Khamis, 11 Julai 2013

Anwar Gesa Kerajaan Tidak Bersikap 'Dingin'

Mesir: Masa depan politik Islam

New pictures to show violence in Egypt

Press freedom plummets in Egypt after coup

Dewan Rakyat 11 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 11 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

MP: SPRM sudah jadi pelindung si korup?


Seorang lagi anggota Parlimen tampil menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menamatkan siasatan berhubung kes "lucky bonus" atau pembelian undi secara besar-besaran di Bayan Baru semasa pilihan raya umum lalu.

NONE"Adakah SPRM sudah jadi pelindung orang yang korup? soal wakil Tanjung daripada DAP Ng Wei Aik (kanan) dalam kenyataannya.

Ng mendakwa, Pengarah SPRM Pulau Pinang M Samarajoo "tutup mata" terhadap tujuh kes yang dilaporkan pemimpin Pakatan pada Mei kerana mencadangkan peguam negara menutup kes itu kerana tidak cukup bukti.

"Walaupun pengundi tidak dinasihat atau diarah mengundi mana-mana calon, logo 1Malaysia dan menjadi pengetahuan umum bahawa wang akan diberikan hanya jika BN menang di kerusi negeri atau Parlimen, unsur penting rasuah yang tertakluk bawah peruntukan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang meminta SPRM negeri membuka semula fail siasatan berhubung kes itu dan mencari bukti dengan lebih bersungguh-sungguh.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, SPRM Pulau Pinang berkata, mereka kesal dan tidak boleh menerima alasan penutupannya bahawa tiada unsur jenayah.

Lebih 4 juta solat terawih malam kedua di Raba'ah

MESIR: Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy mengimami solat terawih pada malam kedua bulan Ramadhan tidak kurang dari 4 juta umat Islam yang berhimpun sejak petang tadi di dataran Raba'ah bagi meneruskan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera.

Menjelang waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan hari ini, dianggarkan lebih 3 juta umat Islam membanjiri dataran Raba'ah untuk menghadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Pentas utama dataran Raba'ah mengumumkan bahawa ia mencatatkan rekod dunia menyaksikan majlis berbuka puasa paling ramai yang pernah diadakan. Para petugas terpaksa membahagi-bahagikan tempat mengikut wilayah dan terdapat tempat khusus bagi mereka yang datang bersama keluarga.

Adat bagi masyarakat Arab mereka akan berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama bulan Ramadhan. Walaupun begitu, dataran Raba'ah tetap juga dibanjiri oleh rakyat dan adat mereka tahun ini telah berpindah ke Raba'ah sebagai janji mereka untuk sama sekali tidak berganjak meninggalkan dataran walau apa jua keadaan sekalipun.

Ahmed Assem the Egyptian photographer who chronicled his own death Telegraph

Mesir: Subuh berdarah, Ikhwan pula dituduh dalang

MESIR: Pejabat Pendakwaan Negara Mesir mengeluarkan waran tangkap terhadap sembilan individu termasuk pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin atas dakwaan bersubahat dan manjadi dalang dalam tragedi  "Subuh berdarah" di hadapan Bangunan Pengawal Republik dua hari lalu.

Mengetuai senarai orang yang dikehendaki itu ialah Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr.Mohammed Bad'ie (gambar).

Selain beliau lapan lagi adalah Dr.Mohammed El-Beltaji (AJK FJP Pusat), Dr.Sofwat Hijazi (Setiausaha Agung Majlis Revolusi), Dr. 'Esom Eryan (Naib Presiden FJP), Abdur Rahman 'Izz (bekas pemuda 6 April), Dr.Mahmoud Ezzat (Naib Mursyidul Am Ikhwan), 'Esom Sultan (Naib Presiden Parti Wasat), 'Asim Abdul Majid (Anggota Majlis Syura Jamaah Islamiyah), Sofwat Abdul Ghani (Naib Presiden Parti Bina wa Tanmiyah) dan Mahmoud Husein (anggota Maktab Irsyad Ikhwan).

Dalam kejadian di hadapan Bangunan Pengawal Republik kelmarin, lebih 50 penyokong Morsi yang berkampung dihadapan bangunan itu terbunuh didakwa ditembak oleh pasukan tentera Mesir yang cuba meleraikan peserta himpunan.

(Gambar para penyokong yang terkorban dalam kejadian Subuh berdarah dua hari lalu)

Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.
Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka.

Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad sebelum ini berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.

PRK Kuala Besut: Pengundi mahu kempen sederhana kerana Ramadan

Penduduk Kuala Besut berharap kempen parti politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diadakan secara sederhana terutamanya bagi memelihara kemuliaan bulan Ramadan.

Menurut penduduk tempatan yang ditemui Bernama, tanpa kempen 'keterlaluan' pun pengundi tetap akan membuat pilihan dengan kecenderungan memihak kepada calon yang bijak berkempen secara berhemah seperti menjaga percakapan dan bahasa yang digunakan.

Peniaga kedai runcit di pekan Kuala Besut, Wee Shin Ai @ Wee Ew Hwa, 60, berkata rakyat kini bijak menilai dan lebih menghormati calon 'matang' yang tidak menyerang peribadi lawan, sebaliknya memaklumkan agenda pembaharuan jika terpilih menjadi wakil rakyat.

"Tidak perlu cakap banyak, cuma ambil tahu apa yang rakyat mahu. Di sini tidak ada bank komersil, menyebabkan kami terpaksa pergi ke Jerteh untuk urusan bank setiap bulan terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan," katanya.

Wee berkata kekurangan bank komersil perlu diatasi memandangkan Kuala Besut merupakan laluan masuk ke destinasi pelancongan terkenal Pulau Perhentian, menyebabkan pelancong termasuk dari luar negara mengalami kesukaran mengeluarkan wang tunai.

PRK Kuala Besut: Calon PAS, Che Long janji tak akan ambil elaun wakil rakyat jika menang..ia akan jadi dana rakyat

Menjelang saja masa untuk berkempen dalam Pilihanraya maka berbagai-bagai jenis janji yang akan dihamburkan kepada kita rakyat jelata.

Tujuannya ialah untuk memikat hati kita, ada janji yang dijanjikan setelah segala yang berkaitan dengannya diambil kira..

Ada janji yang ditabur begitu saja tanpa memikirkan risiko atau implikasi yang akan diterima jika ianya dilaksanakan..

Contohnya dalam pilihanraya-pilihanraya yang telah berlalu, ada calon yang berjanji "Saya akan berpindah kekawasan ini jika saya menang, supaya rakyat lebih mudah untuk bertemu dengan saya.."

Tapi bila dah menang.. hampeh, bila ditanya kenapa tak pindah ke sini?.. jawabnya "Kesian kat isteri saya.. dia dah biasa dengan suasana di sebelah Pulau tu, susah jugak dia nak terima suasana di sini.."

Lagi satu contoh.. "Meskipun keluarga saya tinggal di Kuala Lumpur, saya berjanji itu bukanlah satu halangan bagi saya untuk meluangkan lebih masa buat rakyat yang memilih saya sebagai wakil Rakyat.. saya akan korbankan waktu untuk keluarga saya demi rakyat..."

Bila dah menang, banyak rungutan diterima dari pengundi mengatakan YB mereka susah nak penuhi jemputan, maka AJK Cabang terpaksalah bertanya.. "Kenapa kurang waktu yang diluangkan buat rakyat?".

Jawapannya ialah.. "Saya ada keluarga di KL, setiap Sabtu dan Ahad saya perlu pulang kepangkuan keluarga saya di KL.. Saya tak boleh nak 24 jam bersama rakyat.."

Ada juga yang berjanji "Saya akan buka sebuah klinik di kawasan bandar ini bagi membantu yang kurang mampu.. Saya juga akan sediakan sekurang-kurangnya dua buah Pusat Khidmat disini jika saya menang.."

Bila dah menang... janji tinggal janji...

Itu adalah sebahagian janji.. janji yang dibuat hanya untuk menyakinkan rakyat..

Bagi PRK Kuala Besut ini pula Calon PAS bagi PRK Kuala Besut, Azlan Yusof atau Che Long berjanji beliau tidak akan mengambil elaun wakil rakyat jika beliau dipilih oleh rakyat menjadi Adun.

Semoga beliau mengotakan apa yang dijanjikannya itu.. jangan pula bila dah menang nanti kata "Saya terpaksa mengambil elaun itu untuk digunakan bagi membiayai kos operasi pusat khidmat saya..."

Dan lebih baik rasanya jika beliau mengambil elaun itu dan serahkan kepada beberapa keluarga yang memerlukannya...

Tapi berapa orang rakyat yang akan mendapat faedah dari elaun yang diagihkan itu?.. tentu ianya tidak adil bagi keluarga-keluarga lain yang juga memerlukannya tetapi tidak mendapatnya..

PRK Kuala Besut: Kelebihan Che Long ‘senang kkiro, mudah bbaso’

KUALA LUMPUR: Calon PAS, Azlan Yusof (gambar) atau lebih mesra dengan panggilan Che Long merupakan seorang yang sentiasa bersama para pengundi yang merasai secara mendalam pasang surut kehidupan di Kuala Besut.


Kelebihan ini, menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal memberi saingan kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul, yang lebih banyak berada di luar kawasan Besut berbanding Che Long.

“Kelebihan yang dimiliki oleh calon PAS yang dianggap calon “Senang Kkiro, Mudah Bbaso” bagi penduduk Kuala Besut diharap mampu mencatat sejarah 16:16 yang hangat diperkatakan semenjak Adun Kuala Besut BN, Allahyarham Abdul Rahman meninggal dunia,” uljar beliau dalam satu kenyataan.

Berdasarkan pengamatan beliau, Tuan Ibrahim berkata rata-rata masyarakat di daerah Besut dan seluruh negara mengharap satu rekod sejarah politik tanahair akan tercatat.

“Seandainya PAS memenangi kerusi Kuala Besut, kedudukan kerusi menjadi sama rata 16:16. Ini yang akan menjadi suatu penantian, apakah bentuk kerajaan Terengganu selepas catatan sejarah itu?” soal beliau.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata faktor calon banyak mempengaruhi pengundi di Kuala Besut kali ini.

Keadaan sosioekonomi pengundi yang sebahagiannya terlibat dalam pertanian dan perikanan selain pelancongan, hujahnya, memerlukan wakil rakyat yang sanggup bergelumang susah senang dengan mereka.

PRK Kuala Besut: Che Long yakin menang

BESUT – Calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, 48, yakin menang, dengan beri gambaran jelas beliau mampu tewaskan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Walaupun calon Pas pada PRU13 lalu, Napisah Ismail kalah dengan majoriti cukup besar kepada calon BN, Endot atau lebih dikenali Che Long seolah-olah tidak menganggapnya halangan merealisasikan hasrat parti.

Bendahari Pas Kawasan Besut berumur 48 tahun itu turut menunjukkan sikap positif dengan memikirkan kemenangan sebagai laluan kejayaan untuk merebut kerusi N01.

“Biasalah, apabila kita berlawan, apabila kita ‘fight’, kita kena yakin dulu kita akan menang. Insya-ALLAH, Tuhan akan beri kemenangan kepada kita,” katanya selepas Ceramah Perisytiharan Calon Pas di Kampung Nail, Kuala Besut, semalam.

Pada masa sama, beliau akan bergerak mendekati rakyat dengan moto ‘Sedia Berkhidmat’ sepanjang kempen.

Halim Saad saman kerajaan Malaysia RM2 bilion

Taikun, Halim Saad mengambil tindakan saman RM2 bilion terhadap kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional dan bekas menteri berkaitan penyerahan kawalan konglomerat, Renong yang bermasalah kepadanya.
Dalam kenyataan pembelaan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) dan dua lagi defendan, bagaimanapun mempertikai saman Halim dan wajar dibatal berikutan ia terkeluar dari tempoh iaitu melebihi enam tahun dari peristiwa itu.
Ia didakwa bermula pada Ogos 2002 apabila Halim diberitahu, Khazanah Nasional tidak akan melayan tuntutannya untuk bayaran pukal.
Teras tuntutan yang menjadi perbincangan ramai ialah peristiwa yang membawa Halim menyerahkan kawalan Renong dan peranan yang dimainkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli perniagaan saman Ahmad Zahid selepas polis didakwa abai aduan

Seorang ahli perniagaan mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporannya.
Amir Bazli Abdullah berbuat demikian berikutan mendakwa polis mengabai laporannya mengenai kejadian Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, pada 16 Januari 2006
Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, mengugut membunuhnya selepas ditahan secara tidak sah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.
Dalam kenyataan tuntutannya, Amir Bazli menuntut kos ganti rugi khas, umum dan teruk, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, semalam, beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di balai Dang Wangi pada hari sama tetapi dipindah ke balai Kajang.
“Seorang polis berpangkat cif inspektor merakam kenyataan saya selama tiga hari,” katanya.
Beliau berkata, tiga pegawai polis bertemunya yang dirawat di sebuah hospital di Kelantan dan ada mengambil laporan perubatannya.
“Tiga empat bulan kemudian, cif inspektor itu memberitahu kes itu  diklasifikasi sebagai ‘tiada tindakan selanjutnya’. Saya persoalkan kerana dia berjanji akan siasat dengan adil.
“Pegawai itu memohon maaf dan berkata 'tangannya terikat' kerana ia arahan dari atas.”
Amir kemudian cuba bertemu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan tetapi mendakwa Musa enggan berjumpa.
“Saya sebaliknya disuruh berjumpa dengan Setiausaha KPN tetapi dia juga tidak mahu bertemu saya,” katanya.

Pemandu desak perubahan lebih radikal perangi rasuah

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri akan mendesak ke arah perubahan lebih radikal dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah.
Pengarah NKRA Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam berkata Pemandu mengakui keputusan 2013 Global Corruption Barometer (GCB) yang dikeluarkan Transparency International dan menjadikannya sebagai dorongan untuk terus mendesak ke arah lebih banyak pembaharuan.
"Tinjauan umum itu jelas menunjukkan masih banyak yang kita perlu lakukan. Kita perlu menggandakan usaha dan terus mendesak ke arah penambahbaikan merangkumi bidang sosial, politik dan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tinjauan umum GCB yang dijalankan di lebih 100 negara mendapati lebih separuh penduduk yang ditinjau di seluruh dunia percaya kegiatan rasuah semakin buruk sejak dua tahun lalu.
Sampel kaji selidik di setiap negara membabitkan kira-kira 1,000 penduduk dan menyimpulkan pengagregatan data dengan gender, pendapatan, kumpulan umur, penduduk bandar atau luar bandar.
Dalam kaji selidik GCB yang dikeluarkan semalam, 87 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa orang kebanyakan boleh membawa perubahan dalam usaha memerangi rasuah.
Ravindran berkata kaji selidik itu menunjukkan jumlah peratusan memberangsangkan orang ramai yang sedia bekerjasama dalam membasmi rasuah.
"Dengan pakatan kukuh dan pembabitan yang sewajarnya, kita akan mampu mewujudkan desakan awam agar berlaku perubahan yang sangat diperlukan itu.

Tiada jaminan kerja graduan tamat latihan perguruan

KUALA LUMPUR: Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.

Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.
Walau bagaimanapun, kementerian itu menjelaskan pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.

Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.

“Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat,” ujar kementerian itu lagi.

Akta Hasutan 1948: Zahid perlu tegas dan berani, jangan 'mati pucuk'.

Akta Hasutan 1948 menjadi isu hangat dan polimik yang besar bukan sahaja di Dewan Parlimen tetapi juga di tepi-tepi jalan dan warung-warung dimana rakyat biasa memberikan reaksi yang berbagai-bagai. Ia menjadi hangat kerana Najib telah berjanji untuk memansuhkan Akta ini pada tahun lepas sebagai salah satu janji pilihanraya beliau.
Ini merupakan satu usaha dan perjuangan pihak pembangkang sebegitu lama bagi Akta ini dihapuskan kerana terlalu mudah Akta ini dipergunakan untuk menekan pihak lawan oleh yang berkuasa. Akta ini digubal pada tahun 1948 sejurus selepas wujudnya Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union semasa itu.
Akta ini sudah berusia dan ia telah berada dengan kita sejak begitu lama. Tetapi ia mula menjadi isu kerana kelemahan pimpinan UMNO dan BN sendiri sehinggakan pihak pembangkang menggunakan isu ini dengan begitu ‘expedient’ sekali dan ia bersabit dengan kehendak politik pihak tertentu.
Dulunya Akta ini tidak mudah untuk diperjuangkan oleh pihak pembangkang yang menganggapnya sebagai satu akta yang terlalu menekan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara dan sebagainya. Pembangkang tidak pernah berjaya untuk membawa ia diperbincangan dimana-mana kerana kekuatan UMNO dan BN selama ini begitu kuat dan tidak mudah untuk digoyahkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.
Akta ini adalah Akta yang sangat tua, malahan lebih tua dari Perikatan atau BN. Sekarang UMNO dan BN sedang dalam keadaan yang paling lemah, maka apabila berada dalam keadaan lemah maka ia memudahkan pembangkang untuk memperjuangkan penghapusannya. UMNO begitu lemah kepimpinannya kerana pimpinannya tidak mempunyai kudrat pemikiran untuk memperkuatkan diri. Apabila kepimpinan lemah pemikirannya maka mudahlah elemen luaran mempengaruhi ramai dan membawa bersama tekanan terhadap BN itu.

Polemik Akta Hasutan Jadikan Najib Makin Keseorangan

Oleh Shahbudin Husin
Pertikaian yang semakin berlarutan sejak beberapa lama mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948 sebenarnya makin memeningkan kepala Najib. Bermula dengan penangkapan beberapa pemimpin dan aktivis pembangkang dibawah Akta Hasutan selepas pilihanraya umum lalu, episod mengenai mengenai akta ini kini merebak menjadi virus yang menyakitkan bagi Najib. 

Penangkapan yang berturutan dilakukan oleh kerajaan akhirnya menyebabkan pihak pembangkang mendesak Najib tidak lagi menggunakan akta itu kerana beliau sudah berjanji mahu memansuhkannya.

Sementara pihak pembangkang menuntut beliau menyatakan pendirian dan bertegas meneruskan pemansuhan akta yang dijanjikannya sejak Julai 2012 itu, desakan daripada dalam UMNO pula mahukan beliau mengekalkan akta tersebut. Pelbagai pihak dalam UMNO melihat ia masih relevan untuk keharmonian dan keamanan negara.

Bermula dengan Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang bersuara lantang mahukan akta itu terus dikekalkan untuk kepentingan rakyat dan ketenteraman negara, beberapa pemimpin lain dalam UMNO turut berpendirian sama dengan dengan beliau. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim yang baru dilantik menganggotai kabinet juga sependirian dengan Zahid dan tidak setuju dengan Najib yang melantiknya sebagai menteri.

Bebeberapa Ahli Parlimen juga menyatakan pendirian yang sama bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan. Malah bekas Perdana Menteri, Mahathir juga mahu Akta Hasutan terus dikekalkan kerana berpendapat ianya merupakan suatu bentuk percegahan yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Morsi Tak Sempat Laksanakan 3 Tugasan Penting Kerana Rampasan Kuasa

Pertama, Presiden Mursi berencana memencenkan sekitar 6000 orang hakim berusia 60 tahun lebih, dan beliau akan merekrut pegawai-pegawai yang lebih muda. Direncanakan pula penrekrutan 12 ribu hakim pembantu dari sarjana-sarjana terbaik lulusan tahun 2007 – 2012.
Kedua, Presiden Mursi juga merencanakan memencenkan sekitar 5 ribu perwira berpangkat kolonel ke atas. Juga direncanakan percepatan promosi bagi 15 ribu leftenan yang belum bekerja, untuk mengisi kekosongan posisi akibat pemencenan para kolonel itu.
Ketiga, ‘Pemutihan’ dokumen atau rekaman data kejahatan yang akan berlaku efektif pada 10 Agustus. Tindakan ini direncanakan untuk memberi kesempatan kepada warga yang pernah dieksploitasi oleh Departemen Dalam Negeri Mesir (untuk melaksanakan tindakan-tindakan melawan hukum, termasuk kekerasan) agar memperbaiki diri dan hidup mereka. Sebelumnya mereka di-bully oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri untuk mengikuti perintah (melakukan kejahatan) atau masuk penjara.

Morsi Opponents Killed in Egypt Clashes

Muslim Brotherhood leader's arrest ordered for 'inciting violence'

PRK Kuala Besut: Che Long Komited Membantu Rakyat