Rabu, 12 Jun 2013

PKR fail petisyen kerusi parlimen Pasir Gudang, Tebrau

Dua calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memfailkan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau untuk mengisytiharkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kedua-dua kerusi itu sebagai tidak sah.

Dr Ahmad Faidhi Saidi dan Choong Shiau Yoon memfailkan petisyen mereka melalui peguam Tan Poh Lai dan diserahkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Johor Baharu kira-kira pukul 9.30 pagi.

Pada pilihan raya umum berkenaan, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Gudang Normala Abdul Samad mengalahkan Dr Ahmad Faidhi dengan majoriti 935 undi manakala calon BN Parlimen Tebrau Khoo Soo Seang menewaskan Choong dengan majoriti 1,767 undi.

Kedua-dua pempetisyen itu menamakan Normala dan Khoo, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pasir Gudang dan Tebrau serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

-Bernama

Bagaimana kes Altantuya 'ditangani'?

Wanita PKR menuntut Menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Abdul Karim menjelaskan maksudnya apabila berkata kes kematian warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah ditangani.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin mendakwa, seperti semua orang tahu, pihak yang terlibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Najib sudah beberapa itu kali menafikan dakwaan itu sebelum ini.

Dalam sidang media hari ini, Zuraida turut mendakwa, Rohani sebenarnya mengetepikan kebimbangan delegasi Mongolia yang ditimbulkan dalam persidangan wanita di Kuala Lumpur minggu lalu.

Rohani semalam enggan mengulas apabila ditanya mengenai memorandum delegasi Mongolia yang menuntut jawapan berhubung kes kematian Altantuya.

Rohani dalam satu sidang media semalam berkata, delegasi Mongolia itu tidak mengemukakan memorandum tersebut kepadanya dan kes itu juga kini telah ditangani.

Utusan Malaysia lepaskan geram,, Muhyiddin juga yang beruntung!

Apakah perkara-perkara yang duk berlaku ini akan menamatkan karieer Najib sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri Malaysia...




POLITIK

CEO CIMB dipersoal sokong Azran

KUALA LUMPUR 11 Jun - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mempersoal tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak yang memuji sikap CEO AirAsia X, Azran Osman-Rani melabel akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis.
Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu.
Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka.
“Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti Kacang Lupakan Kulit’.

Apakah benar pegawai SPRM kes Beng Hock kini di EAIC?

KUALA LUMPUR: Apakah benar satu-satu pegawai penyiasat yang dimiliki oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) adalah Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai SPRM yang menebual Teoh Beng Hock sebelum kematiannya?


(Apakah benar satu-satunya pegawai penyiasat EAIC adalah pegawai SPRM yang menyiasat Beng Hock sebelum dia mati kini menjadi tandatanya)

Inilah isu yang sangat panas sekarang perhatian ditumpukan kepada EAIC yang telah menubuhkan pasukan petugas (task force) untuk menjalankan kajian semula mengenai Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) agensi-agensi penguatkuasaan yang telah mengakibatkan kadar kematian dalam tahanan yang semakin meningkat.

Pada masa yang sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa EAIC akan membuka siasatan ke atas kes N Dharmendran yang, mengikut laporan post-mortem, telah dipukul sehingga mati semasa dalam tahanan polis.

Sehingga kini, sudah berlaku sembilan kes kematian dalam tahanan pada tahun ini, dengan empat kes dalam tempoh dua minggu yang lepas termasuk kematian N Dharmendran.

Pasukan petugas EAIC yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian-kematian dalam tahanan, merangkumi enam orang pegawai EAIC, iaitu pengerusi Datuk Heliliah Mohd Yusof, pesuruhjaya Datuk Seri Robert Jacob Ridu, setiausaha Ahmad Razif Mohd Sidek, pengarah Foo Hui Yi, penasihat undang-undang Eda Mazuin Abdul Rahman dan pegawai penyiasat tunggal EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim.

Kes Dhamendran: 'Siarkan foto polis ke-4 yang diburu'


 
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menggesa polis menyiarkan gambar dan nama polis yang keempat yang sepatutnya didakwa di mahkamah dalam kes kematian N Dhamendran.

Menurutnya, tindakan itu akan membolehkan orang ramai membantu tugas polis menangkap suspek kerana dia kini juga berada dalam senarai orang yang dikehendaki polis.

"Semalam dalam akhbar Oriental Daily dilaporkan, polis di Shah Alam mengadakan sidang media bagi mendedahkan gambar, nama, dan alamat tiga nama suspek satu kes bunuh.

"Jadi saya gesa polis buat perkara yang sama dalam (kes) N Dhamendran, iaitu pertama, papar foto pegawai polis tersebut di dalam semua akhbar.

"Kedua, gambar, nama, dan alamat inspektor itu dipamer di semua balai polis di Malaysia kerana dia kini adalah orang dikehendaki polis," katanya selepas membuat laporan polis bagi menggesa perkara yang sama di Jinjang pagi tadi.
Pada 5 Jun lalu tiga anggota polis, seorang berpangkat sarjan dan dua lagi berpangkat koperal, bersama seorang lagi yang masih lagi bebas dituduh membunuh N Dhamendran yang ditemui mati di dalam lokap pada 21 Mei.

Sementara Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula dilapor berkata polis sedang memburu seorang pegawai polis yang menghilangkan diri selepas disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Ku Li resurfacing to lead ‘third force’?

Insiders claim that some of BN's Sabah and Sarawak MPs who are in Kuala Lumpur wanted to explore "possibilities" of a positive change for both East and West Malaysia's politrical landscape.

KOTA KINABALU: The alleged recent meeting between several MPs from East Malaysia and Umno veteran leader Tengku Razaleigh Hamzah has rekindled rumours of uncertainity  within Umno in Peninsular Malaysia is still fluid.
Old speculations about Ku Li and a ‘third force’ have resurfaced.
The thinking here is that  if at least 25 MPs from Barisan Nasional in Sabah and Sarawak leave the ruling party and teamed up with say 10 disgruntled BN MPs from Peninsular, they would be able to change the political equation.
The grapevine in Kota Kinabalu and Kuching are tossing up probabilities that “change” could happen in the next few days.
Political blogs and news portals have picked up on these rumours and riding on the alleged meeting between Ku Li and the MPs from Sabah and Sarawak, are spewing fresh scenarios.
Insiders claiming to be in the know said that some Sabah and Sarawak BN MPs who are already in Kuala Lumpur wanted to explore “possibilities” of an alternative plan that would have a positive change for both East and West Malaysia’s landscape.
“They are mulling the idea of getting Ku Li as Prime Minister for at least two years and see if he could unite the nation, minus Umno, but without succumbing to Anwarism .

Perkasa hanya pengampu sahaja - Anwar

(Setelah mogok lapar, akhirnya Waythamoorthy dapat jadi timbalan menteri, namun di mana suara Perkasa?)


KANGAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pergerakan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pemuda Umno hanya pengampu sahaja tetapi tidak berani bersuara apabila suara mereka diperlukan.

"Puak-puak ni semuanya penipu saja bila bercakap tentang bangsa, yang jelasnya nereka ni hanya pegampu," katanya kepada sekitar 7000 orang ramai yang hadir ke program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam tadi yang diadakan di dataran kompleks perniagaan Kampung Bakau dekat sini.

Beliau mengulas tindakan mereka yang senyap sepi walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik wakil Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai salah seorang timbalan menteri di jabatan Perdana Menteri.

"Waythamoorthy ni perlembagaan negarapun dia bantah, tapi Najib angkat dia menjadi (timbalan) menteri, ada suara pemuda Umno atau Perkasa membantah?" tanya Anwar.

Jambatan runtuh: PM hanya bermain tweet saja..tidak turun padang...!!


BAYAN BARU: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin kesal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum menjejakkan kaki meninjau sendiri keruntuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang berdekatan Batu Maung beberapa hari lalu sebaliknya sekadar 'bermain tweet' sahaja, itupun hanya sekali sahaja.

Sikap yang ditunjukanya jelas, bukti ketidak perhatinan orang nombor satu negara terhadap petaka yang berlaku hasil 'hadiah' Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Pulau Pinang.

"PM sampai sekarang tidak turun lagi melihat sendiri keruntuhan penyambung Jambatan Pulau Pinang walaupun sudah berlaku beberapa hari.  Beliau hanya bertweet dalam tweeternya sahaja dengan perkataan 'authority will investigate tragic insident on penang bridge, let’s focus on rescue effort and pray for victims and their families', tegasnya.

Begitu juga Menteri Kerjaya, Datuk Fadilah Yusof serta Pengerusi Panel Penasihat Projek Persekutuan di bawah ICU, Teng Chang Yeow langsung tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Bekas menteri Umno sertai kecaman terhadap adik Najib kerana bela CEO AirAsia X

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin, hari ini menyertai kecaman terhadap adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak kerana membela Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana mengkritik pendirian rasis akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia.
Dua hari lalu Nazir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Bank Berhad memuji Azran kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disukai ramai orang.
Azran diserang hebat oleh Utusan Malaysia dan pertubuhan Melayu berhaluan kanan sebelum ini selepas mengkritik akhbar milik Umno itu melalui akaun twitternya @azranosmanrani.
“Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka Barisan Nasional akan mendapat sokongan orang Cina,” tulis Zainuddin dalam kolumnya di Utusan Malaysia hari ini bertajuk “Korporat galak sikap dan amalan anarkis”.
“Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Najib dan Umno,” tambah beliau lagi.
Menurut bekas menteri penerangan di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu, Nazir seolah-oleh merestui tindakan anarkis sesetengah tokoh korporat.
“Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu, maka bererti beliau merestukan amalan sikap anarkis CEO atau Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dalam badan-badan korporat atau syarikat besar.
“Tentulah semangat Azran bertambah tinggi dengan sokongan Nazir, adik kepada Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Umno,” katanya.
Ketika melancarkan prospektus AirAsia X kelmarin adik kepada Najib itu dilaporkan berkata oleh media,” sesetengah orang mungkin memikirkan Azran melampau dalam kata-katanya tetapi apakah yang dapat kita harapkan apabila kita mempunyai seorang pengerusi seperti (Tan Sri) Rafidah Aziz”.
Zainuddin (gambar) yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia itu menyatakan tidak faham mengapa Nazir menganggap Azran sebagai pemimpin yang lantang dan berterus terang.
“Saya tidak tahu dalam soal apakah yang dimaksudkan oleh Nazir sebagai sikap terus terang Azran.
“Adakah tanggapannya Utusan sebagai akhbar rasis kerana menyiarkan berita ‘Apa Lagi Orang Cina Mahu’ atau ugutannya untuk menarik iklan AirAsia daripada Utusan Malaysia,” katanya.
Semalam pertubuhan bukan kerajaan Gabungan NGO Islam menyelar Nazir ekoran sokongannya terhadap Azran.
“Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti kacang lupakan kulit'.
“Justeru kami ingin sarankan agar Nazir dan Azran bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka,” kata Dzulkarnain Taib mewakili gabungan pertubuhan tersebut semalam.

30 WARTAWAN, EDITOR TINGGALKAN THE MALAYSIAN INSIDER....MENGAPA, SAPA KENA BELI?



SHAH ALAM: Pasangan adik beradik Leslie Lau dan Joan Lau akan mengetuai sekumpulan 30 kakitangan meninggalkan portal berita The Malaysian Insider (TMI) untuk menyertai Trinity Diligence Sdn Bhd, yang telah diberi kontrak bagi menguruskan portal The Malay Mail Online.
Menariknya, akhbar The Malay Mail juga mempunyai perjanjian perkongsian kandungan dengan satu lagi portal berita - Malaysiakini.

"Pasukan cetak dan pasukan online (The Malay Mail) akan diuruskan secara berasingan dan pasukan Insider yang akan datang tidak akan memberi kesan kepada perkongsian yang diadakan denganMalaysiakini," kata seorang sumber.

Menurut sumber, penyumbang dana TMI tidak berpuas hati dengan sidang redaksi portal itu yang dikatakan banyak menyimpang daripada apa yang dihajatkan mereka, terutamanya berhubung liputan sepanjang kempen pilihan raya 5 Mei lalu.

Sumber yang lain juga memberitahu Antarapos bahawa minggu ini adalah minggu terakhir bagi kumpulan yang akan ke Malay Mail itu.

Difahamkan hanya Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq tidak akan meninggalkan syarikat itu dan beliau ditugaskan meneruskan penerbitan dengan membawa masuk kakitangan baru. Penyumbang sedia ada juga akan terus menyuntik dana.

TMI dimulakan pada Disember 2007 oleh sekumpulan ahli perniagaan dan wartawan yang rapat dengan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengimbangi pengaruhMalaysiakini, yang disifatkan sebagai tidak mesra dengan Barisan Nasional (BN).

Tetapi selepas Abdullah dipaksa melepaskan jawatannya pada tahun 2009, kumpulan itu menghentikan dananya. Namun pihak pengurusan tertinggi TMI berjaya memujuk seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang rapat dengan kerajaan BN.

Akhbar The Malay Mail dimiliki oleh Datuk Siew Ka Wei melalui syarikat senarai awam Ancom Bhd yang memiliki Kumpulan Redberry.

Adalah difahamkan ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan syarikat insurans am Pacific & Orient Bhd, Chan Thye Seng, yang mempunyai kepentingan 18 peratus dalam Ancom menjadi orang tengah yang memujuk kakitangan TMI untuk meninggalkan portal mereka.

Siew juga dikatakan telah berjaya memujuk Editor Eksekutif The Star, Datuk Wong Sai Wan, untuk menjadi Pengarah Projek Khas untuk Kumpulan Redberry. Selain itu, seorang lagi pengarang kanan Datuk Syed Nadzri Syed Harun dari The News Straits Times Press juga dilaporkan akan menyertai mereka.

PERSEMPADANAN: KERAJAAN PERPADUAN BAKAL MENJADI KENYATAAN..!!!

Dalam penggal ini BN sangat sangat memerlukan 2/3 majoriti dalam parlimen kerana untuk melulusakan persempadanan semula BN memerlukan sokongan 2/3 ahli. Persempadanan semula kawasan pilihanraya ini amat penting demi survival politk BN dalam PRU akan datang.

Di lihat kembali dari segi sepanjang sejarah PRU, BN akan menang besar setiap kali ada persempadanan semula dan akan kembali merosot pada PRU yang berikutnya. BN menang besar dalam PRU 2004 kerana persempadanan semula yang meyempitkan kawasan kawasan pengundi melayu dan menambah luaskan kawasan kawasan yang mempunyai ramai pengundi bukan melayu kerana pada ketika itu sokongan pengundi bukan melayu majoritinya ada kepada BN.

Namun dalam PRU 2008 taktik ini telah memakan diri mereka apabila pengundi bukan melayu beralih arah dengan mengundi pembangkang yang ketika itu masih belum wujud Pakatan Rakyat. Kesepakatan parti2 pembangkang pada ketika itu hanyalah dalam bentuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

Sepatutnya dalam PRU 2013 BN sudah bisa kembali mengulangi pencapaian setiap kali berselang PRU iaitu selepas 2008 namun akibat kegagalan SPR untuk mengemukakan kawasan persempadanan baru di perlimen kerana tahu mustahil akan di persetujui oleh 2/3 ahli maka natijahnya BN terus mengalami kemerosotan dalam keputusan pilihanraya.

Nasib pelajar cemerlang di Malaysia..!!!


Nasib pelajar cemerlang
Shu Chi menunjukkan slip SPM miliknya yang menunjukkan keputusan cemerlang dan melayakkannya untuk mendapat tempat di IPT.
 
SITIAWAN - Seorang pelajar yang mendapat keputusan 11 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu mendakwa dirinya tidak mendapat sebarang tawaran mana-mana institusi pengajian tinggi  (IPT) awam dan biasiswa.

Tan Shu Chi, 18, berkata, dia adalah pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, Sitiawan dalam SPM 2012.

Menurutnya,  dia mendapat keputusan 8A +, 2A dan 1A- dan melayakkan dirinya untuk menjadi pelajar terbaik di sekolah.

“Namun apa yang menyedihkan, sehingga sekarang saya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada mana-mana institusi untuk menyambung pelajaran ataupun biasiswa,” katanya.

Shu Chi berkata, dia  membuat permohonan untuk memasuki Matrikulasi dan juga biasiswa daripada pelbagai institusi.

“Saya telah memohon dengan JPA, Maybank, Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sebagainya untuk mendapatkan kemudahan biasiswa namun kesemuanya mendukacitakan.

“Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan rakan-rakan saya yang mendapat keputusan lebih rendah daripada saya mendapat pelbagai tawaran malahan mereka boleh membuat pilihan,” katanya.

Shu Chi yang meminati bidang perakaunan berkata, dia telah penat menunggu selama setengah tahun dan kini  terpaksa memilih untuk memasuki institusi swasta.

“Keluarga saya juga bukan datang dari golongan berada, tetapi saya terpaksa memilih untuk memasuki institusi swasta bagi melanjutkan pelajaran.

“Saya amat berharap jika ada pihak yang boleh mempertimbangkan perkara brkenaan dengan memberikan tawaran biasiswa kepada saya bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Program intipan AS mungkin jerat DAP

Kumpulan pembangkang di Asia, termasuk yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS), menyuarakan kebimbangan terhadap laporan bahawa Washington mungkin memantau dan dan mengumpul perbualan dan e-mel mereka.

NONESebahagian daripada kumpulan ini parti politik yang sah, manakala yang lain penentang yang diberi bantuan AS.

Tetapi terdapat kebimbangan data yang dikumpulan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) daripada gergasi web AS seperti Google Inc, Facebook Inc dan Yahoo inc suatu hati nanti boleh digunakan untuk menentang mereka.

"Kami berkongsi banyak data yang sensitif, data berkaitan pilihan raya menggunakan Google Docs," kata Ong Kian Ming, anggota Parlimen Malaysia daripada DAP.

"Ini tentulah sesuatu yang kita bimbang kerana kita tidak tahu pesanan apa yang dijejak dan kepada siapa pesanan itu akan diberikan."

Politik positif mampu bentuk peribadi...!!

Bagi tujuan itu, ibu bapa perlu memantau dan membimbing agar penglibatan anak mereka tidak terarah kepada politik jalanan. 

Oleh Erda Khursyiah Basir
KUALA LUMPUR: Penglibatan generasi muda dalam arena politik secara positif mampu menjana pemikiran dan membentuk peribadi mereka menjadi individu matang, demikian menurut penganalisis politik.
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata bagi tujuan itu, ibu bapa perlu memantau dan membimbing agar penglibatan anak mereka tidak terarah kepada politik jalanan.
Katanya ibu bapa mesti mempunyai sikap ambil tahu aktiviti yang dilakukan, di samping sentiasa mendidik anak dengan rasa tanggungjawab kepada negara serta tidak bersikap terlalu agresif ketika berpolitik.
“Sekiranya anak-anak masih tinggal bersama keluarga, ibu bapa perlu memantau dengan siapa mereka berkawan agar tidak dipengaruhi oleh individu tertentu termasuklah diperalatkan sehingga mereka terlibat dalam aliran politik berhaluan kiri.
“Pemantauan ibu bapa penting kerana anak-anak yang menyertai politik sepatutnya menjadi individu yang lebih matang kerana ‘nature’ orang politik perlu sentiasa peka dengan isu semasa di samping terlibat dengan pelbagai aktiviti membangunkan negara,” katanya kepada Bernama.
Mengenai peranan ibu bapa berhubung penglibatan mahasiswa dalam politik, Md Shukri berkata mereka tidak boleh bersikap lepas tangan dengan menyerahkan kepada pihak universiti untuk membentuk anak-anak menjadi modal insan berguna kepada negara.
Beliau berkata perasaan bebas daripada perhatian ibu bapa dengan persekitaran baharu bersama kawan-kawan apabila melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi, mendorong anak-anak membentuk idealisme sendiri, seolah-olah kehidupan baharu mereka lebih demokratik berbanding di rumah yang sering kali ditentukan ibu bapa.

Persempadanan: Tiada Ketelusan Dan Meragukan Selagi SPR Tidak Dirombak


 Mahfuz Omar
ALOR SETAR - Pas berpendirian selagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dirombak, ketelusan berhubung persempadanan semula yang ingin dilaksakan badan itu akan terus menimbulkan keraguan.

Mengakui persempadanan kawasan Parlimen dan Dun adalah satu keperluan, namun menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, ia harus diselarikan dengan rombakan jawatan tertinggi SPR dan berfungsi sebagai badan bebas.

Katanya, walaupun ia satu usaha yang baik namun pihaknya mahu meneliti pelaksanaannya sama ada benar-benar telus dan dibuat mengikut lunas demokrasi.

“Kena tunggu dan lihat cara ia dilaksanakan. Apa yang SPR akan kemukakan dalam mengendalikan proses  persempadanan semula. Saya tidak yakin ia akan dibuat secara telus selagi badan itu sendiri tidak dirombak sebagai badan bebas,” katanya.

Menurutnya, SPR harus diberi nafas baru dengan membuat rombakan dalam jawatan tertinggi selain disuntik formula baru bagi kaedah pelantikan untuk jawatan pengerusi dan timbalan Pengerusi.

Pakatan kekalkan tuntutan pemimpin SPR letak jawatan

sabu_kangarKANGAR 12 JUN: Pakatan Rakyat akan meneruskan tuntutan supaya kedua-dua pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran penipuan yang berlaku pada pilihan raya lalu, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Katanya, sekiranya tatacara pengurusan pihan raya di negara ini tidak diperbetulkan, parti yang mendapat undi minoriti akan terus memerintah dan parti yang memperolehi majoriti akan terus tertindas.
“Melihat kepada segala bentuk penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu, SPR bukan lagi bebas dan sudah menjadi kuda tugggangan. Kita mahu Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan,” katanya di hadapan kira-kira 7,000 hadirin di Dataran Kompleks Perniagaan di Kampung Bakau dekat sini pada  Himpunan Black 505 peringkat Perlis malam semalam.
Mat Sabu berkata, rakyat sudah sedar dengan segala penipuan yang dibuat dan mereka bangkit tanpa perlu diseru atau dihasut.
“Lihat saja himpunan (Black 505) di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, siapa yang hasut rakyat? 5 Mei hari mengundi, 6 Mei semua orang letih, 7 Mei barulah kita mula bercakap dan melalui SMS dan sebagainya, pada 8 Mei 200,000 orang hadir. Ertinya rakyat dengan sendirinya sedar belaku penipuan dalam pilihan raya.

"Suara Rakyat 505": 'Pulau angkat sumpah hanya terlepas pilih speaker'





 
Memulaukan majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen tidak menghilangkan jawatan anggota Parlimen, tetapi mereka hanya akan terlepas peluang memilih speaker Dewan Rakyat, jelas gabungan NGO "Suara Rakyat 505".

Kumpulan yang mendakwa berlakunya penipuan besar-besaran dalam pilihan raya umum lalu juga menegaskan, jika semua anggota parlimen Pakatan Rakyat hadir pun, BN hanya memerlukan majoriti mudah untuk melantik speaker.

"Untuk melantik Speaker Dewan hanya memerlukan majoriti mudah dan ini bermakna walau kesemua anggota Parlimen Pakatan hadir sekalipun, BN yang mempunyai majoriti mudah boleh saja terus melantik sesiapa yang mereka mahu," menurut soalan lazim yang dikeluarkan gabungan itu hari ini.

Berikut senarai soalan lazim yang diedarkan mereka bagi menjawab tujuh persoalan berhubung saranan pemulauan majlis angkat sumpah yang dibuat mereka sebelum ini.

Apakah tuntutan Suara Rakyat 505 kepada ahli-ahli Parlimen?

Suara Rakyat 505 menuntut ahli-ahli parlimen Pakatan untuk boikot/t idak menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun 2013.

Kenapa?

Pertama sekali, ia selari dengan kenyataan Pakatan. Pakatan telah menyebut sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang lalu kerana berlaku banyak penipuan. Dalam masa yang sama, lebih dari 35 kerusi yang telah dipetisyenkan . BERSIH juga tidak mengiktiraf BN sebagai kerajaan.

Kedua, untuk menarik perhatian media antarabangsa terhadap Malaysia. Upacara angkat sumpah selalu diberi perhatian meluas oleh media antarabangsa. Kita memerlukan liputan media ini untuk melawan arus media yang bias dan mengingatkan rakyat tentang penipuan pilihan raya.

Juga boleh baca kenyataan ini: PENJELASAN: DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Adakah MP yang memboikot upacara angkat sumpah akan hilang jawatan mereka sebagai wakil rakyat?

Tidak. Sememangnya tidak. Artikel 59, Klausa 2 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa , ahli-ahli parlimen mempunyai masa sehingga enam bulan untuk mengangkat sumpah sebelum kerusinya diisytiharkan kosong.

Parlimen standing order juga menuntut speaker untuk membantu MP mengangkat sumpah secepat mungkin jika mereka tidak menghadiri sesi pertama. Asasnya, jika mereka tidak hadir pada hari tersebut, hari seterusnya mereka masih boleh dibantu speaker untuk mengangkat sumpah.

Pada 11 Jun 2013, Naib Presiden PKR Surendran pernah menjelaskan perkara ini.

Apakah yang akan terjadi kepada anggota Parlimen Pakatan yang menyertai boikot?

Mereka akan terlepas dalam memilih speaker Dewan. Untuk melantik Speaker Dewan hanya memerlukan majoriti mudah dan ini bermakna walau kesemua anggota Parlimen Pakatan PR hadir sekalipun, BN yang mempunyai majoriti mudah boleh saja terus melantik sesiapa yang mereka mahu.

Tidakkah BN akan mencuba meluluskan apa-apa sahaja undang-undang dengan ketiadaan anggota Parlimen Pakatan?

Pasukan Khas Siasat SOP Tahanan Polis Tiada Faedah


SHAH ALAM, 12 JUN: Penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tahanan polis oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak membawa apa-apa faedah.
surendran speech mic 01Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren sebelum ini, terdapat penubuhan suruhanjaya menyiasat perkara sedemikian seperti kes kematian A Kugan pada 2009 selepas kemarahan rakyat namun tidak memberikan perubahan.
Sebaliknya kata Surendran desakan dan cadangan yang dikemukakan Pakatan Rakyat (PR) agar Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan adalah penting untuk dilaksanakan.
“Untuk kita ini adalah satu pasukan khas yang tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam menangani isu kematian dalam tahanan kita menyatakan IPCMC perlu ditubuhkan memandangkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.

MP Segambut buat laporan polis desak identiti suspek keempat kes Dhamendran didedah

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Satu laporan polis hari ini dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) DAP Lim Lip Eng bagi menggesa pihak polis mendedahkan identiti suspek anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan N. Dhamendran.
Lim mendesak pihak polis supaya memaparkan wajah dan nama suspek tersebut yang disyaki berpangkat inspektor di dalam semua akhbar dan media massa lain, selain meletak gambar suspek di semua balai polis seluruh negara.
“Seorang lagi suspek dalam kes Dharmendran masih bebas dan tidak dapat dicari,” kata Lim dalam satu sidang media selepas membuat laporan polis di balai polis Jinjang Utara di sini.
“Saya buat laporan polis hari ini supaya menggesa pihak berkuasa memaparkan gambar dan nama suspek dalam semua akhbar, selain mempamerkannya di semua balai polis seluruh negara.”
Menurut Lim lagi, gesaan tersebut  bukan sesuatu perkara yang sukar untuk dilakukan memandangkan pihak polis sentiasa melakukannya dalam memburu penjenayah lain, serta menyifatkan kegagalan bertindak sedemikian bukti pihak polis tidak telus dan adil dalam menjalankan tugas.
“Kalau gagal berbuat demikian, bermakna polis tidak telus dan adil dalam penyiasatan,” tambahnya lagi.

Himpunan 22 Jun kemuncak penolakan penipuan PRU – Anwar

anwar_kangarKANGAR 12 JUN: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu terutama selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal, namun penipuan terus berlaku.
Berucap pada Himpunan Black 505 peringkat Perlis, Anwar berkata, pada PRU 13, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Yang kita marah betul adalah kerana sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu,” katanya depan kira-kira 7,000 rakyat di Dataran Kompleks Perniagaan di Kampung Bakau, dekat sini malam semalam.
“Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa Parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam Parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak?
“Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkah kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini,” katanya lagi dipetik Harakah Daily.

Rakyat diseru bangkit lawan penipuan PRU di KL 22 Jun

SONY DSCSUNGAI PETANI 12 JUN: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyeru rakyat yang mahukan pembaharuan turun beramai-ramai ke Himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini bagi membantah  penipuan pilihan raya dan menuntut anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak berpeluang memenangi pilihan raya sekiranya masih tiada perubahan dalam sistem pengendalian pilihan raya yang dikendalikan SPR.
“Kita seru rakyat turun beramai-ramai. Kita juga menggesa pilihan raya diadakan semula di semua kawasan Parlimen dan DUN yang kita kenalpasti dan ada bukti berlaku penipuan,” katanya  depan 5,000 rakyat di Padang Awam, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, dalam Himpunan Black 505 peringkat Kedah malam tadi.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, Datuk Seri Najib Razak patut sedar beliau bukan Perdana Menteri sebenar bagi majoriti rakyat negara ini berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.

Persempadanan semula: Adilkah SPR ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Tahun ini SPR akan mempersempadankan semula kawasan pilihan raya yang tertangguh sejak tahun 2012. Tujuan persempadanan semula ini adalah untuk menambahkan bilangan kerusi parlimen dari 222 kepada satu angka baru. Namun, pertambahan kerusi ini sukar dilakukan kerana ia melibatkan pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan.


Tetapi jika sekadar hendak mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi, maka cukup sekadar sokongan majoriti mudah sahaja (Seksyen 9 Jadual 13). Persoalannya, apakah SPR hanya akan mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi baru atau akan membuat penambahan kerusi dari 222 kepada satu angka baru?

Jika SPR mahu mempersempadankan semula kawasan pilihan raya seperti tuntutan Perkara 113(2) Perlembagaan, sama ada dengan atau tanpa pertambahan kerusi, maka SPR perlu memberi perhatian kepada aspek berikut.

i. Sebelum pindaan tahun 1973, beza pengundi bagi setiap kawasan parlimen yang dibenarkan adalah 5% bagi kawasan bandar dan 15% antara kawasan bandar dan luar bandar. Selepas itu, perbezaan pengundi yang dibenarkan bagi setiap kawasan pilihan raya ialah sebanyak 33%. Pada hari ini, peruntukan tentang varian perbezaan yang dibenarkan ini sudah tidak ada lagi. Oleh sebab itulah, pada hari ini perbezaan antara kawasan Putrajaya 15,000 (terkecil) dan Kapar 150,000 (terbesar) ialah sehingga 900%. Ini menunjukkan satu pengundi di Putrajaya adalah bersamaan dengan 10 pengundi di Kapar. Perlukah SPR mengekalkan jurang perbezaan sebanyak ini?

Kalau hendak berubah, ia mesti perubahan secara ‘total’

Aspan Alias

12 JUN — Saya tidak dapat mengelak dari memerhati dan memberikan fokus kepada perkara yang saya mudah tertarik. Saya tertarik dengan isu transformasi yang pimpinan Umno sebut siang dan malam tanpa henti seolah-olah ia kedengaran begitu biasa seperti saya mendengar azan dari masjid yang berdekatan dengan rumah saya.
Setiap malam dan pagi istilah transformasi dan perubahan kita dengar dan ini jugalah isu yang sama kita dengari sejak dua tiga puluh tahun dahulu. Tetapi penekanan tentang transformasi ini lebih hebat sekali semasa Umno sedang duduk diatas hujung tanduk sekarang ini. Janji-janji transformasi itu tidak juga membawa apa-apa perbezaannya. Kenapa begitu? Tentu ramai yang boleh memberikan jawapannya mengikut penilaian dan perincian masing-masing.
Bagi saya tidak ada sesuatu yang kita tidak boleh ubah. Pertamanya kita mesti tahu apa yang perlu diubah dan yang keduanya untuk membaik-pulih itu mesti dilakukan oleh manusia pemimpin yang boleh melakukannya. Sebelum itu kerosakan yang hendak diperbaiki itu mestilah kerosakan yang masih boleh diubah. Jika kerosakan itu sudah terlalu teruk maka mungkin kah pembaik-pulihan itu akan dapat dilakukan?
Ramai tertunggu-tunggu janji-janji pucuk pimpinan Umno untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang lampau. Jika mereka (pemimpin) melakukan introspeksi yang serius mereka akan tahu sejauh mana kerosakan yang dialami dan setakat mana usaha untuk memulihkan keadaan itu boleh dilakukan. Tetapi bagi saya, kerosakan kepada Umno itu tidak boleh diperbaiki lagi tanpa “political will” yang kuat.
Sebabnya mudah. Jika kita ibaratkan sebagai sebuah kereta, Umno itu sudah tidak boleh diperbaiki hanya oleh mekanik biasa sahaja kerana kerosakannya melibatkan keseluruhan struktur kereta itu. Setakat mekanik tidak mencukupi untuk memperbaiki kereta yang usang itu.

‘Chinese tsunami’ and other Chinese stuff

Targeting the Chinese as some sort of rebellious voters is not the way forward for Najib's 'national reconciliation' plan and his claim of wanting to be a leader for all Malaysians

Selena Tay

Prime Minister Najib Tun Razak has been undiplomatic in his post-13th General Election remarks when he uttered the phrase ‘Chinese tsunami’. Since then, BN leaders have jumped on the bandwagon condemning the Chinese who have been singled out as opposition voters.
Evidence has been furnished that it is an urban tsunami and not a Chinese one and therefore the Prime Minister should make amends for his thoughtless remark. However, even if many Chinese voted for the opposition, there is nothing wrong in that. Are the opposition candidates not Malaysians?
In the general election of a democratic country, is one not allowed to vote for a candidate/party of one’s choice? If everyone is compelled to vote only for BN, then it is not democracy and Najib need not boast that Malaysia is a ‘model democracy’.
Besides the voting, the crowds at the Black 505 rallies have also been singled out for attack with some irresponsible BN leaders commenting that many in the crowd are Chinese. It is stupid to point to a portion of the crowd where there is a large group of Chinese friends at the rally and leaping to the conclusion that many in the crowd are Chinese. Have these irresponsible leaders attended the rallies? If they have, they should note that there are many participants of other races too.
Irresponsible media people have reported that the Bersih 3.0 Rally held on April 28 last year had many Chinese participants while the KL112 Rally held on Jan 12 this year had less Chinese participants. This obsession with the number of Chinese participants is certainly bordering on the neurotic.

Mahathir pelopor hina Agong - Tamrin


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu pelopor yang mengaibkan institusi beraja di negara ini, tegas Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu mempersoalkan mengapa Mahathir yang suatu masa dahulu melakukan tindakan berupa penghinaan ke atas sultan tidak pula dikatakan menderhaka.

Beliau membangkitkan kisah Mahathir “membelasah” institusi beraja ekoran muncul semula isu Kerajaan Umno-BN yang galak mengaitkan kenyataan beberapa orang awam di laman sosial sebagai kononnya menderhaka kepada sultan atau Yang di-Pertuan Agong.

Dakwat kekal: Rakyat ditipu hidup-hidup


KANGAR: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13)  yang lalu terutamanya selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal tetapi penipuan terus berlaku.

Berucap pada program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, beliau berkata pada PRU13 yang lalu, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Yang kita marah betul kali ini bukan apa, sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak sejak tahun 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita adalah tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu.

"Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak?

"Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkan kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini.

PAS kekalkan tuntutan pemimpin SPR berundur



(Mohamad Sabu berucap di himpunan Black 505 Kangar)

KANGAR: Sekiranya tatacara pengurusan pihan raya di negara ini tidak diperbetulkan, parti yang mendapat undi minoriti akan terus memerintah dan parti yang memperolehi majoriti akan terus tertindas kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Berucap dalam himpunan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, bersama-sama dengan sokongan padu suara rakyat beliau sekali lagi mempertegaskan bahawa kedua-dua penjawat tertinggi di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meletakkan jawatan.

"Melihat kepada segala bentuk penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu, SPR bukan lagi bebas dan sudah menjadi kuda tugggangan, kita mahu Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan," ujarnya di hadapan kira-kira 7000 orang yang hadir membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini.

Menurutnya lagi, rakyat sudah sedar dengan segala penipuan yang dibuat dan mereka bangkit tanpa perlu diseru atau dihasut.

"Lihat saja himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, siapa yang hasut rakyat? 5 Mei hari mengundi, 6 Mei semua orang letih, 7 Mei barulah kita mula bercakap dan melalui SMS dan sebagainya, pada 8 Mei 200 ribu orang hadir. Ertinya rakyat dengan sendirinya sedar belaku penipuan dalam pilihan raya.

KANTOI: PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG YANG RUNTUH DIBAWAH KAWAL SELIA KERAJAAN NEGERI PR PULAU PINANG?

KESEMUA LIMA PEMBANTU POLITIK NAJIB YANG TUMPAS PADA PRU 13 YANG LALU DIGUGURKAN!

BARU LU TAU....HABIS MADU..LU KENA TENDANG BEB...!!!

KANTOI: VOLKSWAGEN MALAYSIA MENGESAHKAN HARGA VOLKSWAGEN GOLF SEJAK DULU LAGI BERHARGA RM157,888.00 TIDAK PERNAH DIJUAL DENGAN HARGA RM169,888.00!

Pergh!!!! Akhirnya kebenaran terbongkar jua...Jelas sekali laporan muka depan akhbar lidah biawak rasmi UMNO Utusan didapati menipu dalam pemberitaan kononnya harga kereta Volkswagen Golf telah turun sebanyak 7.1% dari RM169,888.00 ke harga RM157,888.00 sebagai memenuhi janji Aku Janji BN yang mau menurunkan harga kereta secara beransur-ansur sehingga tahun 2017.

Yang buat kenyataan rasmi ini ialah Volkswagen Malaysia pengedar rasmi kereta-kereta volkswagen dinegara ini.

Pelik bin hairan.. Mengapa sampai ketahap begitu sekali Utusan sanggup menipu rakyat.. rakyat yang ditipunya bukan saja yang tidak menyokong UMNO/BN pada PRU 13 yang lalu tetapi juga para pendokong dan penyokong tegar UMNO jua.

Nah!!!!  Sekarang mana nak letak muka!!!!!..Oppss.. terlupalah pula.. Utusan mana tahu malu dan ada kulit muka.

Tertekan: PM akan singkirkan lima pembantu yang kalah PRU13


KUALA LUMPUR, 12 Jun – Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.
Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.
Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib (gambar) kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.
BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno, tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008.

UAI antara alasan BN fail petisyen

UAI antara alasan BN fail petisyen
Antara kata-kata kempen Ustaz Azhar Idrus di poster yang didakwa BN mempengaruhi daripada segi kerohanian dan agama.
 
KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan.

“Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

Blackout 505: Ucapan Anwar di Sg Petani Kedah

QA - Reclaim Your Heart KL - Yasmin Mogahed

Ahmadiyah PENGKHIANAT Persaudaraan Umat Islam - Sheikh Ahmad Deedat

Turkish police move in to clear Taksim Square

Please Help Us, We Are 16 And 14

Ucapan Zairil Khir Johari di Sg Petani Black 505

Watch out for 22nd, 23rd and 24th key dates - Dtk Johari Abdul

Ketibaan Anwar Ibrahim ke Sg Petani Black 505

Blackout 505 Sg Petani: Hujan tiba-tiba menyebabkan kelam kabut....

VINTAGE Mat Sabu: Mocks Umno at Sg Petani Black 505