Khamis, 25 Julai 2013

Rafizi Kepada SPR : Jawab Isu Jangan Dolak Dalik

Kenyataan balas terhadap isu 'Doktor Rasis' yang dilaporkan Harian Metro.

Pegawai GPMS dan Utusan Malaysia digesa mohon maaf terbuka atau disaman

Police urge 'runaway' custodial death suspect to come forward

Al Jazeera talks to political analyst from Cairo

Train derails in Spain killing many

SPR berkokok lebih bising daripada ahli politik – Rafizi

KUALA LUMPUR 25 Julai:  Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau telah mengulangi pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan kaitannya dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar dewan rakyat.
Rafizi mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof yang mencabarnya membuat pendedahan di luar parlimen sekiranya ‘beliau anak jantan’.
Menurut Rafizi, kenyataan dibuat di luar dewan sebelum ini  mencukupi untuk pengerusi SPR dan timbalannya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
“Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar-mencabar, “siapa lebih anak jantan” seperti yang dimainkan sekarang,” ujarnya,.
Rafizi, yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, isu cabaran tersebut  membayangkan sikap berat sebelah pengerusi SPR dan timbalannya.
“Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti “anak jantan”, “menipu” dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik,” tegas beliau.

Rakyat Mesir tolak rampasan kuasa tentera

Rakyat Mesir tolak rampasan kuasa
Perhimpunan menolak rampasan kuasa terus dilakukan di Kaherah
 
KAHERAH - Mesir. Kira-kira 65 peratus masyarakat Mesir menolak rampasan kuasa tentera apabila masih enggan bersurai dari berhimpun jalanan di sekitar Kaherah sejak 3 Julai.

Penganalisis politik Mesir Hisham el-Batal berpendapat, rakyat menolak rampasan kuasa tentera kerana masih trauma dengan era pemerintahan  rejim Hosni Mubarak yang mencatatkan peningkatan jumlah kematian setiap hari.

“Rampasan kuasa itu ditolak jutaan rakyat termasuk pegawai tertinggi ketika era Hosni yang kini masih dipenjarakan,” katanya dipetik Press TV

Menurutnya, demonstrasi itu tidak hanya dilakukan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, ia sebaliknya turut dilakukan oleh kumpulan anti Amerika Syarikat.

“Negara antarabangsa tidak boleh menuduh demonstrasi ini didalangi kumpulan pro Mursi kerana jutaan rakyat termasuk anti Mursi mula mengerumuni Kedutaan AS bagi mendesak  negara itu supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran di Mesir,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan yang menyokong penggulingan itu berasa bimbang kerana mengetahui kesan penggulingan tersebut membawa kepada campur tangan AS secara meluas di Kaherah.

Samseng upahan tembak penyokong Morsi, 2 terkorban


MESIR: Sekurang-kurangnya dua orang penyokong Dr Muhammad Morsi terkorban dan puluhan lagi cedera dalam kejadian tembakan ketika mereka berarak keluar dari Syubra pagi semalam.

Ikhwanonline melaporkan, tembakan tersebut dibuat samseng upahan polis Mesir dari tingkat paling atas sebuah bangunan bersebelahan Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin. dan

Sehari sebelum itu, samseng upahan ini juga telah menyerang lokasi himpunan menyokong Morsi di dataran Nahdhah, depan Universiti Kaherah yang membunuh tiga orang penyokong Morsi.

Samseng upahan ini dengan kerjasama pasukan polis, mengepung dataran dengan kenderaan perisai dan membakar beberapa buah kereta milik peserta himpunan dan merosakkan beberapa buah kereta yang lain.

Dalam waktu yang sama, di lokasi lain iaitu di Madinah Nasr, perarakan penyokong Morsi yang melalui Balai Polis Qism Awwal turut dikasari.

Seorang saksi kejadian yang baru pulang dari tempat kerja berkata, beliau melihat polis melepaskan tembakan ke arah himpunan.

Beberapa orang anggota polis turut dilihat mengheret peserta himpunan di atas tanah dan mereka turut diterajang dan disepak di bahagian kepala.

Selain itu, beberapa orang pemilik kereta yang dibakar dan dirosakkan dalam kejadian di dataran Nahdhah ditangkap ketika mahu membuat laporan polis di Giza.

Difahamkan belum sempat membuat laporan, mereka ditangkap dan ditempatkan di lokap balai.

Pihak polis telah mengupah kumpulan samseng untuk membelasah dan memukul mereka dalam lokap.

Mesir: Mesej bahaya dari ucapan terbaru Zionis Al-Sisi


Saya melihat ucapan terbaru dari Menteri Pertahanan Abdul Fatah As-Sisi amat bahaya bagi masa depan negara dan demokrasi di negara Mesir.

Sisi dalam ucapannya meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah hari ini berkata secara jelas:

"Saya meminta rakyat Mesir yang bebas dan mulia untuk turun ke jalanraya-jalanraya Jumaat ini bagi memberikan kepada saya (askar) satu kuasa dan arahan untuk menamatkan keganasan yang berlaku."

Apa yang anda faham dari petikan ucapan Sisi ini. Saya ringkaskan kepada beberapa noktah penting:

1) Kumpulan penentang Mursi terpaksa menggunakan As-Sisi sebagai pemberi arahan untuk kumpulan mereka turun selepas beberapa siri majlis berbuka puasa anjuran Tamarrud yang diadakan di Tahrir tidak mendapat sambutan sama seperti hari 30 Jun bagi menjatuhkan Mursi. Mereka terpaksa mengerahkan tenaga anggota polis yang berpakaian biasa untuk turun berbuka puasa di Tahrir. Itupun jumlah mereka sekitar 1,000 hingga 2,000 orang. Kemungkinan mereka tidak memiliki daya juang dan jihad yang tinggi tambahan berada dalam bulan Ramadhan seperti pejuang-pejuang di Raba'ah yang sanggup berdiri dan berpanas terik.

Mesir: Zionis Al-Sisi seru pertembungan Jumaat ini

MESIR: Ketua Tentera Mesir Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi semalam membuat kenyataan "ancaman" apabila menyeru rakyat Mesir untuk turun ke seluruh dataran pada Jumaat ini, iaitu esok bagi membantu beliau berhadapan dengan penyokong Dr Muhammad Morsi yang dilabelnya sebagai pengganas.

Al-Sisi yang juga Menteri Pertahanan dalam ucapannya ketika meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah semalam secara jelas meminta mandat daripada rakyat untuk bertembung dengan penyokong Morsi.

"Saya mendesak orang ramai turun ke jalanan hari Jumat nanti untuk membuktikan tekad mereka dan memberi saya, tentara, dan polis sebuah mandat bagi menghadapi kemungkinan kekerasan dan terorisme."

"Dengan demikian dalam hal itu harus ada penghentiaan kekerasan serta terorisme dan tentara akan mendapat mandat untuk menghadapinya," katanya yang turut disiar secara langsung beberapa buah saluran televisyen milik tentera.

Ikhwan sifatkan ancaman

Sementara itu, Ikhwan Muslimin menyifatkan kenyataan Al-Sisi itu sebagai ancaman, dan yakin pihak penyokong Morsi yang telah berhimpun hampir tiga minggu lalu tidak akan berganjak.

Wakil Ketua Partai Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin Essam El-Erian berkata, kenyataan Al-Sisi itu juga cuba membuat pengesahan untuk terus menggunakan kekerasan termasuk membunuh peserta himpunan penyokong Morsi.

"Ancamanmu tidak akan menghentikan jutaaan orang untuk berkumpul," kata Essam.

Pasca PRK Kuala Besut: Hanya Ahmad Said yang wajar bergembira, RM500 juta untuk 158 undi..!!!

Seperti yang dijangka, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah kawasan yang sukar bagi PAS. Walaupun PAS turun bertanding dengan semangat yang tinggi ingin membawa perubahan dan mencipta sejarah Terengganu seri, Kuala Besut nampaknya bukanlah medan yang sesuai bagi tujuan itu.

Meski PAS kali terakhir pernah memenangi DUN Kuala Besut pada 1999 tetapi sejak 2004, kawasan itu merupakan kubu ampuh bagi Umno dan BN. Sejak kepimpinan Idris Jusoh di Besut di mana beliau juga pernah menjadi Menteri Besar daripada 2004 hingga 2008, kawasan itu sudah beralih menjadi kubu yang selamat bagi Umno dan BN.

Tambahan pula dalam pilihan raya kecil kali ini, BN juga melambakkan projek pembangunan bernilai hampir RM500 juta yang meliputi 15 projek untuk kepentingan nelayan dan pelancongan di kawasan itu. Dengan tempoh kempen hanya 11 hari tetapi 15 projek dicurahkan, bermakna dalam sehari penduduk di situ diberi lebih daripada satu projek pembangunan.

Ini merupakan suatu hakikat bahawa kerajaan sebenarnya amat pemurah dalam mencurahkan projek jika kedudukannya hampir tergugat.

Dalam keadaan itu, tidak menghairankan jika BN terus menang di Kuala Besut. Bagaimanapun, kemenangan ini sebenarnya tidak boleh terlalu dibanggakan jika dikira dengan nilai wang yang dicurahkan berbanding dengan undi yang diperoleh. Meskipun mengekalkan kedudukan 17-15 di DUN Terengganu, kemenangan di Kuala Besut hanyalah dengan majoriti 2592 undi berbanding 2434 pada pilihanraya umum 5 Mei lalu.

Ini bermakna dengan hampir RM500 juta dicurahkan, 15 projek pembangunan dilambakkan dan hampir semua menteri dan pemimpin Umno serta kerajaan berkampung atau berulang-alik ke Kuala Besut, peningkatan undi yang diperolehi hanyalah 158 sahaja. Terlalu mahal kos yang perlu dibayar untuk kemenangan ini dan hampir tidak berbaloi dengan nilai kemenangan yang diperoleh.

Langgar Akta 5 Kesalahan Pilihanraya: Saya spontan tunjuk kertas undi, kata Tengku Zaihan


Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurufoto.
Tengku Zaihan, 37, atau dikenali 'Abe Ku' (Abang Ku) oleh penduduk setempat berkata, beliau tidak berniat untuk menunjukkan kertas undi itu, tetap bertindak spontan disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lalu.
Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada hari pengundian semalam.
"Maklumlah saya tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itu menyebabkan tindakan saya jadi spontan.
"Masa hendak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi sebab mahu memberi respon," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang kononnya beliau  melanggar peraturan pilihan raya apabila menunjukkan kertas undinya kepada jurufoto pada hari mengundi semalam.

Polis harap Hare Krishnan tampil beri kenyataan sebenar

Polis Kuala Lumpur berharap Inspektor Hare Krishnan - suspek keempat dalam kes kematian dalam tahanan - N Dhamendran - tampil segera ke ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur bagi membolehkan kenyataan sebenarnya direkod mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Kehadiran beliau adalah penting bagi membolehkan beliau menjelaskan isu-isu sebagaimana yang beliau nyatakan di dalam laporan polis serta kenyataan media yang telah disiarkan," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Beliau menegaskan demikian dalam satu kenyataan petang ini sebagai mengulas laporan Malaysiakini yang memetik laporan polis Hare Krishnan yang mendakwa dia tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes tersebut untuk "melindungi pihak-pihak tertentu".

Mohmad berkata, Hare Krishnan sehingga ini masih gagal menghadirikan diri untuk kembali bertugas dan seterusnya membantu menyelesaikan siasatan berhubung kes kematian Dhamendran di lokap cawangan D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Pihak polis telah mendakwa Hare Krishnan gagal datang bertugas sejak 15 Jun.

Tahniah buat semua jentera PRK Kuala Besut

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak diatas komitmen dan sumbangan yang diberikan kepada PAS sepanjang kempen pada Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut yang lalu.

Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, jentera PAS telah berjaya menggunakan PRK Kuala Besut N01 ini untuk menjuarai isu rakyat.

Ianya termasuk soal pemilikan tanah, mendalam muara sungai, pemuliharaan empangan sehinggalah mendedahkan kebobrokan pemerintah telah menjadikan UMNO-BN defensif sepanjang tempoh berkempen.

"Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun agenda 16:16 Terengganu Baru tidak kesampaian buat masa ini, bagi pendokong gerakan Islam tiada istilah kekalahan hakiki," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.


1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah di atas komitmen dan kegigihan yang ditunjukkan oleh jentera pilihanraya PAS sepanjang kempen pilihanraya kecil Kuala Besut N01.

2. Disiplin dan keutuhan akhlak yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen ditambah pula dengan cabaran ibadah berpuasa merupakan cerminan tarbiyah jamaah dan sesuatu yang amat menginsafkan.

3. Juga kepada penyokong parti, anak-anak Kuala Besut di perantauan dan para pemilih yang telah menunaikan tanggungjawab mengundi walau dihimpit waktu bekerja, terima kasih juga diucapkan.

Jazakallah khairan kathira. Barakallahu fikum.

4. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Walaupun agenda 16:16 Terengganu Baru tidak kesampaian buat masa ini, bagi pendokong gerakan Islam tiada istilah kekalahan hakiki. Yakinlah, usaha bakti kalian telah dicatatkan melalui tinta emas dengan janji kemenangan di akhirat kelak.

Pasca PRK K.Besut: BN patut terima kasih kepada SPR kerana undi hari Rabu


KUALA LUMPUR: Umno mesti berterimakasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya kerana menetapkan pengundian pada hari Rabu atas peningkatan majoriti undinya dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang menyaksikan peratusan keluar mengundi merosot sebanyak 1,193 orang atau pada kadar keseluruhan 79.78% berbanding 87% pada pilihanraya umum 5 Mei lalu.

Kerana itulah, calon Umno/BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman telah mendapat 8,288 undi, manakala calon PAS Endot@Azlan Yusuf mendapat 5,696 undi–beza undi sebanyak 2,592 undi, iaitu 158 undi lebih tinggi daripada majoriti 2,434 yang dicapai oleh Umno/BN dalam pilihanraya umum.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Lim mendakwa, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendakwa bahawa BN gagal mencapai sasaran 4,000 majoriti undi di Kuala Besut kerana para penyokong BN merasa terlalu yakin akan menang dan lalu tidak keluar mengundi.

Beliau juga mensabitkan kemerosotan peratusan keluar mengundi sebanyak 7 peratus disebabkan oleh rentak hidup yang lebih perlahan di bulan Ramadan.

"Bagaimanapun, kemungkinan besar faktor sebenar yang menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot ialah kerana hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja, menyebabkan banyak pengundi yang tinggal di luar Kuala Besut tidak dapat pulang untuk mengundi," kata Lim.

Kambing Hitam: Suspek ke-4 kematian dalam tahanan dakwa tak bersalah..?


EKSKLUSIF Inspektor S Hare Krishnan, suspek keempat kematian dalam tahanan - N Dhamendran -  mendakwa tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes tersebut untuk "melindungi pihak-pihak tertentu."

Ini didedahkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Hare Krishnan pada 1 Jun -  sembilan hari selepas kematian Dhamendran pada 21 Mei 21, dan dua minggu sebelum inspektor polis itu menyembunyikan diri.

Laporan tersebut, yang diperolehi oleh Malaysiakini, mendakwa bahawa Hare Krishnan tidak pun berada di lokap di Dang Wangi pada hari Darmendran meninggal dunia.

NONEDhamendran (kanan), 31, ditemui mati di dalam lokap polis 10 hari selepas dia  ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api.
Polis pada mulanya mendakwa bahawa dia telah meninggal dunia akibat kesukaran bernafas. Bagaimanapun, bedah siasat mendapati dia mengalami 52 kecederaan, termasuk dikokot di telinganya.

Dalam laporan polis, Hare Krishnan mendakwa telah menerima arahan dari pegawai atasannya pada 21 Mei untuk "melepaskan dan menangkap semula" Darmendran semasa dia sedang makan tengah hari di sebuah restoran di Cheras selepas menemui seorang mangsa kes tembak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Inspektor itu berkata dia kemudiannya mengarahkan anggota bawahannya untuk berbuat demikian, tetapi kemudian mendapati penangkapan semula Dhamendran telah dilakukan dengan menggunakan pengenalannya (Hare Krishnan) tanpa persetujuannya.

Dia mendakwa bahawa pegawai membuat laporan penangkapan itu menggunakan ID PRS miliknya tanpa kebenarannya.

BERSIH jemput SPR sertai pengadilan rakyat

Pasca PRK Kuala Besut: Pengajaran buat PAS dan BN

 
ANALISIS Keputusan pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut  malam tadi memperlihatkan kekuatan sokongan pada BN dan PAS masih seimbang selepas pilihan raya umum Mei lalu.

Pertambahan undi majoriti BN tidak begitu signifikan bagi menggambar kekuatan jentera kempen BN berbanding angka sasaran pada awal kempen yang diyakini akan tercapai sebanyak 4,000 undi. BN sebaliknya hanya menambah 158 undi majoriti.

Malam tadi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman diumum berjaya menjadi ADUN Kuala Besut apabila mendapat 8,288 undi berbanding 5,696 undi calon PAS, Azlan Yusof.

Walaupun gagal merampas kerusi tersebut, tetapi PAS masih mampu mengekalkan pengaruh penyokongnya. Majoriti pengundi luar tidak pulang kerana pengundian dibuat pada hari berkerja dan faktor ini dilihat turut memberi kesan kepada RPK kali ini.

Walaupun pelbagai janji projek mega dan peruntukan jutaan ringgit oleh BN sepanjang tempoh 12 hari berkempen tetapi ia nampaknya hanya sedikit sahaja yang terpengaruh dan ia gagal diterjemah dengan undi yang besar.

Hal demikian sudah cukup bagi jentera BN memikirkan kembali pendekatan baru khususnya terhadap pengundi luar bandar dan pinggir bandar dalam pilihan raya umum atau RPK selepas ini.

Malah, semua 15 ADUN PAS pula berjanji akan memantau perkembangan janji yang ditaburi sebagai cabaran  untuk kerajaan merealisasikannya sekaligus mempersoalkannya khususnya dalam sidang DUN jika janji tidak ditepati.

Sasaran 40 hingga 45 peratus pengundi luar pulang gagal dicapai memandangkan lazimnya pengundi luar akan menyokong PAS dan Pakatan sekaligus mampu mempengaruhi keluarga mereka menyokong gabungan pembangkang itu.

Berhempas pulas menangkis kempen pihak lawan, PAS pula mengemukakan agenda 16:16 dan kempen 'pelik' berbentuk ala karnival yang dikatakan tidak dapat diterima pengundi baru luar bandar untuk menyokong 'gaya baru' PAS itu.

Kegagalan menghadam tema dan cara baru yang diperkenal itu, apatah lagi beberapa selebriti dan tokoh politik hadir membantu kempen PAS di situ, menyebabkan pengundi luar bandar sukar menterjemahkannya di kertas undi.

Isu tanah, mempertikaikan projek terbengkalai, isu royalti minyak Terengganu serta menggembur semula sejarah kegemilangan PAS pada 1999-2004 atas pentas ceramah, tidak membangkitkan gelombang sokongan pengundi baru kepada parti itu.

Sementara Pemilihan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kecil turut menimbulkan persepsi dan cakap-cakap pemboikotan jentera parti khusus dari Terengganu sehingga melemahkan jentera parti.

Walaupun penafian keras itu dibuat oleh beberapa kepimpinan parti, tetapi timbul persepsi 'kurang enak' kepada jentera dan pergeseran lama - Kelantan dan Terengganu - kembali berbekas dan dilihat melemahkan strategi parti khususnya minggu pertama kempen.

Mungkin kepimpinan parti perlu memikirkan semula tindakan melantik naib presiden untuk mengetuai pilihan raya kecil, dan menyerahkannya kepimpinan negeri yang terlibat bagi mengendur ketegangan sekaligus meningkat kekuatan sokongan.

Kesimpulannya, kekuatan sokongan yang diberikan kepada PAS dan BN dalam pilihan raya kecil adalah sama sewaktu pilihan raya umum - tiga bulan lalu. Sekalipun kekuatan kempen oleh kedua-dua parti, tetapi kekuatan sokongan pengundi tidak berubah.

Sebaliknya pendekatan kedua-dua parti juga perlu berubah. Di Kuala Besut bukan membawa tema baru atau projek besar, tapi bagaimana kedua-dua parti mampu meyakinkan mereka untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dengan harga barang yang tinggi.

Syarikat Jepun ambil alih aset, liabiliti NFCorp..!! Dia Joli Orang Jepun Bayar...??

Syarikat Jepun akan ambil alih aset, liabiliti NFCorp KUALA LUMPUR - National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFCorp) hari ini menjelaskan bahawa syarikat Jepun, Kirimitonas Agro Sdn Bhd, bersetuju membeli keseluruhan saham dan syarikat berkaitan, dan seterusnya mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti, termasuk pinjaman RM250 juta dengan Kerajaan Malaysia.

Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian jual beli pada 21 Feb, kata Pengerusi NFCorp Datuk Seri Mohamad Salleh pada sidang media di sini hari ini.

"NFCorp tidak mengetahui mengenai sebarang kelainan kepada terma dan syarat dalam persetujuan itu, dan sama ada pembeli memaklumkan kepada pelanggan mengenai perkara yang bertentangan," katanya semasa menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh anggota parlimen pembangkang mengenai perkara itu. - Bernama

Najib cuba hindar kritikan, puaskan nafsu pemimpin Umno...........

Kemenangan Umno dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, penting buat Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam mendiamkan 'lawannya' dalam parti sekali gus menangani kritikan pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Daim terus-terusan mengkritik Najib sejak keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekal kuasa tetapi dengan bilangan kerusi yang berkurangan berbanding lima tahun dahulu.
Kritikan itu dilontar lantaran kelemahan kepimpinan Najib berikutan strategi pilihan raya yang salah kerana gemar mendengar koleksi nasihat pakar startegi yang tidak berkesan.
Daim secara halus membuat kenyataan terbuka terhadap Najib dengan memberi perhatian kepada nasib BN pada pilihan raya akan datang dan menekankan Tun Abdullah Badawi berundur dari jawatan selepas hanya menang 140 kerusi Parlimen pada 2008.
Sebaliknya, Najib menang dengan kurang tujuh kerusi berbanding Abdullah.
Isnin lalu, Najib dan isteri bertemu Daim ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Taman Melawati, Kuala Lumpur
Ternyata, Perdana Menteri cuba meredakan pengkritik walaupun pendekatan itu belum dapat dilihat sebagai cukup untuk menutup pelbagai kritikan tajam terhadap kepimpinannya.
Beberapa minggu lalu, Najib juga cuba menenangkan 'panglima' Umno yang rapat dengan akar umbi dan terkenal dengan mulut celupar, kemahiran yang penting menjelang pemilihan parti, Oktober ini.
Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji manakala bekas menteri, Datuk Seri Annuar Musa dijadikan Pengerusi Mara.
Namun, pelantikan itu tidak berjalan lancar dalam persekitaran ahli korporat berikutan pelbagai persoalan berkaitan kaliber dan kewajaran ahli  politik menerajui organisasi yang 'kaya-raya' itu.
Tetapi Najib tidak mengendahkan kritikan itu, sebaliknya lebih gemar fokus kepada keperluan strategi pada tahun pemilihan daripada melayan isu pelantikan berkenaan.
The Business Times juga melaporkan pemimpin Umno, Datuk Seri Ali Rustam diuar-uar untuk menerajui Perbadanan Nasional Berhad (PNB), menggantikan bekas Ketua Setiausaha, Tun Ahmad Sarji.
Ali mungkin dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno tetapi ada tanda-tanda beliau lebih suka bertanding salah satu kerusi Naib Presiden.
Pemimpin Umno lain yang dianugerah atau bakal diberi tempat dalam agensi kerajaan atau GLC ialah bekas menteri, Datuk Othman Abdul dan Datuk Bung Mokhtar Radin.
Dengan segala kekuatan, Najib memastikan kemenangan Umno di Kuala Besut, malah memberitahu Bernama malam tadi, betapa kemenangan itu sebagai isyarat kepada kesinambungan kekuatan Umno.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula ada menyatakan keputusan pilihan raya kecil itu bakal menentu nasib politik Najib.
Tetapi, kempen pilihan raya kecil itu dijalankan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan sememangnya Umno dijangka menang mudah. Majoriti 2,592 itu hanya naik sedikit, jauh dari sasaran 4,000 undi yang ditetapkan Datuk Seri Idris Jusoh.
Kritikan juga berlaku berikutan kerajaan BN berbelanja lebih RM300 juta tetapi pertambahan undi majoriti, sangat kecil.
Namun, kemenangan tetap kemenangan. Kejayaan BN di Kuala Besut memberi Najib sedikit ruang dari lontaran kritikan Daim dan pemimpin Umno lain.
Sekali gus Najib cuba membuktikan beliaulah orangnya yang mampu menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, pada lima tahun akan datang.

BERSIH undang SPR sertai tribunal siasat p'raya

Gabungan NGO BERSIH mengundang Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyertai satu tribunal antarabangsa anjurannya untuk meneliti jika berlaku sebarang pelanggaran terhadap norma dan undang-undang dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pengerusi bersama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sewaktu mengumumkan perkara itu dalam sidang media pagi tadi berkata, parti politik dan orang awam juga dijemput menyertai tribunal yang akan berlangsung dari 18 hingga 22 September 2013.

"Pengadilan ini akan meneliti jika ada tindakan semasa pilihan raya itu telah melanggar undang-undang dan piawai antarabangsa dan norma yang menggarisi perjalanan pilihan raya," kata Ambiga.

Pengadilan tersebut akan mengikut piawai dan garis panduan oleh mengenai pilihan raya bersih dan adil yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), katanya.

Ahli jawatankuasa penganjur Pengadilan Rakyat ini, Ivy Josiah berkata mereka akan mengirim notis kepada SPR dan pihak terbabit berhubung undangan tersebut.

"Kami akan memaklumkan dan menjemput mereka kelak beserta notis tempat, masa dan butiran lain," kata Ivy.

Pasca PRU13:Slogan 'ubah', 'ini kalilah' pengaruhi pengundi

Alvivi dibenarkan ikat jamin RM30,000 tiap seorang

Che Long tekad terus bantu rakyat miskin

BESUT: Calon PAS Azlan@Endut Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long menyifatkan kekalahannya dalam pilihan raya kecil Kuala Besut merupakan perkara biasa.

Katanya, jika beliau berjaya memenangi kerusi ini barulah ia dilihat luar biasa.

Malah tambahnya, kekalahan beliau itu bukanlah satu perkara yang pelik kerana rakyat di Kuala Besut mendapat banyak duit melalui projek-projek yang ditawarkan oleh Umno BN dengan nilaian hampir setengah bilion.

"Selaku calon PAS dan bendahari PAS saya hendak tengok projek mega ini dilaksanakan sebagaimana dijanjikan.oleh BN," katanya dalam sidang media lewat malam tadi di Markaz Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baharu.

Ketika ditanya apa perancangannya selepas ini, Che Long memberitahu beliau akan terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan menggunakan pengalaman ini sebaik mungkin bersama-sama parti dan rakyat.

5,696 pengundi berjiwa besar di Kuala Besut

Seperti yang dijangka ramai orang - berdasarkan situasi pilihan raya kecil Dun Kuala Besut itu sendiri, demografi pengundi dan limpahan pelbagai janji, imbuhan pelbagai bentuk - maka calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan lawannya dari PAS, Endut@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi. BN memperolehi 8,288 undi, manakala PAS pula memperolehi 5,696 undi.

Pada pendapat saya, mereka yang mengundi PAS seramai 5,696 itu adalah pengundi yang sangat luar biasa, mempunyai daya pemikiran politik yang menjangkau jauh walaupun berada di kawasan nelayan miskin. Mereka berfikiran matang dan mempunyai harga diri, tidak mudah dibeli, tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai janji yang ditaburkan sepanjang kempen.

Boleh ditafsirkan bahawa dalam situasi yang sedemikian rupa, masih ada sejumlah 5,696 pengundi yang berjiwa besar dan pengundi inilah menjadi kekuatan asas kepada PAS sendiri untuk merancang masa depannya di kawasan ini.

Pilihan raya kecil Kuala Besut memang sangat luar biasa walaupun hanya 17,679 pengundi – 98 peratus Melayu – kerana pilihan raya kecil tersebut telah mencapai rekod tertinggi peruntukan, pelbagai habuan, janji projek dan pelbagai lagi daripada Barisan Nasional.

Jumlah semuanya RM337 dan sekiranya jumlah itu dibahagikan di kalangan 17,679 pengundi berdaftar, ini bermakna undi di Kuala Besut bernilai RM19,000 setiap satu. Demikian menurut badan reformasi pilihan raya Bersih 2.0.

Bagaimanapun, menurut Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut Dr Dzulkefly Ahmad pula, jumlah peruntukan yang digunakan oleh Umno BN sehingga hari terakhir kempen tersebut mencecah RM476.19 juta. Jumlah ini sekaligus meletakkan nilai PRK Kuala Besut antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya.

Pasukan khas pantau janji BN di Kuala Besut

BESUT: PAS akan mencadangkan penubuhan  jawatankuasa bertujuan memantau pelaksanaan projek-projek mega yang dijanjikan Umno BN kepada rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut.

Menurut Yang Di-Pertua (YDP) Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad pelaksanan janji pembangunan yang dibuat Umno di peringkat negeri akan dipantau oleh 15 wakil rakyat PAS dan termasuk PKR di sidang Dun manakala tawaran oleh Kerajaan Persekutuan akan dipantau oleh Ahli Parlimen.

"Pengisytiaharan projek mega yang berjumlah setengah bilion menggambarkan bagaimana tawaran yang dibuat secara drastik oleh Umno BN untuk pengundi di kawasan Kuala Besut ini telah berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakat sehingga mereka tidak dapat menterjemahkan kemahuan sebenar mereka kerana ikatan projek yang ditawarkan.

"Trend pengundian hari ini tidak menggambarkan kelongsong yang mewakili inspirasi dan kemahuan rakyat tetapi jelas terpapar wajah yang penuh kepura-puraan hasil daripada ubat bius dan suntikan wang dan projek yang ditaburkan secara meluas dalam tempoh 12 hari kempen," kata beliau pada sidang media di Markas Besar PAS di Kampung Baharu malam tadi selepas keputusan pengundian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Keputusan PRK Kuala Besut malam tadi menyaksikan calon PAS Che Long dikalahkan oleh calon BN Tengku Zaihan dengan majoriti 2592 undi.

Che Long: Kita pakat tengok janji projek BN

Biarpun menerima kekalahannya dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut malam tadi, calon PAS Azlan Yusof menyindir kerajaan bahawa "rakyat nak tengok sungguh projek" yang dijanjikan oleh kerajaan BN direalisasikan.

Walaupun menganggap kekalahannya sebagai "tidak pelik dan biasa", calon yang mesra dipanggil Che Long itu berkata rakyat di Kuala Besut mendapat keuntungan dengan tawaran duit dan dijanjikan dengan projek mega oleh kerajaan.

"Kalah itu biasa sahaja, menang itu luar biasa. Ditakdirkan kalah, biasa bagi Che Long. Che Long kalah tidak berasa pelik kerana rakyat di Kuala Besut mendapat banyak duit dan projek yang ditawarkan lebih RM400 juta.

"Rakyat nak tengok sengoti (sungguh) ke dok (tidak) projek-projek tu. Kita pakat-pakat tengok, kalau panjang umur," katanya yang disambut gelak ketawa penyokongnya dalam sidang media malam tadi.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Kuala Besut, PAS membangkitkan isu peruntukan projek pembangunan di kawasan Kuala Besut dan menyenaraikan 15 projek yang dilaporkan oleh media massa yang keseluruhannya bernilai RM476.19 juta.

Dengan jumlah tersebut, PAS mendakwa setiap kertas undi bagi pengundi di DUN Kuala Besut mencecah RM27,000 dan meletakkan pilihan raya kecil itu antara yang termahal dalam sejarah.

Satu Lagi Projek BN: Satu berjalan kaki ke KL, yg lagi satu nak berbogel keliling Besut.. Apa lagi, tunaikan lah !!!!

Bersyukuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuurrrr!! Jangan x bersyukur sebab BN dah menang kat Kuala Besut. Apa lagi, berjalan kakilah pakcik sorang nih balik ke KL..
Baju 2 helai.. Sluar track 1 helai.. Kasut sepasang.. 600km mahu tercabut tapak kasut nye... Ni baru betul2 MACAI... Apa punya nazar la.. X tau nk ckp apa dah.... So. sendiri mau ingat~ Inilah namanya Status Bodoh Bin Tolol..

Perbuatan dan nazar yg sia-sia, menampakkan kebodohan dan kejahilan dia. Xde nazar yg lagi elok ker??? Kalau nazar nak buat haji ker, sedekah anak yatim ker kan lg byk pahala. Pakcik lupa sesuatu akibat JAHIL AGAMA, kalau meninggal sebelum tunaikan nazar tu maknanya warisnya lah yang wajib laksanakan nazar tu. Ni bukan cara Islam. Buat le nazar yg mendapat keberkatan dan pahala dari ALLAH di bulan yg mulia ni. Buat le krn ALLAH jgn buat kerana UMNO-BN, tu lebih afdal.
Dicadangkan Khairy Jamaluddin merasmikan "Sebuah lagi projek Kerajaan Barisan Nasional - Projek Berjalan Kaki Dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur". - Orenji Ren Oren

Hah!! yg ni bila lagi? harap2 dirakam masa buat larian bogel nanti 

Himpunan kutuk rampasan kuasa Mesir 26 Julai




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Ummat bersama Rakyat Mesir mengutuk rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi 26 Julai ini.

“Himpunan ini dianjurkan bersama antara DPPM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

Himpunan itu, katanya akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, selepas solat Jumaat bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat yang terletak di lokasi berhampiran.

Kenyatan beliau seterusnya.

Himpunan Solidariti ini akan dipimpin oleh Ustaz Nasrudin Hassan – Ketua DPPM, Ustaz Nik Mohamad Abduh  (timbalan), Dr Raja Ahamd Al Hiss (naib) dan lain-lain lagi. Selain mereka, turut akan hadir adalah pemimpin-pemimpin tertinggi NGO.

Ikhwan: Jadilah manusia dibunuh, bukan membunuh

 
Puluhan samseng upahan mengejar dan membelasah seorang penyokong Morsi yang mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah semalam)

MESIR: Selain penyokong Mursi di dataran Nahdhah, Giza yang diserang menjelang Subuh semalam, terdapat perarakan penyokong Mursi dalam perjalanan pulang ke dataran Raba'ah, mereka juga diserang oleh pegawai tinggi polis ketika melalui Balai Polis Qism Awwal, Madinah Nasr.

Perarakan ini baru pulang dari perkumpulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Ketika melalui balai polis berkenaan menuju ke dataran Raba'ah, mereka dikejutkan dengan tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh pegawai polis yang menyebabkan beberapa orang cedera dan terdapat peserta himpunan yang ditangkap.

Satu lagi lokasi himpunan utama penyokong Mursi di dataran Nahdhah, Giza turut diserang oleh polis dengan bantuan militia samseng dan kumpulan "Black Block" yang menyebabkan dua orang telah terkorban. Beberapa buah kenderaan milik penyokong Mursi juga turut dibakar.
(Lelaki dengan pistol di tangan dipercayai perusuh upahan polis Mesir mengheret salah seorang penyokong Morsi)

Meskipun perarakan dan himpunan mereka aman tanpa membawa senjata, tetapi mereka tetap berhadapan provokasi dari pihak keselamatan terutama polis. Apakah tujuan mereka?

Matlamat mereka hanya satu iaitu bagi memberikan tekanan kepada penyokong Mursi khasnya Ikhwan Muslimin. Mereka mengharapkan tindakan provokasi mereka ini akan menyebabkan Ikhwan melenting dan mengisytiharkan jihad lalu mengangkat senjata. Perangkap ini bagi mengenakan tindakan yang lebih agresif kepada Ikhwan dan ketika itu lebih ramai rakyat yang akan dibunuh.

Kerana itu, Ikhwan bijak dan tidak mudah diperangkap. Awal-awal lagi mereka memperkenalkan slogan "Jadilah hamba Allah yang dibunuh, bukan hamba Allah yang membunuh."

Mesir cuba diheret ke kancah lebih parah

Ketika ini dua penyokong Dr Mursi maut ditembak di Jalan Solah Salim sebelum waktu sahur sebentar tadi. Hari ini sudah 27 hari penyokong Presiden pilihan rakyat itu berkubu di Dataran Rubu'ah dan Dataran An Nahdah di Kaherah. Melihatkan persiapan mereka menampakkan mereka sedia untuk duduk di dataran tersebut sehingga dua ke tiga bulan lamanya. Sebuah hospital sementara didirikan bagi merawat mangsa-mangsa tembakan. Ribuan khemah didirikan sepanjang jalan empat persimpangan di Rubu'ah tersebut. Manakala sesekali ada sebahagian penyokong Mursi berarak di merata tempat seperti ke Dataran Ramsis, Jalan Solah Salim dan lain-lain kawasan. Kumpulan ini biasanya diganggu dengan serangan dan tembakan. Manakala keadaan di Rubu'ah masih selamat.

Ikhwan Muslimin bersama kumpulan Islam lain termasuk Dakwah Salafi dan Jemaah Islamiah Mesir memilih jalan damai melalui himpunan-himpunan mereka sehingga dikembalikan Presiden pilihan rakyat Dr Muhammad Mursi ke tempat asalnya. Walaupun sudah ratusan penyokong mereka dibunuh dan ribuan lagi tercedera, mereka tidak membalas dengan jalan kekerasan dan kekal di Dataran Rubu'ah sehingga ke saat ini. Tekanan yang mereka berikan menyebabkan kerajaan baru hasil rampasan yang didirikan dan juga pihak tentera tidak berada di laluan yang selesa. Sehingga ke hari ini sudah beberapa kali usaha cuba dibuat untuk mengajak Ikhwan kembali berunding dengan mereka, bahkan menawarkan beberapa jawatan menteri kabinet kepada Ikhwan. Menandakan mereka tertekan.

Manakala dipihak Tamarrud kumpulan yang menganjurkan Himpunan 30 Jun untuk menggulingkan Mursi berpecah. Malah sebilangan mereka mengistiharkan bersama penyokong Mursi. Ini kerana bukan semua penyokong Tamarrud itu penyokong bekas Presiden Mubarak. Sebahagian besar mereka hanya mahu menjatuhkan Mursi sahaja dan bukan mencabut demokrasi serta kebebasan media. Malangnya kabinet baru yang dibentuk dipenuhi orang Mubarak. Perdana Menteri yang dilantik membuat kenyataan akan mengundi Jamal Mubarak anak kepada Hosni Mubarak jika berlaku pilihanraya Presiden. Manakala pendedahan hubungan Muhammad Barda'ie sebagai Timbalan Presiden kerajaan perampas ini dengan Israel mendatangkan kemarahan rakyat. Hal inilah yang menyebabkan Tamarrud berpecah. Cubaan mereka untuk menganjurkan himpunan lagi di Dataran Tahrir gagal sebanyak dua kali dengan kehadiran yang sangat minima setelah berminggu Tahrir kosong daripada penyokong.

Tahun ini, PAS, PKR dan Umno jaga tepi kain masing-masing


Penyokong BN pada hari pengundian di PRK Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.Penyokong BN pada hari pengundian di PRK Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.ANALISIS: PAS, Umno dan PKR sedang bergolak panas sekarang ini bagi menghadapi mesyuarat agung pemilihan masing-masing.
Ketika PAS dan Umno akan menyelesaikannya hujung tahun ini, PKR pula akan melaksanakan pemilihannya Mei tahun depan.
"Masing-masing tidak boleh kata mengata antara satu sama lain kali ini. Masing-masing ada masalah tersendiri untuk diselesaikan," kata seorang penganalisis politik mengenai suasana pemilihan parti politik kali ini.
PAS akan mengadakan Muktamar Tahunannya November ini. Selangor dipilih sebagai tuan rumah untuk muktamar yang mempunyai pemilihan ini.
Menjadi amalan PAS untuk mengadakan muktamar yang ada pemilihan di 'natural ground' iaitu ibu negara Kuala Lumpur berbanding negeri-negeri.
Namun, kali ini Selangor terpilih yang boleh juga dikira berada di 'natural ground' iaitu Lembah Klang. Pemilihan Selangor mungkin kerana kemudahan yang ada di negeri Pakatan ini untuk menampung bilangan perwakilan dan pemerhati yang bakal hadir.
Ramai menjangka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menang tanpa bertanding kerana tidak ada tokoh yang jelas untuk mencabar kewibawaan beliau dalam memimpin parti Islam itu.
Cucukan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata Datuk Husam Musa tokoh yang paling layak untuk memimpin PAS menuju masa depan tidak akan membawa kepada Husam menentang Ustaz Hadi dalam pemilihan ini.
"Saya hanya 1/10 dari Tok Guru Haji Hadi dan hanya 1/10 juga dari Tok Guru Nik Aziz," kata Husam dalam satu pertemuan dengan sekumpulan wartawan di rumahnya bulan lalu.
Namun, untuk jawatan timbalan presiden dan naib-naib presiden, ia bakal menyaksikan pertarungan sengit di kalangan pimpinan PAS. Mohamad Sabu akan mempertahankan kerusi timbalan presiden. Beliau sendiri yakin, akan bakal dicabar.

Warga Kuala Besut, nantikan limpahan pembangunan dan janji pilihanraya

Pertama sekali tahniah kepada warga Kuala Besut atas pilihan anda semua. Nyata dan jelas sekali BN masih di hati pengundi Kuala Besut.

Pada PRK Kuala Besut hari ini, calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long mendapat 5,696 undi sementara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi.

Walaupun rata-rata pengundi yang sempat saya temui sepanjang tempoh kempen mengakui ketinggian budi, keluhuran peribadi calon PAS, tetapi… saya nukilkan beberapa dialog yang dilalui sendiri sepanjang 12 hari kempen PRK Kuala Besut dengan masyarakat setempat.

“Mok cik ni jak zaman ritu lagi pakoh dacing, lagu mano pun mok cik dok leh tukar, hok awe royat tu comey blako doh, tapi nak wat guano, mok cik dok leh pakoh hok lain dari dacing..”

“Calon Pas ni kito kenal, ore baik, jjuruh, suko tolong ore. Tapi gak ambo dok tukar dengan dacing walau mari malaikat pun…”

“kawe ni ore susah, mmikir setakat nak makan anok beranok loo jah! Sapo hok buleh wi pitih, hok tu kawe undi..”

“Mintak maaf laa awe weehh… anok-anok ambo sekoloh ramai lagi, kan keno tarik bantuan, dok berasap laa dapur ambo…”

Apa yang cuba saya nukilkan di atas adalah sedikit gambaran cara berfikir warga Kuala Besut. Ternyata slogan ‘16:16 Terengganu Baru’ sedikit pun tak berbekas di hati pengundi yang digambarkan hasilnya dengan peningkatan majoriti kemenangan BN.

Ternyata orang Kuala Besut bukanlah idealis dan boleh dipengaruhi dengan isu-isu walaupun apa yang kita bawa adalah isu setempat yang mampu dipandang dan ‘dikelih’ oleh mata kasar.

Mereka lebih memikirkan survival hidup hari ini, esok dan seterusnya… ‘nok wat make loo’ ikut istilah orang Besut. Mungkinkah idea-idea yang  kita sepanjang kempen bawa tak mampu dihadam dengan baik oleh mereka?

Projek pilihanraya hampir setengah bilion ringgit faktor kemenangan BN, kata Muhyiddin



Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kiri) mengangkat tangan kepada penyokongnya ketika keputusan PRK Kuala Besut diumumkan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kiri) mengangkat tangan kepada penyokongnya ketika keputusan PRK Kuala Besut diumumkan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Julai, 2013.Kemenangan dan peningkatan majoriti Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 2,952 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut disebabkan keyakinan pengundi bahawa parti pemerintah itu mampu untuk melaksanakan 15 projek yang diumumkan ketika berkempen di kawasan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Ketua Pengarah PRK Kuala Besut BN berkata, projek  bernilai hampir setengah bilion yang diumumkan kerajaan BN di kawasan berkenaan sekian lama dinantikan pengundi yang majoritinya adalah nelayan dan mereka yang terbabit dalam industri pelancongan.
“Projek itu dinantikan penduduk Kuala Besut  Ia bukan timbul pada saat-saat akhir, penyokong kita daripada nelayan, mereka membawa bot, bawa pelancong.
"Ia usaha yang baik, dan memberi kesan positif kepada kita," katanya pada sidang media selepas kemenangan BN diumumkan di Dewan Majlis Daerah Besut malam ini.

Kenapa calon PAS kalah di Kuala Besut?


BN menang dengan pertambahan majoriti pada PRK Kuala Besut 
BN menang dengan pertambahan majoriti pada PRK Kuala Besut

ANALISIS BERITA: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.
Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.
Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.
Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.
Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.
Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.
Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?
Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.