Khamis, 27 Jun 2013

Agus - Bahana apabila kita ada yb & menteri 'dungu' dalam negara..!!

Mohammad Agus Yusoff
KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.
HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.
Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

SMM Tetap Mahu SPR Letak Jawatan

Dua hari lalu, pada tarikh 24 Jun 2013, Solidariti Mahasiswa Malaysia bersama-sama kumpulan NGO anak muda yang lain secara nekad telah menunjukkan jalan terakhir bagi membantah isu penipuan pilihanraya dengan mengadakan himpunan aman tepat di hadapan parlimen.
Ya, memang mahasiswa yang nekad dan mula berbaring di hadapan parlimen dalam protes tersebut.
Tujuan kami jelas, kami ingin mengajak semua ahli parlimen terutamanya daripada Pakatan Rakyat supaya bersolidariti bersama kami menunjukkan protes terhadap isu pilihanraya.
Jalan yang kami pilih adalah dengan meminta supaya mereka memboikot majlis angkat sumpah yang hanyalah berlaku di hadapan Speaker Dewan, dan bukan di hadapan YDPA, bahkan jauh sekali bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.
Sudah dijelaskan sebelum ini isu boikot majlis angkat sumpah bukanlah sekali gus menafikan tanggungjawab dan amanah mereka yang dipilih oleh rakyat ini secara total.
Namun ialah adalah simbolik kepada solidariti mereka terhadap hasrat anak muda dan mahasiswa seperti kami yang memprotes penipuan pilihanraya.
Namun, apa yang berlaku adalah amat mendukacitakan kami selaku mahasiswa dan anak muda apabila hasrat kami tidak disambut dengan baik walaupun akhirnya memorandum bantahan kami diterima oleh YB Khalid Samad di penghujung himpunan.

PM, Menteri Dalam Negeri harus buktikan kejujuran pemansuhan ISA

Di sebalik pelbagai janji transformasi politik dan undang-undang oleh PM Najib sebelum PRU-13, pelbagai bentuk undang-undang yang menyekat kebebasan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini dan disalahgunakan saban hari untuk melindungi elit penguasa, sebagai contoh Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman, Akta Rahsia Rasmi dan lain-lain. Ketidakjujuran kerajaan dan sikap membisu PM dalam usaha transformasi palsu ini amat menjengkelkan terutamanya apabila diberitakan masih ada 14 tahanan masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menteri Dalam Negeri pada 18 Jun 2013 dilaporkan berkata bahawa semua 14 tahanan akan dibebaskan serta-merta tetapi tidak menetapkan sebarang tarikh untuk pembebasan tersebut. Kenyataan ini hanya menyerlahkan sikap selektif Menteri Dalam Negeri yang dalam masa sama begitu agresif menangkap rakyat yang berhimpun secara aman dan melaksanakan Akta Hasutan terhadap ahli politik Pakatan dengan begitu tegas, tetapi tidak berpendirian dan tidak komited langsung dalam isu ISA. Sewajarnya seorang yang bertaraf menteri harus memberikan komitmen penuh untuk membebaskan kesemua tahanan ISA serta-merta tanpa syarat dan menutup segera Kem Tahanan Kamunting yang merupakan simbol kezaliman ISA. Sampai bila lagi tahanan-tahanan ini harus meringkuk di bawah cengkaman ISA akibat kelewatan Menteri Dalam Negeri bertindak?

Kehilangan 2 pegawai kanan, EAIC telur di hujung tanduk


KUALA LUMPUR: Selepas pendedahan demi pendedahan, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Nor Afizah Hanum Mokhtar dan pegawai penyiasat kanannya, Nadzri Ibrahim ditukarkan serta merta.

Ekoran itu, EAIC disifatkan umpama telur di hujung tanduk oleh dua anggota Parlimen DAP, Steven Sim Chee Keong (gambar kanan), Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Zairil Khir Johari (gambar kiri), Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam kenyataan mereka.

Media melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Nor Afizah Hanum Mokhtar, telah digugurkan dan ditukar ke agensi lain serta-merta, tanpa sebarang alasan jelas.

Tindakan ini berikutan pengguguran pegawai penyiasat kanan Mohd Nadzri Ibrahim daripada pasukan petugas menyiasat kematian dalam tahanan selepas mereka berdua mendedahkan bahawa beliau terlibat dalam kes Teoh Beng Hock.

Dalam kata lain, dalam masa sesingkat satu minggu, dua orang pegawai kanan EAIC mengalami pertukaran jawatan secara mengejut.

"Bagaimanakah mungkin AEIC melaksanakan tugasnya dengan sempurna dengan pentadbiran caca-merba ini?" kata mereka berdua dalam kenyataannya hari ini.

Dari Pdg Merbok ke Parlimen: SAMM ambil tanggungjawab penuh

Berkenaan protes berkhemah di Padang Merbok dan protes di depan Parlimen, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab penuh dengan beberapa ketegasan, adalah seperti berikut;

1. Aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak  SPR meletak jawatan.

2. Tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3. Sebaik sahaja himpunan KL622 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan Gabungan NGO Suara Rakyat 505 tamat sekitar jam 6 petang, SAMM bersama beberapa NGO dan kumpulan anak muda, mahasiswa telah memutuskan untuk berkhemah di Padang Merbok bagi memanjangkan protes seterusnya memperhebat tekanan terhadap SPR supaya undur. Semuanya berjalan dengan baik, aman, bersih dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

4. Segalanya berjalan lancar, pihak organisasi dan individu menjalin kerjasama yang baik demi matlamat SPR letak jawatan, sehinggalah pada malam kedua jam 4.30 pagi, ratusan anggota DBKL bersama sejumlah anggota polis bersenjata automatik telah menyerang, merampas khemah termasuk barang-barang yang ada di dalam khemah ketika ada yang sedang tidur di dalamnya. Ada yang ditendang dan dikasari. Namun tahniah kepada semua kerana mengikut arahan untuk tidak melawan dan menyerahkan khemah dengan aman kerana fokus utama bukan DBKL atau polis tetapi SPR.

5. SAMM pelik mengapa kejadian ini boleh berlaku sedangkan sekitar jam 1 pagi sebelum itu saudara Arulchelvam,setiausaha PSM selaku wakil perunding telah mendapat persetujuan dari penguatkuasa untuk mengosongkan Padang Merbok pada jam 8 pagi tersebut (24 Jun). Ketika khemah dirampas semua terkejut namun semua bersikap tenang dan hampir 500 orang bertahan di Padang Merbok hingga pagi.

6. Tepat jam 8.45 pagi, semua peserta protes bergerak menuju ke Parlimen membawa pelbagai sepanduk. Ketika sampai di jalan masuk Parlimen, kelihatan OCPD Dang Wangi dan sejumlah anggota polis yang agak ramai telah bersedia. Protes diputuskan dalam bentuk duduk dan bantah. Mahasiswa diketuai Safwan telah putuskan melahirkan rasa kecewa dengan berbaring di tepi jalanraya beramai-ramai.

Dr Nasir : PAS dan PSM Tidak Bercanggah

KLSCAH 01
KUALA LUMPUR 27 JUN : Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PAS dilihat mempunyai persamaan dalam perjuangan apabila menitikberatkan kebajikan rakyat dan membela pihak yang tertindas akibat kerakusan pemerintah mengekalkan kuasa.
Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim berkata, parti tersebut yang berteraskan fahaman sosialis bergerak demi menegakkan nasib rakyat yang dinafikan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.
“Kita sebagai sosialis memperjuangkan hak dan keadilan. Kita tidak membenarkan sesiapa menindas sesiapa. Asas kami adalah kasih sayang.
KLSCAH 02“Dari situ kita dapat keadilan, keharmonian dan atasi pelbagai perkara lagi. Bermakna kita hormati rakyat dan maju ke depan selain memperkasakan mereka,” katanya sebagai panelis dalam wacana “Islam, Sosialis, Liberal! PAS Di Mana? anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) di sini semalam.
Panelis lain ialah Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Pengarah Eksekutif Middle Eastern Graduate Center (MEGC), Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Dakwat kekal: Tengku Adnan tak faham perlembagaan

ShamsulKUALA LUMPUR, 27 JUN: Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan gagal memahami aspek sebenar penggunaan dakwat kekal, iaitu bagi memastikan prinsip perlembagaan persekutuan ‘satu orang, satu undi’ dicapai.
“Pendedahan demi pendedahan dalam petisyen menunjukkan berlakunya isu pengundi hantu dan pengundi mengundi lebih daripada sekali.
“Ini bertentangan dengan semangat perlembagaan yang kita dokong selama ini iaitu ‘satu orang, satu undi,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau mengulas kenyataan Adnan bahawa Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal kerana negara ini bukannya seperti ‘negara dunia ketiga’ lain.
Justeru, Shamsul menegaskan, kenyataan Adnan hanya alasan melepaskan diri dan mempertahankan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Sekarang timbul pula isu kononnya dakwat tidak kekal kerana bahannya memudaratkan kesihatan,” kata Shamsul.
Mengulas isu pewarna makanan digunakan dalam dakwat kekal, pengerusi KEADILAN Melaka itu menambah, kementerian dalam kerajaan tidak konsisten memberikan jawapan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini sahkan dakwat kekal selamat digunakan dan tidak mendatangkan impak kesihatan. Jabatan Agama mengharuskan penggunaannya dari segi syarak.
“Ini satu pembodohan kepada sistem pilihan raya dan juga pembaziran wang rakyat,” ujarnya.

KEADILAN desak kerajaan segera tubuhkan IPCMC

Nik NazmiKEADILAN mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kematian A Kugan.
Saya yakin semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan tidak boleh menafikan bahawa keluarga Kugan berhak mendapat keadilan dan kebenaran di dalam tragedi malang ini.
Saya juga ingin memuji rakan seperjuangan saya, Naib Presiden KEADILAN, YB N Surendran di atas usaha gigihnya demi keadilan di dalam kes ini dan juga pelbagai kes-kes lain.
Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan memastikan gantirugi  diberikan kepada keluarga beliau di samping keluarga-keluarga yang terjejas dengan kematian dalam tahanan yang menjadi-jadi di negara ini.
Pada masa yang sama, keputusan ini membangkitkan persoalan yang serius dan berterusan mengenai integriti PDRM dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mana ketika menjadi Ketua Polis Selangor didapati bertindak tidak wajar di dalam kes Kugan.
Kami mendesak Kerajaan Persekutuan dan PDRM untuk memandang serius gesaan Hakim V. T. Singham untuk ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut.

TPPA: Kerajaan enggan dedah maklumat bawa risiko

PC RafiziKUALA LUMPUR, 27: Sikap kerajaan Umno BN berdegil tidak membentangkan maklumat berhubung rundingan Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik (TPPA) akan membawa risiko yang besar kepada kedaulatan dan ekonomi negara.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, isu kritikal seperti ini wajar dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dari segi pendekatan, pendirian, sektor yang terlibat dan peluang bakal diperoleh daripada negara ahli yang lain.
“Tetapi kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed menunjukkan sikap keras kerajaan tidak membentangkan sebarang maklumat mengenai TPPA.
“Kalau maklumat TPPA pun kita tidak tahu, bagaimana nak pastikan rundingan boleh diteruskan dengan risiko yang minimum?,” katanya kepada Keadilandaily.
Kata Rafizi, berdasar rekod Malaysia tidak mempunyai pengalaman yang kuat untuk berhadapan dengan negara lain dalam perundingan diperingkat antarabangsa.

Kroni Lagi: Kerajaan lulus sukuk RM580 juta kepada Syed Mokhtar

smabKUALA LUMPUR, 27 JUN: Kerajaan meluluskan sukuk berjumlah RM580 juta kepada syarikat milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Suruhanjaya Security (Security Council) mengambil langkah pertama, dua hari selepas pilihan raya iaitu meluluskkan sukuk RM580 juta kepada syarikat atas permohonan Tan Seri Syed Mokhtar,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika menyambung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Namun, Anwar yang juga ahli parlimen Parmatang Pauh belum mendedahkan nama syarikat tersebut.
Tegas Anwar, tidak ada negara di dunia diberi kelulusan semudah itu kepada sebuah syarikat dan menguasai puluhan industri dan kepentingan strategik negara.
“Kalau ditegur, mereka (BN) bertanya, mengapa Permatang Pauh persoalkan anugerah kepada orang Melayu.
“Ini bukan isu orang Melayu, tetapi kerana ada unsur rasuah, penyelewengan dan penggondolan oleh syarikat kroni. Apakah ini sahaja Melayu yang dipelihara?, kata Anwar
Anwar turut mendedahkan kerajaan menganugerah lapangan minyak kepada tauke syarikat judi, Ananda Krishnan di Sarawak.

Kroni Lagi: ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, ahli perniagaan Tan Seri Kenneth Eswaran mendapat pinjaman mudah dari Bank Pembangunan berjumlah RM500 juta.
eswaran
K Eswaran, pemilik ABN News
Katanya, K Eswaran turut mendapat lesen siaran bagi Asian Broadcasting Network Sdn Bhd untuk melancarkan jenama televisyen berbayar yang baru, ABN Media Group.
“Ini seorang peniaga baru yang rapat dengan pemimpin negara ini. Bagaimana boleh mendapat pinjaman mudah tanpa proses yang jelas?
“RM500 juta dari Bank Pembangunan kepada syarikat tauke kaya kroni berbanding ribuan usahawan kecil Melayu bumiputera yang menyokong (kerajaan) tidak diberi pertimbangan?, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Persempadanan: Sila lukis dengan betul!

Oleh Selena Tay
Jika keadaan negara ini terutamanya dengan media arus perdananya terus dikawal oleh kerajaan, maka demokrasi negara ini boleh dianggap sebagai demokrasi yang tempang.

Tetapi apa yang sedang berlaku ialah kerajaan sedang mencuba sedaya-upaya untuk memberikan satu gambaran bahawa di Malaysia wujudnya demokrasi yang sihat dengan sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih. Oleh itu, kerajaan juga harus memberi perhatian yang serius dan menyeluruh kepada sistem pilihanraya yang masih tidak memuaskan ini.

Satu daripada faktor yang amat tidak memuaskan dan tidak betul ialah berkenaan dengan persempadanan kawasan Parlimen serta kerusi yang berkaitan. Umum perlu mengetahui bahawa jumlah kerusi tidak pernah ditambah di kawasan pembangkang misalnya di negeri Kelantan sejak PAS mentadbir negeri tersebut manakala banyak kerusi-kerusi diwujudkan di kawasan kubu kuat BN.

Kes Kugan: Gobind desak kerajaan ambil tindakan terhadap KPN


Ahli Parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo hari ini membawa usul untuk mendesak perdana menteri dan Kabinet untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengatakan beliau bertanggungjawab terhadap kematian A. Kugan.
Demi kepentingan umum, Gobind mengatakan Dewan Rakyat seharusnya diberikan peluang untuk perkara ini didebatkan, sama ada KPN layak untuk terus memegang jawatannya.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Khalid, semasa bertugas sebagai Ketua Polis Selangor bertanggungjawab terhadap kematian Kugan.
Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.??
Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, ditemui mati pada 20 Januari.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham semalam mengatakan, Khalid cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.??
Keputusan itu dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.?
"Oleh kerana penemuan mahkamah dilindungi oleh media secara meluas, persoalannya timbul sama ada Khalid masih layak untuk terus memegang jawatannya, atau dia boleh dipecat atau digantung serta-merta," kata Gobind dalam satu kenyataan.
"Adalah jelas ini adalah kepentingan umum dan perlu ditangani segera."

SUHAKAM tolak Ordinan Darurat dilaksanakan semula, gesa polis dipulihkan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menolak gesaan supaya Ordinan Darurat (EO) dilaksanakan semula bertujuan untuk menangani peningkatan kadar jenayah, sebaliknya mencadangkan supaya pasukan polis dipulihkan.
Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata cadangan tersebut merupakan satu langkah retrogresif (mundur) kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan dan prinsip asas hak asasi manusia, khususnya Artikel 8(1) dalam Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 7 dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
"Pelaksanaan semula EO merupakan satu langkah retrogresif.
"Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan samarata di sisi undang-undang," kata Hasmy dalam satu kenyataan media hari ini.
The Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan pendedahan kenyataan seorang pegawai tertinggi dalam pasukan polis mengatakan tugasan untuk memerangi jenayah terganggu kerana undang-undang pencegahan telah dimansuhkan.
Susulan laporan tersebut, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membidas pasukan polis dan menggesa mereka daripada berhenti memberi alasan pemansuhan Akta Darurat pada 2011 sebagai punca peningkatan jenayah di dalam negara tetapi sebaliknya menyifatkan punca sebenar adalah salah guna sumber pihak berkuasa.
Menurut Hasmy lagi, langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011 tersebut wajar dihormati sekiranya mahu demokrasi di dalam negara berfungsi sepenuhnya serta selari dengan matlamat negara yang mahu mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

PRK Kuala Besut Bakal Tentukan Nasib Terengganu

PETALING JAYA: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan tidak menentu kerana kegagalan untuk mengekalkan kerusi itu akan menyebabkan satu keputusan dan keadaan yang tergantung.

Sekiranya berlaku, DUN mungkin perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri yang baru. Pada pilihan raya umum ke-13, BN kembali merampas kuasa membentuk kerajaan negeri dengan 17 kerusi negeri, lebih dua kerusi berbanding 15 yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Dengan kematian Dr A. Rahman Mokhtar, pilihan raya kecil perlu diadakan dan pertempuran untuk Kuala Besut akan menjadi pertandingan hidup atau mati untuk BN kerana PR sememangnya mahu merebut peluang untuk memerintah kerajaan.
Penganalisis politik Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sekiranya keputusan pilihan raya tidak memihak kepada BN, Terengganu akan ditinggalkan dengan DUN yang tergantung, dengan gabungan pakatan pembangkang yang masing-masing mempunyai 16 kerusi negeri.
"Jika ini berlaku, Sultan boleh memberi peluang kepada BN yang merupakan pemerintah pada masa ini untuk membentuk kerajaan dengan mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri.
"Jika mereka gagal, Sultan akan memberi peluang yang sama kepada Pakatan. Tetapi jika kedua-duanya gagal, Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan dan pusingan pilihan raya yang baru perlu diadakan bagi negeri ini.
"Dalam erti kata lain, pilihan raya Kuala Besut adalah sangat penting kerana ia akan menentukan nasib Terengganu," katanya.

Pasca Himpunan Black505: Antara aksi jalanan dan sidang dewan

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Semasa saya duduk melepaskan lelah di atas pembahagi jalan, di depan Ibu Pejabat Bank Rakyat, sambil tunduk memejam mata, selepas menapak perlahan dari Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman ke Padang Merbok, petang Sabtu, 22 Jun lalu, terasa seseorang memegang erat tangan saya.


Saya mendongak. Rupanya Adam Adli Abd Halim, aktivis mahasiswa yang selalu "bikin gempar". Wajahnya merah bercahaya disimbah peluh. Nampak agak penat. Jerubu tebal turut membuatkan pernafasan saya terganggu.
Adam yang berarak dari Universiti Malaya memeluk saya. Ya, agak lama kami tidak berjumpa. Beberapa kali dia bertamu ke rumah saya, termasuk bersama ayah dan ibunya semasa cuti Aidilfitri tahun lalu.
Perbualan pendek kami kerap terputus. Ramai anak-anak muda, yang hampir sebaya dengan Adam, yang melintasi kami, berhenti untuk merakamkan gambar kenangan bersamanya.
Saya akui, dia memang popular, tidak putus-putus berjabat salam. Ada seorang kenalan Cina turut menawarkan air mineral kepada kami. (Hari itu saya perhatikan tidak ramai masyarakat Tionghua, malah amat ketara penurunan jumlahnya berbanding himpunan pertama di Kelana Jaya, mungkin disebabkan gertakan pihak polis yang mahu melibatkan tentera, dan ramalan berlaku huru-hara, selain masalah jerubu).
Seorang wanita muda yang kelihatan begitu bersemangat bertanyakan Adam, bila himpunan Black505 petang itu akan berakhir? "Sampai Pengerusi SPR, timbalannya dan semua anggota SPR letak jawatan," pintas Adam, bersahaja.
Mulanya saya tersenyum dan ketawa kecil, tetapi melihatkan mereka serius, saya  terasa Adam dan rakan-rakannya cukup serius mahu mencetuskan perubahan. Mereka memang benar-benar bertekad untuk "mencipta kelainan dan bukannya hanya meneruskan rutin berdemonstrasi".
Sebelum itu, saya mendengar keluhan beberapa anak muda berbaju hitam yang berpatah balik, menuju ke arah bulatan depan Bank Rakyat. "Bosan, asyik-asyik ceramah, pidato, berteriak, bersorak, lepas itu balik rumah ...," salah seorang daripadanya meluahkan rasa terkilan dengan acara di Padang Merbok.
"Dan SPR tetap di situ juga, dan kemudiannya isu lain pula yang timbul, maka hal penyelewengan SPR akan hilang dan dilupakan," rakannya menyambut pantas. Dia kemudiannya mengecam keras pendirian Pakatan Rakyat yang dilihatnya tidak bersungguh-sungguh mahu memulihkan demokrasi dan membetulkan perjalanan pilihan raya negara kita.

Scrap meritocracy calls a part of the Muhyiddin-Najib chess game ahead of Umno polls?

Ahmad Hamzah, the Member of Parliament for Jasin, has called for meritocracy in the education system to be 'scrapped' so as to help and benefit Malay students. He was immediately jeered by members of the Opposition, who accused him of deliberately provoking a "racial discourse".
Scrap meritocracy calls a part of the Muhyiddin-Najib chess game ahead of Umno polls?Ahmad had stood up and interjected while his Umno party mate Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh, the Sabak Bernam MP, was addressing the Lower House on Thursday.
"This is part of a scheme by Umno to provoke racial discourse," MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"While the Opposition supports affirmative action to help specific groups including the Malays and bumiputera, merit must be the basis for any academic assessment."
Meanwhile, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who also holds the Education portfolio, insists the government has always been transparent when it came to education.
"The government has never cheated the rakyat, it was a wild allegation especially on the commitment made by the government," Bernama reported the DPM as telling Parliament on Thursday. He was responding to a question from Ipoh Barat MP M Kulasegaran about the fate of 1,500 places allocated to Malaysian Indian students at matriculation programs.
Revenge, usual Umno racism or Umno polls racism?
Nonetheless, there are signs that Prime Minister Najib Razak's Umno party is fanning the fire. There has been a clear and gradual buildup in the government-controlled media, particularly in the Malay press, about how 'meritocracy' was hampering and disadvantaging Malay students.
Some even went so far as to blame meritocracy of creating "Chinese supremacy".

“Today meritocracy has created Chinese supremacy. There is nothing to benefit Malay students. Imagine Malay students only make up 35 percent of those in higher education institutions and the rest are Chinese. In term of scholarship, Malay students have failed to dominate the allocation of scholarships. Last year, 80 percent of Chinese students received scholarships as they obtained outstanding results based on the government’s policy of meritocracy.”,” the Umno-controlled Utusan reported Ibrahim Abu Shah, president of the Malay Consultative Council, as saying.

“All this while, the government has been thinking too much about ways to win the hearts of the Chinese and Indians apparently out of the national interest, to the extent that it has actually mistreated the Malays too long,” Raof Husin, the president of the Retired Educators Association, was also reported to have said.
The latest spate of racist and provocative comments from prominent Malays with links to Umno are seen by many Malaysian Chinese as a form of "revenge" against them for having voted for the Opposition during the May general election.
Who is stirring it up?

Wang Rakyat Jadi Mangsa: Apa Sahaja Yang Dibeli Kerajaan Malaysia Akan Lebih Mahal

Peningkatan kos pembelian ‘dakwat kekal yang tidak kekal’ bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu didakwa meningkat tiga kali ganda daripada kos yang dikeluarkan pada pilihan raya sebelumnya iaitu sebanyak RM7.1juta.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU-12) tahun 2008 lalu, jumlah kos yang digunakan untuk pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak RM2.4 juta walaupun dakwat kekal itu dimusnahkan selepas tidak dibenarkan oleh kerajaan beberapa hari sebelum pilihanraya berlangsung.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, jumlah pengundi pada 2008 adalah sebanyak 10.9 juta orang manakala pengundi pada 2013 adalah sebanyak 13.2 juta orang dan ia melibatkan pertambahan hampir 20 peratus sahaja.

Menurutnya, pertambahan pengundi sebanyak 20 peratus menyebabkan peningkatan kos dakwat kekal sebanyak tiga kali ganda adalah sangat mengejutkan.

“Saya amat terkilan dengan jawapan dari SPR melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang mendedahkan jumlah kos untuk penggunaan dakwat kekal dalam PRU-13 adalah sebanyak RM7.1 juta,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mempersoalkan kos pembelian sangat tinggi oleh Kerajaan Pusat untuk membeli sesuatu barangan.

Sebagai contoh, Kerajaan India menyumbangkan 40,000 botol dakwat kekal kepada Cambodia bagi tujuan pilihan raya dengan kos RM2.8 juta (US$877,800) pada 19 Jun lalu.

“Mengapa perbezaan kos ini begitu ketara dan apa sahaja yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sentiasa lebih mahal?.

“Semuanya lebih mahal, kereta perisai lebih mahal, kapal selam pun lebih mahal,” soalnya lagi.

Selesaikan isu SPR sebelum cadang perdamaian


KUALA LUMPUR: PAS bersedia duduk bersama dalam pendamaian nasional jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan terlebih dahulu isu yang mambabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penyelewengan yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi Harakahdaily menegaskan, PAS tidak akan berkompromi dalam perkara-perkara asas yang melibatkan isu-isu keadilan, keselamatan, perundangan termasuk isu integriti SPR.

Menurutnya segala isu ini perlu diselesaikan secara menyeluruh mengikut apa yang dituntut oleh Pakatan Rakyat terutamanya melibatkan penipuan di dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.

"PAS sedia duduk semeja dalam pendamaian nasional sepertimana yang dicadangkan oleh Najib tetapi syarat utama Perdana Menteri perlu menyelesaikan secara menyeluruh apa yang dituntut oleh kita terutamanya penipuan dalam PRU13 serta memulihkan SPR sepenuhnya.

PRK Kuala Besut mesti dikendali ‘SPR baru’

Izzah_SPRKUALA LUMPUR, 27 JUN: Hanya ‘SPR baru’ yang layak mengendalikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu, kata ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa).
“Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama?
“Pada saya ini tak boleh diterima pakai,” kata Nurul Izzah ketika membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun 2013, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.

DAP : Kos Dakwat 'Pewarna Makanan' 3 Kali Ganda Lebih Mahal

PENGERUSI SPR MENANGIS LEPAS TENGOK GAMBAR NI...!!!!

SPR: APABILA PEMIKUL AMANAH SURUHANJAYA PENIPU, PASTI KEPUTUSANNYA TURUT PALSU DAN KELIRU. SEPERTI TAHI DAN KENCING, KEDUA-DUANYA NAJIS.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB

Ganggu dan terpaku

Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB DS Dr Shahidan Kassim
(anak Tambun Tulang & saya anak Sungai Berembang) berkaitan sanad
cerita dakwat digunakan dicalit dihujong jari PRU13 pada 5 Mei 2013
lalu. Ianya telah mematah dan memotong minda saya menulis tajuk
susulan dari rencana saya yang lepas "Tok Guru Berhenti, Husham
Diketepi!!!", Ketika sedang realisasi menulis lanjutan tajuk tersebut
"KOLABORASI EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN KINI, SETELAH HUSHAM
DIKETEPI: JANGAN UMPAMA PAPAN BATU PECAH, KALAM PATAH. ANTARA LABA DAN RUGI DIHADAPI. SIMPATI MENGHIMPIT RUMIT MENGAMIT") jadi terhalang dari
meneruskan tajuk tersebut angkara pertanyaan dan jawapan diparlimen semalam.

Terpaksa dengan marah yang mendidih yang amat sangat kepada
anggota-anggota suruhanjaya SPR tersebut. Terutamanya pemain utamanya
yang licit umpama belut kubang kerbau balar. Pengerusi SPR TS Abdul
Aziz Yusoff, Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar
termasoklah anggota surohanjaya yang lain. Mereka mengalas dan memikul
pelaksanaan tugas sebagai anggota SPR yang diperkenankan oleh DYMM SPB
YDP seperti gunting dalam lipatan yang mereka laksanakan dalam PRU13
pada 5 Mei 2013 yang lepas yang terus menerus mereka menafikan
sebelum, ketika dan selepas PRU13. Yakni mereka mesra dengan puak-puak
umNO(Baru)bN dan menjadikan PR - PAS, DAP dan PKR sebagai musoh dan
bukan pelangan mereka atas nama menjaja melelong perkasanya mereka
kerana berselindong dibawah warkah perlantikkan dari DYMM SPB
YDAdengan sombong ibn bongkak.


Penguasa SPR bercawat kotea

Kini Aziz Yusof dan Wan Ahmad sedang bercawat korea. Bertekad walau
tercabut roh menjadi bangkai, mereka berdua sanggup dan rela bergalang
ganti masok kubor mendahului umNO(Baru)bN. Keranamu umNO(Baru)bN dan
pemimpin utama umNO(Baru), kami berada dalam rumahtangga SPR serba
memberi kesenangan dekat kami, 3 keturunan tak papa kedana, hatta kami
jadi terkenal dibibir rakyat menyebut dan memperkatakan kami setiap
detik setiap masa mengatasi pemimpin PR disebut warganegara rakyat
majoriti. Jadi dengan sesunggoh hati terus mereka membina benteng
pertahanan membenarkan kemenangan umNO(Baru)bN dalam PRU13 yang lepas
adalah bersih dan tidak tercemar dari apa-apa unsor yang negatif.

PRK 2013: Keputusan guna dakwat kekal minggu depan - SPR

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff
SHAH ALAM - Keputusan sama ada dakwat kekal akan digunakan dalam PRK Kuala Besut, hanya akan diketahui minggu depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

"Rasanya minggu depan, tak pasti lagi," ujarnya pada Sinar Harian Online.

SPR hari ini menerima surat pemakluman kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut selepas kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar semalam.

Ia diserahkan oleh Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong kepada Pengarah SPR negeri, Fakhrul Razi Ab Wahab di Wisma Darul Iman.

Fakhrul berkata, dengan pemakluman itu, pilihan raya kecil Dun Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari atau sebelum 27 Ogos ini.

Perdamaian nasional sekadar kaburi mata rakyat?


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan menolak perdamaian nasional sekiranya ia sekadar menjadi alat untuk mengaburi mata rakyat secara umum.

"Jika pelan ini hanya mahu dijadikan ruang untuk membenarkan penyelewengan, membenarkan salah laku dan melindungi menipulasi apa yang berlaku (proses pilihan raya), kita tetap menolak," kata Ahli Parlimen Temerloh itu dalam sidang media lewat petang tadi.

Namun beliau berharap kerajaan mengemukakan terlebih dahulu bagaimana bentuk dan mekanisma pelan perdamaian nasional yang dicadangkan itu.

Cadangan menubuhkan konsulasi itu, bagi Nasrudin satu cadangan yang positif tetapi mesti ikhlas untuk memberi kesan yang baik kepada rakyat.

"Kalau komiten untuk rakyat kita bersedia untuk memberi pandangan dan input demi kebaikan rakyat," katanya.

'Fitnah Red Bean Army untuk perkayakan diri'

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata dakwaan Umno mengenai kewujudan 'Red Bean Army' adalah helah yang direka bagi mencari dana untuk aktivis siber mereka sendiri.
Beliau juga berkata, helah itu mungkin direka bagi membolehkan individu tertentu mendapatkan dana.
"Dengan dakwaan Red Bean Army dan juga DAP menggunakan beribu-ribu aktivis siber adalah tidak benar.

"DAP tidak pernah menghabiskan satu sen pun untuk membiayai Red Bean Army," kata Lim ketika membahaskan titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mendakwa, terdapat laporan yang menyebut bahawa beberapa orang di dalam Umno meminta RM250 juta untuk melawan Red Bean Army.

"Sekarang saya tahu mengapa khabar angin itu dimulakan. Mereka yang sebarkan fitnah ini ada kepentingan. Ia bukan untuk memerangi Red Bean Army tetapi untuk memperkayakan diri mereka," dakwa Lim lagi.

Ada Berani...!!! Wakil BN, Pakatan sepakat mahu dalang insiden Lahad Datu didedahkan


Beberapa wakil kerajaan dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa kerajaan mendedahkan dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac lepas.
Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan dalam kalangan masyarakat.
Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata walaupun yakin dengan kepimpinan kerajaan dan kehebatan pasukan keselamatan dalam menangani isu itu, pendedahan dan pendakwaan segera ke atas dalang terbabit tetap ditunggu.
"Walau ada pihak yang berkata kerajaan lambat mendedahkan dalang terbabit tetapi saya yakin kerajaan pada masa kini sedang melakukan siasatan yang begitu rapi bagi memastikan mereka yang terbabit dapat diadili," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.
Menjawab isu penggunaan perkhidmatan AirAsia untuk mengangkut anggota tentera ke Lahad Datu yang dibangkitkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad berkata ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan.

Forgive the EC, there are other bigger issues, says former chief

Former Election Commission chief Tan Sri Rashid Abdul Rahman said the electoral body is very weak and that he is more concerned about structural issues like the government's monopoly of the mainstream media rather than the indelible ink fiasco.
Rashid said the EC is weak because they do not have much power and should be forgiven for the indelible ink fiasco.
He said the failure of the ‘indelible’ ink was not "intentional" and that it was the EC's first attempt to use it, at the recent General Election.
"I was told that they had to reduce certain chemicals for health reasons and by doing that the ink became washable," Rashid said.
He insisted that the usage of indelible ink was not something that could enhance democratic practices.
"To me, it is not a big thing. It is one of those things that people want. "It is very procedural and does not help in the democratic process."
What should be of more concern, Rashid said, is that there were missing components in the country's laws which could enhance the democratic process.
"There are structural changes which should be introduced. They can strengthen the election process, which is what I support," he added.

Pulak Dah: 'Kita tak perlukan dakwat kekal' - Menteri Wilayah



 
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dakwat yang digunakan dalam pilihan raya umum lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya bagi memastikan keselamatan rakyat.
Ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti digunakan di India, yang menurutnya memberi kesan yang bahaya kepada masyarakat.

"Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Tambahnya lagi, Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.
"Kita tak perlukan dakwat kekal pun. Untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga, kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti. Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya.

Dakwat Tak Kekal: Tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada...!!! Siapa Tipu Siapa..??

KUALA LUMPUR: Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikai jawapan berbeza menteri kepada wakil rakyat yang berbeza pada hari yang sama mengenai dakwat kekal.

Menurut beliau, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia Silver Nitrate.

Namun pada hari yang sama, menteri memberi penjelasan berhubung peratusan Silver Nitrate yang terkandung dalam dakwat yang digunakan.

"Semalam kita dengar jawapan kepada Ahli Parlimen Segambut bahawa dakwat tidak ada bahan kimia tetapi mengandungi pewarna makanan.

"Hari yang sama SPR menjawab melalui menteri kepada saya atas soalan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke-13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

Ibu rayu Ahli Parlimen tuntut keadilan bagi anak dibunuh

Mother of murdered political aide seeks justice

DAP persoal jawatan penasihat Petronas Dr M

Minister: Indelible ink is for Third World countries

议会若悬峙谁决定?朝野各有说法

Pakatan desak dedah siapa bekal dakwat kekal

MP DAP Gelang Patah Bahas Titah Diraja 2013 (2)

MP DAP Gelang Patah Bahas Titah Diraja 2013 (1)

Panas!! BN Ketereh Bahas Titah Diraja 2013

Hung assembly or not?: MPs weigh in on Terengganu by-election

Karpal on Terengganu by-election: Speaker shouldn't get to vote if hung assembly

MP PAS Sepang, Kubang Kerian Tanya BN Titiwangsa

MP: Majoriti rakyat tolak GST

MP PAS Temerloh Bahas Titah Diraja 2013

MP PKR Lembah Pantai Bahas Titah Diraja 2013

MP PAS Kota Raja vs MP BN Jasin Bahas Titah Diraja 2013

MP PKR BUKIT KATIL, LUMUT vs MP BN Jasin Bahas Titah Diraja

Malaysia spent RM7.1 million on indelible ink

Serang Dan Cubaan Bunuh: Karpal gesa AG dakwa Zahid Hamidi

MP Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa peguam negara mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas tuduhan menyerang dan cubaan membunuh anak guamnya, ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, dalam satu kejadian pada 2006.
NONEKarpal berkata, tiada tempoh masa ditetapkan untuk peguam negara menjalankan pendakwaan itu.

"Jika anda melihat keadaan kecederaan Amir Bazli Abdullah dan laporan polis yang dibuat ke atas Zahid, orang akan tertanya-tanya mengapa tiada pendakwaan dijalankan.

"Ini menunjukkan sifat semulajadi di negara ini (tidak mengambil tindakan),” katanya.

Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo pula menuntut penggantungan jawatan Zahid sebagai menteri sebelum saman tersebut didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam, yang dijadualkan diadakan pada Ogos.

“Saya juga akan membangkitkan perkara ini di Parlimen,” katanya.

SPR T'ganu: P'raya kecil paling lewat 27 Ogos

Yang Dipertua DUN Terengganu hari ini menyerahkan surat pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu.

Yang Dipertua DUN Mohd Zubir Embong menyerahkan surat itu kepada Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab di pejabat beliau di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu pada 10 pagi ini.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam akibat kanser paru-paru.

Fakhrul Razi berkata beliau akan menyerahkan surat itu kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

"Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan selewat-lewatnya pada 27 Ogos depan," katanya. Peraturan pilihan raya menetapkan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman rasmi kekosongan kerusi.

PRK Dun Kuala Besut platform SPR 'baiki' kesilapan....Ahli SPR perlu letak jawatan segera..!!!

PRK Dun Kuala Besut Penganalisis berpendapat, Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dun Kuala Besut merupakan platform terbaik untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membetulkan segala 'kesilapan' yang berlaku dalam PRU13 lalu.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, semua rungutan dan permasalahan yang timbul pada PRU13 lalu perlu diatasi SPR melalui penambahbaikkan  pada PRK kali ini.

"Inilah masa yang sesuai bagi SPR membuktikan ketelusan mereka.

"Aspek pertama yang harus diambil kira mestilah isu ketahanan dakwat kekal.

"Biarlah dakwat itu kekal seperti dakwaan sebelum ini, iaitu kekal selama lima sehingga tujuh hari," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online.

PRK bagi kawasan Dun kawasan Kuala Besut di Terengganu akan diadakan semula berikutan kematian penyandangnya, Dr A.Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru semalam.

Afidavit palsu dalam kes Fitnah II, Najib perlu disiasat

KUALA LUMPUR 27 JUN: Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung afidavit palsu dalam kes Fitnah II yang difailkan pada 21 dan 23 September 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
afidavitDalam laporan itu, beliau menggesa polis menjalankan siasatan kerana Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan bersumpah menggunakan nama penuh sebagai ‘Najib bin Tun Hj. Abdul Razak’.
Manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga bahawa nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Bagaimanapun menurut Fariz, semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.
Ini bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Fitnah II, yang kini di peringkat rayuan.
“Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui perkara ini sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar Najib akan berlaku,” kata Fariz kepada pemberita selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.
Beliau dalam laporannya turut merujuk dua artikel bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang disiarkan Free Malaysia Today – ‘Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib’ yang disiarkan pada 17 Jun lalu dan ‘Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?’ pada 15 April lalu.
Mat Zain dalam surat terbukanya berkata, kes sama pernah terjadi dalam sejarah undang-undang Malaysia apabila seorang wanita – Sharma Kumari Shukla dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah membuat dua afidavit palsu berkaitan dengan nama penuh beliau.

'CRIMINAL' IGP: Surendran to call for Parliamentary censure, disciplinary action against Khalid

'CRIMINAL' IGP: Surendran to call for Parliamentary censure, disciplinary action against Khalid
Human rights lawyer N Surendran may be a first-term Member of Parliament, sworn-in only days ago, but he is not wasting any time.
Surendran will be calling on Parliament to censure the Inspector General of Police Khalid Abu Bakar, who was found liable by the Kuala Lumpur High Court a day ago of being responsible for the death of a 22-year-old suspect and trying to cover his "murder" by police interrogators.
"I will be raising the issues raised in yesterday's landmark court ruling during the King's speech today," Surendran told Malaysia Chronicle.
The 46-year-old lawyer, who is a vice president of the People's Justice Party or PKR, also wants the government to launch a criminal investigation against Khalid.
"The government should institute disciplinary action against the IGP and there should be an investigation because cover-up is a criminal offense. There should be a criminal investigation into the death of Kugan," Surendran told Malaysia Chronicle.
Opening the floodgates
He warned that Malaysian people would suffer the most if Prime Minister Najib Razak continued to ignore the plight of detainees who died in police custody, pointing to the monetary damages awarded to the family of Kugan Ananthan, who was remanded on suspicion of stealing cars.
Kugan died in the lockup 5 days after he was arrested and a second post-mortem demanded by his family showed he had died from severe torture and beatings by his interrogators.
"All the defendants are jointly liable but its seems highly like the policers will be able to pay it. Each and every defendant is jointly and severally liable for the judgement sum. In this case we will go for the government. It is the government that will end paying this sum much to the detriment of the public, if public funds are being wasted because of government misconduct and police misconduct," said the Padang Serai MP.
There have long-standing calls for the Umno-BN government to investigate and form an Independent Police Complaints and Misconduct Commission but to no avail. Many activists expect that the latest ruling will now exert another form of pressure on the government to get strict with recalcitrant cops, as the awarding of damages may open the floodgates to other similar civil lawsuits against the government and police.
Malaysia has one of the highest rates of deaths in police custody in the region. Officials report more than 160 such deaths since 2000, but activists say the figure is way higher. They point out that in May 2013 alone, there was an astonishing 3 suspicious deaths over a 11-day span.

In Umno-BN's Parliament, where DOGS & OTHER ANIMALS hunt in a pack

In Umno-BN's Parliament, where DOGS & OTHER ANIMALS hunt in a packMalaysia's Parliament is not the best-behaved nor is it the worst in the world but certainly, it belongs to the lower end of scale. The part of the meter where ghettos and slums are ranked.
"First Day Parliament in full action. I am appalled at how racist, right-wing & lack of substance the debate by Umno Backbenchers," was the comment put out on Twitter by Sim Tze Tzin, the Bandar Baru MP.
It may have been the first day in Parliament for the thirty-something Sim but he is no prude. Neither is he a newbie to the political scene. He was previously the state assemblyman for Pantai Jerejak, Penang and has seen some of the worst back-biting and racism during the past 5 years as Umno tried its best to dislodge the Pakatan Rakyat state government.
The sad fact is that it takes all types to make the world and some of the worst and least civilized seem to be entrenched in the Malaysian Parliament, especially in the Umno-BN side of the fence led by Prime Minister Najib Razak.
Read the following report from Malaysiakini and see if you agree!
Of dogs and other animals
Despite Speaker Pandikar Amin Mulia's urging for members of the 13th Parliament to 'ubah' (change) to mature and well-behaved parliamentarians, cries of "anjing" (dog) and "binatang" (animal) filled the Dewan Rakyat yesterday as veteran MPs found that old habits die hard, and new kids on the block eager to show spunk portrayed their witty side, or lack thereof.
"Anjing!" cried Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) in response to prodding from the other side of the aisle, as an unidentified voice shouted "binatang" at him.

Sambungan Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja (3) - 27 Jun

Kempen 1Malaysia sudah mati, kata Guan Eng, Perkasa


Sebelum Pilihan Raya 2013, konsep 1Malaysia merupakan perbualan harian di negara kita, diasaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyatukan rakyat berbilang kaum selain untuk memenangi sokongan bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke 13.
Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa tanpa mendapat kembali majoriti dua pertiga di Parlimen dan undi popular, dengan perasaan kecewa kerana merasa dikhianati, konsep 1Malaysia kelihatan asing kepada Najib dan orang-orang bawahnya. Datuk Seri Najib Razak
Perdana menteri juga dilihat tidak lagi didengari bercakap tentang slogan itu. Kebanyakan menterinya seolah-oleh sudah melupakannya. Oleh kerana sebahagian besar masyarakat Cina mengundi pembangkang dalam pilihan raya 5 Mei lalu, sebahagian daripada pemimpin Umno dan Perkasa merasakan konsep 1Malaysia telah ditolak pengundi oleh itu, Najib perlu menjadikannya sebagai artifak.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang kalah di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya 2013 mengatakan konsep 1Malaysia telah mati sebaik sahaja pentadbiran Najib menyalahkan masyarakat Cina kerana kelemahan prestasi BN.

PRK 2013: Apa jadi sekiranya jumlah Adun Terengganu seri?

Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail.

Bagi seluruh Terengganu, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR menang 15 kerusi. Kini, kedudukannya ialah 16 bagi BN, cuma satu di atas PR.

Apabila pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi Dun Kuala Besut, kedudukan BN, jika ia menang, adalah masih 17 dan PR 15. Tetapi jika PR merampas Kuala Besut, kedudukannya ialah 16-16.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan.

SPR letak jawatan sebagai pemula perdamaian


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dicabar memastikan semua penjawat penting Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan sebagai tanda keihklasan perdana menteri untuk mengajak Pakatan Rakyat kepada perdamaian.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Riduan Mohd Nor berkata, Pakatan Rakyat boleh berdamai namun ianya sukar bagi Pakatan untuk menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tercemar dengan penipuan.

"Kita juga mendesak agar jawatankuasa baharu SPR dilantik dari kalangan mereka yang diberi kepercayaan oleh semua pihak.

"Satu langkah penting pendamaian adalah dengan merombak sistem-sistem karut SPR selama ini termasuk menghapuskan undi pos, undi awal, menyekat pengundi luar negara mengundi, membersihkan daftar pemilih dan lain-lain lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib kelmarin yang meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihan raya lalu sebagai usaha ke arah rekonsilisasi (perdamaian) nasional selepas ketegangan menghadapi PRU13 lalu.

Riduan menegaskan, perdamaian hanya berlaku sekiranya kedua-dua pihak melangsungkan perlawanan secara adil dan di atas padang yang sama rata.

Kes Tumbuk : Zahid Hamidi gagal ketepikan kes saman terhadapnya daripada dibicarakan


Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menggunakan semua ruang undang-undang untuk menghalang kes saman terhadapnya didengari di mahkamah.
Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah mengatakan kes saman itu perlu dibicarakan.
Saman itu difailkan oleh Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.
Amir Bazli mengalami patah hidung (kecederaan kekal) dan rosak kekal di bahagian sebelah kiri mata.
Lima orang Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Tan Sri Md Raus Sharif mengatakan persoalan undang-undang sudah selesai.
"Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan dan Mahkamah Rayuan mempunyai pendapat sama," kata hakim itu.
"Biarlah ini dibicarakan di mahkamah dan biarkan mahkamah membuat keputusan. Dia akan mempunyai ruang untuk merayu kemudian."
Md Raus kemudian menolak permohonan Ahmad Zahid dengan kos RM5,000.

Pewarna makanan: Adakah SPR, Ahmad Maslan tipu?


KUALA LUMPUR: Satu-persatu penjelasan mula dikeluarkan bagi menjustifikasikan kenapa dakwat yang pada mulanya diyakinkan kepada rakyat bahawa ianya 'kekal' tetapi terbukti tidak kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Apa yang dapat dilihat, penjelasan demi penjelasan yang dinyatakan kerajaan termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menjadi 'bahan ketawa' rakyat yang sudah menganggap isu dakwat kekal ini hanya penipuan semata-mata.

Terbaru semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.

Ianya sekaligus menyanggah penjelasan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  sebelum ini bahawa dakwat tersebut mengandungi bahan silver nitrat.

Menurut beliau, bahan tersebut meresap ke dalam kulit dan mustahil ia dapat ditanggalkan dengan sebarang cara, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.

Sebelum ini juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan turut mengesahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan mengandungi silver nitrat.

SPR BELANJA RM7.1 JUTA UNTUK BELI DAKWAT PEWARNA MAKANAN!!! RAKYAT TERUS DITIPU TANPA ADA RASA MALU!!


Jawapan Shahidan Kassim Menteri DiJabatan Perdana Menteri, di Parlimen semalam mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu.

Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka.

Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu.

Dah Kantoi: Apa Lagi Alasan Pengerusi SPR Selepas Ini..!!!

Jawapan Shahidan Kassim di Parlimen mengenai dakwat kekal yang sebenarnya hanya menggunakan pewarna makanan benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ia seperti pukulan maut untuk SPR. Setelah SPR bertegang urat mempertahankan isu dakwat kekal yang banyak dipertikaikan sebelum ini, tetapi dengan jawapan Shahidan ini, kita rakyat Malaysia seperti diperbodohkan mengenai dakwat kekal itu.
Malah ramai yang mengeluh, ini rupanya bentuk Malaysia tanahairku setelah 56 tahun merdeka.
Penggunaan dakwat kekal yang didapati tidak kekal dalam pilihanraya lalu menjadi isu besar kepada rakyat. Setelah rakyat yang mengundi mendapati ia tidak kekal sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh SPR, ramai yang bising mengenainya. Ramai yang membuat laporan polis mengenainya demi untuk mempertahankan proses demokrasi, termasuk seorang anggota tentera yang kemudian dikenakan tindakan di peringkat jabatan atas perbuatan yang sebenarnya berniat murni itu.
SPR pula begitu pantas mempertahankan kekekalan dakwat itu setiap kali ia dibangkitkan. Kononnya ia sudah diuji dan ketidakkekalannya adalah kerana ia tidak digoncang sebelum diguna. Kononnya kalau digoncang betul-betul, ia akan tahan lama. Petugas yang mencalit dakwat diletakkan kesalahan kenapa dakwat itu mudah luntur.

PRK 2013: Jentera Pemuda Pas WP bersedia hadapi PRK


Pemuda Pas Wilayah Persekutuan bersedia menggerakkan jentera parti di segenap peringkat bagi memastikan kemenangan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut meskipun ia akan diadakan dalam bulan Ramadan.
Mohamad Suhaimi Aziz
Tmbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Aziz berkata, Ramadan tahun ini bakal mencatat sejarah perjuangan Pas kerana akan sekali lagi bertarung dalam PRK walaupun baru sahaja menghadapi PRU13 tidak sampai dua bulan yang lepas.

"Bulan Ramadan adalah bulan rahmat buat umat Islam.

"Umat Islam juga mengenali bulan ini sebagai bulan perjuangan dan bulan kemenangan.

"Semangat Ramadan akan mengalir dalam diri setiap anggota dan Insya-ALLAH setiap petugas akan berkorban bagi memastikan kemenangan tercipta di Dun tersebut dan seterusnya memberi peluang buat Pas memerintah kembali Terengganu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

PRK 2013: Pengundi Kuala Besut masih dalam ‘mood’ mahu berubah


KUALA LUMPUR: PAS Terengganu bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ini selaras dengan peruntukan undang-undang dan sistem demokrasi ekoran kekosongan kerusi Dun berkenaan ekoran kematian wakilnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 semalam akibat kanser paru-paru.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (gambar) melahirkan keyakinan rakyat negeri itu khususnya para pengundi Dun Kuala Besut masih dalam 'mood' mahu berubah, berdasarkan keputusan Pilihan raya Umum kali ke-13 yang lalu.

"PAS bersedia hadapi PRK Kuala Besut kerana memenuhi peruntukan undang-undang dan sistem demokrasi ekoran kerusi tersebut yang kosong kini, kita yakin 'mood' rakyat nak lihat perubahan bersama kita.

"Dan keputusan 'menang' adalah penting kerana akan jadikan kedudukan 16-16," ujarnya dipetik Buletin Online.

Keputusan PRU13 lalu menyaksikan BN Terengganu memenangi 17 kerusi Dun, PAS (14) dan PKR (1).