Ahad, 14 Julai 2013

PRK Kuala Besut : Kelebihan Memihak Pada Calon Pas

Tidak ada rekod jelas berhubung keterlibatan aktif Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di dalam politik Umno/Barisan Nasional (BN) di Besut, lebih-lebih lagi di Kuala Besut. Tidak kedengaran juga bual bicara masyarakat setempat mengenai “gelomok” nya beliau dengan orang-orang kampung, termasuk sepanjang tempoh menjawat Jurutera di Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Daerah Besut sejak lima tahun lalu.

Satu-satunya faktor ditonjolkan BN dalam menjustifikasi pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon terbaik parti itu berdepan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai nanti ialah kerana beliau anak jati Dun tersebut. Tengku Zaihan anak kelahiran Kampung Nail, kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Besut dan muara Sungai Besut.

PAS juga mengambil serius desakan dan pengesyoran pelbagai pihak yang cenderung mengharapkan parti itu mengemukakan seorang anak jati Kuala Besut sebagai calonnya. Maka di atas perkiraan itu PAS memilih Haji Azlan @ Endut Yusof sebagai calonnya. Ahli perniagaan dan kontraktor berusia 48 tahun itu anak kelahiran Kampung Baru, salah sebuah lokaliti di dalam Dun Kuala Besut.

Ertinya kedua-dua pihak mengemukakan calon yang menepati kriteria paling diperbahaskan umum itu. Namun ternyata faktor anak jati Kuala Besut bukan satu-satunya jaminan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak antara kedua mereka. Penelitian terhadap beberapa aspek lain menyerlahkan betapa calon pilihan PAS, yang lebih dikenali dengan nama ‘Che Long’ setakat ini mempunyai kelebihan agak ketara berbanding calon diisytiharkan BN itu.

Pertama, apa yang lebih memihak kepada Che Long dalam perbandingan ini ialah kebersamaan beliau dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya. Dari zaman persekolahan, zaman pekerjaannya, hingga ke zaman berpolitiknya, ketiga-tiga tempoh perkembangan hidupnya itu secara jujur dilihat menzahirkan kelebihan di pihak Che Long berbanding Tengku Zaihan.

Standard Menteri BN: "Elak makan ayam kalau harga naik"

Datuk Hasan Malek KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

PRK Kuala Besut: Pergeseran Ahmad Said-Idris jadi isu kempen dan PAS dipersalahkan...!!


Penganalisis: Pas sengaja laga Ahmad-Idris

Penganalisis berpendapat, Pas sengaja menggunakan isu 'pergeseran' di antara Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan Pas itu juga sengaja mahu melaga-lagakan Idris dengan Ahmad bagi melemahkan sokongan terhadap BN, sekaligus memenangi PRK.

Tambahnya, Pas juga mengambil tindakan tersebut untuk mencalarkan kredibiliti Ahmad sebagai pentadbir negeri itu.

“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun, namun pada PRU 2008, beliau tak lagi menjadi menteri besar dan banyak persepsi yang mengatakan beliau ada masalah hubungan dengan pihak istana.

PRK Kuala Besut: Skuad kempen Umno Sambut Calon PAS



KUALA BESUT : Skuad kempen Umno turut menyambut calon PAS, Che Long yang turun menziarahi Bazar Ramadhan Kampung Baru sebentar tadi.

Skuad Umno yang disertai oleh kira-kira lima orang berpakaian serba merah jambu turut menunggu ketibaan calon PAS ini bersama sekumpulan wakil media yang lain. Mereka mengambil kesempatan mengikut calon PAS dan mengedarkan risalah kempen Suara Kuala Besut 1M kepada orang ramai.

Calon PAS menyambut baik dengan kehadiran risalah kempen pihak lawan walaupun tindakan tersebut dilihat sebagai satu taktik mengalih perhatian media dan orang daripada calon PAS.

Muslim Brotherhood vows to bounce back

PRK Kuala Besut: Permit untuk ceramah bergerak

PRK Kuala Besut : Che Long Beramah Mesra bersama Rakyat di Bazar Ramadhan

PRK Kuala Besut: Lensa Che Long Menyantuni Pengundi

Pendekatan dengan bertemu pengundi secara langsung yang diamalkan oleh Che Long calon Pas PRK  Kuala Besut,mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengundi.
Che Long sememangnya dikenali ramai di kalangan penduduk ekoran sifatnya yang mesra dan suka membantu

PRK Besut: UMNO dan kaedah KKK nya.

Kita akan lihat cerita lama yang UMNO mainkan selama ini, dimainkan dalam PRK Besut. UMNO akan menggunakan kaedah KKK nya- kemiskinan, Ketakutan dan Kejahilan. selama orang Melayu dimiskinkan, ditakutkan dan dijahilkan, maka UMNO akan terus berkuasa. apabila ke3 perkara ini dimusnahkan, UMNO akan kalah dalam PRU. 
SU Agong PAS, Dato  Mustapha Ali kata, senjata UMNO yang paling utama ialah mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan. Mengapa perkara ini harus terjadi sebermula nya? Saya telah menulis banyak kali- 95% yang berada dalam kedudukan berkuasa ialah Melayu. Soalan nya, jika ini fakta nya, maka mengapakah keadaan orang Melayu tidak berubah?
Kita telah berbelanja berbillion Ringgit dan banyak dasar2 affirmative dilaksanakan – mengapa keadaan Melayu tetap terkebelakang? Jawapan nya(1) yang berada dalam kedudukan berkuasa sebetulnya tidak membantu orang Melayu dan (2) dasar mereka sebetulnya menguntungkan hanya sebahagian kelompok Melayu dan (3) orang Melayu yang disasarkan tidak bertidnak balas- sama ada mereka jahil, tidak ad akepakaran, - apa sahaja yang kita boleh fikirkan yang menyumbang kepada kelembapan reaksi dari orang Melayu.
Pengarah PRK Besut bagi pihak UMNO , DS Idris Jusoh yakin BN akan mendapat majoriti 4000. Minggu lalu Idris menegaskan bahawa kumpulan guru sekolah mesti menyokong BN sebagai membalas budi. Orang Melayu pula yang rata2 berpendapatan rendah mesti terus menyokong BN kerana parti itulah sahaja yang tahu bagaimana menjaga orang Melayu.
Mungkin kerana pandai menjaga orang Melayu lah maka, orang Melayu ketinggalan dalam serba serbi cabang kehidupan hari ini. Dan BN bukan mendapat tempoh masa yang singkat untuk membaiki keadaan orang Melayu. Malah, mereka telah menjadi kerajaan selama lebih 55 tahun!. Kehidupan yang mereka jaga dengan teliti ialah kehidupan segelintir Melayu yang terpilih. 80% Melayu bergantung harap kepada UMNO kekal dalam jiwa perhambaan kepada UMNO. Inikah parti yang membela orang Melayu?

PRK Kuala Besut: Calon BN terpaksa menumpang populariti Idris Jusoh dan Bekas ADUN?

Populariti Datuk Seri Idris Jusoh dan rekod cemerlang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar bakal menjadi cabaran besar buat calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Calon PAS Endut @Azlan Jusoh dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dilihat perlu menyaingi rekod A Rahman yang sangat disenangi penduduk setempat terutama masyarakat di Pulau Perhentian.

Mengakui perkara itu, Ketua Kampung Pulau Perhentian, Zainuddin Mohd, 44, berkata A Rahman mengambil berat keadaan masyarakat, malah sanggup berada bersama mereka sehingga jam 2 pagi mendengar masalah penduduk.

"Kalau nak banding kita tidak boleh buat perbezaan, macam Dr Rahman ini perlu jadi 'role model', kepada calon (yang bertanding)," katanya Zainuddin kepada The Malaysian Insider.

Zainuddin yang menjadi ketua kampung sejak dua tahun lalu juga mengakui sikap A Rahman harus dicontohi calon BN.

Rakyat berpendapatan rendah hilang peluang miliki rumah sendiri

Oleh Jeneri Amir
Dua minggu lalu, saya berlegar di sekitar bandar raya Kuching, menjelajah satu kawasan ke satu kawasan untuk meninjau perkembangan projek perumahan.
Saya juga ke pusat beli-belah yang kebetulan mengadakan pameran projek perumahan yang bakal dilancarkan. Pelbagai jenis rumah bakal dibina termasuk kondominium, apartmen, rumah teres, rumah berkembar dua tingkat dan banglo, dengan harga mencecah sehingga RM3 juta.

Mencari rumah pada hari ini, bukan tugas mudah. Kebanyakan rumah habis dijual. Harga juga di luar jangkauan kebanyakan pembeli. Kesimpulannya, harga rumah di Sarawak melonjak menggila dalam tempoh 10 tahun atau 15 tahun lalu, berbanding dengan negeri lain.Rumah berkembar dua tingkat di Petrajaya pada 1998 berharga RM230,000. Kini rumah itu mencecah lebih daripada RM600,000. Di sesetengah lokasi, rumah jenis berharga RM800,000 manakala rumah teres sudut RM400,000. Mengikut rekod pengamal perumahan, 20,600 unit rumah dimajukan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Sudah tiba waktu isu spekulasi dan kenaikan harga rumah yang tidak terkawal dibendung melalui pelbagai pendekatan pragmatik agar masalah berbangkit dapat ditangani dengan berkesan”
Harga rumah di Sarawak terlalu mahal khususnya bagi rakyat pendapatan sederhana dan kecil. Saiz rumah yang disediakan untuk golongan ini juga sempit, selain harganya tidak sepadan kualiti.
Kerajaan perlu memberi perhatian lebih serius untuk menangani masalah ini. Selain kos hidup, masalah perumahan adalah isu kempen di bandar besar di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Manipulasi harga

Kehidupan bukan sebuah novel

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Novel, filem dan drama kadang-kala mempengaruhi minda sesetengah pihak sehingga mereka tenggelam dalam khayalan dunia seperti itu. Memang benar, membaca novel, menonton filem ataupun karya seni lain yang menceritakan watak-watak khayalan yang diwujudkan merupakan satu hiburan dan ruang untuk kita menjenguk sisi pandang pengkarya tentang watak dan babak yang diwujudkan itu.

 Ia membantu percambahan minda, tambahan maklumat dan kadang-kala ia boleh melebarkan diskusi pemikiran.
Namun, pada pandangan saya, kesungguhan untuk memberikan penilaian terhadap rumusan keseluruhan kehidupan bagi sesebuah watak yang diwujudkan dalam novel, cerpen, drama, filem ataupun sebagainya bukanlah satu kerja yang begitu bermanfaat. Ini kerana kisah kehidupan yang diwujudkan dalam karya bikinan manusia itu tidak realiti dan hanya andaian semata. Jalan kisah bagi watak-watak itu ditulis oleh manusia. Sedangkan, kehidupan yang hakiki ditulis oleh Tuhan.
Khayalan dan realiti
Para pengkarya menulis cerita berdasarkan khayalan dan kehendak yang ada dalam diri mereka. Khayalan ini dipengaruhi oleh faktor dalaman jiwa, kepentingan diri dan tuntutan persekitaran. Episod dan babak kehidupan yang direka itu, ditafsirkan pula dari sudut pandang seseorang pengkarya yang mempunyai latar diri dan kepentingan yang tersendiri. Sementara kehidupan yang hakiki, jalan kisahnya ditulis oleh Tuhan yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan keperluan, sebaliknya Dia Maha Kaya dan Maha Perkasa.
Walaupun Allah SWT memberikan ruang kebebasan kepada manusia untuk memilih antara yang baik dan yang buruk, sehingga ada pihak yang mungkin dizalimi dalam kehidupan dunia atas pemilihan buruk dibuat oleh sebahagian manusia, namun Allah SWT menentukan pelbagai keadaan dalam memberikan keadilan dan menzahirkan hikmah dalam perjalanan hidup seseorang. Campur tangan Tuhan dalam plot-plot kehidupan ini sangat ajaib dan halus.
Kisah kehidupan sebenar, jika diteliti tiada yang boleh dikatakan berlaku secara kebetulan, tetapi ia bagaikan plot-plot yang jika dilihat dari awal sehingga akhir, yang zahir dan tersembunyi, yang tersirat dan yang tersurat akan terbongkar rahsianya yang dapat diketahui oleh diri yang melaluinya. Kisah dan watak sebenar yang diceritakan kepada kita dalam banyak keadaan hanya zahir berita yang diriwayatkan. Hakikat dalaman diri seseorang sehingga babak, episod dan jalan cerita yang seperti itu boleh berlaku, hanya Tuhan yang Maha Tahu dan diri berkenaan juga mungkin tahu. Dalam banyak kisah kita hanya mengetahui zahirnya sahaja, sedangkan batin kisah tersebut yang membabitkan rahsia seseorang, niatnya, episod dan babak yang disembunyikan, banyak yang kita tidak tahu. Maka kita menilai sesuatu berdasarkan zahir yang kita tahu, sedangkan Tuhan melihat segalanya zahir dan batin. Apakah sama, antara karya manusia dan realiti hidup yang ditentukan oleh Tuhan.
Tersurat dan tersirat
Saya selalu mengambil kisah pelacur dan anjing yang disebut dalam hadis Nabi SAW. Nabi SAW bersabda:

"Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia mencedok air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu." (Riwayat al-Bukhari)

Memang ada persamaan antara Mesir dan Malaysia, 'kan?

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Ketika dunia dikejutkan dengan rampasan kuasa tentera menggulingkan pemerintahan rakyat di Mesir, perkembangan terbaru dalam negara juga agak merungsingkan. Jika kudeta militer yang menjatuhkan Presiden Morsi cuba mengembalikan era gelap-gelita warisan Hosni Mubarak, di Malaysia ada usaha untuk menghidupkan semula undang-undang represif peninggalan Dr Mahathir Mohamad.

Morsi yang dipilih melalui proses pilihan raya dihumban ke dalam tahanan, manakala akhbar dan stesen TV yang dilihat membawa suara berbeda, menyalurkan maklumat sahih, segera disekat dan ditutup.
Bukan saja dunia cuba dikelirukan, dengan paparan berita dan liputan tidak seimbang mengenai tragedi di Mesir, malah dalam negara kita, siaran berita TV3 di waktu puncak turut memberikan gelaran buruk buat Presiden Morsi, seorang tokoh pembaharu dengan perwatakan warak, cuba dipalitkan dengan imej diktator.
"Gelaran  ini senada dengan media Israel yang melabelkan Morsi sebagai diktator dan kuku besi. Saya harap TV3 menarik balik dan memohon maaf kepada dunia," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan, dan menekankan Morsi dijatuhkan oleh pihak tentera, bukannya rakyat.

Barat yang selama ini menonjolkan diri sebagai wira atau jaguh demokrasi seperti keberatan untuk mengecam aksi ganas pihak tentera, termasuk membunuh jemaah solat Subuh, malah negara-negara umat Islam sendiri tidak mengambil sikap proaktif mempertahankan Morsi. Hipokrasi Amerika dan konco-konconya terserlah dalam kes kudeta ini.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mengambil pendirian berbeda apabila mengecam negara yang malu-malu untuk mengatakan bahawa tindakan militer di Mesir adalah sebuah kudeta.
"Tidak peduli di mana pun mereka berada, kudeta itu buruk dan jelas musuh demokrasi," tegasnya sambil mengimbau sejarah rampasan kuasa tentera di Turki, yang berfungsi "sebagai rujukan yang sangat penting" untuk Mesir memahami bagaimana kudeta militer tidak dapat ditoleransi.
"Setiap kudeta militer, tanpa terkecuali, menyebabkan Turki kehilangan beberapa dekad. Setiap kudeta melumpuhkan ekonomi, menyebabkan negeri, bangsa dan generasi muda harus membayarnya dengan mahal," tambah Erdogan, yang berjaya mengurangkan kuasa dan pengaruh tentera dalam kerajaan Turki, sejak berkuasa pada 2002.

Ramadan dan percaturan politik di Mesir

Oleh Dr Mohd Roslan Mohd Nor
Ramadan pada tahun ini disambut dalam keadaan pergolakan yang berlaku di beberapa negara Islam, antaranya Syria dan Mesir.
Bagi Mesir, kejatuhan Presiden Mohammed Mursi pada 3 Julai lalu menjadikan negara tersebut terus bergolak dan mengalami zaman yang tidak menentu.
Dalam sejarah negara tersebut, ini adalah satu sejarah baru apabila pihak tentera mengambil alih pemerintahan negara daripada seorang pemimpin yang baru dilantik setahun. Rata-rata pemerhati melihat perubahan kepimpinan di Mesir melalui cara pengambilalihan kuasa oleh pihak tentera menyebabkan keadaan menjadi semakin tidak menentu.
Walaupun ada janji untuk menggantung sementara perlembagaan negara dan mengadakan pilihan raya semula dalam waktu terdekat, masih terdapat mereka yang tidak berpuas hati terutama penyokong Mursi yang dilatari Ikhwanul Muslimin.
Kerajaan sementara yang dibentuk di bawah pimpinan Adli Mansour dilihat terpaksa menjalankan satu tugas yang mencabar. Beliau perlu meredakan kemarahan rakyat Mesir serta mengajak kumpulan-kumpulan yang memenangi pilihan raya pada tahun lalu untuk duduk berunding dan berbincang mengenai masa depan negara serta pembahagian kuasa.
Ikhwanul Muslimin tidak menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kerajaan sementara tersebut. Mereka terus mendesak supaya bekas Presiden Mesir dilantik semula sebagai presiden.
Ketegangan di Mesir memuncak dengan kejadian pada 8 Julai lalu apabila pihak tentera membunuh 50 orang penyokong Mursi yang berhimpun di satu tempat di mana mereka percaya ia menjadi tempat tahanan bekas presiden itu.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin telah ditahan, termasuklah Mursyidul Am mereka iaitu Muhamad Badie. Beliau bersama sembilan yang lain dihadapkan ke mahkamah pada Rabu lepas di atas tuduhan menghasut rakyat untuk meneruskan protes terhadap kerajaan sementara yang dibentuk.
Ketika pihak tentera cuba melantik pemimpin-pemimpin yang boleh dipercayai menjalankan tugas meredakan rakyat Mesir, kemarahan nampaknya semakin memuncak. Tiada tanda-tanda bahawa Mesir akan aman daripada kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan. Medan

Pemimpin Ikhwan Muslimun Seru Perhimpunan Besar-besaran Esok


Kaherah -- Seorang pemimpin kanan parti Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan tentera menyeru supaya satu demonstrasi besar-besaran di seluruh Mesir pada Isnin esok.

Seruan itu dilontarkan beberapa jam setelah puluhan ribu pendukung Mursi menuntut kembalinya pemimpin tersebut dalam satu protes aman di Kaherah.

Sementara itu Perdana Menteri Hazem el-Beblawi dijangkan akan mengangkat sumpah kabinet baru minggu depan untuk menegakkan "peta jalan" yang didukung tentera guna mengembalikan pemerintahan sivil.

Pihak tentera telah menggulingkan Mursi dalam satu kudera, presiden yang pertama kali dipilih secara demokrasi, pada 3 Julai lalu.

Lima ketua bahagian MCA desak Soi Lek letak jawatan

Lima pengerusi bahagian MCA menggesa presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan berikutan sikap ambil mudah terhadap resolusi parti yang mengakibatkan kecelaruan dan keaiban ahli parti berkenaan.
Gesaan itu dibuat Ketua Bahagian Teluk Intan, Datuk Seri Kuan Peng Soon; Ketua Bahagian Kuala Krau, Datuk Yap Ke Huat; Ketua bahagian Paya Besar, Datuk Eng Fook Heng dan Ketua Bahagian Kuala Selangor, Tan Chong Seng.
Mereka menyifatkan MCA kini menjadi bahan ejekan dan menggesa Chua memandang serius hal berkenaan selain segera meletak jawatan bagi membolehkan parti melakukan transformasi.

PRK Kuala Besut: Yang Dulu Terbengkalai, Muhyiddin Dan Mad Said Janjikan Rumah Pangsa Free Yang Baru Pulak....!!!

'Janji Tidak Ditepati'…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Ini kerana, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Bahkan, Ahmad turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat.
Sebaliknya, 300 unit pangsapuri tersebut kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti projek 'gajah putih'.
Ahmad membuat janji-janji manis tersebut selepas menyampaikan wang bantuan kepada 48 mangsa air pasang dan ombak besar di penempatan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap dan Dana Bantuan Pakaian Sekolah, 14 Januari lalu.

Tinjauan mendapati projek perumahan pangsapuri yang terletak di Kampung Kuala Besut tersebut terbengkalai serta tidak terurus.
Seorang penduduk yang enggan disebut namanya mendakwa pemimpin Umno BN Besut berjanji kepada anak muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu untuk mengagihkan pangsapuri tersebut.
Katanya, sejumlah 3,000 orang dalam Dun Kuala Besut ini 'dijanjikan' rumah tersebut sedangkan hanya 300 unit yang disediakan.

Penghuni Flet Taman Permata : Sudah 15 Tahun Janji Umno-BN Tidak Ditepati

flet taman permata demo 01
DENGKIL, 13 JUN : Sudahlah tempat tinggal mereka diambil untuk membangunkan Putrajaya, rumah ganti yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan Umno-BN ketika itu hanya tinggal janji dan rumah sementara pula tidak selamat didiami.
Itulah nasih kira-kira 400 buah keluarga yang merupakan “penduduk asal” Putrajaya yang sudah 15 tahun tinggal di dalam Pangsapuri Taman Permata, yang dinding dan silingnya mulai retak sejak mereka mulai tinggal di situ.
Malah ada sekumpulan penduduk yang terpaksa duduk di dalam khemah di tempat letak kereta pangsapuri itu kerana takut bangunan rumah mereka akan roboh setelah retakan menjadi lebih teruk sebulan lalu.
Wakil penduduk, S.Thangaraju, 51, berkata, Kerajaan Persekutuan sebelum ini sudah berjanji untuk membina rumah teres satu tingkat sebagai ganti kepada tanah mereka yang diambil bagi memberi laluan kepada Putrajaya.
Menurutnya, dua buah memorandum telah diserahkan penduduk kepada Kerajaan Persekutuan sejak Jun lalu bagi mendapatkan status mengenai kediaman mereka, namun sehingga kini masih tiada maklumbalas.

Pakatan Rakyat sokong Bersih 4.0

BersihKUALA LUMPUR 14 Julai: Pakatan Rakyat amnya menyokong penuh kenyataan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga untuk menganjurkan Himpunan Bersih 4.0 sekiranya persempadanan semula dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata,  selain isu daftar pemilih, sehingga hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan mengakui penipuan dilakukan pada pilihan raya umum lalu, termasuk  isu penggunaan dakwat kekal.
“Jika SPR tidak mengendahkan tuntutan Bersih, nampaknya kita tidak mempunyai pilihan lain selain melancarkan protes besar-besaran di jalan raya,” ujar Ahli Parlimen Batu itu.
Menyokong tindakan sama, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berpendapat himpunan Bersih 4.0 wajar bagi memastikan SPR terus ditekan sehingga daftar pemilih yang kotor dibersihkan.
“Kalau tidak, selepas sepuluh kali pilihan raya pun SPR tetap memberi alasan yang sama apabila ditanya mengenai senarai daftar pemilih yang bercelaru dan meragukan.
“Sebagai pemimpin Pas, saya menyokong penuh Bersih 4.0 bagi memastikan rakyat Malaysia pada masa akan datang menikmati proses demokrasi pilihan raya yang lebih telus, adil dan bersih,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika dihubungi.

PRK Kuala Besut: Ke arah amalan media yang sihat


KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu menghargai dan menyanjung tinggi kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Umno Bahagian Besut yang menyeru ke arah amalan media yang sihat dan terpuji sepanjang kempen pilihanraya kecil yang berkebetulan pula jatuh di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemulian.

“Amalan media yang telus, beramanah dan berintegriti bukan hanya setakat kewajipan kita sebagai penggiat media untuk menjayakan proses demokrasi yang sihat dan telus, tetapi lebih besar dari itu, ia berkait dengan tuntutan agama yang mempunyai perhintungan dosa dan pahala,” kata Pengerusinya, Dr Azman Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan.

Malangnya, ujar beliau tidak sampai sehari seruan yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Besut itu, kempen pilihan raya kecil (PRK) N01 Kuala Besut mula diwarnai politik fitnah dan adu domba hasil tuaian media-media pro Umno.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu menghargai dan menyanjung tinggi kenyataan Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Umno Bahagian Besut yang menyeru ke arah amalan media yang sihat dan terpuji sepanjang kempen pilihanraya kecil yang berkebetulan pula jatuh di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemulian.

Amalan media yang telus, beramanah dan berintegriti bukan hanya setakat kewajipan kita sebagai penggiat media untuk menjayakan proses demokrasi yang sihat dan telus, tetapi lebih besar dari itu, ia berkait dengan tuntutan agama yang mempunyai perhintungan dosa dan pahala.

Perjanjian Perdagangan Antarabangsa - Apa untuk Malaysia?

The bickering and political wrangling show no sign of let...

Flashmob Anak Muda Sabah Tolak TPPA

PRK Kuala Besut: Tiada isu pelantikan Husam, dakwaan hanya serangan musuh PAS

PRK Kuala Besut: Rakyat Tolak Umno Kerana Kedekut Bantu Rakyat

#PRKBESUT13 #PRKN1 : KEADAAN KEKAL AMAN SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN

Hatta: PAS supporters in high gear despite fasting

DAP sedia bantu Kerajaan UMNO@BN tangani rasuah

Lim Guan Eng
SHAH ALAM - DAP menawarkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk memerangi gejala rasuah yang makin meruncing dalam negara ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, tawaran ini dibuat demi kepentingan semua berdasarkan kaji selidik Transparency National (TI) yang menunjukkan kerajaan semakin hilang arah dalam membasmi gejala itu.

Katanya, apa yang ditawarkan DAP ini amat kena pada waktunya di saat rakyat Malaysia leka disuap dengan pelbagai mainan sentimen agama dan perkauman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan Malaysia.

“Negara mengalami kerugian akibat rasuah sekitar RM27 bilion setahun.

"Malah menghampiri satu trilion ringgit dalam tempoh 10 tahun seperti yang dianggarkan Laporan Global Financial Integrity yang berpusat di Washington,” jelasnya yang dipetik dari blognya, hari ini.

Februari lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaji selidik TI yang meletakkan Malaysia dalam kategori negara berisiko rasuah dalam perbelanjaan dan operasi ketenteraan dijalankan secara berat sebelah.

Menurut Ahmad Zahid, hasil kaji selidik berkenaan juga merupakan persepsi oleh organisasi berkenaan yang tidak semestinya benar.

"Kita tak izinkan rasuah dan tidak izinkan perkara yang boleh jejaskan imej negara tetapi itu pandangan mereka. Tidak semestinya benar pandangan mereka.

Tahi Ayam: Menteri sudah tukar, isu ayam tetap tak selesai..!!!

Harga ayam naik. - Gambar hiasan SHAH ALAM – Kerajaan lebih pantas bertindak dalam menangani kenaikan mendadak harga ayam mentah di pasaran khususnya menjelang musim perayaan termasuklah membenarkan pembekal membawa masuk bekalan ayam dari luar lebih awal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian ini yang kerap kali berlaku pada musim perayaan menuntut penyelesaian konkrit daripada pihak yang bertanggungjawab.

"Kita sudah tahu bila musim perayaan di sini, kenapa tidak kerajaan mengambil langkah awal, jika khuatir bekalan tak cukup... jangan baru sekarang nak beri permit import bawa bekalan dari luar, sudah tentu pembekal akan mengambil kesempatan menaikkan harga.

"Setiap tahun lebih tiga kali kenaikan harga ayam ini berlaku, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

"Saban tahun jawatan menteri bertukar tangan, namun masalah ini gagal ditangani dengan tuntas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Perjuangan pimpinan dan negara Islam perjuangan sepanjang hayat

Rakyat Mesir akan berhari raya di Dataran Raba’ah dan beberapa dataran lain di Cairo. Mereka tidak akan kembali ke rumah masing-masing selagi Mursi tidak dikembalikan kuasa yang telah dimandatkan rakyat dalam pilihanraya demokrasi yang pertama dua tahun dahulu. Puluhan juta rakyat telah berkumpul dan berhimpun secara terbuka menuntut Mursi dikembalikan ke Istana Presiden di Ittihadiyyah tanpa syarat.
Tiga lagi tuntutan mereka ialah untuk diadakan segera pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang telah dibubarkan. Mereka juga menuntut agar ditubuhkan Jawatankuasa yang diketuai oleh Mursi yang sebelum ini telah disertai oleh semua pihak. Mereka juga mahukan sistem dalam mana penyingkiran Mursi atau mana-mana Presiden hanya di lakukan mengikut Perlembagaan.
Di Dataran Raba’ah sahaja lebih dari tiga juta rakyat telah berhimpun dan jutaan telah berhimpun di Dataran-Dataran Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Alemena, Qina, Aswan, Asyat dan Fayoun. Mereka mahu keempat-empat tuntutan mereka ini dipenuhi sebelum mereka bersurai dan kembali ke rumah masing-masing. Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi mereka akan terus berhimpun dan mereka akan berada di Dataran-Dataran tersebut walaupun semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.
Bagi pemerhati politik himpunan ini merupakan himpunan yang kuat kerana mereka adalah datangnya dari penyokong Mursi yang telah mendapat kemenangan dalam pilihanraya yang lalu dan tentunya mereka adalah dari pihak yang majoriti. Keyakinan  mereka yang berhimpun ini adalah tinggi kerana ini merupakan perhimpunan yang bertembung dengan pihak yang didalangi oleh kuasa asing yang hanya mahu melihat gerakan Islam menjadi kucar-kacir.
Mursi yang menjadi Presiden yang dipilih secara demokrasi buat kali pertama bagi Mesir adalah dari kumpulan pejuang  Ikhwahnul Muslimin. Nyata di Mesir demokrasi yang baru wujud ini tidak bertahan lama kerana Mesir sejak 60 tahun dahulu dipimpin oleh pemimpin yang autokratik dan tidak pernah mengalami demokrasi yang sebenarnya.

Ramadhan tiada makna jika rasuah, jenayah kekal- Anwar

SONY DSCPERMATANG PAUH 14 Julai: Ramadhan tiada makna bagi umat Islam sekiranya indeks rasuah dan jenayah masih kekal di negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apa gunanya Ramadan disambut dengan pelbagai kemeriahan, sekiranya penghayatan dan pelaksanaan tuntutan Al Quran tidak diaplikasikan sepenuhnya dalam sistem pemerintahan maupun pentadbiran.
“Indeks rasuah tidak turun dan kekal seperti sebelum ini. Manakala kegiatan jenayah dalam negara amat membimbangkan dengan pelbagai kepincangan dan kejahatan berleluasa dalam negara,”  ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah di Masjid Permatang Janggus dalam kawasan Permatang Pauh, selepas solat tarawikh semalam.
Menurut Anwar,   jenayah yang berlaku dalam masyarakat saban hari semakin membimbangkan  dan keadaan itu membuktikan kelemahan penguatkuasaan kerajaan sedia ada.
Dalam pada itu, Anwar menzahirkan kebimbangan terhadap situasi dan pergolakan politik yang berlaku di Mesir walaupun Ramadan dijangka meredakan ketegangan tersebut.

Darul Runtuh: ‘Wang besar’ untuk pertahan kuasa politik UMNO@BN


BESUT: PKR yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan sejumlah wang yang agak besar untuk memancing undi bagi mengekalkan kemenangannya di Kuala Besut.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata Umno BN akan menjadikan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan dan Idulfitri ini bagi menyongok para pengundi.

“Saya juga dimaklumkan oleh kerana sambutan hari raya sudah dekat mereka (BN) gunakan kesempatan ini untuk duit raya, majlis berbuka puasa besar-besaran dan pelbagai bentuk untuk menyogok pengundi,” ujarnya kepada media, kelmarin.

Apa yang penting, katanya kesedaran rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih serta pemimpin yang amanah.

Menurutnya, politik wang atau rasuah politik mesti dihentikan segera kerana bakal memudaratkan sesebuah negara serta meruntuhkan tamadun.

PRK Kuala Besut: Tema "16:16 Terengganu Baru" sedang mengancam UMNO@BN

Menyambung kepada gelora kempen di medan pilihan raya kecil Kuala Besut sekarang ini, apa yang berlaku sekarang tempo kempen sedang dilambung ombak galak. Sebaik selesai penamaan calon semalam, dengan rasminya Calon PAS Azlan@Endut yang popular dengan panggilan Che Long adalah pencabar kepada Calon BN Tengku Zaihan. Calon BN adalah tidak memiliki nama panggilan popular kalangan pengundi Kuala Besut. Ia suatu nilai kredit kepada Calon PAS.

Melonjakkan lagi nilai Calon PAS itu, nampaknya media pro-BN sudah rancak menyerang sudut keperibadian Che Long dengan pendekatan "demoralise" yang mengaitkan keahlian UMNO dan kesanggupan berkhidmat sekiranya menang.

Berita Harian dah spin ...fitnahkah calon PAS.
Apa yang pasti calon PAS sudah mesra, lunak pengundi dan mudah ditemui (mudoh jembo).



Yang pasti, pergerakan kempen calon sentiasa mendapat sambutan pelbagai lapisan pengundi.

Salahuddin Ayub dakwa Kerajaan BN Abai Petani di Kuala Besut

PRK Kuala Besut: Rumah pangsa kos rendah Kuala Besut terbengkalai ...TPM Dan Mad Said lancar yang baru pulak..!!!



 BESUT: ‘Janji Tidak Ditepati’…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ini kerana, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bahkan, Ahmad turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat.

Sebaliknya, 300 unit pangsapuri tersebut kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti projek ‘gajah putih’.

R T’ganu optimis berlaku kejutan PRK Kuala Besut



 Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R Terengganu) yakin PAS akan melakukan kejutan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Menurut Pengarah Sekretariat Royalti PRK Kuala Besut Naraza Muda, kesedaran tuntutan 'Kembalikan Hak Kami' sudah menyerap masuk ke jiwa pengundi khususnya mereka yang terhimpit dengan pelbagai masalah sosial dan ekonomi.

"R yakin ada kejutan di PRK Kuala Besut berdasarkan gerak kerja dan komitmen berterusan serta pengunaan kaedah kempen yang menjurus kepada minat pengundi yang ingin melihat slogan 16:16 menjadi realiti," katanya kepada Harakahdaly hari ini.

Beliau juga optimis pengundi muda akan melakukan perubahan dengan mengundi PAS selepas sedar hak-hak mereka sebagai rakyat.

"Kami optimis pengundi muda akan mengorak langkah dengan membuat perubahan kerana sudah lemas dengan kehidupan yang menghimpit mereka," katanya.

PRK Kuala Besut: Cara pengundi Terengganu, Kelantan buat keputusan politik berbeza

Kuala Besut sukar dipengaruhi politik PAS Kelantan meskipun ia bersempadan dengan negeri yang ditadbir PAS itu, kata bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
Sebaliknya, beliau mendapati pengaruh BN Besut melangkau ke kawasan Kelantan yang bersempadanan dengan Besut apabila BN menguasai Parlimen Machang dan Ketereh serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising di kawasan Parlimen Pasir Puteh.
"Pengaruh (PAS) dari Kelantan tidak mampu menumbangkan BN pada PRK Kuala Besut nanti kerana polar politik dan cara rakyat membuat keputusan antara Kelantan dan Terengganu tidak sama," katanya kepada Bernama.
Annuar berada di Kuala Besut, malam tadi untuk menyokong kempen calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan bertemu penduduk di sekitar Kampung Gong Nering.
Katanya, rakyat Kelantan yang berjiran dengan Besut dapat melihat prestasi kerajaan Terengganu sebagai model yang berjaya sama ada dalam bidang ekonomi, pelancongan, prasarana dan pendidikan.
"Jadi tiada sebab rakyat Kuala Besut akan terikut-ikut hendak meniru Kelantan," katanya. - Bernama.

Polis tak gentar dengan IPCMC, kata Mat Zain

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata sebahagian besar dariapda pasukan polis tidak gentar dengan penubuhan  Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Katanya, sebahagian besar anggota berkenaan juga tidak mengetahui mengenai kewujudan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) atau fungsi suruhanjaya tersebut.

"Saya boleh katakan bahawa anggota polis lebih takut dengan cawangan disiplin polis lebih daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, sama ada IPCMC ditubuhkan atau tidak, tiada bezanya bagi sebahagian besarnya,” katanya.

Beliau mendakwa, individu yang sebenarnya bimbang dengan penubuhan IPCMC adalah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail atas peranan mereka dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang disiasat oleh Mat Zain.

"Kedua-duanya, Musa dan Abdul Gani, sedar bahawa sekiranya badan seperti IPCMC wujud – yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi mereka – dan jika badan itu menyiasat dakwaan ke atas mereka, kedua-duanya tahu bahawa mereka akan musnah. Beberapa orang lagi juga akan menerima nasib sama.

TG Nik Aziz: AS, jangan angkuh dengan kuasa

Nik Abdul Aziz Nik MatTINDAKAN Amerika SYARIKAT (AS) dan sekutunya menyokong rampasan kuasa adalah menghina umat Islam Mesir yang telah membuat keputusan memilih seorang presiden dari kumpulan Islamis secara sah.

Sikap AS itu adalah kelangsungan daripada penghinaan yang pernah dilakukan oleh regim sekular Mesir sebelum ini di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasir, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak.

Sesungguhnya penghinaan AS itu samalah dengan puak-puak Ahli Kitab yang sentiasa bersikap suka menghina orang Arab dan sanggup berdusta terhadap ALLAH.

Menurut Al-Quran, Ahli Kitab itu berkata: “tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi (ditujukan kepada orang-orang Arab), dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap ALLAH sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)." (Maksud Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 75).

Berdasarkan firman ALLAH SWT ini, seharusnya umat Islam menganggap penghinaan AS itu sebenarnya turut menghina secara langsung persoalan hak dan akidah umat Islam Mesir, malah di seluruh dunia.

PRK Kuala Besut: Pasar nelayan akan diwujudkan kerana PRK...selepas 56 tahun memerintah...!!!

BESUT - Pasar nelayan akan diwujudkan di Kuala Besut di sini dalam masa terdekat bagi membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah.
Menteri Pertanian dan Industi Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan pasar yang dijangka menelan kos RM200,000 itu akan disegerakan selepas tapak sesuai dikenal pasti memandangkan konsep pasar itu memerlukan ia dibangunkan berhampiran tempat pendaratan ikan.
"Pasar itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan pendapatan nelayan selain memudahkan pengguna membeli ikan segar pada harga lebih murah," katanya selepas merasmikan Program Mesra Ramadan di Kampung Seberang Barat di sini semalam.
Sementara itu, Ismail Sabri menyelar dakwaan bahawa wang bantuan sara hidup RM200 yang diberikan kepada nelayan pada setiap bulan adalah cara untuk mengikat golongan itu supaya terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.
Sebaliknya, beliau menjelaskan wang itu diberi kepada semua nelayan tanpa mengira fahaman politik dengan tujuan membantu menambah pendapatan mereka terutama pada musim tengkujuh. - Bernama

PRK Kuala Besut: 'Che Long' Akui Tiada Cita-Cita Politik Dan Peribadi



BESUT: Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof menyifatkan kesediaannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bukan untuk kepentingan peribadi atau mengejar cita-cita politik.
Sebaliknya kontraktor kayu itu berkata, penglibatannya dalam politik dan bertanding dalam pilihan raya merupakan tanggungjawab demi memperjuangkan parti.
"Saya bukan bertanding untuk diri sendiri...untuk parti. Ini merupakan perjuangan parti yang diamanahkan kepada saya," katanya ringkas ketika ditemui di sini, Sabtu.
Bagaimanapun Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' berkata, kesediaannya menceburi bidang politik adalah bagi membantu rakyat.
"Niat saya nak tolong masyarakat di Kuala Besut. Saya cuba untuk membantu menyediakan keperluan asas serta menyelesaikan isu kemiskinan," katanya.
Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Azlan bakal berhadapan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang merupakan seorang jurutera awam.
Azlan dan Tengku Zaihan masing-masing merupakan calon muka baru.
Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.