Sabtu, 6 Julai 2013

Krisis Mesir: ‘Serpihan Hosni’ bunuh demokrasi

Dr. Maszlee Malik,
Dr. Maszlee Malik,
Oleh: Azizul Osman 
PETALING JAYA – Kejatuhan kerajaan pimpinan bekas presiden Mesir, Mohammed Morsi yang dipilih secara sah menerusi proses demokrasi, dipercayai berpunca daripada gerakan kumpulan serpihan Hosni Mubarak.
Pandangan itu disuarakan penganalisis politik Mesir, Dr. Maszlee Malik, yang menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai sesuatu yang amat malang buat rakyat negara berkenaan.
“Dr Mohammed Morsi walaupun beliau menjadi presiden dan dilantik secara demokratik namun di dalam sistem keselamatan, pihak polis, kehakiman, pihak biroksrasi dan juga ahli perniagaan masih lagi berpihak kepada rejim lama iaitu Hosni Mubarak.
“Jadi mereka ini telah menggagalkan beberapa usaha Mohammed Morsi untuk melakukan perubahan di bumi Mesir,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu kepada ABN News.
Mesir kini ditadbir rejim tentera semula selepas hanya setahun memilih pemimpin menerusi jalan demokrasi.
Mesir kini ditadbir rejim tentera semula selepas hanya setahun memilih pemimpin menerusi jalan demokrasi.
Jelas Maszlee, apa yang terjadi di Mesir adalah pencabulan sistem demokrasi, penafian terhadap hak dan aspirasi rakyat memilih pemimpin pada pilihan raya presiden tahun lalu.

Egypt: Sinai shootings

Egypt on edge after "Friday of Rage"

Discussing the sectarian narrative in Egypt's crisis

Behind Egypt's media crackdown

RUU Islam : Jika langgar syara', perlu dibincang - Mufti

MUFTI berpendapat sebarang bentuk undang-undang yang digubal dan dilaksanakan perlu mengikut syara’ termasuklah  isu  Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.
Mufti Pahang,  Datuk Abdul Rahman Osman berkata jika perkara tersebut berlanggar dengan syara’ kerajaan perlu mengkaji dan berbincang semula dengan golongan cerdik agama termasuk mufti dan pihak berkuasa.
Datuk Abdul Rahman OthmanMenurutnya, selalu berlaku di mana keadaan undang-undang Perlembagaan tidak menyamai undang-undang syariah, perkara tersebut perlu dibetulkan.
“Kalau yang kita faham, agama rasmi Persekutuan adalah Islam, jadi apa yang ingin di lakukan kena berbalik kepada Islam.
“Jadi apa yang kita lakukan dan bercanggah dengan syara’ perlu berbincang semula.
“Kalau ikut undang-undang Persekutuan kalau anak-anak yang belum mencecah umur 18 tahun walaupun sudah akhir baligh tak boleh tukar agama, tapi kalau dalam Islam mengikut syara’, ibu atau bapa Islam, anak tersebut mesti mengikut ibu atau bapa yang Islam,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Sebelum ini,  Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid  berkata Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh dipertikaikan.

Beliau berkata, keputusan Kabinet bahawa agama kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh diguna pakai kepada penganut Islam.

KULIAH MAGHRIB 04 JULAI 2013 - USTAZ ZAHARI ALI

Bolehkah Isteri Keluar Zakat Kepada Suami - Ustaz Azhar Idrus

Ambil Harta Orang Kemudian Bertaubat - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pakai Jubah Menampakkan Bentuk Tubuh - Ustaz Azhar Idrus

Pencerahan Tanda Hitam Di Dahi - Ustaz Azhar Idrus

Malaikat Sudah 'Like' Fenomena Orang Muda Minat Agama - Ustaz Azhar Idrus

Angkat Penumbuk Ketika Memandu Kerana Marah - Ustaz Azhar Idrus

SPM, Sijil Padang Mahsyar - Ustaz Azhar Idrus

Zaman Fitnah - Ustaz Azhar Idrus

'Bagi Dulu No. Telefon Kekasihmu, Silap2 Bahang Kat Aku' - Ustaz Azhar

Wujudkah Alien? - Ustaz Azhar Idrus 2013

Mudahnya jadi menteri Malaysia

Sangka saya pada awalnya sukar untuk menjadi seorang menteri. Berdepan pelbagai soalan yang berbagai dari ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada pembangkang mahupun kerajaan. Nyata sangkaan saya meleset. Betapa mudah menteri dan timbalannya menjawab soalan-soalan dari ahli Yang Berhormat. Mereka membaca jawapan yang disediakan oleh pegawai dan memilih untuk jawab tulis bagi soalan tambahan yang tidak boleh dijawab lisan terutama yang melibatkan fakta dan figure.

Saya sempat mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan apabila timbul persoalan mengenai penubuhan balai bomba di Belaga dalam Bahagian Kapit. Soalan saya adalah berkait dengan isu kebakaran di Sibu dan lain-lain kawasan penempatan pendalaman serta padat penduduk. Kenapa bomba sering lambat tiba untuk menyelamat sehingga mengorbankan jiwa. Apakah faktor lambat dan sebenarnya berapakah jarak kedudukan wajar balai bomba dengan sesebuah penempatan?

Timbalan Menteri memilih tidak menjawab soalan saya semasa sidang sebalik mahu menjawabnya secara bertulis. Alhamdulillah selepas 3 jam saya menerima jawapan bertulis dari pihak kementerian.

Berbeza rakan sejawat saya YB Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kini menggalas jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau petah menjawab soalan tambahan dan saya lihat beliau kian matang dan tenang menjawab soalan berbanding sebelum ini.

PRK Kuala Besut : Dengarlah nasihat Pak Menteri ini !

Saud Disebalik Kejatuhan Morsi?

"Adli Mansour Presiden Baru Mesir dari Kristian Qibti (gambar kiri)

Buat pertama kali dalam sejarah moden negara Arab mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar. Presiden Mesir yang baru di gulingkan Dr Muhammad Morsi walaupun tidak sampai setahun memerintah mempunyai akhlak dan ilmu Islam yang tinggi. Beliau diberitakan sentiasa bermunajat kehadrat Allah bagi memohon bimbingan memerintah Mesir dan juga seorang yang hafiz al-Quran.

Kerajaan Islam Mesir tumbang akibat dari pengkhianatan dari golongan Islam sendiri yang terdiri dari Parti Nur, yang dianggotai oleh golongan Salafi yang mendapat bantuan dari Arab Saudi.

Sebaik saja Parti Nur mengalihkan sokongan kepada tentera, Saudi dengan serta-merta menjanjikan habuan sebanyak $150 juta dolar setahun kepada parti tersebut. Setelah berjaya menggulingkan Morsi barulah Saud menawarkan bantuan ekonomi kepada Mesir. Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi $3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari. Saud yang mengaku sebagai pemimpin negara Islam Sunni ini telah menjalankan usaha menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Sunni dengan bantuan golongan Salafi. Tetapi sungguh amat menghairankan atas dasar apakah yang membolehkan mereka menjatuhkan seorang pemimpin Islam yang warak tetapi melantik Adli Mansur seorang Kristian Qibti dengan sokongan penuh gereja Coptic!

Saud yang dulunya mencipta sejarah apabila pertama kali membebaskan bumi Mekah dan Madinah dari pemerintahan khalifah Othmaniyyah, kali ini pula dengan bantuan Saud buat pertama kalinya selepas Amru Ibn Al A’s R.A. membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah Khalifah Omar Ibn Al Khattab RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja! Sehingga malam kelmarin 2013 termaktub dalam sejarah umat Islam diperintah oleh Kristian Qibti (Coptic).

Bagaimanakah Saud Menggerakan Rancangannya

Kekuatan tentera Mesir sahaja tanpa bantuan dari luar tidak mampu untuk menggulingkan Dr Morsi kerana dalam kalangan general terdapat juga sokongan kepada Dr Morsi. Perancangan tersebut memerlukan perancangan yang teliti dan kewangan yang besar. Ia memerlukan bantuan dari agensi perisikan, inilah sumbangan dari Saudi dan Dubai.

Arab Saudi dan UAE mengerahkan segala kekuatan dan kewangan dengan menaja beberapa orang general yang berpengaruh. Denagn jatuhnya Dr. Morsi melalui rampasan kuasa tentera, Raja Saudi, Abdullah berjaya membalas dendam atas kejatuhan sekutu kuatnya Hosni Mubarak pada Februari 2011 yang lalu. Dua negara ini bergabung bagi menjatuhkan Ikhwan dan menjamin bantuan kewangan kepada General Abdel Fattah El-Sisi, Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera, seperti berikut:

Kenapa Saudi Bergembira Morsi Jatuh?

Umat Islam Mesir berdoa supaya Allah mengembalikan pemerintahan Islam Morsi

Seluruh dunia Islam terkejut dan sedih dengan kejatuhan presiden Morsi. Tetapi selain dari Israel, sebuah negara yang menjadi kiblat umat Islam amat gembira dengan penggulingan tersebut. Beberapa jam sahaja slepas presiden Mesir, Muhammed Morsi dari Ikhwan digulingkan, rejim Saudi dengan serta-merta mengucapkan tahniah kepada presiden sementara Adly Mansour. Saudi merasa amat gembira dengan kejatuhan mengejut parti Islam itu selepas beberapa dekad menjadi pembangkang.

Adalah ironik Saudi yang melaung-laungkan bahawa mereka memerintah berdasarkan undang-undang Islam tetapi amat bimbang dengan kebangkitan parti Islam menguasai negara. Sebenarnya seperti juga kebanyakan negara barat, Arab Saudi merasakan lebih selesa bergabung dengan pemimpin diktator tentera Mesir Presiden Husni Mubarak yang telah ditumbangkan. Tetapi apabila Ikhwan Muslimin berjaya mengambil alih kuasa dan dilantik menjadi presiden pada 2012, Riyadh merasa bimbang. Arab Saudi selalu menghadapi masalah hubungan dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai kaedah yang berbeza dalam mengembangkan islam, dan keupayaan organisasinya yang cekap, pengaruhnya semakin berkembang adn juga penyertaannya dalam pilihanraya semakin diterima rakyat.

Golongan terpelajar Saudi semakin tertarik dengan pendekatan Ikhwan dan tertarik dengan gerakan masyarakat yang dijalankan melalui kerja-kerja amal dan kebajikan. Kebanyakan mereka kecewa dengan sekatan golongan Wahabi-Salafi yang mengharamkan penyertaan politik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan secara mutlak tanpa perbincangan. Mereka mendapati pendekatan secara perbincangan terbuka lebih diterima oleh masyarakat. Kekosongan ideologi politik nasionalis dan sosialis arab selepas 1967 telah mula digantikan dengan politik Islam.

‘Sistem pendidikan negara telah gagal’ - Tengku Razaleigh Hamzah

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa sistem pendidikan negara telah gagal dan kerana itu ia tidak boleh dipertahankan lagi.
Menurutnya, satu tindakan yang ikhlas, radikal dan berani diperlukan, walaupun memerlukan masa yang lama.

Tengku Razaeigh bagaimanapun, berkata, ia boleh dipercepatkan dengan mempelajari dan melihat kepada model yang telah terbukti berjaya di negara China, Korea Selatan dan Finland.

“Kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga mahir dan berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan swasta dan MNC lebih cenderung memilih graduan dari luar sistem kita.

“Renunglah apa yang berlaku sekarang. Perspektif mana pun yang kita pilih, seandainya kita jujur, akan meletakkan kita berada jauh daripada yang kita inginkan.

“Daripada empat tujuan yang saya sebutkan tadi, tiga masih gagal. Kita gagal dalam urusan penyepaduan, kita gagal dalam memperkaya dan memperdalam ilmu kerana kerana kita masih tergolong sebagai bangsa yang lebih kepada memanfaat teknologi daripada mencipta teknologi,” katanya di majlis makan malam anjuran badan bukan kerajaan mengenai pelajaran di Kuala Lumpur malam tadi.

Mesir: Wajah sebenar Amerika terdedah - TGNA


Saya membaca berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am khwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif oleh tentera Mesir dengan penuh kesal dan simpati. Beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun sewajarnya tidak perlu ditahan sedemikian rupa, apalah sangat kudrat seorang tua yang sudah uzur untuk menentang kekuatan tentera Mesir? Teringat saya pertemuan dengan beliau ketika beliau menziarahi kami di Kelantan tahun lepas. Pada waktu itu turut menyambut beliau ialah Almarhum Ustaz Yahya Othman yang juga telah uzur namun menggagahkan dirinya untuk meraikan kehadiran orang penting di dalam gerakan Ikhwanul Muslimin tersebut.

Hakikatnya inilah dia wajah sebenar Amerika dan Israel. Merekalah yang melaungkan demokrasi dan merekalah yang menodainya. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera di Mesir. Tidak terkecuali pihak yang memberikan sokongan ialah negara-negara yang terkenal selama ini menjadi alat Amerika di Timur Tengah.

Allah SWT seringkali mengingatkan kita di dalam Surah al-Fatihah yang kita baca di dalam solat bahawa golongan Yahudi dan Nasrani ialah golongan yang sesat dan dimurkai. Padahal Allah SWT boleh menggunakan kalimah Yahudi dan Nasrani di dalam surah tersebut, namun ia tidak berlaku. Allah SWT menggunakan kalimah yang menandakan sifat mereka iaitu golongan yang sesat dan golongan yang dimurkai. Ia jelas menunjukkan bahawa sekalipun Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah SAW telah pupus namun sifat mereka diwarisi oleh anak cucu mereka sehingga ke hari kiamat.

Israel mewakili Yahudi dan Amerika mewakili Nasrani sentiasa beruasaha memadamkan cahaya Allah SWT. Mereka lupa bahawa kebangkitan Islam ini umpama air yang mengalir deras. Jika disekat di tepi, ke tengahlah ia mengalir, jika dihalang di tengah, ia menerobos ke atas dan ke bawah. Jika semua arah ia ditahan, ia akan menunggu untuk menghancurkan banteng penghalang. Hari ini, rampasan tentera di Mesir hanya akan menyaksikan kebangkitan lebih besar rakyat Mesir menghancurkan gerombolan secular yang berhajat untuk kembali ke tampuk kuasa.

Saya yakin, Amerika dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?

Itulah Yahudi dan Amerika. Justeru, mereka yang tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi dan berusaha menggulingkan kerajaan sah dengan membeli wakil rakyat dan sebagainya adalah saudara mara kepada Yahudi dan Amerika. Tidak ketinggalan juga yang melakukan penipuan besar-besaran di dalam pilihanraya lalu mendakwa inilah demokrasi, pun tergolong dalam golongan yang sama.

Berdoalah. Semua pencinta Islam wajib berdoa agar dikembalikan semula pemerintahan Mesir kepada yang berhak.

Salam hormat.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

"Speak Your Mind": The Role Played By Young People And Women In Malaysian Politics

Rakaman Video Detik-detik Dr.Mursi Ditangkap

Al-Baradei Lari Ke Arab Saudi, Morsi Bakal Berkuasa Kembali?


Khabar angin? Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir pada haji Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata. 
Mereka mula khuatir akan peritiwa yang bakal berlaku sekiranya Mursi terus di penjara. Jurucakap Ikhwan Muslimin: lebih 4 juta rakyat berkumpul di Dataran Nahdhah di Giza sementara lebih 3 juta lagi di Dataran Raba'ah (turut disertai Dr. Badie Mursyidul Am Ikhwan) bagi menentang rampasan kuasa tentera. Jutaan lagi di dataran-dataran lain di seluruh Mesir.
Beberapa pegawai tentera bermuafakat mennyeru Abdul Fatah Sisi (kalau nama dia patah sisi kan sedap ... wakaka) menarik semula rampasan kuasa ke atas President Mursi demi keamanan negara.
Kedua-dua pihak kini sedia menumpahkan darah.
Isom Sultan, Naib Presiden Parti Wasat: "Kami takkan berganjak dari dataran-dataran ini di seluruh negara walaupun sejengkal. Kami tidak akan pulang ke rumah kami kecuali Presiden Mursi dijulang dan diletakkan di bahu kami."
Nuruddin Abdel Hafiz, wartawan televisyen "Misr25" yang diharamkan: "Kita tidak akan tinggalkan dataran Raba'ah ini sehingga kita menunaikan sujud syukur di belakang Presiden Mursi."
Setakat ini tiga orang telah terbunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera firaun Mesir pimpinan Abdul Fatah Al- Sisi yang menggulingkan Mursi. Para mujahidin telah beri amaran agar Mursi dibebaskan dalam masa 24jam kalau tidak fisabilillah bermula. Kini perubahan bukan lagi melalui undi tetapi dengan peluru...

Selepas RAMPASAN KUASA, Dewan Tentera MUJAHIDIN DIBENTUK Di Sinai


SINAI – Petempuran terus berlaku di selatan Mesir dan juga di Sinai.  Menurut informasi terakhir, junta tentera mengisyhtiharkan keadaan darurat di Sinai setelah Dewan Tentera Mujahidin dibentuk di Semenanjung Sinai dan unit Mujahidin telah menyerang pihak polis dan junta tentera, menurut laporan Kavkaz Center.

Serangan-serangan tersebut terjadi pada Jumaat (5/7/2013), dua hari setelah presiden Morsi digulingkan oleh kudeta tentera.  Perkara ini turut dilaporkan oleh rangkaian televisyen negara beradasarkan sumber-sumber tentera.

Menurut maklumat awal, seorang tentera tewas dan dua lagi tercedera dalam serangan roket di pos polis di daerah Rafah, yang terletak di perbatasan Jalur Gaza.  Pos polis tersebut berhampiran dengan dekat markas perisik tentera.

Kartun Dedah Penipuan Pilihan Raya

zunar 2
SHAH ALAM 6 JULAI : Hasil karya kartun lebih mudah difahami dan jelas biarpun sarat dengan mesej menggambarkan segala kepincangan ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Melalui pameran yang diadakan, sekumpulan kartunis yang menggelarkan diri sebagai Kumpulan Kartunis Independen (KKI) berharap mesej yang disampaikan melalui karya seni ini dapat dilihat orang ramai di seluruh negara.
Ketua kumpulan tersebut, Zulkiflee Anwar AlHaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, kartun mempunyai beberapa kelebihan berbanding media lain serta ia lebih mudah disampaikan kepada orang ramai.

Ulama Azhar sertai himpunan bantah rampasan kuasa


 
(Antara ulama Al-Azhar yang turun berhimpun bersama rakyat mempertahan Morsi dan membantah rampasan kuasa oleh tentera)


Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa sahaja perubahan boleh berlaku. Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini. Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail).

Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara.

Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa. Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini).

Fatwa pembatalan rampasan kuasa tentera ke atas Presiden Dr.Muhammad Mursi

1.Fatwa oleh Sheikh Hashim Islam, salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa kewajipan menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya serta mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, malah memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim.

2. Beliau menegaskan bahawa Dr.Muhammad Mursi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya. Adalah tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Ini kerana kepimpinan yang berasaskan rampasan kuasa ditolak menurut syarak.

3. Konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

4. Tambah beliau: "Walaupun berbeza pandangan antara kita terhadap penjenayah dan pemberontak, namun kita juga perlu membezakan antara demontrasi rampasan kuasa yang diharamkan Islam dengan demontrasi bantahan yang diharuskan oleh Islam.

5. Beliau menyeru rakyat Mesir untuk turut serta dalam revolusi mempertahankan syariat di seluruh Mesir, Tahrir dan menewaskan kebatilan seperti yang berlaku dalam perang Jamal, serta membentuk satu jawatankuasa tetangga bagi memelihara negara dan rakyat.

6. Di akhir ucapan, beliau menyatakan: “Antara prinsip tertinggi dalam Islam ialah menganjurkan kebebasan, membenci pemerintahan diktator dan keganasan. Beliau menggalakkan pembangkang agar menggunakan konsep pembinaan bukannya kehancuran kerana Islam mementingkan prinsip menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Sumber: Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Video: Tentera Mesir Serang Orang Bersolat


KEZALIMAN POLIS - KERAJAAN DIARAH BAYAR PEMANDU LORI RM350,000

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi lebih RM350,000 kepada seorang pemandu lori yang cedera semasa disoal siasat lima tahun lepas.

Hakim Datuk John Louis O'hara membuat keputusan untuk membenarkan saman B.Prabakar selepas memutuskan plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap kerajaan dan lapan anggota polis.


Dalam penghakimannya, O'hara berkata tujuh daripada anggota polis berkenaan bertanggungjawab terhadap penderitaan dan kesakitan yang dialami plaintif.


Beliau berkata ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, yang merupakan Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, pula bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan penjawat awam berkenaan manakala kerajaan memikul liabiliti gantian.

Kegagalan dan tradisi Umno menolak pemimpin gagal

Oleh Shahbudin Husin
Pilihanraya ke 13 baru saja berakhir. Walaupun menang dengan 133 kerusi dan masih mengekalkan kuasa tetapi semua orang lebih banyak bercakap mengenai kegagalan BN dan Najib. Tun Mahathir sendiri dalam ulasan awalnya mengenai keputusan pilihanraya, tidak menyangka Najib lebih teruk daripada Pak Lah manakala Tun Daim pula menyalahkan penasihat-penasihat Najib atas keputusan buruk ini.

Dan bayangkan keputusan PRU 13 jika tanpa bantuan Mahathir dan Daim. Pastinya keputusan lebih buruk dan mungkin sudah menjadi pembangkang hari ini.
Setelah menghasilkan buku Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum pilihanraya lalu, penulis kini tampil dengan buah tangan terbaru yang bertajuk Najib Gagal.
Buku ini memperhalusi pelbagai aspek kegagalan yang diraih Najib hasil keputusan pilihanraya umum yang lalu yang tidak pernah  dianalisa oleh mana-mana pihak sebelum ini. Buku ini juga ingin mengingatkan Najib bahawa beliau sebenarnya mengulangi sejarah buruk BN hilang undi popular pada pilihanraya 1969 dan menambah-burukkan  jumlah kerusi BN kepada 133 berbanding 140 yang dicapai oleh Pak Lah pada 2008.
Berdasarkan pencapaian buruk Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 1969 dan Pak Lah  pada 2008, kedua-dua pemimpin itu ditolak kemudiannya kerana UMNO berpendapat pemimpin yang gagal meraih 2/3 majoriti dan tidak mampu mengekalkan undi popular adalah dianggap pemimpin yang gagal.

Dilema Pemilihan Umno Cetuskan Hipokrasi

Oleh A Kadir Jasin
SEJAK (Tun) Dr Mahathir Mohamad mempopularkan istilah dilema melalui bukunya “Dilema Melayu” lebih 40 tahun lalu, ia telah menjadi kata kunci dalam banyak permasalahan dan keadaan.

Yang terbaru, dilema menjadi kata kunci kepada pemilihan kepemimpinan Umno. Banyak pemimpin, perwakilan dan ahli Umno dikatakan dalam dilema.
Akibat dilema itu, banyak pemimpin Umno telah menjadi hipokrit, bermuka-muka dan lidah bercabang. Minta ampun kalau kasar bunyinya.
Di khalayak dan di hadapan media massa mereka setuju cadangan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, kononnya untuk mengelak perpecahan. Di belakang mereka mengomel, mengutuk dan mengata. Mereka bantah cadangan dua jawatan teratas tidak dipertandingkan.
Di bawah peraturan baru pemilihan, calon yang hendak bertanding perlu, secara terbuka, menyatakan jawatan mana menjadi pilihan.
Buat Tawaran Terbuka
Kalau teruk sangat penyakit Koro (baca di sini) yang mereka alami - dalam hati meronta-ronta hendak bertanding jawatan tertentu, tetapi takut membuka mulut - mungkin ada satu jalan keluar, iaitu mereka buat kenyataan umum mengatakan mereka bersedia bertanding mana-mana jawatan yang dicalonkan.
Cuma bahayanya adalah perwakilan mungkin tidak faham hasrat sebenar mereka. Silap-silap jadi kacau. Misalnya, dalam hati meronta-ronta hendak bertanding Presiden atau Timbalan Presiden, tapi dicalonkan bertanding Naib Presiden saja.

Utusan: Cina anggap pemberian tidak cukup dan mahu rampas kuasa Melayu

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menunjukkan masyarakat Cina mengganggap nikmat yang mereka perolehi belum mencukupi, kata akhbar Utusan Malaysia selain mendakwa parti majoriti Cina, DAP merancang merampas kuasa orang Melayu menerusi kerjasama PKR dan PAS.
Penulis rencana akhbar itu, Dr Alias Mohamed mendakwa kaum Cina sudah mencapai matlamatnya menerusi saluran MCA tetapi kini mengabaikannya kerana mahu menentukan hala tuju mereka sendiri.
"Selepas mendapat kerakyatan dan kemudiaan kuasa ekonomi yang dominan, orang Cina mengganggap apa yang diberi orang Melayu tidak mencukupi. Seperti orang Cina di negara lain yang bilangannya dominan seperti di Singapura, hakikatnya mereka ingin menentukan destini mereka sendiri," kata Dr Alias yang dipetik dalam artikel "Strategi politik kaum Cina" di ruangan rencana Utusan Malaysia hari ini.
Beliau menuduh kaum Cina mahu merampas kuasa masyarakat Melayu dan parti DAP adalah dalang utama dalam mencapai matlamat itu, ia boleh dilihat menerusi penguasaan kerusi di kawasan bandar.
"DAP mewarisi ideologi politik sama rata Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura), mereka sedar kekuatan mereka bergantung di bandar. Oleh itu, mereka menggunakan propaganda 'Malaysian Malaysia' untuk mengadu-dombakan doktrin kesamarataan dalam masyarakat walaupun Malaysia dibina atas asas sejarah pribumi dan sistem politik serta komposisi kaum yang berbeza dengan Singapura," katanya.

Rasuah: SPRM bercanggah dengan jawapan di parlimen


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjawab dakwaan percanggahan antara angka kejayaan yang diberikannya dengan angka yang dinyatakan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, pada 2012, SPRM menyatakan peratusan sabitan telah meningkat sehingga 85 peratus. Manakala angka itu telah meningkat sehingga 89 peratus menjelang Jun 2013.

Namun tegas beliau, angka yang diberikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low di Dewan Rakyat adalah 67 peratus sabitan pada 2012 dan 34 peratus pada Jun 2013.

“Percanggahan angka sebegini tentu mengundang pelbagai persoalan dan menimbulkan lebih banyak keraguan mengenai keberkesanan dan kecekapan SPRM,” katanya dipetik Selangorku.

Bercakap pada sidang media semalam, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, peratusan laporan yang diberikan kepada SPRM secara puratanya masih rendah iaitu hanya 0.02 peratus per kapita rakyat sedangkan di Hong Kong peratusan itu tiga kali ganda lebih tinggi.

Adik ipar Gordon Brown tidak dendam tapi "lebih bersemangat" dedahkan penyelewengan Taib Mahmud

Sekalipun dihalang memasuki Sarawak, pengasas Sarawak Report yang bersifat kritikal terhadap pentadbiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Clare Rewcastle Brown tidak berdendam terhadap Ketua Menteri Sarawak itu.
Rewcastle yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britian, Gordon Brown sebaliknya berkata larangan itu telah menjadikannya 'lebih bersemangat' untuk membongkar penyelewengan Abdul Taib.
"Saya tidak kritik Abdul Taib semata-mata kerana larangan itu. Saya fokus kepada pendedahan salah laku besar yang terjadi di Sarawak,” katanya dalam satu emel kepada The Malaysian Insider.
Rewcastle yang datang dari London untuk persediaan pembelaan kes saman fitnah terhadapnya dilarang memasuki Sarawak Khamis lalu dan dihantar ke Singapura.
"Saya dilayan dengan baik oleh pegawai Jabatan Imigresen yang mengakui larangan itu datangnya dari Pejabat Ketua Menteri. Apabila saya tanya asas sebenar larangan itu, mereka menunjukkan borang berkaitan Seksyen (1) (a) Akta Imigresen 1959/63," katanya yang ditemani peguam, See Chee How.
“See juga dilarang keluar Malaysia atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak sekalipun beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Kesalahannya ialah menyokong demontrasi berkaitan Aung San Suu Kyi beberapa tahun lalu. Beginilah cara Abdul Taib menerajui Sarawak," katanya.
Editor Sarawak Report dan Radio Free Sarawak itu berharap beliau mampu menunjukkan 'ketidakadilan undang-undang' itu sebagai cubaan untuk membuang kes berkenaan.
Selain itu, katanya, ada banyak ancaman dibuat terhadapnya atas kesalahan tertentu yang membawa hukuman berat di Malaysia.
"Terutama sekali kesalahan hasutan, suatu kesalahan yang setahu saya Perdana Menteri membayangkan kepada Perdana Menteri Britian, untuk dihapus. Sedangkan, ia tetap satu daripada banyak halangan ke arah demokrasi dan kebebasan bersuara di Malaysia," katanya.

Pengecualian Cukai Eksais : Rakyat Asing Dahulukan, Rakyat Sendiri Ditekan


SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Persekutuan Umno-BN didakwa mengambil sikap diskriminasi terhadap rakyat tempatan apabila memberi pengecualian cukai eksais dan cukai jualan kenderaan kepada warga asing.
Menurut Adun Kampung Tunku, Lau Weng San pengecualian itu diberikan kepada warga luar yang menyertai program ‘Malaysia My Second Home’ (Malaysia Rumahku Kedua atau MM2H).
lau weng san pc 05 jul 01Weng San berkata wa berdasarkan laman web MM2H, peserta program itu dibenarkan untuk membeli sebuah kenderaan pemasangan tempatan (Complete Knock Down-CKD) tanpa perlu membayar cukai-cukai terbabit.
“Dalam Pakatan Rakyat kita menuntut Umno-BN supaya mengurangkan harga kereta dan menghapuskan cukai eksais, namun tidak diberi perhatian.
Selepas Pilihanraya Umum ke 13, Umno-BN memaklumkan harga kereta akan turun secara berperingkat tetapi mereka menegaskan tidak akan menghapuskan cukai eksais kerana ia menyumbang cukai sebanyak RM7 bilion.

Malaysia selamat atau tidak, KPN sila jawab..!!!


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri tidak sepatutnya menyatakan Malaysia sebuah negara yang selamat dan kadar jenayahnya telah berkurangan sebanyak 26.8% sejak pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2009 serta tergolong sebagai salah sebuah paling aman di Asia Tenggara menurut Peace Index.
Tetapi, kata Lim Kit Siang secara tiba-tiba mengaitkan peningkatan kejadian jenayah ganas dengan penghapusan Ordinan Darurat (EO) pada tahun 2011 yang membawa kepada pembebasan hampir 2,000 orang yang disyaki sebagai penjenayah tegar.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkjata, jika pembebasan 2,000 orang yang disyaki sebagai penjenayah tegar disebabkan oleh penghapusan EO pada September 2011 telah membawa kepada peningkatan kadar jenayah, mengapa perkara ini tidak terlihat pada perangkaan jenayah polis.

Sebaliknya, kata beliau polis mendakwa secara umum kadar jenayah jalanan dan indeks jenayah telah berkurangan masing-masing sebanyak 41.3% dan 7.6% pada tahun 2012 jika dibandingkan dengan 2011.

“Atau apakah ketua-ketua sindiket jenayah ganas dan terancang tiba-tiba menjadi lebih giat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan “perang menentang jenayah” sebulan selepas pilihan raya umum ke-13 yang menyebabkan kadar jenayah dan kebimbangan orang ramai meningkat sehingga buat kali pertama rakyat Malaysia merasa tidak selamat untuk makan di luar rumah berikutan beberapa kejadian rompakan bersenjata ke atas pemilik dan pelanggan gerai mamak dan restoran?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Pas: SPR tidak sensitif berhubung penetapan tarikh PRK

PRK Dun Kuala Besut KUALA TERENGGANU - Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sensitif terhadap warga Terengganu berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pas Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat berkata, SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di negeri ini apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu.

Beliau mempersoalkan pemilihan tarikh itu kerana kebiasaan pemimpin Pas setempat mengadakan kuliah agama pada hari Jumaat, begitu juga Rabu yang dilihat menyukarkan pengundi luar pulang mengundi.

“Hari penamaan calon tidak pernah berlaku pada Jumaat. Di Terengganu, Jumaat hari cuti dan pada hari itu kita menghadiri kuliah, belajar ilmu agama. Ini menunjukkan SPR tidak sensitif, kenapa tidak buat hari Sabtu? Ini seolah-olah mahu halang calon pergi kempen.

“Begitu juga hari pengundian pada hari Rabu yang juga hari bekerja. Keadaan ini akan menyukarkan pengundi luar untuk pulang Terengganu. Adakah kerajaan negeri mahu halang pengundi luar pulang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Cukai: Tindakan Kerajaan UMNO@BN diskriminasi rakyat sendiri

MM2H SHAH ALAM - Tindakan kerajaan BN membenarkan pengecualian cukai eksais dan cukai jualan kepada warga luar negara yang menyertai Malaysia My Second Home (MM2H) disifatkan sebagai 'mendiskriminasi' rakyat sendiri.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, keputusan kerajaan itu tidak adil kerana tidak memberi layanan sama kepada rakyat sendiri untuk memiliki rumah sendiri.

Mengikut laman web MM2H, katanya, peserta program MM2H yang kesemuanya warga luar negara dibenarkan untuk membeli sebuah kenderaan pemasangan tempatan (Completely Knocked Down - CKD) tanpa perlu membayar cukai eksais dan cukai jualan.

“Persoalannya mengapa kerajaan sanggup memberi pengecualian cukai eksais dan jualan kepada warga luar negara yang mengambil bahagian dalam MM2H sedangkan rakyat sendiri tidak dibenarkan untuk menikmati pengecualian ini sedangkan mereka membayar cukai untuk pembangunan negara,” katanya ketika sidang media, semalam.

Mengulas lanjut perkara ini, Weng San berkata tujuan perkara ini dibangkitkan ialah menunjukkan ketidakseimbangan dan kepincangan dasar-dasar kerajaan BN berkenaan industri automobil ini.

“Sewajarnya rakyat Malaysia didahulukan dalam polisi kerajaan namun sebaliknya yang berlaku.

Rampasan kuasa nafi hak, kemahuan rakyat Mesir


 KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) amat bimbang rampasan kuasa di Mesir tidak akan berakhir dengan begitu mudah malah akan berada dalam keadaan krisis yang tidak berkesudahan.

Sehubungan itu, Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan kesal dengan campur tangan pihak luar dalam urusan nasional negara Mesir sedangkan proses demokrasi masih terbuka serta peralihan ke arah politik demokrasi sedang berjalan.

Kenyataan penuh seperti di bawah.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti dengan penuh keprihatinan perkembangan politik yang amat mencemaskan di Mesir.

Setelah rakyat bangkit dan mencipta sejarah dengan kejayaan demokrasi di negara bersejarah ini, pihak tentera serta para pembangkang Presiden telah melaksanakan kudeta yang bertentangan dengan semangat demokrasi.

IKRAM mengecam kudeta dan penggulingan seorang Presiden yang dipilih secara sah melalui pilihan raya.

Rampasan kuasa jelas menafikan hak dan kemahuan rakyat melalui proses demokrasi dan pilihan raya.

Penyokong Mursi terbunuh ditembak tentera Mesir

Pihak keselamatan Mesir telah mengeluarkan tembakan ke arah pendukung mantan Presiden Mohammed Morsi yang digulingkan dan mengorbankan tiga orang, demikian lapor BBC.

Peristiwa terjadi dalam demontrasi selesai solat Jumat (05/07) yang diserukan oleh Ikhwanul Muslimin, gerakan asal Mursi.

Ikhwanul Muslimin menyerukan demontrasi aman guna menentang penggulingan Mohammed Morsi yang disebut sebagai kudeta tentera.


Wartawan BBC di Kaherah Jeremy Bowen di lokasi kejadian melaporkan ia melihat tentera pertama-tama mengeluarkan tembakan ke udara dan kemudian mengarahkan senjata ke kumpulan para demontsran.

Tidak lama kemudian, lanjut Bowen, seorang lelaki terjatuh dan pakaiannya kelihatan berdarah.

Setelah solat Jumaat, para demonstran mengadakan gerakan massa menuju bangunan tempat Mursi diyakini ditahan. Ribuan orang berkumpul di beberapa kawasan di ibukota Mesir, termasuk di lingkungan Masjid Rabaa.

Izin Demonstrasi

Muslim Brotherhood leader tells army reinstate Mursi and we talk

'Friday of Rage' called by Morsi's supporters in Egypt

"Kami Tidak Kembali Selagi Mursi Tidak Dikembalikan Sebagai Presiden"


Mursyid yang juga Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie yang dibebaskan dari tahanan telah muncul dan memberikan ucapannya di dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir semalam.

Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh pihak tentera di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya.

Dalam ucapannya seperti disiarkan Al-ahram, Badie menyatakan kumpulan jutaan orang di Raba mencerminkan kekuatan Mesir dari kumpulan yang berbezaa. "Allah lebih besar dari semua yang mengorbankan dirinya untuk revolusi, Allah saksi kami," ungkap Badei yang disambut takbir dari puluhan juta penyokong Mursi.

Badei juga mengungkapnya dirinya bangga dengan Mursi dan melihat tindakan tentera sebagai tidak berperlembagaan. "Mursi adalah presiden saya dan semua orang Mesir," ungkapnya.

Badie turut menyatakan bahawa pihaknya tidak akan kembali ke rumah hingga kedudukan Mursi sebagai Presiden dikembalikan.

Di dalam perhimpunan aman oleh kumpulan pro-Mursi yang dihadiri oleh jutaan manusia di Rabaa tersebut, dilaporkan bahawa 17 orang terkorban dan lebih 460 cedera akibat dalam pertempuran diantara pendukung dan anti-kudeta tentera.

Di Kaherah pada Jumaat malam sempat terjadi pertempuran diantara kedua kubu berseberangan di Qubri 6 Oktober yang dimulai dari Maspiro berdekaran Dataran Tahrir, pusat kota Kaherah.

Diberitakan, pertempuran di Maspiro mengorbankan satu orang dan lebih 200 orang mengalami kecederaan.

Maspiro tempat bangunan Pusat Stesyen Radio dan Televisi Nasional itu dikepung pleh pendukung Moursi untuk memaksa kembali menyiarkan demo aman Ikhwanul Muslimin setelah tiga hari ditutup sejak Mursi digulingkan.

Ulasan Professor Dr Mohammad Agus Yusof tentang kejatuhan Morsi

Dr Mohammad Agus Yusof
 
PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.
Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.

Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.

Krisis Mesir: Babak akhir sebelum Mursi ditahan

Mohammed Mursi‘ASTAGHFIRULLAH, Astaghfirullah, Astaghfirullah, ALLAHUAKBAR’ mulutnya tidak pernah lekang dari terus berzikir memohon pertolongan Yang Maha Esa.

“Ini adalah ujian ALLAH buatku, DIA maha mengetahui dan DIA tahu aku mampu menanggung dugaan ini,” bisiknya di dalam hati.

Jam di dinding rumah Kelab Pengawal Presiden Republikan di Kaherah dipandang beberapa kali sambil bersilang tangan.

Langkahnya ke kiri dan ke kanan dari bangun dia duduk dan berjalan ke jendela. Perkara itu dilakukan sejak awal kedatangannya ke pejabat baru di rumah itu, seolah menanti sesuatu.

Pintu diketuk dan sekumpulan tentera menyerbu masuk ke pejabat gerakan itu. Keadaan sedikit huru hara kerana lebih daripada sepuluh anggota pergerakan itu cuba menghalang kehadiran tentera daripada berjumpa beliau.
“Tidak mengapa biarkan mereka masuk dan sediakan kerusi,” pintanya memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan itu.

“Silakan duduk Encik Abdel, apa hajat dan apa yang boleh saya bantu,” katanya kepada Menteri Pertahanan, Jeneral Abdel Fattah al Sisi dengan tenang. 

Hatinya yang dari malam kelmarin dirundung keresahan itu terlerai lalu berdetik adakah saatnya sudah sampai? Adakah aku akan berpisah dengan isteriku, Najlaa yang selama ini menjadi kekuatanku dan lima anakku, tiga orang cucuku serta ratusan pengikutku?

Wajah Abdel ditatap tanpa gentar.

“Tuan Presiden, kami hanya ingin membuat permintaan mudah, tempoh 48 jam telah berlalu dan kami mohon tuan mengumumkan peletakan jawatan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban dan protes di negara ini,” kata Abdel.

“Kamu langkah mayat saya dahulu. Saya rela mati demi rakyat Mesir. Perjuangan ini akan saya teruskan hingga ke titisan darah terakhir,” katanya sambil menggenggam erat kerusinya, menahan marah.

Bergelar Hafiz dan dibesarkan dengan penuh didikan agama tidak memungkinkan beliau untuk bangkit menerajang tetamu tidak diundang itu. Tingginya pegangan agama beliau membuatkan dia menjadi insan paling sabar sekuat imannya.

Krisis Mesir: Musnahnya terowong Gaza

Musnahnya terowong Gaza
Terowong Gaza digunakan untuk membawa masuk keperluan dari Mesir ke Gaza.
Infografik Terowong Gaza
Infografik Terowong Gaza
RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang.

Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.

Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.

Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan.

“Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir,” katanya.

Kembalikan Morsi sebagai Presiden - Ikhwan


Saya mengikuti siaran langsung Al-Jazeera berbahasa Arab malam tadi sehingga hampir jam 2 pagi yang membuat lintas langsung dari Rabiatul Adawiah, timur Kaherah di mana penyokong Morsi berkumpul.

Antara yang berucap ialah Isam Iryan, Naib Ketua FJP membuat kenyataaan mereka tidak akan meninggalkan dataran Rabiatul Adawiyah hingga Morsi dibebaskan.

Penyokong Morsi makin teruja kemudiannya apabila Sheikh Muhammad Badi’, Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin Mesir muncul di pentas (Gambar: Sheikh Muhammad Badi’ di pentas.

Tulisan tertera di TV Al-Jazeera: ‘Semua urusan  rampasan kuasa, perlantikan Presiden sementara dan lain-lain dianggap batal).

Di antara kenyataan dan ucapannya yang penting ialah:

1. Kami hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, tidak berganjak dari prinsip ini.

2. Kami menolak rampasan tentera. Semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf.

3. Kami menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat, sokong kami dan kami sokong kamu. Ucapan ini dibuat terutamanya ketika helikopter tentera sedang beredar di atas kepala kumpulan penyokong Morsi. Ketika itu kehadiran di Rabiatul Adawiyah disebut oleh seorang jurucakap di atas pentas menjangkau 4 juta orang.

4. Kembalikan Morsi sebagai Presiden dan Ikhwan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja selepas itu.

5. Saya tidak akan lari dan kami tidak akan lari. Kami pendukung revolusi, bukan orang yang lari.

Senior Muslim Brotherhood member arrested

Syrian regime forces attack Homs

Pro, Anti-Morsi Egyptians Lock in Deadly Clashes

Clashes in Cairo as protests continue

Penyokong Morsi Adakan RALLY Besar- Besaran Pertahan Presiden Mesir