Jumaat, 21 Jun 2013

Selangor mahu pujuk Ketua Pembangkang ketuai PAC

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan berusaha memujuk Ketua Pembangkang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Shamsudin Lias supaya mempengerusikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri.
Speaker Selangor Hannah Yeoh berkata pihaknya akan berjumpa dengan Shamsudin untuk menawarkan jawatan tersebut kepada beliau dalam masa terdekat.
“Kita juga berharap di peringkat Persekutuan Parlimen akan membuat perkara sama dengan menawarkan jawatan Ketua PAC kepada Ketua Pembangkang (Anwar Ibrahim),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Shamsudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong selama tiga penggal berturut-turut itu pada penggal lalu pernah diusul dengan jawatan itu namun ditolaknya kerana menganggap ia hanya bermotifkan politik, selain memikirkan tentang prinsip dan maruahnya sebagai wakil rakyat BN.
Beliau dilantik menjadi Ketua Pembangkang baharu menggantikan Datuk Dr Satim Diman yang tercicir daripada senarai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Pelantikan Shamsudin itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam selepas mendapat persetujuan sebulat suara daripada 12 Adun BN lain.

Tipu PRU: Abdul Aziz tak perlu cemas dengan tindakan S'gor

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar tidak perlu merasa cemas dengan cadangan kerajaan Selangor yang mahu menubuhkan Suruhanjaya bagi menyiasat penipuan pilihan raya di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lepas.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, reaksi segera Abdul Aziz yang membayangkan kurang bersetuju dengan tindakan Selangor untuk menyelongkar segala penipuan PRU13 itu memperlihatkan seperti ada yang tidak kena.

"Tan Sri Abdul Aziz tidak perlu merasa cemas dan risau dengan pengumuman Tan Sri Khalid, sebaliknya beliau patut memberikan pujian kerana kerajaan Selangor berusaha mencari penyelesaian terbaik dengan mencari punca penipuan yang berlaku.

"Sebagai sebuah badan yang menguruskan pilihan raya secara profesional, SPR telah melaksanakan tugas semasa PRU ke 13 dan kini serahkan sahaja kesemua persoalan itu kepada rakyat untuk membuktikan dakwaan dan beliau tidak perlu mempertahankan dirinya yang menjadi tuduhan," katanya dalam satu kenyataan.

Black 505: Nasrudin, Nik Abduh sertai himpunan esok

KUALA LUMPUR: Pimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan bersama-sama menyertai Himpunan Black505 di Padang Merbok, bermula jam dua petang esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, beliau bersama timbalannya Nik Abduh Nik Abdul Aziz, naib ketua Dr Raja Ahmad Iskandar dan barisan exco yang lain memberikan komitmen untuk bersama pihak penganjur menjayakan himpunan aman untuk membantah penipuan dan penyelewengan PRU serta mendesak Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusofmeletakkan jawatannya.

"Kami seluruh warga DPPM turun menyatakan semangat kebersamaan dan solidariti kami bersama semua pihak yang terdiri dari parti-parti politik, NGO dan orang perseorangan yang menentang penyelewengan berpaksikan kaedah "Muwaajahah Silmiyah" iaitu "Penentangan secara Aman".

"Justeru itu Himpunan 505 ini berdiri atas konsep himpunan aman menepati hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara, katanya kepada harakahdaily.

Tegas beliau juga, DPPM menolak dan mengecam sebarang usaha provokasi atau sabotaj dari mana-mana pihak yang cuba memanipulasi keadaan lalu memesong serta menggagalkan matlamat, objektif dan hala tuju murni Himpunan Aman 505.

Pulak Dah..!! : Polis dakwa penganjur 'Black 505' mahu lihat pertempuran





Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.
Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.

Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.

Black 505: Kerajaan 'sihat' benarkan himpunan aman

MARANG: PAS menyifatkan mana-mana kerajaan yang ‘sihat’ akan bersikap terbuka menerima teguran dan kritikan dari rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata himpunan aman merupakan salah satu dari cara rakyat menegur dan mengkritik kerajaan.

Sebagai contoh, katanya di negara barat seperti England dan Amerika himpunan aman dibenarkan dengan syarat tidak melakukan huru-hara serta keganasan.

Namun, kata Ustaz Abdul Hadi, himpunan aman yang dianjurkan di negara ini sering kali dicemari dengan provokasi serta ‘ketakutan’ di pihak kerajaan.

“Apa kita (kerajaan) takut dengan demontrasi ini aman. Sepatutnya, kerajaan yang ‘sihat’ dia terbuka untuk orang tegur dia, orang kritik dia.

“Rakyat yang tidak puas hati, dia (kerajaan) tahu apa yang rakyat tidak puas hati itu dan dia buat perubahan. Dia (kerajaan) bukan Tuhan tahu segala-galanya dan jika dia (kerajaan) bukan Tuhan, melalui demontrasi apa yang dia tidak tahu akan jadi tahu dan boleh buat perubahan.

“PAS menghormati demokrasi. Di England umpamanya, di Amerika dan di negara barat ada tempat (perkara) yang kita (Islam) boleh ikut dan ada tempat yang kita tidak boleh ikut dia (barat).

“Di sana, dibenar demontrasi cuma jangan pecah pasu bunga, taman-taman, pecah kedai itu tidak boleh. Polis kawal dan orang buat demontrasi, dilepas dia (rakyat) punya perasaan dia…habis.

“Ini belum apa-apa lagi sudah dihentam dengan gas dan provokasi. Saya tahu ada provokasi dan saja hendak buat huru-hara,” tegas beliau pada satu sidang media di kediamannya di Rusila Marang, hari ini.

Rafizi Yakin Perhimpunan Esok Aman Dengan Kerjasama Polis

SHAH ALAM, 21 JUN : Rafizi Ramli menyatakan bahawa beliau dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu penganjuran perhimpunan esok hari, selagi peserta tidak memusnahkan harta awam.
Menurut Rafizi dalam kenyataan medianya berkata, beliau mengalu-alukan kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang mengesahkan bahawa polis akan memberi sepenuh kerjasama untuk memastikan perhimpunan esok berjalan dengan aman.
“Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu.
“Ia termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat walaupun terpaksa dibatalkan akhirnya,” katanya yang juga Pengarah Strategi PKR.
Jelas Rafizi, kesediaan polis memberi kerjasama dan membantu penganjuran esok disahkan oleh ASP Ananthan Rajoo dari IPD Dang Wangi yang mengakui telah menerima arahan atasan untuk membantu.
Pada masa yang sama, sekretariat penganjur duduk berbincang dengan pasukan perubatan sukarelawan untuk memperhalusi persediaan perubatan sokongan memandangkan keadaan udara yang membimbangkan.
Katanya, sejumlah besar orang ramai akan tetap hadir untuk menyertai perhimpunan pada esok hari tidak kira arahan yang diberikan oleh pihak sekretariat.
“Keutamaan utama sekretariat dan pasukan perubatan sukarela adalah untuk memastikan bantuan perubatan sokongan adalah memadai untuk berhadapan dengan sebarang masalah, termasuklah bersabit kualiti udara yang tidak baik akibat jerebu,” kata Rafizi.
Tambah Rafizi, langkah-langkah berikut akan diambil oleh sekretariat dan pasukan perubatan sukarelawan bagi memastikan bantuan perubatan sokongan yang memadai:

Berapa Lama Lagikah Kerajaan Najib Boleh Bertahan?

Esok, 22 Jun akan berlangsungnya kemuncak perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Sejauh mana berjaya atau gagalnya perhimpunan itu menghimpunkan seramai mungkin rakyat membantah keputusan pilihanraya lalu, masih lagi menjadi misteri. Jika dinilai berdasarkan beberapa perhimpunan peringkat negeri yang boleh dianggap berjaya sebelum ini, kita tentunya boleh menjangkakan limpahan kehadiran di Padang Merbok itu walaupun pihak polis tetap menganggapnya sebagai perhimpunan haram.

Selain mengisytiharkan ianya haram, pihak polis juga dilaporkan akan meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan pada hari perhimpunan itu nanti. Sedikit-sebanyak ini mungkin menimbulkan rasa gementar di kalangan sesetengah rakyat untuk turut menyertainya.

Walaupun PR dan NGO yang terlibat dengan perhimpunan itu sedang bekerja keras memastikan ia benar-benar berjaya dan mampu meninggalkan impak yang diharapkan, sejauh mana ia benar-benar berjaya hanya dapat ditentukan pada hari perhimpunan itu berlangsung saja.

Perhimpunan aman ini walaupun sasaran dan tuntutan yang dimahukan oleh PR lebih kepada ditujukan kepada SPR tetapi kesannya tetap kepada kerajaan. Seluruh dunia akan memerhati keadaan negara kita berikutan perhimpunan itu nanti. Kehadiran yang ramai dalam perhimpunan esok akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan pimpinan Najib sedang ditolak oleh rakyat manakala jika berlaku unsur-unsur keganasan atau kecederaan pula, kerajaan akan dikecam kerana tidak menjaga keselamatan dan bertindak keras terjadap peserta perhimpunan.

Kehadiran yang ramai dalam perhimpunan esok juga akan memberi kesan kepada Parlimen yang bakal dirasmikan pembukaannya pada Isnin, 24 Jun nanti dan diikuti dengan permulaan sessi Parlimen pada hari berikutnya. Apatah lagi seperti yang dilaporkan, peserta perhimpunan juga akan berkampung di sekitar Bangunan Parlimen sehingga majlis perasmian pembukaannya oleh Yang Dipertuan Agong itu berlangsung.

Dalam keadaan itu, tidak dapat tidak, kerajaan pimpinan Najib akan dilihat semakin goyah serta lemah. Lalu, persoalan yang timbul, berapa lamakah Najib mampu bertahan jika perhimpunan seperti itu berterusan?

Abdul Kadir terima pencalonan Speaker Dewan Rakyat

Datuk Abdul Kadir SulaimanKUALA LUMPUR - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman hari ini menerima pencalonan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada pakatan pembangkang asalkan pencalonan itu tidak mempunyai maksud yang tersirat.

Abdul Kadir, 74, berkata beliau menerima pencalonon itu sekiranya pakatan pembangkang ikhlas memilihnya berdasarkan pendirian dirinya yang bebas dan tidak terlibat dengan politik, bukannya kerana kepentingan tertentu pakatan itu.

"Kalau hasrat (pembangkang) itu betul, itu saya terima (pencalonan). Ini satu amanah yang saya fikir perlu dipikul untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

"Saya menerima pencalonan ini bukan atas dasar nak bangga, takbur dan sebagainya, tidak terlintas bagi saya semua itu. Ini amanah rakyat pada saya, saya akan kena jawab semula jika saya tidak betul pegang amanah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan itu sebulat suara menamakan Abdul Kadir sebagai calon bagi Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen penggal ke-13.

BREAKING NEWS! Police agree to help at June 22 Black 505: Rafizi calls for "full attendance"

BREAKING NEWS! Police agree to help at June 22 Black 505: Rafizi calls for "full attendance"PKR strategy chief Rafizi Ramli broke news that the police - amid tremendous public pressure - have agreed to "facilitate" the June 22 Black 505 rally to protest electoral fraud.
"I have been informed unofficially that the police would help mass rally tomorrow, as long as players do not destroy public property. I express my appreciation especially to the Dang Wangi police chief ACP Zainuddin Ahmad, including his willingness to sit down with me and my coalition partners (even though the meeting was subsequently cancelled," Rafizi wrote in his blog.
Large crowd
According to Rafizi, who is also the MP for Pandan, the confirmation was repeated by ASP Ananthan Rajoo, who confirmed receiving the green light from his superiors at the Dang Wangi police headquarters to help out at the rally as reported by an online news portal FMT.
"To my fellow Malaysian, we must come because it is our duty to ensure a brighter future," added Rafizi on Twitter.
While he welcomed the late-minute capitulation by the police, Rafizi said Malaysians who had voted for Pakatan Rakyat at the May 5 general election would come to the Black 505 rally at Padang Merbok even if the green light had been withheld.
"I take the view that a large number of people will still be present to participate in the rally tomorrow no matter what the direction given by the secretariat. Therefore, the main priority of secretariat and volunteer medical team is to ensure that medical assistance is adequate support for dealing with any problems, including bad air quality due to the haze," said Rafizi.
Medical & emergency centers set up
According to Rafizi, the Padang Merbok rally organizers have prepared the following amenities and medical facilities:

1. A medical headquarters will be opened at the Padang Merbok field. Four other medical hubs will also be opened around Kuala Lumpur route towards Padang Merbok, touching Independence Square (Dataran Merdeka), National Mosque (Masjid Nagara), Sogo Shopping Complex and Dataran Maybank.
2. Four ambulances and five specialized motorcycles equipped with medicine will be on standby to transfer patients directly to the hospital if need be. The rally marshalls or task force will volunteer and facilitate to have their motorcycles rushed to the area in case there is need of support.
3. The overall strength of the medical team will be 55 people including doctors, nurses and paramedics.

JUNE 22 BLACK 505: Don't you dare beat up the people - PKR warns police, govt

PKR youth leaders warned Prime Minister Najib Razak's government and the police to be professional in their conduct and not conspire to beat up people attending the Black 505 rally due to be held at the Padang Merbok field nearby to Parliament House and the Lake Gardens in Kuala Lumpur on June 22.
JUNE 22 BLACK 505: Don't you dare beat up the people - PKR warns police, govt"Once the police start provoking and beating up the people, then the demonstration become 'teruk' (disastrous). The police must give the fullest cooperation in making sure the rally goes on smoothly and peacefully. If the police start to act like thugs beating up people for no reason, then it will be a shame not only for the image of the country but also for the police," Afif Bahardin, a PKR Youth leader told a press conference on Friday.
'We are moving on to the next level of democracy'
Afif, a medical doctor by profession, also lashed out at the Election Commission for its "arrogance" in snubbing the people's call for its top leadership to step down after one of the country's most divisive and controversial ballots, marred by widespread allegations of vote rigging and fraud.
"We already have so many agencies whose integrity is in question by the people. First we have SPR (the Malay acronym for the Election Commission or EC), then there is PDRM (police force). For example the SPR, the question now is not what is the next move (from the Pakatan)," said Afif.
"The first move should be from the SPR - all its committee members should step, not just its chairman and deputy chairman. The way they are answering the questions from the media and even the people is as though they are representing Umno and BN. They are not representing a free and fair committee which was appointed by the King and they drag the King into the matter. We are not questioning their appointment by the King. We ar questioning their integrity,work ethics and professionalism.The integrity of the SPR is now in question, so don't drag the King into the matter. The question is you. And I think they have admitted that they failed to make sure the indelible ink stayed indelible for 5 days. That's only one point. So that's the first step rather than asking Pakatan Rakyat. We are moving on. We want to move on to the next level of democracy. We want to create a better future for our country, for the democratic process in our country and in order to do that, the SPR must go first."
Biased police, biased institutions?

RCI: Dompok letak jawatan pengerusi PSC Integriti kerana saksi KDN tidak bekerjasama

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah hari ini diberitahu Tan Sri Bernard Giluk Dompok meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan Integriti pada 2006 disebabkan tidak mendapat kerjasama daripada saksi-saksi yang terdiri daripada kakitangan di bawah agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dompok, yang merupakan bekas ahli Parlimen Ranau hari ini dipanggil memberi keterangan sebagai saksi ke-139 RCI berkata terdapat keengganan saksi daripada pegawai-pegawai untuk memberikan keterangan dalam PSC yang diketuainya pada 2006 menjadi punca beliau meletakkan jawatan.

"Ada banyak kengganan pegawai beri keterangan dan saya buat keputusan letak jawatan... dan juga kerana saya tidak mendapat bukti daripada mereka," katanya kepada panel RCI, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di Sabah.

Pada 16 Mei, 2007, Dompok meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa itu atas perbezaan pendapat mengenai fungsi dan skop jawatankuasa, khususnya, atas keengganan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu.

RCI: Dompok cadang pelarian perang Filipina diagihkan ke seluruh negara

Tan Sri Bernard Giluk Dompok hari ini mencadangkan agar pelarian perang dari Filipina yang menduduki Sabah dihantar ke seluruh negeri di Malaysia, atau dihantar pulang ke negara asal mereka bagi membendung masalah pemberian kewarganegaraan kerana negara berkenaan kini lagi berada dalam keadaan berbahaya dan perang juga menurutnya telah tamat.
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) itu berkata demikian dalam respon balas ketika ditanya antara cadangan yang boleh diberikan beliau kepada Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang asing di Sabah di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini.
"Jika tidak hantar ke seluruh negeri ke Malaysia ... Adakah kita mahu berkongsi kekayaan (negara) dengan mereka?"
"Kad IMM13 patut dibatalkan kerana tiada sebab lagi mereka (pelarian Filipina) berada di sini kerana perang telah tamat," katanya kepada panel RCI, merujuk kepada kad pelarian perang yang dikeluarkan kerajaan kepada pelarian yang tiba di negara ini pada 1980an sebagai dokumen pengenalan diri semasa mereka di Sabah.
RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sebelum ini telah diberitahu terdapat pelarian Filipina yang diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara walaupun penggunaan dokumen IMM13 itu berdasarkan peruntukan undang-undang tidak membenarkan mereka memperolehi dokumen tersebut.

Black 505: Penganjur sambut baik kerjasama polis

KUALA LUMPUR: Penganjur himpunan aman Black505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok esok mengalu-alukan kenyataan pihak polis yang bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kelancaran himpunan esok.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu penganjuran perhimpunan esok hari, selagi peserta tidak memusnahkan harta awam.

"Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat (walaupun terpaksa dibatalkan akhirnya).

"Kesediaan polis memberi kerjasama dan membantu penganjuran esok disahkan oleh ASP Ananthan Rajoo dari IPD Dang Wangi yang mengakui telah menerima arahan atasan untuk membantu, seperti yang dilaporkan oleh laman FreeMalaysiaToday sebentar tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sahol jangan jadikan Uitm cawangan Umno – Dr Afif Bahardin

Afif BahardinKUALA LUMPUR 21 Jun: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Sahol Hamidi digesa tidak menyalahguna intitusi pengajian itu bagi memenuhi kepentingan politik Umno-BN.
Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengulas kenyataan Sahol yang mengakui secara terbuka universiti itu menyokong Umno BN, seperti disiar akhbar Utusan Malaysia, semalam.
Menurut Afif, Sahol sepatutnya menumpukan usaha membangunkan intelektual pelajar serta menambah baik mutu dan pencapaian universiti itu agar dapat bersaing di peringkat global.
“Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, dangkal memalukan serta menjatuhkan reputasi UiTM sebagai sebuah institusi pengajian yang berpengaruh di negara ini,” kata Naib Ketua Angakatan Muda KEADILAN Pulau Pinang itu.
Afif yang juga bekas pelajar Fakulti Perubatan UiTM berkata, terdapat pelajar mengadu sebelum ini bahawa kelas pengajian ditangguhkan dan mereka serta pensyarah diminta hadir ke ‘kuliah Umno BN’.

SPR memang 'bangang' guna dakwat PRU-12 lalu untuk PRU-13?


SPR tubuh pasukan siasatan dalaman
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan pasukan siasatan dalaman bagi menyiasat kemungkinan wujudnya sabotaj daripada petugas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membabitkan penggunaan dakwat kekal.

Siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar selepas dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi tidak mampu bertahan lama seperti dimaklumkan badan bebas itu sebelum ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pasukan siasatan yang dianggotai tiga ahli SPR diberi masa selama sebulan untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Siasat secara terperinci

“Petugas SPR ini ada macam-macam, kita tidak tahu niat mereka, jadi ia memerlukan kepada siasatan dalaman secara terperinci bagi mencari kebenaran terhadap perkara itu.

75 tahun Utusan Malaysia tapi makin jumud dan rasis

" 18 Jun lalu genap 75 tahun Utusan Melayu satu akhbar yang dikatakan akhbar Melayu.  Daripada pejabatnya  di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Syarikat ini asalnya dibina oleh keringat & airmata atas kesedaran kepentingan orang Melayu tapi sekarang dikuasa oleh orang Melayu yang berkentingan dan membodohkan Melayu.

Utusan Melayu lahirnya lebih awal daripada UMNO yang dikatakan parti Melayu terbesar dan parti Islam ketiga terbesar di dunia dakwa Tun Mahathir. Sangat malang UM yang asalanya membela Melayu kini dikuasai oleh sesetengah pemimpin UMNO bukan lagi untuk Melayu tetapi untuk UMNO dan isi perut pemimpin tersebut.

Utusan Melayu telah bertukar rupa menjadi Utusan Malaysia. Utusan ini warisan akhir tulisan jawi yang telah dikhianati oleh UMNO. Sukar mencari bahan bacaan bertulisan jawi.
Jika bangsa lain boleh mengekal bahasa dan tulisan asalnya melalui akhbar sendiri, harapan kepada Utusan Malaysia menjadi wadah ini bagi mempertahankan tulisan jawi hilang terus di dunia.

Kerajaan UMNO masih tak sedar, pendidikan di sekolah menepikan tulisan warisan sehingga orang Melayu hilang jati diri.

Utusan Malaysia sepatutnya menjadi akhbar pembina bangsa, pencetus minda, pembawa perubahan dan inovasi, tetapi malangnya walaupun umur sudah 75 tahun tetapi UM makin jumud dan rasis.

Sebelum PRU-13 sebahagian besar editor UM telah ditukar dan beberapa bahagian daripada Utusan ini dikuasai oleh kumpulan inteligen khas yang membongkar beberapa siri pendedahan dan pencentus kepada ketegangan bagi kepentingan politik UMNO.

TGNA | Kuliah Jumaat 21 Jun 2013

Kin disappointed with Zahid, no death cert issued

56 ADUN Selangor Secara Rasmi Angkat Sumpah Hari Ini

Hannah Yeoh becomes M'sia's first female state speaker

Don't you dare beat up the people - PKR warns police, govt

Police chiefs using the army's name to scare away the crowds - PKR

Selangor spent more than enough, says exco member

Isu Pasar Payang Akan Memanaskan Sidang parlimen Pula

Malays don't belong to Umno, UiTM don slammed for curry favor

Black 505: Polis sedia beri kerjasama esok – Rafizi

Mewakili gerakan rakyat #black505 yang menganjurkan Himpunan Aman #black505 Padang Merbok yang dijadualkan pada 22 Jun 2013, saya mengalu-alukan kenyataan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang mengesahkan bahawa pihak polis akan memberi sepenuh kerjasama untuk memastikan perhimpunan esok berjalan dengan aman.
Saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu penganjuran perhimpunan esok hari, selagi peserta tidak memusnahkan harta awam.
Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat (walaupun terpaksa dibatalkan akhirnya).
Kesediaan polis memberi kerjasama dan membantu penganjuran esok disahkan oleh ASP Ananthan Rajoo dari IPD Dang Wangi yang mengakui telah menerima arahan atasan untuk membantu, seperti yang dilaporkan oleh laman FreeMalaysiaToday sebentar tadi.
Pada masa yang sama, sekretariat penganjur telah duduk berbincang dengan pasukan perubatan sukarelawan untuk memperhalusi persediaan perubatan sokongan memandangkan keadaan udara yang membimbangkan.
Saya mengambil pandangan bahawa sejumlah besar orang ramai akan tetap hadir untuk menyertai perhimpunan pada esok hari tidak kira arahan yang diberikan oleh pihak sekretariat. Oleh yang demikian, keutamaan utama sekretariat dan pasukan perubatan sukarela adalah untuk memastikan bantuan perubatan sokongan adalah memadai untuk berhadapan dengan sebarang masalah, termasuklah bersabit kualiti udara yang tidak baik akibat jerebu.

PKR yakin polis mampu tangani 'Black 505'

azlanPKR menuntut polis menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan bukannya menakut-nakutkan warga berkenaan daripada menyertai perhimpunan 'Black 505' esok, yang dirancang untuk diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Naib presiden PKR Tian Chua berkata polis tidak sepatutnya menyatakan hasrat untuk meminta bantuan tentera bagi menangani perhimpunan berkenaan.

Katanya, polis tidak perlu bertindak demikian kerana perhimpunan tersebut bukannya diadakan untuk demi kepentingan kepada mana-mana parti atau pemimpin politik.

“Ia adalah perhimpunan untuk rakyat dari rakyat yang telah dikecewakan terutamanya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang gagal untuk mengekalkan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia.

"Seruan untuk meminta bantuan pasukan tentera seolah-olah mempersoalkan ketidakcekapan polis. Kami yakin Polis Kuala Lumpur lebih daripada mampu untuk mengendalikan peserta perhimpunan yang aman itu.

“Ia seolah-olah parti pemerintah sekali lagi meletakkan plot untuk menanamkan rasa takut kepada rakyat yang ingin keluar Sabtu ini untuk menuntut hak mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid bahawa polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul dalam perhimpunan berkenaan.

Dalam kenyataan sama, Chua turut meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghormati hak rakyat seperti yang ada di dalam peruntukan Akta Perhimpunan Aman.

Rekod himpunan Black 505 di seluruh negara aman

KUALA LUMPUR: PAS memandang serius cubaan pemimpin Umno BN yang mengaitkan himpunan Black 505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok esok dengan tindakan mahu mencetuskan huru-hara.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beberapa siri himpunan tersebut yang telah diadakan di seluruh negara sebelum ini tiada satu pun yang berlaku huru-hara malah ianya berlangsung dalam suasana aman.

"Jika himpunan itu mahu membuat huru-hara, saya kira himpunan yang pertama selepas pilihan raya pada 8 Mei di Kelana Jaya itu sudah boleh berlaku (huru-hara) kerana ratusan ribu yang hadir itu perasaan mereka tengah 'panas' dengan keputusan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13).

"Tetapi apa yang kita lihat, rakyat berhimpun secara aman dan bukan mahu mencetuskan huru-hara," katanya ketika menerima kunjungan Harakahdaily di kediaman beliau semalam.

Ianya juga sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal.

Black 505: Ugut guna tentera tindakan melampau -AMK

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata penganjur perhimpunan 'Black 505' esok telah memaklumkan kepada polis lebih daripada 10 hari dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak polis menarik balik kenyataan yang meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul dalam perhimpunan Black 505.

NONEKetua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata kenyataan itu dilihat sebagai "melampau", sedangkan sebelum ini pihak penganjur telah memaklumkan kepada polis dalam tempoh lebih daripada 10 hari dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.

"Kita ingin tegaskan ia merupakan satu kenyataan yang menunjukkan bagaimana pasukan keselamatan tidak memahami makna kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan yang diterjemah melalui Akta Perhimpunan Aman.

"Pihak polis keliru dengan maksud kebebasan berhimpun seperti yang telah digubal oleh parlimen. Ugutan untuk menggunakan tentera sangat melampau dan kami mendesak untuk polis menarik balik kenyataan itu," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.

Black 505: 200 pemimpin Pakatan turun bersama rakyat

perhimpunan-black-505-kuala-lumpur-padang-merbok-15-jun-547x350KUALA LUMPUR 21 JUN: Rakyat diseru menjadikan himpunan Padang Merbok 622 esok sebagai hari bersejarah, kemuncak gerakan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Pengerusi Black 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat yang besar pada himpunan itu akan menjamin pilihan raya yang lebih baik pada masa hadapan.
Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat menyeru, kehadiran melebihi 250,000 bagi menunjukkan kepada kerajaan BN bahawa rakyat benar-benar serius menuntut satu perubahan sistem.
“Himpunan 622 akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan termasuk Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Hj Hadi, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
“Wakil-wakil rakyat dari Pakatan akan turut bersama-sama rakyat. Dijangkakan lebih 200 pemimpin Pakatan akan ke Padang Merbok,” katanya.
Johari juga menegaskan keselamatan rakyat akan dijaga oleh anggota keselamatan Pakatan dan bantuan kecemasan serta perubatan kepada peserta perhimpunan turut disediakan oleh beberapa NGO.
“Pihak sekretariat akan menyediakan kawalan keselamatan sepanjang hari. Anggota Unit Amal PAS sebanyak 1,000 orang akan digerakkan bersama 400 AMK dan 200 DAPSY.

Black 505 esok aman, bukan himpunan tentera Sulu

KUALA LUMPUR: “Insya Allah himpunan Black 505 pada 22 Jun ini (esok) ialah himpunan aman, bukan himpunan tentera Sulu yang menyerang Lahad Datu tempoh hari dengan senjata yang lengkap,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, himpunan itu dihadiri oleh rakyat yang mahu pilihan raya bersih daripada penipuan, tanpa bawa senjata. 

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal.

“Ini satu kenyataan seorang pegawai polis yang panik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman.

PRU Semula: Rakyat Di Seru Hadir Ke Padang Merbok

KUALA LUMPUR -  Pakatan Rakyat menyeru rakyat hadir ke Himpunan Blackout 505, Sabtu ini di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang disifatkan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan mengulangi tiga tuntutan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Pakatan menuntut peletakan jawatan kesemua ahli suruhanjaya SPR terutamanya Pengerusi dan Timbalannya serta pelantikan ahli suruhanjaya baru dengan mekanisme yang lebih baik. “Selain itu, Pakatan menggesa diadakan pilihan raya semula di 30 kawasan parlimen dan menggesa proses persempadanan semula dihentikan sehingga pesuruhjaya SPR baru dilantik,” ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat Pas hari ini. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan menolak kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kononnya kesal dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal yang timbul. “Ini sama sekali tidak boleh diterima dan dimaafkan kerana sebelum ini Aziz sendiri mendakwa kononnya mungkin berpunca botol tidak digoncang, kesilapan dengan kontrakor pembekal dakwat dan ada nasihat daripada pihak kesihatan bahawa dakwat itu boleh sebabkan barah. “Dakwat kekal ini adalah perkara asas yang menjadi bukti kelemahan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. “Jadi kita tekad untuk memberi komitmen yang tinggi kepada perhimpunan Sabtu ini bagi mendesak Pengerusi dan Timbalannya segera meletak jawatan,” ujarnya.

Agenda UMNO bukan Agenda Melayu.....

Orang Melayu harus sedar bahawa UMNO itu parti yang bersifat feudal.  Parti itu dipimpin dan dikuasai oleh mereka yang berminda feudal. Suatu kumpulan kecil memerintah melalui suatu lapisan pembesar yang menghamba-abdikan golongan pengikut bawahan. Apa yang diperlukan ialah menyedapkan hati pengikut bawahan supaya percaya bahawa pimpinan atasan menjuarai kepentingan rakyat bawahan. Untuk tujuan itu- UMNO menciptakan konsep agenda Melayu.
Apa yang diperjuangkan oleh UMNO feudal ini? Kepentingan ekonomi segelintir kelompok yang kecil. Bagaimana menjamin dan memastikan bahawa pengkayaan suatu kelompok yang terpilih berserta dengan rakan2 diluar, terjamin dan tidak terganggu. Bisnes2 besar diberi kepada yang terpilih. Sumber kekayaan dipegang dan dikuasai oleh suatu kelompok kecil. Projek2 besar yang menelan belanja berbilion ringgit pergi kepada putera bangsawan, putera pemimpin atasan, cukong2 cina dan brahmin2 India. Memastikan Melayu terpilih mendapat bayaran gaji RM1.2juta setahun manakala graduan melayu tidak mampu membeli rumah berharga RM300 ribu.
Mustahil ini agenda orang kita Melayu. Mustahil kita inginkan sebuah kerajaan yang korap dimana pemimpin mengayakan diri mereka. Mustahil orang kita Melayu merelakan khazanah negara dirogol dan dicabul oleh orang yang kita beri amanah. Mustahil kita inginkan kerajaan yang gagal mengurus kewangan negara. Mustahil kita inginkan sebuah kerajaan yang menyembunyikan cara mengurus perniagaan milik rakyat yang menjual minyak dan gas. Mustahil kita orang Melayu merelakan suatu keluarga mendapat komisyen keatas pembelian dan penjualan minyak dan gas negara. Musahil kita orang Melayu merestui penjualan minyak sawit dilakukan melalui commissioned agents. Mustahil kita orang Melayu rela melihat orang Melayu kita mempunyai pendapatan yang rendah, susah mendapat tanah, susah memiliki rumah dan sebagainya.

Pegawai polis sebabkan kematian Dhamendran masih lagi hilang...!!!

Seorang lagi anggota polis yang seharusnya didakwa kerana kematian N. Dhamendran masih lagi tidak ditemui dan polis mengesyaki beliau masih berada dalam negara dan telah melancarkan misi mencarinya.
Inspektor dari jabatan siasatan jenayah berat Kuala Lumpur itu belum lagi pulang selepas bercuti untuk merayakan Hari Gawai di Sarawak semenjak tiga minggu lalu.
Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.
“Kita masih cuba mengesan di mana dia berada,” katanya apabila ditemui oleh The Malaysian Insider semalam.
Terdapat peningkatan kes kematian dalam tahanan polis dan kematian Dhamendran menjadi isu nasional. Pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada 11 Mei berhubung dengan kes pembunuhan di mana senjata api digunakan. Beliau sudah ditahan selama sepuluh hari apabila ditemui mati di ibu pejabat polis.
Pada mulanya polis mengatakan beliau mati kerana kesukaran bernafas akan tetapi bedah siasat mendedahkan Dhamendran telah dipukul sehingga mati. Polis yang hilang itu merupakan salah seorang daripada pegawai penyiasat.

Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari

Oleh CHE'GUBARD
 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku penggerak Gabungan NGO #SuaraRakyat505 yang juga terlibat secara langsung dalam kemuncak #Black505 22 Jun 2013 di Padang Merbok menegaskan;

1. Himpunan akan tetap diteruskan secara aman dan terancang seperti yang dijadualkan.

2. Semua pihak jangan gundah gulana kerana himpunan mega ini bukan bertujuan untuk guling kerajaan sebaliknya tujuan utama himpunan ini untuk desak SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya harus letak jawatan dan hadapkan ke muka pengadilan kerana penipuannya. Namun jika regim itu lemah sangat dan terguling dgn sendirinya itu bukan salah kita. 

3. Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka. Maka semua dijemput hadir ke dewan perhimpunan KLSCAH pada 21Jun ini (8.30mlm) untuk taklimat akhir menjelang esoknya himpunan besar. Pimpinan utama parti politik dan NGO turut hadir menyampaikan taklimat dan pedoman penting.

4. SAMM juga mengakui akan bersama beberapa kumpulan anak muda telah merancang untuk melanjutkan protes bantahan ini secara aman dengan berkhemah seramai mungkin. Semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara. 

5. Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya tarikh 24Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen malaysia mengangkat sumpah. SAMM menyediakan 150 khemah sebagai kemudahan, turut menggesa orang ramai turut hadir membawa kelengkapan untuk bermalam seperti khemah dan 'sleeping bag'. 

Ayuh semua anak muda kita turun bersama mencipta sejarah mengambil semula kemenangan rakyat dan kedaulatan negara.

22 JUN : Khalid , anda mampu mengubahnya........

" Semasa PDRM dibawah era Hanif Omar
bedilan gas pemedih mata di Kampung Memali
menjadi sejarah hitam negara.
Semasa PDRM di bawah era Rahim Nor
tumbukan padunya menyebabkan Anwar tersungkur
dan matanya lebam
bedilan gas pemedih mata ke atas Reformasi .

Semasa era PDRM di bawah Musa Hasan
meneruskan warisan Rahim
bedilan gas pemedih mata ke atas BERSIH 1.0, 2.0,3.0

Semasa era PDRM di bawah Ismail Omar
meneruskan warisan Rahim dan Musa
cumanya diakhiri eranya penuh kegemilangan
dengan tiada satupun kelongsong
gas pemedih mata berguguran di jalan-jalan KL
semasa HKL 112#

Kini PDRM di bawah era Khalid Abu Bakar
tarikh 22 Jun 2013
akan buktikan ke arah mana PDRM ingin dibawa Khalid........
atau dunia bakal menyaksikan
ratusan kelongsong gas pemedih mata bakal berguguran
di jalan-jalan metropolitan KL nanti...........

Khalid,anda mampu mengubahnya !

Polis Masih Klasifikasi Black505 Sabtu Ini Haram ..!!!

KUALA LUMPUR: Polis masih mengekalkan klasifikasi perhimpunan 'Black 505' yang dijangka diadakan di sini Sabtu ini sebagai haram kerana tidak mendapat kelulusan pemilik kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini ternyata sama sekali salah sekiranya penganjur berkeras ingin meneruskannya kerana melanggar Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan perlu diperoleh.
"Perhimpunan tersebut haram. Mereka tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau turut menegaskan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya penganjur tetap berdegil ingin meneruskan niat mereka untuk berhimpun.
Perhimpunan yang ditunjangi pembangkang itu dijangka diadakan di Padang Merbok di sini walaupun tidak mendapat kebenaran DBKL.