Khamis, 18 Julai 2013

Keadaan Di Mesir Pada Rabu Dan Khamis....

(Keganasan polis di Mesir, 16/7/13)
Seorang pemuda pro-Morsi dibawa ke hospital rakyat dibuat oleh penyokong Morsi kerana hospital kerajaan tidak menerima pendemo pro-Morsi yang cedera parah.
Polis Mesir zalim terhadap pro-Morsi.
Kenapa mereka menyokong Morsi dan sanggup mati untuk Presiden sah mereka?
Anak muda sanggup mati untuk mengangkat kembali Presiden Morsi menjadi Presiden Mesir. KENAPA?

Isu pendatang perlu ditangani di semua negeri

Suhakam KOTA KINABALU - Seorang bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan agar masalah pendatang tanpa izin di Sabah ditangani secara adil di semua negeri di negara ini.
  
Memberi keterangan kepada Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Asing di Sabah, Tan Sri Simon Sipaun berkata isu tersebut telah menjadi isu nasional dan tidak adil kepada rakyat di Sabah menanganinya sahaja.
  
Merujuk kepada pemberian kad pengenalan (IC) Malaysia kepada orang luar, beliau berkata kerajaan mesti mengeluarkan formula yang perlu diguna pakai kepada pendatang termasuk mereka yang tidak bernegara.
  
"Kerajaan perlu terlebih dahulu proaktif. Perlu ada kesanggupan politik yang kuat untuk menangani isu yang berpanjangan ini," katanya.
  
Beliau memberitahu inkuiri, penarikan dan pemberian semula IC di Sabah merupakan cadangan yang baik kerana ia memerlukan setiap orang disaring bagi memastikan mereka rakyat yang tulen.

Antara Dua Darjat : PRK Kuala Besut Dan PRK Tenang....

Istimewanya Calon BN...Isteri boleh turun berkempen dan cuti hampir 2 minggu dari masuk kelas...!!! Tak Salah eh..????

Suami Cikgu Mala Bercuti Sakit Semasa PRK Tenang dikenakan tindakkan tukar sekolah..!!! Cikgu Maarof Salah eh sebab sakit masa PRK...!!!

PRK KUALA BESUT: RUMAH DIBINA DALAM TEMPOH 7 HARI SIAP!!..BURUH BINAAN DIKERAH BEKERJA SIANG MALAM!


Kalau bukan kerana PRK, taubat lahomlah rakyat Besut yang rumahnya terbakar akan mendapat pembelaan sebegini punya perihatin dan pantas.

Kerana PRK DUN N01 Kuala Besut maka tuah hinggap menyelubungi dibadannya...Rumahnya yang kebakaran mendapat pembelaan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

Dibina semula rumah tersebut dengan guna pakai teknologi Jepun.

Nak tunjuk kepada rakyat betapa perihatinnya kerajaan UMNO/BN kepada rakyat yang menimpa kesusahan maka, kerajaan UMNO berjanji akan siapkan rumah itu sebelum tarikh pembuangan undi.

Projek bermula 13hb Julai 2013 dan dijanjikan siap untuk didiami pada 23hb Julai 2013.

Tinjauan dapati para pekerja bekerja siang malam untuk memastikan projek ini siap sebelum tarikh pembuangan undi.

Itulah untungnya ada PRK...Kalau sikap sebegini dijadikan amalan harian oleh Kerajaan UMNO/BN tanpa menuggu adanya PRK, alangkah baik dan murni sekali.

Jadi persepsi rakyat yang terbentuk dalam minda mereka ialah, tiada langsung keikhlasan kerajaan UMNO dalam membela nasib rakyat.

Pembelaan dilakukan bersebab dan bermusim.

FELDA LANTIK INDIVIDU YANG MEMILIKI PhD YANG TIDAK DI IKTIRAF SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) BARU FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BHD!!



Baru dua hari memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd, namun Mohammed Emir Mavani Abdullah kini terpaksa berkira-kira berapa lama beliau boleh tahan di situ.

Ini ekoran laporan beliau mendapat PhD dari universiti yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mohammed Emir mengambilalih jawatan CEO FGVH dari Tan Sri Sabri Ahmad Selasa lepas.

Beliau mendapat PhD dari Warnborough Universiti di United Kingdom pada tahun 2008, lapor Business Times.

Beliau menafikan lembaga pengarah FGVH sedang mempertimbangkan semula perlantikannya.

"Saya memang ada PhD tetapi ia tidak diiktiraf...ia ijazah yang sebenar dari universiti yang sememangnya wujud. PhD bukan kriteria yang menyebabkan mereka memilih saya tetapi berdasarkan kemampuan saya. Isu ini tidak ada kaitan dengan saya mendapat pekerjaan ini," kata Mohammed Emir sebagaimana dilaporkan Reuters.

Namun laporan itu juga menyebut, Mohammed Emir diberikan enam bulan untuk meninggalkan FGVH.

Dakwat kekal yang baru ada "Kuasa Magic" ni tentu dapat petua dari david copperfield.............

Kuala Besut: Warna dakwat kekal ‘muncul’ semula walau dicuci, kata SPR
Selepas berlaku beberapa insiden dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mudah dibersihkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut akan "muncul semula walaupun dicuci."

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagi membolehkan kesan dakwat kekal pada jari, pengundi dinasihatkan untuk memastikan jari mereka tidak berminyak.

"Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam satu kenyataan selepas simulasi penggunaan dakwat kekal dijalankan di Bangunan Majlis Daerah Besut sebentar tadi.

Sebelum PRU13, Abdul Aziz pernah memberi jaminan dakwat kekal boleh tahan selama tujuh hari. Tetapi, sebaliknya yang berlaku.

Simulasi berkenaan diketuai Pengarah Akademi Pilihan Raya, Abdullah Jusoh.

Ketika PRU13 lalu, ramai pengundi yang mengadu dakwat kekal yang digunakan ketika mengundi mudah ditanggalkan apabila dibasuh, dan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) menyelar SPR atas perkara itu.

SPR pula sebagai respon balas menyatakan dakwat berkenaan tidak menggunakan kandungan nitrat perak, sebaliknya hanya menggunakan pewarna makanan.

"Bagi maksud digunakan untuk pengundian pada PRK Kuala Besut, SPR menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk diuji daripada aspek kandungan bahan yang digunakan di dalam dakwat," katanya.

Young Syrian refugees battling depression

UN: Syria children risk being radicalised

Al Jazeera talks to Amnesty about abuse claims in Egypt

Kes Anthony Loke Didakwa : Umno-BN Amalkan Pendakwaan Terpilih

Anthony Loke_polis
KUALA LUMPUR 18 JULAI : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi mendakwa kerajaan persekutuan Umno-BN mengamalkan pendakwaan terpilih apabila pemimpin Pakatan diheret ke mahkamah tetapi pemimpin Umno-BN yang terpalit dengan kes rasuah dibiarkan.
Kali ini, Pakatan berkata MP Seremban Anthony Loke Siew Fook didakwa di mahkamah pada 24 Julai di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA2012), kerana penganjuran satu perhimpunan di Negeri Sembilan.
Akan tetapi, menurut MP Rasah Teo Kok Seong Kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berlainan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri Datuk Seri Mohamad Hassan yang pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).
“Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hassan pernah terlibat dengan kes wang RM 10 juta yang dipindah ke London tiga tahun lalu dan perkara ini dah dibawa ke Parlimen.
“Bila ditanya status siasatan, jawapannya sudah selesai dan SPRM sudah hantar laporan ke Peguam Negara tetapi setakat ini tiada tindakan. Mohd Hassan pula kekal sebagai Menteri Besar,” dakwanya di dalam satu sidang media di Parlimen.

Hadiah PRU13: Tarif elektrik mungkin dinaikkan...

 Leo Moggie KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
  
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
  
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
  
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
  
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
  
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Dakwat Tak Kekal: Rafizi Bersedia Jika SPR Mahu Menyamannya

Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.

Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.

Rafizi dalam sidang medianya mendakwa, syarikat yang mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR juga mempunyai kaitan dengan syarikat didakwa sebagai pembekal dakwat kekal, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, syarikat pembekal topi kepada SPR, Nash Ventures Sdn Bhd – salah satu syarikat yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ucapan di Dewan Rakyat semalam – mempunyai pertalian dengan pengarah Integrated Challenger.

"Salah seorang pengarah syarikat (Nash Venture) adalah pemegang syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembekalan dari Kementerian Pertahanan.

"Pemegang saham lain dan pengarah syarikat Allisons Corp Sdn Bhd adalah Mohamed Salleh Mohamed Alli.

"Mengikut nombor kad pengenalan, pengarah itu turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun sama dengan Mohamed Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan lama. Alamat rumah kediaman untuk pengarah itu dan Mohamed Salleh adalah sama. Besar kemungkinan mereka ada pertalian suami isteri," kata Rafizi.|

Sementara itu, Rafizi ketika diminta menjelaskan mengenai pertalian pegawai tertinggi SPR dengan syarikat pembekal dakwat kekal hanya berkata: "Saya sentiasa katakan, ia melibatkan kepimpinan SPR termasuk pengerusi dan timbalan SPR.

"...Jangan gaduh dengan saya, perkara utama ialah untuk mengesahkan nama (syarikat) itu. Kalau tak ada benda nak disembunyi terus terang sahaja," katanya lagi.

Ganu Kite: Apa dipelajari daripada 2 kali stadium runtuh


KUALA LUMPUR: Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di Terengganu runtuh kali kedua kerana kerajaan lambat mengambil tindakan selepas keruntuhan pertama pada tahun 2009 lalu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak mengambil iktibar daripada kejadian runtuh tersebut dengan melantik kontraktor yang tidak mempunyai lesen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk membaik pulih bumbung yang runtuh.

Katanya, kontraktor yang dilantik tidak tahu reka bentuk sebenar bumbung stadium dan tidak menanggalkan struktur bumbung yang tidak runtuh menyebabkan pekerja tidak tahu cara untuk membuka bumbung tersebut sehingga berlaku keruntuhan kali kedua.

"Kerajaan (seharusnya) boleh mempelajari daripada keadaan yang telah berlaku sebelum itu kalau kita mengenal pasti reka bentuk sebenar bumbung itu dan mengenal pasti kaedah membuka bumbung yang runtuh.

"Dalam pembinaan bumbung yang pertama didapati kontraktor tak berdaftar dengan CIDB dan tidak berpengalaman dan bumbung kedua yang runtuh juga kontraktornya tidak berdaftar dengan CIDB dan juga tidak berpengalaman.

PRK Kuala Besut: BN terdesak serang peribadi calon PAS

BESUT: Tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon PAS, Azlan Yusof atau dikenali sebagai Che Long adalah kerana mereka berada dalam keadaan terdesak.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui Harakahdaily selepas ceramah beliau di Kampung Beris Lampu, semalam.

Menurut beliau lagi, sepatutnya apabila sesebuah parti itu memerintah mereka sepatutnya menerangkan dasar-dasar kerajaan untuk rakyat bukannya menjadikan sasaran peribadi sebagai fokus utama.

"Orang yang serang peribadi ini adalah orang yang kehabisan idea dan modal.

"Dah jadi kerajaan memerintah sepatutnya dasar-dasar kerajaan untuk rakyat menjadi agenda utama dalam kempen dan bukannya peribadi lawan," jelas beliau.

Beliau yang turut merasakan BN berada dalam keadaan kritikal apabila calon mereka tidak mampu menandingi calon PAS, Che Long dari segi hubungan dengan masyarakat serta sikap pemurah yang beliau (Che Long) miliki.

"Saya pasti BN melihat calon mereka tidak dapat menandingi keperibadian yang dimiliki oleh calon PAS, atas dasar itu bila berada dalam keadaan kritikal serangan peribadi menjadi senjata mereka.

PRK Kuala Besut: Dewan orang ramai jadi hotel orang kuat Umno?


BESUT: PAS menuntut penjelasan kerajaan BN Terengganu berhubung sebuah hotel berhampiran jeti Kuala Besut yang didakwa dibina dari sebuah dewan orang ramai yang telah diubah suai.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beliau juga mendapat maklumat bahawa hotel tersebut dimiliki oleh orang kuat Umno bahagian Besut.

"Lapan tahun lalu ianya adalah sebuah dewan orang ramai di bawah Majlis Daerah Besut.

"Sekarang ianya menjadi Hotel Samudera yang didakwa dimiliki oleh orang kuat Umno Besut," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Kg. Baharu di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK ini berkata, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said perlu tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

PRK Kuala Besut: 16:16 untuk hapuskan penindasan, kezaliman

BESUT: Kedudukan wakil rakyat PAS dan BN pada nisbah 16:16 dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu bakal memberi pulangan yang besar bukan sahaja kepada pengundi Kuala Besut malah rakyat Terengganu amnya.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, kedudukan 16:16 itu akan menyeimbangkan kuasa kerajaan BN negeri ini dari melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan rakyat.

"Keadaan ini akan menamatkan penafian hak rakyat untuk menikmati kemewahan negeri ini seperti yang berlaku sekarang ini.

"Agenda ini akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat di mana rakyat akan benar-benar menjadi tuan sekaligus menamatkan penindasan kepada rakyat," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS di Kg. Baharu di sini hari ini.

Sementara itu, pada sidang media sama, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, kedudukan 16:16 akan menyaksikan BN tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengagihkan kekayaan negeri kepada kroni tanpa sekatan oleh mana-mana pihak.

PRK Kuala Besut: PAS pergiat serangan isu tanah

PAS mempergiatkan serangan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut hari ini dengan membangkitkan dakwaan demi dakwaan  berhubung isu pemberian tanah oleh kerajaan negeri Terengganu dan juga projek pembangunan yang dipertikaikannya.
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam sidang medianya hari ini antara lainnya menimbulkan isu pemberian tanah didakwa seluas 200 ekar di satu kawasan di Pulau Perhentian kepada satu syarikat.

Beliau mempersoalkan pemberian tanah berkenaan kepada syarikat yang didakwa “tidak berwibawa” itu, sedangkan penduduk pulau tersebut menghadapi masalah untuk mendapatkan tanah.

"Orang kampung di sini untuk mendapatkan lot-lot tanah dibekukan... Pada masa yang sama, 200 ekar, tanah diperuntukan kepada sebuah syarikat dan kemudiannya dijual kepada pihak ketiga," katanya.

PAS juga melampirkan dokumen yang didakwa menunjukkan lokasi tanah yang dimaksudkan termasuk nama syarikat dan pihak ketiga yang membeli tanah tersebut.

Husam yang juga pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berkata, apa yang perlu dipersoalkan ialah pemberian tanah tersebut oleh kerajaan negeri kepada syarikat yang mula-mula memperolehinnya.

Menyentuh satu lagi isu, Husam berkata beliau mengesyaki terdapat usaha yang dijalankan bagi mengambil tanah penduduk untuk diberikan kepada pihak tertentu.

PRK Kuala Besut: Husam ajak debat isu Terengganu antara Shabery, Rafizi


PAS mengajak Umno berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, hari ini.
Beliau menjemput Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mewakili Barisan Nasional (BN) sementara Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mewakili Pakatan Rakyat.
Husam juga mencadangkan perdebatan diadakan secara terbuka di Kuala Besut selepas solat Tarawih esok.
"Dengan penyertaan Ahmad Shabery, ia boleh mendapat liputan langsung RTM," katanya Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Dewan Undangan Negeri Kuala Besut itu. - Bernama

PRK Kuala Besut: Serangan Peribadi, Desakan atau Pencerahan?

KUALA BESUT,18 Julai : Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selaku parti yang memerintah, sepatutnya BN membawa perkara berkaitan 'dasar' sewaktu berkempen dan bukannnya menyerang peribadi calon PAS yang lebh dikenali dengan panggilan 'Che Long'. Beliau menyifatkan orang yang menyerang peribadi calon adalah orang yang ketandusan modal dan idea.
"UMNO berada dalam keadaan terdesak dan tertekan disebabkan masyarakat tempatan mula menilai dan meneliti calon PAS yang dipilih dari kalangan penduduk tempatan yang sentiasa bergelumang dengan pengundi", katanya ketika ditemui malam tadi di sini.
"Sekiranya Kuala Besut menang dalam pilihan raya kecil N.01 kali ini, beliau akan tinggal dan bersama-sama dengan penduduk berbanding calon BN yang menetap di Putrajaya", tambah beliau lagi.
Namun begitu, perkara ini satu kepentingan kepada PAS bilamana BN sekali lagi tidak mengotakan janji mereka untuk tidak menyerang perihal peribadi calon dan memutar belitkan fakta ucapan dari pimpinan PAS memandangkan umat Islam sekarang berada di bulan Ramadhan.
Beliau menganggap penyelewengan fakta yang dilakukan menggambarkan mereka sebenarnya berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.

PRK Kuala Besut: Penduduk Pulau Perhentian Gigit Jari

PRK Kuala Besut: Maruah PM tergugat jika dakwat tidak kekal

BN MP escapes censure over Anwar offshore accounts claim

PAS: Crippled dam down for 2 years, farmers' livelihood affected

Nurul drops 2 bombshells on the last day of Parliament's first session

SPR Pilih Syarikat Lemah Untuk Bekal Peralatan Pilihanraya

Al Jazeera's Rawya Rageh explains Egypt report

Peguam dedah kes rasuah petisyen Dun Air Lanas


KOTA BHARU: Peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi (gambar) menjelaskan segala butiran lengkap mengenai dakwaan berlaku rasuah membabitkan agen calon BN sudah disediakan.

Katanya, butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan petisyen tersebut.

Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Fakta untuk pembelaan itu sudah ada dalam petisyen yang dikemukakan,” katanya pada perbicaraan petisyen Dun Air Lanas di hadapan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk John Louis O’hara.

Pada prosiding hari ini empat lagi petisyen dibicara pada bantahan awal membabitkan parlimen Ketereh, Dun Kok Lanas, Dun Manek Urai dan Dun Mengkebang.

Pada pilihan raya umum lalu Dun Air Lanas dimenangi Datuk Seri Mustapa Mohamed BN – majoriti 47 undi, Dun Kok Lanas (Datuk Mohd Alwi Che Ahmad BN - 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri Annuar Musa (BN) - 974 undi.

Peguam Negara nyatakan sebab Alvin, Vivian tidak boleh dijamin


Pasangan kontroversi, Alvin Tan (gambar) dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah kerana mereka ada kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai, kata , Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Selepas mempertimbang undang-undang dan fakta berhubung kejadian itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka.
“Tindakan mendakwa mereka dibuat lanjutan kejadian seorang individu diculik dan dipukul sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan perbuatan mereka (Tan dan Lee)” kata Tan Sri Abdul Gani Patail.
Pada kenyataan media hari ini, Peguam Negara itu, berkata Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak supaya berhenti memberi kenyataan atau membuat spekulasi berhubung kes itu.
Tan atau nama penuhnya, Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya, Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas ketiga-tiga pertuduhan.
Mereka dituduh berhubung perbuatan mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka dan tidak dibenar ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.

Peraturan Yang Membuang Masa?

Kerana saya bukan seorang ahli parlimen atau Dewan Undangan Negeri maka saya tidak begitu arif mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan parlimen di Malaysia serta perjalanan mesyuaratnya serta disiplin-disiplin lain yang boleh dikenakan ke atas para ahlinya.

Mungkin apa yang hendak saya perkatakan ini meleset dan tidak tepat. Manakala saya kira semua ahli dewan bersedia menerima konvenysen (amalan) yang dipakai selama ini. Pada pandangan saya ada beberapa peraturan atau disiplin diamalkan parlimen tidak munasabah atau pun sudah tidak relevan lagi, jauh sekali adil dan saksama. Kewujudannya juga tidak membawa apa-apa makna kerana ia tidak berfungsi dengan sewajarnya.

Dari sisi lain, lebih memalukan ia semacam tindakan kartun pula kerana peraturan atau kaedah demikian mensia-siakan masa dan semacam tindakan kurang cerdik.

Saya mengambil contoh mengenai kaedah untuk menghadapkan seseorang ahli parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebabasan Parlimen. Perhatian ini tentulah merujuk kepada apa yang baru berlaku sekejap tadi, mengenai usul dikemukakan oleh wakil Jelutung (Jeff Ooi) terhadap wakil Simpang Renggam (Ling Teck Meng) sebagai peraturan atau agenda akhir sidang pertama parlimen penggal ke-13 yang berakhir petang ini.

Selepas usul itu dikemukakan oleh pembawa usul, wakil yang hendak dikenakan tindakan akan menjawab. Kemudia ia diikuti dengan perbahasan oleh ahli parlimen lain, (wakil dari kerajaan dan wakil dari pembangkang). Ahli parlimen yang dikemukakan dalam usul itu ialah wakil dari kerajaan.

Selepas ianya dibahas oleh kedua-dua pihak, tiga dari pembangkang (Raub, Bukit Katil dan Shah Alam) dan tiga wakil kerajaan kemudian undian dijalankan. Ertinya dewan juga membuat keputusan. Dalam kasus hari ini undian secara belah bahagi dilakukan. Setelah dijalankan undian pihak pembawa usul (pembangkang) mendapat 60 undi manakala pihak yang menolak (diusulkan) mendapat 107 undi. Ini bermakna mengikut nisbah undi, usul berkenaan ditolak. Jadi wakil Simpang Renggam terselamat dari dihadap ke Jawatankuasa berkenaan.

VIDEO EC didn't spend the RM360mil, 'habis'...finish - Shahidan

Himpunan Blackout 505 : Rafizi Dipanggil Beri Keterangan Di IPD Dang Wangi

Minister flip flops on truth to Rafizi's indelible ink supplier allegations

PRK Kuala Besut: Tiada Tanah Yang Diberikan Kepada Exco Semasa Pemerintahan PAS

Dakwat Kekal: Rafizi ulang kenyataan di luar dewan

Kuala Besut by-election: How to dip finger in indelible ink

PRK Kuala Besut: UMNO Memerintah Terengganu,Segala Barang Runtuh

MP dakwa PM tak faham prosedur mansuh akta

Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR - "Rang Undang-undang. Akta Hasutan 1948 tidak boleh dimansuhkan tanpa dibawa berbincang terlebih dahulu dan diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja," kata ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Susulan itu, beliau menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman untuk memansuhkan akta tersebut dua tahun lalu sebagai tidak memahami prosedur dan tidak

Tanah wakil rakyat: Usahkan beri, mohon pun tak boleh


BESUT: Mengikut amalah yang diterima pakai oleh semua kerajaan negeri, adalah suatu tindakan yang tidak beretika jika menganugerahkan tanah kepada wakil rakyatnya atas apa alasan sekalipun.

Bekas Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Datuk Tengku Hassan Omar berkata, wakil rakyat bukan sahaja tidak boleh dianugerahkan tanah, malah memohon pun tidak dibenarkan.

"Secara undang-undangnya sah, tetapi dari sudut moral dan etika adalag sangat-sangat salah," katanya pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kuala Besut, di Kg Baharu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengakuan jujur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa kerajaan negeri telah memberikan tanah kepada empat wakil rakyat BN di Besut.

Pengesahan oleh Mohamad Said itu dibuat ekoran pendedahan PAS sebelum ini bahawa empat wakil rakyat BN iaitu Ahli Parlimen Besut Datuk Dr Abdullah Md Zin, Adun Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh, Adun Hulu Besut Nawi Mohamad dan Adun Kota Putera Pehemi Yusof masing-masing dianugerahkan 2.5 ekar tanah di kawasan Pantai Dendong di sini.

PAS juga sebelum ini mencabar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin mengarahkan Ahmad Said membatalkan pemberian tersebut jika benar BN mendahulukan rakyat.

‘Pasangan Bak Kut Teh’ ditampar tiga pertuduhan di mahkamah


Vivian Lee, menutup mukanya di mahkamah, tidak seksi seperti selalunya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Julai, 2013. 
Vivian Lee, menutup mukanya di mahkamah, tidak seksi seperti selalunya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Julai, 2013.

 Pasangan blogger sex Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas tiga pertuduhan selepas mencetuskan kontroversi menyiarkan gambar yang menyentuh sensitiviti masyarakat Islam terutama pada bulan Ramadan di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Pasangan itu, Alvin Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, yang dikenali dengan nama Alvivi turut didakwa atas kesalahan menyiarkan bahan berunsur seksual di laman web tahun lalu.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.
Pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook bertajuk `Alvin and Vivian-Alvivi' di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!" bersama logo Halal di sebelahnya.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 568-14-8 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12 Julai lalu.

Zahid Hamidi selesaikan kes pukul di luar mahkamah


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelesaikan pertikaian mahkamahnya dengan seorang ahli perniagaan Ahmad Bazli Abdullah yang mendakwa dipukul olehnya di luar mahkamah.
 Ini berlaku selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk penyelesaian di luar bilik mahkamah di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
 Peguam Menteri Dalam Negeri itu Datuk Shamsul Bahrin memberitahu pemberita pampas an akan diputuskan untuk dibayar tanpa campurtangan peguam kedua-dua pihak.

'Abolish 9A to rule out phantom voters'

SPR adakan simulasi dakwat kekal PRK Kuala Besut

Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat..ha..ha..ha..dah kantoi..!!!

ZAHID : PEGUAM NEGARA MASIH BENGONG TUGAS POLIS

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta Peguam Negara melihat sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa “taring” susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).
    
Beliau berkata hanya dengan cara itu mereka akan memahami beban yang terpaksa dipikul pasukan berkenaan dalam membanteras jenayah di negara ini.
    
“Kami tidak mahu menyanggah apa yang dilakukan oleh Peguam Negara untuk melakukan transformasi. Tetapi fahamilah tugas polis yang ‘toothless’, yang tidak ada gigi bila EO ini tidak ada.

    
“Jangan lihat dari segi perundangan sahaja, lihat dari aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah harus dibanteras dan hukuman harus dibuat kerana tidak semua perlakuan jenayah ada saksi dan bukti yang nyata,” katanya.

Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.
Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.
Terdahulu Pandikar Amin berkata MP Pandan tersebut semasa berucap pada hari Selasa lalu menyebut ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri di Dewan berkenaan.
Tindakan tersebut, menurut Pandikar Amin, melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.

Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaan tersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.

Ucapan MP di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Mahkamah tolak petisyen Telok Pasu, Rantau Abang

KUALA TERENGGANU: Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas dua anggota Dewan Undangan Negeri  PAS iaitu Telok Pasu dan juga Rantau Abang hari ini.

(Ridhuan [kiri] dan Alias...gembira dengan kemenangan)

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Za'abar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja.

Dalam perbicaraan hari ini, Adun-Adun PAS diwakili oleh peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli.

Calon Umno yang menjadi pempetisyen dalam kes ini pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat.

Pihak defendan kedua dan ketiga dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili oleh lapan peguam antaranya Mohd Alfaisi Hashim dan Hafisol Yusof.

PRK Kuala Besut: Lensa Kempen Calon Di Pulau Perhentian






Apa tujuan KJ mengaitkan Kuala Besut dengan kedudukan Najib?

Shahbudin Husin


Dalam usaha kempen untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Kuala Besut, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) mengaitkan kemungkinan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan tergugat jika BN tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini.
Menurut beliau, jika BN tewas di Kuala Besut dan kedudukan jumlah kerusi DUN Terengganu menjadi seri serta kemungkinan akan diadakan pilihan raya peringkat negeri, suatu gelombang, gerakan dan goncangan yang akan menggugat kedudukan Najib akan berlaku.
Sehubungan itu, beliau beberapa kali merayu anak muda Kuala Besut memastikan kemenangan BN dalam PRK ini bagi mengelakkan kedudukan Najib ssbagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN daripada tergugat.
Sekali imbas ternampak macam KJ mahu mempertahankan kedudukan Najib apabila beliau menyebut mengenai perkara itu. Tetapi siapa yang dimaksudkan KJ boleh menggugat kedudukan Perdana Menteri itu? Selama ini orang ramai hanya selalu mengaitkan keputusan PRK Kuala Besut dengan kedudukan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said saja kerana jika PAS menang, kedudukan jumlah kerusi BN dengan PR menjadi seri dan akan membuat Ahmad Said menjadi goyah.
PAS sendiri dalam kempennya menggunakan slogan 16-16 Terengganu Baru iaitu mengenai kemungkinan mereka mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub juga yakin jika kedudukan menjadi 16-16, kerusi Menteri Besar Terengganu akan menjadi milik mereka.
Dalam kempen lain juga, PAS lebih banyak menyerang pentadbiran kerajaan negeri terutama berkaitan tanah, pembangunan, rasuah dan sebagainya. PAS sendiri tidak melihat ada kaitan keputusan di Kuala Besut ini dengan kedudukan dan masa depan politik Najib dan menjatuhkan Perdana Menteri melalui Kuala Besut bukan matlamat PAS. Matlamat Pas dan PR memenangi Kuala Besut ialah untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar saja.
Jadi, siapa yang dimaksudkan KJ boleh menggugat kedudukan Najib itu?
Kalau dengan kedudukan seri dan kemudian diadakan pilihanraya negeri pula, kalau pun PAS dan PR memenanginya, yang tumbang hanya kerajaan negeri dan hilang jawatan pula hanya Ahmad Said. Dengan jatuhnya negeri Terengganu, kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri tidak tergugat sama sekali kerana kalah di peringkat negeri tidak menjejaskan 133 kerusi BN di Parlimen.
Kalau begitu, siapa yang sebenarnya boleh menggugat Najib seperti yang dimaksudkan KJ?
Mungkinkah dengan kekalahan BN di Kuala Besut dan jika diadakan pilihan raya peringkat negeri dan BN juga kalah kemudiannya, akan berlaku undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen? Nampak macam tidak logik perkara itu akan berlaku kerana kekalahan di satu kerusi DUN atau kehilangan satu negeri tidak jadi alasan yang kuat untuk membawa undi tidak percaya terhadap Najib.
Habis, siapa lagi yang boleh menggugat Najib?

SPR: Lepas cuci, dakwat 'muncul' kembali..kita tunggu dan lihat..!!!

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
simulasi dakwat kekal
Wartawan Sin Chew Jit Poh, Khor Chun Kiat diberi peluang mencuba proses celup jari semasa Simulasi proses pengundian dan cara mencelup dakwat kekal oleh SPR hari ini. - Foto Bernama
JERTIH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan simulasi mencelup dakwat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut kepada wakil-wakil media di Pejabat Daerah Kuala Besut di sini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, bagi mendapatkan kesan tanda dakwat pada jari, pengundi-pengundi dinasihatkan supaya memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup jari ke dalam dakwat.

"Selepas dicelup dakwat kekal itu perlu dibiarkan kira-kia 30 saat untuk kering.

"SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam kenyataan akhbar yang diedarkan selepas simulasi terbabit.

Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi-pengundi supaya tidak menggunakan dakwat kekal pada jari itu untuk menanda kertas undi.

Katanya, bagi menanda kertas undi, SPR sudah menyediakan pen di setiap petak undi.

Dakwat kekal: Rafizi akan ulangi dakwaan di luar Dewan

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan membuat kenyataan di luar parlimen berkaitan kontrak dakwat kekal setelah membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Rafizi memberikan jaminan ini selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul untuk menyeret beliau di bawah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Selepas menolak usul itu, Pandikar mencadangkan agar Rafizi membuatnya di luar Parlimen di mana dia tidak dilindungi oleh sebarang imuniti.

Rafizi bangun dan berkata dia akan melakukannya di samping akan memfailkan satu usul untuk membincangkannya sebagaimana dicadangkan Speaker.

Sebelum ini, Rafizi membuat dakwaan di Dewan Rakyat bahawa pembekal dakwat kekal kepada SPR mempunyai kaitan dengan pemimpin kanan badan itu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz menafikan dakwaan itu dan mempertikaikan dakwaat Rafizi. Beliau juga meminta persoalan itu ditanyakan kepada Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Baria, kerana ia diuruskan oleh beliau dan urusetianya.

Kamarudin pula dalam kenyataannya turut mempertikaikan kenyataan Rafizi itu dan memperlekehkan Rafizi kerana hanya berani membuat tuduhan dalam Dewan Rakyat yang dilindungi imuniti.

Rafizi dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim  di Dewan Rakyat mengesahkan Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.
Rafizi berkata, berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamed Salleh adalah pengarah kepada Allisons Sdn Bhd bersama Shamsia Mansoor dan wanita itu juga adalah pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd.
Menurut Pengarah Strategi PKR itu, berkemungkinan Mohamed Salleh dan Shamsia adalah pasangan suami isteri kerana tinggal di alamat yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.
Rafizi turut mempersoalkan syarikat berkenaan dipertimbangkan untuk pembekalan kepada SPR kerana syarikat itu tidak mengemaskini rekod kewangan dan kali terakhir difailkan kepada SSM ialah pada 2009.

Mat Sabu Yakin Pengundi Pulau Perhentian Beri Impak Positif Kepada Pas

Usul Peraturan Mesyuarat 36(12) terhadap PKR Pandan DITOLAK

Dewan Rakyat 18 Julai 2013: Pertanyaan jawab lisan (3)

Dewan Rakyat 18 Julai 2013: Pertanyaan jawab lisan (2)

Dewan Rakyat 18 Julai 2013: Pertanyaan jawab lisan (1)

Dewan Rakyat 18 Julai 2013 : Isu Soalan Jawapan bertulis

DR 18 Julai 2013 : Usul Pemilihan JK Kira-Kira Wang Negara

Usul PM 36 (12) DAP Jelutong terhadap BN Simpang Renggam (1)

#PRKBESUT13 #PRKN1 : POLIS PUTUS KAKI TERLIBAT KEMALANGAN

Setakat ni Kuala Besut dah disogok dengan 6 rasuah bernilai RM288.847juta ...!!!

Bagi yang celik realiti politik cara Umno BN, kalau takat situasi 16-16 tu senang sangat depa nak pusing sekurang-kurangnya jadi 17-15 ataupun tak mustahil jugak akan jadi 17-16 dengan maksud Umno BN akan tetap memerintah Terengganu.
 Kalau ikut tajuk laporan Buletin Online tu setakat ni dah buat sogokan yang bernilai RM 288.847juta. Begitu murah 'rezeki' warga Kuala Besut selepas kematian Dr. Abdul Rahman, Adun yang menang dengan majoriti 2,434 undi masa PRU13 baru ni.

Tu belum masuk lagi bayaran tunai dan jugak dalam bentuk barangan yang depa dapat sepanjang tempoh kempen dan jugak pada hari mengundi yang aku yakin bernilai jutaan ringgit pulak.

Aku taktau la kalau majoriti pengundi bukan mata duitan tapi kalau ikut trend PRU13 lepas terutama sekali pengundi melayu sangat susah untuk tak terhutang budi, tambah-tambah lagi la untuk yang kena ugut sama.

Betul ka dak setakat ni sogokan dah bernilai RM 288.847juta, aku tak pasti pasai malas nak kira, hangpa boleh kira sendiri kalau rajin.


  1. Pengumuman peruntukan bernilai RM10 .35 juta untuk pembinaan pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut [Gambar kiri] – 13 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini)
  2. Bantuan bernilai RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam Program Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bersama Penduduk DUN Kuala Besut di Kampung Baharu Kuala Besut – 14 Julai 2013 (sumber: Bernama)
  3. TPM tarawih di Kuala Besut, umum bantuan RM343,000 untuk naik taraf masjid Hj Ishak, Kampung Dengir di Kuala Besut - 16 Julai 2013 (sumber: Bernama melalui Malaysiakini)
  4. TPM merasmikan projek pecah tanah projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut dengan peruntukan RM28 juta – 16 Julai 2013 (sumber: Malaysiakini dan teganukita.blogspot.com)
  5. Pengumuman projek bernilai RM250 juta untuk mendalamkan muara Sungai Besut – 16 Julai 2013 (Berita Harian)
  6. Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut – 16 Julai 2013 (sumber: Bernama) - Ibid. 
Dan aku yakin nilai tu akan bertambah pasai hari mengundi lambat lagi mungkin berjumlah melebihi RM300juta kalau Umno BN tak berapa nak yakin depa boleh menang.