Sabtu, 15 Jun 2013

Blackout 505: Awat melenting sangat NIK AMAR dengan HUSAM nie..

 
Antara Petikan Ucapan Dato’ Paduka Haji Husam Musa dalam Perhimpunan #Blackout505 Ketereh.
“Sebab apa kita berhimpun..? Pada saya ada 2 sebab utama... Pertama meraikan kekecewaan orang ramai terhadap Perjalanan Pilihanraya... Yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Kenapa mereka kecewa..? Mereka 100% yakin Pakatan Rakyat harus ataupun telah memenangi Pilihanraya PRU ke-13 dan mentadbir Putrajaya...

Kenapa kita kalah..? Dari segi undi, undi kita lebih besar daripada undi Barisan Nasional... Kenapa kita tak boleh tadbir Putrajaya..? Kerana penipuan Pilihanraya. Jadi yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) tidak boleh membentuk Kerajaan bagi mem, mahu Malaysia yang lebih baik.

Bila mereka kecewa... Apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan berikan ucapan dan berhimpun bersama..?


Kalau ada mana-mana Pemimpin kita bawa “suara sumbang” nak berhimpun macam ni pun x boleh... Saya yakin dan percaya orang ini bawak suara UMNO dalam PAS dan PKR dan DAP.

Malam ini saya nak bercakap terus-terang... Berterus-terang dengan semua Pimpinan kita...

Saya ucap Tahniah pada Kerajaan Kelantan... Kepada Rakyat Kelantan yang berhimpun malam ini... Walaupun di Kelantan antara Negeri terakhir yang berhimpun... Kita tidak ketinggalan dalam arus kebangkitan anak muda dan kekecewaan masyarakat berbagai kaum seluruh Negara untuk sama-sama menyatakan pendirian kita, Penipuan Pilihanraya telah berlaku dalam PRU ke-13.

Blackout 505 Kelantan - Dato' Husam Musa

Poster Rasmi Sempena Kedatangan DS Anwar Dan Isteri Ke Indonesia

https://pbs.twimg.com/media/BMzO10lCAAE3G_G.jpg:large 
INI BOLEH MENDATANGKAN MARAH....!!!!!

Video: flashmob #blackout 2206 di sogo...16 kena tahan..

Brazil safe and ready to host tournaments

Iran poll results latest

Pembangkang Pilih Lajim Sebagai Ketua Pembangkang Negeri

KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kilas, Datuk Seri Lajim Ukin sudah bersedia untuk menjadi pemimpin pembangkang negeri di Dewan Undangan Negeri Sabah.
Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr Roland Chia berkata Lajim menang dalam proses pemilihan dalaman di kalangan ahli-ahli pembangkang.
Menurutnya proses pemilihan itu telah diadakan sebaik sahaja selesai majlis angkat sumpah Anggota DUN Sabah di Bangunan DUN Sabah di Likas, dekat sini, pada 13 Jun lepas.
"Seperti dinyatakan oleh Speaker (Datuk Seri Salleh Tun Said), bahawa pelantikan ketua pembangkang di DUN Sabah tidak termaktub atau tidak ada dalam perlembagaan negeri atau peraturan mesyuarat DUN Negeri.
"Jadi kami telah mengambil inisiatif untuk menentukan pemimpin pembangkang kami di DUN negeri menerusi kaedah pemilihan konvensional.
"Hari ini (Sabtu), saya ingin mengumumkan bahawa Lajim disyorkan sebagai Ketua Pembangkang," katanya kepada pemberita di sini.
Turut hadir ialah Lajim dan ADUN Api-Api Christina Liew.

Kenaikan harga tiket bas awam bebankan golongan miskin

yAHYAKUALA LUMPUR, 15 JUN : Kenaikan 30 peratus harga tiket bas membebankan golongan miskin dan berpendapatan rendah, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri.
Justeru katanya, kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengkaji cadangan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) tidak munasabah.
“SPAD perlu ingat, kenaikan harga bas bukan jalan keluar yang baik, ia seolah membebankan rakyat untuk meringankan beban rakyat yang lain.
“Kebanyakan pemandu juga dari kalangan orang susah. Kalau terpaksa dihentikan perkhidmatan, pekerja akan terbeban,” katanya kepada Keadilandaily.
Kata Yahya, janji SPAD kononnya mahu mengkaji hanya helah mengelak kemarahan rakyat kepada suruhanjaya-suruhanjaya di bawah kerajaan BN.
pengangkutan-awam“SPAD sepatutnya bersama PMBOA mendesak kerajaan menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan turunkan cukai yang tidak masuk akal,” tegasnya.
Sebelum ini, pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata akan mengkaji cadangan untuk menaikkan 30 peratus tambang bas sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Ia mendapat tentangan ramai terutama di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung sepenuhnya kepada kenderaan awam.
Terbaru, Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) melalui presidennya, Datuk Dr Jacob George menegaskan, kenaikan itu terlalu tinggi kerana masyarakat ketika ini tertekan dengan harga barang dan kos perkhidmatan yang meningkat.

KU LI, NO WHERE MAN!

By : HANTU LAUT
SO, who gives Ku Li the idea he can unseat Najib? Is he the most ideal to replace Najib? If the source of Ku Li's encouragement came from the opposition with the collusion of the few moles in BN, who are unhappy with not being rewarded anything substantial by the PM, in all probability, the scheme is doomed.
Ku Li needs to collect at least a minimum of 23 of BN MPs to join the opposition to support him in a vote of no confidence against Najib and vote of confidence for him to be the prime minister.
For all intents and purposes he would cease to be a Prime Minister from the BN, but a man who would have to be subservient to the opposition to keep himself in office.
Are there 23 disgruntled BN MPs, just enough to stage a mutiny against Najib? Not likely!

Politik, nilai komersial punca pendidikan rosak

Maszlee Malik SHAH ALAM - Sistem pendidikan di negara Islam  dilihat telah ‘dirosakkan’ dengan dua perkara iaitu akibat daripada politik dan nilai komersial.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Maszlee Malik berkata, dua faktor itu yang mana akhirnya menjadikan para pelajar mangsa.

"Permainan politik di negara Islam, yang mana terdapat banyaknya kelompongan dan ketirisan seperti gejala rasuah dalam pendidikan sedikit sebanyak telah menjejaskan sistem pendidikan di negara islam tersebut.

"Manakala sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan nilai komersial sehingga mengenetepikan nilai kemanusiaan juga telah menjejaskan sistem pendidikan tersebut," katanya ketika menjadi panel Forum Pedagogi Pendidikan Cinta anjuran sukarelawan Teach For The Needs (TFTN) di Kompleks Karangkraf, di sini, malam semalam.

Forum itu turut menampilkan penulis buku best seller 'Aku Terima Nikahnya' Hasrizal Jamil dan Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi, Dr Harlina Siraj manakala moderatornya, Pengarah Eksekutif TFTN, Anas Alam Faizli.

Criminals running loose while cops focus on arresting peaceful Black 505 flashmob participants

Criminals running loose while cops focus on arresting peaceful Black 505 flashmob participantsThe police arrest of 16 participants of the peaceful Black 505 flashmob at the Sogo shopping centre vicinity in Kuala Lumpur, including women and one child, has raised many questions about the role of the police in ensuring public peace and order as well as upholding human rights which are not complimentary to the police force.
The first question is whether it is not possible for the police to ensure public peace and order as well as uphold human rights without having to arrest the 16 people, including women and a child – bearing in mind Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s boast of wanting to make Malaysia the world’s best democracy?
The second question is whether the former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad is now cracking the whip in the Barisan Nasional government as it is only yesterday that he urged the government to be “tough and not to give face” to the Opposition which he alleged to “continue to insult the nation’s democratic system”?
'War' against crime rings hollow, as focus still on the Opposition & not criminals
Last Saturday, Najib launched a highly-publicised war against crime, and the most powerful critique is not that it came four years too late, resulting in crime becoming the number one worry among Malaysians, exceeding their concern about bread-and-butter issues, but that it marked a new fear of crime among Malaysians.
This is the mass armed gang robbery of shop owners and customers at restaurants and eateries, starting with an open air steamboat restaurant in Cheras by a group of 10 persons armed with parangs and iron rods who robbed more than RM20,000 from the owner and patrons, which has been followed up by a spate of similar crimes of mass armed gang robberies at open restaurants in Kepong, Cheras, Kajang and Petaling Jaya in the past few nights.
Crime in Malaysia seems to have reached a level where criminals are not afraid of the police anymore.
Nobody is impressed by the establishment of a Crime Prevention Department, whose first job is to commission an independent international consultant, Frost and Sullivan, to conduct a study on the level of public satisfaction regarding the effectiveness of police service and their sense of security in the country.
This study is to be done in two phases with the first phase expected to be completed by the end of the year. Second phase to take another year?

TGHA: TAQWA DAN HIDAYAH

Promo: Blackout505 Kuala Lumpur 622

Stop State Violence Forum: Irene Fernandez - Give us IPMC or we'll hit the streets

POLIS TANGKAP 16 RAKYAT : ULANG CERITA LAMA


edy noor reduan aka edyes samm 505 flash mob participants arrested 2
Sebaik menang PRU 13, Polis dan kerajaan kembali mengamalkan perangai lama mereka iaitu menangkap rakyat sesuka hari. 

Tangkap ........tangkap ....tankap .........kamu ada kuasa .........

Seramai 16 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi. 

Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan

Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.

Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada 14 orang yang ditangkap.

Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis.

Sistem p’raya pincang, ulama gesa rakyat bangkit tuntut hak

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.ustaz ghani shamsudin
“Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.
“Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya kepada Keadilandaily
Justeru,, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.
Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari dengan pelbagai bentuk penipuan.
“Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah,” kata Aziz.
Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.
“Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan,” tegasnya.

Ambiga gesa kepimpinan SPR nilai diri sendiri

Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga hari ini menggesa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekurang-kurangnya menilai diri sendiri dan mempunyai maruah diri untuk mengakui kesilapan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Ambiga menegaskan kepimpinan SPR perlu serius bertanya diri sendiri sama ada mereka mendapat keyakinan rakyat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, kepimpinan suruhanjaya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mesti mendapat keyakinan orang ramai.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu lalu menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu.

Abdul Aziz berkata barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Blackout 505: Not a flash mob, just a protest

Gerakan anti kenaikan harga barang 7 Julai



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan satu gerakan anti kenaikan harga barang di pasar pagi Greenwood, 7 Julai akan datang.

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata pada pelancaran tersebut jawatankuasa yang ditubuhkan DPPM itu akan bertemu para pelanggan yang membeli di pasar tersebut dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan kenaikan harga barang yang dikesan.

Pelancaran itu juga bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadan, yang biasanya berlaku kenaikan harga barangan yang akan membebankan pelanggan, seterusnya akan berterusan hingga ke hari perayaan.

"Risalah itu akan diedarkan yang antara lainnya mengandungi perbandingan harga barangan dari Ramadan sebelum ini. Kita juga akan berkempen berkenaan kesedaran pelanggan tentang hak-hak mereka dalam usaha menangani kenaikan harga barangan," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Kuku Mahathir masih mencengkam musuh politik

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan belang’ beliau dengan cuba menjadi hero apabila menggesa kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada Pakatan Rakyat yang menurutnya berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.


Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menyifatkan bekas Perdana Menteri yang sudah bersara lebih sepuluh tahun membuktikan kuku beliau masih lagi mencengkam dan gigi taring beliau masih lagi tajam untuk menusuk musuh-musuh politiknya.

“Amat malang bagi Perdana Menteri sekiranya masih mendengar dan tunduk dengan kata-kata bekas PM itu. Sepatutnya Tun Dr Mahathir duduk diam dengan melihat perkembangan politik tanah air,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Bagi Ahli Parlimen Temerloh itu, di depan ayah Menteri Besar Kedah itu ada barisan kepemimpinan baharu PM bersama anggota kabinetnya yang menjalankan tugas ketika itu.

Tilawah al-Quran di Kelantan : Catatan saya - TGNA

Apabila Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dicadangkan untuk diadakan di Kelantan beberapa bulan lepas, saya menyambut dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya Kelantan terpilih juga selaku tuan rumah buat julung-julung kalinya. Ekoran pilihanraya umum yang diadakan Mei lepas, tilawah ini ditangguhkan dan akhirnya berjaya dilaksanakan di Kelantan dan berakhir malam semalam.

Saya rakamkan tahniah kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Ustaz Dato Ahmad Yakob dan juga terima kasih kepada kerajaan pusat di atas kesediaan memberikan peluang kepada Kelantan. Sewajarnya sudah lama program sebegini diadakan di Kelantan, ini kerana di negeri inilah syariat al-Quran diberikan pertimbangan serius oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan.

Masyarakat Kelantan sejak dahulu lagi meminati al-Quran. Lihat sahaja siaran langsung di televisyen sepanjang majlis ini berlangsung, kehadiran melimpah ruah sehingga ada yang sanggup berdiri. Bukan sahaja pada malam perasmian bahkan malam-malam berikutnya. Malam semalam ketika keputusan diumumkan pula saya dimaklumkan kehadiran sehingga melimpah ke luar dewan. Paling menggembirakan ialah kehadiran terdiri daripada golongan muda yang datang memegang mushaf al-Quran menyemak bacaan qari dan qariah. Alhamdulillah, sambutan ini menunjukkan betapa minatnya golongan muda di Kelantan terhadap al-Quran. Inilah pembangunan rohani yang lebih mahal daripada pembangunan fizikal.

Stop State Violence Forum: Adam Adli on his experiences in detention

Blackout 505: Election flashmob participants arrested

Among those arrested were a SAMM leader and a student activist. 

KUALA LUMPUR: A total of 16 participants and the Black 505 organising committee members were arrested by the police for refusing to disperse from the sidewalk in front of Sogo shopping complex.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) propaganda director Eddy Noor Reduan and student activist Safwan Anang were among those arrested after participating in a flashmob.
They were brought to the Dang Wangi district police station.
The flashmob earlier started at 2pm with some performing songs in front of the shopping complex.
The participants highlighted the allegation that the 13th general election results were rigged.
A police officer identified only as Suhaimi negotiated with Eddy.
“Please disperse. We give you 15 minutes,” Suhaimi said. Eddy however declined.
“We did not demonstrate. We are just performing flashmob. It is our right to assemble as enshrined in Article 10 of the Federal Constitution,” said the SAMM leader.

Anwar nafi jumpa Najib di Indonesia

Twitter Anwar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

“Tidak benar!,” demikian jawab Anwar yang dipetik melalui media sosial Twitternya, sebentar tadi.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Najib dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.

Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Sementara itu, pagi tadi Anwar yang kini berada di Bali mengakui bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.

"Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas.

Anwar yang dipetik di Twitternya berkata, “pertemuan dengan Presiden Indonesia, termasuk isu PRU-Pemilu Malaysia.”

NUBE bidas Najib lantik Wahid ketuai EPU



 
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana melantik mantan ketua pegawai eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengetuai Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon mendakwa Najib gagal mengambil kira penolakan kesatuan itu terhadap pelantikan Abdul Wahid sebagai menteri sebaliknya terus memuji bakat dan pengalaman beliau dalam sektor kewangan negara.

Bulan lalu NUBE memfailkan tindakan undang-undang terhadap Abdul Wahid dan dua pegawai kanan Maybank berhubung dakwaan pemecatan tidak sah dua pemimpin NUBE dari bank tersebut.

Kedua-dua pemimpin tersebut dipecat atas aktiviti mereka dalam kesatuan.

16 Peserta ‘flash mob’ Black 505 ditahan depan Sogo

flashmob Black 505KUALA LUMPUR, 15 JUN: Sekurang-kurangnya 16 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini.
Mereka yang ditahan termasuk aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi.
“Saya bersama 14 yang lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turut ditahan. Hidup Rakyat!, tulis Edi Nor Riduan laman twitternya.
flashmob
Seorang anggota SAMM Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Alex memaklumkan Keadilandaily, kumpulan kira-kira 50 peserta berhimpun secara aman di hadapan Sogo sambil membawa plakad membantah penipuan pilihan raya.
Menurutnya, kumpulan mereka yang berhimpun sejak jam 2 petang diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform dan preman.
“Ada yang berucap secara ringkas. Sebahagian berdiri di pinggir jalan dan bawa plakad bantah penipuan pilihan raya. Pemandu kereta pun beri sokongan dengan bunyikan hon.
“Tiba-tiba, beberapa polis dekati orang yang berucap. Hanya runding sekejap dan mereka terus tahan untuk dibawa ke trak polis,” katanya.
Flash mob Black 505 di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini adalah siri pertama program menuju kemuncak himpunan Suara Rakyat Black 505, 22 Jun depan di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Jelajah akan turut diadakan di Ipoh (17 Jun), Sungai Besar (18 Jun), Puduraya (19 Jun), Temerloh (20 Jun) dan KLSCAH (21 Jun)

Pemuda Pas sokong Blackout 505

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Pusat hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap himpunan Blackout 505 yang akan diadakan di Padang Merbok, 22 Jun ini.

Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, pihaknya menyokong tindakan PR menentang penyelewengan dalam PRU13, 5 Mei lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut menegaskan bahawa Pemuda Pas menerima keputusan pilihan raya yang namun sebarang bentuk penyelewengan akan tetap "dilawan".

"Pemuda Pas sokong gerakan untuk menolak penyelewengan yang dilakukan.

"Kita ikut seperti yang telah diumumkan PR, kalau ada perubahan tempat kita serah pada penganjur," katanya pada sidang media, di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Sebelum ini, PR telah melancarkan satu himpunan Blackout 505 bagi memprotes keputusan PRU13 yang didakwa sebagai tidak adil dan bersih serta menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.

Sementara itu, Nasruddin menambah, isu penyelewengan yang berlaku akan dibanteras tanpa mengira waktu.

"Isu penyelewengan untuk kita bertindak tak ada masa tamatnya," katanya.

Blackout 505: Seorang Kanak-Kanak Antara Ditahan ‘Flash Mod’ Di Sogo

Flash Mob Sogo
KUALA LUMPUR 15 JUN : Kira-kira 16 peserta termasuk seorang kanak-kanak ditahan ketika mengadakan ‘flash mob’ sempena Himpunan Suara Rakyat depan gedung beli-belah Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman di sini.
Mereka ditahan selepas memulakan perhimpunan kira-kira jam 2.00 petang tadi.

Blackout 505: 16 peserta 'flashmob' ditahan depan Sogo


Seramai 16 peserta 'flashmob' termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan sewaktu mengadakan 'flashmob' di hadapan gedung membeli-belah Sogo sekitar jam 2.50 petang tadi.

edy noor reduan aka edyes samm 505 flash mob participants arrested 2Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.
Di antara yang terawal ditahan adalah Pengarah Propaganda NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan

Menurut seorang pegawai polis memaklumkan bahawa mereka di bawa ke ke Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.

ekhsan bukharee (right) and friend 505 flash mob participants arrestedSelepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan selepas membuat pengumuman supaya orang ramai berhimpun di depan balai Dang Wangi sebagai tanda solidariti kepada 15 orang yang ditangkap.

Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis.
Kira-kira 30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu pejabat polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang ditahan.

Aktivis mahasiswa, Adam Adli adalah antara yang menunggu di hadapan balai ketika ini.

4 isteri tahanan ISA lawat suami di Kamunting

Empat orang isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Tawau, Sabah melawat suami mereka di kem tahanan Kamunting, Perak sejak semalam dalam satu lawatan yang dianjurkan NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Penyelaras Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Ahmad Syukri Ab Razab berkata keempat-empat mereka datang dari Tawau, Sabah dan memohon untuk melawat suami mereka masing-masing sebanyak tiga kali.

Syukri berkata permohonan itu dibuat kerana mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, dari Tawau ke Taiping dan setiap sesi lawatan pula hanya berlangsung sekitar 45 minit sahaja.

Bagaimanapun, katanya, pihak kem tahanan hanya membenarkan mereka melawat sebanyak dua kali iaitu semalam dan jam 10 pagi hari ini.

"Paling lama pun mereka akan dibenarkan bertemu suami mereka selama sejam sahaja," kata Syukri ketika dihubungi Malaysiakini hari in.

Menurut Syukri lagi, pihak peguam GMI cuba berusaha memohon kebenaran pihak kem untuk lawatan buat kali ketiga esok sedangkan pihak kem yang didakwanya memberikan alasan permohonan itu sepatutnya dibuat lebih awal.

Zahid disaran cuti hingga 2 kes memalukan BN selesai


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan Barisan Nasional (BN) selesai.


Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang (gambar) berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak pada PRU13 lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk memenangi kerusi Parlimen itu.

Katanya, dalam video terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram beras.

Dasar Pendidikan negara jadikan pelajar 'robot'

Pendidikan negara jadikan pelajar 'robot'
Ustaz Hasrizal Jamil
SHAH ALAM - Kesilapan dalam mendidik akan menyebabkan pelajar yang dilahirkan tidak ubah seperti 'robot' dan bukannya modal insan sejati.

Penulis buku best seller 'Aku Terima Nikahnya', Hasrizal Jamil mendakwa, sistem pendidikan negara ketika ini seolah-olah hendak menjadikan anak-anak sekarang sebagai robot.

"Minda mereka telah kita tetapkan dengan peraturan yang ketat.

"Sedangkan kita sepatutnya mencorakkan mereka atas apa yang kita mahu mereka jadi, bukannya atas kehendak mereka sendiri," katanya ketika menjadi panel Forum Pedagogi Pendidikan Cinta anjuran sukarelawan Teach For The Needs (TFTN) di Kompleks Karangkraf, di sini, malam tadi.

Forum itu turut menampilkan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik dan Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi, Dr Harlina Siraj manakala moderatornya, Pengarah Eksekutif TFTN, Anas Alam Faizli.

MB Selangor: Perkukuh Ilmu Islam Elak Terpesong Akidah

MB Forum Agama 2
SUBANG 15 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati rakyat negeri Selangor supaya mengukuh dan menambahkan ilmu pengetahuan mengenai Islam bagi mengelakkan terpesong akidah.
Menurutnya, nasihat itu dilontarkan kerana setakat ini terdapat sebanyak 27 ajaran sesat yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
“Saya dimaklumkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor, ajaran ini dibawa dan diamalkan oleh individu atau golongan tertentu dan segelintir orang Islam percaya seterusnya menjadi pengikut,” katanya dalam ucapan perasmian Forum Perdana Ehwal Islam peringkat negeri di Surau Nurur Rahmah, Kampung Melayu Subang.
Jelas Abdul Khalid, segelintir umat Islam yang menyimpang daripada ajaran Islam itu sebenarnya berpunca daripada tidak mempunyai pengetahuan dan tidak memahami ajaran itu dalam erti kata sebenar.
“Hal ini mungkin disebabkan semasa kanak-kanak, mereka tidak mendapat pelajaran dan didikan dalam bidang agama Islam kerana kelalaian atau kejahilan ibu bapa sendiri.
“Fenomena ini sebenarnya semakin berleluasa dalam kalangan masyarat Islam di negara kita, menurut kajian secara rambang, terdapat lebih 60 peratus orang dewasa tidak menunaikan solat fardu, bahkan tidak tahu menulis dan membaca jawi,” katanya.

Apabila ORANG PARTI tidak bersatu dengan ORANG BAWAH & LUAR PARTI... maka natijahnya PRU13 PR Bungkus..!!

Kolusi – 1

Oleh: MSK
 
Aku pernah guna tajuk ni dulu, tapi ia adalah diantara artikel yang mendapat paling sedikit page view. Mungkin pasal perkataannya pelik sikit.
hj hadi Sejak 1.1.2013, aku berhenti menulis di Media Perak. Aku tak mau terlibat dengan PRU 13 sebab aku tak percaya pilihanraya boleh mengubah kerajaan. Tapi aku perlukan pilihanraya sebagai salah satu penyebab kepada perubahan. Untuk menumbangkan BN, PR perlukan lebih dari kekuatan parti. PR perlukan ramai kumpulan-kumpulan diluar parti untuk menyatukan kekuatan. .. dan aku pilih untuk bergerak diluar parti.
Bila orang tanya tentang PRU 13, aku cakap aku tak minat dengan PRU 13, tapi aku lebih berminat dengan apa yang akan berlaku selepas PRU 13.  Aku jawab masa tu, BN akan terus menang di peringkat Pusat, dan Perak 50-50. Negeri lain aku tak tau. Tapi aku tak publish la pendapat aku sebab kalau publish pendapat macam ni, teruk la aku kena katok lagi sebab member-member semua dah bersedia untuk ke Putrajaya.

pr
Aku sasarkan PR akan mendapat 95 kerusi di Semenanjung, dan kalau dapat 10 kerusi di Sabah dan Sarawak, jadi 105. Kalau ini berlaku…tak susah cari lagi 10 untuk menjadikan 115-107. Tapi bila PR dapat hanya 80 diSemenanjung dan 9 di Sabah dan Sarawak, maka susah sikit untuk mendapat 23 kerusi lompat.
See, dalam masa orang-orang PR begitu yakin untuk ke Putrajaya, aku masih belum yakin. Paling tinggi PR boleh dapat 105, dan PR hanya dapat 89. Habis..macam mana nak menumbangkan BN? yang ini perlukan gerakan-gerakan diluar parti dan diluar proses pilihanraya.

Anwar in Jakarta but not to meet Najib: High stakes game in Umno with all eyes on Dr M

PKR leaders have confirmed that their adviser Anwar Ibrahim is in Jakarta but not for any hush-hush top-level meeting with Prime Minister Najib Razak as reported by a news portal aligned to the latter's camp.
"It looks like Najib is trying to approach Anwar for 'reconciliation'," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Despite winning 89 seats in the 222-seat federal Parliament, Anwar's Pakatan Rakyat coalition comprising PKR, DAP and PAS won 51% of the total votes cast.
Anwar in Jakarta but not to meet Najib: High stakes game in Umno with all eyes on Dr MClaiming leadership of the majority and refusing to concede defeat, Anwar and Pakatan have drummed up massive support from a series of 'Black 505' rallies that he personally spearheaded to protest electoral cheating and to pressure for "real" reforms to the country's undeniably tainted electoral system.
The massive crowds Anwar has drawn has won him the title of 'the People's Prime Minister' and Pakatan 'the People's Government. It is clear that unless concessions are made by Najib's Umno-BN coalition, Malaysians will remain disunited and disgruntled with the outcome of the recently-concluded election, with the predominant Malay community split even further down the line.
High stakes game: Sending a warning to Dr M
The news of the Jakarta meeting, which was broken by The Malaysian Insider, also comes at a time when the 59-year-old Najib is facing tremendous pressure from within his own Umno party. Chances are high he will be ousted as Umno president, which means he will also be deposed as Prime Minister.
A high stakes game is now in motion at the very highest levels in Umno with 'master-puppeteer' Mahathir Mohamad said to be in talks with several groups at one time, including with former foe Tengku Razaleigh Hamzah.
Hence, Najib may want to send his own 'smoke signals' to Mahathir, who leads the hardline faction in Umno.
"It is possible Najib may be using Anwar to gain mileage for himself against his rivals in Umno. In particular, he may be sending a not-so subtle warning to Mahathir. But it is certainly hard to imagine Najib having the courage to break out from the Umno system where Mahathir is the accepted Queen ant," Eddie Wong, a PKR veteran watcher, told Malaysia Chronicle.
Mahathir, the former prime minister who ruled Malaysia from 1981 to 2003, still wields tremendous influence and even Najib had to toe his line. But Najib's supporters say this was because he did not have his own mandate then and had merely taken over from Abdullah Badawi, who was ousted by Mahathir-linked groups in 2009 after under-performing in the 2008 election. Abdullah had won 140 seats for Umno-BN versus Najib's 133 in the May 5, 2013 election.
But should Najib successfully defend the Umno presidency, Mahathir's power over him will wane. During Najib's second term, those close to him expect him to come out from under the 87-year-old's shadow and this may be what Mahathir fears.
Hence the talk of Mahathir's negotiations or 'power-broking sessions' with Razaleigh and Najib's deputy Muhyiddin Yassin, who is said to have teamed up with Home Minister Zahid Hamidi and are waiting in the wings to challenge their boss.

BN’s ‘stupid moves’

Looks like the Malaysian political climate (as well as the weather) is getting to be erratic although the 13th General Election has been concluded more than a month ago. 

Shortly after the 2004 general election, the BN government leaders used to say to the opposition: “Opposition, shut up and follow the majority.” This was said due to BN’s thumping win at the March 2004 polls.
Four years later, in 2008 that insult was also hurled at the opposition but on a less frequent basis.
Now in year 2013, they would still be using that insult against the opposition as they have won 133 Parliamentary seats but as their popular vote is less than the opposition, they would be stupid to use that insult.
However in a show of unlimited stupidity, BN’s cybertroopers argue that BN has got more popular votes than either DAP, PKR or PAS based on an individual party basis. Their contention is that the opposition’s popular votes have to be pegged to the individual parties and not Pakatan Rakyat as a whole because Pakatan is not a registered entity with the Registrar Of Societies (ROS). Of course Pakatan is not a registered entity. We do not need to be Sherlock Holmes to deduce who is the one blocking Pakatan from getting registered as a single coalition.
In the realm of social media especially in Facebook, those who are pro-Pakatan have shot down the arguments of the BN cybertroopers with comments such as “Have you taken your daily dose of medicine?” or “Janganlah bergaya sangat nak tunjukkan kebodohan awak tu.”
Although BN has won more seats than Pakatan, the fact that they have lost the popular vote must be gnawing at their gut. And this makes them come up with nonsensical and irrational arguments beyond the realm of logic.
Simply put, BN won due to the votes of ignorant voters and due to seat-shenanigans (rural areas having less voters but given more seats). Therefore they are now trying to “recapture” the popular vote via some spin in order to regain some sort of credibility. Nonetheless it is a futile attempt.
Why fear the rallies?
The second incident of stupidity in the Malaysian political scenario involves the KL Black 505 Rally. As Pakatan has already postponed it from June 15 to June 22, it should be allowed to go on unhindered.

Selepas PRU13, Dr M tunai janji untuk mula kritik Najib

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Beberapa minggu sebelum Pilihan Raya 2013 dalam satu sesi tertutup dengan ahli politik Umno Johor, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua orang bersatu di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

Bekas perdana menteri itu menegaskan, ini bukan masanya untuk bercakap soal kelemahan kepimpinan Najib atau tindakannya yang sering tidak menggerakkan polisi sehingga mendapat konsensus.

Akan tetapi pemimpin kanan Umno Johor mengatakan, Dr Mahathir memberitahu dengan jelas, sebaik sahaja pilihan raya berakhir, beliau akan bercakap dan mengkritik Najib secara terbuka jika perlu.

Ahli politk di Kedah juga mengatakan Dr Mahathir bercakap dengan nada sama mengenai Najib dalam pertemuan tertutup sebelum pilihan raya.

Dr Mahathir kelihatan menunaikan janjinya.

Selepas pilihan raya umum 5 Mei yang menggembalikan kuasa BN akan tetapi tidak membawa kembali majoriti dua pertiga atau kemenangan di Selangor atau Pulau Pinang, perdana menteri paling lama berkhidmat itu telah mengkritik strategi pilihan raya Najib, kelemahan penasihat Najib dan halatuju pentadbirannya.

Blackout 505: MB Kelantan sokong himpunan nyatakan kebenaran

KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyokong usaha rakyat di negeri ini yang berhimpun bagi menegakkan kebenaran kerana Islam adalah agama yang mengesyorkan umatnya berkumpul.
Beliau berkata, usaha seluruh masyarakat terutama pemuda termasuk Gabungan Profesional Menuntut Royalti Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan atau R dan Kekal Kerajaan Kelantan (K) amat dihargai.

“Suatu kenyataan yang tidak dapat dinafikan, kebangkitan anak muda memberi keadaan menakutkan parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan ini memberi amaran kepada mana-mana pihak, bahawa penipuan tidak disukai sesiapa pun.

“Kita berkumpul untuk menyatakan kebenaran dan dalam Islam kita berkumpul serta mengadakan solat jemaah, menggunakan azan untuk memanggil umat dalam menyatakan kebenaran dan Islam adalah agama kita berkumpul,” katanya semasa berucap dalam perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan salah satu badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan, di Ketereh, di sini, kelmarin.

Ahmad berkata, pihaknya berkumpul bagi menyatakan kebenaran termasuk pada hari raya dan perhimpunan diadakan secara aman bagi menyatakan hasrat jiwa serta perasaan masyarakat.

Power Of Allah: Mak Wan goes on her Umrah

'Blackout505' merupakan salah satu tuntutan syarak: Dtk Nik Zawawi

Parang bengkok gunanya hanya untuk menebas semak samun sahaja.....

Salah satu perkara yang saya pernah sebut lama dahulu ialah kemungkinan dan politik ini ada berbagai-bagai. Musuh hari ini akan menjadi kawan besok hari. Berkawan hari ini akan menjadi musuh pula beberapa hari selepas itu.

Tiada sahabat dan musuh yang kekal dalam politik ini nampaknya. Itu sebabnya saya selalu mengingatkan yang muda-muda pada hari ini jangan menjadi manusia keliru dan terjebak dengan keadaan dan menjadi mangsa kepada permainan manusia pemimpin yang hanya gilakan kuasa tanpa had.
Suatu ketika dahulu saya memberikan pandangan yang pergaduhan diantara kita dibawah ini adalah di sebabkan keadaan berpuak-puak dalam negara dalam hal politik hasil dari tindakan pemimpin yang masing-masing mempunyai pengikut.

Masing-masing yang bermusuh sanggup berjabat dan bersalaman semata-mata kerana kepentingan mereka sahaja. Pengikut yang berdemonstrasi serta bagi pihak yang mereka sokong itu hanyalah menjadi umpan dan dimangsakan oleh pimpinan yang membawa mereka berdemonstrasi itu.
Saya menyebut isu yang di siarkan oleh Malaysian Insider hari ini yang Najib dan Anwar berkemungkinan besar sedang berjumpa dan membuat pakatan diantara mereka dalam hal politik pada hari ini di Jakarta. Kebarangkalian perjumpaan ini tidak boleh di nafikan boleh berlaku.
Dalam masa rakyat berbalah diantara pihak mereka ini, tidak ada siapa yang mengetahui Anwar dan Najib pernah berjumpa dan membuat pakatan dihadapan Jusuf Kala dari Indonesia. Hanya setelah Anwar dikatakan memungkiri janji-janji dengan Najib itu, maka barulah rakyat mengetahuinya setelah rahsia perjumpaan itu dibocorkan oleh Jusuf Kala sendiri.
Tidak pula salah perjumpaan itu. Tetapi persoalannya bagaimana dengan penyokong yang berdemonstrasi dan berperang sesama sendiri mempertahankan pemimpin dan puak masing-masing itu? Semasa mereka berperang ini, ramai yang telah tercedera dan ramai juga yang telah berpatah arang sesama sendiri

MCA Goyang: Exco Johor Tee Siew Kiong letak semua jawatan dalam MCA

JOHOR BAHARU, 15 Jun - Exco kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab bagi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Tee Siew Kiong meletak semua jawatan dalam MCA, sebaliknya hanya mengekalkan keanggotaan seumur hidup beliau dalam parti itu.

Tee berkata beliau berbuat demikian bagi mengelak sesetengah anggota parti itu terus mengeksploitasi pelantikannya sebagai exco Johor.

"Saya kesal kerana sesetengah anggota parti menjadikan pelantikan saya sebagai isu dan pada masa sama, bukan sekadar menjadikan saya sebagai sasaran malah bertujuan memusnahkan perpaduan parti.

"Bagaimanapun, saya tidak akan sesekali meninggalkan parti kerana saya sudah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga besar ini untuk tempoh lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Tipu PRU: Keputusan mahkamah berkaitan petisyen boleh dirayu

Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan petisyen pilihan raya masih mempunyai ruang untuk merayu atau mencabar keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata menurut Sekyen 36A Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954, rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi.

"Pihak yang mendapati keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepadanya boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Penghakiman yang dibuat di Mahkamah Persekutuan adalah muktamad," katanya kepada Bernama semalam ketika diminta mengulas perkara itu.

Situasi sedemikian pernah berlaku pada pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan tanpa bertanding Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup di kerusi Parlimen Pensiangan selepas PKR memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan itu.

Bagaimanapun, Kurup mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kemenangannya.

Pendidikan bukan untuk lahirkan robot pintar


SHAH ALAM: Matlamat pendidikan bukan sekadar melahirkan 'robot pintar' sebaliknya pendidikan berperanan 'memanusiakan manusia'.

Bagi mencapai matlamat ini, pendidikan seharusnya menjadikan cinta sebagai asas kerana cinta diyakini mampu memberikan kekuatan kepada manusia untuk saling memberi.

Seperti mutiara kata dari cendiakawan Hamka, 'Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan'.

Itu antara intipati Forum Pedagogi Pendidikan Cinta anjuran sukarelawan Teach For The Needs (TFTN) yang diadakan di Kompleks Karangkraf, dekat sini malam tadi.

Pedagogi merujuk kepada kaedah pengajaran dan TFTN cuba membawakan kaedah pengajaran baru yang berasaskan cinta kerana yakin hanya pendidikan cinta mampu melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi akademik dan nilai-nilai kemanusiaan.

Portal "The Malaysian Insider" Goyang, 23 Kakitangannya Buka Portal Baru

Selepas berbulan-bulan dilanda spekulasi, portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini menyaksikan hampir seluruh kakitangannya meninggalkan syarikat itu.

Penghijrahan, yang diketuai oleh editor eksekutif TMI, Leslie Lau, yang akan menyaksikan pewujudan sebuah portal berita baru, The Malay Mail Online (MMO), yang dijangka mula operasi pada 1 Julai.

"Kami mengambil semua orang (untuk menyertai MMO) - semua sub-editor dan wartawan - kecuali tiga wartawan Bahasa Malaysia yang masih mahu (bersama TMI) pada saat-saat akhir," katanya.

Leslie Lau, bersama dengan editor urusan Joan Lau, akan mengendalikan portal berita baru itu yang akan berfungsi secara berasingan dan bebas daripada Malay Mail versi cetak.

"Saya rasa pasukan itu telah menunjukkan bahawa ia berkemampuan dan kita ingin membina satu jenama dan perniagaan baru. Itu adalah cabaran peribadi saya," katanya.

Kakitangan terbabit, yang sepatutnya secara rasmi menamatkan perkhidmatan mereka di TMI esok, secara tiba-tiba menamatkan operasi petang ini.

"Saya bekerja pagi ini, tetapi sesuatu berlaku, jadi saya umumkan cuti untuk kakitangan dan kita pergi menonton filem," kata Lau.

Anwar jumpa SBY hari ini

Twitter Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Bali untuk bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

"Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas melalui media sosial Twitternya, pagi tadi.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.
Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Blackout 505: Tak hadir bukan makna khianati parti - Dtk Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan yang menyifatkan tidak hadir ke perhimpunan Blackout 505 sebagai mengkhianati parti.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong.
Tuan Ibrahim Tuan Man “Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur.
“Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.
Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Najib, Anwar di Jakarta, terdapat spekulasi akan bertemu..Jeng....Jeng..Apakhabar Ku Li Dan Din..!!!

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.
Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.
“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.
Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.
“Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu,” kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.

Umno akan jual bangsa Melayu untuk kekal kuasa



Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpinnya semua korup dan rasuah?

Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampung UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.

Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah di serata tempat.

Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO?

Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan Melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung-kampung bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain haramjadah.

Husam angkat sumpah pada sidang Belanjawan


KOTA BHARU: Datuk Husam Musa, berkata beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Adun Salor pada sidang Dun Belanjawan yang bakal diadakan Oktober nanti.


Ini kerana, katanya beliau memohon cuti untuk tidak menghadiri persidangan Dun Kelantan sejak 22 Mei lalu kerana berada di luar negara.

Katanya, program luar negara diatur lebih awal sebelum mendapat notis sidang Dun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung percutiannya sepanjang tempoh persidangan Dun Kelantan yang bermula 13 Jun lalu.

Semua ahli dewan yang memenangi PRU13 lalu telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing, kecuali tiga ahli dewan yang memohon surat percutian mereka.

Selain Husam, Datuk Che Abdullah Md Nawi (PAS-Wakaf Bharu) dan Datuk Seri Mustapha Mohamed (BN-Ayer Lanas) juga memohon cuti dan surat percutian mereka diluluskan dalam sidang Dun Khamis lalu.

Ketika menghubunginya melalui sistem pesanan ringkas (SMS), Husam memberitahu, pada 26 Mei hingga 9 Jun beliau menunaikan umrah.

“Kemudian saya dijadualkan ada beberapa atur cara rasmi di luar negara bermula 13 hingga 20 Jun ini.

“Kini saya berada di Amman dan juga sedang meninjau perkembangan Syria di sampingmemikirkan kaedah mana yang boleh dihulurkan bantuan untuk mereka,” ujarnya.

Menurut Husam, pada asalnya beliau perlu menghadiri program pembentangan sistem pembayaran elektronik antarabangsa e-dinar.

Bagaimanapun, tambahnya atas nasihat ia terpaksa ditangguhkan kerana ada pertempuran baru di Bengazi.

Husam menambah, beliau juga dijangka akan ke Kurdistan, Iraq bulan Ramadan ini.