Khamis, 13 Jun 2013

STOP State Violence !!! IPCMC Now

Sacking advisers not enough: Najib to blame for putting self-interests, vanity above Umno

Sacking advisers not enough: Najib to blame for putting self-interests, vanity above UmnoNajib Razak was born with a silver spoon, his political career charted by UMNO. The post of UMNO president and prime minister of Malaysia were handed to him on a silver platter too. No surprises then that Najib has no idea what the ordinary rakyat (people) want or understand their feelings, aspirations and hardship. Najib lives in his own world - cloistered, safeguarded, luxurious and rather unreal.
Since his political career was charted by UMNO, Najib has never had to learn the tricks of the trade. He is actually very naïve in politics, unable to form opinions or make decisions independently and by himself. In his personal life, he needs his wife Rosmah Mansor to make all the decisions for him. Whilst in his political life, he depends on advisers. So far both - Rosmah as well as the advisers - have proven to be liabilities to his political career.
There is a story that has long circulated in the Umno rumor mills that former premier Mahathir Mohamad had demanded that Najib divorce Rosmah or he wouldn't support Najib's bid to become prime minister. However, it seems that Najib was even more afraid of Rosmah than of Mahathir!
Be that as it may, when it comes to advisers - there is less excuse for Najib to be so weak and dilly dally over a decision that he should have made long ago and save himself the kind of flak he has been receiving these days. Najib should have sacked his strategists long ago instead of only doing so after Mahathir and former finance minister Daim Zainuddin publicly queried him on this - who are these people who are giving you such bad political advice?
Where should the buck stop?
Of course, at the end of the day, it is Najib who must should the full responsibility for Umno-BN's poor performance in the general election and the sharp plunge in Umno's image. He should not blame anyone but himself for not having the basic ability and common sense to read and understand the character of the Malaysian people.
Any sensible leader should know better than to listen to the views of apple polishers and while it is understandable that Rosmah would be susceptible to flattery, for Najib to display such weakness and vanity only confirms the public view that he is not fit to be PM.

Prof Agus - Tindakan boikot atucara parlimen oleh PR tak salah...!

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Saya memerhati dengan penuh minat laporan media tentang tindakan PR yang memulau majlis taklimat parlimen pada 11 Jun dan cadangan untuk memulau majlis angkat sumpah ahli parlimen baru pada 24 Jun ini.

Laporan yang menarik minat saya ialah pandangan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen. Beliau memetik peruntukan Perkara 59 (1) Perlembagaan untuk mengukuhkan kenyataannya. Petikan kepada Perkara 59(1) adalah tidak tepat kerana yang tepat dengan kenyataan beliau tersebut adalah Perkara 59(2).

Mengulas lanjut, Pandikar berkata anggota Dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu. Tetapi "kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.

Media kemudiannya melaporkan sekiranya ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan sebagai "penghinaan" terhadap sistem di negara ini, sebagai satu penghinaan terhadap parlimen dan Yang di-Pertuan Agong.

Peruntukan Perkara 59(2) di atas adalah tidak lengkap untuk menggambarkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas ahli parlimen baru yang tidak mengangkat sumpah pada 24 Jun ini. Saya kecewa dengan laporan yang tidak lengkap seperti itu kerana ia menyembunyikan satu lagi peruntukan yang juga perlu diketahui rakyat.

Yang tidak lengkapnya ialah media tidak melaporkan Perintah Tetap 5(2) Peraturan-Peraturan Mesyuarat yang menyatakan bahawa ahli yang belum mengangkat sumpah boleh menghadirkan diri dalam sidang Dewan dan boleh mengangkat sumpah di bawah Peraturan ini. Setiausaha Dewan Rakyat terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengangkat sumpah.

5 Orang melayu Terkaya Di Malaysia 2013

Menurut Majalah Niaga dot com, 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion

Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion

Datuk Mokhzani Mahathir, anak kedua Tun Mahathir Mohamad adalah yang ketiga Melayu terkaya yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum. Merupakan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana dan orang ke-15 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 980 juta.

Juga orang Kedah... ramai benar orang Kedah kaya raya!

Tan Sri Azman Hashim adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan orang ke-17 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 810 juta.

Datuk Kamarudin Meranun adalah orang Melayu kelima terkaya di Malaysia merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia. Adalah rakan kongsi kepada Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001. Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 635 juta.

Kita sedar bahawa pembahagian kekayaan negara perlu diagih secara adil.

Kekayaan negara juga bukan dimonopoli oleh sesetengah golongan dan menepikan tanggungjawab sosial kepada golongan yang miskin.

Kita juga tidak mahu anak-anak pemimpin menjadi kaya raya buka kerana kebijaksanan dan usaha gigih tetapi kerana dia 'anak aku' dia kroni aku.

Rakyat perlu sedar dan insaf bahawa kekayaan yang ada perlu diagihkan kepada semua pihak oleh PEMERINTAH YANG ADIL.

Ayuh Sertai Aksi 'Flashmob' Sabtu Ini Di Jalan TAR Kuala Lumpur

Gabungan #SuaraRakyat505 di atas inisiatif SAMM Wilayah Persekutuan akan mengadakan sebuah aksi 'flashmob' di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) pada hari Sabtu ini, bersamaan 15 Jun 2013. Aksi tersebut bermula jam 2 petang bersempena seminggu menjelang perhimpunan rakyat KL22Jun yang bakal berlangsung pada hari Sabtu berikutnya.
Beberapa lokasi di sepanjang Jalan TAR telah dikenalpasti sebagai 'hotspot' antaranya ialah persimpangan Sogo, persimpangan Maju Junction dan juga persimpangan Jalan Tun Perak yang berhampiran Dataran Merdeka.

Bagi meneruskan momentum kebangkitan rakyat melawan penipuan SPR pada PRU yang lalu dan menggandakan mobilisasi ke arah himpunan terpenting 22 Jun di Padang Merbok, aksi flashmob berskala besar wajar menjadi cetusan awal. Ia khususnya untuk memastikan warga ibukota yang rata-ratanya menolak pemerintah korup Barisan Nasional menyertai aksi lebih besar pada 22 Jun nanti sebagai tuan rumah yang menyambut kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia dari seluruh negara.

Justeru itu, SAMM Wilayah bersama NGO #SuaraRakyat505 menyeru orang ramai turut menyertai aksi 'flashmob' ini. Turut bersama dalam penganjuran ini ialah terdiri daripada kumpulan mahasiswa SMM, Gerakan ABU, NGO Kill The Bill, JERIT, dan beberapa kumpulan aktivis rakyat. Selain daripada plakad yang disedia penganjur, orang ramai juga digalakkan hadir dengan membawa plakad sendiri di atas kretiviti masing-masing.

Ayuh, 15 Jun tarikh yang sesuai untuk aksi pemanas badan dalam usaha membangkit keghairahan rakyat bagi merebut demokrasi yang digelapkan. Untuk aksi flashmob ini juga, barisan peguam rakyat turut bersedia sekiranya berlaku penangkapan yang tidak diduga kerana regim yang panik selalunya bertindak gopoh dan terburu-buru.

Sekian
Azmir Hj Mustaffa
Penyelaras SAMM Wilayah

Isu Altantuya: Jawapan menteri tiada makna, kata MP


 
Anggota Parlimen Subang R Sivarasa berkata, kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim bahawa kes kematian warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah "ditangani" tidak memberi sebarang makna.

Bekas naib presiden PKR itu berkata, ini kerana kes itu masih berjalan dan pembunuh sebenar bagi kes itu masih lagi belum diketahui hingga hari ini.

NONE"Bila Rohani kata bahawa kes pembunuhan Altantuya telah diselesaikan, bagi saya perkataan itu tidak memberi apa-apa makna bagi majoriti rakyat Malaysia kerana keadilan masih belum dicapai dalam kes ini.

"Saya harap ini satu peringatan pada kerajaan Umno/BN supaya fikir lebih mendalam tentang hal ini. Mereka perlu faham ini boleh ditangguhkan tapi tak boleh lari dari isu.

"Satu hari nanti akan ada keadilan untuk Altantuya," katanya dalam sidang media ketika membuat lawatan ke rumah balu penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

Sivarasa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Rohani Selasa lalu yang mengatakan bahawa kes Altantuya telah ditangani.

Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh...darul runtuh UMNO nie..!!!

Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
GEORGETOWN - Sebuah antena yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan Macalister tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Akibat dari kejadian itu,hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga parah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi baru tiba dilokasi kira-kira sejam lalu.

TPPA: Syarikat gergasi bakal ‘telan’ syarikat kecil tempatan, 28 juta rakyat terancam


KUALA LUMPUR, 13 JUN: Kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-13 bakal mengakibatkan 28 juta rakyat Malaysia dan negara diancam dominasi ekonomi akibat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Perjanjian itu dilihat pakar ekonomi bakal memberi kesan langsung kenaikan harga pelbagai produk barangan pengguna, perkhidmatan, hak pelaburan, perolehan kerajaan, hak harta intelek, harga ubat malah kebebasan berinternet.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, perjanjian itu bukan sekadar satu perjanjian komersial biasa untuk meningkatkan dasar liberalisasi ekonomi tetapi mempunyai agenda yang lebih besar daripada itu.
“Di Parlimen tahun lalu, saya meminta kerajaan menyatakan apa risiko yang bakal dihadapi negara jika perjanjian TPPA dilaksanakan. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir ketika itu (sekarang Menteri Besar Kedah) menjawab bahawa kerajaan memberi jaminan kepentingan Malaysia dilindungi kerana “kerajaan sentiasa mempunyai pegawai dari Jabatan Peguam Negara yang hadir ketika perbincangan dengan perwakilan asing.
“Jawapan itu jelas menunjukkan beliau (Mukhriz) juga tidak tahu implikasi ekonomi yang bakal dihadapi negara akibat TPPA,” katanya.
Menghurai lanjut, apabila undang-undang dan peraturan TPPA diterima pakai oleh negara terbabit, ia akan mengakibatkan perubahan undang-undang tempatan supaya disesuaikan dengan semua peraturan baru yang dipersetujui.
“Ini akan membolehkan syarikat pelabur boleh mendakwa dan menuntut pampasan daripada kerajaan di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva. Ia bakal menjejaskan bidang kuasa kerajaan sekaligus mencemarkan kedaulatan negara,” ujar beliau.

Selangor gov't donates RM10k to PI Bala's wife

PELAJAR: Youth Activism, Nation Building After GE13

KL Mayor: Accept the fact that Padang Merbok is booked

Zahid sogok pengundi, belanja lebih RM2 juta

PETALING JAYA 12 Jun: Dua petisyen pilihan raya difailkan berhubung salah laku calon BN di Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuk membelanjakan lebih RM2 juta semasa berkempen.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, petisyen pertama membabitkan sogokan dilakukan Zahid kepada pengundi dengan memberikan mereka wang RM100 dan 5 kilogram beras setiap orang.
“Satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya dan kesalahan mengambil petugas pilihan raya dalam jumlah yang tidak munasabah,” katanya.
Rafizi berkata, Zahid membelanjakan lebih RM2 juta ketika berkempen, iaitu melebihi had yang dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak RM200,000.
Menteri Dalam Negeri itu juga menggunakan 24 ribu petugas pilihan raya, sepertimana diakui sendiri dalam video yang dimuatnaik  di laman web rasmi beliau.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi, Rafizi turut menunjukkan video berkenaan di mana Zahid turut mengaku memberi wang dan beras kepada pengundi.

Video Rasuah (2): Bersama warga Bagan Datoh - Inilah Video Zahid Memberi Rasuah Yang Dimaksudkan Rafizi

Video Rasuah (1): 23 Ribu jentera BN di Bagan Datok - Inilah Video Zahid Memberi Rasuah Yang Dimaksudkan Rafizi

DAP: Mungkin hanya tarikh Utusan saja yang betul

Utusan Malaysia sekali lagi menerima kritikan keras daripada kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa "berbohong" berhubung penurunan harga kereta sebagai sebahagian langkah memenuhi janji pilihan raya BN.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Akhbar milik Umno hari ini berkata, kandungan harian itu tidak boleh dipercayai.

NONE"Utusan berbohong apabila berkata kerajaan persekutuan memenuhi janji pilihan raya dengan menyediakan harga kereta lebih murah." kata Lim dalam sidang media hari ini.

"Tetapi syarikat kereta akhirnya tampil menyangkal laporan itu," katanya, merujuk kepada penafian Volkswagen dan Peugeot Malaysia di laman Facebook masing-masing.

"Ini sesuatu yang serius dan pihak berkuasa patut bertindak terhadap Utusan. Nampaknya kita tidak boleh percaya apa pun yang ditulisnya, barangkali yang boleh dipercayai hanya tarikh akhbar itu," sindirnya.

Pada 10 Jun lalu, Utusan melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Turun Harga Kereta : Utusan dan Umno-BN Cuba Kelirukan Rakyat

Turun Harga kereta
SHAH ALAM 13 Jun : Syarikat pembuat kereta telah menafikan laporan Utusan Malaysia pada 9 Jun bahawa harga setengah model kereta mereka telah diturunkan sehingga 11 peratus sebagai melaksanakan manifesto Umno-BN.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata laporan akhbar pro-Umno itu bahawa 10 model kereta telah turun harga sejak Januari tahun ini, menunjukkan Umno-BN terus mahu memperbodohkan rakyat.
Nik Nazmi berkata syarikat pembuat kereta Volkswagen Malaysia dan Peugeot Malaysia telah menafikan bahawa harga kereta mereka diturunkan seperti yang didakwa di dalam laporan Utusan itu.
“Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini,” Nik Nazmi berkata dalam satu kenyataan media.
Laporan Utusan itu mendakwa 10 model kereta termasuk Volkswagen, Peugeot, Proton dan Perodua telah diturunkan harga sebanyak 11 peratus.
Utusan mendakwa ini adalah bukti perlaksanaan janji manifesto Umno-BN yang diumumkan pilihanraya umum ke-13.
Semakan di laman sesawang Peugeot Malaysia mendapati harga bagi model 308 tidak berubah 15 Februari tahun ini. (http://www.peugeot.com.my/media/deliacms/media/10/1073-da3c60.pdf)
Iaitu RM 99,561.50 sebuah, tanpa insuran, tanpa cukai jalan, tanpa nombor plet dan tanpa fi berkaitan.
Keseluruhannya, harga atas jalanraya bagi kegunaan individu berserta insuran adalah RM 102,888.00, nilai yang sama Utusan dakwa diturunkan Kerajaan Persekutuan Umno-BN.
Percanggahan yang sama juga dikesan semasa menyemak harga bagi kereta Honda Jazz Hybrid. Wartawan kami menghubungi Honda Malaysia yang mengesahkan bahawa harga RM 89,900 itu tidak berubah sejak ia dilancarkan.

PM, KPN dicabar struktur semula pasukan polis, laksana IPCMC


KUALA LUMPUR, 13 JUN: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar melaksanakan penstrukturan semula pasukan polis dengan fokus utama menangani kes jenayah di samping melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) jika masing-masing serius untuk membanteras jenayah.
Beliau berkata, jika benar Perdana Menteri dan KPN serius untuk memerangi jenayah, mereka mesti melaksanakan dua perkara berkenaan iaitu penstrukturan semula pasukan polis dan menubuhkan IPCMC.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menganggap kempen perangi jenayah menerusi “Bersatu Menentang Jenayah” sebagai sia-sia, sebaliknya menggesa pasukan polis distruktur semula.
Katanya, beberapa kejadian jenayah yang berlaku di tempat terbuka di sekitar Lembah Kelang dan merebak ke beberapa kawasan lain membuktikan program terbabit satu usaha sia-sia, kerana penjenayah masih bebas dan belum berjaya diberkas.
Beliau menggesa Najib dan KPN melaksanakan saranan utama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dikemukakan pada 2005 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika benar-benar mahu menangani isu jenayah yang semakin berleluasa.
“Najib dan Khalid juga diharap tidak hanya pandai menabur janji tapi tidak melakukan sebarang tindakan sehingga hampir setiap malam berlaku rompakan terbuka di Lembah Klang.
“Apakah Lembah Klang sudah menjadi kawasan tanpa undang-undang kerana sejak dua malam lalu, dua kejadian membabitkan kumpulan perompak bersenjata berlaku di restoran terbuka di Kepong, Cheras dan Kajang.

Perbincangan Kerajaan Perpaduang Bukan Saja PAS-UMNO Tetapi PKR Terlibat Sama?

[AKadirjasin] CERITA ketidakserasian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Abdul Khalid Ibrahim sudah basi.

Umum sudah tahu masalah antara Ketua Perhubungan PKR Selangor itu dengan Menteri Besar Selangor kerana telah berlaku secara terbuka.

Cerita Barisan Nasional diselamatkan oleh orang Melayu, Bumiputera dan luar bandar pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu pun sudah diketahui. Yang belum jelas ialah apa yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, akan buat untuk mereka.

Begitu juga cerita Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditolak oleh penyokongnya sendiri kerana mengorbankan prinsip perjuangan – Negara Islam dan Hukum Hudud – apabila terlalu taasub dengan kerjasama dengan PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan” di Selangor, Terengganu dan Kedah.

Di Selangor ia ada kaitan dengan permusuhan antara Azmin dan Abdul Khalid. Di Terengganu kerana kecenderungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke arah perpaduan Melayu dan Islam.

Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius. Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

Di antara tiga parti itu, PAS adalah yang paling kuat di Selangor dengan menguasai 15 daripada 56 kerusi DUN, diikuti PKR 14 dan Umno 12. Daripada 14 Adun PKR, 10 adalah Melayu.

Parlimen ke-13 perlu lantik Speaker berkecuali

KUALA LUMPUR: Tugas pertama Parlimen ketiga Belas yang akan bermula 24 Jun ini adalah memilih Speaker yang bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan politik.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, speaker baru Dewan Rakyat perlu mendapat kepercayaan dan dihormati oleh semua Ahli Parlimen, selain mampu menangani kedua-dua pakatan pemerintah dan pembangkang secara saksama dan tidak berpihak.

Menurutnya, di negara-negara yang mengamalkan demokrasi ala Westminster seperti Kanada, India, dan sebagainya, Perdana Menteri biasanya akan meminta pandangan Pembangkang sebelum memilih Speaker dan mengemukakan kepada Parlimen calon yang paling boleh diterima oleh semua pihak bagi menghindari pungutan suara dan pertikaian di awal sesi parlimen.

"Speaker Parlimen UK misalnya memutuskan hubungan dengan parti politiknya. Malah, di negara itu speaker tidak dipilih menurut garis parti.

Black 505: AMK gerakkan anggota turun Padang Merbok 22 Jun

Shamsul-AMK2KUALA LUMPUR, 13  JUN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kini memasuki fasa terakhir mobilisasi menjelang kemuncak himpunan Black 505 yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini.
“AMK telah bersedia sepenuhnya. Kini dalam proses akhir mobilisasi untuk himpunan itu,” kata ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil berkata, tumpuan jentera AMK fokus kepada anggota KEADILAN dan seramai mungkin anak muda selain penyokong Pakatan Rakyat.
“Kali ini kita lebih menumpukan kerja peringkat negeri untuk menggerakkan seberapa ramai ahli AMK untuk turun ke himpunan kemuncak 505 pada 22 Jun nanti,” katanya kepada Keadilandaily.
Siri jelajah Black 505 selepas pelancarannya di himpunan ‘Suara Rakyat 505′ 25 Jun lalu di Amcorp Mall kini memasuki pusingan akhir.
Selepas himpunan pertama di Kangar, Perlis 10 Jun lalu, jelajah diteruskan di Sungai Petani, Kedah pada 11 Jun dan Ketereh, Kelantan (12 Jun) yang mencatatkan kebanjiran puluhan ribu rakyat hadirin.
Jelajah ‘Black 505′ akan diteruskan lagi ke lokasinya yang keempat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada hari Ahad, 16 Jun ini.

60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai


KUALA LUMPUR: 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak kelam-kabut dalam menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Md. Ramli, berkata keadaan itu juga menunjukkan dakwaan bahawa SPR tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan baik memang berasas.

"Apabila banyak petisyen difailkan, ia menggambarkan banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan pilihan raya baru-baru ini. Sekaligus, rasa tidak puas hati itu serba-sedikit ada kesan secara tidak langsung dengan peranan SPR," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau masih banyak perkara yang membabitkan SPR yang dipertikaikan, tetapi tidak dapat disertakan sekali bersama petisyen.

Umno pun tak percayakan SPR

Keputusan Barisan Nasional (BN) memfailkan 21 petisyen keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan bahawa kritikan Pakatan Rakyat terhadap SPR ada asasnya. Jadi, benarlah bahawa dakwaan PR tentang pelbagai kelemahan SPR dalam mengendalikan PRU13 yang lalu.

Bagi saya, tindakan Umno-BN ini secara tidak langsung mengiakan kritikan PR terhadap SPR. Oleh hal yang demikian, wajarlah mereka yang menerajui SPR meletak jawatan kerana gagal memastikan pilihan raya kali ini diadakan dalam keadaan yang baik.

Secara umumnya, memanglah sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Sudah tentu pihak yang kalah akan berasa tidak puas hati. Namun, dalam PRU13 ini, bukan sahaja pihak yang kalah berasa tertipu malah pihak yang menang pun tidak puas hati dengan sikap dan tindakan “pengadil”.

MB Kelantan: Gelombang anak muda dalam Black 505 takutkan BN

Ahmad YakobKETEREH, 13 JUN: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kebangkitan anak muda dalam siri-siri himpunan ‘Black 505′ adalah simbol bantahan rakyat yang menakutkan Umno-BN.
“Kebangkitan anak muda telah merubah, telah memberi satu keadaan yang menakutkan Umno-BN,” katanya di hadapan lebih 15,000 hadirin di himpunan ‘Black 505′ Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh, semalam.
Katanya, golongan muda yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa tidak mudah ditipu sekaligus berperanan sebagai ejen penyebaran maklumat.
Malah, dalam banyak laporan penyelewengan dan salah laku pilihan raya umum ke-13, golongan muda paling ke hadapan dan berani membuat pendedahan.
505kb5
NGO ‘R’ atau Royalti merupakan penggerak utama kempen ‘Black 505′ di Kelantan dan seluruh negara
“Kebangkitan ini memberi satu amaran kepada sesiapa yang berkuasa bahawa penipuan adalah sesuatu yang tidak disukai oleh sesiapa pun,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan itu.

Anwar: Pilihan raya semula di kawasan berlaku penipuan

505kb3KETEREH , 13 JUN: Pilihan raya umum ke-13 masih belum selesai dan pemilihan semula perlu dibuat di kawasan berlaku penyelewengan dan salah laku, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim.
“Tak selesai pilihan raya yang lalu. SPR perlu letak jawatan. Yang jelas tipu, yang khianat mesti dibetulkan. Walau apa alasan pun, (kita perlu) pilihan raya semula.
“Kita tidak akan tolak ansur. Kalau (mereka) padam lampu, hilangkan peti undi, (kita) betulkan, itu tuntutan kita,” katanya di hadapan lebih 15 ribu hadirin di Himpunan Black 505 Kelantan malam tadi.
505kb2
Lebih 15,000 hadirin di himpunan ‘Black 505′ Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh
Anwar berkata, selagi SPR belum dihukum, rakyat tidak akan bertolak ansur dan himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur 22 Jun depan sebagai manifestasi kemarahan rakyat.
“Rakyat bukan hamba, rakyat punya hak, bagaimana nak suarakan? Najib takkan dengar, Umno juga tak nak dengar, bekeng (ganas), agah (sombong) tak tentu pasal.
“Sebab itu 22 haribulan ini kita berhimpun. Ini peluang terbaik untuk rakyat suarakan secara aman dan teratur. Kita nak betulkan keputusan pilihan raya di Padang Merbok,” tegas Anwar.

'Justice for Murugan': Candlelight vigil held at Bukit Aman for murder victim

Turun Harga Kereta, BN dan Utusan 'Kantoi' - BULETIN 13

Car companies refute 'lower' prices in Utusan report

'Iran's disinherited may clash with bourgeoisie'

US military analyst says Assad forces making gains

Ust Abdullah Ya'kub Speaker DUN Kelantan yang baru

Gandingan Speaker dan Timbalan Speaker, Bukti Selangor Komited Perkasa Anak Muda

PSM's Arul on joining Pakatan Rakyat & convincing PAS to accept socialis

PSM's Arul on socialism's relevance in Malaysia (BM/English)

Dhamendran's family lodges report against KL CID chief 'cover-up'

LGE: 'Turun harga kereta'- lagi fitnah UTUSAN

PAS must find genuine leaders from within

With the GE13 contested and lost, it must now find the middle ground to be a truly Malaysian party

PAS performed poorly in the 13th general election. It was in the end the weakest link in the opposition Pakatan Rakyat.
While both DAP and PKR did well, winning 38 and 30 parliamentary seats respectively, PAS garnered only 21 seats out of the 73 it contested.
Why did PAS fail to wrestle seats from Umno in the GE13? A month after GE13, it’s a question that’s still being thrown about.
PAS locked horns with Umno in predominantly Malay constituencies and performed favourably only in Kelantan and Terengganu although it failed to retain the administration in Terengganu.
The party, while scoring in rural and less developed states, failed to make inroads in Malay urban and more progressive locations. In fact, PAS failed miserably to synchronise Muslim issues with its national agenda.
Knowing that since the 2008 general election Umno was on the decline, PAS should have conceived a political strategy that would have enabled it to grab more Malay support from Umno.
But instead the party continued to harp on religious matters such as the syariah laws. They failed to properly define the difference between Islam and its syariah laws, and Malay socio-economic and cultural heritage.
While the former is more specific and is confined to laws and punishment on Muslims, the latter is intertwined with national and economic issues and was very relevant in the run up to the GE13.
Instigating PAS
Hence it was wrong for PAS to use Islamic teachings as a political issue to gain popularity in the election.

Siapa bakal jadi hero Parlimen?

Bolehkah Rafizi Ramli (PKR), Nik Abduh Nik Aziz (PAS) atau Datuk Reezal Merican Naina Merican (Umno) menggantikan Datuk Ibrahim Ali?

PETALING JAYA: Sidang dewan rakyat 24 Jun ini mungkin tidak sama lagi seperti sidang sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Beberapa ahli parlimen yang menghangatkan dewan sudah tidak menjadi wakil rakyat, antaranya Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Mohd Zahrain Hashim semuanya dari kumpulan Bebas.
Di kalangan Barisan Nasional tidak akan kedengaran lagi suara `sopan’ Datuk Sri Rais Yatim (Jelebu), Datuk Shaziman Mansor (Tampin) dan Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar).
Ibrahim kalah di Pasir Mas, Zulkifli di Shah Alam, manakala Zahrain, Rais, Shaziman dan Rafidah tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke 13 itu.
Di kalangan mereka,  Ibrahim paling lantang kerana beliau menyerang lawan dan kawan, tegas mempertahankan isu-isu orang Melayu dan agama Islam.
Beliau pernah `menyerang’ Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong sehingga mengatakan ahli Perkasa tidak akan mengundi MCA 5 Mei lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut menjadi sasaran Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Him.
Namun kehadiran ahli parlimen baru khususnya dari Pakatan Rakyat akan mengambil tugas ibrahim untuk menggegarkan dewan.

Tumpuan kepada Rafizi, Nik Abduh

Tumpuan pasti terarah kepada ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR yang sebelum ini banyak mendedahkan kepincangan Barisan Nasional termasuk dalam isu Pusat Fidlot negara yang membabitkan bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
NIk Abduh Nik Aziz, ahli parlimen Pasir Mas dari PAS barangkali juga ditunggu terutama di kalangan anak-anak muda.

Tidak siapa yang berkuasa tanpa sokongan menyeluruh orang Melayu

Saya mendapat banyak pandangan yang agak berlainan dari apa yang kita dengar dan pandangan yang berbeza ini selalunya tidak diutarakan kepada saya melalui komen-komen dalam blog ini. Mereka memberikan pandangan dan komen itu melalui e-mail.
Biasanya komen-komen yang datang melalui e-mail itu lebih jujur kerana mereka memberikan hujah dan alasan yang mencukupi dan tiada setakat melemparkan komen marah dan berselindung di sebalik ‘anonymous’. Mereka menghujahkan isu dengan panjang lebar tidak kira samada hujah mereka itu bertentangan dengan pendapat saya atau sebaliknya.
Banyak kali juga mereka memanggil saya untuk bersama-sama mereka minum petang atau pagi dan mereka adalah dikalangan yang serius dalam memberikan pandangan. Secara kasarnya ramai yang masih berpendapat yang Pakatan Rakyat masih belum bersedia untuk menjadi pihak ‘alternative’ walaupun dikalangan yang memberikan pandangan itu adalah mereka yang cenderung untuk menyebelahi Pakatan Rakyat.
Apa yang menyebabkan susahnya menundukkan BN itu, dan apa pula yang membuat usaha menundukkannya itu tidak mustahil? Jawapannya mudah. Susah untuk menundukkan UMNO itu kerana jika UMNO itu tidak melakukan kesalahan dan menunjukkan kelemahan yang nyata, ia tidak senang untuk di kalahkan oleh mana-mana pihak yang lain.

Wartawan veteran dedahkan terdapat ‘rundingan kerajaan perpaduan’ PAS, PKR dan Umno

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR– Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan terdapat rundingan perpaduan Melayu diantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

“Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius,” kata beliau dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk “Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas”.

“Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

Harga kereta turun: Laporan Utusan tipu, kata PKR

KUALA LUMPUR: Penafian oleh syarikat pengeluar kereta terhadap laporan Utusan kononnya berlaku penurunan harga kereta oleh kerajaan BN,  memperlihatkan akhbar Umno itu 'cuba menipu', kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Pengarah Komunikasi PKR itu berkata, episod memalukan ini mendedahkan betapa terdesaknya Umno BN di dalam berhadapan dengan kempen #TurunkanHargaKereta Pakatan.

"Justeru, laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat. Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut. Portal berita Malaysian Insider turut mendedahkan dakwaan pengurangan harga Honda Jazz Hybrid juga tidak benar.

"Sekali lagi, Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu menjadi mendepani kewartawanan Melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang di dalam usahanya untuk menjaga kepentingan politik pemiliknya, Umno," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Utusan Malaysia sebelum ini kononnya kerajaan BN telah menurunkan harga kereta-kereta sehingga 11 peratus sejak Januari tahun ini sebagai sebahagian daripada pelaksanaan manifesto.

Petisyen PRU13: Pakatan Rakyat 39, BN 21...!!! UMNO@BN sendiri tidak "Redha" dengan keputusan PRU13..???

KUALA LUMPUR: Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tempohnya berakhir semalam, menyaksikan sejumlah 60 petisyen difailkan sekaligus menjadi jumlah paling banyak dalam sejarah petisyen pilihan raya di negara ini.

Apa yang menarik, tindakan memfaikan petisyen yang biasanya hanya sinonim dengan pihak pembangkang, kali ini juga turut dikemukakan oleh BN.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun.

Rakyat Myanmar perlu hormati undang-undang Malaysia...yang jadi pengundi UMNO@BN ok kot..!!!

Wan Junaidi Tuanku Jaafar PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia meminta kerajaan Myanmar menasihati rakyatnya yang bekerja di negara ini agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata usaha itu perlu diambil bagi mengelakkan insiden keganasan dan pertumpahan darah berulang lagi susulan sekumpulan warga Myanmar kerap kali bergaduh sesama sendiri khususnya di tempat kerja.

"Keganasan itu tiada kena mengena dengan rakyat dan pihak berkuasa Malaysia kerana bergaduhan itu hanya melibatkan sesama mereka.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengambil tindakan untuk memantau lokasi di mana sekumpulan warga Myanmar bekerja dan tinggal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Myanmar, U Zin Yaw dan Timbalan Menteri Kementerian Buruh, Guna Tenaga dan Keselamatan Republik Kesatuan Myanmar, Daw Win Maw Tun.

Blackout 505 Ketereh: Kehadiran Husam Mengubat Rindu ....

Sejak tidak dilantik menganggotai barisan kabinet Kelantan yang dibentuk dalam tempoh tidak sampai 60 jam  selepas pilihan raya umum lalu, malam tadi Husam Musa telah muncul dalam majlis orang ramai apabila beliau hadir dalam majlis Himpunan Black505 yang diadakan di Ketereh, Kota Bharu Kelantan.


Husam muncul bersama isterinya, Rohana.
Husam merupakan tetamu jemputan yang tiba paling akhir dengan berpakian serta hitam dan berkopiah putih ditemani isterinya Rohana Abdul Rahman.

Husam tiba setelah kira-kira 10 minit ketibaan Menteri Besar Ahmad Yaaob bersama Nasaruddin Daud dan lima minit kemudian diikuti ketibaan Anwar Ibrahim yang juga berpakaian serba hitam.

Ketibaan Husam menjadi perhatian umum kerana sejak selepas pilihan raya lalu malam tadilah beliau muncul dalam majlis orang ramai di Kelantan. Beberapa majlis yang diadakan sebelum ini tidak kelihatan wajah Husam kerana beliau berada di luar negara ini menjadi para penyokong tertanya-tanya dan merinduinya.


Ketibaan Husam juga dinanti-nanti dan ada yang menyangka beliau tidak akan tiba kerana Husam baru saja sampai dari luar negara. Sebaik saja beliau masuk ke padang majlis Bandaran Ketereh, para penyokong khasnya anak-anak muda yang meminati Husam berkerumum dan berebut-tebut untuk bersamaan dan bertanya khabar dengannya.

Ada juga yang berpelukan erat dengan Husam dan ada yang mengesat air mata tatkala melihat Husam berjalan masuk.

Rafizi: "Tak perlu layan puteri Umno"

Rafizi PETALING JAYA - PR tidak perlu melayan cadangan ketua puteri Umno supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diberi peluang mengetuai pembangkang susulan tindakannya memboikot Majlis Taklimat Parlimen kelmarin.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Umno-BN tidak berhak mencampuri hal tersebut susulan pemilihan jawatan ketua pembangkang itu perlu mendapat persetujuan majoriti ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat nanti.

"Saya rasa kenyataan itu kebudak-budakan yang tidak padan dengan kedudukan seorang ketua puteri Umno.

"Lagi pun dia perlu jaga soal dalaman Umno dulu, yang lagi banyak bergolak ialah soal dalaman Umno.

"Siapa yang kita lantik sebagai ketua Parlimen PR di Dewan Rakyat nanti, adalah keputusan yang dibuat oleh ketiga-tiga parti dan wakil rakyat kita, tidak ada kena mengena dengan dia," katanya kepada Sinar Harian Online di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Bekas Adun dilantik Speaker Dun Kelantan



KOTA BHARU: Bekas Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Ya’kub (gambar) hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang baru.

Manakala Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman pula dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Nama kedua-duanya dicadangkan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Majlis angkat sumpah itu bermula jam 9 pagi dengan bacaan doa diketuai Setiausaha Dewan, Muhammed Imran Mansoor.

Kemudian Abdullah mengangkat sumpah dan menandatangani watikah pelantikan sebagai anggota tambahan Dun Kelantan.

Beliau kemudian mengambil tempat di kerusi Speaker selepas dipakai jubah khas dan songkok oleh Menteri Besar.

Diikuti pula Abdul Latiff mengangkat sumpah dan dipakai jubah khas sebagai Timbalan Speaker.

Dialog Kota D'sara PAS-PSM minggu depan


 
Kepimpinan PSM akan berdialog dengan PAS untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit pada pilihan raya umum lalu termasuk pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara dan isu ideologi sosialisme yang menjadi tunjang parti itu.

Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan berkata mereka juga akan berbincang mengenai pendirian PAS mengenai ideologi itu termasuk kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap PSM berhubung perkara itu.

NONE"Saya baru dapat panggilan daripada setiausaha PAS dua hari lalu, PAS bersetuju untuk mengadakan dialog dengan PSM minggu depan. (Bertujuan) untuk kita membincangkan isu-isu, apa yang (menyebabkan) PAS bermasalah sangat dengan sosialis ini," katanya.

Sebelum ini, PSM menuntut Abdul Hadi menjelaskan dakwaan dalam satu video di Youtube bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti "Marxis" dan Arutchelvan berkata kenyataan Abd Hadi itu menggambarkan PSM walaupun tidak menyebut nama partinya.

Arutchelvan berkata demikian bagi menjawab soalan bagaimana PSM boleh meyakinkan PAS supaya menerima sosialisme yang menjadi tunjang parti berlogokan genggaman tangan kiri itu.

Bercakap dalam wawancara Malaysiakini semalam, beliau berkata pihaknya bersetuju bertemu PAS di ibu pejabat parti Islam itu di Jalan Raja laut, Kuala Lumpur tetapi masih belum menentukan tarikh dan masanya.

PAS dilihat ada 2 wajah

Katanya, pihaknya ingin mengetahui pendirian PAS mengenai ideologi itu apatah lagi mendakwa pemimpin dalam parti itu berbeza pandangan mengenainya dan menurutnya PAS dilihat mempunyai dua wajah iaitu "pro-sosialis atau melihat sosialis sebagai musuh".

"Kita juga mempunyai ramai kawan-kawan di PAS yang juga berpendirian sosialis... Kita sebenarnya nak selesai, (dan) nak bertanya sebenarnya, apakah masalah PAS dengan (ideologi) sosialis.

NONE"Dalam PAS mempunyai pandangan yang berbeza kerana PSM selama ini percaya kepada kebebasan agama," katanya.

Arutchelvan berkata pihaknya hairan mengapa isu ideologi sosialis itu diungkitkan "secara tiba-tiba" dalam pilihan raya umum lalu, sedangkan pihaknya sekian lama telah bekerjasama dengan PAS.

"Adakah ini sebenarnya persoalan ideologi atau persoalan kerusi? Kalau persoalan ideologi, dari dahulu (lagi) PAS tidak bekerja dengan PSM.

"Berapa tahun kita berkempen bersama dengan kawan dalam PAS dalam banyak isu, (kita) duduk semeja, tapi masa pilihan raya... Adakah ini isu ideologi? Atau hanya ada satu pihak dalam PAS, yang nak bertanding isu di Kota Damansara?" soal Arutchelvan.

'Isu Kota Damansara penting'

Balu Dhamendran mahu tindakan terhadap Ketua JSJ


 
Balu kepada N Dhamendran mahu tindakan diambil terhadap Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah kerana kenyataannya tentang kematian mendiang dalam tahanan polis.

NONEMarry Mariay Susay (kiri, bersari biru) merujuk kepada kenyataan Ku pada 22 Mei yang berbeza dengan laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, Ku dilaporkan mengaitkan kematian mendiang berpunca daripada sakit dada dan sesak nafas sedangkan pakar patologi mengatakan suaminya mati akibat dipukul dalam tahanan.

"Saya dan keluarga percaya kenyataan beliau dibuat dengan niat jahat untuk menutup kes pembunuhan suami saya," kata Marry dalam aduannya kepada Bukit Aman.

Beliau membuat aduan kepada urus setia integriti (tatatertib) Bukit Aman pagi tadi.

Laporan itu diterima ASP Ramia Kanabathi dari unit rekod pengaduan urus setia KPN tatatertib Bukit Aman.

Dhamendran ditemui mati dalam lokap pada 22 Mei lalu.

Anak muda dominasi Black505 Kelantan



 KETEREH: Paling ramai anak-anak muda yang memenuhi setiap ruang padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam malam tadi. Mereka tanpa mengira jantina memakai baju hitam.

Sepanjang jalan menuju ke padang produk baju Blackout505 digantung di bawah khemah bagi menunggu pelanggan. Suasana seperti pasar malam yang menawarkan pelbagai jenama bertulis Blackout 505.

Gadis-gadis juga tidak ketinggalan mengenakan lilitan kepala yang bertulis perkataan Blackout 505.

“Sama seperti di tempat-tempat lain apabila puluhan ribu hadir pada perhimpunan aman itu bagi membantah penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya umum baru-baru ini.

“Kalau kita tidak berusaha untuk mengubahnya selagi itulah kepincangan dalam pilihan raya terus berlaku,” kata anggota parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Najib Goyang: Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

Tengku Razaleigh: Telah mengatur mesyuarat di rumahnya, petik sumber. – Gambar failKUALA LUMPUR, 13 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

Blackout 505 Ketereh: P Patto's daughter thanks PAS over DAP logo issue

Rafizi: Saya akan terus dedahkan pelbagai isu

Rafizi RamliPERTAMA kali akan berada di Dewan Rakyat secara rasmi, pelbagai isu rakyat akan diperjuangkan demi memastikan cita- citanya untuk melaksanakan perubahan terhadap negara ini menjadi realiti.

Apabila diberikan mandat menjadi Ahli Parlimen Pandan, ia dijadikan tiket untuk terus mendampingi rakyat tanpa mengabaikan perjuangan politiknya dan menganggap membuat bising serta bermain angka adalah hobinya. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NORSHAHZURA MAT ZUKI dan JAMILAH HAMZAH serta juru foto, SAFWAN MANSOR bersama Pengarah Strategi PKR, RAFIZI RAMLI.


Apakah yang akan disumbangkan dalam Dewan Rakyat nanti?

Saya akan mendapatkan lebih banyak maklumat yang mungkin selama ini tidak diketahui umum. Saya banyak menghabiskan masa dengan membuat analisa data dan maklumat ekonomi.

Ahli Parlimen kita mempunyai pelbagai latar belakang dan tidak ramai berminat dengan data dan angka yang banyak. Saya akan memberikan tumpuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak kerajaan supaya kita tafsir, terjemah dan analisa kemudian kita akan membawanya kepada rakyat.

Contohnya maklumat terbaru ialah mengenai pendapatan isi rumah rakyat yang terbaru  dan dibuat pada tahun 2012. Sehingga sekarang, kita tidak tahu apa- apa. Ia adalah perkara sulit yang tidak dibentangkan kepada rakyat sedangkan rakyat perlu tahu berapa sebenarnya purata pendapatan isi rumah Melayu dan perbezaan dengan bangsa lain.

Ini adalah contoh peranan yang boleh dimainkan dengan baik. Maklumat yang orang tidak berminat ini kita dapatkan supaya ia boleh dibawa kepada pengetahuan umum.


Adakah YB akan lebih banyak mendedahkan lebih banyak isu selepas ini dan apakah isu tersebut?

Isu yang akan dibawa ada dua jenis iaitu isu rapat atau hobi kita. Antaranya ialah perkara yang telah dibawa iaitu turun harga kereta, pendidikan, masalah melibatkan orang muda dan pengumuman terbaru untuk tidak memberikan jaminan pekerjaan kepada siswazah perguruan.

Banyak rakyat datang tanya dan meminta pertolongan kita serta memberikan maklumat kepada kita. Itu pun isu yang akan dilihat dan saya akan membawanya dari semasa ke semasa. Ketika ini saya didatangi banyak pemandu teksi yang mengemukakan dua isu.

Pertamanya ialah mengenai janji permit peribadi tetapi ia tidak peribadi. Apa yang dijanjikan ialah permit peribadi tetapi apa yang perlu lakukan ialah memohon dan kena membeli kereta jenis proton Exora.

Permit sah hanya tujuh tahun. Ini bermakna mereka perlu membayar lebih daripada sekarang dan perlu bertukar kereta setiap tujuh tahun. Keduanya, pada tahun 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai rebat pemandu teksi tukar kereta baru supaya banyak kereta baru.

Bagaimanapun rebat itu belum dibayar, sepatutnya dibayar 2012. Dari semasa ke semasa, pada sidang baru nanti, selain isu biasa yang dibawa secara peribadi, apa yang di bawa oleh rakyat kita kena bawa.

Saya juga akan menumpukan perhatian kepada isu ekonomi, soal pendapatan rakyat, jurang miskin kaya dan isu yang wang 1Malaysia iaitu  sebanyak RM7 bilion diletakkan di luar negara sedangkan ia dipinjam dari dalam negara tetapi dipindahkan ke luar negara. Tata kelola dan urus tadbir yang baik. Saya juga akan membawa isu SPR dan dakwat kekal.


Adakah YB yakin, petisyen yang dikemukakan PR mampu mengubah keputusan PRU13?

Ia bergantung kepada keputusan mahkamah, tidak boleh baca bagaimana hakim akan menangani dan mengadili petisyen- petisyen ini. Saya perlu bersandarkan kepada rekod petisyen lepas iaitu hanya satu peratus sahaja peluang di bicarakan.

PKR Dedah Video Zahid Hamidi Langgar Akta Pilihan Raya


PETALING JAYA 12 JUN : PKR hari ini mendedahkan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Bagan Datok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata daripada video itu, dua petisyen difailkan secara berasingan untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi  kerusi itu sebagai tidak sah.
rafizi-vs-zahidPetisyen berasingan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pagi tadi oleh bekas calon parlimen Bagan Datok, Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman.
Hadir sama Mahdi dan peguam bela , Edmund Bon Tai Soon.
Mereka turut menyiarkan tiga video yang berkaitan  Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam video terbabit, pada 19 April menunjukkan bukti bahawa responden secara tidak langsung melalui seseorang, S.Ramalingam memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras satu kilogram (KG) dengan logo cetakan Barisan Nasional kepada 1,000 orang yang hadir di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang.
Manakala dua video lain Zahid mengakui melantik dan mengambil 24,000 orang jentera dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras.
Rafizi mendakwa bagi kesalahan-kesalahan itu, responden (Zahid) dikatakan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 21 (1), Seksyen 21 (2) Bahagian IV atas pengambilan kerja dan Seksyen 10 (a) bahagian III serta Seksyen 32 (c) atas kesalahan menyogok dan rasuah.
” Video yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa responden melanggar kesalahan pilihan raya.
“Zahid merasakan beliau pandai kononnya mengatakan memberikan duit kepada jentera, walhal undi yang beliau dapat hanya 17,000, maknanya 7,000 undi lagi menunjukkan jenteranya tidak mengundi beliau,” sindir Rafizi.