Rabu, 3 Julai 2013

Tense Egypt awaits army move after deadline

Hasil misi kemanusiaan, kerja amal atau ….!!

Ibrahim Ali nak pandu teksi? Jangan melawak!

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah memecahkan kesunyian beliau dengan memberi khabar yang beliau mahu menjadi pemandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Saya terbaca berita ini melalui Free Malaysia Today (FMT) hari ini. Beliau berkata beliau akan memohon permit teksi dan memandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Beliau ingin hidup secara sederhana sahaja kata beliau.
Berita ini sangat menarik perhatian saya kerana Ibrahim ini sudah saya kenali dengan rapat sejak 42 tahun yang lalu, dan saya rasa tidak percaya kenyataan ini keluar dari mulut beliau. Tetapi mungkin juga beliau serius kerana manusia ini berubah mengikut umur dan kematangan masing-masing.
Kalau beliau serius untuk menjadi pemandu teksi saya juga serius untuk memberikan nasihat yang jujur terhadap sahabat saya selama 42 tahun ini. Setahu saya Ibrahim tidak begitu cekap memandu, takut-takut ramai pula penumpang teksi yang beliau pandu itu masuk hospital. Bagi saya jika di nilai dari cara pemanduan beliau, Ibrahim sepatutnya tidak dibenarkan menjadi pemandu teksi bagi menjamin keselamatan penumpang-penumpang teksi beliau.
Bagi saya Ibrahim hanya layak untuk menjadi taukeh syarikat teksi dan tidak boleh jadi pemandu teksi pula. Kalau ada masa sehari dua ini saya akan berjumpa untuk menasihatkan beliau supaya membatalkan sahaja niat beliau untuk menjadi pemandu teksi, demi menjaga keselamatan penumpang dan pejalan kaki di jalanraya.

Ideologi, di mana PAS?

Oleh Edry Faizal Eddy Yusof
Telah berlangsung baru-baru ini satu forum dengan tajuk “Islam, Sosialis, Liberal: PAS di mana?” menampilkan para pemikir dari beberapa buah parti politik sebagai panelis. Seorang teman yang turut hadir sempat berseloroh, bertanya mengapa para panelis dari pelbagai parti politik tanah air dijemput untuk mencari jawapan di mana kedudukan parti politik yang satu lagi. 

Sudah tentu di sebalik tajuk itu ada kaitannya dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum pilihan raya umum. Salah faham berkaitan kerusi, kemudian terjerumus menjadi pergeseran tentang ideologi. Apakah forum itu mahu merungkai pendirian dan ideologi beberapa parti politik di Malaysia atau membuka ruang menilai ideologi dan pendirian PAS? Pasti itu antara tanda tanya yang menyebabkan dewan penuh pada malam itu. Panelis forum malam itu terdiri daripada Khalid Jaafar, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR; Dr Nasir Hashim, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM); Hishamuddin Rais, wira bicara yang sering memperkenalkan diri sebagai non-governmental individual, Al-Mustaqeem Rodhi, Setiausaha Perhubungan Pejabat Parlimen DAP dan Dr Mujahid Yusof Rawa, AJK PAS Pusat.
Khalid membuka gelanggang dengan mengingati “end of ideology” Daniel Bell dan tesis Francis *****yama tentang “end of history”, yakni demokrasi liberal adalah penghujung kepada evolusi ideologi manusia. Bagi Khalid, pada akhirnya demokrasi liberal merupakan bentuk kerajaan yang akan meliputi seluruh dunia. Sudah tentu bertentangan dengan ramalan Karl Marx bahawa pertembungan dalam sejarah akan berakhir dengan komunisme menggantikan kapitalisme.
Membawa contoh semasa, Khalid mengatakan bahawa semua parti yang demokratik di dunia sekarang adalah mesra pasaran. Tanpa menafikan wujud kelompok yang masih memperjuangkan ideologi kiri – sosialisme atau komunisme – beliau melihat kelompok itu sebagai tidak signifikan. Mungkin itu juga isyarat tersembunyi yang dilontarkannya bahawa PAS sendiri tidak dapat lari daripada menjadi mesra pasaran. Melainkan PAS mahu melihat “end of PAS”.

AKHIRNYA IBRAHIM ALI SUDAH SEDAR DARI MIMPI!!

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.


"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa"

Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Surat terbuka untuk bakal calon Kuala Besut

Oleh Dr Azman Ibrahim

Sahabatku Ustaz Nik Zulhaiza yang dihormati,
Pilihanraya Kecil Kuala Besut adalah suatu catatan sejarah penting bagi Negeri Terengganu khususnya dan politik Malaysia amnya. Di saat margin perbezaan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu terlalu hampir, takdir Allah mengatasi segalanya. Semoga Allah mengampuni arwah yang telah pergi dan kita yang tinggal perlu terus menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah.


 Sahabatku, Melihat laporan media, nama saudara antara yang tersenarai sebagai bakal calon mewakili BN dalam PRK nanti, tentunya saya sebagai sahabat yang paling awal akan mengutuskan ucapan tahniah. Tentunya kenangan kita bersama di Sekolah Menengah Agama Maarif, Kampung Raja sekitar tahun 1988-1989 dulu masih segar diingatan. Tinggal bersama di Asrama Yayasan Terengganu, bersama bermandi peluh mewakili sekolah dalam pasukan bolasepak, bersama mewakili sekolah dalam ‘musabaqah’, saudara sebagai qari, saya sebagai pemidato. Kebolehan saudara dalam mengalunkan ayat-ayat suci al Quran sangat saya hormati.
 Walaupun kita sekarang berbeza lapangan, saudara sebagai Qadhi, saya sebagai pengamal perubatan tetapi saya yakin, kita sama-sama bekerja untuk meninggikan syariat Allah yang tertulis di dalam al Quran tersebut. Al Quran ini jugalah yang diletakkan oleh parti dokongan saya, PAS! sebagai sumber rujukan tertinggi.
 Sahabatku Nik Zulhaiza,
Sejujurnya, saya tidak memaklumi sekiranya saudara ada memegang apa-apa posisi jawatan di dalam Umno walaupun saudara tentunya memaklumi bahawa saya adalah salah seorang pimpinan PAS Terengganu yang pernah bertanding mewakili parti di dalam Pilihanraya Umum. Perbezaan pandangan politik ini diharap tidak menghalang kita untuk kekal saling menghormati dan menghargai.

PAS Ada Pendekatan Untuk Menang PRK Kuala Besut

Selangor Tidak Naik Cukai Pintu Sejak 2008, Beri Diskaun 25 Peratus Pangsapuri Kos Rendah


SHAH ALAM, 3 JULAI: Pemilik pangsapuri kos rendah di Selangor sudah mula menikmati diskaun cukai pintu sebanyak 25 peratus yang mula dilaksanakan pada Penggal Kedua Cukai Taksiran Tahun 2012 (Julai-Disember 2012).
Menurut Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Datuk Teng Chan Khim, Kerajaan Negeri juga mengambil keputusan untuk tidak menaikan cukai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh lima tahun sejak 2008.
pangsapuri dengkilSelain itu, terdapat beberapa PBT di Selangor yang mengambil langkah menurunkan kadar cukai taksiran sebanyak dua peratus bagi kediaman strata seperti apartment dan kondominium.
“Penurunan dua peratus ini dibuat berikutan kemampuan kewangan yang kukuh seperti yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai kewangan kukuh,” kata beliau ketika menjawab soalan Adun Batang Kali Nadzari Ahmad Dahlan (BN) di dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.
Chan Khim turut menjelaskan, nilai diskaun yang diberikan 11 PBT seluruh Selangor berjumlah RM 6,893,124.82.

Nik Abduh: Beri hak Kelantan nikmati macam negeri lain


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyeru kerajaan mengislamkan dasar Pembangunan Belia Negara agar tidak kontradik dengan agama Islam.

Beliau yang mengambil bahagian membahaskan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini berkata, pembinaan belia mestilah di dalam kerangka Islam kerana nilai utama belia muslim hendaklah dibina dengan cara Islam yang ditetapkan Allah SWT.

"Ini adalah kewajiban pemerintah bahawa pembinaan negara telah disebut oleh Allah di dalam al-Quran yang hendaklah bermula dengan asas iaitu hubungan mereka dengan Allah melalui solat," katanya.

Jelasnya, daripada soal pendidikan sehinggalah kepada sukan masyarakat berdepan dengan bahaya keruntuhan moral kerana masalah penagihan dadah yang telah membunuh belia pada hari ini.

"Kita bukannya membina pejuang berani mati tetapi negara kita memperlihatkan perompak yang berani mati. Inilah masalah yang berlaku apabila melibatkan isu dadah yang membahayakan negara," katanya.

PRU13: DAP dakwa majoriti Melayu tolak BN


 
MP Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa majoriti pengundi Melayu pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu menolak BN.
Berucap ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong petang ini, beliau mendakwa seramai 7.3 juta daripada 11.23 juta pengundi merupakan pengundi Melayu.

"Umno dan BN mendapat 3.4 juta pengundi Melayu, manakala 3.9 juta lagi menolak BN. Umno sendiri secara keseluruhan mendapat 3.2 juta undi, yakni sama dengan jumlah ahli Umno.

"Maka yang menjerit Melayu itu dan ini, menjerit atas autoriti apa? Majoriti Melayu tidak bersama kamu," dakwanya.

Sungguhpun begitu, Mohd Arif tetap mengakui bahawa DAP masih perlu meningkatkan keyakinan bukan Melayu untuk menang dalam pilihan raya.

"Sebaik sahaja peratusan penduduk bukan Melayu menurun, peluang kita menang pun turun. Pengajarannya ialah, kita hanya akan menang dan berjaya jika kita berjaya meningkatkan keyakinan di kalangan orang Melayu.

"Kita dalam DAP tidak mahu berkelahi dengan Melayu. Kita mahu ramai lagi Melayu masuk DAP. Kita bukan musuh Melayu, bukan musuh Raja Melayu dan bukan musuh perlembangaan," katanya.

MP Kuantan: Tarik TOL Lynas serta-merta

Fuziah SallehKUALA LUMPUR, 3 JULAI: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak Lesen Pengoperasian Sementara (TOL) yang dikeluarkan kepada Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) ditarik serta-merta.
Menurut Fuziah, semalam (2 Julai) genap 10 bulan dari tarikh akhir Lynas untuk mengenalpasti tapak pembuangan sisa kekal (PDF), radioaktif dan toksik.
Katanya, Setiausaha Eksekutif AELB pada 8 September 2012 menekankan, Lynas akan mengembalikan sisa tersebut ke Australia seperti dinyatakan dengan jelas oleh keputusan lembaga AELB.
“Kenyataan itu juga menyebut satu surat aku janji oleh Lynas Australia dan Lynas Malaysia Sdn Bhd akan membuang sendiri sisa tersebut daripada Malaysia.
“Maklumat berhubung PDF adalah berdasarkan kenyataan AELB dan juga Menteri bertanggungjawab (Mosti)
“Sekalipun Lynas merancang untuk \mengkomersialkan sisa pepejal WLP, Lynas masih terikat akan mengenal pasti PDF,” katanya kepada pemberita..
Fuziah menambah, sebelum tarikh TOL berakhir, sudah ada gembar-gembur mengenai pengurusan sisa radioaktif oleh Lynas serta pihak berkuasa Malaysia.

Sarawak Report editor barred from entering Kuching

MP: Drop in allocation for Pakatan-held seats

Ibrahim Ali: Saya juga hebat seperti Anwar Ibrahim,,ha,,ha,,ha..!!

MP PAS Pengkalan Chepa Bahas Titah Diraja 2013

MP DAP Batu Kawan Bahas Titah Diraja 2013

MP PKR Ampang Bahas Titah Diraja 2013

MB : 50 % Datum Jelatek Untuk Bumiputera

Kesianya: Ibrahim Ali mahu menjadi pemandu teksi demi kehidupan

Tension in Parliament as Pakatan, BN MPs face-off

Ibrahim Ali kecewa BN layan DJZ, Hindraf ketepi Perkasa

Garang!!! MP DAP Puchong Bahas Titah Diraja 2013

MP DAP Kota Kinabalu Bahas Titah Diraja 2013

Tian Chua Pendedahan Akaun Antarabangsa Merupakan Cubaan Fitnah Anwar

MP PAS Kota Raja Bahas Titah Diraja 2013

Rafizi: MACC only probes one in every five complaints

Rizab S'gor kini RM2.9 bilion, kata MB Khalid

Hanya satu dari lima laporan rasuah disiasat SPRM

Rafizi_bahas_SPRMKUALA LUMPUR, 3 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM hanya membuka satu kertas siasatan dari setiap lima kes yang dilapor, dedah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Beliau membandingkan statistik tahun 2011 antara SPRM dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
Menurut Rafizi, sebanyak 6,475 maklumat berhubung rasuah diterima SPRM pada 2011, namun hanya 1,304 atau bersamaan 20% kertas siasatan yang dibuka.
Berbanding ICAC yang menerima 4,010 laporan, namun membuka 3,072 kertas siasatan bersamaan 77% dari
keseluruhan maklumat rasuah di Hong Kong pada tahun yang sama.
“Ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat yang meragui keberkesanan SPRM. Menteri yang bertanggungjawab harus mengambil cabaran ini dengan serius,” kata Rafizi di Dewan Rakyat.
Tambah Rafizi, sabitan kesalahan kes dikendalikan ICAC lebih tinggi mencecah 86% berbanding kesalahan kes yang dibawa oleh SPRM, iaitu sekadar 68%.

Anwar: Yang dilapor Wikileaks melibatkan MP Pekan, bukan saya

dsaiKUALA LUMPUR, 3 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parlimen BN Simpang Renggam, Liang Teck Meng bahawa laman Wikileaks pernah menerbitkan laporan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
“Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat. Yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan Wikileaks.
“Wikileaks mengandaikan Pekan (Najib) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
“Yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya, tidak disebut Wikileaks,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat pagi tadi.
Liang di Dewan Rakyat semalam mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).
Anwar kemudianya meminta Liang bangun untuk memberi penjelasan, namun tiada jawapan.
“Tidak ada sama sekali rujukan dalam Wikileaks. Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan) dalam Wikileaks,” katanya.

Dr Asri: Terima Islam kerana kesedaran bukan paksaan

Mad Said didesak jelaskan skandal balak, wang panas


KUALA TERENGGANU: “Saya tidak boleh berdiam diri dalam skandal balak 12,000 ekar yang berlaku di negeri (Terengganu) ini. Tanah ini adalah tanah rakyat, wang RM30 juta juga wang rakyat.

“Mereka yang rasuah dan menyeleweng wang rakyat hendaklah dibawa ke pengadilan mahkamah.

“Rakyat mesti terus mendesak mendapat penerangan dan penjelasan yang ‘masuk akal’ dan bukannya penerangan samar-samar untuk mencari jalan mereka yang bersalah terlepas dari tindakan mahkamah,” kata Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail kepada Harakahdaily.

Beliau turut mengulangi desakan agar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said segera menjawab isu skandal balak serta wang ‘panas’ tersebut.

Katanya, skandal pemberian 12,000 ekar kawasan balak kepada 12 buah kilang papan di Terengganu belum lagi mendapat jawapan munasabah daripada Ahmad.

“Saya mahukan MB Terengganu berhenti main sandiwara murahan dengan memberi jawapan yang samar-samar dan tidak bertanggungjawab dalam kes skandal balak ini,” ujarnya.

Perkasa kesal kerajaan lebih hargai kumpulan ‘biadap’


Ibrahim mengatakan kerajaan melayan kumpulan biadap pada 3 Julai, 2013. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.
"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya.
"Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa.
"Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya.

Ibrahim Ali anggap pendamaian kebangsaan hanya retorik Najib...ha..ha..ada lagi dia nie..!!!

Pendamaian nasional hanyalah retorik Najib, kata Ibrahim Ali pada 3 Julai, 2013. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Perdamaian kebangsaan atau "national reconciliation" yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya retorik dan tidak diperlukan, kata Datuk Ibrahim Ali (gambar).
"Tidak perlu bincangkan Perdamaian Kebangsaan dengan saya, ia hanya satu perkara retorik.
"Sesiapa yang menang mestilah dihormati dan saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional yang kekal sebagai pemerintah," kata Presiden Perkasa itu.
Pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini, Ibrahim turut menggesa pihak yang kalah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) supaya menerima keputusan itu.
Najib didakwa mahu memulakan pendamaian kebangsaan dan mendakwa ia sebagai usaha menyatukan rakyat Malaysia berikutan keputusan PRU13 sebagai 'tsunami Cina'.
Ibrahim yang turut gagal mempertahan kerusi Parlimen Pasir Mas - kali ini atas tiket BN, menggesa pihak yang kalah pada PRU13 supaya menerima keputusan itu.
Beliau meminta mereka menunggu lima tahun lagi pada PRU14, bukannya mempertikaikan keputusan tersebut.
"Yang kalah perlu terima dan tunggu lima tahun lagi. Mereka yang bercakap banyak adalah paling tidak bermoral dan korup," katanya.

MP PAS Pasir Mas Bahas Titah Diraja 2013

MP: Time's up for Lynas, revoke their license now

Panas..!!: MP DAP Raub Bahas Titah Diraja 2013

MP sambut penjelasan isu PPSMI oleh Timb Menteri dengan ejekan

MP BN Langkawi Bahas Titah Diraja 2013

Isu akaun: Dakwaan dimulakan oleh blogger UMNO, kata Anwar...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan merujuk seorang MP BN, yang mendakwa beliau memiliki wang ratusan juta ringgit di akaun bank luar negara, ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahgunakan kekebalan berhujah di Parlimen.

Menurutnya, dakwaan yang dihamburkan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) itu tidak pernah dilaporkan laman WikiLeaks seperti yang didakwa.

Berucap di Parlimen pagi tadi, Anwar turut mencabar Liang sekali lagi untuk bangkit menjelaskan dakwaannya semalam.

"Tidak ada sama sekali rujukan dalam WikiLeaks.

"Jadi demikian tentunya ada hak bagi Yang Berhormat (Simpang Renggam) bangkit supaya ada penjelasan.

"Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Parlimen), supaya saya boleh saman.

"Masa dia berucap, (dia) tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani (hanya) menjerit dari bawah.

"Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat.


Liang(kiri) bagaimanapun terus berdiam diri apabila diberi peluang tersebut.

Anwar seterusnya berkata, Liang mengambil risiko dengan memetik laman pembocor rahsia WikiLeaks untuk berhujah di parlimen.


Ini kerana, laman berkenaan sebelum ini menerbitkan andaian bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, dakwa Anwar.

"WikiLeaks mengandaikan Pekan (Datuk Seri Najib Razak) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

"Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat, yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan WikiLeaks (juga), yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya tidak disebut WikiLeaks," katanya.

Seterusnya, bercakap kepada wartawan di luar Parlimen kemudian, Anwar turut mengancam untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.



Laporan Bernama semalam menyebut, Liang mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel, laporan agensi berita tersebut.-malaysiakini


Wikileaks: Tiada data mengenai saya -Anwar

Penghargaan Kepada Nik Aziz Boleh Jadi Tititk Mula Perdamaian Nasional

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa semasa membahas usul menjunjungi kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di parlimen semalam telah mencadangkan kepada kerajaan agar merakam penghargaan dan memberi penghormatan kepada bekas MB Kelantan Tokguru Nik Abdul Aziz atas kejayaanya mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun dengan jayanya tanpa ada rasuah.

Nik Aziz: Wajar dihargai.
Cadangan dan saranan itu sesuatu yang tepat dan amat praktikal sekali. Penghormatan itu sesuai sebagai menunjukkan kerajaan yang ada hari ini mempunyai kesedaran dan keperihatinan untuk melihat sesuatu yang baik walaupun ianya datang dari pihak pembangkang. Seperti mana kata Mujahid kerajaan tidak sepatutnya memilih atau melihat kepada parti, sebaliknya berdiri atas kebenaran secara profesionalisme.

Bentuk perhargaan kata Mujahid terserah kepada pertimbangan dan idea kerajaan, mungkin ia boleh dilasksanakan dengan menubuhkan sebuah institusi pemikiran Tokguru, di mana pemikiran, pendekatan atau pun stail beliau berpolitik boleh diambil dan ditiru.

Bagi saya mungkin sebuah memorial boleh diadakan atau pun mewujudkan sebuah kerusi bernama kerusi Nik Aziz di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Jelas kehebatan yang ada kepada Tokguru Nik Aziz dengan melihat kepada tempoh perkhdimatannya yang belum pernah berlaku sebelum ini seorang ulamak menjadi ketua eksekutif disesebuah negeri selama itu.

Isu Idris-Mat Said kini muncul di Kuala Besut



BESUT: Biar pun BN bertapak kukuh di Dun Kuala Besut sejak pilihan raya umum 2004, namun Dun terbabit pernah dimenangi PAS pada empat pilihan raya umum sebelum itu.

PAS pernah menang pada pilihan raya umum 1959, 1969, 1974 dan 1999.

Situasi itu membuatkan Umno dan BN tidak mampu mendabik dada menjuarai dengan mudah pilihan raya kecil Kuala Besut tidak lama lagi.

Tambahan pula isu dalaman dan luaran terus membelit parti itu.

Penyisihan terhormat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said daripada jentera utama pilihan raya BN Kuala Besut bukan lagi sekadar cerita kedai kopi.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut membuatkan Umno Terengganu bergolak semula.

Kad pengenalan palsu dikesan dalam RCI Sabah hari ini

Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah (RCI) hari ini berjaya mengesan kad pengenalan palsu milik seorang warga Indonesia, berusia 46 tahun.
Ishak Us'luan yang lahir di Timor, Lambata, Indonesia didapati mempunyai kad pengenalan palsu sejak 1984, setahun selepas beliau memasuki Sabah untuk bekerja.
Berdasarkan semakan RCI dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) nombor kad pengenalan milik Ishak didapati tidak berada dalam pangkalan data JPN.
"Semasa tahun 1984 dapat kad pengenalan ... ada orang dari Semporna bernama Usman Lajat, masa jalan dia meminta kami buat kad pengenalan, masa itu kami ada 17 orang yang buat (kad pengenalan), di situlah keluar kad pengenalan kami," katanya ketika memberi keterangan kepada panel RCI.
Kesemua rakan-rakannya itu jelas Ishak dikehendaki membayar RM40 kepada lelaki bernama Usman sebagai "duit minyak".
"Usman isi borang dan ambil cap jari kami ... kemudian dua bulan dia datang semula bawa IC biru," kata Ishak.
Ekoran kehilangan kad pengenalan pertamanya itu, Ishak kemudian berusaha membuat kad pengenalan untuk kali kedua di JPN Tawau, namun gagal.
"Atas bantuan seorang di Semporna, saya minta dia uruskan dengan bayaran RM500 ...  saya dapat Mykad," katanya yang tidak mengingati nama individu tersebut.

ISU MEMILIKI 20 AKAUN BANK BERJUMLAH RM332 JUTA DI LUAR NEGARA TERMASUK ISRAEL!!!... DSAI CABAR AHLI PARLIMEN BN SIMPANG RENGGAM AGAR ULANGI TUDUHAN DILUAR DEWAN!!

Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Rafizi dakwa sabitan kes rasuah di Malaysia rendah berbanding Hong Kong

Peratusan purata jumlah sabitan kesalahan kes rasuah di Malaysia yang dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh 2009 hingga Mei 2013 jauh lebih rendah berbanding sabitan dilakukan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC), kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Menurut Rafizi, dalam tempoh empat tahun, SPRM hanya mendakwa 1,310 kes dengan 888 daripadanya disabitkan kesalahan berbanding ICAC yang membawa 152 kes ke mahkamah dan 86 peratus daripadanya iaitu 131 kes didapati bersalah bagi tahun 2011 sahaja dan maklumat ini perlu dibaca bersama dengan data operasi SPRM dan dibandingkan dengan maklumat yang sama dari Hong Kong, negara yang diiktiraf berkesan menangani gejala rasuah.
“Untuk menilai keberkesanan pendakwaan yang berakhir dengan sabitan kesalahan, saya membandingkan peratusan purata bagi tempoh 2009 hingga Mei 2013 bagi Malaysia (seperti jawapan Menteri) dengan kes diputuskan di mahkamah Hong Kong yang dibawa ICAC bagi tahun 2011. Sekali lagi, sabitan kesalahan kes yang dikendalikan ICAC adalah lebih tinggi hingga mencecah 86 peratus berbanding sabitan kesalahan kes yang dibawa SPRM,” katanya.
Kenyataan akhbar yang mengandungi data jumlah laporan dan maklumat per kapita; jumlah tindakan dan kertas siasatan berbanding maklumat yang diterima; dan jumlah siasatan yang berakhir dengan pendakwaan daripada SPRM dan ICAC itu adalah susulan daripada jawapan Senator Datuk Paul Low di Parlimen berhubung jumlah pertuduhan bersabit kes rasuah yang dibuat SPRM.
Rafizi yang juga pengarah strategi PKR  mendakwa, beliau mengkaji perkara itu dengan lebih mendalam dan mendapati keberkesanan SPRM berbanding dengan ICAC rendah berdasarkan kepada jumlah peratusan maklumat diterima, kertas siasatan dibuka dan sabitan dibuat antara kedua-dua suruhanjaya itu.

Anwar Ibrahim: Saya Bagi Ruang, Kalau Dia Nak Bangun, Sila Bangun

MP PKR Pandan Bahas Titah Diraja 2013

MP cadang anugerah khas kepada TG Nik Aziz

Parliament Uncut: Mary Yap loses cool, says PPSMI not meant to improve English

Dakwa milik 20 akaun, PR mahu ambil tindakan MP BN

Rafizi Ramli KUALA LUMPUR – PKR akan membawa ahli Parlimen Simpang Renggam dari BN, Liang Teck Meng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, dakwaan Teck Meng itu jelas tidak berasas kerana melalui kajian ke atas laman wikileaks.org mendapati tiada langsung maklumat yang menyebut Anwar mempunyai jumlah akaun sebanyak itu.

Oleh sebab itu katanya, tindakan akan diambil ke atas Teck Meng kerana sengaja mengelirukan Dewan Rakyat tanpa asas dan dasar yang kukuh.

MP PAS Bukit Gantang Bahas Titah Diraja 2013

Isu Lynas : MP BN Bentong Bahas Titah Diraja 2013

Korek pasir: Pembangkang Selangor dibidas lagi


KUALA LUMPUR: Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS) sekali lagi dibidas gara-gara sengaja menutup fakta berkenaan kelemahan pentadbiran Umno BN yang dahulu.

Kali ini mengenai isu perlombongan pasir yang dikatakan mencemarkan alam sekitar.

Shahrum Mohd Sharif (BN-Dengkil) berterusan menuduh kegiatan perlombongan pasir di era pentadbiran Pakatan Rakyat yang didakwa tidak terkawal, lapor Selangorku.

Ini mendapat perhatian Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) yang menempelak Shahrum dengan berkata kegiatan melombong secara tidak terkawal sudah berlaku dengan berleluasa di era pentadbiran BN sebelum 2008.

Shuhaimi juga berkata isu itu sudah pun beberapa kali dijelaskan dengan bukti baik di dalam DNS mahupun menerusi media.

“Lombong yang besar ini ditinggalkan oleh BN, kita cuma nak betulkan. Tak payah tunggu Menteri Besar jawab, saya boleh jawabkan.

'Demokrasi sudah mati di DUN P Pinang' - Ketua Pembangkang


Ketua pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid menyelar keputusan Speaker Law Choo Kiang untuk menggantung sesi soalan lisan dalam persidangan, yang disifatkannya sebagai satu “hukuman mati ke atas demokrasi”.

Jahara (BN-Teluk Ayer Tawar) berkata perkara seperti itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini dan sesi berkenaan juga penting untuk memastikan kebertanggungjawab kerajaan engeri.

Katanya, wakil rakyat akan menggunakan peluang berkenaan untuk bertanya soalan dan mendapat jawapan berhubung masalah dihadapi rakyat.

Sesi itu juga bukan hanya untuk kepentingan wakil pembangkang tetapi juga untuk wakil rakyat penyokong kerajaan, demi kepetingan rakyat, katanya.

“Jelas sekali ada keangkuhan kuasa di sini. Ianya seperti menjatuhkan hukuman mati ke atas demokrasi. Demokrasi telah mati di Dewan ini,” katanya.

MP DAP Petaling Jaya Utara bahas Titah Diraja 2013

Wikileaks: Ada 17 rekod, tapi rekod Anwar tiada...

Lagi pendedahan WikiLeaks
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzim  hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mempunyai 20 akaun luar negara.

Menurut Tze Tzim, dakwaan tersebut  adalah tidak berasas dan berbaur fitnah.

"Semalam pihak PKR telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu.

"...hasil semakan mendapati terdapat 17 rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan dengan pendedahan Anwar miliki 20 akaun," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Egypt's president refuses to step down

PAS persoal kenapa Tan Sri Zainal diturunkan pangkat?

Dewan Rakyat 3 Julai 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 3 Julai 2013: Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Usul PM 36 - Tuduhan tidak berasas

Usul PM 36 - Tuduhan tidak berasas Isu Wikileaks terhadap Anwar oleh MP Bn Simpang Renggam

BR1M: RM500 boleh makan setahun RM1,200 hanya 2 bulan


KUALA LUMPUR: Pada 23 Febuari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 cukup untuk rakyat makan setahun.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

“Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

NOTHING SUSPICIOUS AT ALL: EPF defends RM1.2bil mall purchase

The Employees Provident Fund has reacted to reports over its decision to purchase a retail mall in Kuala Lumpur, saying it was not venturing into an alien sector as claimed by some but was open to exploring good investment opportunities in real estate.
"The EPF is always committed to adopt a prudent and low risk investment policy backed by thorough research in accordance with investment best practices to ensure that members’ savings are protected," EPF's public relations general manager Nik Affendi Jaafar said in his statement to Harakahdaily.
NOTHING SUSPICIOUS AT ALL: EPF defends RM1.2bil mall purchaseAffendi clarified that the pensions fund's purchase of Quill City Mall on Jalan Sultan Ismail was not the first such investment as it already invested or owned other retail stores including the Sogo department store and Giant hypermarkets.
He further said that the latest retail investment was as a co-owner of Paradigm Mall in Petaling Jaya, adding that EPF has good exposure in real estate investment trusts and developers.
'Value yet to be determined'
Yesterday, PAS research head Dr Dzulkefly Ahmad, in response to news that EPF was buying the mall for RM1.2 billion, questioned the decision saying it had not been EPF's forte to venture into the private properties market.
"There is also a danger of overcrowding and reducing liquidity in the local market if EPF continues to invest in the local properties especially by competing and borrowing local loans," Dzulkefly told Harakahdaily.
But EPF said the final value would be determined only after the mall commenced operations, saying the reported sum of RM1.2 billion was "the maximum payable but will only be paid if all the performance targets are met within the agreed timeframe."
"The EPF assumes no liability for the debts of the development, including the RM700 million papers issued recently," it added.

Kenapa semakin ramai kunjungi TG Nik Aziz?


KOTA BHARU: Kunjungan masyarakat luar Kelantan untuk bertemu dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melebihi aura sewaktu mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar tahun 90-an.

Dengan situasi itu, hampir setiap hari rombongan pelancong luar akan ke Masjid Pulau Melaka tidak kurang tiga hingga lima buah bas sehari, khususnya pada hujung minggu, tidak termasuk kenderaan individu yang datang berkonvoi untuk tujuan yang sama.

Perkara itu diakui sendiri isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, ketika ditemui petang semalam di JKR 10 untuk menyelami perasaannya selepas Tuan Guru bersara sebagai Menteri Besar.

Menurutnya, walaupun Tuan Guru hanya Adun biasa, namun masjid dan kediamannya sering dikunjungi orang ramai termasuk masyarakat luar untuk bertemu dengan Tuan Guru.

“Kalau era 90-an ketika mula menjadi Menteri Besar, mereka datang bertemu Tuan Guru hanya pada majlis-majlis tertentu, kalau ada rezeki sempat bertemu.

“Tetapi sekarang mereka bertemu di rumah atau di masjid tanpa protokol,” ujarnya.

Almarhum Ustaz Fadzil pencetus keterbukaan PAS


 Sebelas tahun telah berlalu sejak kepergian bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggalkan kita. Tidak sedar waktu berlalu begitu pantas dengan pelbagai peristiwa telah berlaku selama itu. Namun, PAS - yang pernah dipimpinnya - kini terus subur dan berkembang.

Bayangkan bahawa PAS kini telah dianggotai lebih dari sejuta ahli dan tentunya di dalam jumlah itu wujud pelbagai watak dan pemikiran yang berbeza. Namun yang berbeza hanya dari segi pendekatan, bukan dari segi memperjuangkan dasar PAS yang sudah sangat mantap dan tidak ada perselisihan atau perbezaan pendapat di kalangan ahli.

Pendekatan yang yang berbeza disebabkan ahli yang lebih sejuta orang itu datang dari pelbagai latar belakang pendidikan, keluarga dan suasana sekeliling di mana ahli PAS itu berada, serta pengaruh pembacaan dan pemahaman serta pendedahan yang berbeza.

PAS telah mengambil masa yang lama untuk memantapkan perjuangannya. Sejarah perjuangaannya yang ditandai pelbagai peristiwa selepas berundurnya Dato’ Asri Haji Muda sebagai Yang Dipertua PAS. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa yang mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dengan slogan ‘Kepimpinan Ulama’.

Saya sendiri menyertai PAS setahun setengah kemudian atas dorongan Haji Subky Latif serta disebabkan dasar PAS  yang memperjuangkan Islam yang  syumul dan tidak lagi berpaut pada fahaman kebangsaan seperti masa lalu.

Penyelewengan dakwat kekal: Bos SPR mesti letak jawatan sebelum PRK

ShamsulKUALA LUMPUR 3 JULAI: Semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama Pengerusi dan Timbalannya perlu meletak jawatan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Terengganu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
Ia ekoran SPR sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dalam pembelian dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Oleh kerana SPR kini sedang disiasat ekoran kegagalan mereka mengendali PRU terutama kekesalan rakyat bahawa dakwat yang diguna tidak kekal, maka adalah wajar semua anggota SPR terutama dua bos teratasnya meletak jawatan sebelum berlangsung PRK di Terengganu,” katanya kepada Suara Keadilan.
Semalam, seorang pegawai kanan SPR didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menerima rasuah RM80,000 daripada sebuah agensi pelancongan bagi membantu mendapatkan kontrak bekalan kenderaan untuk kegunaan pemerhati asing semasa PRU lalu.

Selangor Perlu Larang Minuman Keras di Tempat Awam


SHAH ALAM, 3 JUL : Sebuah enakmen melarang meminum minuman keras secara terbuka di tempat awam seperti taman permainan perlu dikuatkuasa Kerajaan Selangor bagi menjaga keharmonian penduduk dan mencegah gejala sosial.
Ini kerana menurut Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk yang merasa terganggu oleh aktiviti minuman keras oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar kawasan awam.
xavier speech white 01Menurutnya, enakmen itu telah digunapakai di beberapa negara luar seperti Canada, Australia, Finland, Hungary, Norway, Poland, Sepanyol dan Amerika Syarikat.
“Enakmen melarang minuman keras di tempat awam ini perlu diluluskan dalam masa terdekat untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anggota polis bagi melaksanakannya.
“Saya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai orang yang minum di taman permainan hingga larut malam dan meninggalkan botol kosong berselerakan di tempat tersebut.
“Keadaan ini menyebabkan kacau ganggu kepada keharmonian penduduk setempat apabila mereka terdedah kepada bunyi bising dari kumpulan tersebut dari larut malam hingga awal pagi,” katanya ketika membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, di sini semalam.
Katanya, penguatkuasaan terhadap permohonan permit juga perlu diambil kira sekiranya terdapat permintaan daripada orang ramai untuk membawa minuman keras di tempat awam sewaktu majlis keraian.

Manifesto: Ibu tunggal disaran segera daftar

Manifesto: Ibu tunggal disaran segera daftar
Rodziah (depan,tengah) menyarankan ibu tunggal segera mendaftar skim-skim ditawarkan kerajaan negeri.
SHAH ALAM - Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail menyeru 2,020 ibu tunggal yang menyaman kerajaan negeri sebelum ini untuk segera mendaftar skim ditawarkan sekiranya belum berbuat demikian.

Rodziah berkata, sekiranya proses tapisan dibuat mendapati ibu tunggal tersebut layak maka mereka dapat menikmati skim-skim ditawarkan kerajaan negeri.

“Kita (kerajaan negeri) menyeru 2,020 ibu tunggal supaya segera daftar jika belum dan akan diproses pendaftarannya.

“Bagi yang sudah dan didapati layak akan diberi skim perkhidmatan untuk dimanfaatkan,” katanya pada sidang media di Sidang Dun di sini, semalam.

Lagi Pembangkang Selangor Dibidas Guna Fakta Salah Ketika Berdebat

Curi Pasir-Grafik
SHAH ALAM, 3 JULAI: Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini sekali lagi dibidas gara-gara sengaja menutup fakta berkenaan kelemahan pentadbiran Umno-BN yang dahulu.
Kali ini mengenai isu perlombongan pasir yang dikatakan mencemarkan alam sekitar.
Adun BN dari Dengkil, Shahrum Mohd Sharif  berterusan menuduh kegiatan perlombongan pasir di era pentadbiran Pakatan Rakyat yang beliau dakwa tidak terkawal.
Ini mendapat perhatian Adun Pakatan dari Sri Muda Shuhaimi Shafiei yang menempelak Shahrum dengan berkata kegiatan melombong secara tidak terkawal sudah berlaku dengan berleluasa di era pentadbiran BN sebelum 2008.

Kerajaan Negeri P.Pinang Tiada Halangan Tazkirah Ramadan

Terengganu: Panel guaman PAS Kaji Kedudukan 16:16

Ku Li jadi Pengerusi Persatuan Beca SeMalaysia?

Shahbudin Husin

Tindakan Najib melantik Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru terus menimbulkan persoalan dan menjadi perbualan ramai.
Tidak saja Mahfuz Omar dari Pas dan Nurul Izzah dari PKR yang mempertikaikannya serta menuntut penjelasan Perdana Menteri tentang kriteria perlantikan seseorang sebagai Pengerusi GLC, bahkan rakyat pelbagai peringkat terus bercakap mengenainya.
Di blog dan laman-laman sosial, baik yang pro UMNO mahukan pro pembangkang, perlantikan Azeez itu bukan saja mengundang kecaman dan kritikan, malah dijadikan bahan lawak dan momokan ramai.
Gambar Azeez mencium tangan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor menjadi topik perbualan paling hangat seolah-olah perlantikan beliau itu lebih bersandarkan kepada kekerapannya mencium tangan Rosmah dan bukannya berdasarkan kelayakan ataupun pengalaman yang dimilikinya. Jika dibandingkan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji dengan beberapa perlantikan lain yang dibuat oleh Najib, memang wujud tanda-tanya besar terutama mengenai kriteria, kelayakan dan kaitan wibawa seseorang itu dengan GLC atau agensi kerajaan yang diamanahkan kepadanya.
Azeez Rahim yang tidak sampai dua bulan menjadi Ahli Parlimen serta tiada pengalaman dalam dunia korporat, pengurusan serta perniagaan, telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji, sebuah GLC yang mempunyai aset dan tabungan berbilion ringgit serta rangkaian perniagaan di seluruh dunia.
Tabung Haji juga menjadi tabungan hampir semua umat Islam dan merupakan antara syarikat kebanggaan negara yang ditubuhkan oleh Prof Ungku Aziz bagi memudahkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardu haji ke Mekah.

A law so sensitive it can PERMANENTLY split Malaysia: But where is Najib, is he in charge?

With all the scandals, corruption, wrong doings, racial and religious controversies that have cropped up in Malaysia the past few years, it is justifiable to wonder whether there is anyone in the government who is really in charge of things in the country.
For that matter, is Prime Minister Najib Razak really in control? Or is he just a puppet? If so, who is the puppet-master or masters? If Najib is in charge, why is he not doing anything to make Malaysia a better country, a more robust economy.
A law so sensitive it can PERMANENTLY split Malaysia: But where is Najib, is he in charge?Malaysia is not only not moving forward, it is dragged down by enormous scandals involving its top leaders such as the Scorpenes-Altantuya corruption-murder case implicating Najib himself, the RM250 million NFC debacle, the RM12 billion PKFZ debacle and so forth. The scandals, never-ending wrong doings, even a web portal dedicated to exposing Sarawak chief minister Taib Mahmud's misdeeds, are just too much.
So, is there any order? Can there be any order in the face of such chaos. The answer is a clear 'NO'. Nothing is in order, because the events keep changing but the agenda remains the same; UMNO and its ‘Malay Supremacy’. In UMNO the aim justifies every means and there is no time for anything else.
It is as UMNO has claimed - it has been given a huge mandate by the majority to do whatever it wishes, so it is going to do whatever it wants. Of course, it will omit the fact that the Opposition won 51% of the total votes and just harp on the fact that it won 88 parliamentary seats - the most won by a single party. Isn't the blindsided-ness to be expected?
Racist to the core
To most Malaysians, despite having many non-Malay funders, UMNO is racist to the core with its ‘Malay Supremacy ‘doctrine. It has been too obvious that the authorities would never take action against any UMNO Malay no matter how hate-filled and inciting his or her racists words may be, no matter how vicious, intimidating or offensive the comments may be to the non-Malays. Whenever any of these 'ultra'-Malays voice out his or her stance, they will immediately be seconded by someone else from the same breed in UMNO.
The ‘keris- kissing’ event made infamous by former Home Minister Hishamuddin Hussein is the landmark emancipation of the racist nature of UMNO and from then on, the sentiment has been promoted and nurtured without any sign of slowing down. UMNO now has NGOs like PERKASA and Pekida, martial arts group like Pertubuhan Silat Lincah headed by Omar Din, bloggers like Papagomo, Mymassa, Talk With Hand dan Aloqlaloq, main stream media like Utusan Malaysia and TV3, tycoons like Syed Mokhtar and Daim Zainuddin, academicians like Sahol Hamid and Sidek Baba, tertiary institutions like UiTM and UPSI, artists like KRU and Salih Yaacob, legal eagles like Mohd Noor and Gani Patail, clerics like Fathul Bari and Mashitah Ibrahim, authorities like the police and the Election Commission to help it all the way.

Kenapa kes Kugan rayu, kes Altantuya tidak?


KUALA LUMPUR: Mengapa dalam kes A Kugan sahaja kerajaan merayu keputusan mahkamah, tetapi enggan berbuat demikian terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Adakah rayuan hendak dibuat dalam kes pembunuhan Kugan ketika dalam tahanan polis kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan (Ketua Polis Negara, Tan Sri) Khalid (Abu Bakar) bertanggungjawab atas kematian Kugan, yang disiksa ketika soal siasat sehingga menyebabkan kematian?"

"Tetapi, dalam soal pembebasan Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pula, adakah kerajaan sengaja tidak mahu buat rayuan kerana hendak melindungi (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang sehingga hari ini tidak dilihat bersih oleh sebahagian besar rakyat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu," katanya.

Mahfuz berkata, apa yang berlaku itu menyebabkan rakyat semakin yakin bahawa institusi dan prosedur perundangan diperalatkan untuk kepentingan pihak yang berkuasa.

"Rakyat semakin tidak percaya kerana nampak semakin jelas bahawa pertimbangan dibuat mengikut kepentingan pihak yang ada kuasa.

"Nampak benar kerajaan mengajar rakyat supaya menjadi orang yang berkuasa di dalam kerajaan Umno atau mempunyai hubungan yang baik dengan mereka, barulah mendapat pertimbangan yang wajar dan saksama," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Pastikan Shahidan tidak berbohong di parlimen

Subky Latif,
SAYA tidak pasti apa sebenarnya yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim katakan di Parlimen ketika menjawab soalan tentang dakwat kekal dalam PRU13  dulu.
Yang saya fahami dari berita mengenainya ialah bergantung pada individu apakah dakwat itu akan kekal atau tidak kekal. Maksudnya ada individu dakwat itu kekal beberapa hari dan ada jari individu tidak lekat dakwat itu.

Katanya jika laporan itu tepat, ia sudah diuji pada jari kakitangan SPR beberapa hari sebelum hari mengundi.  Ertinya SPR puas hati dengan ujian itu.

Saya tidak bersangka buruk dengan jawapan menteri itu. Tetapi laporan yang disiarkan menampakkan jawapan itu berunsur jenaka. Berjenaka di Parlimen tidak salah, bahkan ia boleh menyegar Anggota Parlimen dari mengantuk dan bosan dengan ucapan yang tak henti-henti. Tetapi jenaka itu mesti benar, bukan diada-adakan.

Parlimen bukan tempat berbohong. Bahkan bukan di situ  saja dilarang berbohong. Di mana-mana saja manusia tidak boleh berbohong. Islam menentukan dosa atas setiap bohong. Tetapi tiada yang banyak dibuat terhadap kaki bohong yang  dibuat di merata-rata. Masjid adalah Rumah Allah. Ia adalah tempat suci yang orang mengelak dari berdosa. Tetapi tidak undang-undang yang dapat menghukum orang berbohong.

Parlimen ada peraturannya. Orang yang berbohong tidak layak menganggotai Parlimen. Guru wartawan saya, wartawan senior dari Britain, Mr. Brown memberitahu kuliah tahun 1963,  John Profumo, Menteri Perang Britain hilang  kelayakannya menjadi menteri dan anggota Parlimen bukan kerana skandal seks Kristian Keeler yang melibatkannya tetapi kerana dia berbohong di Parlimen.

Demikian seriusnya hukum terhadap MP yang berbohong.

Dedah senarai tanah Taib, SPRM kunjungi Ahli Parlimen DAP

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dikunjungi tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, sehari selepas pendedahannya berkaitan senarai tanah keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Mereka datang untuk mendapatkan dokumen senarai pendedahannya sehingga menyebabkan Chong terkejut.
"Saya hanya individu biasa. Jika saya boleh mendapatkan dokumen itu daripada Pejabat Pendaftar Tanah, apakan lagi SPRM?" soal Chong apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
"Jika kata 10 penyiasat mereka buat kerja, tiada alasan untuk mereka tidak memiliki dokumen sebegini," tambah beliau lagi.
Pada Isnin, Ahli Parlimen DAP itu mendedahkan dokumen senarai tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion yang didakwa milik ahli keluarga Abdul Taib.
Chong kemudian mempersoal keupayaan SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas ketua menteri itu yang disifatkannya sebagai tidak serius.
Chong dalam ucapannya di Parlimen pada Isnin mendakwa Abdul Taib dan keluarganya memiliki 24 plot tanah yang diperoleh bawah aras nilai pasaran serta menunjukkan dokumen berkaitan enam tanah berjumlah 89,025 hektar, terletak kira-kira lapan kilometer dari Kuching.

PRK Kuala Besut: Pas sedia hadapi PRK bulan puasa

Mohd-Abdul-Wahid-Endut KUALA TERENGGANU – Pas bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut  bila-bila masa sahaja dan tiada masalah sekiranya berlangsung dalam bulan puasa.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Pas tidak menganggap ia bebanan sekalipun umat Islam berpuasa ketika itu.

“Kita tidak kira bulan puasa atau tidak bulan puasa. Kita akan teruskan perjuangan kita. Rasulullah pada bulan puasa pun berperang, perang Badar berlaku dalam bulan puasa. Tiada masalah untuk kita, insya ALLAH, bulan puasa lagi semangat,” katanya di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, kelmarin.

Sementara itu, beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam menolak persepsi pihak tertentu yang melihat Pas seakan-akan ghairah mendapat kemenangan di Dun Kuala Besut walaupun mereka kalah dengan majoriti cukup besar pada PRU13 lalu.

Batu Pahat: Tiga gelas air RM45..!!!

Tiga gelas air RM45
Hamidi menunjukkan resit yang dikeluarkan oleh peniaga warung berkenaan, selain sejumlah syiling yang merupakan baki pembayaran yang dipulangkan.
 
BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.

Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.

“Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.

“Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang ‘special’ di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

“Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

PRK Kuala Besut: Pas belum bincang calon

Datuk Mahfuz Omar KUALA LUMPUR – Pas belum membincangkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu berikutan kematian Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, senarai nama calon akan dihantar oleh Pas kawasan Besut kepada Pas negeri dan seterusnya akan dihantar kepada Pas Pusat.

“Dalam sehari dua lagi, kita akan memutuskan siapa yang akan menjadi calon pada PRK Kuala Besut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Ketika ditanya mengenai perebutan kerusi itu di kalangan parti dalam PR, Mahfuz berkata, kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Mohamed Ali semalam jelas menyatakan bahawa kerusi Dun Kuala Besut untuk Pas.

PRK Kuala Besut: Muslimat Pas bincang nama calon

Siti Zailah Mohd Yusof KOTA BHARU - Dewan Muslimat Pas secara positif menerima keputusan daripada pimpinan Pas Pusat sama ada meletakkan calon lelaki atau wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, keputusan tersebut akan dibuat pimpinan Pas Pusat, bukan Dewan Muslimat Pas.

“Kami akan memutuskan nama calon bersama pimpinan Pas Pusat dalam mesyuarat yang akan diadakan bersama nanti.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Punca gangguan elektrik Sarawak masih misteri..???

Sarawak KUCHING - Misteri terus menyelubungi punca berlakunya gangguan bekalan elektrik di Sarawak pada 27 Jun.
  
Keadaan ini berterusan walaupun syarikat pembekal tenaga elektrik milik negeri Sarawak Energy Berhad (SEB) hari ini mengesahkan penemuannya sebelum ini bahawa kejadian itu berpunca daripada Loji Hidroelektrik Bakun di Belaga.
  
Ketua pegawai eksekutif SEB Torstein Dale Sjotveit berkata syarikat itu mempunyai bukti jelas bahawa gangguan bekalan secara menyeluruh itu berlaku akibat "penurunan bekalan tenaga yang berlaku secara serius dan tidak diduga" daripada loji berkenaan.
  
Katanya data SEB menunjukkan tiga unit bekalan tenaga elektrik di loji itu terpelantik secara serentak pada 5.36 petang dan menyebabkan kesemua lima stesen janakuasa elektrik di negeri ini terhenti operasi.
  

Egypt: Army to Suspend Constitution, Legislature

Hardcore poor in Kuala Lumpur

The plague of sectarianism

Alaa Moustafa from Egypt's FJP talks about protests

Al Jazeera's Hoda Abdel-Hamid reports from Tahrir Square

Dakwaan Kitar Semula: Parlimen Gamat Anwar Miliki 20 Akaun Bank di Luar Negara?