Sabtu, 13 Julai 2013

Najib meraban kaitkan Mesir dengan Malaysia


DATUK Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya, kata Najib, ia menyebabkan rakyat menuntut perubahan sekali lagi.

Siapa pun yang menjadi pemimpin kepada kerajaan tua BN tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengeksploit kemelut di Mesir perihal bahayanya menukar kerajaan. Tun Mahathir Mohamad sewaktu berkuasa sehingga kini pun masih bercakap dalam nada yang sama; bahaya menukar kerajaan. Sekalipun, katanya, kerajaan yang ada (BN) bukanlah sempurna.

Walhal situasi di Mesir berbeza sama sekali dengan Malaysia. Pertama kali rakyat bangkit menentang rejim Hosni Mubarak dua tahun lalu setelah merasakan kerajaan pimpinannya tidak membawa apa-apa perubahan dalam menjaga kebajikan rakyat, sedangkan pada ketika itu rakyat mengalami tekanan ekonomi yang sangat teruk.

Isu utamanya masih persoalan ‘bread and butter’ atau periuk nasi, bukan perjuangan berteraskan ideologi. Cuma solidariti kebangkitan rakyat dibantu oleh pelbagai golongan, antaranya yang memperjuangkan keadilan sosial, menuntut demokrasi, yang menolak sekular dan memperjuangkan Islam, pejuang kebebasan bersuara, golongan miskin serta yang sekadar hadir untuk mencatat sejarah. Tanpa dipimpin oleh sesiapa, mereka semua bersatu menumbangkan rejim Mubarak yang tidak pernah mempamerkan model demokrasi sebenar di negaranya.

Mesir: Lautan Himpunan Tolak Rampaskuasa, Tuntut 4 Perkara

MESIR12 Julai 2013 tarikh Mesir: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah.

Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan. Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.

Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar. Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam. Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi.

Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;

1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara.

2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan.

3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan."

Mesir ; Kudeta Bakal Tumbang Tidak Lama Lagi

Melihat kepada penentangan rakyat yang semakin membuak-buak dan memuncak tidak mustahil pentadbiran Kudeta zalim di Mesir akan tumbang dengan sendirinya tidak lama lagi bayangkan puluhan juta rakyat berhimpun menyatakan bantahan semalam selepas solat Jumaat.

Mereka berikrar untuk kekal di sana sehingga kerajaan zalim runtuh. Mereka sanggup berhari raya di kawasan perhimpunan mereka khususnya di Dataran Raba'ah

Semalam Pentas Raba'ah mengumumkan bahawa jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah,  Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), Giza (350 ribu), Ramsis (500 ribu), Istana Ittihadiyyah (150 ribu), Qina (100 ribu), Aswan (30 ribu), puluhan ribu di Fayoum, ratusan ribu di Asyut serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia.
Media juga melaporkan bantahan terhadap kudeta ini telah merebak ke seluruh dunia di mana mereka-mereka yang cintakan kedamaian dan demokrasi mula menyatakan sokongan terbuka kepada Morsi dan menentang tindakan rampasan kuasa yang meragut mandat rakyat kepada Morsi. Di Palestin rakyatnya berhimpun membantah rampasan kuasa ini. Begitu juga di beberapa negara umat Islam lain.
Tidak syak kudeta bakal jatuh tersungkur dengan sendirinya. Sementara itu  laporan menunjukkan bahawa sebagian besar rakyat Mesir menentang rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Morsi
Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi. 
Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.
Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.
Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu. 

Mesir akan terus menjadi tempat permainan kuasa asing

Mesir sudah menjadi sebuah negara yang kacau bilau. Mesir yang terkenal dalam sejarah sebagai negara yang bermulanya tamadun moden manusia kini boleh dianggap sebagai sebuah negara yang sudah hancur lebur dalam mana di negara itu sudah tidak tentu lagi mana yang benar dan mana yang salah. Semalam telah dijangka puluhan juta rakyat yang menyokong Mohamad Morsi akan berhimpun di Dataran Raba’ah dan ini merupakan himpunan terbesar di negara itu selepas tumbangnya Hosni Mubarak dua tahun lepas.
Hosni Mubarak berkuasa selama 30 tahun dan isu yang dibangkitkan oleh rakyat ialah rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh beliau dan keluarga beliau. Itu adalah isu yang nyata benar. Tetapi kita tidak bertanya siapa dan tangan siapa yang bermain dalam isu penentang terhadap Mohamad Morsi itu? Isu rasuah itu dijadikan oleh pihak  kuasa asing untuk membawa rakyat ke jalanan untuk menentang Hosni sehingga Hosni rebah dan jatuh dimata rakyat dalam kehinaan.
Morsi mengambilalih kuasa setelah ketiadaan Mubarak melalui pilihanraya rakyat. Morsi yang mendapat 52 peratus sokongan rakyat hanya berkuasa selama hampir dua tahun sahaja kerana beliau telah ditumbangkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan sokongan tentera Mesir setelah jutaan rakyat berhimpun di Dataran Tahrir beberapa ketika.
Semalam, setelah Morsi ditumbangkan oleh sebahagian rakyat dengan bantuan tenteranya maka Mesir kembali bergolak dalam mana penyokong Mohamad Morsi kembali ke jalanan menentang pihak tentera dan yang menyingkirkan Morsi melalui sokongan tentera tadi. Begitulah keadaannya di Mesir dan keadaan ini berlaku tentunya kerana adanya permainan pihak luar dan pengaruh asing untuk melemahkan Mesir.
Kehadiran Morsi sebagai pemimpin baru Mesir sebenarnya tidak di senangi oleh pihak barat terutamanya AS yang begitu tidak senang dengan pendirian Mesir terhadap isu Palestin dan Israel. Kuasa Barat yang begitu senang kedudukan mereka semasa pemerintahan Hosni Mubarak telah begitu gusar dengan pendirian Morsi dalam isu Timur Tengah yang masih bergolak sejak 1967 dahulu.

Kami sedia sambut hari raya di sini - Penyokong Morsi

MESIR: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah.

Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Raba'ah yang menjadi pusat himpunan.

Selain Raba'ah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.

Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Raba'ah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar.

Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Raba'ah semalam.

Kemudian selepas itu, pentas Raba'ah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi.

Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;

1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara.

2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan.

3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan."

Kajian: 63% bantah kudeta, sokong Morsi presiden sah


MESIR: Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.

Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.

Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.

Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu.

Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.

Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.

Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.

Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".

Kerajaan tidak benar laksana kerajaan sementara PRU13 lalu, kata SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan garis panduan berhubung kerajaan sementara selepas pembubaran parlimen pada April lalu adalah kerana tidak mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan, kata anggota badan penggendali pilihan raya itu Datuk Dr. P. Manogran (gambar).
Menurut Manogran lagi, kementerian berkaitan juga tidak membenarkan SPR melakukan sedemikian.
“Kementerian yang berkaitan tidak membenarkan SPR untuk menyediakan satu garis panduan kepada kerajaan sementara menyebabkan kuasa SPR untuk melaksanakan peraturan berkenaan tidak berjaya,” kata beliau semasa berucap di sebuah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut melahirkan kekesalan terhadap persepsi orang ramai yang terus menyalahkan SPR berhubung permasalahan yang berlaku semasa pilihan raya lalu sedangkan SPR sendiri sudah mengambil tindakan seperti membuat laporan polis terhadap ejen daftar pemilih yang cuai.
“Kita telah memberi kebenaran kepada ejen parti politik, badan bukan kerajaan dan wakil Institut Pengajian Tinggi untuk membantu SPR bagi melancarkan proses pendaftaran pemilih.

Anak Razak Baginda (Altantuya) berhujah soal bangsa dengan NGO

Anak perempuan penganalisis politik, Abdul Anak Razak Baginda berhujah dengan seorang pemimpin NGO Tindak Malaysia berhubung soal bangsa dan reformasi pilihan raya.

Dengan memperkenalkan dirinya sebagai Rowena, dia menyoal pemimpin  Tindak Malaysia, Wong Piang Yow mengenai ketiadaan bangsa dalam  pembentangannya mengenai cadangan reformasi pilihan raya di forum Majlis Peguam dalam Kuala Lumpur.

rowena abdul razakDia berkata rakyat Malaysia masih mengundi mengikut garis
perkauman dan bertanya bagaimana mungkin masyarakat minoriti melindungi status majoriti Melayu.

Rowena (kiri) menarik perhatian hadirin terhadap negara Bahrain yang ditadbir oleh kerajaan majoriti Sunni, dan menurutnya, mereka tidak dapat melindungi majoriti Syiah.

Di Malaysia, katanya, Wong mencadangkan sesuatu di mana golongan minoriti diberi kuasa, tetapi Rowena bertanya bagaimana mereka hendak melindungi hak-hak majoriti.

Wong berkata soalan itu aneh, sambil menegaskan bahawa ia adalah perkara biasa bagi majoriti untuk melindungi minoriti dan bukan sebaliknya.

"Bangsa majoriti di seluruh dunia biasanya akan menghasilkan perdana Menteri.

"Anda bertanya bagaimana minoriti boleh melindungi majoriti, minoriti tidak dapat melindungi diri mereka sendiri, jadi bagaimana mereka boleh melindungi orang lain, " katanya.

Representasi bangsa

PRK Kuala Besut: PAS yakin pengundi akan buat perubahan


BESUT: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menolak pengundi di Kuala Besut yang majoritinya Melayu akan membuat perubahan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut kali ini.
Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, perubahan dikalangan undi Melayu kepada PAS di beberapa kawasan meningkat mendadak dan tidak mustahil perkara serupa akan berlaku di Kuala Besut kali ini.
"Keseluruhan pencapaian PAS sekarang berdasarkan Melayu majoriti, keputusaan kemenangan pada PRU13 juga bayak disumgbang oleh pengundi Melayu disamping bukan Melayu.
"Kita banyak menang di kawasan 99 peratus Melayu, perubahan berlaku di kawasan pengundi Melayu dan saya pasti pengundi Melayu akan membuat perubahan besar," jelasnya.
Tuan Ibrahim turut menjangkakan persaingan lebih sengit pada PRK Kuala Besut berbanding PRU13 lalu.
Beliau menjelaskan persaingan sengit ini wujud apabila PAS dapat memenangi kerusi Dun Kuala Besut kedudukan kerusi akan menjadi seimbang iaitu 16:16 dan seterusnya rakyat Malaysia ingin menyaksikan apa akan berlaku pada kedudukan kerajaan di Terengganu.
"Saya melihat Kuala Besut ini ada peluang yang cerah untuk mencatat satu sejarah baru politik negara apabila PAS memenangi kerusi dan kedudukan seimbang iaitu 16:16.

SIDANG MEDIA PRK KUALA BESUT 13 JULAI 2013

Forum isu minyak dialukan, Husam dan Shaberi Chik


KUALA BESUT- Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Paduka Husam Musa mengalu-alukan untuk diadakan forum antara beliau dan Menteri Penerangan Dato' Shaberi Chik mengenai isu minyak di Terengganu. Ini berikutan negeri Terengganu kaya dengan hasil royalti tetapi rakyat masih dalam kemiskinan.
Menurutnya jika hasil minyak ini diusahakan dan dimajukan dengan baik dan betul, pastilah hasil ekonomi ini dapat memberi peluang yang banyak kepada rakyat Terengganu sendiri.
"Saya mencadangkan, Menteri Penerangan Dato' Shaberi Chik dapat berforum dengan saya dan kita berforum dalam RTM untuk menerangkan isu minyak di terngganu. Ini jika beliau betul-betul beranilah", ujar beliau dalam ceramah di Kg Pusu Tinggi malam tadi.
Sambil memberikan keyakinan, menurut beliau sekiranya calon PAS menang di Terengganu, ini betul-betul menunjukkan bahawa rakyat Terengganu tidak bersetuju dengan Menteri Besar sekarang iaitu Dato Ahmad Said dan beri semula jawatan itu kepada Dato Ideris Jusoh.
Dato Husam juga mempersoalkan mengapa hari mengundi tidak diadakan pada hari Sabtu atau Ahad seperti pengundian sebelum-sebelum ini. Ujarnya, ini memungkinkan ada senarai pengundi yang tidak dapat balik mengundi akan diberikan kepada pengundi hantu.
"Saya harap, semua 'mek-mek' untuk balik mengundi pada 24 Julai ini, dan saya harap tuan-tuan dapat sampaikan mesej ini kepada anak-anak dan pengundi luar sana", rayu beliau kepada hadirin yang hadir.

PRK Kuala Besut: Kembalikan Terengganu kepada Pakatan Rakyat



Kuala Besut : Ceramah kempen di setiap UPU bagi PRK N.01 Dun Kuala Besut bermula malam tadi. Pimpinan PAS setiap negeri mula turun ke Kuala Besut untuk memberi sumbangan tenaga bagi berkempen untuk memenangkan calon PAS, antaranya Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmod dan YB Abdul Khalid yang berceramah di UPU Bukit Puteri, Markaz cawangan Gong Penaga malam tadi.
Beberapa isu dibangkitkan dalam ceramah tersebut. Antaranya Terengganu terkenal dengan "Darul Runtuh" kerana berlaku rasuah, penyelewengan dan kompromi.
Mereka menggunakan bahan-bahan yang berkualiti rendah sehingga menyebabkan bangunan yang didirikan runtuh. Persoalannya, mengapakah sering kali kejadian runtuhan ini berlaku di Terengganu sehingga hari ini.
Antara isu lain yang disentuh adalah isu hari pengundian yang diadakan pada hari Rabu sedangkan hari penamaan calon boleh sahaja dilakukan pada hari Jumaat.

Ambiga: Bersih 4.0 diadakan pada Oktober jika daftar pengundi tidak dibersihkan



Perhimpunan Bersih 4.0 akan diadakan pada Oktober jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan daftar undi sedia ada, kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliau berkata, penipuan SPR tidak dapat diterima dan seolah-olah menghina kebijaksanaan rakyat.
"Bersih 4.0 akan dilaksanakan pada Oktober jika SPR tidak bersihkan daftar pengundi," katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas forum.
Setakat ini, NGO itu sudah menganjurkan tiga perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil.
Ambiga berkata, SPR harus membersihkan nama sendiri dan bukan mengharapkan pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyelesaikan kemelut badan penggendali pilihan raya itu.
"SPR cenderung menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas semua masalah yang membabitkan badan itu, namun jika saya menjadi Pengerusi SPR, puluhan laporan polis akan saya kemukakan jika berdepan dengan masalah itu," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di seminar pasca pilihan raya umum ke 13 anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur, hari ini.

Politik Dendam: Umno Roboh Rumah Rakyat Kuala Besut

#PRKBESUT13 #PRKN1 : TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT BERKAITAN PRK

PRK Kuala Besut: Kemiskinan jadi aset politik BN – Mustafa Ali

mustafa_ali
Mustafa Ali (tengah bersama Dr Dzulkefly Ahmad (kiri) menunjukkan keadaan rumah penduduk Kuala Besut yang daif
KUALA BESUT, 13 JULAI: Kemiskinan penduduk di Kuala Besut seolah-olah dijadikan aset politik untuk mengikat kebergantungan mereka kepada Umno-BN, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
“Kemiskinan jadi aset politik. Kebergantungan kepada bantuan sangat tinggi,” kata Mustafa kepada pemberita pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pas di Kampung Baharu, Kuala Besut hari ini.
Menurutnya, pilihan raya kecil di Kuala Besut mengulangi sejarah tahun 1979 apabila dua calon dari parti sama bertanding pada PRK yang juga diadakan dalam bulan Ramadan.
“Tapi sejak 1979 hingga hari ini, tak banyak beza,” kata Mustafa memberitahu banyak isu tempatan yang seolah sengaja tak diselesaikan supaya rakyat terus bergantung kepada Barisan Nasional,
Katanya, berbanding kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN lain dalam Parlimen Besut, DUN Kuala Besut paling dipinggirkan.

PRK Kuala Besut: MB T'ganu nafi calon BN tak balik kampung....adooi dah terbongkar..???

Menteri Besar Terangganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan pembangkang bahawa tidak balik kampung selepas dipindahkan ke di Putrajaya.

Beliau yang juga pengerusi Umno negeri menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "fitnah".

"Mereka mendakwa kerja di Putrajaya, tak balik kampung. Dia baru dipindahkan tiga bulan. Tapi dah kerja lima tahun di Besut. Isteri (seorang guru) dia pun belum bertukar (sekolah lagi).

"Mereka sanggup fitnah. Rakyat perlu tolak (dakwaan ini) dengan memberi kemenangan selesa (kepada calon BN)," katanya

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan di Majlis Perasmian dan Peletakan Batu Asas Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Dalam kenyataan media Setiausaha Agung Mustafa Ali hari ini, beliau mendakwa beliau dimaklumkan bahawa calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat.

PRK Kuala Besut: Rumah 'durian runtuh' untuk penduduk kata TPM....tapi jangan jadi "Darul Runtuh Beb"

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengambil kesempatan berkempen pada hari kedua pilihan raya kecil DUN Kuala Besut apabila merasmi majlis pecah tanah untuk pembinaan Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.

Pangsapuri yang bernilai RM 10.35 juta itu mempunyai 72 unit rumah tiga bilik.

Perumahan itu disediakan khususnya kepada penduduk di Pengkalan Atap, Besut yang dilanda di air pasang besar menyebabkan hakisan pantai dan membahayakan keselamatan mereka memandangkan ombaknya melepasi atap rumah.

Muhyiddin dalam ucapan perasmian itu menganggap pembinaan yang dibuat oleh kerajaan Terengganu sebagai 'durian runtuh' apabila memetik ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sebelum itu yang menyatakan pangsapuri itu  "mungkin diberi percuma", memandangkan mangsa tidak berkemampuan untuk memiliki dan membayarnya.
"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh MB tadi. Mungkin nak bagi percuma kot.

PRK Kuala Besut: Mengapa mesti Muhyiddin Yassin?

PRK Dun Kuala Besut PELANTIKAN Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah PRK Dun Kuala Besut baru-baru ini menimbulkan pertikaian umum sementelah tanggungjawab itu sewajarnya digalas oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Apakah begitu genting sekali kedudukan Dun Kuala Besut ini sehingga orang nombor dua negara terpaksa diturunkan bagi menggerakkan jentera BN di sana?

Bagi pemerhati politik, turunnya Muhyiddin ke gelanggang PRK bukan sahaja kerana mahu memastikan kemenangan BN di Dun Kuala Besut sebaliknya ia adalah misi menyelamatkan Terengganu daripada jatuh ke tangan PR.

Menurut pensyarah Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Fuad Mat Jali, prestasi 'cukup-cukup makan' BN pada PRU13 lalu menyebabkan nama Ahmad digugurkan daripada skuad perang BN.

“Prestasi Ahmad Said sangat mengecewakan dalam PRU13 yang lalu, beliau tidak berjaya memacu kemenangan yang besar terhadap BN.

“Oleh sebab itu saya rasa beliau tidak dilantik,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Malah dakwanya, timbalan perdana menteri itu juga ke Terengganu dengan membawa satu lagi misi sampingan iaitu menyatukan kembali Umno Terengganu yang sudah retak menanti belah.

“Semua orang sudah tahu wujud perpecahan dalam Umno Terengganu, masing-masing ada kumpulan penyokong masing-masing.

PRK Kuala Besut: Yang penting khidmat pada masyarakat

Mad Said - Konsep Adil Dlm Umno U Help Me,I Help U

PRK Kuala Besut: Calon PAS disenangi masyarakat

PRK bulan puasa, SPR sengaja sulitkan PAS?

SEMAKIN sukar untuk dinafikan bahawa setiap keputusan dan tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cenderung mengambil kira keuntungan politik buat Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan. Pemilihan hari dan tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Terengganu, seperti mana diumumkannya 5 Julai lalu, seakan mengukuhkan persepsi itu.

SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK tersebut ialah pada Jumaat, 12 Julai. Manakala hari pengundian ialah pada 24 Julai nanti. Penetapan itu mengundang rasa tidak senang khalayak umum, terutamanya para pendukung pakatan pembangkang. Bukan semata-mata mahu membangkang apa jua yang dibuat pihak kerajaan, tetapi hujah dan pertikaian mereka agak munasabah. Tempoh itu jatuh di bulan Ramadan al- Mubarak.

Ramadan adalah bulan bagi umat Islam menunaikan ibadat puasa. Umat Islam akan menyemarakkan kehadirannya dengan pelbagai ibadat lain. Jadual umat Islam sepanjang Ramadan selalunya sangat padat dengan ibadat-ibadat khusus, seperti bertadarus al-Quran, berzikir, beristighfar, bertarawih, qiyamullail dan seumpamanya.

'Antara Calon PAS Vs BN' dan '16-16 : Agenda Menamatkan Peminggiran Kuala Besut'

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa semalam (Jumaat-12 Julai) kita baru sahaja selesai Hari Penamaan Calon. Apa yang jelasnya, pertandingan kali ini "Satu Lawan Satu". Antara calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dengan calon Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pilihan raya kecil ini.

Calon Kito..Calon PAS 
Insya'Allah, Saudara dan saudari sekalian pun sudah tahu dan mengenali calon kita dari PAS. Calon kita (PAS) iaitu Haji Endot @ Azlan bin Yusof atau dia lebih dikenali oleh masyarakat setempat di Kuala Besut ini sebagai 'Che Long'. Itu panggilan mesra calon kita... Che Long Kontraktor. Beliau seorang yang 'mesra rakyat', baik hati, tidak sombong, 'mudoh kkiro' atau 'mudoh bbaso' kata orang sini. Inilah calon pilihan rakyat yang kita (PAS) bawa dari akar umbi dan ikut kehendak masyarakat setempat di Kuala Besut ini, Alhamdulillah.

Calon BN
Cumanya, mengenai calon BN yang jadi lawan kita (PAS) kali. Saya tidak berniat untuk buat serangan peribadi kepada calon BN yang ditampilkan oleh Umno. Tetapi, 'respon' yang kita terima setakat ini mendukacitakan rakyat dan pengundi setempat. Saya dimaklumkan, calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat. Ada macam-macam versi tentang calon BN ini, ada yang kata dia (Tengku Zaihan) lahir di sini dan mempunyai ahli keluarga di Kuala Besut ini, ada yang kata pula, dia tak lahir di sini, dan tak dibesarkan di sini, Cuma keluarganya ada disini. banyak persoalan tentang calon BN ini yang kita terima maklum balas dari orang ramai.

PRK Kuala Besut: Penentu hayat BN Terengganu


BESUT: Sekiranya momentum Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 mampu dikembalikan, tidak
mustahil Dun Kuala Besut dikembalikan ke pangkuan PAS.

Namun, PAS dan Pakatan Rakyat perlu bertapak kukuh di peti undi Kampung Baru, Seberang Barat, Kampung Nail dan Tok Saboh. Peti undi terbabit ‘lebih berkiblat’ kepada Umno.
Usaha bersungguh-sungguh juga perlu dilakukan di peti undi Seberang Barat Luar, bersempadan dengan Semerak di laluan tepi pantai. Pada pilihan raya umum lalu BN menang dengan majoriti 756 undi.

PAS juga perlu memperkemaskan benteng di peti undi Bukit Puteri, Kampung Baru dan Bukit Nangka. Sekiranya momentum itu dapat dipulih, tidak mustahil fenomena 16:16 benar- benar menjadi kenyataan pada 24 Julai ini.

Di Kampung Baru terletak Markas Besar PAS Dun Kuala Besut. PAS pernah menang dengan majoriti besar di peti undi tersebut pada PRU 1999 iaitu sebanyak 232 undi.

Bagaimanapun andaian tersebut cuba dinafikan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau dengan megah menggambarkan BN boleh menang dengan majoriti 4,000 undi.

Idris mungkin tersilap kira, kehadiran Ramadan melahirkan suasana berbeza.

PRK Kuala Besut: Mesra lebih utama dari pendidikan – pengundi


Che Long bertanya khabar dengan para peniaga di Pasar Borong Kuala Besut

BESUT: Pengundi Dun Kuala Besut tidak meletakkan pendidikan sebagai perkara utama untuk mereka membuat pilihan pada hari pengundian nanti walaupun perkara itu menjadi fokus utama Barisan Nasional (BN) dalam kempen yang mereka lakukan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati pengundi di Kuala Besut hanya inginkan seorang wakil yang dapat menjalankan tugas sebagai seorang wakil bagi rakyat serta senang untuk bertemu tanpa ada sebarang protokol.

Selain itu juga, pengundi turut merasakan keputusan PAS memilih Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long sebagai langkah yang tepat kerana beliau amat disenangi penduduk sekitar.

Seorang peniaga, Tazu Azhar Yusof (kanan) berpendapat pertembungan antara calon PAS dan BN dilihat agak seimbang jika dibandingkan pada PRU13 yang lalu, namun terdapat kelebihan peribadi yang memihak kepada Che Long.

Beliau yang memberitahu, Che Long merupakan seorang individu yang disenangi penduduk serta mesra dengan orang ramai.

"Keputusan PAS memilih Che Long amat tepat kerana beliau disenangi oleh penduduk di sini.

"Selain itu juga beliau amat mudah untuk bermesra dengan orang ramai, keperibadian beliau amat baik serta tidak sombong dan senang diajak berbual," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai taraf pendidikan, Tazu memberitahu rakyat tidak mementingkan pendidikan, apa yang mereka perlukan adalah individu yang dapat membawa suara rakyat.

PRK Kuala Besut: Keluarga calon BN sedia sokong Che Long

BESUT: Biar pun ayah calon BN, Che Ku Abdul Rahman mendakwa mempunyai keluarga besar di sini, sebaliknya sebahagian daripada mereka diberitahu bersedia untuk menyokong calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long (gambar).

Adun Chukai, Hanafiah Mat mendakwa berdasar kepada pertemuan dengan anggota keluarga calon BN, sebahagian mereka memberi komitmen bagi menyokong calon PAS

“Saya sudah berjumpa sebahagian daripada mereka, dan ramai menyatakan kesediaan untuk menyokong Che Long kerana lebih dekat dengan masyarakat di Kuala Besut,” katanya pada ceramah di Seberang Barat malam tadi.

Baru-baru ini Che Ku, bekas anggota jawatankuasa Umno Besut mendakwa mempunyai seramai 3,000 anggota keluarga yang memberi kelebihan kepada anaknya.

Seberang Barat sebuah perkampungan nelayan, di mana ramai mendapat bantuan bulanan daripada kerajaan.

Insentif RM200 sebulan membuatkan sebahagian besar nelayan di situ terperangkap dalam jerat Umno. Maka tidak hairanlah ia menjadi kubu kuat Umno di Kuala Besut.

Kira-kira 70,000 nelayan di seluruh negara sejak September 2008 menerima bantuan sara hidup sebanyak RM200 sebulan.

Nelayan diberi kad nelayan bagi melayakkan untuk menikmati elaun terbabit dengan syarat perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan.
Selain itu nelayan juga diberi bantuan bot dan enjin serta pelbagai kemudahan lain. Bantuan tersebut menyebabkan nelayan terpaksa tunduk kepada tekanan Umno.

Tekanan berterusan itu juga menyebabkan tidak ramai penduduk tempatan tampil di hadapan pentas, tempat ceramah diadakan malam tadi.

Dedah nama syarikat kerana dakwat dibeli guna wang rakyat – Shamsul

KUALA LUMPUR 13 Julai: Kerajaan diingatkan supaya tidak memberi alasan dangkal ekoran kengganannya mendedahkan nama syarikat pembekal dakwat ketika pilihan raya umum lalu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin merujuk kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam bahawa kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat terbabit.
“Apa yang kerajaan Umno BN mahu sembunyikan daripada pengetahuan rakyat? Sebagai pembayar cukai mereka juga berhak tahu nama syarikat pembekal dakwat itu yang jelas gagal membekalkan dakwat kekal.
“Keengganan kerajaan melindungi nama syarikat itu menyebabkan rakyat berasa teraniaya. Duit yang digunakan untuk membeli dakwat kekal bukan sedikit jumlahnya iaitu RM7 juta tetapi hasilnya sangat mengecewakan,” ujar Shamsul.
Shahidan semalam berkata kerajaan tidak akan mendedahkan nama syarikat berkenaan kerana khuatir dakwat tersebut akan dibeli oleh orang ramai dan berlaku “kekecohan” semasa hari pengundian.
Mengulas lanjut, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, alasan Shahidan itu amat memalukan dan sukar diterima.
“Saya bagi analogi mudah, daripada rakyat berebut-rebut membeli dakwat kekal itu, bukankah lebih baik mereka membeli kertas undi yang lebih besar kelebihannya untuk melakukan penyelewengan ketika hari pengundian.

Kerajaan tak patut rayu kes Kugan

Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM – PKR hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan Persekutuan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes kematian A Kugan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, tindakan itu menunjukkan sikap tidak prihatin kerajaan sekali gus memanjangkan penderitaan keluarga Kugan khususnya ibu mangsa, N. Indra yang sejak berapa lama berjuang untuk membela kematian anak lelakinya.

“Tidak patut seorang ibu melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan kerajaan Persekutuan.

“Rayuan itu memperlihatkan kegagalan kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan ketakutan, malah fobia terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban,” katanya yang dipetik dari kenyataan medianya, hari ini.

N. Indra menang dalam kes saman itu di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun lepas apabila mahkamah mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan.

Wan Junaidi: Buang masa bahas isu IPCMC

KUCHING - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia hanya membuang masa sekiranya beliau menyahut cabaran yang dikemukakan ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo untuk berbahas mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
  
Menyifatkan cabaran itu sebagai hanya mahu mendapat publisiti murah, beliau berkata ia tidak berguna untuk membahaskan cadangan penubuhan Suruhanjaya itu yang telah ditolak oleh kerajaan pada 2009.
  
"Kerajaan telah menggantikannya dan Parlimen telah meluluskan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Oleh itu cabaran untuk berdebat mengenai IPCMC adalah sia-sia dan tidak akan mendatangkan sebarang hasil," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak baharu bagi pembinaan masjid di Muara Tebas di sini.
  

Does the Election Commission really think Malaysians have a short memory?

Here is a bunch of questions for Malaysians.
Growing up, did you accept it when the neighbourhood bully extorted canteen money from you very week? In school, did you suck it up and accept it when your class teacher punished you with lower marks, just because he could?
At work, do you turn the other way when your boss garnishes your pay packet by several hundred ringgit with "administrative" charges?
In life, will you accept it if the likes of Perkasa’s Datuk Ibrahim Ali and the Umno-owned media tell you to leave the country of your birth if you do not accept their terms?
If the answers to all the questions is no, here is another question: why allow a partisan group to conduct the country’s elections and devalue the ultimate right of any citizen in a democratic country – the right for your vote to count. Surely, this too amounts to bullying, extortion, unfair and arrogant behaviour.
The Reid Commission report – which formed the backbone of the Federal Constitution – envisaged the Election Commission as a body which would be independent and impartial to all.
The EC is anything but impartial. And this was clear in the run-up to the general elections and since.
Take the petition to nullify the win of Pakatan Rakyat’s Tian Chua in Batu. The Barisan Nasional candidate, Dominic Lau, who lost by a yawning 13,000 majority wants the result overturned because he says that Chua Tian Chang was previously fined RM2,000 by the High Court, which meant that the opposition politician should have been disqualified from contesting the polls.

Terima hakikat polis lemah, NGO kecam KDN guna EO sebagai alasan

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengecam sikap Putrajaya yang masih menyembunyikan hakikat sebenar kadar jenayah yang semakin meningkat serta menggunakan Akta Ordinan Darurat (EO) sebagai alasan, kata NGO pemantau jenayah, MyWatch dan hak asasi manusia, Suaram serta menggesa pasukan polis menerima hakikat kelemahan mereka sendiri.
Pertikaian itu kembali diperkatakan selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kebanyakan penjenayah yang ditangkap kerana melakukan kesalahan di negara ini adalah bekas tahanan di bawah EO.
"Kerajaan hendak menubuhkan semula akta seperti EO bagi membolehkan mereka melakukan tindakan tahanan tanpa bicara, dan sesuka hati boleh tahan orang yang mereka anggap sebagai ancaman," kata pengerusi MyWatch, R Sri Sanjeevan kepada The Malaysian Insider bagi membidas rancangan Ahmad Zahid yang mahu memperkenalkan akta sama seperti EO bagi membanteras jenayah.
Pengerusi MyWatch itu berkata kenyataan Ahmad Zahid membuktikan polis mengakui kelemahan mereka sendiri kerana polis tidak dapat menjalankan siasatan dan tanggungjawab untuk memelihara keselamatan rakyat Malaysia.
"Tindakan ini sama seperti polis tidak percayakan anggota mereka.
"Ini umpama polis tidak percaya daya saing anggota mereka, dan tahap penyiasatan mereka masih lemah," katanya.

Akta Hasutan 1948 - Apa Pendirian Zahid Selepas ini?

Shahbudin Husin

Mesyuarat kabinet semalam memutuskan untuk kekal dengan pendirian mahu memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional yang kini sedang digubal. Ini bermakna tiada apa-apa yang berubah berhubung keputusan pemansuhan akta itu sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2012 lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramanian ketika memberitahu demikian berkata, Akta Keharmonian Nasional yang menggantikannya akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Dengan keputusan kabinet ini, orang ramai tentunya tertanya-tanya apakah pendirian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu selepas ini? Apakah beliau bersetuju dengan keputusan kabinet itu atau akan terus menentangnya sebagaimana kelantangan yang dipamerkan dua tiga hari sebelum ini?
Orang ramai juga tentunya ingin tahu, apakah dalam mesyuarat kabinet semalam, Zahid turut bersetuju bersama-sama pendirian kabinet itu atau beliau ada menyuarakan bantahan akta itu daripada dimansuhkan atau hanya berdiam diri saja?
Semua ini menimbulkan persoalan. Zahid sebelum ini menteri yang paling ke depan membantah pemansuhan Akta Hasutan dengan menyelar sikap pihak tertentu yang mahu memansuhkan akta itu tanpa memikirkan kesan negatifnya walaupun sebenarnya perkara itu datang daripada mulut Najib sendiri.

Nurul Izzah: Pakatan fail saman terhadap SPR berhubung dakwat kekal Isnin ini


Nurul Izzah bercakap di sebuah forum di Kuala Lumpur. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 Julai, 2013.Nurul Izzah Anwar mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan saman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin ini berhubung isu kemelut dakwat kekal yang mencetuskan kontroversi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak yang terkandung dalam dakwat berkenaan.
“Kami mempunyai bukti dan dokumen yang cukup untuk menyaman SPR.
"Mereka tidak boleh menukar kenyataan berhubung kandungan nitrat perak daripada lima ke tujuh peratus ke satu peratus dan kemudiannya mengumumkan hanya pewarna makanan,” katanya dalam satu forum yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
PR akan mengumumkan secara rasmi mengenai saman itu dalam satu sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.
Naib Presiden PKR itu juga menyifatkan kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) dalam membawa 22 syor PR dalam penambaikan perjalanan pilihan raya adalah disebabkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mempunyai suara majoriti sekaligus mengetuai suruhanjaya berkenaan.
“BN mempunyai ahli yang ramai dalam suruhanjaya berkenaan manakala Ahli Parlimen PR mempunyai suara sedikit bagi membantah usul yang diutarakan suruhanjaya berkenaan.

Perjanjian TPP hanya muslihat Amerika, kata Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad. SHAH ALAM - Malaysia diminta mengabaikan tarikh akhir di mana perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu dimeterai bersama 12 negara Pasifik lain Oktober depan, hujah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, perjanjian itu adalah muslihat Amerika Syarikat untuk menembusi pasaran domestik negara-negara, malah bukanlah sebuah perkongsian yang sama rata.

"Kita banyak bercakap mengenai ketelusan. Mari kita lihat ketelusan berkaitan rundingan TPP ini. Amaran Oktober itu patut diabaikan dan biar China menyertainya," katanya  menerusi blog chedet.cc semalam.

Bekas pemimpin utama negara itu turut menasihati Putrajaya supaya berterus-terang dalam isu TPP ini.

Pada hematnya, perjanjian TPP hanyalah sebuah perjanjian yang merugikan negara.

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

TPP: Mtem harap Kerajaan tak beri janji kosong

Mohd Nizam MahsharMAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mahu kerajaan lebih telus dan tidak hanya memberi janji kosong apabila menyentuh soal perjanjian perdagangan bebas (FTA) Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar berkata, isu TPP sangat penting dan beliau menyifatkan perjanjian itu sebagai tsunami ekonomi yang bakal melanda Malaysia.

“Penjelasan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) adalah penting, jangan hanya sebut ‘percayakan kami’ dan bagi jaminan kosong.Itu yang buat kita sangat takut,” kata Mohd Nizam.

Katanya, perjanjian itu bukan sahaja melibatkan soal perdagangan, tetapi turut menyentuh soal lain seperti kesihatan, alam sekitar dan perundangan.

“Apa yang kami bimbangkan adalah masih ramai orang yang keliru (mengenai TPP). Miti perlu menunjukkan kos dan manfaat yang Malaysia akan dapat, apa negara bakal perolehi dan tunjukkan juga kajian impak ekonomi terhadap perundingan yang telah dibuat. Semuanya harus jelas dan meluas.

Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: "Apa Untuk Malaysia" Bhg 5

Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: "Apa Untuk Malaysia" Bhg 4

Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: "Apa Untuk Malaysia" Bhg 3

Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: "Apa Untuk Malaysia" Bhg 2

Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: "Apa Untuk Malaysia" Bhg 1

PRK Kuala Besut: Che Long ada kelebihan tersendiri pada pengundi

LENSA MESIR: HARI JUMAAT PETANG DAN MALAM 12 JULAI 2013.

Di bawah ini adalah gambar sekitar di dataran Rabiatul Awadiah di Kaherah Mesir, 12 Julai 2013, tarikh Mesir.


Maghrib, di Rabiatul Awadiah, semalam. Jutaan penyokong Morsi melakukan solat berjemaah.

Nasr City, petang semalam. Penyokong Morsi.

Malam, di Rabiatul Awadiah, penyokong Morsi dan Islam. Muslimat yang gigih!!

Solat Maghrib di Rabiatul Awadiah, semalam, Jumaat.

Morsi digulingkan, hanya kerana INI!! Junjungan Al-Quran.
Seorang budak Mesir mengibar bendera di Dataran Rabiatul Awadiah, Mesir, malam 12 Julai 2013.

Golongan tua turut membantah rampasan junta tentera fasiq Mesir!

Sepanduk menyokong Morsi dan membantah rampasan tentera di dataran sama.

Dan inilah yang sebenarnya menyebabkan Morsi digulingkan junta tentera fasiq Mesir. Kerana Baitulmaqdis. Ratusan ribu jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa berdemonstrasi menyokong Morsi selepas solat Jumaat, 12 Julai 2013. Kebangkitan Islam kembali menular dunia selepas ianya tidur..... Allahuakbar!!!!

PRK Kuala Besut: Che Long Dihina Kerana Tidak Berkelulusan Tinggi... Tapi Ramai Pekerja Bertaraf "Jurutera Dan Arkitek"

Sekalipun calon PAS yang dikenali sebagai "Che Long" itu hanya berkelayakan SPM, tetapi beliau telah membuktikan bahawa beliau berjaya di lapangan perniagaan dengan menjadi seorang kontraktor Kelas A... berbanding lawannya berpendidikan peringkat universiti tetapi hanya mampu menjawat jawatan makan gaji sebagai seorang jurutera.

Sebagai kontraktor Kelas A, Che Long sudah pastinya mempunyai "pekerja-pekerja" bertaraf "jurutera" di projek-projek kendalian syarikatnya dan disitulah kelebihan orang yang menjalankan perniagaan sendiri berbanding dari mereka yang makan gaji! Seorang peniaga itu, walau sekecil mana pun kelulusannya tetap "seorang tuan yang bebas" berbanding yang mencari rezeki dengan makan gaji yang sentiasa terikat kemana saja dia pergi!

Kedua, ingat pesan Rasulullab, orang berniaga itu ada kelebihannya kerana, 9/10 dari rezeki adalah di dalam dunia perniagaan. Malah Nabi Muhammad sendiri seorang peniaga di masa mudanya sebelum beliau diutuskan menjadi Rasul, dan semasa beliau diangkat menjadi Rasul pun, Rasulullah adalah seorang yang "ummi" (tidak tahu membaca dan menulis) namun baginda beriman dengan ayat-ayat Allah (mafhum surah Al-A’raf: ayat 158).

Ketiga jangan lupa semasa PRK Manek Urai pada pertengangan tahun 2009 dimana Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS ketika itu, Fauzi Abdullah.

Muhyiddin telah dilaporkan berkata:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan yang tidak berkelulusan tnggi seperti calon BN.

PRK Kuala Besut: Cipta sejarah atau kestabilan?


Ketika PAS bertungkus lumus untuk menghasilkan kedudukan 16:16 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selepas 24 Julai ini, Umno pula berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal di tangan mereka.
Bagi PAS, mereka mahu mencipta sejarah baru di Terengganu. Dengan kedudukan 16:16, mereka yakin pihak yang paling untung adalah rakyat Terengganu.
"Ingat tak semasa kerajaan negeri Terengganu diperintah oleh PAS 1999 hingga 2004 lalu, siapa yang untung. Rakyat Terengganulah yang paling untung," kata seorang pemerhati politik Terengganu kepada The Malaysian Insider.
Ketika itu, kerajaan Pusat di perintah BN manakala kerajaan negeri di perintah oleh PAS. Hasilnya, hampir semua rakyat Terengganu mendapat perhatian penuh kedua-dua kerajaan. Melalui wang zakat, kerajaan negeri membantu rakyat.
Kerajaan Pusat pula memperkenalkan Wang Ehsan pada ketika itu. Semua rakyat yang bermasalah akan dibantu segera oleh kedua-dua belah pihak. Pendek kata, rakyat Terengganu ditatang umpama minyak yang penuh.  Apa yang mereka hendak semuanya akan dapat.
Ada lawak terkenal ketika itu. Bila pemimpin datang, mereka akan bertanya, apa yang rakyat mahu. Rakyat berkata, "Kampung kami selalu dilanda banjir."
Pemimpin itu berkata, "Kami akan bina jambatan." Apabila rakyat berkata, "Tapi kampung kami tidak ada sungai." Pemimpin itu berkata, "Kita akan bina sungai."
Namun selepas PAS kalah pada 2004, suasana itu tidak ada lagi. Rakyat yang menerima bantuan kerajaan pusat tidak akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri. Ini kerana, pihak yang mengendalikan bantuan itu semuanya datang dari satu pihak sahaja iaitu Barisan Nasional (BN). Hinggalah musim pilihan raya datang, suasana itu akan muncul semula.
Inilah nostalgia yang mahu dihidupkan kembali oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut. Ia hanya boleh dilakukan kalau PAS menang dalam pilihan raya ini dan membuka jalan untuknya kembali mentadbir Terengganu semula. Jika itu berlaku, sekali lagi rakyat yang dapat untung.

PRK Kuala Besut: PAS bertemu seramai mungkin pengundi untuk tawan Kuala Besut


Calon PAS, Che Long (dua dari kiri) beramah mesra dengan peniaga bazaar ramadan di Kuala Besut. Untuk cuba menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN), PAS menggunakan pendekatan bertemu dengan seramai mungkin pengundi bagi memastikan kemenangan dicapai.
Calon PAS bagi kerusi itu, Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long sibuk sejak diumumkan sebagai calon. Beliau dibawa ke hulu ke hilir oleh rakan-rakannya dalam PAS dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertemu dengan seramai mungkin rakyat menjelang pilihan raya kecil (PRK) bagi DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.
Sebaik saja selesai penamaan calon semalam, Che Long terus bergerak ke sana ke mari. Mungkin kerana itulah, beliau membuat persediaan awal. Ketika semua orang memakai kasut kulit untuk berarak, Che Long memilih untuk memakai kasut sukan.
Namun kerana beliau adalah anak tempatan yang lahir dan membesar serta berniaga di Kuala Besut, ia tidak menjadi masalah kepadanya. Hampir semua orang sudah mengenalinya. Apa yang beliau perlukan hanya menyapa serta bersalam dengan mereka dan pastikan mereka yakin beliau mampu membantu menyelesaikan masalah mereka selepas ini.
Pada hari pertama, sebaik sahaja selesai penamaan calon, Che Long memilih untuk solat Jumaat di Masjid Kuala Besut.
Ia terletak dalam Unit Peti Undi (UPU) Seberang Barat.
Kuala Besut mempunyai lapan peti undi. PAS hanya menang dua peti undi sahaja dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu iaitu di Bukit Puteri (majoriti 90 undi) dan Kampung Nangka (majoriti 79 undi).

PRK Kuala Besut: Hasil minyak gagal ubah nasib penduduk


Antara rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut.

BESUT: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Kuala Besut memerlukan perubahan dan pembangunan.

Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil minyak tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin.

“Ini bermakna, kekayaan hasil petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN.

Namun, katanya, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun.