Khamis, 30 Mei 2013

Bila Serikandi lebih berbahaya drp PATI

Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) khususnya daripada Filipina dan Kepulauan Sulu, bebas keluar masuk ke Sabah. malah, mereka bebas keluar masuk Sabah dengan bersenjata hinggalah tercetusnya keganasan di Lahad Datu.
Malah, kemungkinan pada masa sekarang, pergerakan keluar masuk mereka adalah bebas,seperti keadaan sebelum tercetusnya peristiwa keganasan menjelang pilihan raya umum yang lalu.
Berbeza dengan Serikandi YB Nurul Izzah, kemasukan beliau ke Sabah dihalang. Kita tak fikir beliau membawa masuk senjata. Mungkin pihak ketua Menteri Sabah merasakan lidah yang dibawa oleh Nurul Izzah itu lebih berbahaya berbanding ratusan pengganas Sulu yang bersenjata lengkap.
Betapa hebatnya aura seorang Serikandi, Puteri Reformasi hingga mengakibatkan Ketua Menteri Sabah kehilangan kedua-dua butir tel*r....
Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah
KUALA LUMPUR, 30 Mei — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan oleh pihak imigresen petang Khamis ketika cuba untuk masuk ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

"Mereka akan hantar saya pulang. Saya sedang berurusan dengan jabatan Ketua Menteri Sabah," kata beliau dipetik dari laporan The Star Online.

Not even 1 month in office, there are already calls for new IGP Khalid to RESIGN!

Khalid Bakar should resign as IGP if he is not prepared to give top priority to roll back the wave of crime in the country instead of carrying out his obligations to his political masters in UMNO/BN.
1. “Minister’s daughter injured when victim to snatch thieves” (Sin Chew)
2. “Retired teacher loses her life and jewellery in house break-in” (Star)
3. “Elderly Ipoh woman killed in house robbery” (New Straits Times)
Fight crime, not 'ampu-bodek' Umno politicians
Not even 1 month in office, there are already calls for new IGP Khalid to RESIGN!If anybody in Malaysia needs to be convinced that there is a rife, rampant and runaway crime situation in the country, these three headlines in today’s printed media should be adequate and convincing proof, as they are about (i) the 26-year-old daughter of the Communications and Multimedia Minister Ahmad Shabery Cheek who lost cash and personal belongings amounting to RM8,000 to two snatch thieves near a hypermarket in Ampang and was slightly injured on her right knee in the 11.50 a.m. incident yesterday; (ii) retired primary school teacher Khalijah Abu Samah, 74, who was killed during a robbery at her home at Kampung Sungai Jai, Beranang, Kajang and (iii) elderly citizen, A. Sampuranan, 75, who was killed in a robbery in her house in Ipoh.
But there is one person who does not seem to be convinced that Malaysians are suffering from an unacceptable and intolerably high rate of crime and prevalent fear of crime – and that person is the new Inspector-General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar, even though in the first week of his appointment as the No. 1 top police officer, his own sister was victim of a break-in in her bungalow in Mantin in Negri Sembilan and the sister of the Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin was also victim of a house break-in in her double-storey bungalow in Petaling Jaya!
New Home Minister Zahid makes it worse!

Yb Suki Wong: Pilih DAP kerana ideologi demokrasi sosial

NAMA: Wong Shu Qi
UMUR: 30
PENDIDIKAN: Jurusan Sains Politik dan Journalism dari Universiti Chengchi Taiwan
PENGALAMAN: Penulis dan wartawan senior
PERUBAHAN iklim politik pra-matang Malaysia ke arah pra-pencerahan telah mengubah segalanya. Penyertaan golongan muda dalam arena politik negara secara langsung atau tidak langsung bukan lagi satu perkara yang janggal kerana pada saat ini, kesedaran untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik, adil dan bersih menjadi keutamaan lebih-lebih lagi bagi generasi pasca MSC.
Wartawan Roketkini.com, Hafiz Zainuddin mengambil kesempatan mewawancara seorang wakil rakyat muda mewakili DAP, Wong Shu Qi, anak jati kelahiran Johor mengenai pandangnya kepada politik baru Malaysia dan pembabitan mendadak golongan muda bersama politik.
Foto oleh Muhamad Affendy
Pengenalan: Siapa sebenarnya Suki Wong?
Usia bukan penghalang untuk wanita muda ini menceburi diri dalam gelanggang politik Malaysia yang semakin mencabar. Walaupun baru berusia 30 tahun, saudari Wong Shu Qi atau lebih mesra dipanggil Suki Wong berjaya mencipta sejarah di Senai, Johor apabila kerusi Dewan Undangan Negeri itu akhirnya berjaya ditawan Pakatan Rakyat-DAP setelah puluhan tahun menjadi kubu kuat MCA-Barisan Nasional (BN).
Suki Wong: Saya memilih untuk berpolitik kerana mempunyai keyakinan dan visi untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat dan tanah airnya, Malaysia.
Sebelum ini saya adalah seorang wartawan dan penulis di sebuah portal berita online Merdeka Review selama tiga tahun.
Saya menyertai DAP selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2011. Masa itu saya buat liputan di sana dan pada masa yang sama Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke banyak memberi dorongan kepada saya untuk sertai politik,” ujar Suki menceritakan titik mula beliau menceburkan diri dalam politik.
Roketkini: Mengapa pilih DAP bukan parti oposisi lain?
Suki Wong: Saya lebih mesra dengan ideologi jelas yang dibawa DAP iaitu demokrasi sosial yang mana ia cocok dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Saya percaya pada demokrasi dan saya percaya DAP mampu untuk membina sebuah Malaysia yang demokratik. Keputusan saya menyertai DAP juga didorong oleh semangat untuk melihat Malaysia yang lebih baik, adil, aman yang sebenarnya di mana kita semua sebagai rakyat dapat bersatu tanpa batas perkauman.
Roketkini: Betulkah calon wanita muda DAP mudah menang, adakah itu benar?
Suki Wong: Memang benar…, Selama bersama DAP pada Pilihan Raya Umum, saya akui calon wanita lebih mudah untuk menang berbanding calon lelaki.
Saya juga pernah tertanya-tanya mengapa fenomena ini berlaku. Mungkin juga kempen calon wanita menarik perhatian menggunakan soft approach dan lebih senang diterima pengundi.
Walaupun mereka mungkin ‘marah –marah’ atas pentas

40% Ahli Exco Selangor wanita, Hannah speaker wanita pertama


SHAH ALAM, 30 MEI: Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negerinya, dengan 40% daripadanya adalah wanita.
Sejarah juga tercipta untuk pertama kalinya seorang wanita dilantik Speaker Dewan Negeri, apabila ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh dipilih memegang jawatan itu dan Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN PKR Seri Setia) sebagai Timbalan Speaker.
Hannah mengambil alih tugas itu daripada Teng Chang Khim yang kali ini dibariskan sebagai Ahli Exco.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menampilkan tiga muka baru dalam senarai 10 Ahli Exco iaitu Ganapathi Rao (DAP, Kota Alam Shah), Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) dan Sallehin Mukhyi (PAS, Sabak).
Abdul Khalid sendiri mengetuai portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan serta Jawatankuasa Adat Melayu.
Berikut adalah senarai penuh Ahli Exco Selangor serta portfolio masing-masing:
Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.
Ganapathi Rao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

ISU NURUL IZZAH DI HALANG MASUK SABAH.....AHLI PARLIMEN KINABATANGAN DATUK BUNG MOKHTAR RADEN BELASAH KAW-KAW KETUA MENTERI SABAH!!



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden menyifatkan tindakan menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari memasuki Sabah merupakan satu kesilapan dan malapetaka.

Menerusi akaun twitternya, Bung Mokhtar berkata beliau tidak faham kenapa Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Bung Mokhtar juga menyifatkan tindakan menghalang Nurul Izah dari memasuki Sabah itu merupakan satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.

Menjawab satu soalan apakah yang akan beliau lakukan jika menjawat jawatan Ketua Menteri dalam kes seperti yang dialami Nurul Izzah, Bung Mokhtar hanya menjawab, malangnya beliau tidak memegang jawatan tersebut.

Sejarah Tercipta Di Bumi Selangor.. PAKATAN RAKYAT Buat Sesuatu Di Luar Dugaan Ramai..



SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN.“Pakatan sekali lagi mencipta sejarah dengan mencalonkan Speaker wanita yang pertama dalam badan perundangan di Malaysia,” katanya yang terharu dengan perlantikan tersebut.
Katanya, beliau turut berbangga kerana Pakatan Rakyat di Selangor berjaya mengangkat darjat wanita dalam perkhidmatan awam.“Pakatan telah membuktikan komitmen mereka dalam memperjuangkan hak kesaksamaan malah dijelaskan lagi dengan pemilihan empat Exco wanita dalam pentadbiran Selangor,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu beliau juga merakamkan penghargaan kepada pimpinan Pakatan yang meletak kepercayaan kepada pemimpin muda seperti beliau dan Timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad.


“Dengan memilih pemimpin muda seperti saya dan Nik yang usia kurang  35 tahun, Pakatan menunjukkan keyakinan mereka kepada anak muda untuk terus membangunkan sistem demokrasi di Malaysia,” katanya.

Mengapa Azmin dan Dr Rani Tidak Ada Dalam Senarai Exco?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Hari ini setelah lebih dua minggu pilihan raya berlalu kerajaan Selangor terbentuk dengan rasminya apabila 10 orang Exconya telah selamat mengangkat sumpah. Mungkin semua orang lega terutamanya Khalid Ibrahim yang mengangkat sumpah lebih awal sebagai MB, tetapi masih belum memanggil mesyuarat Exco kerana 'kelewatan' pembentukan barisan majlis mesyuarat Kerajaan Selangor.

Namun pun begitu, ada sesuatu yang boleh dipertikaikan disebalik pembentukan kerajaan Selangor itu. Mungkin orang akan bertanya, (atau tidak mahu bertanya), mengenai kedudukan Mohamed Azmin Ali dan Dr Rani Osman, mengapa mereka tidak termasuk dalam senarai Exco? Apakah nama mereka tidak disenarai oleh parti atau mengapa?

Tidak mungkin parti PKR dan PAS tidak menyenaraikan nama mereka. Mereka berdua adalah Pengerusi Perhubungan parti masing-masing di Selangor. Dr Rani ialah Pesuruhjaya PAS Selangor manakala Azmin ialah Ketua Perhubungan PKR Selangor.

Boleh jadi parti telah menyenaraikan nama mereka, tetapi ada pihak yang tidak mahukan mereka? Siapakah yang tidak mahukan mereka dan apakah sebabnya? Pemerhati politik tentu ingin mengetahuinya. Kita tahu untuk penjawat MB dan Exco ia memerlukan perkenan Sultan. Sekiranya Sultan tidak berkenan maka mereka tidak dapat menjadi MB atau Exco. Di sini menunjukkan Sultan berkuasa sama dalam pembentukan kerajaan sesebuah negeri seperti Selangor itu.

Apabila tiada nama Azmin dan Dr Rani ini menunjukkan sultan tidak merestui mereka?

Timbul persoalan apakah kuasa dan peranan Sultan sejauh itu sekali? Apakah kuasa sultan mengatasi kuasa parti politik dan cara itu tepat dan benar? Maksudnya Sultan boleh menafikan apa-apa cadangan yang dibuat oleh parti? Apa yang berlaku ini menunjukkan begitulah hakikatnya. Ini bermakna sehebat mana kuasa parti, sekuat mana kuasa parti kalau, Sultan tidak memberi perkenan maka seseorang yang ditunjuki parti itu tidak boleh memegang jawatan MB atau Exco. Apakah erti dan makna semua ini?

Mengenali wirid tok alim, wirid ahli ibadah

Oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
SEKIRANYA ada yang bertanya apakah dalil bahawa orang alim memadai dengan mentelaah kitab, bukannya wirid seperti si abid, jawapannya ialah sila buka semula dalil-dalil yang telah dikemukakan, dalam bab belajar dan mengajar di permulaan perbincangan ini terdahulu. 

Di sana terdapat nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan perkara tersebut, yang menyatakan fadilat belajar dan pelbagai fadilat mengajar. Orang alim dan tok guru memadailah dengan mengajar orang ramai, tidak perlu habiskan masanya berwirid dan berzikir.
Ini kerana masa yang berharga diperlukan untuk mentelaah kitab dan ulang kajinya, sebagai sumber ilmu yang diperlukan untuk persediaan mengajar orang ramai. Apa yang tidak kenanya apabila dikatakan begitu, kerana apabila seseorang itu mengaji dan mengajar semua itu ada kesinambungan terhadap zikir (ingat) kepada Allah SWT.
Seseorang yang berkuliah atau mengajar agama Islam atau membaca kitab-kitab, ia tidak sunyi daripada menyebut firman Tuhan dan hadis Nabi s.a.w. Bukankah itu bererti ingat (zikir) kepada Allah SWT ditambah peluang mengajar orang yang tidak berkesempatan mengaji semasa mudanya.
Justeru, ahli siasah berlandaskan akidah Islam mengulas sesuatu isu atau perundangan, ulasan pasti berdasarkan firman Allah SWT dan hadis Nabi s.a.w. Orang ramai yang mengikuti majlis tersebut boleh turut mengingati dalil dan sabda Nabi s.a.w. meskipun isunya berbeza, tetapi hujah dan dalilnya tetap bersumberkan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Ini bererti ingat (zikir) kepada Allah SWT.
Telah dinyatakan bahawa wirid bagi orang alim ialah mentelaah kitab dan ulang kajinya dengan mendalam, dalil dan hujahnya telah dinyatakan dalam “Kitab al Ilmi” telah dinyatakan dalil dan nasnya. Sekiranya tidak padan hujahnya maka bukalah sendiri al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. nescaya akan berjumpa ayat-ayat serta sabda Nabi s.a.w. supaya seseorang itu belajar dan mengajar.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Sebaikbaik di kalangan umatku ialah orang yang mengaji (mengkaji al-Quran) dan mengajarnya.” Bukan sekadar baca tanpa memahami isi kandungannya.

Gara-gara 27 kerusi, harga barang naik?

Oleh SELENA TAY
KEKALAHAN Pakatan Rakyat dalam PRU13 di 27 kerusi Parlimen melalui pelbagai kemusykilan yang wujud pada hari mengundi (5 Mei 2013) telah mendorong pasukan peguam Pakatan untuk memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi 27 kerusi tersebut.

Kerusi-kerusi itu ialah Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok. Walaupun keputusan pilihan raya telah diumumkan dan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menubuhkan Kabinetnya yang baru, keadilan masih perlu ditegakkan.
Justeru, bagi Pakatan hanya cara melalui proses mahkamah sahaja yang boleh digunakan dengan sepenuhnya sekarang dan Pakatan akan bertindak mengambil langkah yang sewajarnya melalui proses undang-undang.
“Sementara itu, rakyat pasti akan dibebankan lagi oleh harga minyak dan harga barang yang akan meningkat disebabkan oleh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST - goods and services tax) yang bakal dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Kalau bukan kerana 27 kerusi Parlimen ini, harga minyak insya-Allah diturunkan hari ini dan harga barang akan dikekalkan,” kata ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Hanya yang bersih layak membersihkan yang lain

Oleh Aspan Alias
Daim Zainuddin kembali aktif memberikan komen tentang keputusan pilihanraya 13 yang baru lalu. Daim yang pada awalnya meramalkan bahawa BN akan hanya mengekalkan kerajaan NS, Pahang dan Johor sahaja kini jelas tidak menjadi. Beliau tidak lagi dianggap ‘dukun’ dan ‘pawang’ yang hebat seperti yang dianggap oleh ramai sebelum PRU yang lalu. 

Daim berkata jika orang bertanya, saya akan meminta Najib diketepikan kerana kegagalannya mempertahankan kewibawaan BN yang hanya mendapat 133 kerusi sahaja. Daim beranggapan bahawa semua penasihat Najib yang ramai-ramai itu sepatutnya dipecat kerana kegagalan itu. Daim mengakui bahawa beliau telah menasihatkan supaya Najib jangan pedulikan kaum Cina dalam siri kempen beliau (Najib) kerana kaum Cina sudah menunjukkan keengganan mereka menyokong BN.
Daim selanjutnya berkata apa yang sepatutnya Najib tumpukan ialah kepada kawasan-kawasan yang BN telah tewas dengan tipis di samping menjaga kawasan-kawasan yang BN telah menang dalam PRU 2008 dahulu. Bagi Daim adalah membazirkan wang sahaja memberikan tumpuan terhadap kaum Cina kerana mereka sudah membelakangkan BN dengan jelas.
Pandangan Daim ini jelas-jelasnya menunjukkan betapa kuatnya jiwa perkauman beliau dan jika inilah nasihat yang diambil oleh Najib atau sesiapa pun maka tidak salahlah tanggapan banyak pihak yang BN itu adalah parti yang rasis. Itulah sebabnya saya selalu menganggapkan yang BN sudah ketinggalan zaman bagi rakyat dan negara ini. Pandangan Daim itu menambahkan bukti lebih jelas lagi yang BN itu adalah parti yang tidak mampu memimpin rakyat keseluruhannya tetapi hanya memimpin sebahagian daripada kaum Melayu dan Bumiputra sahaja.
Tetapi yang paling menarik, ialah perbezaan pandangan Dr Mahathir yang mahukan Najib berhenti jika keputusan PRU 13 yang baru selesai ini lebih buruk dari keputusan PRU12 yang dipimpin oleh Abdullah Badawi pada 2008 dahulu. Jika Daim mahukan Najib bersara dan memberikan tugas berat ini kepada Muhyiddin, Mahathir sebaliknya mahukan Najib kekal kerana dalam UMNO sudah tiada lagi pilihan dalam UMNO lagi.
Pandangan kedua-dua ‘warlords’ UMNO ini berbeza dan bagi saya kedua-dua mereka ini tidak perlu lagi memberikan nasihat kepada pucuk pimpinan UMNO. Pasangan kembar Mahathir/Daim inilah yang menjadi penyebab besar kenapa keadaan UMNO itu menjadi keadaan sebegini sekarang ini. Mereka berdua inilah yang menyumbang kepada melekatnya stigma rasuah dan salahguna kuasa dalam UMNO itu.

Mungkinkah Daim, Zam Memulakan Perubahan Dalam UMNO?

Oleh Shahbudin Husin
Selepas bekas Menteri Kewangan,mengkritik kegagalan Najib mencapai keputusan yang lebih baik dalam pilihanraya lalu dan menyarankan supaya penasihat-penasihat Perdana Menteri dipecat ekoran kegagalan itu, seorang lagi bekas menteri iaitu Zainuddin Maidin atau Zam juga mula mengkritik cara kempen Najib sepanjang pilihanraya lalu. Beliau menyifatkan kempen Najib penuh pura-pura dan palsu.

Jika diimbas kembali sejak pilihanraya 5 Mei lalu, walaupun BN masih mengekalkan kuasa, hampir tidak ada pujian yang diterima Najib. Mahathir secara terbuka tidak menyangka keputusan yang lebih buruk daripada pencapaian Pak Lah yang mampu dicapai oleh Najib tetapi menyalahkan sikap pengundi Cina yang tidak memihak kepada kerajaan sebagai puncanya.

Pemimpin UMNO yang lain pula, walaupun mungkin gembira dengan pengekalan kuasa oleh BN tetapi masih terasa malu untuk menghamburkan pujian kerana menyedari kemenangan 133 kerusi yang dicapai oleh BN sebenarnya masih tidak berbaloi dengan kos dan belanja yang dikeluarkan untuk memenangi pilihanraya kali ini. Semua orang tahu bahawa kos besar BN bukan saja untuk pelbagai kelancaran jentera semasa kempen tetapi juga meliputi kos iklan, banner, billboard, iklan radio, tv, intenet dan pelbagai propaganda lainnya yang dianggarkan menelan belanja yang sangat besar jumlahnya.

Di sepanjang lebuhraya dan jalan-jalan utama seluruh negara pula, hampir setiap setengah kilometer kita akan terjumpa gambar Najib dalam pelbagai rupa kempen pilihanraya, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sebab itu, ramai yang terasa malu untuk memberi pujian kepada Najib sedangkan Pak Lah yang dikata banyak tidur pun masih mampu mencapai kemenangan 140 kerusi Parlimen. Lantaran itu, hanya yang tidak terasa malu dan mungkin kerana kepentingan yang terlalu besar saja yang sanggup memuji Najib dengan pencapaian 133 kerusi itu.

Lawan Tetap Lawan !

Oleh Abu Firdaus
Kalaulah dahulu Musa Hitam tidak menyerah kalah awal ketika berkonflik dengan Mahathir Mohamad, mungkin perubahan politik Malaysia berlaku lebih awal.
Begitu juga dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Setelah dua kali masuk pilihan raya menentang Barisan Nasional pada tahun 1990 dan 1995, beliau menyerah kalah.

Kedua-dua membawa agenda pembaharuan juga. Musa menerima dan membenarkan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkuasa setelah menang pilihan raya negeri di situ. Tindakannya menimbulkan kemarahan Mahathir. Tengku Razaleigh dengan manifesto Selamatkan Malaysia mampu membaewa PAS dan DAP dalam satu pakatan menentang Barisan Nasional di atas agenda pembaharuan.
Tetapi kedua-duanya menyerah kalah di tengah jalan. Musa menghentikan perlawanannya menentang Mahathir dan menerima tawaran jawatan bukan politik.
Tengku Razaleigh bubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan menerima tawaran bergabung dengan Umno Baru dengan pengikut-pengikutnya dilantik dalam kabinet.
Itu bezanya Anwar Ibrahim demgan Musa dan Tengku Razaleigh. Beliau meneruskan perlawanannya walaupun melalui banyak kesusahan, berbanding Musa dan Tengku Razaleigh.
Namun begitu sebenarnya, Anwar ada ketikanya seolah-olah menyerah kalah. Selepas beliau dibebaskan, beliau menghilang ke luar negara untuk jangka masa panjang.
Tindakannya itu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat. Hanya setelah timbul rasa tidak senang itu, beliau kembali ke tanah air dan mula menyusun langkah.
Namun begitu jika partinya tidak ada, mungkin beliau juga tidak terdorong untuk meneruskan perjuangan. Ketika mula-mula hendak ditubuhkan Parti Keadilan Nasional, Anwar berada dalam penjara.
Terdapat perdebatan sama ada wajar ditubuhkan parti bagi menyokong agenda Reformasi Anwar. Ada sesetengah berpendapat adalah lebih baik gerakan Reformasi kekal sebagai NGO yang ketika itu bernama Adil.
Tetapi sekiranya ia merupakan NGO, Adil tidak akan menjadi pencabar kepada Umno, apatah lagi Barisan Nasional. Apakah perjuangan Adil? Menuntut keadilan untuk Anwar dan jika berjaya, Anwar kembali kepada Umno.

Sabah halang kemasukan Nurul Izzah: Tenatnya demokrasi!

Oleh  Nik Nazmi Nik Ahmad
YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN, hari ini telah dihalang masuk ke negeri Sabah. Beliau yang hadir untuk menyambut pesta Kaamatan bersama rakyat Penampang telah ditahan pihak imigresen Sabah jam 7 malam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan terus dihantar pulang tanpa dimaklumkan mengapa beliau dihalang dari masuk.


KEADILAN mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang seorang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat dari memasuki Sabah. Tindakan autokratik dan tidak demokratik sebegini membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tenatnya demokrasi di bawah Barisan Nasional Sabah, yang jelas takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Umum sedia maklum, insiden ini bukanlah yang pertama, dan kemungkinan bukan yang terakhir. Oleh itu, KEADILAN menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memberi penjelasan sepenuhnya mengapa YB Nurul Izzah dihalang masuk, serta menarik balik serta-merta halangan tersebut.

KEADILAN turut menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengumumkan sepenuhnya senarai "persona non grata" negeri Sabah, dan sebab nama-nama ini dimasukkan ke dalam senarai tersebut.

Cerita isteri Safwan Anang: Pertemuan di penjara Sg Buloh

Oleh MASTURAH ABU BAKAR 
Saya baru pulang berjumpa suami di Penjara Sungai Buloh bersama dengan ayah, kakak dan abang ipar. Disebabkan beliau masih sedang dalam tempoh kuarantin, maka hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan masuk.

Setelah mendaftar, saya dibenarkan bertemu beliau di bilik nombor 16. Saya bukanlah sehebat ibunda Wan Azizah yang sudah biasa dengan prosedur penjara. Jadi, dalam hati saya, debarannya tetap... ada.

Sesampainya di bilik 16, saya nampak suami saya. Kelihatan wajah beliau sangat tenang menanti kami di sebalik bilik separuh kaca separuh simen.
Saya hanya boleh berkomunikasi dengan beliau menerusi telefon sahaja. Di belakang kami, ada pegawai yang memerhati. Pertama kali saya melihat beliau, saya tersenyum.
Lega beliau masih dalam keadaan yang baik. Sosok yang berada di sebalik tingkap kaca tebal itu adalah suami saya. Rambutnya sudah dipotong dan beliau memakai baju banduan berwarna ungu, bernombor 3130 2770 seperti banduan yang lain.
Bezanya, suami saya bukan penjenayah. Suami saya hanya seorang yang tegas dengan prinsipnya. Beliau tidak bersalah. Beliau bukan penjenayah.

Saya angkat gagang telefon dan beliau memberi salam.
Beliau bertanyakan kesihatan saya dan kandungan. Saya sebak.
Saya merindui suami saya. Tapi air mata masih ditahan supaya beliau terus bersemangat melihat saya. Beliau kelihatan ceria.
Saya bertanya pula tentang keadaan beliau. Beliau katakan beliau sihat dan dalam keadaan yang baik. Pegawai penjara menghormati dan melayani beliau dengan profesional, dan saya berterima kasih tentang itu.

Tahanan Politik: Jangan biar Safwan tanggung derita seorang

Oleh EDY NOOR REDUAN 
 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memuji tindakan Presiden Solidariti Mahasiswa (SMM) yang memilih untuk tidak dijamin sebagai tanda protes terhadap sistem demokrasi negara.Ketika beliau boleh sahaja memilih untuk bebas dengan bayaran wang jaminan, boleh menemani isteri yang sarat mengandung, tetapi penjara menjadi pilihan. Ia satu tindakan tekad dan berani.



Bagi SAMM, pa yang dilakukan oleh Safwan Anang adalah bukan untuk dirinya, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia hari ini yang telah dirampas hak demokrasi sejak sekian lama.
Kemuncaknya ialah apabila demokrasi digelapkan pada 5 Mei lalu yang menyebabkan kemenangan rakyat dirampas. 

Setelah demokrasi mati, rakyat terus dihimpit. Kebebasan bersuara hanya ada pada pemerintah dan anasir mereka, termasuklah yang rasis.
Rakyat yang bangkit bersuara tentang penipuan pilihanraya telah ditangkap dan dilokap, direman semaksima yang boleh.

Belum sebulan perintah Kedah ...

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Semua Adun Kedah menerima surat rasmi berhubung Majlis Angkat Sumpah Adun dan persidangan pertama Dun untuk penggal baru yang dijadualkan pada 3 Jun 2013. Sejurus selepas itu mereka menerima pula panggilan telefon dan SMS dari pihak sekretariat Dun Kedah berhubung pembatalan majlis angkat sumpah tersebut.

Maklumat terbaru, tarikh tersebut ditunda ke 23 Jun 2013. Setelah disiasat punca penundaan tarikh tersebut ialah kerana Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir pergi bercuti ke London. Aduh, ada juga kerajaan begini rupanya.
Beberapa hari selepas dilantik jadi Exco Pengangkutan, Dato' Tajul Urus Md Zain mengumumkan kesediaan untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini. Kononnya, supaya para pemandu mematuhi peraturan jalanraya. Berbulan-bulan sebelum PRU13 rakyat bangun menentang AES dengan segala fakta dan hujah. Alih-alih baru dua minggu jadi Exco, sudah menunjuk kuasa.
Mengulas kenyataan Exco berkenaan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ziki Abdul Rahman berkata AES masih belum boleh dilaksanakan di negeri ini. Pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan kerana belum mendapat arahan dari pihak kementerian. Ibarat 'lembu dogiang' baru dapat kuasa di negeri, sudah lebih laju dari Pusat.
Exco Kerajaan Tempatan, Badrul Hisham Hashim pula mengumumkan kesediaan mengkaji untuk mengembalikan kuota perumahan 30 peratus untuk Bumiputera bagi Tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping).
Kenyataan yang dibuat selepas dilantik jadi Exco itu sangat mengejutkan oleh sebuah kerajaan Umno kononnya sangat kuat Melayunya. Di saat sekutu parti rasis itu berkempen memboikot perniagaan orang Cina, Umno Kedah korbankan hak Melayunya.
Di masa Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak mengubah polisi asal pemilikan minimum Bumiputera 30 peratus kepada 50 peratus. Tujuannya untuk mempastikan pemilikan Bumiputera terhadap tanah yang asalnya milik Melayu khususnya di kawasan bandar tidak berpindah milik dengan mudah.

PKR: 'Tak susah turun harga kereta'

PETALING JAYA – PKR menyifatkan mekanisme yang digunakan kerajaan hari ini untuk menurunkan harga kereta ambil masa yang lama dan merugikan sesetengah pihak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah atau mustahil kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais sahaja.

“Cara yang mereka buat adalah menekan pembuat dan penjual kereta untuk kurangkan margin, ini tidak adil kerana akan memberi kesan kepada pekerja dan industri pembuat kereta.

“Sebab itu sampai perlu ambil masa yang lama kerana kerajaan mahu pujuk dan tekan pembuat kereta, perlu bincang dan persetujuan terlebih dahulu dengan kemungkinan menawarkan sesuatu yang lain,” katanya kepada selepas sidang media di pejabat PKR semalam.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mengingatkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk tidak menggunakan taktik mengaburi mata rakyat dengan pengurangan cukai yang dibuat kerajaan.

“Amaran saya kepada beliau jangan nak guna taktik kurang dua ke tiga peratus setiap tahun, tetapi bila menjelang PRU14 baru nak kurangkan sampai 20 peratus.

Kelantan Selepas Tok Guru Nik Aziz

Oleh Dinsman
Ini sesuatu yang tidak dijangka. Mungkin Datuk Ahmad Yaakob dan kawan-kawannya dalam saf Exco lama sudah diberitahu oleh Tok Guru Nik Aziz akan hasratnya hendak berundur itu.
Tetapi bagi kita orang awam yang mengikuti berita melalui media massa, kita membaca berita Tok Guru Nik Aziz mengulangi kenyataannya akan terus berkhidmat hingga ke akhir hayat, atau selagi dikehendaki oleh parti dan hanya akan berundur apabila dinasihati parti supaya berbuat demikian.

Tiba-tiba setelah menang PRU13 kita mendapat berita Datuk Ahmad Yaakob, Timbalan Menteri Besar sebelum ini, mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Kelantan. Tiada lagi Tok Guru Nik Aziz. Memang itu berita yang mengejutkan, walaupun proses pertukaran itu berlaku begitu bersahaja dan tanpa apa-apa peristiwa atau kejadian yang luar biasa.
Kita sudah lama maklum akan keadaan Tok Guru yang sudah lanjut usia, dan keadaan fizikalnya pun sudah agak uzur, dan kesihatannya pun sering terganggu. Tetapi dari segi lain, kemampuan minda dan ideanya masih kelihatan segar dan up-to-date, sentiasa selari dengan perkembangan masa.
Terakhir misalnya, beberapa minggu sebelum Parlimen dibubarkan, Tok Guru meminta saya menghasilkan sebuah teater kisah Abul ‘As menantu Rasulullah saw, dengan melibatkan ‘artis-artis hijrah’ sebagai pelakon. Teater itu pun (Pengisytiharan Abul ‘As) dipentaskan di hotel Grand Riverview Kota Bharu, pada 15 Mac.
Pementasan teater itu menjadi satu peristiwa penting dalam sejarah perkembangan seni-budaya, khasnya teater Islam di negara ini. Buat pertama kalinya PAS dan Kerajaan PAS Kelantan (melalui TG Nik Aziz) secara rasmi membenarkan perempuan berlakon bersama lelaki di atas pentas, di hadapan khalayak umum lelaki dan perempuan. Sebelum itu tidak dibenarkan. Maka itu adalah suatu pemikiran baru dari TG Nik Aziz, yang membuka ruang yang luas untuk kegiatan seni teater dalam masyarakat Islam.
Dan beberapa hari selepas itu saya menerima telefon daripada Pusat Kajian Strategik Kelantan meminta beberapa tarikh yang dapat saya luangkan untuk ke Kota Bharu, kerana TG Nik Aziz meminta supaya diadakan majlis bicara buku mengenai buku terbaru saya Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaaan. (Beliau melancarkan buku ini pada malam pementasan teater Abul ‘As itu). Rancangan bicara buku itu walau bagaimanapun tak sempat diadakan kerana Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen pada 3 April.
Jadi, pengunduran TG Nik Aziz secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang tidak dijangka. Walaupun kita tahu dia sudah lama menjadi Menteri Besar (hampir 23 tahun) dan pada bila-bila masa sahaja dia mungkin akan mengundurkan diri (kerana sebab-sebab yang munasabah), namun berita pengundurannya itu tetap memberi kejutan. Sebab apa? Sebab kita masih memerlukan sumbangan idea dan pemikirannya yang sentiasa segar, berani, mengikuti peredaran zaman, dan dibuat berdasarkan ilmu Islamnya yang luas dan mendalam.
Sekarang TG Nik Aziz sudah tiada lagi di Kelantan sebagai Menteri Besar. Kelantan sekarang sudah tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum 5513 (5 Mei 2013). Kita tidak tahu sebenarnya apakah Kelantan akan terus kekal sepertimana ia di bawah pentadbiran TG Nik Aziz, atau akan menjadi lebih baik, atau bagaimana. Namun kita tetap merasakan Kelantan selepas ini akan tidak sama lagi dengan Kelantan sebelum 5513.

EXCELLENT ANALYSIS of GE13

 
"   . . .   Because they only formed 29.8 percent of the Voters in GE13, contrary to the "Chinese tsunami" conspiracy theory, even if 100 percent of Chinese Malaysians (and for good measure, let's also throw in 100 percent of Indian Malaysians as well) voted for the opposition, there is no way Pakatan could have logically garnered the support of 5,623,984 Malaysians.

  . . .   at least three million voters therein were Malay / Bumiputera   . . .

. . .   This means, conservatively, 42 percent of the Malay / Bumiputera electorate in Malaysia actually voted for Pakatan nationally.    To put this into proper context, there was no such Chinese tsunami but instead, it was a Malay / Bumiputera Tsunami because 56 percent of the opposition's votes actually came from the Malays / Bumiputera   . . .  "

The Root of the Problem !
  Gross distortions in Malaysia's voting system


The recently completed May 5 general election (GE13) revealed some interesting facts and figures based on the results as published by the Election Commission.

There have been, for a long time, much criticism of the 'first past the post' (FPTP) election system we practise in Malaysia, because of what is inherent in this antiquated system.

The FPTP is one of the legacies of the British rule in Malaya and was based on giving all segments of the populace a voice in Parliament. Hence, constituency boundaries were drawn based on this segmental need for representation.

The original intention was noble indeed, that people in Sungai Buloh should have a voice in Parliament, just as those from Shah Alam, even though the Shah Alam constituency may have a population five times larger.

To prevent abuse and disproportional representation, certain limits were set when our founding fathers drew up the federal constitution. One important feature was that there should not be a population variance greater than 20 percent between the smallest and largest constituencies.

This safeguard was gradually eroded by successive ruling governments, since they enjoyed two-thirds majority Parliament to amend the country's laws, until this sanity check on societal representation was totally removed.

As a result of this, today we have 26,000 voters in Putrajaya, Igan (18,000) and Lubok Antu (19,000) commanding the same parliamentary voice as those in Kapar (144,000), Serdang (133,000) and Gombak (123,000).

This hardly seems fair when three small zones command an equal representation in Parliament, compared with their brethren who are at least five times larger, at least from the perspective of a majority rule.

Disproportionate representation

Hartawan Di Sebalik Tabir Membantu BN Melarikan Diri?


Hartawan di sebalik tabir membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas.

Kongsi gelap tidak dapat baki ganjaran berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan..
Pulau Pinang - Seorang hartawan di sebalik tabir yang membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas, menyebabkan kumpulan sindiket perjudian dan kumpulan kungsi gelap yang menjalankan kegiatan menerima wang pertaruhan dan mengikat bendera tidak dapat baki ganjaran yang sepatut mereka terima , ini menyebabkan kumpulan berkenaan mula melaksanakan pencarian dan berikrar akan mencungkil hartawan berkenaan. 

Selepas Najib mengistiharkan pembubaran parlimen bulan Mac yang lalu , Pulau Pinang telah muncul satu kumpulan kewangan yang “membantu secara rahsia” untuk merampas kuasa pemerintahan Pulau Pinang, menurut pemberi maklumat, hartawan berkenaan telah menghubungkan kumpulan kewangan berkenaan dengan kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan ketua-ketua kongsi gelap.

Kesan positif sekatan dan imbangan selepas PRU13

A. Kadir Jasin

Pepatah Melayu ada berkata, sekali air bah sekali pasir berubah. Alhamdulillah, selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu telah nampak banyak perkembangan positif di kalangan semua pihak yang terbabit. Saya perhatikan hal-hal berikut telah berlaku:- Rakyat jelata nampaknya tidak lagi mahu kerajaan yang membolot (monopolistic). Mereka sudah berasa kebaikan checks and balances (sekatan dan imbangan) yang kuat di Parlimen dan dalam Dewan Undangan Negeri.
Pembahagian semula kuasa sedang berlaku. Keengganan majistret merestui permohonan polis untuk menahan reman tiga ahli dan aktivis politik pembangkang, iaitu Chua Tian Chang aka Tian Chua, Tamrin Abdul Ghafar dan Haris Ibrahim adalah contoh pembahagian semula kuasa itu.
Lagipun, dengan semakin banyaknya kes kematian ketika reman, Ketua Polis Negara baru, Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri yang baru, Ahmad Zahid Hamidi wajiblah lebih berhati-hati menggunakan kuasa reman.
Hadkanlah penggunaannya kepada kes-kes berat di mana orang yang disyaki mungkin lari dan tidak dapat dikesan. Kes bukan jenayah berat dan membabitkan orang ternama yang susah hendak lari, tidak perlulah minta tahanan reman.
Polis kerjalah kuat sikit. Soal siasat mereka sampai tengah malam atau awal pagi. Tidak perlulah tahan mereka di dalam lokap dan polis balik rumah tidur. Kalau tahan mereka dan terjadi sesuatu yang tidak diingini di dalam lokap, polis juga yang susah.
Dalam arena parti, kedudukan Mohd Najib Abdul Razak akan terus dipertikaikan. Cuma mungkin tidak lantang seperti berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU 2008 kerana Tun Dr Mahathir Mohamad lebih mesra dengan Mohd Najib dan banyak daripada blogger yang dulu anti-Abdullah kini pro-Mohd Najib. Mereka mungkin tidak akan menyokong sebarang gerakan negatif terhadap Mohd Najib malah mungkin “mendajalkan” (demonise) sesiapa yang cuba menjatuhkan Mohd Najib.

Persoalan Kota Damansara: Pengajaran yang perlu diambil

Khalid Samad

Oleh kerana banyaknya tulisan yang membincangkan isu Kota Damansara (KD) sedang tersebar melalui blog, komuniti online, laman sosial dan sebagainya; dan sebahagian besar darinya diselitkan fakta dogengan dari penglipur-lara, maka saya rasa terpanggil untuk menulis respon terhadapnya. Ini adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat yang bersifat lurus dari tertipu dengan fakta-fakta dogengan sehingga memanjang-manjangkan fakta tersebut dan dengan itu mendapat dosa kering.
Saya menulis respon oleh kerana mengambil kira dosa yang mungkin akan ditanggung mereka yang lurus ini dan bukan untuk membela diri semata-mata kerana seperti selalu, saya amat berterima kasih atas ‘pahala subsidi’ yang dihasilkan untuk saya oleh golongan-golongan penglipur-lara ini. Dulu ini juga yang saya alami apabila berhadapan dengan bekas Pesuruh Jaya PAS Selangor yang ingin gagalkan PR. Terdapat orang sama juga yang terlibat dan perkara yang sama seolah berulang kembali. Walaubagaimanapun, kesudahan kepada kisah penglipur-lara ini masih belum tamat dan insyaAllah akan dapat kita saksikan bersama.
Saya akan keluarkan respon saya secara berperingkat. Pertama berhubung strategi, kedua dari sudut akhlak jamaah Islam; ketiga berhubung 2 kawasan contoh dan keempat kisah dogeng berhubung KD. Harap tunggu semua tersiar, baca kesemuanya, baru respon sekiranya mahu.
Pada bahagian keempat penulisan ini saya akan cuba senaraikan fakta dogengan penglipur-lara rekaan golongan ini. Amatlah mendukacitakan apabila dilihat sebahagian dari mereka terdiri dari golongan yang berlatarbelakangkan Agama Islam. Sepatutnya mereka inilah yang menasihati golongan pereka cerita untuk berhenti dari menabur fitnah.
1)    BERTANDING DI KOTA DAMANSARA DARI SUDUT STRATEGI
Ketepatan dan kebijaksanaan di sebalik sesuatu keputusan atau strategi biasanya akan dapat dibaca sebaik sahaja ianya dilaksanakan dari kesan dan natijah yang terhasil. Sebagai contoh mudah, keadaan seorang pemandu yang apabila tiba di simpang tiga tidak tahu hendak ke kiri atau ke kanan. Beliau membuat keputusan untuk ke kanan dan selepas setengah jam memandu mendapati keputusannya tersilap! Dari Kajang nak ke KL tiba-tiba baru disedari menuju ke Seremban! Beliau bukan berada di tempat yang ditujui, malahan semakin jauh. Natijahnya adalah bukti keputusannya silap.

S3. Banyak mungkir janji, apakah yang perlu dilakukan? - Dato Dr MAZA

S2. Berkelahi dengan orang yang bermusuh dengan kita? - Dato Dr MAZA

S1. Sedeqah Puasa Untuk Arwah Emak - Dato Dr MAZA

Berhijrahlah ke negeri yang disukai pilihan rayanya


Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri telah memanaskan banyak pihak apabila dicabarnya mereka yang tidak suka dengan sistem pillihanraya ini berhijrah ke negara yang sistem pilihan rayanya menggunakan undi populer.
Pilihan raya kita ditentukan oleh jumlah kerusi yang diperolehi tetapi sistem yang satu lagi jumlah kerusi itu ditentukan oleh jumlah undi populer. Jika sistem itu yang digunakan di Malaysia, nescaya kerusi Parlimen yang Pakatan Rakyat dapat sesuai dengan undi populer yang diperolehinya 51 peratus dan BN yang dapat kurang dari 48 peratus undi, kuranglah kerusinya.
Maka menteri itu pun mencabar orang yang mahukan sistem itu, ayuh hijrahlah ke negara yang demikian sistem pilihan rayanya.
Ia seolah-oleh sindirian Tuhan kepada orang yang tidak beriman yang menentang peraturanNya supaya pergi ke alam lain kerana alam ini Tuhan Yang Esa itu yang menciptanya.
Tuhan berkuasa membuat sinidirian itu kerana Dia Maha Mencipta, tetapi manusia sesama sendiri kerana sama-sama dicipta tidak bijak membuat cabaran itu.
Apakah Zahid bijak membuat cabaran itu terserah kepadanya. Tetap kalau 51 peratus pengundi yang memilih Pakatan itu berhijrah meninggalkan negara ini, maka dalam PRU14 nanti Barisan Nasional akan menang 222 kerusi Parlimen tanpa bertanding.
Malaysia tidak akan ada pembangkang lagi kerana pembangkang sudah pindah sama ada ke Amerika, Indonesia, Mesir dan lain-lain. Atau yang tidak mahu berpolitik hijrah saja ke Saudi atau Brunei Darussalam.
Dengan demikian terjaminlah Umno. Calonnya tidak akan ditentang oleh sesiapa lagi. Yang lebih seronok ialah MCA yang masa depannya agak gelap, dengan demikian semua calonnya baik di Gelang Patah, Kepong, Cheras dan lain-lain menang tanpa bertanding.

MP PAS baru janji prestasi terbaik

Death In Custody Only in Malaysia

MB Selangor Komited Selesai Isu Air

Sue me please, Chong tells Taib

Taib Mahmud's dismissal of the opposition's successes in Sarawak is a denial that BN's influence is eroding. 

KUCHING: Kota Sentosa assemblyman Chong Chieng Jen has accepted Chief Minister Abdul Taib Mahmud’s ultimatum to sue him.
Taib claimed that Chong had uttered defamatory words against him “inside and outside” the State Legislative Assembly and is demanding that the DAP assemblyman apologise.
But Chong says he won’t and is prepared to be sued because he has “evidence” to back his allegations against Taib.
“I will not apologise to Taib Mahmud as he is making a sweeping statement that is not worth entertaining.
“Why should I apologise because there is nothing to apologise. Taib did not say which statement he was referring to,” Chong told reporters here.
Taib had earlier issued an ultimatum to Chong, who is the also the Sarawak DAP secretary and MP for Bandar Kuching, to apologise within three months failing or face legal action.
Said Taib after the assembly sitting was adjourned yesterday: “He (Chong) must be aware of what he had said about me, and I leave it to his good conscience to decide if he would withdraw those false and malicious allegations and duly apologies.”
Pointing out that he had no alternative, if Chong refused to apologise, Taib added: “Actually I hate to do this, and I have been tolerant, but I have my dignity.
“It is not a political gimmick. This is done on my personal capacity because what he had been saying about me taking government money, billions of ringgit, that is very damaging.
“If he apologises, I can let him off, but hope he does not do anymore after that, because if he does he has got to bear all the consequences.”
‘We gained seats’

Blackout 505: Anak muda tuntut hak, bukan masa berseronok


IPOH: Kebangkitan anak muda semakin memuncak selepas menghadapi perjalanan pilihanraya yang penuh dengan kepincangan pada PRU13 lalu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, tsunami kebangkitan itu dapat dilihat di Himpunan Blackout 505 yang diadakan di seluruh negara.

Menurutnya, rata-rata yang hadir dalam himpunan yang bertujuan untuk menunjukkan rasa duka cita rakyat akan ketidaktelusan SPR itu adalah dari kalangan orang muda berbilang bangsa.

“Kebangkitan anak muda secara drastik pasca pilihanraya ini ternyata menakjubkan dan sudah pasti menjadi satu kegusaran kepada BN khususnya Umno.

“Mereka bangkit untuk menzahirkan keprihatinan serta ketidakpuashatian mereka terhadap penjalan PRU13 lalu yang menunjukkan betapa jijiknya taktik BN dengan SPR untuk mengekalkan kuasa di negara ini,” katanya.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menjelaskan, kebangkitan anak muda khususnya mahasiswa ini adalah satu fenomena besar di negara ini.

Kata Raja Iskandar, anak muda kini tidak lagi hanya memikirkan keseronokan dan kehidupan mereka semata-mata, sebaliknya mereka bangkit menuntut hak seluruh rakyat Malaysia yang dicabul oleh BN.

Golongan ini katanya mula mengambil berat tentang betapa pentingnya pemerintahan yang berdasarkan integriti, ketelusan, kejujuran dan adil kepada semua rakyat.

Bila Muhyiddin kritikal, Zam dan Daim serang Najib


KUALA LUMPUR: Setelah terkena patukan kalajengking Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mendapat nafas baru apabila bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin melancarkan serangan pada bosnya Datuk Seri Najib Razak.

Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily bahawa Muhyiddin sememangnya sudah terasa diri tidak selamat sebagai Timbalan Presiden Umno ekoran tikaman Mahathir baru-baru ini yang menyatakan Najib bakal terselamat kerana tiada alternatif di dalam Umno yang boleh menggantikannya.

“Muhyiddin kini terasa Najib sudah mendapat Mahathir di tangannya selepas anaknya Mukhriz dilantik menjadi Menteri Besar Kedah. Dan beliau dibiarkan terkapai-kapai. Jika dibandingkan dengan waktu Tun Abdullah Badawi, apa yang Mahathir kata kat Najib umpama mencubit pipi sahaja,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata ada yang memujuk Muhyiddin untuk melupakan hasrat mencabar Najib dan menjadi pembantu yang setia.

“Tapi selepas melihat keputusan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Muhyiddin, beliau terasa langkah membunuh kareer politiknya telah bermula,” terang sumber Umno lagi.

Harakahdaily bertanya mengapa, sedangkan mendapat amanah menjaga SPR itu dikira satu penghormatan.

BN ganti Umno, cantik tapi mustahil

Tidak bijak bagi pembesar-pembesar Umno menolak berterangan terhadap lontaran mentransformasikan parti-parti dalam gabungan Barisan Nasional sebagai sebuah parti besar bagi menggantikan semua anak-anak partinya.

Umno adalah anak parti utama yang perlu ditanya kesediaannya dibubarkan bagi menjadi sebahagian dari parti besar Barisan Nasional itu. Atas persetujuannya barulah lain-lain parti seperti MCA, MIC, SUPP dan lain-lain mengambil langkah yang sama.

Apabila ditanya, tokoh Umno seperti Tan Sri Muhyidin Yassin dan Shahidan Kassim mesti menggunakan bahasa diplomasi, sedia menimbangkan dan mengkajinya.

Menolak mentah-mentah lontaran adalah sama dengan mempersenda transformasi politik dan menjadikan slogan 1Malaysia satu semboyan yang tidak berharga. Transformasi politik dan 1Malaysia adalah gagasan yang perlu berjalan selari bagi mengikis saki-daki-dan-baki perkauman yang tidak dapat dilenyapkan oleh pemerintahan BN daripada kehidupan Malaysia sejak lebih separuh kurun berkuasa.

Segala daki dan baki perkauman itu menjadi zat dan roh semua parti yang bergabung dalam BN. Maka semua tidak hidup tanpa roh. Roh seperti itulah yang menghidupkan BN serta anak-anak partinya seperti Umno, Gerakan, MIC dan MCA dan lain-lain.

Dalam pelaksanaan transformasi di luar kotak BN dan anak-anak partinya, semua parti seperti PAS, PKR dan DAP yang menjiwai zat dan roh bebas rasis bagi Pakatan Rakyat, sudah dillihat keluar daripada kepompong perkauman hingga mencetuskan tsunami politik dalam dua PRU sebelum ini – PRU12  dan PRU13.

Wang Haram: Putrajaya digesa bersihkan sektor kewangan negara, kata Guan Eng

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Putrajaya digesa membersihkan sektor kewangan negara untuk menghentikan jenayah aliran wang  haram, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) ekoran laporan terbaru membabitkan Malaysia dengan skim wang haram terbesar dunia.
Pengurup mata wang haram di Malaysia telah membantu operator pengurup wang antarabangsa yang menjalankan operasi  urusniaga pengubahan wang-haram dalam talian berjumlah US$6 bilion (RM18.3 bilion), pusat kepada pelbagai jenis penjenayah  daripada mencuri identiti kepada pornografi kanak-kanak, menurut laporan New York Times dua hari lalu.
“Masanya telah tiba untuk Kerajaan Persekutuan BN berhenti hidup dalam penafian dengan melaksanakan reformasi kewangan yang  tulen untuk membersihkan dan menghentikan aktiviti jenayah aliran keluar wang haram serta pengubahan wang haram,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mendedahkan laporan terkini oleh Global Financial Integrity (GFI), berpengkalan di Washington yang meletak Malaysia  sebagai antara negara dunia terbesar dalam aliran keluar wang haram bernilai US$291 bilion, akibat daripada rasuah yang berleluasa.
“Namun atas dasar per kapita, China kalah kepada juara dunia Malaysia dengan hanya sekadar RM6,400 seorang setahun berbanding  RM32,000 bagi Malaysia,” kata Ahli Parlimen Bagan, merujuk kepada negara China yang disenaraikan negara yang paling besar aliran keluar wang haram di AS$2.8 trilion.

Penstrukturan Semula Industri Air Dimulakan Kembali

mb exco baru pc 01
KLANG 30 MEI : Perbincangan mengenai industri air Selangor akan dimulakan kembali dengan Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat dengan harapan penstrukturan semula perkhidmatan itu dapat diteruskan Kerajaan Selangor.
Ini supaya proses pengambilalihan operasi rawatan dan pengedaran air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya daripada empat syarikat swasta dapat disempurnakan bagi memastikan pengguna mendapat bekalan yang cukup, berterusan dan pada harga berpatutan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, surat rasmi mengenai perbincangan sudah dihantar Isnin lalu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air baru Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Surat tersebut sebagai respons Kerajaan Negeri kepada kenyataan Dr Maximus minggu lepas yang mahu bertemu dan berbincang dengan Selangor tentang perkhidmatan air di Selangor.
Abdul Khalid berharap kementerian akan memberi respon segera supaya satu perbincangan dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.
“Keutamaan kita ialah untuk meningkatkan perkhidmatan pembekalan air kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang menerusi penstrukturan semula perkhidmatan air seperti yang dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA.
“Saya telah menghantar surat rasmi kepada Dr Maximus Ongkili untuk mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan proses penstrukturan ini.”

Sivarasa : KDN Jangan Peralat Polis


PETALING JAYA 30 MEI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta tidak terus memperalatkan pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk tujuan politik, gesa Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.
Tegas beliau, KDN yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid seharusnya memberi ruang dan kebebasan kepada polis untuk menumpukan perhatian terhadap skop tugas mereka yang sebenar.
sivarasa“Saya tidak menyalahkan polis-polis ini kerana mereka terpaksa akur dengan arahan bos-bos mereka untuk menyiasat perkara seperti perhimpunan aman yang jelas bukan satu jenayah.
“Saya yakin polis juga sebenarnya tidak mahu membuang masa menyiasat dan menahan rakyat yang berhimpun secara aman.
“KDN khususnya Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab terhadap penyelewengan ini, sepatutnya KDN perlu biar PDRM fokus dengan kerja membendung kejadian jenayah yang makin meningkat dan merunsingkan rakyat, bukan sebaliknya,” ujarnya di depan Balai Polis Tropicana di sini.
Ditemani peguam, G. Sivamalar, beliau hadir untuk disoal siasat di bawah Akta Pehimpunan Aman 2012 berhubung kehadirannya dalam himpunan solidariti Adam Adli pada 22 Mei lalu.
Pada malam tersebut, seramai 18 orang, termasuk pembantu peribadi beliau, Peter Chong ditahan ketika berhimpun di hadapan lokap Balai Polis Jinjang.

SMM terus bersolidariti untuk Safwan Anang


KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan meneruskan solidariti untuk Safwan Anang di hadapan Penjara Sungai Buloh malam ini.

Sekretariat SMM, Bukhairy Sofian yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berkata, solidariti itu mesti diteruskan sebagai tanda sokongan kepada Safwan yang enggan diikat jamin sebaliknya memilih untuk dipenjarakan.

"Mahasiswa dan anak muda perlu bangkit, kita teruskan solidariti di Penjara Sungai Buloh untuk nyatakan sokongan kepada Safwan yang berani membuat keputusan demikian sebagai mempertahankan prinsip keadilan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Hari ini merupakan hari kedua Safwan di Penjara Sungai Buloh selepas enggan diikat jamin sebanyak RM5,000 semalam.

Safwan ditahan kelmarin untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapannya pada program Malam Anak Bangsa Malaysia di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu berbaur hasutan.

Sementara itu, wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Ahmad Syukri Razab ketika dihubungi petang ini memberitahu, isteri Safwan, Masturah Abu Bakar sedang bertemu Safwan.

"Masturah baru sahaja masuk menemui Safwan. Jadi kami menunggu apa sahaja keputusan dari Safwan tapi setakat ini Safwan memang memilih untuk dipenjarakan sehingga sebutan kes pada 2 Julai nanti," katanya.

Himpunan Lilin: 'Ada wanita kena sepak, tapi polis dapat penghargaan'

 
Peguam Sivamalar Genapathy menggesa polis agar turut menyiasat dakwaan bahawa seorang peguam wanita disepak oleh anggota pasukan tersebut dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang, Kuala Lumpur pada malam 22 Mei lalu.

Sivamalar berkata, polis seharusnya bertindak demikian, dan bukan hanya mengeluarkan surat penghargaan kepada anggotanya yang didakwa dimaki hamun oleh peserta perhimpunan dalam kejadian tersebut.

NONE"Polis sepatutnya menyiasat perkara sebenar yang berlaku pada malam itu. Seorang peguam perempuan, Fadiah Nadwa Fikri ditendang polis pada malam itu dan polis pula terima surat penghargaan," dakwanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Sivamalar berkata demikian apabila mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berserta gambar yang merakamkan kejadian di hadapan balai berkenaan.

Laporan berkenaan adalah berhubung surat penghargaan oleh pasukan polis kepada seorang konstabel, Muhalim Osop, yang dilaporkan sabar menghadapi caci hamun peserta perhimpunan berkenaan.

Sivamalar dalam gambar bersama laporan itu pula ditunjukkan dalam keadaan marah dan menuding jari ke arah seorang anggota polis.
Katanya, beliau menunjukkan reaksi seperti yang ditunjukkan dalam gambar berkenaan kerana dihalang daripada bertemu individu yang  ditahan polis dalam kejadian tersebut.
'Siasatan buang masa'
Sivamalar mewakili MP Subang R Sivarasa yang disiasat polis hari ini berhubung kehadiran di perhimpunan sama.

Lebih BN dari BN dah: Tidak perlu tubuh IPCMC, kata Paul Low


KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Paul Low hari ini menegaskan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak diperlukan memandangkan sebarang aduan boleh dibuat menerusi saluran lain yang sudah tersedia.
Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tersebut hadir selepas pemimpin pembangkang menggesa supaya penubuhan IPCMC disegerakan, terutamanya selepas kematian dalam tahanan terbaru N. Dharmendran.
"Tidak perlu, kita sudah mempunyai saluran untuk orang ramai buat aduan.
"Penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa adalah sebenarnya IPCMC," kata Low (gambar) semasa menjawab pertanyaan wartawan tentang cadangan oleh Majlis Peguam yang menggesa penubuhan IPCMC dan Mahkamah Koroner semalam.
Menurut Low lagi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) berperanan sama dengan dengan IPCMC dimana sebarang aduan yang berkepentingan awam akan memerlukan satu proses siasatan yang bebas.
"Dalam terma rujukan, mereka mempunyai seksyen yang memperuntukkan dimana sebarang perkara yang melibatkan kepentingan awam, mereka akan menjalankan atau memulakan satu penilaian bebas.
"Prosedur dan penilaian tersebut adalah daripada segi untuk melindungi dan menjaga keselamatan tahanan," terang Low lagi.
Semalam, Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong dilapor The Malaysian Insider menyatakan kebimbangan terhadap jumlah kematian dalam tahanan yang dikatakan berlaku sekali setiap bulan sejak tahun 2000 serta menggesa Putrajaya menubuhkan IPCMC dan juga Mahkamah Koroner.

Kalah PRU: 17 anggota MCA Gelang Patah letak jawatan

JOHOR BAHRU - Tujuh belas anggota MCA Bahagian Gelang Patah hari ini meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta.
  
Pengerusinya Jason Teoh berkata mereka melibatkan tiga anggota Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, lima ketua kampung, seorang pegawai kerajaan tempatan dan perumahan, dua pegawai kebajikan serta enam anggota lembaga pelawat Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail.
  
"Keputusan peletakan jawatan itu bagi menghormati resolusi MCA yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.
  
"Kami terima keputusan pilihan raya itu dan akan mengikut resolusi tersebut. Oleh itu, saya mengetuai rakan-rakan MCA yang memegang jawatan masing-masing untuk meletakkan jawatan secara keseluruhan," katanya kepada pemberita, di sini.
  
Teoh berkata Pusat Khidmat MCA Gelang Patah bagaimanapun tidak akan ditutup dan usaha membantu masyarakat tetap diteruskan.

WE BEAT CHINA: Malaysia WORLD CHAMPION in illicit outflows, corruption, money-laundering

Malaysia’s ill-earned reputation as the world champion of illicit fund outflow per capita testifies to BN’s and Bank Negara’s failure to wipe out corruption and prevent money laundering in Malaysia. When I was in London, I was sad to read in the New York Times that unlicensed money remitting services in Malaysia are alleged to have been a part of a US$6 billion (RM18.3 billion) online money laundering operation in US.
WE BEAT CHINA: Malaysia WORLD CHAMPION in illicit outflows, corruption, money-launderingThe New York Times said the money laundering scheme operating under Liberty Reserve had millions of customers worldwide, which were “overwhelmingly criminal in nature”, conducted 55 million transactions over the past seven years. In the largest online money-laundering case in history, Liberty Reserve relied solely on “third-party exchangers” to accept or make payments for them, which are usually “unlicensed money-transmitting businesses without significant government oversight or regulation, concentrated in Malaysia, Russia, Nigeria and Vietnam”.
World champion, bookies-culture
Washington-based Global Financial Integrity Report had listed China as the leader in illicit funds outflow, mainly corruption in nature, with USD 2.8 trillion, with Malaysia at No. 5 in the world at USD 291 billion. However in per capita basis China lost out to world champion Malaysia at RM 6,400 per person per year as compared to RM32,000 for Malaysia.
In England, Malaysians have an unfortunate infamous past for being bookies in setting up Premier League football games. Such negative feedback have been slightly reversed following the favourable impact of positive involvement by Malaysians in owning Premiership clubs like newly-relegated Queen Park Rangers and newly-promoted Cardiff City.
Unfortunately, the Malaysian government’s culture of corruption and lack of financial transparency and accountability has now resulted in Malaysia to be part of being a focus of world-wide money-laundering operation. On money-laundering, Malaysia’s international reputation is now worse than Thailand or Indonesia and on par with countries like Nigeria and Russia.
Stop denial mode

Mahkamah rayuan kekalkan hukuman penjara 12 bulan Khir Toyo


Mohamad Khir Toyo
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.  

Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.

Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah...Pendatang dan Penganas bebas keluar masuk..!!!

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan oleh pihak imigresen petang Khamis ketika cuba untuk masuk ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
"Mereka akan hantar saya pulang. Saya sedang berurusan dengan jabatan Ketua Menteri Sabah," kata beliau dipetik dari laporan The Star Online.
Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking yang sedang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di KKIA menulis di akaun Twitternya mengatakan dia sedang menunggu semakan sama ada Nurul Izzah disenarai hitamkan.

Khalid Samad hentam pembodek pemimpin PAS



 
Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.

NONEMenulis dalam blognya hari ini, Khalid (kanan) menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.

"Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.

"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.

"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.

Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.

Selangor Sultan: Pakatan must fulfill election promises

Exco Selangor Isytihar Harta Sebelum Sidang DUN - BULETIN 13

M'sians abroad 'tarnishing country's image' on blacklist

Ust. Fauzi Yob - Keyakinan & Tawakkal Kpd Allah SWT

Munafik Besar, Kecil & Perbezaannya - Dato Dr MAZA

Selangor appoints country's first female speaker

IGP arah 'SOP' dikaji semula

Malaysia police faces abuse coverup charges

PAS-UMNO alliance? Over my dead body, says Nik Aziz

PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat said he would oppose any attempt to forge alliance between PAS and UMNO as long as he is alive.
The influential former Kelantan Menteri Besar said PAS belonged to all its members and any decision must have the full support of members during its muktamar.
PAS-UMNO alliance? Over my dead body, says Nik Aziz“No one can arrange for any cooperation between PAS and UMNO, what more if it's in secrecy, this party is open to the public and belongs to all members," said Nik Aziz, amid renewed efforts by some UMNO leaders and renegade PAS members calling for cooperation between the two parties.
In recent times, such calls have been made by former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa and former minister Zainudin Maidin. While PAS Ulama Council chief Harun Taib suggested that the proposal could be debated and put to the vote at the party muktamar.
Nik Aziz however vowed to strongly oppose any alliance with UMNO.
“I will not allow it, as long as I am alive, I will never allow any effort to forge cooperation between PAS and UMNO," he told Harakahdaily.
Nik Aziz pointed out that despite being a Malay-Muslim party, UMNO had always rejected PAS's Islamic principles, in addition to "many other faults committed by UMNO".
“As such, there is no reason for us to join them and let me remind others not to continue such efforts," he stressed.

Don’t talk GST, abolish cabotage first

If the federal and state governments were genuinely concerned about the young Sabahans and Sarawakians, they will liberalise and break-up the monopolistics GLCs.

KOTA KINABALU: The Sabah government must push the federal authorities to abolish the cabotage policy if it is committed in helping youths in the state get out of the rut and rat race.
Urging the government to “liberalise” the markets, newly minted Likas assemblyman Junz Wong said the authorities must “break-up the monopolistics GLCs”.
“Only way for youths to get out of the rat-race and earn higher income is to abolish cabotage policy and break up monopolistic government-linked corporations (GLCs).
“Allow normal people to take part in business economy buildings. Let “perfect competition” play its role, let “demand & supply” determine a fair price,” he said adding that this would in turn open up more opportunities for younger entrepreneurs.
Wong, who is also Sabah state DAP assistant secretary, was responding to a shocking disclosure by real estate consultants CH Williams & Talhar that 50% of employees in KK earned less than RM2,000 a month and are not able to buy the much touted government affordable houses at RM250,000.
According to the firm’s managing director Chong Choon Kim, these young people could only afford houses worth RM150,000 with a pay-back period of 30 years.
Picking up from Chong’s observation, Wong said the Musa Aman-led administration must restrategize its economic priorities.

'FLIP-FLOP' NAJIB GETS A TONGUE-LASHING: Is Sedition Act to be repealed or not?

Paktan Rakyat leaders slammed the "selective prosecution" of their colleagues Tian Chua, the MP for Batu, Tamrin Ghafar, the son of former deputy prime minister Ghafar Baba who recently joined PAS, as well as activists Haris Ibrahim, Safwan Anang and Hishammuddin Rais for purportedly inciting public unrest with speeches made at a forum on May 13, 2013.
The five men were charged under Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1948 over speeches they made between 8.55pm and 11.15pm at the KL Selangor Chinese Assembly Hall.
'FLIP-FLOP' NAJIB GETS A TONGUE-LASHING: Is Sedition Act to be repealed or not?Nurul Izzah, the PKR vice president and MP for Lembah Pantai, called on Malaysians to "jointly condemn" the arrests, warning that these were not only unjust but dangerous to the country's democracy and to the people's personal liberties.
"Prime Minister Najib Razak should be held responsible for reneging on his promise to repeal the Sedition Act which was made in 2012. We are talking about selective prosecution.using this archaic and obsolete law against the Opposition and dissenters," Nurul told a press conference outside the courtroom.
"You allow (some) who spread hatred like Perkasa leadership and former judges to escape unscathed. I ask all Malaysians to jointly condemn this act because today it might be Opposition leaders, tomorrow it might be you. From now, no Malaysian is safe from the abuse and misuse of this law.
"I ask PM Najib and of course Home Minister Zahid Hamidi to answer what is their stand now, especially after we all have gone through the dirtiest elections."
Hishammuddin Rais too, but arrests will not derail PR's Black 505 or 100,000 signatures campaign