Khamis, 20 Jun 2013

Black 505: Kenapa perlu ke jalan raya

Pada jam 2:00 petang hari Sabtu, 22 Jun ini ratusan ribu rakyat Malayaia akan turun ke jalan raya untuk menunjukkan perasaan di Dataran Padang Merbok - Jalan Parlimen. Lalu pertanyaan timbul kenapa perlu tunjuk perasaan? Kenapa perlu berdemo? Sebelum saya menjawab dua soalan ini biar saya nyatakan apa yang akan terjadi.

Seperti biasa kita akan terbaca kenyataan PDRM melarang himpunan ini kerana dikatakan tidak ‘bersunat dan tidak bersembelih' - haram menyalahi undang-undang. Orang ramai akan diingatkan agar jangan datang. Kita akan terbaca kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur menerangkan bahawa Dataran Padang Merbok telah ditempah semenjak tujuh tahun dahulu. Kita akan terdengar kata-kata nista dan cerca tentang demo ini dari kaca TV.

NGO Melayu Islam akan tunggang tunggit bersuara menyatakan bantahan. Guru silat dengan ilmu ghaib berjanji akan datang untuk membuat demo yang berasingan. Penjual Ikan Bakar akan menggoyangkan buntut membantah perhimpunan satu juta rakyat di Dataran Padang Merbok. Akan ada temubual dengan mamat pemandu teksi dan mat tuan punya warung yang meraung marah kerana pada hari tunjuk perasaan mereka akan kehilangan mata pencarian.

Semua ‘heboh-heboh' di atas hanyalah berita yang dimunculkan khusus untuk mengalihkan fokus orang ramai. Heboh-heboh abang polis ini tidak menjawab soalan hakiki untuk kurun ini. Kenapa rakyat turun berdemo? Jawabnya: Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya berdemo kerana PRU13 dahulu telah dimenangi oleh United Malayas National Organisation dengan jalan tipu. Rakyat tidak mahu menerima keputusan PRU13. Orang ramai marah maka mereka ke jalan raya berdemo.

Kenapa perlu berdemo? Jawabnya: Kita perlu berdemo untuk menuntut tujuh orang pesuruhjaya SPR meletak jawatan. Kita berdemo untuk memastikan ada pemilihan di 25 kawasan yang terbukti berlaku penipuan. Kita wajib berdemo untuk memastikan projek persempadanan semula dihentikan dengan serta merta. Projek persempadan ini adalah satu lagi projek tipu dari United Malays National Organisation. Projek ini bertujuan untuk memastikan dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat akan lumat.

Masih tidak yakin sebab musabab kenapa kita wajib berdemo?

Biar saya terangkan bahawa di Malaysia ini jika pilihan raya yang boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Apakah ayat yang saya tulis ini sahih atau hanya ayat-ayat propaganda? Atau satu hasutan jahat?

Biar saya surahkan sejarah untuk membuktikan bahawa jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Untuk anak anak muda, untuk generasi yang lahir sesudah tahun 70-an pasti tidak tahu bahawa pada satu ketika dahulu ada pemilihan - ada pengundian - untuk memilih ahli majlis kerajaan tempatan. Ertinya Datuk Bandar bukan dilantik tetapi dipilih melalui undi orang ramai. Begitu juga ahli-ahli majlis tempatan - semua dipilih melalui pengundian.

Tiada ahli biasa yang 'unimportant' itu, tiada pimpinan parti

Dalam sesebuah parti kekuatannya dari ahli biasa yang ramai-ramai. Ahli-ahli biasa inilah yang membentuk kepimpinan parti itu. Ahli-ahli biasa inilah yang menentukan arah tujuan dan bentuk dan rupa parti itu. Ia melibatkan pembentukan sikap dan budaya parti itu sendiri. Kekuatan pemimpin itu bergantung kepada sejauh mana atau seramai mana ahli-ahli biasa ini memberikan sokongan kepada seseorang pemimpin itu.
Maka amatlah menyedihkan jika didapati seorang pemimpin parti menganggap seorang ahli parti biasa tidak penting atau istilah yag popular terbentuk sehari dua ini sebagai ‘unimportant’. Menganggap sesorang ahli biasa dalam parti sebagai ‘unimportant’ itu adalah terlalu ‘uncalled for’. Ia memberi pengertian yang semua ahli biasa tidak penting bagi orang yang mengeluarkan kenyataan itu. Ia bemakna hanya seorang dua pemimpin sahaja yang penting dalam parti itu.
Tetapi ini adalah sikap biasa dalam politik dunia ketiga kerana pemimpin  itu jarang-jarang sedar yang mereka dibesarkan dan diangkat oleh ahli-ahli biasa terutamanya parti yang melaksanakan sistem demokrasi. Walaupun ahli-ahli biasa itu kadangkala bertindak mengikut apa yang dicaturkan oleh pemimpin mereka secara sistematik, yang pentingnya ahli biasa itu adalah penting dalam sesebuah parti yang demokratik.
Ramai pemimpin terlupa yang mereka bukannya menjadi orang besar dengan sendirinya seperti Tuhan yang terdiri dan wujud dengan sendirinya. Mereka menjadi pemimpin bukan terjadi begitu sahaja. Ahli-ahli biasa inilah yang membuatkan mereka itu menjadi pemimpin.
Saya menyebut ini kerana saya telah mengalami isu ini dalam sehari dua yang lepas kerana ada pemimpin besar parti yang saya anggotai menganggap saya itu ‘unimportant’ kerana saya hanyalah seorang ahli biasa. Justeru saya tulislah sedikit tentang isu ini kerana ia amat penting bagi mengingatkan pemimpin yang sedang berada di ‘aras yang tinggi’ dalam parti itu supaya tidak menjadi angkuh.

Siapakah pejuang?

Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah. Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang.

Ciri Pejuang

Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang. Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang.

Apabila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan Negara Dato’ Anwar Ridhwan berjudul ‘Penyeberang Sempadan’, maka saya pun membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca. Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama ‘Kuay’ dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan. Beliau menjadi ‘orang buruan’ dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang?! Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang?

Kehebatan
Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut.

Black 505: Pakatan rejects Merdeka Stadium offer

Pakatan Rakyat rejects DBKL's offer to conduct Black 505 rally in Stadium Merdeka.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat has rejected Kuala Lumpur City Hall’s (DBKL) offer to conduct Saturday’ Black 505 rally at Stadium Merdeka.
PKR strategic director Rafizi Ramli was today responding to KL Mayor Ahmad Phesal Talib statement on Wednesday that DBKL was still awaiting Pakatan’s reply to their alternative venues suggestion – including Stadium Merdeka and Stadium Titiwangsa.
“Unless the leadership decides that I can no longer represent Pakatan,there is no change in the venue. It will be Padang Merbok,” Rafizi told FMT.
When contacted, DBKL media relations officer Hassan Abu Bakar said his department would leave Pakatan’s defiance up to the police.
“We have told them (Pakatan) that they cannot use the venue because other people are using it. So if they proceed with the rally, it would be illegal under the law,” he told FMT.
“If they proceed with the rally and break the law, it will no longer be under our jurisdiction, but under enforcement agencies. We will leave it to the police.”

Black 505: Protests and Political Change

Saturday 22 June marks the 15th Black 505 rallies since the May 2013 polls. One of the key aims of the protest is to press for the resignation of Election Commission members following the alleged irregularities and rampant electoral fraud during the 13th General Election. Just recently, the Co-Chair of Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan has also conceded that perhaps taking to the streets could be the only way left in order to fight for electoral reform in this country should its extensive campaigns through legal channels to clean up the electoral system fails.
Bersih as the pioneer in electoral reform has so far held three massive protests in the past since 2007. Although the protests had drawn international attention and condemnation to the current administration, but the actual reforms have yet to be seen. For example, the Parliamentary Select Committee on Electoral Reform (PSC) that was established in 2011 was seen as a good move, however there is no follow-up mechanism for the lengthy 22 recommendations.
This time around, regardless of the numerous warnings issued by the police including possible arrests under the Peaceful Assembly Act 2012, the organizer has decided to go on with its plan. By taking to the street again, it shows that there is a serious lack of public confidence from the citizens to the governmental institutions. The persistence of protests such as the 505 rallies, even in the face of state repression, indicates that the ruling regime fails to respond to the popular demands.

Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black 505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.


Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya.

“Mungkin  kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan pada Sabtu ini,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Pemuda PAS Kelantan sokong Black 505


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong Himpunan Black 505 yang akan diadakan pada 22 Jun  ini di Kuala Lumpur.
Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, ini selaras dengan pendirian PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang telah menyatakan sokongan kepada himpunan itu.

“Pemuda berpandangan  isu besar yang diangkat oleh himpunan ini ialah penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya umum ketiga belas yang lepas.

“Ianya telah  menyaksikan BN  menang tipis ke atas Pakatan Rakyat. Antara isu yang besar ialah kegagalan pelaksanaan dakwat kekal yang diakui sendiri oleh Pengerusi SPR beberapa hari yang lepas,” ujarnya.

Katanya, Pemuda berpandangan kegagalan ini tidak boleh didiamkan sahaja.

Jelasnya, ianya perlu kepada tindakan susulan seperti siasatan bebas dan hasilnya diumumkan kepada rakyat seberapa segera.

Isu Pengkhianat : Transkrip Ucapan Husam Musa yang di spin oleh pihak akhbar

Berikut adalah transkrip ucapan Husam Musa yang sedang panas diperkatakan. Harap segala kekeliruan akibat percayakan berita yang di spin oleh akhbar musuh kita, berlanjutan lagi.

Hanya mereka yang tergigit cili sahaja yg terasa pedasnya. Aku dah dengar klip video kat bawah tu berulangkali kerana nak salin kata-katanya untuk memudahkan korang mengikuti ucapannya sebiji, sebiji.

Sambil baca transkripnya , korang onlah klip video tu…. Aku sokong kenyataan Husam Musa serbagaimana berikut :


0:12 ~ As salamu ‘alaikum warahmatullahi, wabarakatuhu … (Ucapan alu-aluan…. )

0:53 ~ Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kpd pihak polis yg telah memberikan kita permit untuk berhimpun pda malam ini. Maknanya perhimpunan kita, BLACKOUT 505 adalah perhimpunan aman. Kita bukan berhimpun hendak menggulingkan kerajaan.Tapi kalau kerajan lemah sabgat , dia terguling dengan sendiri , Alhamdulillah; tak ada masalah!

0:18 ~ Sebab apa kita berhimpun? Pada pendapat saya ada dua sebab utama. Pertama adalah meraikan kekecewaan orang ramai terhadap perjalanan pilihanraya . Yang kecewa adalah rakyat jelata. Kenapa mereka kecewa? Mereka seratus peratus yakin Pakatan Rakyat harus atau telah memenangi Pilihanraya yang ke-13 dan mentadbir Putrajaya.

2:02 ~ Kenapa kita kalah? Dari segi undi, undi kita lebih besar dari undi Barisan Nasional. Kenapa kita tidak boleh mentadbir Putrajaya? Kerana penipuan pilihanraya! Jadi yang kecewa adalah rakyat jelata. Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat, PAS, DAP , PKR tidak boleh membentuk kerajaan bagi membawa Malaysia yang lebih baik.

2:28 ~ Bila mereka kecewa, apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan memberikan ucapan dan berhimpun bersama. Kalau ada mana-mana pemimpin kita bawa bawa suara sumbang, nak berhimpun macam ini pun tak boleh, saya yakin dan percaya, orang ini bawa suara Umno dalam PAS, dalam PKR, dalam DAP!
2:53 ~ Malam ini saya nak cakap berterus terang. Berterus terang dgn semua pimpinan kita. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan, kepada rakyat Kelantan yang berhimpaun pada malam ini. Walaupun kita antara negeri yg terakhir berhimpun, kita tidak ketinggalan dalam kebangkitan arus anak muda dan kekecewaan masyarakat pelbagai kaum seluruh negara untuk menyatakan bersama-sama pendirian kita ~ Penipuan pilihanra telah berlaku dalam PRU yg ke- 13!

TGNA: Cadangan PAS bersama Umno, pungguk rindukan bulan


Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua.

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini?

Pulak Dah: PDRM nafi KL antara 10 bandar paling berbahaya..!!!

PDRM
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia.
  
Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.
  
"Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis.
  
"Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
  
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota. - Bernama

Tingkatkan Bahasa Melayu, bukan hapus sekolah vernakular -Anwar

PC Hq PasKUALA LUMPUR, 20 Jun: Isu sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular adalah polemik atau wacana yang dibincangkan sekitar tahun 50-an hingga 60-an, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mantan Menteri Pendidikan itu berkata, sepatutnya pada ketika ini, semua rakyat menumpukan semangat perpaduan dan mutu pendidikan kebangsaan tanpa perlu merombak pendekatan sedia ada.
“Pada 50-an hinga 60-an, kita ada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib 1960 atau Akta Pelajaran 1961 yang sejak itu berkembang baik dan diterima sebagai dasar pendidikan kebangsaan.
“Bahasa Melayu atau bahasa rasmi ditingkatkan penguasaannya di semua sekolah termasuk sekolah jenis Cina, Tamil dan Arab, itu kita pertahankan,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat Pas.
Anwar menambah adalah menjadi hak bagi para pelajar dan ibubapa memilih sekolah untuk dimasukinya termasuk aliran Cina, Tamil atau sekolah agama Arab.

Pengusaha BAS: 'Tindakan boleh diambil jika penumpang enggan bayar caj 10%'....Tapi jangan lupa penumpang boleh boikot BAS hang pa...!!!

Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana penumpang yang enggan membayar caj tambahan 10 peratus seperti yang dibenar oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali.

Beliau berkata tindakan juga boleh diambil terhadap mana-mana pengusaha bas yang mengenakan caj lebih.

"(Sehubungan itu) Saya menyeru kepada penumpang dan pengusaha bas supaya menerima caj tambahan 10 peratus seperti yang dibenarkan oleh SPAD.

"Saya menggesa semua penumpang dan pengusaha bas untuk mematuhi pengumuman SPAD ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua hari lepas, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan suruhanjaya itu bersetuju pengendali bas ekspres mengenakan caj tambahan 10 peratus bagi musim perayaan akan datang.

Blackout 505: 1 Blackout Malaysia

June 22 a critical turning point for M'sians - Anwar

恫言622在马莫草场扎营过夜 青年阵线准备示威至国会宣誓

Black 505: KDN hanya cuba takutkan rakyat dengan campur tangan Tentera – Rafizi

KUALA LUMPUR 20 Jun:Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tiada keperluan untuk tentera campurtangan dalam Himpunan Black 505 Sabtu ini dan dakwaan sedemikian sekadar cubaan menakutkan rakyat.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid bahawa polis akan meminta bantuan tentera bagi menangani himpunan itu.
“Saya tidak fikir pihak tentera akan campur tangan dalam himpunan ini nanti,”
“Kita percaya polis juga akan bertindak secara profesional kali ini, tiada keperluan untuk pihak berkuasa berkeras,” katanya lagi.
Menjadikan himpunan KL112 sebagai contoh, Rafizi yakin suasana akan aman jika tiada sekatan dikenakan terhadap peserta himpunan.
“Adalah lebih baik pihak berkuasa membiarkan himpunan ini berjalan tanpa ada gangguan, kita telah buktikan himpunan lepas aman tanpa gangguan pihak berkuasa,” ulasnya.
Amaran serupa pernah dikeluarkan  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Julai 2011 untuk mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan mengerahkan tentera bagi menangani himpunan Bersih 2.0.
Bagaimanapun, tiada sebarang penglibatan tentera mahupun tindakan ISA dikenakan ke atas penganjur atau peserta himpunan itu.

Speaker Dewan: 'Jika terpilih, saya jaga kepentingan rakyat'


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar beranggapan pencalonan beliau sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dicadangkan Pakatan Rakyat sebagai satu amanah yang begitu besar untuk dilaksanakan.

Beliau, yang jelas terkejut dengan pencalonan itu, bagaimanapun berikrar akan menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan institusi parlimen itu sendiri sekiranya terpilih kelak.

"Jika saya terpilih, saya akan membawanya dengan amanah demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan parlimen itu sendiri dalam memainkan peranannya bagi memenuhi hasrat rakyat sebagaimana yang dipilih rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, petang ini.

SAPP: 'Putrajaya boleh simpan pendatang di semenanjung'

Jika Putrajaya menolak bulat-bulat untuk bertindak terhadap pendapat haram yang diberi kerakyatan di Sabah, mereka boleh menyimpannya di Semenanjung Malaysia, yang pentadbiran kerajaan persekutuan terletak di situ.

NONEPresiden Parti Maju Sabah (sapp) Yong Teck Lee berkata demikian kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan masalah pendatang asing Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

"Jika kerajaan persekutuan bertegas bahawa pendatang haram ini rakyat Malaysia, biarkan. Mereka boleh tinggal di semenanjung dan tertakluk kepada undang-undang di sana.

"Jika kamu mahu datang ke Sabah, kamu mesti buktikan kamu orang Sabah (dengan kad pengenalan Sabah)," kata Yong.

MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang

KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.

"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.

Speaker pilihan Pakatan untuk pulih imej parlimen- Anwar

Anwar PCKUALA LUMPUR, 20 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pemilihan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, bertujuan untuk memulihkan integriti parlimen.
Berdasarkan rekod, katanya, Pakatan percaya bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu mampu menjalankan tugas dengan lebih bebas dan menghormati lunas perlembagaan.
“Ini satu gambaran bagaimana Pakatan mahu memulihkan imej prestasi parlimen supaya tidak menjadi gelanggang yang hanya memihak kepada satu pandangan.
“Sebab itu kita usulkan Kadir walaupun beliau tidak menjadi anggota parti dalam Pakatan,” ujar Ketua Parlimen Pakatan Rakyat itu dalam sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat Pas, hari ini.
Pakatan Sebelum ini sebulat suara memilih Kadir yang juga pernah menjadi anggota Suruhanjaya Siasatan Kes Kematian Teoh Beng Hock dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai speaker dewan.

THAT"S THE SPIRIT! PR reps to 'take the risk' with people's movement Black 505


Penang Pakatan Rakyat representatives said they would face the risk of losing their posts as MPs and assemblypersons for taking part in the Black 505 rally this Saturday to protest alleged electoral fraud in the May 5 general election.
Bayan Baru MP Sim Tze Tzin said the people and public opinion were with Pakatan in fighting for this cause and therefore, they must proceed regardless of the dangers of being incarcerated for it.
"Everyone knows BN won by cheating, there are so many incidences of the indelible ink which are not delible, there is gerrymandering, especially in rural areas, and the list goes on," Sim said, in a press conference to urge Penangites to attend the rally.
"There is also an overwhelming number of petitions filed against 40 seats, an unprecedented number in history, it shows a serious flaw in the election process," he added.
Accompanying Sim are state executive councillor Dr Afif Bahardin, MP Kasthurirani Pattoo (Batu Kawan), assemblypersons accompanying Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Lee Khai Loon (Machang Bubok), Law Choo Kiang (Bukit Tambun),Teh Lai Hing (Komtar), T Jayabalan (Batu Uban), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Dr Afif Bahardin and state PAS election director Roshidi Hussin.

Cops cancel meeting with PR, flash mobs in demand: World looks at M'sia on June 22


 It looks like the Black 505 rallies are gathering steam. As Opposition Leader Anwar Ibrahim, who spearheaded the people's movement to protest massive fraud in the country's May 5 general election said, the eyes of the world are on Malaysia - not just on its hardline government but also on the Malaysian people.
Will Malaysians allow themselves to be cheated and made fools of by lackeys of Prime Minister Najib Razak's government, asked Anwar? Or they will stand up for themselves and show their displeasure at being robbed of their basic rights to choose the government they want through a free and fair election?
Cops cancel meeting with PR, flash mobs in demand: World looks at M'sia on June 22 - AnwarMake June 22 a turning point for Malaysia
According to Anwar, the acid test will be a mammoth gathering planned for this Saturday at the Padanag Merbok field nearby to Parliament House and the Lake Gardens.
"June 22 is very critical. Everyone, from orang kampong (village folk), to fishermen, farmers and most important of all young Malaysians must come. The world, just like Indonesia, is watching. Is there going to be  a protest, is it true the people want to clean up the electoral system, is it true they want to plug up all the weaknesses?" Anwar told a rally in Johor.
"If we succeed, then God willing, I am sure June 22 will mark a turning point in Malaysia's cruel political landscape."
The 64-year-old Anwar had been grilled by the Indon press on the June 22 event when he was in Jakarta over the weekend to meet President Susilo Bambang Yudhoyono, who also expressed interest in the Black 505 rally.

Will the police help or obstruct the people?
Meanwhile, with 2 days to go, Pakatan Rakyat leaders had been called up to see the police chief at the Dang Wangi station to discuss "matters related to public security". The meeting was later cancelled at the "last minute".
The Pakatan leaders are PKR strategy director Rafizi Ramli, DAP's Loke Siew Fook and PAS' Syed Azman Syed Ahmad.
"I was contacted by IPD Dang Wangi to inform that the scheduled meeting between PDRM and PR reps today is cancelled at the last minute, as the OCPD was summoned to Bukit Aman," Rafizi said in an email to Malaysia Chronicle.
The press conference scheduled at 5pm has been cancelled, added Rafizi.
The PKR leader had earlier told Malaysia Chronicle he expects the meeting to center around Saturday's event, which aims to provide a platform for Malaysians to express their unhappiness at the evident fraud and vote rigging that went on during the recently-concluded May 5 general election.
"I was under the impression that the meeting was to work out safety and crowd control arrangement for the June 22 Black 505. If this is true, then I am hopeful it will be a positive meeting," Rafizi had said.

NGO: 150 khemah akan terpacak di Padang Merbok

Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua hari.

NONEPemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, untuk tujuan itu mereka menyediakan 150 khemah, selain menyeru orang ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri.

"Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya (sehingga) tarikh 24 Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen Malaysia mengangkat sumpah (Isnin)," katanya.

Persidangan sulung Parlimen untuk penggal ini akan bermula pada Isnin depan.

Dalam kenyataannya hari ini, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menegaskan, semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.

"Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka," katanya.

Beliau juga mengundang orang ramai hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur untuk taklimat berhubung himpunan itu.

Police use army threat as NGOs plan Padang Merbok camp-out

Padang Merbok: Larian Olimpik ditunda kerana jerebu...apa alasan DBKL dan Polis pula..???

Larian Hari Olimpik pada Ahad ini yang menggunakan Padang Merbok Kuala Lumpur ditunda ekoran masalah jerebu yang melanda negara ini.

Ia sekali gus dilihat membuka peluang kepada Pakatan Rakyat yang berkeras mahu menggunakan kawasan itu untuk perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di tempat itu pada Sabtu ini.

Sebelum ini, penganjuran larian itu - yang akan menggunakan kawasan itu bermula Sabtu - menjadi alasan penolakan permohonan Pakatan menggunakan tempat sama.

Penangguhan larian itu diumumkan di laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai penganjur dan McDonald's Malaysia sebagai penaja acara sukan itu.

"Sehubungan itu, setelah berbincang dengan MOM, kedua-dua McDonald's Malaysia dan MOM telah mengambil keputusan untuk menunda Larian Hari Olimpik yang dijadualkan pada 23 Jun 2013, memandangkan aktiviti luar yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan," menurut kenyataan itu.

Pengurusan jenama makanan segera popular itu juga mengumumkan, kesihatan dan kesejahteraan semua peserta, termasuk kanak-kanak yang dijangka menyertai acara itu menjadi keutamaan mereka.

Maklumat lanjut berhubung acara itu akan diumumkan kemudian.

Pengkhianat Negara: Pendatang Filipina jadi setiausaha Umno cawangan - RCI


UMNO logoSaksi di kalangan pendatang Filipina, Shukor Abdullah, 53, berkata kepada Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini memberitahu beliau merupakan Setiausaha Umno Cawangan Kampung Tanjong Kapor, Kudat di Sabah.
Shukor, yang lahir di Filipina pada 1960 berkata, beliau datang ke Sabah melalui jalan laut sebagai pelarian perang dari Filipina, dan kemudiannya memperolehi kad pengenalan biru.
"Saya pernah memohon kad pengenalan hijau, tak dapat, kemudian saya mohon kad pengenalan biru, dapat," kata Shukor kepada panel RCI di Mahkamah Tinggi Sabah hari ini.
Saksi ke-132 dalam RCI itu turut berkata beliau datang ke Sabah pada 1976, dan kemudiannya dalam tahun 1982 mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang juga merupakan warga Filipina.
Beliau kemudiannya memohon kad pengenalan menggunakan surat akuan daripada ketua kampung, dan terpaksa menggunakan tempat lahir di Kudat, bagi membolehkan beliau memperolehi kad pengenalan.
"Saya mendapat kad pengenalan kurang setahun selepas membuat permohonan di Kudat," katanya.
Ditanya mengapa beliau melakukan tindakannya itu yang bertentangan dengan sistem perundangan, Shukor berkata:"kerana saya mahu tinggal di Sabah dan tidak mahu balik ke Filipina."
"Saya buat dengan ikhlas .... Kalau saya tak letak di Kudat, mungkin tidak diluluskan," kata bapa kepada dua anak lelaki itu lagi.
Beliau turut berkata selama memperolehi kad pengenalan, beliau juga tidak pernah ketinggalan mengundi dalam setiap pilihan raya umum.
Hampir 28 peratus daripada penduduk Sabah merupakan warga asing, dengan anggaran berjumlah 889,000 yang kebanyakannya datang dari Filipina dan Indonesia.
RCI yang bermula Januari lalu juga telah mendedahkan testimoni rakyat Filipina dan warga asing lain tentang bagaimana mereka menerima kad pengenalan biru dalam masa beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan mengundi dalam pilihan raya.

Himpunan aman Black 505 diteruskan



 KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini memutuskan perhimpunan aman Black 505 pada 22 Jun ini diteruskan seperti yang dirancang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan mesyuarat mingguan Pakatan Rakyat juga turut mengajak seluruh kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat, aktivis, penyokong dan rakyat jelata yang cintakan demokrasi agar bersama-sama pada perhimpunan tersebut.

Katanya lagi, walaupun terdapat bantahan dari pihak tertentu, perhimpunan tersebut akan berlangsung sepertimana yang dirancang sebelum ini iaitu di Padang Merbok pada jam 2 petang.

"Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) merupakan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara, ia mencatatkan jumlah aduan paling tinggi dari rakyat dan parti dengan jumlah petisyen yang paling banyak dicatat.

"Atas desakan penyelewengan dan kelemahan yang berlaku, Pakatan Rakyat mengajak seluruh penyokong dan rakyat hadir menyertai himpunan pada 22 Jun nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS.

Menurut beliau lagi, atas perkara asas yang menjadi bukti kelemahan pengendalian pilihanraya umum kali ini adalah penggunaan dakwat kekal yang dijanjikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hasil dari ketetapan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai penambahbaikan SPR.

Jelasnya, isu dakwat kekal menjadi antara perkara pokok yang dijanjikan kepada rakyat Malaysia dan dimaktubkan dalam Akta Pilihanraya.

Black 505: Pakatan seru rakyat hadir di Padang Merbok, tuntut pilihan raya semula

Anwar PCKUALA LUMPUR, 20 Jun: Pakatan Rakyat menyeru rakyat hadir ke Himpunan Blackout 505, Sabtu ini di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang disifatkan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan mengulangi  tiga tuntutan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pakatan menuntut peletakan jawatan kesemua ahli suruhanjaya SPR terutamanya Pengerusi dan Timbalannya serta pelantikan ahli suruhanjaya baru dengan mekanisme yang lebih baik.
“Selain itu, Pakatan menggesa diadakan pilihan raya semula di 30 kawasan parlimen dan menggesa proses persempadanan semula dihentikan sehingga pesuruhjaya SPR baru dilantik,” ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat Pas hari ini.

Black 505: PDRM akan minta bantuan tentera jika perlu...nak perang dengan rakyat ke..!!!!

Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Ipoh hari ini.

UMNO Cawangan SPR: Pakatan hipokrit, kerana akan angkat sumpah sebagai MP, kata Wan Ahmad

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.
"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit."
"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di sini hari ini.
Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.
"Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya."

Black 505: Pertemuan dengan polis dibatalkan

Pertemuan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan ketua polis Dang Wangi untuk membincangkan mengenai perhimpunan Black 505 telah dibatalkan, selepas beliau mendapat arahan daripada Bukit Aman untuk bertemu dengan pegawai atasan.
"Pertemuan dibatalkan," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, serta menegaskan perkara tersebut tidak akan menghalang mereka daripada terus berhimpun Sabtu ini di Padang Merbok.
Rafizi juga berkata pihak polis perlu dibenarkan membuat keputusan tanpa campur tangan daripada Putrajaya seperti pada awalnya dimana kerjasama penuh telah diberikan oleh pihak berkuasa tersebut.
"Saya hargai mereka mahu berjumpa tetapi saya tahu perkara ini adalah dibawah kelulusan daripada mereka memiliki kuasa," tambahnya.
Awal hari ini, Rafizi bersama dua lagi individu iaitu Loke Siew Fook daripada DAP dan ahli PAS Syed Azman Syed Ahmad Nawawi telah dipanggil ibu pejabat polis Dang Wangi untuk berjumpa dengan Pembantu Pesuruhjaya Ketua Polis Zainuddin Ahmad bagi membincangkan "isu keselamatan demi keselesaan semua pihak" pada perhimpunan Sabtu ini.
Beliau turut berkata awal hari ini perkara tersebut menunjukkan kesediaan pihak polis untuk memenuhi permintaan penganjur perhimpunan meneruskannya di Padang Merbok.
"Ia nampak positif," kata Rafizi.

Himpunan Blackout 505 tetap diteruskan - Anwar

Pakatan kekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang

No unity proposals from Najib, says Anwar

Anwar Nafi Bincang Kerajaan Perpaduan

NIAT akan demo bantah Interlok,Tanda Putera

Doors still open for PSM, says Anwar

UMNO Cawangan SPR: Blackout 505 Agenda Pakatan Bangkitkan Kemarahan Rakyat - Wan Ahmad

PR Calon Datuk KJ Timbalan Speaker

PSM : PR Timbang Semula Permohonan

Olympic Council: Padang Merbok run delayed because of haze, not politics

Muktamar PAS 2013 bukan lagi urusan 'rumah tangga'..!!!

Muktamar PAS kali ini bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti sebagaimana rutin setiap dua tahun sekali.

Pasca November 2013 nanti, seluruh ahli PAS, para penyokong (mahupun tidak), simpatisan dan rakyat Malaysia keseluruhannya bakal menyaksikan barisan kepimpinan baru dalam PAS.
Jika ditelusuri gamat pilihan raya umum ke-13 yang lalu, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian.
NONEGelombang "Ini Kalilah" dan "UBAH" yang melatari sokongan terhadap Pakatan Rakyat merupakan signal penting, yang secara umumnya memperlihatkan sokongan terhadap Pakatan (termasuk PAS dalam kerangka tahalluf siyasi) pada kali ini berada pada tahap yang boleh dianggap amat cemerlang berbanding siri-siri pilihan raya umum yang lalu.

Slogan ini boleh dikatakan manifestasi kebencian rakyat terhadap Umno/BN dan harapan yang amat tinggi untuk melihat Pakatan mengambil alih Putrajaya.

Ini dikukuhkan lagi dengan peratusan undi popular yang diperoleh Pakatan menjangkau 51 peratus berbanding Umno/BN yang hanya pada tahap 47 peratus.
Pola sokongan ini tidak boleh sama sekali dipandang remeh kerana umumnya, rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap Pakatan, termasuk PAS sebagai sebuah parti berteraskan Islam dan mewakili teras sokongan masyarakat Melayu untuk mengambil tempat menggantikan Umno dalam landskap politik tanah air.
Oleh itu, barisan yang akan dibentuk menerusi pemilihan oleh para perwakilan dalam muktamar November nanti mestilah mengambil kira aspek ini dalam memastikan momentum PAS menuju pilihan raya umum ke-14.
Sokongan Tiong Hua, generasi Y
Hipotesis awal umumnya memperlihatkan PAS masih gagal meraih majoriti sokongan pengundi Melayu.

Di sesetengah kawasan dan negeri, sokongan masyarakat Tiong Hua terhadap PAS mampu mencecah 80 hingga 90 peratus. Ini perlu disedari dan perlu dikekalkan.
NONEDalam masa yang sama, PAS juga tidak boleh sama sekali mengabaikan aspek pengundi muda yang mewakili saluran 3 dan 4 khususnya dalam persediaan menuju pilihan raya akan datang.

Mereka merupakan generasi Y yang hidup dalam hambatan arus deras media baru.

Di institusi-institusi pengajian tinggi contohnya, mereka merupakan anak muda yang boleh sahaja mengikuti tarbiah Islam menerusi agen-agen kaderisasi PAS di kampus, namun dalam masa yang sama terdedah dengan wacana-wacana kritikal yang sarat di ruang siber.
Justeru, perwakilan PAS perlu bijak memilih untuk mengemukakan wajah-wajah kepimpinan yang mampu menjadi jambatan kepada dua kelompok sasar yang lahir dari kehangatan PRU13 ini.
Dalam erti kata lain, kepimpinan yang mampu mengekalkan sokongan masyarakat Tiong Hua (termasuklah bangsa-bangsa lain), mampu menghargai dan menyantuni aspirasi generasi muda dan dalam masa yang sama mampu merangka strategi meningkatkan sokongan dan keyakinan Melayu terhadap PAS.
Mencari tokoh kepimpinan

Polis akan bertemu Rafizi petang ini berhubung himpunan Black 505

Rafizi RamliHanya dua hari sebelum perhimpunan Black 505, polis Dang Wangi meminta Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dua lagi untuk bertemu pada 4.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, kawasan dimana perhimpunan itu bakal diadakan akan bertemu dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) itu.

Selain dari Rafizi, dua lagi yang turut dipanggil adalah Loke Siew Fook dari DAP dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari PAS.

Seorang pemimpin PR mengatakan perbincangan tersebut berhubung “isu keselamatan untuk keselesaan semua pihak.”

Perhimpunan Black505 tetap di Padang Merbok, kata Rafizi

Dengan 48 jam sebelum perhimpunan Black 505 pada Sabtu, ketegangan diantara polis dan penganjur berterusan.
Sebagai respon kepada amaran polis semalam mengatakan penganjur akan didakwa sekiranya perhimpunan diteruskan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu The Malaysian Insider tiada perubahan setakat ini.
“Kita akan teruskan dengannya,” katanya berkenaan dengan rancangan untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
“Walau bagaimanapun, kita berharap menjelang hari perhimpunan, polis akan memenuhi permintaan kita.”
Beliau menambah: “Akan tetapi saya faham, polis terikat dalam perkara ini. Putrajaya yang mengawal keadaan.
“Mereka harus belajar menghormati majoriti yang bimbang dengan penipuan pilihan raya baru-baru ini.”
Semalam, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengeluarkan satu lagi amaran keras.
Bercakap pada sidang akhbar, ketua polis yang bertanggungjawab atas kawasan tempat perhimpunan itu diadakan memberi amaran pihak penganjur masih boleh didakwa walaupun polis telah menerima notis pemberitahuan perhimpunan 10 hari lebih awal, seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 .
Ini adalah kerana penganjur tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan padang itu.?

RCI: Pendatang asing Filipina guna nama bapa bekas ahli Parlimen

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah diberitahu hari ini pendatang asing dari Filipina didakwa menggunakan nama bapa kepada bekas ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun dalam kad pengenalannya.
Eric yang dipanggil sebagai saksi ke-130 memberitahu panel RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bahawa beliau secara peribadi mengenali individu berkenaan, malah turut berkata warga asing Filipina itu sebelum itu hanya menggunakan passport.
"Saya kenal, dia tukang buat rumah dan menggunakan passport dulu, kemudian saya diberitahu oleh saudara bahawa dia menggunakan kad pengenalan.
"Dia orang Filipina yang gunakan nama ayah saya, Majimbun!" kata Eric, yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu.
Beliau kemudiannya berkata kepada panel yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, pada 2007, beliau telah mengarahkan unit Cawangan Khas pasukan polis menyiasat perkara itu, dan telah diberikan salinan kad pengenalan warga Filipina tersebut.
"Kebetulan SB (cawangan khas) dapat dan beri satu salinan kad pengenalan menggunakan nama Jerum Majimbun, bapa saya."
"Kemudian saya menulis surat kepada Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 2007 memaklumkan perkara itu, namun tiada sebarang jawapan," katanya.

RCI: Sabah perlu keluarkan IC sendiri, kata presiden SAPP

Rakyat Sabah seharusnya diberikan kelebihan untuk mengeluarkan kad pengenalan (IC) mereka sendiri bagi mengekang pemberian kewarganegaraan kepada rakyat asing di negeri berkenaan, cadangan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee kepada Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) di Sabah.
Yong menjelaskan, kerajaan Persekutuan dilihat tidak serius dalam menangani gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Filipina dan Indonesia, dan Sabah jelasnya harus memikirkan inisiatif sendiri bagi menyelesaikan perkara itu.
"Jika kerajaan tak nak selesaikan perkara ini, kita perlu selesaikan sendiri dengan mekanisme kita sendiri, keluarkan IC Sabah," katanya kepada RCI hari ini di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Beliau menjelaskan, idea pengeluaran IC Sabah diutarakan selepas hilang harapan terhadap kerajaan persekutuan dalam isu berkenaan.
"Idea ini timbul sebelum pembentukan RCI ini lagi," katanya.

Turki di bawah Erdogen tak sama dengan negara Arab


SEMUA negara Arab baik yang terlibat dengan Arab Spring dan tidak, tidak sama dengan Turki yang ditadbir oleh Perdana Menteri Recep (Rejab) Tayyip (Taib) Erdogen dan partinya AK.
Rata-rata negara Arab  dan pemerintahannya diktator baik ia monarki atau republik. Rakyat tidak dapat bersuara, tidak dapat menikmati keadilan sosial, bagi yang tidak berminyak hidup dalam kemiskinan sedang pemerintahannya  kaya raya. Rata-rata rasuah dan tiada negara yang dapat dijadikan contoh negara Islam.

Dengan segala  yang ada di negara-negara Arab itu tiada yang terkejut jika Arab Spring berlaku.

Semua tahu Turki sejak kalahnya khilafah Osmaniyah. Ia negara  sekular anti-Islam dan anti-Arab. Sekularisma adalah fahaman yang tidak hidup dan ditadbir secara agama tetapi ia tidak anti mana-mana agama. England adalah sekular tetapi Queennya boleh menjadi ketua agama Kristian dan gereja. Ia boleh membantu keperluan rakyat secara agama tetapi kerajaan dan politiknya tidak dijalankan mengikut kehendak agama.

Kerajaan Turki tidak ada bajet tentang Islam. Tiada surau di mana-mana bangunan kerajaan. Siapa yang hendak solat di waktu pejabat, solatlah secara curi. Kerajaan dan kaki tangannya dikira jenayah jika melibatkan diri dengan Islam. Islam adalah dalam rumah dan masjid. Sekularismanya adalah anti Islam.

MLKN: Pelatih hamil tak dibenarkan ikuti PLKN

Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melahirkan bayi di dalam tandas di sebuah kem semalam.
Pengerusinya Datuk Dr Tiki Lafe berkata antara perkara yang akan diteliti ialah bagaimana seorang bakal pelatih yang mengandung boleh "terlepas" ketika pemeriksaan kesihatan.

Prosedur menetapkan seseorang bakal pelatih yang disahkan mengandung oleh doktor perubatan tidak akan dibenar mengikuti latihan PLKN itu, katanya kepada pemberita selepas penutupan latihan PLKN di Kem PLKN Miri hari ini.

Semalam, seorang pelatih yang mengikuti latihan di Kem Sri Ledang, Segamat, Johor dilapor melahirkan bayi lelaki di dalam tandas kem itu kira-kira pukul 3 pagi. Kejadian disedari pihak pengurusan kem yang kemudian menggegaskan remaja itu dan bayinya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Bayi seberat 2.7 kilogram itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian, sementara keadaan remaja berusia 18 tahun tersebut dilapor tidak membimbangkan.

Mengulas lanjut, Tiki tidak menolak kemungkinan doktor atau jururawat yang menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas remaja terbabit "terlepas pandang".

Black 505 dan realiti menarik di selatan

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tumpuan saya -- sekurang-kurangnya sehingga Sabtu ini -- masih terfokus kepada Himpunan Black 505, di Padang Merbok, agar ia dapat mencatat sejarah, terutama dari segi jumlah kehadiran, dan dengan itu memberikan tekanan semaksimum mungkin kepada elit pemerintah untuk segera melakukan perubahan menyeluruh ke atas sistem dan proses pilihan raya di negara ini.

Sepatah kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0, A Samad Said: "Kita merayu supaya ahli-ahli (penyokong Pakatan Rakyat) lebih banyak untuk menyertainya." Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga memutuskan menyokong perhimpunan tersebut. ""Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat," kata Naib Presiden PAS, Husam Musa, yang menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS turun ke lokasi.

Ya, ini bukan kali pertama perhimpunan seumpama itu dianjurkan. Agak saya kali kelima; membawa mesej dan tuntutan yang sama tapi seperti tidak dipedulikan walaupun penguasa cuba menunjukkan sikap proaktif dengan menampilkan, misalnya penggunaan dakwat kekal yang kemudiannnya terbukti mudah ditanggalkan, dan akhirnya diakui sendiri oleh Pengerusi SPR. (Dan Pak Samad mencadangkan, Abdul Aziz Mohd Yusuf secara terhormat meletakkan jawatan atas pengakuannya itu).
Apa pun perbedaan tanggapan terhadap reaksi keputusan PRU13, acara 22 Jun itu harus diusahakan sebaik  mungkin supaya dapat mencapai sasaran, iaitu bukan hanya berkumpul santai atau berarak di sekitar Padang Merbok dan Tasik Perdana, tetapi perlu membayangkan impak positif terhadap amalan demokrasi yang selama ini berjalan penuh ketempangan. Target utama: Hitamkan seluruh ibu kota petang Sabtu ini.

Makin Ditekan Makin Dilawan: Aksi Flashmob Seluruh Tanahair

Di atas inisiatif SAMM, SMM dan kumpulan aktivis anak muda, gabungan NGO #SuaraRakyat505 menerpa kejayaan beberapa dalam aksi flashmob. Menjelang perhimpunan terbesar paling bersejarah melawan penipuan PRU pada 22 Jun nanti, kami mengambil peranan tersendiri untuk mobilisasi maksima.
Kejadian tangkapan di depan Sogo 15 Jun lalu tidak langsung memberi kesan kepada anak muda untuk meneruskan aksi Flashmob ke seluruh tanahair. Walaupun diberkas oleh anggota polis, digari dan berada dalam tahanan polis selama hampir lapan jam, ia tidak mungkin akan mematahkan semangat malah membangkit adrenaline menuju aksi sebenar 22 Jun 2013 di Padang Merbuk 
Setakat semalam, beberapa lagi flashmob telah berjaya dilaksanakan termasuklah di P.Pinang, Sg Besar Selangor dan semalam di Jalan Tun Perak Kuala Lumpur. Namun salah satu venue iaitu di Kuantan mendapat tentangan hebat dari pihak polis hingga memaksa flashmob yang dimulakan beberapa minit terhenti.

Semalam ketika di Jalan Tun Perak juga terdapat lebih 30 orang polis berkawal. Flashmob diteruskan juga dan berakhir sejam kemudian dengan matlamat yang tercapai. Rahsia kejayaan kali ini ialah, memastikan mereka yang berkumpul memegang sepanduk tidak lebih dari empat orang. Setiap spot hanya disertai berempat dan terdapat 6-7 spot di sepanjang jalan Tun Perak.

Tipu PRU: Anwar boleh tunggu, tapi rakyat tidak - Tian Chua


Rakyat Malaysia sebenarnya yang tidak "sabar" untuk menunggu lagi lima tahun untuk melihat pertukaran rejim sementara pembangkang, termasuk tokohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menunggu, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

"Anwar boleh tunggu. Ramai lagi orang boleh tunggu, tetapi saya tidak rasa rakyat Malaysia cukup sabar untuk menunggu lagi lima tahun," kata Chua dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum ini.

"Saya tidak rasa ekonomi kita boleh bertahan dengan lima tahun pembaziran lagi.

"Keperluan mendesak untuk perubahan datang daripada tuntutan rakyat," katanya ketika ditanya sama ada pilihan raya umum lalu peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri.

"Perjuangan ini bukan tentang Anwar mahu jadi PM. Tetapi PRU13 adalah peluang terakhir Malaysia ke arah langkah perubahan demokratik," katanya.

Police to meet Rafizi at 4.30pm over Saturday’s Black 505 rally

Rafizi RamliJust two days before the Black 505 rally, Dang Wangi police have now asked PKR strategic director Rafizi Ramli and two others for talks at 4.30pm.

The top cop in charge of the area where the rally will be held this Saturday, Assistant Commisioner Zainuddin Ahmad, will meet them.

Apart from Rafizi, the other two summoned to police HQ are DAP's Loke Siew Fook and PAS member Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

A PR official said the meeting was to discuss “safety issues for the comfort of every party”.

Himpunan Sabtu: Polis diminta beri kerjasama – Chegu Bard

Chegu bardKUALA LUMPUR 20 JUN: Pihak polis diminta memberi kerjasama kepada penganjur Black 505 dan tidak menghalang rakyat berhimpun kerana ia tidak bertentangan Akta Perhimpunan Aman, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Saharin.
Beliau berkata, hak berhimpun turut dijamin Perlembagaan yang menjadi rujukan perundangan tertinggi negara dan ia mesti dihormati semua pihak.
“Kepada polis, saya ingin ingatkan bahawa kamu bukan musuh rakyat dan kita mahukan kerjasama dengan kamu, bukan permusuhan. Jadi bantulah rakyat untuk merampas semula hak yang sudah diseleweng oleh Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujarnya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, kehadiran rakyat yang ramai adalah penting bagi menunjukkan kepada BN dan SPR supaya tidak mempermainkan hak mereka.
“Rakyat mesti bangkit untuk menyatakan bantahan bagi menoktahkan ibu segala penipuan ini,” ujarnya.

S'gor tubuh s'jaya siasat dakwaan penipuan p'raya

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membentuk satu suruhanjaya untuk menyiasat penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya yang didakwa berlaku di negeri berkenaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Syarat dan terma rujukan suruhanjaya berkenaan serta senarai anggotanya akan diumumkan tidak lama lagi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Penubuhan suruhanjaya  ini selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

“Kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan,” kata Khalid.

Katanya, suruhanjaya itu antara lainnya akan diurus oleh timbalan speaker DUN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang akan mengangkat sumpah jawatan berkenaan esok.

Timbalan speaker DUN berkenaan akan bertindak sebagai penyelaras suruhanjaya berkenaan

"Kerajaan Selangor berpendirian bahawa penyelewengan pilihan raya adalah kesalahan serius yang boleh merosakkan sistem  demokrasi negara ini dan amat penting untuk kerajaan negeri menyiasat dakwaan itu bermula dari akar umbi," kata Khalid lagi.

Istiadat Penuh Pembukaan DUN Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013

Jelajah #SuaraRakyat505 Menuju #KL622 di Pahang | Khamis 20Jun | Taman Saga, Temerloh


SENARAI AKSI FLASHMOB #SuaraRakyat505 Menuju #KL622#Black505 20HB & 21HB (HARI INI DAN ESOK)


SENARAI AKSI FLASHMOB  #SuaraRakyat505 
Menuju #KL622#Black505 20HB & 21HB (HARI INI DAN ESOK)


Kita tunjukkan RAKYAT KEDEPAN!

Flashmob TERENGGANU | Depan Giant K.T'ganu | Khamis | 20Jun | 5pm |

Flashmob KEMAMAN | Depan Centre Point | Khamis | 20Jun | 5pm | 

FlashMob PERLIS | Khamis | 20 Jun | 5 Petang | Bulatan Persiaran Jubli Emas Kangar

Flashmob MELAKA | Khamis 20 Jun | 6pm | Jalan Utama Bandar Melaka (Sebelah Tesco Bandar Melaka)|

Flashmob SEREMBAN | Khamis 20 Jun | 5pm | Dataran Seremban

Flashmob KUANTAN (repeat) | Khamis 20 Jun | 5pm | (Tempat dirahsiakan)

Flashmob KELANTAN | Jumaat 21 Jun | 8.30am | Depan pejabat R, Tanjung, Jln Kuala Krai-K.B

Flashmob PERAK | Jumaat 21 Jun | 5pm | Simpang Empat Pau Yik Mun, Tanjung Malim | Bersama SAMM Perak & Mahasiswa UPSI

Flashmob RAWANG | Jumaat 21 Jun | 5pm | Stesen Komuter Rawang & Stesen Bas Rawang (mydin)

Grand Finale Flashmob KUALA LUMPUR | Jumaat 21 Jun | (Lokasi dirahsiakan)

Ayuh anak muda kita 'warm up' dulu

Tok Guru Nik Aziz tinggalkan ruang besar untuk pengganti


Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah menetapkan satu tanda aras yang tinggi sebagai pemimpin yang patut dicontohi.

Caranya menampilkan diri, antaranya tidak mementingkan diri, rendah diri, hidup sederhana serta tidak keterlaluan menjadi sifat yang harus dicontohi semua, kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

NONE"Ini mungkin menjadikan beban kepada menteri besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaacob untuk mengikuti contoh beliau, kerana kehormatan tersebut hanya boleh diperoleh dengan tindakan dan setelah dinilai masyarakat.

"Nik Aziz telah meninggalkan ruang besar yang sukar diganti," kata Dzulkefly (atas) .

Dzulkefly berkata, bukan mudah bagi Ahmad mencontohi pentadbiran sebelumnya dan beliau sendiri merasakan terdapat kegelisahan berhubung perkara itu di kalangan ahli parti.

"Ini kerana saya telah melihat kekalahan parti di Kedah dan Terengganu serta kesan tindakan Nik Aziz yang dihormati masyarakat pelbagai kaum dalam memerintah Kelantan selama 22 tahun.

"Cabaran untuk PAS adalah untuk memastikan semua contoh baik serta kepercayaan Tok Guru (Nik Aziz) telah tinggalkan harus diteruskan dan tak dimusnahkan," katanya.

Black 505: Tidak boleh berhimpun kata Polis .....

Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini Sabtu ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini.

Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan.

"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak.

"Itu selari dengan kehendak Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayub Yaakob di sini hari ini ~ Lidah Rasmi UMNO

Kemuncak Himpunan Black 505 malam esok

KUALA LUMPUR 20 JUN: Gabungan ‘Suara Rakyat 505’ mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dengan menganjurkan flashmob bermula 15 Jun lalu dan kemuncaknya adalah pengiraaan detik akhir (final countdown) pada malam esok, 21 Jun.
Malam kemuncak itu akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di mana hadirin akan diberi penerangan bagi menghadapi himpunan di Padang Merbok keesokan harinya.
Menurut kenyataan dikeluarkan Suara Rakyat 505, gabungan itu juga akan menubuhkan sebuah pasukan sukarela bagi menggembleng kekuatan rakyat pada himpunan itu.
“Kami menegaskan bahawa hak untuk berhimpun secara aman adalah hak rakyat yang diperuntukkan oleh perlembagaan, khususnya bagi menyuarakan kepincangan yang berlaku dalam negara.
“Hak ini tidak wajar dicabuli dan tidak boleh dihalang oleh pihak berkuasa termasuklah DBKL. Justeru, kami tetap akan teruskan perhimpunan di Padang Merbok walaupun mendapat halangan DBKL,” kata penganjur.