Selasa, 11 Jun 2013

Wakil PAS bawa isu rakyat ke sidang Dun

Kuliah Maghrib oleh Ustaz Budak (Shamsul Zaman Sukri)

Kuliah Isra' Miraj Oleh Al-Fadhil Ustaz Fadhli Shaari

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Keturunan Rasulullah SAW

GMI Desak Semua Tahanan ISA Dibebaskan

anti-isa
SHAH ALAM 11 JUN : Kerajaan digesa membebaskan kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mewujudkan Suruhanjaya Rekonsiliasi bagi menyiasat semua salah laku di bawah ISA dengan mengheret individu terlibat ke muka pengadilan.
Penyelaras Suaram, Sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Shukri Razab berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi tidak wajar meneruskan kegagalan yang lama kerana tidak wujud istilah terlambat untuk membetulkan segala kesalahan yang berlaku.
Katanya pada 22 Jun ini, genap setahun ISA dimansuhkan secara rasminya dan serentak dengan itu pewartaan Akta Kesalahan Kesalamatan (Langkah-langkah Khas 2012) atau dikenali SOSMA.
“SOSMA dikuatkuasakan dalam keadaan Kerajaan masih belum memperbetulkan segala kesilapan sepanjang ISA digunakan,” kata beliau dalam kenyataan medianya.
Jelas beliau, seramai 15 orang tahanan ISA masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting, daripada jumlah itu, lapan orang merupakan warga tempatan, tiga – Sri Lanka, tiga – Filipina dan seorang Indonesia.

Bicara semula boleh kesan pembunuh sebenar Altantuya

LatheefaKUALA LUMPUR 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata Pengarah Guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilan Daily.
Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat sumpah jawatan).
“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi.
azilah sirulSemalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kes beliau membunuh Altantuya.
Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.
Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.
Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Government of mobs, by mobs and for mobs

Malays will do better if they abandon UMNO. This isn’t UMNO of the early years before Mahathir came. Mahathir described UMNO correctly when he says; UMNO is full of leaders who are interested in feathering their own nest and that of family and friends. It’s not like Malays are going to drop dead when they stop supporting UMNO.
The first thing they must do is to shake off that mental bondage. It’s liberating.
Malays take up the top posts in the country.  That’s already provided for in the constitution.  Your numerical strength will ensure that anyway. In states where Malays are majority, your position is guaranteed. But in places where you are a minority, such as in Sabah and Sarawak, why should Malays insist they must be top leaders? The majority in Sarawak are the ibans and dayaks and since they are also bumiputeras, top leadership in that state should be given to them. In Sabah, if the non-Malay bumi are in the majority they deserve to helm the state.
But where does it say, these leaders must come from UMNO or that Malays are prevented from choosing the more talented Malays? The Malays in UMNO for example- why must their choice be limited to just Najib, Muhyidin or the current crop of top leadership? UMNO is an important political factor in the country indeed. But Malays need not tie their destiny with UMNO. It’s just another political party whose quality is as good as the quality of its leadership.

Kita Tunggu Tsunami Ketiga Pulak??

Banyak media melaporkan keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami kaum Cina. Ini kerana ramai orang Cina mengundi DAP. Saya berbeza pandangan dengan kenyataan di atas.
Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat--dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.

Mereka bangkit kerana mahukan pendemokrasian diberikan ruang sewajarnya untuk mengambil tempat dalam negara kita.
Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita.

Bag Peti Undi Di Jumpai Di Belakang Hotel ??

Pecah Berita : Peti Undi Di Jumpai??

Pada pagi 10hb June 2013 seorang bekas guru besar Cornalius Gugkang terjumpa bag peti undi SPR di belakang Hotel Pedana Lawas Sarawak.

Selepas beberapa minit bag peti undi hilang dari tempat tersebut.

Encik Cornalius telah menghubungi office PKR dan DAP di Lawas dan telah memaklumkan perkara ini. Beliau juga akan membuat satu laporan Polis di balai Polis Lawas mengenai insident tersebut.

Pandai Sungguh Bag Peti Undi Membawa Diri....Peti Undi Berjalan Atau Berlari Tak Dapat Di Pastikan Lagi..Kita Tunggu Laporan Polis..Ye
FB Kedahkini.

Wan Ahmad hasut rakyat kumpul bukti - pengundi


KUALA LUMPUR: Seorang pengundi, Mohd Azlan Sharif ke balai polis sekali lagi bagi membuat laporan, kali ini beliau mendakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar menghasut rakyat mengumpul bukti.

Bagi beliau yang membuat laporan polis yang ke 8 hari ini, menghasut menyuruh rakyat mengambil bukti adalah menyuruh rakyat melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukannya yang sekaligus membawa maksud menyuruh rakyat melakukan sesuatu yang melanggar undang undang.

Dan ini bukan kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh beliau, SPR dan media, katanya.

"Saya membuat repot polis ini supaya pihak polis boleh menyiasat dan mengambil tindakan undang undang terhadap Datuk Wan Ahmad Wan Omar, SPR, Berita Harian dan Haspaizi Mohd Zain.

"Ini agar hasutan sedemikian tidak dikeluarkan atau disiarkan lagi oleh mana mana pihak," kata Azlan dalam laporan polisnya.

Beliau membuat repot polis merujuk kepada apa yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 11 Jun 2013 di muka surat 17 oleh Haspaizi Mohd Zain dengan tajuk ‘tak puas hati, fail petisyen’.

Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam berita itu berkata:

“Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, kumpul bukti dan failkan petisyen. Tempoh untuk memfailkan petisyen akan berakhir esok(12 Jun 2013) iaitu 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan SPR pada 22 Mei lalu."

Kurangkan protokol dan jangan boros

Oleh A Kadir Jasin
Memang saya tidak bercadang untuk menulis mengenai politik buat sementara waktu kerana menghormati cadangan kartunis Lat seperti yang saya nyatakan dalam rencana sebelum ini. 
 Tetapi beberapa komen dalam posting berkenaan dan satu cerita tidak masuk akal yang saya dengar, saya terpaksa kembali menyentuh mengenai politik

Saya sekali lagi mohon para pembahas agar berhati-hati dan tepat apabila memetik daripada al-Quran atau Hadis. Saya tidak akan menyekat sesiapa pun memetik dan merujuk kepada al-Quran dan Hadis, tetapi saya sendiri bukanlah pakar jadi saya amat bergantung kepada pihak yang membuat petikan atau rujukan.
Pembahas “raja2u” pula, antara lain menulis: “Kita hendaklah berlapang dada dengan orang politik. Mereka ada lesen besar untuk buat apa sahaja.”
Saya mohon tidak setuju. Malah saya anggap pendirian seperti itu salah dan menjadi punca mengapa orang politik kita berasa mereka ada lesen besar untuk berbuat apa sahaja. Sebaliknya kita wajib mengingatkan mereka bahawa mereka tertakluk kepada undang-undang dan “lesen besar” mereka itu adalah milik pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata keseluruhannya.
Marilah kita membuat ketetapan bahawa kita akan menegur dan mengkritik para Yang Berhormat kita sekiranya apa yang mereka lakukan menyalahi undang-undang, membazir dan merugikan rakyat jelata.
Kita kurangkan protokol dalam perhubungan kita dengan mereka dan tidak membazirkan wang serta waktu menyambut dan menjamu mereka.
Anggota Kabinet dan timbalan menteri, khususnya yang baru dilantik janganlah fikir pejabat baru, kereta baru dan peruntukan baru. Tidak perlulah “bersetuju” dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) kalau mereka bercadang membelanjakan berpuluh-puluh juta ringgit mengubah suai dan memperbaiki pejabat serta kediaman rasmi. Saya terkejut mendengar daripada “mulut kuda” sendiri bahawa pengubahsuaian dan kerja-kerja membaiki dua kediaman rasmi pembesar negara memakan belanja lebih RM40 juta. Kalau benarlah berita ini, nyatalah telah berlaku pembaziran, pemborosan dan kemewahan yang melampau.

Beri peranan anak muda membina bangsa

Oleh Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin
Sejak PRU13 berakhir, begitu banyak rasa tidak puas hati diluahkan. Ada yang melalui tulisan, di dalam temuramah atau yang lebih popular melalui demonstrasi. 

 Kebanyakan yang terlibat dalam demonstrasi itu pula adalah anak muda. Oleh sebab itu banyaklah yang mengkritik anak muda terlampau mengikut emosi dan tidak matang.  Dalam pilihanraya kali ini kita lihat partisipasi anak muda sangat tinggi. Mereka bukan sekadar menjadi pengundi malah terlibat juga dalam kempen. Pada hemat kami, ini adalah satu perkara yang sangat positif dan perlu diberi pujian.
 Ini menunjukkan bahawa anak muda mahu dilibatkan bersama dalam perancangan dan pelaksanaan polisi negara. Apatah lagi banyak dasar-dasar yang diputuskan memberi kesan langsung dalam kehidupan mereka seperti ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
 Memang tidak dinafikan ada sesetengah anak muda mungkin meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara tidak betul. Malah ada yang terlalu radikal sehingga membawa kepada penangkapan.
 Tindakan ini kami fikir tidaklah membawa keuntungan kepada sesiapa malah menambah rasa tidak percaya kepada pihak berkuasa.
 Anak muda akan sentiasa mengikut emosi, tinggal lagi pihak yang lebih berpengalaman perlu memberi ruang kepada mereka untuk menyalurkan tenaga anak muda ini ke jalan yang betul.
 Di sinilah peranan NGO-NGO belia untuk membimbing dan memastikan perjuangan anak muda sentiasa mengikut lunas undang-undang dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kuasa anak muda yang tidak terkawal hanya menyebabkan kekacauan yang berpanjangan.

Mentakwil titah atau menghina raja

Oleh Subky Latif
 TIADA siapa boleh membiarkan sesiapa menghina Raja, bahkan mengina sesiapa yang bukan raja pun tidak boleh diterima akal. Itu adalah adab dalam Islam dan adalah dikongsi oleh semua tamadun

 Tetapi mentakwil sesuatu pendapat manusia termasuk mentakwil titah terbuka kepada keadaan. Sesiapa dibenarkan untuk tidak bersetuju dengan apa yang tidak disetujuinya. Terpakaikah tidak persetujuannya itu bergantung kepada hujahnya.
 Justeru kita tidak boleh lihat secara sempit atas kejadian beberapa orang yang mentakwil titah Yang di-Pertuan Agong. Ia mesti diadili seadil-adilnya bagi mengelakkan berlaku ketidak-adilan.
 Bertindak dan menghukum mesti adil, jika tidak ia menjerumuskan kepada kezaliman.
 Kita jangan mudah untuk berpersepsi beberapa kerat orang tidak setuju dengan Raja atas sesuatu seperti takwil seorang facebooker, bahawa itu mahu menukar sistem beraja kepada republik.
 Kalau pun ada beberapa kerat orang Malaysia yang tiga suku tergila-gila hendakkan republik, apakah kita wajar berperang dengan orang tiga suku itu?
 Semuanya tidak suka kepada suasana tragedi Al-Marhum Mangkat Dijulang dalam kesultanan Melaka dulu. Orang tidak suka kepada tindakan raja yang menyebabkan ada reaksi sehingga adalah Raja mangkat dijulang.  Tetapi tidaklah orang masa itu mahu menjadikan Melaka sebuah republik dan orang zaman ini pun berkongsi rasional tidak menerima sistem republik itu.
 Saya katakan, tidak ada orang Malaysia yang rasional baik Melayu, Cina dan lain-lain mahu menukar sistem beraja yang sudah diterima itu kepada republik kecuali yang tiga suku saja. Maka tidak wajarlah kecoh seluruh negara disebabkan oleh dua tiga orang tiga suku itu.
 Apa yang berlaku wujud  dalam masyarakat anasir yang mengada-adakan dan membesar-besarkan konon orang itu anti raja dan orang ini mahu menegakkan republik. Tujuannya ialah supaya orang yang disasarkan itu ditolak oleh masyarakat dan boleh memecah belahkan masyarakat.

Tidak ada orang yang memperjuangkan republik  dalam negara ini. Secara umumnya semua menerima sistem beraja yang ada dan semuanya mahu menunjukkan kesetiaan kepada raja  walaupun sebagai manusia Raja tadi ada kelemahan di sana sini. Kelemahan itu tidak menyebabkan rakyat tidak setia kepada raja.

Marilah Belasah Adik Najib Pulak!!

Oleh Shahbudin Husin
Ketika CEO Air Asia X, Azran Osman Rani memberikan komennya mengenai Utusan Malaysia yang dianggapnya mengamalkan sifat perkauman beberapa minggu lalu, berbondong-bondong mereka yang meggelarkan dirinya pejuang Melayu membelasah beliau.

Mereka melabelnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sedar diri, anak Melayu yang lupa diri, tidak tahu sejarah dan pelbagai lagi. Bahkan kisah kehidupan peribadinya juga cuba didedahkan untuk mencari sisi buruknya
Antara yang menonjol menyerang beliau ialah Perkasa dan beberapa NGO lainnya. Utusan yang diserang pula menyediakan wadah yang cukup terbuka kepada sesiap saja yang sanggup mengeluarkan kata-kata kejian kepada Azran berhubung isu itu.

Malah Utusan yang berasa tercabar kerana Air Asia X tidak mahu lagi membeli iklan di akhbar itu turut menjawab bahawa iklan yang dibeli oleh syarikat tambang murah itu tidaklah sebesar mana, malah banyak iklan kosmetik, jamu, memutihkan wajah, kolagen dan seumpamanya yang dikatakan membeli lebih banyak daripada Air Asia X.

Lebih dari itu, Wanita UMNO yang menyedari syarikat itu dipengerusikan oleh Rafidah Aziz, turut meminta beliau mengambil tanggungjawab untuk menyingkrkan Azran daripada syarikat tersebut. Tony Fernandez yang merupakan pemilik Air Asia juga dituntut oleh pelbagai pihak agar memecat Azran daripada syarikat itu.

Mahathir perlu cermin diri, UMNO untuk kenal pasti siapa sebenarnya ‘rasis’

SEPANJANG kerjaya Dr Mahathir yang berliku-liku sebagai ahli politik, beliau sentiasa mencari ‘kambing hitam’ untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kekurangan beliau sendiri, kekurangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Nampaknya beliau sekali lagi melakukan perkara yang sama dengan menyalahkan kaum Cina dan juga DAP berikutan melebarnya jurang perkauman di Malaysia dan menuduh kedua-duanya sebagai ‘cauvinis’.
Kita hanya boleh meneka sama ada serangan bertubi-tubi Dr Mahathir terhadap kaum Cina dan DAP pasca-PRU-13 adalah didorong oleh prejudis buta beliau sendiri atau kerana beliau merasa bimbang kalau-kalau pencapaian beliau yang sebenar selama ini akan didedahkan kepada umum jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, atau kerana usianya yang semakin lanjut atau barangkali kerana semua perkara di atas.
Yang kita tahu secara pasti ialah tuduhan beliau tentang DAP sebagai sebuah parti cauvinis yang memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Cina daripada BN semuanya tidak lain adalah pembohongan yang amat jauh daripada kenyataan.
Dr Mahathir mengatakan bahawa “Ketika ia (DAP) mengadakan pemilihan untuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tidak lama dulu, semua anggota yang terpilih adalah Cina, kecuali Karpal Singh.”
Kenyataan itu menunjukkan betapa beliau mengabaikan sama sekali fakta dalam usahanya untuk melabel DAP sebagai sebuah parti ‘cauvinis’, sedangkan, cukup jika Dr Mahathir menggunakan ‘google’ untuk mengetahui bahawa M Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Timur), Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong) dan Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semuanya terpilih ke CEC.
Rekod yang ada juga jelas menunjukkan bahawa sejak DAP ditubuhkan pada 1966, sentiasa ada pemimpin India atau Melayu yang terpilih menganggotai CEC pada setiap kali pemilihan parti.
Andai Dr Mahathir meluangkan sedikit saja masa untuk menyemak senarai nama pemimpin DAP kini dalam laman web parti, beliau akan melihat ada Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan yang menjadi anggota CEC DAP.

Pembohongan Mahathir, Utusan Malaysia tidak dapat sambutan Melayu


KOTA BHARU, 11 JUN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, serangan berterusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Utusan Malaysia terhadap kaum Cina akan menjejaskan kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
Katanya, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Dr Mahathir dan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia terbukti mereka sebagai suara paling rasis dan paling tidak bersemangat keMalaysiaan apabila bersandar pada pembohongan untuk melaga-lagakan Melayu dan Cina.
Menurutnya, dalam tulisan terbaru dalam blog beliau, Mahathir menuduh kaum Cina di Malaysia cuba menghapuskan kuasa politik Melayu dan menguasai politik Malaysia pada PRU-13.
“Kenyataan itu boleh dianggap paling tidak bertanggungjawab dan berasas sepanjang kerjaya politik beliau, sama teruk dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya ketika PRU-13 iaitu saya bertanding di Gelang Patah untuk menimbulkan “ketegangan kaum” dan menuduh saya mengapi-apikan kaum Cina untuk membenci Melayu.
“Tidak benar langsung tuduhan Mahathir kerana beliau tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan sembarangan itu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Mahathir juga belum mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan bahawa beliau mengapi-apikan kaum Cina di Gelang Patah untuk membenci Melayu, sedangkan dalam semua ucapan sepanjang PRU-13, beliau menggesa semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau negeri, bersatu mengejar Impian Malaysia ke arah membina sebuah Malaysia yang saksama, bebas, demokratik, bersih, makmur dan berdaya-saing.

BN Dalam Tekanan: Bolehkah harga kereta turun 20-30%?

Menurunkan kadar cukai eksais bermakna 'membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas,' kata Dr Rosli Yaakop. 

PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi tidak yakin kerajaan dapat mengurangkan harga kereta sebanyak 20-30% secara berperingkat-peringkat sehingga tahun 2017.
Dr Rosli Yaakop dalam laman sosialnya hari ini berkata, dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke 13, Umno-Barisan Nasional (BN) berjanji kepada rakyat Malaysia untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20-30% dalam tempoh lima tahun.
“Manakala manifesto Pakatan Rakyat, yang diumumkan lebih awal juga menjanjikan perkara yang sama,” kata beliau yang juga bekas Timbalan Gabenor Bank Negara. Namun jalan yang dipilih oleh Pakatan ialah dengan menurunkan cukai eksais ke atas kereta.
Tetapi Umno-BN masih belum menunjukkan jalan bagi menurunkan harga kereta kerana cukai eksais ke atas kereta menghasilkan RM7 bilon pungutan cukai. Menurunkan kadar cukai eksais bermakna ‘membunuh itik angsa yang mengeluarkan telur emas,’ katanya.
Menurutnya, walaupun harga kereta ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan, kos pengeluaran dan mark-up keuntungan, yang ketara di Malaysia ialah kadar cukai yang tinggi dan cara pengiraan cukai yang membawa kepada kesan “cukai atas cukai” adalah komponen utama harga kenderaan di Malaysia.

Tipu PRU Boleh: 'Boikot Parlimen suatu pengkhianatan' - SPR

Abdul Aziz Mohd Yusof SHAH ALAM - Tindakan mahu memulaukan sidang Parlimen yang akan bermula 24 Jun depan disifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai mengkhianati rakyat.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seeloknya ahli Parlimen yang diberi kepercayaan menggunakan masa tersebut untuk berhujah demi kepentingan rakyat.

Tambahnya, secara rasional perkara tersebut tidak perlu berlaku walaupun tujuan utama mereka untuk menuntut SPR meletak jawatan.

"Ini masa untuk mereka nak berhujah. "Ya, seperti mereka mengkhianati rakyat, mengapa pula mereka tak nak pergi, nama pun wakil rakyat," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Online.

Laporan sebelum ini menyebut ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak mahu memboikot sidang Dewan Rakyat kali ini ekoran tidak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk keputusan PRU13.

Mahathir, Utusan juarai isu perkauman



 KOTA BHARU: DAP menyifatkan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia sering membangkitkan isu-isu berbau perkauman di negara ini.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, tindak tanduk mereka selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu sengaja mengentengah isu tersebut, biar pun secara jelas berselindung di sebalik pembohongan dan kepalsuan bagi menakutkan orang Melayu terhadap Cina.

“Dalam blog terbarunya, Dr Mahathir menuduh orang Cina di Malaysia pada PRU lalu mahu menggulingkan kuasa politik Melayu bagi menguasai politik Malaysia.

“Ini adalah satu tuduhan yang paling tidak bertanggungjawab, melulu dan tidak berasas dalam sepanjang kerjaya politiknya.

“Malah beliau juga melemparkan dakwaan yang tidak bertanggungjawab dan melulu kononnya saya bertanding di Gelang Patah untuk mewujudkan konfrontasi kaum dan menghasut orang Cina untuk membenci orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Sebelum itu beliau menghadiri pengkebumian mendiang Tan Seng Ren iaitu ayah kepada Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw di Sungai Keladi dekat sini.

Pakatan cadang tubuh JK pantau persempadanan


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Pakatan Rakyat akan mencadangkan untuk menubuh satu jawatankuasa khusus bagi memantau persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dilaksana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu jawatankuasa tersebut akan membuat pemantauan kawasan-kawasan yang dijangkakan berlaku persempadanan berlandaskan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

Jelasnya lagi, tumpuan turut dilakukan bagi memastikan jumlah pengundi yang tidak keterlaluan di kawasan luar bandar seperti yang berlaku di Parlimen Pekan pada PRU13.

"Kita mencadangkan akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi memantau segala cadangan yang akan dilakukan oleh SPR berhubung dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Ada beberapa perkara khusus akan ditumpukan terutamanya berhubungan penambahan jumlah pengundi agar tidak keterlaluan terutamanya melibatkan kawasan luar bandar sebagai contoh Pekan yang bukan sebuah bandar yang besar tetapi mempunyai pengundi yang ramai," kata beliau.

Dr Mohd Hatta yang turut memberitahu selain isu pertambahan pengundi perubahan keluasan kawasan Parlimen turut menjadi fokus utama.

Street protest in support of IPCMC?

Stop State Violence (SSV), a coalition of 30 civil society groups, opined that IPCMC is the only remedy for custodial deaths.
PETALING JAYA: A coalition of NGOs – Stop State Violence (SSV) – has not ruled out taking to the streets in its fight for the establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).
“If taking to the streets is the way for the voices to be heard, so be it,” said coalition member, Tenaganita’s executive director Irene Fernandez.
SSV, a coalition of 30 civil society groups, said the IPCMC is the only way forward to halt custodial deaths as the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) is nothing but a “toothless tiger without any power of enforcement”.
The coalition also pointed out that it was “ridiculous” for former Transparency International-Malaysia (TI-M) president Paul Low to continue pushing for the EAIC to be revamped instead of establishing the IPCMC.
Said Fernandez: “I cannot understand what Paul Low is trying to say. By him saying that it needs a lot of time, effort and money to establish the IPCMC, doesn’t he realise that a life is precious and cannot be compromised?

Sidang Parlimen 13: Panas biar berisi


Logo Parlimen
BERLALUNYA episod PRU13 diganti pula dengan sidang Dewan Rakyat yang akan bemula 24 Jun ini.

Ramai muka-muka baru, tidak ketinggalan 'otai' bakal memeriahkan sidang Parlimen ke-13 dengan pelbagai isu menarik dan perdebatan hangat bagi menentukan dasar baik untuk rakyat.

PRU13 menyaksikan rakyat semakin matang dalam membuat penilaian dengan menzahirkan kehendak dan kepercayaan mereka terhadap wakil di kawasan masing-masing.

Maka pada minggu terakhir Jun ini akan bermula lah satu lagi era baru dalam senario politik Malaysia menerusi persidangan Parlimen 2013-2018.

Medan perjuangan menentukan hala tuju negara.

Kesempatan ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua parti BN-PR untuk berhujah, berdiskusi dan mengenengahkan isu-isu baru dan lama mengikut keperluan semasa dan masa depan Malaysia.

Menteri kata kes Altantuya sudah ditangani..??

Menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Abdul Karim hari ini enggan mengulas apabila ditanya mengenai satu memorandum dari delegasi Mongolia yang menuntut jawapan berhubung kes kematian seorang wanita warganya, Altantuya Shaariibuu.
Rohani dalam satu sidang media hari ini berkata, delegasi Mongolia itu tidak mengemukakan memorandum tersebut kepadanya.

NONEKatanya lagi, kes itu juga kini telahpun ditangani.

“Saya berada di sana dan saya tidak menerima apa-apa surat. Delegasi tersebut tidak bertemu saya,” katanya yang merujuk kepada Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur pada minggu lalu.

“Perkara ini telahpun ditangani. Saya tidak ingin mengulas sebab pertamanya, mereka tidak menemui saya.

“Delegasi Mongolia merupakan kumpulan paling besar yang menyertai sidang kemuncak itu. Kami mengalu-alukan mereka. Kami mahu mereka lihat bahawa Malaysia bukannya seperti yang digambarkan sesetengah pihak,” katanya.

erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuyaPresiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg yang menjadi wakil ke persidangan berkenaan pada hari Jumaat lalu berkata, perbicaraan baru harus dimulakan untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya.

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya.

Beliau yang diiringi kira-kira 70 anggota delegasi berkata MWF juga berharap agar bantuan kewangan diberikan kepada dua orang anak mendiang Altantuya.

‘Silap saya tak lihat mesej dengan betul’, kata Teck Hwa

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa, yang menajdi wakil tunggal wakil rakyat pembangkang menghadiri sesi taklimat Parlimen hari ini memohon maaf atas tindakannya menghadiri taklimat berkenaan, dan tidak meneliti mesej dan emelnya dengan betul.
Teck Hwa berkata beliau juga bersedia menerima tindakan disiplin daripada Jawatankuasa Disiplin DAP ekoran tindakannya itu.
"Silap saya kerana tidak melihat semua mesej dan emel dengan betul berhubung arahan memboikot acara hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan secara kebiasaannya, wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) akan menerima arahan melalui emel dan mesej pesanan ringkas (SMS), namun beliau menjelaskan tidak menerima notis rasmi berhubung memboikot taklimat berkenaan.

DAP kenakan surat tunjuk sebab kepada MP Bakri kerana gagal boikot

KUALA LUMPUR, 11 Jun — DAP telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa kerana tidak mendengar arahan parti untuk memboikot taklimat di Parlimen pagi ini.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke memberitahu The Malaysian Insider, Er, ahli Parlimen penggal kedua, mempunyai tujuh hari untuk menjawab surat tersebut sebelum dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti.
"Beliau perlu jelaskan. Kita beri dia peluang untuk memberi penjelasan," katanya apabila dihubungi di sini.
Er merupakan satu-satunya daripada 38 ahli Parlimen DAP dan 89 ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang hadir untuk taklimat di bangunan Parlimen pagi ini.
Majlis Pimpinan PR telah membuat keputusan memboikot taklimat itu dalam mesyuarat lalu untuk menunjukkan bantahan terhadap pemerintah Barisan Nasional (BN) kerana enggan memenuhi tuntutan reformasi pilihan raya.
Apabila ditemui oleh pemberita pagi ini, Er mengatakan beliau merasakan taklimat itu penting dan keputusan untuk menghadirinya adalah dari inisiatifnya sendiri.
"Hari taklimat adalah yang penting, kita nak tengok ada peraturan baru atau sebagainya," katanya.
Apabila ditanya apakah Er tidak diberitahu mengenai arahan boikot, Loke mengatakan ini tidak mungkin kerana semua ahli Parlimen telah diberikan notis mencukupi.
"Kami mempunyai kumpulan e-mel dalaman jadi semua ahli Parlimen diberitahu lebih kurang 10 hari lalu," kata ahli Parlimen Seremban itu.

NGOs: For IPCMC, we'll take to the streets if we have to

EAIC: Panel member no longer representing cop

'Political liaison adalah kekuatan PR Selangor'


‘Political liaison adalah kekuatan PR Selangor’ SHAH ALAM – Pelantikan Pegawai Perhubungan Politik di Selangor disifatkan sebagai kekuatan PR Selangor bukannya kelemahan pentadbiran seperti didakwa.

Bakal Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar yang mewakili Pas, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kewujudan jawatan ini merupakan keunikan pentadbiran Selangor yang mencerminkan keserasian.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, pelantikan jawatan baru daripada ketiga-tiga parti komponen PR bukanlah melambangkan kelemahan tetapi kekuatan PR Selangor.

Ancam boikot majlis angkat sumpah, Speaker berat sebelah – Surendran

N.SurendranKUALA LUMPUR 11 JUN: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Speaker Dewan Rakyat melanggari undang-undang apabila mengancam akan memulaukan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada sesi kali ini.
Katanya, kenyataan Tan Sri Pandikar Amin Mulia itu bersifat berat sebelah dan mencerminkan betapa tidak demokratik dan diktatornya pemerintahan BN.
“Ancaman itu menyalahi undang-undang dan terang-terangan melanggar Perintah Tetap Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.
“Di bawah Perintah Tetap, Setiausaha Dewan Rakyat adalah terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi bersumpah,” katanya pada kenyataan.
Menurut Surendran, sebagai Speaker, Pandikar Amin tidak mempunyai sebarang hak dan kuasa untuk menolak dari menghadiri majlis angkat sumpah Ahli Parlimen, seperti yang tertulis dalam peraturan 5(2).

‘R’ dapat permit anjur Black505 di Ketereh esok


KOTA BHARU: NGO Royalti (R) mendapat kebenaran dan permit menganjurkan perhimpunan aman Black505 mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perhimpunan aman itu akan diadakan esok, 12 Jun di Padang Majlis Daerah Ketereh bermula jam 9.00 malam.

Penganjur yang juga aktivis R, Mohd Adnan Abdullah berkata, perhimpunan tersebut dijangka dihadiri lebih 20,000 orang untuk mendengar amanat pimpinan berhubung peristiwa Black505.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menerima permit program berkenaan di IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa, hari ini.

Beliau berharap dengan adanya permit yang diberikan oleh pihak berkuasa itu perhimpunan yang bakal dijalankan itu berjalan baik.

Katanya, permit berkenaan dipohon pada 3 Jun lalu kira-kira jam 2.00 petang.

MP Bakri mohon maaf kerana hadir taklimat Parlimen



 
MP Bakri Er Teck Hwa memohon maaf kerana menghadiri majlis taklimat untuk ahli parlimen hari ini, yang sepatutnya dipulaukan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.

Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya, DAP.

Beliau tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi kerana tidak menerima maklumat melalui saluran tersebut, katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Er merupakan wakil tunggal Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis berkenaan pagi ini.

BN files 21 election petitions

BN Fail 21 Petisyen Cabar Keputusan PRU-13 - BULETIN 13

Er: 'I missed the boycott memo'

Dewan Rakyat Speaker: 'I can boycott Pakatan's swearing-in too'

Pakatan MPs risk disqualification

Teck Hwa: 'Saya hadir kerana ini penting'

All but one Pakatan rep skip MP briefing

Black 505 : PR Sedia Dialog, Perhimpunan Tetap Diteruskan - BULETIN 13

PAS Terengganu Yakin Menang Dua Petisyen PRU13

Rafizi Dakwa DBKL Tunduk Tekanan Politik Umno-BN

rafizi perhimpunan
SHAH ALAM 11 JUN : Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak memberikan jawapan jelas mengenai penggunaan Padang Merbok pada 23 Jun depan didakwa kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno-BN.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, acara pada 23 Jun tidak melibatkan Padang Merbok dengan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun.
Katanya, Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa DBKL menolak permohonan menggunakan padang itu melalui surat yang difakskan.
“Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun, tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun.
“Apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.

Speaker: Ahli Parlimen gagal angkat sumpah, tidak boleh sertai sidang

Tempoh petisyen PRU13 berakhir esok



KUALA LUMPUR: Tempoh mengemukakan petisyen bagi mempersoal keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) oleh mana-mana parti politik, akan berakhir esok.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 Mei lalu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam mengesahkan akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

Ianya termasuk dua petisyen bagi kerusi Bagan Datok, iaitu petisyen pilihanraya, dan satu lagi petisyen berhubung dakwaan kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya.

Selain kerusi parlimen, Pakatan Rakyat juga akan memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Speaker: Ahli Parlimen boikot angkat sumpah akan digugurkan

Amin berkata kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) akan digugurkan sebagai wakil rakyat sekiranya mereka memboikot proses mengangkat sumpah, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran hari ini.
“Kalau ahli Yang Berhormat tidak angkat sumpah, ikut Perlembagaan, selama enam bulan maka secara automatik gugur sebagai ahli Parlimen,” katanya.
Jelasnya lagi, atas semangat demokrasi juga, speaker dan timbalan speaker berhak memboikot upacara mengangkat sumpah wakil rakyat PR.
“Tidak boleh angkat sumpah hari lain ... kecuali tidak datang atas sebab kesihatan yang tak boleh dielakkan,” kata Pandikar lagi.
“Apabila kita angkat sumpah baru kita jalankan fungsi sebgai wakil rakyat,” katanya, dan menambah, bagi mereka yang sengaja tidak hadir untuk memboikot, beliau tidak nampak logiknya tindakan berkenaan.
Sesi taklimat pertama ahli-ahli Parlimen hari ini menyaksikan kehadiran 111 anggota Parlimen yang dipilih pada Pilihan Raya 2013, dengan hanya seorang wakil pembangkang, ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang hadir, daripada 89 keseluruhan ahli Parlimen PR.
Er, ketika ditemui pemberita berkata sesi taklimat adalah perkara yang penting dan kehadiran beliau hari ini adalah atas inisiatif sendiri.

Kalau Mahu Bodek Najib, Adnan Yaakob Patut Orangnya Tapi...

Oleh Shahbudin Husin
Dalam riuh-rendah kebanyakan pemimpin lebih condong tampil menjadi pembodek dan pengampu dengan mencadangkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandigkan dalam pemilihan parti hujung tahun ini, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob bertindak sebaliknya. Beliau berpendapat kedua-dua jawatan itu patut dipertandingkan, sesuai dengan amalan demokrasi dan inklusifnya parti itu.
 
Secara berterus-terang Adnan berkata, beliau tudak setuju dengan kenyataan-kenyataan yang mahu mengongkong agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Biarlah ia terbuka, tambahnya lagi.

Kenyataan Adnan ini jelas mencerminkan kematangan beliau sebagai pemimpin yang mahu melihat UMNO terus hidup dan disokong oleh rakyat. Ini kerana dengan menunjukkan UMNO sentiasa bersifat terbuka merupakan salah satu tarikan umum terhadap parti itu.

Tambahan lagi, ia juga sesuai dengan transformasi politik yang dijanjikan oleh Najib sendiri ketika mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada 2009 dulu. Malangnya, setelah keputusan buruk pilihanraya 2013 dan kecenderungan untuk menyelamatkan Najib yang dianggap telah berbudi kerana memberikan jawatan tertentu, penerima budi ini berebut-rebut mahu membalasnya dengan mencadangkan kedudukan Najib terus dikekalkan secara percuma.

Tetapi tindakan mahu mengongkong ini secara umumna tidak dipersetujui oleh ahli UMNO peringkat akar umbi. Ramai yang mahu melihat pertandingan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan jawatan-jawatan utama yang lain dalam UMNO menjadi kenyataan berikutan itulah antara transformasi yang dijanjikan Najib.

Petisyen Titiwangsa kemuka dakwaan BN sogok pengundi

Saksi, Lai Yuet Meng melihat petugas BN memberikan baucer, wang tunai sebanyak RM50, air mineral dan bungkusan makanan kepada pengundi. 

KUALA LUMPUR: Pengundi kerusi P119 Titiwangsa memfailkan petisyen membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mendakwa wujud perbuatan sogokan di pondok panas Barisan Nasional (BN) semasa hari mengundi 5 Mei lalu.
Saksi, Lai Yuet Meng @ Dian Abdullah yang juga pengundi Titiwangsa melihat petugas BN memberikan baucer, wang tunai sebanyak RM50, air mineral dan bungkusan makanan kepada pengundi yang menghulurkan kad pengenalan untuk pemeriksaan nama.
Kejadian didakwa dilihat berlaku kira-kira 7.27 pagi di pondok panas BN di Sekolah Menengah Taman Maluri, Cheras, dan Lai kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Pudu pada keesokan hari.
Dakwaan terbabit merupakan salah satu daripada empat isu utama yang difailkan pempetisyen, Rusli Yasmin, 31, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini semalam melalui Tetuan Noorazmir dan Khadijah.
Petisyen itu menamakan tiga responden, iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Pilihan Raya P119 Titiwangsa Abdul Halim Ismail sebagai responden pertama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua, serta Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani (responden ketiga).
Wakil peguam, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, petisyen setebal 49 muka surat (tidak termasuk dokumen sokongan) itu turut mendedahkan wujud risalah berbaur hasutan “Perkara yang perlu diketahui oleh Melayu Islam mengenai DAP” dan “Gempak-Gerakan menolak penipuan pembangkang”.

Tumpu Jaga Politik, Jenayah Meningkat Polis Berdepan Krisis Dan Keyakinan Rakyat


SHAH ALAM 11 JUN : Tony Pua menyifatkan Malaysia kini makin terhimpit dengan peningkatan agresif kadar jenayah, peningkatan kes kematian dilokap tetapi dalam masa yang sama objektif pasukan keselamatan lebih berorientasikan politik sehingga menyebabkan polis terpaksa berhadapan  krisis keyakinan dan kredibiliti.
Tony Pua Wancara 01Situasi ini hanya menjelaskan kesan buruk tindakan kerajaan BN yang ingkar untuk melaksanakan cadangan serta laporan Suruhanjaya Diraja bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
“IPCMC adalah bertujuan menjadi agensi untuk memeriksa disiplin dan memupuk semangat profesionalisme dalam pasukan polis di samping memastikan polis mematuhi segala doktrin, undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan,” ujarnya yang juga Setiausaha Publisiti DAP dalam satu kenyataan media.
Sabtu lalu, hampir 70 orang dirompak di sebuah restoran ‘steamboat’ di Cheras oleh sekumpulan 10 orang yang bersenjatakan parang dan batang besi, menyebabkan kerugian lebih RM20, 000 kepada pengunjung dan pemilik restoran.

Pembangkang boikot taklimat Dewan Rakyat


Pembangkang boikot taklimat Dewan Rakyat
Hanya seorang ahli Parlimen pembangkang, Er Teck Hwa hadir taklimat Dewan Rakyat hari ini. - Foto Ihsan dari Twitter Shabery Cheek
KUALA LUMPUR - Seolah-olah mengotakan apa yang dihebohkan sebelum ini, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang hadir taklimat ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis taklimat yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi  menyaksikan hanya ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa sahaja yang hadir ke upacara tersebut.

Menulis dalam laman mikro Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, " hanya satu orang MP pembangkang yang hadir majlis taklimat Parlimen. Yg lain tak iktiraf?".

Pembangkang sebelum ini menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13.

Himpunan Black 505 Johor dipinda ke 16 Jun

6-16BATU PAHAT, 11 JUN: Himpunan Black 505 Johor akan diadakan pada hari Ahad, 16 Jun ini di Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.
Perkara itu disahkan ahli parlimen Baru Pahat, Datuk Idris Jauzi kepada Keadilandaily, semalam.
Program yang pada awalnya dijadualkan pada 14 Jun dipinda ke 16 Jun untuk memberi laluan kepada maklumat akhir dan persiapan himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidatonya pada program yang bermula seawal jam 8 malam.
Manakala pemimpin lain yang turut serta dalam himpunan malam itu ialah ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat Johor.
Blackout 505 di Johor adalah siri akhir sebelum kemuncak himpunan Black 505 di Padang Merbok, 22 Jun ini.

PAS Johor fail 4 petisyen PRU13

JOHOR BAHARU: PAS Johor memfailkan empat petisyen mahkamah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi empat kerusi di negeri itu.

Empat kerusi tersebut masing-masing satu bagi parlimen iaitu Pulai dan tiga untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Gambir, Mahkota dan Nusajaya.

Hadir bagi memfailkan petisyen tersebut di Mahkamah Tinggi di sini semalam termasuklah Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Setiausaha PAS Johor Onn Jaafar, dan Yang Dipertua PAS Kluang Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Kesemua petisyen tersebut difailkan menerusi peguam Mohd Fikah Sanusi dan Mohd Zulkhairi Ab Aziz.

PAS Perak fail 3 petisyen PRU13

IPOH, 11 Jun — PAS Perak hari ini menfailkan tiga petisyen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengisytiharkan tidak sah dan membatalkan keputusan di tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Misbahul Munir Masduki berkata petisyen itu membabitkan DUN Manjoi, Lubok Merbau dan Pasir Panjang.
“PAS Perak juga akan menfailkan tiga petisyen lain bagi kerusi DUN iaitu Rungkup, Manong dan Selama yang akan dikendalikan oleh peguam kita yang lain,” katanya kepada pemberita.
Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon Barisan Nasional (BN)Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dengan majoriti 132 undi bagi pertandingan di DUN Manjoi.
Bagi DUN Lubok Merbau, calon BN Datuk Siti Salmah Mat Jusak mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi manakala di DUN Pasir Panjang, calon BN Rashidi Ibrahim menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S.Vijayan dengan majoriti 304 undi.
Pada PRU13, PAS hanya menang lima daripada 22 kerusi DUN Perak yang ditandinginya manakala bagi kerusi parlimen pula, parti itu menang dua daripada lima yang ditandingi. – Bernama

Speaker Dewan: 'Barangkali saya juga boleh boikot'



 
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau Ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.

Beliau mengulas rancangan yang disuarakan oleh NGO tertentu agar wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai ahli parlimen.
Pada 7 Jun, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

DBKL Macai UMNO: Rafizi buktikan Padang Merbok boleh digunakan 22 Jun

Laluan peta Larian Olimpik McDonald anjuran Majlis Olimpik Malaysia menunjukkan bahawa acara itu akan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Rafizi Ramli mendedahkan hari ini tiada acara akan diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun ini, mencadangkan alasan diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib untuk tidak membenarkan perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) #Black505 kerana tempat itu digunakan pada tarikh tersebut sebagai tidak benar.
Pengarah strategi PKR itu juga berkata, beliau secara peribadi menyiasat dakwaan Ahmad semalam dan mendapati Larian Olimpik McDonald anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan pada 23 Jun di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok.
“Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka,” tambah beliau lagi.

Ucapan Mat Sabu di Perlis Black 505

'Saya Anak Malaysia' - Perlis setuju!

Ucapan Tian Chua di Perlis Black 505

PAS Perak fail petisyen PRU13

Prof Agus : SPR Gagal Laksana Tugas - BULETIN 13

Tunku, Hussein juga bekas Presiden Umno, tidak pula sibuk macam…

Aspan Alias

11 JUN — Kian hari kian ternampak dengan jelas yang “ringgit dan sen” merupakan elemen penting yang menentukan samada satu-satu negara itu mampu untuk mewujudkan politik yang bersih untuk masa depan negara yang aman. Kadangkala kita menjadi hairan kenapa ada sesetengah orang yang pernah menjadi pemimpin penting kembali sibuk berpolitik setelah bersara begitu lama.
Rupa-rupanya yang membuatkan mereka ini sibuk kembali untuk mempengaruhi politik negara ini untuk memberikan keuntungan atau perlindungan kepada kerja-kerja mereka lakukan secara tidak betul semasa berkuasa dahulu. Semuanya mempunyai kepentingan peribadi dan mempunyai “stake” yang begitu besar jika politik negara tidak menyebelahi kemahuan mereka. Dulu saya bertanya kepada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan kenalan yang faham tentang politik negara ini.
Kenapa Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn tidak sibuk bercakap politik apabila bersara walaupun mereka mempunyai “preferences” mereka sendiri dalam politik ini. Adakah latar belakang dan cara mereka dibesarkan oleh keluarga mereka itu yang membezakan di antara dua orang pemimpin yang berbeza nilainya?
Mereka, seperti Tunku dan Hussein, meletakkan diri mereka lebih tinggi daripada mereka yang sedang berkuasa dan mereka lebih kepada menjadi seorang negarawan yang dihormati, tempat rujukan kepada mereka dalam generasi sekarang. Begitu juga kepada Menteri-Menteri kabinet yang bersara juga tidak mengambil tempat yang besar dalam ruang politik setelah mereka bersara.
Tan Sri Khir Johari tidak menyibuk dalam politik, Bahaman Shamsudin tidak sibuk bermain politik dan Tan Sri Samad Idris tidak bergiat bercakap dan terlibat dalam perkelahian politik setelah mereka bersara. Abdul Manan Othman tidak bercakap sedangkan semua mereka ini mempunyai pandangan dan “preferences” mereka sendiri. Pendeknya mereka tahu membawa diri dan meletakan diri mereka di tempat yang sepatutnya mereka berada.

Pengamal media BN/Umno mula bertelagah

Anuar Mohd Nor

11 JUN — Pengamal media sosial pro Umno mula membelasah sesama sendiri. Ini semakin jelas dengan laman-laman sosial mula membelasah antara sesama sendiri. Kita mula melihat kritikan kutukan dan masing-masing mengukur siapa yang telah bekerja dan siapa yang sebenarnya hanya dapat gaji buta. Laman-laman pro Umno mula membicarakan jumlah perolehan dan pendapat yang tinggi, peruntukan yang besar diberi antara pengamal laman media. Mereka dapat bajet beberapa juta setahun dan dibayar selama 4 tahun — mereka dapat 10,000 sebulan, kumpulan itu mendapat 30 ribu sebulan dan yang satu lagi 300,000 sebulan. Semua mendapat habuan dan mana-mana yang tidak akan merasakan ini satu ketidakadilan kerana mereka hanya melakukan dengan kadar murah dan ada yang percuma.
Akhirnya yang terbongkar adalah peruntukkan besar diberi oleh Umno. Kepimpinan Umno kepada pengamal laman web tidak ada sesiapa yang membocorkan kecuali diri sendiri. Kepada laman yang sering menuduh saya membocorkan rahsia dalam Umno sendiri patut salahkan diri sendiri. Akhirnya apa yang mereka akan kata ialah kenapa kecoh-kecoh mengenai Red Bean Army yang dikatakan dibayar sedang bloggers kita sendiri mendedahkan kita menerima bayaran bukan sedikit tetapi secara kolektif mungkin lebih dahsyat lagi.
Kita juga akhirnya menyalahkan sesama sendiri atas kegagalan menjadi media alternatif utama dalam perang politik hari ini. Kita kata mereka tidak kerja dan mereka kata kita tidak kerja tetapi malangnya kita tidak sama-sama mengukur diri kita sendiri, kita tidak memikirkan cara dan strategik yang baik dan kita tidak belajar mengenai sejarah perkembangan laman web dalam negara kita ini.
Dalam satu program yang saya sendiri sebagai penceramah saya terkejut dengan fakta yang dikeluarkan oleh penceramah JASA mengenai penubuhan www.malaysiakini.com dan laman web pembangkang. Jauh tersasar dan tidak mengerti penubuhan dan konsep perjuangan mereka. Tidak ada mereka tanyakan kepada saya bekas salah seorang yang mengendalikan media alternatif pada waktu itu. Mereka membuat kesimpulan sendiri menjadikan mereka lebih memandai dari pandai.

Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13


Tengku Razaleigh mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak. - GAmbar fail KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.
“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.
“Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka.
“Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka,” tambah sumber itu.

Anwar, Chegubard dapat sambutan hebat: 'Ini bukan kubu, ini kubur Umno'

Rakyat Malaysia antara 10 negara teratas membeli hartanah di AS..!!! Rakyat yang mana tue..???

Dana pelaburan institusi berkaitan kerajaan seperti KWSP dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga telah membeli berbilion ringgit harta di London sejak beberapa tahun lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Rakyat Malaysia adalah diantara pembeli asing 10 teratas harta komersil Amerika Syarikat (AS), lapor Financial Times (FT), menyertai aliran pelabur dari pasaran baru muncul yang ingin meletakkan wang mereka dalam persekitaran stabil dengan hasil lebih tinggi.
Memetik data firma penyelidik dan perunding hartanah global Real Capital Analytics (RCA), akhbar berpengaruh itu melaporkan Malaysia telah memasuki liga yang sama seperti Kanada, Singapura, China, Korea Selatan, Australia, Israel dan Kuwait dalam membeli sehingga ruang pejabat utama di New York dan juga di bandar-bandar di seluruh AS bernilai AS$ 27.2 bilion tahun lepas.
“Pasaran baru muncul seperti China, Rusia, Brazil, India, Israel dan di tempat lain sedang mengalami banyak penciptaan kekayaan, namun mereka juga mengalami banyak turun naik dalam pasaran tempatan mereka.
“Pelabur-pelabur dari negara-negara ini mencari pasaran yang stabil untuk mengekalkan kekayaan dan aset mereka untuk generasi akan datang,” kata Audrey Sokoloff, seorang peguam menasihati anggaran jualan AS$3.4 bilion daripada Bangunan General Motors ikonik New York, dipetik sebagai berkata.
FT melaporkan data RCA menunjukkan harga ruang pejabat di kawasan New York telah meningkat tahun demi tahun pada April, dengan peningkatan di Manhattan sebanyak 51 peratus.
Hartanah komersial AS dilihat sebagai pai pelaburan asing terbaru disasarkan oleh orang kaya Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah berdolak-dalik terhadap ketidaktentuan politik dan ekonomi tempatan dengan meletakkan wang mereka dalam apa yang dilihat sebagai negara yang lebih selamat dan boleh diramal seperti United Kingdom (UK), Australia dan Singapura.

Record crowd packs Perlis Black 505 rally: Calls for EC top duo to quit resound!

Malaysia's smallest and northern-most state Perlis saw its largest-ever political rally on Monday night, with some 10,000 people packing the Pakatan Rakyat's Black 505 gathering in downtown Kangar to greet Opposition icon Anwar Ibrahim, PAS deputy chief Mohamad Sabu and a host of other leaders who had trekked up the country to rally public support for their fight against electoral cheating in the recently concluded May 5 ballot.
"We continue with our fight. As I have said, the general election is not over. We are now exposing one electoral fraud after another," the 64-year-old Anwar told the roaring crowd.
Record crowd packs Perlis Black 505 rally: Calls for EC top duo to quit resound! "We have to make a stand. Enough is enough."
As usual, Anwar was mobbed by the crowd who rushed to greet him when he arrived, reaching out to touch him as he was made his way to the stage. His popularity and ability to mobilize public support is undeniable and unprecedented in Malaysian politics.
'Penipuan' (Cheating)
Monday's rally was the first-ever Black 505 gathering held by the Pakatan in Perlis and the folk were not disappointed. Many had come to see for themselves what has been variously described as being "a social wave", "a phenomenon", "a political awakening" overtaking the country.
The Black 505 rallies - the brainchild of Anwar himself - has drawn mammoth crowds all over the country. Malaysians of all races have taken part in these assemblies with gusto, abandoning their customary shyness to call out voraciously for the resignations of Prime Minister Najib Razak and the top officials of the Election Commission for allegedly cheating in the country's 13th general election.
In Kangar, the 11th Black 505 rally, it was no different. The crowd's enthusiasm was obvious despite it being a Monday night. "Penipuan" was the the most common response when Malaysia Chronicle asked several members of the audience why they had come to the rally.
"Inilah satu petanda orang Malaysia sudah sampai satu tahap politik yang matang (It is a sign Malaysians have become politically more matured)," was another common response.

Petisyen: 'Saya tunggu daripada SPR' - AG


'Saya tunggu daripada SPR' SHAH ALAM -  Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menegaskan pihaknya sedia menerima petisyen bantahan keputusan PRU13 lalu.

Bagaimanapun katanya, beliau masih menunggu perkara tersebut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meneruskan prosiding seterusnya.

“Saya tunggu daripada SPR berikan kepada saya. Kita sedia terima daripada mereka (SPR),” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengumumkan bahawa PR akan memfailkan petisyen melibatkan 25 kawasan Parlimen dan 10 kawasan Dun.

Katanya, satu petisyen berasingan akan difailkan berhubung kesalahan seorang calon BN yang didakwanya melanggar had perbelanjaan pilihan raya.

Katanya, daripada 25 petisyen itu, PKR akan memfailkan 19 kerusi, empat kerusi oleh Pas dan dua lagi oleh DAP.

Petisyen: SPR sudah sedia.....!!!


SPR sudah sedia
SHAH ALAM – SPR dan pasukan Peguam Negara sudah bersedia untuk berdepan dengan petisyen yang dikemukakan oleh semua parti politik yang bertanding pada PRUI13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, tempoh untuk menghantar petisyen akan berakhir esok.

“Semua peguam di bawah Jabatan Peguam Negara sudah dilantik, termasuk penasihat undang-undang di setiap kementerian juga sudah bersedia.

“Perkara ini perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan di Mahkamah Tinggi, selepas itu boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan, jadi semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya.

Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan pada 22 Mei lalu.

Ucapan Anwar Ibrahim di Kangar, Perlis Black 505

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Kisah Maisarah bin Masruq Al-Absi ra

Ustaz Dato' Ismail Kamus: Israk Mikraj