Sabtu, 8 Jun 2013

Karnival Peduli Umat suntik kesedaran

Program ini bersifat didik dan amal bertujuan mendidik kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan masyarakat awam supaya peduli terhadap isu melibatkan umat Islam.
SUBANG JAYA: Sebuah Karnival Peduli Umat bertujuan menyuntik semangat cakna dan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap isu kemanusiaan melibatkan umat Islam (khususnya di Myanmar, Syria dan Gaza) akan berlangsung pada 22-23 Jun ini di Masjid Al Falah, USJ 9, Subang Jaya.
Karnival dianjurkan oleh Dzul Iman Smart Khalifah dengan kerjasama Masjid Al Falah USJ 9, KAFA Al Falah, Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Blue-T Communication, Malaysia Lifeline for Syria dan Biro Kesihatan ABIM.
Pengarah projek, Nor Azmiza Mamat berkata, program ini bersifat karnival didik dan amal yang bertujuan mendidik kanak-kanak, remaja, ibu bapa dan masyarakat awam supaya cakna dan peduli terhadap isu melibatkan umat Islam.
Lebih 1,200 kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun mempersembahkan aktiviti khas bertemakan solidiriti bersama kanak-kanak Syria dan Rohingya.
“Sekumpulan anak-anak dari Rohingya Education Centre (REC) akan turut membuat persembahan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menjadi tetamu undangan khas dan akan mendeklamasikan sajak bertema kemanusiaan.
Pertandingan nasyid

Objektif SPR menipu hanya capai 47%...

Si Wan Ahmad Wan Omar ni jenis masuk peti undi, angkat diri sendiri... Dengan bantuan dan sokongan pelbagai agensi kerajaan, pelbagai media haprak tajaan Umno/BN, sokongan ahli-ahli korporat yang baru saja menerima Tan Sri pun SPR cuma mampu memperoleh 47% pengundi untuk mengundi BN...
Empat puluh tujuh peratus itu pun majoritinya terdiri daripada makcik-makcik felda, orang-orang kampung yang jahil maklumat. Orang-orang kampung yang beraya sakan dengan pemberian BR1M.
Empat puluh tujuh peratus itu juga termasuk pengundi-pengundi hantu, termasuk warga CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar dan Bangladesh)!
Tanpa undi golongan jahil dan segala macam hantu ini, jangan harap kamu akan dapat membantu tuan kamu dengan angka pengundi sebesar dan sehebat empat puluh tujuh peratus itu!
Maka, tercapailah sangat matlamat kamu tu...
Tak payah buat statement bodo lah!  Nyah kamu dan semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya!! Tak payah berselindung di sebalik 'SPR dilantik oleh Yang DiPertuan Agong'... Anggota SPR yang ada pada waktu ini cuma mencemarkan institusi YDP Agong kerana terlibat dengan kerja-kerja menipu Rakyat Malaysia. Jangan diseret YDP Agong dalam kerja-kerja yang hina dan keji sebegini.
Tapi, kalau Allah SWT pun dia sanggup tipu.. apalah nak kita harapkan dengan manusia semacam Wan Ahmad ini...
Wan Ahmad: SPR capai matlamat, jadi tak perlu letak jawatan

Anwar : Pasca PRU 13, Umno-BN Angkuh Menggunakan Kuasa

anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 02
SHAH ALAM 8 JUN : Penggunaan kuasa Kerajaan Persekutuan oleh Umno untuk mengekang kritikan terhadapnya mencerminkan keangkuhan parti itu serta betapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak jujur dalam agenda transformasi yang sering diuar-uarkannya.
Sebagai contoh, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan menahan semula aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini juga menunjukkan betapa UMNO tegar menghina keputusan mahkamah.
“Peristiwa yang berlaku dengan penangkapan semula Tian Chua, Tamrin dan Haris selepas empat hari dibebaskan menunjukkan polis sedang menunjuk lagak melalui kuasa yang dimiliki,” katanya dalam sebuah kenyataan media.
Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis Pas Tamrin Ghafar dan aktivis NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan mereka di dalam sebuah forum 13 Mei.
Contoh lain juga dapat dilihat melalui halangan yang dikenakan terhadap Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah minggu lepas.
“Tindakan tersebut seolah-olah menyatakan Izzah seorang penjahat, malah meletakkan (Ketua Parlimen DAP) Lim Kit Siang, (Pengerusi Bersih 2.0) S. Ambiga dan saya dalam senarai halangan masuk ke Sabah juga adalah satu penindasan dan salah guna kuasa,” ujarnya lagi.

WHERE IS NAJIB, ROSMAH? Mongolian women knock at Malaysia's door for justice for Altantuya

The large group of Mongolian women citizens who are in town attending the Global Summit of Women in Kuala Lumpur conference have showcased their national plight to the world what we caring Malaysians have repeatedly failed in ensuring justified redress.
The Altantuya’s slain story has now snowballed into the biggest insult to our nation, its citizens and our revered DYMM Yang Di Pertuan Agung owing to the government’s failure in ensuring speedy and transparent justice is dispensed with. In damaging our national reputation and the integrity of justice, we have seen shame assaulting our sovereign nation.
Who takes the blame for this national curse?
WHERE IS NAJIB, ROSMAH? Mongolian women knock at Malaysia's door for justice for AltantuyaNajib Razak and his fondness for beautiful women
To begin with has our Honorable Prime Minister failed in his appointment? To complicate matters Datuk Seri Najib was - rightly or wrongly, also implicated and the citizens have not forgotten his text messages to Razak Baginda.
We also do not dismiss the facts alluding to the brutal, gruesome and most attrocious murder - the deletion of immigration records; the use of the tightly controlled explosives, C4; and the dismissal of motive as not crucial to this case.
We have not forgotten the reported involvement of security personnel who are also the Prime Minister’s bodyguards; we remember them as they are still awaiting appeal on the death row and and had walked into the court room, strangely, hooded.
Then there is the serious national security matter – a foreign national was involved (to what extent only Najib, Razak Baginda and God know), in our nation’s confidential arms purchase.
And a ordinary citizen pocketed millions as commission for the role he played in securing the deal.
All of these add to the serious disrepute and shame that now clouds our national integrity and all of its institutions. Is this then not an insult to our Ruler?
If you disagree please enlighten this nation of ours.
Then there are the 2 SDs from P.I. Bala
Never mind for the time being the two Statutory declarations by the late PI Bala; never mind too for the time being, about the now missing-in-action carpet dealer’s seeming confessions in public.
Malaysians suffer terribly from this most embarrassing development - to be told by women from Mongolia how justice has not been dispensed for the slain mother and woman despite its highest profile and seven years since.

Anwar, Kit Siang at KK Blackout 505 ceramah

Sabah BN government made no fuss and ‘allowed’ PKR de facto leader Anwar Ibrahim and DAP national advisor Lim Kit Siang into the state today. 

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat leaders Anwar Ibrahim and Lim Kit Siang are in Kota Kinabalu attending a Blackout 505 ceramah tonight.
Fears that they would be barred from the state were unfounded.
PKR de facto leader Anwar Ibrahim and DAP advisor Lim Kit Siang arrived in Sandakan and Kota Kinabalu respectively earlier today with no fuss from the state immigration.
Lim, on arrival in Kota Kinabalu this morning, tweeted that he had “entered Sabah without fuss as it should be. Immigration autonomy for Sabah includes fundamental rights of Malaysians to enter for legitimate political activities.”
He later attended a Kaamatan Harvest festival celebrations with DAP elected reps in Ranau and is scheduled to join a Pakatan Blackout 505 ceramah in KK tonight.
Anwar meanwhile arrived in Sandakan at 4.25pm this evening. He was given an enthusiastic welcome by a group of Sabah PKR leaders.
Sabah PKR secretary Roland Chia told FMT in a text message that Anwar had entered safely. Now he is in Dewan Hakka Sandakan, later to KK at 8pm.”
Anwar was in Sandakan for a similar Blackout 505 function which began at 3pm. He later left to join Lim in the KK Blackout 505 ceramah.

Himpunan #Blackout505 Padang Merbok Ditunda Pada 22 Jun?

blackout suara rakyat 505 01
SHAH ALAM, 8 JUN : Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dirancang pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, mungkin ditunda ke hari Sabtu minggu berikutnya.
Bagaimanapun, keputusan menunda tarikh perhimpunan itu tertakluk kepada kesanggupan pemilik Padang Merbok, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran menggunakan lokasi itu pada 22 Jun nanti.
Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, keengganan DBKL berbuat demikian bakal menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain turun ke Dataran Merdeka pada 15 Jun nanti.
“Kita akur penganjur kitar semula telah mengambil padang tersebut sebagai venue pada pagi hari sama. Namun kita sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan DBKL dan pihak penganjur larian itu.
“Kita tidak menolak kemungkinan untuk menerima cadangan yang diberikan pihak berkuasa untuk pergi ke satu tarikh, minggu lagi satu (22 Jun) yang juga agak praktikal kerana rapat dengan tarikh angkat sumpah Ahli Parlimen.
“Katakanlah kita dah cukup berunding, tetapi sekiranya kamu masih bermain, tidak mahu beri gunakan Padang Merbok, kami minta maaf kalau rakyat mengadakan protes dengan lebih besar lagi di Dataran Merdeka,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi TV Selangor.

Tak perlu berdalih, bos SPR letak sahaja jawatan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seluruh kepimpinan badan itu didesak untuk meletakkan jawatan secara terhormat, bukannya sibuk menuding jari ke mana-mana pihak berhubung beberapa pertikaian yang dibangkitkan sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

Sekiranya gagal berbuat demikian, PAS tidak teragak-agak untuk menggunakan pelbagai saluran yang sah, termasuk menghadap ke bawah Yang DiPertuan Agong bagi memohon campur tangan bagi memastikan satu suruhanjaya yang benar-benar berintegriti bagi menggantikan SPR yang ada.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, berkata sudah sampai masanya satu tindakan tegas terhadap SPR dilakukan memandangkan begitu banyak perkara berbangkit ketika dan selepas PRU13 lalu gagal diselesaikan secara profesional oleh SPR.

"Ini bukan masanya untuk SPR berdolak-dalik, tuding jari sini sana bagi menyalahkan segala kesilapan yang berlaku. Sebaliknya, SPR perlu bertanggungjawab bagi memastikan semua perkara membabitkan pilihan raya dilaksanakan sebaik mungkin," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau, biarpun desakan untuk SPR meletakkan jawatan sudah seringkali diajukan, usaha untuk memastikan badan itu digantikan dengan badan lain yang lebih berintegriti perlu dilakukan.

Justeru, katanya PAS akan menggunakan semua saluran yang ada untuk memastikan SPR dapat dikembalikan kewibawaannya dengan peletakn jawatan secara terhormat oleh semua anggotanya.

Dalam waktu terdekat, tambah Salahudin, PAS akan mengerahkan ahlinya untuk sama-sama menyertai himpunan Black505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun akan datang.

SPR kaji persempadanan semula kawasan pilihan raya


KUALA LUMPUR - Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Wan Ahmad Wan Omar "Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya melalui ceramah bertajuk 'Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini hari ini.
Wan Omar berkata pihaknya mula mengumpul data melalui Pejabat SPR negeri dan melantik beberapa pegawai dari Jabatan Perangkaan serta Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri bagi membantu kajian persempadanan itu dari segi melakar peta serta mengira jumlah populasi penduduk kawasan.
Beliau berkata berdasarkan Perkara 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat, dan dalam kes ini, pada 2003.
Wan Ahmad berkata persempadanan kawasan kali ini dijangka lebih mencabar kerana semakin ramai akan menyatakan rasa tidak puas hati semasa hasil siasatan awal dipamer kerana mendakwa ia berat sebelah.
"Sekarang siasatan belum dijalankan pun dah ada orang yang tidak puas hati.

Felo: Melayu jadi mangsa kekang sentimen anti-BN

Salah pembahagian kerusi pilihan raya sebenarnya menjadikan orang Melayu sebagai mangsa, kata felo Institut Penang, Wong Chin Huat.

Menurutnya, kerusi yang dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat dijadikan lebih besar dengan kemasukan lebih ramai orang Melayu untuk mengekang sentimen anti-BN.

Namun pada masa sama, jumlah orang Melayu yang ramai dalam kerusi tersebut tetap mempunyai hanya seorang wakil rakyat berbanding dengan mereka dalam kerusi yang lebih kecil.

Perkara ini tegasanya, membuktikan bahawa persempadanan semula adalah bersifat politik, dan bukan mengambil kira faktor geografi atau perkauman.

Beliau mengambil contoh parlimen Baling dengan majoriti Melayu yang mempunyai 93,376 pengundi berbanding Alor Setar, sebuah kerusi campuran yang hanya mempunyai 69,189 pengundi.

"Ini menghukum Melayu, kerana Baling adalah kubu kuat PAS sementara BN sebelum ini tidak pernah kalah di Alor Setar sehinggalah pilihan raya baru-baru ini. Ia bersifat partisan," katanya dalam satu forum membincangkan persempadanan pilihan raya hari ini.

Kerajaan Minoriti: 'BN menang majoriti mudah dengan 20% undi PRU13'

BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.

Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah  pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Pada asasnya, begitulah cara BN memenangi pilihan raya," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini.

Politik Balas Dendam: Putrajaya akan utamakan mereka yang sokong BN dalam PRU13, kata Muhyiddin


KUALA LUMPUR, 8 Jun — Pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar)  hari ini.
Pengumuman timbalan perdana menteri itu dilihat sebagai penerusan kepada pendirian Putrajaya untuk menyalahkan masyarakat Cina berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
"Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN," kata beliau dipetik dari agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.
"Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," tambah beliau lagi.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.
Walau bagaimanapun, penganalisis telah mengatakan trend dalam pengundian menunjukkan keputusan Pilihan Raya 2013 tidaklah semudah "tsunami Cina" seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi ianya lebih kepada pertentangan bandar dan luar bandar bagi Malaysia.

Tipu PRU: SPR capai matlamat, jadi tak perlu letak jawatan - Wan Ahmad

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain meletak jawatan.

Menurutnya, SPR berjaya mencapai objektif mengadakan pilihan raya dan rungutan yang dibangkitkan berkenaan pilihan raya lalu kebanyakannya bersifat teknikal sahaja.

"Kita dah buat pilihan raya yang capai objektif untuk semua pengundi pilih rakyat dan kerajaan.

"Semua rakyat boleh mengundi kecuali yang disekat oleh parti politik sebab muka mereka macam orang Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas forum tentang persempadanan semula pilihan raya di bangunan Majlis Peguam petang tadi.

"Kita ada kerajaan yang sah. Inilah matlamat (pilihan raya) yang paling penting dan ia berjalan lancar.

"Apa lagi yang mereka mahu? Jangan terburu-buru buat kesimpulan hanya kerana dakwat (kekal) mudah dibasuh dari jari. Ia tidak semudah itu," tambahnya.

Peserta himpunan Blackout 505 sebelum ini sering kali menggesa agar anggota SPR meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya yang lalu.

Cadangan Bekas Hakim Bawa Kita ke Zaman Tombak dan Lembing

Semua orang boleh bercakap dan rasa mahu bercakap mengikut naluri dan kepentingan diri masing-masing. Itulah kebebasan, dan kemahuan itu menandakan mereka hidup. Kebebasan ini bukan saja dibenarkan oleh sistem demokrasi, tetapi Islam sangat mementingkan dan adil dalam memberi hak dan kebebasan bersuara. Sebab itu Islam itu syumul.

Tuhan menyuruh kita membaca dengan seruan dalam surah Iqrak, adalah menjadi simbol kebebasan kepada kita untuk menimba ilmu seberapa banyak kemudian bercakap (sebar dan guna) ilmu berkenaan untuk kepentingan manusia dan dunia.

Pun begitu ia tetap ada batas-batasnya. Macam demokrasi juga, walaupun ia bebas tetapi tetap tertakluk kepada undang-undang dan naluri manusia. Demokrasi mengalu-alukan kebaikan dan kemuliaan. Begitu juga dengan agama, semua agama mahukan kepada kebaikan dan kemuliaan. Bahkan lebih-lebih lagi tekanan mengenainya. Sekatan atau kawalan dikenakan oleh demokrasi atau agama dengan tujuan satu, untuk kebaikan dan kemuliaan. Selain dari tujuan itu ia bukan kebenaran sebaliknya kejahatan.

Saya ingin menyinggung mengenai kebebasan bersuara dan ruang memberi pendapat yang digunakan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mencadangkan supaya satu akta khas untuk menghukum mereka yang menderhaka kepada raja atau sultan digubal. Katanya walaupun sudah ada akta Hasutan 1948 yang mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang melakukan penderhakaan kepada raja atau sultan tetapi itu tidak mencukupi. Akta itu ikhaskan kepada kesalahan-kesalahan lain.

(Mungkin dalam konteks ini Mohd Noor ada tafsiran lain mengenai penderhakaan? Elok dan molek kalau beliau menghurai dan mentafsirkan bentuk penderhakaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada negara dan sesuai dengan perintah Allah itu agar rakyat tidak kabur mengenainya).

HIMPUNAN 505 PADA 15 JUN - JIKA RASA 'TERPAKSA' JANGAN TURUN... RAKYAT HANYA MAHU YANG IKHLAS DAN JUJUR HADIR

HIMPUNAN 505 di jadualkan di Padang Merbuk, KL pada 15 Jun ini adalah satu perhimpunan AMAN.  Rakyat Malaysia masih beradab dan bersopan di dalam menyuarakan bantahan, buktinya di dalam beberapa siri Himpunan Rakyat Black 505 di beberapa negeri sebelum ini berjalan dengan penuh aman, tidak seperti yang berlaku di Stadium Darul Makmur, Kuantan baru-baru ini di dalam Perlawanan Bolasepak Separuh Akhir Pertama, Piala FA di antara Pahang menentang Johor DT.
Khabarnya permohonan untuk menggunakan Padang Merbuk, KL masih menemui jalan buntu.  Kita tidak kisah apa pun mainan mereka kerana rakyat sudah lali dengan mainan jijik seperti ini.  Pihak berkuasa berkata, permit boleh diberikan asalkan pemilik padang tersebut membenarkan padang mereka untuk digunakan.  Pemilik padang pula menyatakan pihak mereka tiada masalah untuk membenarkan padang itu digunakan asalkan pihak penganjur mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.  Mainan apakah ini?  
Di sebalik ini semua, terdapat pula di kalangan kita menyebut kita sertai himpunan ini kerana 'terpaksa".  Siapa yang memaksa mereka?  Semenjak bila kita menganjurkan perhimpunan dengan 'memaksa' orang?  Dari Himpunan BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan HKL, Himpunan Black 505 dan beberapa himpunan kecil yang lain, adakah kita dipaksa?  Apa yang kita tahu, kumpulan yang menyebut 'terpaksa' itu pun tidak pernah nampak batang hidung mereka di dalam setiap perhimpunan jauh sekali dari dapat menghidu gas FRU.
Amat malang sekali golongan seperti ini.  Mereka di kalangan orang yang sepatutnya meniupkan semangat Jihad tetapi begini lagak mereka.  Jika kamu tidak berminat atau gentar untuk hadir himpunan aman, usah  banyak membebel kelak kamu tidak lagi dihormati.  Jika kamu rasa 'terpaksa' hadir, lebih baik jangan hadir kerana kamu akan menyemakkan mata memandang.  Hadirlah dengan Nawaitu yang jelas iaitu untuk memperjuangkan keadilan dan menentang penipuan, InsyaAllah, dapat pahala dari Allah SWT.

Tipu PRU: Kenyataan bercanggah SPR bukti penggunaan dakwat kekal pincang

dakwat-kekal-SPRKUALA LUMPUR 8 JUN: Kenyataan bercanggah antara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berhubung dakwat kekal membuktikan kepincangan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Abdul Aziz mendakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam PRU 13 pada 5 Mei lalu.
Ia berkaitan peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – yang didakwa perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah.
Bagaimanapun, Subramaniam pula berkata, tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya dan pihak SPR tidak pernah meminta kementeriannya berbuat demikian.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.
Ahmad mendakwa, pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah.

Dr M and Anwar, in the words of Marina and Nurul Izzah

KUALA LUMPUR, June 8 – Their fathers are sworn enemies but Marina Mahathir and Nurul Izzah Anwar, having both come into their own as adults and opinion leaders, are today quite comfortable sitting side by side for coffee and a chinwag.
One a well-known civil rights leader and the other an influential politician in a party advocating justice for the people, there have been many times when both women found themselves sharing the same stage as they preached their respective causes.
Marina and Nurul Izzah also share another thing in common – their fathers, Tun Dr Mahathir Mohamad and Datuk Seri Anwar Ibrahim, were once a tag team in the government, when Dr Mahathir was prime minister and Anwar his deputy, the country’s two most prominent positions.
Dr Mahathir was Malaysia’s fourth and longest-serving prime minister, a post he held for 22 years from 1981 to 2003.
His bitter rivalry with Anwar started in the late 1990s when Anwar started taking bolder steps to assert his presence as the prime minister-in-waiting – moves that many have said had caused his 1998 sacking and six-year jail term following charges of corruption and sodomy.
In the twists and turns of their fathers’ political careers spanning over three decades now, Marina and Nurul Izzah found themselves forced into the spotlight many times, and are sometimes expected to be apologetic for the actions of their fathers.
The women, in a joint interview published in Clive Magazine’s June edition, agree that being in the spotlight and always facing public judgment, is what they share in common.
But Marina appears to express disdain for this, saying it gets “tiring” to be constantly talked about in reference to her parents.
“I get really annoyed when people throw the ‘blood is thicker than water’ argument at me,” she says in the interview published verbatim.
“I don’t care what anyone says about my dad, they’re entitled to their own opinions but if it is truly unfair, I will say something.
“When I get the ‘blood is thicker than water’ routine, it’s like ‘I got no brains, is it?’” she adds.
Nurul Izzah notes her acceptance of always having to face the court of public opinion.
“After some time, you just stop thinking about what people think because there’s nothing I can do to change that,” she tells Clive Magazine.
Asked if she had ever had to distance herself from her father in order to carve her own name, Nurul Izzah, who is vice-president of PKR, a party in which her father is the de facto leader and her mother, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, the president, says: “Sometimes you do things because it’s right.
“You should be comfortable and accept that this is my father. It’s important because it has shaped me into who I am today.”
Marina MahathirNurul IzzahAccording to the women, one of the best advice their fathers have given them as they were growing up appear to be the same: to remain true to themselves.
Marina says the advice from Dr Mahathir came when she was about to be sent off to the United States after Form Five to stay with an American family whom they had hosted when she was 16.
“... before I left he had to give me the talk,” Marina recalls.
“You’re going over there, it’s a different culture but we are who we are,” she says, quoting her father.
“Also ‘to remain true to yourself’. That’s always been something I kept close to me,” she adds.
Nurul Izzah recalls that Anwar had advised her to stay true to her roots and appreciate local culture when she refused to watch the staging of Raja Lawak, a local production.

Lokap Polis Jadi Pusat Penderaan Tahanan?

keganasan-polis
KOMENTAR :  Dalam tempoh lebih kurang tiga minggu kebelakangan ini, sebanyak tiga insiden kematian tahanan dalam lokap di laporkan pihak media.
Pada 21 Mei, N Dhamendran, 32, mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Pada 26 Mei pula, R Jamesh Ramesh, 40, ditemui mati sehari selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Manakala, pada 1 Jun lalu pula, jurutera P Karuna Nithi, 42, mati dalam tahanan polis di Tampin, Negeri Sembilan.
Sementara Wakil NGO MyWatch dan Power, S Gobi Krishnan berkata antara tahun 2000 hingga 2010 statistik menunjukkan  64 orang Melayu, 30 Cina dan 28 India telah meninggal ketika dalam tahanan polis.
Dari 122 kematian yang di catatkan tersebut menunjukkan terdapat purata 12 kematian setahun atau satu kematian setiap bulan.
dharmendranNamun selama ini, mungkin insiden sebegini sekadar menjadi catatan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak dipanjangkan kepada pihak media.
Atau pun media arus perdana sendiri bertindak ‘mematikan’ berita tersebut kerana dianggap akan memberi keaiban kepada kementerian yang selalunya di pegang oleh perdana menteri sebelum ini.
Senario ini di lihat agak berbeza apabila pembangkang yang lebih ‘advance’ dengan media alternatif mendapat tempat di kalangan rakyat setelah Tsunami politik 2008.
Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kes kematian seperti kes kematian Kugan yang dibongkar oleh media-media alternatif telah membuka minda dan mata rakyat berhubung tindakan salah guna kuasa pihak polis.
Lokap tempat ‘belasah’ pesalah?

Akta Derhaka hanya tunjukkan Malaysia ekstrem, kata PKR


Rafizi PETALING JAYA - PKR menyatakan akta baru tidak perlu dibentuk bagi menghukum pesalah yang terbabit dengan penderhakaan kepada raja sepertimana yang dicadangkan oleh seorang bekas hakim.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penggubalan undang-undang untuk membentuk akta baru akan memberi impak negatif kepada negara termasuk "dicop" sebagai ekstrem.

Menurutnya, Akta Hasutan 1948 telah mencukupi untuk menghukum individu yang bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong.

"Tak perlu sebab sebenarnya, Akta Hasutan bagi saya sudah ada peruntukan untuk undang-undang kepada penderhaka, ia juga perlu dihapuskan sebenarnya akta tersebut.

"Tak mungkin disebabkan segelintir individu yang mempunyai fikiran yang berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yang akan anggap kita semakin ekstrem," katanya pada Sinar Harian ketika sesi wawancara eksklusif di sini, semalam.

Zaman Umno-BN perdaya rakyat sudah berakhir

Kalau dahulu rakyat sering diperdaya dengan fitnah Umno-BN bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstremis, tidak bertolak ansur tetapi hari ini tidak lagi. 

PETALING JAYA: Zaman Umno-Barisan Nasional (BN) memperdaya rakyat, khususnya masyarakat Cina dan India, dengan menabur fitnah bagi memburuk-burukkan PAS sudah berakhir, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman.
Beliau berkata, kalau dahulu rakyat sering diperdaya dengan fitnah Umno-BN bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstremis, tidak bertolak ansur tetapi hari ini tidak lagi.
“Rakyat hari ini terutama di bandar dan pinggir bandar sudah dapat menerima kehadiran dan perjuangan PAS,” kata beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) katanya, hampir keseluruhan anggota masyarakat Cina, sebahagian kaum India dan Melayu telah memberi sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat di negeri Selangor.
“Sebagai contoh, di Paya Jaras ini anggota masyarakat Cina telah memberi sokongan padu kepada saya sebagai wakil rakyat mereka,” katanya dengan disambut sorakan meriah ketika beliau berucap di Majlis Penghargaan Wakil Rakyat malam tadi.
Majlis ini dianjurkan oleh Unit Peti Undi (UPU) Aman Puri dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di KIP Industrial Park, dekat sini dengan dihadiri lebih 5,000 ahli dan penyokong, kebanyakannya anggota masyarakat Cina.

Istilah 'dakwat kekal' tipu pengundi, kata Dr Haron Din


KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.

Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu.

“Polis mempunyai kapa­siti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal mem­bekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi.

“Kalau kerajaan ber­pakat dengan SPR meme­san dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa se­bagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” ujarnya.

Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.

Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.

Dakwat tak kekal: Kenyataan saling bercanggah


KUALA LUMPUR: Rakyat kini sedang dipertonton pula dengan episod kenyataan bercanggah antara Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam berhubung dakwat kekal.

Abdul Aziz mendakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Ianya berkaitan peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat – yang didakwa perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan risiko barah.

Bagaimanapun, Dr S Subramaniam pula berkata tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya dan pihak SPR tidak pernah meminta kementeriannya berbuat demikian.

Sebelum ini Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mendakwa kandungan argentum nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.

Ahmad mendakwa pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan risiko barah.

Altantuya not Pakatan hype but REAL: Mongolian women demand answers from Najib

Altantuya not Pakatan hype but REAL: Mongolian women demand answers from NajibThe Mongolian delegation at the Global Summit of Women in Kuala Lumpur has urged the Malaysian government to provide answers on the mysterious death of Mongolian national Altantuya Shaariibuu in Malaysia.

Speaking to media on the sidelines of the conference, Mongolian Women's Federation (MWF) president J Erdenechimeg said that a new trial should commence to find out who is responsible for Altantuya’s death.

"We are making a special request to the Women, Family and Community Development Ministry of Malaysia to act on this, and for a quick hearing to be convened," she stressed.

Flanked by about 70 from the delegation, she said that this is for the sake of Altantuya's two sons who are now growing up without their mother.

ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya"We also hope for financial support for the two sons," she added.

According to MWF executive director Ariunna Shagdarsuren (right), the MWF had decided to bring the message on behalf of the deceased's family after meeting with Altantuya’s father.

"Her father has asked us to raise this as he needs to tell his grandchildren why their mother died in Malaysia," she said.

"It has been many years, how much longer do they have to wait?"

Hopes M'sian women, mothers sympathise

She noted that the message also comes from Mongolian mothers who feel compassion for the two boys, and hopes that Malaysian women and mothers can sympathise with their plight as well.

She added that the MWF had initially wanted to submit a memorandum to the women, family and community development minister on the matter, but were unable to find an avenue to do so.

placard mongolian women delegation to KL, pc on altantuya"We hope to leave it with the Mongolian Student Association in Malaysia to be forwarded to the ministry," she said.

Altantuya - who assisted in the purchase of the two Scorpene submarines - was murdered and her body blown up into pieces with explosives in Shah Alam in 2006.

She was linked to Abdul Razak Baginda, whose wife owned Perimekar, the company which acted as an agent for the purchase.

Abdul Razak, who was then Defence Minister Najib Abdul Razak's close confidante, had been acquitted for her murder.

Politik Melayu semakin hilang arah, punca


Semakin hilang arah, punca
Nik Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam.
 
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus melahirkan kesedihannya terhadap senario politik Melayu kini dikatakan semakin berpecah belah dan tidak mengutamakan agenda yang seharusnya diperjuangkan.

Beliau yang berucap ketika kuliah mingguan di Medan Ilmu itu turut menyatakan masyarakat sepatutnya bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah SWT yang tidak pernah hilang dari bumi yang dimiliki-NYA.

“Al-Quran merupakan sesuatu pemberian yang berharga dari ALLAH SWT, orang Melayu yang tolak al-Quran tidak akan rasa nikmat itu, sebagai pemimpin, kita tidak boleh benarkan rakyat kita mati dalam keadaan yakin yang
Islam itu ialah pecah belah, Islam huru-hara, hidup ini bersambung dengan mati, lepas mati kita hidup balik.

“Orang Melayu tolak Islam adalah biadab, duduk atas bumi Allah tetapi sombong dan angkuh dengan peraturan yang ditetapkan, bila kita jahil, kita tak kenal halal atau haram, kita duduk atas bumi ALLAH, semuanya milik ALLAH, hanya Nabi yang boleh beritahu kita semua ini,” katanya ketika ceramah di Medan Ilmu semalam.

PKR Kedah lapor polis kenyataan rasis dan perkauman Dr M


PKR Kedah lapor polis
Hsiao Leung (depan, tiga dari kiri) bersama penyokong PR membuat demonstrasi di pekarangan IPD Kota Setar, semalam.
 
ALOR SETAR – PKR Kedah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya yang didakwa menyifatkan pengundi Cina pada PRU13 sebagai rasis.

Ketua Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, kenyataan Mahathir adalah satu serangan yang tidak adil dan tidak rasional untuk menuduh orang Cina yang tidak menyokong BN sebagai cubaan meminggirkan orang Melayu dalam politik dan ekonomi negara.

Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah amat serius yang boleh membangkitkan perasaan benci antara kaum Cina dan Melayu.

“Ini adalah satu kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman dan keharmonian negara yang selama ini dikongsi oleh semua kaum di Malaysia,” katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam.

Tipu PRU: SPR dituntut jelaskan 62,286 undi yang hilang


KUALA LUMPUR: Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menjelaskan kehilangan 62, 286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamirkan.

Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Bin Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun.

"Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan. Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti," kata Azlan dalam suratnya.

Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).

Masih Mahu Berbohong: SPR bertegas telah minta penilaian kementerian isu dakwat keakl


 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.

Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam Khamis lalu bahawa tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya.

NONE"Ya, kita ada (menghantar dakwat kepada kementerian untuk
penilaian keselamatan) dan kita mendapat jawapan," katanya dalam satu komunikasi SMS dengan Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada surat itu akan didedahkan kepada umum, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan.

Abdul Aziz sebelum ini telah memberitahu akhbar Straits Times Singpura pada 12 Mei dalam satu wawancara bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya jangan meletakkan lebih daripada satu peratus siver nitrate dalam dakwat tersebut.

IPCMC perlu berikan hak kepada anggota polis membuat rayuan, kata bekas KPN

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlu juga memberikan keadilan kepada anggota polis, kata bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.
Menurut Musa, IPCMC yang pernah dicadangkan pada 2005 dahulu tidak adil kepada anggota polis kerana tidak memberikan hak kepada anggota-anggota polis untuk membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan IPCMC.
“Kalau penjenayah boleh buat rayuan terhadap hukuman dijatuhkan terhadap mereka, mengapa polis tidak boleh kemukakan rayuan?” kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.
“IPCMC ini kena ada keadilan juga untuk pegawai polis. Yang dulu punya setiap keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya IPCMC, tidak boleh buat rayuan di mahkamah,” tambahnya lagi.
IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC), termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong.
Berikutan beberapa kejadian kematian dalam tahanan polis baru-baru ini termasuk N. Dhamendran kerana dipukul berkali-kali, menurut laporan bedah siasat semasa berada dalam reman polis di ibu pejabat kontingen polis Kuala Lumpur, di sini pada 21 Mei, desakan agar kerajaan melaksanakan IPCMC kembali bergema.
Apabila ditanya tentang banyaknya kejadian dalam tahanan polis baru-baru ini, Musa berkata, “Saya syak, ramai yang mati dalam lokap ni sebab ada masalah kesihatan.”
Kata Musa (gambar fail), bukan pertama kali pendakwaan terhadap anggota polis yang menyebabkan kematian tahanan. Sebelum ini katanya sekitar tahun 70an-80an pernah berlaku dua-tiga kes.

BN perlihat wajah sebenar seakan Hitler


KUALA LUMPUR, 8 JUN – “Tindakan BN menjadikan keputusan pilihanraya sebagai isu perkauman bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan merbahaya malah memperlihatkan wajah sebenar mereka yang sangat cela dengan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan.”
Demikian yang disifatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berikutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengutuk tindakan jahat Barisan Nasional (BN) yang menyerang parti tersebut tanpa henti lebih sebulan selepas parti kerajaan minoriti itu kalah undi popular dalam PRU ke 13.
Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu bahawa mesyuarat CEC pada 5 Jun lalu memberi fokus kepada serangan tanpa henti oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan penglibatan media kawalan BN terutamanya akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia terhadap DAP.
“Pelbagai penipuan tentang kejanggalan dan pelanggaran undang-undang dalam Kongres Kebangsaan DAP (diwujudkan) demi membina alasan bagi mengharamkan parti DAP.
“CEC DAP secara terang mencela perbuatan jahat BN yang cuba mewujudkan penipuan kononnya tidak ada notis diberikan kepada lebih 700 perwakilan sedangkan sebenarnya notis telah dihantar,” ujar beliau.
Guan Eng mengutuk tindakan pihak-pihak terbabit yang mempergunakan agensi kerajaan dan media yang dikawal kerajaan untuk memburuk-burukkan DAP sebagai sebahagian usaha BN untuk menang dengan taktik kotor dengan mengharamkan DAP selepas mereka kalah teruk dalam pilihan raya umum

TGNA | Kuliah Jumaat 7 Jun 2013