Selasa, 9 Julai 2013

Kenapa tiada tindakan polis pukul tahanan?

Rafizi: Gov't may lose RM163 million over NFC soft loan

PRK Kuala Besut: 3,000 anggota polis kawal Pilihanraya

Polis Kontinjen Terengganu menempatkan kira-kira 3,000 anggotanya termasuk 200 pegawai untuk mengawal dan memastikan proses pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berjalan lancar.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata turut membantu dalam PRK itu ialah anggota sukarelawan polis, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam khasnya dalam mengawal keselamatan awam, trafik dan persiapan menghadapi sebarang bencana ketika PRK itu.
"Sepanjang tempoh kempen bermula 12 Julai hingga 24 Julai hari mengundi polis akan mewujudkan 25 pos kawalan di setiap lokasi yang kita anggap sebagai kawasan panas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kuala Besut, hari ini.
Beliau berkata, langkah keselamatan yang diambil untuk memastikan pengundi dan penduduk di Kuala Besut berasa lebih selamat sepanjang proses PRK yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

PRK Kuala Besut : Calon BN - Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37 di pilih sebagai calon BN dalam PRK Kuala Besut yang akan berlansung pada 24hb.Julai.2013. Beliau adalah anak jati kuala besut dan bekas jurutera awam jabatan pengairan dan saliran Malaysia.
 

NFC: Kerajaan sukar kutip baki dana RM163 juta serta rugi


KUALA LUMPUR: Dalam keadaan sekarang, dana RM163 juta yang telah dibelanjakan oleh NFC bolehlah dikira hangus dan tidak dapat dikutip lagi oleh kerajaan.
Demikian dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pelantikan satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC.


“Di sidang Dewan Rakyat ini, saya telah bertanyakan mengenai jumlah-jumlah aset yang telah disita dan diambil kembali dari NFC setakat ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Saya merujuk kepada laporan terkini bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melantik satu konsortium baru mengambil alih operasi projek yang sebelum ini diusahakan oleh NFC.

Laman The Malaysian Insider turut melaporkan bahawa perjanjian itu tidak melibatkan operator baru bertanggungjawab ke atas hutang RM250 juta yang telah diberikan kepada NFC.

Ini menimbulkan persoalan baru mengenai kemampuan kerajaan mendapatkan semula jumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Egyptian protesters criticise US government

Rafizi Ramli: Don't Just Sit There And Complain About Everything Under The Sun

Violence in Cairo intensifies Egypt's political crisis

Ganggu petisyen jika terima keputusan PRU13

KUALA LUMPUR - PR akan mengemukakan usul pindaan kepada Speaker Dewan Rakyat, esok untuk mengeluarkan pengesahan keputusan PRU13 lalu dalam nota menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam PRU lalu, kedua-dua parti BN dan PR telah mengemukakan petisyen bantahan.

Menurutnya, perkara berhubung sokongan penuh keputusan pilihan raya dalam menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong perlu ditarik semula untuk meneruskan proses petisyen bantahan itu.

"Soal pilihan raya, petisyen juga telah dikemukakan. Kita sedang mengkaji untuk mengemukakan usul pindaan.

Anwar: Remove acceptance of GE results from note to Agong

Rakyat tak yakin usaha kerajaan banteras rasuah - kaji selidik

Rakyat Malaysia kian hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan bagi membanteras gejala rasuah, mengikut kaji selidik terbaru Transparency International (TI).
Badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu mendapati kepercayaan rakyat dalam usaha itu merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010.
"Kadang-kala pelaksanaan yang dibuat kerajaan mengambil masa lama," kata Presiden TI, Datuk Akhbar Satar ketika mengulas kemerosotan berkenaan.
Selain itu, polis dan parti politik dilihat masyarakat awam sebagai dua institusi paling korup di negara ini dengan skala masing-masing 4.0 dan 3.8.
Skala persepsi rasuah ialah dari satu hingga lima - angka paling korup.
Transparency International Global Corruption Barometer mengendali kaji selidik perihal rasuah di 107 negara.

PAS bersama NGO Islam kecam rampasan kuasa di Mesir


KUALA LUMPUR: PAS bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berarak dan berhimpun di Kedutaan Mesir di sini bagi menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa serta tindakan kejam tentera negara itu terhadap rakyatnya.

Himpunan bermula kira-kira jam 12 tengah hari ini dengan mereka berkumpul berhampiran pusat membeli belah Ampang Point sebelum berarak ke bangunan kedutaan itu di Jalan Ru, Persiaran Ampang Hilir di sini.

Wakil PAS yang mengepalai perarakan tersebut termasuk Pengerusi Lajnah Antarabangsa Datuk Kamarudin Jaffar, timbalannya Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta AJK PAS Pusat Khalid Samad.

Syariah Islam punca Mesir bergolak


Mesir adalah antara negara umat Islam yang menjadi perhatian musuh-musuh Islam sejak sekian lama selain daripada Pakistan dan Indonesia. Keadaan geografinya yang strategik ditambah pula dengan sumber minyak yang banyak cukup membuatkan Mesir sebagai sebuah negara Afrika Utara yang penting di rantau Asia Barat.

Sejak sekian lama, Mesir terlibat dalam perang Arab-Israel, termasuk Perang Enam Hari 1967, yang mana Mesir dan Israel menjadi pemain utamanya termasuk juga sekutu Israel iaitu AS.

Jeneral yang memimpin Mesir dalam Perang Enam Hari adalah Jeneral Jamal Abu Nasser, menyaksikan Mesir kalah dalam pertempuran tersebut termasuk beberapa tempat yang berjaya ditawan Israel antaranya Bukit Golan di Selatan Syria dan Baitul Maqdis.

Mesir sangat berkepentingan bagi Israel dan AS, bukan hanya atas kepentingan ekonomi tetapi juga atas kepentingan kedudukan Mesir yang berjiran dengan Palestin. Ini beerti, menyelamatkan negara Islam Mesir dari kongkongan sekutu-sekutu Israel dan kelompok-kelompok berkepentingan akan turut memberi kesan kepada Palestin.

Kerajaan 'haram' tentera Mesir mula bergolak

 
(Pandangan atas sebahagian penyokong Mursi di Fayyoum, Mesir. Kini himpunan menyokong Morsi berlaku di seluruh Mesir)

MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir.

Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik.

Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera.

Menurutnya, barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari pemerintahan presiden Muhammad Morsi.

Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi.

Maklumat ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan.

PBS: Emosi guru terganggu, pelajar merosot


KUALA LUMPUR: “Nampaknya kerajaan tidak ada hasrat untuk mengkaji semula perlaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),” kata Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mempertahankan sistem PBS apabila menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli parlimen sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada minggu lepas.

Katanya, walaupun sistem itu menimbulkan banyak persoalan dan reaksi negatif daripada pelbagai pihak tetapi kerajaan tetap mahu meneruskan perlaksanaannya bagi 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah di  seluruh negara.

Menurutnya, PBS menimbulkan banyak masalah kepada guru-guru dan ramai merungut bahawa sistem itu amat menyusahkan dan menjadi satu beban tambahan kepada kerja harian mereka.

“Saya telah meminta  Menteri Pendidikan II sama ada pihak kerajaan telah membuat satu kaji selidik yang terperinci untuk mendapatkan maklum balas daripada kesemua 412,000 guru yang terlibat secara langsung dalam sistem  PBS,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Mahasiswa sedia gempur PRK Kuala Besut


KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyatakan kebersediaan untuk mengerahkan sepenuh kekuatan mahasiswa untuk turun ke PRK Kuala Besut yang bakal diadakan pada 24 Julai ini.

Pengerusinya, Mohd Azan Safar berkata, Gamis yang merupakan satu badan mahasiswa akan turun bersama dengan masyarakat Kuala Besut untuk memberikan pendidikan politik dan pencerahan yang matang kepada mereka.

Selain itu, ujarnya Gamis ingin memastikan pilihan raya kecil kali ini berjalan dengan lancar dan telus.

“Kita turun dalam PRK kali ini bukan atas kepentingan mana-mana parti politik, tetapi sedar dengan peranan kami sebagai agen penerangan kepada masyarakat,” ujarnya.

Menurutnya, masyarakat Kuala Besut perlu mendapat penerangan yang adil dan baik untuk membuat keputusan pada 24 Julai nanti.

“Selain itu, kami tidak mahu tragedi penyelewengan pilihanraya berlaku seperti 5 Mei yang lalu dalam PRK kali ini,” tegasnya.

PRK Kuala Besut: Peluang Pas bergantung siapa calon BN

KUALA LUMPUR - "Kita masih ada peluang untuk menang."

Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa merujuk kenyataan Ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh  yang menyatakan Umno telah menang pada PRU13 lalu dan akan mempertahankan kemenangan itu dengan majoriti yang lebih besar.

Menurutnya, kenyataan Idris bersifat "angkuh" walaupun keputusan PRU lalu adalah secara rasmi dimiliki BN.

"Walaupun majoriti BN menang itu besar dan sah, namun PRK ini adalah tugas yang berat," katanya.

Ditanya berapa peratus keyakinan untuk menang di Kuala Besut, Husam menyatakan ia bergantung kepada calon yang diletakkan BN.

"Kita yakin menang. "Kita sudah ada calon, lepas tengok calon BN, baru kita boleh tahu berapa peratus kita akan menang.

"BN pun belum umum calon lagi," katanya pada pemberita di Parlimen, hari ini.

PRK Kuala Besut: PR akan pastikan calon Pas menang

KUALA LUMPUR - PR akan memberi sokongan padu kepada calon yang bakal diumumkan parti gabungannya, Pas, bagi merampas kerusi Dun Kuala Besut pada 24 Julai depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan melakukan apa jua cara  untuk memenangkan calon Pas di Dun berkenaan.

"Majlis Pimpinan Tertinggi PR bersetuju untuk memberikan sokongan padu dan akan membantu dengan apa juga cara yang mungkin untuk menangkan calon Pas di Dun Kuala Besut," katanya pada sidang media di bilik mesyuarat, pejabat ketua pembangkang, di Parlimen, hari ini.

Pas akan mengumumkan calonnya malam ini.

Ambiga: SPR patut dedah maklumat dakwat kekal sebelum PRK Kuala Besut

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan maklumat pengedar dan mengadakan demontrasi penggunaan dakwat kekal sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.
Selain itu, Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga meminta butiran mengenai kandungan dakwat, keputusan ujian makmal, kos keseluruhan dan lain-lain perkara. “Jika semua tidak mahu didedahkan SPR, kami tidak akan mempercayai dakwat kekal ini. Kita sudah alami pengalaman perit semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Pastinya kita tidak mahu ia berulang.
“SPR harus mendedahkan komposisi bahan kimia dalam dakwat kekal dan mengadakan demonstrasi penggunaan dakwat kekal yang baru itu kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Dalam pada itu, Ambiga berkata Bersih akan terus mendesak kepimpinan SPR sedia ada supaya meletak jawatan dan tidak mengepalai PRK Kuala Besut.
“Pendirian kami masih sama berhubung hal ini dan tidak pernah berubah.
“Jika kepimpinan SPR yang sama mengendalikan PRK kali ini, pastinya orang ramai bertambah hilang kepercayaan kepada SPR,” katanya.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula menyifatkan penipuan dakwat kekal dalam PRU13 tetap tidak dapat dimaafkan sekalipun SPR menggunakan dakwat kekal baru dalam PRK Kuala Besut.
“Menggunakan dakwat kekal yang baru tanpa berterus-terang dengan kegagalan dakwat kekal yang lepas, SPR cuba menyembunyikan kegagalannya.

Pakatan pertimbang bawa usul pinda titah Agong berkaitan keputusan PRU13



Pakatan Rakyat (PR) hari ini merancang membawa usul meminda titah Yang Di-Pertuan Agong berkaitan gesaan baginda supaya semua parti politik menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), berkata langkah itu berikutan kedua-dua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) dalam proses mengemukakan petisyen keputusan pilihan raya.
Berikutan itu, beliau berkata, tidak wajar jika mengatakan semua pihak menerima keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu.
"Kita ucapkan junjung kasih titah Tuanku, soal pilihan raya petisyen juga telah dikemukakan oleh kedua-dua Pakatan dan BN.
"Kita sedang mengkaji untuk kemuka pindaan kerana kita tidak fikir wajar usul titah diraja itu dimasukkan sokongan penuh terhadap keputusan PRU13," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Rafizi mahu tahu cara kerajaan dapatkan semula dana NFC dari keluarga Ketua Wanita Umno



Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) meminta penjelasan berkaitan cara kerajaan merancang untuk mendapatkan semula RM163 juta daripada pinjaman RM250 juta yang diberi kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Pengarah Strategi PKR itu, berkata kerajaan perlu mencari jalan untuk menyelesaikan pinjaman berkenaan berikutan NFC tidak lagi beroperasi.
Beliau berkata kerajaan juga tidak pernah mengenakan jaminan peribadi kepada pengarah NFC sekali gus merujuk kepada ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Rafizi berkata demikian ketika mengulas laporan The Malaysian Insider pagi ini mengenai syarikat baru yang akan mengambil alih projek NFC tetapi tidak melangsaikan hutang RM250 juta.-

Dewan Rakyat 9 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 9 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Bekas pegawai kanan polis gesa KPN usah rayu kes Kugan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa menolak cubaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk merayu kes kematian dalam tahanan A Kugan.
Bekas Pangarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim, berkata cubaan merayu kes itu 'boleh disifatkan sebagai suatu ancaman dan meletakkan tekanan kepada badan kehakiman.'
"Beliau seolah-oleh telah membuat keputusan awal bahawa beliau tidak akan menerima keputusan Mahkamah Rayuan jika ia tidak memihak kepada Kerajaan. Sedangkan notis rayuan belum lagi difailkan ketika itu.
"Walaupun berhak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan VK Singham itu ke mahkamah yang lebih tinggi, namun saya berpendapat wajar menolak 'tawaran' yang diumumkan oleh menteri itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam surat terbuka kepada Khalid yang turut dikirimkan kepada media pagi ini. 

Dikejutkan pertumpahan darah, Mesir perlu p'raya segera



Ketua kerajaan sementara Mesir menetapkan sasaran masa segera untuk sebuah pilihan raya umum bagi menarik keluar negara Arab terbesar di dunia itu keluar daripada krisis, selepas bantahan berdarah ekoran penggulingan presidennya Mohamed Mursi.

Perintah yang dikeluarkan Adli Mansour itu menuju ke arah pilihan raya Parlimen dalam tempoh enam bulan sebelum diikuti pilihan raya presiden, lapor Reuters.

Keperluan ke arah tindakan politik yang berjaya dilihat amat mendesak di negara itu buat masa ini.

Sekurang-kurangnya 51 terkorban pada Ahad apabila tentera melepas tembakan kepada penyokong Mursi di luar berek tentera Pengawal Republik di Kaherah, tempat tokoh Ikhwanul Muslimin itu dipercayai ditahan.

Pihak tentera menjelaskan, tindakan itu terpaksa diambil kerana mereka diserang secara bersenjata. Pada Jumaat, berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang Mursi menyebabkan 35 terkorban.

Mesir: Web jeneral Al-Sisi digodam


 
(Nota yang ditinggalkan penggodam Qassam di wen peribadi Al-Sisi)

MESIR: Kemarahan rakyat khususnya penyokong Dr Muhammad Morsi terhadap tentera yang merampas kuasa bukan sahaja tertumpu kepada keluar berhimpun membuat bantahan di seluruh Mesir tetapi juga melibatkan serangan maya.

Terbaru, web rasmi jeneral tentera Abdel Fattah Al-Sisi, yang dilihat orang bertanggungjawab sebagai dalang menjatuhkan Morsi, digodam pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Qassam Hacker.

Awal pagi tadi, maklumat web Al-Sisi digodam mula tersebar di alam maya khususnya di Facebook dan Twitter.

Laman web tersebut dengan alamat http://www.abdelfatahalsisi.com sepatutnya mengandungi maklumat peribadi Al Sisi, serta pelbagai aktiviti tentera Mesir tetapi diganti dengan gambar Presiden Mesir Muhammad Morsi, dengan latar belakang gambar penyokong sedang berhimpun.

Mesir: Morsi sampaikan pesanan dari dalam tahanan

MESIR: Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyokong beliau di Mesir.

Dalam kiriman itu, Morsi menulis "Jarak antara kekalahan dan kemenangan adalah kesabaran satu saat. Aku yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memberikan mandat melaksanakan amanah ini.”

Pesanan itu dibawa dan disampaikan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr. Solah Sultan, di hadapan jutaan penyokong Morsi yang berkampung di hadapan Bangunan Pengawal Republik sejak beliau dijatuhkan secara rampasan kuasa oleh tentera beberapa hari lalu.

Menurut Dr Solah, nota itu diberikan Morsi kepada seorang pengawal dari dalam tahanan dan telah menyerahkannya kepada beliau.
Semalam, di hadapan bangunan ini jugalah dilaporkan lebih 50 penyokong Morsi terbunuh ditembak ketika sedang solat Subuh manakala lebih 300 lagi cedera.

Minta sejadah dan al-Quran

Sementara itu, seorang ulama Khalid Gharib seperti dilapor Islam Post dilaporkan berkata, sepanjang dalam tahanan, Morsi tidak meminta apa-apa selain al-Quran dan sejadah.

Keputusan PRK Kuala Besut bakal jadi penentu potensi Pulau Perhentian..!!

Mustapa Mohamed, 58, sudah 30 tahun tinggal di Pulau Perhentian, pulau pelancongan yang terkenal di seluruh dunia, yang terletak kira-kira setengah jam menaiki bot dari jeti Kuala Besut.

Setiap hari dianggar RM2 juta wang mengalir ke industri pelancongan di pulau ini. Ia meliputi penyewaan bot, chalet dan hotel penginapan, pembekalan dan lain-lain.

Ketika Mustapa masuk ke pulau itu, umurnya baru 18 tahun. Kepulauan itu syurga untuk nelayan. Ikan, sotong dan udang memenuhi kawasan itu.

Namun sejak beberapa tahun lalu, menjadi nelayan di situ menimbulkan masalah besar apabila kerajaan mengisytiharkan Pulau Perhentian bersama dengan Pulau Redang dan sekitarnya sebagai Taman Merin (Merine Park).

Ia menyebabkan ikan-ikan tidak boleh ditangkap sama ada dengan pukat atau pancing. Ekoran itu, cara hidup penduduk Pulau Perhentian mulai berubah. Dari nelayan kepada pengusaha industri perlancongan.

Hari ini, Mustapa dan penduduk pulau ini bukan lagi nelayan. Hampir semua adalah pekerja dan operator industri pelancongan. Mustapa sendiri mempunyai kedai runcit di samping sebahagian rumahnya dijadikan bilik-bilik untuk pelancong sewa.

Di samping itu, Mustapa sebagaimana penduduk lain di pulau yang berjumlah 2,300 orang itu, mempunyai bot pelancong. 

Satu bot yang agak besar berharga RM50,000 digunakan untuk membawa pelancong dari tanah besar di Kuala Besut ke pulau ini. Satu lagi bot kecil yang digunakan sebagai teksi air (water teksi).

Pemimpin komponen BN tak sekata keputusan PRU13 sebagai ‘tsunami Cina’

Kunci untuk mengkaji keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menggambarkan hanya orang Cina mengundi pembangkang hingga mendominasi undi popular.
Itu yang digembar-gembur media arus perdana terhadap masyarakat Cina yang digelar mereka sebagai mengkhianati Barisan Nasional (BN).
Akan tetapi, apakah ahli parti komponen BN bersetuju? Benarkah ada tsunami Cina atau tidak?
Tentulah ada dan apa salahnya ungkapan itu," tanya Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum cepat-cepat menyatakan mereka tiada niat jahat sebalik ungkapan itu.
"Benar, orang Melayu dan India juga undi pembangkang tapi ia tidak seketara orang Cina.
"Dalam sesetengah kawasan, hingga 96 peratus orang Cina mengundi pembangkang," katanya pada forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menyimpulkan kegagalan BN akibat tindak balas pengundi bandar, bukannya tsunami Cina.
Kata Rahman, makna tsunami ialah sesuatu perubahan yang besar dengan merujuk bencana di Banda Aceh sebagai contoh dan menganggap ia berlaku dalam perubahan undi Cina.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin juga percaya ia sememangnya tsunami Cina terutama di lokasi tertentu, hasil kempen intensif pembangkang dan isu yang mereka canang.

Kenapa kos perkhidmatan bas PLKN naik 500%?


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (gambar) ingin menarik perhatian kerajaan berhubung dengan kos pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak cekap dan gagal mengoptimumkan kemudahan yang diperuntukkan.


Ini, katanya lanjutan daripada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him kepada Menteri Pertahanan berhubung dengan kualiti perkhidmatan kem latihan khidmat negara,


Katanya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, sehingga 31 Disember 2011, Kementerian Kewangan telah meluluskan sebanyak 87 kem yang beroperasi di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Menurutnya, sehingga tempoh pengauditan, sebanyak 81 kem sedang beroperasi, tiga dalam pembinaan, dua ditutup sementara dan satu kem masih menunggu Surat Setuju Terima.

Beliau berkata, seramai 596,604 pelatih telah menyertai program ini bagi tempoh tahun 2004 hingga 2011 sementara bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak RM2.031 bilion telah diperuntukkan di mana RM1.980 bilion atau 97.5% telah dibelanjakan.

Analisa prestasi PAS di Dun Kuala Besut

ADA beberapa pemerhatian menarik yang dapat saya simpulkan tatkala meneliti semula keputusan-keputusan pilihan raya lepas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu. Menghayati pemerhatian dan kesimpulan itu insya Allah sedikit sebanyak akan dapat membantu peminat politik lebih memahami perkembangan terkini perebutan pengaruh dan kuasa di kawasan tersebut.
Dun Kuala Besut sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara apabila satu pilihan raya kecil bagi kawasan itu bakal diadakan dalam masa terdekat. Menurut catatan sejarah pilihan raya negara, ini merupakan pilihan raya kecil kedua berlaku di Dun berkenaan. Kali pertama ialah pada 30 Julai 1979, ekoran kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN), Zakaria Muda.
Rabu (26 Jun) lalu, kerusi berkenaan kosong lagi, juga berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Dr. A. Rahman Mokhtar, akibat paru-paru berair.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang baru lalu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Puan Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Anggota Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu memperolehi 8,809 undi berbanding Napisah yang mendapat 6,375 undi.
Ini merupakan penggal kedua bagi Allahyarham. Pada 2008, beliau menewaskan calon PAS, Ustaz Muhammad Zawawi Salleh dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mengumpul 7,123 undi manakala lawannya mengutip 4,492 undi.
Allahyarham dipilih mewakili BN menggantikan penyandang, Abdullah Che Muda yang memenangi kerusi berkenaan pada 2004 dengan majoriti 2,027. Abdullah mendapat 6,334 undi sekaligus menewaskan Ustaz Muhammad Zawawi yang memperolehi 4,307 undi.

Doa buat PAS bagi PRK Kuala Besut

Oleh mahmudah

"Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu.

Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda

Ya Allah, sesungguhnya kau maha berkuasa dan maha adil, Ya Allah dengan keberkatan bulan Ramadhan ini kau menangkan PAS dalam PRK di Kuala Besut dan kalahkan UMNO yang tersangat sombong dan bongkak dengan kemenangan yang lalu. Amin Amin AMINN

Jangan kembalikan akta zalim

anti-isaKUALA LUMPUR, 9 JULAI: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong membantah cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menggubal akta baru bagi menggantikan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Menurut Steven, usaha Zahid Hamidi menghidupkan kembali akta zalim yang sering diperalat untuk menindas rakyat terutamanya ahli politik dan penyokong pembangkang tidak wajar dilaksanakan.
“Seharusnya tumpuan perlu diberi keutamaan bagi memerangi kes jenayah yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menggesa kerajaan memperbaiki undang-undang jenayah seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah selain meningkatkan kecekapan polis dan bukannya membuat intipan politik.
Kata Steven, kerajaan hanya memperuntukkan sembilan peratus sumber manusia PDRM untuk kerja-kerja Jabatan Siasatan Jenayah (CID).
“Ini bukan sahaja menyebabkan kecekapan polis merudum, malah tindakan kerajaan itu membahayakan anggota polis yang berhadapan dengan jenayah,” ujarnya.
Justeru, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu dilaksana segera bagi membanteras rasuah dan meningkatkan profesionalisme PDRM.

Pusat hiburan dekat masjid bukan salah kementerian, kata Nazri

nazrKUALA LUMPUR, 9 JULAI: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz enggan bertanggungjawab jika sesebuah pusat hiburan dibina berhampiran masjid.
Nazri berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi.
“Kalau ada pun pusat hiburan beroperasi dekat masjid dan surau, kena kejar kerajaan tempatanlah (PBT).
“Ini tiada kena mengena dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
“Kita tidak bertanggungjawab atas pengeluaran lesen bagi menentukan kawasan itu boleh digunakan sebagai pusat hiburan,” kata ahli parlimen Padang Rengas itu di Dewan Rakyat, semalam.
Nazri turut enggan bertanggungjawab jika seseorang melakukan jenayah di Malaysia walaupun memasuki negara ini sebagai pelancong.
“Pelancong tak pulang, itu bukan salah kita. Saya nak beritahu, promosi kita mengenai pelancongan kepada mereka yang memiliki kuasa pendapatan.
“Bila mari sini, di hotel, mereka ada duit. Tapi jika mereka tak balik, itu bukan salah pelancongan,” kata Nazri.

Ketua Hakim: Hukuman berat pada pesalah jenayah jalanan

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menggesa semua hakim agar bertindak tegas dan menjatuhkan hukuman berat ke atas pesalah yang disabit dengan jenayah jalanan, termasuk ragut serta rasuah.

Beliau berkata hukuman yang bakal dijatuhi harus mencerminkan atau menjadi satu amaran keras bagi menangani jenayah berkenaan.

"Saya meminta semua hakim di semua peringkat supaya mengenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka ini, yang menjadi perosak kepada ketenteraman negara kita," katanya pada majlis mengangkat sumpah enam pesuruhjaya kehakiman yang baharu dilantik di Putrajaya semalam.

Arifin berkata mahkamah juga harus lebih peka dalam mempertimbang hukuman setimpal untuk pesalah terbabit.

"Hukuman yang bakal dijatuhi itu harus berupaya mengubah pesalah menjadi manusia yang lebih baik, dan pada masa sama, mencegah orang lain daripada melakukan kesalahan serupa," katanya.

PRK Kuala Besut: Pas tanding atas dasar prinsip

Mustafa Ali SHAH ALAM – Pas menegaskan sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip demokrasi, ia tetap akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, isu menghormati  bulan Ramadan dan keputusan PRU lalu sekali gus meminta parti itu tidak bertanding, tak berbangkit.

Tambahnya, menyertai pilihan raya dan bertanding adalah salah satu ciri demokrasi yang menjadi amalan parti.

“Kita hormat proses demokrasi sebab itu meletakkan calon pada PRK ini.

“Kalau nak kata kena hormat bulan Ramadan, PRK tahun 1979 dulu pun kita pernah ada PRK di Dun Kuala Besut juga, itu pun dalam bulan puasa.

“Lagipun itu bukan kuasa kita meletakkan tarikh, itu kuasa SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” katanya kepada Sinar Harian Online.

Politik ugut : Lembut gigi dari lidah

Tuhan Maha Mengetahui apa yang ada didalam diri kita

Sesebuah negara itu memerlukan perubahan setiap waktu kerana dunia ini berubah setiap waktu. Tidak mungkin keadaan sesebuah negara itu statik tanpa berlaku perubahan. Kenapa dan mengapa ia sentiasa melalui perubahan itu merupakan soalan yang susah untuk mendapat jawapan melainkan seseorang itu mampu untuk belajar terus-terusan dan menjadikan alam ini sebagai guru. 
Negara kita sendiri melalui proses perubahan ini dan ia tidak terlepas dari perubahan yang datang secara ‘natural’ itu. Dunia ini sendiri berubah mengikut masa dan waktunya. Rupa bentuk bumi ini pun berubah selepas berlakunya evolusi ‘ice age’ dahulu. Perubahan itu telah merubah bentuk dunia ini dan perubahan fisikal itu juga telah juga membawa perubahan kepada persempadanan sesebuah negara dan membentuk benua-benua yang berbeza keadaan dan juga membina perbezaan bangsa dan budaya nilai manusia yang berbagai-bagai.
Secara ‘natural’ bumi ini lebih bijak melakukan perubahannya, malahan bumi ini lebih bijak dibandingkan dengan pemikiran keseluruhan manusia jika dicampurkan semua sekali. Bumi ini sendiri adalah objek yang hidup dan ia juga melalui proses perubahan walaupun secara evolusi. Negara kita sebagai satu unit yang sangat kecil jika dibandingkan dengan dunia dan alam ini pun turut berubah.  Semua makhluk itu berubah kerana makhluk itu adalah elemen yang hidup.
Gunung-ganang itu hidup dan pokok-pokok dan rimbunan itu hidup. Tumbuh-tumbuhan itu hidup dan ia memerlukan makanan dan minuman serta makanan. Pendeknya apa sahaja yang dijadikan Tuhan itu hidup termasuk batu-batu yang pejal dan gunung-ganang yang tinggi dan lautan yang luas itu.

PRK KUALA BESUT: PERJUMPAAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA DENGAN PENDUDUK PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU, LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN!!!

Semalam Ketua Penerangan UMNO, Malaysia, merangkap Timbalan Menteri Kewangan,  Datuk Ahmad Maslan telah melakukan lawatan dan tinjauan di Pulau Perhentian, Terengganu yang difahamkan sebahagian dari kawasan dalam DUN N01 Kuala Besut yang bakal menyaksikan suatu Pihanraya Kecil yang pertama selepas PRU 13.

Lawatan untuk melihat segala persiapan jentera UMNO/BN di pulau tersebut dalam menghadapi PRK DUN Kuala Besut.

Apa yang menyedihkan sekali ialah beliau langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.

PRK Kuala Besut: Siapa calon BN dan Pas?

PRK Dun Kuala Besut SIAPA calon yang bakal diumumkan untuk mengisi kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar sehingga petang semalam, masih menjadi teka-teki.

Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail, antara calon BN yang menjadi sebutan bakal dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.

Sementara itu, Pas juga tidak kurang hebatnya apabila Bendahari Pas Kawasan Besut,  Azlan Endut@Yusof  dikatakan berada dalam carta tertinggi parti itu untuk dipilih menentang calon BN.

Ahli korporat dari Kampung Baharu, Kuala Besut yang lebih dikenali sebagai Che Long ini dikatakan antara calon yang disenarai pendek oleh parti.

Semuanya masih ternanti-nanti dan menunggu dengan penuh debaran pengumuman calon hari ini.

UAI gempur Kuala Besut

MARANG - Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.
Azhar Idrus Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.
“Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI).
“Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini,” katanya yang turut meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar.

“Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas,” katanya.

Mursi dikhianati bekas penyokong sendiri

Kejatuhan Dr Mohamed Mursi dari kerusi Presiden Mesir bukan sahaja kerana asakan pembangkang tetapi juga daripada usaha oleh mereka yang pernah bersekutu dengannya pada pilihan raya lalu.
Mursi Penganalisis politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malek berkata, sejak menang pilihan raya pada pertengahan 2011, Mursi bukan sahaja tidak mampu menarik sokongan pembangkang sebaliknya gerakan untuk menggulingkan beliau semakin rancak.
"Keadaan semakin parah apabila parti politik Salafi yang bersama dengan parti Mursi, FJP yang didokong oleh pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang pada asalnya bergabung semasa revolusi Januari 2011, turut bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkannya," katanya.
Maszlee berkata, mereka termasuk pendokong revolusi 25 Januari 2011 yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak.
“Mereka pernah jatuhkan Mubarak, jadi tak susah juga mahu jatuhkan Mursi. Golongan Salafi, asalnya mereka yang bersama Ikhwan untuk bentuk Perlembagaan, malah presiden mereka dipilih untuk jadi anggota Majlis
Presiden, tetapi mereka kata menentang Ihkwanul Muslimin bukan kerana nak lawan Islam, tapi kerana kelemahan yang wujud dalam Ikhwan yang mereka nampak,” katanya.
Maszlee berkata, segala usaha Mursi untuk kepentingan negara juga turut disalahertikan hingga wujud asakan bertubi-tubi untuk menjatuhkan beliau.

Anwar gesa kerajaan tidak bersikap 'dingin' dalam krisis timur tengah

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya mengikut telunjuk dan mencontohi sikap 'dingin' kerajaan Amerika Syarikat dalam membuat pendirian berhubung kezaliman dan pembunuhan umat Islam di negara bergolak timur tengah khususnya Syria dan Mesir.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Malaysia masih berdiam diri dalam isu kemanusiaan itu yang bukan sahaja telah meragut hak demokrasi malahan nyawa-nyawa rakyat yang tidak berdosa.

"Bila 150 ribu umat Islam dibunuh oleh regim Bashar al-Assad, kita umat dan kerajaan patut buat pendirian bersama, dia (kerajaan) tidak sepatutnya menunggu arahan atau mengikut kiblat Amerika Syarikat sebelum buat keputusan.

"Bila Amerika diam, kita pun diam, maknanya kita tak bebas utk tentukan keadilan dan kesaksamaan untuk saudara Islam kita di sana," katanya kepada Sinar Harian Online selepas ceramah umum daripada wakil khas ulama terkenal dari Syria, di sini, malam tadi.

Selagi bawah UMNO@BN gaya hidup rakyat Malaysia dorong hutang tidak berpenghujung


Hitam atau putih. Lebih sejuta kakitangan kerajaan dilarang melakukan pekerjaan kedua. Tapi, ramai melakukannya.
Sebagai pemandu teksi, pelayan atau pembantu gerai jualan makanan, selepas habis waktu bekerja untuk menambah pendapatan bagi melangsai sewa rumah, pinjaman kereta dan mencari keselesaan kewangan untuk bulan berikutnya.
Ahmad, 28, seorang kerani di Kementerian Kewangan tidak ingat sejak bila hutangnya mula keliling pinggang. Pinjaman pertamanya dibuat untuk berkahwin, mengadakan kenduri di kampungnya di Terangganu.
Bukan untuk bermewah tapi ia menelan belanja RM10,000. Dalam tempoh singkat, beliau membeli peralatan elektrik secara sewa beli, menyebabkan gaji bulannya RM1,500 dihabiskan untuk membayar hutang.
Bagi menambah pendapatan, beliau setiap malam menjadi pemandu teksi untuk beberapa jam sebelum bekerja semula di Kementerian Kewangan, keesokannya.
Adakah beliau menyesal terlibat dalam hutang? Ya, tetapi menyedari sambutan Aidilfitri hanya sebulan lagi, tekanan untuk berbelanja bertambah sedangkan beliau ketiadaan wang.
Bukan beliau seorang. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati ramai kakitangan kerajaan terjebak dalam masalah hutang - rumah, kereta dan kad kredit. Inilah penyakit yang mengheret isi rumah di Malaysia ke tahap bahaya.

Adun Muda, Baru Menyerlah Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor


SHAH ALAM, 8 JULAI: Adun baru Selangor berjaya memainkan peranan besar dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini apabila golongan itu dilihat kerap mengambil bahagian ketika persidangan sedang berlangsung.
Menurut Speaker DNS, Hannah Yeoh, perkembangan tersebut merupakan satu perkembangan sihat bagi kemajuan demokrasi di Selangor dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.
pc mb  hannah yeoh 8 jul 01Beliau juga berharap agar perkembagan ini dapat diteruskan samada di pihak Kerajaan Negeri mahupun pembangkang di Selangor.
“Persidang dewan kali ini telah berjalan dengan lancar selama enam hari bersidang. Kita telah bermesyuarat penuh. sebanyak 14 usul diluluskan, Jawatankuasa khas kita ada sembilan jawatankuasa yang kita tubuhkan.
“Saya gembira dengan penyertaan kedua-dua belah pihak. Kali ini juga kita dapat lihat ramai Adun muda dari kedua-dua belah pihak.
“Di sebelah BN kita dapat lihat Adun Dengkil, Sungai Panjang dan lain-lain dan sudah tentu juga Damansara Utama, Bukit Gasing dan ramai lagi yang mengambil bahagian ketika dewan bersidang,” kata Hannah Yeoh.

Husam dilantik sebagai pengarah PRK Kuala Besut


KUALA LUMPUR: PAS telah melantik Naib Presidennya Datuk Husam Musa (gambar) sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut.

Dengan perlantikan ini bermakna Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan akan berdepan dengan Tan Sri Muhyidin Yassin yang dilantik sebagai pengarah untuk jentera BN.

Bagi membantu Husam, dua timbalan dilantik iaitu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terenggganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat.

Tiga penasihat kepada jawatankuasa ini adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Perlantikan Husam dipercayai berikutan kedudukannya sebagai pemimpin kanan PAS dari Kelantan yang bersempadan dengan DUN Kuala Besut.

Ini kerana, pengaruh dan peranan PAS Kelantan dipercayai sangat penting dalam menentukan corak kempen pilihan raya ini.

Semangat Ramadhan: Ahli Parlimen bukan Islam DAP azam berpuasa sebulan

Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari.
Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh.
"Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi.
"Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan.
"Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya.
Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen.
"Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam.

NFC akan diusahakan Malaysia-Jepun, tidak ambil alih hutang RM250 juta dari keluarga Ketua Wanita Umno

Pusat penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang diselubungi skandal akan diteruskan oleh usahasama Malaysia-Jepun dengan menggunakan dana mereka sendiri tetapi tidak akan mengambil alih pinjaman mudah RM250 juta – diberikan pada 2008.
The Malaysian Insider difahamkan, Kirimitonas Agro Sdn Bhd mendapat kelulusan untuk menguruskan pusat penternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan selepas beberapa bank bersedia untuk mendanai projek itu yang pertama kali diberi kepada keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
“Secara komersilnya berdaya maju dan rakan usahasama mempunyai rekod baik dalam industri,” kata sumber dari dalam industri kepada The Malaysian Insider.
Kirimitonas Agro diterajui oleh Datuk Nik Mohd Amin Majid, bekas jurubank yang dilihat sebagai ahli perniagaan yang memiliki jaringan kuat dalam dunia korporat Malaysia. Rakan kongsinya, Hannan Foods Group (HFG) syarikat daging terbesar dan syarikat makanan kedua terbesar di Jepun.
Usahasama menandatangani perjanjian dengan Kementerian Kewangan April lepas bagi projek itu, dengan enam bulan diberi untuk mendapatkan kelulusan dan dana.

MP Bayan Baru, bapa Adam Adli dipanggil polis

sim tze tzimKUALA LUMPUR, 8 JULAI: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan bapa aktivis mahasiswa Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid dipanggil polis untuk siasatan berhubung ucapan mereka dalam himpunan 24 Jun lalu.
Sim dan Abdul Halim menerima notis hari ini yang mengarahkan mereka hadir ke Balai Polis Sentul, Jalan Kasipillay, jam 1 tengah hari esok.
Sim ketika dihubungi Keadilandaily berkata pada malam 24 Jun selepas 33 aktivis mahasiswa ditangkap akibat berhimpun di perkarangan Parlimen, beliau turun ke Balai Polis Jinjang untuk bersolidariti.
ipdjinjang“Saya hadir sebagai tanda sokongan dan ada memberi sedikit ucapan. Sebab itu polis panggil saya untuk disiasat,” katanya.
Polis bagaimanapun belum memberi sebarang maklumat akta yang akan digunakan untuk siasatan tersebut.
Sejak pilihan raya umum ke-13, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat disiasat dan ditahan termasuk mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Hasutan 1948.
Antaranya pengarah komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, naib presiden, Tian Chua, penyelaras NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim dan aktivis Pas, Thamrin Ghafar.
Manakala mahasiswa Adam Adli turut direman lima hari dan disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran ucapannya dalam sebuah forum pasca PRU-13.

Video JELAS Tembakkan Snipers Tentera Mesir Ke Arah Pro-Mursi

Nurul Izzah: We Are The Real Patriots

Malaysia Selamat: Guru mati ditembak di perkarangan sekolah

Massacre in Cairo deepens Egypt crisis

Egypt's anti-Morsi coalition calls for investigation

Deadly Clashes Leave More Than 50 Dead in Egypt

Carney: Aid Cutoff to Egypt Not in US Interest