Isnin, 3 Jun 2013

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Pulau Pinang




Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Terengganu




Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Terengganu




IT'S NOT A PERCEPTION! Najib wants to improve public image of BN cheating at GE13

The government is seeking to improve its image in light of the negative publicity it received during the general election (GE13).
Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak said while the government may be weak in handling the war of public perception, there is room to tackle the issue in many ways.
"Maybe this is what we have to work on – the war of perception. Perception can be formed in many ways, not just face-to-face but also through Facebook.
IT'S NOT A PERCEPTION! Najib wants to improve public image of BN cheating at GE13"Maybe we are inefficient but we can learn through our experiences so that in the future, we will be more successful in showing the reality of a situation to the people instead of just leaving them with their own perception," Najib said today at his first monthly assembly with staff of the PM's Office after GE13.
He said the nation cannot afford to waste time in politicking as it is a distraction to efforts in improving and developing the country.
"Yet there are some parties that are questioning the results of the election. It is almost impossible to commit large-scale fraud as every contesting party will have its polling agents, who are locals and definitely know the voters, and will object if there are foreigners.
"Accusations that we imported 40,000 'Mat Bangla' (Bangladeshis) as voters do not make sense.
"I believe trying to conceal 40,000 of them in our (electoral) system is impossible because to bring in 40,000 'Mat Bangla' is not easy as that will require 100 jumbo jets and 1,000 buses to ferry them to polling centres.

Pakatan Fail Kira-Kira 35 Petisyen PRU 13... Tapi BN Lagi Hebat 50 lebih...SPR Telus kan..kan...!!!


Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan kira-kira 35 petisyen terhadap keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu.
 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, setakat ini PAS sudah mempunyai sebanyak 14 petisyen manakala PKR 18 serta DAP sebanyak tiga.

Dakwanya, PRU13 lalu yang kendalikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) penuh dengan penipuan dan tidak bersih.

“Di samping perhimpunan aman yang diadakan bagi mendedahkan ketidakpuasan hati mengenai pengendalian PRU13 oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kita juga sedang mempersiapkan untuk failkan petisyen pilhanraya.

“Ketiga-tiga parti, PKR, PAS dan DAP telah memutuskan untuk membuatnya berdasarkan kawasan yang dikenalpasti,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Rasa tidak puas hati ini berdasarkan fakta diperoleh. Maka sebab itu kita failkan petisyen dan BN pun failkan juga.

“Pasti ada perkara yang mereka juga tidak puashati dengan SPR. Ini menunjukkan SPR gagal dalam mengendalikan pilihanraya,” katanya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan sejarah pilihanraya negara ini, ada satu atau dua kes dikemukakan selepas setiap kali selesai pilhanraya.

“Tetapi belum pernah sehingga hampir 90 petisyen dicadangkan untuk dikemukakan.

“Ini sahaja cukup alasan untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan segera kerana cuai dan terlibat dalam kegiatan curang serta penipuan dalam pilihanraya,” katanya.- selangorku

BUKTI TIADA SEORANG PUN BANGLA YANG MENGUNDI SEMASA PRU-13


Banglasia sedang beratur menunaikan tanggungjawab kah3......

Kes Dharmendran : 4 digantung tugas


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan penggantungan empat anggota polis yang didakwa terbabit dalam kematian seorang tahanan lokap, N. Dharmendran baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan melepaskan mana-mana individu yang bertanggungjawab terhadap kematian dalam tahanan, terutamanya jika proses siasatan dilakukan dengan menggunakan kaedah di luar prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan pasukan itu.

"Ya, ia sedang dilakukan," katanya mengesahkan bahawa empat pegawai polis akan digantung daripada menjalankan tugas.

Awal minggu lalu, polis mendedahkan bahawa empat anggotanya yang terbabit dalam kematian Dharmendran ditukarkan ke unit lain sementara menunggu siasatan kes itu selesai.

BN BEYOND HELP! Bersih to meet Immigration over comment overseas M'sians to be barred from returning

BN BEYOND HELP! Bersih to meet Immigration over comment overseas M'sians to be barred from returning BERSIH 2.0 is seeking a meeting with the Director-General, Dato’ Alias bin Ahmad, over reports that that the Immigration Department is seeking to bar Malaysians living abroad who participated in “anti-government activities” and “activities to tarnish Malaysia's image” from returning home under Section 8 of the Immigration Act 1959/1963.
If you have any inquiries, please contact the BERSIH 2.0 secretariat at 03-77723275 or 019-4380428.
We look forward to seeing you there.
Thank you.
BERSIH 2.0 Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)
The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

Kit Siang: BN cooked up ‘Red Bean Army’ to burn DAP

Lim said the “DAP renegades” were pushing the RBA narrative in a bid to justify BN’s investment in them. — File picKUALA LUMPUR, June 3 ― Lim Kit Siang accused Barisan Nasional (BN) today of an elaborate conspiracy allegedly orchestrated with the help of former DAP members to demonise the opposition party ahead of and following Election 2013.
The DAP adviser claimed in a statement here that a preliminary inquiry has revealed that the conspiracy was hatched some three months before Parliament was dissolved on April 3, and was aimed at running down the party’s image ahead of the crucial polls.
According to Lim, the ploy included allegations of the “fictitious Red Bean army (RBA)”, a purported online operation of cybertroopers allegedly funded by the DAP to incite hatred, particularly among the Chinese, against BN.
“The main purveyors of the lies about the ‘Red Bean Army’ are the Umno/BN owned/controlled print media, which include Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian and Star, both before and after the 13th General Election on May 5,” the Gelang Patah MP alleged in the statement.
“But the lies about the so-called DAP-funded Red Beans Army were only part of a larger plot since early January to demonise the DAP with lies and falsehoods and it is sad that there are former DAP members and leaders who were prepared to stoop so low as to tell lies and falsehoods to further this Umno/BN agenda,” he added.

Hebatnya Johor: Ada Tarian Separuh Bogel Di Pusat Beli-belah Segamat


PAS Kawasan Segamat membantah sekeras-kerasnya penganjuran tarian separuh bogel oleh wanita-wanita yg dipercayai di bawa dari luar negara di sebuah pasaraya One Segamat pada 1 jun 2013 jam 8.30pm.

Tarian separuh bogel tersebut telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.

Rata-rata yang menyaksikan tarian separuh bogel tersebut merasa agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Mereka lantas mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang membenarkan suatu penganjuran yang menampilkan aksi lucah di pertontonkan kepada umum di daerah Segamat ini.

Pihak peniaga juga merasa kurang selesa dengan penganjuran tersebut kerana bunyi lagu yang diperdengarkan terlalu kuat hingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan.

Sirul Mahu Mahkamah Rayuan Isytihar Perbicaraan Silap Kes Pembunuhan Altantuya


PUTRAJAYA - Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
  
Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.
  
Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.


Anwar: Perubahan didorong anak muda, tangkas padam api perkauman

DSAI_rumah2KUALA LUMPUR. 3 JUN: Kebangkitan anak muda pelbagai bangsa di Malaysia menuntut perubahan sosial, ekonomi dan politik adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, percubaan media Umno-BN mencetus sentimen perkauman untuk memecah-belahkan rakyat tidak akan berjaya kerana desakan perubahan lebih kuat didorong golongan muda di Malaysia.
“Kemahuan anak muda untuk perubahan sangat tinggi. Lihat di kiri dan kanan kita. Mereka (kerajaan) tidak sedar. Desakan perubahan digerakkan oleh mereka. Majoritinya anak muda.
“Makna kebebasan dan wacana sekarang ini ialah tentang kefahaman antara bangsa-bangsa. Ini pilihan pada masa akan datang,” kata Anwar dalam program wacana bersama Profesor Dr James Piscatori dari Univesiti Durham di kediamannya semalam.
Anwar menceritakan pengalamannya dalam gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang membincangkan isu poltik Islam dan masyarakat Melayu berdepan dengan hujah perkauman dilontarkan Umno-BN ketika itu.
“Semenjak saya dari zaman ABIM, kita berhadapan dengan isu kelangsungan politik Melayu-Islam. Ia sebenarnya satu desakan dan isu ini relevan untuk dibahaskan,” kata Anwar.

Larangan ke atas Nurul Izzah hanya untuk satu acara



Tan Sri Sukarti Wakiman KOTA KINABALU - Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman menjelaskan larangan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar hanya untuk satu acara, iaitu menjelang majlis penutup sambutan Pesta Kaamatan.

Ini dilakukan atas sebab keselamatan berdasarkan laporan-laporan yang telah diterima, katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Sukarti berkata tidak ada larangan tetap ke atas Nurul Izzah atau mana-mana pemimpin pembangkang untuk datang ke Sabah selagi "mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan".

"Malah, pemimpin DAP Lim Kit Siang dibenarkan masuk ke negeri ini kurang dari dua minggu lepas," katanya. - Bernama

Sekatan Nurul Izzah ke Sabah ditarik balik, kata polis


KUALA LUMPUR, 3 Jun ― Larangan ke atas pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah telah ditarik balik, kata pihak polis yang mengesahkan perkara tersebut hari ini.
Memetik laporan Astro Awani, Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib berkata tiada sesiapa lagi yang dilarang masuk ke negeri Borneo tersebut tetapi tidak memberikan sebab ia ditarik semula.
Kenyataan Hamza hadir selepas laporan awal hari ini mendedahkan surat dari Pejabat Ketua Menteri Sabah kepada Jabatan Imigresen yang menyenaraihitam beberapa pemimpin pembangkang daripada masuk ke negeri tersebut.
Surat bertarikh 21 Mei itu yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk Seri Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah selepas mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari selepas pilihan raya umum ke 13.
“Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Tetapi larangan itu pun telah ditarik balik.

KETUA MENTERI SABAH BOHONGI RAKYAT !

Polis Gagal Bendung Jenayah, Jangan Hina Penunggang Motorsikal

Cadangan Ketua Polis Negara kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan sederhana dan tidak mampu.n>

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat kegagalan pihak polis membendung jenayah cuba diselimutkan dengan cadangan yang mengguris perasaan rakyat seolah-olah menunggang motosikal itu penyumbang jenayah. Sepatutnya ketua polis yang baru ini melahirkan cadangan bukan sekadar drastik, tetapi perlu realistik.

SAMM sebagai penggerak anak muda yang rata-ratanya terdiri daripada penunggang motosikal menolak cadangan 'bongkak' ketua polis negara dan menyifatkan ia sebagai cadangan 'bebal' yang prejudis terhadap penunggang motosikal.

Sedarkah wahai Khalid bahawa rakyat Malaysia memilih untuk menunggang motosikal kerana tidak mampu di atas kekangan ekonomi dan kos kehidupan yang jauh meningkat berbanding jumlah pendapatan. Kerana kesempitan hidup, motosikal menjadi pilihan walaupun statistik menunjukkan risiko kemalangan yang tinggi. Tidakkah pihak polis membuat kajian terlebih dahulu apakah cadangan ini memberi kesan terhadap penambahan jurang antara golongan elitis dan golongan sederhana miskin?

Negeri Pakatan cadang mulakan suruhanjaya siasat penipuan PRU-13

pc_HQPETALING JAYA, 3 JUN: Negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat perjalanan pilihan raya umum yang lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Persetujuan bersama berdasarkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng 13 Mei lalu bahawa suruhanjaya di peringkat negeri bagi menyiasat salah laku pilihan raya perlu dibentuk.
“Pakatan menyokong gesaan Guan Eng untuk menubuhkan suruhanjaya terhadap perjalanan pilihan raya lalu di Pulau Pinang,” kata Anwar.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 13 Mei lalu dilapor mendapatkan pandangan pakar perlembagaan Tommy Thomas berhubung perkara itu dan disaran meneruskan suruhanjaya dengan ‘terma rujukan yang luas’ bagi pembentukannya.

Nurul Izzah entry ban lifted, say Sabah cops

Nurul Izzah was turned away at the Kota Kinabalu International Airport on Thursday. — File picKUALA LUMPUR, June 3 ― Sabah police confirmed today that the state has lifted its ban on Nurul Izzah Anwar entering the east Malaysian state.
State police chief Deputy Comm Datuk Hamza Taib reportedly confirmed this with Astro Awani today but did not offer further information on why the ban was retracted.
The police chief also claimed that no other individuals apart from Nurul Izzah were placed on a travel blacklist, despite information found in leaked correspondence between Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman’s office and the state’s Immigration Department.
“As far as the police have mentioned, no other individuals were banned apart from Nurul. But even then, that ban has been retracted,” DCP Hamza told the station.
“For other leaders, if they intend to come here, there is no problem so long as they abide by the law,” he reportedly added.
Astro Awani also reported that Immigration Department director Datuk Alias Ahmad was not able to confirm the authenticity of the leaked document, which the station said contained a list of ten names of those blacklisted from entering the state.
“I advise you to check with the Sabah Chief Minister’s Office,” he was quoted saying in Bahasa Malaysia via SMS to the station.
According to Astro Awani, the leaked letter named Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohd Rafizi Ramli, Datuk Ambiga Sreenevasan, Mohamad Sabu, Syed Ibrahim Syed Noor, Wong Chin Huat, Maria Chin Abdullah, Ong Boon Kiang and Hishammuddin Rais as those barred from entering the state.
Earlier today, The Malaysian Insider reported the contents of a leaked May 21 letter that bore the letterhead of Chief Minister Musa’s office.
The letter said that the blacklist was given the Sabah Cabinet’s stamp of approval following its first meeting last month on May 15 ― 10 days after the 13th general election.

Parlimen ke 13 pasti menarik

Perdebatan di Dewan Rakyat pasti hangat dengan pihak kerajaan dan pembangkang dijangka menyambung semula "pertarungan belum tamat" semasa PRU lalu.

Oleh Sharifah Nur Shahrizad Syed Mohamed Sharer
KUALA LUMPUR: Melihat pada senarai anggota Parlimen yang bakal bersidang 24 Jun ini, perdebatan di Dewan Rakyat pasti hangat dengan pihak kerajaan dan pembangkang dijangka menyambung semula “pertarungan belum tamat” semasa pilihan raya umum yang sudah berlalu.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi berbanding 89 kerusi oleh pakatan pembangkang, perbezaan 44 kerusi.
Jika ditolak 55 wakil BN yang dilantik dalam Kabinet dan mengisi jawatan timbalan menteri, barisan penyokong kerajaan hanya tinggal 78 orang.
Antara muka baru yang dijangka menjadi ‘ayam sabung’ pembangkang ialah Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan), Mohamed Hanifa Maidin (Pas-Sepang), Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu), Mohamad Idris Jusi (PKR-Batu Pahat), Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil).
Bagi pihak BN pula, tiada lagi suara lantang Datuk Mohamad Aziz, bekas anggota Parlimen Seri Gading (tidak bertanding) atau Datuk Abdul Rahman Dahalan yang sebelum ini lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, setelah dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Begitu juga Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Khairy Jamaluddin yang kini Menteri Belia dan Sukan, dan penyelaras sayap Putera MIC, P. Kamalanathan yang dilantik Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Kedua.
Bagaimanapun beberapa nama seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan), Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Rompin), Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Noh Omar (Tanjong Karang), Chua Tee Yong (Labis), Datuk Ir Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dijangka memainkan peranan sebagai pertahanan BN di Dewan Rakyat.
Berbeza sebelumnya, tidak ada anggota Parlimen ‘tidak berparti’ (Bebas) dipilih sebagai wakil rakyat dalam Parlimen ke-13.
Pertama kali dalam sejarah

DAP mahu Paul Low ‘cakap serupa bikin’


KUALA LUMPUR, 3 JUN: Kerajaan didesak segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menyiasat secara menyeluruh semua kes tahanan mati dalam tahanan pihak berkuasa yang kini mencecah tujuh orang tidak sampai setahun.
Berikutan itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua menggesa bekas Pengerusi Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar tidak berdolak-dalik untuk menyegerakan penubuhan IPCMC berdasarkan latar belakangnya sebagai seorang pemimpin masyarakat sivil yang lantang menyuarakan isu ketelusan dan akauntabiliti.
“Apa yang mengecewakan kita ialah apabila beliau enggan menyokong penubuhan IPCMC,” ujar Pua dalam satu kenyataannya.
Menteri berkenaan sebelum ini dilaporkan berkata bahawa tidak wujud sebarang  keperluan untuk menubuhkan IPCMC kerana sudah ada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Bagaimanapun, selepas ditanya mengenai keperluan IPCMC dalam kes kematian jurutera N Dharmendran baru-baru ini, Paul Low kemudiannya membuat kenyataan ‘lain’ dan mendakwa wujud satu mekanisme sedia ada dalam EAIC.

LONELY ROSMAH has only Najib to turn to: WHY IS THAT SO?

Rosmah Mansor is feeling the loneliness of her “top level” position - she only has her husband and Prime Minister Najib Abdul Razak to complain to about allegations levelled at her in the social media.
LONELY ROSMAH has only Najib to turn to: WHY IS THAT SO?In her opening speech at a convention of the Association of Wives of Civil Servants and Women Civil Servants Association (Puspanita) today, she said that she hears of various allegations on websites and on Facebook.
Rosmah, who is Puspanita patron, said she can tell “only Najib” about these and that he would tell her “if there’s anything” similar.
Having initially advised those present to improve themselves and to enhance their use of information and communication technology (ICT), she reverted to allegations.
"I want to touch on ICT use. You have to take it seriously. You should know what to (accept) and what not (to accept). You need to use rational and objective information.
She said information spread on online and in the social media are “sometimes lies”.
"If anyone wants to commit a sin, (he or she) can read and believe (those allegations). But, before you believe, please do some investigation," she said.
‘What young men want’
On the fact that there are more female than male undergraduates in local universities, Rosmah opined that this is because young men have other priorities.
"They want to earn money fast, they want to do business, they don't want to enter university," she said.
"(However,) after five years, when the business is in trouble, they go to banks and ask for money. When (the loan application is rejected and they are) forced to close the business, it is (seen as) the government's fault.
"I don't know what’s happening to you men. You'd better to think of your species very seriously.”
She urged the men present at the event - mainly comprising senior government officers - to encourage young men to complete their tertiary studies.

Kalau Nurul Izzah di Sabah, saya lagi teruk - Mazlan


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa di Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu.

Katanya, Nurul Izzah bernasib baik kerana hanya Sabah sahaja yang tidak membenarkan kehadirannya tetapi bukan negeri yang lain.

“Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah, saya lebih teruk lagi. Sabah, Sarawak dan Felda, oh tanah airku,” katanya dipetik Nusajaya Kini dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ini berbeza jika dilihat kepada insiden penceroboh yang meloloskan diri masuk Lahad Datu dengan begitu mudah dan membuat kacau bilau hingga membunuh anggota keselamatan.

Malah, ujarnya pendatang asing boleh memiliki Kad Pengenalan dan mengundi dalam pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanapun, kata beliau rakyat tempatan disekat, dihalang dan tidak diizinkan masuk dalam negeri sendiri tanpa sebarang alasan.

Selepas hampir dua minggu Dharmendran mati, akhirnya polis terlibat “dalam proses” untuk digantung


KUALA LUMPUR, 3 Jun – Selepas hampir dua minggu pegawai polis yang terlibat dalam kematian dalam tahanan N. Dharmendran akan digantung tugas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).
Beliau berkata, kementeriannya dan polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kes di mana terdapat individu yang meninggal dunia ketika masih dalam tahanan polis.
“Ia sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya ketika ditanya mengenai tuntutan supaya penggantungan tugas terhadap pegawai yang bertugas ketika Dharmendran meninggal dunia pada 21 Mei.
Dharmendran dilaporkan ditahan pada 11 Mei dan meninggal dunia sepuluh hari kemudian pada 21 Mei ketika di dalam tahanan di ibu pejabat polis kontinjen di sini.
Pakar perubatan forensik mengesahkan kematian akibat dipukul dan bukannya penyakit semulajadi.
Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berdasarkan laporan bedah siasat percaya kematian Dharmendran, 31, berpunca daripada pukulan berterusan yang diterima mendiang, daripada objek tumpul, serta tidak menolak kemungkinan mangsa berada dalam keadaan bergari dan tidak berdaya mempertahankan diri ketika dipukul.

'Gov't to study feasibility of regulating online portals'

Black 505 rally to hit KL on June 15

Anwar vows to rally on despite King's remarks

PR : Usul IPCMC Disidang Parlimen - BULETIN 13

民联615隆市办黑色集会

PR: PSC hanya untuk alih tumpuan rakyat



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim PETALING JAYA - PR menyifatkan tindakan kerajaan mahu meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas yang dianggotai Ahli Parlimen (PSC) hanya untuk menutup kegagalan yang dilakukan pada PRU13.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tujuan pembentukan jawatankuasa itu hanya mahu melarikan fokus rakyat.

"Dulu lepas (perhimpunan) Bersih, perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) cadang tubuh PSC, letak wakil PR dalam tu.

"Lepas adakan beberapa siri pembincangan, berjanji mahu lakukan perubahan, namun mereka tipu termasuk dalam soal dakwat kekal, kebebasan media, bersihkan daftar pemilih yang tidak pernah selesai," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi PR hari ini.

Anwar turut mengulangi gesaannya agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana didakwa gagal menguruskan PRU13 dengan bersih.

"Awak dah tipu, awak dah rompak dan sekarang kita runding (PSC).

"Serah dulu barang yang dirompak itu," katanya ketika mengenai pendirian PR jika wakil PR di letakkan dalam jawatankuasa itu.

Lebih 50,000 undi ‘hilang’ di seluruh negara, pengundi lapor polis

azlan_shariff_lapor_polisPETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.
Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.
Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.
laporan polisMohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.
Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis.
laporan polis 1 jumlah undi hilang“Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan,” kata Azlan.
Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula.
“Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang.

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Kelantan





Petisyen: SPR gagal kendali PRU13

Konvensyen Pakatan Rakyat 23 Jun ini

PETALING JAYA, 3 JUN: Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan konvensyen Pakatan Rakyat akan diadakan pada 23 Jun ini.
“Pakatan bersetuju akan mengadakan sebuah konvensyen yang akan membahaskan pelbagai isu termasuk perpaduan rakyat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
“Masa dan lokasi akan dibincangkan oleh Sekretariat Pakatan dan diumum kemudian,” katanya memberitahu, konvensyen akan dihadiri semua pimpinan ketiga-tiga parti.
Konvensyen tersebut adalah cadangan Majlis Setiausaha Pakatan ekoran suasana perkauman yang dimainkan kerajaan BN sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.

Pakatan sokong himpunan aman "Blackout 505" pada 15 Jun ini

Lebih 80 petisyen PRU 13, pimpinan SPR didesak letak jawatan

PC_PRPETALING JAYA, 3 JUN: Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.
“Dalam sejarah ada satu atau dua kes pernah difailkan. Tetapi belum pernah sampai 80 hingga 90 kerusi.
“Ini saja sudah cukup untuk pengerusi (SPR) dan timbalannya letak jawatan segera,” tegas Anwar ketika sidang media hari ini.
Lebih 80 petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 merupakan bukti Aziz dan Wan Ahmad cuai serta terlibat dalam kecurangan pilihan raya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu memberitahu media bahawa BN turut memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Manakala Pakatan Rakyat setakat ini dilaporkan akan mengemuka 35 petisyen dengan 18 daripadanya adalah dari KEADILAN, 14 bagi PAS dan 3 dari DAP.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan bantahan terhadap keputusan PRU-13 dari BN membuktikan kegagalan SPR.
“Apabila BN pun failkan petisyen maknanya mereka pun ada yang tak puas hati dengan perjalanan pilihan raya, itu jelas menunjukkan kegagalan SPR menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sidang Media Pakatan Rakyat, Isu Bantahan Pilihan Raya Dan Larangan Masuk Ke Sabah

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Kelantan




LGE: Kebebasan dan Keadilan

Dakwah non Muslim: Umno, MCA perlekeh usaha PAS

Mazlan Aliman,

Mazlan (kanan) bersama kaum Tionghua semasa kempen PRU13.

Menyampaikan dakwah dan penerangan bukan untuk satu-satu kaum sahaja. Sejak PAS ditubuhkan pada tahun 1951, segenap lapisan masyarakat telah didekati.

Kefahaman mengenai Konsep Negara Islam kepada non Muslim umpamanya, telah digerakkan secara agresif pada tahun 1980-an lagi. Simposium Negara Islam, siri-siri dialog dan ceramah waktu itu menjadi aktiviti rutin PAS.

Penubuhan CCC telah menjadi jambatan yg merapatkan PAS dengan non Muslim khususnya kaum Tionghua. Tokoh-tokoh PAS seperti Kamal Koh, Redhuan Onn, Hj Subky Latif antara yang berperanan melakukan anjakan paradigma memecahkan tembok PAS dengan non Muslim.

Penghalang yang memperlekeh usaha PAS adalah MCA dan UMNO. Cercaan terhadap hukum hudud, persepsi negatif melalui media arus perdana oleh pemimpin MCA dan UMNO bertali arus. Meskipun DAP sentiasa lantang dalam isu-isu tertentu, pemimpinnya jauh lebih lunak dalam memperkatakan isu sensitif, apatah lagi membabitkan soal agama.
Peliknya, pemimpin UMNO yang mengaku Islam, diketuai Dr Mahathir begitu celupar dalam membicarakan soal perlaksanaan syariah, hudud dan Negara Islam. Pemimpin MCA tukang tepuk tangan...

Memang diakui tahun-tahun 1980-an hingga 2000, MCA terlalu kuat dan menjadi suara dominan kaum Cina. Ketika era Reformasi akibat pemecatan Anwar Ibrahim, saat sebahagian besar orang Melayu termasuk pemimpinnya seperti Zahid Hamidi menentang arus, undi Cina menjadi penyelamat kepada BN. Kalau tidak, dah lama BN berkubur!