Jumaat, 5 Julai 2013

TGNA | Kuliah Jumaat 5 Julai 2013

Egypt: The future of the Muslim Brotherhood

Troops Open Fire on Morsi Supporters

Krisis Mesir: Sekatan tentera ke atas Gaza jejas penduduk

Video : Alasan Mengapa Mereka Ingin Menjatuhkan Dr Mursi Presiden Mesir.

Tesco Biadap! Iklan Arak Sempena Ramadhan

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/q71/1016731_10151689361902929_371353757_n.jpg

Rakyat desak esok jugak pihak tesco mesti memberi penjelasan. mohon tindakan segera! jangan biadap dan kurang ajar!

Kudeta Tentera Mesir : Apa yang tentera dan polis Malaysia boleh belajar

Dipihak tentera dan polis pulak,  aku tak pasti tapi aku yakin sebahagian besarnya terutama pegawai-pegawai atasan setuju dengan tindakan tentera dan polis Mesir tu. Tak mustahil kalau keadaan yang sama terjadi di Malaysia tentera akan rampas kuasa jugak.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Peristiwa penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi disifatkan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat dan kerajaan Malaysia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Beliau berkata detik hitam itu tercetus daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dibawa oleh kumpulan tertentu yang hanya mahu semata-mata untuk mengubah kepimpinan negara.

Katanya perubahan itulah telah menyebabkan ketegangan berlarutan sehingga ekonomi merundum dan rakyat terbunuh.

"Saya bersyukur kerana kerana atas kebijaksaan dan kepimpinan kita, serta kewarasan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama di negara ini, kita tidak berdepan masalah seperti di Mesir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. - TMI

Tak payah dok heran dengan kenyataan Naib Presiden Umno merangkap Menteri Pertahanan ni. Jenis puak semazhab puak Hosni Mubarak yang takut jahut memang seronok sangat dengan perkembangan terkini di Mesir ni, senang depa nak spin cerita supaya rakyat Malaysia takut nak buat perubahan, supaya Umno BN berkuasa sampai kiamat.

Di pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS, tentu rasa marah, tak puas hati dan susah hati dengan perkembangan di Mesir tu. Penggulingan kuasa Dr. Morsi yang dilantik walaupun secara demokrasi oleh rakyat Mesir tentu punya tak boleh diterima.

Para ulamak Al-Azhar turun padang bersama penyokong Dr.Muhammad Mursi di dataran Rabaah Adawiyyah.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


Penyokong Dr.Mursi Berhimpun Di Bandar Nasr, Dunia Kecam Kudeta Tentera

Ribuan pendukung Muhammad Mursi berkumpul di Kota Nasr untuk memprotes penggulingan presiden dalam satu rampasan kuasa pihak tentera.

Pendukung Mursi berkumpul setelah Solat Jumaat, menyahut seruan gabungan kelompok-kelompok Islam yang dipimpin Ikhwanul Muslimin untuk berdemosntrasi menentang kudeta.

Gabungan itu telah meminta pendukung Mursi untuk melakukan protes setelah Solat Jumaat. Permintaan tersebut dilihat sebagai ujian apakah Mursi masih memiliki dasar sokongan di dalam negeri dan bagaimana pihak tentera menanggapinya.

Mursi, presiden pertama Mesir yang terpilih secara demokratis digulingkan oleh pihak tentera setelah protes massa. Pendukung mantan presiden marah dan mengecam campurtangan tentera tersebut. Mereka akan melanjutkan aksi duduk dan berbaris menuju kementerian pertahanan.

"Orang di sini menyatakan tidak lagi hanya sebuah protes pro-Mursi, ini adalah tentang melawan rampasan kuasa oleh pihak tentera," ujar laporan Al-Jazeera.

Sementara itu, pihak tentera Mesir meminta perdamaian dan memperingatkan terhadap kerusuhan. Polis telah menangkap beberapa warga islam menjelang protes yang direncanakan Ikhwanul Muslimin hari ini.

Sementara itu pemerintah Turki, telah mengecam penggulingan Presiden Mursi dan menyatakan campurtangan tentera Mesir yang menyebabkan tergulingnya Muhammad Mursi dari jabatannya tidak menggambarkan keinginan rakyat dan menyerukan agar Mesir kembali ke demokrasi.

Penggulingan 2 Presiden di Mesir, Diwarnai Darah dan Air Mata

Dalam jangka waktu dua tahun, terjadi penggulingan dua presiden di Mesir. Tidak sedikit nyawa melayang, juga harta benda yang dikorbankan dalam proses ini. Ini detik demi detik proses demokrasi di negeri piramid .

Pada tahun 2011, jutaan rakyat Mesir turun ke jalan untuk menggulingkan Presiden Husni Mubarak. Setelah itu, diadakan pemilihan presiden yang membuat Mohamed Morsi terpilih. Namun baru setahun menjawat, Morsi pulak digulingkan.

Berikut perjalanan waktu penggulingan dua presiden di Mesir:

Tahun 2011

25 Januari

Munculnya protes dari warga Mesir yang berlangsung tak lama setelah jatuhnya pemerintahan diktator di Tunisia. Aksi protes berpusat di Tahrir Square, Kahirah, yang melibatkan jutaan warga di seluruh negeri pada tanggal 1 Februari.

11 Februari

Presiden Husni Mubarak mengundurkan diri dan menyerahkan kekuasaannya di tangan tentera yang dipimpin oleh Marsekal Hussein Tantawi. Sekitar 850 orang meninggal dalam kerusuhan.

12 Februari
Tentera menjanjikan sebuah transisi perdamaian di dalam demokrasi. Lalu mereka mencabut perlembagaan dan membubarkan parlimen.

3 Mac

Tentera memecat perdana menteri Ahmed Shafiq dan menggantikannya dengan Essam Sharaf.

15 Mac

Tentera membubarkan polisi keselamatan Mubarak.

19 Mac

Warga Mesir menyetujui perlembagaan baru.

28-29 Jun

Lebih dari 1,000 orang cedera ketika demonstran dan polis  bertempur di Tahrir Square.

Najib kena belasah dengan Rakyat sendiri gara2 ucapan beliau berkenaan konflik di Mesir

Najib Tun RazakUlasan PM Malaysia berkenaan konflik di Mesir mendapat kritikan rakyat
Di saat sebilangan rakyat Malaysia bersedih dengan penggulingan Presiden Mesir Mohamed Mursi, PM Malaysia sebaliknya melihat konflik yang berlaku sebagai satu iktibar supaya rakyat sedar perubahan yang dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan.

Dengan tiba-tiba PM juga mengaitkan perubahan kepimpinan jika tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan penderitaan kepada rakyat dengan kenaikan harga barang, peningkatan pengangguran dan lumpuhnya industri pelancongan. Ehhh.... inikah yang berlaku di Mesir bila Dr. Mursi mengambil alih kepimpinan dari Hosni Mubarak?

Ulasan PM ni macam nak sindir rakyat sendiri je.... hehehhe....
Agaknya macam tu lah yang bakal berlaku kepada Malaysia jika pembangkang menang! Boleh muflis dan huru-hara negara...!!! Awas ye... jangan berani-berani nak jatuhkan pemerintah Malaysia yang sedia ada huhuhu...

Bacalah kritikan :
'Atiqurrahman Abd Aziz · Follow · Top Commenter · Perunding Kewangan Islam at Al-Isra' Associates (Prudential BSN Takaful)
Mengenai tindakan rakyat di beberapa negara termasuk Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang dilaksanakan secara demokrasi dan pemimpin dipilih secara sah melalui proses demokrasi, Najib berkata apa yang penting ketidakpuasan hati perlu disuarakan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara.

wah...kerajaan mesir Dr Mursi yang menang pilihanraya...yang menggulingkan yang kalah..yang kalah itu hosni mubarak...yang kamu sokong...jadi...siapa amal undang2 dan siapa tak amal ni?

dah masuk air ke dato seri?

Orang nak memerintah disuruhnya masuk pilihanraya..dah menang pilihanray di tuduhnya ditaktor...
'pening...
Reply · 188 · Like · Follow Post · 9 hours ago

'Atiqurrahman Abd Aziz · Follow · Top Commenter · Perunding Kewangan Islam at Al-Isra' Associates (Prudential BSN Takaful)
Dato Seri patut nasihatkan kumpulan Hosni menerima kekalahan..jangan tidak menerima keputusan...ini sokong pula orang yang kalag guling kerajaan sah
Reply · 82 · Like · 9 hours ago
Izazul Kamay · Works at Draughtsman
inilah jadi, bila pm merujuk diri sendiri tu.. "tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh."

Isu Mesir - KJ Jauh Lebih Matang Berbanding Najib

Dalam pergolakan yang berlaku di Mesir yang menyaksikan berlakunya rampasan kuasa serta Presiden Dr Morsi digulingkan, hampir seluruh dunia dan umat Islam mengecam kejadian itu. Ia bukan saja menggambarkan sebuah kerajaan Islam yang dipilih secara sah dan demokratik diakhiri dengan cara yang tidak demokratik tetapi juga kerana menampakkan adanya permainan tangan-tangan ghaib di belakang kejadian itu.

Sementara pelbagai pihak di Malaysia menyuarakan bantahan serta kecaman atas kejadian itu sejak semalam lagi, pendirian kerajaan dan Najib tetap ditunggu-tunggu mengenainya. Ramai yang ingin tahu apakah pendirian Najib dalam kejadian itu. Oleh kerana Najib kebetulan sedang mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, Najib hanya bercakap kepada wartawan mengenai insiden di Mesir pada hari ini.

Sementara Anwar, PKR dan PAS secara terbuka dan tegas mengecam rampasan kuasa melalui tentera untuk mengguling Dr Morsi itu sambil mengajak seluruh dunia yang mengamalkan demokrasi turut mengutuk tindakan sebegitu rupa, kenyataan Najib mengenai insiden Mesir agak mengecewakan.

Beliau seolah-olah mengutuk tindakan melakukan perubahan dan menjatuhkan Hosni Mubarak sebelum ini dengan mengatakan perubahan tidak semestinya menjamin kemakmuran sedangkan seluruh dunia mengetahui era 30 tahun Hosni Mubarak penuh dengan segala macam penyelewengan, penindasan serta rompakan wang rakyat. Dalam masa yang sama, Najib seperti gembira dengan penggulingan Dr Morsi dengan berharap kerajaan baru segera dibentuk.

Sebaliknya, pendirian Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO dilihat lebih matang dan menggambarkan beliau memahami keadaan sebenar yang berlaku di Mesir, sambil turut mengecam rampasan kuasa yang berlaku itu.

Mari kita bandingkan perbezaan kenyataan antara Najib dan KJ mengenai insiden yang berlaku di Mesir itu.

PRK Kuala Besut: Ada yang lebih besar dari siaran langsung kira undi

KUALA LUMPUR: Cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk menyiarkan secara langsung proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil Kuala Besut adalah satu inisiatif baik, tetapi ada perkara lain yang lebih penting dari itu yang lebih memerlukan keutamaan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu meredakan kemarahan rakyat terhadap pengendalian pengundian PRU13 lalu, perubahan perlu dibuat kepada perkara dasar yang dipertikaikan.

"Beliau seeloknya mencadangkan agar tidak ada lagi rasuah pilihan raya dalam bentuk imbuhan, hadiah, bonus, atau projek segera yang diluluskan di kawasan tersebut disamping ugutan dan tawaran tertentu kepada pengundi.

"Jentera kerajaan pula disekat dari berkempen sebelah pihak bagi menjayakan kempen jentera BN, seolah-olah jentera kerajaan adalah jentera BN," katanya.

Selain itu, Ahmad Shabery juga diminta mengawal RTM dan semua media rasmi negara dari disalahgunakan oleh kerajaan khususnya sepanjang kempen PRK ini.

PRK Kuala Besut: Peluang pengundi 'memahat' sejarah negara


KUALA LUMPUR: PAS menyeru para pengundi Dun Kuala Besut memberikan kemenangan kepada PAS pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung 24 Julai ini.

Ini sekaligus menjadikan PRK Dun Besut sebagai satu pilihan raya bersejarah kepada negeri dan negara apabila kemenangan PAS menyebabkan kedudukan kerusi dalam Dun Terengganu berimbang 16:16

Timbalan Pengarah I Operasi Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut, Muhyiddin Abdul Rashid berkata, tinjauan yang dibuat mendapati rata-rata penduduk Dun Kuala Besut yang ditemui mahu mencipta sejarah baru baru.

"Inilah masanya, peluang kepada rakyat dan pengundi Dun Kuala Besut 'memahat sejarah' dan menjadikan nama Kuala Besut akan disebut-sebut sebagai pencetus sejarah baru,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Menurutnya, apabila PAS menang dan kedudukan kerusi Dun akan menjadi berimbang 16:16, maka pakar-pakar temasuk perundangan, sosial dan politik akan melihat penduduk Kuala Besut sebagai 'penulis sejarah' yang tidak akan dilupakan sepanjang zaman.

:PRK Kuala Besut: Jaga adab kempen semasa Ramadan

Calon atau penyokong yang terlibat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (UN) Kuala Besut, Terengganu 24 Julai ini dinasihat menjaga akhlak dan adab sepanjang berkempen sebagai menghormati bulan Ramadan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata memandangkan ia diadakan pada bulan Ramadan, kempen yang dijalankan seharusnya tidak tercemar dengan hal-hal tidak baik.
"Saya mengharapkan sepanjang tempoh penamaan calon sehinggalah tarikh pilihan raya, kita harus menjaga akhlak dan adab kita masing-masing.
"Lebih-lebih lagi dalam bulan yang amat besar nilainya bagi umat Islam," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Ramadan TV Al Hijrah, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengumumkan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu ditetapkan pada 24 Julai, pengundian awal 20 Julai manakala tarikh penamaan calon ialah 12 Julai.

PRK Kuala Besut: PAS pastikan pengundi luar tunai hak


KUALA LUMPUR: PAS akan memastikan pengundi-pengundi Dun Kuala Besut khususnya pengundi luar tidak melepaskan hak mereka begitu sahaja pada 24 Julai ini.

Ini kerana, pada tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut itu berlangsung pada hari Rabu iaitu pada hari bekerja.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli merasakan penetapan tarikh mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak tidak mesra pengundi apabila dibuat pada hari bekerja.

"Sepatutnya SPR perlu meneliti keadaan pengundi termasuk pengundi luar yang mungkin akan menyusahkan mereka untuk balik mengundi pada hari bekerja," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, PAS akan berusaha memberi pendidikan kepada pengundi luar agar mereka tidak mensia-siakan hak mereka sebagai rakyat yang mendukung demokrasi tulen.

SPR Tak Boleh Campur Jika Dun Terengganu Tergantung

PRK K. Besut penentu kemenangan PR?

SPR Digesa Pertimbang Pendaftaran Semula 13 Juta Pemilih

Kabinet gugurkan Rang Undang-Undang tukar agama anak



Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju menarik semula Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri itu, berkata rang undang-undang yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu sudah dibincang secara mendalam.
"Pandangan dari pelbagai sudut diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen BN.
"Berdasarkan itu, Kabinet bersetuju penarikan balik rang undang-undang itu perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya pada kenyataan petang ini.

Rafizi : Pegawai Tinggi SPR Sendiri Akui Daftar Pengundi Bermasalah


PETALING JAYA 5 JULAI : Cadangan seorang pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sendiri agar semua pengundi didaftarkan semula merupakan pengakuan bahawa daftar pengundi sekarang sarat dengan pengundi ragu.
SPR pengundi hantu selangor 01Juteru, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, SPR harus pertimbangkan cadangan itu dengan serius kerana pendaftaran semula 13 juta pemilih boleh menjamin daftar pengundi bersih dan berwibawa.
Cadangan itu dikemukakan sendiri Pengarah SPR Sabah, Datuk Md Idrus Ismail kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah baru-baru ini.
“Kenyataan Pengerus SPR Sabah itu adalah adalah kenyataan yang amat kukuh yang dikeluarkan daripada seorang Pengarah SPR negeri dan beliau sendiri yang berpengalaman mengemukakan kenyataan itu dalam RCI,” kata beliau.
Rafizi berkata demikian dalam Sidang Media di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Saya mengalu-alukan kenyataan itu kerana ia selari dengan perjuangan menuntut daftar pengundi yang bersih,” kata beliau.
Rafizi berharap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dapat memberikan respon segera berhubung kenyataan itu.

Fanpage TV3 DIserang Kerana Gelar Dr.Mursi Sebagai Diktator


Laman fanpage rasmi TV3 Malaysia semalam dan hari ini diserbu ramai penonton kerana stesyen televisyen itu dikatakan menggelar Presiden Mesir, Dr Morsi, sebagai diktator.

Mereka juga menuntut permohonan maaf dibuat. Ramai yang memberikan fakta bahawa Dr Morsi adalah pemimpin yang berlandaskan Islam dan bukannya seorang diktator.


Kebiadapan TV3 yang amat keterlaluan menggelar Presiden Mesir yang sah dipilih rakyat secara demokrasi mengikut perlembagaan, Dr Mursi sebagai diktator itu juga telah mengundang amarah dari pendakwah muda yang tersohor kini, Ustaz Don Daniyal


SIAPA DR. MUHAMMAD MORSI SEBENARNYA?

BICARA SELEBRITI - USTAZ AZHAR IDRUS & SHAMSUL GAHU GHAU

Rafizi ups the ante on MACC: Questions unanswered & figures that don't jive with Minister's

80,000 sign petition demanding justice for Chee Gaik Yap

Al Jazeera's Hoda Abdel-Hamid reports from Cairo

Al Jazeera's Jamal Elshayyal reports from Nasr City

PRK Kuala Besut: Winnable candidate

Syed Abdullah Syed Osman ,
Plihan raya kecil yang di Kuala Besut akan diadakan tidak lama lagi. Oleh itu, hendaklah dibuat perancangan yang rapi termasuk calon yang akan dipilih untuk bertanding atas tiket parti PAS ini adalah seorang yang benar-benar berkaliber dan berpengaruh luar biasa bukan sahaja dikawasan itu tetapi popular dalam kalangan rakyat Terengganu sendiri.

Pilihan raya kecil kali ini bakal menentukan hala tuju Parti PAS dan menentukan kedudukan Kerajaan Terengganu sekarang. Bahkan besar kemungkinan dan tidak mustahil diadakan pilihan raya peringkat DUN.

Umno akan habis-habisan mempertahankan DUN Kuala Besut. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja menjaga maruah tetapi juga untuk mempertahankan Kerajaan BN di Terengganu. Oleh itu, BN akan meletakkan 'winnable candidate' dan yakin mereka akan menang berdasarkan kemenangan BN dikawasan itu sebelum ini. Justeru, mereka yakin akan menang dengan lebih bergaya lagi.

Calon PAS pula mestinya hendaklah orang yang benar-benar berpengaruh kerana kalau setakat calon yang lahir diKuala Besut sahaja atau setakat pemimpin biasa belum tentu dapat menarik pengundi diatas pagar. Jika PAS mahu menang, ia memerlukan tambahan sekurang-kurangnya 1500 undi lagi sebagai jaminan undi penentu itu nanti dan mereka ini yang dimaksudkan adalah terdiri daripada pengundi golongan muda. Mana-mana parti dapat memikat pengundi muda mempunyai harapan yang cerah untuk menang.

Saya yakin PAS mempunyai 'winnable candidate' bagi memastikan Kuala Besut dapat ditawan. Persoalannya siapakah agak calonnya yang mampu membawa 'orang muda' mengundi lambang bulan dalam pilihan raya kecil di Kuala Besut itu nanti?

Almarhum Ustaz Fadzil Noor mujaddid politik


IPOH: Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mempunyai pemikiran yang sangat menakjubkan, kata Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak, Fakhrulrazi Mokhtar.

Beliau berkata, Almarhum telah menjadikan PAS sebagai satu wadah perjuangan yang sangat mantap dan menjadi pilihan rakyat.

Kata beliau, idea Ustaz Fadzil iaitu konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional tertanya memberi kekuatan kepada PAS setelah beliau melihat betapa pentingnya peranan kedua-dua golongan itu yang masih-masing bermanfaat kepada umat Islam dan ummah.

Fakhrulrazi berkata, Almarhum sedaya upaya untuk memastikan kedua-dua golongan ini bergerak seiring di dalam jemaah untuk mewujudkan satu kekuatan yang tiada di dalam jemaah serta parti lain.

Jelas beliau, Ustaz Fadzil telah berjaya memimpin PAS yang berkonsepkan kepimpinan ulama di samping menyedari keperluan besar golongan profesional bagi menjayakan misi parti.

“Pemikiran Almarhum untuk memperkuatkan kerjasama pelbagai profesion dan bidang di dalam PAS telah berjaya menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan yang kuat dan hasilnya PAS semakin diterima masyarakat pelbagai lapisan sehingga hari ini.

Ucapan Mohammed Morsi selepas rampasan kuasa

Oleh Mohammed Morsi

Apa yang saya lihat sekarang, adalah bahawa terdapat percubaan terdesak untuk revolusi ini dicuri, supaya kita boleh kembali semula, jadi kita boleh mula semula, yg saya benar-benar menolak, saya tidak terima dan saya tidak bersetuju dengannya.

Dan saya telah mengarahkan kepada semua kuasa-kuasa, dalam institusi, pasukan keselamatan dalaman, dan angkatan tentera, bahawa peranan mereka dalam mengekalkan keselamatan negara, harus dijadikan satu peranan penting dan jelas, dan mereka menghentikan pertumpahan darah, dan mereka juga melindungi legitimasi, yang kita semua perolehi sebagai hasil daripada pilihan raya presiden dan sebelum itu pilihan raya Parlimen dan selepas itu referendum perlembagaan.

Jadi orang-orang, yang merupakan anak-anak negara ini, diminta untuk melindungi legitimasi dan untuk melindungi negara ini, dan legitimasi perlembagaan dan legitimasi undang-undang, dan bahawa suara rakyat, rakyat negara ini yang telah menegakan legitimasi ini, menjadi sebab untuk melindungi negara ini.

Tidak ada jalan lain daripada legitimasi perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa sekarang.

Kita mesti meneruskan ke arah pilihan raya parlimen, dengan langkah-langkah yang segera, untuk membentuk Parlimen baru.

Diktatorkah Sultan Abdul Hamid ke-II?

Selepas menaiki takhta pada tahun 1876, Sultan Abdul Hamid II, telah melakukan pelbagai transformasi khususnya perundangan.
(Gambar) Sultan Abdul Hamid II semasa berhadapan dengan rombongan yang membawa watikah pemecatan beliau daripada jawatan khalifah (1909M)

Baginda telah memperkenalkan Perlembagaan Baru dengan format Parlimen yang lebih tersusun dan semasa (First Constitution Era 1876-1877M). Krisis antara baginda dan Midhat Pasha selaku Perdana Menteri ‘durjana’ yang sangat berkuasa, hutang negara yang begitu membebankan serta pelbagai masalah tempatan, ‘regional‘ dan antarabangsa meletakkan Sultan Abdul Hamid II dalam keadaan yang amat sukar untuk menyelamatkan Daulah Uthmaniah.

Namun kebijakan beliau mendapatkan kerjasama Midhat Pasha, golongan Uthmaniah Muda (Young Ottoman) serta mengusir campur tangan Barat secara yang sangat diplomatik tetapi tegas, baginda berhasil menggerakkan momentum yang diperlukan.

Akan tetapi, peperangan yang tercetus antara Daulah Uthmaniah dan Rusia telah memaksa Sultan Abdul Hamid II tunduk dan menandatangani perjanjian San Stefano (Yesilkoy) pada tahun 1878.

Situasi ini telah memburukkan keadaan.

Rusia memperoleh banyak wilayah di timur Anatolia, juga penyerahan daerah-daerah Aegean kepada Bulgaria, kuasa autonomi buat Bosnia Herzegovina dan terlepasnya Serbia daripada wilayah Uthmaniah, baginda berada dalam keadaan yang amat tertekan.

Pada masa itulah Sultan Abdul Hamid II telah bertindak menggantung Parlimen, dengan tujuan meningkatkan efisyensi ‘chain of command‘ yang sangat sukar dicapai melalui persidangan yang caca merba. Tindakan baginda menggantung Parlimen itulah titik penting yang menyebabkan Sultan Abdul Hamid II difitnah sebagai DIKTATOR, SULTAN MERAH, OTOKRATIS dan pelbagai gelaran yang seumpama dengannya.

Benarkah beliau seorang diktator?

PRK Kuala Besut: SPR tiada kuasa jika DUN ‘tergantung’, tidak benarkan siaran langsung RTM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan proses seterusnya jika keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut nanti sama banyak di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jika Adun BN dan Adun PR sama banyak, SPR tiada kuasa bagi menentukan proses seterusnya.
"Adun di kedua-dua pihak harus membuat keputusan semasa persidangan DUN seperti memilih Speaker dan sebagainya. Jika hal itu masih belum selesai, saya percaya Sultan Terengganu akan campur tangan dan jika masih berlarutan, satu PRK lagi akan diadakan," katanya di sidang media di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini. SPR mengakui bahawa badan itu terlepas pandang kerana membiarkan kerusi di sesetengah kawasan pilihan raya berada pada angka genap.
"Antara kriteria penting yang akan diambil kira semasa persempadanan nanti, mana-mana negeri yang mempunyai bilangan kerusi genap, akan diganjilkan," tambah Abdul Aziz.

Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Morsi Didakwa Badan Kehakiman Isnin ini

Ratusan ribu penduduk Mesir tuntut presiden Mursi untuk mundur.KAHERAH - MESIR. Sumber kehakiman mendakwa, pihak pendakwaan bakal menyoal siasat Presiden Mohamed Morsi dan puak-puaknya, Isnin ini di atas caj menghina badan kehakiman.

Antara pemimpin Ikhwan Muslimin lain yang bakal didakwa termasuklah Ketua Politik, Saad al- Katatni, Mohamed al- Beltagui, Gamal Gibril dan Taher Abdel Mohsen.

Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penyingkiran Morsi dari jawatan presiden, Rabu lalu selepas berlaku protes besar-besaran oleh kumpulan anti-Morsi yang mahu pemimpin itu digulingkan.

Selepas penyingkiran Morsi, Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour pula bakal menjadi presiden interim negara itu.

Morsi dan pemimpin kanan lain turut diharamkan daripada disiasat dalam penglibatan jenayah mereka semasa dipenjarakan pada tahun 2011. 


Adli Mansur cipta sejarah Kristian pertama memerintah Mesir kerana kebodohan Dr.Ahmed Mehran

Amru Ibn Al A’s   R.A. membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah Khalifah (Omar Ibn Al Khattab) RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja!

Mulai semalam,

Mesir diperintah sementara  oleh seorang pemimpin Kristian bermazhab Qubty yang dinamakan Adli Mansur.

Tidak hairanlah media Israel mengalu-alukan langkah ini dan memanggilnya "pembebasan buat Mesir dan kembali ke landasan yang betul", dan Bashar Assad "menyambut acara-acara baru yang dijanjikan di Mesir" dan Nasrullah memanggilnya "Memperbaiki revolusi Mesir" manakala Mr.Obama mengatakan bahawa dia "bimbang" mengenai keadaan di Mesir!

Inilah hasil yang diperoleh oleh sekelian tamarood yang diasaskan oleh seorang muslim. Beliau bersungguh-sungguh ke sana ke mari dengan melakukan pelbagai tugasan sebagai balaci kepada musuh Islam. Bongok punya Dr.Ahmed Mehran... Mengapa ko tak mampus sejak kecik dulu????  wakaka

Pandangan UZAR Mengenai MESIR.

 Pandangan peribadi saya berkenaan hal Mesir :
 
1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. 
Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.
 

2. Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.
 

3. Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berpuak dan membantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang ala diktator dari pemimpin yang AMANAH DAN BAIK bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undnag-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi. 

Mohammed Morsi supporters took to the streets

Gelombang penyokong Morsi sedang banjiri Bulatan Rabiah


Penyokong Presiden Mesir Muhammad Mursi solat berjamaah bermohon untuk menyelamatkan presiden Islam tersebut di Lapangan Masjid Raba El-Adwyia, Kaherah, Rabu (3/7). (REUTERS/Khaled Abdullah )
Suasana kota Kaherah pada Khamis pasca-penggulingan Presiden Mohammad Mursi secara relatifnya tenang, namun warga Ikhwanul Muslimin pendukung Mursi bergelombang menuju Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah, Kaherah Timur.

Gelombang massa dari Ikhwanul Muslimin itu mulai datang pada petang Khamis waktu tempatan.

"Mursi pahlawan kami, Badie pemimpin kami," teriak orangramai, merujuk pada penggulingan Presiden Mursi dan penangkapan terhadap Mursyid/Pemimpin Tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie.

Mursi dikenai tahanan rumah segera setelah penggulingannya pada malam Rabu (3/7), sementara Badie dan Wakil Moursyid, Khairat Al Shater ditangkap pada hari Khamis atas perintah mahkamah.

Kedua pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin itu dituduh bertanggung jawab atas terkorbannya lapan orang dalam aksi penyerbuan dari pendukung pembangkang terhadap Markas Besar Ikwanul Muslimin di Daerah Moqattam, Kaherah awal minggu ini.

Guling Morsi: Cita-cita AS tercapai?

krisis MesirMOHAMED Morsi, pemimpin berjiwa rakyat dan juga seorang hafiz, diangkat sebagai Presiden Mesir melalui pilihan raya bebas pertama dalam sejarah negara itu akhirnya digulingkan, dalam rampasan kuasa kedua di Mesir, kelmarin.

Tarikh itu genap setahun beliau dipilih sebagai presiden, 30 Jun tahun lalu, selepas protes besar-besaran rakyat menggulingkan Hosni Mubarak yang memimpin Mesir secara kuku besi selama 30 tahun pada Februari 2011.

Morsi menerima undi 13.2 juta, iaitu 51 peratus undian semasa pilihan raya tahun lalu, menewaskan pesaingnya, Ahmed Shafik yang juga perdana menteri era pemerintahan Mubarak.

Persoalannya, adakah rakyat dahulunya menyokong Morsi dan partinya Ikhwanul Muslimin berpaling tadah terhadap pemimpin mereka?

Atau adakah Morsi menjadi mangsa terbaru dalam percaturan politik kuasa luar di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan melalui pemberontakan berterusan rakyat Mesir dengan sokongan tentera negara itu?

Akaun RM 332 juta: Liang tidak berani ulang tuduhan terhadap Anwar di luar Parlimen

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Liang Teck Meng yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai akaun pesisir luar bernilai RM332 juta tidak bersedia untuk mengulangi tuduhannya di luar Parlimen - di mana beliau tidak akan diberikan perlindungan undang-undang.
“Pendedahan” Ahli Parlimen Simpang Renggam itu di Parlimen Selasa lalu, menimbulkan keraguan apabila beliau dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini, enggan menyahut cabaran untuk mengulangi tuduhan itu.
Liang ketika membahaskan ucapan Yang Dipertuan Agong, memberitahu Parlimen Anwar mempunyai lebih RM332 juta dalam akaun di 20 bank di Israel, China, Amerika Syarikat dan Singapura. Beliau mendakwa maklumat itu diperolehi berdasarkan kepada saluran Wikileaks.
Anwar dalam respon segeranya mencabar Liang mengulangi tuduhan itu di luar Parlimen di mana beliau tidak lagi diberikan imuniti terhadap tindakan tuntutan undang-undang.
"Mengapa perlu saya memberi respon? Mereka mengalih fokus ucapan saya. Saya bercakap mengenai keselamatan negara," katanya hari ini.
Beliau juga menegaskan untuk berpegang kepada kenyataannya dan tidak akan menarik balik tuduhan itu.

PRK Kuala Besut: SPR Guna Dakwat Kekal Baru...!!!

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan mereka akan menggunakan jenis dakwat kekal baru yang kekal lebih lama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penggunaan dakwat kekal telah termaktub dalam undang-undang yang ditetapkan dan perlu dicalit pada jari pengundi sebelum kertas undi diberikan.
"Dakwat kekal akan terus digunakan, kecuali undang-undang dipinda. Dakwat kekal adalah syarat mengesahkan undi seseorang itu.
"Bagaimanapun dakwat kekal yang bebeza akan digunakan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat SPR pada Jumaat.
Abdul Aziz memberi jaminan, kandungan silver nitrat yang terkandung dalam dakwat kekal yang baru mampu bertahan lebih lama daripada yang digunakan pada PRU-13.
"Kita ambil pertimbangan daripada kelemahan yang telah berlaku sebelum ini.
"Hasil maklumat yang kita terima pada 'post mortem' yang lalu, kita akan ambil kira mengenai ketahanan dakwat kekal itu, aduan ianya lambat kering dan mengakibatkan kertas undi kotor," katanya.
Ketika ditanya adakah SPR masih menggunakan pembekal yang sama untuk dakwat kekal yang baru itu beliau berkata, pembekal yang berlainan akan digunakan, siapa dan dari mana ia diambil tidak boleh dimaklumkan kepada umum.
"SPR dalam proses menempah bekalan dakwat itu. Kita harap kita akan dapat yang lebih baik dan elak kelemahan," katanya.

TAPAH MURDER: Are police shielding MIC leaders - PKR wants answers

Taib has a lot to hide, Najib "powerless" to stop him - Rafizi

Lynas - Tidak Terima Jawapan Menteri

EC pledges to use better indelible ink from different supplier for by-election..ha..ha..ha...!!!

Egypt braces for pro-Morsi protests

EC announces Kuala Besut by-election date

PRK N01 KUALA BESUT : Penamaan Calon 12/7 (Jumaat), Hari Undi Awal 20/7 (Sabtu), Hari Undi Biasa 24/7 (Rabu)

 
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai, 
pengundian awal 20 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai 2013 - SPR

Hari Penamaan Calon 12/7/2013 (Jumaat) 
Hari Pengundian Awal 20/7/2013 (Sabtu) 
Hari Mengundi Biasa 24/7/2013 (Rabu)

Daftar Pemilih Induk 2011 Dan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku 1/2012-4/2012 Serta Suku 1/2013 Seramai 17683 Pemilih 
[16,534 (Biasa), 1,134 (Askar & pasangan), 14 (Polis), 1 (Pengundi tidak hadir) ]
 Digunapakai
Pada PRK N01 Kuala Besut 

 

Morsi: Dipilih secara demokratik, diturun secara jijik oleh Zionis Mesir


Ketika Mubarak diguling oleh rakyat Mesir dan mereka tercari-cari bakal Presiden Mesir yang baru, Majlis Syura Ikhwan Muslimin (IM) telah membuat keputusan untuk tidak terlibat dalam pemilihan bagi mengisi kekosongan kerusi Presiden tersebut. Sebaliknya IM menyatakan bahawa mereka ingin terlibat dalam membangunkan kembali Negara Mesir dengan secara aktif terlibat di Parlimen bagi membentuk dasar-dasar dan polisi-polisi yang akan menguntungkan rakyat Mesir.

Dalam pilihanraya Parlimen Mesir yang pertama selepas kejatuhan Hosni Mubarak , Freedom and Justice Party (FJP), sayap parti politik IM, telah memenangi jumlah kerusi tertinggi. FJP telah memenangi 235 kerusi daripada 498 kerusi yang dipertandingkan. Ini merupakan penguasaan 47% daripada keseluruhan kerusi Parlimen.

IM telah mengambil pendekatan yang sederhana seperti yang yang dituntut oleh Islam. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan banyak membimbing umat dan amat bersifat inklusif. Antaranya adalah bahawa mereka akan bekerjasama dengan semua parti untuk sama-sama membangunkan negara Mesir baru. Pada ketika itu penulis telah berpeluang untuk mengadakan temuramah dengan salah seorang Naib Murshid Am IM, Dr Mahmoud Ezzat yang telah melakukan lawatan ke Malaysia pada bulan Januari 2012. Artikel tersebut telah disiarkan oleh Malaysia Harmoni: http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1467

Hasrat IM untuk tidak terlibat bagi mengisi kerusi Presiden Mesir ini telah mendapat pelbagai reaksi rakyat Mesir termasuk anggota dan pimpinan IM sendiri. Antaranya adalah anggota Majlis Syura IM pada masa itu, Dr. Abdel Moneim Aboul Fotouh yang telah secara terbuka membantah keputusan tersebut. Beliau berpandangan tindakan IM tersebut adalah tidak progresif dan melangkah ke belakang. Beliau akhirnya dipecat keanggotaannya dalam IM.

Walaubagaimanapun apabila pilihanraya Presiden semakin hampir, atas keperluan dan tuntutan semasa,  IM telah merubah keputusan awalnya dan kemudiannya bersetuju untuk menghantar calon untuk bertanding. Melalui FJP, IM telah menghantar dua calon iaitu Dr Khairat Al-Shater dan Dr Muhammad Morsi sebagai calon tambahan kerana dirasakan bahawa kemungkinan besar Dr Khairat Al-Shater tidak akan melepasi penapisan kelayakan untuk bertanding dan itulah yang berlaku.

Akhirnya seperti yang kita maklum Dr Morsi telah memenangi pilihanraya tersebut dan telah menjadi Presiden Mesir yang pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

Najib Gagal - Mengingatkan Najib Tentang Kegagalan Dan Tradisi Umno Menolak Pemimpin Yang Gagal

Pilihanraya ke 13 baru saja berakhir. Walaupun menang dengan 133 kerusi dan masih mengekalkan kuasa tetapi semua orang lebih banyak bercakap mengenai kegagalan BN dan Najib. Tun Mahathir sendiri dalam ulasan awalnya mengenai keputusan pilihanraya, tidak menyangka Najib lebih teruk daripada Pak Lah manakala Tun Daim pula menyalahkan penasihat-penasihat Najib atas keputusan buruk ini.
Dan bayangkan keputusan PRU 13 jika tanpa bantuan Mahathir dan Daim. Pastinya keputusan lebih buruk dan mungkin sudah menjadi pembangkang hari ini.
Setelah menghasilkan buku Najib Perdana Menteri Terakhir, Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum pilihanraya lalu, penulis kini tampil dengan buah tangan terbaru yang bertajuk Najib Gagal.
Buku ini memperhalusi pelbagai aspek kegagalan yang diraih Najib hasil keputusan pilihanraya umum yang lalu yang tidak pernah  dianalisa oleh mana-mana pihak sebelum ini. Buku ini juga ingin mengingatkan Najib bahawa beliau sebenarnya mengulangi sejarah buruk BN hilang undi popular pada pilihanraya 1969 dan menambah-burukkan  jumlah kerusi BN kepada 133 berbanding 140 yang dicapai oleh Pak Lah pada 2008. Berdasarkan pencapaian buruk Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 1969 dan Pak Lah  pada 2008, kedua-dua pemimpin itu ditolak kemudiannya kerana UMNO berpendapat pemimpin yang gagal meraih 2/3 majoriti dan tidak mampu mengekalkan undi popular adalah dianggap pemimpin yang gagal.

MB: SYABAS guna NRW beli kereta, baiki pejabat



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan kadar air tanpa hasil (NRW) mendorong kerajaan negeri membekukan perbelanjaan modal kepada syarikat itu.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan RM784 juta kepada SYABAS dalam tahun 2011 seperti termaktub dalam perjanjian konsesi bagi membantu mencapai sasaran mengurangkan NRW kepada 20 peratus.

Namun, sehingga kini kadar NRW SYABAS tetap kekal melebihi 33 peratus, dakwanya.

Menurutnya, SYABAS hanya menggunakan 32 peratus daripada wang tersebut untuk mengurangkan NRW.

"Yang lain, mengikut audit negara diguna untuk membeli kereta dan membaiki pejabat-pejabat yang tiada kena mengena dengan NRW itu," katanya di sidang DUN Selangor pagi ini.

Muslim Brotherhood calls for demonstration


Friday's protest could be a gauge of Morsi's support base [Reuters]
The Muslim Brotherhood has called for mass protests in response to the military coup that led to the fall of former President Mohamed Morsi.
An Islamist coalition, led by the Brotherhood, urged people on Thursday to take part in a "Friday of Rejection" protest following weekly prayers.
The call is being seen as a test of whether Morsi still has a support base in the country, and how the army will deal with it.
Egypt's army released a statement later on Thursday on its Facebook page, saying that everyone had a right to peaceful protest, but that right should not be abused.
Excessive protests, the army warned, could lead to civil unrest, while re-iterating that it was not targeting any political group.
"Wisdom, true nationalism and constructive human values that all religions have called for, require us now to avoid taking any exceptional or arbitrary measures against any faction or political current," the statement said.
Glorious revolution

TV3 GELAR DR.MURSI DIKTATOR, JOM TENGOK APA PULA SINAR HARIAN GELAR DR. MURSI


Tahniah Sinar Harian anda bukan penyambung lidah yahudi.......

Malaysia perlu tolak kerajaan tentera Mesir

Mohd Azmi Abdul Hamid
MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan kerajaan Malaysia perlu menolak kerajaan tentera Mesir yang melakukan rampasan kuasa dan mengkhianati hasrat majoriti rakyat Mesir yang telah memileh Mohamed Morsi sebagai presiden Mesir secara demokratik dalam pilihan raya yang sah pada 2012 yang lalu.

51 % rakyat Mesir yang memilih Morsi untuk menjawat kerusi Presiden  Mesir tidak boleh diketepikan dengan mendakwa rakyat menolak beliau atas alasan demonstrasi yang diadakan yang tidak mewakili 3 % pun dari rakyat Mesir .

Dengan hanya beberapa ribu yang menunjuk perasaan anti Morsi berbanding jutaan yang menyatakan sokongan kepada Morsi tidak melayakkan beliau dijatuhkan oleh tentera dengan cara rampasan kuasa.

Jika Kerajaan Malaysia menerimanya bermakna Malaysia menolak demokrasi yang mengabsahkan kehendak rakyat majoriti dalam sistem demokrasi.

Tipu PRU13: Suara hati penyokong PAS

Ahmad Lutfi Othman,
Saya cuba mencari ruang untuk merakamkan pandangan penyokong akar umbi PAS dan Pakatan Rakyat, termasuk yang temui semasa perarakan Black505, 22 Jun lalu. Kebanyakan mereka datang dari luar ibu kota, mewakili hampir seluruh pelosok tanahair, dan mempunyai keprihatinan yang cukup tinggi dalam usaha memperkasakan parti menjelang PRU14.

"Kita memang patut teruskan bantahan terhadap SPR dan lebih bertegas mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan, tetapi jangan lupa pula bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi parti, terutama di kawasan majoriti Melayu," kata seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai aktivis PAS dari Johor. Beliau datang berkumpulan, bersama lebih 20 rakan yang mahu Parti Islam terus diperkasakan, dengan disiplin ahli-ahli yang lebih ketat.

"Eloklah dalam tempoh empat atau lima tahun ini, terutama untuk dua tahun pertama," tambah rakannya yang kelihatan lebih muda, mungkin dalam usia awal 20-an, "kita perbetulkan apa yang silap, koreksi kelemahan diri, periksa mengapa sokongan pengundi Melayu masih terbatas. Ia bukan hanya menyentuh PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan. Persepsi negatif pengundi juga disebabkan oleh kenyataan dan tindakan kita sendiri."

Beliau sempat membisikkan rasa terganggu dengan situasi menjelang muktamar PAS, November ini. "Tapi lebih elok bersaing secara sihat dalam pemilihan kali ini, daripada berbalah dekat PRU14 nanti," katanya, ketawa kecil. "Saya nampak ada bibit-bibit perpecahan disebabkan isu-isu yang ditimbulkan agak personal dan kontroversial," sambungnya, perlahan.

"Biasalah," pintas saya, "PAS sebuah parti besar, ahli-ahlinya mewakili masyarakat yang lebih kompleks, kita patut lebih profesional menguruskan perbedaaan pendapat dan kemajmukan idea. Kalau nak menang, PAS tidak boleh terpisah daripada kerencaman dalam negara kita, itu belum kira Sabah dan Sarawak lagi."

Pertahankan Demokrasi, Hormati Pilihan Rakyat

Abdul Hadi Jusoh

Sehari dua ini kita dikejutkan dengan satu rampasan kuasa ‘ala rimba’ terhadap sebuah kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat melalui sistem pilihanraya. Saya percaya, kejatuhan Kerajaan Mesir dibawah pimpinan reformis Dr. Morsi di tangan pihak tentera, telah membuakkan emosi kemarahan dan kebimbangan umat Islam seluruh dunia.
Namun, jika ditelusuri pasti ada hikmah di sebalik kepahitan yang terpaksa dialami oleh saudara-saudara kita di bumi anbiya sana. Semuanya adalah dalam pengetahuan Allah SWT, yang tidak akan sesekali menjadi penyebab kepada kezaliman kepada mana-mana makhluk ciptaan-Nya. Hatta, seekor semut sekalipun pasti akan terbela haknya.
Pasti ada sesuatu kenapa Allah SWT ‘menarik semula’ satu kemenangan yang telah diraih berdasarkan jalan demokrasi, yang memberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka secara bebas. Tetapi akhirnya, diaibkan dengan satu rampasan kuasa oleh pihak-pihak yang dulunya sama-sama mahu mempertahankan prinsip demokrasi untuk menjatuhkan diktator bekas Presiden Hosni Mobarak satu ketika dulu.
Barangkali, asas kemarahan, kebencian dan kedengkian lebih menguasai pertimbangan untuk membuat pilihan pada waktu itu berbanding dengan niat dan hasrat untuk menggembalikan keadilan Islam yang sebenar di bumi Mesir gedung ilmu. Kerana, asas pertimbangan Allah SWT adalah kepada niat dan hasrat yang tersembunyi. Bukannya kepada yang dizahirkan, walaupun ia nampak begitu sempurna pada pandangan mata kasar kebanyakan manusia.
Barangkali itu jugalah, Allah SWT ‘menarik semula’kemenangan saudara-saudara kita di sana, agar ianya tidak menjadi penyebab kepada mudarat yang lebih besar kepada umat dan agama dikemudian hari. Terutama oleh kalangan mereka yang bersikap ‘opportunis’ yang menjadikan semangat dan kecintaan rakyat kepada Islam sebagai ‘kuda tunganggan’ untuk meraih habuan kebendaan setelah berkuasa kelak.

“Apa yang kerajaan ‘pakat’ dengan Lynas? – Fuziah

Fuziah SallehKUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan sama ada kerajaan Malaysia telah ‘berpakat’ dengan Lynas kerana kenyataan yang bercanggah berhubung bahan buangan sisa toksik radioaktif.
Fuziah membandingkan kenyataan media Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).
Menurut Fuziah, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menyatakan Lynas wajib mengeluarkan sisa radioaktif dari Malaysia.
“Maksudnya AELB dan Mosti berkata, sisa mesti dikeluarkan daripada Malaysia. AELB menyatakan Lynas telah memberi surat terima untuk mengeluarkan sisa daripada Malaysia,” kata Fuziah di Dewan Rakyat hari ini.
Namun menurut Fuziah, dalam syarat Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) Lynas perlu menyediakan tapak pelupusan sisa kekal (PDF) dalam masa 10 bulan.
Justeru Fuziah menyimpulkan, berdasarkan syarat tersebut, tapak pelupusan sisa kekal berada di negara ini.
“Bila kita tanya dimana tapak PDF, ia tidak diberitahu. Kalau (sisa) kena bawa keluar negara, ia perlu dibawa keluar negara.
“Sekarang, timbul laporan daripada Lynas untuk mengitar semula sisa dalam bentuk baja, nak buat jalan, nak buat gypsum boards.
“Ini bercanggah dan berbeza. Rakyat Malaysia dan Kuantan khususnya perlu tahu. Apa yang sebenarnya berlaku. Kerajaan dah ‘pakat’ dengan Lynas?, soal Fuziah

Majlis Peguam bangkang cadangan undang-undang baru ganti EO

Majlis Peguam Malaysia membidas cadangan kerajaan untuk menggubal undang-undang baru bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) kerana bimbang undang-undang itu bakal menjadi replika EO yang sekadar ditukar kepada nama baru.
Pengerusinya, Christopher Leong, membangkang undang-undang baru ala EO dikembalikan terutama jika ia hanya undang-undang lama tetapi `dipakaikan baju baru' menggunakan nama lain.
"Majlis Peguam belum melihat dan tidak tahu isi kandungan dan cadangan undang-undang baru itu. Apa yang penting, kami tidak bersetuju jika ia sama seperti EO. Undang-undang itu tidak boleh diterima kerana ia terdedah kepada penyalahgunaan," katanya.
Malah, katanya, kerajaan mengakui bahawa EO membawa mudarat kepada rakyat hingga menyebabkan ia dimansuhkan di Parlimen, tahun lalu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berhubung keputusan kerajaan menggubal undang-undang baru bagi menggantikan EO dan Akta Kediaman Terhad berikutan peningkatan kadar jenayah dalam negara selepas pemansuhan EO.
Leong berkata, pihak berkuasa belum menunjukkan data dan bukti ketara mengaitkan peningkatan jenayah jalanan dengan pemansuhan EO.

Munajat selamatkan Mesir di Masjid Negara hari ini

KUALA LUMPUR: Satu himpunan bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera terhadap kerajaan mesir pimpinan presiden Mohamad Morsi akan diadakan hari ini.

Himpunan yang dinamakan Munajat Perdana Selamatkan Mesir akan diadakan di Masjid Negara sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) ini turut akan dihadiri pimpinan utama parti-parti politik, NGO Islam serta aktivis hak asasi.

Dalam satu kenyataan pagi ini, DPPWP menyeru semua umat Islam perihatin untuk turun bersama menolak tindakan rampasan kuasa sekaligus menyatakan solidariti terhadap Dr Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi yang sah.

Sekatan masuk ke Malaysia Timur Oleh Kerajaan BN menimbulkan persoalan

Sekatan masuk terhadap aktivis terkemuka dari British ke Sarawak beberapa hari lalu menimbulkan tanda tanya kerana negeri itu dan Sabah terbukti menjadi “deposit tetap” gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).
Maka, mengapa mereka menjadi begitu gelisah sehingga mengharamkan enam tokoh pembangkang terkemuka setakat tahun lalu termasuk Nurul Izzah Anwar dan Datuk Ambiga Sreenevasan, sebelum mengharamkan Clare Rewcastle Brown pada Rabu lalu daripada memasuki negeri itu.
Apabila ditanya mengenai keengganan Malaysia Timur membenarkan kemasukan aktivis - semua daripada mereka adalah rakyat Malaysia kecuali Rewcastle, Datuk Dr Ewon Ebin dari BN hanya mengatakan kerajaan negeri di Malaysia Timur bertindak "mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan" negeri mereka.
“Mereka bukan suka-suka menghalang kemasukan semua orang. Mereka mempunyai sebab,” kata Ahli Parlimen Ranau itu, enggan memberikan komen lanjut.
Rewcastle, yang juga adik ipar bekas perdana menteri Britain Gordon Brown, datang ke Sarawak untuk memberi keterangan dalam saman fitnah yang digambarkan sebagai disusun terhadap beliau.
Beliau adalah bekas wartawan BBC dan kini bertugas sebagai editor laman web pendedah maklumat Sarawak Report dan Radio Free Sarawak.
Clare kemudian menerima notis dari Jabatan Imigresen yang menghalangnya daripada memasuki Sarawak dan hampir tiga jam selepas itu, beliau dihantar pulang ke Singapura untuk mengambil penerbangan ke London.
Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan pula melontar pertanyaan: "Apa bentuk ancaman yang dibawa beliau kepada Sarawak. Jika dia seorang pengganas, mungkin kita boleh faham. Dia disaman, kemudian dihalang masuk ke Sarawak untuk kes pembelaannya. Ini betul-betul mengarut.”
"Apa jenis imej yang cuba dipapar kepada dunia? Inikah bentuk layanan sesebuah negara demokratik kepada orang luar?” katanya.

TV3 BIADAP: USTAZ DON DANIYAL KECAM TV3 KERANA MENGGELAR PRESIDEN MESIR DR MORSI AL HAFIZ, SEBAGAI DIKTATOR..!!

Kebiadapan TV3 yang amat keterlaluan menggelar Presiden Mesir yang sah dipilih rakyat secara demokrasi mengikut perlembagaan, Dr Morsi sebagai diktator mengundang amarah dari pendakwah muda yang tersohor kini, Ustaz Don Daniyal.

Luahan hati di paparkan di laman sosial FBnya.

Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Morsy yang merupakan seorang pemimpin islam, tetapi ana sangat sedih dengan kenyataan ini TV3 menggelar beliau sebagai diktator.

Apa ini?
Tolonglah..

Dia seorang pemimpin islam yang berani menegakan yang Haq malah Al Hafiz.


Ya Allah.
Engkau jagalah pemimpin islam di mesir iaitu Dr Morsi Al Hafiz..

Engkau berikan kekuatan kepada dia. Kuatkan keimanan beliau. .

Ana nasihatkan kepada media dimalaysia.

Tentera islam bukan pemberontak tetapi mujahidin menegakan syria islam..ubahla. Takbir

KENALI SIAPA DIA PRESIDEN DR MOHAMED MORSI AL HAFIZ YANG DIGELAR TV3 SEBAGAI DIKTATOR!

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Zionis Mesir Mengulingkan Kerajaan Islam Mesir.....!!!


Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera.

Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan.

Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan.

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua .

Media Malaysia melabelkan Dr Mursi sebagai diktator. Apakah pula komen PM Malaysia mengenai rampasan kuasa di Mesir?


Tinggal kenangan...Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir di Cairo selepas lawatan beliau ke Gaza.

 Media Malaysia melabelkan Dr Mursi sebagai diktator. Apakah pula komen PM Malaysia mengenai rampasan kuasa di Mesir?

PRK Kuala Besut: Ustaz lawan Ustaz ?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut besar kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan dua ustaz antara calon Umno dan PAS apabila nama yang paling popular meniti di bibir kalangan penyokong kedua-dua parti itu adalah personaliti ustaz atau mereka yang mendalami bidang agama Islam.
Calon yang paling popular di kalangan penyokong Umno adalah Nik Yusniza Nik Ismail, bekas Kadi Daerah Besut yang kini bertugas sebagai Pegawai Agama di Dungun.
Di pihak PAS pula, dua daripada tiga nama senarai pendek yang dikemukakan PAS dikatakan juga golongan ustaz.
Dua nama itu ialah bekas Adun Kuala Besut (1999), Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad manakala seorang lagi ialah Bendahari PAS Besut, Azlan Yusof.
Daripada 13 pilihan raya umum (PRU) dan satu PRK di Kuala Besut, PAS pernah memenangi empat kali iaitu pada PRU 1959, PRU 1969, PRU 1974 dan PRU 1999.
"Oleh itu, peluang untuk PAS menang dalam pilihan raya ini adalah cerah," kata Ketua Ulama PAS Terengganu yang juga tokoh PAS Besut, Husein Awang.
Husein pernah bertanding di DUN Kuala Besut dalam PRU 1990 tetapi tidak berjaya. Beliau kalah dengan majoriti hanya 246 undi sahaja.
Pada 1959, calon PAS yang menang ialah Mohamad Senari, Mohamad Said menang pada 1969, Husein Jusoh menang (1974) manakala pada 1999 kerusi itu dimenangi Nik Zawawi Nik Salleh.
Bagi Husein, yang pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu (1999 - 2004), semangat penyokong PAS untuk memastikan parti mereka menang dalam PRK ini amat tinggi.
"Semua mahu PAS menang untuk melihat apa akan berlaku apabila dalam DUN ada 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN dan 16 Adun Pakatan," katanya.

PRK Kuala Besut: Calon BN team Idris? Mat Said kena cantas lagi.....

PRK Dun Kuala Besut KUALA TERENGGANU – Pembangkang menjangka calon diketengahkan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK ) Dun Kuala Besut ini dipilih dari ‘kem’ Datuk Seri Idris Jusoh.

Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, perkara itu cukup jelas melalui pelantikan Ketua Umno Bahagian Besut itu sebagai Timbalan Pengarah PRK Dun Kuala Besut, seolah-olah mengetepikan kredibiliti Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Beliau berkata, perkara itu bukan sahaja mengejutkan beberapa pemimpin Umno, tetapi ada turut kecewa Ahmad tidak dilantik sebagai timbalan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah PRK di kerusi N1 itu.

“Adakah ini menandakan perselisihan di antara dua pemimpin ini masih berlanjutan? Melalui maklumat yang ada kita dimaklumkan bahawa Adun yang meninggal itu merupakan 'orang' Ahmad Said.

Guru, pelajar MTT solat hajat untuk Mesir


KUALA TERENGGANU: Guru-guru dan para pelajar Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Kampung Tok Jiring, dekat sini mengadakan solat hajat memohon keselamatan kerajaan Islam Mesir di bawah pimpinan parti Ikhwanul Muslimin, hari ini.

Solat hajat tersebut dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,Datuk Abu Bakar Chik yang juga memberi penerangan ringkas perkembangan politik semasa di Mesir.

Katanya, apa yang berlaku di Mesir turut dirasai oleh semua gerakan Islam seluruh dunia termasuk di negara ini kerana Ikhwanul Muslimin pilihan rakyat.

“Kita sangat rasa dukacita dan sedih dengan tindakan pihak tentera yang mungkin berkompromi dengan pemberontak untuk menjatuhkan kerajaan Islam Mesir di bawah kepimpinan parti Ikhwanul Muslimin,” ujarnya.

MUKA PENGKHIANAT: TENGOK WAJAHNYA YG MEROSAK KUASA ISLAM INI..

Adly Mansour
Presiden haram mesir yg merampas kuasa dari morsi.

 
Jeneral mesir yg haram jadah merampas kuasa dari morsi.