Jumaat, 28 Jun 2013

Sidang Dun Perak kecoh ketika perlantikan speaker



 IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri hari ini kecoh ketika perlantikan speakar selepas Pakatan Rakyat mendakwa BN gagal menghantar nama pencalonan mengikut waktu yang ditetapkan.

Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun meminta Menteri Besar mengemukakan bukti bahawa BN telah menghantar pencalonan speaker sebelum tarikh tamat iaitu 21 Jun lalu.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Changkat Jering) bangun meminta penjelasan Menteri Besar berhubung dakwaan itu namun Datuk Dr Zambry Kadir enggan memberikan respon.

Keenganan Zambry memberikan penjelasan walaupun berulang kali didesak oleh Adun Pakatan Rakyat menyebabkan dewan menjadi kecoh.

Unfair new Bill 'disguised' as Islamic law: CABINET HELD RESPONSIBLE!

The Malaysian Consuttative  Council Of Buddhism, Christianity,  Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST)  vehemently objects to some  provisions  found in the RANG UNDANGUNDANG PENTADBIRAN  AGAMA  ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2013 tabled in Parliament  for its first reading on 26 June 2013 as they affect the Non-Muslims.
Unfair new Bill 'disguised' as Islamic law: CABINET HELD RESPONSIBLE!The Bill under disguise  of lslamic Laws is unilaterally  trying to alter the Federal Constitution by translating  the word "parent" in the Federal  COnstitutiOn to mean "lbu atau Bapa" as opposed  to "lbubapa".

Any conversion of a minor by a single parent will cause  serious injustice  to the non-converting parent and the children of the marriage - Section 107 (b) "jika dia belum mencapai  umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya  mengizinkan  pemelukan agama  lslam olehnya"

This provision  would further  creates social injustice and is contrary to the constitutional scheme of things.
Cabinet held responsible

We hold the Federal Cabinet accountable  for this transgression,  that is, in spite of the Cabinet decision of 2314/2013  whereby it was decided  that a single parent cannot convert a minor child of the marriage.
Despite that public  statement, the Cabinet  deem it fit to introduce  the above  provision in D.R. 112013.|t appears  that the Cabinet promise  and undertaking  on this issue was not sincere.

The MCCBCHST  wishes to reiterate that any unilateral conversion of their children by one parent encroaches into the lives of Non-Muslims. Such conversions are not only unconstitutional but are morally  and ethically  wrong.
We ask Cabinet members how they will feel if their children are unilaterally  converted. Do not do things  to others, which you do not want to be done to you.
Absurd and against the spirit & letter of the Federal Constitution

Cuepacs: 45 peratus tak mampu beli rumah...

logo cuepacs
KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman hari ini.
  
Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.
  
Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.
  
"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama.

SPR didesak dedah syarikat pembekal dakwat, kata NGO

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan masyarakat awam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan syarikat pembekal yang diberikan kontrak dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.
Perkara ini perlu dilakukan dengan segera supaya langkah serta-merta dapat diambil untuk memastikan kontroversi melibatkan dakwat tersebut tidak berulang pada pilihan raya kecil Kuala Besut yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Walaupun dengan pendedahan tersebut, timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan berkata dakwat tersebut akan masih digunakan dalam pilihan raya kecil.
Pengerusi Tenaganita Irene Fernandez berkata SPR menunjukkan sikap "tidak hormat" dengan keputusan untuk meneruskan menggunakan dakwat tersebut tanpa menyelesaikan masalah yang timbul dahulu.
"Ini adalah keangkuhan jelas dan berlagak sombong... apa lagi yang boleh dikatakan?" kata Fernandez kepada The Malaysian Insider.
Fernandez berkata, SPR perlu berhenti memalukan diri mereka sendiri.
Beliau juga menuntut kerajaan mendedahkan butir-butir syarikat yang membekalkan dakwat tersebut.
Presiden Persatuan Peguam Wanita Meera Sambanthar juga senada dengan desakan Fernandez yang menuntut kerajaan untuk mendedahkan butiran kontrak.

LFL: Dakwaan ke atas blogger Milo Suam adalah penindasan

LFLKUALA LUMPUR, 28 JUN : Dakwaan terhadap blogger Milo Suam yang berasal dari semenanjung di Kota Kinabalu menunjukkan penindasan terhadap seorang warganegara, kata penasihat Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen.
“Mengikut Seksyen 121, Kod Prosedur Jenayah, individu perlu didakwa di lokasi kesalahan dilakukan.
“Milosuam seorang blogger yang berpangkalan di Kuala Lumpur sedangkan pendakwaan dilakukan di Kota Kinabalu. Beliau tidak menjejakkan kakinya di Sabah ketika kenyataan itu dibuat.
“Pendakwaan ini bukan hanya membebankan, malah menafikan haknya mendapat perwakilan secara undang-undang,” kata Eric dalam kenyataan.
Menurut Eric, LFL telah mewakili Milo Suam sejak penahanannya awal Mei lalu.
Namun, pendakwaan yang dibuat di Kota Kinabalu menyebabkan wakil LFL tidak dapat berbuat demikian.
“Peguam dari semenanjung tidak dibenarkan muncul di mahkamah di Sabah. Keadaan ini memaksa anak guam kami mencari peguam baru di Sabah,” kata Eric.

TPPA: Kerajaan jangan sembunyi apa-apa dari rakyat


(Penal dalam forum Trans Pacific Partnership Agreement - TPPA)


KUALA LUMPUR: Meskipun perincian berkaitan Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) masih belum diperhalusi dari sudut kebaikan dan kesan akan datang kepada negara, kebimbangan rakyat Malaysia terhadap perjanjian itu wajar diredakan dengan maklumat secukupnya.

Lebih-lebih lagi, apabila terdapat dakwaan yang mengatakan ada beberapa terma di dalam TPPA itu diambil dari North American Free Trade Agreement (NAFTA) yang telah ditandatangani sebelum ini.

Pakar Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakob (gambar) berkata NAFTA yang telah dimeterai perjanjiannya pada 1994 sebelum ini, sudahpun memberikan kesan yang dibimbangi akan berulang apabila termeterai TPPA yang dijangka dilakukan pada Oktober 2013, di Kota Kinabalu, Sabah.

"Kita tidak tahu apa yang ada dalam TPPA ini dan kesannya, tetapi TPPA ini asasnya dari NAFTA. Kita tidak boleh kata ini kesan TPPA, sebab tak tahu tapi kita boleh anggap sebagai 'kesan bayangan' apabila melihat kesan dari NAFTA itu sendiri," kata beliau pada satu forum berkaitan TPPA, di Dewan Perhimpunan Cina, malam tadi.

Menurut bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia itu, jika melihat Perkara 11 dalam NAFTA iaitu 'investor-state dispute settlement' (ISDS), ia memperlihatkan satu peruntukan yang menyebelahi pelabur semata-mata.

Peruntukan itu, jelas Dr. Rosli banyak memberi kelebihan kepada pelabur apabila berlaku sebarang pertikaian antara syarikat pelabur dengan negara yang memeterai NAFTA.

Sebagai contoh, katanya pernah berlaku pertikaian antara Kanada dengan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang mengimport air dari sebuah tasik di Kanada, dan menyebabkan kerosakan eko sistem tasik tersebut.

Nazri: 'Jika buka jalan, dah tak jadi Jonker Walk'


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ.

Menurutnya, pasar malam Jonker Walk adalah tarikan pelancong utama di negeri Melaka dan langkah membuka jalan bagi laluan kenderaan di sekitarnya akan mengganggu kehadiran pelancong dan pengunjung yang berjalan kaki.

NONE"Melaka ini tak ada apa-apa, ada pelancongan sahaja. Di mana-mana pun orang pergi, orang dah kenal Jonker Walk ini.

"Kalau kita buka Jonker Walk (kepada kenderaan), kereta dah boleh lalu, (jadi) pelancong dah tak datang nanti, jangan salahkan orang lainlah," kata Nazri pada sidang media petang tadi.

Beliau juga berkata, alasan kerajaan negeri untuk membuka semula jalan berkenaan juga bukan satu pertimbangan yang wajar.
Walhal, jalan tersebut ditutup pada setiap hujung minggu sejak 13 tahun lalu, katanya.
"Saya harap ketua menteri akan mengkaji perkara ini dan saya berjanji akan pastikan pada akhirnya, jalan itu akan ditutup pada hujung minggu.

"Kalau kita buka untuk kereta lalu lalang, ia dah tak jadi Jonker Walk, ia mungkin akan jadi Jonker Highway," katanya lagi.

KDN dan KPN terkunci kerana ada “pekung sendiri” kata Kit Siang

Pasukan keselamatan negara kini dilanda "jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, ekoran kredibiliti dan kewibawaan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tercalar, kata Lim Kit Siang (gambar).
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri.
"Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
"Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah," katanya.
Antara perkara yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP itu adalah tindakan dan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu, penghakiman pada Rabu, yang menyaksikan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan yang mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di balai polis Taipan pada 20 Januari 2009.

PAS Kaji Tindakan Undang undang JKKK Umno Gagal Patuhi Titah Sultan

PAS Kesal Umno Anjur Pesta Maksiat DiAmbang Ramadhan

KM Penang: Isu Dakwat Kekal

High Court judge retires after Kugan judgment

Takut Kantoi: Musa Aman elak soalan isytihar harta

musa_aman_sabahKOTA KINABAL, 28 JUN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengelak menjawab soalan Adun Pakatan Rakyat Sabah berhubung amalan mengisytiharkan harta.
Soalan tersebut antara diajukan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung pada 18 hingga 20 Jun lalu sempena mesyuarat pertama penggal pertama DUN Sabah ke-14.
Musa dalam jawapannya memberi alasan semua Exco kerajaan negeri mengisytihar harta kepadanya dan tidak menjawab soalan lain melibatkan beliau.

“Pengisytiharan ini penting bagi memastikan tiada berlakunya salah guna kuasa dan rasuah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang yang juga Penasihat DAP negeri, Dr Hiew King Cheu.
Kata Dr Hiew, amalan mengisytihar harta bagi mengelakkan Ahle Dean Undangan Negeri ‘menjadi orang kaya segera’ sepanjang menjawat jawatan.

Wartawan Utusan@Barua UMNO protes, dakwa dihalang masuk DUN Pulau Pinang



Seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia mengadakan protes seorang diri selepas mendakwa dihalang daripada memasuki bangunan DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan.

Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, berdiri di depan pintu pagar dewan dengan membawa plakad dengan slogan: “Ketelusan telah mati di sini”.

NONESementara itu, speaker DUN Law Choo Kiang berkata beliau tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menghalang wartawan dari Utusan Malaysia.

ADUN Bukit Tambun itu berkata, anggota keselamatan tersebut mungkin bergantung kepada arahan semasa persidangan sebelum ini.

“Ini satu salah faham. Kami kesal kerana beliau dihalang, namun saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi,” kata Law dalam satu sidang media.

DUN Pulau Pinang mengeluarkan arahan untuk menghalang wartawan Utusan daripada membuat liputan persidangan dewan itu pada 2011.

Arahan berkenaan menerima kritikan keras dari pemimpin BN yang menyifatkan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersikap hipokrit dalam isu kebebasan media.

PRK Kuala Besut beri peluang untuk SPR berubah

KOTA BHARU: Pilihan raya kecil Kuala Besut akan memperlihatkan samada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu berubah sebagaimana tuntutan rakyat atau akan terus kekal menjadi 'Suruhanjaya Suruhan Umno'.


(Fatah menanam pokok sebagai gimik projek untuk menghijaukan Kota Bharu)

Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut nanti akan memperilihatkan perkara ini.

“Dari sudut politik, kita tidak mengira sama ada kedudukan kerusi Dun Terengganu itu pada  mejoriti 17- 15, tetapi kita tuntut pertama-tama sekali ialah SPR yang telus, SPR yang benar-benar menjalankan tugasnya sebagai SPR, tidak SPR sebagaimana dakwaan sesetengah pihak Suruhanjaya Suruhan Umno,” kata Fattah.

Fattah yang juga Adun Bukit Panau bercakap kepada wakil Harakahdaily pada majlis pelancaran Kempen Hijau Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Tunjong, dekat sini pagi tadi.

Kenyataan Fatah ini dibuat ekoran serangan bertalu-talu terhadap SPR dan penjelasan yang bersimpang siur yang dibuat oleh badan yang sepatutnya bebas itu.

Isu dakwat kekal yang tidak kekal menjadi fokus utama serangan kepada SPR di samping pelbagai kecacatan dan salah laku yang berjalan sepanjang pilihan raya ke 13 lalu.

Aziz Bari: Sultan boleh bubar DUN Terengganu

DUN_GanuKUALA LUMPUR 28 Jun: Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai  di negeri itu.
Katanya, Sultan boleh membuat keputusan itu sekiranya BN dan Pakatan Rakyat menguasai  jumlah kerusi sama banyak.
Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.
Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.
Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.
“Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.
“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Ketua Wanita: Azalina mahu cabar Shahrizat

Azalina mahu cabar Shahrizat SHAH ALAM - Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said sedia untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

The Star melaporkan, Azalina yang merupakan ahli Parlimen bagi kawasan Pengerang berkata, beliau sudah memutuskan untuk mencabar Shahrizat kali ini.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar itu melaporkan Shahrizat juga mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Karier politik Shahrizat terjejas selepas dirinya terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lalu.

Meskipun begitu, Shahrizat berkata beliau masih mendapat sokongan daripada sayap wanita.

PRK 2013: 'Tak mungkin berlaku Dewan Negeri tergantung'


PRK Dun Kuala Besut KUALA LUMPUR - Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?
  
Beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku.
  
Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu. Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (Pas 14, PKR satu).
  
Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.
  
Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian.

Sivarasa: Ada kaitan jelas kaitkan Najib dalam kes Altantuya

altantuya_najibKUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.
“Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.
“Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan” kata Sivarasa kepada Keadilandaily.
Menurutnya terdapat bukti jelas para pegawai khas Najib terutamanya DSP Musa Safri tidak pernah dipanggil sebagai saksi kes pembunuhan Altantuya, namun terlibat secara langsung dalam kes berkenaan.
Turut terlibat katanya, seorang lagi pembantu Najib, Nasir Safar sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda pada malam kejadian Altantuya diculik.
Beliau merujuk kepada Perkara 30 dari teks Akuan Bersumpah penyiasat persendirian Balasubramaniam.

Polis tertidur atau penyamun tidak tidur?

ALAUPUN POLIS DIARAHKAN MERONDA 1 JAM SEKALI DI SEMUA LOKASI MESIN ATM... NAMUN DI JOHOR BAHRU SEMALAM, SAMUN DILAKUKAN PICK-UP LANGGAR MASUK BANK DAN TARIK MESIN ATM.....


MP PAS: Mana Akta Keharmonian Nasional?

Dr Agus : Jawapan Menteri BN Kelas Ke-3

PKR Penambang Wanita: Women playing more prominent roles in politics

Kamilia Ibrahim: Women are more than party's foot soldiers

Bridget Welsh: 40% increase in candidates, more women ADUNs elected

Kes Kugan: Gesa KPN letak jawatan untuk kembalikan keyakinan umum

Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya boleh mengembalikan kepercayaan rakyat dengan meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara (KPN), atau menjalankan siasatan terhadap 230 kes kematian dalam tahanan termasuk kes A. Kugan, kata Lim Guan Eng.
Mahkamah sebelum ini memutuskan Khalid bertanggungjawab atas kematian Kugan yang didera secara fizikal ketika soal siasat oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) empat tahun lalu.
"Beliau hanya boleh mengembalikan keyakinan orang awam dengan mengatakan beliau tidak terlibat atau menjalankan siasatan terhadap kes kematian sejak 2000 hingga Mei 2013, ataupun meletak jawatan sebagai ketua polis," kata Setiausaha Agung DAP itu dalam kenyataan hari ini.
Lim turut menegaskan, berbanding Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang hanya boleh melakukan cadangan dan saranan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) seperti disarankan mahkmah.
"IPCMC boleh menjatuhkan hukuman kepada anggota polis yang menyalahguna kuasa mereka ... Atau berapa ramai lagi yang perlu mati sebelum IPCMC ditubuhkan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.
A. Kugan telah ditahan di balai polis Taipan, Subang dan kemudiaanya telah dipukul oleh polis serta mengalami 45 kecederaan luaran dan di bahagian dalam badan. Mangsa mati selepas buah pinggangnya tidak berfungsi akibat pukulan.

Hakim kes Kugan letak jawatan mengejut hari ini..!!!

Hakim kes Kugan letak jawatan mengejut hari ini
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham yang berumur 65 tahun hari ini meletakan jawatan secara mengejut hari ini.
Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A. Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.
Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Anwar hadir makan malam kutipan dana petisyen PRU-13 malam ini

PETISYENKUALA LUMPUR, 28 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke majlis makan malam untuk mengutip dana petisyen pilihan raya umum ke-13, malam ini.
Jamuan yang dinamakan sebagai majlis makan malam Black 505 diadakan jam 8 malam ini di Theam Hou Temple, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.
Turut hadir presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.
Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli sebelum berkata, kos membiayai petisyen pilihan raya bagi 25 kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjumlah kira-kira RM1.5 juta.
Selain di Kuala Lumpur, KEADILAN merancang mengadakan makan malam Black 505 di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui penyelaras program (Syafiq, 017-2793252)
Peta lokasi sila KLIK pautan ini.

Akhirnya demokrasi dalam Umno mahu dibuka rantai di kakinya

Setelah riuh-rendah dengan kemunculan berbondong-bondong pengampu, pembodek dan tukang kipas yang mahu menyelamatkan karier politik Najib dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan, malah dikekalkan secara percuma kepada penyandang sedia ada, tiba-tiba Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan kedua-dua jawatan itu boleh dipertandingkan.
Kata Ku Nan lagi, semua jawatan tertinggi parti terbuka untuk ditandingi dan sesiapa saja yang mahu bertanding, boleh mendaftarkan diri untuk berbuat demikian, sesuai dengan peraturan baru yang diperkenalkan oleh Umno. Katanya lagi, semua jawatan dalam Umno akan ada pertandingan kali ini.
Sebelum ini, sebaik keputusan terburuk yang dicapai oleh BN dalam pilihanraya lalu, ramai pemimpin Umno tampil menyarankan agar kedua-dua jawatan tertinggi dalam Umno itu tidak dipertandingkan atas alasan menjaga perpaduan, selain menganggap gandingan Najib dan Muhyiddin sudah merupakan gabungan yang terbaik untuk parti.
Selain Umno Negeri Sembilan dan Sabah yang menjadikan tiadanya pertandingan itu sebagai resolusi, sebahagian besar pemimpin Umno turut menyokong cadangan itu. Malah Ku Nan sendiri sebelum ini dilaporkan bersetuju tiadanya pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno atas alasan Umno mengamalkan demokrasi terpimpin dan bukannya demokrasi sebenar.
Dua bekas Perdana Menteri, Mahathir dan Pak Lah juga dilaporkan bersetuju agar tiada pertandingan bagi kedua-dua jawatan tertinggi itu.
Walaupun demikian, di peringkat akar umbi rata-ratanya mahukan pertandingan diadakan kerana berasakan transformasi politik yang diperkenalkan Najib dengan meminda peraturan pertandingan haruslah dibuktikan bukan sekadar dengan kata-kata tetapi dengan keberanian melalui tindakan juga. Lagi pula 146,500 orang yang digegak-gempitakan sebagai perwakilan yang boleh memilih pucuk pimpinan Umno kali ini berbanding hanya 2,500 sebelum ini, turut tidak sabar untuk memainkan peranan mereka.

UBAH SISTEM: JANGAN TUNGGU KUCING BERTANDUK......


Kawasan pilihan raya di negara kita dibahagikan kepada lima kategori, iaitu bandar majoriti Cina, bandar Melayu, bandar campuran, separa bandar, dan luar bandar. Ada 16 kerusi bandar majoriti Cina, 16 kerusi bandar Melayu, 13 kerusi bandar campuran, 54 kerusi separa bandar, dan 123 kerusi luar bandar. Ini bermakna kerusi bandar majoriti Cina, bandar Melayu, bandar campuran, dan separa bandar berjumlah 99 kerusi. Jumlah kesemuanya 222 kerusi.

Keputusan PRU-13 menunjukkan bahawa BN tidak memenangi sebarang kerusi di bandar majoriti Cina. Mereka memenangi 4 kerusi bandar Melayu, 1 kerusi bandar campuran, 20 kerusi separa bandar, dan 108 kerusi luar bandar. Jumlah kesemuanya 133 kerusi.

PR memenangi kesemua 16 kerusi majoriti Cina, 12 kerusi bandar Melayu, 12 kerusi bandar campuran, 34 kerusi separa bandar, dan hanya 15 kerusi luar bandar. Jumlah kesemuanya ialah 89 kerusi.

Sehubungan itu, kita mendapati pola pengundian dalam PRU-13 tidak berasaskan kaum. Ini kerana jumlah bandar majoriti Cina terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bandar Melayu, bandar campuran, dan separa bandar yang jumlahnya 58 kerusi. Harus diingat bahawa kawasan yang memperuntukan 58 kerusi itu didiami oleh Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Oleh sebab itu, pola pengundian dalam PRU-13 merupakan "tsunami rakyat Malaysia". Hanya Melayu luar bandar yang terus menyokong UMNO/BN. Majoriti Melayu, Cina, India, dan lain-lain yang tidak mendiami kawasan luar bandar menyokong Pakatan. Harus diingat bahawa rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan ini tergolong dalam kumpulan berpendapatan tinggi, sederhana, dan golongan muda.

Dakwat "Pewarna Makanan" akan digunakan dalam PRK Kuala Besut.....!!!


Walaupun semalam Nurul Izzah Anwar dan pembangkang mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal, SPR mengatakan ianya akan tetap digunakan dalam pilihan raya kecil Kuala Besut tidak lama lagi.
“Ya dakwat kekal akan digunakan,” kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.
“Kita akan bincangkan minggu hadapan sama ada kita akan gunakan dakwat sama dengan PRU13 atau tidak,” tambah beliau merujuk kepada mesyuarat SPR minggu hadapan berhubung PRK Kuala Besut. DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam akibat kanser paru-paru.
Pakatan Rakyat (PR) turut mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan keseluruhan kepimpinan SPR dipecat.
“Kita akan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara ini,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
“Mengapa kita boleh biarkan mereka terlepas begitu sahaja? Kami, pemimpin Pakatan Rakyat akan memastikan pegawai SPR yang curang dan diragui berhadapan dengan tindakan undang-undang. Ini adalah perkara asas dan penting.”
PR juga menuntut pasukan baru SPR menguruskan pilihan raya kecil itu. Ahli Parlimen itu juga menambah pasukan SPR yang sedia ada mempunyai masa untuk melakukan reformasi selama lima tahun tetapi gagal.
“Mengapa kita perlu biarkan mereka menggunakan dakwat sama apabila ianya telah mengecewakan satu negara?” soal beliau.
Dakwat kekal telah menjadi isu panas semenjak hari pertama ianya diumumkan akan digunakan. Semasa hari mengundi pada 5 Mei, dakwat kekal menggemparkan negara apabila ianya tidak kekal dan mudah dibasuh.

PR gesa tubuh Majlis Penasihat Petronas

Sultan Selangor: 'Bersatu walau berlainan ideologi politik'

Sultan: 'Bersatu walau berlainan ideologi politik'
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Ke-13, di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.
 
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak supaya memberikan kerjasama dengan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PR tanpa mengira ideologi politik dalam membangunkan negeri ini.

Tuanku juga menggesa mana-mana pihak khususnya Adun Selangor supaya menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

"Beta berharap janganlah ada pihak yang menyalahtafsirkan peruntukan undang-undang itu untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

"Ahli-ahli Yang Berhormat dan Adun perlulah mematuhi peraturan mesyuarat tanpa mengira ideologi politik masing-masing," titah baginda yang berkenan merasmikan Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13, di sini, hari ini.

DAKWAT "KEKAL": Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket

DAKWAT "KEKAL": Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongketMenteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa Malaysia tidak memerlukan dakwat kekal sebagai sebahagian proses pilihanrayanya kerana Malaysia bukanlah sebuah negara dunia ketiga.
Ketika ditemui wartawan di hadapan Parlimen hari ini, Tengku Adnan mendakwa bahawa penggunaan dakwat kekal disetujui Parlimen hanya kerana ia didesak oleh Pembangkang.
"Mereka mendesak supaya kita memakainya, jadi Parlimen terima. Namun demikian, jikalau dakwat itu mengandungi terlalu banyak bahan kimia, ia akan memudaratkan orang ramai," kata beliau.
"Di India, dakwat yang digunakan kekal untuk satu sehingga dua bulan. Ini amat memudaratkan kesihatan," beliau menambah.
Dakwat kekal digunakan buat kali pertama di dalam Pilihanraya ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013. Namun demikian, penggunaan dakwat ini diselubungi kontroversi setelah pelbagai aduan dibuat mengenai betapa mudahnya dakwat yang digunakan dapat dihilangkan walaupun hanya disapu beberapa jam yang lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya mengakui semalam bahawa dakwat yang digunakan pada PRU13 tidak kekal kerana ia tidak mengandungi kandungan Perak Nitrat yang mencukupi manakala kandungan utamanya adalah pewarna makanan.

RM7mil for 'food-dye'? EC told to explain cost of 'indelible' ink

RM7mil for 'food-dye'? EC told to explain cost of 'indelible' ink
The Election Commission (EC) has to explain the RM7.1 million spent for the "delible" ink used for the polls in May and disclose the suppliers, who mixed food colouring with the ink.
Anthony Loke Siew Fook (Seremban-DAP) said for the 12th General Election in 2008, the EC spent RM2.4 million for the indelible ink, although it was not used for the polls. He then questioned the cost of the indelible ink which was used during the recent elections.
He said in 2013, there was a 20% increase in voters from 2008, but the cost of the indelible ink "increased 30%" from 2008.
"There was 10,922,139 voters in 2008 while in 2013 there was 13,268,002. Why then did the cost of the ink increase three-times more?" he said.
Loke also compared the RM7.1 million spent in Malaysia to the RM2.8 million spent for the indelible ink used in the Cambodian general election.
"The number of voters in Malaysia this year was 13 million while Cambodia has over nine million voters," he told a press conference today.

Is EC's Wan Ahmad calling Minister in the PM's Dept a LIAR?

Is EC's Wan Ahmad calling Minister in the PM's Dept a LIAR?
The controversy surrounding the 'indelible' ink used by the Election Commission on voters' fingers in the recent general election looks set to continue as the commission and two cabinet ministers came out with contrasting explanations.
EC deputy chief Wan Ahmad Wan Omar today denied a parliamentary reply by minister in the Prime Minister’s Department Shahidan Kassim that the ink did not contain silver nitrate, the ingredient needed to make it stay on the skin.
“There is indeed silver nitrate," Ahmad was quoted by Malay Mail online as saying. "It’s just that the EC is currently investigating the level of silver nitrate that was used by our supplier when the consignment bottles were sent to us.”
Even as he tried to convince the public, UMNO secretary general Tengku Adnan Tengku Mansor, now the Federal Territories minister, said there was no need for indelible ink because "Malaysia is not a third world country".
Shahidan yesterday claimed there was no chemical ingredient, only food colouring, in the ink, which was purchased by the government at RM7.1 million for the recent election.

Apa yang mendorong aktivis mahasiswa ini?


Adam Adli ketika berucap disebuah forum di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Gambar The Malaysian Insider. Gerakan aktivis yang mula menonjol selepas Pilihan Raya 2008, apabila tsunami politik mula melanda tanah air yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengalami kejutan selepas hilang majoriti dua pertiga Parlimen kepada Pakatan Rakyat (PR).
Gerakan-gerakan berkenaan kemudiannya melahirkan tokoh aktivis daripada pelbagai cabang termasuk gerakan mahasiswa yang bangkit menentang kepincangan polisi kerajaan, yang menurut mereka tidak berfungsi sebaik mungkin.
Adam Adli Abdul Halim, 24, pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengakui kesedaran gerakan aktivis timbul ketika menuntut di institusi pengajian tinggi, selepas merasakan polisi-polisi yang dibentuk pentadbiran universiti tidak menepati suara dan kehendak mahasiswa.
"Kita tiada persatuan pelajar yang bebas dan memperjuangkan hak mahasiswa," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kita mempunyai banyak saluran bagi kami menyuarakan pendapat, namun saluran itu semua tidak pernah berfungsi ... AUKU umpamanya, membunuh potensi dan autonomi pelajar universiti," katanya merujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti yang kini telah dipinda dan membenarkan mahasiswa menyertai politik.
Adam sebelum ini menggemparkan negara kerana tindakannya menurunkan kain rentang wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berdemo di Ibu Pejabat Umno di PWTC, pada Disember 2011, dan sedang digantung selama tiga semester.
Gerakan-gerakan seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak-Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), dan banyak lagi kemudiannya lahir seiring dengan tsunami politik negara yang turut menyaksikan pertembungan merebut Putrajaya antara BN dan PR.
Daripada gerakan-gerakan seperti itu kemudiannya muncul demonstrasi mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) membantah tindakan penggantungan terhadap Prof Dr Abdul Aziz Bari pada 2011, yang kemudiannya dilihat semakin kerap demonstrasi dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan berkenaan.

Keputusan kes mahkamah KPN ganggu moral pasukan polis


Moral pasukan polis daripada peringkat bawahan hingga ke ibu pejabat di Bukit Aman terganggu ekoran berita muka hadapan sepanjang tempoh dua hari ini membabitkan Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri yang terlibat dalam melakukan kesalahan.
Segenap pangkat malahan pegawai kanan juga mahu mendengar daripada ketua mereka sendiri mempertahankan diri ke atas pertuduhan yang dihadapinya, terutamanya KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar).
"Bukan mudah menjadi seorang anggota polis dan permintaan umum sentiasa tinggi. Tapi saya sangat tidak percaya selepas membaca penemuan dalam kes Kugan," kata seorang anggota Lans Koperal yang enggan namanya didedahkan, merujuk kepada penghakiman dua hari lalu apabila hakim mengatakan Khalid bertanggungjawab ke atas tahanan yang mati di dalam lokap.
Tahanan, A. Kugan telah ditahan di balai polis Taipan Subang dan kemudiaanya telah dibelasah oleh polis serta mengalami 45 kecederaan luaran dan di bahagian dalam badan. Mangsa mati selepas buah pinggangnya tidak berfungsi akibat pukulan.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berhadapan tekanan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan beliau berhadapan kes untuk dibicarakan akibat tuduhan menyerang seorang lelaki yang cuba memikat anak perempuannya.

Kami Tidak Tolak Keputusan, Tapi Tolak Penipuan Dan Manipulasi PRU13 - MP Temerloh 27/6/2013

Kit Siang : Benci Sesama Sendiri Tidak Boleh Jadi Warganegara

UMNO MENGEKALKAN TRADISI PERPECAHAN

UMNO PUNCA PEPECAHAN POLITIKKAN TAPAK BAZAR RAMADHAN