Ahad, 7 Julai 2013

Hubungan intim Dajjal dengan Fir'aun ...?

Hubungan intim Dajjal dengan Fir'aun ...?
Memang La'natullah ...?

Carta Penyokong Dr Mursi Yang Turun Berhimpun


Carta jumlah penyokong Dr.Muhammad Mursi yang turun menyatakan sokongan kepadanya sekitar Kaherah.

Setakat ini mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Mesir dalam keadaan selamat. Diminta kepada semua untuk mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh PMRAM dan KBMK.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Pengorbanan Dalam Perjuangan Mesir!

Hasan Al-Banna
Sayyid Qutub
... dan sekarang Muhammad Mursi

Ada mata-mata yang terpejam
Kemenanganmu membuka hati yang tercekam
Ada air mata yg melimpah
Saat Mesir baru hendak senyum merekah

Ada jiwa raga yang kian terpisah
Namun teladanmu menyambungnya dari berpecah
Disaat ada perut yang terus dahaga dan lapar
Kau hadir memberikan mereka dengan jiwa yang besar

Usaha kental melumatkan konspirasi Zionis yang tercela
Auramu telah menggegarkan medan Tahrir
Semoga penjara itu menjadi istana kediaman sementara,
Sebelum kau kembali sebagai penyelamat Mesir

... Untuk bertahun lamanya!
________________________

Sel penjara yang kecil bukanlah 'sempit' bagi orang-orang yang beriman.

Kata - kata Dr. Muhammad Mursi ketika diminta untuk berundur : " Kamu langkah mayatku dulu. Aku rela mati demi rakyat. Perjuangan akan aku teruskan sehingga titisan darah terakhir".

Walau media massa tidak mengiktiraf, namun dihati kami, Kamu tetap Presidan Mesir yang sah ! (kata kawan penuh himmah)

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel, ni'mal maula wa ni'man naseer.

Syrian army aims to retake western Aleppo

Alasan Kenapa 'Zionis Dan Sekular Mesir' Mengulingkan Dr Morsi

Tabiat politik rakyat Mesir menghairankan

Corak pemerintahan bentuk jiwa lemah
Ramai dalam keadaan kehairanan melihat tabiat politik sebahagian rakyat Mesir. Mereka bersorak gembira selepas mengetahui pihak tentera ‘merampas kuasa’ daripada Presiden Mohammad Morsi yang hanya baru setahun dipilih oleh rakyat Mesir mengetuai negara itu menerusi proses demokrasi.
Tabiat politik rakyat Mesir yang menghairankan ini tergambar dalam kenyataan sarjana Islam, Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi yang meminta rakyat Mesir bersabar dengan kehidupan secara demokrasi dan menyeru mereka menyokong Morsi kerana pengalaman pemerintahan beliau baru berusia setahun. Qaradhawi hairan mengapa sebahagian rakyat Mesir tidak mampu bersabar dengan sistem pemerintahan demokrasi yang menekankan aspek keterbukaan, kesaksamaan dan semangat berperaturan yang hanya baru setahun jagung usianya sedangkan mereka mampu pula bersabar berdekad-dekad hidup di bawah sistem pemerintahan tentera pimpinan Hosni Mubarak sebelumnya yang memang terkenal bersifat kuku besi.
Bertentangan akal, logik
Tabiat politik yang gelojoh dan tidak sabar ini bukan saja menghairankan Qaradhawi tetapi juga seluruh masyarakat antarabangsa. Mereka hairan dengan dakwaan sebahagian rakyat Mesir yang menyatakan bahawa pemerintahan Morsi gagal menyelesaikan pelbagai isu negara, terutama membabitkan soal ekonomi.
Dakwaan ini ternyata suatu yang bertentangan dengan akal dan logik pemikiran umum. Ia seolah-olah menunjukkan iaitu sebelum ini sebahagian rakyat Mesir mengharapkan Morsi membawa bersamanya ‘keajaiban’ atau ‘mukjizat’ besar bagi menyelesaikan seluruh permasalahan dihadapi Mesir dalam masa setahun.
Dalam kehidupan semasa hari ini, tidak ada seorang pemimpin sekalipun yang memiliki ‘tongkat mukjizat’ yang mampu menyelesaikan seluruh permasalahan negara dalam tempoh setahun.
Malah pemimpin kuasa besar seperti Presiden Barack Obama terpaksa berhempas pulas meyakinkan rakyat Amerika Syarikat memberikan beliau mandat untuk penggal kedua bagi membolehkan segala langkah mengatasi kemelut ekonomi diatasi. Rakyat Amerika nampaknya rasional dengan permintaan Obama kerana memahami kerumitan sistem geopolitik dunia semasa bagi mencapai penyelesaian sesuatu persoalan besar yang dihadapi negara. Namun, sebahagian rakyat Mesir nampaknya tidak rasional dan tidak berlaku adil terhadap Morsi.
Rakyat tak serik 

Yusuf Al-Qaradhawi Seru Rakyat Mesir Sokong Mursi


Sulama berpengaruh di Timur Tengah, pada hari semalam (6/7/2013), mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir perlu mendukung Muhammad Mursi dan mendesak pihak tentera berundur dari panggung politik negeri itu, demikian kompas melaporkan.

Ulama kelahiran Kaherah itu, Yusuf al-Qaradhawi dalam fatwa yang kemudian diterbitkan di lamanweb rasminya itu mengatakan, campurtangan tentera yang kemudian menggulingkan Mursi bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan Mesir. 
"Dr Al-Qaradawi menerbitkan fatwa tentang perlunya mendukung presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat, Muhammad Mursi dan mempertahankan perlembagaan. Beliau juga menyerukan Panglima Tentera Abdel Fatah al-Sisi dan mereka yang mendukungnya untuk berundur demi mempertahankan legitimasi dan demokrasi," demikian pernyataan di dalam lamanweb rasmi al-Qaradawi, www.qaradawi.net

Ditegah tinggalkan majlis ilmu jika alasan lemah

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
RASULULLAH s.a.w. bersabda bermaksud: "Apabila seseorang sampai ke suatu majlis maka hendaklah ucap salam, jika berhasrat untuk duduk serta ada peluang, duduklah.
Apabila hendak bangun meninggalkan majlis ucaplah salam juga, kerana salam yang permulaan tidaklah lebih penting daripada salam yang terakhir (kedua-duanya mustahak)." 

Terdapat riwayat menyatakan bahawa separuh daripada sempurnanya penghormatan (tahiyyah) ialah dengan berjabat salam, iaitu setelah terhimpun antara ucapan salam dan berjabat salam. Falsafah ucap salam dan berjabat salam ialah menjadi simbol hubungan erat dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi, bersetia untuk sama mengharungi susah dan senang kehidupan. Saling tidak mengkhianati dan tidak memandang rendah antara kedua-duanya. Hasan Al-Basri berkata; bahawa berjabat salam itu menambah dan mengukuhkan kasih sayang. Tidak mengapa jika mengucup tangan orang yang dihormati dari segi agama, dengan tujuan untuk mendapat keberkatan daripadanya.
Terdapat riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. mengizinkan para sahabat mencium tangan dan kepala baginda s.a.w., kerana perbuatan itu sebagai menyayangi dan hormat kepada Nabi s.a.w. yang mulia itu.
Sebagaimana kisah Sayidina Umar Al-Khattab r.a. bertemu seorang panglima Islam bernama Abdullah bin Muaz, yang dibebaskan daripada tawanan tentera Rom setelah beliau menghadapi ancaman bunuh, jika enggan kembali kepada agama asalnya Kristian.
Hasil daripada sikapnya yang bertegas tetap dengan keyakinan akidah Islam, lantas beliau serta sahabat yang sama tertawan telah dibebaskan dengan syarat mengucup kepala pembesar tentera Rom.
Abdullah serta kawan kawannya lakukan syarat yang dikenakan oleh ketua tentera Rom, kerana perbuatan itu tidak menyentuh akidahnya.

Rampasan kuasa tentera Mesir merobek demokrasi


 4 Julai 2013 mencatatkan sejarah hitam bagi sejarah demokrasi dunia moden apabila tentera Mesir bertindak merampas kuasa daripada seorang presiden negara yang dipilih secara demokrasi seterusnya menggantung perlembagaan negara Mesir.

Untuk menjustifikasikan tindakan tidak demoratik mereka, tentera Mesir dari awal lagi cuba mengelabui mata antarabangsa dengan 3 tindakan.

Pertamanya, tentera Mesir cuba menggambarkan bahawa tindakan mereka merampas kuasa adalah demi menunaikan kewajipan bernegara dan bukan kerana bermotifkan politik. Justifikasi ini sangat penting kerana tindakan mereka merampas kuasa terhadap kerajaan yang sah dipilih secara demokrasi adalah salah di mata dunia. Ia juga bertujuan mengelakkan Mesir dari disekat bantuan ekonomi oleh negara-negara Eropah dan Amerika.

Kedua, melantik orang awam menjadi Presiden sementara Mesir.

Ahli akademik wajar anggotai SPR

SPR KUALA LUMPUR - Ahli akademik yang arif tentang selok-belok pilihan raya wajar dibawa menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik peranan badan itu, saran seorang ahli akademik.

Pensyarah di Jabatan Komunikasi Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata ramai ahli akademik di negara ini membuat kajian dan penerbitan berkaitan 13 pilihan raya umum yang dijalankan sebelum ini dan boleh dimanfaatkan sebagai nasihat atau cadangan kepada SPR.

"Negara mempunyai ahli akademik yang pakar dalam bidang pendidikan pilihan raya yang boleh menjadi ahli dan panel SPR.

"Kalau mereka tidak mempunyai pengetahuan, mereka (SPR) mungkin disalah tafsir dan terjadi salah anggapan oleh masyarakat kita," katanya.

Henti sandiwara dakwat kekal, pengerusi SPR mesti letak jawatan

tuntutan-bersihKUALA LUMPUR, 7 JULAI: Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat.
“Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas.
“Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal,” katanya kepada Suara Keadilan
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut.
“Dalam keadaan sekarang kepercayaan rakyat terhadap SPR tercalar. Apa yang rakyat mahu dengar ialah pengerusi SPR itu sendiri letak jawatan,” katanya.
Mengulas lanjut, Chin turut Huat menggesa SPR memanggil parti politk dan pemerhati bebas bagi memantau penggunaan dakwat kekal
“SPR perlu telus. Badan-badan pemerhati bebas perlu dijemput bagi menilai sendiri penggunaan dakwat kekal ini.
“Kualiti dakwat ini perlu disemak. Proses penggunaannya perlu dipantau pemerhati pilihan raya yang bebas” tergasnya.

Pas buka Bilik Gerakan Utama, gempur DUN Kuala Besut

Dr_Hatta_RamliKUALA BESUT, 7 JULAI: Pas telah membuka Bilik Gerakan Utama di Kampung Baru, Kuala Besut sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri N1, Kuala Besut.
“Bilik Gerakan Utama sudah mula beroperasi dan menerima makluman pergerakan petugas dari seluruh negara,” kata ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.
“Pas turut mengalu-alukan pimpinan KEADILAN, DAP dan para penyokong dari seluruh negara yang hadir ke Kuala Besut
“Kita akan susun pelbagai program penerangan, ziarah dan kebajikan sempena PRK kali ini,” katanya yang juga ahli parlimen Kuala Krai.
Dalam pada itu, melalui maklumat dalaman Umno yang diterimanya, Dr Hatta menjangkakan pergolakan dalaman Umno Terengganu bakal muncul menjelang pengumuman calon BN.
“Walaupun pekan Kuala Besut sunyi dan tenang, tetapi semua orang tahu Umno Besut tidak seiring dengan Umno Terengganu.
“Kita dah dengar beberapa masalah yang timbul,” katanya.

Hadiah PRU13: Sensitiviti rakyat diambil kira sebelum kerajaan naikkan tarif elektrik....

Kerajaan akan mengkaji dengan terperinci sebelum menaikkan kadar tarif elektrik dengan mengambil kira sensitiviti rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, kata  Datuk Seri Mahdzir Khalid.
"Kerajaan tidak akan menaikkan tarif itu dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan masalah rakyat, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu.
Beliau mengulas mengenai dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional akan menaikkan kadar tarif elektrik selepas pilihan raya umum ke-13 sebanyak 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.
"Perkara itu dibangkitkan dalam laman sosial dan blog seperti 'The Malaysian Insider' pada 7 Dis 2012," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kabel dasar laut di Pulau Tuba, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan akan menghalusi setiap perkara terutama berkaitan golongan berpendapatan rendah dengan mengambil kira kos bahan mentah bagi menjanakan elektrik.

Hadiah PRU13: Apa macam harga bawang kecil?!

Oleh SELENA TAY
PENULIS baru sahaja dapat tahu dari sebuah gerai di pasar pagi Kepong bahawa harga bawang kecil sudah mencecah RM12 sekilogram. Bahkan harga ini bukan stabil tetapi sedang meningkat.
Penjual memberitahu bahawa harga bawang kecil tersebut sampai pada paras RM12 sekilogram pada 20 Jun lalu.
Mengulas hal tersebut, penjual berkata bahawa “keadaan itu berlaku disebabkan oleh kegawatan ekonomi dan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) pasti akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.” Beliau juga ketawa sambil berkata, “Tunggulah BR1M 3.0, tunggu dan tengok.”
Kenaikan harga beberapa barang makanan sejurus selepas PRU13 walaupun tidak dihebohkan tetap dapat dirasai oleh orang yang biasa mengunjungi pasar pagi.
Buat masa ini, hanya rakyat di kampung sahaja yang selesa tetapi rakyat di bandar terutamanya daripada golongan miskin dan yang berpendapatan rendah yang mewakili 51% yang mengundi Pakatan Rakyat memang tidak puas hati terhadap adegan kerajaan BN yang tidak berprihatin ini.
Apabila harga barang makanan seperti bawang kecil boleh naik harga dengan begitu mendadak sekali dari harga lamanya RM8 sekilogram (itupun sudah mahal) maka tidak berapa lama lagi harga barang makanan yang lain juga akan meningkat naik.

Polis: Kes atlet sukma dakwa dirogol disiasat

Khalid Abu Bakar KUALA LUMPUR - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia, Rabu lepas.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.
  
"Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
Akhbar hari ini melaporkan atlet remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu.
  
Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan susulan itu, polis menahan tiga atlet semalam untuk membantu siasatan. - Bernama

Rogol: MSN serah kepada polis

Zolkples Embong KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN), selaku penganjur temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16, akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes rogol seorang atlet yang dilaporkan berlaku semasa temasya itu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong.

"Saya pun baru diberitahu mengenai perkara itu pagi ini. Mengikut laporan (sebuah akhbar tempatan), ia sudah menjadi kes polis, jadi kita serahkan kepada polis untuk lakukan siasatan. Kes seumpama itu pertama kali berlaku dalam sejarah temasya Sukma dan ia mencemarkan imej Sukma kali ini," kata Zolkples, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sukma 2013, pada sidang media di Pusat Media Utama Sukma, MSN Bukit Jalil di sini hari ini.

Media melaporkan seorang atlet bola baling telah membuat laporan polis mendakwa dirogol sekumpulan atlet lelaki di Perkampungan Sukan Sukma 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas.

Rogol: KJ saran gantung atlet terlibat

Khairy Jamaluddin SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencadangkan supaya ketiga-tiga atlet yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang pegawai pengiring atlet bola baling wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013 digantung dahulu semtara siasatan dijalankan.

Khairy berkata, meskipun kes ini telah dilaporkan kepada polis dan ia nya adalah di bawah siasatan polis sekarang ini, namun disebabkan atlet itu merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), beliau merasakan tindakan awal perlu diambil terhadap atlet tersebut.

“Semua ketiga-tiga yang terlibat iaitu atlet daripada pasukan bola baling lelaki Wilayah Persekutuan telahpun ditangkap dan masih berada di dalam tahanan reman. Buat masa ini kita masih menunggu keputusan siasatan.

“Walau bagaimanapun, oleh kerana atlet ini merupakan atlet daripada Wilayah Persekutuan yang berada di bawah tanggungjawab MSWP, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, untuk mengambil tindakan awal," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mansuh Akta Hasutan, Zahid patut akui silap atau letak jawatan

Sekalipun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau bercanggah pendapat dengan Perdana Menteri dalam isu Akta Hasutan, Menteri Dalam Negeri itu perlu mengakui kesilapan atau meletak jawatan.
"Alasan Ahmad Zahid tidak dapat diterima. Datuk Seri Najib Razak mesti komited untuk memansuh akta itu dengan mengarahkan Zahir mengakui kesilapan dan menyokong pemansuhan.
"Atau Zahid patut letak jawatan dari Kabinet," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada kenyataan media, hari ini.
Katanya, keengganan Ahmad Zahid bukan sahaja bercanggah dengan janji Najib tetapi menunjukkan beliau mengkhianati slogan pilihan raya Barisan Nasional (BN) iaitu 'Janji Ditepati'
Julai tahun lalu, Najib selepas memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat, membuat pengumuman bahawa akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional
Jika BN gagal melaksanakannya, Lim meminta Najib memberi penerangan kepada rakyat alasan BN mungkir janji, mengkhianati pengundi dengan tidak menepati janji memansuh Akta Hasutan.
Lim juga menolak dakwaan Zahid betapa pemansuhan akta itu bermakna tiada undang-undang yang mengawal kesalahan seperti menghasut, fitnah, tuduhan liar atau kutukan.
"Ini tidak masuk akal kerana peruntukan jenayah itu ada dalam Kanun Keseksaan, selain membuat saman sivil," katanya, menambah Akta Hasutan disalah guna terhadap pemimpin pembangkang.
Berdasarkan pengalamannya, Lim berkata: "Jelas, Zahid cuba mengekalkan undang-undang menindas untuk diguna pakai terhadap pemimpin pembangkang."

Kos kempen politik PRU13, penganalisis bercanggah pendapat

Kos kempen politik menjadi antara perdebatan hangat dua penganalisis politik, Dr Bridget Welsh dan Prof Dr James Chin pada Wacana PRU13: Pengaruh Media dan Implikasi Masa Depan.
Kata James, kos kempen politik pada PRU13 hanya menelan belanja sekitar RM1 billion dengan andaian perbelanjaan satu kerusi Parlimen kira-kira RM300 juta.
Welsh pula menyatakan kos kempen politik mungkin mencecah RM2 billion dengan mengandai, perbelanjaan bagi satu kerusi Parlimen mencecah RM400 juta.
“kos lain perlu diambil kira dan dan kos terbesar dalam kempen itu ialah perbelanjaan pengiklanan. Kos pengiklanan sepanjang kempen sangat tinggi. “Upah pengendali laman blog dan jentera pilihan raya juga termasuk dalam anggaran bajet. Perbelanjaan juga berkait rapat dengan kawasan kendalian pilihan raya.
"Jika pilihan raya diadakan di pedalaman seperti Sabah dan Sarawak, kosnya meningkat,” kata Welsh ketika dihubungi The Malaysian Insider selepas forum yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Kekeliruan Isu perkauman, hudud dan Islam hasilkan keputusan PRU13 - penganalisis

Kekeliruan berkaitan isu perkauman, pelaksanaan hudud antara faktor penentu keputusan pengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Profesor Dr Abdul Rashid Morten.
Selain itu, pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga meletakkan manipulasi agama Islam sebagai faktor utama.
“Kempen negatif mengundang kekeliruan seperti undi DAP sama seperti undi PAS, PAS mahu laksanakan hukum hudud, orang Melayu dalam bahaya dan Islam kian terancam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentang hasil kajiannya berkaitan PRU13 di UIAM, hari ini.
Abdul Rasid berkata, kemenangan kerusi di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat lebih seimbang berbanding Barisan Nasional yang didominasi Umno.
"DAP menguasai 38 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 30 dan 21 kerusi. Pembahagian negeri juga dilihat adil dengan Pulau Pinang dikuasai DAP, Selangor dikuasai PKR dan Kelantan ditadbir PAS.
"Hal itu tidak berlaku dalam BN kerana Umno menguasai 88 kerusi, MCA dan MIC masing-masing dengan tujuh dan 14 kerusi,” katanya.

PRK Kuala Besut: Jentera pemuda PAS dari seluruh negara akan turun padang, kata Nik Abduh

Jentera Pemuda PAS dari seluruh negara akan berkumpul di Kuala Besut bagi memperkuatkan jentera di situ pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata mereka akan menumpukan usaha menarik anak muda menyokong calon parti berkenaan dengan moto '16-16'.
"Kita yakin dengan moto kita 16-16 kerana ia akan beri satu benda baharu kepada politik negara," katanya kepada pemberita selepas ceramah mengenai kemuliaan Ramadan, di pekarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, di sini hari ini.
Menurut beliau secara amnya semua jentera Pemuda PAS termasuk peringkat pusat sudah bersedia untuk turun ke Kuala Besut.
Moto '16-16' itu merujuk kepada kedudukan kerusi DUN Terengganu andai PAS berjaya merampas DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil berkenaan. Selepas pilihan raya umum Mei lepas, Terengganu kekal ditadbir Barisan Nasional (BN) yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar daripada BN, meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.
Ditanya mengenai kedudukan 16-16 itu, anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata: "...benda ini tak berlaku lagi, kita akan tengok bagaimana ia diselesaikan."
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir pada ceramah berkenaan enggan menjawab soalan pemberita atas alasan beliau kepenatan. - Bernama

PRK Kuala Besut: 9 pusat mengundi dibuka

PRK Dun Kuala Besut KUALA TERENGGANU - Sembilan pusat mengundi akan dibuka bagi pilihan raya kecil Dun kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Fakhrul Razi Ab Wahab.
  
Beliau berkata selain itu, sebuah pusat pengundian awal akan dibuka di Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran mengundi pada 20 Julai.
  
"Bagi pengundian biasa, lapan buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dengan kesemuanya 35 saluran tempat mengundi termasuk di Pulau Perhentian," katanya kepada Bernama.
  
Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini yang dianggarkan melibatkan kos kira-kira RM750,000.
  

PRK Kuala Besut: Pas pilih calon popular

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM – Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut semakin dirasai terutamanya ketika beberapa nama turut disebut akan dipilih parti masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian Online difahamkan, Pas akan meletakkan calon yang popular bagi merebut tempat yang digalas Adun BN sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seramai tiga calon Pas sudah disenaraipendek untuk bertanding pada PRK Kuala Besut, 24 Julai depan.

Mengulas mengenai ciri-ciri calon, selain daripada anak tempatan, Pas turut mengutamakan calon yang popular di kawasan Dun berkenaan.

"Pas juga pastikan calon yang diletakkan pada PRK ini merupakan calon boleh menang untuk memastikan kerusi Dun Kuala Besut kembali dimenangi parti itu seperti tahun 1999.

Krisis Mesir : Gambar2 dan laporan yang digelapkan serta tidak terbit dalam media kroni UMNO

Ini bukan di Syria,
Ini berlaku di Mesir,Ummu Dunia,
Mereka terbunuh pada tangan askar,
Moga Allah menerima mereka sebagai syahid di sisiNya.

Al Fatihah.
Allahu Akbar!
Mangsa serangan baltoji dan polis

Mangsa serangan baltoji di Dumyat.

Antara yang cedera dan terbunuh di tangan tentera

GAMBAR MANGSA TEMBAKAN DI KEPALA OLEH TENTERA SEKULAR MESIR
Saudara Mohammed Subhi Al-Haddad, 34 tahun merupakan ayah kepada dua anak adalah anak kelahiran bandar Baltim, wilayah Kafr Syeikh. 

 [ Gambar ] Rakyat Mesir Penyokong Dr Morsi Yang Ditembak Oleh Tentera Sekular Mesir  Dikepala | [ MESIR HARI INI ] IN SYA ALLAH SYURGA UNTUK BELIAU |

Innalillah. Al Fatihah.
Beliau ialah محمد صبحى الحداد.
Yang ditembak oleh tentera di hadapan bangunan Pengawal Republik.
Moga arwah tenang di sana.


Ayah beliau Subhi Al-Haddad merupakan pegawai Unit Pengawal Republik dan merupakan salah seorang pemandu Pejabat Presiden Mesir.

Ketua FJP Baltim, Wafa Hijazi menceritakan detik pembunuhan beliau:
"Salah seorang penyokong Mursi telah meletakkan potret Dr.Mursi di pagar berduri di hadapan bangunan tersebut kemudian salah seorang pegawai tentera mengoyakkan gambar. Ini menyebabkan mangsa menghampiri pegawai tentera yang berkawal lalu berlaku pertikaman lidah. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan tembakan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian." KS

Penasihat Kementerian Waqaf,Sheikh Salamah Abdul Qawiy tercedera dihadapan pengawasan tentera.
Beliau antara ulamak yang turun bersama rakyat. Semoga cepat sembuh.

Sokongan dari Rakyat Turki untuk Dr Mursi.
Allahu Akbar!

Hutang isi rumah Malaysia antara tertinggi di Asia

Egypt Erupts: Civil war looms as army sets up new govt

Politik Ugut: Jangan ugut kami untuk undi kamu, kata NUTP

Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.
Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.
“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.
“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”
Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.
“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.
Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

Zahid tidak merasakan bercanggah dengan PM kekalkan pendirian mengenai Akta Hasutan

 ( JANJI NAJIB PADA 2012 - ZAHID YANG MUDAH LUPA...!!)



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan pendiriannya mengenai Akta Hasutan, mengatakan akta itu tidak akan dimansuhkan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak merasakan pendiriannya itu bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengatakan Kabinet juga tidak bersetuju ianya digantikan dengan akta baru akan tetapi bersetuju ianya perlu dikaji semula.
Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu, pendiriannya mengenai Akta Hasutan itu kerana kebimbangan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan akan dicabar sekiranya akta itu dihapuskan.
Empat perkara itu adalah hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam merupakan agama rasmi persekutuan.
 “Saya tidak akan berkompromi jika empat perkara ini dicabar,” kata Zahid.

Zahid !!! Yang Berjanji Untuk Hapuskan Akta Hasutan Ialah Najib Bukan Pakatan!

Ahmad Zahid selar desakan mansuhkan akta hasutan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga...saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya.

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan perlepasan konvoi kembara bermotosikal sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu."

Ahmad Zahid berkata pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat.

"Malah, jika ditangkap dengan pertuduhan (pun), mereka (penjenayah) akan mencari aspek-aspek teknikal untuk melepaskan diri dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa biarpun mempunyai bukti kukuh," katanya.

SPR: RM400 juta adalah siling perbelanjaan PRU13....

Wan Ahmad Wan Omar
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan RM400 juta yang dinyatakan pada persidangan Dewan Rakyat adalah jumlah siling yang diluluskan Kementerian Kewangan dan bukan jumlah sebenar perbelanjaan mengendalikan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas.
  
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah sebenar perbelanjaan PRU-13 hanya akan dapat diketahui apabila akaun perbelanjaan PRU13 ditutup memandangkan bayaran masih dilakukan pejabat-pejabat SPR negeri.
  
"Dalam soal bajet, kita telus kerana perbendaharaan akan pastikan setiap kos pada PRU disertai dengan butiran-butiran dan akhirnya akan diperiksa dan diaudit.
  
"Berdasarkan pengalaman kita, selalunya tidak melebihi jumlah besar atau jumlah siling yang diluluskan. Dasar SPR adalah ketika meminta peruntukan, kita tidak mahu apabila sampai setengah jalan, bajet tak cukup. Jadi kita akan membuat permintaan untuk jumlah atau anggaran besar itu," katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini.
  

Penganalisis: Pengundi Cina memang berpaling dari BN, Malaysia Timur penyelamat

Pengundi-pengundi Cina sememangnya berpaling daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 lalu, akan tetapi Sabah dan Sarawak menjadi penyelamat kepada gabungan pemerintah itu kata Prof Dr James Chin.
Menurut Fellow Kanan di Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) itu, belum pernah berlaku dalam PRU sebelum ini di mana BN kalah dalam undi popular walaupun masih mendapat majoriti kerusi-kerusi Parlimen.
“BN sudah hilang undi popular, Cina sudah berpaling daripada BN. Pilihan raya kali ini dibahagikan berdasarkan etnik dan kelas,” kata Chin semasa berucap di majlis Wacana PRU13: Pengaruh Media dan Implikasi Masa Depan.
“Tiada Malaysia Timur maka tiada kerajaan BN. Sebab itu, 20 menteri dan timbalan menteri dipilih dari Malaysia Timur,” tambah beliau lagi. Chin berkata, parti dari Sabah dan Sarawak telah menyumbang kira-kira 35 peratus jumlah kerusi yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu dan Parti PBB telah menyumbang 14 kerusi kepada BN.
Menurut Chin lagi, DAP merupakan parti terkuat dalam Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya 2013 lalu
“DAP merupakan parti yang paling berpengaruh berbanding PKR dan PAS yang menyusul dalam PR. Kualiti calon pada masa kini dilihat sangat penting kerana orang ramai yang bersembang di kedai kopi sekali pun mula mempersoal kredibiliti calon yang bertanding dengan mempertikai ijazah yang dimiliki mereka,” katanya.

Orang Asal di Bakun mungkin terpaksa pindah lagi....

 
Masyarakat Orang Asal di Bakun, Sarawak mungkin akan berdepan dengan satu lagi ancaman selepas dipaksa meninggalkan tanah mereka kira-kira 15 tahun lalu untuk memberi ruang kepada projek empangan hidroelektrik.
NONEIa berikutan notis yang dikeluarkan kerajaan negeri untuk menjadikan kawasan tanah tersebut sebagai Taman Negara Pulau Bakun.

Dalam notis yang diterbitkan dalam akhbar tempatan Borneo Post pada Selasa lalu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyenaraikan 18 buah pulau dalam kawasan empangan Bakun untuk digazetkan sebagai taman negara.

Menurut Taib, notis mengikut Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 itu menetapkan bahawa apa-apa bantahan hanya boleh dibuat dalam tempoh 60 hari daripada tarikh penerbitan notis berkenaan.

NONESekiranya tidak, apa-apa tuntutan ke atas hak atau keistimewaan ke atas kawasan yang ingin dijadikan taman negara itu tidak akan dilayan.

Apa apa-apa hak atau keistimewaan, atau apa-apa pelaksanaannya oleh mana-mana individu juga akan digugurkan selepas tempoh bantahan itu, menurut notis itu lagi.

Bagaimanapun, peguam hak Orang Asal, Abun Sui Anyit berkata pulau yang dimaksudkan itu pada asalnya merupakan kawasan tanah tinggi sebelum air empangan menenggelamkan kawasan penempatan tersebut.

PAS kecam tindakan hipokrit Amerika-Israel dalam penggulingan Morsi


PAS mendahului parti-parti lain Pakatan Rakyat (PR) menyelar pemerintah Amerika Syarikat (AS) dan Israel kerana menyokong rampasan kuasa di Mesir yang menyaksikan Presiden Dr. Mohamed Morsi digulingkan melalui kudeta tentera.
Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tindakan ini menunjukkan wajah sebenar AS dan Israel yang selama ini seringkali mempromosikan demokrasi.
“Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan pagi ini merujuk kepada AS dan Israel.
“Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi,” tambahnya lagi.
Menurut Nik Abdul Aziz, Mohamed Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihan raya yang sah dan beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal.
“Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki?
“Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihan raya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?” jelas Nik Abdul Aziz lagi.

Malaysia Boleh: Pasport peguam dirampas kerajaan BN kerana menyokong Suu Kyi


Pemenang anugerah Nobel Aung San Suu Kyi merupakan wajah-wajah terkenal demokrasi. Selepas bertahun-tahun dikenakan tahanan dalam rumah, beliau sekarang bebas ke mana sahaja.
Tetapi tidak bagi seorang peguam Malaysia yang terbang ke tanah air Suu Kyi 14 tahun lalu untuk berkempen menuntut pembebasannya.
Halangan beliau untuk ke luar negara tidak diketahui dunia sebelum ini sehinggalah minggu ini apabila aktivis dari Britian Clare Rewcastle Brown menghebohkannya selepas diusir keluar dari Sarawak apabila cuba memasuki negeri terbesar Malaysia itu. Peguam itu mewakilinya untuk saman malu yang beliau hadir untuk mempertahankan dirinya.
Aktivis, peguam dan Naib Presiden PKR Sarawak See Chee How dirampas pasportnya oleh kerajaan Sarawak pada tahun 1999 selepas beliau pulang dari Myanmar. Sehingga hari ini, beliau masih lagi tidak boleh meninggalkan Malaysia.
Ini satu lagi fakta menarik. 14 tahun dihalang meninggalkan negara? Ini merupakan kali kedua beliau dihalang untuk ke luar negara.
Beliau pertama kali dihalang meninggalkan Malaysia pada 1994 – lima tahun sebelum halangan kedua – selepas pulang ke Kuching dari Eropah bersama penduduk asal Sarawak untuk memperjuangkan hak mereka. Beliau kemudiannya memohon semula pasport antarabangsa 14 tahun lalu dan diberikan akan tetapi dirampas semula selepas pulang dari Myanmar.

Kalau Rais Yatim Boleh Diberi Dua Jawatan, Tidak Hairanlah Ibrahim Ali Mengamuk!

Selepas senyap lebih dua bulan sejak kalah dalam pilihanraya lalu, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membuatkan kemunculannya di persada media baru-baru ini menjadi perhatian umum semula. Selain meluahkan rasa kecewanya atas layanan UMNO terhadap Perkasa selama ini sambil membandingkannya dengan layanan yang diberi terhadap Dong Ziong, Hindraf dan paderi-paderi Kristian, Ibrahim Ali juga mengecam beberapa pendekatakan Najib yang dianggapnya retorik.

Dalam masa yang sama, Ibrahim Ali juga meluahkan kesusahan hidupnya untuk menyara keluarga sehingga membayangkan akan menjadi pemandu teksi selepas ini.

Dengan membawa Perkasa memperjuangkan banyak kepentingan politik Najib dan UMNO, kekecewaaan Ibrahim Ali tidak sukar difahami. Sementara Perkasa tidak mendapat apa-apa, bahkan sebagai calon pilihanraya pun diabaikan dan mujur Mahathir muncul menghulurkan pertolongan di saat akhir, beliau sebaliknya mendapati NGO yang memperjuangkan hak kaum India iaitu Hindraf lebih diberikan kasih sayang oleh Najib dengan pemimpinnya diberikan jawatan timbalan menteri pula.

Begitu juga Najib sedia hadir ke majlis anjuran Dong Ziong dan menjemput paderi-paderi Kristian ke pejabatnya mengadakan perbincangan. Tetapi Perkasa tidak pernah diberikan layanan sebegitu rupa. Perkasa tak ubah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" dengan UMNO. Mujurlah ada Mahathir yang banyak memberi sokongan kepadanya.

Jika tanpa Mahathir, Perkasa mungkin umpama anak tiri yang hitam legam dimata Najib dan UMNO. Langsung tidak dipedulikan.

Selain mendapati pemimpin Hindraf diberikan jawatan timbalan menteri, kemunculan semula Ibrahim Ali mengecam Najib dan mahu menjadi pemandu teksi juga hampir serentak dengan musim pemimpin-pemimpin UMNO yang lain menerima habuan durian runtuh melalui pelbagai jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan.

Antaranya ialah Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji, Annuar Musa Pengerusi MARA, Ghani Othman Pengerusi Sime Darby serta Rais Yatim dilantik Presiden UIA. Beberapa pemimpin lain juga dikhabarkan akan menerima khabar bakal dilantik sebagai Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah GLC yang lain dan berita mengenainya akan menyusul satu demi satu tidak lama lagi.

Sabah dan Sarawak masih kubu kuat BN semasa PRU13, kata penganalisis


Trend pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan pengundi bandar dan kelas pertengahan jelas menyatakan sokongan kepada parti pembangkang manakala pengundi pedalaman dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak pula dilihat masih menyatakan kesetiaan kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Majlis Profesor Negara Profesor Emiretus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid, semasa menyampaikan ucaptamanya pada majlis Wacana PRU13: Pengaruh Media dan Implikasi Masa Depan, turut mengatakan perpaduan dan keharmonian negara merupakan satu aset yang tidak ternilai kepada Malaysia.
“Sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, kerajaan pemerintah tanpa gagal telah mengadakan 13 siri PRU berkat perpaduan dan keharmonian negara yang dikecapi pada hari ini.
“Meskipun bahang PRU makin panas daripada setiap sirinya, namun BN telah berjaya mengadakan kesemua siri pilihan raya itu pada masanya dan ini tidak dapat direalisasikan jika negara tidak berada dalam keadaan yang aman,” jelas Zakri.
Pada PRU13 lalu, BN telah memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh Malaysia manakala Pakatan Rakyat (PR) berjaya memenangi 89 baki kerusi berkenaan.
PR juga berjaya mempertahankan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang meskipun Kedah dan Perak telah berjaya ditawan semula oleh BN.

PRK Kuala Besut: Pas umum calon 9 Julai

PRK Dun Kuala Besut KUALA TERENGGANU – Pas akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Selasa ini.
Pengarah PRK Dun Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat bagaimanapun berkata, tarikh itu masih dalam perancangan dan tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan serta bergantung kepada keadaan.
Beliau berkata, pengumuman calon mungkin dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sebelah malam.
“Jadi, kita mungkin akan menyelesaikan isu calon dalam masa terdekat,” katanya.
BN juga dijangka akan mengumumkan calon parti itu pada hari sama, 9 Julai ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Kelmarin, SPR menetapkan tarikh PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, manakala penamaan calon pada 12 Julai.

Makmal Politik Untuk Tutup Kelemahan Najib

BN-umno-memerintah-grafik
Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) bulan lalu memutuskan untuk menubuhkan makmal politik BN bulan depan khusus bagi membuat cadangan mengenai perubahan yang perlu dilakukan kepada gabungan itu.
Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya sekali.
Berdasarkan kenyataan Najib tersebut gabungan yang diasaskan pada 1983 itu dilihat sedang mengalami pergolakan yang meruncing.
Idea penubuhan makmal tersebut juga di lihat sebagai kemuncak kepada rasa tidak puas hati sebahagian besar dari 13 parti komponen BN terhadap domonasi Umno selama ini yang menerajui kerajaan.
mca flagPaling jelas MCA dan Gerakan yang merupakan gabungan terbesar komponen BN yang enggan menyertai kabinet Najib selepas tamat PRU13 lalu.
Reaksi dari tindakan MCA dan Gerakan ini, terdapat cadangan supaya BN menjadi parti tunggal. Parti tunggal tersebut bermaksud kesemua 13 parti komponen akan berada dibawah satu perlembagaan parti. Buat masa ini setiap parti mempunyai perlembagaan masing-masing dan cuma bergabung atas nama BN.
Persoalan asas yang harus ditanya adalah mengapa MCA dan Gerakan begitu berani mengambil jalan protes secara sinis terhadap Najib dan kepimpinan beliau?
Bagi Umno tindakan MCA disambut baik kerana banyak jawatan-jawatan dalam kabinet akan disapu oleh calon-calon Umno.
Sememangnya berdasarkan sejarah pun, Umno hanya akan mengadakan hubungan baik sekiranya ada kepentingan yang menguntungkan. PAS pernah mengalami pengalaman pahit tersebut.
Kini MCA dan beberapa parti komponen lain sedang merasai ‘nikmat’ dari tindakan Umno tersebut.
Sebelum ini MCA dan beberapa parti yang mewakili kaum Cina menjadi aset kejayaan BN dalam setiap PRU. Namun kini masyarakat Cina menjadikan Pakatan Rakyat sebagai kiblat politik dan penolakan mereka disebabkan MCA bersengkol dengan Umno.
Keputusan PRU13 yang menyaksikan hampir 90 peratus masyarakat Cina menolak BN adalah jawapan kepada tindakan MCA tersebut.
Gerakan flag logoAmalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa dikalangan pemimpin-pemimpin serta tindakan Umno yang menggunakan sentimen perkauman, agama dan ala samseng menjadikan orang Cina merasa takut, tersinggung dan tersisih.
Bayangkan bekas perdana menteri yang suatu ketika dahulu dihormati oleh masyarakat Cina, Tun Dr Mahathir Mohamad berani membuat kenyataan bersifat perkauman bertujuan menyelamatkan Umno dari kalah dalam PRU13 lalu. Ironisnya apatah lagi ‘sifat pendam’ pemimpin-pemimpin Umno sekarang yang sedang bergelut dalam survival politik semasa.

Egypt still without an interim prime minister

Di manakah Mursi ketika ini?

Bagaimanakah pula nasib isterinya, Dr Najlaa dan anaknya yang diketahui terputus hubungan sejak penahanan komando tentera di rumah Pengawal Keselamatan Republik Khamis lalu atau Mursi menerima  nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Tetapi pendakwaan atas kesalahan apa yang Mursi telah lalukan?

Segala persoalan ini belum terjawab dan membawa kepada banyak pertumpahan darah di Dataran Raba’ah dan kawasan sekitar Tahrir.

Sejak penggulingan Mursi, lebih 30 nyawa melayang termasuk tiga daripadanya ditembak tentera manakala lebih 300 cedera akibat dirempuh anggota keselamatan dan kumpulan anti Mursi di seluruh Mesir hingga menyebabkan bandar Port Said, Suez dan Ismalia darurat.

Dua hari selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden sementara Mesir, Adly Mansour mengumumkan pembubaran Parlimen dan menggantung Perlembagaan hingga tarikh pilihan raya ditetapkan.

Apa berlaku seterusnya?

Ketika Mursi memenangi Pilihan Raya Presiden 30 Jun lalu, beliau meraih 5.7 juta undi dalam pusingan pertama dan 13.2 juta dalam pusingan kedua, sekali gus menyaksikan gerakan Ikhwanul Muslimin melalui parti sayap Parti
Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh lebih 10 juta undi ketika Pilihan Raya Parlimen.

Pilihan raya itu dilakukan penuh cabaran demi mendapat demokrasi  tanpa pertumpahan darah atau pemimpinnya ditangkap lalu disumbatkan ke dalam penjara atau lebih senang, dibunuh sahaja.
SELEPAS tiga hari ditahan, banyak persoalan belum terjawab. Pertamanya, di manakah Presiden Mohamed Mursi ketika ini? Apakah nasib beliau masih hidup dan selamat di dalam jagaan tentera atau teruk dibelasah?
Parlimen Mesir diterajui Mursi kini dikhianati! Pemimpin kanan, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang dilantik oleh beliau akhirnya merampas kuasa.

PRK Kuala Besut: PAS mahu cabar sejarah, BN mahu kekal tradisi

Jika PAS menang dan mereka membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang ada ahli 16:16. Apa yang berlaku ketika itu?
Inilah yang menyemarakkan semangat ahli dan penyokong PAS seluruh negara dalam konteks pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut.
Mereka mengajak penyokong dan pengundi di Kuala Besut berfikir suasana itu - suasana politik yang tidak pernah berlaku di Malaysia.
Pendapat itu dikongsi bersama dua tokoh PAS di Besut, tokoh veteran PAS, Datuk Husin Awang yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu.
Husin adalah bekas Speaker DUN Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu antara 1999 hingga 2004.
Selain itu, Wan Azhar Wan Ahmad, 48; Yang Dipertua PAS Besut yang disebut-sebut antara nama yang bakal disenarai sebagai calon PAS.
Pandangan itu agak selaras kerana sehari sebelum wawancara ini, mesyuarat penyelarasan PRK Kuala Besut peringkat negeri Terengganu diadakan di Markas Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baru.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK itu diadakan ekoran kematian Adunnya yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A. Rahman Mokhtar selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.
Pada pilihan raya umum lalu, BN mendapat 17 kerusi manakala PAS dan PKR yang menjadi sekutu dalam Pakatan Rakyat memperoleh 15 kerusi.
Dengan kematian Dr A. Rahman, Adun BN tinggal 16 sahaja, berbeza satu kerusi dengan Pakatan dalam DUN yang mempunyai 32 anggota.

PRK Kuala Besut: Usah biar kerajaan BN bersendirian, kata Idris pada guru...!!!

Datuk Seri Idris Jusoh BESUT - Golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut hari ini.

Tentera Mesir tembak penyokong Mursi

KAHERAH - MESIR.  Kira-kira 30 terbunuh manakala lebih 300 cedera semalam dalam kejadian keganasan di seluruh Mesir apabila tentera bertindak bertempur dengan penyokong Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan tentera.
Tentera tembak penyokong Mursi Agensi berita Mena melaporkan, pertempuran sengit berlaku di ibu negara, Kaherah apabila pasukan keselamatan bertindak menembak mati tiga penyokong pro Mursi di luar Ibu Pejabat Pengawal Republikan, lokasi terakhir Mursi ditahan komando tentera, Khamis lalu.

“Penyokong Mursi bertindak melemparkan mercun apabila kumpulan anti Mursi mula melakukan serangan dengan membaling batu dan botol ke arah mereka,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, pertempuran sengit juga berlaku di Iskandarian selepas solat Jumaat hingga berlanjutan lewat malam semalam dan menyebabkan lebih 200 cedera.

Di utara Sinai El Arish, lima anggota polis maut apabila seorang lelaki bersenjata melakukan serangan diikuti di bandar selatan Assiut, sekurang-kurangnya seorang lagi meninggal dunia akibat ditembak anggota keselamatan.

Kekesalan di sebalik kebanggan Arab Spring

krisis mesir
VETERAN Umno Malaysia yakin terdapat kuasa asing di sebalik penggulingan Presiden Mesir, Mohamed Mursi dengan menggunakan tentera sebagai 'alat'.

Kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) selama ini tidak senang dengan Mursi yang datangnya dari Ikhwanul Muslimin.

Mursi dilihat sebagai tokoh Islam yang boleh mengancam kuasa Israel dan bersama Iran, Mesir dilihat berpotensi untuk menjadi kuasa tentera terkuat di rantau Arab.

Keadaan ini juga tidak disenangi oleh setengah negara Arab dan rantau Teluk.

Sementara itu, peranan Ikhwan dalam menjatuhkan rejim Muamar Ghadaffi di Libya, Tunisia dan Algeria dilihat sebagai ancaman kepada negara Teluk yang masih kuat dengan sistem berajanya.
Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Mesir setelah Hosni Mubarak digulingkan.

Rakyat Mesir yang mimpikan satu negara makmur akhirnya berdepan dengan  masalah.