Isnin, 22 Julai 2013

Mencari Rahsia Dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut

Setelah lebih seminggu kempen pilihan raya kecil Kuala Besut, hari ini saya hendak bercakap sikit fasalnya. Saya tidak turun ke Kuala Besut, pertamanya kerana bulan Ramadhan, keduanya kurang 'berangin'. Dalam usia separuh abad begini sudah tidak berapa larat lagi untuk menjelajah dari satu pentas syarahan ke pentas syarahan. Semasa berlangsung pilihan raya kecil di kawasan itu tahun 1979 (kalau tidak silap), saya 'bertumah' berhari-hari dan ikut sama berada di tempat pengiraan undi sampai selesai. Ketika itu usia awal 20-an.


Allahyarham Daud Samad
Pengiraan undi malam itu yang menggunakan kaedah lama memakan masa lebih enam jam. Lewat tengah malam baru keputusan diumumkan, di mana pilihan raya tahun itu dimenangi oleh calon BN. Ia berlangsung dalam keadaan sengit. Selalunya pilihan raya kecil di negeri-negeri Terengganu, Kedah dan Kelantan senantiasa sengit. Pas akan memberi tentangan habis-habisan apa lagi di Terengganu Pas berdendam sakan.

Dendam ini bukan kerana apa melainkan kerana Pas merasakan ia dikhianati oleh Umno dalam peristiwa penggulingan kerajaan Pas pimpinan Daud Samad dalam suasana tragis dalam tahun 1959. Saya percaya keadaan dan perasaan sama juga akan berlaku di Perak. Kalau adalah mana-mana pilihan raya kecil di Perak, Pas khasnya akan memberi tentangan hebat.

Di Kuala Besut ini sejauh mana ianya sengit dan berhawa saya tidak tahu kerana saya tidak turun walaupun sekali. Hanya memantau dan membaca laporan dalam media massa baru sahaja. Pastilah membaca media massa tidak akan dapat membuat ulasan atau gambaran tepat secara adil kerana media massa akan menulis mengikut kecenderongannya sendiri. Saya pula ada kaedah pengamatan tersendiri.

Pilihan raya kecil ini (24 Julai 2013) seperti sedia maklum ia adalah pilihan raya pertama selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya ini menjadi penting kedua-dua parti yang bertanding, Pas dan UBN kerana perbezaan kerusi di antara kedua pihak yang diraih dalam pilihan raya lalu tipis; 17:15. Keadaan itu UBN yang menjadi begitu terdesak kerana kalau mereka kalah ia boleh menjejaskannya sebagai kerajaan. Kedudukan dalam DUN Terengganu akan jadi 16:16. Kedudukan itu dari segi moralnya ia memenangkan Pas.

Justeru Umno akan mempertahankannya dengan apa cara sekalipun bagi mengelakkan berlaku suasana kritikal itu. Kekalahan UBN di Kuala Besut sesuatu yang sangat memalukan. Bukan saja Ketua Umno di situ, Idris Jusoh tetapi MBnya Mat Said juga akan terkising-kising. Keaiban itu juga akan terheret kepada presiden Umno yang juga perdana menteri Najib Razak. Najib boleh menilai dan insaf kekalahan adalah satu simbol penolakan rakyat terhadap kepimpinannya selepas gagal mendapat majoriti dua pertiga dan mencatat pilihan raya terburuk buat UBN.

PRK Kuala Besut: BN terus ‘rasuah’ pengundi

Umno-BN tetap berkempen secara tidak bertanggungjawab dan menyalahi undangundang untuk hadapi PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai nanti. Keadaan itu sedang diteliti dan dipantau oleh PAS untuk tindakan lanjut.
Sokongan penduduk terhadap PAS makin meningkat. Ikuti pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika ditemubual Wartawan Kanan AZIZ MUDA pada 18 Julai lalu.


WARTAWAN Ada dakwaan mengatakan Umno-BN memberi wang kepada para pengundi PRK Dun Kuala Besut. Boleh Ustaz jelaskan?
USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD: Maklumat yang kita terima, BN memang ada memberikan wang kepada para pegundi di Kuala Besut. Selain itu, berbagai insentif lain turut diberikan oleh pihak BN kepada masyarakat sempena PRK Dun Kuala Besut.
Maklumat yang kita terima, insentif-insentif itu diberikan kepada pelbagai golongan termasuk kepada orang muda, ibu tunggal dan mereka yang berada dalam senarai penerimapenerima bantuan.
Bantuan itu sedang bergerak masuk sekarang. Pihak PAS sedang membuat pemantauan rapi berhubung perkara ini.
Kita juga yakin sedikit masa lagi, insya-Allah, akan ada yang menerima bantuan itu akan tampil membuat pengakuan.
Apa yang akan dilakukan PAS berhubung perkara ini?
Pertama, sebagai satu ingatan kepada pihak Umno-BN, jentera kita daripada PAS ramai daripada kalangan peguampeguam.
Jadi peguam-peguam kita itu akan mengambil kira semuanya untuk tindakan susulan.
Jika ada bukti, PAS akan forward segala bukti salah laku pilihan raya yang telah mereka lakukan itu.
Sebenarnya, apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan, janji-janji termasuk hendak memberi rumah, pangsapuri 72 pintu kepada rakyat di kawasan Kuala Besut ini, mengikut kategori yang diklasifikasikan, dengan sendirinya itu adalah rasuah kepada rakyat.
Semua pemberian ketika ini (ketika pilihan raya) adalah bius kepada rakyat untuk lupa seketika segala kesusahan mereka selama ini. Semua ini panadol-panadol atau ubat hanya untuk sementara yang dibekalkan khususnya kepada pengundi di Kuala Besut.
Ingatan Ustaz kepada pengundi...
Seluruh penduduk Kuala Besut perlu ingat perkara ini.
Tujuan BN memberikan ini semua kepada penduduk kerana mereka ingin pertahankan kerusi dacing di kawasan ini.

PRK Kuala Besut: BN lakukan rasuah politik terang-terangan

BESUT: PAS menyelar rasuah politik yang masih diamalkan Umno-BN pada PRK Kuala Besut semata-mata untuk meraih undi daripada rakyat, tegas Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat
Katanya, rasuah politik secara terangan itu dapat dilihat daripada sekecil-kecil pemberian seperti 15 ekor anak ayam kepada penduduk sehinggalah projek muara Kuala Besut yang sudah diluluskan yang mencecah belanja RM250 juta.

Tegas beliau yang juga Adun Paka, amat dikesali tindakan tersebut dilakukan pada bulan Ramadan dengan menggunakan jabatan kerajaan dan kementerian tertentu termasuklah mengumumkan projek-projek baru. “Sehingga kini perbelanjaan yang diumumkan lebih RM300 juta. Umno-BN juga mengumumkan akan membina rumah rakyat sekiranya menang.
Dengan jelas mereka menyebut perkataan ‘sekiranya BN menang’.
“Ini menunjukkan secara terangan rasuah politik dilakukan pada PRK Kuala Besut ini,” katanya.
Ustaz Satipul Bahri juga kesal apabila SPR yang seharusnya bertanggungjawab terhadap perkara seperti itu gagal melaksanakan tanggungjawab bagi membentuk sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

PRK Kuala Besut: PAS mampu menang

SERAMAI 17,683 pengundi berdaftar iaitu 98.71 peratus Melayu, Cina (0.80 peratus), India (0.08 peratus) dan lain-lain (0.41 peratus) akan menentukan nasib calon yang bertanding, sama ada Endot@Azlan Yusof (PAS) atau Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (BN) yang dipilih menjadi wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu ini.

 Jentera kedua-dua parti yang bertanding sudah bekerja keras dan berhempas pulas sejak hari penamaan calon 12 Julai lalu bagi memastikan calon masing-masing memenangi PRK Kuala Besut itu pada 24 Julai ini. Pelbagai isu dibangkitkan kedua-dua parti yang bertanding itu, termasuk isu tanah yang dikurniakan Kerajaan BN Terengganu kepada empat wakil rakyatnya sedangkan rakyat yang miskin tidak terbela dan sukar mendapat tanah.
Bagaimanapun PAS dan Pakatan Rakyat hanya mampu bercerita dalam ceramah kerana media massa sejak Merdeka masih dan tetap dikuasai oleh UMNO-Barisan Nasional. Walaupun perbuatan itu zalim dan salah, ia sudah menjadi budaya kongkongan UMNO-BN.
Jadi, walaupun pelbagai kepincangan dan kejahatan UMNO-BN didedahkan, media cetak dan media elektronik, terutama TV3, tidak langsung menampakkan calon BN itu ada pesaingnya, seolah-olah calon PAS tidak wujud – hanya ada untuk diburukkan sahaja.
BN sombong dengan calon berijazah
Laporan-laporan media BN nampaknya begitu bangga dengan calonnya Tengku Zaihan kerana berkelulusan sebagai seorang jurutera walaupun Azlan atau lebih dikenali Che Long, seorang kontaktor perniagaan yang tidak mempunyai sijil ijazah tinggi, lebih mencerminkan realiti penduduk Terengganu.
Namun, walaupun dipinggirkan media yang amat berat sebelah dan tidak adil itu, tetap ada pengundi Kuala Besut yang mahu memecah tradisi untuk memberi peluang kepada Che Long mewakili mereka kali ini.
Jika pengundi Manek Urai Kelantan boleh memilih seorang pemborong ikan, Mohd Fauzi Abdullah atau Abang Uji menjadi wakil rakyat mereka Urai, tidak mustahil kali ini juga Che Long yang disegani ramai itu dipilih pengundi untuk menang di Kuala Besut.
Sepanjang tempoh kempen BN nampaknya terlalu memperlekehkan kewibawaan calon PAS yang didakwa tidak berkelulusan tinggi itu sedangkan Che Long dilihat begitu jujur, pemurah, tidak sombong dan mudah didampingi serta disegani ramai berbanding Tengku Zaihan yang berpendidikan tinggi itu.
Tidak mustahil ramai pengundi akan memilih Che Long yang mudah diajak berunding, apa dikatakan orang Kuala Besut sebagai ‘mudah baso dan mudah kira’ berbanding Tengku Zaihan walaupun anak tempatan Kuala Besut tetapi kurang dikenali.
Peluang Che Long cerah

PRK Kuala Besut: Piliharaya Kecil peluang rakyat asuh BN

Oleh Lim Hong Siang
'MINDA kita diasuh, kalau bukan otak kita dibasuh untuk takut kepada "kekecohan" seandainya gandingan politik yang bertentangan mempunyai kekuatan yang setanding. Mentaliti ini terserlah apabila Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Terengganu akan berdepan dengan situasi politik yang tidak stabil seandainya PAS menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Senario 16-16 kerusi Dun terus digambarkan bakal meletakkan Terengganu dalam keadaan yang tidak menentu, malah boleh mencetuskan krisis perlembagaan. Saya tidak tahu apakah yang sarat dalam otak Timbalan Perdana Menteri ini. Persempadanan kawasan pengundian dengan jumlah 32 kerusi sendiri memungkinkan senario 16-16 ini berlaku. Perkara ini sesuatu yang mudah difahami, umpama pilihan raya umum. Kalau Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya, maknanya rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menggulingkan kerajaannya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal apabila "menggulingkan kerajaan" diuar-uarkan bagai dosa yang besar di negara ini. Setahu saya, tukar kerajaan hanya menjadi dosa di negara komunis seperti China.
Kita perlu akur dengan hakikat yang terpampang di depan mata. Ia bukan "tsunami politik", yang dicetuskan sentimen atau emosi sehingga masyarakat kita terbahagi dua. Dari PRU12 pada tahun 2008, hinggalah PRU13 pada tahun 2013, keputusan 505 menunjukkan bahawa lebih 50 peratus pengundi Malaysia menolak Barisan Nasional. Inilah realiti yang harus diterima semua orang, sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat. Sokongan terhadap Pakatan mantap, bukan disebabkan angin perubahan secara tiba-tiba, atau pengundi sekadar mahu melepaskan geram. Untuk lima tahun selepas PRU12, kita melihat kekuatan yang sama rata antara BN dengan Pakatan - sama ada melalui pilihan raya kecil, mahupun hasil soal selidik.
Justeru, jikapun persempadanan semula kawasan pengundian untuk menjadikan jumlahnya angka ganjil, ia sekadar menyelesaikan masalah secara "teknikal", tetapi gagal menutup realiti bahawa kekuatan Pakatan dan BN sebenarnya terikat pada 50-50. Senario ini tidak pelik di negara demokrasi yang sudah matang sistem dua partinya. Masing-masing hanya mampu meraih majoriti 1-2% lebih daripada pesaingnya. Yang aneh bin pelik adalah situasi di mana parti yang memenangi 51% undi popular, tetapi hanya menawan 40% kerusi, atau parti yang hanya memperolehi 47% undi popular, tetapi menawan 60% kerusi.

'Misi Impossible' Himpunan Hijau kutip 1 juta tandatangan henti Lynas

Nurul Izzah: We Will Continue To Shame Barisan Nasional & Prove How Pathetic They Really Are

PRK Kuala Besut: PANTUN UNTUK CHE LONG

Pergi ke Jertih jalan bertiga
Singgah di Nail membeli langsat
Dari kecil bantu keluarga
Sudah dewasa bantu rakyat

Dari kecil bantu keluarga
Sudah dewasa bantu semua
Masa berniaga tidak berkira
Masa terluang dalami Agama'

Dari Tok Saboh ke Kg Baharu
Naik kereta muat bertiga
Gigih dan rajin dari dahulu
Kini berjaya sebagai Peniaga

Pokok mati tidak berdaun
Lambat disiram seharian berjemur
Jadi Bilal Tak ambil elaun
Jadi Peniaga pemurah dan jujur

Juadah berbuka sudah tersaji
Sup Kampung dan sayur kangkung
Membantu orang sifatkan terpuji
Sudah terkenal serata kampung

Berkawan baik bertahalluf siyasi
Kawan dan lawan sangat hormat
24 Julai jadi saksi
Insan terpuji dipilih rakyat

Che Long Azlan giat berkempen
Tidak mengenal jerih dan penat
Jadi Bilal tak ambik sesen
Jadi Wakil Rakyat sentiasa berkhidmat

Rehat sebentar di atas busut
Mengenangkan nasih hidup susah
Beruntung sungguh Kuala Besut
Punya putera jujur pemurah

Hayun buaian terasa penat
Tidak terbalas jasa dan budi
Rakyat disantun dengan hormat
Moga silaturrahim kekal abadi

Sofi Wahab

PRK Kuala Besut: Singgah Sahur R T’ganu selami derita rakyat


BESUT: Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R Terengganu) merayu pengundi di Kuala Besut membuat pilihan yang tepat dan bijak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 24 Julai ini.

Setiausaha kerjanya, Syed Husain Solahuddin berkata, R Terengganu berharap pengundi tidak termakan dengan umpan sementara Umno BN pada PRK kali ini.

Beliau yang  melihat sendiri keperitan hidup masyarakat ketika mengadakan program Singgah Sahur awal pagi tadi  berkata, walaupun Terengganu kaya dengan hasil petroleum bernilai RM1.8 bilion setahun, namun rakyat masih dihimpit kemiskinan akibat kerajaan yang tidak telus menguruskan  hasil negeri.

"Inilah yang menggambarkan situasi sebenar rakyat Kuala Besut yang dahagakan perubahan, dahagakan kemajuan.

"Pada  24 julai ini pentingnya satu kerajaan, satu suasana 16:16 yang akan menentukan rakyat lebih terbela yang mana kedua dua pihak akan bersaing membela rakyat keluar daripada kemiskinan dan keperitaan hidup.

"Undi itu adalah kuasa rakyat yang akan menentukan kepimpinan yang lebih adil dan saksama memperjuangkan nasib rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

PRK Kuala Besut: 8 sekolah dibenar bercuti

KUALA BESUT - Lapan buah sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada 24 Julai ini sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut diberikan cuti berganti.
  
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd Zin berkata lapan sekolah itu melibatkan seramai 4,727 pelajar dan cuti tersebut akan diganti pada Sabtu, 7 Sept ini.
  
"Semua sekolah itu dibenarkan bercuti pada hari Rabu ini namun akan diganti semula untuk mengganti semula waktu persekolahan yang tertinggal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Menurutnya sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Kuala Besut, SK Kampung Nail, SK Alor Peroi, SK Kampung Nangka, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri.  - Bernama

PRK Kuala Besut: 'Malam diterangi bulan, siang laut bertambah biru'

TINGGAL dua hari sahaja lagi akan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, kerusi panas pertama yang menjadi rebutan selepas PRU13.

Penulis yang sudah berkampung di Kuala Besut sejak minggu lalu dapat merasakan debaran yang kian memuncak menantikan detik bersejarah ini.

Walaupun cuaca agak kering ditambah pula dalam bulan Ramadan, sisa masa yang tinggal ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh jentera BN dan PR bagi memastikan kempen mereka berjaya menawan hati pengundi tanpa mengenal siang dan malam.

Namun sepanjang pemerhatian penulis di sini, seperti sudah menjadi trend, BN menggunakan waktu siang untuk berkempen dan bertemu pengundi manakala PR pula lebih senang 'beroperasi' di malam hari.

BN nampaknya benar-benar menggunakan tagline "Laut Kuala Besut Bertambah Biru" dan menggunakan sepenuhnya masa di siang hari untuk beramah mesra bersama pengundi.

Sinar Harian Online dapat melihat bot-bot yang dipasang bendera BN membiru menghiasi pesisir pantai dan sesekali membelah lautan membawa bendera keramat parti itu.

Sepanjang tempoh berkempen ini, BN dilihat agresif memberikan pelbagai tawaran menerusi pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri kepada pengundi.

Ketua Penerangan dan Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan juga telah menyatakan parti itu mempunyai strategi yang tersendiri untuk berkempen.

"Kita ada strategi kita sendiri mahu berkempen, kita tak perlu nak adakan ceramah sehingga ke malam seperti parti yang satu lagi (Pas)," katanya baru-baru ini.

PR pula yang lebih gemar menggunakan pentas ceramah untuk menyampaikan mesej mereka memilih waktu malam untuk memancing undi.

PRK Kuala Besut: Terdengar orang bertukang di sebuah rumah di Pulau Perhentian


BESUT: Ketika melalui lorong-lorong yang menempatkan rumah-rumah penduduk di Pulau Perhentian, terdengar bunyi orang bertukang di sebuah rumah.

Mata segera memandang ke arah rumah tersebut dan kelihatan seorang wanita 50-an sedang memaku kain rentang tertera gambar calon PAS Azlan Yusof atau Che Long di dinding ruang tamu rumahnya.

Di beranda rumah pula, seorang wanita tua sedang duduk berehat di atas kerusi.

Situasi tersebut memanggil wakil Harakahdaily memberi salam dan singgah di rumah tersebut.

Wanita 40-an itu menjawab salam kami ramah dan mengajak naik ke beranda sambil dia meneruskan kerja memaku kain rentang.

Selesai kain rentang melekat elok di dinding, dia duduk bersama kami di beranda.

Sedia maklum tujuan dan dari mana kami datang, dia memulakan perbualan tanpa teragak-agak.

"Dah alang-alang orang label saya penyokong PAS, baik saya gantung banner besar-besar bagi semua orang nampak," katanya.

Surat terbuka untuk Ahmad Said


Datuk Seri Ahmad Said,
Sejurus selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13, sebuah akhbar arus perdana melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu yang diperintah Barisan Nasional (BN) tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang tidak dimenangi BN. Saudara turut dipetik berkata tidak akan membina rumah mampu milik di kawasan DUN yang BN kalah. Sebaliknya rumah mampu milik itu hanya akan dibina di kawasan yang dimenangi parti saudara saja.

Tindakan itu menampakkan tanda-tanda membalas dendam terhadap rakyat yang memilih untuk tidak menyokong BN. Sedangkan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak seorang warganegara Malaysia untuk memilih wakil mereka, sesiapa saja yang rakyat rasakan cocok. Terbaru, muncul video ucapan saudara menghuraikan maksud “adil” dengan pengertian yang sangat dangkal. Sekaligus menggambarkan pendirian politik saudara dan mungkin juga keseluruhan parti saudara.

Di dalam video itu saudara menyatakan, “Adil ertinya memberi dan menerima. Tuan-tuan beri undi (pada) kita, kita beri bantuan pada tuan-tuan. Tuan-tuan tak undi kita, kita tak berilah. Betul tak? Inilah politik. Politik mendahulukan pengikut dia.”

Pendirian politik sedemikian bukan saja bercanggah dengan semangat perlembagaan dan demokrasi. Tetapi juga mencerminkan pemahaman politik yang bejat. Nampaknya saudara tidak faham prinsip demokrasi yang menjadi tapak asas negara ini dan peranan sesebuah kerajaan di dalam negara demokrasi. Maka saya terpanggil menulis warkah ini untuk menjelaskan kepada saudara, moga-moga hilangnya gelap pembodohan dengan cahaya pencerahan.

Demokrasi dan Kuasa Rakyat

UMNO berubah dari baik kepada buruk - A Kadir Jasin

Kuala Besut by-election: One policeman too many

Kuala Besut medan tarik sokongan pemilihan Umno

BESUT: Pimpinan utama Umno yang hadir di Kuala Besut dilihat mempunyai agenda peribadi bagi mendapat sokongan untuk menghadapi pemilihan parti hujung tahun nanti bukannya untuk berkempen kepada calon BN.

Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat yang melihat kedatangan pimpinan utama Umno hanya menonjolkan aktiviti peribadi bukannya calon Barisan Nasional.

Beliau yang menyifatkan tindakan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memangku seorang penduduk yang uzur di Kampung Gong Nering semalam merupakan tindakan yang baik.

Tambahnya, tetapi perkara itu hanya berlaku pada waktu PRK sahaja dan kenapa hanya tumpuan kepada beliau bukannya calon BN.

"Kita tengok suasana hangat dan meriah berlaku di pos-pos BN setiap malam, sebab apa ia berlaku adalah kerana ia merupakan hari terakhir kempen Majlis Tertinggi Umno untuk sesiapa yang yang bertanding nanti.

Gagal lantik exco agama: PAS dakwa T'ganu tak komited terhadap Islam

'RM19k per Kuala Besut voter' makes Bersih see red

PRK Kuala Besut: Lensa Kempen Hari Ke 11















PRK Kuala Besut: Lensa Kempen Dan Ziarah Pengundi - Antony Loke Bersama Dr Hatta Ramli


















PRK Kuala Besut: Buletin Kuala Besut Siri 6



PRK Kuala Besut: Che Long tiada masalah bertemu penyokong BN


BESUT: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum hari pengundi Rabu ini menyaksikan kedua-dua parti yang bertanding giat meneruskan kempen mereka.

Calon PAS, Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long yang sempat ditemui Harakahdaily menjelaskan program kempennya telah memasuki pusingan kedua dan tumpuan beliau selain mendekati sanak saudara, penyokong Barisan Nasional (BN) turut menjadi sasarannya.

Beliau ketika ditanya mengenai sambutan penduduk memberitahu amat berpuashati dengan penerimaan dirinya sepanjang beliau berkempen menemui pengundi-pengundi termasuk sanak saudara.

"Sepanjang dua hari ini saya tumpukan perhatian mengunjungi sanak saudara saya, syukur mereka menyokong saya.

"Saya berpuashati dengan sambutan yang diberikan serta penerimaan mereka terhadap saya," jelasnya yang ditemui di Markas Utama PAS Kampung Baharu.

Menurutnya lagi, selain itu juga beliau turut memasuki kubu kuat BN dan bertemu dengan penyokong BN.

PRK Kuala Besut: Perantau Kuala Besut dirayu pulang mengundi


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merayu kepada pengundi Kuala Besut yang berada di perantauan pulang mengundi pada Rabu ini untuk memenangkan PAS di Dun Kuala Besut.

Ini kerana kata beliau, pengundi luar yang sebilangan besar daripada anak-anak muda sangat penting kerana mereka boleh mempengaruhi ibu bapa, saudara mara dan masyarakat untuk mengundi PAS.

Katanya, lebih 50 peratus pengundi muda yang berada di perantauan perlu balik dengan melakukan satu gerakan kesedaran dengan menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat kampung supaya mengundi calon PAS. 

"Orang Melayu ini kalau Dun kalah mereka tidak mahu balik mengundi. Zaman sekarang ini masyarakat kita sangat lemah. Kena balik dan bagi kesedaran," katanya kepada anak-anak perantau Kuala Besut di majlis berbuka puasa di Shah Alam, kelmarin.

Beliau berkata, PAS menang di Dun Kuala Besut menjadikan kerusi 16:16 sekurang-kurangnya BN tidak boleh meluluskan segala perancangan untuk negeri dengan mudah.

Tambah beliau, kedudukan seri itu cukup besar untuk membolehkan PAS mengambil alih negeri Terengganu.

PRK Kuala Besut: Nilai ekonomi dalam situasi 16:16 di Kuala Besut

Kempen di Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sudah masuk separuh masa. Rabu depan 24 Julai, penduduk Kuala Besut akan mengundi. Ramai ahli politik daripada Umno-BN dan PAS sedang cuba memancing undi mereka dengan pelbagai janji, pendedahan janji terbengkalai dan juga serangan terhadap peribadi calon.
Seperti biasa, BN-Umno menggunakan janji agihan kewangan dan bantuan sebagai senjata diselangi slogan mengundi untuk kestabilan. Malah kini, BN-Umno juga mengambil kesempatan memohon jasa baik pengundi untuk mengenang jasa bekas Adun Allahyarham Dr A Rahman.
PAS pula menggunakan slogan mencipta sejarah 16-16 untuk memancing undi, bahkan ada seorang pemimpin tertinggi PAS berkata parti itu yakin akan mendapat kerusi Menteri Besar sekiranya berjaya merampas kerusi DUN Kuala Besut.
Namun, bagi pengundi Kuala Besut, kedua-dua umpan ini tidak dapat dinilai secara objektif, kerana mereka kini sibuk cuba mencari lebihan pencarian untuk Hari Raya yang bakal berkunjung tiba dan beribadah di bulan Ramadan.
Mesej kestabilan yang dicanang BN sebenarnya tidak logik mahu pun berkesan buat pengundi Kuala Besut. Sekiranya BN menang, situasi di DUN Terengganu akan kembali menjadi 17-15. Situasi 16-16 boleh terjadi bila-bila masa sekiranya ada kekalahan dalam petisyen, kematian Adun, ada peristiwa melompat parti, Adun yang terbatal kelayakannya kerana bankrap dan pelbagai jenis kemungkinan lagi.
Situasi 17-15 sebenarnya tidak stabil. Sama ada BN menang atau tidak, situasi tetap tidak stabil. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak di 2008 yang bermajoritikan dua kerusi hanya mampu bertahan selama 11 bulan. Dengan ketidakstabilan dalam Umno yang dijangka sebelum dan selepas pemilihan parti akan datang, ada yang akan berhijrah ke PAS.
Jadi mesej kestabilan ini tidak bermakna buat pengundi Kuala Besut. Apa yang dinantikan mereka ialah segala agihan dan bantuan yang bakal diberi oleh BN-Umno di PRK ini. Ini adalah durian runtuh buat mereka untuk Hari Raya ini. Sudah pasti BN akan menggunakan strategi "undi dulu baru dapat" untuk mengail penduduk di Kuala Besut.
Umpan melakar sejarah 16-16 PAS pula dilihat cuba mengail sifat ingin tahu "apa yang bakal terjadi" pengundi Kuala Besut. Umpan ini nampak menarik daripada kaca mata politik tetapi secara praktikalnya, apakah pengundi Kuala Besut kisah sama ada mereka bakal melakar sejarah atau tidak.
Bagi kebanyakan pengundi Kuala Besut, mereka tertanya-tanya apakah sejarah 16-16 ini menguntungkan mereka? Apakah masalah dan tekanan yang mereka hadapi selama ini akan hilang? Pengundi yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya amat bimbang pada sikap suka membalas dendam pemimpin Umno apabila mereka dikesan mengundi pembangkang. Malah sudah ada laporan pengundi diugut bahawa nama mereka akan dibuang terus selama-lamanya daripada senarai penerima bantuan sekiranya didapati menghadiri program pembangkang.