Ahad, 21 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Lensa Ziarah & Taklimat Jentera Pulau Perhentian















PRK Kuala Besut: Menteri UMNO perolok PAS isu 'sogokan' RM377 juta



 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini memperolok-olok pembangkang berhubung peruntukan beberapa projek pembangunan di DUN Kuala Besut yang diberikan selepas kempen pilihan raya kecil kawasan itu bermula.

"Ya memang, semua projek di seluruh negara adalah kerana PAS minta, DAP minta, dan PKR minta. Itulah, maka kerajaan BN cukup baik hati. Atas dasar permintaan pembangkanglah, itulah semua projek di Malaysia dilakukan.

"Sebab kerajaan BN ini tidak ada perancangan agaknya pada pandangan mereka. Hanya mereka sahaja yang pintar kononnya.

"Sedangkan BN mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap keperluan rakyat. Tidak kira, keperluan itu datang daripada akar umbi, atau pegawai kerajaan asalkan untuk rakyat, maka inilah yang dipenuhi oleh kerajaan BN," kata Zahid.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung PAS yang mendakwa pemberian peruntukan RM377 juta oleh kerajaan dilakukan ekoran tindakan mereka yang membangkitkan beberapa perkara isu sempena kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

PRK Kuala Besut: Pengundi Cina teruja mahu melihat kedudukan 16:16


BESUT: DAP Terengganu menolak dakwaan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa 90 peratus orang Cina di Kuala Besut menyokong calon BN pada PRK ini.

Pengerusi DAP negeri, Ng Chai Hing berkata, senario politik Cina di Kuala Besut sebenarnya teruja untuk melihat kedudukan Dun Terengganu 16:16.

"Rata-rata masyarakat Cina di Kuala Besut tidak sabar untuk melihat kedudukan kerusi di Terangganu menjadi 16:16," katanya ketika ditemui membantu jentera kempen PAS di Kuala Besut hari ini.

Katanya, walaupun orang Cina di sini adalah ahli MCA tetapi tidak semestinya mereka mengundi calon BN pada PRK Kuala Besut.

"Daripada maklum balas yang saya terima rata-rata orang Cina tidak sabar untuk melihat 16:16," katanya.

PAS dalam kempen PRK Dun Kuala Besut menggunakan tema ‘16:16 Terengganu Baru’.

Terdahulu, Liow Tiong Lai dalam siri berkempen di Kuala Besut tiga hari lepas menyatakan 90 peratus orang Cina di sini akan kembali kepada BN.

Sementara itu, Ng Chai berkata calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman boleh dibatalkan daripada bertanding di Dun Kuala Besut kerana perbelanjaan melampaui had yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, di dalam peraturan pilihan raya SPR hanya menghadkan setiap calon yang bertanding di peringkat Dun sebanyak RM100,000.

PRK Kuala Besut: 300 penduduk jadi mangsa dendam politik Umno BN


Abdullah (kanan) bersama Zaki dan Mohd Asri menunjukkan geran besar di lot baru di Padang Luas.

BESUT: Lebih 300 penduduk di Kampung Padang Luas dan Padang Landak hanya mampu berputih mata, selepas rumah yang dibina di atas tanah diberi lesen menduduki sementara (TOL) menjadi mangsa dendam politik Umno.

Seramai 65 penduduk di Kampung Padang Luas dan 250 penduduk di Padang Landak, Dun Jertih mengharap tanah yang diluluskan kerajaan negeri semasa di bawah pentadbiran PAS  pada 1999 menjadi tempat anak cucu berteduh.

Tanah tersebut dilulus Pejabat Tanah Besut selepas diajukan permohonan pada 1999, ketika itu PAS mentadbir Terengganu, di mana pada asalnya merupakan padang ragut seluas lebih tiga ekar.

Bekas pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR), Abdullah Mohamed berkata, tanah tersebut dimohon rakyat memandangkan mereka belum memiliki sebarang tanah bagi membina rumah.

Katanya, penduduk melalui Adun Jertih, Tun Salleh Abbas mengajukan permohonan kepada Pejabat Tanah Besut.

“JSR memilih mana-mana penduduk yang layak terutamanya mereka yang tidak memiliki tanah dalam kalangan penduduk tempatan yang miskin,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, selepas mendapat kelulusan kakitangan Pejabat Tanah Besut datang menyukat lot dan menanam batu sempadan di setiap lot.

Kemudian pengundian dilakukan bagi menentukan lot yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut.

Kata beliau selepas penduduk mendapat lot ada kalangan mereka mulai membina rumah mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Biar pun belum mendapat tol secara  hitam putih penduduk membina asas-asas rumah atau pagar bagi mengelakkan tanah itu kembali dirampas kerajaan kerana tidak mendirikan sebarang binaan dalam tempoh tiga tahun.

Empangan Lowvier: Bukti pentingnya undi Pakatan

BESUT: PAS menyifatkan pengumuman yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembinaan semula Empangan Lowvier sebagai kejayaan PAS khususnya Pakatan Rakyat dalam membela nasib rakyat.

Ahli Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu, belum pun PAS memenangi kerusi Dun Kuala Besut ini, BN sudah takut dengan pendedahan semasa kempen sehingga hak rakyat itu diberikan semula.

"Belum lagi kita mendapat kerusi 16:16 hak rakyat kita perjuangkan, bayangkan kalau 16:16 kita perolehi apa yang mampu kita tunaikan untuk kesejahteraan rakyat.

"Jelas pendedahan kita mengenai Empangan Lowvier yang telah menimbulkan kesusahan kepada rakyat dari golongan petani, Barisan Nasional akur dan terpaksa memenuhinya," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Muhyiddin pada satu program himpunan keluarga nelayan dan peladang di Jeti Kuala Besut semalam mengumumkan peruntukkan bernilai RM35 juta bagi pembinaan semula empangan tersebut.

Mengulas lanjut Dzulkefly berkata, semua serangan dan pendedahan yang telah dilakukan menyebabkan Barisan Nasional (BN) terpaksa mengakui kepincangan pentadbiran mereka dengan mengumumkan kelulusan segera peruntukan.

PRK Kuala Besut: Che Long temui saudara mara terdekat buat kali kedua

BESUT: Tiga hari menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N01 Kuala Besut pada 24 Julai ini, calon PAS Azlan Yusof atau Che Long meluangkan masa menemui saudara mara dan rakan-rakan rapat hari ini.

Menurut Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanafiah Mat, pertemuan tersebut merupakan pertemuan kali kedua Che Long dengan mereka selepas pertemuan kali pertama sebelum penamaan calon 12 Julai lalu.

"Petang ini beliau akan pergi ke rumah waris, rumah jiran dan rumah saudara mara yang agak jauh sikit dan kita dah masuk pusingan kedua dan dia akan bertemu kali kedua dengan saudara mara dekat dan jauh di samping kawan-kawan dan teman-teman rapat dia.

"Kempen kedua ini untuk merayu undi supaya saudara mara memberi undi kepada Che Long. Ini adalah rayuan terakhir daripada Che Long," kata beliau ketika ditemui di Markas Besar PAS di Kampung Baharu hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut Dr Hatta Ramli berkata PAS yakin terhadap kebolehan Che Long mendekati pengundi.

"Kempen Che Long sudah masuk ke pusingan kedua dan PAS yakin dengan kebolehan Che Long bertemu pengundi dan Che Long tahu apa yang dia buat," katanya.

PRK Kuala Besut: BN umum projek serta-merta bila PAS bersuara

BESUT: Tindakan drastik kerajaan mengumumkan projek-projek yang mencecah ratusan juta dalam masa sepuluh hari buat penduduk Kuala Besut merupakan usaha dan kejayaan PAS.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata pendedahan demi pendedahan yang dibuat PAS ternyata membuatkan kerajaan terus menunjukkan keperihatinan mereka terhadap nasib pengundi di Kuala Besut.

Misalnya kata beliau pendedahan kerosakkan Empangan Lowier di Pengkalan Nangka yang menjejaskan 400 keluarga terus mendesak kerajaan meluluskan segera peruntukan RM35 juta untuk membuat empangan yang baru.

"Jika tidak didedahkan ternyata Umno BN kesampingkan apa yang diperlukan di sini (penduduk Kuala Besut),"katanya dalam sidang media di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut di Kampung Baru.

Jelasnya, sebaik PAS membangkitkan isu ini ternyata kerajaan Umno BN dapat menyelesaikan masalah ini dalam masa sehari sedangkan ianya pernah dibangkitkan sejak dua tahun lepas.

Mengulas sama ada pengundi Kuala Besut terus termakan budi dengan usaha drastik kerajaan ini, Hatta berpendapat ianya tidak sekali-kali akan mempengaruhi pengundi.

Malah katanya, pengundi akan berterima kasih kepada PAS dan akan memberi undi kepada PAS pada 24 Julai ini.

PRK Kuala Besut: PC - "BUY-ELECTION RM377 MIL"

PRK Kuala Besut: Menteri merayu, akui malu kalau calon BN kalah

BESUT: Umno dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Dun Kuala Besut, apabila ada menteri dikatakan terpaksa membuat rayuan, jangan malukan beliau kalau ada yang tidak berkenan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Satu sumber memberitahu rayuan itu difahamkan dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada satu pertemuan dengan pengusaha bot laut dalam yang diadakan di sebuah resort pada 13 Julai lalu.

Turut hadir pada pertemuan tersebut pegawai-pegawai kanan Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan beberapa pengusaha bot laut  dalam tempatan yang diundang khas.

“Menteri ada menyebut pengusaha terbabit perlu menganggap mereka seolah-olah mengundi menteri dan bukan calon BN yang bertanding. Beliau tidak mahu imejnya terjejas kerana baru dilantik menjadi menteri pertanian,” kata sumber terbabit di sini.

Kata beliau menteri tidak mengendahkan isu pengusaha laut dalam yang mengalibabakan lesen dimilki mereka, sebaliknya lebih takut kalau ada pengusaha tidak menyokong BN pada 24 Julai ini.

PRK Kuala Besut: Sogokan' projek RM377 juta, SPR hanya membisu?

BESUT: PAS menyifatkan tindakan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung sogokan yang dilakukan Umno BN terhadap pengundi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut sebagai membuang masa.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata, dengan peruntukan sebanyak RM377.45 untuk projek-projek yang diumumkan setakat ini, jelas menunjukkan ia merupakan pembelian undi menjelang PRK.

"Perkara ini wajar dilihat sebagai sogokan tetapi kita tidak mengharapkan SPR misalnya untuk membuat sebarang komen, untuk mengiyakan atau menafikan semua janji ini adalah sogokan.

"Buang masa sahaja kita harap SPR buat kenyataan cuma kita harap pemantau-pemantau dapat membuat laporan-laporan yang sewajarnya," kata beliau pada sidang media di Markas Besar PAS di Kampung Baharu hari ini.

Beliau bagaimanapun masih menaruh harapan agar SPR telus dan berperanan sebaik mungkin dalam PRK sebagai badan yang bebas.

"Ada sedikit lagi sisa-sisa harapan saya minta SPR mengambil serius isu ini, jangan kata terserah kepada kementerian.

"Kena ada peraturan untuk menghalang daripada janji-janji segera, memberikan bantuan kepada pengundi.

"Apa kita nak definisi pengumuman projek-projek ini melainkan membeli undi," katanya.

Lubang Dah Pecah: Datuk calon BN pengasas PAS di Kuala Besut

BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.

Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.

Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket  PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah.

“Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an.

Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno.

“Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.

“Dan selepas tamat belajar dia  mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.

“Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan,” ujarnya.

Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai  keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS.

PRK Kuala Besut penentu masa depan Najib?

A Kadir Jasin
A Kadir Jasin.
MENGULAS dalam tampalan yang lalu, pembahas “drlangitbiru penang” berkata: “Datuk tak berminat ke nak ulas PRK Kuala Besut?”

Berminat, tetapi oleh sebab saya tidak mengikutinya dari dekat saya hanya boleh mengulas berpandukan apa yang saya baca dalam media arus perdana (MAP) dan media alternatif.

Kalau ikut penilaian MAP, Barisan Nasional (Umno) akan mengekalkan Dun Kuala Besut dengan kemenangan besar – sama seperti yang mereka ramalkan untuk PRU 5 Mei lalu.

Tetapi kalau kita ikut sejarah pilihan raya kecil Terengganu, BN tidaklah boleh terlalu yakin. Pertama, BN pernah hilang kerusi kepada Pas dalam PRK di Terengganu dan yang kedua Pas mengukuhkan kedudukan di Terengganu dalam PRU lalu.

Tidak sampai setahun selepas PRU 2008, Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.

BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). MAP menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.

Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434.

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Kenyataan Khairy

Apa yang menjadikan PRK Kuala Besut menggiurkan adalah kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa keputusannya kritikal bagi BN dan Perdana Menteri.

Semua sudah tahu yang Mohd Najib menghadapi tekanan hebat sebagai PM dan Presiden Umno setelah gagal memperbaiki prestasi BN dalam PRU 5 Mei lalu. Malah pencapaian beliau lebih buruk daripada Abdullah pada tahun 2008.

Walaupun Umno menang lebih banyak kerusi Parlimen, tetapi Mohd Najib tidak berjuang atas landasan nasionalisme Melayu dan Islam sebaliknya atas nama 1Malaysia dan “Sokong Saya Undi BN” serta menjulang pengundi Cina dan India sebagai penyelamat BN.

Kenyataan Media PRK N.01 Kuala Besut (21 Julai 2013)

Hari ini sidang akhbar mendedahkan jumlah setakat ini peruntukan dan habuan yang telah diumumkan untuk rakyat dan pengundi N.01 Kuala Besut.
Jumlah yang beratus juta ini kesemuanya adalah pengakuan UMNO dan B arisan Nasional bahwa dakwaan kami PAS dan Pakatan Rakyat yang menegaskan Kuala Besut dipinggirkan adalah semuanya benar dan semua ini wajar dilihat sebagai sogokan dan dalam keadaan tertekan ini mereka akan melakukan apa sahaja.
Kami mengajak rakyat dan pengundi N.01 Kuala Besut membayangkan  dan memikirkan andaikata PRK ini tidak ada, maka beterusanlah kerajaan Barisan Nasional mengkesampingkan rakyat Kuala Besut.
Hasil kempen PAS dan Pakatan Rakyat mendedahkan kepincangan tadbir urus dan ketempangan pembangunan yang tidak seimbang ini maka rakyat Kuala Besut mendapat habuan ini.
Sampai bilakah perancangan pembangunan yang secara krisis dan tertekan ini mahu diteruskan oleh Barisan Nasional?
Perancangan ad-hoc dan penyelesaian secara krisis seperti ini ternyata bukanlah melalui peruntukan belanjawan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Persoalannya sumber manakah yang digunakan oleh Barisan Nasional dalam peruntukan yang diumumkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil N.01 Kuala Besut ini?
Apakah ia daripada sumber Persekutuan melalui perbelanjaan infrastruktur atau UMNO dan Barisan Nasional terus merompak Dana Khas Persekutuan yang juga atau a.k.a. royalti petroleum hak rakyat Terengganu.
YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
Ahli Parlimen Kuala Krai
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
21 Julai 2013

Senarai Pemberian :

PRK Kuala Besut: 10 senarai projek segera BN

KUALA BESUT, 21 Julai - PAS hari ini mendedahkan jumlah peruntukan dan habuan yang telah diumumkan untuk rakyat dan pengundi Kuala Besut setakat sepuluh hari berkempen.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, jumlah ratusan juta itu adalah pengakuan UMNO dan Barisan Nasional sendiri.
"Penegasan yang dibuat PAS dan Pakatan Rakyat bahawa Kuala Besut dipinggirkan adalah benar dan semua ini wajar dilihat sebagai sogokan dan dalam keadaan tertekan ini mereka akan melakukan apa sahaja," jelasnya.
Beliau mengajak rakyat dan pengundi Kuala Besut membayangkan dan memikirkan andaikata pilihanraya kecil ini tidak ada, maka beterusanlah kerajaan Barisan Nasional mengkesampingkan rakyat Kuala Besut.
Beliau mempersoalkan perancangan ad-hoc dan penyelesaian secara krisis seperti ini ternyata bukanlah melalui peruntukan belanjawan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
"Sumber manakah yang digunakan oleh Barisan Nasional dalam peruntukan yang diumumkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut ini?"
"Apakah ia daripada sumber Persekutuan melalui perbelanjaan infrastruktur atau UMNO dan Barisan Nasional terus merompak Dana Khas Persekutuan yang juga atau royalti petroleum hak rakyat Terengganu," soalnya lagi.
Sepuluh projek membabitkan peruntukan keseluruhan melebihi RM377 juta termasuk yang terkini projek mendalamkan muara Sungai Besut bernilai RM250 juta.
Senarai Pemberian :

1.      Projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut.
TPM – Mingguan Malaysia 21 Julai 2013

2.      Peruntukan menaik taraf Masjid Haji Ishak, Kampung Dengir sebanyak RM343,000
TPM – Bernama 17 Julai 2013

3.      Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan peruntukan bernilai lebih RM10 juta untuk membina pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Lay Out.
The Malaysianinisider / Kosmo – 17 Julai 2013

4.      Bantuan RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
TV9 14 Julai 2013

5.      Muhyiddin meluluskan peruntukan RM28 juta projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut.
Majlis Pecah Tanah Kg Alor Peroi Kuala Besut 16 Julai 2013

6.      Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut.
Bernama 17 Julai 2013

7.      Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan tiga projek tambahan bagi menaik taraf kehidupan penduduk dan infrastruktur Pulau Perhentian yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan.Projek itu ialah pembinaan 10 unit rumah kedai bernilai kira-kira RM4 juta, pembinaan jeti khas dan menaik taraf serta membina jalan ke perkampungan di pulau itu.
Berita Harian 20 Julai 2013

8.      Kerajaan negeri meluluskan pembinaan 200 unit rumah mengikut program perumahan rakyat, yang dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, dengan kos RM28 juta atau RM140,000 seunit di Pulau Perhentian.
MB T'ganu – Bernama / Kosmo 17 Julai 2013

9.      Sebuah masjid terapung dengan kos RM12 juta, selain pelaksanaan projek bagi perairan dan tapisan kumbahan bernilai RM10 juta.
TerengganuToday 5 Julai 2013

10.  Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani, khususnya penamam padi di Pengkalan Nangka.
TPM – Himpunan Petani & Nelayan di Dataran Kuala Besut – Berita Harian 20 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Dana mana tampung 'sogokan' RM377j BN

PAS hari ini berkata jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan persekutuan dan negeri kepada penduduk di Kuala Besut setakat semalam mencecahkan RM377.45 juta dalam bentuk projek pembangunan sempena kempen pilihan raya kecil DUN itu.

Jumlah itu diperolehi daripada pengumuman yang dibuat kepimpinan negara dan negeri Terengganu dan ia dilaporkan dalam media arus perdana dan alternatif.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata peruntukkan yang didakwanya berbentuk "janji dan sogokan" itu mengesahkan lagi dakwaan mereka berhubung isu yang dibangkitkan oleh mereka sebelum ini sepanjang kempen pilihan raya.

Sebagai contoh projek mendalamkan Sungai Besut yang diluluskan sebanyak RM250 juta dan penambahbaikan empangan di Pengkalan Nangka berjumlah RM35juta.

"Jika pilihan raya kecil ini tidak ada, tidak adalah apa-apa yang akan berlaku dan berterusan akan dikesampingan di Kuala Besut.

"Perancangan ad-hoc dan penyelesaian krisis seperti ini ternyata bukanlah melalui peruntukan belanjawan yang dibuat oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya dalam sidang media pagi ini.

#PRKBESUT13 #PRKN1 : PENYOKONG EDAR RISALAH DINASIHAT ELAKKAN KESESAKAN

PRK Kuala Besut: Taman Ilmu Terbiar Menjadi Taman Lembu

PRK Kuala Besut: Minta adik kakak semua undi ambo - Che Long

BESUT: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang berbaki tiga hari lagi menyaksikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long semakin popular.

Nama Che Long mula meniti dari ‘bibir ke bibir’ dan ‘mulut ke mulut’ di kalangan rakyat khususnya kepada para pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.

Tinjauan Harakahdaily, ke suatu program Jom Bersama Che Long yang diadakan di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, kelmarin mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Antara salebriti tanahair yang turut memeriahkan program tersebut adalah Abby Abadi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

“Ambo mintalah kepada semua adik-kakak yang ada di sini dan yang boleh mengundi minta undi ambo pada pilihan raya kali ini, insya Allah.

“Undilah PAS, undi ambo untuk mempastikan kemenangan kepada PAS dengan menjadikan 16:16 kerusi Dun antara BN dengan Pakatan Rakyat. Itu sahajalah yang dapat saya katakan,” rayu Che Long ketika berucap pada majlis tersebut.

PRK Kuala Besut: Buletin Kuala Besut Siri 6



PRK Kuala Besut: Rafizi Janji Bantu Terengganu jika kedudukan 16-16

KUALA BESUT - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dalam ucapannya dekat sini berkata,"Saya janji dengan penduduk Kuala Besut, kalau kita menang 16:16, saya bagi sepenuh masa, kerjasama dan tumpuan bantu negeri dalam bentuk idea ekonomi."
Kedudukan 16:16 akan menyebabkan Menteri besar yang memerintah, perlu mendengar semua suara wakil rakyat yang ada. Tiada satu program, dasar dan belanjawan boleh diluluskan tanpa sokongan semua.
Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, Terengganu merupakan negeri yang paling kaya kerana hasil minyaknya. Setiap hari, minyak yang dikeluarkan adalah sebanyak 400 ribu tong. Harga setiap tong adalah sebanyak RM400 dengan RM20 diberikan kepada negeri. Jumlah ini menyamai RM8 juta sehari dan RM2 billion setahun.
Berdasarkan pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan Terengganu, Ahli Parlimen Pandan itu menggariskan tiga cadangan ekonomi kepada kerajaan negeri.
Ujar Ahli Parlimen Pandan itu, "Perkara pertama adalah Wajib menghapuskan kemiskinan di seluruh negeri Terengganu!"
Di Malaysia, rakyat miskin dikategorikan sebagai berpendapatan RM763 ke bawah. Meskipun mempunyai pendapatan minyak yang lumayan, Terengganu merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah orang miskin yang paling ramai.
Dianggarkan terdapat seramai 350 ribu keluarga di Terengganu. 100 ribu daripadanya dikategorikan sebagai miskin. Bagi mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan, Rafizi mencadangkan supaya kerajaan negeri memberikan golongan ini bantuan tambahan pendapatan sebanyak RM300 sebulan. Jumlah ini akan merangkumi RM30 juta setahun yang boleh diambil daripada pendapatan minyak sebanyak RM2 billion. Andainya cadangan ini dijalankan, beliau menjamin bahawa dalam tempoh setahun, tiada lagi keluarga yang berada di bawah paras kemiskinan.

Egypt's Brotherhood rejects PM dialogue call

PRK Kuala Besut : PDRM Beri Peringatan !

PRK Kuala Besut: Festival "Jom Bersama Che Long"

PRK Kuala Besut: Lensa Pusat Pengundian Awal Di Dewan Serbaguna TUDM Gong Kedak










PRK Kuala Besut: Buletin Kuala Besut Siri 5



PRK Kuala Besut: Rakyat Sudah Percaya Pentadbiran PR - Khalid Ibrahim

PRK Kuala Besut: Lensa Karnival "Jom Bersama Che Long" - Malam Akhir