Selasa, 16 Julai 2013

Pensyarah: TPPA jadikan Malaysia hamba AS


Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai hamba Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu.

NONE"Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini?

"Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?" soal pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (kanan).

Menulis di laman Facebook beliau, Agus memetik pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata" kerana "kaki dan tangan kita akan terikat".

Malah, Dr Mahathir (bawah) juga berkata, perjanjian itu akan mewujudkan keadaan tiada kawalan modal,sekali gus menyebabkan negara ini dijajah lagi, menurut Agus.

Tentera Zionis Mesir musnahkan 3 terowong hubungkan dengan Gaza

 
(Antara terowong bawah tanag Mesir-Gaza yang didakwa telah dimusnahkan)

MESIR: Sekurang-kurangnya tiga terowong bawah tanah yang menghubungkan Mesir dan Gaza dilaporkan dimusnahkan oleh tentera sejak rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi hampir dua minggu lalu.

Menurut agensi berita Anadolu, tentera tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi setakat ini, namun ianya telah disahkan oleh seorang pegawai keselamatan di Rafah.

"Lebih terowong akan dimusnahkan untuk menghentikan ancaman penyeludupan yang semakin meningkat," kata pegawai itu.

Terowong bawah tanah merupakan laluan komersil utama anatara Gaza dengan Mesir yang digunakan untuk membawa bahan makanan, bahan api dan bahan binaan ke Gaza.

Ianya juga adalah talian hayat untuk rakyat Palestin yang tinggal di Gaza, yang telah berada di bawah sekatan Israel sejak 2006.

Ke mana hala Malaysia?


Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk Kinabatangan Bung Mokhtar Radin di Parlimen kelmarin mengakui bahawa pemimpin-pemimpin Umno bahagian menuntut kontrak daripada kerajaan dan mana-mana pemimpin bahagian yang tidak berbuat demikian adalah pengecut. Pengakuan ini merupakan satu lagi kenyataan mengejutkan daripada sekian banyak kenyataan mengejutkan yang telah dikeluarkan oleh menteri, pemimpin, dan penyokong Barisan Nasional sejak enam minggu lalu, iaitu selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei 2013.

Antara kenyataan lain sepertinya yang telah dikeluarkan oleh menteri/pemimpin/penyokong BN sejak enam minggu lalu:

•    Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencemarkan politik Ramadan malam Ahad lalu dengan menyebarkan pembohongan dan dusta dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Besut dengan mendakwa DAP adalah anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-raja Melayu, dan bahawa DAP ingin menghapuskan sistem raja berperlembagaan untuk menubuhkan sebuah republik serta melantik Karpal Singh sebagai Presiden pertama Malaysia;

•    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam wawancara dengan Sin Chew Daily bulan lepas memberi nasihat songsang kepada kaum Cina di Malaysia dengan menyeru mereka agar meninggalkan “perkauman ekstrem” yang dibawa oleh DAP agar “Malaysia suatu hari nanti akan mendapat Perdana Menteri berketurunan Cina.” Shahidan membuat dua kesilapan memandangkan DAP tidak pernah mengajak kaum Cina di Malaysia ke arah “perkauman ekstrem” dan isu Perdana Menteri berketurunan Cina tidak pernah persoalan penting bagi kaum Cina kerana bagi mereka yang lebih penting ialah mendapat Perdana Menteri yang berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.

Rafizi: Umno peralat MP Simpang Renggam fitnah Anwar isu Wikileaks

RafiziKUALA LUMPUR 16 JULAI: Fitnah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu akaun bank luar negara berkemungkinan diarahkan Umno supaya boleh digunakan Utusan Malaysia untuk memburukkan Ketua Pembangkang itu.
Demikian ujar Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang bersimpati terhadap Liang kerana diperalatkan untuk kepentingan Umno dan akhabar kawalan parti itu tanpa menyedari kesan buruk kepada kedudukannya dalam Dewan Rakyat.
“Sampai sekarang Simpang Renggam bukan sahaja tidak berani mengulanginya di luar Dewan seperti yang KEADILAN cabar, bahkan dalam Dewan Rakyat pun dia tak sebut lagi dan kalau kita semak hansard beliau dalam sidang yang lepas, itu bukan wataknya.
“Simpang Renggam mungkin tidak sedar bahawa ketika dia memfitnah, pada masa yang sama, kita juga menyemak Wikileaks. Sepatutnya beliau bertanggungjawab dengan sebarang dakwaan, semak dahulu fakta, bukan cakap melulu,” ujarnya kepada pemberita.
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk merujuk Liang ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen atas kenyataannya yang mendakwa Anwar memiliki wang ratusan juta ringgit dalam akaun bank luar negara.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, Speaker telah memberitahunya bahawa usul tersebut akan dibahaskan pada Khamis ini.

DAP kesal dakwaan taja Alvin, Vivian

Anthony Loke Siew Fook KUALA LUMPUR - DAP kesal tiada tindakan dikenakan terhadap ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan parti itu dengan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dalam ucapan perbahasannya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, Bung Mokhtar telah menyalahgunakan peluang bercakap di Parlimen untuk memfitnah DAP.

"Kita amat kesal apabila beliau mengeluarkan kenyataan fitnah itu. Nampaknya beliau sengaja mengucapkannya di Parlimen kerana tahu ada imuniti.

"Malangnya tiada tindakan dikenakan kepada beliau walaupun kita sudah membangkitkan soal peraturan mesyuarat. Kita harap Speaker Dewan Rakyat dapat menegur dan ambil tindakan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Terdahulu, Bung Mokhtar dalam ucapan perbahasannya mendakwa pasangan Alvin dan Vivian mendapat tajaan DAP.

Bung dakwa DAP taja Alvin, Vivian

Bung Mokhtar KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP.

Tindakan Bung Mokthar itu membangkitkan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP sehingga mencetuskan kekecohan.

Bung Mokthar dalam ucapan perbahasannya meminta kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit kerana menyentuh sensitiviti agama di negara ini.

"Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan, penjarakan.

"Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP," katanya.

Kenyataannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantahan dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

"Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan," tegas Kor Ming.

Pos Malaysia Gagal Serah Sebahagian Kertas Undi Pos Pada PRU-13 - SPR

KUANTAN: Pos Malaysia gagal menyerahkan sebahagian kecil kertas undi pos Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada Pegawai Pengurus kawasan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan kertas undi berkenaan tidak dapat dikira, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Kita telah menerima laporan di beberapa peringkat (kakitangan) Pos Malaysia tidak memberikan keutamaan kepada undi pos.
"Ada sebahagian kertas undi pos tidak dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk pengiraan undi," katanya.
Wan Ahmad berkata SPR akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan perkhidmatan pos yang berbeza sekiranya Pos Malaysia tidak dapat menyerahkan kertas undi pos secara efektif.
"Kita akan bertemu dengan Pos Malaysia untuk mendapatkan penjelasan kerana kita telah membayar untuk menggunakan perkhidmatan mereka," katanya.

Dakwat Tak Kekal : Orang dalam dedah pembekal rapat dengan SPR - Rafizi



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan kepada Dewan Rakyat seorang usahawan bernama Mohamed Salleh Mohd Ali sebagai individu yang bertanggungjawab membekal dakwat kekal pada PRU13.

Beliau mendakwa, usahawan itu mendapat tender terus daripada SPR membekalkan topi, kemeja-T dan dakwat kekal.

Dakwa beliau lagi, Mohamed Salleh  pakar dalam rundingan terus apabila memperolehi banyak projek kerajaan termasuk bersama Kementerian Pertahanan.

"Pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya. Ada tiga syarikat dikawal oleh niagawan ini, salah satunya syarikat
Intergrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Sebab itu saya minta menteri sebut sebelum kami dedahkan, sebab selepas keluar (pendedahan) akan datang persepsi tidak baik.

"Ada dua syarikat lagi masuk dalam rundingan terus yang dikawal Mohamed Salleh ini," katanya pada sesi pembahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan, hari ini.

PRK Kuala Besut : Che Long ' Mudoh Bbaso,Sene Kkiro '

Che Long pilihan tepat PAS di PRK Kuala Besut. Tidak "kupid", pemurah dan "mmudah bbaso, senei kkiro". Jika menang, dia tidak mahu ambil elaunnya sebaliknya diberikan kpd orang yang memerlukannya. 
Kata Che Long "saya bawa orang pergi (tunai haji) ke Mekah sampai 40 orang lebih, saya belanja habis duit sampai RM200,000.00 dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi, saya hantar orang ke Mekah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar."

PRK Kuala Besut: Calon PAS Ditawar Projek Beratus Juta Ringgit Supaya Tidak Bertanding

Calon PAS Kuala Besut, Endot @ Azlan Yusof mendakwa, beliau pernah ditawarkan projek bernilai ratusan juta ringgit jika tidak menjadi calon dalam pilihan raya kecil tersebut.

Beliau yang dikenali dengan panggilan Che Long mendakwa lagi, projek tersebut akan ditarik balik jika menjadi calon PAS di Kuala Besut.

“Saya tetap tidak berganjak dengan perjuangan Islam dan bagi saya akhirat itu lebih baik,” katanya dalam temubual dengan Harakah.

Che Long di kalangan penduduk tempatan merupakan seorang kontraktor kelas A.

Beliau berdepan dengan bekas jurutera Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman yang merupakan calon Barisan Nasional pada 24 Julai ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN baru-baru ini.

Che Long turut mendakwa beliau pernah membelanjakan wang RM200, 000 untuk membawa lebih 40 orang ke Makkah menunaikan ibadah haji.

“Dan hampir setiap tahun jika ada duit lebih lagi saya hantar orang ke Makkah, yang nampak ada perubahan dan hendak kembali kepada Islam sebenar,” tambah beliau lagi.

Penduduk daif

PRK Kuala Besut: Senario lepas PRK paling dinanti

Rakyat tidak hanya beri tumpuan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada siri kempen dijalankan, tetapi yang lebih dinantikan adalah senario selepas PRK sekiranya Pas memenangi kerusi Dun Kuala Besut.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika ia menjadi kenyataan, perkara itu beri harapan baru buat rakyat di Kuala Besut.

Katanya, apabila wujud keseimbangan kerusi selepas PRK Kuala Besut, ia merupakan satu petunjuk kepada kerajaan supaya lebih berhati-hati dalam setiap keputusan yang dibuat.

“Rakyat menanti senario selepas PRK Kuala Besut jika jumlah kerusi sama banyak.

“Malah Pas akan memastikan kerusi Kuala Besut menjadi milik Pas kali ini,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat berkata, Pas Pahang ditugaskan di unit peti undi (UPU) Kampung Nangka dan seramai 100 jentera akan diturunkan untuk membantu kempen.

“Kita akan hantar jentera kempen sebanyak tiga peringkat sehinggalah menjelang hari pengundian.

“Saya lihat proses kempen berjalan lancar tanpa gangguan dan fokus diberi kepada isu setempat seperti kemiskinan berbanding isu nasional,” katanya.

PRK Kuala Besut: PKR tak melatah 'diusik' boikot calon Pas

SHAH ALAM – Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menyatakan pihaknya akan bekerja keras untuk mencapai misi 16:16 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai depan sekali gus menolak spekulasi beliau memboikot calon Pas.

Menurutnya, PKR Terengganu akan membantu calon Pas menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada penduduk bagi menghormati bulan Ramadan di samping mengelakkan kempen berbentuk fitnah.

Beliau juga berkata, misi 16:16 penting untuk melonjakkan kedudukan pembangkang di negeri “penyu bertelur” itu.

“Saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan supaya kedudukan sama (16:16).

“Saya juga nak ada kedudukan yang baik di dalam negeri Terengganu ini.

“Saya akan pastikan kami menang, bukan setakat sokong tetapi bekerja keras,” katanya kepada Sinar harian Online.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai spekulasi memboikot calon Pas, Azan menyatakan itu adalah spekulasi “nakal”.

“Itu hanya spekulasi nakal, niat tak baik.

PRK Kuala Besut: 2 bekas Adun terpaksa turun bantu calon BN

KUALA BESUT - Kempen calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut diperkuatkan dengan sentuhan pendekatan dua bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi itu.
  
Dua bekas Adun Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman (1979-1999) dan Abdullah Che Muda (2004), komited untuk membantu Tengku Zaihan mempertahankan kerusi itu pada PRK 24 Julai ini, yang diadakan berikutan kematian penyadangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun akibat kanser paru-paru.
  
"Saya dan Abdullah mempunyai strategi tersendiri untuk mendekati pengundi dan membantu kempen Tengku Zaihan yang juga sesuai dalam suasana Ramadan.
  
"Kita tidak boleh dedah macam mana kaedah kempen kita, tapi ia pastinya kempen yang lebih dekat di hati pengundi," kata Wan Zakaria kepada Bernama.
  
Wan Zakaria berkata pengalaman menghadapi PRK Kuala Besut pada 1979 boleh beliau kongsikan bersama Tengku Zaihan walaupun senario dan kempen politik hari ini jauh berubah dengan adanya medium kempen baharu.

PRK Kaual Besut: Hari undi 24 Julai sengaja nafi hak pengundi luar kawasan


KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh mengundi PRK Kuala Besut pada 24 Julai di pertengahan minggu bekerja.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh itu dilihat sebagai sengaja untuk menafikan hak pengundi yang berada di luar kawasan Kuala Besut.

Justeru, katanya demokrasi dan hak mengundi setiap rakyat perlu dihormati.

Oleh itu, tegasnya memilih tarikh mengundi perlu mengambil kira kemudahan bagi pengundi untuk mengundi.

“Ini perlu untuk memastikan keputusan pilihan raya itu betul-betul melambangkan suara rakyat dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, semakan daftar pemilih mendapati lebih seribu pengundi berada di luar Kuala Besut.

Tambahnya, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada Rabu depan sangat menyusahkan pengundi untuk pulang membuang undi.

Katanya, apa juga alasan SPR, perkara itu tidak boleh diterima dan mesti dielakkan daripada berulang pada mana-mana pilihan raya kecil atau umum pada masa depan.

“Dengan mengadakan tarikh pengundian pada hari bekerja, PAS menjangka peratusan keluar mengundi akan berkurangan,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PRK Kuala Besut: Tebus semula maruah PAS di Besut – Che Long

BESUT: Pengundi di Kuala Besut perlu menembus semula maruah mereka apabila tiga pilihan raya umum (PRU) lalu PAS tidak mendapat sebarang kerusi di parlimen Besut.

Calon PAS, Azlan Yusof atau sinonim dengan Che Long berkata, pilihan raya kecil Kuala Besut memberi peluang keemasan bagi pengundi Dun Kuala Besut membolehkan PAS bertapak semula.

“Ini adalah masa terbaik bagi mengembalikan semula kerusi Dun Kuala Besut kepada PAS. Ini kerana pada PRU 2004, PRU 2008 dan PRU 2003 PAS tidak mendapat sebarang kerusi di parlimen Besut.

“Oleh itu saya berharap pengundi memilih Che Long pada pilihan raya kali ini,” katanya pada ucapan ringkas memperkenalkan diri di Tok Saboh malam tadi.

Tok Saboh merupakan kubu Umno, di mana pada pilihan raya umum lalu calon BN mendapat majoriti 617 undi. Malah BN meneruskan penguasaan di Dun berkenaan sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun di peti undi tersebut terdapat markas PAS iaitu Masjid Haji Yaakub.

Masjid berkenaan Jumaat lalu dikunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyampaikan khutbah Jumaat.

Di sebelahnya terdapat Markas Dewan Ulama PAS bagi pilihan raya kecil Dun terbabit. Terdapat juga replika jet pejuang berwarna hijau di tepi jalan di hadapan masjid.

Jentera pilihan raya PAS Rantau Panjang dan Perak turut datang membantu kegiatan kempen di peti undi terbabit.

PRK Kuala Besut: Pemimpin Umno SMS suruh undi calon PAS

BESUT: BN Kuala Besut didakwa berdepan sabotaj dalaman apabila terdapat penyebaran maklumat yang mengarahkan penyokong BN mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai nanti.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, arahan itu datangnya dari pemimpin Umno sendiri yang menyebarkannya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Menurut Mohamad, kandungan SMS itu antara lain memberitahu ianya bagi mengubah pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran kononnya telah melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji.

"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.

"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.

Sehubungan itu beliau berkata, jika pemimpin Umno pun mahu orang Umno undi calon PAS, apatah lagi rakyat biasa lebih-lebih lagi wajar untuk berbuat demikian.

PRK Kuala Besut: Kempen semakin panas, BN dan PAS mula serang menyerang


Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut masuk ke fasa kedua.
Kalau sebelum ini, kedua-dua pihak yang bertanding menerangkan tujuan mereka menyertai pilihan raya ini,  mulai semalam kedua-dua pihak melepaskan peluru serangan kepada lawan masing-masing.
Penceramah Barisan Nasional (BN) secara terbuka menyerang tema kempen PAS, 16:16 Kuala Besut cipta sejarah.
"Ini bukan cipta sejarah, ini mahu mencipta huru-hara. Kita nak huru-hara dan tak stabil ke adik kakok," kata seorang penceramah BN dalam ceramahnya di perkarangan bazar Ramadan pekan baru Kuala Besut.
BN dari awal lagi mengajak pengundi Kuala Besut agar mengundi calonnya bagi menwujudkan kestabilan dalam politik dan pentadbiran negeri Terengganu.
Pengarah pilihan raya BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari awal lagi menegaskan kemenangan BN perlu untuk kestabilan kerajaan dan politik Terengganu.
Hanya dengan kestabilan sahaja kerajaan negeri dapat memberikan tumpuan untuk membantu rakyat, kata Muhyidin ketika memperkenalkan calonnya, Tengku Zaihan Cheku Abd Rahman.
Jika BN kalah dalam pilihan raya kecil ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN akan sama ramai dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dalam DUN Terengganu iaitu 16:16 dalam Dun yang mempunyai 32 anggota itu.

PRK Kuala Besut: Empangan pecah, Tanah terbiar, Tuan Jurutera JPS buat apa?

Assalamu'alaikum wbt dan selamat sejahtera;

Saya mengucapkan terima kasih sekalgi lagi kepada saudara dan saudari sekalian kerana tidak pernah jemu untuk membuat liputan kepada PAS sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi N1 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut ini.
Sudah lebih 3 musim, kira-kira 1,000 ekar tanah sawah meliputi kawasan penamaan padi di Kampung Tok Saboh, Kampung Nangka, Kampung Bharu dan Kampung Gong Manok di dalam kawasan Dun Kuala Besut kering kontang disebabkan Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang merupakan undi pengairan tanah sawah di lokasi-lokasi tersebut kira-kira hampir 2 tahun yang lalu.
Dengan anggaran pendapatan semusim untuk setiap ekar sawah adalah antara RM800-RM1,000 bisa dihitung, berapakah jumlah kerugian yang telah ditanggung keseluruhannya disebabkan oleh sawah yang terbiar ini.

PRK Kuala Besut: Calon BN gagal selesai masalah Empangan Lowvier



 BESUT: Kerajaan BN Terengganu didakwa gagal menyelesaikan masalah Empangan Lowvier di Pengkalan Nangka yang hampir runtuh sejak dua tahun lepas akibat dari kerja-kerja pengambilan pasir.

Kegagalan menyelesaikan masalah itu menyebabkan hampir 400 keluarga kerugian kerana gagal menguasahakan 1,000 ekar tanah sawah mereka.

Difahamkan, masalah tersebut turut terkait dengan calon BN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang ketika itu memegang jawatan sebagai Jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut.

PRK Kual Besut: Dedah cara peroleh tanah, SPRM mesti siasat

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mendesak kerajaan negeri menyemak dan mendedahkan proses pemilikam tanah empat pemimpin Umno Besut.
“Kita desak semua tanah ini disemak semula sama ada wujud salah guna kuasa sehingga semua pemimpin Umno itu memperolehinya.
“Kita juga meminta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan badan terlibat menyiasat skandal ini,” kata Azan Ismail kepada Keadilandaily.
Tegasnya, ketika rakyat biasa diberi alasan kononnya tiada tanah untuk dipohon, empat pemimpin Umno Besut memiliki sehektar tanah seorang jelas mengkhianati amanah sebagai wakil rakyat.
“Ini membuktikan parti itu lebih mengutamakan kroni berbanding rakyat miskin yang lebih memerlukan,” katanya.
Empat pemimpin Umno Besut masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut, dedah ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Mereka ialah Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Nawi Mohamad (PT 6904), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).
Dr Dzulkefly turut menunjukkan peta lokasi tot tanah milik pemimpin Umno yang tertetak dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, daerah Besut.
“Setakat hari ini tidak ada siapa berani menyahut lontaran (cabaran) kami,” kata Dr Dzulkefly.

PRK Kuala Besut: Masuk hari ke-5 kempen, PAS tukar rentak

Memasuki hari kelima kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, PAS dilihat mula mengambil pendekatan 'menyerang' BN dengan membangkitkan pelbagai isu tidak kira isu tempatan atau nasional.

Ketika pendekatan sentuhan langsung dilihat sama seimbang, PAS kini aktif membangkitkan isu-isu seperti masalah tanah dan rumah setempat, sosio-ekonomi masyarakat, kelemahan infrastruktur serta isu nasional seperti pelantikan pengerusi Tabung Haji baru.

Mereka juga menjadikan tema "16:16 Terengganu Baru" dalam kempen mereka mendapat penguasaan seimbang antara Pakatan Rakyat-BN dalam DUN Terengganu, yang bergantung kepada keputusan di Kuala Besut.

Pada tiga hari pertama kempen, PAS lebih tertumpu kepada usaha memperkenalkan calon mereka dan menyentuh masalah tanah, tetapi semalam parti Islam itu mula mendedahkan berdikit-dikit dakwaan pemilikan tanah empat pemimpin Umno Besut di DUN itu.

Setakat ini, tiada jawapan daripada pemimpin Umno melainkan ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad yang mengakui memiliki lot tanah di kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, daerah Besut.

PAS juga mendakwa, berlakunya rampasan tanah - yang diberikan oleh kerajaan PAS pada 1999 - dan perobohan lima rumah yang kini dijadikan projek rumah pangsapuri yang mungkin diberikan "percuma" kerajaan BN.

PR desak Shabery dirujuk JK Hak Parlimen

Dakwaan Terima Dana Asing, Anwar Saman BH

Ayam naik, sediakan mekanisma bukan suruh pulau

PKR Pandan Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2013

PAS Pokok Sena Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2013 (2)

PAS Pokok Sena Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2013 (1)

Parliament protest: 'Pro-US TPPA must be debated in parliament'

Ketua Pembangkang Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2013

Dewan Rakyat 16 Julai 2013: Pertanyaan jawab lisan (3)

Dewan Rakyat 16 Julai 2013: Pertanyaan jawab lisan (2)

Dewan Rakyat 16 Julai 2013: Pertanyaan jawab lisan (1)

At least 24 reported injured in Egypt clashes

Police fire tear gas at protesters in Cairo

PRK Kuala Besut: Janji tawar rumah percuma umpan BN

PRK Kuala Besut: Che Long tak perlu sijil untuk berjaya, Iman dan Islam asas utama...

#PRKBESUT13 #PRKN1 : COMMUNITY POLICING BANTERAS JENAYAH

PRK KUALA BESUT: RUMAH TERBAKAR MAMPU DIBINA SEMULA DALAM TEMPOH 10 HARI SAJA!!


Punyalah dahsyat pukulan sesuatu pilihanraya kecil apabila diadakan dinegara kita jika UMNO/BN berhempas pulas dan bersungguh-sungguh nak menang.

Perkara yang jarang kita dengar akan kita dengar... perkara yang agak sukar nak dilaksanakan akan dilaksanakan dengan apa cara sekali pun.

Inilah yang terjadi pada satu projek membina semula rumah rakyat yang terbakar di Kuala Besut baru-baru ini akan cuba disiapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu dalam tempoh 10 hari.

Bermula dari 13hb Julai 2013 dan mau disiapkan sehari sebelum rakyat Kuala Besut keluar mengundi iaitu pada 23hb Julai 2013.

Kalau bukan kerana adanya PRK DUN N01 Kuala Besut jangan nak mimpilah akan disegerakan sebegini pantas.

Benar jua kata setengah rakyat kita...bila ada PRK yang untungnya ialah rakyat jelata.

Paling peliknya ialah... semenjak bila pula salah satu peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat ialah membina semula rumah yang terbakar?

Siapa Yang Dekati Pope Nasihatilah Wakil Beliau.....

Oleh A Kadir Jasin
MARI kita cakap bahasa mudah. Kalau nak marah, marahlah. Apa kita nak hairan kalau Duta Vatican, Joseph Marino “campur tangan” dalam hal yang sensitif kepada orang Islam Malaysia?

Menurut laporan media, dalam pertemuan sulungnya dengan media massa tempatan, Marino memuji hujah yang dikemukakan oleh Persekutuan Kristian Malaysia (Christian Federation of Malaysia) supaya dibenarkan mengguna "Allah" dalam teks bagi merujuk kepada Tuhan. Maksudnya dia setuju dan sokonglah tuntutan itu.

Archbishop Marino serah watikah kepada Yang di-Pertuan Agong

Tapi nak marah kepada dia pun tak boleh. Dia orang agama dulu. Kemudian baru diplomat. Jadi dia wajib utamakan agama dia daripada diplomasi (baca di sini)


Periksa dulu diri kita. Tanya, siapa yang hemoi sangat nak lawat Vatican, nak jumpa Pope, nak jalin hubungan diplomatik Vatican?
Bukan soal hubungan dengan Vatican saja yang jadi masalah malah semua hal berkaitan Melayu/Bumiputera, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan sedang dipertikaikan. Semuanya sedang dicabar dari dalam dan luar kerangka besar kepemimpinan Melayu-Islam.
Hanya Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan mereka yang seumpamanya saja terhegeh-hegeh cuba mempertahankan Melayu, Bumiputera dan Islam. Tapi, bukan semua Bumiputera Malaysia beragama Islam dan dalam isu “Allah” mereka tentulah sokong agama mereka.

PRK Kuala Besut: PAS menang tidak merugikan dan tidak ada untungnya UMNO menang....

Oleh Aspan Alias
Apa pun keputusan PRK Kuala Besut, keadaan tidak berubah. Ia tetap menunjukkan BN adalah pihak pemerintah yang lemah dan tidak mampu menjadi kerajaan yang kuat dan stabil di Terengganu. Jika PAS memenangi PRK ini, ia akan  menjadikan kedudukan BN dan PR sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri Terengganu itu.

Tidak pula diketahui apakah cara undang-undang dan perlembagaan yang akan mencari penyelesaian terhadap isu ini jika ia berlaku.
Jika BN menang ia akan mengekalkan kedudukan 17/15 dalam Dewan Undangan Negeri itu dan ia tetap melambangkan kelemahan BN di negeri itu. UMNO sebenarnya tidak kuat di Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku dalam PRK kali ini di Kuala Besut. UMNO sendiri bermasalah dalaman yang besar. UMNO tidak bersatu diantara pemimpinnya dan ini diketahui umum.
Idris Jusuh, Ketua UMNO Bahagian itu berkata ada usaha PAS untuk melagakan beliau dengan Menteri Besar, Ahmad Said. Ahmad Shabery Cheek pula mengatakan yang tidak akan ada mana-mana pihak yang akan percaya dengan ‘tohmahan’ PAS itu.
Sesungguhnya kata-kata kedua-dua pemimpin UMNO Terengganu itu adalah lambang kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam UMNO Terengganu. Ini politk dan kita faham hakikat yang ada di dalam UMNO itu. Jika ada pemimpinnya bercakap sedemikian. dengan menuding jari dan menuduh PAS melagakan kedua-dua kumpulan dalam UMNO itu semata-mata untuk melindungi dan menutup keadaan sebenarnya dalam parti pemerintah itu.
Hakikatnya kedua-dua pemimpin, Idris dan Ahmad Said ini tidak perlu dilagakan, kerana kedua-duanya memang sudah pun berlaga dari dulu lagi. Bagaimana kita hendak menafikannya kerana mereka berlaga secara terbuka sejak selepas PRU ke12 dahulu. Tidak payah diulangi apa yang berlaku kerana itu semua dalam pengetahuan umum. Jadi jika ada dalam UMNO Terengganu menafikannya itu adalah bohong belaka.

PRK Kuala Besut: Hanya 'Sedikit kemajuan' selepas 34 tahun



Terdapat persamaan aneh antara pilihan raya kecil 24 Julai ini dengan apa yang berlangsung pada tahun 1979.

Pada 34 tahun lepas, anggota dewan undangan negerinya Zakaria Muda meninggal dunia pada 26 Jun - sama seperti tarikh kematian wakil BN Dr A Rahman Mokhtar pada tahun ini.

Tempoh berkempen pada 1979 juga berlangsung pada bulan Ramadan.

Dalam pilihan raya pada masa itu, Wan Zakaria Wan Abdul Rahman (BN) menewaskan Husin Jusoh (PAS) dengan majoriti 979.

Kali ini, calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berdepan Azlan Yusof daripada PAS.

Bagaimanapun, antara 1979 hingga 2013, masih terdapat persoalan berbangkit berhubung pembangunan di kawasan itu yang masih sedikit.

Nelayan Mohd Faizul Anuar Mat Sin dan Mohd Zaki Che Abdullah antara mereka yang merintih dengan keadaan itu.

PRK Kuala Besut: Lensa Kempen & Ziarah Che Long










Pak Samad - Unggun Bersih

SPR tidak tertekan petisyen keputusan PRU13..??

This has to happen - Nurul on landmark suit against EC

PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Ceramah Umum Kg Tok Saboh (Kubu Kuat UMNO)