Jumaat, 12 Julai 2013

PRK Kuala Besut: 'Politik keluarga'


 
Walaupun rata-rata penduduk di DUN Kuala Besut kurang mengenali calon kedua-dua calon BN dan PAS dalam pilihan raya kecil kali ini, calon PAS Azlan Yusof bagaimanapun dilihat lebih berdepan tugas besar untuk merampas kerusi itu.

Faktor keluarga menjadi antara sandaran terbesar bagi calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi DUN ini selepas kematian bekas wakil rakyatnya Datuk A Rahman Mokhtar, 64, akibat kanser paru-paru.

NONERata-rata penduduk yang ditemui Malaysiakini sekitar Kuala Besut mengakui faktor keluarga Tengku Zaihan memberi kelebihan padanya dalam pilihan raya kecil 24 Julai ini.

Bapanya Che Ku Abdul Rahman amat kenali di kalangan penduduk tempatan kerana pernah mengajar agama di masjid sekitar kawasan itu bahkan mempunyai ramai anak murid.

Che Ku - yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Besut - dipetik sebagai berkata, keluarga besarnya yang dianggarkan seramai 3,000 itu akan memberi kelebihan kepada anaknya.

"Di kalangan ahli keluarga itu, ada yang terdiri daripada pembangkang, tetapi menyatakan persetujuan untuk menyokong BN kerana faktor keluarga," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Perwatakan Azlan dapat pujian

Malah keluarga Tengku Zaihan juga mempunyai persatuan dan koperasi keluarga yang dikenali sebagai "Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long".

PRK Kuala Besut: Pendidikan calon bukan isu besar - Husam


 BESUT: PAS berpendapat calon yang dipilih pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut adalah calon yang tepat serta menepati kehendak penduduk setempat.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Datuk Husam Musa menjelaskan perkara tersebut selepas proses penamaan calon pagi tadi.

Menurutnya lagi, calon yang ditampilkan oleh PAS merupakan calon yang disukai oleh penduduk setempat dan beliau yakin rakyat akan terus memberi sokongan pada hari pengundian nanti.

"Calon yang kita tampil ini adalah atas permintaan penduduk di sini, jadi atas alasan tersebut saya yakin calon dari PAS mempunyai kekuatan untuk menghadapi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini.

"Kita tidak tampil calon yang mempunyai bantahan dalaman atau penduduk setempat, calon kita adalah individu yang dihormati serta dikenali," kata beliau.

Sementara itu, Husam ketika ditanya mengenai kelayakan pendidikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof menjelaskan calon PAS dipilih untuk mewakili serta membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri bukannya untuk menjadi pensyarah ataupun jurutera.

PRK Kuala Besut: Che Long tidak bimbang serangan peribadi



BESUT: Calon PAS, Endot@Azlan Yusof, 48, menolak sama sekali sebarang kempen yang berbentuk serangan peribadi pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Beliau yang mesra dengan panggilan Che Long berkata, serangan peribadi terhadap calon adalah tidak ‘gentleman’ tetapi langsung tidak bimbang jika dipergunakan oleh pihak lawan Umno BN.

“Kita semua kawan-kawan dan jika boleh tolak kempen yang bersifat peribadi dan jika ada itu tidak ‘gentleman’. Kita berjuang atas dasar parti, perjuangan PAS dasarnya Islam,” ujarnya kepada media.

Hadir sama pada sidang media tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Che Long menyifatkan hubungan dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman seumpama adik abang kerana beliau lebih tua daripadanya.

“Kempen kita sempena bulan Ramadhan ini tidak serang peribadi calon dan untuk kita angkat martabat Islam ini pada bulan Ramadhan adalah bulan terbaik.

Tentera Israel tahan kanak-kanak 5 tahun

Tentera Israel tahan kanak-kanak 5 tahun TENTERA Israel telah dituduh menahan seorang kanak-kanak Palestin berusia lima tahun secara tidak sah kerana membaling batu di bandar West Bank, Hebron.

Kumpulan hak asasi manusia Israel, B'Tselem berkata, kanak-kanak tidak boleh ditahan kerana umur penjenayah yang layak untuk bertanggungjawab di Israel adalah 12 tahun.

Rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dibawa menaiki kenderaan tentera diiringi seorang lelaki Palestin.

Menurut tentera, kanak-kanak lelaki itu telah mengancam orang yang lalu lalang dan tentera tersebut hanya mengiringi kanak-kanak itu kepada ibu bapanya.

B'Tselem berkata askar Israel menahan Wadi Maswadeh selepas dia membaling batu, Selasa lalu.

Hutang isi rumah semakin tinggi: Salah siapa?

HUTANG hasil pembelian rumah, kereta, pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman PTPTN dan pelbagai jenis hutang yang menjadi beban utama dalam keseluruhan hutang isi rumah. 

Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, hutang isi rumah sudah mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (2012: 80.5%, 2011: 76.6%, 2010: 75.8%). Ratio ini secara relatifnya antara yang tertinggi, berbanding negara serantau. Manakala purata pendapatan isi rumah terus lembab pada peningkaran sekitar 8% saban tahun (2012: RM5,000).
Abaikan fakta nombor dan angka itu, dalam erti kata lain, setiap isi rumah di Malaysia sekarang berhutang dan kebanyakannya melebihi daripada apa yang sepatutnya dan terjerat dalam hutang yang berpanjangan. Golongan berpendapatan rendah dan penjawat awam negara ini yang kini berada dalam nisbah hutang yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan bebanan keseluruhan isi rumah.  Awal tahun ini, ketika mengulas mengenai hutang isi rumah kepada KDNK, sesuatu yang lebih mengejutkan apabila dinyatakan satu daripada lima rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan (The Star, 27-02-2013).
Ya kita mengiktiraf usaha baik Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengambil pelbagai langkah awalan menyeluruh termasuk mengeluarkan beberapa garis panduan untuk mengawal aliran peningkatan hutang isi rumah. Contohnya, Garis Panduan mengenai Pembiayaan Bertanggungjawab yang berperanan agar pihak institusi kewangan tidak sewenang-wenangnya menawarkan pelbagai jenis produk pembiayaan yang sedap didengar hanya untuk melariskan produk mereka, dan juga Garis Panduan Kad Kredit untuk menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan berhemat, dan pelbagai rancangan lain BNM bagi memberi kesedaran awam dan celik kewangan.
Namun ironinya, saban tahun laporan ekonomi sentiasa mencatatkan ‘ayat-ayat positif’ daripada pihak bertangungjawab seperti, “masih belum sampai ke tahap kritikal”, “pencegahan telah dilakukan sebelum bertambah parah”, “masih dalam pemantauan”, “akan mengarahkan institusi kewangan bersikap proaktif”, “kita sudah memperkenalkan program pendidikan kewangan”, “bahagian pemberian pinjaman isi rumah daripada jumlah pemberian pinjaman bank kekal stabil” dan lain-lain kenyataan.
Walhal, kita membicarakan tentang peminjaman isi rumah yang semakin meningkat sejak sepuluh tahun lalu, dan ayat positif sedemikian tidak langsung cocok dengan tahap keberhutangan isi rumah yang semakin meningkat saban tahun, ditambah pula harga rumah yang meningkat dan pertumbuhan kredit yang pesat.

Orang Asli bantah pindaan akta tanpa pengetahuan


 
Masyarakat Orang Asli mempertikaikan langkah kerajaan untuk meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) di Parlimen kerana ia didakwa dibuat tanpa pengetahuan mereka sebagai pihak berkepentingan.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) Tijah Yok Chopil berkata, pandangan pakar hak asasi, Majlis Peguam, Jawatankuasa Hak Asasi Orang Asli dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga tidak diambil kira.

NONE"Kita bantah pindaan dibawa ke parlimen sebab tak ada salinan (pindaan) yang diberi kepada kita.

"Kerajaan harus serahkan salinan pindaan itu sekarang, kalau tidak tiba-tiba dia kata nak bawa ke parlimen kita tak tahu apa dalamnya," kata Tijah dalam sidang media pagi ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 28 Jun lalu dilaporkan berkata, kerajaan akan meminda Akta 134 bagi menambah baik perlindungan terhadap masyarakat Orang Asli.

Katanya, pindaan itu akan dibincangkan secara terperinci dengan semua pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi memastikan ia dilaksana secara sistematik dan menyeluruh.

Beliau berkata, penambahbaikan itu antara lain mencakupi hak serta kepentingan golongan berkenaan dari aspek adat, kemiskinan, pendidikan dan kesihatan, lapor Berita Harian.
Semalam, Pesuruhjaya Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee juga dilaporkan berkata, pindaan itu juga masih belum dibincangkan dengan mereka.

Red Bean Army, Dongeng UMNO Untuk Halalkan Peruntukan RM350 juta

Isu Tentera Kacang Merah (Red Bean Army) sekali lagi dibangkitkan di Parlimen apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu akan mengambil tindakan jenayah dan sivil ke atas Tentera Kacang Merah dan yang sejenis dengannya kerana menyebarkan pembohongan menerusi internet.

Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau hairan mengapa sampai sekarang kerajaan belum mengambil sebarang tindakan ke atas Tentera Kacang Merah itu, sedangkan ia tentu tidak sukar bagi polis siber membongkar kegiatan pasukan itu jika ia benar-benar wujud, apatah lagi ada pihak yang memberi ‘maklumat’ bahawa Hotel Concorde, iaitu sebuah hotel yang kerap dikunjungi pemimpin atasan UMNO/BN, digunakan sebagai pusat operasi utama bagi tentera siber serba mistik itu.

Katanya, ini jelas membuktikan kegilaan melampau UMNO/BN untuk meneruskan dongeng berhubung agenda sulit sebahagian pemimpin atasan UMNO/BN untuk menghalalkan peruntukan RM350 juta bagi memerangi Tentera Kacang Merah yang mereka khayalkan untuk sepanjang lima tahun akan datang.

Menurutnya, tindakan dan kenyataan Ahmad Zahid itu tidak lain adalah percubaan untuk menyelamatkan dongeng Tentera Kacang Merah daripada menjadi bahan ketawa.

Katanya, atas alasan itu juga “Tentera Kacang Merah yang didakwa dibiayai DAP dan dianggotai 3,000 cybertrooper dengan peruntukan sebanyak antara RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu” perlu diselamat dan dihidupkan semula, kerana tanpa dongeng itu tiada alasan untuk memberi peruntukan sebanyak RM350 juta kepada cybertrooper UMNO/BN bagi meneruskan operasi untuk lima tahun akan datang.

Mtem kesal kandungan TPPA masih tidak didedahkan

Wacana 22 SHAH ALAM – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem) kesal apabila kerajaan masih enggan mendedahkan kandungan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kepada pihak berkepentingan khususnya usahawan Melayu walaupun ia akan mengancam kelangsungan penguasaan ekonomi bumiputera di negara ini menjelang Oktober depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nizam Mashar menegaskan, pihaknya mahukan perbincangan lebih terperinci berkenaan intipati perjanjian itu dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), bukannya sekadar pertemuan biasa tanpa mencapai kata sepakat.

“Kita lihat perjanjian TPP harus diteliti secara mendalam dan global meliputi kesannya. Buat masa ini, Mtem meminta supaya kerajaan tunjukkan kajian manfaat perjanjian ini belum dilaksanakan mereka.

“Menteri ada panggil kami untuk buat perjumpaan secara bersemuka, tapi pertemuan itu tidak selesaikan masalah ini.

Dataran Raba'ah sesak, himpunan raksasa hari ini


 
MESIR: Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.

Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur.

Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.

Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah, Giza.

(Pandangan dari atas jutaan penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi yang bersedia untuk himpunan rasaksa hari ini)

Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".

'Ubah' raksasa bakal menjelma di Pulau Pinang


 
Pulau Pinang terkenal dengan banyak tarikan pelancong, tetapi ia bakal mendapat satu lagi tambahan terbaru - patung raksasa berbentuk 'Ubah' - maskot DAP.
Rancangan itu menurut jejak langkah keputusan Hong Kong menjadi hos kepada patung itik raksasa setinggi 16.5m (6 tingkat) oleh artis Belanda Florentijn Hofman.

Idea ini dialu-alukan oleh penduduk Hong Kong, yang kebanyakannya memberitahu organisasi berita antarabangsa bahawa patung itik berwarna terang itu membawa kegembiraan kepada mereka.

Tiba Sabtu ini, Pulau Pinang akan menyaksikan pelancaran patung burung enggang digelar 'Ubah Air' setinggi 7 meter di Promenade Sungai Pinang.

Patung itu akan dipamerkan sehingga 31 Ogos untuk menandakan sambutan Hari Kemerdekaan Malaya.

NONEKetua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata 'Ubah Air' diilhamkan oleh penyokong DAP yang berhasrat untuk mencontohi kejayaan Hofman.

"Kami terfikir untuk melakukan sesuatu yang serupa seperti patung itik di Hong Kong di mana kerajaan negeri boleh membayar untuknya, tetapi kita mempunyai masalah hak cipta kerana kita perlu meminta izin untuk melakukannya dan kos akan bertambah. Penyokong kami mencadangkan kita guna patung enggang itu," kata Lim ketika dihubungi.

'Ubah', yang direka oleh Ooi Leng Hang dari DAP, mula-mula muncul ketika pilihan raya negeri Sarawak pada 2011 dan terus menjadi popular di kalangan penyokong DAP.

Kabinet kekal keputusan mansuh Akta Hasutan, kata Subra

Kabinet hari ini mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.
“Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
“Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan," katanya pada satu sidang media di sini hari ini. Pada Julai tahun lepas, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
Namun, akhir-akhir ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.
Ahmad Zahid menegaskan Akta Hasutan harus dikekalkan bagi memelihara empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu akan dipersoal sesetengah pihak.

Keadilan Executive Internship Program: Join Us

(Pelajar Q&A) Elizabeth Wong: It's Better We Find Ways To Reach Out To The Population

(Pelajar Q&A) Rafizi Ramli: How To Get Involved With Activism?

(Pelajar Q&A) Nurul Izzah & Rafizi Ramli: How To Free The Media In Malaysia?

(Pelajar Q&A) Nurul Izzah & Rafizi Ramli: Independent Schools Are Part Of The Education In Malaysia

(Pelajar Q&A) Nurul Izzah & Rafizi Ramli: We Must Choose The Best To Lead Our Universities

(Pelajar Q&A) Rafizi Ramli: We Need To Concentrate On Electoral Reform & Free Media

(Pelajar Q&A) Rafizi Ramli: Mahathir Is The One Who Told The Students Not To Get Into Politics

(Pelajar Q&A) Rafizi Ramli: It's Important In Politics To Have People To Disagree With What We Say

(Pelajar Q&A) Nurul Izzah: We Must Get A New Batch Of EC Leaders Who Are Trustworthy

(Pelajar Q&A) Nurul Izzah: How To Manage Negative & Positive Feedback From The Audiences & Media

Qaryah Ramadhan 02 Ramadhan 1434H | Sheikh Hisham Abdul Bari

Ustaz Ahmad Yakub | Majlis Perasmian Khemah Tarawih (Qaryah Ramadhan) 1434H

Kerajaan BN Terus Beralasan Halang Tranformasi Polis

Media sosial bakal mempengaruhi kemenangan calon di Kuala Besut

Faktor isu nasional yang mempengaruhi pengundi Kuala Besut

Pengaruh politik Kelantan kepada PRK Kuala Besut

Impak keputusan PRK Kuala Besut

PRK Kuala Besut nomination day

PRK Dun Kuala Besut: 16:16 persaingan sengit

Husam: PAS win could benefit people economically

PRK Kuala Besut: Saya bekerja untuk rakyat - Che Long

PRK Kuala Besut talian hayat 'R'



KUALA BESUT: Hari penamaan calon Pilihanraya kecil N.01 Kuala Besut hari ini menjadi suatu medan kesinambungan dalam usaha tuntutan royalti minyak Terengganu, apabila pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan kepada calon PAS; Hj Azlan Yusuf atau lebih dikenali sebagai Che Long, tampil memakai tag 'R'.
Dalam sidang media dua hari lalu, Pengarah Sekretariat Royalti bagi PRK Kuala Besut, Naraza Muda berkata "PRK Kuala Besut merupakan talian hayat kepada R Terengganu untuk meneruskan tuntutan ke atas royalti petroleum Terengganu".
Tuntutan ini dibuat apabila wang royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh Terengganu telah ditukarkan menjadi wang ehsan pada tahun 2000, berikutan kejayaan PAS menumbangkan Barisan Nasional di Terengganu dalam piliharaya tahun sebelumnya.
Sambung Naraza, "Kemenangan PAS di Kuala Besut akan membuka satu lembaran baru kepada aktivis menuntut minyak dan gas dikembalikan kepada rakyat yang pasti tidak diambil perhatian oleh Kerajaan Terengganu bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said."

PRK Kuala Besut: Kempen secara bersih, tidak sentuh soal peribadi pihak lawan


KUALA BESUT : Kempen sempena PRK DUN Kuala Besut bagi kedua-dua calon bermula petang ini selepas penamaan calon berlangsung pagi tadi. Kempen secara bersih dengan tidak akan menyentuh soal peribadi calon BN dipilih oleh calon PAS, Hj Endut@Azlan dalam kempennya.
Azlan menyatakan bahawa agenda serta perjuangan kebajikan rakyat oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang akan dibawa sepanjang tempoh berkempen berlangsung.
Beliau yang akan mula berjumpa dengan pengungi-pengundi selepas solat Jumaat petang ini sekali lagi menegaskan bahawa tidak akan menggunakan elaun wakil rakyat untuk kepentingan peribadi beliau tetapi akan digunakan untuk kebajikan rakyat serta memastikan kehendak rakyat itu dipenuhi.
Pengundian awal akan diadakan pada 20 Julai, manakala pengundian biasa pula pada 24 Julai.
PAS yang sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 telah meletakkan Napisah Ismail namun tewas kepada Dr A Rahman dengan majoriti 2,434 undi.

PRK Kuala Besut: Che Long temui pengundi selepas solat Jumaat


BESUT: Calon PAS bagi PRK Dun Kuala Besut, Azlan Yusof memberitahu kempennya telah bermula dan beliau akan bertemu dengan pengundi selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kuala Besut.

Dalam pada itu beliau yang mesra dengan panggilan Che Long sempat berseloroh turut menyatakan perasaan gemuruhnya telah hilang sebaik sahaja SPR mengesahkan pencalonannya bagi PRK kali ini.

"Saya bersyukur kerana dipilih oleh parti bagi memikulkan tanggungjawab untuk PRK kali ini. Saya akan memulakan kempen bertemu pengundi selepas solat Jumaat nanti.

"Perasaan gemuruh saya dah hilang, kalau sebelum ini berdebar-debar tetapi sebaik sahaja SPR mengumumkan pengesahan pencalonan perasaan tersebut terus hilang.

"Fokus saya yang paling utama mendekati semua pengundi sama ada yang mengenali saya secara dekat atau pun tidak," jelasnya yang ditemui selepas selesai proses penamaan calon di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut.

PRK Kuala Besut: 'Saya mahu jadi wakil yang bawa suara rakyat' - Che Long

BESUT: Calon PAS pagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut Endot@Azlan Yusof menegaskan, beliau mahu menjadi wakil kepada rakyat dengan membawa suara rakyat agar hak mereka ditunaikan.

Menurutnya, ia berbeza dengan wakil rakyat yang menjadi "wakil kerajaan" di mana tugas mereka menjadi terbalik dengan membawa apa yang kerajaan mahu dan bukan apa yang rakyat mahu.

(Che Long (tengah) dijulang selepas disahkan sebagai calon PAS bagi PRK Kuala Besut)

"Kalau kita wakil kepada kerajaan, kita hanya bawa hak kerajaan kepada rakyat. Saya nak ubah dan saya mahu menjadi wakil kepada rakyat dan rakyat akan terus dibela," katanya ketika ditemui Harakahdaily sejurus diumumkan sebagai calon bertanding bagi PRK Kuala Besut hari ini.

Endot @Azlan Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long akan berdepan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Kempen bersih

Mengulas pendekatan kempen yang akan digunakan, Che Long berkata beliau tidak akan menyentuh soal peribadi calon BN dalam kempennya, sebaliknya beliau akan membawa agenda serta perjuangan kebajikan rakyat yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya akan memulakan kempen selepas solat Jumaat iaitu akan bertemu dengan pengundi-pengundi, manakala sebelah petang saya akan ke rumah-rumah pengundi di sebelah pantai dan akan berbuka puasa di situ," katanya.

(Antara ribuan penyokong PAS yang hadir pada penamaan calon hari ini)

Beliau juga turut mengulangi penegasanya bahawa tidak akan menggunakan elaun wakil rakyat untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk kebajikan rakyat serta memasti kehendak rakyat itu dipenuhi.

PRK Kuala Besut: Calon PAS pernah dipecat dari UMNO kerana sokong PAS, kata Idris Jusoh


Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh semasa sidang akhbar. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim 12 Julai, 2013.uly 12, 2013. The Malaysian Insider, Afif Abd HalimCalon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bagi PAS, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno, kata Datuk Seri Idris Jusoh.
Idris ketika sidang media hari ini berkata Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS.
"Dulu, lama dah ... Saya tak ingat tahunnya. Beliau AJK Pemuda Umno cawangan Gong Dering, Kg Baru," kata ahli Parlimen Besut itu kepada pemberita.
Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut bagi menghormati calon berkenaan dan juga bulan Ramadan.
Jelas Idris lagi, PAS juga bukan sahaja sukar untuk menang di kerusi Kuala Besut, kerana kerusi ini  merupakan legasi BN, mereka juga jelas Menteri Pendidikan II itu sukar untuk seri dengan Umno.
"Mereka nak seri pun susah ... Lagikan nak menang," katanya.

PRK Kuala Besut ulangi Manek Urai?


BESUT: Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut dilihat ramai seperti mengulangi apa yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil (PRK) di Manek Urai pada 2009.  Ketika itu BN juga menurunkan calon lulusan ijazah,  bertugas pengurus di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Dan pilihan raya Kuala Besut sekali lagi BN memperjudikan nasib seorang jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mempertahankan Dun terbabit.

Di Manek Urai dan Kuala Besut, calon diketengahkan PAS lulusan SPM, namun berjaya dalam perniagaan. Mohd Fauzi Abdullah (kanan), seorang tauke ikan di Pasar Kuala Krai.

Begitu juga di Kuala Besut, PAS meletak seorang peniaga yang berjaya, Che Long atau nama sebenar Azlan @ Endut Yusof memiliki perniagaan di Kota Bharu.

“Betulkah ada persamaan di antara saya dengan calon PAS di Kuala Besut. Saya pun tidak tahu apabila ada orang kata begitu. Boleh jadi kerana kita sama-sama tidak memiliki sijil tinggi seperti calon BN.

PRK Kuala Besut: Che Long ada kelebihan


KUALA BESUT: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menyifatkan calon PAS, Endot@Azlan Yusof mempunyai kelebihan tersendiri untuk memikat pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut kali ini.

Jelasnya, Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long merupakan individu yang dikenali ramai selain sering membantu orang yang susah.

"Saya melihat Che Long mempunyai kelebihan peribadi tersendiri bagi menarik pengundi memilih beliau pada PRK kali ini.

"Selain itu juga beliau dikenali ramai dan sering membantu mereka yang susah," jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Abd Rani yang turut menyatakan walaupun Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi Melayu seramai 99 peratus ia bukan merupakan satu masalah besar kepada PAS.

Malah jelasnya lagi, kemenangan PAS di Terengganu pada Pilihan Raya Umun ke-13 (PRU13) sebelum ini turut disumbangkan oleh pengundi Melayu.

"Peratusan tinggi pengundi Melayu bukan satu masalah yang besar kepada PAS, kita sedia maklum pada PRU13 kemenangan 15 kerusi Dun kepada PAS disumbangkan oleh pengundi Melayu.

PRK Kuala Besut: Kita menang, Idris untung - Husam

azlanHari ini bermula kehangatan di Kuala Besut dengan penamaan calon bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Cuaca mendung, hujan renyai-renyai serta tiupan angin Laut Cina Selatan bakal menambah lagi semangat calon dan penyokong yang tetap berkumpul sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Mereka bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kawasan itu terkenal sebagai kawasan kubu kuat BN.

Kemenangan kali ini penting bagi kedua-dua pihak memandangkan perbezaan kerusi cuma dua di peringkat negeri.

Ini bermakna, jika PAS menang, keputusan akan menjadi 16-16, sekali gus menyebabkan situasi DUN 'tergantung'.

PRK Kuala Besut: "Che Long" Calon pilihan rakyat

Penamaan Calon PRK N 01 Kuala Besut 12 Julai 2013

Election fever returns: PAS takes on BN for Kuala Besut

Perang media sosial di PRK Kuala Besut

PRK Kuala Besut: Azlan calon terbaik PAS

Sempena PRK: Latar belakang Kuala Besut

Penamaan Calon PRK Kuala Besut : BN Lawan Pas

#PRKBESUT13 : ORANG RAMAI BERI KERJASAMA BAIK KEPADA PDRM.

PRK Kuala Besut: Pas dan BN kembali bertanding

Che Long: Insya allah saya wakafkan gaji ADUN kepada rakyat miskin

Amanat TGNA Untuk Pengundi dan Petugas di PRK N.01 Kuala Besut

PRK Kuala Besut: Ulang sejarah 34 tahun lalu

Pada 1979, pilihan raya kecil diadakan untuk Dun Kuala Besut juga dalam bulan Ramadan berikutan kematian wakil rakyatnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima borang pencalonan wakil kedua-dua parti di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut pagi ini.

Calon Pas Endot@Azlan Yusof, 48, menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya A.Rahim Jusoh pada jam 9.03 pagi manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.10 pagi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut mengetuai kira-kira 3,000 penyokong mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon manakala calon Pas pula diiringi bilangan penyokong yang seimbang diketuai Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Calon BN yang mengenakan baju kebangsaan Melayu serba biru memasuki pusat penamaan calon dengan diiringi Datuk Wan Zakaria Abd Rahman selaku pencadang, dan Roslan Ayob sebagai penyokong manakala calon Pas yang berbaju hijau hadir bersama Ayat Hadi Mamat sebagai pencadang dan Zulkarnain Abdullah sebagai penyokong.

Hujan gerimis sejak awal pagi dan kehadiran Ramadan tidak menghalang kedua-dua penyokong parti berarak ke pusat penamaan calon yang mula dibuka pukul 9 pagi dalam suasana harmoni yang dikawal pasukan keselamatan.

Che Long: Dulu tak cerdik, tapi dah baligh dah..!!

Calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Azlan Yusof hari ini mengakui pernah bergiat sebagai ketua pemuda Umno cawangan di kampungnya tetapi menegaskan ia dilakukan masa "tidak cerdik"

"Zaman dulu orang kampung saya, orang PAS ada lapan orang sahaja," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu oleh pemberita dalam sidang media selepas penamaan calon hari ini.

Diasak oleh wartawan supaya beliau mengakuinya, Azlan berkata:

"Betullah... Tapi sekarang ini orang muda kampung saya boleh dikatakan semua bersama saya. Malam tadi hampir semua orang kampung keluar pasang bendera.

"(Masuk Umno) dulu masa tak cerdik, tapi dah baligh dah. Tapi sekarang dah cerdik dah," katanya sambil diiringi ketawa kecil.

Menurutnya ahli perniagaan dan kontraktor itu, beliau menyertai PAS pada 1997.

Husam tuntut liputan RTM

Azlan juga berkata beliau bersedia berdepan dengan pelbagai tohmahan kepada beliau sepanjang kempen pilihan raya kecil ini dan menganggap tindakan itu "perkara biasa".

"Kita bersedia, janji kita tak buat benda yang dilarang oleh Allah. Orang kata apa, silakan.

'Harap (kurang tohmahan). Calon sana kita kenal keluarga dia, dia kenal keluarga kita.

"Datuk Idris (Jusoh), kita kenal juga, dia juga sayang dekat kita," katanya yang menolak kempen memburukkan peribadi sepanjang proses berkempen.

Penamaan Calon PRK Kuala Besut: Satu Lawan Satu

Hanya PAS dan Barisan Nasional (BN) sahaja mengemukakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut.

Pada penamaan yang berakhir sebentar tadi, PRK Kuala Besut menyaksikan pertembungan antara calon PAS, Azlan @ Endot Yusof dengan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Pegawai pengurus PRK N01 Dun Kuala Besut itu, A. Rahim Jusoh, Azlan ketika mengumumkan demikian berkata, Azlan mengemukakan borang penamaan calon pada jam 9.03 pagi, diikuti Tengku Zaihan tujuh minit kemudian.

Beliau menjelaskan bahawa tiada calon yang ditolak sehingga waktu penamaan ditutup jam 10 pagi.

Penamaan calon bagi PRK Kuala Besut diadakan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut.

Presiden ketuai perarakan, TG Nik Aziz juga hadir




BESUT: Biarpun tidak sempat menyertai perarakan, namun Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini.

Begitu juga dengan Pengarah PRK Kuala Besut yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS.

Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Sebelum berarak, Tuan Guru Abdul Hadi mengimamkan solat hajat bermula jam 7.45 pagi di Masjid Kampung Raja.

Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tiba lebih awal lagi biarpun dalam.keadaan hujan renyai-renyai.

Perarakan ke pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut bermula jam 8.00 pagi.

Calon PAS dan pemimpin Pakatan mulai masuk ke kawasan itu jam 8.30 pagi.

Azlan beserta penyokong dan pencadang memasuki pusat penamaan calon jam 9.00 sebaik sahaja dibuka.

Ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz disambut oleh Mustafa Ali.


Pemimpin PAS dan PR berada di pekarangan pusat penamaan calon.


Azlan meneliti borang yang diserahkan kepada Pegawai Pengurus PRK Kuala Besut.

Satu lawan satu di DUN Kuala Besut


Calon PRK Kuala Besut, Che Long (kiri) dan Tengku Zaihan masing-masing mewakili PAS dan Umno bergambar bersama selepas penamaan calon di Dewan Rakan Muda Kuala Besut. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Julai, 2013.Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS Endut@Azlan Yusof.
Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), A Rahim Jusoh di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut hari ini.
Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long menyerahkan kertas pencalonannya pada 9.05 pagi, manakala Tengku Zaihan pada 9.10 pagi.
SPR menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan dilaksanakan pada 24 Julai dengan pengundian awal akan berlangsung pada 20 Julai.
Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar.

PRK Kuala Besut: Pengumuman Calon - Satu Lawan Satu

Lensa 4: Penamaan Calon PRK Kuala Besut
















Lensa 3: Penamaan Calon PRK Kuala Besut