Mesir


KUALA LUMPUR: Kerajaan Turki semalam menyerlahkan lagi pendirian tegas mereka menentang rampasan kuasa di Mesir apabila bertindak menggantung sebahagian besar perjanjian yang termeterai antara Ankara dengan Kaherah.

Beberapa buah akhbar Turki semalam melaporkan, pengantungan itu melibatkan sejumlah 27 perjanjian berkaitan perhubungan dua hala, pengajian dan kesihatan yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Tayyib Erdorgan sewaktu lawatan beliau ke Mesir tahun lepas.

Difahamkan keputusan tersebut diambil Turki sebagai protes berterusan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera.

Ianya juga ekoran insiden terbaru serangan polis Mesir pada pagi 27 Julai lalu yang menyebabkan kematian 200 orang penyokong Morsi dan ribuan lagi cedera.

PAS persoal pengendalian petisyen pilihan raya



KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu.

Sistem pemilihan baru Umno transformasi palsu


UMNO sudah menetapkan tarikh pemilihan pucuk pimpinannya tahun ini pada 5 Oktober depan. Kali ini pemilihan pemimpin di peringkat bahagian akan diadakan serentak dengan pemilihan pemimpin di peringkat nasional. Ia sesuai dengan kaedah pemilihan baru yang diperkenalkan Najib sebaik mengambil alih teraju kepimpinan UMNO pada 2009 lalu dengan tujuan menjadikan ruang demokrasi dalam parti menjadi lebih subur dan supaya UMNO lebih diminati oleh lebih ramai orang Melayu.

Sebelum UMNO diharamkan pada 1988, sesiapa yang ingin bertanding hanya memerlukan dua pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO tetapi sejak Mahathir menang hanya dengan kelebihan 43 undi di tangan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan kemudian menubuhkan UMNO Baru, beberapa peraturan untuk mengetatkan pertandingan telah diperkenalkan.

Antaranya ialah dengan memperkenalkan kouta pertandingan di mana mereka yang ingin bertanding apa-apa jawatan diperlukan melepasi kouta tertentu terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertanding. Kouta pencalonan bagi jawatan Presiden ialah 30 peratus, Timbalan Presiden 25 peratus, Naib Presiden 20 peratus manakala Ahli MT 10 peratus. Bagi jawatan lain di peringkat sayap dan bahagian juga ada peratusan tertentu yang ditetapkan sebelum layak bertanding. Itulah yang menjadi antara sebab Mahathir mampu kekal selama 22 tahun sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Berikutuan keputusan buruk pilihanraya 2008 yang kemudian diikuti dengan pengunduran Pak Lah dan Najib mengambil alih teraju parti dan negara, beliau telah memperkenalkan peraturan baru dengan menghapuskan sistem kouta dan memberi ruang kepada lebih ramai ahli UMNO di peringkat bawahan hak memilih pemimpin. Ia sebahagian daripada transformasi politik Najib yang diperkenalkan oleh Najib.

Lagi kes tembak mati, hari ini di Parit Buntar


KUALA LUMPUR: Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.

Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.

Polis kenal pasti suspek pembunuh pengasas Ambank, pemandu teksi ditahan


Gambar suspek penembak Hussain Ahmad Najadi yang dirakamkan CCTV.Gambar suspek penembak Hussain Ahmad Najadi yang dirakamkan CCTV.Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memberkas suspek kes tembak mati Pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, 75, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata suspek dipercayai seorang pemandu teksi berusia 44 tahun ditahan di sebuah kedai kopi di Sri Petaling pada jam 9 malam semalam.
Katanya, polis percaya selepas penembak melepaskan beberapa das tembakan yang membunuh Hussain, dia kemudiannya melarikan diri menggunakan teksi yang dibawa oleh suspek pemandu teksi berkenaan.
“Kita percaya suspek penembak adalah penumpang tetap teksi itu dan selepas kejadian itu, pemandu teksi ini menurunkan suspek penembak ini di Jalan Alor.
“Berdasarkan rakaman CCTV di tempat berkenaan, polis mengenalpasti suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan polis. Maklumat saksi kejadian mendakwa terdapat tiga lelaki terbabit dalam tembakan itu.
“Hasil siasatan polis mendapati hanya seorang sahaja yang melepaskan tembakan itu,” kata Ku dipetik dari portal berita Astro Awani.
Beliau berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Sei Ngan Chai@Chen berumur dalam lingkungan 30-an dan dipercayai selalu bergerak di kawasan Taman Maluri, tetapi belum boleh dipastikan sama ada suspek penembak ini adalah pembunuh upahan atau tidak.

Kempen Keanggotan Online KEADILAN

Kes tembak Sanjeevan: Polis tak lindungi anggotanya, kata KPN

辩称亦斥马来学生回印尼 国中校长为回祖国论道歉

'Principal admits to making balik India, China jibe'

Selepas ‘Apa lagi Cina mahu’, Utusan kata ‘Orang Melayu tidak lagi digeruni’


Selepas menggemparkan negara dengan laporan muka depan  “Apa lagi Cina mahu?”, hari ini akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menyatakan orang Melayu, iaitu penduduk majoriti di negara ini tidak lagi digeruni oleh kaum lain.
Pengarang berita akhbar berbahasa Melayu itu, Zulkiflee Bakar dalam tulisannya bertajuk ‘Orang Melayu tidak lagi digeruni?’ berkata, sejak kebelakangan ini, semakin rancak pihak tertentu 'menyerang' atau sengaja mencari isu berkaitan dengan orang Melayu dan melakukan penghinaan terhadap agama Islam.
“Puak yang melakukan perbuatan itu seolah-olah sudah tidak ada rasa gerun atau hormat kepada orang Melayu,” tulis Zulkiflee hari ini.
“Kehebatan orang Melayu dan kekuatan politik mereka melalui Umno yang menjadi tonggak pemerintahan negara seolah-olah sudah tidak dihiraukan lagi,” katanya.
Menurut Zulkiflee, keadaan ini berlaku kerana orang Melayu berpecah belah sehingga menyebabkan perasaan gerun kepada kekuatan politik orang Melayu semakin luntur.
“Sesetengah pihak bukan Melayu tidak khuatir dengan sebarang tindakan mereka kerana di pihak mereka sudah ada orang Melayu yang akan membela dan mempertahankan apa yang mereka lakukan.
“Orang Melayu yang berbuat demikian kerana sudah kemaruk mahu berada di tampuk kekuasaan, oleh itu apa juga yang mereka lakukan ia berdasarkan kepada kepentingan politik kepartian dan bukannya kepentingan ummah, apatah lagi agama Islam,” katanya.
Katanya lagi, ini dapat dilihat apabila ada kes membabitkan  'kesalahan' yang dilakukan orang Melayu begitu hebat sekali tekanan, desakan dan asakan supaya tindakan diambil tetapi apabila ada kes membabitkan bukan Melayu ia kadang kala senyap begitu sahaja.

'Pengetua akui suruh pelajar balik India, China'

Pengetua SMK Alam Megah di Shah Alam didakwa mengakui bahawa beliau memberitahu pelajar keturunan India dan Cina supaya “Balik ke India dan China” semasa satu perhimpunan sekolah dua hari lalu.
Timbalan ketua bahagian MIC Shah Alam A Prakash Rao berkata pengetua berkenaan juga telah memohon maaf atas kenyataan berkenaan.

Beliau berkata, pengetuai itu juga mendakwa memberitahu pelajar Melayu agar “balik ke Indonesia”.

"Beliau berjanji untuk bertemu dengan pelajar tersebut dalam satu perhimpunan pada hari Jumaat untuk memohon maaf pada mereka,” kata Prakash selepas mengadakan pertemuan dengan pengetua dan pegawai sekolah terbabit pagi ini.

Pengetua sekolah terbabit didakwa membuat kenyataan berkenaan kerana para pelajar membuat bising ketika lagu kebangsaan dinyanyikan.

"Beliau berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut ketika kejadian itu memuncak,” kata Prakash.

Malaysiakini masih belum dapat mengesahkan kenyataan Prakash memandangkan pengetua sekolah terbabit enggan bertemu dengan wartawan untuk mengulas isu tersebut.

SKMM diarah siasat video 'hari raya' dengan anjing

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau menerima banyak pertanyaan berhubung satu video di Youtube yang didakwa menunjukkan seorang pemuda menyambut hari raya dengan tiga ekor anjing.

Laporan Bernama menyebut, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat video yang didakwa menghina Islam itu.

“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.

“Oleh itu saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video tersebut,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu, video didakwa bertajuk '1 Hari di Hari Raya' itu menunjukkan seorang individu berjalan bersama anjing berkenaan dengan bunyi latar alunan takbir hari raya.
Video sepanjang hampir dua minit itu seterusnya menunjukkan aksi seorang individu membasuh kaki anjing dan juga kakinya sendiri.

Jurulatih anjing nafi hina Islam dalam video....

NONEIndividu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.
Maznah Mohd Yusof, 38, ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.

“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya, yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.

Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.

“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz berkata jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walau mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?

"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina,” katanya.

Beliau merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.

Individu sambut Aidilfitri dengan anjing nafi hina Islam..!!


Video yang kini tersebar di internet menunjukkan Maznah menyambut raya bersama tiga anjingnya.Video yang kini tersebar di internet menunjukkan Maznah menyambut raya bersama tiga anjingnya.Individu melakonkan watak menyambut Hari raya Aidilfitri bersama tiga ekor anjing yang menjadi perhatian di laman sosial menafikan beliau menghina Islam, sebaliknya menegaskan video yang dimuat naik itu adalah dirinya dan ia kini dikaitkan dengan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee.
Maznah Mohd Yusof, 38, berkata berdasarkan pengetahuannya, Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada membela atau menjaga anjing.
"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?
"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee kerana pada awalnya, mereka yang menonton video itu menyangka saya orang Cina,” katanya merujuk kepada pasangan blogger seks yang ditahan sebelum ini kerana memuat naik gambar menikmati hidangan "bak kut teh" dengan ucapan selamat berbuka puasa.
Maznah, yang dikenali sebagai Chetz, berkata beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menganjurkan kebersihan.
Ekoran isu berkenaan, jirannya yang sebelum ini tiada masalah dengannya kerana membela anjing kini mula rasa tidak puas hati.

Chetz: “Adakah kecaman terhadap diri saya Islamik?”

Chetz Yusof mempertikaikan nilai Islam para pengkritik yang mengecam tindakannya dalam sebuah video.
PETALING JAYA: Chetz Yusof yang menjadi terkenal ekoran video yang menunjukkannya mengucapkan Selamat Hari Raya bersama anjing – anjing peliharaannya hari ini mengulas terhadap kritikan yang diterimanya.
Dalam satu video selama 1:44 minit bertajuk Satu Hari di Hari Raya, Chetz membawa tiga anjing untuk berjalan. DIa kemudian berkongsi kuih raya bersama anjing-anjing tersebut.
Dalam klip video itu juga, terdapat mesej agar Aidilfitri disambut tanpa mengira spesies, warna kulit dan asal – usul.
Satu Hari di Hari Raya juga merupakan lagu popular oleh seniman M Nasir yang kerap didendangkan semasa Aidilfitri.
Kewujudan video tersebut menyebabkan ramai, terutamanya masyarakat Melayu Islam marah terhadap Chetz dan Chetz telah dikecam.
Seorang pengguna Fadzil Wahib menggelar Chetz dan ahli keluarganya sebagai anjing. Fadzil turut menamakan Chetz sebagai Chetz Anjing anak Yusof Anjing.
“Jadi inilah rupa Chetz Yusof anak anjing ye. Memang anjing anak haram awak  ni, Chetz. Mak bapa anjing lu pu dari anak anjing haram ye? Memang anjing la lu.  Mak lu anjing, bapa lu anjing.
Lu pula anjing anak haram jadah  anjing lu sial punya Chetz anjing. Sedaplah kan nama lu… Che Anjing Yusof Anjing.
Menjawab kecaman tersebut, Chetz berkata bahawa mereka yang mengecam dirinya mencemarkan nama baik agama Islam
“Haa ini sungguh ciri-ciri keislaman? Nak cerita pasal hukum Islam dan anjing? Kepada yang nak panggil saya anjing, saya amat gembira jika disamakan dengan mahluk Tuhan yang amazing nih.
“Tak kenal maka tak cinta. Kalau tak tau sifat-sifat anjing sebenar dan tak nak belajar inilah jadinya  kemudian menuduh yang bukan-bukan boleh pulak ? Kerana orang Melayu Islam yang begini, mencemarkan nama Islam boleh pulak ?” Chetz berkata dalam laman Facebooknya.
Menurut satu lagi video yang dimuatnaikkan beberapa tahun lalu, Chetz, 38 tinggal di Kuala Lumpur.

PAS: Hukum pemilik senjata api cuai


PAS hari ini mempersoalkan kejadian jenayah semakin berleluasa membabitkan penggunaan senjata api di Malaysia dengan mencadangkan hukuman maksima ke atas pemilik lesen senjata api yang cuai membiarkan senjata api digunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam bagi mengetatkan pemeriksaan di semua pintu masuk ke negara bagi mengelak senjata diseludup masuk.
Beliau turut meminta PDRM memastikan penguatkuasaan menyeluruh Akta Senjata 1960 untuk memulihkan kewibawaan polis di mata rakyat supaya kes tembakan seperti Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan dan Pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi menjadi kes terakhir di Malaysia.
“PDRM harus mengkaji semula aktiviti pemilik lesen senjata api dalam negara supaya mereka tidak menyalahgunakan senjata berkenaan.
“Polis perlu berusaha mengetahui punca bagaimana senjata api boleh jatuh ke tangan penjenayah kerana kawalan lesen pemilikan senjata adalah 100 peratus di bawah kuasa mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanya Alasan: Peruntukan Berbilion Untuk PDRM, Tapi Zahid Kata Polis Masih Kurang Anggota & Peralatan

Polis tidak boleh dipersalahkan

PUTRAJAYA: Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.

“Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini hari ini, sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi.

Semalam Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Kumpulan peguam Mesir saman kerajaan sementara


MESIR: Sekumpulan para peguam Mesir semalam mengemukakan saman terhadap kerajaan sementara lantikan tentera yang melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Muhammad Morsi.

Kumpulan peguam itu yang diketuai Hameed Sodiq menamankan Presiden sementara Adli Mansour, Naib Presiden Dr.Mohammed El-Baradei, Perdana Menteri Hazim Beblawi, Menteri Pertahanan Abdul Fattah As-Sisi, Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib dan Ketua Gereja Koptik Pope Tawadhrox sebagai defendan.

Saman tersebut antara lain atas dakwaan merancang dan menyebabkan pembunuhan lebih 200 orang penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman, menggunakan kekerasan melalui polis dan tentera yang menganggap mereka ini adalah "pengganas".

Pemimpin Islam terus diburu

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Mesir terus memburu pemimpin Islam dalam usaha mereka meredakan kebangkitan rakyat yang membantah rampasan kuasa tentera.

Semalam dua lagi aktivis Islam ditahan iaitu Presiden Parti Wasat Ir.Abul 'Ela Madhi dan Naib Presiden Esom Sultan.

Kedua-dua mereka diperintah oleh mahkamah untuk ditahan reman selama 15 hari bagi disoalsiasat.

Benarkah PAS alami perpecahan?

Ramai yang bertanya kepada saya, benarkah PAS sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius? Ada kelompok kepimpinan, kem tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dan lain-lain.

Saya mula berjinak-jinak dengan PAS sejak tahun 1985 dan secara rasmi sebagai ahli tahun pada tahun1986. Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai-bagai tugasan yang diamanahkan.

Daripada ahli biasa, meniti hierarki kepimpinan sampai pada waktu ini. Bergaul dengan macam-macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar. Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tarekat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang pelik-pelik yang diwarisi sebelum menyertai PAS.

Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipeloleh daripada PAS atas nama usrah, tamrin, kuliah dan lain-lain dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal. Namun, bezanya dalam PAS ialah keterbukaannya. Sama ada pandangan pimpinan sendiri yang dinukilkan dalam buku-buku yang diterbitkan oleh Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Fadhil Nor, Haji Yusof Rawa, Ustaz Yahya Osman (sekadar beberapa nama) atau tokoh gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan al-Banna dan lain-lain - dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jemaah, khususnya dasar perjuangan PAS yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama PAS, hari ini PAS telah berada di landasan yg terbaik. Berkembang dengan pesat, organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong jutaan orang. Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke era Tuan Guru Haji Hadi. Ahli PAS bebas memberi pandangan dan mengkritik parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga ke Muktamar Tahunan PAS. Seperti mana Ketua Cawangan PAS ditegur dalam mesyuarat hinggalah Presiden PAS pun turut di kritik dan dinasihati oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat bulanannya.

Bekas KPN: Usaha tingkat integriti pasukan polis

Tembak: Sanjeevan masih belum sedarkan diri

Police deny rise in crime but killings go on

The recent escalation in crimes involving shooting incidents has raised the ire of many including politicians and obviously the public in general.

In the past four months we have witnessed nothing less than six fatal shootings in various parts of the country. The targets have included teachers, businessmen, an anti-crime watchdog advocate and even a corporate personality.
Why are mafia-styled executions so rampant lately? Are guns that easily available in Malaysia so much so they are being used as primary weapons in almost all serious crimes, including robberies and thefts?
There is a compounding fear that illegal arms are making their way into this country via the borders in the northern region.
Over the years there have been grave concerns that our borders are not well guarded and there seem to be many illegal entry points which further facilitates the entry and exit of firearms and other contraband.
Above that, the element of corruption cannot not be ruled out too. Apparently there are some bad apples within the immigration and custom enforcement divisions who are on the take from the “big boys” running syndicate activities.
A deliberate lack of vigilance and surveillance may have led to the ease of how guns are moved around the region before and after a crime is carried out, thus the difficulty by the police in tracing and investigating cases.
On the other end of the spectrum, we have the police who deny that crime is on the rise.
Statistics on the overall crime rate in Malaysia is designated as “medium”, according to the Overseas Security Advisory Council (OSAC), a US government inter-agency website managed by the Bureau of Diplomatic Security, US Department of State.

Di mana bocornya kemasukan senjata api?


KUALA LUMPUR: PAS berpendapat mengenal pasti punca sebenar senjata api jatuh ke tangan pihak yang bertanggungjawab adalah terpenting bagi PDRM dalam menyelesaikan kemelut yang meletakkan rakyat Malaysia dalam kebimbangan yang teramat sangat.

“Jika kebocoran itu berlaku daripada pemilik lesen yang sah, mereka ini perlu dihukum dengan hukuman yang maksima,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, jika kebocoran kerana sindiket haram, PAS menyarankan agar PDRM bekerjasama pihak Imigresen dan Kastam juga mengetatkan pemeriksaan di semua pintu kemasukan dalam negara bagi mengelakkan senjata diseludup masuk.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Akta Senjata 1960 yang dipinda pada 1971 untuk penalti lebih berat menunjukkan kerajaan Malaysia mempunyai polisi yang sangat ketat untuk memiliki senjata atau lesen senjata.

Seriusnya kerajaan Malaysia untuk membendung rakyat Malaysia diancam dengan senjata api boleh dilihat daripada peruntukan akta ini yang membawa penalti maksima iaitu hukuman mati dan penjara seumur hidup sekiranya seseorang disabit kesalahan.

Di bawah Seksyen 3 Akta Senjata 1960 dinyatakan dengan jelas: “Seseorang tiada boleh memiliki, membawa atau menggunakan senjata-senjata tanpa lesen senjata atau permit senjata. “

Jenayah: PAS gesa panggil sidang khas parlimen


KUALA LUMPUR: Kerajaan hendaklah memanggil segera sidang khas Parlimen bagi membahaskan berleluasanya jenayah berat terutama yang melibatkan pembunuhan menggunakan senjata api, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Satu sidang khas Parlimen mesti dipanggil segera sebelum Hari Raya.

"Bagaimana rakyat hendak pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri sedangkan bukan sahaja keselamatan harta tidak terjamin malah keselamatan nyawa pun tidak terjamin.

"Jaminan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) bahawa pihak polis akan mempertingkatkan penguatkuasaan keselamatan tidak mampu lagi meredakan kebimbangan rakyat kerana polis kelihatan sudah hilang kawalan," katanya.

Pulak Dah: KPN nafi mengatakan suspek tembak Sanjeevan merupakan rakannya


Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menafikan laporan portal Free Malaysia Today (FMT) memetik dirinya berkata suspek yang terlibat dalam kes cubaan bunuh Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan merupakan rakannnya sendiri.
Menurut Ketua Polis Negara (KPN) itu, ketika sidang media berlangsung semalam beliau langsung tidak menyebut tentang suspek tersebut.
"Dalam sidang media semalam saya tidak pernah mengatakan Sanjeevan dibunuh oleh rakannya sendiri, laporan dari FMT itu tidak benar, katanya melalui akaun Twitter milik beliau.
"Sebelum membuat pelbagai andaian biar kami siasat kes ini sehingga kami dapat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian ini," kata beliau lagi.
Bagaimanapun beliau memahami kebimbangan orang ramai terhadap kes bunuh yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Masa depan Malaysia bukan di tangan Umno


Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berusaha sebaik mungkin dalam kerjanya menjual parti yang didominasi kaum Cina iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) kepada masyarakat Melayu.
Beliau kagum dengan kemenangan 38 ahli partinya yang memenangi kerusi parlimen walaupun dengan sumber yang amat kurang; beliau menggelar rakan sekerjanya itu sebagai pasukan paling bersedia di Parlimen; beliau sangat selesa berada dalam kumpulan yang berjuang untuk kerajaan dan kepimpinan baik.
“Mereka komited dan berdedikasi, dan saya tidak pernah rasa terganggu atau rendah diri dengan jumlah kaum Cina yang ramai dalam DAP. Saya sangat selesa berada dalam persekitaran mereka dan mereka tidak pernah menghalang saya untuk menyuarakan isu mengenai orang Melayu,” katanya dalam satu temubual dengan The Malaysian Insider.
Bahagian yang paling sukar bagi bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) Umno yang kemudiannya bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Raub di bawah topi DAP ialah: membantu pegawai parti untuk meyakinkan lebih ramai orang Melayu di seluruh negara bahawa Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng bukan gergasi atau ancaman terhadap kuasa politik orang Melayu seperti yang dimomokkan oleh pemimpin Umno, dengan yang terbaru ialah daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kami perlu memusnahkan mitos bahawa DAP adalah buruk untuk orang Melayu. Kita bukan hendak merebut kuasa politik seperti apa yang Mahathir cakap.
“Jika semua kaum Cina bersatu bawah satu lambang sekali pun, secara matematiknya, ia mustahil kerana mereka hanyak membentuk 24 peratus dan Mahathir tahu perkara ini,” kata blogger yang menggunakan nama pena Sakmongkol AK47 itu.
Dalam ruangan pendapat di akhbar New Straits Times, Dr Mahathir berkata DAP memujuk pengundi Cina untuk menolak konsep berkongsi kuasa, sebaliknya merebut kuasa politik. Dr Mahathir diselar selepas mengeluarkan pendapat itu dan diingatkan bahawa Melayu, Cina dan India menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Mohd Ariff kenal taktik menakut-nakutkan itu yang kebanyakannya disasarkan kepada penduduk luar bandar. Tugasnya ialah meyakinkan orang Melayu bahawa hak dan keistimewaan tidak akan menyelesaikan kemiskinan dan masalah ekonomi mereka, dan ia hanya boleh diselesaikan menerusi kerajaan yang baik dengan polisi terbaik.

Plan Z yang kantoi: Patutlah Jasbir kata Altantuya tak terlibat, dia dah sapu dah!!

Sebelum ini  arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, mendedahkan Altantuya yang berkecai badannya tak terlibat dengan urusniaga pembelian Scorpene. Persoalannya kalau tak terlibat kenapa dia berkecai dibom?
Hari ini  bekas Pengarah Eksekutif Suaram (Suara Rakyat Malaysia Suaram) Cynthia Gebriel mendakwa Jasbir Singh tak bercakap benar apabila membela pihak tertentu dalam pembelian Scorpene. Dia juga tak mendedahkan sepenuhnya apa yang sepatutnya didedahkan.
Menariknya, Cynthia mendedahkan yang Jasbir Singh telah dipecat sebagai perunding dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis dan digantikan dengan Abdul Razak Baginda. Akibatnya Jasbir bertindak memfailkan saman RM50 juta kepada Abdul Razak, yang kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah.
Diselesaikan di luar mahkamah? Maksudnya dah ada bahagian yang dia sapu!! Mungkin juta-juta juga yang dia sapu kan!! Dipercayaikah orang sebegini untuk menjadi saksi?
Persoalan-persoalan yang diutarakan Cyinthia untuk dijawab jasbir Singh
1. Kenapa beliau dipecat dari rundingan tersebut?
2. Nyatakan jumlah sebenar yang diterima Terasasi Sdn. Bhd. daripada syarikat pembina kapal, DSCN.
3. Jasbir merupakan Pengarah Syarikat Terasasi sebelum ditutup dan dibuka semula Abdul razak di Hong Kong, sahkan peranannya.
4. Kalau bukan penterjemah, nyatakan peranan sebenar Altantuya.
5.Dedahkan punca Najib Razak campur tangan dan pembabitan kawan lamanya, Abdul Razak Baginda dalam rundingan tersebut.
6. Kenapa bapa Altantuya sendiri yang mendedahkan anaknya perunding projek itu?
7. Jika bukan perunding projek, mengapa Altantuya meminta $500,000 sebagai komisen?
8. Adakah Permekar ditubuhkan hanya untuk menerima projek kapal selam?
Soalan mudah kita sekali lagi, kenapa Altantuya berkecai dibom??

Buat Renungan Pencacai Najib.. ???

 Ada beberapa persoalan yang timbul berkaitan dengan isu ini:

1) Mengapa di satu ketika seorang peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). mengapa takut sangat dengan beliau?

2) Mengapa kini tiba-tiba muncul apa yang dikatakan "Untold Stories" daripada seorang akitek perjanjian bernama Jasbir Singh Chahl ini yang sebelum ini lansung tidak pernah bersuara tatkala isu sorpene ini hebat dibincangkan?

3) Jasbir menyatakan "bersumpah Altantuya tidak berada di Perancis semasa rundingan pembelian kapal selam." Apa kena mengena isian sumpah itu kerana ada atau tidak Altantuya di Perancis bukan bererti beliau tidak terlibat sebagai jurubahasa. Mahukah Jasbir bersumpah bahawa konon apa yang dikatakan "pendedahan" itu tulus dan bukan akibat dari permintaan dari mana-mana pihak dan beliau tidak dibayar apa-apa pun untuk berbuat demikian? Apakah ia sebahagian terma penyelesaian "diluar mahkamah"?

4) Mengapa kerajaan enggan malah begitu takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat skandal yang melibatkan wang rakyat yang begitu besar ini?

5) Dan yang terakhir, hakikatnya, Altantuya telah dibunuh, telah dibom. Persoalan yang masih belum terjawab sekalipun perbicaraan di mahkamah telah dilakukan ialah SIAPA MENGARAHKAN ALTANTUYA DIBUNUH DAN APA SEBABNYA?

Kebenaran akan tetap muncul di satu ketika nanti! Lagi cuba ditutup lagi cepat ianya terbongkar. Demikianlah Hukum Kebenaran dan Keadilan berjalan.

Kejadian tembak fenomena baru di Malaysia, kata Zaman Khan


Pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa merupakan fenomena baru dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan', kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan.
Beliau berkata, kes jenayah kini tidak lagi berunsur rompakan atau samun tetapi bermotif isu peribadi dan modus operandi penjenayah terbabit dirancang dengan rapi.
Malah, katanya, ia jarang berlaku pada zaman beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyaksikan kes tembakan sering disabitkan sebagai samun atau rompakan.
"Ini satu fenomena yang baru. Masa saya berkhidmat, perkara macam ini, ada juga tetapi bukan macam kekerapan yang berlaku (sekarang). Malah semalam sahaja, dua orang ke tiga orang ditembak,"
"Saya percaya perkara ini memang hitman itu, kerana cara mereka menembak pun nak menentukan orang yang mereka tembak itu mati cepat," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kejadian Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi ditembak dari jarak dekat selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur, Isnin lalu.
Memberi temu bual eksklusif bersama Bernama Tv itu, Zaman Khan yang juga seorang bekas Ketua Pengarah Penjara, sinonim dengan kes jenayah berprofil tinggi.
Antaranya, peristiwa enam banduan menahan seorang doktor dan pembantunya di Penjara Pudu pada Oktober 1986; bekas tentera, Prebet Adam Jaafar bersenjata raifal M16 mengamuk dan menembak mati seorang lelaki di Chow Kit (Oktober 1987) dan episod pemburuan penjenayah kejam, Bentong Kali atau P Kalimuthu di Kuala Lumpur (1993).