Khamis, 4 Julai 2013

Al Qur'an Memujuk Kita Kembali Kepada Dataran Allah - Dato Dr MAZA

Morsi Diguling: Kerajaan Arab Saudi Mengucapkan Tahniah Kepada Pemimpin Baru Mesir

Kerajaan Arab Saudi, Raja Abdullah telah menghantar ucapan tahniah kepada Canselor Adli Mansour, Presiden Mesir. Pada hari Rabu petang, Mesir ketua tentera Abdel Fattah Al-Sisi menggulingkan Presiden Muhammad Morsi dan mengisytiharkan ketua Mahkamah Perlembagaan pemimpin penjaga Agung. 

Dalam mesej kepada Mansour, Raja Abdullah merayu kepada Tuhan untuk membantu beliau "bahu tanggungjawab 'yang diberikan kepadanya dan untuk mencapai harapan kaumnya. Pemimpin-pemimpin agama Islam dan Kristian terkemuka Mesir yang disokong satu peta jalan tentera yang ditaja yang digantung perlembagaan dan dipanggil untuk pilihan raya presiden dan parlimen awal. 

Ahmed Al-Tayeb, Grand Sheikh Al-Azhar, dan Paus Tawadros, ketua Gereja Koptik, kedua-dua membuat kenyataan ringkas berikutan pengumuman oleh ketua angkatan tentera yang menggulingkan presiden yang dipilih. Tawadros berkata pelan itu menawarkan wawasan politik dan akan memastikan keselamatan bagi semua orang Mesir. 

Morsi mengecam tindakan tentera sebagai "haram" dan menggesa Mesir untuk "aman menentang rampasan kuasa seperti yang dia sendiri akan lakukan," kata seorang pembantu kanan kepada AFP. Pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei berkata pelan yang diumumkan oleh Sisi "memenuhi tuntutan masyarakat untuk pilihan raya presiden awal." 

Langkah ini tentera dramatik datang selepas berjuta-juta orang Mesir turun ke jalan-jalan untuk memanggil untuk menjatuhkan beliau, menuduh beliau mengkhianati revolusi 2011 yang membawanya kepada kuasa. 

ElBaradei berkata revolusi Spring Arab tahun 2011 telah dilancarkan semula dengan pengumuman pelan tentera yang ditaja. 

Arab news.

Kebolehan Dan Kehebatan Utusan..dulu, kini dan selamanya..!!!

Ini lah kebolehan dan kejaguhan yang ada pada utusan malaysia, menaburkan fitnah je... Kali ni kes bekas menteri besar Perak DS iR Nizar.

Bekas menteri besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin telah dianugerahkan RM250, 000 oleh Mahkamah Tinggi oleh Kuala Lumpur hari ini sebagai ganti rugi dalam saman terhadap Utusan Malaysia atas kereta WWW1 beberapa isu plat.

Kempen 100,000 Tandatangan Adakan Polis Bantuan Selangor

ng suee lim samsudin kempen polis bantuan 01
SHAH ALAM 4 JULAI : Adun Pakatan Rakyat Selangor telah melancarkan kempen mendapatkan 100,000 tandatangan bagi mendesak Kerajaan Persekutuan meluluskan pembentukan polis bantuan di negeri bagi membanteras jenayah yang semakin berleluasa.
Tandatangan-tandatangan itu akan dihantar ke Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar.
Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata Kerajaan Negeri pernah mengutarakan cadangan itu pada Februari 2011 tetapi ia disambut dengan respon sambil lewa oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Malah, dakwa Weng San, Hishammuddin menggunakan alasan bahawa kadar jenayah Selangor kian menurun untuk menolak tawaran Selangor untuk menyediakan pasukan polis bantuan.
“Jika Kerajaan Pusat tidak mahu meluluskan cadangan Kerajaan Negeri maka seharusnya Kerajaan Pusat menubuhkan sendiri polis bantuan kerana bilangan anggota polis yang ditugaskan tidak cukup untuk memantau jenayah.
“Nisbah anggota polis dan rakyat yang disyorkan oleh Interpol adalah satu anggota polis untuk 250 penduduk.
“Tetapi mengikut statistik 2011, Selangor mempunyai 11,700 anggota yang mana hanya 30 peratus bertugas pada satu sesi. Ia tidak cukup untuk menjaga penduduk,” katanya dalam sidang media di Bangunan Annexe, SUK, di sini.

MB : Selangor Tidak Setuju Rozali Ismail Dapat Ganjaran RM 33.4 juta

mb pc lobi DNS 4 jul 01
SHAH ALAM 4 JULAI : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor tidak bersetuju dengan pemberian pakej ganjaran sehingga RM 33.4 juta kepada pengerusi eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) Tan Sri Rozali Ismail.
Abdul Khalid turut berpendapat, sekiranya Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih penstrukturan air, nilai saham Rozali akan ditolak berdasarkan imbuhan atau ganjaran yang diterimanya itu.
“Saya rasa secara jelasnya rakyat Selangor tidak bersetuju.
“Jika kita dapat mengambil alih penstrukturan air, kita akan tolak gajinya berdasarkan “calculation of evaluation,” katanya ringkas selepas Persidangan Dewan Negeri Selangor, semalam.
Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas kenyataan sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) yang meluluskan cadangan pemberian pakej RM 33.4 juta kepada Rozali di dalam mesyuarat agung tahunannya.
Anak syarikat PNHB, Puncak Niaga sdn bhd (PNSB), adalah satu daripada empat syarikat yang mendapat konsensi mengurus perkhidmatan rawatan air di Selangor.

Pakatan bantah rampasan kuasa tentera, kembalikan demokrasi di Mesir

DSAI_MESIRKUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir dan menyeru supaya demokrasi dikembalikan di negara itu.
“Pada prinsipnya kita tidak menyokng kudeta, walaupun tentera meletakkan seorang (Hakim) Mahkamah Perlembagaan untuk jadi Presiden sementara,” katanya kepada pemberita di lobi palimen hari ini.
Anwar menegaskan, rampasan kuasa oleh tentera menafikan hak majoriti rakyat Mesir yang memilih kerajaan melalui pilihan raya yang bebas, telus dan diiktiraf.
“Kalau ada bantahan terhadap Presiden, rundingan (mesti) dibuat. Kalau ada jadual pilihan raya segera diadakan, mesti mengikut saluran demokrasi
“Mereka (rakyat Mesir) ada hak untuk persoalkan (Presiden) dan mereka boleh tuntut diadakan pilihan raya baru. Tetapi, tidak dengan rampasan kuasa oleh tentera,” katanya.

Mesir dan kejatuhan Morsi

Dr Mujahid Yusof Rawa,
Morsi Diguling

Semasa artikel ini ditulis Morsi iaitu Presiden Mesir pertama yang dilantik secara demokratik telahpun digulingkn oleh tentera. Ini berpandukan kepada kenyataan pihak Tentera bahawa Morsi sudahpun berada dalam tahanan rumah manakala pemimpin Ikhwan yang lain juga turut ditahan.

Di Medan Tahrir, penentang Morsi merayakan berita tersebut manakala perhimpunan pro-Morsi dan penyokong Ikhwan di Rabaa’ Adawiah masih terkejut dengan perkembangan ini. Namun respons penggulingan ini tidak akan berakhir begitu mudah malah Mesir dijangka akan berada dalam keadaan krisis yang panjang dan sekali lagi akan mendapat perhatian dunia.

Demokrasi Melampau

Adakah istilah ‘demokrasi melampau’? Sebelum revolusi rakyat pada 25 Jan 2011 rakyat Mesir tidak pernah memahami erti demokrasi kerana sejak penggulingan Raja Farouk oleh Gamal Abdul Naser dan kemudian Anwar Saddat yang mati di bunuh, Hosni Mubarak meneruskan legasi penguasaan tentera yang membenam demokrasi di Mesir.

Penguasaan tentera tidak hanya dalam bidang politik dan menentukan kepimpinan negara tetapi tentera menguasai hampir 40% agihan ekonomi Mesir. Penguasaan tentera hampir sukar untuk dihapuskan bagi membuka jalan kepada demokrasi untuk menentukan masadepan politik Mesir. Dua tahun setelah Mubarak dijatuhkan dengan kekuatan rakyat demokrasi seolah masih mencari wajahnya yang sebenar apabila Morsi menjadi mangsa demokrasi melampau.

Gambaran penggulingan Morsi seolah-olah memberi isyarat bahawa rakyat boleh buang siapa sahaja Presiden yang mereka rasa tidak layak walaupun Presiden Morsi dilantik secara demokratik dan terma perlantikannya hanya akan berakhir 3 tahun lagi.

Para analisis menggambarkan kebimbangan mereka apakah jaminan Presiden akan datang tidak akan diperlakukan dengan cara demokrasi melampau ini? Adakah di atas nama demokrasi, Mesir akan menuju ke arah anarki? Atau adakah kebangkitan rakyat dalam revolusi 25Jan yang mahukan kuasa tentera dikurangkan hanya akan mengukuhkan lagi cengkaman tentera? Berbagai persoalan yang memerlukan jawapan kepada masadepan peneraju Arab Spring di Mesir.

Ikhwan Gagal?

Malaysia digesa tolak kerajaan kudeta Mesir




KUALA LUMPUR: Kerajaan Mesir hanya boleh diiktiraf dunia melalui sistem demokrasi dalam pilihanraya yang diangkat oleh rakyatnya sendiri dan bukan melalui rampasan kuasa seperti yang berlaku sekarang.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kudeta atau rampasan kuasa pasukan tentera Mesir yang menggulingkan kerajaan negara itu pimpinan Dr Mohammad Morsi, Presiden yang sah dilantik oleh rakyat melalui pilihan raya paling demokratik.

“DPPM juga mengutuk tahanan tentera di rumah yang dikenakan ke atas Dr Morsi bersama 12 orang pembantunya,” kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenyataan.

Katanya, penahanan itu dianggap sebagai suatu pencabulan hak asasi manusia serta dendam yang berpanjangan antara golongan sekular dengan pemimpin parti Islam itu.

Krisis Mesir: Solat hajat, munajat esok


KUALA LUMPUR: PAS menyeru umat Islam di Malaysia untuk melakukan solat hajat dan munajat selepas sembahyang Jumaat esok memohon bantuan Allah kepada mereka yang dizalimi di Mesir.

Dalam pada itu, PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir merampas kuasa Presiden Dr Mohamed Morsi, yang dipilih rakyat melalui jalan demokrasi yang sah iaitu pilihanraya yang adil dan bersih.

“Kemenangan Mohamed Morsi telah dirampas melalui cara yang paling tidak demokratik dan penuh kezaliman,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

PAS juga, tegasnya mengutuk tindakan media massa di Malaysia yang melabel Morsi sebagai regim diktator.

Yusuff Kalla Bakal Saman Media Putar Belit Kenyataannya Mengenai Anwar


KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.
“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.
“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.
Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.
“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar

Sidang Media Ketua Pembangkang, Isu Dana Asing, Wikileaks & Rampasan Kuasa Mesir

Egypt swears in new interim president

Egypt's Politcal Crisis: The Army steps in

Egypt's interim president gives a speech

Gov't has not identified Red Bean Army, admits ministry

MP PKR Sg Petani Bahas Titah Diraja 2013

Mansuh terus JPP - MP PAS Kubang Kerian Bahas Titah Diraja 2

PRK Kuala Besut : Bila Idris Natang Mabuk Pil Kuda, Mat Said Mula Garu Kepala..!!!

Adakah Idris layak menjawat jawatan Menteri Pendidikan bila beliau mengeluarkan kenyataan yang BN mempunyai 18 kerusi bila dicampur dengan satu kerusi speaker yang bukan seorang Adun. Nampaknya negeri yang diperintah Pakatan patut meletakkan speaker dan timbalannya bukan dari kalangan Adun supaya PR mempunyai tambahan dua kerusi. Memang betul apa yang dikatakan sifu mereka yang bodoh-bodoh sahaja menyertai Umno/BN dan yang cerdik-cerdik semuanya menyertai PAS, DAP dan PKR.

Adakah sejarah akan berulang kembali bila kerusi Dun Kuala Besut akan dimenangi semula oleh PAS. Walau pun mereka menang dengan majoriti cukup selesa pada PRU13 yang lalu dengan mengalahkan calon PAS sebanyak 2,434 undi tetapi kemenangan mereka penuh dengan penipuan atas pertolongan komponen mereka iaitu SPR. Pada pilihan raya 1959, PAS berjaya menawan Terengganu dengan memperolehi 13 kerusi daripada 24 kerusi yang dipertandingkan dan ia termasuk Dun Kuala Besut.

Antara tahun yang dimenangi oleh PAS di Dun Kuala Besut ialah pada tahun 1959, 1969, 1974 (semasa bersama BN) dan pada tahun 1999. Pada tahun 1978, BN menang di semua kawasan Dun yang berjumlah 28 Dun iaitu tahun yang amat pahit selepas PAS ditendang keluar dari BN dengan cara yang cukup tidak bertamadun selepas jasa-jasa PAS dibangku sampahkan.. Inilah antara sebab yang PAS tidak akan bersama lagi dengan Umno walau apa pun habuan yang mereka bagi dan PAS tidak akan membiarkan mereka dipatuk ular buat kali kedua.

Pada PRU12 mereka menang dengan majoriti 2,631 undi dan sokongan mereka mula susut kepada majoriti 2,434. Apa pun Dun Kuala Besut bukanlah kubu kuat Umno jika kita melihat kembali sejarahnya yang bermula pada pilihan raya 1959, PAS pernah menang beberapa kali di Kuala Besut tetapi sejak akhir-akhir ini orang melihat Kuala Besut yang dipimpin oleh Deris N dianggap sebagai kubu kuat mereka tanpa memikirkan yang semua kemenangan yang diperolehi adalah kerana bantuan daripada penipuan yang dilakukan oleh SPR.

Dr Mahathir Digesa Segera Meletakkan Jawatan Selaku Penasihat Petronas

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/mahathir%20petronas.jpgSekretariat Royalti  Terengganu di bawah gabungan badan-badan bukan kerajaan, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) hari ini menggesa beas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohd untuk meletakkan jawatan selaku penasihat Petronas.

Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, Tun Mahathir mesti meletakkan jawatan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak menepati syarat kelayakan selaku penasihat badan berkanun milik kerajaan itu.

berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 di mana menyatakan;
"Sekretariat Royalti  Terengganu ® di bawah gabungan badan-badan bukan kerajaan, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dengan ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohd untuk meletakkan jawatan selaku penasihat petronas berdasarkan kepada perkara 5 Akta Kemajuan Petroleum 1974 di mana menyatakan,

"MajlisPenasihat Petroleum Negara itu ialah suatu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Penasihat Petroleum Negara (dan) hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada orang termasuk mereka dari Negeri yang berkaitan yang dilantik oleh Perdana Menteri,"ujar Fauzi menurut kenyataan media pada Khamis 4 Jun.

Hebatnya !!! Demi keadilan, tak boleh dedah siasatan Taib - SPRM



Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, jika permintaan itu dipenuhi, akan ada pihak lain yang meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu lain yang disiasat.

"Justeru, demi keadilan kepada semua, SPRM berharap semua pihak dapat bersabar sehingga siasatan selesai. SPRM akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," kata suruhanjaya itu.

Badan antirasuah itu juga menjelaskan, mendedahkan dokumen dan fail kes siasatan kepada umum menjadi kesalahan bawah Seksyen 29(4) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Anwar gesa media betulkan laporan miliki 20 akaun yang didakwa MP Simpang Renggam

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada akhbar tempatan supaya membetulkan laporan mereka yang menyentuh pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang mendakwa beliau mempunyai 20 akaun bank di luar negara.

Menurut Anwar, dakwaan Teck Meng itu tidak berasas malah satu carian telah dilakukan oleh pihaknya dan mendapati hal itu tidak wujud dan fitnah semata-mata.

"Saya ingin menggesa media yang melapornya termasuk Utusan Malaysia di muka hadapan itu supaya membetulkan laporan itu.

"Tuduhan itu serius, ia berulang kali disiarkan, memang tidak ada dari segi kesannya tapi tidak baik dan tidak beretika," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Teck Meng semalam yang mendakwa Ketua Umum PKR itu mempunyai 20 akaun bank yang berpengkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

20 Akaun Bank: MP Simpang Renggam ulangi enggan mohon maaf

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak memohon maaf berhubung dakwaan beliau bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel.
Walaupun berdepan tindakan dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Teck Meng bertegas untuk tidak menarik balik dakwaannya kerana menyifatkan ia dibuat berdasarkan tanda-tanda adanya campur tangan negara asing dalam politik negara. 
 Liang Teck MengMempertahankan tindakannya di Dewan Rakyat hari ini, Teck Meng berkata penjelasan diminta daripada kerajaan kerana menyifatkan maklumat yang dipetik daripada laman web Wikileaks itu membabitkan isu penting dan menyentuh soal keselamatan negara.
Teck Meng berkata demikian ketika diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya itu selepas perkara itu dibangkitkan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong).
Pendirian sama ditegaskan Teck Meng semalam ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat. 
Teck Meng turut menegaskan beliau akan hanya memohon maaf atau menarik balik dakwaan berkenaan jika siasatan mendapati tiada unsur-unsur campur tangan kuasa asing seperti didakwa.
Teck Meng 'diserang' hebat anggota Parlimen pakatan pembangkang susulan pendedahannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

Kes Bersih 2.0: K’jaan diarah bayar RM50,000 kepada Salahuddin, Mahfuz


 KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ganti rugi itu adalah berhubung dengan kes saman yang difailkan oleh mereka selaku plantif terhadap tangkapan yang tidak sah ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di KL Sentral.

Sebelum itu Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa rayuan kerajaan Malaysia terhadap keputusan saman kedua-dua plantif adalah dibenarkan berhubung ganti rugi sahaja.

Kedua-dua plaintif telah berjaya dalam tindakan saman mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diputuskan ganti rugi sebanyak RM70,000 tiap seorang atas tangkapan salah dan tidak sah tersebut.

Kedua-dua plantif diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil Noor, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan Rasul.

Manakala Kerajaan Malaysia diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron.

'Rozali layak terima ganjaran RM33.4j' - PNHB



Sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) hari ini mempertahankan keputusan untuk memberi pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta kepada pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.

Pengerusi Kumpulan Pengawas Saham Minoriti Puncak Niaga Muhammad Imran Abdullah mereka meluluskan cadangan tersebut, yang dibentangkan di mesyuarat agung tahunan PNHB.

"Anda mesti faham, ini adalah orang yang mengasaskan syarikat ini 20 tahun lalu. Atas sekali sumbangannya, para pemegang saham bersetuju dengan bayaran ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Khianat Negara: Satu kes kad pengenalan paslu setiap dua minggu - Pengarah JPN Sabah di RCI

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini diberitahu, sindiket kad pengenalan palsu di negara ini berleluasa berdasarkan kekerapan satu kes dilapor setiap dua minggu.
Memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ismail Ahmad ketika menyentuh isu pendatang asing mendapati ramai pemegang kad pengenalan palsu menggunakan alamat Sabah
"Sindiket IC palsu memang ada. Dia (pemegang kad palsu) di Kuala Lumpur, pakai alamat Sabah. Setiap dua minggu ada kes dilapor," katanya sambil menambah kebanyakan kes membabitkan kad pengenalan bermutu tinggi.
Saksi ke-163 itu, berkata pengesanan kad pengenalan meragukan biasanya  dikesan apabila mereka menukar resit kad pengenalan sementara kepada kad pengenalan.
"Apabila ada IC yang tidak betul datang ke JPN, kita semak dan jika mendapati dia tidak layak kerana kad pengenalannya meragukan, kita tarik balik IC itu.
"Seseorang yang tidak layak tidak boleh dapat IC," katanya depan Ketua Panel inkuiri berkenaan yang juga bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Ugutan Bersahut: Umno tidak pinggirkan Perkasa, rancang temui Ibrahim Ali

Pemimpin Umno hari ini dilihat gentar dengan kemarahan Perkasa semalam dan menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali (gambar) bagi merungkai sebarang kekeliruan.
Menyifatkan kemarahan Ibrahim itu sebagai 'salah faham', beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka tidak berniat meminggirkan Perkasa.
Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengatakan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan Ibrahim.
“Ibrahim Ali memainkan peranan penting kepada Umno,” katanya merujuk kepada peranan dimainkan Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
“Umno perlu adil kepada semua. Akan adil kepada Perkasa dan Ibrahim. Kita akan duduk berbincang dan menjernihkan suasana,” katanya yang menyifatkan, Perkasa sebagai mesra Umno dan tidak timbul persoalan parti berkenaan menolak peranan mereka.
 

Shahidan: RCI Red Bean Army Cadangan NGO Islam

Hisham: Possible more than 3 from Opposition behind Lahad Datu incursion

Anwar Akan Saman Pemberita Ulang Siar Kenyataan Jusuf Kalla

MP DAP Jelutong Titah Diraja 2013

MP PAS Kota Bharu Titah Diraja 2013

MP PKR Kuantan Bahas Titah Diraja 2013

KDN hantar draf pertama undang undang ganti Ordinan Darurat

MP PKR Subang Bahas Titah Diraja 2013

MP KB, Pandan vs BN Kubang Pasu Bahas Titah Diraja 2013

MP PAS Bachok Bahas Titah Diraja 2013

BN Padang Besar dicelah Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja 2013

Dosa - Dosa Dr. Muhammad Morsi Ketika Memerintah Mesir...!!!

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Morsi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Morsi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang. Berikut tulisan lengkapnya:
Dosa Morsi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Morsi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani. 
Dosa Morsi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun. 
Dosa Morsi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur. 
Dosa Morsi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah. 
Dosa Morsi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta. 
Dosa Morsi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika. 
Dosa Morsi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih. 
Dosa Morsi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan. 
Dosa Morsi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki. 
Dosa Morsi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar. 
Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu. 
Dosa Morsi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira. 
Dosa Morsi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir. 
Dosa Morsi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir. 
Dosa Morsi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat. 
Dosa Morsi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran. 
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya. 
Dosa Morsi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan. 
Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama. 
Kerana dosa-dosa itulah maka Morsi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran. 
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang. 
Itulah dosa insan bernama Morsi...
Siapa Dr. Mohd. Mursi?
1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
 

2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
 

3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
 

4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
 

5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
 

6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
 

7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
 

8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
 

9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
 
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

PR kutuk tindakan guling Morsi oleh Tentera

KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengutuk tindakan rampasan kuasa (kudeta) oleh tentera Mesir yang menyaksikan penyingkiran Mohamed Morsi sebagai presiden negara itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Morsi telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun kemenangan beliau dirampas secara zalim.

"Dari segi prinsipnya, kita tidak mendokong kudeta, kerana ia adalah pentadbiran tentera.

"Walaupun tentera Mesir sekarang meletakkan seseorang dari mahkamah Perlembagaan untuk menjadi presiden sementara, namun ia tidak melalui proses demokrasi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Anwar lagi, sekiranya timbul bantahan terhadap presiden yang dilantik, proses rundingan yang telus perlu dilaksanakan secara baik, bukannya rampasan kuasa.

"Kalau mahu diadakan pilihan raya dengan segera, ia mesti mengikut kaedah demokrasi.

"Pada pilihan raya lalu, keadaan itu tidak seperti di Malaysia, pilihan raya dianggap bebas dan diiktiraf, sebab majoriti memilih Morsi," tegasnya.

Profesor UKM: BN pun ramai tentera siber

Dakwaan kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahman, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia.

"Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera) yang namanya tak didedah.

"Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah.

"Sesiapa sahaja yang dapat 'sampai', tepat 'bunuh' orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang," katanya sewaktu bercakap pada forum "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, Red Bean Army, jika benar wujud tidak boleh dianggap sebagai jahat melainkan terbukti melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

"Jadi kita tak boleh salahkan Red Bean Army. Kalau ada kesalahan dia, ada undang-undang yang kita patut bawa dia.

"Yang kita hendak supaya apabila perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, kita hendak orang yang menggunakannya menjadi lebih beretika.

"Ada had batasan dan sebagainya dalam lingkungan yang boleh dan (yang) tidak (boleh)," katanya lagi.

Kabinet bersikap melulu pinda Rang Undang-Undang, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendakwa Kabinet bersikap melulu dalam isu pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam mengenai penukaran agama kanak-kanak bawah umur sehingga menimbulkan percanggahan.
Ketua Pembangkang berkata sewajarnya perkara tersebut dibincangkan terlebih dahulu di dalam Kabinet sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat hingga mengakibatkan timbul pertikaian.
"Setakat ini kita tak tahu status Rang Undang-Undang ini, percanggahan dalam Barisan Nasional (BN) sangat nyata," kata Anwar dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
"Ini bukti ianya tidak dibahas dengan teliti dalam Kabinet, sama ada ia dibuat secara melulu atau tanpa perbincangan secara muafakat," tambah beliau lagi.

Syarikat pembekal AES dibayar RM13 juta


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM13,550,758.00 telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga 15 Mei lalu sebagai fi perkhidmatan (contract service fee).

Demikian jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas perkara itu, Hanipa berkata, selain itu sehingga 11 Jun lalu, sebanyak 673,339 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak AES dikuatkuasa pada 23 September 2012.

Tambahnya lagi, persoalan yang paling besar adalah jumlah yang besar telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pembekal tanpa perlu dikongsi oleh rakyat.

"Saya melihat di sini terdapat penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan AES dari segi perundangan.

K'jaan masih belum kenal pasti Red Bean Army..??


 
PARLIMEN Kerajaan masih belum mengenal pasti identiti kumpulan tentera siber "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP, akui timbalan menteri komunikasi dan multimedia hari ini.

NONEJailani Johari (kanan) bagaimanapun berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa kumpulan itu ditaja oleh pembangkang.

Dalam sesi soal jawab Parlimen hari ini, beliau juga berkata, kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih menyiasatnya.

Sebelum ini, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bertanya kementerian berhubung tindakan terhadap pasukan itu.

Sementara itu, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) bertanya sama ada kerajaan akan menggunakan standard sama dalam menyiasat dakwaan beberapa penulis blog yang pada tahun lalu bahawa anak ketua menteri Pulau Pinang mencabul seorang pelajar wanita.

Dakwaan itu kemudiannya terbukti tidak benar.

Mesir: Selamanya Islam akan tetap ditentang

Itulah yang dikatakan demokrasi, apa yang berlaku di Mesir adalah perulangan yang berlaku di Algeria, apabila FIS dileburkan dan Abbas Madani dipaksa serahkan kuasa kepada tentera, dan kini Morsi digulingkan dan pihak tentera berkecenderungan menjadi pencatur kuasa. Barat hakikatnya menjaja demokrasi, namun barat hanya terima demokrasi, berdasarkan kepada apa yang selaras dengan kehendak mereka.

Jelasnya mereka akan sentiasa membayangi tangan-tangan ghaib untuk merampas dan merosak demokrasi, andaikata bertentangan dengan selera dan kehendak mereka. Apa lagi kalau yang menjadi subjek kepada kuasa itu adalah Islam, mereka dalam apa bentuk pun, "ends justifies the means", akan mencaturkan agar sistem dan pemerintahan Islam itu dimusnahkan, dan hakikat inilah yang berlaku di Mesir.

Selama 50 tahun lebih Mesir disekularkan, bermula dengan Gamal Abdul Nassier, Anwar Sadat dan Hosni Mubarrak, benih-benih sekualar itu disemai dan dipupuk dalam kalangan rakyat dan intelektual Mesir, sehingga melahirkan begitu ramai mereka yang percaya kepada "sekularisme totok". Melahirkan puluhan ribu "orang Islam" yang berfikiran sekular mencengkam Mesir, sehinggakan begitu sukar untuk memecahkan dominasi mereka.

Tindakan tentera Mesir setelah 24 jam rampas kuasa

Tindakan Yang Dibuat Oleh Tentera Abdel Fattah Al-Sisi Setelah 24 Jam Merampas Kuasa Daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi | Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:
General Abdel Fattah Al-Sisi

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.
6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi
7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).
9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

MP DAP Tanjong Bahas Titah Diraja 2013

Pakatan files motion against Simpang Renggam MP

Lynas waste disposal sites identified, Minister mum on location

KDN, police and Immigration raid 'No Fire Zone' screening

KDN intimidate Journalist at 'No Fire Zone' screening' [Full]

SPR Tukar Warna Dakwat 'Kekal' Di PRK Kuala Besut, Tapi rasanya tetap sama....!!!

ALOR SETAR - Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU13.

Mesir: Puluhan penyokong Morsi terbunuh


MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi.

Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi.

Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr.

Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram.

Sementara di Aswan, angka kematian tidak dapat dipastikan namun lebih 100 orang cedera dalam himpunan berhampiran dengan Masjid An-Nasr.

Di Matruh pula dilaporkan seramai 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada peserta himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.

Sementara itu, beberapa web pro Morsi melaporkan ratusan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak tentera bagi menangkap pemimpin dan anggota kumpulan gerakan Islam Ikhwan Muslimin.

Antara yang dilaporkan telah ditangkap termasuk Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi serta Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa'ad Katatni.

Kerajaan Malaysia digesa kutuk rampasan kuasa di Mesir


KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dilakukan pasukan tentera terhadap Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, mendesak Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pihak tentera Mesir.

"Sokongan terhadap kepimpinan Morsi ini bukan berpihak kepada pemikiran politik di Mesir, tetapi ia merupakan hak rakyat yang telah digagalkan pihak tentera," tegas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata kuasa yang diperoleh Mohamed Morsi melalui satu proses pilihan raya yang demokrasi di negara itu.

"Malangnya, proses pemilihan yang begitu demokratik sebelum ini telah dirampas oleh pihak tentera, sekaligus menafikan hak rakyat dan ahli parlimen Mesir," kata beliau pada sidang media, di parlimen hari ini.

Beliau turut melahirkan kekesalan apabila terdapat satu tangan besar lain yang seolah-olah berperanan dalam melakukan rampasan kuasa tersebut.

Mesir: Tentera halang siaran langsung, tangkap pemberita

MESIR: Semua saluran media yang menyiarkan siaran langsung himpunan membantah rampasan kuasa dan menyokong Presiden Morsi diarah tutup dan diambil tindakan.

Dilaporkan semua 17 saluran islamik yang menyiarkan suasana bantahan terutama himpunan di Rabaah Abawiyyah sejak beberapa hari lalu ditutup hari ini.

Facebook Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), melaporkan sekatan turut dibuat terhadap agensi berita yang mahu membuat liputan langsung termasuk Al-Jazeera.

"Menyekat siaran langsung al jazeera di Rabaah. Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal," laporan itu dipetik.

Rampasan kuasa di Mesir, apa sikap Malaysia?


Parti Refah pimpinan Dr Necmettin Erbakan menang besar dalam pilihanraya Turki pada tahun 1996. Dr Necmettin dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bertahan selama 9 bulan kerana digulingkan oleh tentera yang menjadi pelindung setia kepada sistem sekular Turki pada tahun 1997.

Pada tahun 1998, Parti Refah telah diharamkan dengan pelbagai pertuduhan manakala Dr Necmettin tidak dibenarkan aktif dalam arena politik Turki. Beliau dianggap pesalah yang harus dikenakan hukuman penjara 2 tahun tetapi dibebaskan serta mendapat pengampunan selepas itu dari Presiden Abdullah Gul dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Sejarah seakan berulang kembali, Dr Mohammed Mursi dari Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Mesir dilantik sebagai Presiden pilihan rakyat pada tarikh 30 Jun 2012 setelah memenangi Pilihanraya Presiden dengan mendapat 51.7 peratus undi. Dr Mursi merupakan Presiden Mesir pertama yang dipilih melalui pilihanraya secara demokratik, selain merupakan orang awam pertama yang memegang jawatan tersebut.

Menjelang dinihari pagi 4 Julai 2013, kira-kira setahun empat hari mentadbir Mesir dengan, Ketua Majlis Angkatan Bersenjata Mesir, Jeneral Abdul Fatah As-Sisi dengan disokong Syeikh al-Azhar lantikan Hosni Mubarak, Ahmed al-Tayyeb, mengistiharkan rampasan kuasa.

Media putar belit kenyataan Jusuf Kalla

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dikatakan telah membuat penafian berhubung dakwaan kononnya PR menerima dana asing untuk membiayai demonstrasi jalanan dan pelbagai siri ceramah membantah keputusan PRU13 lalu.

Malah rakan baik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga mendakwa kenyataan beliau itu telah diputarbelitkan media milik Umno-BN yang mahu menjejaskan hubungan baik mereka sekali gus merosakkan imej pembangkang di mata rakyat sejak dua minggu lalu.

Kos Ops Daulat Lahad Datu RM84.9 juta - Menteri


Kerajaan membelanjakan RM84.9 juta sepanjang menjalankan operasi ketenteraan bagi menangani isu pencerobohan di Lahad Datu pada Mac lalu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini di Dewan Rakyat.
Hishammuddin juga memberitahu Dewan Rakyat seramai 5,610 anggota tentera terbabit dalam operasi Ops Daulat di Sabah.
"Untuk makluman Yang Berhormat, Ops Daulat membabitkan 5,610 anggota ATM dan atur gerak aset ATM yang menanggung kos sebanyak RM84.9 juta keseluruhan," katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh berhubung langkah yang akan diambil kerajaan untuk mengelak daripada insiden sama berulang.

Akaun RM 332 Juta: Penjelasan BN Simpang Renggam

MP PKR Bayan Baru Bahas Titah Diraja 2013

MP PR vs BN Bahas Titah Diraja 2013

TG NIk Aziz Kesal Sheikhul-Azhar Diperalat Untuk Gulingkan Dr.Mursi

Mursi (tengah) dibawa keluar dari Istana Presiden selepas digulingkan. -Reuters
PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.

Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang.

“Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.

“Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik,” tambah beliau lagi.

Sheikh Ahmed al-Tayyeb, Sheikh-ul-Azhar

Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Mursi ke tampuk kuasa.

“Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir,” katanya.

Fitnah WWW 1: Utusan diarah bayar RM250,000 kepada Nizar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.

Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000.

Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif.

Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini.

Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian.

Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama.

PRK K. Bseut: Pengiraan undi mungkin disiar langsung - Menteri

 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bercadang untuk menyiarkan secara langsung proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil Kuala Besut menerusi saluran RTM.

Menurutnya, beliau akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan cadangan itu dan akan berbincang dengan pihak RTM untuk menjadikannya satu kenyataan.

"Insya-Allah saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi.

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada wartawan selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi.

MP PKR Kuantan: Menteri Tidak Faham Isu Lynas

Pandikar teliti tindakan ke atas Ahli Parlimen BN Simpang Rengam kerana fitnah Anwar

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berjanji untuk mengkaji tindakan bersesuaian terhadap Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng yang enggan meminta maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, awal pagi tadi Ahli Parlimen Jelutong (DAP) Jeff Ooi Chuan Aun menghantar permohonan kepada Pandikar untuk mengheret Liang ke Jawatankuasa Hak Parlimen kerana membuat tuduhan tidak berasas dan salah guna kekebalan dewan.
"Notis yang saya terima daripada Jelutong, saya akan teliti. Selepas itu saya akan buat tindakan sewajarnya," kata Pandikar di Dewan Rakyat sebaik Liang enggan meminta maaf kepada Anwar walaupun ditawarkan untuk berbuat demikian di sidang dewan pagi ini.
Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu mendedahkan Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks.

WWW 1: Nizar wins suit against Utusan Malaysia

The Kuala Lumpur High Court awarded former Perak menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin RM250,000 today as damages in his suit against Utusan Malaysia over the WWW1 car registration number issue.
Counsel Fitri Asmuni told The Malaysian Insider that Nizar was awarded general and exemplary damages after judge Rosnani Saub found the paper liable for defamation.
Fitri said that Nizar is in Australia and had been informed by text message of the verdict.
The lawyer added that in her decision, the judge found that the report was not a true publication but had been spun, adding that it was defamatory to Nizar.
She also ruled that Utusan’s defence of justification, fair comment, qualified privilege and journalism, had failed.
Nizar had sued Utusan over their report on his tweets regarding the WWW1 registration number. In his statement of claim, Nizar had said that the defendant had implied that Nizar had tried to incite the people to hate the Sultan of Johor.
Nizar claimed the statement also meant that he had alleged that the Johor ruler had misused public funds to pay RM520,000 for the plate number.
“The judge noted that Nizar had not questioned where the Sultan got the money from, but had just said that it was a waste of money,” Fitri said.
"However, Justice Rosnani did not award aggravated damages," Asmuni said.
The court also ordered Utusan Malaysia to pay RM30,000 in costs.

Dewan Rakyat 4 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 4 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Nik Aziz backs deposed Morsi, says people power will bring him back

Despite being toppled from power, Egyptian president Mohammed Morsi will have his opportunity to bounce back, said PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
In a statement, he expressed sadness and sympathy for the ongoing chaotic scenes in Egypt and described it as the country's darkest moments repeating itself.
"I am confident that the Egyptian people will not keep quiet over the developments. Morsi was elected as president in a legal election, not because of electoral fraud."
Nik Abdul Aziz likened Morsi's situation to that of Venezuelan president Hugo Chavez, who was overthrown on April 11, 2002, but later returned to power three days later after the people protested.
"Chavez reclaimed the presidency on the back of people power and it is not impossible for Morsi to do the same. Coup d'etat and dictatorships are not the people's choice in this era."
Nik Abdul Aziz said he watched a press conference by the Egyptian military announcing the seizure of power and it was reported that the Grand Imam of Al-Azhar, Sheikh Ahmed El-Tayyeb, supported them.
"This is a sign that the military is not confident of their strength and decided to use an Islamic scholar to convince the people.

Morsi Diguling, Tentera Rampas Kuasa, Arab Saudi Ucap Tahniah...

Arab Saudi ialah kerajaan pro Islam pertama ucap tahniah kepada kepimpinan Adly Mansour seperti yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency / BBC News. Ini bermaksud secara tak langsung ia bersetuju juga dengan kejatuhan Dr. Morsi. 

Pada semalam, tentera di bawah pimpinan Abdul Fattah Al-Sisi, telah merampas kuasa daripada Presiden Mesir, Dr. Morsi selepas amaran 48 jam berakhir. Morsi sebelum ini telah diarahkan berundur dalam masa 48jam sebelum tentera melakukan tindakan drastik. Tetapi Morsi tidak memenuhi tuntutan tersebut.

Sebelum dan selepas rampasan kuasa, beberapa siri demo telah dilakukan di Mesir untuk menjatuhkan Morsi. Demo2 tersebut menuntut agar Morsi digantikan dan tuntutan mereka didengari. Dalam demo2 tersebut, beberapa orang tercedera, ini termasuklah pro dan anti Morsi. Punca kepada demo2 tersebut ada kaitan dengan apa yang diputuskan oleh Morsi pada tahun lepas. Semua neh berkait rapat dengan satu dekri berkaitan kuasa mutlak Morsi dalam usaha untuk kembalikan semula keamanan dan kestabilan ekonomi di Mesir.

Ada yang mengatakan bahawa demo2 tersebut adalah didorong oleh pembangkang di Mesir dan ia didalangi oleh pro Mubarak. Puak2 sekuluar, liberal serta pro kristian turut menentang dekri tersebut, bersama2 pihak pro pembangkang di Mesir. Pembangkang di Mesir juga telah melancarkan satu petition untuk mengumpul tandatangan bagi protes akan keputusan Morsi. Tanda-tangan tersebut dikatakan telah mendapat jutaan sokongan. [entah betul entah tidak].

Selepas beberapa siri demo berlaku, tentera akhirnya mulai masuk campur dalam pentadbiran politik sedikit demi sedikit.

Tentera akhirnya telah membuat keputusan bahawa mereka akan membubarkan parlimen buat sementara, dan membuat lantikan presiden yang baru bagi mengantikan Morsi, sebelum menyerahkan kembali pentadbiran kepada rakyat selepas krisis ini tamat. Morsi yang pada awalnya terdedah dengan maklumat tersebut tidak bersetuju. Morsi telah mendapat maklumat tersebut sebelum tentera berjumpa dan memberikan amaran berdepan kepada Morsi. Selepas mereka mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan tentera mengemukakan amaran 48 jam secara berdepan dan saluran media, Morsi tetap memilih untuk tidak tunduk terhadap desakan tersebut.

Rampasan kuasa: Morsi kini ditahan di rumah

 Mohammed Morsi KAHERAH-MESIR. Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera walaupun presiden itu tegar mengatakan yang beliau masih lagi pemimpin sah negara itu.

Beratus-ratus ribu rakyat Mesir mengambil tempat di jalan-jalan seluruh Mesir atas tindakan tentera dan kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.

Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden interim negara itu.

Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah.

Perlembagaan negara juga kini digantung dan Mansour menegaskan pihaknya bakal menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih kuat dan pelbagai.

Menurut ketua Tentera, El-Sisi, pilihan raya parlimen baru bakal diadakan dan pada masa yang sama, Mansour mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perlembagaan baru.

El-Sisi mendakwa, pihak tentera telah memenuhi tanggungjawab mereka yang dianggap bersejarah bagi melindungi negara dengan menggulingkan Morsi.

Sejarah FIS Algeria berulang di Mesir.


Presiden Mesir DR Muhammad Mursi diguling oleh Menteri Pertahanan/Panglima Angkatan Bersenjata Jenderal Abdel Fattah al Sisi yang diangkat oleh Mursi  sebagai pembantunya.
Al Sisi mengumumkan bahwa ketua Mahkamah Agung (MA) untuk sementara akan memegang kekuasaan presiden dan undang-undang .
Sejarah FIS di Algeria kembali berulang di Mesir. Tentera merampas kekuasaan yang sah. Umat Islam di mana-mana pun belajarlah dari Kudeta Tentera di Mesir dan ke atas FIS di Algeria(klik).

PAS kesal Morsi digulingkan, kutuk tentera guna ulama


Morsi (tengah) dibawa keluar dari Istana Presiden selepas digulingkan. - Gambar oleh Reuters.
PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi (gambar) dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.
Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang. “Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.
“Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik,” tambah beliau lagi. Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Morsi ke tampuk kuasa.
“Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir,” katanya.

Kalau Inginkan Durian Runtuh, Menangkanlah PAS Di Kuala Besut!!

Bahang pilihanraya kecil DUN Kuala Besut sudah mula dirasai oleh semua pihak. Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundinya tetapi semua pihak, baik UMNO mahupun PAS iaitu parti yang bakal bertanding di kerusi itu seperti sudah melonjak semangat masing-masing untuk memenangi kawasan itu.

Bahkan jika pilihanraya itu diadakan pada bulan puasa pun, semangat mereka tetap sama.

Di pihak PR, pada peringkat awalnya seperti nampak kecelaruan dengan PAS dan PKR masing-masing mahu meletakkan calonnya manakala DAP pula menyarankan agar dipulaukan pilihanraya walaupun jelas dalam pilihanraya umum lalu kawasan itu ditandingi oleh PAS. Sama ada semua itu suatu strategi atau percubaan melemahkan semangat musuh tetapi kini nampaknya semua sudah sepakat bahawa PAS yang sepatutnya meletakkan calonnya di Kuala Besut itu.

UMNO pula sudah mengumumkan Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah Pilihanrayanya dengan dibantu oleh Idris Jusoh selaku timbalannya. Beberapa nama bakal calon juga sudah mula kedengaran. Meskipun perlantikan Idris mungkin disebabkan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Besut tetapi cakap-cakap sudah mula kedengaran bahawa UMNO telah mengenepikan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu dari sebarang peranan dalam pilihanraya kecil ini.

Dengan tiadanya peranan khusus untuk Ahmad Said dalam pilihanraya ini, beliau mungkin hanya menjadi pengiring kepada mana-mana pemimpin pusat yang turun berkempen ke kawasan itu nanti, suatu peranan yang jauh lebih kecil kerana biasanya seorang Menteri Besar akan dijadikan Timbalan Pengarah dalam pilihanraya kecil.

PRK Kuala Besut: Pertembungan Sengit Antara Ulama

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Terengganu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara ulama.
Ini kerana kedua-dua parti, Umno dan PAS akan menurunkan calon yang ada latar belakang ilmu agama dalam usaha untuk memenangi hati, fikiran dan sentimen agama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang dikuasai oleh pengundi Melayu, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.
Menurut sumber, Umno mungkin meletakkan Nik Zulhaiza Ismal, bekas hakim Mahkamah Syariah dan kini bertugas sebagai pegawai hal ehwal agama di Dungun.
Sebelum bertugas di Dungun, Nik Zulhaiza merupakan pegawai hal ehwal agama di Besut.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Syariah di Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Sementara itu PAS dijangka mencalonkan Wan Azhar Wan Ahmad yang pernah berkhidmat selama sedekad sebagai guru di sebuah sekolah agama di Sabah tetapi kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier politiknya di Besut.