Sabtu, 1 Jun 2013

Kerajaan Tangguh Pelaksanaan GST [Kali Ke Berapa Tah]

Dah cuak la tue. Sebab rakyat sekarang dengan memberontak atas isu penipuan dalam pilihanraya. Lepas tue pimpinan PR pula tengah kumpul bukti dan hantar petisyen untuk menafikan kemenangan BN di beberapa kawasan. Dalam waktu yang sama tak pasal2 UMNO pun turut hantar petisyen. 

Dah kenapa?

Bukan kah UMNO selama neh berdiri teguh di belakang SPR dengan mengatakan sistem yang SPR laksanakan tue telus dan BERSIH?

So sekarang dah tak percayakan kewibawaan dan kredibliti SPR pula ke?

KAH KAH KAH

Agaknya kerajaan BN rasa kedudukan mereka tak sekukuh yang mereka harapkan. Apa yang aku dapat rasakan la melihatkan kepada keputusan2 yang pimpinan BN buat sekarang, aku syak depa akan spending masa 2 tahun untuk raih kembali kepercayaan rakyat at least, mendapat sokongan majoriti. Bukan minoriti macam sekarang.

Sebab tue BN amat ber-ahti2 kadang kala dalam menrencanakan sesuatu perkara. Mula2 depa kecohkan sesuatu isu. Then tunggu respon. Agak2 depa boleh counter attack, depa akan proceed dengan tindakan yang depa planned as before. Kalau depa tengok satu2 isu tue depa tak boleh nak counter attack depa akan hold back. Cuba balik lain kali.

Contohnya isu GST neh. Mula2 depa dok main berita2 pasal GST. Kena dilaksanakan la apa la blablabla la. Last2 sambutan rakyat dingin dan menyakitkan ahti. So tetiba depa cakap, oke kita akan mengkaji lagi pelaksanaan GST. Kita akan buat kajian menyeluruh.

Apa jadah?

Sebelum neh Idris Jala bercakap seolah2 macam ko dah habis kaji je. 

Peguam Negara nafi wujud konspirasi politik pendakwaan Dr Khir


Abdul Gani Patail SHAH ALAM – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan wujudnya unsur konspirasi atau tekanan serta campur tangan politik terhadap kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan rasuah.

Malah Abdul Ghani menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan tuduhan terhadap sesiapa pun khususnya perkara yang melibatkan Jabatan Peguam Negara.

“Saya membuat keputusan untuk mendakwa kes ini berdasarkan keterangan daripada siasatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada, sama ada untuk menuduh Mohamad Khir atau sebaliknya.

“Pertuduhan terhadap Mohamad Khir adalah berdasarkan kepada keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau menjadikan beliau sebagai ‘kambing hitam’.

“Daripada menuding jari ke atas mana-mana pihak kononnya wujud unsur konspirasi atau tekanan, langkah terbaik yang beliau perlu ambil ialah menyediakan pembelaannya di peringkat rayuan Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemuda PAS Perak tolak Adun BN mahu lompat


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak tidak bersetuju sama sekali jika benar ada Adun BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan BN negeri Perak.

“Kami berharap kepimpinan Pakatan tidak mengulangi ‘kemarahan rakyat’ ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama.

“Jika ada ketidakpuasan hati Adun BN terhadap kepimpinan Zambry Abd Kadir, ianya adalah masalah di antara mereka dan tiada kaitan dengan Pakatan sama sekali,” kata Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) dalam satu kenyataannya.

Beliau mengulas ura-ura beberapa Adun BN mahu meninggalkan parti itu dan mahu menyokong Pakatan.

Tahun 2009 lalu, tindakan melompat parti seorang Adun BN menyebabkan dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ia telah menyebabkan kerajaan Pakatan Perak jatuh selepas 11 bulan dibentuk.

Ramai bimbang, jika Adun BN diterima lagi, peristiwa itu akan berulang.

PATI dan Penganas Bebas Keluar Masuk: Halang Nurul Izzah demi keselamatan Sabah, kata Musa Aman


Datuk Seri Musa Aman bertegas bahawa Nurul Izzah dihalang daripada memasuki Sabah kerana beliau boleh menjejaskan keselamatan negeri tersebut.KUALA LUMPUR, 1 Jun — Kerajaan Sabah melarang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Khamis itu kerana kehadiran beliau boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Menurutnya, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.”
“Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya dipetik dari portal berita The Star Online.
“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” tambah beliau lagi.
Nurul Izzah dihalang memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Khamis lalu untuk menyambut Pesta Kaamatan ataupun Pesta Menuai.
Musa berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menerima kepelbagaian etnik dan budaya serta mengambil bahagian dalam perayaan di negeri ini.

Selangor: MB Sedia Pertimbang Jawatan Perhubungan Politik Bagi PAS dan DAP

Kejohanan Golf Etiqa International Junior Master 2013 02
KOTA DAMANSARA, 1 JUN : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia untuk mempertimbangkan  cadangan untuk jawatan perhubungan politik di negeri itu daripada pihak PAS dan DAP.

Kata Abdul Khalid, jika ada kalangan dari PAS dan DAP keupayaan untuk memegang jawatan itu maka beliau tidak keberatan untuk memberikan jawatan itu.

“Perkara ini saya ingat akan dibincangkan secara bersama dengan Pakatan Rakyat kerana kehadiran Datuk Saifuddin Nasution Ismail  ini adalah diasaskan kerana peluang untuk mendapatkan beliau sebagai perantara politik.
“Saya tahu beliau mempunyai waktu dan masa untuk tugas ini,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Hadiah dalam Kejohanan Golf Etiqa International Junior Master 2013 yang diadakan di Kelab Golaf Seri Selangor di sini.


Media Umno-BN lebih banyak rosak keharmonian

Nur-ManutyKetua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, media kawalan Umno-BN lebih banyak merosakkan keharmonian negara.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung cadangan undang-undang penyalahgunaan media sosial.
“Shabery harus sedar bahawa media Umno-BN lebih banyak merosakkan keharmonian negara dengan menimbulkan isu perkauman terutama selepas PRU lalu,” katanya kepada Keadilandaily.
“Mengapa tindakan segera tidak diambil terhadap mereka? Jelas undang-undang yang dikaji itu berat sebelah dan cuba menafikan demokrasi maklumat yang menjadi hak setiap rakyat Malaysia,” ujarnya.
Shabery mengulas cadangan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menggesa kerajaan Malaysia mencontohi Singapura yang mewajibkan lesen kepada semua laman web berita di negara ini.
Media_PRMuhammad Nur menempelak percubaan Shabery untuk menjadikan Singapura sebagai contoh kerana negara republik itu sebenarnya gagal mengamalkan demokrasi dengan baik.
“Lihat balik laporan Indeks Kebebasan Akhbar. Singapura menduduki tangga ke-135. Aneh kalau Malaysia mahu meniru negara yang berada jauh dibelakangnya,” kata Dr Manuty.

Provokasi melampau SB sebabkan kerugian dikesali


KUALA LUMPUR: Tindakan polis membiarkan provokasi melampau dipercayai dilakukan anggota Unit Cawangan Khas (SB), sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda milik individu amat mengecewakan.


(Ali menunjukkan telefonnya yang pecah akibat provokasi)

Mangsa terbabit, Ali Abd Jalil, 28, berkata, seorang lelaki berpakaian preman yang mengaku sebagai SB polis menepis telefon bimbitnya, model Samsung Note 2 N7100 secara mengejut ketika beliau dan aktivis pro-demokrasi lain berada di hadapan Penjara Sungai Buloh, 29 Mei lalu.

Akibatnya, ujar beliau, telefon bimbitnya yang berharga RM2,400.00 itu jatuh di atas jalan dan pecah sebelum lelaki terbabit memaki-hamun para peserta solidariti menuntut pembebasan Safwan Anang berhimpun di situ.

BN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas polarisasi kaum— Lim Guan Eng

BN bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jurang polarisasi yang semakin membesar antara 51 peratus penyokong PR terhadap BN, sementara salahguna kuasa oleh Pendaftar Persatuan (ROS), pihak Polis, Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebelahi kepentingan BN daripada kepentingan awam.
Tindakan terbaru oleh ROS terhadap DAP yang membawa kemungkinan penyahdaftaran DAP dan juga larangan oleh Jabatan Imigresen ke atas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuruh Izzah Anwar daripada memasuki Sabah menunjukkan bahawa BN sanggup menyalahgunakan kuasa mereka melalui taktik penipuan dan dakwaan palsu.
Penindasan dan kezaliman sebegini akan memisahkan rakyat dan tidak akan membawa ke arah penyatuan malah akan memberi kesan negatif kepada perpaduan nasional.
DAP mengecam pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman atas dakwaan palsu beliau bahawa lebih 700 perwakilan DAP telah dinafikan hak mereka untuk mengundi di Kongres Kebangsaan Parti pada tahun lepas kerana mereka tidak diberi notis terlebih dahulu.
Saya tidak pernah bertemu lagi dengan seorang anggota perkhidmatan awam yang sanggup menipu secara terbuka tanpa segan silu kerana ROS telah menghantar surat kepada kami untuk menuntut bukti notis yang dihantar kepada empat cawangan DAP bagi menghadiri kongres parti - Taman Sri Sungai Pelek di Selangor, Taman Nesa di Skudai, Johor, serta Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Negri Sembilan.

Cadangan SPR bawah Parlimen ulangi JK sebelum ini yang terbukti gagal


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menyifatkan rancangan Perdana Menteri untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai pengakuan memang wujud penipuan pilihan raya.

"Meletakkan SPR di bawah jawatankuasa itu hanya lakonan semata-mata untuk menyelamatkan suruhanjaya itu," katanya.

Salahuddin berkata, sebelum ini Pakatan Rakyat bersifat terbuka dan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Jawatankuasa tersebut dicadangkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

"Pakatan hantar Dr Hatta Ramli dari PAS, Azmin Ali dari PKR dan Anthony Loke dari DAP sebagai tiga wakil kita dalam jawatankuasa itu.

"Akhirnya terbukti, tidak ada satu pun cadangan jawatankuasa itu yang dilaksanakan," kata beliau.

PKR Dakwa N. Dharmendran Mati Akibat Dipukul Bukan Mati Semula Jadi

SPR Tak Telus Dan Gagal: UMNO@BN hantar 50 petisyen pilihanraya

Police, Home Minister trying to cover up Dharmendran's murder - Surendran

POLICE TORTURE: 52 injury marks on Dharmendran's body - Surendran

I am ashamed to be M'sian, our cops killed my husband - widow

Reformasi menuntut pengorbanan...

Oleh Lanh
TATKALA berbual-bual dengan seorang penumpang bas ekspres yang duduk di sebelah saya, beliau memberitahu saya dia berazam berpuasa tiga bulan berturut-turut - sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Saya kagum dengan kegigihannya, tetapi sebagai insan kurang arif ilmu agama, saya pun bertanya seorang ustaz mengenai amalan itu.


 Kata ustaz berkenaan, tiada sebarang hadis menyebut mengenai puasa tiga bulan berturut-turut itu. Nabi s.a.w. tidak melakukannya. Kita bimbang pelakunya terikut-ikut dengan amalan orang lain yang ternyata bukan sunnah. . * Demikianlah kebanyakan pendapat kita berkenaan pantang larang, soal-soal agama, perkara-perkara yang tidak sopan, kengerian (seperti takutkan hantu) dan bermacam-macam lagi yang sebahagian besarnya adalah hasil daripada sogokan masyarakat sekeliling yang sama jahil dan tidak rasional macam kita dan bukannya terbentuk daripada penguasaan ilmu dan pemikiran yang benar-benar masak dan jitu..
Ketika ribuan rakyat menyertai Perhimpunan Bersih bagi menuntut pilihan raya yang adil tidak lama dulu, media massa terutama televisyen menguar-uarkan bahawa "Bersih itu kotor" dan kini selepas PRU13 dilangsungkan rakyat mahu diyakinkan pula bahawa pilihan raya dilangsungkan 'secara bersih". Ya, rakyat mahu dipasakkan dengan pemikiran bahawa 'Bersih' itu kotor tetapi pilihan raya yang 'kotor' sebagai 'bersih' pula! .
Berhubung pengendalian pilihan raya yang membabitkan tugasan ahli parti; Ketua Keselamatan PAS Dun Bukit Baru (anak sulung PAS Melaka), Ustaz Ibrahim Duralim, memberitahu penulis dalam satu pertemuan baru-baru ini, ada ahli PAS (dan Pakatan Rakyat) yang takut-takut kerana menyangka undang-undang dan pelaksana undang-undang seperti polis berpihak kepada Umno-Barisan Nasional. "Itu tak betul," katanya, "misalnya jika ada perayu undi BN berkempen dalam jarak 50 meter dari premis pusat pengundian, saya menjerit menyuruh polis menghalau mereka. Betul, polis bertindak kerana kita tahu dan ikut undang-undang." .

Letak jawatan atau himpunan lebih besar?

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO yang bercadang untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Putrajaya atau Dataran Merdeka jika Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan pegawai-pegawai SPR yang ada sekarang tidak meletak jawatan, dianggap sebagai komitmen ikhlas rakyat mahukan sebuah pilihan raya adil, bebas dan bersih pada masa depan.


Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, dalam PRU13 lalu, rakyat dapat merasakan dan menyimpan pengalaman tersendiri berkenaan pelbagai penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR. Katanya, SPR yang ada sekarang sudah tidak lagi dilihat sebagai badan bebas sejak dahulu, malah jelas berpihak kepada Umno-BN, sehingga badan itu gagal mengendalikan pilihan raya dengan bersih, adil dan telus seperti yang diingini oleh rakyat.
Menurut beliau, rakyat jelas ditipu oleh SPR dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, walaupun pihak kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 juta wang rakyat untuk menyediakan dakwat itu.
“Setelah keputusan PRU13 diumumkan dengan memberikan kemenangan kepada BN yang mencurigakan itu, kini rakyat bangkit menentang segala penipuan dan penyelewengan SPR menerusi beberapa siri Perhimpunan Black505 di beberapa tempat yang dihadiri puluhan malahan ratusan ribu rakyat,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz berkata, rancangan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran itu adalah lanjutan kepada perhimpunan-perhimpunan yang telah diadakan sebelum ini sekiranya peneraju SPR tidak berubah.

Jawatan Presiden UMNO Memang Perlu Ada Perlawanan

Oleh Shahbudin Husin
Najib hari ini menyatakan kesediaan jika beliau dilawan dalam pemilihan UMNO pada penghujung tahun ini. Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang akan menyaksikan pertandingan berikutan prestasi BN yang lebih buruk berbanding 2008, Najib sekadar menjawab bahawa UMNO adalah parti yang mengamalkan demokrasi dan terbuka kepada sebarang pertandingan.


Pertanyaan pemberita kepada Najib ini sebenarnya adalah susulan sudah timbulnya cakap-cakap di bursa politik bahawa kemungkinan kedudukan Najib tidak lagi selamat berikutan keputusan pilihanraya yang lalu. Berbanding 2008, sebagaimana yang diketahui, kemenangan jauh lebih buruk. Selain gagal mendapat 2/3 majoriti dan jumlah kerusi yang dimenangi berkurangan daripada 140 kepada 133, BN juga kehilangan undi popular daripada rakyat.

Jika dengan kemenangan 140 kerusi Pak Lah dipaksa berundur, tiada sebab Najib yang menang 133 mahu diselamatkan. Selain cakap-orang ramai mengenai kedudukan Najib yang mungkin dilawan oleh timbalannya, Muhyiddin atau tokoh lain, UMNO cawangan yang dalam pemilihan kali ini mempunyai kuasa besar berikutan peraturan pemilihan yang baru dikuatkuasakan juga sedang tertunggu-tunggu bertiupnya angin perubahan tersebut.

Ramai yang mahukan perubahan kerana merasakan Najib sudah diberi peluang dan ternyata beliau telah gagal. Mereka bimbang jika Najib lagi yang memimpin BN dan kerajaan dalam pilihanraya akan datang, nasib yang lebih buruk akan menimpanya. Ini kerana Najib tidak menunjukkan perubahan yang memuaskan, baik dari segi pengurusan kerajaan, pemilihan calon dan pembentukan kabinetnya.

Najib Perlu Tunggalkan Umno

Oleh Mohd Sayuti Omar
Najib Razak terus mencari alasan untuk menjustifikasikan 'kekalahan' UBN dalam pilihan raya lalu. Najib perlu berbuat sesuatu untuk memperlihatkan dia kuat dan UBN khasnya Umno dibawah pimpinannya masih ampuh.Ternyata dalam pilihan raya lalu memberi keputusan yang sangat mendukacitakan Najib.


Najib telah pun memadamkan rekod kecemerlangan Umno dan BN selama ini. Justeru Najib kena cari apa saja helah untuk bercerita yang Umno kuat. Perhimpunan agung Umno akhir tahun nanti akan menyoal semua itu kepada Najib.

Belum pernah UBN kehilangan suara popular seperti apa berlaku dalam pilihan raya lalu. Suara popular UBN 47 peratus berbanding dengan Pakatan Rakyat 51 peratus. Perbezaan dan realiti inlah menjadikan Najib terganggu dan kadang-kadang termangu sambil mengetik kuku di hujung bucu.

Begitu juga dengan bilangan kerusi. UBN bukan saja gagal mendapat kuasa 2/3 di parlimen tetapi kerusinya juga merosot terus. Daripada 140 sebelum ini, UBN ditangan Najib hanya mendapat 133 kerusi saja. Tujuh kerusi hilang. Pencapaian Najib jauh lebih buruk dari orang yang dilandanya, Abdullah Ahmad Badawi. Setidak-tidaknya Abdullah walaupun memberi keburukan kepada UBN pada pilihan raya keduanya, tetapi dalam pilihan raya (pertama) ke-11 Abdullah mencatat rekod buat UBN dengan mendapat lebih 60 peratus suara majoriti dan mampu mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen sebaik mengambil alih dari Mahathir Mohamad.

Pencapaian Abdullah, berbeza dengan Najib awal-awal lagi beliau telah gagal menunjukkan prestasi beliau sebagai pemimpin. Kemalangan itu Najib tidak boleh mengatakan kebetulan waktu ini ada berbagai tsunami; India, Melayu dan Cina, yang melanda Malaysia, tetapi kena mengakui kekalahan UBN itu kerana kepimpinan beliau kurang menyerlah dan lemah.

GST – Gigit Sampai Tulang

GST will tax everyone regardless of whether the person is rich or poor when in fact the poor should be allowed to escape this dragnet.

Now that the kid gloves have been taken off, the BN federal government is going to launch a major offensive against the rakyat, especially the low-income group although not in the immediate future.
And this major offensive is none other than the Goods & Services Tax (GST).
According to Dzulkefly Ahmad, the former Kuala Selangor MP and the current PAS research director, the rate of 7% which is mentioned recently is very high and shows Prime Minister Najib Tun Razak breaking his promise when the earlier figure given was 4%.
Dzulkefly opined that “7% is proposed perhaps because the prime minister has only just woken up to the fact that the national debt is nearing the ceiling set by parliament which is 55% of the GDP. Or perhaps the prime minister is unhappy with the rakyat for denying him the two third parliamentary majority besides still voting for Pakatan Rakyat (PR) in Selangor”.
(PM Najib had vowed to regain the 2/3 majority and recapturing Selangor before the 13th general election.)
One has to take note that Singapore whose citizens earn nearly twice more than Malaysians had started their GST at the rate of 3%. Still, Singapore experienced inflation at 3% for three consecutive years after the implementation of GST. Currently Singapore’s GST stands at 7%.
If BN leaders want to adopt the Singaporean GST rate, then they should also follow Singapore’s strict laws in curbing corruption.
In principle, Pakatan leaders do not reject the implementation of GST but is of the firm stand that it can only be implemented when a significant proportion of Malaysians are earning well. It is a known fact that Malaysian wages have only rose at 2.8% for the last decade and this was reported by the World Bank itself.
On the other hand, Dzulkefly noted that the prime minister is still delaying the implementation of the minimum wage policy.
“To increase the nation’s revenue, corruption and cronyism has to be seriously curbed while the monopolies, oligopolies and cartels have to be re-structured,” added Dzulkefly.

Sekat Nurul: Umno Sabah tidak demokratik


Naib Presiden PKR, N.Surendran PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, N.Surendran menyifatkan tindakan pemimpin Umno Sabah yang menyokong keputusan Kerajaan Negeri Sabah menghalang kemasukan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah ke negeri itu sebagai tidak demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa, sekatan itu dibuat ekoran kerisauan BN terhadap pengaruh PR ekoran kejayaan PKR menambah kerusi pada PRU13 pada 5 Mei lalu.

"Agak aneh bagi seorang ahli parlimen tidak dibenarkan bergerak ke suatu kawasan dalam Persekutuan Malaysia.

"Undang-undang itu jelas menentang Perlembagaan, tidak demokratik dan cara pemerintahan cara kuku besi," katanya kepada Sinar Harian Online.

Selangor Tinggalkan Politik Rasis Dan Gender


EXCOSELANGORULASAN: Saya terasa teringin untuk menulis sesuatu hari ini. Agak lama tidak menyatakan pandangan, mungkin kerana terpaksa menahan diri dari melakukannya kerana ada tugas penting yang perlu diselesaikan tanpa memberi peluang kepada mana-mana pihak mentelaah secara negatif. Hari ini setelah semuanya selesai maka sementara duduk di rumah elok dituliskan sesuatu agar mampu memberi sedikit pencerahan.
Ramai melihat agenda melantik menteri besar di Selangor dan barisan Exco dengan kanta pandang dekat. Ramai mungkin yang mahu memberi pandangan walaupun dalam banyak masa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat tepat untuk membuat komen.
Maka wujudlah beberapa siri perbincangan panas antaranya Istana campurtangan dalam pemilihan Exco, politik kuno berpaksikan kaum, politik order lama yang tidak sensitif gender dan bermacam lagi.
Bila ada ura-ura kononnya istana atau lebih khusus lagi DYMM Sultan cuba memberi nasihat dan pandangan dalam pelantikan Exco maka terus sahaja kita membuat kesimpulan bahawa Tuanku mahu campurtangan dalam pentadbiran negeri, baginda seorang yang rasis dan hanya memihak kepada orang Melayu.
Tidak sedikit yang menyatakan rasa marah dan tersinggung serta kesedihan mereka dengan berita tersebut. Ramai kita terlupa bahawa politik Pakatan Rakyat yang kita bawa adalah politik baru dengan semangat politik inklusif, yakni ruang bersuara dan memberi pandangan terbuka luas kepada semua pihak dan saya berpandangan ianya tidak terkecuali kepada pihak istana.
Lebih malang apabila timbul cerita bahawa pihak istana mahu formula 6:4 (Melayu: Bukan Melayu) digunapakai dan isu kaum terus dimainkan tanpa cuba melihat mungkin ada sudut lain yang lebih positif dan membina yang boleh dilihat. Bila kita lihat keputusan 15:15:14 PAS DAP dan PKR, ini bermakna keputusan tersebut telah melonjakkan kerusi PAS yang dahulunya hanya lapan kepada 15 kerusi.

Fail Petisyen: UMNO@BN sendiri tak percaya SPR – Saifuddin

SaifuddinKUALA LUMPUR 1 Jun: Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat ‘meludah ke langit’ kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR.
“Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya ketika dihubungi.
Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
“Ini beban baru SPR yang perlu mereka jawab selepas Pakatan berjaya membuktikan segala kecurangan yang wujud dalam pelbagai segi, seperti senarai daftar pemilih, isu dakwat kekal, blackout semasa pengiraan undi dan sebagainya,” ujar Saifuddin.

Isteri Dharmendran mahu anggota polis 'ditangkap segera'




Isteri N Dharmendran yang mati dalam tahanan, kecewa kerana anggota polis yang dikaitkan dengan kematian suaminya diberikan tugas pejabat dengan cadangan mereka digantung kerja, sedangkan mereka sepatutnya telah ditangkap sejak awal lagi.
"Mereka telah membunuh suami saya. Mereka sepatutnya
berada dalam lokap," katan S Marry sambil menambah bahawa mereka sepatutnya digantung sampai mati.
Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Marry bertanya sekiranya orang awam yang membunuh seseorang, apakah mereka akan dibiarkan bebas.

"Ini anggota polis yang melakukan pembunuhan," kata ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia dua tahun.
Dharmendran dilaporkan ditahan polis selepas membuat laporan polis susulan satu pergaduhan yang melibatkan dirinya pada 11 Mei.

Isteri dan ibu bapanya hanya mengetahui mengenai penahanan tersebut pada 19 Mei dan mengunjungi Dharmendran di lokap polis.

Pegawai JPM mahu jumpa balu Dharmendran secara rahsia

Balu DharmendranPETALING JAYA 1 Jun: Balu N Dharmendran, tahanan yang mati dalam lokap polis mendedahkan beliau dan bapa mentuanya, B Narayanasamy dihubungi seorang lelaki  yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Marry a/p Mariaysusay  berkata, pegawai berkenan menghubungi mereka sebanyak tujuh kali dan menyatakan mahu bertemu ahli keluarganya secara rahsia serta ingin membantu menyelesaikan kes kematian tersebut.
“Pegawai dari JPM itu menghubungi saya empat kali dan ayah mertua tiga kali semasa kami mengadakan upacara sembahyang untuk N. Dharmendran.
“Namun hanya ayah mertua yang menjawabnya. Lelaki itu kata mahu jumpa secara rahsia untuk tolong dengan syarat terima peguam dilantik dari mereka dan bukannya pilihan keluarga kami.
“Selepas berbincang dengan keluarga, kami menolak permintaan itu. Sebab kalau betul mahu tolong, mengapa mahu jumpa secara rahsia? Ini semua tipu sahaja,” katanya selepas sidang media yang turut dihadiri peguamnya, N. Surendran dan S. Jayathas tengahari tadi.
Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Mary menyatakan rasa kesal kerana empat anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes itu hanya dikenakan hukuman melakukan tugas-tugas di pejabat.
“Kalau orang awam didakwa membunuh, polis sangat cepat bertindak. Namun jika orang awam dibunuh oleh polis, macam-macam alasan diberi.
“Saya mahu polis terlibat ditangkap segera dan gantung mereka sampai mati,” katanya tidak dapat menahan air mata dalam sidang media itu.

'Dharmendran yang digari alami 52 kecederaan'


 
Mangsa yang mati dalam tahanan, N Dharmendran telah dipukul hingga mati ketika digari, demikian dibayangkan oleh laporan awal bedah siasat yang didedahkan hari ini.

Laporan bertulis oleh pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada luka defensif pada badan Dharmendran.

Peguam keluarga tersebut, N Surendran memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa ia agak jelas bahawa semasa dipukul, mangsa digari dan dalam kedudukan yang lebih rendah, mungkin melutut atau sesuatu.

Dharmendran telah mengalami 52 tanda kecederaan di seluruh tubuhnya, dari kepala ke kaki.

Surendran menegaskan bahawa ini adalah "lebih teruk daripada kes A Kugan" pada tahun 2009.
Menurut bedah siasat, tompok lebam garis berganda, dipercayai kesan tanda rotan, ditemui dalam corak selari serong di bahagian bawah  belakang.

Kematian Dharmendran akibat dipukul, bukan penyakit semulajadi, kata pakar patologi

PETALING JAYA, 1 Jun —  Kematian menyayat hati N. Dharmendran semasa dalam tahanan polis disahkan pakar perubatan forensik berpunca daripada akibat dipukul dan bukannya penyakit semulajadi.
Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berdasarkan laporan bedah siasat percaya kematian Dharmendran, 31, berpunca daripada pukulan berterusan yang diterima mendiang, daripada objek tumpul, serta tidak menolak kemungkinan mangsa berada dalam keadaan bergari dan tidak berdaya mempertahankan diri ketika dipukul.
“Tiada penyakit semulajadi yang dijumpai dalam tubuhnya yang menyebabkan punca kematian ... bedah siasat mendapati mendiang mempunyai kesan lebam akibat objek tumpul di tubuhnya,” kata laporan yang diedarkan kepada media ketika sidang media oleh Naib Presiden PKR di sini.
“Kecederaan diakibatkan oleh objek tumpul dan kecedaraan juga adalah kesan baru,” kata laporan bedah siasat itu lagi.
Laporan berkenaan turut mendedahkan Dharmendran mempunyai 52 kesan kecederaan di seluruh tubuh badan termasuk juga kesan kecederaan akibat dawai kokot di kedua-dua cuping telinganya.
Peguam keluarga mendiang Dharmendran, N. Surendran, yang juga ahli Parlimen Padang Serai menegaskan, dengan dokumen laporan bedah siasat itu, mereka kini boleh mendakwa pegawai polis yang terlibat.
“Tiada yang dihukum setakat ini, hanya empat anggota polis dipindahkan tugas ... semua anggota polis yang dikenalpasti mesti ditahan serta merta, hari ini!” tegas Surendran ketika sidang media tersebut, dan menambah kes kematian Dhamendran adalah kejadian bunuh, dan pendakwaan harus dilaksanakan.
Ekoran kes kematian dalam tahanan tersebut, empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan N.Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Najib diberitahu SPR perlu diterajui muka baru, bukan sekadar letak bawah PSC

Datuk Ambiga berkata bahawa SPR perlu diterajui muka baru untuk meningkatkan kredibiliti badan [engawas pilihanraya tersebut. - Gambar failKUALA LUMPUR, 1 Jun — Usaha meningkatkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan meletakkan badan pengendali pilihan raya negara ini di bawah Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) tidak bermakna tanpa menggantikan teraju utama badan berkenaan, kata pemimpin pembangkang dan aktivis pilihan raya.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu diganti dengan individu lain supaya pembaharuan meningkatkan kredibiliti badan berkenaan.
“Tidak bermakna letakkan SPR di bawah PSC sekalipun, anggota mereka perlu letak jawatan,” kata Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan ketika dihubungi The Malaysian Insider.
“Mereka perlu letak jawatan, itu lebih mustahak supaya mereka mempunyai lebih kredibiliti,” katanya lagi, dan menambah SPR adalah badan bebas yang dilantik di bawah Perlembagaan dan tidak boleh ditolak ke sana-sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal hari ini berkata bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.
Kit Siang pula dalam respon mengenai perkara itu berkata SPR seharusnya bermula dengan muka baru bagi jawatan pengerusi dan timbalannya bagi meningkatkan keyakinan rakyat.
“Pengerusi dan timbalan sekarang beroperasi seolah-olah mereka menjadi protagonis kepada ahli politik dan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Himpunan ‘Black 505’ akan diteruskan walaupun Agong arah terima keputusan PRU


Datuk Johari berkata himpunan 505 adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan SPR, dan bukan untuk mempertikaikan pandangan Agong. - Gambar failKUALA LUMPUR, 1 Jun — Protes terhadap keputusan Pilihan Raya 2013 akan diteruskan demi menunjukkan rasa tidak puas hati rakyat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan bukan bertujuan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong, kata PKR.
Datuk Johari Abdul menjelaskan Himpunan 505 akan terus dilaksanakan bagi menolak keputusan Pilihan Raya 2013, walaupun Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, menitahkan rakyat di negara ini supaya menerima keputusan PRU13.
“Jadi tujuan kita berkumpul ialah untuk menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap tindakan SPR, tidak ada niat untuk mempertikaikan pandangan Tuanku.
“Sebab itu setiap kali tamat himpunan 505 kita nyanyikan lagu Negaraku bagi menunjukkan taat setia kepada Tuanku,” kata Johari kepada The Malaysian Insider merujuk kepada lagu Kebangsaan.

Makin Terdesak: SPR akan diletak bawah Parlimen, kata Najib

Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
  
"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana
Negara.

Langkah itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.

Pakatan pembangkang mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang 47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana amalan persempadanan kawasan pilihanraya.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN

UMNO@BN fail petisyen PRU, kenyataan Zahid kena batang hidung sendiri

JohariKUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.
“Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.
“Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujar Johari sinis.
Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.
Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.
Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.
“Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.
“Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu,” ujarnya.

Pelaksanaan GST luaskan kutipan cukai namun bebankan rakyat miskin


GST SHAH ALAM –  Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini akan meluaskan asas kutipan cukai  namun akan membebankan golongan pertengahan dan miskin.

Menurut Timbalan ketua Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nor Ghani Md Nor, pelaksanaan GST memerlukan makanisme yang terbaik bagi membolehkan golongan pertengahan dan miskin tidak dibebankan apabila dilaksanakan kelak.

“Saya lihat daripada aspek keadilan sosial, jika GST dilaksanakan, semua orang terpaksa membayar cukai, ini termasuklah golongan sederhana dan miskin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Tambah beliau lagi, makanisme terbaik bagi kerajaan adalah mengawal ketirisan dan kebocoran pendapatan negara, jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap ekonomi negara.

“Jika kerajaan ingin meningkatkan tahap ekonomi negara, saya rasa cara terbaik adalah dengan mengawal ketirisan dan kebocoran yang berlaku, dengan cara ini saya rasa ekonomi kita akan bertambah baik,” katanya lagi.

Khamis lalu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan  tidak akan melaksanakan GST dalam tempoh jangka terdekat kerana ia masih mengkaji kesan dan kadar yang akan dilaksanakan.

Menurut Ahmad Husni lagi, kerajaan masih berunding dengan ahli politik, sektor swasta dan awam sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Kami masih belum memutuskan mengenai GST kerana kami perlu mengkaji semula perkara itu dan kami kini sedang di dalam proses mengkajinya dari sudut yang menyeluruh.