Rabu, 5 Jun 2013

PATI akan jadi pewaris Negara ini ?

Ketua Pemuda DAP Kecam Utusan ! Apa pula Umno nak boikot?

Bila CEO Air AsiaX Azran Osman Rani kecam Utusan Malaysia, maka pakat bangun habis pejuang melayu haprak meminta orang melayu boikot penerbangan Air Asia...


Hari ini , Anthony Loke secara anak jantan yang bertelur ditemani rakan-rakan dari PKR dan PAS, kesemuanya Melayu turut sama menemani Anthony mengecam Utusan Malaysia... Ha ha ha .. apa macam?



Berita sepenuhnya boleh baca Di Sini

Graduan disisih kerana dasar UMNO tidak untungkan Melayu


KUALA LUMPUR, 5 JUN: Dakwaan ramai graduan Melayu gagal mendapat pekerjaan di syarikat besar bukan bermakna mereka disisih tetapi disebabkan pelbagai dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menguntungkan orang Melayu.
Senator Dr Ariffin Omar berkata, peminggiran graduan Melayu ini harus dilihat melalui pelbagai sudut secara holistik.
“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan pihak yang tidak mengambil graduan Melayu bekerja sahaja tetapi perlu melihat pokok pangkal punca berlakunya perkara itu,” ujar beliau ketika dihubungi hari ini.
Mengulas laporan tajuk utama akhbar Utusan Malaysia hari ini ‘Graduan Melayu disisih’, Dr Ariffin berkata, rakyat Malaysia harus sedar bahawa penguasaan BN dan UMNO lebih 50 tahun lalu menyebabkan banyak dasar yang dibuat tidak seimbang malah merugikan orang Melayu dan rakyat.
Contoh, kata pakar dalam sejarah dan kebudayaan Melayu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sendiri telah gagal memajukan orang Melayu tetapi lebih menguntungkan syarikat kroni UMNO yang tidak berpengalaman.
“Akibatnya, berlaku gejala ‘alibaba’ dan kita tidak berasa janggal kalau ada pihak yang mendakwa DEB lebih menguntungkan ‘bukan Melayu’. Jangan kita salahkan orang lain. Ini adalah disebabkan dasar UMNO yang tidak minat untuk majukan orang Melayu sendiri,” tegasnya.
Ditanya mengenai kemunculan banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) negara ini, Dr Ariffin berkata, kerajaan memang tidak ada masalah untuk melaksanakannya.

Kemelut projek KLIA2 terbongkar, MAHB akui kelemahan


KUALA LUMPUR, 5 JUN: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akhirnya mengakui  projek KLIA2 tergendala teruk setelah berbulan-bulan menafikan kepincangan yang berlaku itu.
Pengakuan MAHB ini dibuat selepas Pakatan Rakyat (PR) beberapa kali mempertikaikan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata, MAHB memberi alasan kelewatan menyiapkan kerja pembinaan yang sepatutnya siap pada September 2011 itu kerana beberapa bahagian projek yang gagal disiapkan kontraktor terbabit.
“Kami tidak terkejut apabila kontraktor utama projek itu menafikan dakwaan MAHB sebaliknya menyalahkan MAHB sendiri kerana memberi arahan berulang kepada kontrak asal,” katanya Pua dalam kenyataannya, hari ini.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mempertikaikan tindakan MAHB yang menyalahkan pihak kontraktor selepas dua tahun berlaku kelewatan.
“Jika ianya benar kesalahan pihak kontraktor, mengapa mereka tidak dikenakan denda dan ganti rugi yang ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) sejak September 2011 kerana kelewatan menyiapkan projek berkenaan,” katanya.
Menurut Pua, masalah membabitkan kontraktor itu tidak pernah disebut MAHB atau Kementerian Pengangkutan sepanjang 18 bulan lalu ketika beliau dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengetengahkan isu berkenaan.

Matlamat Black 505 bukan mengadakan perhimpunan semata-mata, kata pakar strategi MCA

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Perhimpunan yang dianjurkan parti pembangkang serta penyokong mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.

Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.

Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.

"Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

UMNO BN Menang Tetapi Mereka Masih Berantakan Dan Meroyan..


Perjuangan Umno sudah tidak bertenaga

KUALA LUMPUR: Selepas keputusan PRU13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadikan BN parti tunggal.

Selain itu, ada cadangan membubarkan semua parti komponen menjadi satu sahaja seperti yang disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini ditambah pula kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan Umno menang bukan kerana kuat, tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno pada PRU13.

“Sampai bila Melayu hendak ditakutkan kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai, sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada hantu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Umno berada pada situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi kerana Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut.

Katanya, mereka sedar, Melayu musnah semuanya angkara Umno.

Beliau berkata, golongan ini mula mempersoalkan kenapa setelah 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang.

Ini, katanya kerana Umno telah khianat amanah untuk membantu orang Melayu.

“Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik.

“Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat?” tanya beliau.

Disebalik kisah MIRZAN, PETRON & SAN MIGUEL.....

Selangor water issue: Ministry response positive, says Khalid

PELAJAR: We are Youth

Indian rights group to protest RTM's Interlok drama series

The Hindraf brothers: Uthaya jailed the day Waytha becomes senator

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Selangor




PRU13: PAS fail petisyen minggu depan


KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan petisyen Pilihan raya Umum ke-13 bermula minggu depan di enam buah negeri.

Setiausaha Jawatankuasa Khas Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata setakat ini, terdapat lapan petisyen yang disahkan akan difailkan, tidak termasuk enam dari Terengganu.

"Setakat ini, jumlah petisyen yang disahkan lapan, tidak termasuk enam dari Terengganu. Jika Terengganu memutuskan enam petisyen, maka 14 petisyen akan difailkan. Mungkin juga akan berlaku perubahan sama ada hanya lima yang difailkan Terengganu, bergantung kepada keputusan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) esok," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Kerdee berkata pada asalnya sebanyak 20 petisyen akan difailkan, bagaimanapun selepas enam kali bermesyuarat dan beberapa saringan dilakukan, jawatankuasa bersetuju untuk memfailkan lapan petisyen.

Petisyen tersebut akan difailkan di Wilayah Persekutuan, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, dan Terengganu.

I remember seeing these 3 cops at the lockup when I visited Dharmendran - widow

EAIC forms task force to probe custodial deaths

Postmortem PRU13 selesai menjelang muktamar - Salahudin


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Postmortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka selesai menyiapkan laporan lengkap berhubung prestasi PAS dalam PRU13, menjelang muktamar tahunan PAS ke-59.

Pengerusinya, Salahuddin Ayub (gambar) , berkata laporan lengkap itu akan dibentangkan selewat-lewatnya akhir Oktober ini dengan penglibatan 15 kumpulan sasaran yang bakal memberikan pandangan dan input kepada jawatankuasa tersebut.

Selain organ parti, kata Salahuddin kumpulan sasaran lain yang akan terlibat dalam memberikan input itu, termasuklah daripada badan NGO, tokoh politik, sosial, ekonomi dan juga akademik.

Dalam masa sama, tegas Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS itu, jawatankuasa juga akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil negeri untuk mendapatkan input secara langsung supaya laporan yang diterima meliputi di peringkat akar umbi.

"Setelah bermesyuarat dua kali sebelum ini, jawatankuasa telah menyediakan format laporan serta terma-terma bagi kegunaan jawatankuasa, selain menetapkan tarikh-tarikh untuk diadakan pertemuan dengan PAS negeri-negeri bagi mendapatkan maklumat mengenai prestasi PAS pada PRU13 lepas," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

'Utusan Malaysia berbohong untuk jatuhkan DAP'

DAP menuduh akhbar harian milik Umno - Utusan Malaysia - menyiarkan "pembohongan" dalam  laporan muka depannya untuk membawa "agenda" pemiliknya supaya pendaftaran parti pembangkang itu dibatalkan.

NONELaporan itu memetik seorang pemimpin kanan DAP yang enggan namanya disiarkan mendakwa, pemilihan itu dipercayai bagi 'mencantas' mana-mana cawangan yang bertindak lantang
menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lepas.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata, laporan tersebut tidak mempunyai merit.

Katanya, ini kerana pemilihan peringkat cawangan adalah urusan tahunan parti itu dan tahun ini ia telah ditangguhkan dari April/Mei kepada Jun kerana pilihan raya umum ke-13.

NONE"Utusan Malaysia nak tipu sampai bila? Jelas ia nak beri tanggapan buruk dan negatif dengan motif akhirnya untuk memberi justifikasi
ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk membatalkan pendaftaran DAP," kata Loke (kiri dalam foto).

Tegasnya, walaupun jika ROS akhirnya mendapati DAP perlu mengadakan pemilihan CEC, senarai senarai perwakilan asal dari Disember lepas akan digunakan.

Oleh itu, hujahnya, tidak timbul persoalan pemilihan peringkat cawangan diadakan untuk menggagalkan sebarang pemilihan CEC.

Selain itu, katanya, ROS juga belum menemui sebarang kesalahan DAP.

Kes Nik Aziz saman bekas KPN, NSTP RM10 juta selesai di luar mahkamah

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Saman fitnah RM10 juta yang difailkan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain, selesai hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah.

Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Abdul Rahim memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong.

Choo berkata plaintif dan defenden bersetuju dengan penyelesaian itu tanpa melibatkan sebarang liabiliti. Bagaimanapun, kata beliau, syarat penyelesaian tidak dapat diumumkan. "Susulan itu, Nik Abdul Aziz menarik balik saman berkenaan," katanya.

Pada 31 Mei tahun lepas, Nik Abdul Aziz memfailkan saman itu dengan menamakan Abdul Rahim, tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST) — Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean and Nik Imran Abdullah —, ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, ketua pengarang NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan. Dalam penyata tuntutannya, Nik Abdul Aziz berkata defendan secara bersama bertanggungjawab menulis dan menyebabkan penerbitan satu artikel berunsur fitnah pada muka surat 6 akhbar itu pada 8 Mei tahun lepas. — Bernama

Sidang Media Exco Selangor: Isu Pelantikan Saifuddin & Perumahan Bukit Botak

'Saya puas hati' but I will be watching the trial closely - Dharmendran's widow

Badan Hak Asasi Antarabangsa Gesa PM Henti Ganggu Peserta Himpunan Aman - BULETIN 13

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Selangor




MB Yakin Saifuddin Mampu Bantu Laksana Manifesto PR Di Selangor



SHAH ALAM 5 JUN : Pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dilihat dapat membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 lalu.
SUK Saifudin copyMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana individu yang layak bagi membantu menjayakan usaha Kerajaan Negeri.
“Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk mencari individu yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan manifesto yang kita bentangkan dalam PRU13 lalu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor, di Pejabat Kerajaan Negeri, di sini.
Abdul Khalid menambah Kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan Saifuddin bersama pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada minggu depan bagi membincangkan usaha meningkatkan pembangunan luar bandar yang akan diterajui Setiausaha Agung PKR itu.
Pelantikan Saifuddin diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Kali Ke 9 parti itu di Petaling Jaya bulan lalu.

Dalam masa yang sama, katanya, isu tuntutan PAS dan DAP terhadap jawatan yang setara dengan Saifuddin turut akan dibincangkan dalam pertemuan itu.

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Pahang




Kes N Dhamenderen: Sarjan, dua koperal didakwa atas tuduhan membunuh tahanan lokap

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis seorang berpangkat Sarjan dan dua koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh tahanan dalam lokap, N Dhamenderen pada 21 Mei lalu.

Bagaimanapun, Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Nahar Abdul Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswasdi Zamri Shaari, 32, mengangguk kepala dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan Majistret Nur Al-Minatul Mardiah Md Nor sebentar tadi.
Kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.


Mahkamah menetapkan 9 Julai ini untuk sebutan kes dan menunggu laporan bedah siasat.                                          

BN laku manipulasi untuk menang disetiap pilihanraya...

Oleh Muhammad Sabu
HAMPIR setiap kali selepas pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, pihak yang kalah akan membuat “post mortem”. Sebab musabab kekalahan dalam pilihan raya dicari, dicungkil dan dihurai untuk persiapan pilihan raya akan datang.

Saya telah beberapa kali diamanahkan untuk mengetuai pasukan “post mortem”, terutama selepas pilihan raya 2008. Selalunya pemimpin kita (PAS) akan menasihatkan ahli dan pengikutnya untuk bersabar menerima keputusan rakyat dan ahli pula diminta membuat muhasabah terhadap diri dan jemaah (parti).
Hampir setiap “post mortem”, kita akan temui akan sebab punca kekalahan pada PAS dan parti pembangkang yang lain;
  1. Media yang tidak adil.
  2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.
  3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.
  4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.
  5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.
  6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.
  7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).
  8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.
Di atas adalah sebahagian daripada “post mortem”, sebab musabab PAS dan “pembangkang” lain sukar mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Hasil "tarbiyyah" 55 tahun dari UMNO...apa nak hairan !

Oleh Tok Pepijat
Hinaan MCA Segamat melalui mulut jahat Ketuanya Dr Lee Hong Tee terhadap PAS sebagai ultra konservatif tidak menghairankan.
MCA yang di"tarbiyyah" selama 55 tahun oleh UMNO dan berketuakan seorang yang terlibat dengan skandal sex tentunya jahil tentang ilmu adab dan akhlak kemanusiawi.


Bagi MCA tentunya segala yang terdedah itu baik untuk anak-anak mereka.

Barangkali di setiap rumah ahli MCA ada tape lucah  adalah kewajipan untuk tontonan keluarga.

Barangkali di setiap rumah ahli MCA, setiap bapanya sudah biasa berlanggan GRO dari China untuk ditiduri. Dan sang isteri sekadar senyum-senyum melihat "kehebatan" suami mereka.

Inilah ajaran MCA yang dipelajari dari Presidennya yang takut bertanding dalam PRU 13! Takut kalah !

Cumanya, sebenarnya MCA tidak tahu bahawa antara sebab orang Cina mengundi PAS dan tidak memangkah calon sebangsa dengan mereka dari MCA adalah kerana orang Cina sokong cara PAS membentuk peribadi mulia rakyat Malaysia.

Orang Cina mahu jadi seperti Cina di Kelantan yang selamat dari gejala sosial seperti judi dan arak serta pelacuran.

Ini yang MCA masih tidak faham-faham. Dan inilah hasil kesan "tarbiyyah" dari UMNO.

Jangan Sekat Demokrasi Dalam UMNO......

Oleh Shahbudin Husin
Walaupun pemilihan UMNO masih jauh, tetapi seperti terdapat usaha untuk menyekat pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang bakal diadakan hujung tahun ini. Semalam UMNO Negeri Sembilan meluluskan resolusi agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan atas alasan sebagai persiapan awal UMNO menghadapi PRU 14.

Sehari sebelum itu pula, Ahli MT UMNO yang kalah bertanding di Batu Pahat, Fuad Zarkashi mencadangkan agar Najib dan Muhyiddin dikekalkan bagi kedua jawatan tertinggi UMNO kerana gandingan keduanya sudah cukup baik bagi UMNO.

Hari ini Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO turut  menyokong cadangan agar kedua-dua jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu tidak dipertandingkan.

Sementara Najib cuba menjadi seorang jantan dengan mengatakan beliau sedia dicabar dalam pemilihan parti hujung tahun ini, apa yang berlaku sebaliknya pula  iaitu terdapat pula pemimpin lain yang seolah-olah takut dengan pertandingan dan cuba menyekat demokrasi dalam UMNO.

Kalau mengikut tradisi UMNO, Najib bukan saja harus dilawan tetapi wajib disingkirkan. Ini kerana beliau telah gagal dalam pilihanraya lalu. Walaupun menang dengan 133 kerusi, Najib ternyata lebih teruk dari Pak Lah yang menang 140 kerusi pada 2008, hilang undi popular, gagal menawan Selangor, ditolak oleh pengundi Cina dan pelbagai kegagalan yang lain lagi.

Lagi pula Najib yang terkenal dengan pelbagai transformasi telah juga memperkenalkan peraturan baru dalam proses pemilihan UMNO yang memberi hak kepada lebih ramai  pemimpin peringkat cawangan menentukan siapa pemimpin yang mereka kehendaki. Jika benar inginkan transformasi, pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden adalah salah satu usaha ke arah itu.

Ramai orang Melayu meluat dengan Umno - Dr M

STANDFIRST Perkara ini terjadi kerana Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.
PETALING JAYA: Umno sekarang ini tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisannya bertajuk ‘Umno dahulu dan sekarang’ yang disiarkan dalam blognya www.chedet.cc hari ini beliau mengakui bahawa ramai orang Melayu sekarang ini meluat dengan Umno dan parti itu kini dianggap tidak lagi relevan dan perlu ditolak.
Menurut beliau, perkara ini terjadi kerana Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja.
“Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” terang Dr Mahathir.
Katanya, berbeza dengan Umno enam puluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.
Menurutnya, perjuangan pemimpin dan ahli pengasas Umno, yang ditubuhkan pada tahun 1946 itu, ialah untuk bangsa, agama dan tanahair.
“Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.
“Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti Umno yang ditubuh oleh mereka.
“Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama,” kata Dr Mahathir.
Tiada pilihan

Uthaya dipenjara 30 bulan

Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah membuat kenyataan hasutan pada 2007.

Beliau didakwa memuatkan bahan hasutan dalam surat yang ditulis antara 15 November hingga 8 Disember 2007 kepada perdana menteri British ketika itu Gordon Brown, yang mendakwa terdapat pembersihan etnik India miskin di Malaysia.

Dia juga memuatkannya di laman web Police Watch yang tidak lagi beroperasi.

Pada Isnin, Uthayakumar menolak untuk menyambung pembelaannya atas alasan bahawa keadaan kes itu tidak membenarkannya untuk meneruskannya. Dia juga enggan membuat penghujahannya pagi ini.

Kes itu dikendalikan oleh Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Suruhanjaya Intergriti siasat kematian dalam tahanan


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Malaysia akan menubuhkan satu Task Force bagi menyiasat kematian yang semakin menjadi-jadi dalam tahanan pihak berkuasa.

Setiausaha yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Afizah Hanum Mokhtar (gambar) dalam sidang medianya berkata, ini adalah antara tindakan awal suruhanjaya ini sejak ia ditubuhkan.

Sehingga minggu ini, sudah sembilan mati dalam tahanan atau penyeliaan pihak polis.

Polis adalah salah satu dari 19 agensi penguatkuasaan yang dipantau oleh EAIC.

"Kita akan menubuhkan task force yang dianggotai oleh 5 - 8 anggota untuk menyiasat kes ini," kata Nur Afizah dalam sidang media di pejabatnya dekat Presint 2 hari ini.

Suruhanjaya Integriti adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], berkuat kuasa mulai 1 April 2011.

Antara fungsi Suruhanjaya ini adalah untuk menerima aduan terhadap salah laku pegawai penguat kuasa atau Agensi Penguatkuasaan Persekutuan serta mengurus dan menjalankan siasatan terhadap aduan sedemikian.

Anthony Loke: Utusan Malaysia Sampai Bila Nak Tipu?

Pakatan Rakyat: Himpunan Blackout 505 Kuala Lumpur Di Padang Merbok 15 Jun 2 pm

Realiti seorang banduan di Penjara Sg Buloh - Siri 2

Safwan Anang
Masuk sahaja pintu Sg Buloh, kami semua di bawa ke kawasan “kuarantin”. Semua diminta memberitahu atau mengisytiharkan (declare) sekiranya ada membawa bersama telefon bimbit. Mujurlah aku tak bawa dan minta isteri simpan. Tiba-tiba salah sorang Cikgu menjerit kuat “ Bukak semua kasut dan selipar, buang tali pinggang dan keluarkan dompet! Aku cakap sekali saja, sapa lambat siap! Tak lama lepas 4 lima saat…Panggggggggg!!! Orang pertama ditampar selang dua baris dari aku kerana lambat bukak kasut !”. Kan aku dah cakap bukak kasut, bukak kasut la…yang duk terhegeh-hegeh tu kenapa…rupanya mamat tu bukan warganegara dan tak paham bahasa Melayu.

Cikgu dah cakap, sape suruh kau datang Malaysia, kau sampai Malaysia ikut undang-undang sini lah. Duduk diam-diam. Kami semua di periksa dengan teliti. Lepas sorang je kena, habis semua banduan dah kecut perut termasuk aku. Jantung mula berdegung kencang! Gedebuk lagi, yang ni pulak lambat bukak tali pinggang. Semua banduan baru seperti kami terlolong mata melihat lepas sorang-sorang kena. Cikgu melaung, siapa-siapa yang tak reti nak ikut arahan dia akan kena!

Semua diperiksa di semua anggota badan. Ya, semua sekali tak ada seinci pun yang terlepas. Bukak mulut tu luas-luas. Dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Tiba giliran aku, badan diperiksa. Pusing belakang, terpampanglah baju aku yang tertulis “Blackout 505”. Cikgu bersuara perlahan, “Oh, kaulah budak tu ye”. Aku hanya diam dan mengangguk. Terkedu. Tak mampu nak keluar suara. Apa lagi, semua banduan beralih arah mata tertumpu pada aku. Mereka hairan, kenapa bila sampai giliran aku, cikgu berlembut. Kalau giliran mereka semuanya tak lepas dari penampar, penumbuk, dan terajang.

Semua muka banduan tu kelihatan tak puas hati, seolah-olah aku dapat layanan istimewa. Cikgu terus periksa, kasut aku. Dibukak semua tapak kasut, dirobek-robek takut ada apa-apa yang diselit. Dompet aku dibukak, dibukak kemudian Cikgu terjumpa sekeping memori kad dan Sim Kad lama yang sudah rosak. Cikgu mula melenting, “Kan aku dah cakap kalau ada telefon sila isytihar!!!” Aku menjawab, tak cikgu, tu semua dah rosak. Kau ni saja nak cari pasal sambil Cikgu mematahkan memori dan sim kad lama aku tu. Kesalahan pertama aku, hampir-hampir kena makan pelempang. Mujurlah cikgu masih boleh tahan sabar dengan aku.

Cops to be charged with murder for Dhamendran's death

Rafizi: Padang Merbok Lokasi Blackout 505 Kuala Lumpur

Pengundi Bangladesh: Siasat dakwaan, bukan sekadar nafi

IzzahNaib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah mendesak kerajaan Malaysia dan polis menyiasat segala bukti yang didedahkan orang ramai berhubung kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh, Myanmar dan Pakistan dalam pilihan raya umum ke-13.
Beliau menegaskan, kenyataan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, AKM Atiqur Rahman menafikan 40,000 warga Bangladesh diberi kad pengenalan untuk mengundi tidak cukup dijadikan alasan.
“KEADILAN desak pihak berkuasa teliti dokumen bukti yang diberikan. Bukan sekadar menafikan sahaja,” ujar ahli parlimen Lembah Pantai itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.
Pada 3 Jun, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menafikan dakwaan 40,000 warganya dibawa masuk ke Malaysia untuk mengundi 5 Mei lalu dengan alasan jumlah tersebut tidak mungkin dapat dibawa masuk dalam tempoh seminggu

Police under fire over deaths in custody

Three deaths within 11 days has tarnished the image of the police and these deaths are widely viewed as corrupt and brutal. 

KUALA LUMPUR: Truck driver N. Dhamendran entered a Malaysian police station on May 11 to record a statement over a scuffle he was involved in, and never came out alive.
Ten days later, police produced the 32-year-old’s battered corpse, his ears grotesquely pierced with a stapler, and said he died of a heart attack.
The case has brought new focus to a shocking and persistent scandal tarnishing Malaysia’s security forces — routine deaths at the hands of police widely viewed as corrupt and brutal.
More than 160 such deaths have been reported since 2000, three in an 11-day span beginning with Dhamendran’s, yet never has an officer faced charges despite evidence of police brutality in many cases.
“Nowadays, we don’t have to be afraid of gangsters, we must be afraid of them (police),” a distraught M. Marry, Dhamendran’s wife, told AFP.
The episode has also spotlighted the comparatively sorry state of Malaysia’s ethnic Indians who make up eight percent of the multi-racial country’s 28 million people.
Like Dhamendran, those dying in police custody are typically ethnic Indians, which activists call a deadly symptom of their marginalisation.
Imported under British colonial rule since the mid-1800s as plantation workers, Indians have fared poorly relative to majority Malays, who control politics, and the large Chinese minority which dominates the economy.
“Indians, who have the least amount of political and economic power, are dehumanised,” said Michelle Yesudas, of rights group Lawyers for Liberty.
The United Malays National Organisation (UMNO), the ruling party that has towered over the country’s politics since independence in 1957, maintains policies that give Muslim Malays business and educational advantages.

‘Prosecuting rally organisers mocks Najib’s pledges’

Human Rights Watch calls on the government to stop prosecuting the 'Blackout 505' rally organisers.

PETALING JAYA: Human Rights Watch (HRW) said Putrajaya’s decision to prosecute the organisers of the “Blackout 505” rally under the Peaceful Assembly Act 2012 makes a mockery of Prime Minister Najib Tun Razak’s promises.
“Prosecuting activists for organising peaceful protests makes a mockery of the prime minister’s promises to establish a rights-respecting government in Malaysia.
“The government should drop the charges against the six activists and publicly pledge to cease bringing cases against organizers of peaceful protests,” said the human rights organisation’s Asia region deputy director Phil Robertson in a letter to Najib.
The Blackout 505 rallies are organised by Pakatan Rakyat and have been held nationwide to protest the 13th general election results. Opposition Leader Anwar Ibrahim claimed that Pakatan was robbed of its victory.
Upto six people, including Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad who is also PKR communication bureau chief, have been charged under the Peaceful Assembly Act 2012 that underlines the need for organisers to notify police of an assembly 10 days before the event.
Those found guilty would be fined RM10,000. State assemblymen and parliamentarians who are found guilty risk losing their seats.
Instead of prosecuting political opponents, Najib was advised to address the issues that Pakatan had raised on GE13.

Jangan tutup muka pembunuh N Dhamendran

KUALA LUMPUR: Orang ramai meminta polis yang akan didakwa kerana membunuh tahanannya petang ini dibiarkan mukanya terbuka untuk mempastikan ketelusan.

(Surendran dan keluarga N Dhamendran menunjukkan gambar kecederaan kepadanya dalam sidang medianya sebelum ini)

Ini adalah pengajaran dari kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang sehingga hari ini masih kontroversi kerana kedua-dua polis yang didakwa tidak dikenali umum sehingga kini.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan, anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang tahanan N Dhamendran akan didakwa di mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh.

“Pasukan petugas yang ditubuhkan oleh Ketua Polis Negara untuk menyiasat perkara ini telah menyelesaikan siasatannya dan telah mengemukakan kertas siasatan yang berkaitan kepada Jabatan Peguam Negara pada 4 Jun 2013.

“Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Anggota polis yang berkenaan akan dituduh di mahkamah petang hari ini, 5 Jun 2013,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes Dhamendran: Polis terlibat didakwa hari ini





 
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang tahanan N Dhamendran akan didakwa di mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh.

“Pasukan petugas yang ditubuhkan oleh Ketua Polis Negara untuk menyiasat perkara ini telah menyelesaikan siasatannya dan telah mengemukakan kertas siasatan yang berkaitan kepada Jabatan Peguam Negara pada 4 Jun 2013.

“Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Anggota polis yang berkenaan akan dituduh di mahkamah petang hari ini, 5 Jun 2013,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan segera pasukan polis dalam menangani kes berkenaan adalah membanggakan dan menggambarkan komitmen PDRM untuk menegakkan kewibawaan institusi tersebut.

Kerajaan Umno hina Agong bila tolak IPCMC


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umnolah yang pertama sepatutnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong kerana keengganannya melaksanakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) bukannya individu yang membuat melalui facebook pribadi mereka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan hanya sibuk menghentam dan mendakwa pengguna Facebook sahaja sedangkan yang lebih terang-terangan menghina Agong dan mesti didakwa sebelum yang lain ialah kerajaan Umno yang menolak cadangan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia supaya ditubuhkan IPCMC.

"Itu suruhanjaya diraja di bawah Agong tetapi kerajaan Umno menghina suruhanjaya itu dan melayan mereka seperti kumpulan tepi longkang apabila membakulsampahkan begitu sahaja cadangan suruhanjaya itu.

"Menghina suruhanjaya diraja di bawah Agong sama seperti menghina Agong," kata beliau sambil membangkitkan cadangan suruhanjaya itu bukan sahaja ditolak malah kerajaan membiarkan sahaja mereka dikecam dengan begitu terbuka oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Akibat penghinaan kerajaan Umno terhadap suruhanjaya diraja itu, kata Mahfuz (gambar kanan), kesannya kini ditanggung oleh rakyat dan mereka merasa semakin dianiayai.

"Tidak putus-putus kita dilaporkan dengan kematian demi kematian ketika dalam lokap polis.

"Belum sempat mahkamah jatuhkan hukuman, sudah mati dengan cara yang begitu dipertikaikan dalam lokap polis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang berkata, sepatutnya balai polis adalah tempat paling selamat.

"Sepatutnya balai polis jadi tempat yang paling selamat bagi mana-mana orang kerana ia tempat yang dijaga mengikut undang-undang," kata Khalid.

Tipu PRU: Suhakam sahkan terima laporan lebih 50,000 undi ‘hilang’

Suhakam-logoKUALA  LUMPUR, 5 JUN: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengesahkan menerima laporan kehilangan lebih 50,000 undi pada pilihan raya umum ke-13 seperti aduan seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif, 30 Mei lalu.
“Suhakam ingin mengesahkan penerimaan aduan yang tersebut,” menurut kenyataan Ketua Penolong Setiausaha Kumpulan Aduan, Inkuiri & Pemantauan Suhakam yang turut dipanjangkan kepada pengadu.
“Perkara yang dibangkitkan akan diambil perhatian yang sewajarnya,” tambah kenyataan yang dikeluarkan 4 Jun lalu.
azlan_shariff_lapor_polisPada 30 Mei, Azlan membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan PRU ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu, berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.
Menurut Azlan, 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, di Pulau Pinang dan DUN Banggi serta DUN Labuk, Sabah.
Enam laporan polis melibatkan kehilangan undi, salah kira, maklumat yang berubah, perbezaan undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.
Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, ia adalah kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2).

Jalan Lupa : #Black 505 Diadakan Di Padang Merbok, Kuala Lumpur Pada 15 Jun 2013

PETALING JAYA, 5 JUN: Penganjur Perhimpunan Aman #Black 505 memilih Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan yang diadakan pada 15 Jun nanti.
Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pandangan Polis Diraja Malaysia yang menggesa perhimpunan itu tidak melibatkan Dataran Merdeka.
Himpunan tersebut merupakan kesinambungan dari himpunan-himpunan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini bagi membantah keputusan pilihanraya ke-13 yang didakwa terpesong kerana penipuan.

All eyes on Anwar to lift nation out from post GE13 quicksand: PR to hold June 15 rally at Padang Merbok

All eyes are on Malaysia's Opposition icon Anwar Ibrahim and his next moves to lift the country out of the quick sand it has fallen into after a controversial May 5 general election. Anwar's Pakatan Rakyat coalition formally announced today it will hold a much anticipated June 15 rally - a move that his supporters see as a moral victory in their battle to reclaim an electoral "victory that was stolen" from them by Prime Minister Najib Razak's Umno-BN government.
All eyes on Anwar to lift nation out from post GE13 quicksand: PR to hold June 15 rally at Padang MerbokAt a press conference held on Wednesday morning, Pakatan leaders confirmed they will hold the planned "mammoth gathering" at the Padang Merbok field in Kuala Lumpur at 2pm on June 15, promising to offer "maximum" co-operation to the police and extending the required 10 days notice to the authorities - the main stumbling block so far to peaceful assemblies in Malaysia and slammed by activists as a devious means by which the BN government was still suppressing the growing civil rights movement in the country.
"Of course, Umno-BN is terrified of Black 505. They are afraid of Anwar's drawing power. there is no other leader in the country now and in the entire history of the nation- Malay or non-Malay - who can mobilize this type of public support other than him. And when you have 100,000 people or even 50,000 people clamoring for Umno to 'tumbang" or be toppled, Najib to step down, surely you will be scared if you are from Umno-BN," PKR youth leader Zulkefly told Malaysia Chronicle.
"We have also been accused of instigating the people to call for Najib's resignation and to hate Umno but let me ask you back. Are Malaysians so stupid? Are we like the (proverbial) 10,000 flies that eat shit? Are Malaysians so silly as to be the 10,001 fly and follow suit? The fact is Malaysians have minds of their own and if they show they want to take part in Black 505 and you can see them really enjoying themselves calling for the resignations of the PM and EC chiefs, that means they mean it. That means they have a message they want to send. It is Najib and the EC who must face reality and resign instead of trying to pin the blame on the Opposition. Whatever it is, crackdowns for holding Black 505 are not the way to solve the issue, not now in Malaysia - the people will no longer accept such ham-fisted rule."
Although it remains to be seen if Home Minister Zahid Hamidi will keep his promise, Zahid had in an apparent breakthrough given the green light for the rally provided that Anwar abided by the conditions of the Peaceful Assembly Act 2012. “If Anwar is planning to hold a rally within the premise of the APA (Malay acronym for the PPA), the police will allow it,” the minister had told reporters on Tuesday.