Selasa, 4 Jun 2013

Tipu PRU: Calon BN rampas kertas undi petugas SPR, bayar RM100

RafiziPETALING JAYA 4 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan salinan laporan polis yang menunjukkan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, merampas kertas undi pos daripada 25 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut saksi yang enggan namanya didedahkan, pada 29 April lalu, beliau bersama 24 orang lagi petugas SPR yang akan bertugas pada hari mengundi dipanggil oleh calon BN Hulu Besut, Nawi Mohamad di Bilik Mesyuarat DUN Kampung Chegar, Batang Pasir Akar.
Setelah semua mereka memasuki bilik tersebut, pintu kemudiannya dikunci dan mereka diarahkan untuk menyerahkan kertas undi masing-masing yang belum dipangkah. Mereka turut dibayar RM100 setiap seorang.
Akibat merasa tidak senang dengan tindakan calon BN itu, beliau bersama tiga lagi petugas berkenaan kembali ke pejabat DUN itu keseokan hari untuk mengambil semula kertas undi mereka.
“Setelah kertas undi diberi semula kepada kami, saya dapati kertas undi tersebut telah dipangkah tanpa pengetahuan dan kebenaran kami,” kata saksi terbabit dalam laporannya yang diedar Rafizi kepada media di ibu pejabat parti hari ini.
Menurutnya lagi, beliau menjadi saksi bahawa sebanyak 20 lagi kertas undi pos  yang tidak dikembalikan telah dimasuk ke dalam peti undi.

Kita Lihat Siapa Yang Kena: Paul Low kata akan cadangkan penubuhan IPCMC dalam mesyuarat Kabinet esok

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berjanji hari ini akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dalam mesyuarat Kabinet esok dikala peningkatan kematian dalam tahanan.
Akan tetapi Low, menteri yang menguruskan permasalahan integriti dan rasuah enggan memberitahu sama ada beliau menyokong penubuhan IPCMC selepas mesyuarat dengan Pengarah Strategi MIC S. Vell Paari dan NGO India hari ini.
“Itu saya tidak boleh cakap; Saya berjanji akan kemukakan permintaan mereka,” kata Low kepada The Malaysian Insider hari ini.
Vell Paari memberitahu The Malaysian Insider hari ini kedua-dua menteri MIC - presiden parti Datuk Seri G. Palanivel yang mengetuai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam - dilantik sebagai Menteri Kesihatan - akan menyokong penubuhan IPCMC. "Rakyat secara umumnya tidak gembira dan marah dengan isu ini dan mahu melihat tindakan diambil serta merta," kata Vell Paari, merujuk kepada kematian dalam tahanan.
Low mengakui awal hari ini "sesuatu perlu dilakukan" sebelum lebih ramai mati ditangan polis.
Kumpulan hak asasi manusia Suaram mengatakan baru-baru ini lapan orang telah mati dalam tahanan polis dalam lima bulan tahun ini. Salah seorang daripada mereka N. Dharmendran, mati kerana dipukul berkali-kali, menurut laporan bedah siasat semasa berada dalam reman polis di ibu pejabat kontigen polis Kuala Lumpur, di sini pada 21 Mei.
Suaram juga mengatakan terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012.
Kes terbaru kematian dalam tahanan adalah P. Karuna Nithi, 42 yang ditemui mati di lokap balai polis Tampin, Negeri Sembilan Sabtu lepas.
Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang telah mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis semenjak 2006.

Politik Ugut: 'Menang bukan kerana kuat, tapi ketakutan Melayu' - Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas perdana menteri itu berkata pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya kepada Bernama di Yogyakarta Isnin.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.

Beliau berada di Yogyakarta kerana memberi syarahan umum mengenai "Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik" sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).

Parlimen hanya untuk MP sahaja, kata Shahidan Kasim


Datuk Seri Shahidan Kassim KUALA LUMPUR - Parlimen tidak boleh diguna oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat sidang akhbar, demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kasim yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal Parlimen.
  
"Jika mereka hendak mengadakan sidang akhbar, mereka mesti melakukannya di tempat lain," kata Shahidan sambil menyatakan bahawa Bangunan Parlimen hanya untuk anggota Parlimen dan tidak disalahguna oleh pihak luar.
  
"Kita mesti hentikan semua gangguan dan halangan," katanya.
  
Menteri itu berkata, beliau akan memastikan pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan di sekitar kawasan Bangunan Parlimen tidak menjejas anggota Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.
  

Laporan portal berita adil, kata CIJ pada menteri





 
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berpandangan, pertimbangan untuk mengawal media atas talian lebih kepada usaha untuk "menyekat perbezaan pendapat" daripada mengawal kualiti laporan.

Memetik kajian pemantauan media oleh Universiti Nottingham, badan itu berkata, media atas talian "menunjukkan prestasi terbaik" berbanding media cetak dan penyiaran yang dikawal.

Malah, menurut CIJ lagi dalam kenyataannya hari ini, sifat media atas talian yang tidak dikawal itu memberikan liputan dengan jumlah dan kualiti yang lebih kurang sama untuk BN dan Pakatan Rakyat.

Ini berdasarkan pemantauan yang dibuat semasa masa berkempen dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kata NGO itu.

Pakatan eyeing Sabah’s youngsters

Pakatan needs new pastures and content and Sabah, Sarawak are fertile turf

KOTA KINABALU: In marketing, ‘top of mind’ (TOM) recall is a most sought after level of brand awareness. But it also means keeping people constantly engaged.
Tomorrow (June 5) will be a month since Malaysia completed its contentious 13th general election and there is no let-up on Pakatan Rakyat’s branding.
A month ago amidst cries of foul play and a drop in popular votes incumbent Barisan Nasional formed the government based on the first-past-the-post election system in the country.
Pakatan Rakyat which was denied a victory despite polling over 51% of popular votes has since gone round the peninsular crying fraud, belittling the Election Commission, and defaming its rivals.
Nine rallies later and after presenting its case to thousands of Malaysians and declaring that it would contest the election results in over 20 seats, Pakatan was left to mull ways to keep the momentum going among youngsters.
Pakatan needs new pastures, new content and Sabah and Sarawak are fertile turf.
Five days after Pakatan had its “last” rally in Dataran PJ on May 25, Nurul Izzah was barred entry into Sabah on the pretext that she had sinister aspirations.
Nurul Izzah, who is PKR vice-president and Lembah Pantai MP, arrived in Sabah on May 30 to join the festivities and celebrate Kaamaatan at the invitation of new Penampang MP Darrel Leiking.
She said she had no agenda.
Sabah a reservoir of youths
But Sabah chief minister Musa Aman’s people got wind of another story that she was allegedly “ferrying” goods for her father Anwar and was to hold a PKR meeting over the weekend.
So Musa, pre-empting any arising possibilities quickly moved to bar Nurul Izzah from entering Sabah and cajoling the Kadazan community into holding a Sabah Blackout 505.
On the surface Pakatan was pissed, but it was nevertheless wonderful news for Pakatan’s ‘content developers’.
Pakatan announced that it will hold another rally on June 15 in Kuala Lumpur.

Merevolusikan pencerahan Malaysia melalui pemikiran kritis


 Anas Alam Faizli

Peristiwa Nabi Adam A.S. memetik buah larangan di Syurga, seperti yang diriwayatkan dalam kitab-kitab suci agama Hanif dan kemudiannya Islam, merupakan detik pertama keputusan menggunakan fakulti pemikiran dan daya kemahuan bebas (free will) telah diambil. Penurunan baginda ke bumi di Pulau Sarandib (Sri Lanka) manakala Hawa di Jeddah untuk dijadikan Khalifah di muka bumi ini, telah ditakdirkan. Kejadian memetik buah Khuldi itu tidak mungkin dapat dielakkan. Yang menjadi fokus kita di sini ialah proses pemikiran yang membawa kepada keputusan tersebut. Filasuf Perancis Descartes dalam membuktikan manusia itu wujud, menyatakan, ‘Aku berfikir, maka aku wujud’. Sememangnya kewujudan manusia dan pemikiran tidak boleh dipisahkan.
Apa itu kebenaran? Adakah Tuhan wujud? Mengapakah wujudnya penderitaan? Merentasi sejarah, banyak peristiwa telah menzahirkan perintah Tuhan untuk kita berfikir. Tuhan menganugerahkan manusia dengan kebijaksanaan, naluri dan daya kemahuan yang kemudiannya dijanakan sebagai pemikiran. Gambaran Musa A.S. menerima wahyu ketika uzlah pemikiran baginda di Thursina sekitar 1200 S.M. merupakan salah satu contoh perjalanan manusia mencari kebenaran menggunakan daya pemikiran. Begitu juga dengan kisah Ibrahim A.S. sekitar 2000 S.M. yang tidak berpuas hati dengan jawapan ibubapanya mengenai persoalan kehidupan dan ketuhanan. Menurut penaakulan baginda, mana mungkin Tuhan itu ialah bintang dan bulan, sedangkan kedua-duanya lenyap sejurus siang menggantikan malam.
Beribu tahun kemudian, hubungan antara kemanusiaan dan Tuhan tidak sejelas seperti dahulu. Persoalan penting mengenai tujuan kehidupan, wahyu, takdir dan nasib tidak lagi memenuhi benak pemikiran kita, malah dibiarkan menjadi bahan pemikiran dan perbincangan ahli-ahli falsafah yang dianggap ‘bermimpi di siang hari’. Pencarian kebenaran tidak lagi dijadikan focus utama masyarakat.
Lebih terkini, filem “Oblivion” menggambarkan pencarian kebenaran dalam dunia moden, melalui pemikiran dan sifat ingin tahu. Watak utama, Jack Harper menemui ‘kebenaran’ beliau melalui pertanyaan soalan demi soalan usai membaca sebuah buku yang memancing daya ingin tahunya.
Ahli falsafah dan tokoh sejarah seperti Confucius, Siddharta, Socrates, Plato, Aristotle, Ibnu Sina, Farabi, Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Kant, Hegel, Locke, Bentham, Marx, Nietzche, Sartre, Ali Shariati dan ramai lagi turut memerhatikan dan mempersoalkan tujuan kehidupan manusia melalui sifat ingin tahu yang tinggi dan tidak henti bertanya. Albert Einstein pernah berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bakat istimewa melainkan sifat ingin tahu yang mendalam.
Sifat ini terus diwarisi ahli falsafah merentasi dunia moden. Lantas, kita mendapati bahawa pemikiran kritis sahajalah yang memungkinkan manusia untuk melahirkan dan menjadi saksi kehebatan tamadun silam, Zaman Pembaharuan, Zaman Pencerahan, Zaman Emas Tamadun Islam dan dunia moden.
Berfikir kritis ke arah mentaliti dunia kelas pertama

Jika TPPA baik, kenapa MITI tidak dedah perjanjian?




KUALA LUMPUR: Jika benar rundingan Persefahaman Perjanjian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) memberi banyak kebaikan kepada negara, maka tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

Demikian respons Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersekutu (MTEM) dalam satu kenyataan berhubung TPPA.

Malahan, tambah kenyataan itu langkah-langkah persediaan boleh diadakan oleh pihak berkepentingan khususnya masyarakat usahawan.

Satu perjumpaan tertutup di antara Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama MTEM dan ahli-ahli NGO telah diadakan di pejabatnya, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, di sini baru-baru ini bagi membincangkan status terkini rundingan TPPA.

Menurut kenyataan itu lagi, MTEM telah melalui beberapa siri perbincangan dan ingin menyatakan pendirian terhadap perundingan TPPA:

1.      Ketiadaan kajian mendalam terhadap kesan ekonomi dan sosial terhadap negara dan penyertaan Malaysia dalam perundingan ini juga dilihat tidak matang. Sekiranya MITI ada membuat analisa menyeluruh berkaitan TPPA, maka ia perlu dibentangkan kepada umum, terutamanya berkaitan manfaat dan risiko yang bakal dihadapi.

2.      Perundingan TPPA ini diadakan secara sulit dan keengganan MITI mendedahkan teks-teks perjanjian adalah bertentangan dengan prinsip ketelusan dan akauntibiliti yang dijanjikan kerajaan. Jika benar TPPA memberi banyak kebaikan kepada negara maka tidak ada apa yang perlu disembunyikan malahan langkah-langkah persediaan boleh diadakan oleh pihak berkepentingan khususnya masyarakat usahawan.

MP: Sepatutnya balai polis paling selamat...

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, kejadian tiga tahanan mati di dalam lokap dalam masa dua minggu akan menjatuhkan imej serta reputasi polis sekiranya tiada tindakan tegas diambil pada pegawai yang terlibat.

Beliau juga berkata, selaku badan yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat, anggota polis yang melakukan kesalahan sehingga menyebabkan tahanan di dalam lokap terbunuh perlu dikenakan tindakan yang tegas serta tidak dilindungi oleh undang-undang.

NONE"Sepatutnya balai polis jadi tempat ruang terselamat bagi mana-mana orang kerana ia tempat yang mengikut undang-undang.

"Bila perkara begini berlaku dan menteri dalam negeri tak ambil tindakan tegas, ini menjatuhkan imej dan reputasi polis dan juga menghilangkan kepercayaan rakyat pada polis," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Dalam masa kira-kira dua minggu, sebanyak tiga insiden kematian tahanan dalam lokap iaitu pada 21 Mei, N Dhamendran, 32, mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada 26 Mei pula, R Jamesh Ramesh, 40, ditemui mati sehari selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Manakala, pada 1 Jun lalu pula, jurutera P Karuna Nithi, 42, mati dalam tahanan polis di Tampin, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam sidang medianya semalam pula berkata, anggota polis yang didakwa terlibat dengan kematian Dhamendran akan digantung tugas hariannya.

Bagaimanapun, mengulas mengenai tiga kematian tahanan tersebut, Zahid yang mempertahankan pasukan polis berkata, tidak adil jika menyalahkan pasukan polis secara keseluruhan hanya disebabkan tindakan sesetengah anggota yang melampaui garis panduan operasi siasatan.

Himpunan Black 505 PJ: Chegu Bard diarah ke mahkamah esok

cHEGU bARDPETALING JAYA 4 JUN: Pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin disaman ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi menjawab pertuduhan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 ekoran penganjuran perhimpunan Black 505 di Padang Timur Amcorp Mall, Petaling Jaya 25 Mei lalu.
Ia berikutan kegagalan beliau memaklumkan kepada pihak polis 10 hari lebih awal, seperti disyaratkan dalam akta itu.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard dituduh bawah Seksyen 9  dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000.
Saman tersebut diserahkan polis kepada beliau di Ibu Pejabat KEADILAN kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Red Ben Army: Titik paling hina kewartawanan Utusan

Oleh LIM KIT SIANG 
Siasatan awal menunjukkan bahawa satu konspirasi yang didanai UMNO telah dilancarkan UMNO tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen pada 3 April untuk memburuk-burukkan DAP, yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang didanai DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu bagi tujuan pembunuhan karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.

Penyebar utama pembohongan mengenai “Red Bean Army” adalah media cetak milik/dikuasai UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, baik sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei.
Dakwaan tidak berasas yang disebarkan dan dilontarkan oleh Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star hendaklah tercatat dalam sejarah sebagai titik paling hina mereka dalam melacurkan kerjaya kewartawanan disebabkan dasar pertimbangan dan objektif mereka bukanlah fakta dan kebenaran, yang sepatutnya menjadi pegangan bidang kewartawanan.
Bagaimana mereka yang kononnya digelar wartawan kepada Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star yang bersekongkol mencipta penipuan tentang 3,000 tentera siber “Red Beans Army” didanai DAP yang hanya wujud dalam imaginasi liar mereka mampu berbangga sebagai wartawan yang jujur, menegakkan kebenaran dan takutkan Tuhan?

Politik dan amanah

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Golongan yang banyak terlibat dalam melaksanakan hukum adalah golongan politik yang memerintah negara. Mereka bertanggungjawab mengurus ummah dalam segala bidang. Allah menyebutnya bersama dengan adil dan amanah. Hal ini menunjukkan politik Islam yang sebenar adalah memerintah dengan adil mengikut hukum Allah. Melantik pemimpin yang menunaikan kewajipan ini dikira amanah paling besar dalam Islam dan menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad paling afdal.

Menurut Abu Hurairah (mafhumnya), “Suatu ketika, Nabi Muhammad sedang berbicara dengan para sahabatnya, tiba-tiba datang seorang Badwi bertanya, ‘Bilakah berlakunya kiamat?’ Lantas Nabi Muhammad menjawab, ‘Apabila dihilangkan amanah.’ Dia bertaanya lagi, ‘Bagaimanakah dihilangkan amanah itu.’ Nabi Muhammad menjawab, ‘Apabila diserahkan urusan kepada orang bukan yang ahlinya (yang tidak layak).’”

Jelasnya, urusan pemerintahan hendaklah diserahkan kepada individu yang layak daripada segi iman, ilmu dan akhlak yang baik bukannya kerana dipengaruhi oleh hubungan keluarga, timbunan harta apatah lagi ugutan, bukan juga dilantik dengan cara kotor seperti cara paksaan, menipu dan rasuah.

Abu Hatim melaporkan, Nabi Muhammad bersabda (mafhumnya), “Jihad yang paling baik ialah bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim.”

Hadis ini adalah hadis sahih, hadis yang menyebut bahawa ‘jihad paling baik bermaksud jihad melawan hawa nafsu’ menurut sebahagian sarjana, hadis itu termasuk dalam kategori hadis yang lemah (dhaif) dan ada pula yang menegaskan ia adalah hadis palsu. Sebenarnya ia bukan hadis, tetapi merupakan kata-kata seseorang yang bermana Ibrahim bin ‘Ablah.

Usaha membendung dunia tanpa sempadan oleh regim

Pengaruh media baru dan kesannya kepada kempen pilihan raya nampaknya begitu mendominasikan perbincangan politik pasca pilihan raya umum PRU13.
Paling akhir Ahli Parlimen Pulai, Dato’ Nur Jazlan Mohamed mengakui ‘kelemahan ketara’ jentera BN pada kempen PRU 13 dalam ‘perang siber’ sehingga mengakibatkan parti itu kehilangan pengaruh di kawasan bandar dan pinggir bandar.


Ketika memberikan pandangannya dalam satu forum pasca-PRU13 di Kuala Lumpur baru-baru ini, Nur Jazlan mengakui bahawa Pakatan Rakyat lebih menguasai media sosial berbanding BN sehingga berjaya menyampaikan mesej kempen kepada pengundi. Forum anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) itu juga diberitahu, BN pada beberapa siri PRU lalu kalah di kawasan bandar namun kini turut kalah di kawasan pinggir bandar.
Beliau seterusnya menyarankan BN mengkaji semula strategi pilihan raya, dan mengingatkan bahawa kegagalan menukar strategi akan menjadikan Malaysia ‘negara berjurang’.
Menurut beliau jurang antara bandar dan luar bandar akan terus membesar dan BN perlu merapatkan jurang tersebut.
Amaran Nur Jazlan itu sebenarnya telah dihidu para pemimpin BN. Oleh kerana itulah kerajaan pimpinan Najib beriya-iya mahu mengkaji undang-undang terhadap ‘penyalahgunaan’ media sosial yang boleh menggugat keharmonian negara.

拉菲兹:一国阵候选人收买24选委会官员选票

BN state assemblyman denies buying ballot papers from EC officers

Not us but the Najib govt, EC which robbed the good name of Bangladeshis

PKR pertahankan dakwaan terdapat pengundi hantu Bangladesh

PETALING JAYA, 4 Jun — PKR mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka.
Parti tunjang Pakatan Rakyat (PR) itu menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab untuk permusuhan yang ditunjukkan terhadap pekerja asing Bangladesh kerana kegagalan untuk menangani aduan pengundi hantu, mengukuhkan tuduhan kerajaan telah memenangi pilihan raya 5 Mei melalui penipuan.
"Kita terima kenyataan mereka, mereka punyai hak tetapi kamu perlu tanya soalan ini: jika majoriti rakyat telah bercakap tentang ini dalam waktu yang lama, saya tidak fikir rakyat biasa Malaysia akan pergi dan membuat cerita tanpa apa-apa dan yang lebih penting ialah integriti pilihan raya adalah suci dan begitu penting kepada negara kita.
"Cara saya melihat ia adalah jika terdapat sebarang dakwaan mengenai pengundi hantu sama ada mereka adalah warga Bangladesh, Indonesia, Filipina ... apa yang lebih penting adalah pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk itu seperti SPR perlu mengambil serius dan menyiasat sepenuhnya.
"Tetapi mereka enggan menyiasat jadi ianya memperkuatkan lagi persepsi terdapat pengundi hantu dari luar negara," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini.
Semalam pemerintah Bangladesh menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan melalui proses secara sah.

Ugutan Bermula: Penjawat awam masih berpolitik bakal berhadapan tindakan


Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
KUALA LUMPUR -  Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.
  
Beliau berkata semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.
  
Katanya tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui, dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.
  
"Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan kerana menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan.

Tipu PRU: Rafizi Dedahkan Pembelian Undi Pos di Terengganu

SPR pengundi hantu selangor 01
PETALING JAYA 4 JUN : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan satu lagi laporan polis yang mendakwa seorang individu bertindak merampas dan memangkah kertas undi pos dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.
Malah, individu tersebut turut membayar wang tunai RM 100 bagi satu kertas undi di dalam insiden yang didakwa berlaku di sebuah kerusi di Terengganu.
“Laporan polis itu dibuat oleh seorang petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Balai Polis Jerteh pada 4 Mei lalu.
” Dalam kandungan laporan itu petugas (namanya dirahsiakan) mengaku bahawa beliau bersama 24 petugas SPR diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN.
“(Mereka) dibayar RM 100 bagi setiap kertas undi pada 29 April,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Bagaimanapun, keesokkan harinya petugas itu kemudiannya bertemu semula dengan wakil BN terbabit untuk meminta kembali kertas undi itu.
Rafizi mendakwa kertas undi itu sudah dipangkah dan 24 kertas undi itu dimasukkan ke dalam peti undi.
Pengadu itu memaklumkan selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya, katanya.
Sehubungan itu, Rafizi berkata laporan polis itu dijadikan bukti wujudnya penipuan dan penyelewengan pada PRU13 sebelum difailkan petisyen di mahkamah.

RCI or not EC officials must still quit, re-elections must still be held in 30 seats - PKR

Sidang Media YB Rafizi Ramli: Pendedahan Penyelewengan Pilihan Raya

HADIAH UMNO@BN: MULAI 1HB JUN 2013 SEMUA RAKYAT TERENGGANU YANG BAYAR BIL AIR DI PEJABAT POS AKAN DIKENAKAN CAJ KOMISEN!


Notis dari Syarikat Air Terengganu (SATU)memberitahu kepada semua rakyat Terengganu bhawa mulai 1hb Jun 2013 siapa jua yang membayar bil air SATU di mana-mana pejabat Pos dan Pekabat Pos mini akan dikenakan caj komisen sebanyak 0.70sen.

Tahniah kepada rakyat Terengganu kerana masih mengekalkan UMNO/BN untuk terus terajui negeri Terengganu.

Itu baru permulaan..banyak lagi akan menyusul datang.

Undilah BN demi Barang Naik.

Tiada jawapan SPR tentang dakwat tipu

Oleh Subky Latif
SEHINGGA ini SPR tidak dapat menjelaskan tentang penggunaan dakwat tipu dalam PRU13 sebelum 5 Mei dan pada tanggal itu.
Dakwat tipu itu mungkin tidak seteruk lain-lain penipuan dalam sistem pilihan raya kita. Tetapi ia adalah satu penipuan yang nyata dan menjadi saksi utama tentang adanya penipuan dalam pilihan raya itu.

Penipuan itu sudah dikesan dalam pilihan raya awal untuk petugas SPR dan lain-lain orang bertugas pada hari mengundi 5 Mei itu. Mereka didulukan mengundi. Telah ada keterangan bahawa dakwat itu tidak memenuhi kehendak yang dituntut iaitu menggunakan dakwat kekal.
Ada pengundi membasuh jarinya selepas mengundi hari itu dan dakwat itu tidak lekat langsung.
Ada jawapan daripada SPR, petugas tidak goncang botol dakwat itu. Maka logiknya pada 5 Mei itu semua bekas dakwat telah digoncang. Pun dakwatnya tidak lekat juga. Ia dipercayai dikesan di seluruh negara.
Yang jelas dakwat yang digunakan itu dakwat tipu, bukan dakwat yang dikehendaki. Siapa yang menipu?
Ada beberapa pihak yang boleh disyaki. Pertama Umno sendiri. Kedua SPR. Ketiga pembekal dan keempat pengeluar.
Mungkin Umno tidak terlibat dalam penipuan itu, tetapi imej Umno itu sendiri dirasa tidak elok. Payah orang percaya ia tidak menipu sekalipun ia tidak menipu. Orang percaya team Dr Mahathir Mohamad telah menipu team Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan untuk menjadi Presiden Umno dengan membenarkan perwakilan yang dikatakan tidak layak ada dalam perwakilan dan ikut mengundi dalam pemilihan itu.

Tipu PRU13: PKR dakwa calon BN tawar rasuah undi pos

PETALING JAYA - PKR hari ini mendakwa seorang calon BN telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU13, 5 Mei lalu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa insiden itu berlaku pada 29 April lalu, berdasarkan pengakuan seorang petugas SPR yang namanya dirahsiakan.

Dalam pengakuan itu, beliau mendakwa mangsa bersama 24 petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN yang kemudiannya mengunci bilik berkenaan.

"Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar RM100 setiap seorang.

"Keesokkan harinya beliau berasa tidak senang dan telah menemui semula wakil BN di bilik gerakan BN bersama empat petugas SPR yang lain.

Terima keputusan tetapi tidak redha penipuan PRU


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menerima keputusan PRU 13 sebagai takdir Allah tetapi tidak bermakna meredhai penipuan pilihanraya yang berlaku.

Demikian kata  Ustaz Mohd Zawawi bin Abu Hassan (gambar), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol yang merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Beliau mengulas kenyataan rasmi Tuan Guru Nik Aziz yang juga merupakan mantan Menteri Besar Kelantan di Harakahdaily.net bertarikh 3 Jun 2013.

Dalam kenyataan itu, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah membuktikan SPR sangat pincang.

"Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah-bahagi (kepada Tg Nik Aziz)," katanya.

Bagi beliau, kepincangan SPR boleh mengakibatkan kredibiliti kerajaan yang mentadbir dipersoalkan dan ketelusan SPR akan sentiasa dicanang sebagai kurang berintegriti melaksanakan tugas yang diberikan.

Siri penipuan yang dibongkarkan mampu melahirkan ketidakpercayaan rakyat kepada SPR dan menjadikannya tidak berkelayakan sebagai satu badan yang bertujuan memastikan ketelusan perjalanan proses pilihanraya, katanya.

Lepas PRU baru Dr M dedah wajah sebenar Umno


KUALA LUMPUR: Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.


(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)

Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

“Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.

Politik Perkauman Dan Rasis: Umno wujudkan ‘Briged DDD’ untuk burukkan dan hancurkan DAP, kata Kit Siang

 KUALA LUMPUR, 4 Jun — Umno yang lebih kaya menubuhkan pasukan khas "Briged DDD" bermaksud Demonise(burukkan)/Destroy(hancurkan) DAP dan bermimpikan "Read Bean Army" direka sebagai percubaan untuk menjatuhkan DAP semasa pilihan raya, kata Lim Kit Siang hari ini.
Dalam usaha menepis khabar angin mengaitkan parti itu kepada kumpulan 3,000 orang pahlawan digital dinamakan mengikut pencuci mulut masyarakat Cina, ahli parlimen pembangkang veteran itu berusaha menterbalikkan meja ke musuh politiknya dengan menuduh penasihat rapat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendanai skim rahsia dan sulit untuk "memburukkan dan memusnahkan DAP", semenjak September lepas.
"Bertambahnya dakwaan keterlaluan dongeng 3,000 tentera siber "Red Bean Army" yang dibiayai DAP dengan bajet RM100 juta sehingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu adalah salah satu tugas Pasukan "DDD" yang penuh kerahsiaan itu," kata ahli Parlimen Gelang Patah (gambar) itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Siasatan lanjut menunjukkan bahawa konspirasi yang dibiayai Umno/BN untuk memburuk-burukkan dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) mempunyai pusat arahan tertinggi dan telah digerakkan pada September tahun lepas atau lapan bulan sebelum pembubaran Parlimen pada April dan bukan sekadar tiga bulan yakni pada bulan Januari seperti yang disangkakan sebelum ini," tambah beliau lagi.

Tipu PRU13: Kertas undi pegawai SPR didakwa dijual RM100




Seorang calon BN bagi kerusi DUN didakwa "membeli" kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu.

Dalam pendedahannya hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa salah seorang pegawai itu pada 4 Mei - sehari sebelum pilihan raya umum - telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Salinan laporan polis itu turut diberikan kepada media oleh Rafizi dalam sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Laporan polis itu menceritakan bagaimana pegawai SPR dipanggil oleh calon BN berkenaan sebelum mereka menyerahkan kertas undi kepada pekerja parti BN.

Rafizi mendakwa empat pegawai SPR menuntut semula kertas undi mereka sehari selepas kertas undi itu dijual kepada calon BN dengan harga RM100 setiap satu.

Bagaimanapun, dakwa Rafizi, apabila mereka mendapat semula kertas undi tersebut, mendapati kertas undi mereka telah pun ditanda.

“MCA tutup kedai”, permulaan era politik baru Malaysia

Oleh Howard Lee (ADUN Pasir Pinji)

JANGAN sama sekali menyamakan DAP dengan MCA. Jika dibuat perbandingan, ideologi DAP yang berjuang  demi seluruh anak Malaysia sudah menunjukkan jurang yang nyata. Ternyata, Barisan Nnasional (BN) kekal dengan prinsip politik pecah dan perintahnya. Ia lebih jelas jika kita melihat pecahan komponen BN seperti UMNO, MCA, MIC dan parti suku kaum di Sabah dan Sarawak.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan bukti rakyat berani bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap BN. Amalan politik pecah dan perintah BN yang menggugat perpaduan semua bangsa negara ini telah lama membuahkan hasil yang jelek. Ini ditambah agi dengan gejala rasuah, monopoli dan kronisma melampau. Sebab itu tidak hairan apabila undi popular PRU-13 lalu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Apa jadi dengan MCA, Gerakan?
Selepas tewas teruk, MCA dan Gerakan dengan nada kecewa seolah-olah tidak mampu lagi menampung kekecewaan mereka, lantas kita mendengar bahawa ada pimpinan mereka yang menyalahkan rakyat dengan tohmahan tidak tahu bersyukur. Perangai menyalahkan orang ini sama sahaja seperti UMNO.
Sepatutnya, jika MCA dan Gerakan mahu menjadi parti politik yang ikhlas dan berintegriti, mereka seharusnya bekerja keras, memberi khidmat dan menjadi pengkritik sebarang dasar kerajaan yang tidak pro kepada rakyat. Malangnya komponen BN ini tidak buat begitu, mereka menjalankan ‘ops tutup kedai’, seolah-olah mahu menjatuhkan hukuman kepada rakyat kerana tidak memilih mereka.
Walaupun sesetengah mereka menyatakan mereka tidak akan metutup pusat perkhidmatan secara langsung tetapi hanya akan menghadkan aktiviti mereka kepada kerja dalaman parti, ada pula yang terang-terang menyatakan bahawa dek kerana rakyat tidak menyokong MCA dan Gerakan, tidak bersyukur terhadap jasa baik yang ditaburkan mereka pada masa lalu,  lebih baik mereka ‘tutup kedai’ dan memberi perkhidmatan kepada kawasan yang menghargai mereka.
Majlis tertinggi MCA sudah dua kali memutuskan sekiranya mereka kalah teruk, semua ahli MCA tidak akan menerima apa-apa jawatan dan pelantikan samada oleh kerajaan di peringkat kerajaan tempatan, negeri, atau Pusat. Saya tidak akan memberi pandangan di atas sesetengah kes di mana ia selaras dengan kemahuan mereka iaitu ‘cakap serupa bikin’ kerana saya rasa rakyat sudah membuat keputusan sendiri.
Tindakan itu menyimpulkan bahawa MCA dan Gerakan tidak punya integriti untuk terus berkhidmat dan mereka wajar dihukum rakyat dengan lebih dahsyat pada PRU-14 akan datang.
Beza DAP dan MCA ibarat langit dan bumi

Najib perlu henti cipta ‘Kafkaesque’


KUALA LUMPUR, 4 JUN: Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus berhenti mencipta Malaysia yang ‘Kafkaesque’ jika mahu meningkatkan usaha menangani persepsi negatif dan mengingatkan penjawat awam supaya tidak leka dengan terlalu berpolitik.
Kafkaesque dinamakan sempena nama penulis, Franz Kafka yang digunakan untuk menggambarkan apa saja yang tidak masuk akal, tidak warna dan tiada titik rujukan juga menggambarkan sesuatu yang sangat rumit tanpa sebab, terutama merujuk kepada birokrasi.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib memberitahu perkara itu pada perhimpunan pertama petugas Jabatan Perdana Menteri, semalam selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Karakter Kafkaesque pemerintahan Najib ditonjolkan melalui ucapannya semalam, yang  memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak leka dengan lebih berpolitik sedangkan sesetengah penjawat awam sememangnya bersalah atas perintah tuan politik mereka.
“Saya tidak tahu bila Najib akan berhenti daripada telatah Kafkaesque kerajaan Barisan Nasional (BN), sama ada di peringkat Persekutuan atau kerajaan negeri dan mula dengan mentadbir secara serius untuk memulihkan keyakinan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah memberikan tiga contoh yang menerjah mindanya iaitu:
  • Pertama, pihak polis dengan KPN paling kuat “berpolitik” yang mana keutamaan tertingginya adalah mengambil tindakan kekerasan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis sosial sedangkan kebimbangan utama rakyat dan negara ialah gelombang jenayah yang melanda negara dan termasuk kerosakkan disiplin polis dengan tiga tahanan mati dalam lokap polis dalam tempoh 11 hari.
  • Kedua, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang kelihatan mendapat taklimat politik daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyusahkan Parti Tindakan Demokratik (DAP), ke tahap mahu membatalkan pendaftaran DAP sebagai tidak sah dan melanggar undang-undang tanpa asas kukuh.
  • Ketiga, Ketua Pengarah Imigresen yang entah daripada mana mengeluarkan amaran untuk membatalkan pasport ribuan rakyat Malaysia di luar negara kerana melaksanakan hak yang dijamin perlembagaan untuk menyokong perikatan politik pilihan mereka pada PRU-13.
Malah, menurutnya, gambar yang diterbitkan dalam semua akhbar hari ini berkenaan Perhimpunan itu menonjolkan karakter Kafkaesque pemerintahan Najib kerana menunjukkan Menteri tidak sah di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, berdiri di barisan yang sama dengan enam Menteri lain di sebelah Najib.

Chegubard to be charged over PJ Black 505 rally

Nazri: Parliament will decide who leads EC oversight panel

525集会未十天前通知警方 巴德鲁希山明日推事庭被控

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Perak




Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Perak




Khalid Samad : Pembinaan Hospital Shah Alam Bakal Ditangguh Lagi

Bersih to pursue 'blacklist' explanation for M'sians abroad

Bersih 2.0 seeks clarification over passports revocation

Follow the law, then Black 505 rally can go on

Najib, Dr M out to destroy Zahid - Chegubard

Bersih to meet Immigration Dept DG next week

ANOTHER NAJIB PRODUCTION? Post GE13, will the killers of Altantuya suddenly be set free

ANOTHER NAJIB PRODUCTION? Post GE13, will the killers of Altantuya suddenly be set freeFormer police Special Action Unit member Sirul Azhar Umar, who was convicted for Altantuya Shaariibuu’s murder, filed an application to the Court of Appeal here today seeking for his acquittal, claiming there was a mistrial by the Shah Alam High Court.

A notice of motion filed by legal firm The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua at the Court of Appeal registry in Putrajaya was in an attempt to include additional grounds of appeal.

In the application, former Corporal Sirul Azhar claimed that he was exposed to extensive “adverse publicity” during the trial which was misleading and prejudicial to him, thus denying him a fair trial.

He is seeking for the Court of Appeal to declare the trial a mistrial, his conviction be set aside and he be set free.

Sirul Azhar, 39, claimed the adverse publicity he received had caused a probability that the high court judge was biased, rendering his conviction unsafe.

Sirul Azhar claimed he was exposed to adverse publicity through three statutory declarations, two made by private investigator the late P Balasubramaniam and one by Raja Petra Kamarudin.

He said Balasubramaniam’s first statutory declaration, made after the prosecution closed its case on June 23, 2008, contained matters prejudicial to him as those matters were not disclosed in his (Balasubramaniam’s) testimony at the trial.

He said Balasubramaniam had, on July 4, 2008, made another statutory declaration stating that he was withdrawing his first statutory declaration.

SPR Gagal: Lebih 80 Petisyen Bakal Dikemukakan, Pilihanraya Akan Diadakan Semula?


Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.

“Dalam sejarah ada satu atau dua kes pernah difailkan. Tetapi belum pernah sampai 80 hingga 90 kerusi.

“Ini saja sudah cukup untuk pengerusi (SPR) dan timbalannya letak jawatan segera,” tegas Anwar ketika sidang media semalam.

Lebih 80 petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 merupakan bukti Aziz dan Wan Ahmad cuai serta terlibat dalam kecurangan pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu memberitahu media bahawa BN turut memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala Pakatan Rakyat setakat ini dilaporkan akan mengemuka 35 petisyen dengan 18 daripadanya adalah dari KEADILAN, 14 bagi PAS dan 3 dari DAP.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan bantahan terhadap keputusan PRU-13 dari BN membuktikan kegagalan SPR.

Mahathir Mulai Menyanggah Najib?

Oleh Shahbudin Husin
Tidak sampai seminggu selepas Najib melahirkan rasa bangga dengan kekuatan dan kejayaan UMNO yang terus menjadi parti terkuat dengan kemenangan 88 kerusi Parlimen daripada 133 yang dimenangi BN serta hampir menyamai kemenangan 89 kerusi oleh PR, hakikat itu seakan tidak dipersetujui oleh orang yang masih berpengaruh dalam UMNO, Tun Mahathir Mohamad.


Bercakap kepada pemberita di Yogyakarta, beliau berkata, kemenangan UMNO dalam pilihanraya yang lalu bukanlah disebabkan kekuatan atau perpaduan dalam UMNO tetapi disebabkan perasaan takut orang Melayu terutamanya kepada parti lawan yang dipimpin oleh Anwar bersama dengan DAP menubuhkan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberikan sokongan kepada UMNO," kata Mahathir lagi.

Kenyataan Mahathir ini sekaligus menyanggah kenyataan Najib baru-baru ini yang seakan berbangga dengan pencapaian UMNO walaupun dalam masa yang sama kemenangan BN juga diselubungi dengan pelbagai aspek kegagalan lainnya seperti prestasi Najib yang lebih buruk daripada Pak Lah dan juga kehilangan undi popular.

Najib yang membuat rumusan tentang kekuatan UMNO itu tentunya dengan tujuan supaya kepimpinannya dihargainya dan tidak ada sesiapa yang cuba mencabarnya dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini, terutamnya timbalannya Muhyiddin Yassin. Dengan hanya menang tipis 133 kerusi berbanding Pak Lah yang mampu memenangi 140 kerusi, ketakutan Najib ketika ini ialah jika wujudnya desakan yang memintanya berundur sebagaimana yang dialami oleh Pak Lah dahulu.

Tuan Guru Nik Aziz: Jangan perlekehkan pandangan rakyat marhaen

Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap? 
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap? 





Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.

Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri? 

Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap? 

Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan. Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul. Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional. Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang. Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!

Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya. 

Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya. Sayangnya, UMNO lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin UMNO masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah. Jika umpama orang yang tidur, UMNO hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

23 Rajab 1434H bersamaan 2 Jun 2013M
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Mengapa Pengerusi, timbalan SPR mesti disingkir?

Dr Dzulkefly Ahmad
PILIHANRAYA bukanlah segala-galanya dari erti demokrasi. Sesungguhnya demokrasi mempunyai pelbagai juzuk penting selain pilihanraya. Namun pilihanraya berkala yang adil, bebas dan bersih adalah sangat mustahak bagi rakyat selaku pengundi, mengangkat atau menurunkan sesebuah kerajaan.
Pilihanraya yang adil, bebas dan bersih juga adalah penentu kepada keabsahan sekaligus memberi legitimasi kepada kerajaan yang memenangi sesuatu pilihanraya umum (PRU).
Dengan kata lain ditakuti, andainya pilihanraya itu tidak adil, tidak bebas dan tidak bersih, sebaliknya sarat dengan kepincangan serta penipuan, maka keabsahan (atau kehalalan) kerajaan yang di’pilih’ tidak dapat dijamin. Kerajaan terpilih akan berdepan dengan status ‘tak sah taraf’ macam anak luar nikah juga.
Malangnya, PRU ke-13 yang dilalui baru-baru ini telah pun menjadi semacam yang ditakuti ini!Sejurus selepas debu perang mendap dan euporia kemenangan mula berlalu, Perdana Menteri DS Najib tampaknya faham benar implikasi yang parah ini lantas bergegas bertindak mengelakkan krisis legitimasi ini.Mentelahan kini hampir semua rakyat tahu, bahawa kerajaan Najib hanya disokong oleh minoriti rakyat seluruh Persekutuan Malaysia yakni hanya 47% sahaja, meskipun beliau mempunyai 60% kerusi di Dewan Rakyat.Justeru kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah ‘Constitutional Guardian’ atau ‘Penjaga Amanah berperlembagaan’ kepada segala tata-kelola serta tadbir-urus pilihanraya, maka SPR adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjalanan sesebuah pilihanraya.

Siapa Ketua Pembangkang BN Selangor?

Lima nama yang disebut ialah Datuk Amiruddin Setro, Datuk Shamsudin Lias, Abdul Shukur Idrus, Datuk Johan Abdul Aziz dan Sulaiman Abdul Razak.

PETALING JAYA: Siapa Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional (BN) Selangor masih belum diputuskan sehingga hari ini walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bersidang pada 28 Jun.
Buat kali kedua atau penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) pada 2008, BN Selangor terpaksa menyesuaikan diri sebagai ahli-ahli pembangkang ataupun kini mereka sudah pun dapat menyesuaikan diri bagaimana hendak memainkan peranan sebagai parti pembangkang.
Menurut sumber, lima nama wakil rakyat BN telah disenarai pendek untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang yang perlu diputuskan segera atau paling lewat sebelum 21 Jun ini.
Mereka ialah Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong), Abdul Shukur Idrus (Kuang), Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang).
Ketua Pembangkang yang baru akan menggantikan Datuk Satim Diman yang tidak bertanding dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu.
Sesiapa pun yang dipilih, beliau mestilah seorang yang vokal dan berani menyuarakan masalah dan keperluan rakyat. Pemimpin tersebut perlu memainkan peranan yang proaktif dalam memantau bajet kerana ia adalah wang rakyat.
“Oleh itu, penekanan yang mencukupi mesti dibuat pada aspek ini dalam mesyuarat DUN nanti,” kata sumber tersebut.
Tetapi sesiapa sahaja yang dipilih BN negeri untuk mengisi jawatan itu akan menghadapi tugas berat kerana kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengurus sumber alam dan dana negeri dengan bijaksana dan berhemah.

Najib should stop Wahid, NOT PROMOTE HIM - Indonesia's bank union slaps 'bully' MBB chief

Federation of Banking Union Indonesia (FBI) fully support it’s Malaysian counterpart, National Union of Banking Employees (Nube) quest to bring Maybank Group Chief Executive Officer and President, Abdul Wahid Omar and his cohorts to court to face charges for sacking Nube’s Vice President and General Treasurer.
FB1 is fully aware of the violations perpetrated by Wahid and his cohorts in Malaysia, who is wellknown for ‘bullying’ the clerical and non-clerical staffs at Maybank by violating and denying their basic rights.
Najib should stop Wahid, NOT PROMOTE HIM - Indonesia's bank union slaps 'bully' MBB chiefIn fact, FBI observed the Nube picket against Wahid and Maybank in Malaysia last year for intimidating unionists from performing their tasks.
FBI views the whole Maybank “bullying” its workers and the unionist seriously.
“This type of bullying should not be condoned. Malaysian government has a moral responsibility to ensure Maybank comes clean and stop this union busting and undermining workers rights.”
Instead of promoting Wahid to a ministerial position in the Malaysian government, Prime Minister Najib Tun Razak should bring him to task and answer all the wrongdoings during his tenure at Maybank, so that it will be a lesson for all the Maybank executives in Indonesia.
This is not the ASEAN way
With ASEAN borders opening up and regional multinational companies opening operations in neighbouring countries, this culture of oppressing workers will find its way to Indonesia in no time.
Maybank, which is the largest financial group in Malaysia has bought 97.29% stake in Bank Internasional Indonesia (BII). BII currently has more than 303 branches, which employs XXX Indonesians.
“If Wahid can exploit his own countryman with the support of the Malaysian government, what assurance that we have that the same thing will not be done here in Indonesia?”
FBI also reckons that since 2010, Wahid has spearheaded a massive campaign by stalling the Collective Agreement negotiations until it has been referred to Industrial Court in Malaysia.
“From what we know, Wahid also has a penchant for disregarding rule of law in Malaysia and he got away all the time. We should act now in order for it not to happen in our country and our workers in the future,”
In view of this, FBI feels obligated to show solidarity with Nube, so that these violations can be stopped and to ensure that the same methods will not be used in Indonesia to oppress the banking workers.
FBI also pledge its support to Nube to fight the tyranny and violation perpetrated by Maybank and Abdul Wahid Omar, for the benefit and betterment Indonesian banking workers in the future.
H.M Bilal Idries, Presiden
Antonius Bolly Matarau, Sekretaris Jenderal
Hendrita A Harahap, Direktur Humas

Hanya IPCMC boleh tamatkan kematian dalam lokap, kata pemantau jenayah

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Hanya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang boleh menyemak penyalahgunaan polis dan menghentikan peningkatan bilangan kematian lokap, kata pemantau jenayah MyWatch hari ini menyertai desakan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan rakyat Malaysia untuk pembaharuan penguatkuasaan undang-undang.
Menurut kumpulan hak asasi manusia Suaram, sejumlah lapan orang telah mati dalam tahanan polis sepanjang lima bulan lepas.
“MyWatch percaya hanya penubuhan IPCMC seperti dicadangkan akan mengakhiri semua kematian dalam tahanan dan masalah disiplin PDRM, kata pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan merujuk kepada Polis Diraja Malaysia.
“Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh PDRM diketuai oleh Ketua Polis Negara sendiri tidak cukup baik,” katanya, dan menekankan langkah itu masih membolehkan tindakan menutup kes dalam pasukan itu.

Bukit Aman mengumumkan bulan lepas sebuah jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar ditubuhkan, seminggu selepas kematian N. Dharmendran pada 21 Mei di ibu pejabat kontigen semasa berada dalam tahanan reman.
Pengerusi badan pemantau jenayah itu berkata mana-mana badan bebas yang ditubuhkan perlu mempunyai perwakilan bercampur yang terdiri daripada anggota polis kanan berpangkat, polis bersara, hakim serta ahli-ahli pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
Sri Sanjeevan menawarkan kumpulannya untuk menjadi sebahagian daripada IPCMC, dan mencadangkan bekas KPN, Tan Sri Musa Hassan sebagai penaungnya.
Lebih ironi lagi, Musa adalah orang yang menentang kuat IPCMC semasa menjadi KPN.
Perintah Tetap Ketua Polis Negara, kata Sri Sanjeevan adalah prosedur operasi standard bagi polis perlu dikaji semula dan dipertimbangkan untuk diketahui umum sebagai garis panduan untuk tindakan polis dan tidak seharusnya menjadi rahsia.

Rampasan: Edaran Harakah turun 17,000 naskhah


 
Pengedaran akhbar dua minggu sekali PAS Harakah turun kira-kira 17,000 naskhah ekoran rampasan oleh Menteri Dalam Negeri, sekali gus menyebabkan kerugian kira-kira RM25,000, kata ketua pengarangnya Lutfi Othman.

djz convention 101205 ahmad lutfiBercakap kepada Malaysiakini, Lufti berkata, pengedarannya mulai turun sejak minggu lalu dan belum diambil oleh penjual dan pengedar yang takut mengambil risiko menjual penerbitan popular parti Islam itu.

"Bukan hanya merampas Harakah, pegawai Kementerian Dalam negeri juga memberitahu penjual, jika Harakah ditemui di premis mereka lagi, mereka akan didakwa di mahkamah.

"Terdapat penjual yang hanya menjual kira-kira 10 naskhah dan hanya mendapat untung 20sen senaskhah. Jika mereka didakwa di mahkamah, mereka boleh didenda antara RM4,000 hingga RM5,000. Mereka tidak akan ambil risiko itu," katanya.

Petisyen PRU13: BN Perak juga ragui peranan SPR

KUALA LUMPUR: PAS Perak melihat cadangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen bagi memantau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah secara langsung memperakui kelemahan dan ketidakbolehpercayaan badan tersebut dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah bagi mengendalikan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Tindakan BN untuk memfailkan petisyen untuk lebih 50 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) juga dilihat secara terangan sebagai satu bentuk protes dan bantahan terhadap kredibiliti SPR dalam menguruskan proses pilihanraya yang adil dan telus,” ujar Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, ujarnya BN negeri adalah antara yang paling awal meragui ketelusan SPR bilamana Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, telah mengesahkan pihaknya akan memfailkan petisyen mencabar keputusan PRU13 sejak23 Mei lagi.

Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa BN Perak turut meragui peranan SPR dalam mengendalikan PRU yang lalu dan bersetuju dengan Pakatan Rakyat bahawa badan itu tidak cekap menjalankan pilihan raya yang perlu dicabar keputusan tersebut di mahkamah.

SPR Gagal: Suruhanjaya atau jawatankuasa?


SPR
SUSULAN pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mahu satu Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan, yang diwakili ahli Parlimen kesemua parti untuk mengawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ramai pihak terutama pemimpin PR melihat tiada keperluan untuk disegerakan jawatankuasa ini. Malah, ramai ada di antaranya menggesa agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan wujudnya penyelewengan dalam PRU13 yang lalu.

Mereka adalah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melihat Suruhanjaya Diraja lebih wajar dilaksanakan terlebih dahulu.

Kenyataan ini juga disokong oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang berpendapat pembaharuan yang ingin dijalankan ke atas SPR berkenaan lebih sesuai dilakukan melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja dan bukannya Jawatankuasa Khas Parlimen.

Abdul Rashid berkata, "jalan pintas" seperti jawatankuasa khas tentang pembaharuan pilihan raya tidak boleh berkesan untuk membawa perubahan sebenar.

Difahamkan, menerusi Suruhanjaya Diraja, semakan secara keseluruhan terhadap SPR termasuk undang-undang pilihan raya dan memperbaiki SPR juga boleh dilakukan, seperti yang mahu dilaksanakan di Parlimen.

Ulama Dunia Iktiraf UAI

BERSIH Sokong Himpunan 'Blackout 505' 15 Jun - BULETIN 13

Red Bean Army : Guan Eng nafi terlibat

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Pulau Pinang