Rabu, 24 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Majoriti 4,000 BN tersasar, Undi bertambah 158 dengan janji projek RM477 juta.

Pengurus pilihan raya kecil DUN Kuala Besut A Rahim Jusoh mengumumkan Tengku Zaihan sebagai ADUN Kuala Besut.

BN - 8,288 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi

Ia menunjukkan bahawa BN hanya berjaya menambah 158 undi berbanding majoriti dalam pilihan raya umum 5 Mei.

PRK Kuala Besut: Pengundi dilihat beratur ambil duit rumah ketua kampung selepas mengundi


Pengundi telah dilihat beratur untuk mendapatkan wang tunai di luar rumah sekurang-kurangnya dua ketua kampung di Kuala Besut hari ini, kononnya untuk elaun perjalanan mereka.

Mereka dilihat di kediaman ketua kampung Lay Out dalam daerah mengundi Tok Saboh dan kediaman ketua kampung di kampung yang berdekatan.

NONEMalaysiakini tidak menyiarkan nama kampung tersebut sementara menunggu untuk mendapatkan komen.

Menurut beberapa pengundi yang ditemui Malaysiakini berhampiran pusat mengundi di SK Kampung Nangka dan di luar rumah ketua kampung itu - kebanyakan mereka  enggan dinamakan - wang itu untuk pengundi yang pulang dari luar untuk mengundi.

Jumlahnya ialah antara RM50 bagi mereka yang pulang dari Kota Baru, sehingga RM200 bagi mereka yang pulang dari Kuala Lumpur.

NONEBagaimanapun, apabila diminta untuk mengesahkannya, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai ketua kampung Lay Out, 'Rajees' menjawab, "Saya jutawan di sini. Saya boleh memberikan wang kepada sesiapa sahaja yang saya suka."

Ketika ditanya mengapa pengagihan wang itu dibuat serentak dengan hari pengundian pilihan raya kecil Kuala Besut, beliau mendakwa wang itu untuk duit raya.

Beliau menambah bahawa borang-borang yang dikemukakan oleh pengundi bagi menuntut elaun itu adalah bagi tujuan pengauditan.

NONEBeliau enggan memberitahu nama penuhnya atau membenarkan
gambar diambil di rumah, di mana kira-kira 50 orang beratur untuk menuntut wang mereka, dengan bendera BN dan menghias pintu pagar.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang ditemui berhampiran rumah Rajees, yang ingin dikenali hanya sebagai 'Rizal', berkata wang itu adalah untuk elaun perjalanan dan perkara yang sama berlaku semasa pilihan raya umum lepas.

PAMIR KERTAS UNDI: ADAKAH CALON BN HILANG KELAYAKAN..???


Mungkin disebabkan terlalu bangga beliau terlupa tindakannya ini jika disabitkan kesalahan berkemungkinan menyebabkan beliau hilang kelayakkan sebagai calon kerana telah melanggar kerahsiaan dalam pilihan raya.

Tengku Zaihan, calon BN tiba SMK Kuala Besut jam 8.20 pagi untuk membuang undi ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah.

Menariknya, beliau mempamirkan kertas undi setelah mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri sebelum memasukkannya ke dalam peti undi.


Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata:
"Beliau tidak sepatutnya dia buat begitu. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia. Sudah tentu sebagai calon BN tentu pangkah (BN).
"Mustahil calon itu pangkah orang lain," katanya..  

UNDANG-UNDANG MALAYSIA 
Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 
Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya 5. 
(1) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan mana-mana orang lain (kemudian daripada ini disebut “orang yang dibenarkan” dalam seksyen ini) yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan yang berkaitan dengan pengeluaran atau penerimaan kertas undi pos, atau di sesuatu tempat mengundi, atau pada masa pengiraan undi, hendaklah, sebelum hadir sedemikian, mengangkat sumpah kerahsiaan yang pada keseluruhannya mengikut Borang A dalam Jadual Pertama. 
(2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu. 
(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu. 
Kesalahan terhadap Bahagian ini 6. 
(1) Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu. 
(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. 
(3) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu. 
Keseluruhan undang-undang sila lihat di SINI

Tapi.. seperti biasa.. oleh kerana beliau mewakili UMNO/BN undang-undang yang ada di atas tidak tertakluk kepadanya..

PRK Kuala Besut: Beratur ambil duit selepas mengundi?



(Pandangan dari jauh kelihatan orang ramai beratur di perkarangan sebuah rumah.)

KUALA BESUT: Peristiwa berpuluh-puluh orang beratur di sebuah rumah ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kampung Tok Saboh dekat sini menimbulkan pelbagai andaian.

Ia berlaku kira-kira jam 10.30 tadi ketika kebanyakan pengundi di Kuala Besut sudah keluar mengundi.


(Orang ramai beratur di depan satu rumah yang menempatkan "Rumah DUN Kota Putera".)


Rumah itu bertulis di depan "Rumah DUN Kota Putera" untuk BN.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi berkata, salah seorang pengundi muda yang beliau temui berkata, mereka beratur untuk ambil duit.

"Ramai beratur ambil duit RM250," kata pengundi muda itu kepada beliau.

LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Alor Peroi














LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Men Keb Kuala Besut







LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Kuala Besut

















LENSA PRK: Pusat Mengundi Sek Keb Nail