Rabu, 10 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Biodata Calon PAS


Nama : Haji Azlan @ Endut Bin Yusof
Asal : Kampung Baharu, Kuala Besut (Anak Jati)
Umur : 48 tahun
Pekerjaan
: Ahli Perniagaan Perkayuan
: Seorang Kontraktor Bangunan dan Kejuruteraan Awam - Kelas A
Pendidikan
: Sijil Pelajaran Malaysia – Sekolah Menengah Kuala Besut
: Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian Malaysia
Isteri : Cik Zabiah Mohammad (44 tahun)
Anak : 6 Orang
Jawatan Dalam PAS                   : Bendahari PAS Kawasan Besut 

Egypt orders arrest of Brotherhood leader

Jutaan Rakyat Mesir Berterawih Di Dataran Raba'ah

(Suasana terawih para penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi)

MESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh kelmarin.

Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.

Malam tadi, jutaan penyokong Morsi menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1 Ramadhan. Malah mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi dibebaskan dari tahanan tentera.

Suasana terawih malam tadi meyaksikan mereka membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan tersebut sekaligus merubah dataran itu kepada lautan manusia.

Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.

PETIKAN UCAPAN Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr. Badi'e

Petikan ucapan Mursyidul Am Ikhwan muslimin, beliau sekarang diburu oleh anjing Askar sekularisme. Moga Allah memelihara Tuan Guru Dr. Badi'e dan seluruh pejuang Ikhwan yang sedang bersolidariti di sana sekarang menuntut supaya DR MORSI di lantik sebagai Pemimpin yang sah.

gambar  Dr. Badi'eI
Alhamdulillah ke atas perhimpunan yang mulia ini, perhimpunan yang menggambarkan realiti sebenar di mesir dan halatujunya. Allah yang maha berkuasa ke atas siapa yang telah melakukan kerosakan dengan penuh rasa bongkak, Allah maha berkuasa ke atas semua pengkhianat dan pelampau yang melampaui terhadap hak agama mereka dan tanah airnya, Allah maha berkuasa ke atas sesiapa yang telah menjual darah2 para shuhada'.


Kita akan berusaha melindungi mesir dari cubaan untuk mencuri kebangkitan rakyat, kita akan terus kekal di sini dan disemua medan perhimpunan di seluruh Mesir demi melindungi presiden yang telah kita lantik.


Wahai pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi Mesir, 

Wahai semua puak dan kumpulan yang mewakili rakyat Mesir,

‘Jenayah Apabila Berlaku Kepada Rakyat Ia Persepsi, Bila Kena Menteri Ia Realiti’

KUALA LUMPUR, 10 JULAI : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menggunakan alasan peningkatan jenayah sebagai sebab untuk mengembalikan semula Ordinan Darurat(EO).
Menurut Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pengakuan Zahid itu muncul berikutan kediaman seorang menteri kabinet dipecah masuk oleh penjenayah baru-baru ini.
Tegas Azmin, sebelum ini setiap kali perkara berkenaan jenayah ini dibangkitkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan jawapan bahawa ia merupakan satu persepsi.
“Namun semalam semasa sesi penggulungan, menteri menegaskan ia bukan lagi persepsi tetapi kadar jenayah sememangnya tinggi di negara ini.
“Apabila berlaku jenayah kepada rakyat, ia dianggap persepsi tetapi apabila berlaku kepada pemimpin atau menteri, ia adalah realiti,” tegas Azmin.
Azmin juga menyoal, adakah dengan pengakuan menteri ini mahu dijadikan alasan untuk kerajaan mengembalikan EO yang telah dihapuskan.
Untuk rekod EO dimansuhkan pada tahun 2011 berikutan dakwaan ia tidak bersifat demokratik.
Sejak ia dimansuhkan, kira-kira 2,000 tahanan dibebaskan.
Dalam pada itu, Azmin turut menyelar tindakan Kerajaan Pusat dan anggota polis yang didakwa hanya berdiam diri apabila kes jenayah berlaku kepada rakyat di negara ini.

Rafah masih ditutup, sukarkan warga Palestin


MESIR: Hari ini masuk hari kelima pintu di sempadan Rafah ditutup oleh tentera Mesir selepas menjatuhkan Presiden Dr Muhammad Morsi melalui rampasan kuasa minggu lalu.

Akibat penutupan itu, ratusan warga Palestin di wilayah Mesir berkumpul dan berkampung di pintu tersebut menunggu ianya dibuka untuk ke Gaza.

Ianya termasuk para pesakit yang memerlukan rawatan segera di Hospital Mesir.

Perkara itu disahkan Menurut pegawai kementerian kesihatan Palestin, Dokter Asyrof kepada media.

“Setiap hari, puluhan warga Palestin yang menderita sakit menunggu dibukanya pintu perlintasan Rafah, agar mereka dapat segera berubat di Hospital Mesir atau tempat lainnya," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza Islam Shahwan berkata, perbincangan sedang dilakukan antara pihak Palestin dengan Mesir untuk membuka kembali pintu Rafah.

Rakyat Palestin sengsara ekoran konflik di Mesir


KUALA LUMPUR: Konflik yang melanda Mesir dengan rampasan kuasa pihak tentera terhadap Presiden Dr. Mohamad Morsi menambah kesengsaraan penduduk di Palestin.

Ini kerana penduduk Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza bergantung kehidupan dengan Mesir dalam aktiviti seharian mereka, dalam mendapatkan pelbagai sumber kehidupan.

Malangnya, sejak rampasan kuasa di Mesir 3 Julai lalu, tentera Mesir telah mengarahkan agar satu-satunya pintu keluar dari Palestin di Rafah, Mesir ditutup.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang mengecam penutupan sempadan Rafah itu, berkata sempadan Rafah adalah talian hayat untuk Gaza yang bertarung hidup dengan bekalan asas.

"Tindakan menutup sempadan Rafah ini telah mendedahkan penduduk Gaza kepada keperitan dan penderitaan yang baru, di samping kemungkinan Israel akan melancarkan serangan adalah satu senario yang tidak bileh diketepikan," tegas beliau.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media, di pejabat Mapim, di sini, hari ini. (Gambar)

Tambah beliau penutupan sempadan Rafah dengan alasan tentera Mesir sering diserang anasir dari tentera Hamas yang tidak terbukti kebenarannya, tidak boleh diterima.

TIGA SITUASI YANG MENGGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/1069875_203608336464104_1984137295_n.jpg
Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah..

Sumber : Akhukum Abdul Malik

Lebih 60 kesan cedera bukti Karuna didera sampai mati dalam tahanan Polis

Suren lagiLebih 60 kesan kecederaan ditemui pada tubuh P Karuna  Nithi yang mati dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu.
Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mendedahkan hasil bedah siasat ke atas mangsa yang dijalankan di Hospital Seremban oleh Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee Al’idrus.
“Perkara yang paling mengejutkan ialah lebih 60 kesan kecederaan dikenalpasti di seluruh tubuh mangsa,” kata Surendran pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Kesan luka tersebut ditemui bermula dari bahagian kepala, muka, bahu, dada, pinggang dan seluruh anggota badan mangsa.
“Bermakna mangsa telah didera dengan begitu teruk sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
“Punca kematian ditulis sebagai kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Ini mengarut. Mana ada orang mati secara tiba-tiba kerana kegagalalan buah pinggang,” bidas Surendran.

Pakatan sokong penubuhan MECD asalkan bebas rasuah – Rafizi

Rafizi_bahas_SPRMPakatan Rakyat sentiasa menyokong penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang bertujuan mempertingkat ekonomi bumiputera selagi ia berteraskan ketelusan, keterbukaan dan bebas rasuah, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
“Untuk rekod Dewan (Rakyat), saya perlu maklumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoal satu kementerian yang diberi amanah untuk memajukan dan mempertingkan kedudukan ekonomi bumiputera selagi ia dibuat dengan penuh ketelusan, terbuka dan bebas dari rasuah.
“Apa yang dipersoalkan selama ini adalah keberkesanan agensi-agensi ini kerana tidak nampak bagaimana ada peningkatan mendadak dari segi penglibatan dan juga kemajuan bumiputera seperti yang digariskan kerajaan sendiri,” kata Rafizi yang juga Pengarah Strategi KEADILAN pada sidang Parlimen hari ini.

Operasi Tanpa Lesen: PR Persoal Layanan Istimewa PM Kepada Malindo Air

pesawat-malindo-air copy
KUALA LUMPUR, 10 JUL : Seorang pemimpin Pakatan Rakyat(PR) hari ini mempersoalkan layanan istimewa Kerajaan Pusat terhadap Malindo Air meskipun audit kelayakan ke atas syarikat penerbangan tersebut untuk memperoleh Lesen Perkhidmatan Udara belum selesai.
Malindo Air dilancarkan tahun pada 12 September 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedangkan tarikh operasinya diumum pada Mei 2014.
Sedangkan menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbang Awam (DCA) itu hanya diberikan pada 28 Februari lalu.
Katanya, tindakan itu sama sekali bercanggah dengan kenyataan Menteri Pengangkutan sebelum ini berhubung kriteria pemberian lesen perkhidmatan udara iaitu ‘lulus dalam menjalani audit teknikal’.
“Maksudnya Najib melancarkan dan mengumumkan tarikh operasi sebelum DCA dapat menjalankan audit ke atas kelayakan syarikat tersebut untuk memperoleh lesen berkenaan.

PRK Kuala Besut: Polis akan mudahkan proses berceramah - IGP

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan ketua polis daerah akan memudahkan urusan pihak yang mahu berkempen menerusi ceramah pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, dengan syarat mereka memohon kebenaran terlebih dahulu.

"...kena mohon dulu untuk aturkan keselamatan untuk penceramah, orang ramai. Kita tidak mahu dua pihak bertembung di satu lokasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat bersama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit pilihan raya kecil itu, di Besut hari ini.
  
Khalid berkata PDRM juga sudah bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang proses pilihan raya kecil itu.
  
"Persiapan tentang aturan keselamatan untuk kelancaran proses penamaan,

pengundian awal, tempoh berkempen, mengundi telah diatur," katanya.    

Laporan Bersih 3.0 diserahkan kepada KDN

Panel Penasihat Bebas Mengenai Bersih 3.0 menyerahkan laporan akhir panel itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya, hari ini.
Pengerusi Panel, Tun Hanif Omar berkata laporan setebal 500 halaman itu siap sejak April lalu namun tidak dapat diserahkan kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU13).
Beliau berkata, laporan mengenai perhimpunan 28 April tahun lalu itu berjaya disiapkan daripada hasil keterangan 45 saksi dan menyifatkan laporan itu sebagai telus dan adil.
Laporan itu mengandungi beberapa nasihat serta cadangan kepada kerajaan untuk kepentingan negara dan rakyat namun terserah kepada Ahmad Zahid sama ada hendak mendedahkan atau tidak kepada umum, katanya pada sidang media di sini.
Hanif, yang juga bekas Ketua Polis Negara, berkata pihaknya menyiapkan laporan itu selepas mengadakan 50 mesyuarat dan berdasarkan 10 terma rujukan.

Draf IPCMC langgar prinsip keadilan, kata Wan Junaidi

Kerajaan menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana ia melanggar setiap prinsip keadilan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"IPCMC melanggar segalanya, perlembagaan, keadilan asasi, ia tidak memasukkan kuasa mahkamah dan menjadikan keputusan badan itu sebagai keputusan akhir," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
"Sebarang keputusan IPCMC perlu muktamad dan anda tidak boleh merayu di mahkamah. Adakah anda dengar undang-undang seperti itu sebelum ini?," katanya, sambil menambah ia akan mengakibatkan anggota polis dilayan lebih teruk daripada penjenayah.
Wan Junaidi berkata, antara lain, IPCMC akan melupuskan kuasa Peguam Negara sebagai pendakwa tunggal dan Ketua Polis Negara. Beberapa pihak termasuk ahli politik pembangkang menggesa kerajaan menubuhkan IPCMC yang dicadangkan beberapa tahun lalu, berikutan beberapa kes kematian dalam tahanan baru-baru ini. - Bernama,

Kerajaan UMNO@BN tidak berminat menubuhkan IPCMC, kata anggota suruhanjaya

Kerajaan asyik memberikan alasan untuk melengahkan  penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Mereka sebenarnya tidak pernah benar-benar berminat.
Ini adalah pemerhatian Datuk A Kadir Jasin yang duduk dalam Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pentadbiran PDRM yang mengeluarkan 125 cadangan kepada kerajaan, termasuk penubuhan IPCMC.
"Kabinet mengelak perbincangan mengenai IPCMC sejak dari awal, sejak kami menyerahkan laporan itu kepada mereka pada tahun 2005," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kadir berkata, kerajaan mempertikaikan bahawa polis menentang IPCMC dan kemudian menambah agensi penguatkuasaan yang lain patut turut dimasukkan dalam IPCMC. Mereka kemudian boleh menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
"Saya berpendapat IPCMC bukan masalahnya. Kerajaan yang tidak berminat untuk mempunyai mekanisme seumpama itu," katanya ketika diminta mengulas maklum balas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa IPCMC yang dicadangkan itu akan memberi kesan kepada pertindihan bidang kuasa dan tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kadir berkata, kenyataan daripada menteri dalam negeri yang terdahulu juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak berminat dengan IPCMC.
Beliau menjelaskan bahawa suruhanjaya itu melawat beberapa negara yang berjaya melaksanakan mekanisme seumpama IPCMC selepas mendapat khidmat nasihat polis.
"Polis mempunyai pendapat mereka, tetapi akhirnya mereka bekerjasama. Kerajaan di sini masih boleh menubuhkan IPCMC dan membuat beberapa penambahbaikan sepanjang tempoh itu," katanya.
Seorang lagi anggota suruhanjaya khas itu, Datuk Dr Denison Jayasooria turut berkongsi pendapat sama.
Beliau berkata, suruhanjaya itu penting kerana ia mempunyai kuasa yang tidak dimiliki Suhakam dan EAIC.

Zahid: House should support 'new EO' as ex-detainees committing crimes

Zahid : "Jangan sampai penjenayah pergi rumah MP'

Polis sedia hadapi PRK Kuala Besut

From K-Pop to dressing: MPs debate sexual harassment

'Saudi money to Egypt will go to new pharaoh, not people'

PRK Kuala Besut: Paling lewat selesai penamaan jam 11 pagi - SPR

KUALA BESUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka proses penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Jumaat ini, akan selesai selewat-lewatnya pukul 11 pagi.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses penyerahan kertas penamaan calon akan dibuka selama sejam bermula 9 pagi di Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja Besut di sini.

"Kalau semuanya berjalan lancar, nama-nama calon dijangka diisytharkan menjelang pukul 10.30 pagi atau paling lewat 11 pagi," katanya kepada Bernama hari ini.

SPR menetapkan Jumaat ini hari penamaan calon manakala 24 Julai ini sebagai hari pengundian.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

BN mengumumkan anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, sebagai calonnya manakala Pas menamakan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor sebagai calonnya.

PRK Kuala Besut: Calon Pas mampu buat kejutan, kata Nik Abduh

KUALA LUMPUR - "Saya kenal calon ini Che long (Azlan) dan saya rasa dia pilihan terbaik untuk Pas Besut."

Keyakinan itu disuarakan oleh ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz apabila diminta menyatakan pandangannya tentang calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.

"Saya yakin masyarakat Besut  akan menerima beliau," katanya lagi ketika ditemui Sinar Harian Online, di lobi Parlimen hari ini.

Dengan nada yakin, Nik Abduh menambah, calon Pas ini mampu memberikan kejutan.

"PRK kali ini sudah pasti sengit.

"Walaupun kita kalah lebih 2,000 undi pada PRU13 lalu kita yakin kita mampu membuat kejutan kerana  PRK adalah berbeza dengan PRU," ujarnya yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas.

Che Long atau nama sebenarnya Azlan@ Endut Yusof, 48, merupakan seorang kontraktor Kelas A dan merupakan anak jati Kuala Besut.

PRK Kuala Besut: Berhadapan jurutera, calon Pas yakin dengan sokongan pengundi.

KUALA BESUT – Pas yakin menyaingi calon BN sekalipun parti itu mengetengahkan seorang jurutera muda bagi menarik minat orang ramai memberi sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.

Yakin calon Pas tidak tergugat kepada calon BN, Pengarah PRK Pas Dun Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat berkata, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman kurang dikenali masyarakat setempat, sekali gus memberi bonus besar kepada Pas menang di kerusi berkenaan.

“Kita dimaklumkan dia anak setempat tetapi kurang dikenali kerana bekerja di luar. Kita akan letak calon yang lebih mendekati masyarakat, mesra rakyat dan ‘bergelumang’ dengan denyut nadi orang Kuala Besut,” katanya kepada Sinar Harian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Operasi PRK Dun Kuala Besut di Markas Besar Pas Kampung Baru, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pas Terengganu, Yahaya Ali; Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman dan Adun Chukai, Hanafiah Mat.

Satiful yang juga Adun Paka menjelaskan, pihaknya turut bersedia berhadapan sesiapa sahaja calon diketengahkan BN pada PRK kali ini.

PRK Kuala Besut: Jangan cemari masjid, surau lambang parti

Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang Pilihan Raya Kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Mohd Rozali Salleh berkata arahan itu bagi memastikan masjid dan surau tidak disalah guna untuk berkempen.

Masjid dan surau adalah tempat ibadah dan kita tidak ingin rumah Allah ini digunakan untuk tujuan politik mana-mana parti, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat, di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan parti-parti yang bertanding, khususnya umat Islam agar menghormati bulan Ramadan ketika berkempen pada pilihan raya kecil itu.

Elakkan kempen yang berunsur fitnah dan mengumpat, nasihat beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini untuk hari membuang undi manakala Jumaat ini sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru. - Bernama

SPRM Digesa Siasat Pemberian Wang Baucer PRU13


KUALA LUMPUR 10 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan semula terhadap dakwaan isu pemberian wang melalui baucer cabutan bertuah oleh pihak berkepentingan dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) lalu yang berlaku di Pulau Pinang.
sim-tze-tzimAhli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, pihak berkuasa tersebut tidak seharusnya menghentikan siasatan kerana insiden dinyatakan itu memang berlaku dan bukti serta laporan mengenainya dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR).
“Kenyataan Pengarah SPRM Pulau Pinang, M Samaraju  yang menyatakan siasatan terhadap kes itu dihentikan dan tiada unsur-unsur jenayah tidak boleh diterima.
“Kita kesal dengan perkara ini dan menganggap SPRM telah gagal dalam tugas mereka ini. Dakwaan dibuat ini memang berlaku di mana satu majlis makan malam telah dibuat di kawasan tertentu dan pengundi diberikan baucer untuk ditukar selepas itu apabiola calon Umno-BN yang bertanding memang dalam pilhanraya,” dakwanya dalam sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Boros RM500 juta belanja PRU, SPR wajib letak jawatan – Izzah

IzzahKUALA LUMPUR 10 JULAI: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengulangi desakan supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan berikutan perbelanjaan tidak telus hampir setengah bilion untuk pilihan raya.
Beliau berkata, dasar pelaksanaan SPR yang runcing ditambah dengan penipuan dan penyelewengan dalam mengendalikan Pilihan
Raya Umum ke-13 termasuk perbelanjaan boros wang negara melenyapkan kredibiliti dan intergriti badan itu.
“SPR tidak telus dalam perberlanjaan dan pelaksanaan banyak dasar. Kita persoalkan perbelanjaan yang begitu boros, tetapi apa yang meruncing adalah personaliti SPR itu sendiri. Mereka tidak ada kredibiliti membelanjakan sejumlah wang negara dan tidak peka dengan tuntutan rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily.
Justeru, Naib Presiden KEADILAN itu berkata, kepimpinan SPR wajib ditukar sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai ini.
“Dengan perbelanjaan sebegini yang tidak diganding dengan penjelasan jelas dan tanpa penanggungjawaban, SPR wajib letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut. Saya tak boleh terima jika kita terpaksa melalui satu lagi pilihan raya tanpa apa-apa tindakan terhadap mereka dan personaliti-personaliti ini,” kata Nurul Izzah.

PRK Kuala Besut 16-16 : Di antara songkok hitam tinggi dan kopiah putih

Umno semenjak dari dulu meletakkan calon mereka dalam sesuatu pilihanraya dari pelbagai 'trade' kepakaran dan 'displin' ilmu begitu juga dengan PAS.

Dari seorang peniaga, Guru, Kerani, Jurutera, Doktor Perubatan, Profesor Universiti, Ulamak dan sebagainya sebagai tawaran kepada pengundi untuk menjadi wakil mereka ke Dewan Undang Negeri mahupun ke Parlimen.

Ada ketika Profesor menang dan ada ketika Profesor kalah dengan yang kurang status akedamik jika itu menjadi asas perbandingan.

Tapi dalam konteks Malaysia pengundi pada dasarnya tidak memandang status pangkat atau latar belakang akademiknya......pengundi tengok kepada parti yang diwakili.

Lepas itu baru pengundi tengok peribadi calon samada boleh menyakinkan mereka bahawa calon itu boleh mendekati mereka ketika kesusahan, dalam bahasa sekarang 'mesra rakyat'.

Selepas daripada itu baru ditengok isu setempat.

Saya rasa calon PAS ada banyak kelebihan dari calon Umno kerana beliau dilahirkan di situ...di besarkan di situ...bekerja di situ dan mempunyai pengalaman yang luas bergaul dengan masyarakat setempat.....boleh dikatakan calon PAS sudah 'kalih' dengan budaya dan hati budi masyarakat setempat.

PRK Kuala Besut: PAS ada pengalaman berkempen bulan puasa

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang diadakan dalam bulan puasa bukan menjadi penghalang untuk petugas PAS turun berkempen.

Malah, PAS mempunyai pengalaman berkempen dalam bulan puasa misalnya di Permatang Pasir, Pulau Pinang pada tahun 2009 di mana PAS berjaya memenangi kerusi itu.
Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli untuk PRK Kuala Besut ini PAS berharap petugasnya turun dengan bersemangat membawa satu perubahan imej yang baru kepada kerajaan Terengganu.
"Kalau keadaan sebelum ini PAS ada lapan dan BN ada 24 kerusi, apabila ada PRK ianya tidak mengubah apa-apa tetapi PRK kali iniakan mengubah senario politik Terengganu," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau juga menganggap kesungguhan berkempen mestu diteruskan walaupun dalam keadaan berpuasa kerana PAS mempunyai agenda besar untuk mewujudkan suasana baru bukan di Kuala Besut bahkan si Kuala Terengganu.
Hatta juga mengakui berkempen ketika bulan puasa tidak agresif macam bulan-bulan lain kerana ada skatan fizikal.
Namum katanya, berkempen di sebelah malam akan menjadi lebih rancak dan meriah bukan sahaja melalui siri ceramah bahkan dapat bertemu pengundi di dalam majlis iftar dan terawih.
"Kita akan anjurkan program khusus ahli-ahli parlimen PAS dengan para pengundi waktu berkempen," katanya.

PRK Kuala Besut: Tiada yang akan menang?

Timmy Say

 
Pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut bakal menawarkan peluang kepada semua yang terlibat untuk menonjolkan hipokrasi masing-masing di depan rakyat jelata.
Sejurus selepas pilihan raya 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat (PR) bersama Barisan Nasional (BN) saling bertikam lidah mengenai siapa pemenang sebenarnya.
PR mendapat undi popular di kawasan bandar, BN pula mendapat lebih banyak kerusi di kawasan pedalaman.
Pelbagai teori dilempar tanpa kajian mendalam mengapa terjadi keputusan PRU13 sehingga timbulnya istilah seperti ‘Tsunami Cina’ dan ‘Tsunami Rakyat Malaysia’. Ada juga yang berkata ialah adalah ‘Tsunami Internet Rakyat Bermaklumat.’
Yang paling kasihan ialah nasib yang menimpa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengadil perlawanan 5 Mei yang dilihat gagal dan tidak adil mahupun telus.
Episod dakwat kekal sebenarnya cukup untuk menimbulkan rasa malu dan bersalah. Tapi bagi Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, mereka berasa sudah membuat yang terbaik untuk rakyat.
Hujah mereka mudah dan senada dengan BN – sekiranya mereka tidak adil, mengapa Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, PR dibiarkan menang bergaya melebihi dua pertiga majoriti. Manakala negeri-negeri lain yang dikuasai BN mengalami susutan majoriti?
Meskipun dakwat kekal boleh dibasuh, SPR merasakan ia tidak mampu mengubah hakikat bahawa BN menang lebih banyak kerusi di peringkat parlimen.
SPR juga menerima tamparan apabila 60 petisyen pilihanraya difailkan -  39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.
Bagi PR, 39 petisyen itu membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 DUN.
PR menyatakan PRU13 tidak adil dan kemenangan mereka dirompak tatkala SPR mempertahankan diri manakala BN enggan mengaku bahawa mereka kurang popular.

Penahanan enam peguam hak asasi menyalahi undang-undang - hakim

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbuatan polis menahan enam peguam hak asasi yang mengambil bahagian dalam Hari Hak Asasi pada 2007, menyalahi undang-undang .
Berikutan itu, Hakim Datuk John Louis O'Hara menganugerah setiap plantif RM10,000 sebagai ganti rugi, selain RM60,000 sebagai kos mahkamah.
Mereka ialah R Sivarasa, N Surendran, Latheefa Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad and Johny Andu @ Abu Bakar Adnan.
Mereka memfail saman pada 8 Disember 2010 terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia

Hadkan tempoh Presiden PAS 3 penggal saja..?

Dewan Rakyat 10 Julai 2013: Penggulungan Kem Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (1)

Sedition Act: We are not a perfect govt, we need to rectify - Ku Nan

Parliament: MP's question altered, Junaidi deems it reasonable

Minister: The opposition are shit stirrers

Black 505 is coming back BIGGER & BETTER - Dtk Johari Abdul

Parliament Uncut: Zahid - "Azmin doesn't sit with PKR because he didn't become MB"

Bapa Adam: 'Adakah salah jika saya sokong anak sendiri?'

Pasca PRU13: Lagi Dua Ahli Parlimen UMNO Dapat Habuan Dari Najib

Proses pemberian habuan jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang tercicir dalam perlantikan kabinet kini diteruskan dengan dua lagi Ahli Parlimen diberikan jawatan dalam syarikat GLC. Mereka yang terbaru menerima habuan ialah Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur.

Nurjazlan sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai dan merupakan anak sulung Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan yang begitu dikenali dalam UMNO manakala Othman Abdul pula adalah ahli politik veteran di Kedah tetapi dibawa semula bertanding dalam pilihanraya baru-baru ini dengan misi untuk menewaskan Mat Sabu di Pendang.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut bahawa Najib akan mengagih-agihkan pemberian jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang tidak dilantik ke jawatan kabinet sebagai sebahagian daripada proses membalas budi dan juga untuk memastikan kesetiaan mereka tidak berbelah bagi terhadapnya.

Ia bukan saja dari kemungkinan beliau ditentang dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini tetapi juga kebarangkalian berlakunya undi tidak percaya di Parlimen. Untuk jawatan Presiden UMNO, Najib kemungkinan disebut-sebut akan dicabar sama ada oleh Muhyiddin atau pun Tengku Razaleigh Hamzah manakala undi tidak percaya juga kemungkinannya akan memunculkan Tengku Razaleigh sebagai pilihan untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang berasa dipingggirkan oleh Najib terutama dari Sabah dan Sarawak serta dengan sokongan 89 undi Pakatan yang sedia di Parlimen.

Antara Ahli Parlimen yang sudah dilantik ialah Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Rais Yatim sebagai Presiden UIA dan penasihat bertaraf menteri bagi kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA serta Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri.

Dipercayai Najib akan terus mengagih-agihkan habuan dan ganjaran ini kepada ramai Ahli Parlimen lagi untuk mencapai matlamat melindungi kepentingan politik dan masa depannya itu.

PRK Kuala Besut: SPR perkenal kaedah celup jari telunjuk..!!! Woii ! Bila Nak Letak Jawatan..???

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggunakan kaedah "mencelup jari telunjuk" ke dalam dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi dua kali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak akan menggunakan kaedah mencalit jari seperti PRU13.

Menurutnya, pengundi perlu mencelup jari telunjuk sebelah kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan SPR sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian.

"Bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab, dakwat kekal akan digunakan dalam PRK N.01 Kuala Besut dalam Pengundian Awal (20 Julai 2013) dan Pengundian Biasa (24 Julai)," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Pada PRU13 Mei lalu, isu dakwat kekal menjadi kontroversi apabila dakwat yang dinyatakan SPR mampu bertahan untuk beberapa hari, boleh luntur dalam tempoh beberapa jam selepas dicalit.

Perkara itu menimbulkan pertikaian awam sehingga beberapa siri bantahan mengenainya dibuat dan menggesa kepimpinan SPR letak jawatan.

Kajian TI : Hanya 30% Percaya Usaha Kerajaan Perangi Rasuah

SHAH ALAM 10 JULAI : Dakwaan kononnya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berjaya dan cemerlang dalam usaha memerangi indeks rasuah ternyata tidak benar dengan pendedahan kaji selidik terbaru Barometer Penyelewengan Global Transparency International.
Kajian badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu mendapati hanya 30 peratus daripada responden percaya usaha-usaha kerajaan memerangi rasuah berkesan, berbanding 49 peratus pada tahun 2011.
Daripada hasil kajian yang didedahkan itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini semakin celik dan sedar bahawa di sebalik omongan indah berhubung Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sebenarnya tidak banyak yang benar-benar berubah.
“Rakyat sedar terlalu sedikit tindakan yang dikenakan terhadap individu korup yang kaya, berkuasa dan mempunyai kepentingan politik sementara segala usaha digunakan untuk menyiasat ahli politik pembangkang dan individu yang berfikiran sivik,” tegas Tony Pua dalam satu kenyataan medianya.
Lebih mengecewakan, peruntukan tinggi yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga tidak memberikan hasil seperti diharapkan berbanding peruntukan yang pernah dibelanjakan untuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedekad lalu.

Hasil kaji sedilik bukti Putrajaya tidak serius tangani rasuah


Kerajaan tidak serius membasmi rasuah dan rakyat Malaysia kian muak dengan dongengan pakej Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Tony Pua (gambar).
Selepas tiga tahun NKRA, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, berkata  jenayah di Malaysia semakin teruk dan berleluasa.
"Rakyat berharap dapat melihat hasil NKRA selepas tiga tahun, namun tidak banyak perubahannya.
"Terlalu sedikit golongan kaya, berkuasa dan mempunyai hubungan politik yang dihukum," katanya pada kenyataan media lewat malam tadi.
Kenyataan itu mengulas hasil kaji selidik terbaru Transparency International (TI) yang mendapati rakyat Malaysia kian hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan bagi membanteras gejala rasuah.
Badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu mendapati kepercayaan rakyat merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010.
Pua kesal kerana peruntukan tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin meningkat tetapi tidak membuahkan hasil memberangsangkan.
"Kita berada pada kedudukan terbaik sedekad lalu dengan bajet RM67.7 juta. Ketika berada di kedudukan 47 dari seluruh dunia ketika zaman Tun Abdullah Badawi, kita guna bajet berjumlah RM146.7 juta.

Pemandu akui pentadbiran Najib lemah tangani rasuah

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) percaya banyak usaha boleh dibuat termasuk mengetatkan akta tertentu dapat mengekang gejala rasuah di negara ini.
Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Anti Rasuah Pemandu, Ravindran Devagunam, berkata kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO dan badan profesional juga membantu mengurangkan rasuah.
"Kita mengakui usaha kerajaan belum mencukupi untuk membasmi rasuah, kata. Kita perlu melipat ganda usaha," katanya pada kenyataan media, hari ini.
Berdasarkan kaji selidik Transparency International – Malaysia (TI-M) yang diumum semalam, parti politik dan kakitangan awam termasuk ahli parlimen paling banyak terlibat dengan rasuah.
Kajian sama mendapati kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan menangani rasuah merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010.
Bagaimanapun, berdasarkan Penunjuk Aras Rasuah Global (GCB), 87 peratus rakyat Malaysia bersetuju orang ramai boleh melakukan sesuatu untuk membanteras rasuah.

Isu Perbicaraan Kes Zahid: Ahmad Zahid Hamidi vs Gobind Singh Deo

Egypt in turmoil as rivals reject interim leader's plans

Egypt Names New Leaders Amid Protests

Tensions high in Egypt

Tazkirah: Ramadhan dalam analogi bola sepak

Dewan Rakyat 10 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 10 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

PRK Kuala Besut: Tokoh Dermawan Dan Cakna Rakyat


Calon PAS, Azlan atau lebih dikenali Che Long oleh masyarakat Kuala Besut khas di Kampung Baru, seorang ahli perniagaan yang berakar dengan masyarakat tempatan.
Pencalonan beliau sebenarnya memecah tradisi PAS di sini yang biasanya memilih calon di kalangan guru agama atau ustaz.
PAS Besut menyenaraikan tiga nama untuk dipilih oleh PAS Pusat. Che Long dan dua orang lagi ustaz. Namun PAS memilih Che Long untuk menjadi calon kali ini.
Pemilihan beliau amat sesuai dengan aktiviti harian masyarakat Kuala Besut yang dekat dengan perniagaan. Ini kerana ramai pengundi Kuala Besut terlibat dengan industri pelancongan, industri hiliran dari perikanan dan petanian.
Industri kecil pembuatan keropok, perkhidmatan dalam industri perlancongan misalnya sangat dekat dengan ahli perniagaan berbanding dengan ustaz.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Husam Musa ketika bercakap kepada wartawan sebelum ini berkata, faktor calon amat penting dalam PRK ini.
"Penduduk Kuala Besut adalah antara penduduk yang termiskin di Terengganu kerana tak ada bantuan ekonomi yang memberikan manfaat yang jitu kepada mereka," kata Husam yang menyifatkan calon PAS dapat membantu pengundi dengan baik jika terpilih.

Mengikut sumber, Che Long bersedia mengunakan keseluruhan elaun Adun untuk aktiviti dan membela rakyat jika diberi amanah oleh pengundi Kuala Besut.

PRK Kuala Besut: Pasukan peguam pantau politik wang

BESUT: PAS tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) berkata, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut.

“Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang.

“Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui,” katanya ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya juga jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar.

Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU ke-13.

PRK Kuala Besut: PAS Cabar BN Bertanding Secara ‘Gentleman’

PAS mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) bertanding secara 'gentleman' dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut dan bertanding secara bersih pada 24 Julai ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik mendesak agar pemimpin Umno-BN tidak mempergunakan senjata duit bagi membeli rakyat pada PRK di Kuala Besut.
Katanya, kerajaan BN boleh menyampaikan mesej parti mengikut saluran demokrasi yang betul dan biar rakyat boleh membuat keputusan.
"Saya percaya, jika pilihan raya ini berlaku secara adil. Saya cabar Idris Jusoh (Ketua Bahagian Besut) supaya pilihan raya (PRK) ini jangan guna duit untuk beli rakyat di Kuala Besut.
"Biar 'gentleman', sampaikan mesej BN dan biar rakyat buat keputusan. Jangan beli rakyat dan jangan rasuah rakyat...kita (PAS) cabar dia (Umno) dan jangan guna Polis untuk 'ugut' rakyat.
"Didik rakyat dan berikan peluang dalam pilihan raya ini supaya pemimpin kita (PAS) boleh bercakap terbuka dalam tv dan radio, jika betul dia (pemimpin) 'gentleman' dan hebat," tegasnya ketika ditemui Harakah di pejabatnya di Km.14, Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu hari ini.

Che Long: Calon PAS PRK Kuala Besut yang ku kenali

Dr Azman Ibrahim
Tepat jam 11:55 malam, 9 Julai (malam tadi) bertempat di Kampung Nail, Kuala Besut, Tuan Guru Presiden PAS mengumumkan nama seorang aktivis parti yang akan memikul amanah PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut, 24 Julai ini.
Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat di sini yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long.
Walaupun dari segi kawasan pilihanraya, Jabi terletak dalam Parlimen Setiu, tetapi disebabkan jarak yang cuma bersepadanan serta persamaan dari segenap segi sosio-budaya, menjadikan saya tersangat akrab dengan pimpinan PAS kawasan Besut.
Bermula dari Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar, Timbalannya Cikgu Solah, Ketua Penerangannya Ustaz Wan Syukri, Setiausahanya Aminuddin yang mesra disapa Pak Su Amin, Datuk Hussein Awang, Ust Nik Zawawi dan ramai lagi untuk disebut namanya, semuanya adalah sahabat karib dalam menempuh suka duka perjuangan.
Che Long selaku bendahari PAS Besut selalunya mesra saya menyapanya dengan panggilan Abang Long sebagai menghormati perbezaan umur antara kami.
Saya mengenalinya sebagai seorang aktivis parti yang tawaduk, perlahan dan teratur dalam pertuturan, suaranya lemah lembut dan penuh kemesraan.
Sekarang Abang Long dipertanggungjawabkan memikul amanah parti untuk memahat sejarah baru dalam catatan negeri Terengganu. 16:16 akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.
Tahniah serta takziah serentak saya ucapkan. Tahniah kerana mendapat kepercayaan pimpinan yang tentunya telah memilih yang terbaik antara yang terbaik manakala takziah disebabkan kita menyedari alangkah beratnya beban tanggungjawab yang akan dipikul.
Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat di sini.
Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang 'bank' PAS kawasan Besut. Warak serta memiliki pegangan agama yang kuat.
Saya doakan kejayaan Abang Long memikul amanah ini dengan cemerlang.
Seluruh negara malah seluruh dunia sedang memerhatikan kita. 16:16 akan menjadi suatu testimoni perundangan yang sangat menarik. Semuanya di tangan pengundi N01 Kuala Besut. Ayuh!!

Calon PAS mahu guna slogan sendiri Kempen PRK Kuala Besut

Pengistiharan Dan Bai'ah Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 3)

Pengistiharan Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 2)

Pengistiharan Calon PAS N01 Kuala Besut (Part 1)

PAS pilih ‘Che Long’, muka baru jadi calon PRK Kuala Besut

PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.
Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.
Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.
Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.
Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.
Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.
Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.

PRK Kuala Besut: Jurutera lwn Ahli Perniagaan

Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini akan menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan Azlan Yusof daripada PAS.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS.

Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar.

Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi. 

Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan bakal berdepan tentangan sengit daripada Azlan seorang ahli perniagaan, yang baru diumumkan bakal mewakili parti itu.

Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan.

Lensa PRK Kuala Besut: Majlis Pengistiharan Calon PAS