Rabu, 26 Jun 2013

Rakaman Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja 2013 ( Isu Jerebu Dan PRU13 - SPR )

Suruhanjaya Siasat PRU-13 Selangor Buka Ruang Aduan Orang Ramai

Datukship: 'I was told to pay RM90,000 for award'

Malaysia - Indonesia Perlu Mekanisma Baru Atasi Jerebu

DUN Kuala Besut Kawasan Mencabar Untuk Dirampas Pembangkang - Anwar

An IGP responsible for death of a citizen,a Home Minister who hit another: BUT DOES NAJIB CARE?

An IGP responsible for death of a citizen,a Home Minister who hit another: BUT DOES NAJIB CARE?The Prime Minister should take stock of the decision of the Kuala Lumpur High Court today in finding the current Inspector General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar responsible for the death of A. Kugan in police custody.

It must have been brought to the notice of the Prime Minister that the conduct of the IGP was seriously in question with the case of Kugan pending but yet the Prime Minister felt it fit for him to be appointed as IGP.
First the IGP, next the Home Minister
Now the Prime Minister is highly embarrassed and he has only himself to blame for not realising the obvious, which is that the court could well find against Khalid in the case, which it ultimately did.

Now we have the Home Minister in a somewhat similar situation. Does the Prime Minister not understand that there is a conflict as the Home Minister is in charge of the police and that he may be found liable for acts which may warrant police action?

How does the Prime Minister talk of greater governance and transparency with appointments like these?
Najib should go to court & hear for himself

In fact, the Prime Minister should perhaps go to the Federal Court tomorrow morning in Putrajaya to hear for himself arguments in the case involving these allegations against his Home Minister.
He will have an opportunity to hear in full, the allegations which are expected to come up during the hearing later if the Federal Court is of the view that the matter should proceed to trial.

The Prime Minister may also want to explain what has become of the investigations into the report.

With all that, the Prime Minister cannot plead his usual ignorance and keep silent. He would, if he did so, prove that he is no reformist and that we cannot expect him to make those difficult decisions which are required of him if we are to really expect any change or transformation in his government.

GOBIND SINGH DEO
MP Puchong

Tiada lagi pemimpin yang bercakap dan bertindak dengan keluhuran hati

Tidak ada siapa yang mempunyai pemikiran yang realistik akan berupaya mengakui yang dinegara ini sudah ada politik berbilang kaum dalam sesuatu parti. Begitu hebat sekali isu ini menjadi bahan atau barang jualan politik sekarang ini khususnya sebelum pilihanraya ke 13 yang lalu. Tiada pihak dapat melakukan apa yang mereka jaja dan laungkan dimana-mana.
Masing-masing dengan ‘intrigue’ politik masing-masing  dan tidak ada pihak yang serius untuk membina politik berbilang kaum ini. Masih ada lagi unsur satu pihak cuba untuk menguasai satu kaum yang lain dengan melakukan helah yang berbagai semasa pilihanraya yang lalu. Tidak ada satu pihak yang mahu mengakui yang keadaan ini tidak akan berubah sampai bila-bila selagi pimpinan parti yang berteraskan kepada perkauman ini payah untuk menerima hakikat ini.
Apa yang dilaungkan tidak selari dengan apa yang dilakukan. Tentulah keadaan ini berlaku kerana tidak ada kejujuran untuk melakukannya dan ini hanya melambangkan masih wujud dalam jiwa masing-masing sifat tidak mempercayai diantara satu dengan lain. Perhubungan baik yang dipaparkan hanyalah untuk tempelan sahaja bagi mengaut sokongan ramai dalam pilihanraya itu.
Lakunan-lakunan ini akhirnya akan diketahui umum juga dan rakyat yang memahami akan akhirnya dipersalahkan kerana tidak mahu menerima apa-apa pandangan rakyat yang ramai ini. Lakunan-lakunan ini lah yang membuatkan rakyat naik mual dan jemu mendengarnya dan kita mengharapkan tidak ada pihak yang akan menyanyikan irama ‘multiracialism’ lagi bermula dari sekarang.

Speaker K'jaan Minoriti BN Masih Seperti Dulu, Berat Sebelah & Tidak Profesyenal

Speaker biarkan menteri ‘haram’ masuk Dewan Rakyat

Sikap tidak peduli Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengarahkan dua menteri dan tiga timbalan menteri yang dilantik secara melanggar perlembagaan keluar dari dewan amat dikesali.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam sidang medianya berkata, permohonan supaya speaker berbuat demikian sebanyak dua kali langsung tidak dilayan.

“Saya tanya Speaker untuk buat keputusan untuk halau tapi tak ada apa-apa berlaku, tak ada orang keluar.

“Mereka (menteri dan timbalan menteri) tidak layak berada di dewan ini,” katanya tegas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, Thomas Su Kiong Siong berkata, sepatutnya speaker bertindak profesional dan bertanggungjawab.

“Artikel 43 perlembagaan telah jelas menyatakan seseorang menteri atau timbalan menteri hanya boleh dilantik jika mereka adalah ahli kepada Dewan Rakyat mahu pun Dewan Negara.

“Ahli Parlimen Ipoh Barat tempoh hari sudah failkan perkara ini ke mahkamah. Jika Mahkamah putuskan perlantikan merka tak ikut Perlembagaan. Ini memang amat-amat memalukan,” katanya.

JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KRITIKAL

TERLEBIH dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menerima dan sudi membaca warkah ini. Saya aktivis sosial yang sering membantu pekerja tempatan dan asing di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perhubungan Perusahaan, selain itu saya juga menjalankan penyelidikan dalam pemerdagangan orang melalui tenaga kerja.
Disini ingin saya nyatakan kronologi kes yang dibawa di hadapan pekerja-pekerja migran dari berbagai Negara.
Jenayah Pihak Polis: MANGSA 1
1. Abdul Kader Jilani (mangsa) secara bersama dengan mangsa-mangsa yang lain yang juga adalah korban syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis, ditipu serta paspot ditahan oleh syarikat SNT dan sebahagian paspot tak dapat dikesan dalam simpanan SNT.
2. Semasa beliau dipanggil untuk rakaman percakapan beliau telah dikasari secara berbahasa, diherdik dan dimarah kerana membuat laporan polis No. Repot PUDU/10336/12 oleh ASP Azari Bin Miskon no. talipon 012-5015420.
3. Pada masa yang sama mangsa terserempak dengan Babul @ Shahidul Islam Pengarah syarikat SNT Universal Corporation Sdn. Bhd. 'perpetrator' dan Babul menyatakan beliau mempunyai jutaan ringgit untuk sogok pihak polis. Seterusnya menyatakan bahawa beliau mendapat layanan baik dari ASP Azahari bukan seperti mangsa yang dikasari.
4. Setelah mengetahui saya yang membantu, ASP Azahari mula berlembut dengan mangsa, seterusnya ASP Azahari meminta mangsa menarik balik laporan polis dan ASP Azahari berjanji akan mengatur kepulangan mangsa ke Negara asal.

Dah Terbongkar: Tahulah kenapa Pengerusi SPR sedih isu dakwat kekal


KUALA LUMPUR: Ketika satu temuramah dengan Sinar Harian, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata episod dakwat kekal yang boleh dicuci ialah peristiwa paling menyedihkan bagi beliau.
Walaubagaimanapun, beliau tidak menerangkan mengapa sedih pada ketika itu.

Hari ini, kita tahu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia silver nitrat.

Dalam jawapan Shahidan juga menyatakan, ketahanan dakwat adalah bergantung kepada individu dan usaha-usaha yang diambil untuk menghilangkan dakwat kekal di jari mereka.

“Ujian yang dibuat ke atas pegawai SPR dan pekerja media pada 2 Mei 2013 telah membuktikan bahawa dakwat berkenaan kekal seperti ditetapkan,” kata Shahidan dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Shahidan enggan mendedah nama pembekal dakwat atas alasan keselamatan. Keseluruhannya penggunaan dakwat kekal telah menelan kos RM7.1 juta.

Nyawa Pasar Kedai Payang terpaut pada PRK Kuala Besut?

Kuala Besut.

Nama yang tiba-tiba meletup tengah hari tadi.

Kematian Exco, yang sepatutnya kita semua berkabung seketika kerana seorang muslim telah meninggal dunia, hanya sempat diucap takziah dan innalillah. Itu sahaja. Apa yang lebih penting yang hendak diutarakan oleh semua makhluk di bumi Malaysia ini adalah, Pilihanraya Kecil. PRK.

Inilah dia, tabiat politik di Malaysia. Memang pantas. Memang laju. Memang drastik.

Dan seperti biasa, SPR akan mengumumkan bahawa PRK akan dibuat 60 hari selepas kekosongan kerusi N01 Kuala Besut itu.

17-15, telah menjadi 16-15.

Lebih 1 kerusi.

Dan yang pasti. PAS akan memainkan semain-mainnya isu Kedai Payang yang akan dirobohkan oleh Mat Said.

Namun, sebenarnya, apa yang berlaku sekarang ini, memang benar, ianya adalah hidup matinya Kedai Payang yang di dalam keadaan akan dimusnahkan, jika BN kekal sebagai kerajaan negeri. Dengan terwujudnya PRK ini, maka laluan pernafasan Kedai Payang yang seakan mati kembali bernyawa. Dengan berlakunya PRK ini, sudah tentu nyawa Kedai Payang ini bergantung hidup pada undi daripada 17,679 pengundi di DUN Kuala Besut.

Walau dialek sebutan lebih 'e' dari 'ng', walau sanak saudara lebih ke arah Semerak dari Kuala Terengganu, walau lebih mengaku asal Besut dari asal Terengganu, namun kekuatan 'roh' Kedai Payang itu adalah lebih kuat dan utuh untuk menjatuhkan rejim BN Terengganu dari terus memerintah Terengganu.

Ayuh pengundi Kuala Besut, andalah penyelamat kepada Pasar Kedai Payang.....






Anwar: Zahid perlu jelaskan kes tahanan mati dibelasah polis

DSAI 2KUALA LUMPUR 26 JUN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab terhadap jaminannya bahawa orang yang ditahan tidak akan dikasari pegawai bertugas.
Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Zahid juga menjelaskan berhubung kes kematian A Kugan ketika berada dalam tahanan polis pada 2009.
“Zahid memberi penjelasan yang tegas dalam Parlimen tadi dan saya ucapkan terima kasih.
“Dan sejurus selepas itu, Hakim (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) membuat keputusan (kemenangan kes Kugan) walaupun masih ada ruang untuk rayuan dan sebagainya.
“Tetapi berdasarkan keterangan yang ada, Zahid wajar beri respon segera,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kepada pemberita.
Bedah siasat kedua mengesahkan Kugan, 22, dipukul teruk, kebuluran dalam tahanan dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.
Mahkamah Tinggi tengahari tadi mengarahkan kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga mendiang Kugan yang mati dalam lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya.

Penstrukturan semula air Selangor selesai Sept


Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Proses penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor dijangka selesai pada September berikutan komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri untuk bekerjasama bagi menyelesaikan perkara itu.
  
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya telah menerima surat Datuk Seri Najib Tun Razak bertarikh 19 Jun lepas menyatakan beliau sangat terbuka dan bersedia berbincang bagi menyelesaikan penstrukturan semula bekalan air seperti dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
  
"Perdana Menteri menyatakan beliau telah meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili untuk mengambil tindakan susulan bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Selangor dalam tempoh terdekat.
  

Surendren: Kerajaan Perlu Ambil Serius Saranan Hakim Berkenaan IPCMC

surendran speech mic 01
KUALA LUMPUR, 26 JUN : Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius saranan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham yang menyokong cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera bagi menangani peningkatan kes kematian dalam tahanan.
Naib Presiden PKR, N Surendran ketika ditemui berkata, saranan mahkamah itu seharusnya dipandang serius oleh pihak kerajaan bagi memberi jaminan supaya kematian dalam tahanan dapat dikurangkan.
“Ini adalah kritikan hebat dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hami di nyatakan sebelum ini ia tidak perlu,” katanya.
Singham berkata demikian ketika membacakan penghakimannya dalam kes saman ke atas polis dan kerajaan yang dikemukakan oleh keluarga seorang tahanan yang meninggal dunia, A Kugan empat tahun lalu.
Jelasnya, saranan suruhanjaya siasatan diraja untuk menubuhkan IPCMC tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.
Tindakan ini katanya perlu dilakukan secepat mungkin bagi memberi keyakinan kepada semua pihak termasuk anggota keluarga individu yang meninggal dunia.
Surendren yang juga Ahli Parlimen Padang Serai turut mengesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meletak jawatan apabila mahkamah memutuskan Khalid cuai dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Selangor ketika itu.

Annuar Musa diperlekeh kerana ganggu Anwar


KUALA LUMPUR: Keghairahan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencelah ketika perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya terkena diri sendiri.

Beliau pada mulanya bangkit mempersoal ketidaksepakatan Pakatan Rakyat ekoran gagal mengemukakan satu logo mewakili ketiga-tiga parti dalam PRU13 lalu.

Bagaimanapun dakwaan beliau itu terus dibantah oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuklah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Mereka mengutuk Annuar Musa kerana tidak mendapatkan maklumat yang betul sebelum membuat tuduhan.

Sehubungan itu, Anwar menyindir Annuar yang hanya mendapat maklumat daripada Utusan Malaysia.

"Yang Berhormat Ketereh ambil maklumat daripada Utusan!

Bawa ulama Syria ke bumi Serambi Mekah - Husam


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bercadang membawa ulama-ulama dari Syria, yang kini berdepan konflik berdarah bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sementara di Malaysia.

“Sesuai Kelantan sebagai Serambi Mekah, maka elok ulama-ulama besar dari Syria dibawa ke sini bagi membolehkan kita berkongsi ilmu agama dengan mereka.

“Kita tahu Syria mempunyai ulama-ulama besar. Malah di bumi Syrialah terletak kubur Nabi Ayub, didiami juga ulama tersohor termasuk Imam Nawawi,” katanya di sini.

Syria kini menyaksikan pertumpahan darah sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi korban. Presiden Bashar al-Assad dibantu Hizbullah dan Iran dilapor menggempurkan kebangkitan rakyat.

Revolusi kebangkitan rakyat bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lepas ekoran penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Media melaporkan pengawal Bashar menahan pelajar-pelajar terbabit sehingga menimbulkan bantahan keluarga mereka.

Anwar: Bahas titah Agong bukan penderhakaan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan bahawa tindakan membahas titah Yang Dipertuan Agong, yang menyeru agar semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, merupakan satu penderhakaan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, perbahasan itu dilakukan bukan untuk menderhaka tetapi sekadar memberi teguran.

Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas titah berkenaan namun teguran serta bukti berhubung dakwaan penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diberikan bagi memberi penjelasan kepada pihak istana.

"Apa saya kata, saya kata titah Tuanku saya junjung kasih... tetapi Tuanku juga berhak diberi bukti dan fakta bahawa Tuanku harus menimbangkan pandangan sebahagian daripada rakyat. Kalau tak jelas, kami dalam Pakatan akan bawa bukti dan persembahkan pada istana negara," katanya lagi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baru) di Parlimen hari ini.

Abdul Aziz membangkitkan sama ada pembangkang memberi gambaran bahawa Yang Dipertuan Agong Tuanku  Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam membaca titah berkenaan dalam keadaan tidak faham, secara dipaksa atau terpaksa.

Mengulas perkara itu, Anwar berkata teguran dalam perbahasan seperti itu bukanlah satu bentuk tindakan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Family wins civil suit against police and Government

Kugan's family wins civil suit against government

首相将向甲州了解风波缘由 魏家祥否认鸡场街导致堵车

Jonker Walk 'founders' MCA join DAP in protesting closure

Kantoi..!!! Dakwat kekal guna pewarna makanan dan kos RM 7.1 juta - Menteri


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

NONE"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar," katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.
Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.
Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.

Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini "boleh dimakan".

NONETulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu "sedap hingga menjilat jari."

Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.
Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.
"Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.
"Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," katanya.

SPR Belanja RM 7 Juta Untuk Beli Pewarna Makanan..????


Politik dendam BN hancurkan aspirasi transformasi, kata Guan Eng


Fokus terhadap musuh politik dan kurangnya perhatian diberikan terhadap pembangunan ekonomi akan menghancurkan aspirasi menuju negara berpendapatan tinggi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar).
Lim menegaskan Barisan Nasional (BN) hanya memberikan tumpuan kepada negeri-negeri tertentu yang berada di bawah penguasaan mereka dan meminirka negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang mana akan mengakibatkan ekonomi negara semakin buruk.
"Sikap dangkal ini dapat dilihat melalui keengganan BN untuk memanfaatkan klauster sedia ada di Pulau Pinang yang bertaraf antarabangsa dan diiktiraf dunia seperti dalam sektor elektrikal dan elektronik, peralatan perubatan dan industri ero-angkasa," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, tindakan seperti itu akan mengakibatkan pembuatan berteknologi tinggi menurun dan meningkatkan kebergantungan kepada komoditi sebagai bahagian eksport Malaysia.
Bank Dunia sebelum ni menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.1 peratus pada 2013 dan 2014, dan kebergantungan berlebihan kepada komoditi seperti minyak mentah, gas asli, getah dan kelapa sawit yang kini mengalami kejatuhan harga, berbanding pembuatan telah memberikan tekanan terhadap kadar pembangunan bagi negara pengeksport komoditi seperti Malaysia.

Bolehkah Kemelut Ini Dirungkaikan ?

"Hakikatnya, 65% kerusi parlimen Malaysia berada di kawasan kampung, meskipun 70% populasi Malaysia kini berada di bandar. Malah, menurut Andrew Khoo dari Majlis Peguam, BN menawan 112 dari 130 kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan parlimen yang kecil dalam PRU13.

BN memenangi kira-kira 2.21 juta undi popular di 112 kawasan parlimen ini. Dengan kata lain, BN hanya memerlukan 19.97% undi popular untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.

Hari ini majoriti 51% pengundi Malaysia gagal menentukan nasib negara dan dirinya melalui sistem pilihan raya yang sedia ada. Nasib populasi bandar ditentukan warga kampung yang tidak berkongsi masalah harian dan masalah hidup penduduk bandar.

Untuk golongan bandar, inflasi kekal melambung, penjenayahan tetap berleluasa, hutang terus melambak selagi BN menerajui tampuk kuasa. Tapi komuniti kampung tidak terpanggil untuk berubah kerana segala-galanya "ok" untuk mereka."

Apakah titah ucapan Agong satu pandangan yang boleh dibahaskan?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Sidang parlimen ke-13 dibuka dengan rasminya oleh baginda Yang di-Pertuan Agong. Selepas perasmian, timbul polemik baru: apakah titah ucapan Agong satu pandangan yang boleh dibahaskan?

Timbulnya soal titah Tuanku boleh atau tidak dibahaskan adalah kerana baginda Tuanku menyeru kepada semua pihak untuk menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.


Baginda juga bertitah agar ahli Parlimen tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh memusnahkan negara.

Saya fikir tiada apa yang salahnya dengan titah tersebut. Pada saya titah Tuanku di parlimen di atas boleh dan patut dibahaskan. Ini kerana titah ucapan Raja di pembukaan sidang Dewan adalah pernyataan dasar kerajaan yang memerintah. Raja tidak dibolehkan memberikan pandangan politik peribadi dalam titah baginda. Peranan baginda adalah simbolik dan ceremonial dan hendaklah mengikut nasihat kabinet (Perkara 40(1), melainkan dalam tiga perkara sahaja baginda mempunyai kuasa budi bicara (Perkara 40(2).

Apa Mahathir buat di Kelantan, Najib buat di Selangor

Oleh Subky Latif
APA yang Perdana Menteri Najib Razak buat di Selangor selepas menjadi Presiden Umno tahun 2009 kira-kira sama macam yang Dr Mahathir Mohamad buat di Kelantan selepas dia mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden Umno menjelang PRU 1990.

Sebaik saja Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, dia menggugurkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib daripada jawatan Kabinet dan menggantikan dirinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor. Ada dua sebab Najib menjadikan dirinya ketua Umno dan ketua Barisan Nasional Selangor. Pertama dia memang tidak suka kepada Muhammad Taib. Apa sebab itu adalah masalah dirinya.
Yang kedua dia hendak merampas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setelah dia berjaya merampas kerajaan Perak dalam tahun 2009.
Sebaik Tajol Rosli meletak jawatan sebagai Ketua Perhubungan Umno Perak, maka Najib telah mengambil jawatan itu. Dia pun merampas kerajaan Perak tanpa melalui perlembagaan.
Selepas itu dia beralih ke Selangor. Dilepaskannya dulu jawatannya di Perak untuk diganti oleh Dr Zamri Abdul Kadir.
Cerdiknya Najib ketika dia menyusun ketua-ketua Umno negeri tidaklah dia menamakan dirinya saja sebagai orang luar mengambil jawatan ketua Umno di Selangor.
Diangkatnya sama Dato’ Seri Zahid Hamidi jadi ketua Umno Pulau Pinang, Hishammuddin Hussein jadi ketua Umno Kelantan dan Shafie Afdal jadi ketua Umno Kedah.
Mungkin negeri-negeri berkenaan tidak menerima orang luar, maka kesemua Naib Presiden Umno itu digugurkan daripada ketua Umno negeri berkenaan, tetapi Umno dan BN Selangor tetap di bawahnya.

Pembersihan Pilihanraya Melalui Parlimen

spr on black 01
KUALA LUMPUR, 26 JUN : Dewan Rakyat akan menjadi medan terbaru bagi Pakatan Rakyat memperjuangkan pembersihan proses pilihanraya supaya pilihanraya ke-14 nanti tidak dicemari penipuan dan kepincangan yang mencacatkan PRU ke 13 bulan lalu.
Ini susulan daripada 34 petisyen yang difailkan Pakatan bagi mencabar keputusan PRU-13 dan siri himpunan rakyat Black505 yang mendapat sambutan hangat seluruh negara.
Ahli parlimen Pakatan akan terus mendesak supaya pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan dan pengganti mereka dipilih dan dipersetujui semua ahli parlimen, mahupun Pakatan atau Umno-BN.
Pakatan akan juga memastikan bahawa persempadanan semula kawasan parlimen dan dewan undangan negeri dijalankan dengan telus bagi memastikan prinsip satu pemilih, satu undi dilaksanakan.

Pakatan mahu SPR namakan pembekal "dakwat tidak kekal yang guna bahan pewarna makanan"

Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian.
“Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,” kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada satu syarikat Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana – malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut.

MP Pandan tersebut berkata demikian susulan celahan oleh Anthony Loke (DAP-Seremban) yang membangkitkan mengenai satu jawapan menteri bahawa suruhanjaya itu tidak boleh menamakan pembekal dakwat berkenaan atas sebab keselamatan.

IPCMC ditolak kerana pertindihan undang-undang..!!

Soal siasat polis mungkin terlalu keras..??

Kematian tahanan: Tanggungjawab KDN

Speaker rejects haze debate because 'not from Malaysia'

Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja 2013 (2)

SPR sudah hilang kepercayaan awam

SUDAH terang lagi bersuluh. Sikap konfrontasi yang ditunjukkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap Pakatan Rakyat nampaknya semakin menonjol dengan kenyataan terbaru beliau yang menyifatkan parti pembangkang sebagai ‘hipokrit’. 

Menurut laporan Bernama, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai ‘hipokrit’ kerana calon-calon yang menang di kawasan Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat. Tindakan yang diambil ahli Parlimen Pakatan Rakyat ini, kata Wan Ahmad membuktikan parti pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.
Walaupun Pakatan Rakyat menang 89 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan di tiga negeri dengan lebih dua pertiga majoriti, Wan Ahmad kesal kerana gabungan tiga parti itu tetap menolak keputusan pilihan raya.
Bercakap kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Institut Perkembangan Minda (Inmind) bertajuk ‘PRU13: Terima Keputusan Rakyat’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau menyifatkan pakatan pembangkang sebagai tidak berprinsip kerana mengangkat sumpah jawatan walaupun mempertikaikan keputusan pilihan raya.
Wan Ahmad juga menyifatkan pembangkang hipokrit kerana terus bertanding dalam pilihan raya walaupun mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil.
Nyata Wan Ahmad gemar memberikan komen-komen berbau politik dan menghamburkan kecaman dan tuduhan tidak berasas kepada Pakatan Rakyat.

Silver nitrate dan dakwat pilihan raya

Oleh Abdul Hamid Othman
Selepas PRU13, pelbagai komen daripada pihak bertanggungjawab/berkuasa mengenai dakwat pilihan raya  atau dakwat kekal yang tidak kekal. “In overseas, indelible ink does not have to comply to halal status for Muslims,” EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof told reporters here.

Saya difahamkan, Afghanistan telah menggunakan dakwat kekal untuk pilihan rayanya pada tahun 2004, Bukankah Afghanistan Negara Islam, adakah ia tak perlu “comply to halal status for Muslim”?

“At the same time, an official letter from the Ministry of Health stated that the content of silver nitrate must not exceed one per cent.” (1 % = 10,000 ppm, parts per million)

Perkara ini telah dinafikan oleh Kementerian Kesihatan. Pada pendapat saya KKM lebih mengetahui farmakologi atau chemistry argentum nitrate berbanding SPR.

“A higher content of silver nitrate would cause internal organ failure, so it has been replaced by herbal ingredients, he said. “


Daripada pelbagai kenyataan di atas, dakwat yang digunakan dalam PRU13 juga dikatakan tidak  mengandungi argentum nitrate yang telah digantikan dengan “herbal ingredients”.

Oleh itu, kita boleh buat kesimpulan bahawa bahan herba yang digunakan boleh menggantikan fungsi argentum nitrate, iaitu mengekalkan warna untuk masa yang lebih lama. Adakah kesimpulan ini benar? Tentu sekali tidak. Berdasarkan pengalaman semasa mengundi, dakwat yang dicat dijari hilang dalam beberapa jam sahaja.

Perlantikan Zulkifli Sebagai Censelor UPNM Di Persoal?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Dua minggu lepas ATM telah membuat rombakan kecil di dalam pasukan itu di mana Penglima Angkatan Tentera (PAT) Zulkifli Zainal Abidin telah ditukar dari kedudukan sekarang untuk dilantik menjadi Naib Censelor Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

Rombakan kecil itu melibatkan Naib Censelor UPNM Alatif Mohd Nor dipindah ke Medan Merkas, manakala tempat Zulekifli diambil oleh Raja Mohamad Afandi Raja Mohd Nor. Majlis serah tugas dan surat kuasa di antara Zulkifli dan Raja Mohamad Afandi telah berlangsung minggu lalu. Pertukaran jawatan atau rombakan kecil dalam ATM atau mana-mana jabatan kerajaan adalah perkara biasa. Ia bertujuan untuk kebaikan dan memantapkan lagi pasukan atau jabatan. Bagaimana apa yang berlaku rombakan kecil itu khabarnya tidak disenangi dan menjadi pertikaian di kalangan warga ATM. Perpindahan Zulkifli ke UPNM itu ditentang oleh pihak-pihak tertentu.
Sebelum ini Zulkifli pernah pun menjawat jawatan Naib Censelor UPNM sebelum ditukar memegang jawatan Penglima Tentera Darat (PAD). Persoalan timbul kini kenapa beliau dihantar balik untuk menjaga dan memimpin UPNM? Pertikaian ini timbul kerana beberapa perkara atau membabitkan kelemahan beliau yang memimpin UPNM sebelum ini. Beliau dikatakan gagal membawa UPNM muncul sebagai sebuah IPTA yang cemerlang jadi kenapa hendak dihantar sekali lagi ke situ.
Sehubungan itu sudah kedengaran protes secara senyap di kalangan ATM khasnya UPNM.

Zahid, siapakah tahanan mati kerana dicederakan polis?


KUALA LUMPUR: “Saya juga berminat untuk mengetahui siapakah dua orang yang mati dalam tahanan polis itu,” ujar Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Ini, ujarnya adalah penting untuk menjelaskan pelbagai pertikaian yang timbul di kalangan rakyat.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kematian dalam tahanan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Baginya, kenyataan menteri itu adalah sangat mengelirukan dan memesongkan dewan yang mulia.

Katanya, mengikut rekod yang diberikan oleh Zahid sebanyak 231 kematian dalam tahanan telah berlaku dari tahun 2000 hingga tahun 2013.

Daripada jumlah itu hanya 2 tahanan sahaja yang mati kerana keganasan polis.

MP: Two ministers have 'fake' degrees

SPR: Dakwat kekal guna pewarna makanan, bukan bahan kimia...satu Malaya kena kencing...!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui hari ini di Dewan Rakyat tiada bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebaliknya digantikan dengan pewarna makanan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu dalam transkrip jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mahu SPR menjelaskan kandungan dakwat kekal tersebut memandangkan keberkesanannya semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dipersoalkan kerana boleh ditanggalkan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan hari ini.
Kenyataan tersebut nyata berbeza dengan penjelasan SPR sebelum ini yang mengatakan mereka menggunakan Nitrat Perak dalam dakwat kekal sebelum ini dan memberikan alasan pengurangan kandungan tersebut sebagai punca kemelut dakwat kekal tersebut ditanggalkan berlaku.
Shahidan juga berkata tarikh luput dakwat kekal adalah empat bulan daripada tarikh ia dikeluarkan serta menyalahkan pengundi yang sengaja berusaha menanggalkan dakwat tersebut sebagai punca ia tidak kekal.
"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan.
"Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan," katanya lagi.

Lawak Dakwat Kekal: Ketahanan dakwat kekal bergantung kepada individu...pewarna makanan digunakan....ha..ha..ha..!!!

dakwat kekal
Setiap pengundi dicalit dengan dakwat kekal sebelum dibenarkan mengundi pada PRU13.
 
KUALA LUMPUR - Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
 
Beliau berkata ujian yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.
 
"Tarikh luput dakwat kekal ialah dalam tempoh empat bulan daripada tarikh ia dikilangkan dan diimport dari negara luar," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
 
Soalan itu menyentuh kos perbelanjaan PRU13 dan dakwat kekal.
 
Shahidan berkata dakwat itu antara lain dihasilkan dengan menggunakan bahan pewarna makanan yang diluluskan.
 
Beliau berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan untuk menampung segala perbelanjaan PRU13 lepas. - Bernama

Ketua Pembangkang Bahas Titah Diraja 2013 (1)

Kugan's family wins suit, awarded RM851,700

Court finds IGP Khalid liable for murder cover-up, misfeasance in public duty

DAP dakwa 2 menteri Najib miliki ijazah palsu


KUALA LUMPUR: DAP mendakwa dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming (gambar) mendakwa mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Beliau berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan, lapor Roketkini.

Menurut beliau, Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA).

“Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mati Dalam Tahanan Polis: Tubuhkan IPCMC segera - Hakim




Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham menyokong cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera bagi menangani peningkatan kes kematian dalam tahanan.
Katanya, saranan oleh suruhajaya siasatan diraja untuk menubuhkan IPCMC tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.

“Ia perlu diaktifkan secepat mungkin untuk memberi keyakinan kepada semua pihak terbabit, termasuk anggota keluarga individu yang meninggal dunia, bahawa satu agensi bebas sedang meneliti perkara itu tanpa apa-apa pengaruh dari pegawai polis tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan penghakimannya dalam kes saman ke atas polis dan kerajaan yang dikemukakan oleh keluarga seorang tahanan yang meninggal dunia, A Kugan.

Pemerhatian berkenaan bagaimanapun tidak terikat kepada undang-undang.

SPR tentukan tarikh pilihan raya kecil selepas terima notis, kata Wan Ahmad...Sila letak jawatan anda tak layak kendali SPR..!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata setakat ini SPR belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.
"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

PRU13 curang, bagaimana nak bincang perdamaian


KUALA LUMPUR: Pendamaian Nasional yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu tidak dapat dilaksanakan jika Umno BN gagal menyelesaikan kepincangan sistem pilihan raya.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Umno BN harus membincangkan langkah-langkah menyelesaikan isu pertikaian proses pilihan raya sebelum bercakap mengenai pendamaian nasional.

"Bagaimana pendamaian nasional ini boleh dilaksanakan kalau kecurangan dan penyelewengan dalam proses pilihan raya tidak dapat ditangani oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Umno BN.

"Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Perdana Menteri bagi memastikan kecurangan dalam proses pilihan raya ini dapat ditangani sebelum kita bicara soal pendamaian nasional," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Azmin juga menegaskan, adalah mustahil untuk melaksanakan pendamaian nasional jika kerajaan Umno BN masih mengamalkan perkauman.

"Sejurus selepas PRU ke-13 Perdana Menteri juga ada anjurkan pendamaian nasional, satu pandangan yang boleh kita bincang dan bahaskan demi kepentingan rakyat dan juga negara.

"Tetapi dalam tempoh 24 jam kemudian Perdana Menteri yang sama keluar kenyataaan bahawa keputusan pilihan raya itu adalah hasil daripada tsunami Cina.

Jerebu: Kejadian berulang, keputusan berulang?

Sejak lebih seminggu lalu, antara yang menjadi perbualan hangat masyarakat ialah isu jerebu. Jarang isu alam sekitar diberi perhatian besar oleh orang ramai.

NONEMeskipun orang ramai mudah menyokong usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, itu tidak bermaksud ia sentiasa diberi keutamaan dalam kehidupan peribadi atau keputusan penting yang bersangkutan dengannya.

Setakat yang diketahui, berlaku pembakaran hutan di Indonesia - cara pembasmian hutan yang 'paling murah' - dan beberapa syarikat terlibat, termasuk milikan Malaysia dan Singapura.

Dikatakan sekitar 3,000 hektar atau 7,400 ekar hutan dan ladang terbakar, di mana usaha memadamkannya akan mengambil masa beberapa waktu mencecah berminggu-minggu.

Merentas sempadan

Akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab itu, asap yang cukup banyak telah menyebabkan jerebu di negara Singapura dan Malaysia.

NONEIa mencecah paras tidak sihat malah bahaya, sehingga darurat diisytiharkan di beberapa tempat di Malaysia.

Namun, fenomena jerebu ini tidak eka-dimensi. Ia tidak terhad kepada soal alam sekitar atau kesihatan sahaja. Ia turut mencakupi persoalan politik - hubungan luar dan dasar negara - serta ekonomi.

Sejak isu ini mula diperkatakan, seperti ada ketegangan apabila Agung Laksono, Menteri Koordinator Bidang Kesejahteraan Rakyat Indonesia mengeluarkan 'kata dua' kepada Singapura agar 'tidak membuat bising' dan 'bertindak seperti kanak-kanak'.

Ini dilanjutkan lagi dengan kenyataan Jero Wacik, Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia yang mendakwa Singapura dan Malaysia cuba 'mencemarkan nama baik Indonesia' di peringkat antarabangsa.

Mahkamah putuskan KPN bertanggungjawab terhadap kematian Kugan


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar  dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soalsiasat polis empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid yang pada ketika itu merupakan ketua polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.

Singham, dalam membenarkan saman kecuaian itu berkata, beliau juga percaya kecederaan yang berlaku ke atas Kugan tidak mungkin dilakukan oleh seorang pegawai.

"Mahkamah juga mendapati beberapa percanggahan ketara antara Khalid dan lain-lain saksi berkenaan dengan penyiasatan ke kematian si mati," katanya.

"Tiada seorang pun dalam mana-mana kedudukan atau pangkat apabila memberi keterangan di mahkamah mengambil mudah mahkamah ini dan cuba menutup kebenaran untuk melarikan diri."

Singham juga memuji peguam hak asasi manusia, N. Surendran yang membawa kes ini dan membantu untuk bedah siasat kedua dilakukan.

"Jika tidak kerana dia, perkara itu telah disapu di bawah karpet."

Keputusan PRU 2013 buktikan Johor sudah dirobek

Keputusan terkini pilihan raya di Johor membuktikan bahawa negeri di Selatan semenanjung itu bukan lagi kubu kuat Umno, kata anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong, yang juga ahli strategi politik DAP.

Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat meletakkan keutamaan merobek Johor, antaranya dengan membariskan tokoh-tokoh mapan mereka seperti pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Teo Nie Ching (sekarang anggota Parlimen Kulai) dan Liew sendiri.

NONEMereka berjaya menang di lima daripada 26 kerusi Parlimen di Johor.

"Kami harap untuk menang antara 10 hingga 15 kerusi Parlimen. Tetapi kami selalu sebut, paling minimum kami akan dapat lima kerusi.

Kami menang lima, tetapi PKR tewas banyak kerusi dengan perbezaan kecil - Pasir Gudang, Muar, Ledang, Segamat dan Tebrau. DAP juga tewas tipis di Labis," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Majoriti untuk BN di enam kerusi itu antara 353 dan 1,967 undi.

Seorang wanita maut di Muar kerana jerebu

Jerebu telah menyebabkan kematian seorang wanita yang berpenyakit asma di Muar.
Akhbar The Sun melaporkan Li Cai Ling mati pada Ahad dengan laporan kesihatannya menyalahkan udara tercemar.
Darurat diisytiharkan di Muar hujung minggu lalu kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan pada tahap bahaya iaitu 750.
Pencemaran sampai ke tahap yang berbahaya di beberapa bahagian negara ini pada hari-hari kebelakangan ini, dengan selatan Malaysia menyaksikan kualiti udara paling teruk dalam 16 tahun pada hujung minggu lalu.
Hari ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel ke Indonesia untuk mencari penyelesaian segera dalam isu jerebu.
Kualiti udara di beberapa kawasan di Selangor dan Perak yang mencatat bacaan paras bahaya dan sangat tidak sihat semalam, mencatatkan bacaan tidak sihat pagi ini.

Kes Kugan: Kerajaan, polis diarah bayar RM751,700


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajan dan Polis DiRaja Malaysia membayar membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga mendiang A Kugan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009.

Mahkamah juga turut mengarahkan responden membayar RM50,000 lagi untuk kos lain.

Pada tahun lalu, keluarga A Kugan memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan "pembunuhan kejam" terhadap mendiang.

Beliau menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (ketika itu ketua polis Selangor), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia), dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Ahli Parlimen PAS: Malaysia amal Raja Berperlembagaan, tidak perlu Akta Derhaka

Ahli Parlimen Sepang (PAS) Hanipa Maidin menegaskan Akta Derhaka yang dicadangkan adalah tidak wajar kerana Malaysia mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan, ia ekoran pertikaian titah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang didakwa disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Gesaan supaya peruntukan undang-undang baru ke atas individu yang menderhaka dibangkitkan oleh dua ahli Parlimen BN iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin dan Shamsul Anuar Nasarah memandangkan banyak rakyat Malaysia yang sudah berani menghina institusi Diraja.
"Malaysia mengamalkan Raja Berperlembagaan, bukannya Monarki Mutlak," bidas Hanipa terhadap cadangan oleh kedua-dua MP BN tersebut supaya satu Akta Derhaka dilaksanakan seperti di negara Thailand bertujuan untuk menghukum mereka yang meghina institusi Diraja dalam negara.
Bung juga mendakwa masyarakat Cina khususnya sudah berani menghina institusi Diraja sebaik berakhir pilihan raya umum lalu pada 5 Mei lalu.
"Saya bukan perkauman, tapi selepas pilihan raya empat kes orang Cina menghina Raja telah dilaporkan," kata Bung.
Shamsul pula menggesa agar kerajaan supaya memandang serius untuk mengambil langkah memperkenalkan akta tersebut sebelum ianya terlambat dan menghakis kuasa Raja di dalam negara.

Court awards RM801k damages to Kugan's mum, scolds IGP, govt for covering up "murder"

The mother of Kugan Ananthan, a 22-year-old car theft suspect who brutally beaten to death his police interrogators, has won a landmark case against the government and the Inspector General of Police Khalid Abu Bakar.
In delivering judgement against the government, Khalid and two other police officers, High Court judge VT Singham minced no words, condemning the IGP for failing to carry his responsibility to ensure Kugan's safety.
Court awards RM801k damages to Kugan's mum, scolds IGP, govt for covering up "murder"The judge also found Khalid guilty of trying to cover the cause of Kugan's death while lauding N Surendran, a human rights lawyer who had fought for a second post-mortem be carried out.
Kugan's mother, N Indra, was awarded RM801,000 in damages with interest at 5% running from the time the suit was filed.
"It would come up to more than RM1 mil if we add in the interest. Of course, it will help the family but can it bring Kugan back," S Jayatha, an Indian rights activist who was also among those who had rushed to the morgue on news that Kugan had died in suspicious circumstances, told Malaysia Chronicle.
"Ya, itu anak saya (yes, that's my son)," a teary-eyed N Indra told Malaysia Chronicle, declining to say more.
"We are happy that at least the court acknowledges there was injustice done to Kugan. But we are not happy because there are so many other cases like his. Why are the police doing these things," Kugan's aunty told Malaysia Chronicle.

Terengganu rep dies, first by-election expected

Takut!!! BN Lenggong Bahas Titah Diraja [ 26 Jun 2013 ] (2)

BN Lenggong Bahas Titah Diraja [ 26 Jun 2013 ] (1)

Dewan Rakyat 26 Jun 2013 - Senator, Usul Jerebu Ditolak

Cabaran Pakatan Rakyat dalam PRU-13 lalu - dilema Undi Melayu

Melayu dalam Perlembagaan

Bengkel "Strategi memenangi hati budi pengundi Melayu/Bumiputera" pada Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di salah sebuah hotel di Ampang pada 23 Jun lalu telah menemukan beberapa fakta kenapa orang Melayu tidak sepenuhnya menyokong Pakatan Rakyat.

Apa pun peserta bengkel bersetuju asas memahami siapa yang dikatakan Melayu dan Bumiputera hendaklah berpaksikan kepada roh Perlembagaan Persekutuan. Hal ini terkandung dalam Perkara 152 mengenai bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu, dan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia
mengenai hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia.

Apa pun tafsiran yang standard (seringkali disebut dalam kursus anjuran BTN) ialah Orang Melayu ialah yang bercakap Melayu, lahir dalam Malaysia atau Singapura, mengamal adat resam kebudayaan Melayu dan beragama Islam. Kemudian secara kebiasaannya, seseorang kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang beragama Islam, maka ia adalah seorang Melayu. Seorang Melanau atau Dusun yang Islam maka telah dianggap orang Melayu dan namanya akan dipakain 'bin atau binti' .

Pemahaman ini amat signifiken dalam konteks sosialisasi politik, lebih-lebih lagi dalam konteks mendasari isu-isu yang perlu diangkat dalam perjuangan Pakatan Rakyat. Ini kerana pihak Barisan Nasional khususnya parti UMNO amat ligat menggunakan isu Melayu dan Bumiputera bagi "portray" asas menolak PAS dan KeADILan dalam setiap kali pilihan raya. UMNO juga terlalu konservatif dalam menggunakan isu Melayu/Bumiputera sehingga membayangkan pengundi Melayu akan selamat dan maju jika menggundi Barisan Nasional. Bagi menyokong nilai "portray" itu, budaya takut dan logik "unsecured" diutamakan dalam laras kempen mereka. Bertolak daripada isu ini, UMNO telah isytiharkan UMNO adalah hero dan payung (penguasa) kepada orang Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah. (Natijahnya sebahagian pemimpin UMNO tidak sedar betapa di Sarawak dan Kelantan adalah negeri yang UMNO bukan penguasa).

Harus kita ubah, saya sedia ubah - Pandikar

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berulang kali menegaskan 'kita ubah' apabila ada beberapa ahli parlimen yang tidak mengikut peraturan mesyuarat.

Beliau yang mengendalikan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 bermula hari ini berjanji untuk membuat perubahan pada kali ini dan tidak akan mengulangi sikap seperti sesi lepas.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan (BN) Datuk Bung Mokhtar Raden yang menyampuk ketika Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mengajukan soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sikap Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut menerima teguran daripada Speaker.

"Minta Kinabatangan berhentilah ulang perangai dalam Parlimen Ke-12. Sudahlah kita ubahlah.

"Tinggi sekolah atau rendah sekolah ke, sudahlah kita ubahlah," tegas Pandikar Amin berulang kali.

Shura pertahan kenyataan Husam mengenai syahid


KUALA LUMPUR: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (gambar) mempertahankan kenyataan Datuk Husam Musa tentang syahid dalam menentang kemungkaran.

Bagi beliau, perjuangan untuk menegakkan keadilan, mencegah mungkar sememangnya amat dituntut dalam Islam, sehingga sesiapa yang mati dalam perjuangan itu, matinya adalah syahid.

Ustaz Abdul Ghani berkata, kenyataan Naib Presiden PAS mengenai orang yang gugur syahid dalam perjuangan seperti itu tidak sepatutnya disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Najib sahkan tidak tandatangani perjanjian dengan Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan beliau tidak menandatangani perjanjian perdamaian dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dibroker oleh bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla, mengatakan beliau perlu mendapatkan persetujuan pemimpin Umno lain dan ianya mengambil masa panjang.
Dalam wawancara bersama majalah Tempo dari Indonesia, beliau mengatakan, walaupun tiada perjanjian diantaranya untuk PR dan Barisan Nasional (BN) menerima keputusan pilihan raya 5 Mei dan memastikan peralihan kuasa secara aman jika pembangkang menang, beliau komited kepadanya.
Najib mengatakan perdamaian masih boleh dilakukan tetapi hanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim  menerima keputusan pilihan raya. Berita mengenai perjanjian itu menjadi pengetahuan umum apabila ianya dibocorkan kepada akhbar antarabangsa beberapa hari selepas pilihan raya sengit menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti lebih kecil tanpa undi popular.
Anwar dan PR berada dalam keadaan tertekan berikutan daripada pendedahan perjanjian untuk menerima keputusan pilihan raya itu.
Akan tetapi ketua pembangkang itu mengatakan perjanjian itu tidak sah kerana terdapat penipuan besar-besaran dalam pilihan raya dan Najib tidak menandatanganinya.
Tempo mengatakan idea untuk perjanjian perdamaian itu berlaku sekitar akhir April, sebelum Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke 13. Anwar melawat Kalla di rumahnya di Jakarta dan membangkitkan kemungkinan untuk mengakhiri ketegangan selepas pilihan raya di Malaysia. Anwar meminta Kalla untuk menjadi pengantara dengan Najib. Tempo mengatakan Kalla dan Najib rapat kerana latarbelakang Bugis mereka.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor - 11 tahun berlalu

Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)





Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.