Rabu, 19 Jun 2013

2nd flash mob staged ahead of June 22 Black 505 rally: Last one on Fri - TAKE PART, GUYS!

KUALA LUMPUR - Some 20 "Black 505" supporters marked the week's second flash mob in the city to urge people to attend the planned Opposition rally at Padang Merbok here on June 22.
Participants wearing Black 505 bandanas and carrying Pakatan Rakyat flags and placards gathered the outskirts of the Masjid Jamek LRT station at around 6pm Wednesday.
2nd flash mob staged ahead of June 22 Black 505 rally: Last one on Fri - TAKE PART, GUYS!The group shouted slogans and even sat down on the pavement under the LRT line in the middle of Jalan Tun Perak.
Traffic along the stretch remained clear under the watch of several police personnel.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) propaganda director Edy Noor Reduanand said flash mob participants were told to gather in different areas in groups of no more than four people.
"Today is just a spontaneous act by people and I guarantee that there are no more than four people in any area.
"Therefore, they (police) have no right to detain us. If they want to detain, do it on June 22," Edy Noor said.
Final flash mob on Friday at 5pm
SAMM Federal Territories coordinator Shariful Azmir Mustafa added that the group and other non-governmental organisations would stage one final flash mob in the city at 5pm on Friday.
"We will start in Sogo, come here (Masjid Jamek) and then finish off in front of the KL/Selangor Chinese Assembly Hall.
"And we will go all out, whatever happens, happens," he said.
The rally is to protest against alleged electoral fraud and irregularities during GE13 and call for the resignation of all election commissioners.
Last Saturday, 15 people were arrested by police for disrupting the peace, during a short-lived flash mob outside Jalan Tuanku Abdul Rahman near the Sogo shopping conplex, around 2.50pm.

Pelatih PLKN lahir bayi lelaki di tandas kem..!!

MUAR - Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.
  
Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
  
Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.
  
Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
  
"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.  - Bernama

'Mansuh undang-undang jenayah syariah gesaan sempit'

Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memandang serius akan gesaan memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah yang dibuat oleh The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) berhubung isu mengenakan sebatan Syariah ke atas pesalah sumbang mahram dan zina. Seramai 22 daripada 39 pesalah dilaporkan wanita.

Wanita ISMA merasakan gesaan tersebut dibuat dari kacamata sempit feminisme dan liberalisme yang gagal melihat isu tersebut secara menyeluruh kerana ia melibatkan dosa besar dalam undang-undang Syariah, iaitu sumbang mahram dan zina.
 Sumbang mahram adalah hubungan seks/kelamin di antara dua individu yang diharamkan berkahwin oleh syariat agama.

JAG gagal mempertimbangkan faktor di mana kajian di antara tahun 2000-2008 menunjukkan Selangor dan Johor merekodkan kes tertinggi sumbang mahram, iaitu sebanyak 308 kes.
Menurut penolong pengarah kanan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Mohd Zambri Kambari, sebelum ini, kesalahan tersebut hanya didenda membayar RM5,000 atau penjara 3 tahun.

Nyata, kedua-dua hukuman ini, yang mungkin dianggap ringan gagal menghalang kes-kes sebegini daripada terus berlaku. Sumbang mahram, jika tidak dibendung, melahirkan natijah yang lebih buruk iaitu dengan merosakkan susur galur keturunan salasilah keluarga, terutamanya jika hubungan tidak sah ini melahirkan zuriat.
Anak-anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram juga terdedah kepada trauma psikologi.

Wanita ISMA menyokong tindakan JAIJ dalam menguatkuasakan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri Johor kerana ia dilakukan mengikut garis panduan yang mematuhi sebatan Syariah. Sebatan Syariah ini memerlukan wanita hanya di dalam keadaan duduk, tidak seperti lelaki yang terpaksa berdiri.

Ini adalah bukti di mana Islam masih menjaga kehormatan wanita, tanpa mengorbankan prinsip asas setiap yang bersalah mesti dihukum, tanpa mengira jantina. Hukuman ke atas wanita juga boleh ditangguhkan sekiranya mereka mengandung atau masih menyusukan bayi.

Gesaan JAG untuk mansuh undang-undang jenayah Syariah menghina perlembagaan

Ahmad Deniel Roslan

     Baru-baru ini, pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). JAG mendesak agar satu usaha pemansuhan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah yang berkuatkuasa di Malaysia. (http://www.themalaysianinsider.com/print/rencana/pemansuhan-undang-undang-kesalahan-jenayah-syariah-jag/)
    Gesaan JAG ini menampakkan satu manifestasi akan ketidakfahaman/kejahilan mereka akan hukuman sebat di dalam Syariah Islam dan praktikalnya di Mahkamah Syariah Malaysia.
    Asasnya, hukuman sebat yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysian adalah ‘dikurniakan’ di dalam Perlembagaan Malaysia. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Maka, secara Perlembagaanya, hukuman sebat syariah ini disokong/diasas oleh Perlembagaan Persekutuaan dan bukanlah hukuman yang tidak sah. Di dalam Islam, Hukuman sebat ini, jika ditelusuri di dalam perundangan Islam adalah merupakan salah satu bentuk hukuman 'takzir' yang mana diperuntukkan kepada pemerintah.
    Hukuman ‘sebat’ yang didakwa oleh JAG sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia dan dianggap sebagai satu perbuatan kejam di dalam isu ini tidak mempunyai asas dan tidak lebih sekadar dakwaan melulu tanpa melihat secara ilmiah dan praktikalnya akan ‘hukuman sebat’ yang diamalkan di Mahkamah Syariah, yang nyata berbeza dengan hukuman sebatan di Mahkamah Sivil(C0mmon law).
    Hukuman Sebat di dalam Undang-Undang Sivil tidak dinafikan melanggar prinsip hak asasi manusia dan dilihat sebagai kejam dari segi perlaksanaanya. Perlaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah adalah jelas menjaga maruah/kebajikan/mendidik pesalah dan bukanlah bersifat kejam sepertimana hukuman sebat di dalam Mahkamah Sivil.

Flashmob Beri Mesej Jelas Menjelang Himpunan Blackout 505

Black 505: Another flash mob ahead of gathering

Pas parti nasionalis -Dr Mujahid Rawa

Cadangan untuk Muktamar Pas -Dr Mujahid Rawa

Sabah : 10% dapat MyKad tanpa memohon dan 90% lagi membeli MyKad...

 Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing mencadangkan agar mana-mana kad pengenalan (IC) biru meragukan yang dikeluarkan kepada pendatang asing perlu ditarik semula, dan diberikan kad pengenalan merah sementara sehingga penyiasatan berhubung perkara itu selesai, katanya kepada Inkuiri Diraja Suruhanjaya penyiasatan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing (RCI).

Bekas ahli Parlimen Tuaran yang mesra Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, hanya mereka yang dipercayai benar-benar sebagai warganegara sahaja akan diberikan kad pengenalan biru selepas selesai penyiasatan bagi membolehkan gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing dapat diselesaikan.

"Ia perlu diselesaikan seperti mana pemberian kad pengenalan mula-mula berlaku," katanya kepada panel inkuiri yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

"Kerajaan perlu bersedia mengeluarkan duit untuk tujuan itu," katanya yang bertanding menggunakan lambang PKR dalam Pilihan Raya 2013, pada 5 Mei lalu, namun tewas kepada Datuk Wilfred Madius Tangau, dari BN-UPKO.

SPR paksa rakyat demo depan pejabatnya


KUALA LUMPUR: Keengganan kepimpinan SPR meletak jawatan seolah-olah memaksa rakyat berhimpun di hadapan pejabat suruhanjaya itu, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Setelah mengakui dakwat yang mereka dakwa kekal sebenarnya tidak kekal, sikap keras kepala kepimpinan SPR yang enggan meletak jawatan seolah-olah bersungguh-sungguh memaksa majoriti rakyat yang marah dan tidak percaya lagi kepada mereka berhimpun di hadapan pejabat suruhanjaya itu," kata beliau.

Salahuddin berkata, amat tidak wajar SPR bertindak sedemikian ketika Pakatan Rakyat sendiri memilih mengadakan perhimpunan aman Black 505 memprotes penipuan dalam pilihan raya di Padang Merbok.

Beliau meminta kepimpinan SPR menghentikan pembohongan bersiri bagi mengelakkan diri meletak jawatan secara bermaruah.

Dasar ekonomi negara gagal sentuh kelangsungan rakyat – Anwar

AnwarPETALING JAYA 19 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin, penubuhan jawatankuasa mengurangkan defisit negara yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan gagal berikutan banyak langkah utama yang diputuskan penuh ‘kerahsiaan’.
“Saya mengambil pendirian berhati-hati terhadap pengumuman Najib dalam usaha membentuk sebuah jawatankuasa yang akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan defisit belanjawan negara kepada tiga peratus pada 2015.
“Ini kerana soal kerangka ekonomi tidak selesai tanpa kenyataan, peraturan dan langkah kebijakan lebih tepat bagi menjamin kelangsungan dan kemampanan pertumbuhan ekonomi untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat tidak disentuh.
“(Kenyataan itu) dipersulitkan kerana beberapa langkah utama yang diputuskan Najib masih dalam peringkat penuh kerahsiaan,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Tambahnya, polisi ekonomi negara oleh kerajaan BN itu tidak wajar melibatkan rakyat.
“Kerajaan BN tidak perlu mengheret rakyat untuk menampung ketidakcekapan ekonomi yang diurus mereka,” kata Anwar.
Najib mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal semalam kononnya untuk pengurusan hutang negara yang lebih baik. Ia dipengerusikan beliau sendiri yang juga Menteri Kewangan.
Jawatankuasa itu akan turut disertai barisan Menteri Kabinet serta ketua-ketua jabatan di setiap Kementerian.

TPP: Kerajaan akur desakan Amerika

KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi, Dr Rosli Yaakop  menyifatkan kerajaan akur dengan desakan kuasa besar ekonomi Amerika Syarikat (AS) apabila meneruskan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada 15 hingga 25 Julai di Kuala Lumpur nanti.

Beliau berkata rundingan tersebut telah mencapai tahap 70 peratus dan dijangkakan akan dilaksanakan pada hujung tahun ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu turut menekankan TPP akan memberi kesan yang teruk kepada pengguna selain turut menggadai maruah dan kedaulatan negara kepada sebuah negara yang mendapat keuntungan hasil perjanjian tersebut.

"Saya melihat kerajaan akur dengan desakan AS untuk melaksanakan TPP sehingga terus melakukan rundingan pada bulan Julai nanti tanpa ada alasan untuk menolak cadangan tersebut.

"Kita kena tahu apabila TPP ditandatangani ia akan terus memberi tekanan kepada pengguna atas kenaikkan harga terutama perubatan selain mengadaikan maruah kedaulatan negara kepada AS yang kita tahu sikap mereka untuk mendapatkan keuntungan dari TPP," jelas beliau yang ditemui hari ini.

Katanya, TPP dilihat memberikan kesan yang buruk kepada negara ini terutamanya dalam bidang perubatan dan juga industri makanan.

MSO: Guna Ku Li untuk jatuhkan Najib

Pakatan Rakyat boleh memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh agar berdepan dengan Najib untuk jawatan Presiden Umno. 

PETALING JAYA: Seorang blogger mencadangkan satu kaedah untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno yang dijadual Oktober depan.
Mohd Sayuti Omar dalam blognya Merah Tinta MSO di antara lain menulis, formula ini boleh digunakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
“Memandangkan Anwar sendiri tidak boleh bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno kerana beliau kini berada di luar parti itu maka orang yang paling sesuai ialah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra disebut Ku Li.
“Anwar dan Pakatan boleh memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk berdepan dengan Najib untuk jawatan tersebut. Ini bermakna Anwar dan Pakatan harus bersekongkol dengan Ku Li,” terangnya.
Menurutnya, masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta.
Ujarnya, “sikap keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Umno lain.
“Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta.
“Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno,” katanya lagi.

Black 505: Berkumpul di 7 Check Point Sebelum Ke Padang Merbok

PETALING JAYA, 19 JUN: Perserta perhimpunan aman #Blackout505 Sabtu ini diseru agar berkumpul di tujuh ‘check point’ sebelum bergerak bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) ke Padang Merbok pada hari tersebut.
Tujuh ‘check point’ tersebut adalah :
1) Brickfields diketuai Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arulchelvan dan Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Marina Chin.
2) Masjid Negara – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, MP Shah Alam Khalid Samad
3) Jalan Pudu – Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Setiausaha Organisasi Parti DAP, Anthony Loke, Ketua Gerakan anti Lynas, Wong Tack, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.
4) Jalan Raja Laut (ibupejabat Pas) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
5) Jalan Raja Laut (Sogo) – Naib Presiden PKR Tian Chua, bekas-bekas pesara tentera
6) Universiti Malaya – aktivis mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan
7) Pekeliling – Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub dan NGO ANAK.
Kumpulan-kumpulan tersebut akan bergerak ke Padang Merbok selepas solat Zohor dan bergabung di padang tersebut kira-kira jam 2.00 petang.
Demikian menurut MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini pagi tadi.

Black 505: DIGP, jangan jadi pemimpin Umno bahagian

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin supaya tidak bersikap seperti pemimpin Umno bahagian untuk cuba menyekat perhimpunan Black 505 Sabtu ini.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan perhimpunan itu adalah satu himpunan aman dan polis tidak sepatutnya membuat sekatan atau amaran.

"Majoriti rakyat mengharapkan senario berubah. Perhimpunan kita aman. Saya kesal tindakan diambil terhadap penganjur. Sebelum ini tiada gangguan majlis cuma masalah teknikal.

"Kami tak ada konfrantasi, cuma timbalan ketua polis negara boleh beri pandangan tapi jangan bagi amaran atau ugut macam ketua bahagian Umno. Kita setuju kalau nak ada perbincangan," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.

BLACK 505: PKR expects huge crowd, Najib would be foolish to react "brashly"

Despite non-stop "threats and intimidation" from the authorities, PKR is confident of a good turnout at the June 22 Black 505 rally to protest fraud and cheating in the recently-concluded 13th general election and to demand the immediate resignations of the Election Commission chairman and deputy chairman.
BLACK 505: PKR expects huge crowd, Najib would be foolish to react "brashly""We are not out to confront anybody. This is an issue where all Malaysians have a stake in. This is your future, so come out and make your stand. Come out in large numbers. We have a puprose but let's not also forget to have a good time to enjoy our city and the nearby gardens," Johari Abdul, the national director of the Black 505 movement, told a press conference on Wednesday
"We are looking at a good-sized crowd. We are confident Prime Minister Najib Razak won't react brashly and trigger off a new chain of unnecessary fires for himself to put out. That would be really foolish of him," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Assembly points
Johari also reiterated the main goals of Black 505 remain the same. "Our demands are still that the EC chairman and deputy chairman must resign."
The EC top duo, who are believed to be Umno members, have been accused of siding Prime Minister Najib Razak's Umno-BN coalition during the May 5 ballot where Opposition Leader Anwar Ibrahim's Pakatan Rakyat coalition took 89 of the federal Parliament's 133.
Pakatan is also challenging the outcome in some 30 seats where they claim bore the brunt of the worst vote-buying in Malaysian electoral history.
Johari also minced no word slamming elected representatives of the Pakatan Rakyat who have feared to support the Black 505 rallies for "being selfish" and not "heeding the wishes of the people who elected them",
Anwar and Pakatan, who have refused to concede defeat, launched the first Black 505 rally in Kelana Jaya on May 8, drawing a record crowd of more than 100,000. Since then, Anwar has spearheaded 16 main rallies across the country, with more than half a million Malaysians from all walks of life especially the youth participating with enthusiasm.
The June 22 rally at the Padang Merbok in Kuala Lumpur is expected to draw a record crowd as Malaysians try to prevent the Umno-BN from pushing through further boundary redelineations and laws to ensure they continue to stay in power after the next election, which must be held latest by 2018.

‘OCM pressured to move to Padang Merbok’

The last-minute change of venue by OCM from Dataran Merdeka to Padang Merbok will not affect this Saturday’ Black 505 rally at the same venue, said PKR strategy director Rafizi Ramli. 

PETALING JAYA: The venue of this Sunday’s Olympic Day Run 2013 has switched from Dataran Merdeka to Padang Merbok at the eleventh hour and PKR strategy director Rafizi Ramli has pinned the blame on Prime Minister Najib Tun Razak and Home Minister Ahmad Zahid Hamidi.
The event’s organisers, the Olympic Council of Malaysia (OCM) announced the venue change this afternoon due to “unforeseen circumstances”, but Rafizi said it was clear they were being pressured by someone “higher up” to put a stop to Pakatan’s Black 505 rally on Saturday.
“Why would OCM want to change the venue three days before the annual run, after having spent so much resources on promoting the event and informing the public it will be at Dataran Merdeka?” he asked.

DBKL Kantoi: 'Konspirasi' tukar tempat larian olimpik?


 
Pertukaran saat akhir tempat Larian Hari Olimpik pada Ahad depan dari Dataran Merdeka ke Padang Merbok oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengejutkan sesetengah pihak.

NONEMalah, ada di kalangan pengguna Internet yang mengaitkannya dengan "konspirasi" bertujuan memberi alasan terbaik kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menolak permohonan menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat.

Tengah hari ini, MOM mengumumkan di Facebook mereka bahawa tapak acara larian mereka yang ditetapkan pada tahun lalu ditukar.

"Sila ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga.

"Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM.

Semakan Malaysiakini di laman web majlis itu dan juga McDonald's sebagai penaja acara jelas menyebut tempatnya di Dataran Merdeka.

Himpunan Sabtu: Polis diingat jangan sukarkan tuntutan rakyat

rakyatAngkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor membuat ketetapan untuk mengambil bahagian dalam Himpunan Black 505 yang akan berlangsung pada 22 Jun ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur serta meminta Polis Diraja Malaysia tidak menyukarkan proses rakyat menuntut hak.
AMK Selangor sudah memulakan mobilisasi besar-besaran di seluruh Selangor dan akan terus melaksanakan penerangan agar Himpunan Black 505 nanti dihadiri ratusan ribu rakyat terutama anak muda sebagai tanda bantahan atas penipuan pilihan raya umum yang berlaku pada 5 Mei lalu.
AMK Selangor bertegas bahawa ruang berhimpun ini adalah sesuatu yang harus dibenarkan dalam sebuah negara demokrasi, dan suara anak muda tidak seharusnya disekat demi kepentingan golongan penipu seperti Barisan Nasional.
AMK Selangor melihat kebangkitan anak muda hari ini tidak lagi berpaksikan atas bendera parti atau mana-mana pertubuhan tetapi atas semangat cintakan tanah air dan melakukan perubahan.

竞跑临时改在马莫草场 奥理安全为由转移阵地

Orang Melayu Sanggup 'Korbankan' Tulisan Jawi Kepada Rumi - Bekas Hakim

Kerajaan Umno Terengganu bolak balik Tentang Isu Hantar Pelajar Ke Mesir

Rakaman CCTV insiden penebat kilat runtuh

Penyamun maut ditembak pengawal peribadi

Wawancara Eksklusif Ahli Parlimen Temerloh, Nashrudin Hassan Tantawi Bhg 3

Wawancara Eksklusif Ahli Parlimen Temerloh, Nashrudin Hassan Tantawi Bhg 2

Wawancara Eksklusif Ahli Parlimen Temerloh, Nashrudin Hassan Tantawi Bhg 1

Penganjur Himpunan 505 tetap mahu Padang Merbok

Penang State Commission of Enquiry on Civil Structure Failures

7 Lokasi Berkumpul : #Blackout505 Berarak Di Padang Merbok - FOKUS

Anwar dares Najib to deny RM4bil Maharaja-type lifestyle at PMO

Anwar chides Deputy IGP for threatening action against rally

Anwar: 'No contests' will allow Najib to bar Muhyiddin from challenging him

Anwar to "secretive" Najib: No need to meet in Jakarta, we can meet you in Parliament

Anwar to govt: Cut 'Maharaja' style spending and resist GST

Low: EAIC may be empowered to prosecute

Anwar: "Obsolete" Dr M out of sync with Malays, good at business for his family

Jawatan Menteri: PR Fail Semakan Kehakiman

Anwar Ibrahim: Dasar Ekonomi Negara Gagal Sentuh Kelangsungan Rakyat

EXCLUSIVE: Mayor asked Olympic Council to use Padang Merbok yesterday

Anwar Ibrahim: BN Govt Must Not Drag The Public To Cover For Its Economic Incompetence

Anwar Ibrahim: Timbalan Ketua Polis Negara, Jangan Jadi Ketua Bahagian UMNO

Peserta flashmob 505 'tidur' atas pembahagi jalan

Anwar Ibrahim: I Met Indonesian President, Not Najib

Anwar Ibrahim: I Always Maintain Mahathir Is Obsolete In His Views

Scorpene probe: French court calls lawyers linked to Bala's SD2

Adun BN 'panas' apabila PAS bangkit isu JKKK


KUALA TERENGGANU: Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) memberi tumpuan kepada titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Beliau sewaktu membahaskan titah Tuanku Sultan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini berkata, kerajaan negeri seharusnya memberikan bantuan kepada pihak yang benar-benar memerlukan tanpa mengira dari parti mana.

"Saya kecewa apabila berlaku ketidakadilan di peringkat kerajaan negeri dalam memberi bantuan kepada rakyat.

"Isu tandatangan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan tandatangan Adun sepatutnya tidak perlu dipanjangkan sehingga menjadi isu kepada masyarakat yang akhirnya menyusahkan rakyat terutamanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan khususnya kepada anak-anak yang mahu menyambung pelajaran," kata beliau yang merupakan muka baru di Dun Terengganu.

Isnin lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Adun Rhu Rendang berkata, titah Tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas PRU13 Mei lalu, wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.

Pengkhianat Negara: 'Pendatang tentukan hasil pilihan raya di Sabah'


Pemberian kerakyatan secara haram kepada jumlah besar orang asing di Sabah membolehkan kumpulan pendatang menentukan bentuk politik di negara ini, kata veteran politik Sabah Wilfred Bumburing.
"Jika kamu lihat statistik keputusan pilihan raya di beberapa kawasan tertentu, kehadiran pendatang haram menentukan keputusan pilihan raya," kata Wilfred kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang haram di Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.

Wilfred yang juga anggota dewan undangan negeri Tamparuli berkata, satu contoh dapat dilihat di Batu Sapi.

"Jelas pendatang di sana mengatasi pengundi tempatan," katanya.

RCI: Bumburing cadang tarik IC biru, beri IC merah kepada warga asing

Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing mencadangkan agar mana-mana kad pengenalan (IC) biru meragukan yang dikeluarkan kepada pendatang asing perlu ditarik semula, dan diberikan kad pengenalan merah sementara sehingga penyiasatan berhubung perkara itu selesai, katanya kepada Inkuiri Diraja Suruhanjaya penyiasatan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing (RCI).
Bekas ahli Parlimen Tuaran yang mesra Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, hanya mereka yang dipercayai benar-benar sebagai warganegara sahaja akan diberikan kad pengenalan biru selepas selesai penyiasatan bagi membolehkan gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing dapat diselesaikan.
"Ia perlu diselesaikan seperti mana pemberian kad pengenalan mula-mula berlaku," katanya kepada panel inkuiri yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
"Kerajaan perlu bersedia mengeluarkan duit untuk tujuan itu," katanya yang bertanding menggunakan lambang PKR dalam Pilihan Raya 2013, pada 5 Mei lalu, namun tewas kepada Datuk Wilfred Madius Tangau, dari BN-UPKO.
Bumburing turut mendakwa, dengan penambahan jumlah populasi Sabah yang mengejut, ia mengubah landkap demografi negeri Borneo tersebut, malah turut memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.
Beliau turut mengambil contoh kawasan Parlimen Likas, yang menurutnya pada suatu ketika merupakan kawasan majoriti Cina kini komuniti itu bukan lagi komuniti majoriti.
"Semua orang sedar pendatang asing memberikan kesan kepada keputusan pilihan raya," dakwanya.
"Lihat Batu Sapi, jelas warga asing melebihi pengundi tempatan," katanya lagi.

Black 505 peluang pemandu teksi tambah pendapatan

teksiKUALA LUMPUR 19 JUN: Majoriti pemandu teksi menyatakan sokongan mereka terhadap himpunan Black 505, kata Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan.
“Rata-rata pemandu teksi memang mengharapkan perubahan selepas pilihan raya lalu. Sebagaimana yang kita tahu, terdapat banyak bukti terjadinya penipuan dalam pilihan raya, jadi kami pemandu teksi bertegas menolak penipuan tersebut,” katanya menambah ramai yang menyatakan akan hadir ke himpunan itu.
Ketika ditanya, beliau mengakui himpunan aman seumpama durian runtuh dan sedikit sebanyak menambah pendapatan mereka.
“Ramai orang berada di Kuala Lumpur pada acara tersebut, ini bermakna pemandu teksi ada peluang untuk tambah pendapatan,” katanya lagi kepada Keadilan Daily.

Seven gathering points for Black 505 rally

Pakatan leaders would be leading the crowd from the seven gathering points. 

PETALING JAYA: The Black 505 rally on June 22 that would take place at Padang Merbok will see rally participants gathering at  various points in Kuala Lumpur.
There are seven places where the participants would gather and would be led by Pakatan leaders to the Padang Merbok venue.
The first gathering point is Brickfields and the crowd would be led by Lembah Pantai MP and PKR vice president Nurul Izzah Anwar.
The second gathering point is Masjid Negara and the crowd here would be led by Gombak MP and PKR deputy president Azmin Ali and Shah Alam MP Khalid Samad.
The third gathering point is in Jalan Pudu and the crowd would be led by Cheras MP Tan Kok Wai and Seremban MP Anthony Loke.
PAS president and Marang MP Hadi Awang would be leading the fourth congregration from the PAS headquarters in Jalan Raja Laut.
The fifth group are led by PAS and PKR Youth leaders – Temerloh MP Nasrudin Hasan Tantawi and Bukit Katil MP Shamsul Akin Iskandar in Universiti Malaya.
The sixth gathering point is Sogo shopping complex and it is led by Batu MP and PKR vice-president Tian Chua.
The last group is led by PAS vice president Salahuddin Ayub from the Pekeliling flats.
Of the seven, Sogo and Masjid Negara is the closest to Padang Merbok.
The Kuala Lumpur City Hall (DBKL) has already rejected PKR’s application to use the venue last week. They said that the Olympic Council of Malaysia (OCM) would be using Padang Merbok to prepare for a charity run on Sunday.
DBKL is also concerned about the landscape surrounding Padang Merbok and wants to avoid traffic congestion.
Both Pakatan leaders and DBKL met last Friday but failed to come to an agreement, with PKR saying they would consult the NGOs involved before making the final decision.


Pakatan: Himpunan Black 505 tetap di Padang Merbok

JohariKUALA LUMPUR 19 JUN: Tinggal tiga hari sebelum kemuncak Himpunan Black 505 namun masih tiada tanda-tanda pihak polis serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berlembut untuk membenarkan Padang Merbok berhampiran bangunan Bank Negara Malaysia dijadikan sebagai lokasi utama.
Bagaimanapun, Ketua Sekretariat Black 505, Datuk Johari Abdul bertegas himpunan akan diteruskan di padang tersebut sebagaimana dirancang sebelum ini.
“Pihak kita telah bertemu dengan DBKL dan polis. Mereka minta ditukar ke Stadium Merdeka tetapi Padang Merbok telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan kita tiada mandat untuk mengubahnya ke tempat lain.
“Setelah saya tinjau Padang Merbok, tidak ada sebarang kerja-kerja lapangan (naik taraf) seperti kata DBKL sebelum ini. Jadi tidak ada alasan kukuh mengapa rakyat tidak boleh menggunakannya,” kata Johari kepada Keadilan Daily.
Katanya lagi, perserta himpunan tersebut perlu mencecah angka lebih 250,000 untuk menunjukkan rakyat benar-benar serius menuntut satu proses pembaharuan pilihan raya. Jumlah yang besar juga, katanya, akan memberi kesan ke atas tiga tuntutan utama Black 505 sejak 8 Mei lalu.
“Tuntutan kita tiga perkara. Pengerusi, Timbalan dan lima ahli Suruhanjaya Pilihan Raya mesti meletak jawatan; pilihan raya semula diadakan di kawasan-kawasan yang dipertikaian dan usaha persempadanan semula hendaklah dihentikan sehingga SPR benar-benar menjadi badan bebas,” katanya.
Johari mengesahkan himpunan tersebut mengikut format sebelumnya iaitu, pesta rakyat menuntut pembaharuan pilihan raya dan bermula pada pukul 2 hingga 6 petang, Sabtu, 22 Jun.
Namun begitu, Johari tidak menolak polis enggan memberi kerjasama dan himpunan akan menjadi lebih sukar sebagaimana yang dialami penyokong Pakatan dalam Bersih 2.0 atau Bersih 3.0.

Black 505: 1,500 AMK Wilayah jadi sukarelawan

KUALA LUMPUR 19 JUN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan akan menggerakkan 1,500 anggotanya menjadi sukarelawan pada himpunan Black 505, di Padang Merbok, 22 Jun ini.
Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Hamdi Said berkata, sebagai ‘tuan rumah’, anggotanya akan terlibat secara langsung terutamanya mobilisasi anak muda di Lembah Klang.
“AMK Wilayah turut bekerjasama dengan SAMM Wilayah memobilisasi anak muda termasuk program ‘countdown’ pada 21 Jun, malam sebelum Himpunan Black 505.
“Himpunan 22 Jun di Padang Merbok telah dipromosi dalam setiap program-program Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Mobilisasi anak muda turut dibuat melalui jentera penerangan,” katanya.
Tambah Hamdi, isu penipuan pilihan raya terkesan secara langsung kepada KEADILAN Wilayah Persekutuan termasuk di Parlimen Setiawangsa.
“Kami menyeru semua Pacaba (Ejen Undi, Kiraan & Barong) dan sukarelawan Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan sama-sama hadir ke Padang Merbok Sabtu ini bagi menyatakan bantahan,” kata Hamdi.

Black 505: Wakil rakyat menang wajib turun – Pengerusi Sekretariat

poster505 - CopyKUALA LUMPUR 19 JUN: Pengerusi Sekretariat Black 505, Datuk Johari Abdul menyeru agar wakil rakyat Pakatan Rakyat yang menang dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu menjadi barisan hadapan dalam kebangkitan rakyat melawan penipuan pilihan raya BN.
Katanya, jika pihak yang kalah atau yang tiada kena mengena dengan pilihan raya menuntut SPR dibebaskan dan pilihan raya dilaksana secara adil, maka rakyat akan menghukum BN dalam PRU akan datang.
“Saya bertemu dengan ramai orang dan mereka berkata mahu melihat wakil rakyat Pakatan yang menang mengetuai penentangan penipuan pilihan raya.
“Wakil rakyat yang menang tidak boleh berdiam diri. Kalau mereka menjadi barisan depan, maka lebih ramai rakyat akan turun dan menyokong perjuangan ini.
“Anak muda Melayu, Cina, India tidak lagi takut untuk berhimpun. Marilah kita meraikan perubahan baru ini,” katanya.
Johari juga meminta peserta perhimpunan pada 22 Jun berpakaian hitam sebagai lambang kematian demokrasi.
Menurutnya, peserta akan berarak dari beberapa tempat berkumpul seluruh Kuala Lumpur mulai pukul 2 petang dan tiba di lokasi utama Padang Merbok pada pukul 3 petang.

Black 505: Rakyat Sarawak, Sabah diseru hadir Himpunan 22 Jun

KUALA LUMPUR 19 JUN: Rakyat Sarawak dan Sabah yang menetap di Lembah Kelang diseru hadir beramai-ramai bagi membantah penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sabtu ini, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.
Katanya, ia sebagai bantahan atas penyelewengan di dua Parlimen Sarawak yang ditandingi KEADILAN iaitu di Saratok dan Baram.
KEADILAN sebelum ini memfailkan petisyen pilihan raya bagi kedua-dua Parlimen tersebut.
Menurutnya lagi, sebahagian pimpinan Sarawak telahpun berada di Kuala Lumpur untuk menyertai bantahan tersebut.
Sementara itu, aktivis Bersih, Atama Katama yang berasal dari Sabah berkata, dinamik politik kini berbeza kerana rakyat sudah sedar penipuan dilakukan BN dan SPR.
“Sebab itu, saya minta anak-anak Sabah yang berada di Kuala Lumpur untuk sama-sama hadir ke himpunan Black 505 di Padang Merbok,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurutnya, bagi mereka yang tinggal di Sabah, beliau dimaklumkan satu himpunan Solidariti Black 505 akan dibuat di Kota Kinabalu pada hari dan waktu yang sama dengan himpunan di Kuala Lumpur.

Black 505: Demo sampai bos SPR letak jawatan

Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara yang bermula selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu akan diteruskan dan tidak akan tamat selagi kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berundur.

NONENaib Presiden PKR Tian Chua berkata demikian dalam wawancara semalam.

"Saya tidak rasa SPR boleh bertindak menentang hasrat rakyat.

"Lima tahun lalu, orang ramai beritahu saya bahawa kerajaan tidak akan sekali-kali memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi akhirnya mereka buat," katanya ketika ditanya tentang penolakan berulang kali pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap gesaan meletakkan jawatan.

"Kita sampai tengah malam di Parlimen untuk meluluskan undang-undang pilihan raya, yang dipersetujui kedua-dua pihak, yang jelas menyebut dakwat kekal mesti tahan tujuh hari.

"SPR kemudian dengan senang-senang melanggar undang-undang itu," katanya, empat hari sebelum perhimpunan besar mempertikaikan keputusan pilihan raya di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Black 505: KEADILAN sasar 10,000 ahli dari setiap negeri

Tian 2KUALA LUMPUR 19 JUN: KEADILAN mensasarkan 10,000 ahli dari setiap negeri hadir ke himpunan Black 505 di Padang Merbok, 22 Jun ini, kata Naib Presiden, Tian Chua.
“Jumlah ini tak termasuk penyokong dan ahli parti Pakatan Rakyat lain. Kita jangkakan sekurang-kurangnya 100,000 orang akan berada di Padang Merbok 22 Jun ini.
“Ini berdasarkan tinjauan kita di ceramah-ceramah dalam siri jelajah Black 505 di seluruh negara sebulan selepas pilihan raya,” kata Tian yang berceramah di hampir semua lokasi himpunan Black 505.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, jumlah tersebut munasabah kerana KEADILAN menggerakkan semua jentera Cabang dan Ranting di seluruh negara.
“Saya tidak fikir sukar untuk mencapai angka kehadiran tersebut kerana himpunan sama yang pernah dibuat di Kuantan pada 14 Mei lalu berjaya menghimpunkan lebih 30,000 rakyat untuk hadir membantah keputusan PRU.
“Jadi saya yakin, pencapaian itu boleh diteruskan ke Padang Merbok nanti,” ujar Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, PAS negeri itu akan mengumpul seramai mungkin ahlinya ke ibu negara pada hari tersebut.
“Saya menyeru semua kawasan untuk mengumpul dan menggerakkan ahli ke himpunan tersebut. PAS Kedah menyokong penuh himpunan bagi membantah penipuan dalam pilihan raya lalu,” katanya.

Black 505: 7 lokasi berkumpul untuk Himpunan ‘Padang Merbok 622′

petaKUALA LUMPUR 19 JUN: Sekretariat Black 505 menamakan himpunan pada 22 Jun sebagai ‘Padang Merbok 622′. Semua sebaran mengenai himpunan itu wajar menggunakan tag tersebut.
Lokasi berkumpul yang ditetapkan sebanyak tujuh tempat dan pada setiap tempat akan diketuai pemimpin yang terdiri daripada ahli politik dan pemimpin NGO yang akan dinamakan kemudian.
Peserta himpunan boleh tiba di check points berkenaan seawal pukul 12 tengah hari. Tujuh lokasi tersebut ialah:
1. Brickfields                                                         Perserta dari Klang, Petaling Jaya dll
2. Masjid Negara                                                   Peserta dari Utara (menaiki keretapi)
3. Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut                Warga Kuala Lumpur
4. Jalan Pudu/Jalan Sultan                                     Peserta dari Selatan (menaiki bas)
5. Universiti Malaya                                              Peserta mahasiswa
6. Sogo                                                                  Warga Kuala Lumpur
7. Pekeliling                                                          Peserta dari Timur
Kesemua peserta akan mula berarak pada pukul 2 petang menuju ke Padang Merbok melalui kawasan tengah Kuala Lumpur.
Pihak penganjur Blackout 505 juga akan menyediakan pasukan petugas perubatan bagi merawat peserta yang mengalami sebarang kecederaan pada hari perhimpunan.
Penganjur juga bekerjasama dengan Bar Council, Lawyer for Liberty dan lain-lain bagi memberi bantuan nasihat perundangan sekiranya pihak polis membuat tangkapan peserta perhimpunan.
Perserta dinasihati mengikut dengan jelas setiap arahan dan panduan daripada marsyal yang disediakan pihak penganjur. Sama ada Unit Amal PAS, anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan sebagainya.

Dr Dzulkefly: PAS-Umno harus kekal terpisah


Anggota jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad menyokong penuh kenyataan mursyidul am parti Islam itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang sebarang usaha untuk mengadakan 'muzakarah perpaduan' dengan Umno.

Ketika spekulasi bahawa idea itu masih diteruskan dalam diam, Dzulkefly berkata, PAS harus "kekal di luar Umno" untuk menjadi agen semak dan imbang dalam politik negara.

"PAS dan Umno harus wujud sebagai entiti yang terasing ekoran keperluan kualiti semak dan imbang untuk kebaikan negara ini. Perpaduan Melayu dan Islam tidak bermaksud dua pihak mesti berada dalam organisasi yang sama," katanya.

"Sudah tentu kamu mahu mengukuhkan Melayu dan kedaulatan Islam, tetapi 'perpaduan politik' itu mungkin membawa kezaliman dalam bentuk yang lain.

"Ia boleh mendorong berlakunya salah guna kuasa, yang salah menurut sebarang agama, termasuk Islam. Dua entiti berbeza akan menjadi semak dan imbang lebih baik."

MP DAP fail petisyen batalkan pelantikan 2 menteri, 3 timbalan menteri kerana langgar Perlembagaan

Ahli Parlimen (MP) DAP M. Kulasegaran memfailkan petisyen hari ini untuk membatalkan pelantikan dua menteri dan tiga orang timbalan menteri Kabinet, mengatakan ianya tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kulasegaran menamakan dua menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low, timbalan menteri P. Waythamoorthy, Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Basha Md Hanipa sebagai responden.

"Perlu pematuhan ketat kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, mereka mesti menjadi ahli salah satu daripada Dewan, bermaksud mereka mesti telah dipilih sebagai ahli Parlimen atau mengangkat sumpah sebagai senator sebelum mereka dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

"Oleh itu semua emolumen, keistimewaan dan kelebihan kewangan lain diperolehi oleh responden mesti dibayar balik oleh setiap daripada mereka kepada kerajaan dalam masa tujuh hari dari tarikh perintah itu dibuat oleh mahkamah," kata Kulasegaran kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Zaid: PAS perlu dipimpin Husam untuk kemajuan



 
Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berpendapat PAS akan lebih maju jika parti itu dipimpin oleh naib presidennya, Datuk Husam Musa.

Mengutarakan pandangannya menerusi akaun Twitternya semalam, Zaid yang juga seorang peguam juga berkata kedudukan Husam dalam PAS akan turut mempengaruhi hala tuju Pakatan Rakyat.

"Saya fikir masa depan Pakatan bergantung kepada di mana Husam Musa ditempatkan.

"Maksud saya, PAS mesti dipimpin oleh Husam baru ada progress (kemajuan). Tanpa progress dalam PAS, Pakatan juga akan hadapi jalan buntu," kata Zaid tengah hari tadi.

Seruan itu dibuat menjelang muktamar pemilihan PAS tahun ini yang akan berlangsung di Selangor pada 22 hingga 24 November depan.

Ia bakal menyaksikan pemilihan kepimpinan yang baru bagi semua peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya.

Pada pemilihan 2011, Husam yang juga bekas exco Kelantan mengisi satu daripada tiga kerusi naib presiden PAS apabila menang dan mengutip undi kedua tertinggi dengan mendapat 660 undi dalam pemilihan itu.

NONEDua kerusi lagi diisi oleh Salahudin Ayub yang mengutip undi tertinggi 753 undi dan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang meraih 616 undi.

Sebelum ini media melaporkan 'tsunami Erdogan' melanda PAS susulan sekurang-kurangnya 10 daripada 18 yang dipilih juga daripada kelompok itu.

Manakala, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyifatkan barisan kepimpinan PAS yang baru ketika itu sebagai 'kabinet pilihan raya'.

Setakat ini masih belum jelas jawatan yang bakal ditandingi Husam dalam pemilihan itu.

Kegagalan beliau merampas kerusi parlimen Putrajaya dan hanya mempertahankan kerusi DUN Salor dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu dilihat mungkin mempengaruhi peluangnya jika dicalonkan ke jawatan penting parti.

Rasis: Umno sahaja yang boleh


KUALA LUMPUR: Kalau Cina boleh jadi Perdana Menteri sekiranya mereka membuang sifat rasis, ia bermakna Umno tidak boleh jadi Perdana Menteri kerana parti itulah yang paling rasis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"(Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Shahidan (Kassim) kata, tidak boleh memimpin kalau hanya menerima kuasa kaum sendiri. Dia juga kata kalau satu hari orang-orang Cina boleh bebas dari pemikiran seperti itu, orang Cina boleh jadi perdana menteri.

"Dari cakap beliau itu, maknanya orang lain tidak boleh rasis. Umno sahaja yang boleh rasis," kata beliau.

Sedangkan, kata Mahfuz, semua orang tahu kemenangan calon-calon Umno dalam pilihan raya lalu semata-mata disebabkan kejayaan parti itu mengapi-apikan sentimen perkauman.

"(Bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengaku bahawa orang-orang Melayu mengundi Umno kerana mereka amat takut kalau-kalau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP," katanya.

Malah, katanya lagi, sikap rasis dan perbuatan mengapi-apikan perkauman adalah satu-satunya talian hayat Umno.

Matangkah cara kita berpolitik?

KUALA LUMPUR - Sebilangan daripada rakyat terbanyak negara masih tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan terus mahu mengadakan bantahan.
Beberapa siri demonstrasi dan perhimpunan diadakan sejak 8 Mei, dengan ucapan berbaur fitnah, tohmahan, maki hamun dan hasutan semakin galak dilakukan oleh mereka yang berkepentingan, lantas memanipulasi sentimen dan emosi orang ramai seolah-olah inilah cara politik baharu di Malaysia.
PASCA PRU Persidangan Dewan Rakyat bagi penggal pertama selepas PRU13 sudahpun ditetapkan bermula 24 Jun ini seakan-akan 'tidak bermakna' bagi anggota pakatan DAP-PKR-Pas meskipun mereka kini mempunyai 89 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.
Persoalannya, dalam tempoh tujuh tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang?
Mengupas persoalan itu, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata untuk Malaysia menjadi negara maju menuntut anjakan paradigma rakyat menjadi lebih matang dengan setiap pihak mengamalkan cara berpolitik berimbang dan penuh kesederhanaan.
Beliau berkata perbuatan seperti perhimpunan serta demonstrasi jalanan sebagai satu proses bangkangan dalam negara, merupakan ekspresi politik yang mampu mempengaruhi rakyat dan pada masa sama mendatangkan kerugian kepada negara dalam aspek ekonomi, sosial dan pembangunan.
"Politik yang matang adalah politik yang mengamalkan kesederhanaan dan berimbang berbanding politik ekstrem yang akan memusnahkan negara. Ini yang rakyat perlu faham," katanya.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu berkata kestabilan politik sahaja tidak mencukupi seandainya tidak disertai kematangan berpolitik.

TPP: PR gesa tubuh PSC pantau secara khusus

Nurul Izzah Anwar
SHAH ALAM - PR menyuarakan kekecewaan berikutan perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) tidak tertakluk pengawasan Parlimen.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara itu diketahui PR semasa mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) baru-baru ini.

“Walaupun kami menghargai rundingan yang dianjurkan oleh Miti, tetapi kami masih tidak berpuas hati bahawa pada hakikatnya TPP itu tidak tertakluk kepada pengawasan Parlimen.

“Rangka kerja undang-undang TPP yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan bersama yang turut melibatkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad dan mewakili Institut Rakyat, Azrul Azwar.

Nurul Izzah berkata, PR mencadangkan agar ditubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pantau perkara itu secara khusus.

“Kami tetap komited memperjuangkan ketelusan dan penglibatan awam yang lebih tinggi dalam semua aspek TPP. Kami juga mahu sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen dwi-partisan mengenai TPP ditubuhkan dengan segera," katanya.

Pendirian Mahathir Mengenai Kedudukan Najib Masih Diragui

Walaupun Mahathir dilihat menyokong agar pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak diadakan bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO, namun pendirian bekas Perdana Menteri itu masih lagi diragui. Kenyataan beliau tidak mendapat respon yang menggalakkan daripada pemimpin UMNO sendiri.

Kedinginan respon itu bukan saja disebabkan pemimpin UMNO sedar bahawa kehendak akar umbi adalah sebaliknya tetapi juga kerana mereka masih lagi ragu-ragu dengan kekukuhan kenyataan Mahathir itu.

Ada pemimpin UMNO yang hanya menganggap kenyataan Mahathir itu sekadar untuk menguji apa sebenarnya kehendak pemimpin bawahan dan akar umbi terhadap pertandingan jawatan tertinggi UMNO dan ada pula yang melihatnya sebagai kenyataannya untuk masa ini saja.

Mahathir, kata beberapa bekas pemimpin UMNO, bukan tidak biasa berubah-ubah pendiriannya sebelum ini.

Lagi pula, kata pemimpin UMNO yang lain, kenyataan Mahathir yang menyokong agar tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kali ini agar berlapik dengan Mahathir masih menyebut mengenai demokrasi yang sepatutnya membenarkan pertandingan dan kemungkinan pertandingan menyebabkan perpecahan serta pihak yang kalah menubuhkan parti baru.

Ini bermakna, kata pemimpin itu lagi, jika Mahathir dapat diyakinkan bahawa pertandingan tidak menyebabkan perpecahan yang serius, jauh sekali menyebabkan pihak yang kalah menubuhkan parti baru, malah semata-mata bertujuan menyuburkan demokrasi dan menyelamatkan kedudukan UMNO dalam PRU 14 nanti, pendiriannya tentu saja boleh berubah.

Pertandingan UMNO masih lama lagi dan macam-macam boleh berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, tidak mustahil pendirian Mahathir juga berubah, kata pemimpin itu lagi.

Penyokong UMNO / BN merupakan PATI, Penjenayah dan Penyebar Ajaran Sesat?


ANGGOTA RELA PROJEK IC HARAM PERTAMA DI SABAH?
Saudara Pengarang,
SAYA, Mohd Yusri Bin Azman Shah mewakili Ikatan Pencari Kebenaran Sabah (IPKS). Pada kali ini kami mahu dedahkan segala aktiviti haram yang dilakukan oleh abang kepada Ketua Rangkaian Jual Beli IC di Sabah iaitu Nasir Bin Yusof @ Latiff.

Suspek tersebut bernama Peer Mohammad Bin Kadeer yang memegang IC Projek bernombor 600323-12-5465. Beliau merupakan seorang ahli RELA, Bekas Presiden Kongres India Muslim Sabah (KIMMA) dan kini Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).
Suspek di atas telah menubuhkan sebuah badan NGO yang kami rasakan tidak berdaftar. Kami persoalkan siapa ahli dia? Berapa ramai ahli? Pejabat berdaftar di mana?, Adakah mengadakan mesyuarat? Adakah menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan? Dan apakah aktiviti mereka?

Sejak akhir-akhir ini, kami dimaklumkan menerusi e-mail, di Sabah times, Borneo Post, mamak haram ini sering muncul. Namun, kami gagal mendapatkan keratan akhbar tersebut. Sesiapa yang kebetulan ada artikel tersebut, sila hantarkan kepada kami atau pihak Sabahkini.net. Kami mendapat tahu bahawa suspek ini menyebarkan ajaran sesat yang kononnya dinamakan ajaran Wahabi yang dibawa daripada selatan India.

Ajaran sesat ini kononnya tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah, sebaliknya mengagungkan Saidina Ali. Ajaran ini tidak perlu sembahyang dan konsep ajaran sungguh sesat sekali. Ajaran ini mengharapkan semua jenis cukai, zakat dan duti termasuk cukai pintu, cukai jalan, cukai perseorangan, cukai perniagaan, duti import dan duti kastam, zakat fitrah dan zakat harta. Hairan dan terkejut, itulah yang berlaku kepada kami asalnya.

GURU YANG CUKUP FOBIA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT WALAUPUN JAWAPANNYA TEPAT LAGI BENAR!

Inilah contoh terbaik betapa ada segelintir pendidik yang mengambil sikap berparti dan mengampu keterlaluan..

Langsung tidak nampak dimana silapnya jawapan dua orang murid pada satu soalan yang berbunyi :-- " Senaraikan tiga tokoh hebat Malaysia yang boleh dikaitkan dengan nilai kerajinan...

Murid pertama menjawab 1)  Anwar Ibrahim  2)  Dato Seri Najib Tunku Abdul Razak  3)  Tunku Abdul Rahman... Jawapan Anwar Ibrahim dianggap salah tetapi jawapan kedua walaupun nama bapa Najib ditulis Tunku Abd Razak masih dianggap betul dan diberikan 1 markah.

Murid kedua menjawab :- 1)  Lim Guan Eng  2)  Lim Kit Siang  3)  Anwar Imbrahim...Seperti dijangkakan..kesemua jawapan dikategorikan sebagai salah.

Apakah DSAI, YAB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang bukannya di kategorikan sebagai antara tokoh-tokoh hebat negara yang ada nilai kerajinan?

Aapakah jika ada anak murid menjawab seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin mau pun Hasan Ali maka akan dianggap sebagai jawapan itu betul dan tepat?

Inilah dia apabila pendidik memiliki akal cetek kerana diselaputi jiwa kepartian memihak..Enggan menerima kenyataan..baginya hanya para pemimpin UMNO/BN saja yang hebat didalam negara ini.

Thanks to Umno, police force now a loony bin where ANYTHING GOES!

Thanks to Umno, police force now a loony bin where ANYTHING GOES!The police force of London was reorganised in 1829 based on the recommendations put forward by the Home Secretary, Sir Robert Peel. As a result, the police eventually became nicknamed "bobbies". Bobbies wear a uniform that is non-military in appearance. Their only regular weapon is a short, wooden truncheon, which is kept out of sight and may not be employed except in cases of self-defence or to restore order. Bobbies who are deployed for dangerous missions may carry firearms for that particular occasion. When summing up his reforms of the police force, Peel stated that "the police are the public and the public are the police."
This should be the standard of policing that all governments should adhere to in maintaining peace and harmony in any country.
On the opposite end of this spectrum is the institution of what is generally known as the "secret police". These would be intelligence agencies, police agencies or law enforcement agencies that operate behind the veil of secrecy. Many times, such institutions operate beyond what is permitted by the law to protect the interests and political power of individual dictators or authoritarian regimes.
Instead of transparently enforcing the rule of law and allowing itself to be subject to public scrutiny as a normal police agency would, many of these secret police agencies exist specifically to operate above and beyond the law in order to suppress political dissent through clandestine acts of terror and intimidation targeted against enemies of the ruling political class.
Such secret police agencies tend to be accountable only to the executive branch of a government, often times only to the most powerful person in the country. They operate, at best, in partial secrecy where most, if not all, of their operations are deliberately obscured and hidden from public oversight. Such authority allows these secret police agencies to bolster a government's control over their own citizens while at the same time provide allowances for a government to deny prior knowledge to any violations of civil violations.
As a result, such secret police agencies make an excellent vehicle for overt and covert political repression.
The type of police we have in Malaysia

Taraf SPR Samalah Dengan Taraf FAM

Berbagai pihak telah mendesak supaya Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar supaya meletak jawatan. Perletakan jawatan perlu untuk meredahkan kemarahan orang kepada SPR yang didakwa tidak adil dan bersikap berat sebelah.

Alasan kenapa mereka perlu meletak jawatan ialah kerana mereka (SPR) sendiri mengakui akan kesilapan yang dilakukan. Untuk lebih 'lendik' lagi seluruh kakitangan SPR letak jawatan. Ada juga yang mencadangkan supaya suruhanjaya itu dimansuhkan dan diganti dengan sebuah badan bebas yang baru.

Kerajaan juga secara tidak langsung memperakui kelemahan SPR. Pengumuman untuk meletakkan dibawah jawatankuasa khas parlimen yang dianggotai oleh parti pembangkang menjelaskan hakikat itu. Perubahan atau menjelaskan bahawa apa yang dituduh pembangkang ke atas SPR adalah benar. Kalau SPR memang perfect seperti mana didakwa penerajunya kenapa badan itu perlu dialihkan untuk diletakkan di bawah jawatankuasa khas?

Persoalannya apakah desakan itu akan didengari oleh SPR khasnya Aziz dan Wan Omar? Saya ada perbandingan mengenai hal ini untuk melihat apakah Aziz dan Wan Omar berganjak atau tidak. Saya melihat desakan atau rasa judis orang ramai kepada mereka ini samalah dengan rasa judis para peminat bola sepak kepada jurulatih bola sepak pasukan Harimau Malaya, K Rajagopal.

INILAH ANTARA DOSA UMNO YANG MADEY BUAT 'DONO'

Teman rasa Tun Mahathir beruntung umur panjang gamaknya berkat doa orang alim termasuk Almarhum Ustaz Fadhil Noor .Almarhum dikatakan berdoa semoga Tun Mahathir(masa tu Dato Seri Dr. Mahathir) dipanjangkan umur agar beliau(Tun Mahathir) dapat melihat kerosakan dan 'kezaliman' yang telah beliau lakukan terutama sebagai Pengerusi UMNO Malaysia ketika itu dan sebagai Pengerusi BN dan Perdanan Menteri Malaysia semasa itu. 
Tetapi Tun Mahathir masih berdegil dan leka dengan kesihatan yang Allah berikan dan merasa dirinya sihat dan boleh berpolitik sehingga akhir hayat. Kita berdoa agar beliau bertaubat dan tumpukan dengan beribadat kepada Allah serta lebihkan bersama anak, cucu atau cicit bukan persiakan masa yang ada walaupun beliau telah menyaksikan rang lebih tua dan muda dalam keluarganya telah meninggalkan beliau lebih awal lagi.Dosa-dosanya termasuk bangunan tiada cf lagi disebabkan pembinaan lebih kepada close tender dan sekiranya projek bermasalah selepas dibina tiada tindakan dikenakan disebabkan penender adalah kroni yang telah diambil komisyen maka segan nak denda ..dan kalau ada tindakanpun wang kerajaan akan dikeluarkan untuk tampong perbelanjaan tersebut contohnya MRR2 di Kepong manakala contoh bangunan sekolah yang belum mendapat cf tapi telah digunakan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2.Bila CF tiada sukar mendapat peruntukan penyenggaraan dan akhirnya PIBG(Persatuan Ibu Bapa) yang akan menanggung kerosakan dan penambahan sekolah tersebut.Dan kerja tak beres dan menyusahkan rakyat ini terus diwarisi PM kini iaitu DS Najib.

HQ Umno dibina sebelum pelan diterima, dakwa MP

Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima.
"Bagaimana negeri boleh tunduk kepada Umno dan membenarkan kerja-kerja dimulakan sebelum pelan bangunan dihantar?" 

Tok Ki Det: Sejarah perlu ditulis semula...!!!

KUALA LUMPUR - Buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini akan juga membantu Malaysia membentuk masyarakat yang lebih terdidik, dan 'dengan itu melahirkan lebih ramai pemimpin yang lantang'.

Ia akan juga membantu menyatukan rakyat Malaysia, menyediakan pendidikan yang lengkap untuk golongan muda, katanya dalam ucaptama bertajuk "Masa depan yang lebih baik bagi Politik Malaysia, Pasca Pilihan Raya Umum ke-13" di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

"Kita perlu melakukan banyak perkara. Kita juga perlu belajar dari sejarah negara lain seperti mengapa berlaku Arab Spring (Kebangkitan Rakyat Arab).

Kemudian, kita perlu bertanya diri, apakah kita mahu ini berlaku di negara kita?

"Ada orang berkata mereka mahu melihat Arab Spring di Malaysia. Mereka lebih rela tidak menghiraukan kestabilan, keamanan dan menggulingkan pemimpin.

Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir..??


Datuk Seri Najib RazakPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar kiri) berada dalam keadaan tidak menentu selepas mengetuai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei tanpa mencapai sasaran yang beliau sendiri tetapkan: merampas kembali majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen.
Terdapat beberapa sesi untuk meredakan kemarahan ahli-ahli Parlimen tidak berpuas hati: berjanji kepada ahli-ahli politik Umno yang mahu dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) dan memantau komen dari tokoh berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar kanan) dan laporan mengenai Tengku Razaleigh Hamzah – boleh menjadi pencabar berpotensi.
Kesimpulannya, ini adalah waktu mencabar bagi Najib.
Akan tetapi Isnin lalu merupakan hari baik bagi perdana menteri.
Dr Mahathir bertemu Najib dan memberi jaminan beliau percaya tidak perlu ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi Umno dalam pemilihan parti itu akhir tahun ini.
Jaminan itu hadir selepas bekas perdana menteri itu memberitahu sekumpulan pengurus dana dalam satu sesi tertutup di Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenai perlunya pertandingan bagi jawatan tertinggi Umno.
Tidak pernah ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi itu semenjak Umno asal diisytiharkan haram pada 1988 dan Dr Mahathir menubuhkan Umno baru. Tun Dr Mahathir Mohamad
Sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider Dr Mahathir percaya komen beliau kepada pengurus-pengurus dana telah disalah anggap.
Akan tetapi mereka yang hadir pada sesi di sebuah hotel di Kuala Lumpur mengatakan Dr Mahathir mengkritik pimpinan dan percaya pertandingan akan menonjolkan ciri-ciri demokratik Umno selain dari meningkatkan imej Najib di mata orang ramai.
Masih belum jelas apa yang menyebabkan Dr Mahathir mengubah pendiriannya mengenai pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu.
Secara rasminya, beliau mengatakan pertandingan boleh memecahbelahkan Umno dan menambah di Malaysia, terdapat trend di mana yang kalah tidak boleh menerima keputusan sesuatu pilihan raya itu.
Disebalik sokongan Dr Mahathir agar tiada pertandingan dua jawatan tertinggi, penentu sama ada Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding adalah mesyuarat bahagian-bahagian Umno dan kejayaan Putrajaya menguruskan dua kumpulan ini: ahli-ahli Parlimen Umno - tidak diberikan jawatan Kabinet dan ketua-ketua bahagian Umno yang tidak diletakan sebagai calon pada pilihan raya umum lalu.

MIC and MCA must buck up!

MIC MPs should team up with their Pakatan counterparts to improve the lot of Indians while MCA should rescind its stupid decision to stay out of the cabinet

Although MIC did not achieve magnificent victories in the 13th General Election, its lawmakers are still part of government, thus they can do a lot to help the Indian community.
Appended below is the list of MIC MPs:
1 G Palanivel (Cameron Highlands MP, Natural Resources & Environment Minister)
2 S Subramaniam (Segamat MP, Health Minister)
3 P Kamalanathan (Hulu Selangor MP, Deputy Education Minister)
4 M Saravanan (Tapah MP, Deputy Youth & Sports Minister)
However, the Indian voice in Parliament is still more from Pakatan Rakyat’s (PR) side as shown below:
1 N Surendran (PKR, Padang Serai MP)
2 Michael Jeyakumar Devaraj (PKR, Sungai Siput MP)
3 G Manivannan (PKR, Kapar MP)
4 Kasthuriraani Patto (DAP, Batu Kawan MP)
5 M Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat MP)
6 V Sivakumar (DAP, Batu Gajah MP)
7 Charles Santiago (DAP, Klang MP)
8 Gobind Singh Deo (DAP, Puchong MP)
9 Karpal Singh (DAP, Bukit Gelugor MP)
Although MIC has said that it captured 60% of the Indian vote, it still has less seats than DAP’s Indian MPs! Even if one were to say that Gobind and Karpal are Sikhs, it only shows that DAP and MIC have an equal number of Indian MPs at four each, but DAP is the only party which has put Sikh MPs in Parliament.

Dr M calls for M'sian history to be REWRITTEN, vernacular schools to be REPLACED

It looks like former premier Mahathir Mohamad is all out to hog the media limelight. A slew of controversial comments from the 87-year-old with distinctly racist and discriminatory overtones have already annoyed many in the country including members of the political Opposition.
One of these was Mahathir's call to Prime Minister Najib Razak to no longer be soft towards the Pakatan Rakyat coalition led by Opposition Leader Anwar Ibrahim, as  they continued "to insult the nation’s democratic system... we need to be a bit tough, and not give them face”.
Dr M calls for M'sian history to be REWRITTEN, vernacular schools to be REPLACED"The time has come for the Prime Ministe to be tough and to stop 'giving face' to racists like Mahathir and Utusan Malaysia who have been seeking to destroy the message of peace and moderation with their ceaseless and reckless racist lies and falsehoods," retorted DAP adviser Lim Kit Siang.
Being 'Mr Big Mouth'? Even the Internet is not spared!
But far from being cowed, Mahathir appears to be enjoying himself. A day ago, he urged for the top 2 posts in Umo not to be contested as Malaysians were "not that clear on democracy and, if they lose, members will form another party which will lead to more cracks in Umno. That is why I am against the contest for the top posts. During my time, I won with only a few votes, but those who lost took the case to court and then formed their own party."
It was an obvious swipe at Tengku Razaleigh Hamzah who had challenged him for the Umno presidency in the 1980s but lost after a controversial vote count that till today many Umno members say was manipulated by those close to Mahathir to ensure that he won.
Today, Mahathir was at it again. Firstly he admitted he might have made a mistake in giving guarantees for internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling the Pakatan Rakyat to win more seats in the recent 13th general election.
"When I headed the MSC, I was asked by an American woman whether we would block the internet. I told her no, we will be very free... but now I will think twice about it," Dr Mahathir said at the closing of the CEO Forum 2013 at the Berjaya Times Square.
'Twisted' viewpoints

TPP: Malaysia boleh tarik diri

Hamim Samuri SHAH ALAM – Malaysia boleh menarik diri di saat akhir perbincangan, jika ia tidak memberi faedah kepada negara ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Datuk Hamim Samuri berhubung satu rundingan perdagangan bebas (FTA) yang dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Menurutnya, bukan hanya Malaysia, malah negara lain yang terlibat dalam TPP ini juga boleh menarik diri jika merasakan tiada kepentingan untuk negara masing-masing.

“Buat masa ini, rundingan masih dijalankan dan kerajaan hanya akan bersetuju jika ia beri kebaikan. Jika di akhir perbincangan itu nanti, ada perkara yang akan membebankan rakyat, kita akan tarik diri.

“Kerajaan bukan bodoh hingga mahu gadai maruah dan kepentingan negara seperti apa disimpulkan beberapa pihak. Kerajaan akan jaga keperluan asas rakyat dan kita tidak mahu lari daripada konsep ‘Rakyat Didahulukan’,” katanya kepada Sinar Harian.

PAS minta MB Terengganu, JKKK tidak derhaka


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri diseru mentaati titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Adun Chukai, Hanafiah Mat (gambar) memberitahu, selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu, JKKK telah berhelah dan tidak mahu menandatangani borang-borang permohonan rakyat dengan alasan kononnya mereka tidak ada kuasa lagi.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, apabila ditanya kepada pihak JKKK mengapa berbuat demikian diberitahu tidak mempunyai kuasa.
"Saya paling ramai orang mengadu, JKKK tak mahu tandatangan. Bila saya tanya, dia (JKKK) kata MB tak beri untuk tandatangan dan dia (JKKK) sebut lagi, dia tak ada kuasa.

"Jadi saya juga minta MB Ahmad Said supaya dengar perintah (titah) sultan hari ini, jangan menderhaka," ujarya dipetik Buletin Online.

TPP tiada faedah: Pakar ekonomi

TPP tiada faedah: Pakar ekonomi
Laporan muka depan Sinar Harian, semalam.
SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyifatkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak mempunyai kesan positif kepada pengguna sebaliknya hanya memberi beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah.

Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, walaupun perjanjian itu masih belum dimeterai, kerajaan perlu melihat sejauh mana kesan TPP kepada orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad.

"Saya tidak nampak perjanjian ini beri sebarang faedah kepada pengguna, malah TPP lebih banyak beri kesan buruk kerana harga barang akan naik. Kerajaan perlu lihat adakah kesan baik lebih banyak dari buruk atau sebaliknya sebelum bersetuju menyertai perjanjian ini," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas sama ada perjanjian TPP akan beri kesan secara langsung kepada golongan berpendapatan rendah jika dilaksanakan.

Menurutnya, pengguna akan terima kesan akibat terma perjanjian tersebut yang pastinya menguntungkan Amerika Syarikat (AS)sebagai kuasa utama ekonomi dunia dan bukan negara lain.

"Kita perlu melihat sejarah lampau sebagai contoh dari perjanjian Pangkor 1874 sehingga perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), semuanya tidak menguntungkan kita.
"Kita juga perlu ingat, jika AS tergesa-gesa untuk membuat sesuatu perjanjian pastinya, perjanjian itu tidak akan beri kebaikan kepada orang lain," katanya.