Isnin, 17 Jun 2013

Black 505: Tiada perubahan, himpunan tetap di Padang Merbok

KUALA LUMPUR: Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin menjelaskan perhimpunan Black505 akan diteruskan sepertimana yang dirancangkan sebelum ini iaitu di Padang Merbok.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard menjelaskan, Pakatan Rakyat dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah menyatakan sokongn untuk menyertai himpunan yang akan diadakan pada 22 Jun nanti itu.

"Perhimpunan akan diteruskan sepertimana yang dirancangkan dan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dan juga NGO iaitu 22 Jun nanti di Padang Merbok.

"Kita telah mengikuti peraturan yang telah ditetap di dalam Akta Perhimpunan Aman yang menetapkan pemberitahuan 10 hari notis sebelum sesuatu program itu dilaksanakan.

"Perkara ini telah pun dilakukan dan kita maklumkan kepada pihak polis dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," jelasnya kepada Harakahdaily.

Utusan - digging UMNO's grave or the dark hand helping it to win 88 seats?

Utusan - digging UMNO's grave or the dark hand helping it to win 88 seats?
At one time Malaysia enjoyed a free press. The printed media then competed to let readers know the truth of what was happening in the country.
None was directly or indirectly aligned to any political interests or groups. The reports were not biased or tilted to favour any one group. It was a real pleasure and joy to read the newspapers then. The news was never manipulated to please anyone.
The owners of the papers did not interfere in the editorial policies of their papers as the editors running the editorial departments were all professionals in their approach towards news writing. They reported what happened without fear or favour.
The venerable Straits Times of course, during the colonial era was very much pro-British but it was done in a very subtle manner. Readers would know that certain stories were written as being pro-British but not done in such a crude manner as to create animosity towards any quarter.
The editors were well experienced and even though the writings were slanted towards protecting British interests, they still maintained some decorum in the style and manner of writing.
And as for the vernacular papers, Utusan Melayu was one of the oldest that came into being. It was established in the late 1930's by highly motivated personalities who wanted to nurture nationalist feelings among the Malays. And it was established in Singapore, a British colonial settlement or the Straits Settlement as these Malayan British colonies were known.
Its first editor-in-chief was Yusoff Ishak who later became the first President of independent Singapore. Journalists of great calibre helmed the paper, including the likes of Rahim Kajai, Ishak Haji Mohammad and Samad Ismail. The paper played its role very well and backed all Malay groups towards establishing a major political party.
The culmination of the role played by Utusan was the establishment of Umno in 1946. There was one well known Malay daily in Kuala Lumpur known as Majlis. It was established in the 1930's but was not a daily. It was more leftist in nature as most of the editors had leftist tendencies like Ibrahim Yaacob and Osman Kalam. They did not mince their words in condemning the British. They supported the Malay Nationalist Party, the first Malay political party which was banned by the British.

UNITY GOVERNMENT - winners & losers

With the perceived weakening of Najib Razak’s position of tenure as Malaysian Prime Minister, there is deep speculation within the country about moves afoot to form a national unity government.
UNITY GOVERNMENT - winners & losersSince the Barisan National’s re-election on May 5, there has been a distinct shift in stance towards ‘Ketuanan Melayu’ or Malay privilege, at the cost of 1Malaysia inclusive philosophy. There is now little talk about the Government Transformation Program, and after a relaxed stance towards rallies by the opposition, authorities are now taking stern action towards Anwar Ibrahim’s 505 movement with mass arrests of demonstrators over the weekend. Even Najib’s calls to make UMNO more inclusive has aggravated many within his party.
According to political pundits, Najib Razak is still prime minister, only because there is currently no other creditable and popular figure who could take the mantle of leadership away from him.
If we go back to pre-May 5 feeling in the community, there was great anticipation that an era of change was about to sweep the country. There was excitement on the streets with an almost carnival atmosphere. But the result on election night disappointed so many people, where denial and claims of massive cheating showed that many refused to accept the result. This has left the country just as divided as it was before the election. Nothing was settled and politicking rather than governance is dominating the national narrative. Anwar Ibrahim is pushing the Government into a corner with his national 505 tour disputing the election result which seems to be directly challenging Najib to take action against him.
Today’s political situation is of concern to many of Malaysia’s top echelon of businesspeople, politicians, civil servants, and even members of the Royal Families. There is a strong feeling amongst the country’s elite that Malaysia needs good governance rather than politicking. Many are very sympathetic to the concept of a national unity government, as a solution to this impasse, as it appears any election will not bring a harmonious result the nation requires. The idea of a national unity government is not without any precedent, as PAS was once a member of the BN back in the early 1970s.
Some feel that although the BN won through the first-past-the-post electoral system, the Pakatan Rakyat’s higher popular vote justifies the opposition having some say in government. For these people, a unity government would restore moderate policies and narrative, and keep ‘ultra-ism’ in check. Some within UMNO, see the possibility of a national unity government as a means to maintain UMNO’s long term survival, as the party to many Malays is an icon of political history and development. UMNO’s participation in a national unity government would act as pressure for internal reform, something many members want.
From Anwar Ibrahim’s PKR party, there are many, particularly those ex-UMNO members that see the party’s participation in a national unity government would give it the legitimacy it needs to survive in the long term past the persona of Anwar Ibrahim. They want PKR to stand on its own two feet without the ‘Anwar personality cult’.

Anwar: Dunia perhati perkembangan pilihan raya Malaysia

dsai_505_johor
BATU PAHAT, 17 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia kini sedang memerhatikan Malaysia selepas diketahui wujudnya penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Kata Anwar, antara pemimpin dunia yang memberi reaksi berikutan penyelewengan pilihan raya di negara ini temasuk dari Indonesia, negara terbesar umat Islam dan Turki.
“Saya baru pulang dari Bali dan Jakarta atas undangan Susilo bagi mendapat penjelasan terkini berhubung politik dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU lalu,” ujarnya hadapan 5,000 hadirin dalam ceramah Black 505 di Parit Raja, Batu Pahat, malam tadi.
dsai_505_johor3“Beliau seorang demokrat dan tidak boleh lihat penyelewengan yang berlaku dalam pilihanraya yang beliau sebut sebagai ‘kecurangan pemilu (pemilihan umum)
“Kata Susilo, sekiranya kecurangan seperti ini berlaku di Indonesia, sudah pasti rakyatnya akan bangkit memberontak kerana Indonesia merasakan penyelewengan pilihanraya adalah sesuatu yang melampau,” kata Anwar.
“Susilo tidak berhasrat campur tangan dalam urusan politik di Malaysia tetapi undangan yang dibuat itu kerana menganggap Malaysia sebagai negara sahabat,” ujar ahli parlimen Permatang Pauh itu.
Katanya lagi, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan turut menyatakan rasa aneh dengan keputusan pilihan raya lalu yang menunjukkan peratusan undi popular Pakatan lebih banyak berbanding Umno BN.
“Erdogan tanya saya bagaimana parti yang mendapat undi minoriti boleh menjadi Perdana Menteri?
“Saya cuma jawab Malaysia Boleh!,” katanya sinis, disambut ketawa hadirin.

Gelombang 'tsunami politik' berterusan

PASCA PRU SHAH ALAM - Keputusan PRU13 lalu dikatakan mempunyai kesinambungan gelombang ‘tsunami politik’ yang mula menular sejak PRU12 telah mengubah landskap politik Malaysia khususnya di kawasan bandar-bandar utama di negara ini.

Menurut Penyelidik dan Penganalisis MySuara, Faizal Riduan, PRU13 berjaya mengekalkan pola pengundian pilihan raya sebelumnya apabila memperlihatkan perubahan ketara susulan ramai pengundi khususnya golongan muda beralih arah kepada parti pembangkang.

“Keadaan ini sekaligus mengesahkan keputusan PRU12 bukan undi protes atau sikap sementara sebagaimana keputusan pilihan raya 1999 dan 1969 yang berjaya dipulihkan BN pada 2004 dan 1974.

“Persoalannya jika BN boleh menerima keputusan yang seberat ini, mengapa tidak PR akur kepada mandat yang telah diputuskan rakyat pada 5 Mei lalu?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Participant of the Trash Voting on the 13th th General Election: Malaysia Perspective, International Conference on Goverment Transition and Policy Change di Universiti Yonsei, Korea Selatan.

Pada PRU13, terdapat seramai 13,268,002 pemilih berdaftar iaitu 80.2 peratus daripada keseluruhan 16,550,421 rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas layak mengundi.

Namun hanya 11,256,545 pemilih keluar mengundi iaitu 84.84 peratus daripada pemilih berdaftar.

Dakwa kekal: SPR tidak layak zahir kekecewaan

Nurul Izzah Anwar PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, sewajarnya rakyat Malaysia yang sepatutnya menzahirkan rasa kekecewaan berhubung 'kegagalan' dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu dan bukannya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, kegagalan membendung penipuan dalam pilihan raya lalu telah menjejaskan "mood" rakyat.

"Kalau nak membangkitkan isu kecewa, kamilah paling kecewa kerana kami merupakan pengguna ataupun pelanggan yang menerima bahana dan akibat daripada sebarang kejayaan ataupun kegagalan dakwat kekal.

"Sebelum ini, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, dakwat tersebut akan kekal sekitar lima hingga tujuh hari namun ia tidak berlaku.

"Saya fikir ia tidak cukup dengan kekecewaan haruslah melihat kepada peletakkan jawatan utama dalam SPR," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Azizi Yusof di muka depan akhbar Sinar Harian hari ini yang melahirkan kekecewaannya susulan kegagalan penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 menyebabkan badan bebas itu dikecam pelbagai pihak.

DAP, Pas turut kerah anggota ‘hitamkan’ Padang Merbok 22 Jun ini

LCTKUALA LUMPUR, 17 JUN: DAP sudah mengarahkan anggotanya dari pelbagai peringkat agar turun beramai-ramai ke himpunan ‘Black 505′ 22 Jun ini di Padang Merbok, kata Pengarah Pendidikan Politik parti itu, Liew Chin Tong.
“Kami menyokong penuh himpunan ini dan akan turun beramai-ramai pada 22 Jun sebagaimana hasrat yang sudah dinyatakan pimpinan tertinggi parti.
“Kami juga bersetuju dengan tiga tujuan himpunan diadakan termasuk mendesak semua anggota SPR terutama pengerusi dan timbalannya meletak jawatan kerana bersubahat menipu dalam pilihanraya,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau yang juga antara wakil DAP dalam jawatankuasa himpunan itu turut mencadangkan pelantikan anggota SPR baru bukan sahaja mesti dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat, BN dan NGO tetapi mesti diurus sebuah jawatankuasa khas parlimen yang bebas.
Mesyuarat Pas Pusat tegaskan ahli turun Padang Merbok
Mat_sabuSementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan semua anggota parti itu diharuskan hadir pada himpunan itu sebagaimana keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 3 Jun lalu yang turut dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kita pasti akan turun dan arahan kepada semua ahli parti sudah dikeluarkan sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat PAS Pusat pada 3 Jun lalu,” katanya yang juga Timbalan Presiden PAS Pusat.
Kehadiran itu katanya sebagai tanda solidariti bersama rakyat membantah penipuan dalam PRU lalu terutama melibatkan konspirasi SPR bersama Umno-BN.
“Selamat berhimpun dan ajak seramai mungkin keluarga dan kenalan dengan berpakaian hitam pada himpunan 22 Jun ini,” katanya lagi.

Adun BN bantah isu guru dipaksa ke pos Umno


KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan dikejutkan dengan pendedahan mengenai ugutan berleluasa berlaku terhadap penjawat awam semasa kempen PRU13 lalu.
Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) mendakwa guru-guru diarah datang menandatangani kehadiran di pos Umno setiap malam.

Katanya, ada pegawai kanan dari Kementerian Pelajaran yang datang ketika kempen di Tumpat mengarah guru-guru besar dan penolong kanan bertindak sedemikian.

"Perjumpaan pegawai kanan terbabit diadakan di Sekolah Menengah Biji Wangsa ketika kempen tersebut," katanya pada ucapan menjunjung kasih titah Sultan Kelantan ketika merasmikan persidangan Dun semalam.

Ketika usul cadangan ucapan itu Mohd Zaki berkata, guru-guru dan penjawat awam begitu tertekan sekali dengan ugutan dilakukan pemimpin Umno sepanjang kempen tersebut.

Takaful: Warga emas terima manfaat RM53 juta


KOTA BHARU: Selepas disisih mendapat sebarang peruntukan melaksanakan projek rumah awam kos rendah sejak 1990, Kelantan terpaksa membina sendiri rumah untuk penduduk miskin.

Projek kebajikan rumah dhua’fat diwujudkan bermula pada 2010. Dan sehingga tahun lepas sebanyak RM14.9 juta diperuntukan bagi tujuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, projek berkenaan meliputi membina dan membaiki rumah penduduk miskin, kediaman ditimpa bencana dan rumah dhaif.

“Sebanyak 4,485 penduduk miskin mendapat faedah skim tersebut dalam tempoh 2010-2012. Purata rumah yang dibina sebanyak 340 buah dengan kos antara RM35,000 hingga RM40,000 sebuah.

“Selain itu 4,145 buah rumah dibaiki dengan anggaran setiap sebuah membabitkan kos kira-kira RM10,000,” katanya menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) pada persidangan Dun hari ini.

Najib vs Mahathir: Who will survive, who will bite the dust?

How do you feel when someone keeps breathing down your neck, nagging, criticizing and meddling with your work right from the day you start work?
Well, if you want to know, 'tanya Najib'. Yes, ask Prime Minister Najib Razak because that must be how he is feeling all this while. And worse still, the person doing the heavy breathing is not Mongolian beauty Altantuya Shaariibuu or wife Rosmah Mansor but Mahathir Mohamad!
Najib vs Mahathir: Who will survive, who will bite the dust?Yes, Mahathir or Dr M the former prime minister - hard as nails and some say ruthlessness personified - who defeated all other pretenders to his throne including Musa Hitam, Tengku Razaleigh and Anwar Ibrahim. Dr M also removed Abdullah Badawi from power even though he had handpicked Badawi to succeed him. And this was how Najib came to power - given the green light from Mahathir to replace Badawi..
Yes, the old man was that powerful. Remember Tun Salleh Abas who was unceremoniously sacked as Chief Judge. Even the Malay Rulers lost their immunity against prosecution! It was then that dazzled by his own power, Mahathir began ruling the country like his own property, arbitrarily helping his sons and cronies to amass wealth beyond imagination.
By comparison Najib, and for that matter Badawi too, have not been able to match the mega structures built by Mahathir, such as the still half-full office blocks at the Petronas Twin Towers, the money-swallowing F1 Circuit, the far from perfect Putrajaya and the ever rising tolls for using our highways.
Up till now, Najib has failed to eke out any real or lasting transformation programs despite having the gall and vanity to encourage the people to call him Bapa Transformasi or the Father of Transformation!
However, in gravy train department, neither Najib nor Badawi have been slouches. While they may not be able to drive the gravy train as well Mahathir and his sons, they too have supped and feasted well on the largesse that comes with near absolute power.
Fed up of Dr M's backseat driving
About to begin his second term as PM - if he is not thrown out as Umno president in the party's elections later this year - there are signs Najib is now fed up with being in Mahathir's shadow. He wants to be his own man but is not sure how. He wants to claim his own right as the elected Prime Minister, but is afraid Mahathir might get upset and squash him to death like a pesky fly.
No wonder Najib is feeling peeved and rather insecure with all the recent talk of removing him from power in UMNO and taking out a no-confidence vote against him in Parliament. Obviously, Najib must feel he must do something and do it fast.
He probably reckons his trump card was leading UMNO/BN to win the 13th general election. Whether it was by hook or by crook, UMNO-BN has won and UMNO has the biggest number of seats  - 88 out of 133 to boot. To him, this took place at a time when the country has not been doing too well in every aspect; UMNO was in big trouble due to its never-ending infighting and scandals, while the BN component parties were in shambles too. Above all, the Opposition was the strongest ever. Could Mahathir win the GE-13 or for that matter all the previous elections if faced with the same problems?

Kritik bekas MB, Adun BN hina titah sultan?


KOTA BHARU: Kenyataan Datuk Ab Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) yang mengkritik bekas Menteri Besar Kelantan tidak begitu menumpu perhatian ketika menjawat jawatan itu seumpama menghina titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ustaz Hassan Mahmood (PAS-Tawang) berkata, ini kerana Sultan Kelantan telah memberi penghargaan yang tinggi kepada Tuan Guru yang telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun.

“Tuanku dengan jelas mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru ketika baginda bertitah merasmikan Istiadat Pembukaan Sidang Dun semalam.

“Kalau Yang Berhormat masih tidak puas hati, menuduh serta mengeluarkan kenyataan yang tidak benar, bererti Yang Berhormat menghina titah Sultan Kelantan,” ujarnya.

Pada masa yang sama Hassan meminta Adun Kuala Balah itu menghentikan kenyataan sedemikian, jika tidak beliau akan merujuk peraturan dewan.

Kelantan teruskan Lebuh Raya Rakyat - Exco



KOTA BHARU: Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 km tetap diteruskan kerajaan negeri, sekiranya kerajaan pusat enggan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Anggota Exco, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri mengambil tanggungjawab terbabit memandangkan kerajaan pusat mengenepikan projek berkenaan sejak 1986 (Rancangan Malaysia Ke-5).

“Pernah semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara peruntukan membina lebuh raya tersebut diluluskan, namun ditarik balik kemudiannya.

“Malah Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri (UPEN) pernah memasukkan sekali lagi cadangan membina lebuh raya tersebut pada RMK-10, namun juga ditolak.

“Maka mengambil kira kerajaan pusat enggan membinanya, kerajaan negeri pada Mei tahun lepas melancarkan projek berkenaan bagi manfaat rakyat,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Yusnan Yusoff (PAS-Melor) pada persidangan Dun hari ini.

Semarak Himpunan Blackout 22 Jun

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
HIMPUNAN Blackout 505 bakal diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun ini selepas pindaan tarikh diumumkan oleh Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli pada 10 Jun lalu.
Himpunan ini diadakan selepas beberapa siri himpunan di beberapa buah negeri bertujuan menentang penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kali ini, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada 3 Jun lalu sepakat untuk bersama dalam Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok 22 Jun sebagai solidariti bersama menolak penipuan PRU13. Pemimpin pakatan mendakwa PRU13 dipenuhi dengan kecurangan, bermula dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal sehingga percanggahan dalam daftar pengundi dan penipuan secara terang-terangan pada hari mengundi itu sendiri melalui dakwaan penggunaan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus.
Sebaik pilihan raya 5 Mei berakhir,Rafizi membuat beberapa siri pendedahan apa yang beliau dakwa sebagai penipuan sebagai tekanan daripada pembangkang untuk kepada Putrajaya  untuk melakukan reformasi pilihan raya, bermula dengan melengkapkan pembaharuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR seperti biasa masih terus menafikan segala dakwaan dan tuduhan yang dibangkitkan oleh pakatan mengenai kepincangan pengurusan pilihan raya di negara ini.
Akhirnya, rakyat tiada pilihan terpaksa berhimpun bagi menyatakan kemarahan mereka dengan penipuan dan segala bentuk penafian SPR.
Rakyat melihat seharusnya SPR selaku pengendali yang sudah hilang kredibilitinya dirombak semula, dan digantikan dengan mereka yang jauh lebih berintegriti.
Suara-suara desakan ini terhidang dalam setiap Himpunan Blackout 505 yang berlangsung sejak 8 Mei lalu hingga yang terakhir di Padang Timur Amcorp Mall, 24 Mei.
Himpunan ini mendapat tentangan kerajaan serta pihak berkuasa, ramai yang telah didakwa tidak kurang yang sedang dalam proses untuk didakwa.

‘Usulkan Undi Tidak Percaya Terhadap Najib’

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sumpah, lafaz dan tindak-tanduk beliau [Datuk Seri Najib] semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengukuhkan lagi justifikasi untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang ini.

“Usul yang dicadangkan adalah di atas pertimbangan salah laku dan ketidakpatuhan kepada peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara dan bukan di atas pertimbangan politik,” katanya dalam surat terbuka kepada Anwar.

Surat sama dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau juga berpendapat bahawa kenyataan “tsunami Cina” yang diutarakan Najib selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang Perdana Menteri berbilang kaum.

Tambah Mat Zain, Najib telah menghina Yang di-Pertuan Agong [Tuanku Mizan Zainal Abidin] ketika upacara majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 3 April 2009 dengan menggunakan sumpah yang direka sendiri.

‘Membelakangkan Perlembagaan’

“Tindakan Datuk Seri Najib sedemikian itu bukan sahaja membelakangkan peruntukan Perlembagaan, bahkan beliau turut menghina kepercayaan YDP Agong terhadap beliau,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya di hari pertama memegang jawatan tersebut Najib telah sanggup berbohong di hadapan YDP Agong dan rakyat Malaysia, maka apatah lagi, di hari-hari yang berikutnya.

Pujukan Moral Boleh Nyahkan Ahli Politik Rasuah

Oleh A Kadir Jasin
PADA 13 Jun, saya dijemput menyertai pengarang media massa lain ke majlis taklimat tertutup Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM/MACC) – sesuatu yang jarang berlaku kepada saya sejak meletakkan jawatan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad pada tahun 2000.

Jadi saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada SPRM (yang sama sebut BPR/ACA), khasnya kepada Ketua Pesuruhjayanya, (Tan Sri) Abu Kassim Mohamed, kerana menjemput saya.
Syabas kepada SPRM di atas kejayaan menambah bilangan penyiasatan, pendakwaan, sabitan (conviction), rampasan harta dan membantu kerajaan mengesan penyelak cukai korporat.
Daripada taklimat dan perbincangan lebih dua jam itu, saya bertambah yakin bahawa undang-undang semata-mata tidak akan berjaya dan berupaya mengatasi gejala rasuah yang termasuk di dalam pentakrifannya penyalahgunaan kuasa.
Berikut adalah pendapat, pemerhatian dan cadangan dua sen saya kepada SPRM dan mana-mana juga individu dan kumpulan yang mengambil berat mengenai rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mahu membanterasnya daripada menjadi lebih buruk:
1. Antara isu besar yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi Cina, undi bandar dan undi pemilih muda adalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mana imej BN semakin dipertikaikan, sama ada kerana persepsi atau realiti.

Usah jadikan harta bernilai dari harga diri

Oleh Tuan Guru Nik Abdul  Aziz Nik Mat
ANTARA perkara yang perlu dielakkan dalam majlis adalah jangan buat-buat (mengada-ngada) dari segi berhias, sebagaimana kesungguhan golongan wanita berhias. Tidak dilarang berhias bagi golongan lelaki, bahkan digalakkan berhias dalam bentuk berpakaian kemas apabila berhadapan masyarakat. Ia akan dihormati orang ramai lantaran kekemasan dan disiplin dalam mengurus diri. 

Perhiasan bagi golongan lelaki tidaklah sampai ke tahap berdandan wanita. Berdandan atau berhias sememangnya sinonim dengan golongan wanita. Golongan wanita diciptakan oleh Allah SWT, untuk menyenangkan dan memekarkan sikap mawaddah di hati para suami. Jika wanita fizikalnya kurang cantik mudahmudahan akan lebih menarik apabila berdandan, ia akan lebih menawan pandangan suaminya dan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
Jangan sesekali golongan lelaki keadaan dirinya berselekeh sebagaimana selekehnya hamba abdi, munasabah selekeh bagi golongan hamba sahaya kerana situasi diri sebagai hamba abdi.
Abdi sebagai manusia tawanan yang tewas di medan perang, bagi manusia yang bukan hamba abdi tidak wajar berkeadaan selekeh. Abdi telah tidak wujud lagi.
Jangan terlalu menekan sahabat apabila hendak menyempurnakan sesuatu hajat, berlapang dada sekiranya sahabat tidak dapat memberi pertolongan. Mungkin dia sedang bermasalah.
Perbuatan menekan atau mendesak, akan menyulitkan interaksi dan boleh menyekat untuk berurusan lagi dengannya.
Ini kerana cara demikian sememangnya bercanggah dengan tatasusila persahabatan.
Jangan beri semangat kepada kawan bermatlamat ke arah kezaliman, hal itu terjadi mungkin tidak upaya atau takut melakukan sendiri.

IPCMC undang2 terbaik lindungi kepentingan polis

keganasan-polis1KUALA LUMPUR 17 JUN: Polis tidak perlu takut dengan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) kerana ia sebenarnya undang-undang bagi melindungi kepentingan pasukan itu, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.
“Polis tidak perlu menggeruni IPCMC dan ia sebenarnya undang-undang melindungi kepentingan polis secara keseluruhan. Kita jelas mengetahui IPCMC satu-satunya cara untuk pelaku yang terlibat bertanggungjawab, beralih daripada tekanan dan sokongan juga memastikan kesan timbangtara melalui mekanisme bebas.
“IPCMC juga mampu meletakkan institusi polis ke tahap lebih baik daripada sekarang; sama ada dari segi imej mahupun kebajikan anggota polis,” kata Loy Sian pada kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada 15 Jun lalu kononnya IPCMC tidak perlu dengan alasan undang-undang sedia ada cukup menangani aduan salah laku anggota penguatkuasaan di negara ini.
Mengenai Rang Undang-undang Agensi Integriti Penguatkuasaan (EAIC), Loy Sian  menyifatkan ia gagal menangani isu asas seperti kematian dalam tahanan sebagaimana dinyatakan mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada 21 Mei lalu.
“Menurut Tun Abdul Hamid daripada 347 aduan, hanya tiga disiasat dan satu daripadanya dipindah ke jawatankuasa disiplin polis.
“Jelas daripada pengalaman pengoperasian EAIC, cadangan menubuh sebuah pasukan dalam lingkungan polis itu sendiri dan diketuai Ketua Polis Negara bakal menjadi satu lagi usaha gagal dan sekadar perubahan kosmetik,” katanya.
Beliau turut mengkritik idea memusatkan tempat tahanan kerana ia bertentangan tuntutan masyarakat sivil yang mahukan pengubahsuaian total bagi menghentikan keganasan atas biaya wang pembayar cukai.

Hak berhimpun dijamin Perlembagaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Rakyat Malaysia berhak menyertai perhimpunan seperti termaktub dalam Perlembagaan selagi tidak bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman (APA), kata peguam Lawyers for Liberty (LFL), Afiq Mohd Noor.
Afiq_M_Noor“Sekiranya peserta ditahan ketika dalam perjalanan hadir ke tapak program, mereka berhak bertanya kepada polis motif ditahan dan atas kesalahan apa.
“Dari situ mereka boleh memastikan kedudukan sebenar mereka berdasarkan peruntukan Perlembagaan.
“Jika dibawa ke balai polis, peserta masih berhak mendapatkan bantuan guaman atau menghubungi ahli keluarga bagi mengesahkan lokasi sebenar mereka, ini penting untuk memudahkan urusan guaman,” ujarnya kepada Keadilandaily.
Tambah Afiq, sekiranya peserta tidak tahu untuk berhadapan dengan polis ketika ditahan, mereka disarankan untuk berdiam diri sahaja.
perhimpunan-black-505-kuala-lumpur-padang-merbok-15-jun-547x350“Tindakan berdiam diri adalah hak yang dijamin oleh Seksyen 112 (2) Kanun Tatacara Jenayah dan hanya memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor kad pengenalan sahaja,” katanya.
Ujarnya lagi, LFL ada menyediakan bantuan guaman kepada peserta yang ditahan dan akan mengedarkan senarai nama dan no perhubungan peguam yang boleh dihubungi melalui media sosial rasmi LFL.
Peserta dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang provokasi kepada polis kerana akan memberikan kesan buruk kepada perjalanan perhimpunan nanti.

Suara Rakyat 505: Rakyat turun beraksi hingga SPR letak jawatan

Minggu lepas, Suara Rakyat 505 telahpun menyeru kepada SPR supaya letak jawatan dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
Gabungan ini berpandangan bahawa jawatankuasa khas bagi memantau Suruhananjaya Pilihan Raya tidak akan membawa apa-apa perubahan signifikan dan kata-kata kami terbukti apabila Pengerusi SPR berkata bahawa dia tidak mungkin akan meletakkan jawatan.
SPR telah mencabar kuasa rakyat, maka seperti dijanjikan Gabungan lebih 50 NGO ‘Suara Rakyat 505’ menggembeling segala kekuatan untuk membawa rakyat beraksi pada 22 Jun 2013 di Padang Merbuk, menuntut demokrasi yang digelapkan dan mengembalikan kemenangan rakyat yang dirampas. RAKYAT TURUN BERAKSI 22 JUN HINGGA SPR LETAK JAWATAN.
Bagi memastikan mobilisasi terbesar dan sebagai aksi akhir membangkitkan kesedaran rakyat tentang penipuan PRU13, Gabungan ‘Suara Rakyat 505’ akan mengkoordinasi sebuah jelajah untuk mengira detik (countdown) menuju 22 Jun.
Tirai Roadshow akan dimulakan dengan sebuah aksi flashmob pada 15 Jun dan kemuncak jelajah, satu aksi ‘kira detik akhir’ (final countdown) bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH pada 21 Jun.

Perdamaian nasional: Najib gagal, Umno BN kalah


‘Perdamaian nasional’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan gagal dan Umno BN akan benar-benar kalah dalam PRU14 jika beliau terus menganggap bahawa Barisan Nasional memenangi PRU13 tetapi kalah dalam ‘perang persepsi’ sepertimana yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kelmarin.
Menurut Najib, Barisan telah menjalankan banyak transformasi dari segi pelaksanaan perkhidmatan sejak empat tahun lalu dan telah memenangi PRU13, tetapi ia kalah dalam perang persepsi berikutan fitnah dan pembohongan yang telah disebarkan oleh Pembangkang menerusi media alternatif yang lebih dipercayai orang berbanding kebenaran dalam media arus perdana.

Kata Najib: “Untuk pilihan raya umum berikutnya, Barisan mesti mempersiapkan diri untuk terlibat dalam perang persepsi”.

Apakah Najib sebenarnya menjanjikan lebih banyak pembohongan Umno BN di ruang siber dalam masa lima tahun mendatang, walaupun 10,000 cybertrooper Umno BN yang dilatih dalam siri Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dianjurkan di seluruh Malaysia, melibatkan ratusan juta ringgit wang rakyat, telah gagal sama sekali?

Saya tidak ingin membela media alternatif, tetapi apakah Najib sanggup menubuhkan suruhanjaya penyiasatan bebas untuk mengenalpasti mengapa media arus perdana telah hilang kredibiliti dan wibawa sehingga media alternatif lebih mendapat tempat?

PAS tetap bertegas perlu tubuh IPCMC

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa (EAIC) yang sedia ada tidak boleh menyelesaikan masalah apatah lagi mengembalikan integriti PDRM kerana suruhanjaya itu bersifat umum.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah yang terbaik untuk memulihkan imej pasukan polis yang kini sudah tercalar ekoran beberapa kes kematian di dalam lokap.

"PAS konsistan bahawa IPCMC sangat perlu kerana ia bersifat khusus kepada PDRM dan saya percaya ianya boleh mengembalikan integriti PDRM sekali gus memulihkan kepercayaan rakyat terhadap pasukan keselamatan itu," katanya kepada Harakahdaily.

Malah katanya, EAIC yang sedia ada tidak fokus kepada matlamat penubuhan seperti mana IPCMC yang lebih bertanggungjawab untuk memulihkan imej PDRM.

Salahudin turut membidas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang tidak wajar mengeluarkan kenyataan IPCMC tidak perlu kerana sudah ada EAIC, memandangkan beliau mempunyai kepentingan di dalam PDRM.

MP: Bukan takdir, tapi penipuan menangkan BN

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, persempadanan semula kawasan dan ketidakadilan membantu BN menang pada pilihan raya umum dan bukan "takdir" seperti dakwaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

teo nie ching pc on parliamentary allocation 3Teo (kanan) berkata, amat "memalukan" apabila Abdul Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud mendakwa bahawa takdir yang membantu BN menang pada 5 Mei lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Teo yang juga penolong setiausaha publisiti DAP itu sebaliknya mendakwa "penipuan dan kecacatan (pilihan raya)" yang membantu BN memenangi pilihan raya umum.

Dalam tulisan di Utusan Malaysia semalam, Abdul Rahman dilapor menulis, mungkin Anwar lupa secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular tetapi BN menerima sokongan takdir yang membantu gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.

"Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya," tulis Abdul Rahman.

KM menemani Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninjau runtuhan rod penebat kilat menara Umno

Sidang media Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi & Tuan Lim Guan Eng berhubung mangsa runtuhan rod penebat kilat

Search for missing Penang hawker called off

Tee to accept MCA sanction, won't quit Johor exco post

FOMCA: Jangan abai rondaan di kawasan 'panas'

Iran : A victory of moderation ?

Anwar Ibrahim: Sebab Apa Presiden Indonesia Minta Saya Lapor?

Anwar Ibrahim: PRU13 Belum Selesai

Anwar Ibrahim: 22hb Jun Kita Kena Berhimpun

Mat Sabu: SPR Menjadi Kuda Tunggangan UMNO, Jangan Harap Kita Boleh Tukar Pemerintah Ini

Tragedi Ribut: KM Cadang Audit Bangunan Berisiko Tinggi di seluruh Pulau Pinang

GMI : Bebaskan tahanan ISA secepat mungkin

Dzulkefly: Pengundi diminta sumpah sokong BN




 
Penyokong PAS di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah akan atau telah menyokong BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, dakwa calon kawasan itu Dr Dzulkefly Ahmad.

Dakwanya, perkara itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen.

"Orang Melayu takut bersumpah. Sangat takut. Jika kamu bersumpah dengan nama Allah tetapi tidak lakukannya, kami akan mati," katanya ketika diwawancara Malaysiakini pada Khamis lalu.

Dzulkefly tewas di tangan calon BN Datuk Irmohizam Ibrahim dengan majoriti 460 undi di kawasan majoriti Melayu dengan 64 peratus.

Di Jeram, salah satu kerusi negeri di Kuala Selangor, penyandang daripada BN Amiruddin Setro mempertingkatkan majoritinya daripada 1,476 undi pada 2008 kepada 2,834.

Dzulkefly berkata, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang kampung, termasuk anak muda, enggan bertemu dengannya.

Semua perlu sertai Black505 22 Jun - Husam

KOTA BHARU: Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar).

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya.

"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa.

Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

"Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat.

Zuraida: 50 peratus wanita akan sertai Black 505 pada 22 Jun

Zuraida1KUALA LUMPUR 17 JUN: Wanita KEADILAN akan menggerakkan seramai mungkin ahli dari seluruh negara untuk hadir ke Himpunan Black 505 Sabtu ini sebagai tanda sokongan membantah penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
“Surat pekeliling supaya semua ahli di peringkat negeri telah diedar kepada Ketua Wanita Negeri. Kita akan pastikan anggota kita turun menentang penyelewengan yang berlaku,” kata Ketuanya, Zuraida Kamaruddin kepada Keadilan Daily.
Beliau menganggarkan penyertaan keseluruhan wanita pada himpunan kali ini lebih besar berbanding Bersih 3.0 sebelum ini.
“Pada Bersih 3.0 lalu, kita berjaya menghimpunkan satu pertiga golongan wanita dan kita harap jumlah itu akan meningkat sehingga 50 peratus pada Black 505 Sabtu ini,” katanya.

SPR Gagal: 'Tidak perlu tunggu Agong, sedar dirilah'


KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf (gambar) tidak perlu menunggu Yang di-Pertuan Agong mengarahkan supaya meletak jawatan setelah mengakui kegagalan dakwat kekal, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Tujuan dakwat kekal ialah untuk memastikan pilihan raya yang bersih.

"Apabila Aziz mengakui dakwat tersebut tidak kekal, ia dengan sendirinya bermakna SPR mengakui ia gagal memastikan pilihan raya dijalankan dengan bersih.

"Tidak perlu tunggu Agong, itu sudah lebih dari mencukupi untuk menjadi sebab Aziz dan kepimpinan SPR sedar diri dan meletak jawatan," kata beliau.

Aziz dan SPR, kata Mahfuz, juga gagal menguruskan wang rakyat dengan sewajarnya.

"Apabila dakwat yang didakwa kekal itu terbukti tidak kekal, ia sekaligus kegagalan menguruskan wang rakyat kerana wang rakyat dibazirkan tanpa mencapai matlamat yang ditetapkan," katanya.

Dalam pengakuannya bahawa dakwat yang didakwa kekal itu sebenarnya tidak kekal, Pengerusi SPR itu berkata: "Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya?"

EC chief finally admits ink fiasco

After defending itself in the indelible ink fiasco during the recent general election where it was found that the ink could be easily removed, Election Commission chief Abdul Aziz Yusuf has acknowledged the embarrassing episode, indirectly admitting his failure.
EC chief finally admits ink fiasco“If people ask me now, what is the most saddening episode in my life, I will say indelible ink,” Aziz told Malay daily Sinar Harian today in an exclusive interview.
However, he stopped short of explaining why the indelible ink had caused so much sadness to him.
The discovery that the ink could be washed off from one's skin started during the advance voting stage after voters showed how the ink could be removed, contradicting EC’s earlier claim that it would last for seven days.
Following a public uproar, EC then held a public demonstration on May 2 to prove that ink could last, with its secretary Kamaruddin Mohamed Baria washing his finger several times for the camera.
However, on May 5, voters took to the net to show the indelible ink could be easily removed, and gave way to widespread anger accusing the EC of masterminding electoral fraud to ensure victory for BN. The Commission had defended itself claiming that it was obliged to limit the content of silver nitrate in the ink as instructed by the Health ministry.
But earlier this month, the Health ministry denied the claim, saying it had not been consulted.

BN's GE13 win - fate or fraud?

DAP Kulai MP Teo Nie Ching says gerrymandering and unfair practices helped BN win the GE not ‘fate' as claimed by Minister Abdul Rahman Dahlan.
It is "shameful" for Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Abdul Rahman Dahlan to claim that takdir (fate) had helped BN win in the 13th general election, DAP's Kulai MP Teo Nie Ching said today.
BN's GE13 win - fate or fraud?In a statement, Teo, who is also the party's national assistant publicity secretary, said that it was "fraud and flaws" that had helped BN win the election and not fate as noted by Rahman Dahlan.
In a commentary piece published in Utusan Malaysia's weekend edition yesterday, Rahman Dahlan argued that "fate and God's will determines everything" when it comes to the election results.
"It was not fate nor God's will that determined the victory of BN, but gerrymandering and unfair practices that helped BN remain in power," Teo said.
"It is like saying a rapist can marry his victim citing that fate favours their union," she said of Rahman Dahlan's statement.
"Out of 130 smallest parliamentary seats in the country, BN had won 112 of them. Their parliamentary majority was largely attributed to the constituencies with small number of voters, not because God favoured them," she further added.
She said that Rahman Dahlan's statement shows that BN and its leader have "no intention" to rectify electoral weaknesses and flaws or address the fraud issues highlighted by Pakatan.
"Phantom voters, malapportionment and postal vote fraud were not determined by God, but are man made," she added.

Pengkhianat Negara: RCI diberitahu, pendatang India jadi anggota Rela, terima BR1M

Pendatang asing dari India, Peer Mohamad Kadir hari ini berkata beliau menerima kad pengenalan hanya dalam tempoh dua tahun selepas tiba di negara ini semasa berusia 24 tahun, pada tahun 1984.

Peer, 53, memberitahu Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin (RCI) Sabah selepas dua kali gagal memohon kad pengenalan, beliau memperolehi kad pengenalan pada 1986, dengan bantuan pak ciknya selepas membuat permohonan sama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Marudu.

Beliau yang juga merupakan anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut berkata pernah mengundi dalam lima pilihan raya termasuk beberapa pilihan raya kecil dan merupakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bernilai RM500.

"Saya diberi borang, tetapi saya tidak pandai isi ... semua pak cik saya tolong," kata Peer yang lahir di Chennai, India ketika disoal oleh pegawai RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini.

"Saya diarahkan membayar duti stem sebanyak RM20, surat akuan semua ada ... pak cik uruskan," katanya lagi, yang juga tidak mempunyai sijil lahir dan data ibu bapa yang tidak lengkap di pangkalan data JPN.

Ketika disoal oleh pegawai penyiasat RCI Jamil Aripin bahawa tempat lahir sebenar dan tempat lahir yang tertera dalam kad pengenalannya juga berbeza, bekas Pegawai Perhubungan Awam Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) itu berkata beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak sedar bahawa beliau memperolehi kad pengenalan melalui cara yang tidak sah.

"Adakah kamu bersetuju kad pengenalan kamu diperolehi dengan cara menyalahi undang-undang?" soal Jamil. "Saya tak dapat jawab," kata Peer, yang turut mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada Pilihan Raya 2013 lalu.

Pengkhianat Negara: 'Pendatang haram dapat dokumen M'sia di Filipina'




Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini diberitahu bahawa pendatang haram boleh mendapatkan dokumen Malaysia ketika masih berada di Filipina lagi.

Macarius Sabinus - pegawai lapangan yang ditugaskan mendaftar pendatang haram di Sabah dan mengeluarkan resit sementara (kad burung-burung) kepada mereka - menemukan bahawa mereka mendapat dokumen itu di Bongoa, Tawi-Tawi, walaupun belum didaftarkan.

Bagaimanapun Macarius - juga penyelidik di badan pemikir Institut Kajian Pembangunan (Sabah) atau IDS badan bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) - berkata, resit itu mempunyai nombor siri dan cop berbeza.

IDS, sebelum ini dikenali sebagai Institut Analisis Dasar Awam (IPPA), ditugaskan mengkaji pendaftaran pendatang haram secara besar-besaran di Sabah antara 1986 dan 1988.

IPCMC: Apa yang Polis gerunkan sangat?

Pihak penguasa polis tidak perlu menggeruni Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) dan ia sebenarnya sebuah undang-undang yang melindungi kepentingan pihak polis secara keseluruhan.
Di dalam laporan media Bernama bertarikh 15 Jun 2013, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin tetap enggan bersetuju dengan IPCMC dan berpendapat undang-undang sedia ada yang sudah pun diluluskan oleh Parlimen sudah cukup kuat untuk menangani aduan berkaitan salah laku anggota penguatkuasaan di negara ini.
IPCMC: Apa yang Polis gerunkan sangat?Mohd Bakri juga bertegas bahawa ianya (memikirkan mengenai undang-undang sedia ada) adalah lebih baik daripada memikirkan mengenai IPCMC.
Sebenarnya, pada 25 Mac 2008, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa draf rang undang-undang IPCMC siap untuk dikemukakan kepada Kabinet sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun, perkara itu ditangguh apabila Dewan Rakyat dibubar pada tahun berkenaan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menurut pengumuman bekas Perdana Menteri itu. IPCMC sebenarnya sudah bersedia untuk dibentangkan untuk diluluskan di Parlimen.
IPCMC adalah bahagian terakhir dalam cadangan pembaharuan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, yang mencadangkan agar badan itu menggunakan model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis (IPCC) United Kingdom dan badan pemantau polis yang terdapat di New South Wales dan Queensland, Australia, serta Hong Kong.

Betulkah Cina akan sapu semua? Reputasi dasar rasis UMNO menjadi sebutan serantau

Betulkah Cina akan sapu semua? Reputasi dasar rasis UMNO menjadi sebutan serantauKetua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim yang baru pulang dari Jakarta, Indonesia memberitahu para hadirin sebuah perhimpunan yang berlangsung pada malam Ahad bahawa beliau telah ditanya oleh ramai pihak di Indonesia samada kaum Cina akan mengambil alih Malaysia jikalau Pakatan Rakyat berkuasa seperti yang diwar-warkan oleh UMNO.
"Orang Indonesia tanya saya samada betul atau tidak jikalau Pakatan Rakyat berkuasa, maka habislah Malaysia - semua akan disapu bersih oleh Cina," kata Anwar semasa Perhimpunan Black505 di Batu Pahat pada malam Ahad.
"Saya jawab saya akui bahawa pemimpin Cina kita pada masa ini lebih pintar, lebih berani, lebih layak. Jadi kita mesti angkat pemimpin Melayu yang lebih pintar dan lebih layak. Jikalau kita ada pemimpin Cina yang pintar tetapi pemimpin Melayu yang zalim dan korup, mampuslah kita. Dan kalau kita memilih pemimpin Melayu yang korup, kalau dia menang, harga barang naik. Syed Mokhtar sapu setengah bilion, Ananda sapu bermilion-milion."
UMNO mula "terkenal"
Anwar turut mengulas bahawa maklumat yang diberikannya mencerminkan parti UMNO pimipinan Perdana Menteri Najib Razak dan betapa terkenalnya parti itu di rantau ini kerana dasar rasismenya.
Sebelum berlangsungnya pilihanraya ke-13 (PRU13), pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Najib sendiri telah menggunakan retorik perkauman untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Taktik pecah-dan-perintah ini diteruskan selepas PRU13 dimana Najib menyalahkan "tsunami Cina" sebagai punca prestasi BN yang kurang memuaskan.
Komen Najib ini mendorong akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, untuk menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang membayangkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia tidak taat dan tidak bersyukur walaupun diberikan peluang untuk berjaya. Sentimen berbentuk stereotaip ini dikutuk secara menyeluruh, terutamanya daripada masyarakat Cina.

PKR needs new strategies?

PKR must strive to consolidate its position and enlarge its membership base while it devises new plans on how to lead an assault on BN.

One of the major tools used by Barisan Nasional in the recently concluded (or not) 13th general election was the government controlled media, so called the mainstream media (MSM) and it damaged Pakatan Rakyat’s chances in remote areas.
What the citizens in townships and cities across Malaysia have is the internet as the alternative to the MSM, but that too has showed its limits to a certain extent, since it cannot reach those who are not virtually connected.
In the remote areas in Sabah, Sarawak and in the peninsular villages plus the areas where Pakatan is not allowed to campaign such as the Felda areas, the internet does not seem to be as popular as the local TV1, TV2 and TV3 plus the 4,5,6,7,8,9 and 14 which were also abused during the electoral period.
Then we have the penetration powers of Utusan Malaysia, the Star and other MSM newspapers which were in full support of BN, demonising Pakatan in the process and not giving the opposition any chance to present its criticism of the government or its projects for a better society.
All through 2012, the opposition had problems penetrating the villages in several states and it was an accepted fact among Pakatan elements that this would hurt their chances of gaining more seats in Parliament.
PKR was even more aware of the problem, knowing that it could not depend entirely on PAS and DAP was in an even worse situation with regard to Malay majority areas in the villages.
PAS, as it was proven during the 13th general election, was in competition with PKR and DAP in many seats and went to great lengths to ensure that some Pakatan candidates fail to get elected altogether.

Isu Mazhab: 'Kempen jalur keras menjelang muktamar PAS bermula'

Sebuah kumpulan hak asasi manusia hari ini mengaitkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan kempen "jalur keras" menjelang muktamar pemilihan PAS dengan menggunakan isu kemazhaban dalam Islam.

Mengulas kenyataannya bahawa Syiah berpotensi menjadi fahaman berbahaya, Setiausaha Agung AsSajjad Movement Husin Sajjad menyifatkan tindakan itu tidak sihat dan tidak bertanggungjawab.

NONE"Adalah dipercayai, kata-kata beliau ‘tidak akan membiarkan pengaruh Syiah berkembang dalam parti itu sendiri' merupakan satu modal kempen awal oleh blok ‘Islam keras'," dakwa Husin.

Mohd Amar pada 14 Jun lalu dilapor menggesa semua pihak berperanan serius memastikan fahaman Syiah tidak menular dan masyarakat Islam mesti mengukuhkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi mengelak kesan buruk sebagaimana yang kini berlaku di Syria.

Timbalan pesuruhjaya III PAS Kelantan itu juga berkata, ulama Syria pernah mendedahkan kekesalan kerana membiarkan golongan Syiah Alawiyah yang merupakan penduduk minoriti menguasai tampuk pemerintahan negara, sekali gus menindas penduduk majoriti yang berfahaman ASWJ.

Anwar adu kepada SBY, JK 'kecurangan' PRU13

Anwar adu kepada SBY, JK 'kecurangan' PRU13 SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengadu tentang 'kecurangan' PRU13 lalu kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK).

Memetik laporan media Indonesia, VIVAnews, Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia, semalam.

Anwar dilaporakan telah bertemu SBY dua hari lalu di Bali.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar.

Anwar berkata, SBY turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan mengenai perkembangan dalam pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun kata Anwar, SBY tidak mengambil kedudukan untuk campur tangan terlalu mendalam.

"Beliau beritahu saya, ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai pilihan raya Malaysia dan juga rundingan yang berkaitan dengan 'kecurangan' tersebut," katanya.

Laporan itu turut dipetik sebagai berkata, dalam pertemuan Anwar dan SBY, beliau turut membincangkan isu-isu serantau membabitkan Indonesia serta Malaysia.

Dakwat Tak Kekal: Tidak perlu kecewa, letak jawatan secara terhormat

KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR  tidak cukup dengan hanya beliau menyatakan kekecewaannya sahaja tetapi atas dasar tanggungjawab, beliau wajib meletakkan jawatan dan berundur secara terhormat.

Kegagalan tersebut bukan kecil, ia memberikan kesan besar terhadap kepercayaan masyarakat kepada ketelusan perjalanan proses pilihanraya.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Abdul Aziz Yusof melahirkan kekecewaan ekoran pelaksanaan dakwat kekal yang gagal di dalam pilihanraya umum yang lepas.

Bahkan beliau menyifatkan bahawa itulah kekecewaan yang paling besar dalam hidupnya, lapor Sinar Harian hari ini.


"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” katanya yang dipetik akhbar bahasa Melayu itu.

Kata Fadhli, dalam situasi Pakatan Rakyat meraih undi popular melebihi Barisan Nasional dan Barisan Nasional terus kekal memerintah, adalah sesuatu yang sangat mengaibkan jika perjalanan pilihanraya dipersoalkan ketelusannya.

Dakwat kekal: Berduka dalam kebenaran..???

KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Kita merancang, ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya. Namun kisah dakwat kekal bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk menuduh SPR membenarkan pengundi membuang undi lebih dari sekali. Jauh sekali membolehkan mereka menuduh SPR menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Bersama Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto ROSLI TALIB, orang nombor satu SPR ini meluahkan banyak lagi perkara yang wajar diketahui umum terutamanya apa yang terjadi ketika hari bersejarah 5 Mei lalu


Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah selesai, tetapi sesetengah pihak tidak puas hati atau sahaja mahu cetus provokasi?

Saya merasa keadaan yang sangat aneh. Berduka cita dalam kebenaran. Sebagai orang Islam, kena percaya apabila berusaha dengan pelbagai cara, tetapi berjaya atau tidak, ALLAH SWT yang berkuasa.

Dalam erti kata lain, pilihan raya ini, yang menjadi raja dan penentu memilih wakil rakyat adalah pengundi, bukan SPR. SPR sediakan gelanggang berlandaskan Perlembagaan.

Bertandinglah sepuasnya untuk meraih undi rakyat. Kita jalankan ikut undang-undang sedia ada. Proses undang-undang kita sangat dinamik, dari tahun 50an sehingga sekarang, dinamik ini mengikut perlembagaan dan tuntutan rakyat semasa.

 Semua rakyat menunggu begitu lama dan teruja untuk mengetahui tarikh 5 Mei 2013, sehingga berlaku sejarah apabila Dun Negeri Sembilan terbubar sendiri.

Apabila keputusan diumumkan, ada yang pertikai, marah dan tuduh macam-macam hingga kata kami (SPR) berkomplot. Ia amat pedih untuk kami terima tetapi itulah yang berlaku sekarang. Provokasi hingga ke jalanan.

Saya ingin tegaskan, SPR sebuah badan bebas yang tidak boleh tunduk dengan arahan atau diarah oleh orang lain. Bukan kita bongkak tetapi peruntukan undang-undang mahu kita seperti itu, bebas.

Tetapi bebas ini sangat subjektif, Pengerusi, Timbalan Pengerusi bekas pegawai kerajaan, sekarang ini kami yang bertugas di SPR,  kami anggap sebagai berkhidmat untuk negara.

Ketika ditawarkan jawatan ini saya tidak sampai hati mahu tolak. Ramai yang tidak mahu jawatan ini  ia sangat memberi tekanan. Tetapi atas dasar semangat dan cinta pada negara, saya terima dan khidmat saya yang boleh diberikan untuk Malaysia.


Bagaimana boleh timbul dakwaan SPR mengikut arahan kerajaan memerintah?

Ketika ini persepsi yang dibuat seolah-olah SPR bawah telunjuk kerajaan pemerintah. Sejak saya dilantik jadi Pengerusi SPR, tidak pernah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Aziz buat ini, buat itu...", tidak pernah.