Isnin, 8 Julai 2013

Egypt's senior Muslim cleric warns of civil war

Mesir: Tentera Zionis Mesir Tahan Penyokong Mursi

Antara demonstran yang ditahan pagi ini.
Lokasi: Hirs Al-Jumhuriy.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Sumber: PMRAM

Chaos greets pro-Morsy injured protesters

Pentagon Behind Egypt Military Coup: Michel Chossudovsky

Pentagon dalang huru-hara Mesir – Chossudovsky


KUALA LUMPUR: Dalam satu temuramah dengan PressTV, Michel Chossudovsky (gambar), daripada Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendakwa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

“Laporan media melaporkan seolah-olah gerakan protes adalah ditujukan pada Amerika Syarikat, dan tentera (Mesir) dalam lojik tertentu adalah menyokong gerakan protes tersebut. Saya merasakan ini semuanya cumalah adalah asap kerana Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua Staf AS General Martin Dempsey sentiasa berhubung dengan arkitek rampasan kuasa dua minggu sebelum pengambilan kuasa oleh pihak tentera,” kata Chossudovsky.

Chossudovsky berkata ia tidak boleh dinafikan tentera Mesir mengikut arahan terus daripada Washington walaupun dalamnya mempunyai perbezaan pendapat.

Tentera Mesir, katanya, adalah penerima dana kedua terbesar AS selepas Israel.

“Mereka adalah sekutu yang kuat dan jika mereka sudah mengambil keputusan untuk campur tangan dan menurunkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, mereka melakukannya selepas mendapat lampu hijau daripada Pentagaon,” tegas Chossudovsky.

Beliau menolak kemungkinan General Abdul Al Sisi, arkitek rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi berani bertindak tanpa mendapatkan nasihat daripada rakan sekutunya, Chuck Hagel.

MP Bukit Katil cadang Dasar Kebudayaan 1971 dipinda

Copy of dasar_kebudayaan_kebangsaan_1971Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin mencadangkan Dasar Kebudayaan 1971 dipinda kerana tidak lagi dijadikan garis panduan dan difahami generasi semasa.
“Saya fikir satu elemen penting dalam kementerian ialah pentingnya pemerkasaan dan keragaman budaya,” katanya yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Dewan Rakyat.
“Contohnya sewaktu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Kita lihat agensi dan media kerajaan misalnya melakukan serangan, mengaib dan memalukan,” kata Shamsul.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan kenyataan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Chang Peng Kee bahawa harian berbahasa Melayu mengambil pendirian pro-BN dan menghentam Pakatan Rakyat.
Dalam analisisnya yang bertajuk ‘Nilai Pelbagai Kaum Dalam Pilihan Raya’, ahli akademik itu menyatakan akhbar berbahasa Cina menjadi media paling adil dan berimbang sepanjang tempoh berkempen dari 20 April hingga 5 Mei.

Timbalan Menteri Kewangan gagal jawab pendedahan GFI

GFIKUALA LUMPUR, 8 JULAI: Soalan mengenai pengubahan wang haram ahli parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun bukan sahaja tidak jawab Datuk Ahmad Maslan, malah Timbalan Menteri Kewangan itu melencongkan jawapannya mengenai pengurup wang di negara ini.
Fong yang memetik fakta Global Financial Integrity (GFI) kesal kerana kerajaan gagal menangani aliran wang haram.
“GFI menyatakan Malaysia ditangga kedua di dunia dalam aliran wang haram pada 2010.
“Saya mahu tahu mengapa sistem bagi membendung aktiviti ini sangat lemah?, soalnya di Dewan Rakyat hari ini.
Maslan kemudiannya mengelak dan beralasan isu itu sudah dijawab sebelum ini
Maslan yang hanya mampu mempertikai fakta GFI kemudiannya membebel mengenai syarikat pengurup wang.
Sebelum ini, ahli parlimen Permatang Pauh yang juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap membisu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu ini.

Risiko diheret ke pengadilan antarabangsa akibat TPPA, ISDS

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Keengganan kerajaan Pusat melibatkan negeri-negeri khususnya ditadbir Pakatan Rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mendedahkan risiko diheret ke pengadilan antarabangsa jika berlaku percanggahan dengan syarikat antarabangsa.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata, risiko bermula selepas Penyelesaian Pertikaian Antara Pelabur-Negeri (ISDS) yang terkandung dalam TPPA dipersetujui hanya oleh kerajaan persekutuan dengan syarikat antarabangsa.
“Apakah adil bagi kerajaan negeri apabila tidak dilibatkan dalam rundingan ISDS, tetapi boleh diheret ke muka pengadilan? soalnya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MiTi), Datuk Mustapha Mohamed di Dewan Rakyat.
“Soalan saya ialah, bila MiTi dan kerajaan persekutuan ingin mengundang kerajaan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang ke meja rundingan?
Azmin berkata, Malaysia telah menandatangani 74 perjanjian melibatkan ISDS,
“Ini bukan sekadar konteks pelaburan dan perdagangan, tetapi membabitkan isu kedaulatan, buruh dan paten,” tegas Azmin.
Katanya, beberapa negara lain seperti Australia dan India menolak ISDS, manakala Kanada mengadakan kajian selepas menerima sebanyak 27 saman syarikat antarabangsa.
“Sekiranya negara-negara ini pun berhasrat menolak, mengapa Malaysia tergesa-gesa untuk menandatanganinya?” ujar Azmin.

Mood pengundi Kuala Besut baik, 16:16 boleh dicapai


BESUT: PAS Besut mengajak rakyat khususnya para pengundi di N1 Kuala Besut agar bangkit menuntut hak mereka yang selama ini ‘dicuri’ untuk dikembalikan semula melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 24 Julai nanti.

Bendahari PAS Besut, Azlan @ Endut Yusuf (gambar) berkata proses tersebut memerlukan keberanian bagi memilih PAS mewakili Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan tersebut bukan sekadar keberanian memprotes tetapi perlu diterjemahkan melalui peti undi yang dijamin selamat.

“Sudah ketikanya persekitaran kita (Besut) diubah. Fenomena dan lanskap politik di Terengganu perlu diolah secara yang lebih realistik.

“Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sengaja membiarkan rakyat berada pada skala kehidupan yang statik dan menjadikan pemberian bantuan sebagai umpan untuk meraih sokongan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

SPR BUAT PRK KUALA BESUT BERTAMBAH KUSUT !

Apa tak kusut , Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut akan dikendalikan oleh Penipu-penipu terdiri dari Pengerusi SPR, Timbalan SPR dan S/U SPR. Mereka terang-terang beri 'iklan' dalam media Kerajaan bahawa rakyat perlu percaya bahawa dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13 adalah dakwat kekal sepertimana negara luar yang sudah lama menggunakannya. Bukti penipuan mereka(SPR) akhirnya disahkan oleh Menteri BN sendiri iaitu YB Sahidan Kasim yang menjelaskan bahawa dakwat yang digunakan semasa PRU13 hanya dakwat pewarna makanan.

Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat.

“Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas.

“Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal,” katanya kepada Suara Keadilan Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut."

Takut dedah pembekal dakwat, SPR sembunyikan sesuatu?

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Tiada apa yang perlu ditakutkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika tidak menyembunyikan sesuatu yang meragukan berhubung identiti syarikat pembekal dakwat kekal.
“Kita rasa ada sesuatu yang mencurigakan sedang cuba ditutup,” kata ketua sekretariat pilihan raya KEADILAN, Zakaria Abd Hamid.
“Apakah pihak yang mendapat tender adalah orang yang punya kaitan dengan mereka? Apakah yang diberi tender tersebut kroni mereka?, katanya kepada Keadilandaily.
Justeru, alasan tidak mendedahkan identiti demi menjaga keselamatan pembekal tidak boleh diterima.
“Rakyat tertunggu-tunggu jawapan SPR. Jutaan ringgit wang rakyat telah dibelanjakan.
“Jadi rakyat punya hak untuk tahu, siapakah pembekal dakwat berkenaan,” tegasnya.
SPR diberi tempoh seminggu oleh KEADILAN bagi mendedahkan pembekal yang mendapat tender membekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu.

Media arus perdana akan bebas bila BN kalah, kata bekas bos NSTP


Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.
"Pemerintah menguasai media arus perdana dan mereka yang berada dalam organisasi terpaksa mengikut polisi yang disediakan," kata A. Kadir dalam dalam satu seminar "GE:13 An Analysis and Aftermath" hari ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam pada itu, A. Kadir berpendapat selagi pemerintah tidak bertukar maka sukar untuk melihat sebarang perubahan serta menegaskan perubahan media yang lebih bebas berlaku negara jiran seperti Thailand dan Indonesia berlaku kerana pertukaran pemerintah.
"Untuk melihat media yang dikawal dan dikuasai oleh kerajaan, dimana media arus perdana akan berubah saya tidak fikir ia akan berlaku.
"Kita lihat contoh negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dimana mereka tidak mempunyai masalah ini kerana pemerintah bertukar," tegasnya lagi.
Dalam pada itu, keputusan pilihan raya pada 5 Mei lalu adalah jelas menunjukkan keengganan kerajaan BN untuk berubah meskipun kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India berbanding Pilihan Raya 2008.

Lensa Dari Mesir : Korban Keganasan Tentera Zionis Mesir

TERKINI: Parti Nur Mesir telah menarik diri daripada perbincangan pembentukan kerajaan baru sebagai tindak balas kepada PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI di hadapan ibu pejabat Pengawal Republikan.


KENYATAAN TENTERA:

Menurut TV kerajaan, tentera Mesir mendakwa seorang pegawainya terbunuh dan 40 lagi cedera awal pagi ini, apabila perkarangan bangunan tentera di mana "Presiden" Mohamed Morsi berada telah diserang.

Tentera berkata, "kumpulan pengganas" cuba untuk menyerang Pengawal Republikan pada waktu subuh, lapor stesen TV itu.

Jurucakap Ikhwan Muslimin pula berkata ahli-ahlinya tidak bersenjata dan telah ditembak ketika bersolat di luar bangunan dan sehingga 34 orang terbunuh. Sumber perubatan berkata mereka dapati sekurang-kurangnya 15 kematian.

TERKINI: Menurut Al Quds TV, korban telah meningkat kepada 36 orang, dan 500 cedera.

TERKINI: Seorang pegawai Kementerian Kesihatan Mesir berkata bahawa sekurang-kurangnya 35 orang telah terbunuh dalam kejadian tembakan di luar ibu pejabat Pengawal Republikan di Kaherah.

Terdapat pula sumber lain mengatakan jumlah korban telah meningkat kepada 55 orang, yang mana 5 daripadanya adalah kanak-kanak.

Dilaporkan Ikhwan Muslimin Mesir menyeru rakyat Mesir supaya melakukan satu KEBANGKITAN.

Siaran langsung dan berita dari Mesir di SINI dan SINI









 

Al Jazeera talks to Egyptian doctor about attack victims

DR 8 Julai 2013: Penggulungan Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah [ 2 ]

DR 8 Julai 2013: Penggulungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

DR 8 Julai 2013: Penggulungan Kementerian Kerja Raya [ BN Petrajaya ]

BNBBC tubuh kaukus TPP

Kerajaan Pastikan TPPA Tidak Ganggu Gugat Negara

Nazri: Cabinet agreed to repeal Sedition Act last year

Minister: Let BN win, "no need" for PAS to contest

Rafizi Ramli: Kita akan lancar Gerakan Boikot Alat Propaganda BN!

Rafizi cabar SPR dedahkan perincian bajet PRU-13

SAR, SJKC, SJKT Terima Lebih RM76 Juta Dari Kerajaan Selangor

Nexus bet underworld, cops & politicians: Kee Kwong calls for inquiry

Isu Mesir : Ditembak di kepala, peluru meletup dalam badan

Egypt: Mayhem, Morsi and the media

Mesir: Keadaan Semakin Tegang Dengan Serangan Terbaru Terhadap Penyokong Pro-Morsi

KAHERAH: Satu serangan berlaku terhadap sekumpulan penyokong pro-Morsi menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh di Kaherah pada Isnin sehingga keadaan semakin tegang di ibu negara itu.
Kumpulan tersebut yang terdiri lelaki, wanita dan kanak-kanak bersembunyi di Masjid Mustafa di jalan Salah Salem di sini, kira-kira beberapa ratus meter dari ibu pejabat pengawal republik.
Kumpulan itu mengunci mereka sendiri di masjid berkenaan.
Mereka berkata, tentera dan polis mula menyerang mereka pada kira-kira pukul 9 pagi (3 petang waktu Malaysia).
Mereka menunjukkan kelonsong peluru, baju-baju berdarah dan sejadah sebagai “bukti”.
Bagaimanapun, tentera berkata, tentera terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan di kawasan itu dan melindungi ibu pejabat apabila sekumpulan lelaki bersenjata cuba untuk mengadakan serangan.
Ia berkata, sebahagian daripada lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri ke dalam masjid untuk bersembunyi dan mengunci mereka sendiri di dalamnya.

Demo bantah rampasan kuasa Mesir esok di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: PAS serta NGO Islam akan membuat perhimpunan aman esok bagi membantah rampasan kuasa tentera dan pembunuhan ramai-ramai yang sedang berlaku di Mesir sekarang.

Menurut sumber, himpunan itu akan diadakan jam 12 tengahari esok di pusat membeli belah Ampang Point dan mereka akan berarak menuju ke bangunan kedutaan Mesir selepas itu.

Satu sidang media pula akan diadakan oleh pemimpin PAS dan pemimpin NGO berkenaan di hadapan kedutaan Mesir itu.

Himpunan ini diadakan ekoran rampasan kuasa yang dibuat oleh tentera Mesir dengan menjatuhkan Presiden Mohamad Morsi yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir dalam pilihan raya sebelum ini.

Menurut media Barat termasuk BBC, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika berada di belakang rampasan kuasa ini.

Ekoran rampasan kuasa ini, jutaan rakyat Mesir berhimpun di seluruh negara itu dan tentera menembak mereka yang enggan bersurai.

'Akta Hasutan cetuskan pertembungan dalaman Umno'


Janji perdana menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan pertembungan dalaman Umno, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah berkata, terdapat perbezaan pendapat antara menterinya, seperti Zahid Hamidi yang menyelar pihak yang mahu memansuhkan akta itu serta Seri Nazri Aziz dan Nancy Shukri yang mahu undang-undang lapuk digantikan.

"...presiden Umno wajib bersuara dan menyatakan pendirian muktamad mengenai janji memansuhkan Akta Hasutan," katanya yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai dalam kenyataannya hari ini.

"Sekiranya tidak, integriti serta kredibiliti kerajaan minoriti Datuk Seri Najib Razak akan terus dipersoal oleh rakyat apabila janji demi janji yang dibuat tidak pernah ditepati."

Belanjawan tambahan bukti boleh hapus cukai kereta- Rafizi

KPRUKUALA LUMPUR, 8 JULAI: Peruntukan tambahan RM 28 bilion seharusnya digunakan untuk melaksanakan program-program bagi kepentingan rakyat, kata ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Beliau mengulas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 berhubung peruntukan tambahan berjumlah RM 12.1 bilion oleh Kementerian Kewangan, hari ini.
Tulis Rafizi di twitter, jumlah RM12.1 bilion adalah belanjawan tambahan kedua bagi 2012, selepas pembentangan belanjawan tambahan pertama pada Jun 2012 yang berjumlah RM15.3 bilion.
Katanya, belanjawan tambahan mengurus yang berjumlah RM28 bilion tersebut adalah 15 peratus lebih tinggi berbanding belanjawan diluluskan pada 2012, iaitu RM182 bilion.
Kata Rafizi, perbelanjaan berlebihan yang mencecah RM28 bilion adalah empat kali ganda dari jumlah menghapuskan cukai kereta, iaitu RM7 bilion.
Beliau menjelaskan peruntukan tambahan sewajarnya digunakan untuk melaksana program-program rakyat seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat, antaranya penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat.
“Sebab itu saya kata, kita mampu (laksana),” kata Rafizi.

Kerajaan jangan hanya kawal hutang isi rumah, tapi tingkatkan pendapatan

Wong ChenKUALA LUMPUR, 8 JULAI: Kerajaan disaran tidak menumpukan hanya kepada kawalan hutang isi rumah, tetapi keutamaan kepada meningkatkan pendapatan, kata ahli parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.
“Produktiviti pekerja naik sehingga 6% setiap tahun, tetapi pendapatan masih kekal di tahap lama,
“Mengurangkan beban hutang isi rumah perlu, tapi meningkatkan pendapatan isi rumah itu lebih perlu,” jelasnya.
Wong Chen merujuk kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) 5 Julai lalu yang mengumumkan perlaksanaan set langkah-langkah yang berkuat kuasa serta merta, untuk mengelakkan hutang isu rumah berlebihan.
Dr Dzulkefly AhmadMenurut BNM, langkah itu bagi mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman kepada 35 tahun.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Bank Negara perlu merangka mekanisme baru bagi menyelesaikan masalah hutang isi rumah rakyat.
“Apakah langkah bestari yang akan dilakukan oleh kerajaan? Apakah kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik yang boleh dimiliki rakyat apabila langkah ini dijalankan?”

Akta Hasutan: Zahid lebih sudu dari kuah

KUALA LUMPUR: Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat mendahului Perdana Menteri berhubung Akta Hasutan 1948 apabila enggan memansuhkannya.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, lebih baik Zahid meletakkan jawatan sahaja jika tidak bersetuju dengan Datuk Najib Razak.

"Kalau Zahid tidak setuju apa yang dicadangkan Najib dia kena letak jawatanlah. Dia mesti setuju dengan apa yang dikatakan perdana menteri, tidak boleh mendahului perdana menteri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas mengenai janji Najib untuk memansuhkan akta tersebut dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional, Hanipa berkata janji tersebut harus ditunaikan.

"Apa yang dijanjikan mesti ditunaikanlah. Bukan sahaja hapuskan akta tapi sementara akta itu dihapuskan, segala pendakwaan di bawah akta ini harus ditarik balik untuk menunjukkan kerajaan serius," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menuntut akta tersebut dimansuhkan kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Tambahan pula katanya, akta tersebut lebih banyak dikenakan ke atas pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat.

Nazri: Subramaniam lupa, Najib tegas mansuh Akta Hasutan

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini menegaskan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya akan memansuhkan Akta Hasutan walaupun rakan parti komponennya, Datuk Seri S Subramaniam mengatakan itu hanyalah cadangan Najib dan bukannya keputusan Kabinet.
Nazri, yang juga Menteri Pelancongan berkata, ketika beliau memegang portfolio perundangan sebelum ini, Najib menyatakan komitmen itu dengan jelas kepada Kabinet, dan tidak menolak kemungkinan Subramaniam, yang pada waktu itu menjawat jawatan Menteri Kesihatan terlupa berkenaan perkara itu.
"Mungkin beliau (Subramaniam) terlupa kerana perkara itu sudah lama, tahun lalu. Saya menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang pada masa itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Subramaniam awal hari ini berkata, pemansuhan Akta Hasutan hanya cadangan perdana menteri, dan selaku pemimpin negara beliau berhak membuat cadangan sedemikian.
"Perdana menteri ada hak untuk membuat keputusan kerana beliau pemimpin negara. (Tetapi) kita belum putuskan lagi. Kenyataan perdana menteri akan dibincang dan keputusan terbaik akan dibuat Kabinet," katanya yang juga ditemui di Parlimen.
Nazri bagaimanapun menegaskan, Najib tetap dengan pendiriannya yang dibuat pada Julai 2012 bahawa kerajaan akan memansuhkan akta berkenaan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Kebangsaan.

KDN rampas lebih 100 naskhah akhbar Keadilan dan Harakah

KDN rampas lebih 100 naskhah akhbar tabloid
Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini. - Foto Bernama
 
KUANTAN - Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini.
  
Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Pahang Azilah Madulan berkata rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
   
"Daripada jumlah itu, sebanyak 100 naskhah merupakan akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah lagi ialah akhbar Harakah.
  
"Pemeriksaan dan rampasan dilakukan oleh tujuh anggota bermula 10 pagi tadi di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan  Gambang, Jalan Besar dan berakhir di sebuah kedai runcit di Indera Mahkota 2 di sini," katanya ketika dihubungi Bernama.
  

DR 8 Julai 2013: Penggulungan Kementerian Pertahanan [ BN Kudat ]

DR 8 Julai 2013: Penggulungan Kementerian Pelancongan (2)

DR 8 Julai 2013: Penggulungan oleh MITI (2) dan Kementerian Pelancongan (1)

DR 8 Julai 2013: Penggulungan oleh MITI [ BN Jeli ] (1)

PRK Kuala Besut: Kedudukan 15:17 bukti rakyat Terengganu mahu perubahan

TPPA : 7 Ahli Dewan Rakyat Diputuskan Anggotai Perbincangan

Check the facts with Hisham before you misinform the public, Nurul tells Zahid

EC spent RM465 million in 2012, before GE13

Dozens dead as Egyptian Islamists rally in support of Morsi

Video purportedly shows Cairo shootings aftermath

Mesir: Pertembungan hak menentang batil

Ustaz M Abdul Malik Abdul Karim,

Sebelum kemenangan Dr Muhammad Mursi, tiada yang diistilahkan dengan "aliran Islam" atau "aliran sekular" tetapi hanya dikenali "kelompok Mubarak" dan "bersama revolusi". Buktinya, pada Pilihan raya parlimen akhir tahun 2011, Ikhwan Muslimin melalui partinya FJP telah membentuk gabungan kerjasama dipanggil "Tahaluf Ad-Dimoqrati Min ajli Misr" iaitu "Gabungan Kerjasama Demokrasi Untuk Mesir" yang terdiri daripada 11 buah parti termasuk parti bukan aliran Islam seperti Parti Wawasan dan Parti Kemuliaan (Karamah).

Pada pilihan raya presiden yang diadakan pada bulan April 2012, seramai 12 calon Presiden bertanding pusingan pertama. Jika dilihat latar belakang calon-calon ini, maka hanya tiga orang dari aliran Islam termasuk Dr Mursi. Adapun yang lain dari aliran sekular termasuk ketua-ketua Barisan Penyelamat, iaitu Amru Musa dan Hamdeen Sobahi. Kesemua mereka tewas pada pusingan pertama dan diumumkan hanya dua calon yang memperolehi undi tertinggi, Mursi dan Ahmed Syafiq yang akan berentap pada pusingan terakhir.

* 27 Jun 2012, SPR telah mengumumkan Mursi menang dengan majoriti hampir 1 juta undi.
* 9 Jun 2012, Mursi mengangkat sumpah jawatan.
* 30 Jun 2012, Majlis Tentera menyerahkan tampuk kekuasaan yang dipegang mereka selepas kejatuhan Mubarak secara rasmi kepada Mursi.

Ahmed Syafiq, bekas PM zaman Mubarak (calon Presiden yang kalah) terpalit dengan terlalu banyak skandal termasuk menyeleweng wang rakyat. Dia terpaksa melarikan diri ke luar negara bagi menyelamatkan diri. Destinasi yang dipilih ialah UAE (Abu Dhabi).

Pihak berkuasa Abu Dhabi bukan sahaja mengalu-alukan Syafiq tetapi lebih dari itu, melantik beliau sebagai Penasihat kepada Raja UAE.

Bermula saat itu, Abu Dhabi menjadi pengkalan baru bagi kroni Mubarak untuk meneruskan agenda menghancurkan Mesir baru di bawah Mursi.

Syafiq tidak keseorangan tetapi bersama dengan Mohammad Dahlan (bekas pimpinan Fatah Palestin) dan Ketua Tertinggi Polis Dubai, Dhohi Khalfan meneruskan agenda yang dirancang.

UAE (atau Abu Dhabi dan Dubai) dijadikan 'perkakas' musuh Islam apabila pihak berkuasanya melucutkan kewarganegaraan mereka yang terlibat dengan Ikhwan Muslimin, selain menghantar pulang warga Syria yang mengadakan himpunan protes terhadap kekejaman rejim Syria di hadapan kedutaan itu di Abu Dhabi.

Egypt's Brotherhood alleges Cairo massacre

Lensa: Mangsa Kekejaman Tentera Zionis Mesir


Laman web rasmi Ikhwan Muslmin, Ikhwanonline melaporkan sekurang-kurangnya 40 penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di sini terbunuh selepas polis Mesir menyuraikan himpunan dengan kekerasan menjelang waktu Subuh.

Dilaporkan insiden tercetus ketika peserta himpunan yang sudah berkampung sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.


Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan. 


Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka. 

Laporan web itu juga menyebut, 200 orang turut tercedera dalam insiden terbaru itu.

Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

Pesakit jantung dan juga wanita-wanita mengandung dinasihatkan supaya jangan melihat...