Isnin, 15 Julai 2013

Persempadanan: Himpunan besar-besaran relevan


KUALA LUMPUR: Rancangan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran jika persempadanan semula dilakukan sebelum pembersihan daftar pemilih disifatkan sebagai amat relevan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat berhak bangkit menuntut hak mereka jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih enggan melakukan pembersihan daftar pemiih yang merupakan tuntutan Bersih dan Pakatan Rakyat.

"Permintaan Bersih itu suatu benda yang sangat relevan kerana itulah tututan yang dibuat dalam Bersih dahulu yang turut disertai dan didokong oleh Pakatan Rakyat.

"Kalau masih belum berlaku pembersihan daftar pemilih, terserah kepada rakyat untuk membuat tindakan selanjutnya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menegakan, inilah masa yang sesuai untuk SPR melakukan pemebersihan daftar pemilihan memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) baru sahaja berlalu.

"Pembersihan daftar pemilih ini satu perkara yang penting sebab inilah masanya lepas pilihan raya umum, untuk nak sampai pilihan raya umum akan datang kita masih ada masa empat hingga lima tahun.

Bila menteri ‘cap ayam’ mahu selesaikan isu ayam…

Shahbudin Husin

Setiap kali musim perayaan, rakyat pasti menghadapi masalah kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Semua barang menaik harganya.
Antara yang tidak pernah terlepas dari mengalami kenaikan harga setiap kali musim perayaan ialah ayam. Meskipun menteri silih berganti tetapi harga ayam tidak pernah dapat diselesaikan seolah-olah peniaga ayam lebih cerdik daripada menteri.
Tahun ini harga ayam naik lagi. Di sesetengah tempat ia mencecah sehingga RM9.00 sekilo. Bagaimanapun bagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hassan Malek, beliau mempunyai cara yang amat mudah untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam ini iaitu dengan mencadangkan supaya rakyat beralih kepada menu lain seperti ikan atau daging bagi mengekang kenaikan harga itu.
Orang Kuala Pilah di mana Hassan Malek menjadi Ahli Parlimen tentunya menjerit membaca berita ini. Gilo apo montori ni...
Nampaknya senang sangat kerja menteri di Malaysia, bila ayam naik disuruhnya makan menu lain walaupun sepatutnya tugas beliau beliau mencari jalan menstabilkan harga ayam di pasaran. Berbagai cara boleh dilakukan seperti menemui pengeluar atau penternak, menambah bekalan melalui pengimportan, melakukan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya.
Tetapi semua itu tidak dilakukan, yang disuruhnya rakyat tukar menu makanan.
Lagi pula tindakan beliau memberi pilihan supaya makan ikan atau daging itu juga tidak logik sama-sekali kerana harga ikan sebenarnya lebih mahal daripada ayam. Ikan yang paling biasa menjadi menu rakyat Malaysia iaitu ikan kembung saja sudah berharga RM12 hingga RM15 sekilo. Belum lagi dikira ikan lain seperti ikan siakap, bawal atau tenggiri yang menjadi santapan orang-orang yang lebih berada.

Ketepi keputusan melalui mahkamah bercanggah Perlembagaan, kata SPR...khianat pada amanah rakyat tak pe eh..!!!

Cubaan mengetepikan seluruh keputusan Pilihan Raya 2013 oleh Pakatan Rakyat (PR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bercanggah dengan Perlembagaan, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata, tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana mahkamah hanya boleh mengetepikan mana-mana keputusan pilihan raya melalui petisyen sahaja.
"Ia di luar garis undang-undang. Mahkamah hanya batal melalui petisyen pilihan raya tetapi saya serahkan kepada keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider, hari ini.
Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk: "Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan."
PR hari ini memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepi keseluruhan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membabitkan 222 kerusi Parlimen dan pemilihan baru dijalankan semula.
Tindakan itu belum pernah berlaku di Malaysia, dan berkemungkinan antara yang pertama kali bagi negara-negara Komanwel.
"Kalau mereka nak buat, silakanlah. Mereka pun ada peguam yang boleh beri nasihat.
"Cuma kalau mahkamah buat keputusan, jangan mereka pertikai keputusan mahkamah. Nanti kata mahkamah pula tidak adil," katanya.

Kenapa SPR takut sangat dedah pembekal dakwat kekal?

Kerajaan diingatkan supaya tidak memberi alasan dangkal ekoran kengganannya mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat ketika pilihan raya umum lalu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin merujuk kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam bahawa kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat terbabit.

Apa yang kerajaan Umno BN mahu sembunyikan daripada pengetahuan rakyat? Sebagai pembayar cukai mereka juga berhak tahu nama syarikat pembekal dakwat itu yang jelas gagal membekalkan dakwat kekal.

“Keengganan kerajaan melindungi nama syarikat itu menyebabkan rakyat berasa teraniaya. Duit yang digunakan untuk membeli dakwat kekal bukan sedikit jumlahnya iaitu RM7 juta tetapi hasilnya sangat mengecewakan,” ujar Shamsul.

Shahidan semalam berkata kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat berkenaan kerana khuatir dakwat tersebut akan dibeli oleh orang ramai dan berlaku “kekecohan” semasa hari pengundian.

Mengulas lanjut, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, alasan Shahidan itu amat memalukan dan sukar diterima.

TG Nik Aziz: Umno jangan nak 'bermuka-muka'

SHAH ALAM - Pas hari ini membidas kenyataan Umno yang mendakwa parti itu perkakas kepada DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam laman sosial Facebooknya berkata perkara yang dilakukan Umno tersebut tidak bersifat baik sekali gus meminta bukti daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.

Beliau juga berkata pemimpin politik perlu bercakap menggunakan fakta dan tidak "bermuka-muka".

"Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman tiga hari ini.

"Katanya, Pas merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?

"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan, di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada Pas. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik," katanya.

PRK Kuala Besut: SPR buat persiapan simulasi celup jari

KUALA BESUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Khamis ini.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa segala persediaan bagi menjalankan simulasi itu sedang diatur oleh SPR Terengganu.
  
Beliau berkata simulasi itu penting untuk memberi gambaran jelas mengenai cara mencelup jari ke dalam dakwat kekal berbanding kaedah mencalit seperti digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.
  
SPR menetapkan 20 Julai ini sebagai tarikh pengundian awal PRK Kuala Besut manakala pengundian biasa ditetapkan pada 24 Julai ini.
  
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata simulasi itu akan disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan seperti RTM bagi membolehkan pengundi dan parti-parti politik mengetahui tentang kaedah sebenar.
 
"Ia (simulasi) tidak akan mengambil masa yang lama. Kita akan panggil stesen televisyen untuk menyiarkan beberapa kali sebelum hari mengundi.
  
"Selain itu kita (SPR) juga akan letak gambar atau poster kaedah mencelup jari di bilik-bilik mengundi supaya pengundi boleh tengok dan tahu macam mana nak celup," katanya.
  

"Antara Janji dan Realiti: Rakyat Terus 'digula-gulakan' oleh Barisan Nasional"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan selamat pagi kepada semua rakan media sekalian yang sudi hadir membuat liputan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut:

Rumah Percuma Untuk Rakyat
Medan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut kini menjadi pentas kepada pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menabur 'janji-janji manis' bagi mengumpan rakyat miskin terus bersama mereka.
Dua hari lalu ( Sabtu : 13 Julai 2013 ), Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan kepada 72 keluarga miskin bakal mendapat 'durian runtuh' jika rakyat memilih BN pada 24 Julai ini. Maka, telah diadakan satu Majlis Peletakan Batu Asas dan Pecah Tanah Projek Pembinaan 72 unit Pangsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut.
PAS tidak menentang sebarang bentuk pembangunan yang baik dibuat oleh kerajaan. Apatah lagi, jika sesuatu kemudahan yang hendak dibangunkan itu boleh diberi 'PERCUMA' kepada rakyat yang miskin serta tidak berkemampuan. Bahkan, itulah yang menjadi agenda PAS dan Pakatan Rakyat jika diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Negeri dan Negara, Insya'Allah.
Namun, kebimbangan kami (PAS) sama ada janji-janji untuk rakyat itu Realiti atau sekadar janji manis untuk kempen pilihan raya (PRK) ini sahaja. Sebabnya, kita ada banyak bukti-bukti kegagalan Umno-BN yang memerintah melaksanakan tuntutan tersebut. Akhirnya, rakyat yang menjadi mangsa 'kebergantungan' mereka kepada kerajaan BN.
Saya berikan beberapa contoh... Pertama, dalam isu tanah rakyat di Kampung Tok Saboh sendiri yang baru dibuat majlis peletakan batu asas untuk projek pangsapuri percuma kepada rakyat miskin di Dun Kuala Besut. Suka saya ingatkan kepada semua rakan media pada pagi ini. Ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu tahun 1999-2004, kita (PAS) telah berjaya menyedia dan mengagihkan tanah-tanah lot perumahan dan pertanian kepada rakyat di sini. Malangnya, apabila kerajaan BN kembali berkuasa telah dibatalkan dan 'dirampas' kembali tanah-tanah tersebut dari rakyat.

PRK Kuala Besut: PAS boleh menang jika PRK bersih


Che Long melawat peniaga di pasar tani Kuala Besut.


BESUT: Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat (kanan) berkeyakinan jika tiada penipuan serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut berjalan dengan bersih, calon PAS akan memenangi kerusi tersebut.

Pada PRK Dun Kuala Besut, PAS telah mencalonkan Endot@Azlan Yusof yang lebih mesra dengan panggilan Che Long bagi menentang calon Barisan Nasional.

Menurut Hanafiah lagi, sepanjang kempen yang berlangsung selama empat hari, beliau melihat sambutan yang amat baik telah diberikan oleh penduduk setempat terhadap Che Long.

"Saya melihat sambutan sangat baik dan saya gembira serta terharu dengan sambutan tersebut, sebahagian besar mereka mengenali dan rapat dengan Che Long.

"Selain itu juga kelebihan yang beliau miliki adalah apabila bertemu dengan penduduk (lelaki) beliau akan sentuh bahu dan ini merupakan satu sikap yang amat penting dalam dunia politik sekarang.

PRK Kuala Besut: Pangsapuri 'percuma' BN dibina atas tanah rakyat yang dirampas

PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu merampas dan meroboh beberapa rumah yang dibina di Kampung Lay Out, Tok Saboh, bagi kerja pembinaan pangsapuri 72 unit yang dirasmikan oleh timbalan perdana menteri Sabtu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa tanah lot perumahan di situ diberikan oleh kerajaan Terengganu yang ditadbir oleh PAS pada 1999 hingga 2004.

Bagaimanapun, dakwanya, kerajaan BN yang kembali berkuasa selepas itu yang di bawah pentadbiran menteri besar ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh telah membatal dan merampas kembali tanah rakyat di 'Rancangan Tanah Berkelompok' tersebut, tanpa pampasan.

"Isu sejarah rampasan tanah rakyat di Tok Saboh berlaku apabila kerajaan Umno-BN kembali berkuasa pada tahun 2004, bertindak merampas tanah-tanah Lesen Menduduki Sementara (LMS) pemberi kerajaan PAS Terengganu.

"Hari ini, di tempat yang sama, kerajaan bercadang membina pangsapuri percuma untuk rakyat.

"Jika tidak kerana pilihan raya ini, tidak mungkin rumah/pangsapuri tersebut diberi percuma," kata Wan Azhar dalam sidang medianya pagi ini.

Gambar pemilik menangis

Projek pembinaan pangsapuri empat tingkat sebanyak 72 unit telah dirasmikan upacara pecah tanah oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu yang bernilai lebih RM10 bilion dan disifatkan sebagai "durian runtuh" dan "mungkin diberi percuma" kepada penduduk yang terlibat.

PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Kempen - Part2


















PRK Kuala Besut: Lensa Hari Ke 4 Kempen - Part1

















#PRKBESUT13 #PRKN1 : PENYOKONG PARTI HARUS PROFESSIONAL BERKEMPEN

DAP Serdang Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

PKR Sungai Petani Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

PAS Shah Alam Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

PAS Pokok Sena Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

DAP Seremban Bahas Usul Pindah Peruntukan Bajet 2013

PKR Gombak Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2013 (2)

PKR Gombak Bahas RUU Perbekalan Tambahan (2012) 2013 (1)

Dakwat kekal: PR Saman SPR

GE FRAUD: All 7 EC panel members have to pay up if found liable - Pakatan

New General Elections if EC panel found liable - Pakatan

TG Nik Aziz Selar Kenyataan MP Pasir Salak yang tak sayang mulut..!!!

Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz hari ini membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman di dalam akhbar Sinar Harian yang menuduh PAS sebagai alat kepada DAP dan PKR.

Menulis di laman facebooknya, TG Nik Aziz mengembalikan pertanyaan itu kepada MP pasir Salak berkenaan dengan mengajukan soalan (jika PAS alat DAP dan PKR) "UMNO pula alat kepada siapa?"

TG Nik Aziz turut menasihatkan Datuk Tajuddin, supaya, selaku ahli parlimen jangan bercakap (menulis) tanpa fakta.

TG Nik Aziz meminta ahli parlimen berkenaan menunjukkan bukti di mana PAS menjadi alat DAP dan PKR.

Dan TG Nik Aziz turut menyelar sikap bermuka-muka pemimpin UMNO dimana mereka akan berkata lain di hadapan orang Melayu dan lain pula bila berhadapan kaum bukan Melayu.

"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan. Di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada PAS. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik."

Ahli parlimen persoal nama kementerian tukar tiga kali

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (gambar) mempersoal penukaran nama Kementerian Pendidikan yang dilakukan hampir tiga kali berikutan  dilakukan tanpa kajian teliti.
"Dulu dipanggil Kementerian Pendidikan. Tapi bila menteri pendidikan pada 1998 dinyahkan dari parti, pemerintah cepat-cepat tukar nama Kementerian Pelajaran.
"Tak ada sebab apa pun, kajian pun tak ada. Tapi tukar,” kata Johari merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah memegang jawatan itu, di Dewan Rakyat hari ini.
"Lepas itu, dipecahkan pula dengan dua kementerian. Satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi. Sekarang balik pada asal, gabung balik, tukar nama kepada Kementerian Pendidikan," katanya.

SPR sedang kaji persempadanan semula


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum dapat memastikan bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan pertambahan bahagian parlimen atau Dewan Undangan Negeri ((Dun) kerana urusan kajian semula persempadanan masih di peringkat persiapan awal.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, SPR akan menyiarkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dalam Warta dan juga dalam sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan dalam bahagian pilihan raya itu apabila SPR memutuskan untuk memulakan kajian semula persempadanan.

"Mengikut peruntukan Seksyen 4, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan, jika SPR telah memutuskan untuk membuat syor di bawah Fasal (2) Perkara 113 berhubung dengan mana-mana bahagian pilihan raya, SPR akan memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri," kata beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata, representasi mengenai syor tersebut boleh dibuat kepada SPR dalam tempoh satu bulan selepas penyiaran notis itu.

'4 pemimpin UMNO@BN Besut miliki seorang sehektar tanah' - Tradisi mendahulukan penguasa politik

Ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut didakwa masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.

Ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, empat pemimpin tersebut: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Nawi Mohamad (PT 6904), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Pada ketika itu, kata Dr Dzulkefly, Abdullah menjadi ahli Parlimen Besut, Nawi (ADUN Hulu Besut), Mohamad Pehimi (ADUN Kota Putera) dan Idris sebagai ADUN Jertih.

Ia bukan dimiliki pada penggal ini, tambah Dr Dzulkefly lagi.

"Inilah dia, tradisi mendahulukan penguasa politik. Kami cabar supaya terangkan apakah ini sebenar-benarnya hakikat," katanya di Markaz Besar Pilihan Raya PAS Besut di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.

Bung Mokhtar: "Ahli PKR tak minta projek dayus"

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin hari ini secara berseloroh berkata, mana-mana ahli PKR yang tidak meminta sebarang projek merupakan seorang yang "dayus".

Beliau yang bangun semasa Azmin Ali (PKR-Gombak) membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat tadi juga memberitahu bahawa di dalam Umno kini tiada lagi "kegiatan" memberi kontrak kepada ketua Umno bahagian.

Azmin dalam perbahasannya mendakwa bahawa, isu projek Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) bukan peruntukkan tambahan tetapi projek "mi segera" yang diberi oleh perdana menteri tanpa tender terbuka kepada ketua Umno bahagian menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Saya rasa Yang Berhormat sudah lama tinggalkan Umno sebab itu tak tahu perkembangan, kita pun marah dengan pimpinan sebab kita minta (projek) tak dapat. Semua pun tender terbuka. Menampakkan ketelusan kerajaan menjurus kepada tender terbuka. Gombak tak tahu perubahan yang berlaku," kata Bung.

Selepas itu, Azmin yang menyambung perbahasannya berterima kasih kepada Bung kerana mengesahkan bahawa memang wujud kegiatan ketua umno meminta projek.

"Terima kasih Kinabatangan (Bung) kerana bantu saya sahkan ketua umno bahagian memang minta kontrak," kata Azmin.

Bung yang secara spontan juga terus bangun dan berkata: "Dalam PKR pun minta juga. Tak ada tak minta. Kalau tak minta itu dayus nama dia.

"Wakil rakyat Perak dapat tanah di Kelantan, dapat juga. Sama sajalah," kata Bung yang disambut dengan ketawa oleh ahli parlimen di Dewan Rakyat.

ADUN Hulu Besut: Ya saya dapat sehektar, tapi rakyat biasa juga dapat tanah...!!!

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Nawi Mohamad mengakui mendapat sehektar tanah daripada kerajaan negeri Terengganu, seperti didedahkan PAS di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Kuala Besut hari ini.

nawi mohamad adun hulu besut 210509"Betul ada, tapi rakyat biasa juga dianugerah tanah oleh kerajaan negeri Terengganu," kata Nawi melalui SMS ketika ditanya Malaysiakini berhubung pendedahan ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini.

Dzulkefly hari ini mendakwa, ketika rakyat biasa diberikan alasan tiada tanah ketika memohonnya, empat pemimpin Umno Besut, termasuk Nawi masing-masing memiliki satu hektar tanah di Kuala Besut.

Sambil menyindirnya sebagai "tradisi mendahulukan penguasa politik", Dzulkefly mencabar pemimpin BN itu menjelaskan dakwaan yang disokong oleh dokumen berkaitan yang enggan didedahkan pada masa ini.

Nawi didakwa memiliki tanah PT6904 dalam kawasan Bukit Dendong, mukim Tembila, Besut. Tiga lagi menghadapi dakwaan sama: Datuk Abdullah Mohd Zin (PT6964), Mohamad Pehimi Yusof (PT6903) dan Datuk Seri Idris Jusoh (PT6902).

Malaysiakini turut menghubungi tiga lagi pihak yang dinamakan tetapi belum mendapat respon setakat ini.

Pakatan saman SPR, mohon isytihar PRU13 tak sah

Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap tujuh orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk timbalan dan pengerusinya bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu tidak sah.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, saman tersebut juga dilakukan berhubung dakwaan penipuan pelaksanaan dakwat kekal dalam pilihan raya umu yang lalu serta tindakan anggota SPR yang dilihat berat sebelah.

"Kami mahu kes mahkamah yang khusus untuk ketengahkan serta mendedahkan isu ini dan perkara yang paling utama ialah mendapatkan pengisytiharan daripada SPR bahawa mereka gagal untuk melaksanakan dasar perlembagaan, berniat jahat dan tidak jujur berhubung penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Jika mahkamah setuju dengan kita, maka kesimpulan yang logik yang akan kita perolehi ialah keputusan (pilihan raya umum) itu akan diketepikan.

"Kita mahu satu pengisytiharan bahawa semua 222 kerusi Parlimen yang diisytiharkan tidak sah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.