Selasa, 2 Julai 2013

Dewan Rakyat 2013 - MP BN Salah Tafsir & Menyeleweng Terjemahan Al Quran Dlm Dewan

'Laahaulawala quwataillah........'

Isu yang berbangkit hasil dari pilihanraya lalu belum reda. Sekarang timbul isu dalaman UMNO yang akan memulakan ulang tahun berperang sesama sendiri semasa pemilihan parti November ini. Setiap parti mempunyai masalah masing-masing dan tidak ada mana-mana parti boleh mengata dan mengkritik parti-parti lain. Masing-masing parti ada hal yang membosankan.
 
UMNO sudah menampakkan masalah yang terlalu rumit jika dipandang dari mana-mana sudut sekali pun. Ada yang memarahi saya kerana membuat komen tentang UMNO kerana saya bukan lagi ahli UMNO. Tetapi bukankah UMNO itu mengaku yang parti itu untuk semua kaum dan mempunyai slogan 1Malaysia bersamanya?
Maka setiap rakyat ada hak untuk memberikan penilaian terhadap parti itu mengikut tanggapan masing-masing. Perhimpunan Agong yang mendatang sudah menampakkan keretakan dalam UMNO yang menunggu masa untuk berpecah. Jika dahulu ahli-ahlinya mempunyai segan silu untuk mengkritik pimpinan tetapi sekarang sudah ada unsur-unsur yang menunjukkan budaya segan silu itu sudah mula hilang  selepas pilihanraya yang lalu.
Wanita UMNO akan melihat pertandingan diantara Shahrizat Jalil yang sentiasa menjadi orang kesayangan Presiden UMNO pada hari ini. Azalina Othman Said akan menandingi beliau sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. Azalina beranggapan yang Najib tidak memberi komitmen secukupnya dalam pembangunan Wanita sebagai sebab beliau akan menandingi Shahrizat yang telah terjurumus dalam isu National Feedlot Corporation (NFC).
Tetapi yang hendak melawan Shahrizat ini pun bukannya tidak ada isu dan isu yang masih didalam ingatan ramai ialah isu Pembangunan Pusat Sukan di Herdforshire England semasa beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu dan isu ini bukannya isu yang kecil. Tetapi apakan daya, seperti yang selalu saya sebut sejak beberapa tahun dahulu UMNO sudah ketiadaan pimpinan yang tidak mempunyai isu rasuah. Maka yang hendak membetulkan keadaan pun tidak betul, apatah lagi pimpinan yang hendak dibetulkan itu.

Tuduhan Kitar Semula: Anwar miliki 20 akaun luar negara termasuk Israel - Dakwa MP BN Simpang Renggam

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
  
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
  
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
  
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
  

SILAP SAMAN!!! Janda saman Kerajaan Selangor dicari.....!!! Mana hilang Janda Jantan Demo Depan SUK...???

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah memutuskan kes saman Murtini Kasman dan 2,019 ibu tunggal yang lain dibatalkan pada 13 Mei lalu kerana penyelesaian tuntutan terhadap tawaran manifesto politik tidak boleh menerusi proses mahkamah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, Murtini Kasman tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan tersebut sehingga tempoh tamat berakhir 12 Jun lalu.  


“Oleh yang demikian, beliau dan plaintif lainnya telah akur dengan keputusan mahkamah bahawa saman yang dibawa itu suatu kesilapan dalam proses mencari keadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Zainarini Mohd Sidek dan 3,010 ibu tunggal yang lain juga telah menarik balik saman mereka pada 12 Jun lalu.

BR1M: Ahmad Maslan Buktikan Najib Seorang Penipu Besar

Bantuan BR1M RM1,200 boleh bertahan dua bulan, kata menteri

Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.

Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.

"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini.

Seramai 6.8 juta isi rumah dan individu bujang telah menerima BR1M 2.0 pada tahun ini yang meliputi 88.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohon dimana RM2.9 bilion telah diagihkan oleh kerajaan, peningkatan sebanyak RM0.3 bilion berbanding pusingan pertama BR1M yang berjumlah RM2.6 bilion.

Bagaimanapun, Ahmad Maslan gagal memberikan penjelasan selepas Ahli Parlimen Sibu (DAP) Oscar Ling Chai Yew bangkit untuk mempertikaikan kadar kemiskinan negara yang dikatakan sudah menurun tetapi kerajaan masih lagi terpaksa memberikan bantuan daripada segi wang tunai kepada rakyat Malaysia.

Penyelewengan: Desakan Adun BN makan diri


KUALA LUMPUR: Desakan Sulaiman Razak (BN- Permatang) terhadap Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) agar menyatakan bukti mengenai tuduhan penyelewengan yang didakwa berlaku ketika BN menerajui Kerajaan Selangor akhirnya memakan diri sendiri.

Dr Abdul Rani kemudian menyenaraikan skandal penyelewengan 24 bidang tanah yang diberikan kepada parti komponen Umno BN semasa memerintah negeri dari 2000 ke 2008.

Menurutnya, dalam Skandal Tanah Satu Malaysia (SAT1M) itu, Umno memperolehi 15 bidang tanah, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu) dengan bayaran masing-masing hanya RM1 bagi satu kaki persegi.

“Kemudian Umno membisu atas isu Kondominium Suria Damansara yang dibina atas tanah Umno di Kelana Jaya.

“BN sebutkan di tanah inilah dia bagi tahu kononnya mereka nak naikkan dewan serbaguna untuk buat tadika. Tetapi rupa-rupanya kondominium Suria Damansara 200 unit kediaman RM450,000 setiap satu.

“Bila kita hubungi ketua Penerangan Umno ketika itu, YB Shukor kata dia tak tahu. Serah kepada Datuk Bushro yang juga tak dapat beri jawapan dan kemudian serah kepada Datuk Seri Noh Omar… ‘refuse to comment’, saya nak bagi tahu semuanya tutup mulut,” ujarnya dipetik Selangorku.

Anuar Musa bakal dilantik Pengerusi Mara?

Shahbudin Husin

Dalam usaha Najib mahu mempertahankan kuasanya sebagai Perdana Menteri, beliau dipercayai akan terus mencurahkan habuan dan ganjaran kepada kalangan Ahli Parlimen yang tercicir dalam pengagihan jawatan kabinet baru-baru ini.
Sebelum ini Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim telah dijadikan Pengerusi Tabung Haji manakala Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif Ahmad pula dijadikan Pengerusi SPNB.
Walaupun pelantikan Azeez menerima kritikan dan kontroversi yang agak besar berbanding pelantikan lain tetapi pengesahan beliau memegang jawatan itu sudahpun dibuat semalam dan ini memperlihatkan bahawa program memberi habuan dan ganjaran akan tetap diteruskan mengikut perancangan yang dibuat oleh Perdana Menteri bersama penasihat-penasihatnya.
Maklumat terbaru pula menyebut, seorang lagi iaitu Ahli Parlimen Ketereh yang juga bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Annuar Musa bakal dilantik sebagai Pengerusi Mara menggantikan Idris Jusoh yang dinaikkan pangkat sebagai Menteri Pelajaran Kedua.
Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Pertanian, Johari Baharom yang digugurkan dalam pembentukan kabinet baru-baru ini turut dikhabarkan sudahpun dilantik sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam usaha Najib mahu mempertahankan jawatannya sama ada dari kemungkinan ditumbangkan melalui undi tidak percaya di Parlimen mahupun dalam pemilihan jawatan Presiden Umno hujung tahun ini, diyakini beliau akan terus mengagih-agihkan jawatan sebagai Pengerusi mana-mana GLC atau agensi kerajaan kepada kalangan Ahli Parlimen yang tidak diberikan jawatan menteri atau timbalan menteri, baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, beberapa Ketua Umno Bahagian yang kalah bertanding atau tidak dipilih menjadi calon dalam pilihan raya lalu, dikatakan akan turut menerima habuan tersebut secara berperingkat-peringkat tidak lama lagi.

Tukar agama anak bukan seperti memilih makanan’, kata pemimpin PAS


Menukar agama kepada Islam bukan seperti memilih makanan kata Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abdul Rani Osman (gambar).
Menurut Dr. Abdul Rani isu penukaran agama anak merupakan isu besar dan harus dibincang bersama oleh kedua ibu bapa.
"Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk menukar agama mereka. Jika ibu bapa mereka telah bertukar agama kepada Islam, mereka perlu mendedahkan anak mereka kepada ajaran Islam," kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila ditemui semasa Sidang Dewan Negeri di Shah Alam hari ini.
"Ia bukan seperti memilih makanan tetapi ibarat membeli sebuah kereta mewah. Ia perlu diperhalusi dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak," tambah beliau lagi.
Dr Abdul Rani berkata penukaran agama anak kepada Islam perlu diputuskan oleh ibu bapa dan bukan salah seorang daripada mereka seperti Rang Undang-Undang yang dibentangkan minggu lalu.
"Adalah lebih baik mendekatkan diri anak kepada agama agar mereka faham. Jika tidak ia akan menyebabkan lebih masalah pada masa depan."
"Tidak wajar sekiranya hanya seorang penjaga sahaja yang dirujuk bagi tujuan penukaran agama anak dan ini lebih ketara sekiranya pasangan mengemukakan penceraian," katanya.

Noh Omar: Problem with Pakatan, not SPR

MPs: No more late night eating, shisha in Malaysia

MP PKR Kelana Jaya Bahas Titah Diraja 2013

Pengurusan kes Tian Chua, Adam Adli 20 Ogos depan

Adam Adli dan Tian Chua KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 20 Ogos depan untuk pengurusan kes Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim dan empat lagi aktivis pembangkang yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di Dewan Perhimpunan Cina, Mei lepas.
  
Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas memaklumkan pihaknya telah menyerahkan salinan laporan polis dan cakera padat rakaman ceramah pada 13 Mei lalu kepada pihak pembelaan.
  
"Saya dimaklumkan berdasarkan dokumen yang telah diberikan, pihak pembelaan akan membuat beberapa permohonan sama ada di mahkamah ini (Mahkamah Sesyen) atau Mahkamah Tinggi," katanya ketika kes itu disebut hari ini.

Ibu Tunggal Saman Kerajaan Selangor Juga Terima Bantuan

rodziah-ibu-tunggal
SHAH ALAM 2 JULAI : Ibu tunggal yang terlibat di dalam kes saman terhadap Kerajaan Selangor didapati telah menerima bantuan program agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), kata Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.
Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang menyemak 5,023 ibu tunggal yang terlibat di dalam kes itu termasuk Murtini Kasman dan Zainarini Mohd Sidek untuk menentukan samada mereka layak untuk terima skim dan program MES.
“Ada antara mereka yang pernah menyertai ‘Jom Shopping’ serta menerima bantuan kewangan untuk pelbagai tujuan, seperti membayar hutang, bantuan am sara hidup, zakat, bantuan peralatan dan bantuan perniagaan.”

FAM hypersensitif, kata Annuar Musa

Annuar Musa
KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu melakukan perubahan drastik terhadap cara pengendalian persatuan dan sukan itu jika mahu beraksi di arena antarabangsa.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, rombakan perlu dilakukan segera supaya bola sepak negara boleh maju ke hadapan dan setanding sukan hoki yang kini memasuki ranking dunia.

"FAM mesti keluar dari kepimpinan yang terlalu bersifat eksklusif dan terlalu tertutup hingga menyebabkan tidak wujud perbincangan terbuka mengenai bola sedangkan satu-satunya sukan yang berjalan sepanjang tahun.

"Kepimpinan FAM hari ini 'hypersensitif', menteri tegur tak boleh, exco tegur tak boleh, pegawai tegur pun tak boleh.

Desakan Supaya Pakatan Beri Fakta Penyelewengan Umno-BN Memakan Diri


SHAH ALAM, 2 JULAI: Desakan Adun Permatang Sulaiman Razak dari Umno-BN terhadap Adun Pas Dr Abdul Rani Osman agar menyatakan bukti mengenai tuduhan penyelewengan yang didakwa berlaku ketika BN menerajui Kerajaan Selangor akhirnya memakan diri sendiri.
Dr Abdul Rani, yang merupakan Adun Meru, kemudian menyenaraikan skandal penyelewengan 24 bidang tanah yang diberikan kepada parti komponen Umno-BN semasa gagasan itu memerintah dari 2000 ke 2008.
ng suee lim sapu tanah satu malaysia SAT1MMenurut Dr Abdul Rani, dalam Skandal Tanah Satu Malaysia (SAT1M) itu, Umno memperolehi 15 bidang tanah, MCA lima bidang, MIC tiga bidang dan Gerakan sebidang tanah dengan bayaran masing-masing membayar hanya RM 1 bagi satu kaki persegi.
“Kemudian Umno membisu atas isu Kondominium Suria Damansara yang dibina atas tanah Umno di Kelana Jaya.
“BN sebutkan di tanah inilah dia bagi tahu kononnya mereka nak naikkan dewan serbaguna untuk buat tadika. Tetapi rupa-rupanya kondominium Suria Damansara 200 unit kediaman RM450,000 setiap satu.
“Bila kita hubungi ketua Penerangan Umno ketika itu, YB Shukor kata dia tak tahu. Serah kepada Datuk Bushro yang juga tak dapat beri jawapan dan kemudian serah kepada Datuk Seri Noh Omar… ‘refuse to comment’, saya nak bagi tahu semuanya tutup mulut.”
Dr Abdul Rani berkata demikain ketika perbahasan menjunjung kasih titah ucapan DYMM Sultan Selangor dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang masuk hari ke dua hari ini.
Sebelum itu, Dr Abdul Rani turut membangkitkan isu penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

MP DAP Bukit Bendera Bahas Titah Diraja 2013

'Red Bean Army' cybertroopers in Parliament spotlight

Saman AES: MP BN, pembangkang bidas menteri

MIGRATE, YOU 'MELAYU BIADAP' - Umno MP tells AirAsia's chief exec

MIGRATE, YOU 'MELAYU BIADAP' - Umno MP tells AirAsia's chief execBarisan Nasional's Kinabatangan MP Datuk Bung Mokhtar Radin today urged AirAsia X chief executive Azran Osman Rani to leave the country for criticising Utusan Malaysia.
Calling Azran "melayu biadap" while debating the royal address in Parliament this morning, Bung Mokhtar said Azran should move if he was not happy in Malaysia.
However, speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia advised the controversial Bung Mokhtar not to use his parliamentary privilege to launch attacks on civilians and government officers who were not in the house to defend themselves.
Azran had earned Utusan Malaysia's displeasure after he had criticised the Bahasa Malaysia daily's "Apa Lagi Cina Mau" story following the general election story when Barisan Nasional had its worst result since independence.
This led the newspaper to take aim at him and boycott advertising from the airline that he helms.
However, CIMB Group CEO Datuk Nazir Razak came to his defence.
Nazir praised Azran for his forthright attitude, saying that it was a "mark of a leader".
Nazir's defence of Azran promptly saw Utusan Malaysia label Nazir as "anti-Malay"

RM350 MILLION for Umno cyberwarriors to ensure continuous LIES, SEX TAPES, SCANDALS!

I am tickled no end by news report today that the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Shahidan Kassim would raise in the Cabinet on Friday the proposal for a Royal Commission of Inquiry (RCI) into the allegation that DAP funded the “Red Bean Army” cybertroopers during the 13GE to demonise UMNO/BN leaders and supporters.
RM350 MILLION for Umno cyberwarriors to ensure continuous LIES, SEX TAPES, SCANDALS! Shahidan revealed this at a media conference at the Parliament lobby after receiving a memorandum from 130 Malay-Muslim NGOs on the fictitious DAP-funded “Red Bean Army”, which had purportedly 300 to 3,000 cybertroopers with a budget of RM100 million to RM1 billion in the past six years to demonise and character-assassinate UMNO/BN leaders on the cyberspace, and which is credited as a major cause for the defeat of UMNO/BN in the social media war and their 13GE setbacks.
I do not believe that any UMNO/BN leader of minimum intelligence would believe in the tall tale of the DAP-funded “Red Bean Army” of 3,000 cybertroopers with a budget ranging from RM100 million to RM1 billion.
War room strategy to dig money from the rakyat
It is now more evident than ever that the so-called DAP-funded “Red Bean Army” is a concoction of a well-funded UMNO/BN conspiracy to demonise and destroy the DAP (the DDD Brigade) which is controlled from the inner sanctum of the 13GE Umno/BN “War Room”, and the ability to keep alive the fictitious tale of the DAP-funded “Red Bean Army” is testimony of the power and influence of vested interests who want RM350 million allocation whether from UMNO or public funds to pay for UMNO/BN cybertroopers for the next five years.

Kerajaan Selangor Beri Bantuan Tanpa Mengira Fahaman Politik


rodziah DUN soal jawab 01SHAH ALAM 2 JULAI : Kerajaan Negeri mengingatkan semua pegawai kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya bersikap professional ketika bertugas dengan mengutamakan kepentingan masyarakat di Selangor tanpa pilih kasih.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, semua pegawai dan kakitangan diarahkan supaya bersikap terbuka dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas tidak kira fahaman politik.
“Semua pegawai JKM sentiasa diingatkan untuk meningkatkan tahap professionalisma mereka dan meletakkan penerima yang benar-benar memerlukan sebagai asas keutamaan tanpa mengambilkira latar belakang politik.
“Sehubungan itu jika terdapat lagi mana-mana pegawai yang masih melakukan perkara tersebut, sila laporkan nama mereka untuk diambil tindakan selanjutnya.”
Rodziah berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Dusun Tua, Razaly Hassan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

MPM desak kerajaan siasat "Red Bean Army"

 Mohd. Hilmi Ismail
Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail mengadakan sidang akhbar mengenai desakan MPM supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap "Red Bean Army" yang menyebar fitnah dan pembohongan untuk menggugat ketenteraman dan keselamatan negara. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendesak kerajaan supaya menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan individu yang menggelarkan mereka sebagai 'Red Bean Army' kerana aktif menyebar fitnah di laman sosial.
  
Pengerusi Biro Politiknya Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail berkata kerajaan juga perlu menyiasat pihak yang menyalurkan dana bagi membiayai kumpulan itu yang dilihat menjadi 'cybertrooper' kepada sebuah parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
"Jika ada negara luar yang bagi dana, kerajaan perlu mengambil tindakan seperti menghentikan sesuatu perniagaan itu atau menyekat visa, sebab setiap wang yang masuk sudah tentu Bank Negara tahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Undi popular: Noh Omar malu besar dibidas Azmin

NOH
KUALA LUMPUR 2 JULAI: Datuk Seri Noh Omar malu besar ketika cuba mengganggu ucapan Mohamed Azmin Ali berhubung isu undi popular apabila mengatakan Parlimen Tanjung Karang yang diwakilinya lebih besar berbanding Parlimen Gombak yang diwakili Azmin.
Azmin dalam perbahasannya membidas Noh dan menegaskan undi popular diukur dari sokongan rakyat terhadap parti dan bukan keluasan sesebuah kawasan Parlimen.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden KEADILAN itu mendesak agar persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula dan lebih adil berbanding ketika ini bertujuan untuk memenangkan Umno BN.
“Hakikatnya Tanjung Karang, Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berbanding kerajaan minoriti BN yang menjunam kepada 47 peratus sahaja,” kata Azmin membuatkan pemimpin Umno Selangor itu mencebikkan bibir tanda tidak berpuas hati.
Noh yang diberi laluan selepas itu membebel dengan pelbagai alasan termasuk mengatakan DAP lebih popular berbanding KEADILAN bertujuan melaga-lagakan Pakatan Rakyat sebelum dijawab Ahli Parlimen Pakatan lain – ‘kami bertanding dalam satu gabungan’.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar pula menyindir kelakuan Noh itu bertujuan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita memuji ucapan perbahasan Tanjung Karang walaupun menang PRU, tapi tak dapat jawatan menteri,” sinis Naib Presiden PAS itu menyebabkan dewan gamat seketika apabila ramai ahli dewan minta mencelah untuk soalan tambahan.

Pembaharuan undang-undang pilihan raya dengan kecaknaan rakyat

“Pembaharuan menyeluruh kepada sistem dan undang-undang pilihan raya,” itulah antara saranan yang sering disuarakan oleh mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Seri Abdul Rashid Abdul Rahman. Kali terakhir saya mendengar saranan tersebut daripada beliau ialah semasa berlangsungnya suatu forum yang diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari 2013 yang lalu.

Ramai yang menyebut, apa lagi tak puashati? Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah Pakatan Rakyat menang. Menjadi omong-omongan juga, “kalau tak puashati juga, bawalah ke mahkamah. Nah, ungkapan inilah yang menjadi focus saya dalam penulisan ini.

Perlu kita ketahui, antara undang-undang yang disandarkan dalam petisyen pilihan raya termasuklah peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, (Akta 5). Pada kelazimannya, beberapa seksyen diguna termasuklah seksyen 35 dan seksyen 32.

Seksyen 35 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya terbabit tidak sah atau kemenangan sepatutnya berpihak kepada calon yang mengemukakan petisyen tersebut.

Sementara itu seksyen 32 antara lainnya memperuntukkan kemenangan calon dalam pilihan raya tersebut boleh diisytiharkan tidak sah bilamana adanya berlaku pemberian rasuah, ugutan atau perbuatan melanggar undang-undang berkaitan pilihan raya. -Pemberian rasuah, ugutan dan tindakan melanggar undang-undang terssebut perlulah pula begitu sekali menyentuh keputusan pilihan raya.

Mahkamah Persekutuan pada tahun 2005 iaitu dalam kes Dato’ Ismail Bin Kamus v Pegawai PENGURUS Pilihan Raya, Zainal Abidin Bin Azim & Ors telah mengesahkan pemakaian prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas.

DAP sedia bantu PAS di Kuala Besut


KUALA LUMPUR: DAP hari ini turut menyatakan komitmen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut nanti.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu semangat kerjasama di dalam Pakatan Rakyat begitu kuat dan setiap parti akan memberi sokongan serta kerjasama penuh kepada parti yang bertanding.

"Sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat, DAP akan memberi sokongan penuh kepada PAS pada PRK nanti.

"Kita menanti permintaan rakan kita dari PAS bentuk kerjasama yang mereka perlukan bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

RCI: Warga asing beritahu terima kad pengenalan di hutan, kedai kopi

Warga asing yang dipanggil memberi keterangan di Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini memberitahu panel  mereka memperolehi kad pengenalan di dalam hutan ketika bekerja di kem balak di Kinabantangan, dan juga di kedai kopi di Kota Kinabalu.
Mameng Saleng, 63, berasal dari Sulawesi memberitahu panel RCI beliau telah menerima kad pengenalan sewaktu bekerja dengan syarikat pembalakan pada 1980an selepas majikannya ketika itu mempelawa kad pengenalan tersebut kepada pekerjanya.
"Pada 1983 pengurus tanya saya mahu IC atau tidak, saya kata mahu ...," katanya kepada panel RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong merujuk kepada kad pengenalan.
Mameng yang memasuki Sabah pada 1981 mengakui, segala urusan dokumentasi kad pengenalan yang ditawarkan kepadanya dilakukan di kem balak berkenaan, tanpa beliau perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya tangkap gambar, isi borang semua di kem ... tiada surat akuan diperlukan," katanya ketika menjawab soalan pegawai penyiasat RCI.
"Masa itu ada dua lelaki (urus pemberian kad pengenalan) ... saya tidak kenal," katanya, dan menambah, proses mendapatkan kad pengenalan itu hanya mengambil masa sekitar dua bulan.
Bagi tujuan itu, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM150, dan tidak pernah terlepas peluang mengundi ketika pilihan raya umum.
Sementara itu, Ahmad Soso, 53, mengakui menerima kad pengenalan di sebuah kedai kopi di Kota Kinabalu selepas bertemu seorang individu berketurunan Bugis bersama tujuh rakannya.
Ahmad yang lahir di Sulawesi berkata beliau hanya perlu membayar RM10 duti stem bagi memperolehi kad pengenalan, tanpa perlu menghadirkan diri ke JPN.

PRK Kuala Besut: Terengganu di hujung tanduk


Analisis: Kuala Besut di Terengganu mempunyai dua jenis penduduk utama, nelayan dan kakitangan kerajaan. Kawasan ini terletak di perairan pantai Laut Cina Selatan yang menjadikan kebanyakan penduduknya nelayan.
Pekan utama kawasan ini adalah Kampung Raja yang menjadi pusat pentadbiran untuk daerah Besut.
Kuala Besut terletak di jalan pantai antara Kuala Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan. Jalan utama pula melalui bandar Jertih yang menjadi pusat komersial daerah Besut.
Hanya mereka yang memilih untuk menggunakan jalan pantai sahaja memilih untuk melalui jalan Kuala Besut.
Selain nelayan, penduduk di sini adalah kakitangan kerajaan kerana banyak jabatan kerajaan terletak di Kampung Raja, pekan utama dalam Kuala Besut. Antaranya termasuknya Bangunan Persekutuan Besut yang terletak di sini.
Di bangunan ini terdapat Pejabat Imigresen, Kebajikan Masyarakat, Kesihatan Bahagian Environmen Dan Kawalan Penyakit, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Rela, Pembahagian PESAKA, Ukur Daerah Terengganu (UTARA), Unit Pengambilan Tanah, Pelajaran Daerah, Kemajuan Masyarakat (KEMAS), PERHILITAN dan Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia.
Kuala Besut juga adalah pekan pelancongan. Pulau Perhentian, antara pulau terbaik di Terengganu kerana batu karang dan pantainya, juga termasuk dalam kawasan pilihan raya ini.
Pulau Perhentian (besar dan kecil) diktiraf sebagai antara pusat pelancongan terbaik kerana airnya yang bersih dengan ikan-ikannya yang banyak. Ia dilindungi di bawah Pulau Redang Marine Park, bermakna tidak boleh memancing dan menangkap ikan di sini.
Dengan komposisi penduduk yang semacam ini, ia menjadikan Kuala Besut sentiasa menjadi kubu untuk Umno. Nelayan, pegawai kerajaan dan operator pelancongan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjadikan nelayan sebagai sasaran bantuan mereka. Tambah-tambah lagi dengan pemimpin seperti Datuk Seri Idris Jusoh.

Nurul Izzah: Nation-Building After GE13

Tazkirah baik untuk kita

MP PKR Kuala Kedah Titah Diraja 2013

Anwar: Islamic teachings suggest mum's consent a must to convert child

Red Bean Army under siege

AES: KASE bidas kenyataan menteri

Kaji Semula Pelantikan Pengerusi Lembaga Tabung Haji

Apa kriteria Abdul Azeez dilantik CEO TH?

MP PAS Rantau Panjang Bahas Titah Diraja 2013

Panas!! Tafsiran Salah MP BN Tasek Gelugor Bahas Titah Diraja

56 Permohonan Pendahuluan Nafkah BSK Selangor Telah Diluluskan

rodziah DUN gulung
SHAH ALAM, 2 JUL : Sebanyak 56 permohonan pendahuluan nafkah ibu tunggal di seluruh negeri telah diluluskan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JKSS) dengan nilai RM 186,650 sehingga kini.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, pembayaran pendahuluan nafkah tersebut disumbangkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Setakat ini, katanya, BSK telah membuat pembayaran pendahuluan nafkah bulanan kepada 32 ibu tunggal sementera menunggu mahkamah syariah menguatkuasakan perintah nafkah terhadap pihal suami.
“Pembiayaan nafkah anak bagi pasangan Islam yang bercerai oleh BSK adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal ketika proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dilakukan di Mahkamah Syariah.

Nurul Izzah: Mana janji PM hapuskan Akta Hasutan?

IzzahPC Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengusulkan Rang Undang-undang Hasutan (Pemansuhan) 2013 bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.
Ia berikutan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunaikan janji untuk memansuhkan akta tersebut setahun lalu.
Najib pada 11 Julai 2012 mengumumkan keputusan kerajaan untuk menguatkuasa serta merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional.
“Rang Undang-undang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini telah saya hantar ke pejabat Setiausaha Dewan Rakyat semalam,” kata Nurul Izzah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Naib Presiden KEADILAN itu berharap langkah berkenaan dapat menamatkan era penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 sekaligus membawa islah dan reformasi tulen di Malaysia.
“Malangnya rakyat masih ternanti-nanti perlaksanaan kata-kata Datuk Seri Najib yang membuat pengakuan bahawa akta itu dianggap umum sebagai alat kerajaan untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan,” katanya.
Beliau merujuk penahanan Haris Ibrahim, Tian Chua, Tamrin Ghafar, Adam Adli dan Datuk Husam Musa yang didakwa mengikut akta itu berhubung penganjuran Himpunan Black 505.
“Pendakwaan yang dikenakan ke atas mereka adalah terpilih tetapi (bekas hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Noor Abdullah, Datuk Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia yang meniup api kebencian dibiarkan tanpa sebarang tindakan,” katanya.

MP DAP Kulai Titah Diraja 2013

MP PKR Gombak Bahas Titah Diraja 2013 (2)

MP PKR Gombak Bahas Titah Diraja 2013 (1)

Pakatan to let PAS contest Kuala Besut to 'safeguard relationship'

Kecoh!! MP BN Tanjong Karang Bahas Titah Diraja 2013

Pegawai SPR didakwa rasuah kontrak kenderaan PRU

Bung: CEO AirAsia X tak layak duduk M'sia


 
Anggota Parlimen BN menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X CEO Azran Osman Rani berhijrah ke negara pilihannya ekoran kritikannya terhadap Utusan Malaysia yang dikaitkan dengan laporan perkauman selepas pilihan raya umum.

bung mokhtar parliament 080708 01Bercakap ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, orang seperti Azran tidak layak berada di negara ini dan patut berhijrah ke negara lain.

Bagaimanapun, speaker Pandikar Amin Mulia mencelah dan berkata, tidak perlu mengkritik seseorang yang tidak boleh menjawab balik.

Beliau menegur supaya anggota Parlimen itu tidak menyalahgunakan kelebihan sebagai wakil rakyat untuk bercakap apa sahaja dan beliau mengingatkan supaya membahaskan isu berkaitan sahaja.

Bagaimanapun, Bung Mokhtar terus mengkritik Azran dengan menggelarnya "Melayu biadab" ketika bertukar hujah dengan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Kabinet Bincang RCI 'Red Bean Army' Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan kewajaran cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu akan dibawa ke kabinet pada Jumaat ini.
Keputusan untuk membawa isu berkenaan ke Kabinet dibuat selepas menerima cadangan daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam melalui satu memorandum yang diserahkan kepada beliau pada Selasa.
Tambah Shahidan, kerajaan bersifat terbuka dan sedia menimbang kewajaran penubuhan suruhanjaya itu selepas dibincangkan dalam Kabinet.
"Pada pandangan kumpulan yang mewakili 130 NGO itu mereka mendakwa RBA sangat berbahaya jika dibiarkan berterusan tanpa penguatkuasaan.

Usul siasat 'Red Bean Army' dibawa ke Parlimen

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai 'Red Bean Army' akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
  
Katanya beliau menerima memorandum daripada 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam seluruh negara hari ini yang mencadangkan kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat tentera siber itu.
  
Beliau berkata NGO berkenaan berpandangan RCI perlu ditubuhkan berdasarkan rasional hasutan-hasutan melalui portal maya yang boleh menjejaskan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini.
  
"Kita mengambil berat akan cadangan ini demi menjaga keharmonian rakyat negara ini dan cuba mencari dalang di sebalik operasi dan pembiayaan Read Bean Army," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Apa kriteria untuk pilih Pengerusi Tabung Haji..??

KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.

"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya.

Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Menurutnya lagi, tindakan itu umpama ‘balasan’ kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi ‘membantu’ mereka menambah pendapatan.

"Saya tidak mempertikaikan lantikan dari kalangan ahli-ahli parlimen tetapi yang penting adalah ketelusan serta syarat-syarat wajib bukannya sebagai balasan akibat tidak dilantik mengisi jawatan dalam kabinet.

"Kebimbangan saya adalah apabila kita tidak membuat satu tapisan, sudah pasti hala tuju Tabung Haji itu masih lagi berada dalam keadaan yang samar.

Mesir: Semoga Mursi tabah, rintangan adalah sunnatullah


KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan yakin semua perancangan jahat bagi menafikan kuasa rakyat yang membentuk kerajaan Dr Muhammad Mursi (gambar) di Mesir akan menemui kegagalan.

Pemangku ketuanya, Ustaz Hassan Mahmood berkata, pihaknya yakin rakyat Mesir yang mengundi kerajaan Mursi pada Jun tahun lalu akan terus utuh walaupun sentiasa dikhianati musuh politik hingga mengorbankan lapan orang penyokong Presiden Mesir itu.

Ketika memberitahu Harakahdaily beliau berkata, Mursi hanya boleh dijatuhkan melalui pilihanraya dengan kehendak majoriti rakyat tanpa campur tangan asing.

“Apa lagi rakyat Mesir pada Jun 2012 telah memberikan kepercayaan kepada Mursi melalui peti undi dalam pilihanraya yang diadakan secara adil dan telus,” ujarnya.

Katanya, Ulamak PAS Kelantan berharap agar demokrasi yang telah lama lenyap dari Mesir dan kembali selepas Revolusi 25 Januari 2011 akan dihormati oleh semua lapisan rakyat.

Lantik wakil BN dan Pakatan ke dalam SPR, kata Tamrin


Pelbagai pihak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi jarang yang memberikan cadangan untuk menyelesaikan kemelut kepercayaan yang melanda badan yang sepatutnya bebas itu.
Bekas Exco Pemuda Umno yang kini menyertai PAS, Tamrin Ghafar mencadangkan, badan ini digabungkan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dengan SPR sama-sama memilih calon untuk memimpin badan ini.
"Saya cadangkan pelanggan-pelanggan SPR yang memilih pejawat dalam SPR ini termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, setiaudaha dan ahli-ahli SPR. Misalnya BN mencalonkan pengerusi SPR manakala Pakatan mencalonkan nama timbalan pengerusinya," kata Tamrin apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
"Setiausahanya pula dicalonkan oleh Pakatan manakala BN pula mencadangkan timbalan setiausahanya," tambah Tamrin ketika mencadangkan penyelesaian kepada kemelut ini.
Beliau yakin dengan penyertaan semua pihak-pihak yang terlibat ini akan percaya kepada badan itu jika mereka mempunyai wakil di dalamnya.
SPR menjadi sasaran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat (PR) serta badan-badan yang mahukan pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini.

Pulak Dah: Kandungan silver nitrat kurang 1% dalam dakwat kekal

KUALA LUMPUR – Kandungan Silver Nitrat di dalam dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu ada kurang satu peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan yang mengesahkan perkara itu berkata, faktor kepada pengurangan jumlah bahan kimia itu dilakukan kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia.

"Kita menerima pakai apa yg telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan jika kita guna melebihi had, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan tertentu.

"Saya akan jelas perkara ini dengan lebih jelas esok," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Kandungan silver nitrat yang rendah di dalam dakwat kekal dipercayai menjadi punca insiden di mana dakwat itu boleh hilang apabila dibasuh.

Isu dakwat kekal menjadi perbualan hangat pihak pembangkang sehingga mereka mendakwa berlaku penyelewengan di pihak SPR.

Rafizi: Potong cukai eksais mekanisme terbaik turunkan harga kereta

RafiziKUALA LUMPUR 2 JULAI: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan, pemotongan cukai eksais sebanyak lima peratus adalah langkah terbaik bagi menurunkan harga kereta tempatan dan import.
Katanya, ini berbeza dengan tindakan Umno BN yang memaksa syarikat pengeluar kereta menurunkan harga kereta.
“Sebab itu kita cadangkan supaya duti eksais itu yang dipotong secara berperingkat seperti dipersetujui Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat.
“Dengan pemotongan duti eksais itu, tidak ada alasan oleh mana-mana syarikat untuk tidak menurunkan harga (kereta),” katanya dalam soalan tambahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri berkenaan, Hamim Samuri dalam jawapannya bagaimanapun menolak cadangan itu dengan alasan pemotongan cukai eksais tidak menjamin penurunan harga kereta.
Rafizi berkata, pemotongan cukai lima peratus itu hanya menelan belanja RM350 juta setahun berbanding tindakan Umno BN meluluskan peruntukan RM250 juta kepada keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang hanya dinikmati segelintir individu.

Bonus: SPR gagal, tak layak terima anugerah

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak layak memperoleh sebarang bonus berikutan kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan bersih dan adil.
Beliau mempersoal rasional bayaran elaun RM200 juta kepada pegawai dan kakitangan SPR yang bertugas pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu.
“SPR gagal dalam tugas. Bagaimana mereka boleh menerima anugerah? Ini mengecewakan pembayar cukai,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
Azmin bagaimanapun mengakui kakitangan kerajaan yang bertugas dan bekerja keras pada pilihan raya umum lalu.
“Tetapi kebimbangan utama kami ialah pegawai tinggi SPR,” katanya merujuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi badan itu.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, pemberian bonus itu adalah penyalahgunaan dana pada PRU lalu.
“Ia jumlah yang terlalu besar (merujuk RM200 juta), apatah lagi RM7 juta dibelanja untuk dakwat kekal,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.

Rasa macam Tabung Haji dan jadi macam Tabung Umno la pulak.....!!!!

Tabung Haji bukan Tabung Umno.Yang ni semua orang faham.Tabung Haji adalah duit pencarum yang simpan duit nak pi kerjakan ibadah Umrah dan Haji disamping dapat dividen setiap tahun kalau carum dengan Tabung Haji.
Awat tak lantik orang lain yang tak ada kena mengena dengan Umno atau yang tak aktif politik untuk jadi Pengerusi Tabung Haji?Lekeh sangat ka, dah tak dak sangat ka orang lain selain si Abdul Azez tu?

Aku pun ada simpan duit dalam Tabung Haji bukan hang pa saja.Sikit banyak itu duit aku.Jadi aku jugak layak komen sebab aku pon pencarum dalam Tabung Haji.Eeee rasa Tabung Haji dah jadi macam Tabung Umno la pulak...

Rasa seram sejuk kaki tangan bila dengaq si Azeez tu dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji..bukan apa beringat sebelum kena!Kata orang tua-tua 'dok kirim daging kat harimau pukoi berapa nak boleh makan!'

PKR dan PAS, comel di luar tetapi rapuh di dalam

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Selepas Pilihan Raya Umum 2013, saya lihat kerjasama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat seperti kek icing, nampak comel di luar tetapi rapuh di dalam. Dalam masa yang sama, saya melihat kekuatan BN juga begitu.

Yang rapuhnya kerjasama dalam PR itu apa? Kerapuhan kerjasama PAS-PKR ini dapat dilihat apabila terdapat pemimpin PAS yang tidak menyokong Perhimpunan 505.
Inilah sebabnya perhimpunan yang dijanjikan 1 juta orang, hanya 50 ribu sahaja yang hadir. Rapuhnya ialah apabila terdapat pemimpin PKR yang membuat kenyataan bersedia untuk meletakkan calonnya dalam PRK Kuala Besut. Kuat dan berpengaruh sangatkan PKR untuk meletakkan calonnya di Kuala Besut?
Nampaknya beberapa pemimpin PKR yang membuat kenyataan bersedia untuk bertanding itu belum memahami realiti pengaruhnya di Terengganu. Nampaknya beberapa pemimpin PKR ini masih jauh dari dunia politik nyata. Aduh!
Di parlimen pula, saya lihat kemeriahan Dewan tidak seperti dulu lagi. Tiadanya Saifuddin Nasution dan Dr Zulkefley, serta sikap YB Azmin Ali, orang kuat DS Anwar yang semakin tajam mengkritik kepemimpinan PKR juga menjadikan DS Anwar seperti hilang sengatnya semasa berdebat di Dewan. YB Nik Abduh dan YB Nasaruddin Tantawi pula tidak begitu bersemangat membawa bendera PR di Dewan berbanding dengan bendera PAS.

POLITIK DENDAM KESUMAT!!!!!!..TOK ALI KALAH DI BUKIT KATIL, LEBIH 300 PENIAGA PASAR RAMADHAN TAMAN CEMPAKA MENJADI MANGSA!

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: UMNO dianggap petualang apabila sanggup bertindak menutup periuk nasi lebih 300 peniaga pasar Ramadan Taman Cempaka dalam kawasan Parlimen Bukit Katil selaras dengan penutupan Jonker Walk, Melaka.

Pendedahan mengejutkan itu sekaligus meleraikan kontroversi di sebalik fitnah jahat Mingguan Malaysia semalam yang mendakwa DAP mencadangkan agar pasar Ramadan ditutup.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata demikian pada sidang medianya bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau juga menyifatkan tulisan Awang Selamat terhadapnya dalam Mingguan Malaysia sebagai satu fitnah jahat dan bodoh dan meminta akhbar kawalan UMNO itu memperbetulkan tuduhan mereka.

“Utusan Malaysia hanya mengemukakan pembohongan dan memutar-belitkan segala kenyataan pemimpin DAP hingga 180 darjah untuk mewujudkan persepsi palsu bahawa DAP parti rasis walaupun hakikatnya tidak benar,” katanya.

PROTES KEPUTUSAN PRU 13!!!..KETUA PEMBANGKANG TERKEDU MALU GAGAL KEMUKA HUJAH DENGAN FAKTA!

KETUA PEMBANGKANG SELANGOR BERHUJAH GUNA AIR LIUR BASI DAN BUKANNYA HUJAH BERBUKTI!!!!

Ketua PembangkangSelangor, Datuk Shamsudin Lias terkedu apabila diminta menyatakan mana-mana perkara daripada Perlembagaan Negara atau undang-undang negara ini yang menghalang rakyat negara ini melakukan protes terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu.

Sebaliknya apabila ditanya Mohd Khairuddin Othman (PAS, Paya Jaras) beliau (Shamsudin) cuba berdalih.

“Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh jelaskan fasal mana satu yang dilanggar?” soal Khairuddin selepas diberikan laluan untuk mencelah.

“Ia hanya secara prinsip saya sahaja,” jawab Shamsudin ringkas ketika membahaskan titah ucapan DYMM Sultan Selangor di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini.

Sebelum itu, Shamsudin dilihat gagal mengemukakan fakta yang sahih dalam ucapannya.

BUNG MOKHTAR KENA MARAH DENGAN SPEAKER DEWAN RAKYAT KERANA SURUH CEO AIR ASIA X PINDAH KE NEGARA LAIN SEBAB KRITIK UTUSAN SAMBIL MENGGELARNYA SEORANG MELAYU BIADAP!!

Pagi ini dalam persidangan parlimen Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menegur Ahli Parlimen UMNO/BN Kinabatangan Radin Bung Mokhtar kerana mengutuk sambil halau Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X Azran Osman Rani sebagai "Melayu Biadap" kerana kritikan pedas dan tegas tetapi benar beliau mengenai satu artikel mukda depan keluaran Utusan selepas keputusan PRU 13 yang bertajuk ' APA LAGI CINA MAU"

Kelantangan Bung Mokhtar dalam dewan telah membuat Speaker Dewan Rakyat Pandikar Mulia menegur Bung Mokhtar agar tidak mengambil kesempatan hak keistimewaan sebagai ahli parlimen berhujah dalam parlimen menyerang mana-mana individu dalam dewan yang mereka tidak mampu nak jawab balik dalam parlimen.

Rupa-rupanya kalau tegur Utusan sudah dilabelkan sebagai Melayu Biadap.

Izzah mahu PM tunai janji mansuh Akta Hasutan


Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini telah mengusulkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Hasutan (Pemansuhan) 2013 bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.

Beliau berbuat demikian kerana mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal melaksanakan janji untuk memansuhkan akta tersebut, setahun lalu.

"Langkah ini diharap dapat menamatkan era penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 menerusi pemansuhannya sekaligus dapat melaksanakan reformasi tulen demi Malaysia yang lebih baik.

"Rang Undang-undang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini saya telah hantar ke pejabat Setiausaha Dewan Rakyat semalam," katanya pada sidang media, di bangunan Parlimen, hari ini.

Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

PM kurang memperjuangkan agenda wanita, kata Azalina


Datuk Seri Azalina Othman (gambar) membayangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apa yang bakal berlangsung dalam sesi Parlimen kali ini – peringatan tegas daripada penyokong Barisan Nasional (BN).
Bekas menteri dan bekas Ketua Puteri Umno itu ingin memaklumkan kepada perdana menteri perjuangan agenda kaum wanita di Malaysia masih belum mendapat pembelaan sewajarnya.
Wanita kerap dilihat perlu bekerja keras bagi membela nasib mereka sendiri, jelas ahli Parlimen Pengerang itu.
“Kenapa perlu merayu bagi mendapatkan hak seorang wanita? Ini langsung tidak adil. Najib perlu telus memperkasakan agenda ini,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam selepas ucapan lantang beliau di Parlimen melahirkan kekesalan terhadap bilangan wanita yang masih rendah dalam menjadi pimpinan sebuah organisasi.
Beliau turut menambah hal berkenaan tidak menggambarkan aspirasi perdana menteri dalam memperkasakan wanita di sektor awam.

Pegawai SPR dan ahli perniagaan didakwa kerana rasuah


Pegawai SPR dan ahli perniagaan didakwa kerana rasuah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Julai, 2013.Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ahli perniagaan tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana dituduh menerima rasuah sebanyak RM80,000 dari pemilih syarikat pelancongan.
Rasuah itu diberikan agar Syarikat Southair Travel and Tours Services dilantik untuk membawa masuk pemerhati pilihan raya antarbangsa dalam pilihan raya umum lalu.
Ahli perniagaan itu Fizal Kamaruddin atau nama samarannya Fauzi, 32 dan pegawai SPR Muhamad Firdaus Mohd Ramli, 33 yang merupakan setiausaha kepada salah satu jabatan di SPR, dituduh menerima wang dari pemilik syarikat Mohd Noor Mokhid.

Isu Dakwat Kekal: Kerajaan Tidak Campuri Siasatan SPRM Terhadap SPR

BN Kinabatangan Bahas Titah Diraja 2013 (2)

MP PKR Gombak vs BN Kinabatangan Bahas Titah Diraja 2013 (1)

Dewan Rakyat 2 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Dewan Rakyat 2 Julai 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

MP PAS Parit Buntar Bahas Titah Diraja 2013

#KL622: Bermula demo tanpa gangguan polis

Unjuk rasa Gelap (Black) 505 Jun 22 lalu berjaya dijayakan atas separuh kerjasama polis dan para penunjuk rasa yang kecewa terhadap kerja SPR.

Penunjuk rasa tidak lagi peduli atas apa polis rasa dan kata tentang demo mempersoal kerajaan selama ini. Polis beri permit atau tak beri permit tidak lagi penting bagi para pro demokrasi. Mereka dengar polis atas segala yang menasabah tetapi tidak lagi peduli dengan dalih polis sekadar melanggar undang-undang dan menimbulkan kekacauan dan kepayahan.

Gelap 505 Jun 22, 2013 memenuhi beberapa jalan besar dan utama pusat bandaraya Kuala Lumpur dari beberapa lokasi menuju Padang Merbok tanpa cabaran polis, bahkah kehadiran sepenuh hati atau terpaksa adalah bagi memudahkan kelancaran lalu lintas.

Tidak lagi polis sepert di bawah Rahim Nor, Norain Mai dan Musa Hasan yang amat sensitif dengan tunjuk perasaan. Tidak lagi seperti Musa Hasan dan peanggantinya TS Ismail Omar yang baru pencen menangani Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan demo anti pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh Tan Sri Hasan Ahmad dan A Samad Said.

Dalam semua demonstrasi, pejuang pro demokrasi ditunggu oleh trak PRU, lori meriam air dan lain-lain kelengkapan senjata polis seperti hendak menghadapi serangan penceroboh asing. Semua yang polis buat itu atas alasan menjaga keamanan dan keteneraman. Mati demokrasi, mati kebebasan menyuarakan kedaulatan rakyat tidak menjadi pertimbangan.

Memahami petisyen pilihan raya

“PEMBAHARUAN menyeluruh kepada sistem dan undang-undang pilihan raya.” Itulah antara saranan yang sering disuarakan oleh mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Terakhir saya mendengar saranan tersebut daripada beliau ialah semasa berlangsungnya suatu forum yang diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari 2013 yang lalu.

Ramai yang menyebut, apa lagi tak puashati? Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah Pakatan Rakyat menang. Menjadi omong-omongan juga, “kalau tak puashati juga, bawalah ke mahkamah." Nah, ungkapan inilah yang menjadi fokus saya dalam penulisan ini.

Perlu kita ketahui, antara undang-undang yang disandarkan dalam petisyen pilihan raya termasuklah peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, (Akta 5). Pada kelazimannya, beberapa seksyen diguna termasuklah seksyen 35 dan seksyen 32.

Seksyen 35 memberi kuasa kepada mahkamah untuk membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya terbabit tidak sah atau kemenangan sepatutnya berpihak kepada calon yang mengemukakan petisyen tersebut.

Sementara itu seksyen 32 antara lainnya memperuntukkan kemenangan calon dalam pilihan raya tersebut boleh diisytiharkan tidak sah bilamana adanya berlaku pemberian rasuah, ugutan atau perbuatan melanggar undang-undang berkaitan pilihan raya.

Pemberian rasuah, ugutan dan tindakan melanggar undang-undang terssebut perlulah pula begitu sekali menyentuh keputusan pilihan raya.

PAS gesa tubuh tribunal dedah kepincangan PRU13


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan kepada Dewan Rakyat agar satu tribunal ditubuhkan bagi menyiasat kepincangan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Bercakap sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam beliau berkata, terlalu banyak perkara yang dipertikaikan pada pilihan raya lalu yang memerlukan satu siasatan menyeluruh dari sebuah badan yang bebas.

"Kita mencadangkan ditubuhkan tribunal untuk melakukan postmortem PRU13.

"Anggota tribunal ini pula mestilah dilantik dari kalangan mereka yang diterima semua pihak," katanya.

Menurut Ustaz Hadi, beliau yakin jika tribunal ini ditubuhkan untuk menyiasat PRU13 lalu, banyak pendedahan akan timbul berkaitan masalah yang berlaku khususnya berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ianya termasuk isu daftar pemilih yang diragui, isu pengundi warga asing dan termasuk juga isu penggunaan dakwat kekal.

Katanya, SPR juga pelu dibuat perubahan dengan membebaskan suruhanjaya itu daripada kongkongan kuasa politik pemerintah.

Rasuah: Pegawai kanan SPR didakwa hari ini

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mendakwa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pengurus sebuah syarikat berhubung kes rasuah melibatkan urusan menyediakan perkhidmatan kenderaan ketika PRU13, hari ini.

Menurut sumber, perbuatan itu dipercayai turut melibatkan seorang pengurus operasi sebuah syarikat swasta yang bertindak sebagai ‘orang tengah’.

Pengurus itu dikatakan memperkenalkan ahli perniagaanterbabit dengan pegawai kanan SPRM. “Ini melibatkan urusan perkhidmatan membekal kenderaan ketika pilihan raya,” kata sumber itu.

Difahamkan perbuatan meminta rasuah tersebut kononnya sebagai upah kerana telah membantu syarikat sewa kenderaan dan pelancongan yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu dilantik sebagai pembekal kenderaan bagi kegunaan pemerhati asing semasa PRU13. Pengurus operasi tersebut meyakinkan ahli perniagaan itu bahawa syarikat beliau akan memperolehi tender pembekalan berkenaan dan RM300,000 perlu disediakan sebagai wang sogokan.

Kesalahan itu didakwa berlaku penghujung tahun lalu. Kedua-duanya ditangkap dalam satu operasi perangkap di ibu kota dan mereka dijangka didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Dakwat Tak Kekal: Siasatan SPRM jangan sekadar redakan amarah rakyat

edy_nor_reduan_sammKUALA LUMPUR, 2 JULAI: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat jangan sekadar bertujuan meredakan kemarahan rakyat.
Meskipun ia dianggap sebagai kejayaan desakan dari siri himpunan Black 505 , SPR diingatkan untuk tidak bersandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap penipuan.
“Jangan pula kenyataan mahu siasat SPR dibuat semata-mata mahu meredakan kemarahan.
“Rakyat sudah muak dengan jawapan-jawapan tidak masuk akal apabila sesuatu isu didedahkan,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.
SPR dikecam kerana gagal mengendalikan pilihan raya umum ke-13 dengan dakwat kekal walaupun dijanjikan tidak tanggal dari jadi sehingga 7 hari.
Malah, kandungannya menggunakan bahan yang sama dengan pewarna makanan.
fuziahSementara itu, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa siasatan berhubung pembelian dakwat wajar dibuat secara telus, bersungguh-sungguh dan terbuka.
“Rakyat perlu diberitahu jika wujud kepincangan dalam pembelian dakwat yang kita tahu menggunakan kos yang sangat besar,” katanya.
“Siasatan harus menyeluruh sama ada wujud penyelewengan dalam proses pemberian tender membekal dakwat,” kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.

Tubuh J/Kuasa Profesional, Elak Persempadanan Tidak Adil Oleh SPR

SHAH ALAM, 2 JULAI: Selain penipuan dan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan bahagian pilihan raya yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak adil.
Antara contoh persempadanan yang tidak adil menurut Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali, perbezaan jumlah pengundi yang sangat besar antara DUN Seri Serdang, 72,769 pengundi berbanding DUN Permatang yang cuma memiliki seramai 19,636 pengundi sahaja.
Ini berlaku menurut Azmin lagi, apabila urusan persempadanan semula yang dilakukan selama ini tidak bersandarkan kriteria-kriteria tetap sejajar dengan lunas demokrasi.
Justeru, beliau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang professional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor-syor berkenaan urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dalam Negeri Selangor.
“Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor-syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR,” kata Azmin ketika membahaskan Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor dalam Persidangan Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor (DNS) ke 13 di sini semalam.

Altantuya: Nama Najib Razak cuba ‘dihilangkan’ dari mahkamah?

altantuyaNama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah cuba ‘dihilangkan’ dari disebut sepanjang rayuan perbicaraan silap oleh bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keraguan utama adalah beberapa nama penting yang berkali-kali disebut mendiang Balasubramaniam.
Antaranya termasuk Menteri Pertahanan ketika yang mengeluar arahan jual beli kapal selam Scorpene oleh Altantuya, tidak langsung disebut dalam mahkamah.
Namun, tidak ada satu pun soalan menyebut nama Najib Razak, sedangkan namanya beberapa kali disebut di Mahkamah Antarabangsa Perancis.
“Di Perancis, perbicaraan dilakukan secara bebas, dan kita boleh faham rakyat Malaysia masih ada kebimbangan dan ketakutan untuk berbicara ke arah itu,” kata Sivarasa.
Dalam pada itu, Sivarasa mempersoalkan, sama ada pendakwaraya mahupun peguam bela, kedua pihak tidak pernah mempersoalkan motif pembunuhan.
Sedangkan, motif pembunuhan adalah soalan penting dalam perbicaraan.
“Soalan yang ditanya langsung tidak menjurus kepada motif pembunuhan. Pembunuhan yang dilakukan secara terancang pasti mempunyai motif.
“Jika keduanya tidak mempunyai motif, kita perlu selidik siapa yang mempunyai motif, untuk kita pergi kepada pendedahan yang lebih jelas,” katanya.

Rundingan TPPA beri kesan negeri Pakatan

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikendali kerajaan Pusat memberi kesan kepada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, terutama Selangor.
Justeru, Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali menuntut kerajaan pusat membuat rundingan dengan Selangor sebelum menandatangani perjanjian TPPA.
“Persetujuan kerajaan negeri penting memandangkan setiap pelaburan asing atau domestik yang masuk ke Malaysia pastinya diurus dan diakomodasi negeri,” kata Azmin.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika sesi perbahasan titah diraja Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.
Katanya, antara perihal penting dalam seperti TPPA ialah elemen ‘Non Conforming Measures’ (NCM).
Elemen tersebut mengehendaki kerajaan menyenaraikan ‘perkara yang dipersetujui’ dan ‘perkara yang tidak dipersetujui’ dan ‘perkara yang dipersetujui oleh negeri’ dan ‘perkara yang tidak dipersetujui oleh negeri’.
“Sebahagian besar perdagangan dan pelaburan melibatkan perkara yang tercatat dalam ‘Senarai Negeri’ dan sSenarai Bersama’ seperti tanah, perancangan bandar dan desa, perumahan, kesihatan awam serta saliran dan pengairan.
Menurut Azmin, TPPA adalah satu daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat pluri – lateral.
“Namun lebih mencabar kerana ia bukan sahaja melibatkan isu pelaburan dan perdagangan, tetapi juga instrumen baru ekonomi seperti pembelian hakmilik intelektual (intellectual property rights procument), buruh dan kedaulatan negara,” katanya.

Pahang: ‘Saya tetap teruskan tazkirah biarpun ditahan’


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan akan terus menyampai dan menganjurkan tazkirah sempena Ramadan ini walau apa keadaan sekalipun yang terpaksa dihadapi.

"Justeru ini adalah kerja nabi-nabi alaihissolaatuwassalam yang mesti saya sambung. Ini amanah perjuangan. Jika mereka mahu mengenakan tindakan ke atas saya, itu terpulanglah namun saya tidak berganjak dari pendirian saya ini.

"Saman, saya ke mahkamah. Tangkap, saya ke penjara. Namun untuk membiarkan ummah ini jahil angkara kerajaan dungu ini, tidak sama sekali," tegasnya dalam facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih.

Exco itu sebagaimana dilaporkan media menyatakan jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan.