Isnin, 29 Julai 2013

Peguam Negara Perlu Tumpu Kes Jenayah Bukan Dakwa Pemimpin PR


PETALING JAYA 29 JULAI - Peguam Negara didakwa melakukan pendakwaan terpilih apabila secara langsung terlibat dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Dakwaan ini dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Tan Sri Abdul Ghani Patail dilihat terlibat secara langsung apabila pemimpin PR didakwa di mahkamah.
Tegas Anwar, tanggungjawab asal Peguam Negara ialah menangani kes-kes yang lebih besar seperti salah guna kuasa dan keganasan jenayah.
Anwar PC“Adalah kurang wibawa Jabatan Peguam Negara, saya rasa ada motif tidak sihat dan mereka mahu melafazkan dendam kesumat apabila semua kes baik di pihak sebelah sana atau sini, semuanya hendak diuruskan dan menyinggungkan saya,” katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di Ibupejabat PKR pagi tadi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke didakwa gagal mematuhi syarat yang ditetapkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad untuk memperoleh kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berhimpun di Padang Merbok.
Mereka didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum menganjurkan perhimpunan Black505 itu.
Menurut Anwar, dakwaan hari ini yang dikenakan terhadap 33 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan adalah contoh lain terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan secara jelas dan terang-terangan oleh Peguam Negara.

Najib Didakwa Peralat Pejabat Peguam Negara Cabar Hak Rakyat Berhimpun.

Rangkuman kes tembak di Malaysia sepanjang Julai 2013

Anwar blasts Zahid for jumping the gun

IGP confirms custodial death suspect's family contacted him, assures justice

Pengasas Ambank mati ditembak

Siatan dari pelbagai aspek dan menyeluruh kes tembak Sanjeevan

Another hospital transfer for Mywatch chief

Egypt Protests

Surat terbuka untuk Tuan Guru Nik Aziz - Mohamad Abdullah

Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.

Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:
“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Scorpene scandal, is Jasbir Singh Chahl credible? - Kua Kia Soong


The New Straits Times has never been the beacon of investigative journalism in Malaysia. Resurrecting Jasbir Singh Chahl to try to whitewash the Scorpene scandal is hardly a scoop – Jasbir’s churlish account fails to answer the many questions raised by the scandal and the murder of Altantuya.
SUARAM has all along stuck to the facts and this can be checked in our publication: “Questioning Arms Spending in Malaysia: From Altantuya to Zikorsky” by Kua Kia Soong, 2010. By no means does Jasbir disprove the chronology of events noted in the book nor shed any light on the revelations by the French enquiry thus far. But first, let us examine the credentials of this man touted as the “architect” of the Scorpene submarine deal, the most expensive arms purchase by our country to date, costing well over RM7 billion.
Who is Jasbir Singh Chahl? When the submarine deal was signed in 2002, the Far Eastern Economic Review commented that it “…provides a rare peek into the normally opaque process of Malaysian arms purchases…Finally, it underscores the importance of political connections in winning a defence contract in Malaysia.” (FEER, 15.8.2002)
According to this FEER story, in 2000 then private French company Thomson-CSF (now called Thales) had been working with a middleman by the name of Jasbir Chahl in an attempt to sell a Crotale missile system to the Malaysian government. A middleman like Jasbir must be beaming with pride at being hailed as the “architect” of the Scorpene deal when in fact middlemen in international arms deals normally try to keep a low profile as Jasbir has done for so many years. This is how The Independent describes the work of a middleman in arms deals: “1) He brings together buyers and sellers of weapons and military equipment, rather as estate agents bring together buyers and sellers of property; 2) He arranges the supply of specialised services, for example training and maintenance for complex Western combat jets that are bought by nations without the expertise to keep these planes flying themselves; 3) He obtains weapons for nations, guerrilla groups, mercenaries or others not legally permitted to buy them from Western governments or defence manufacturers; 4) He acts as a financial 'cut- out' in the extraordinarily complex flow of funds generated by multi-billion-pound arms deals. That is to say he helps to conceal the payment of bribes.” (Peter Koenig   The Independent, 16 October 1994)

Kes Dhamendran: Tahap profesional polis dipertikai

N.Surendran1KUALA LUMPUR 29 JULAI: Dakwaan suspek keempat dalam kes N Dhamendran yang mati dalam tahanan polis, Inspektor S Hare Krishnan bahawa beliau dijadikan ‘kambing hitam’ untuk melindungi pihak tertentu perlu segera disiasat.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memainkan peranan utama dalam isu ini dengan melakukan penyiasatan terperinci dan menyeluruh.
“Dakwaan ini serius kerana dibuat sendiri oleh pegawai polis dan tuduhan tersebut juga membuktikan masih banyak perkara yang tidak telus berlaku dalam jabatan polis.
“Jika dakwaan ini benar, kita khuatir risiko sebenar yang dihadapi oleh pegawai polis bagi melindungi pihak tertentu yang didakwa dan ini menjelaskan kepada masyarakat tahap sebenar profesionalisme polis,” ujarnya.
Tambah Ahli Parlimen Padang Serai itu, kes seperti ini tidak patut berlaku kerana sebagai agensi berkuasa, ketelusan merupakan prinsip penting ketika menjalankan tugas.
“Justeru, saya mendesak Ketua Polis Negara mengambil serius dakwaan ini dengan mengetuai sebuah pasukan penyiasat bagi memulihkan kembali imej polis,” katanya kepada Suara Keadilan.

‘Go back to India or China’

Another school principal has caused racial tension in allegedly asking the non-Malay students to go back to India or China.
PETALING JAYA: Barely a week after the headmaster of SK Seri Pristana in Sungai Buloh came under fire for instructing his non-Malay students to have their recess meals in a changing room, another secondary school principal has allegedly raised racial tension.
This time it is alleged that the headmistress told non-Malay students to go back to India or China.
The principal of SM Alam Megah in Section 27 Shah Alam had apparently told noisy non-Malay students to go back to their native land during the school assembly last Monday.
Shah Alam MIC division deputy chairman A Prakash Rao who brought the incident to FMT’s attention said he had received numerous complaints from parents over the issue.
He also requested the Education Ministry to conduct an investigation over the issue which irked the Chinese and Indian parents.

Astro Shaw: “The New Village” lepasi tapisan pertama tanpa suntingan semula


Astro Shaw hari ini menjawab segala tuduhan yang dilemparkan media berhubung kemelut yang melanda filem "The New Village" yang dikatakakan mengagungkan fahaman komunis.
Pihak penerbitan menjelaskan filem berkenaan telah melalui semua proses tapisan yang digariskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan filem itu telah diklasifikasikan sebagai P13 tanpa memerlukan suntingan kali kedua.
Astro Shaw memberitahu, "The New Village" akan melalui proses tapisan kedua yang akan dijalankan oleh LPF. Klasifikasi P13 bermakna anak-anak yang berusia di bawah 13 tahun perlu diiringi oleh ibu bapa mereka ke pawagam bagi mengelakkan anak-anak tersebut tersalah tafsir dengan mesej yang cuba disampaikan oleh sesebuah filem.
“'The New Village' merupakan sebuah filem rencana dalam bahasa Mandarin yang mengisahkan sebuah percintaan terlarang. Filem Cina ini memaparkan kesukaran hidup komuniti Cina di sebuah penempatan semula iaitu di Kampung Baru yang diwujudkan penjajah British,” menurut Astro Shaw dalam satu kenyataan yang diberikan kepada The Malaysian Insider.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem "The New Village" yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh LPF.

Polis terlibat jenayah: Siasat pendedahan Sanjeevan – Anwar

DSAI_pc_29_July
PETALING JAYA 29 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar pendedahan Pengerusi badan Pemantau Jenayah, My Watch, R Sri Sanjeevan berhubung penglibatan polis dengan sindiket jenayah disiasat.
Katanya, KEADILAN juga menggesa tahap keselamatan terhadap Sanjeevan ditingkatkan selepas cubaan bunuh terhadapnya pada 27 Julai lalu.
“Kita mengulangi desakan supaya polis siasat secara terperinci percubaan bunuh ini termasuk dakwaan anggota polis terlibat dalam sindiket jenayah dan kegiatan haram,”
Sanjeevan“KEADILAN tidak menolak bahawa insiden yang menimpa Sanjeevan seperti yang dinyatakan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mungkin memiliki kaitan langsung dengan hasrat beliau untuk mendedahkan perkara itu,” kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang dua hari lalu.
Mangsa kini dilaporkan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar , Seremban setelah mendapat rawatan di Hospital Jempol. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan bunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Menurut Anwar, Sanjeevan sebelum itu mendakwa menerima ancaman pada 11 April 2013 apabila diserang empat lelaki bersenjata parang di ‘basement’ sebuah hotel di Kuala Lumpur, diikuti ancaman diekori beberapa lelaki mencurigakan di Terminal LCCT Sepang.

Skandal Scorpene: Jasbir Chahl digesa beri keterangan di Perancis

SivarasaKUALA LUMPUR 29 JULAI: Broker pembelian kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl sepatutnya membantu siasatan berhubung skandal kapal selam itu dengan memberi keterangan di Mahkamah Perancis sekiranya beliau serius membantu rakyat Malaysia memahami isu ini dengan lebih jelas.
Hal ini kerana, kata Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah, keterangan Jasbir di mahkamah lebih penting berbanding penjelasan beliau tentang hubungan antara wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.
skandal_scorpene01
“Jasbir tidak perlu mengulas hubungan mereka berdua kerana beliau memang tiada kaitan dalam isu itu tetapi apa yang kita tahu daripada latar belakang kes, Jasbir adalah individu pertama yang memulakan rundingan pembelian kapal selam Scorpene seperti didedahkan siasatan pihak berkuasa Perancis.
“Kita juga tahu Jasbir kemudiannya bertindak menyaman Razak di mahkamah selepas berlaku pertikaian antara mereka kerana antara tahun 1997 dan 1998, Razak dengan bantuan Datuk Seri Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan mengambil alih rundingan yang dijalankan oleh Jasbir,” ujarnya kepada Suara Keadilan.
Menurut Ahli Parlimen Subang itu, kenyataan Jasbir itu sekaligus mendedahkan bahawa siasatan di Perancis masih berlangsung dan menunjukkan usaha NGO Suaram membangkitkan isu ini di Malaysia masih relevan diteruskan.

Krisis bekalan diesel: Menteri didesak letak jawatan

minyakhabisKUALA LUMPUR 29 JULAI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek meletak jawatan serta-merta kerana gagal mengatasi krisis bekalan diesel, kata Pengerusinya, Badrul Hisham Shahrin.
“Saya sendiri enam jam terperangkap di pekan Bentong, Pahang kerana kenderaan dinaiki kehabisan diesel. Satu pengalaman luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke Pekan Bentong, Sembilan stesen minyak disinggahi turut kehabisan diesel.
“Lori dan kenderaan yang mengguna diesel tersadai di tepi jalan,” kata Badrul yang dalam rangka lawatan dari Kuala Lumpur ke Kuantan menghadiri progam SAMM Pahang sebelum ke Kemaman untuk program seterusnya pada 26 Julai lalu.
Berdasarkan maklumat, katanya, kebanyakan stesen minyak seluruh negara turut berdepan masalah yang sama. Masalah kekurangan diesel dikatakan lebih buruk di Sabah dan Sarawak walaupun kedua-dua negeri itu pengeluar utama petroleum.

Kedudukan Mahkamah P’Raya lebih rendah daripada SPR – Aziz Bari

aziz_bariKUALA LUMPUR 29 JULAI: Pakar Undang-undang Perlembagaan Malaysia, Dr Aziz Bari mendakwa hakim yang mengendalikan Mahkamah Pilihan Raya di negara ini berperanan seperti sekumpulan budak pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana sanggup membiarkan sistem kehakiman diinjak oleh penguasa politik.
Katanya, kegagalan mahkamah bertindak terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan 2002) memperlihatkan kepada umum seolah-olah kuasa mahkamah di bawah kuasa SPR.
“Mahkamah ada kuasa menggugurkan mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan maksud asal undang-undang itu digubal.
“Jika Mahkamah ada keberanian, ada prinsip dan komited untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan adil dan telus di Malaysia, mahkamah boleh batalkan dan isytihar peruntukan itu tidak sah.
“Sebuah negara maju tidak akan membodohkan diri dengan mengambil undang-undang yang menindas dan memberi kuasa secara monopoli kepada satu badan,” katanya kepada Suara Keadilan.

Dialog & Iftar Anak Muda bersama DS Anwar Ibrahim - Part 1 - 5

Harga barang: Bantahan agresif ajar kerajaan BN

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu melakukan bantahan secara agresif berhubung kenaikan harga barang sehingga kerajaan BN terpaksa tunduk dengan tekanan rakyat, tegas AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Menurut beliau, pimpinan politik dan NGO tidak boleh lagi menyalurkan bantahan melalui kenyataan media sebab kerajaan BN sudah lali dan mereka tidak akan melayan langsung bantahan tersebut.

"Cara agresif saja yang sesuai mengajar kerajaan BN yang pekak. Mungkin boleh diambil tindakan mahkamah, kita boleh saman kerajaan kerana menaikkan harga barangan sesuka hati selepas pilihan raya umum," katanya.

Beliau mengambil contoh tindakan rakyat di Taiwan yang berani membuat bantahan agresif sehingga kerajaan terpaksa tunduk dengan tekanan rakyat.

Sepatutnya kata beliau, rakyat di Malaysia sudah boleh melakukan bantahan secara agresif sebab kerajaan BN selama ini tidak mendengar keluahan yang ditanggung rakyat akibat kenaikan harga barang.

Ekoran ketiadaan minyak diesel di beberapa negeri katanya, bila tidak ada bekalan di pasaran persepsi masyarakat mengatakan harga bekalan akan naik.

Jeneral As-sisi laknatullah bangga setaraf Gemal Naseer

Walaupun tentera Mesir telah membunuh lebih 200 orang dan mencederakan beribu-ribu lagi, namun Jeneral Abd Fatah As-sisi yang memimpin rampasan kuasa daripada Presiden Mohd Mursi itu sangat bangga apabila ia disamakan dengan ketokohan bekas Presiden Gemal Abd Naseer, diktator yang juga sangat memusuhi Ikhwanul Muslimin.

Gemal Abd Naseer yang pro-Soviet terkenal sangat kejam iaitu telah menggantung hingga mati Almarhum Syed Qutb dan ramai pemimpin Ikhwan yang lain pada tahun 60-an, mendera ribuan pendukung Ikhwanul-Muslimin, termasuk Zainab Al-Ghazali yang diseksa dengan kejamnya di penjara Mesir.

As-sisi sangat berbangga disamakan dengan Gemal Naseer, walaupun rampasan kuasanya itu telah mengorbankan demikian ramai. Serangan tentera terhadap penyokong Ikhwan Muslimin itu  bukan saja berlaku di tengah panas terik siang hari, tetapi juga ketika umat Islam beriftar, tarawikh dan sahur serta ketika solat Subuh.

Media pro tentera di negara itu dan gambar yang dipamerkan dalam himpunan sekumpulan kecil rakyat Mesir yang pro-tentera di Medan Tahrir baru-baru ini telah menjulang gambar As-Sisi dan Gemal Abd Naseer.

Pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan - Mahathir


(Pertemuan Tun Dr Mahathir dengan ahli KelabCheDet - Thechulan.blogspot.com)

PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.

Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.

“Orang-orang  yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.

“Dulu waktu saya jadi Presiden,  MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.

Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.

Mahathir sanggah Najib, tapi apa kesudahannya


Apabila Mahathir terus menunjukkan sikap perkaumannya, dengan terbaru menyatakan mengenai dilema orang Cina sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa, bekas Perdana Menteri itu secara jelasnya menunjukkan beliau semakin berbeza dengan Najib. Najib yang memperkenallan 1Malaysia untuk mendapatkan undi kaum Cina, setelah ditolak oleh mereka pun tetap dengan sikap toleransi dan merintih terhadap sokongan kaum itu.

Berbeza dengan Mahathir, bermula dengan buku Dilema Melayu yang memperlihatkan sikap ultra Melayunya, kemudian 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan dan kini menjadi pesara paling berkuasa, sikapnya terhadap Melayu tidak banyak berubah. Walaupun memperjuangkan Melayu tetapi semasa menjadi Perdana Menteri, beliau sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai kaum termasuk Cina.

Tulisan terbaru Mahathir mengenai dilema kaum Cina negara ini yang telah menguasai ekonomi dan perniagaan dan kini berada dalam dilema sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa daripada Melayu, boleh dibaca dengan tafsiran yang pelbagai tetapi yang jelasnya ia menunjukkan perbezaannya yang makin ketara dengan Najib.

Mahathir juga tidak menyetujui dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib sebelum ini dan beberapa kritikannya terhadap sikap pengundi kaum Cina sebelum kni menguatkan perbezaannya dengan Najib.

Meskipun dalam pilihanraya lalu Mahathir berkempen kuat untuk kemenangan BN tetapi selepas itu, beliau mula menunjukkan sikap kritikalnya. Beberapa pendekatan dan pembaharuan yang cuba diperkenalkan Najib mengundang kritikan terbuka daripadanya.

Antaranya, Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan Najib mahu memansuhkan Akta Hasutan kerana berpendapat akta itu masih perlu untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini. Beliau juga tidak setuju dengan penghapusan Ordinan Darurat dan mengaitkannya dengan kadar peningkatan jenayah dan jenayah berulang.

Syiah: Usaha halus pecahkan PAS

Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013. 
Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu...saling bantu membantu dalam PAS. - Gambar The Malaysian Insider oleh Timmy Say, 29 Julai, 2013.Analisis: Awal tahun 2012, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pergi ke beberapa negara Timur Tengah. Di sana beliau dan rombongan menyertai persidangan antarabangsa yang melibatkan gerakan Islam seluruh dunia.
Sekembali dari lawatan itu beliau membuat satu catatan yang sangat bernilai tentang apa yang berlaku di Syria.
Bagi beliau, apa yang berlaku di Syria bukanlah pertembungan kerajaan Syria yang bermazhab Syiah dengan rakyatnya yang Sunni sebagaimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak di Malaysia.
"Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia di atas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istimewa.
"Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya.
"Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.
"Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya," tulis Ustaz Hadi dalam tulisan itu.

Lagi Kes Tembak: Pengasas Bank Arab-Malaysia ditembak mati, isteri cedera


Pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.
Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.
Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.
Pengasas AmBank ditembak mati di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Muzliza Mustafa, 29 Julai, 2013. 
Pengasas AmBank ditembak mati di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Muzliza Mustafa, 29 Julai, 2013.

 Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta.
Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu.
“Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya,” katanya.
Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.
Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.

MyWatch: Keadaan Sanjeevan makin serius

Penasihat MyWatch S Gobi Krishnan berkata keadaan Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan, yang ditembak Sabtu lalu, kini dikatakan semakin teruk.

Gobi Krishnan berkata pemindahan Sanjeevan ke Hospital Serdang sedang diatur supaya peluru yang tersangkut di tulang rusuknya dapat dikeluarkan melalui pembedahan.

"Keadaan beliau semakin teruk dan kami sedang atur perpindahannya ke Hospital Serdang. Beliau demam dan ia semakin teruk," kata Gobi sewaktu dihubungi.

Beliau bercakap dari Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, tempat Sanjeevan diwadkan sejak dua hari lalu.

"Beliau ditahan di sini selama dua hari kerana mereka kata Hospital Serdang belum beri kebenaran untuk beliau dipindahkan," katanya.

When the spirit of the Constitution is lost in grammar

Internal police memo, Home Ministry officials could also be involved - Sanjeevan case

IGP: Don't speculate that police behind Sanjeevan's shooting

Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kos 'luar biasa', PKR mohon bantuan Hakim Besar Malaya

Mahkamah amal pendakwaan terpilih, kata Anwar

Rafizi Kepada SPR : Jawab Isu Jangan Dolak Dalik

Tolak petisyen: Alasan mahkamah tidak munasabah

PKR dakwa kos petisyen PRU13 'luar biasa'

PETALING JAYA - PKR hari ini menggesa Hakim Besar Malaya, Tun Arifin Zakaria supaya campur tangan berhubung kos petisyen mencabar keputusan PRU13 yang dianggap sebagai "luar biasa".
 
Anwar Ibrahim Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai muslihat pendakwaan Umno-BN yang cuba mengagalkan dan menghalang proses kes mahkamah daripada diteruskan dengan mengenakan kos yang terlalu tinggi berbanding prosiding sama pada pilihan raya lalu.
 
"Kos yang tinggi adalah menindas dan tidak masuk akal kerana tidak bersifat kepentingan awam sekali gus keputusan dibuat untuk mengelakkan petisyen itu diteruskan.
 
"Hakim Hadhariah Syed Ismail yang mengendalikan kes Balik Pulau dengan mengatakan bahawa kos RM30,000 yang dikenakan kepada petisyen Dun Telok Bahang menentang pempetisyen PKR tidak cukup tinggi dan terus mengenakan kos RM120,000," katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Adakah diesel habis dirancang untuk naik harga?


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan menyelesaikan segera krisis bekalan minyak diesel di beberapa negeri berikutan banyak aduan daripada pengguna jalan raya bahawa bekalan minyak diesel habis di stesen-stesen minyak.

“Keadaan ini sudah berlarutan beberapa hari lamanya dan ia menimbulkan kekalutan bagi pengguna jalan raya, khususnya pemandu-pemandu lori,” ujar Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.

Lebih dari itu, ujarnya krisis bekalan minyak diesel bukan hanya berlaku di Semenanjung, malah ia juga berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jika ini berlarutan, kata beliau ia boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi ketika negara berada di ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.

Katanya, apa yang dibimbangkan adalah harga-harga barang terutama makanan akan meningkat mendadak atas faktor tersebut.

“DPPM merasa kesal kerana kerajaan khususnya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak menyelesaikan permasalahan ini dengan segera,” katanya.

Kes Tembak: Rafizi dakwa Sanjeevan mahu dedah memo polis



Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan yang cedera parah akibat ditembak pada Sabtu lalu merancang untuk mendedahkan satu memo didakwa mengaitkan anggota polis dengan sindiket dadah.
Rafizi mendakwa: “Sanjeevan berkata beliau memperolehi satu memo dalaman polis, yang menyenaraikan pengawai polis yang dikenakan siasatan dalam atas (dakwaan) terlibat dalam sindiket dadah”.

Rafizi dalam satu sidang media hari ini mengulas mengenai pertemuannya selama 20 minit dengan Sanjeevan sehari sebelum kejadian tembakan itu.

Rafizi berkata, pengerusi MyWatch itu memberitahunya bahawa kesalahan berkenaan sangat serius dan membawa hukuman berat sekiranya disabit kesalahan.

Bagaimanapun, Sanjeevan tidak mendedahkan nama pegawak polis terlibat, kata Rafizi.

Katanya, malang sekali Sanjeevan tidak menyatakan nama berkenaan kepadanya.

Tidak boleh tanding ratu cantik walau tiada bikini, kata Jamil Khir


Kerajaan tetap tidak membenarkan gadis Islam bertanding dalam pertandingan ratu cantik walaupun penganjur sedia mengubah format, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom .
"Ini bukan mengenai format tidak memakai bikini. Dalam fatwa jelas menunjukkan gadis Melayu-Islam tidak boleh menyertai pertandingan ratu cantik,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.
Beliau merujuk kenyataan penganjur, Datuk Anna Lim yang mahu mengubah format bagi memberi peluang kepada gadis Melayu Islam untuk menyertai pertandingan itu.

Tiada yang berani, Umno kekalkan status quo - Kadir


KUALA LUMPUR: Pemilihan Umno kali ini dijangka masih mengekalkan status qou bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu, biarpun pemilihan kali ini diuar-uarkan sebagai demokratik dan terbuka, tegas bekas Ketua Editor NST, Datuk A. Kadir Jasin melalui blognya.

Menurut A. Kadir, disebabkan tiada watak-watak seperti Harun Idris, Sulaiman Palestin dan Hang Tuah Arshad yang pernah menawarkan diri bertanding menentang jawatan itu, pemilihan kali ini dilihat akan berlaku pengekalan status qou terhadap dua jawatan tertinggi parti itu.

"Oleh sebab tidak ada lagi watak-watak seperti Sulaiman Palestin, Harun Idris dan Hang Tuah Arshad dalam Umno, maka kita bolehlah membuat andaian yang menjelang 7 September ini, Mohd Najib Abdul Razak akan 'disahkan' sekali lagi sebagai Presiden Umno dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden," kata beliau.
Mulai tahun ini, pemilihan Umno akan berjalan secara langsung melalui mesyuarat agung peringkat bahagian di seluruh negara. Lebih 150,000 perwakilan mesyuarat setiap bahagian layak mengundi untuk semua jawatan kepimpinan utamanya.

Pelbagai pihak dalam Umno mencadangkan agar jawatan tertinggi parti itu dikekalkan namun sehingga kini Muhyiddin masih belum memberikan kata putusnya.

Tinjauan yang dibuat oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) pula mendapati Muhyidin lebih popular dari Najib dalam Umno.

Utusan, Pemuda Umno hipokrit bincang filem The New Village

Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia dan Pemuda Umno sebagai hipokrit kerana berkeras mahu mengambil tindakan terhadap filem The New Village kerana didakwa ada unsur komunis

Sedangkan, Setiausaha Agung DAP itu, berkata tiada tindakan terhadap Khairy Jamaluddin yang membentuk pakatan antara Pemuda Barisan Nasional dengan Liga Pemuda Komunis China (Communist Youth League of China, CYL).
Sebaliknya, beliau mendakwa, mereka mengkritik filem itu kononnya memutar belit fakta sejarah dan menghasut masyarakat mengagungkan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira.
“Mereka bermain dengan api perkauman dan pembohongan demi memecah belah negara dengan tembok kebencian dan ketakutan apabila mempersoal  kelulusan filem yang mereka dakwa memuliakan komunisme.
“Jika ikhlas menentang komunisme, kenapa Utusan dan Pemuda Umno tidak membantah ikatan diplomatik antara Malaysia dan negara komunis seperti China, Cuba dan Vietnam?
“Ini bukannya hubungan antara kerajaan dengan kerajaan tetapi hubungan terus antara parti politik dengan parti politik," katanya.
Utusan semalam melalui kolumnis Awang Selamat menuduh penerbit filem The New Village mahu menulis semula sejarah dengan mengangkat perjuangan komunis.
Beliau berkata, penerbitan filem berkenaan sebagai usaha mengiktiraf perjuangan komunis termasuk Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Awang turut menyelar kerajaan kerana filem The New Village mendapat kebenaran Finas untuk ditayang terlebih dahulu berbanding Tanda Putera yang lama terperap.
The New Village diarah oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw dengan barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu dan India.
Ia mengisahkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 dan mempapar PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Malaysia Negara Selamat: Senarai Kes Tembakan Sepanjang Tahun Ini - Polis, Kami Takut!

Baca berita tadi beb. Ada satu lagi kes tembakan. Kali neh mangsa tembakan ada yang mati. Yang kena tembak 3 orang. 2 disahkan parah. Lepak2 kat kedai makan jek pun kena tembak. Kejadian berlaku di Ipoh.

Di tembak depan rumah, ditembak selepas menunaikan solat, ditembak selepas parking bas, di tembak selepas keluar lif, di tembak selepas beli tosai, di tembak semasa bawa kenderaan, di tembak semasa berhenti kat traffic light merah, di tembak semasa melepak kat kedai makan.

Ini antara sebab2 tembakan misteri yang tatau apa punca nya. Namun polis menyifatkan kes2 tersebut berkaitan dengan dadah.

Budak umur empat tahun pun kena tembak beb.

Itu tak masuk lagi kes jenayah2 tembakan akibat samun. Nak menyamun satu hal, menyamun sampai nak membunuh orang pula tue. Gila kejam.

Ada satu kes tembakan berpunca dari isu remeh temeh je. Pemandu lori taknak bagi jalan pada kereta, sekali pemandu kereta pergi tembak pemandu lori tersebut.

Gila betul. Sanggup nak bunuh orang pasal hal2 gini?

Memang kita sebagai rakyat berhak rasa tak selamat. Ia bukan satu bilangan yang kecil untuk kita remehkan. 

Persoalan2 yang bermain di minda kita ;

1. Betapa mudahnya senjata api diperolehi.

2. 'Pekerjaan Pembunuh Upahan' semakin berkembang pesat di Malaysia.

3. Malaysia semakin terdedah kepada jenayah bunuh yang lebih serius.

4. Penjenayah semakin ganas dan tidak berperikemanusiaan.

5. Penjenayah berani mencabar polis secara terbuka dan langsung tak rasa takut.

6. Jenayah melibatkan dadah semakin meruncing di negara neh sehingga ada yang tergamak membunuh orang bagi melindungi diri sendiri.

Kita tak tuduh. Tetapi ada spekulasi juga. Kejadian tembakan yang berlaku ke atas pengerusi MYWATCH baru2 neh ada kaitan dengan pendedahan yang akan dibuat olehnya mengenai salah laku dan jenayah yang melibatkan anggota POLIS.. bahkan kes2 tersebut ada juga dikaitkan dengan DADAH..

‘Don’t cover-up Sanjeevan shooting’

The surgery to remove the bullet from Sanjeevan's rib cage will be performed today if his fever subsides.

PETALING JAYA: DAP’s Klang MP Charles Santiago today called for a thorough and transparent investigation on R Sri Sanjeevan’s shooting incident.
In the press statement, Santiago said the mafia-style shooting incident on Saturday highlighted the seriousness of crime and the spiraling state of lawlessness in Malaysia.
He also raised the public’s concern on rising crime and safety of their families.
On Saturday evening, Sanjeevan was gunned down at a traffic light in his hometown Bahau, Negeri Sembilan by two unknown men, but fortunately he cheated death.
The Klang MP also cited that April this year, Customs Deputy Director General Shaharuddin Ibrahim was gunned down in a similar situation, but was killed on the spot.
Yesterday the Negeri Sembilan state police chief vowed to investigate the shooting incident by forming a task force and work together with Bukit Aman Criminal Investigation Department to solve the case.
It is highly speculated that Sanjeevan’s shooting is linked to his vocal advocacy against crime.
In the past months, MyWatch led by Sanjeevan had made revelations of politicians interfering with police work and that criminal elements have infiltrated the police force including direct links with underworld figures.

Sekat internet: Tiada beza dengan kerajaan diktator

KUALA LUMPUR: DAP menentang keras langkah BN untuk menyekat penggunaan internet yang dilihat sebagai cubaan mengekang kebebasan maklumat demi mengekalkan kuasa.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendakwa penyalahgunaan internet berada pada tahap kritikal di Malaysia akibat terlampau diberi kebebasan dan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet adalah tindakan terdesak untuk mengekalkan status quo.

Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, tindakan itu juga bertentangan dengan Undang-Undang Siber dan Koridor Raya Multimedia yang menjamin tidak akan ada penapisan internet.

“Bagaimana pengharaman internet boleh membantu untuk mengelak kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada fitnah internet seperti yang dinyatakan Ahmad Shabery, terutamanya apabila terdapat ‘double standard’ dengan hanya menghukum orang yang menentang BN tetapi apabila pimpinan PR mengalami nasib yang sama dituduh sebagai fitnah,” katanya dipetik Roketkini.

Kawal internet: Bagai batuk diberi ubat sakit perut


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini bahawa kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan Internet diselar PAS hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menyifatkan cadangan penyelesaian bagaikan orang sakit batuk diberi ubat sakit perut.

Sebelum kerajaan mencadangkan untuk mengawal internet, kata Tuan Ibrahim, kerajaan harus mencermin diri apakah tindakan dwi standard mereka yang menyebabkan warga internet sering terkeliru dengan tindakan kerajaan dalam sesuatu perkara.

“Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara. Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut berkata sikap dwi-standard kerajaan juga ketara di dalam soal sensitiviti antara kaum.

Tingkat kawalan di hospital rawat Pengerusi MyWatch, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis mempertingkat kawalan keselamatan terhadap hospital yang menempatkan Pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan yang parah ditembak Sabtu lalu.
Ketua Umum PKR itu tidak menolak kemungkinan kejadian tembakan itu ada kaitan langsung dengan hasrat untuk mendedahkan penglibatan pegawai polis dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram.
“PKR juga menuntut supaya pendedahan Sanjeevan berkaitan penglibatan anggota/pegawai PDRM dengan sindiket jenayah dan kegiatan haram turut disiasat dan bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanyapada sidang media, hari ini.

Inspektor polis terlibat kes kematian Dhamendran serah diri


Hari Krishnan Subramaniam, Inspektor polis yang dicari selepas dipercayai terlibat dalam kes kematian dalam tahanan, N Dhamendran menyerah diri kepada polis pagi ini.
Pegawai polis yang menghilangkan diri selepas didakwa terbabit dalam insiden itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada jam 10 pagi ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan hal itu.

Dr M’s lies and falsehoods

Many Malaysians have written to say to ignore the ramblings of an old political hack and I agree generally with this strategy.

By Koon Yew Yin
As most people are aware, the intention of Dr Mahathir Mohamad in writing the piece,’Chinese better off after Merdeka’ for the New Straits Times is not to foster greater political consciousness amongst the Chinese; neither is it to improve inter-racial cooperation among Chinese and Malays.
It is also not meant to provide new ideas on how to transform the country and take it forward so that it can compete with nations such as Singapore which is one of the op-piece’s main targets.
Mahathir’s aim is really to spread alarm and suspicion among the Malays and to stampede them into panic on the political transformation which is taking place among Malaysian Chinese and among all Malaysians.
Part of the recent political transformation among Malaysians is a questioning of what have been the real achievements of the Mahathir era and what sort of legacy he has left the country. This is where Mahathir is evasive or silent, and for good reason.
Numerous studies have shown how despite our progress during the Mahathir years, the country’s economy actually lost ground when compared with Singapore and other countries chiefly because he permitted – many critics say, tacitly encouraged – a culture of high level corruption and wastage on mega projects.
These, together with bad governance, have continued till today and have contributed little to national productivity.
Hundreds, if not thousands, of billions of ringgit was invested in his pet projects which have benefited the selected few and Umno.
Sure, some of the massive wealth derived from the hard earned incomes of citizens and the oil and gas bonanza went to the middle class and professionals. But the greater proportion was siphoned by the coterie of Chinese, Malay and other Malaysian businessmen, politicians and other associates of the BN.
This has led to a situation where Malaysia’s income inequality and illicit financial outflows ranks among the highest in the world, a development which Mahathir refuses to write or talk about, despite the fact that he is happy to provide his two cents worth on practically every subject on Malaysia.
At the same time as Mahathir frittered away our national wealth and failed to lead the nation to compete with our neighbours in the region, he has presided over the lowering of educational standards, the abuse of executive power, and the racialization of the civil service.

Apa dia Dilema UMNO?

Nampaknya ramai pembaca tidak dapat membezakan antara sokongan kepada pimpinan UMNO dengan sokongan terhadap idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Inilah masaalah pokok nya. Walhal, ianya dua perkara berbeza. Mempertahankan kepimpinan UMNO tidak sama dengan mempertahan idea menjuarai kepentingan orang Melayu. Idea atau konsep memperjuangkan kepentingan Melayu adalah hak semua orang Melayu. Dan idea itu bukan hak milik persendirian dan mutlak pimpinan dan ahli UMNO sahaja.ianya boleh disebut, suarakan dan dilaksanakan oleh semua orang Melayu.
Melayu UMNO tidaklah ada kelebihan daripada Melayu bukan-UMNO. Kebetulan mereka berada dalam UMNO yang mempunyai ahli seramai 3.4juta diseluruh negara. Mungkin ini yang memberi perasaan angkuh kepada ahli UMNO bahawa mereka sahaja yang berhak bercakap untuk kepentingan Melayu. Jika dalam PRU13 lalu, calun2 UMNO secara direct mendapat 3.4juta undi secara keseluruhan, ini baru sama dengan jumlah ahli nya. Ertinya, UMNO tidak mendapat sokongan dari rakyat yang melata. Dalam PRU lalu, jumlah orang Melayu yang keluar mengundi ialah 7.3 juta. Bermakna, kita boleh bercakap bagi pihak 3.9 juta Melayu yang tidak menyokong UMNO.
Mempertahankan pimpinan UMNO adalah kerja orang UMNO. Mempertahankan kepentingan orang Melayu adalah kerja SEMUA orang Melayu. Sementara orang UMNO boleh mempertahankan kepentingan orang Melayu kerana mereka Melayu, kerja dan tanggungawab itu, bukan hak mutlak mereka.
Sebaik sahaja kita faham perbezaan antara dua perkara ini, barulah kita akan faham bahawa berjuang dan bercakap mengenai hal2 yang penting bagi orang Melayu boleh dilakukan dari platform mana2 sahaja dan tidak semestinya UMNO. Jika ahli UMNO merasakan bahawa UMNO merupakan platform yang terbaik, saya tidak ada masaalah dengan pandangan tersebut. Saya hanya ada masaalah dengan pandangan bahawa hanya UMNO sahaja platform untuk menjuarai hal2 yang penting untuk orang Melayu. Fakta nya, UMNO mungkin boleh bercakap bagai 3.4 juta Melayu. Bagi pihak 3.9juta Melayu yang lain bagaimana?

Kerjasama politik PR-BN mustahil, kata Anwar

PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.

Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.

Sabotaj: Kehabisan diesel berlaku di mana-mana..!!




(Diesel habis di stesen minyak di lebuhraya Kesas - gambar  Syamsuddin Ghazali)

KUALA LUMPUR: Fenomena kehabisan bekalan diesel di stesen-stesen minyak rupanya berlaku di merata tempat di seluruh negara.

Ia berlaku sejak Sabtu lepas lagi apabila ia dikesan oleh pembaca Harakahdaily.

Malam tadi, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Seorang pembaca Harakahdaily, Syamsuddin Ghazali pula melaporkan, pada Sabtu 27 Julai, beliau telah  melalui lebuhraya Kesas pada sebelah malam dari Subang ke Klang.

Sepanjang laluan ada 4 atau 5 stesyen minyak yang beliau singgah semuanya kehabisan diesel.

"Keesokan pagi masalah yang sama masih berlaku dan saya terpaksa melalui laluan biasa untuk mendapatkan bekalan diesel," tulis pembaca berkenaan kepada Harakahdaily.

Di petrol stesen sekitar Jalan Pahang Barat juga menaikkan tanda 'Harap maaf, diesel habis'.

Mereka mendakwa, bekalan diesel telah dihabis di pam mereka sejak Jumaat 26 Julai lagi.

Sehubungan itu, semua pihak meminta pihak kerajaan memberikan penjelasan segera mengenai masalah ini.

34 didakwa kerana anjur Blackout 505


(Aktivis anak muda ketika mereka dalam lokap selepas ditahan kerana berdemonstrasi depan Parlimen)

KUALA LUMPUR: 33 aktivis anak muda yang membuat perhimpunan di perkarangan Parlimen akan didakwa di mahkamah Jalan Duta hari ini.

Mereka didakwa selepas berdemontsrasi termasuk aksi tidur di jalan raya pada 24 Jun 2013 bagi menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13.

Seorang lagi rakan mereka, Azhar Achil, akan didakwa di mahkamah Klang  ekoran perhimpunan di Sabak Bernam dalam salah satu aksi #Blackout #SuaraRakyat505.

Azhar adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor.

Beliau didakwa menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505.

DAP calls Utusan, Umno Youth hypocrites, directs them to pursue Khairy over “communist ties”


Umno Youth and Malay daily Utusan Malaysia were slammed as hypocrites and practicing double standards for failing to condemn Khairy Jamaludin for forging ties with communist parties said the DAP.
Secretary-general Lim Guan Eng said Khairy should have been hauled up after forging an alliance between Barisan Nasional Youth and the Communist Youth League of China (CYL).
"These organisations are stoking the fires of racism by questioning the approval of a Chinese-language film "The New Village" which they allege glorifies communism."
"On the other hand, the same organisations kept quiet when Malaysia established close diplomatic relationships with China, Cuba and Vietnam, all of whom practice the communist system.
"Both Umno Youth and Utusan Malaysia criticised 'The New Village' as twisting historical facts and encourages the public to glorify the Malayan Communist Party," Lim said in a statement today. Khairy is also the Umno Youth chief.
Lim said he did not want to comment on the film as he had not seen it but questioned why Utusan and Umno Youth remained silent when Youth and Sports Minister Khairy announced the setting up of a permanent secretariat in October 2009 to strengthen ties between Barisan Nasional Youth and the Communist Youth League of China.
"It is very clear that both Umno Youth and Utusan Malaysia are hypocrites who practice double standards.

Kantoi: KDN luluskan ‘The New Village’ bukan Finas


Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak wajar dipersalah berikutan kelulusan penayangan filem The New Village yang didakwa memuja tokoh komunis dan hanya melibatkan pelakon Cina sahaja.
Pengerusi Skim Wajib Tayang Finas, Datuk Mustapha Maarof, berkata mereka hanya melakukan prosedur biasa iaitu menentukan tarikh filem untuk ditayang di pawagam.
"Bukan kita yang meluluskan filem itu. Tugas kami hanya menentukan tarikh tayangan selepas ia diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF)
"Patut tanya pihak berwajib bukan kami. Saya tidak rasa ia patut jadi isu. Saya tidak faham kenapa ada (pihak) cuba jadi batu api dalam hal ini," katanya kepada The Malaysian Insider, semalam.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) pula, berkata tidak adil untuk menghakimi sesebuah filem hanya berdasarkan kepada trailer sahaja, merujuk filem The New Village yang dijadual ditayang 22 Ogos ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, berkata sesetengah pihak menimbulkan kontroversi berdasarkan trailer filem yang tidak memberi gambaran menyeluruh sesebuah filem.
“Hal ini sama seperti kontroversi yang melanda Tanda Putera dahulu kerana orang ramai membuat kesimpulan mudah hanya berdasarkan tontonan trailer di internet,” katanya kepada The Malaysian Insider.

KULIAH SUBUH 19 RAMADHAN 1434

Tazkirah Qaryah 19 Ramadhan 1434H | Ust Marzuk Shaary

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Model vs Ahli Sukan ...Aurat !

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Lebih kenal Rasulullah SAW atau Artis ?

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Tak suka tazkirah...Keldai !

Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi Sifatkan Abd Fatah As-Sisi Pengkhianat Rakyat Mesir

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Yusuf Qaradhawi mengeluarkan kenyataan terbaru seperti yang disiarkan oleh "Al-Jazeera". Antara mesej yang disampaikan oleh beliau ialah:

1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. Sisi juga beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya.

2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim".

3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.

Keabsahan 2 menteri, 3 timbalan diketahui di mahkamah esok


Persoalan mengenai kelayakan dan keabsahan sebagai senator menyelubungi isu pelantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri.
Mereka ialah Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low (gambar), selain P Waythamoorthy, Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipa.
Abdul Wahid dan Low dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Waythamoorthy selaku timbalannya manakala Dr Loga (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan) dan Ahmad Bashah (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri)
Mengikut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, sebaik sahaja Perdana Menteri menamakan mereka sebagai senator, mereka terus menjadi ahli Dewan Negara.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen DAP, M Kula Segaran mempertikaikannya kerana berpendapat, seseorang calon senator mesti mengangkat sumpah di Dewan Negara, terlebih dahulu.
Hanya selepas itu, katanya, seseorang senator itu mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri dan ia menjadi amalan sebelum ini.
Masalah interpretasi Perlembagaan Persekutuan itu bagaimanapun, hanya dirungkai di Mahkamah Tinggi, esok.

Diesel habis: Nanti menteri kata jangan guna diesel?


KUALA LUMPUR: Hari ini berlaku fenomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.

Sehubungan itu, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Berikut ialah kenyataan beliau selanjutnya yang ditulis jam 10.10 malam tadi ketika tersadai di stesen Shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori.

Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel.

Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.

Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahi semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.

MESIR HARI INI...

GAMBAR BERBICARA

Mesir: KENAPA Najib DIAM tak berbunyi langsung... !!

DEWAN RAKYAT BRITISH GESA BRITAIN PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MESIR

Dewan Rakyat British menggesa kerajaannya, di bawah pimpinan perdana menteri David Cameron supaya mengisytiharkan bahawa apa yang berlaku di Mesir merupakan rampasan kuasa oleh tentera.

Mereka juga menggesa kerajaan British agar memutuskanhubungan diplomatik dengan kerajaan yang melakukan rampasan kuasa dan menolak untuk berurusan dengannya.

United Kingdom hanya akan berurusan dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Shahidan akui pilihanraya Kemboja lebih baik dari Malaysia?

Menteri JPM, Shahidan Kassim dijemput bersama 291 anggota delegasi antarabangsa Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) dan Centris Asia Pacific Democrats International (CAPDI) untuk memantau pilihan raya Kemboja.
Shahidan dibawa melawat bebeberapa pusat pengundian di ibu negara Kemboja, Phnom Penh termasuk kawasan Parlimen Takmao yang ditandingi Perdana Menteri Hun Sen. Sebelum itu mereka diberi peluang memeriksa bahan pilihan raya termasuk dakwat kekal dan kertas undi.
Kata Shahidan seperti dilaporkan Bernama pilihanraya yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional Kemboja (NEC) teratur dan aman bagi mencerminkan integriti. Penipuan tak mungkin berlaku kata Shahidan.
NEC_CambodiaBekas timbalan perdana menteri Kanada Sheila Copps yang juga pemerhati berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan proses pilihan raya Kemboja.
Mungkin Shahidan mengakui pilihanraya Kemboja lebih baik dari Malaysia. Kerja NEC lebih teratur dari SPR Malaysia? Rasanya daripada cakap-cakap Shahidan, jawapannya ya!! Ini kerana pilihanraya Malaysia dipalit penipuan dan negara Kemboja berani menjemput sehingga 291 delegasi asing untuk memerhati pilihanraya mereka. Adakah Malaysia berbuat demikian? Rasanya tidak kerana SPR Malaysia bimbang penipuan mereka terbongkar.
Kalau tak takut, bukan kemacai yang dijemput menjadi pemerhati. Jemputlah bekas timbalan perdana menteri Kanada contohnya!!

Juga NEC Kemboja taklah seburuk SPR Malaysia kan!!

Barat sedang membunuh demokrasi di Mesir

Barat dakwa mereka guru demokrasi dunia. Akhirnya mereka bersama autokrasi membunuh rakyat Mesir. Mereka takut umat Islam jadi guru demokrasi sebenar.

Demokrasi dicedok daripada sistem syura Islam demi keadilan. Apabila umat Islam kembali kepada syura, akan nyatalah kepalsuan demokrasi barat.

Di Mesir mereka cuba bunuh Islam, tetapi hakikatnya mereka sedang membunuh ajaran demokrasi mereka sendiri. Mesir baru saja cuba pulihkan demokrasi ala barat.

Dunia barat ketakutan menyaksikan demokrasi baru 'Arab Spring' yang diperkenalkan umat Islam akan lebih adil untuk seluruh rakyat, miskin dan kaya.

Apabila guru demokrasi adalah golongan kapitalis dan liberalis, maka ia hanyalah nyanyian palsu. Suara rakyat diguna demi kekuasaan golongan kaya saja.

Syura yang menjadi sumber demokrasi barat diasaskan atas taqwa. Barat ambil kulit syura dan meninggalkan isinya. Akhirnya nyatalah kepalsuan.

Shahrizat digesa berundur, jangan sekat cabaran



Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil digesa berundur daripada jawatannya dan tidak menggunakan alasan 'perlawanan emak dan anak' bagi menghalang cabaran bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said.

Bekas setiausaha wanita Umno Malaysia, Datuk Faridah Abu Hassan berkata Shahrizat dahulu juga mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz untuk jawatan itu walaupun didakwa pernah bersumpah atas nama Allah untuk tidak berbuat demikian.

"Jadi sekarang ini, kenapa pula dia nak kata Azalina jangan bertanding?

"Shahrizat tak boleh sekat mana-mana pihak untuk bertanding dan pertandingan tidak memecahbelahkan perpaduan wanita," katanya sewaktu mengulas perkembangan terkini pergerakan itu menjelang pemilihan parti hujung tahun ini.

Beliau ditemui selepas mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Jalan Foss yang diketuainya di Kuala Lumpur malam tadi.