Rabu, 29 Mei 2013

Umno-BN won't last long - Kee Kwong

添强等五人被控煽动 萨万拒保以示抗议

拥亲属关系,法官退出审讯聂纳兹米案

BN Lembah Pantai lodge police report against EC

Mampukah Malaysia Melangkaui Benteng Politik Perkauman?/Can Malaysia Move Away from Racial Politics?

Malaysia di landasan betul jika PR memerintah negara – Guan Eng


LONDON, 29 MEI: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara, Malaysia sudah pasti berada di landasan betul untuk mencapai potensi sepenuhnya.
Bagaimanapun, beliau menolak pendirian yang mengatakan prospek masa depan negara akan terjejas dengan kehadiran pembangkang yang kuat di Parlimen.
“Walaupun PR gagal mencapai matlamat untuk memenangi Putrajaya, saya amat percaya dengan kehadiran PR yang lebih kukuh di Parlimen, bersama-sama pengalaman penggal kedua memerintah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor, akan memberi kesan positif kepada pembangunan negara.
“Pertamanya, rakyat perlu yakin BN akan lebih sukar untuk menerima tawaran yang hanya akan memberi manfaat kepada kroni mereka berbanding ketika PR hanya 10% Ahli Parlimen hingga memudahkan BN melakukan banyak perkara terutama jenis kontrak kroni yang terlalu banyak,” katanya ketika berucap di Merton College, Universiti Oxford, England, semalam.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, bagaimanapun sekarang dengan kekuatan 89 Ahli Parlimen dari setiap negeri di Malaysia kecuali Perlis, rakyat boleh yakin PR akan membongkar setiap sudut dan celah bagi memastikan BN berasa sukar mengulangi seperti perjanjian NFC “lembu di kondo”.

Bot Karam: Bukti 50 tahun BN gagal sediakan akses jalan raya di Sarawak


KUCHING, 29 MEI: DAP terkejut dan kesal dengan tragedi bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga, pagi semalam mengakibatkan 23 penumpang masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan kerana waktu malam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata setakat ini, 181 penumpang berjaya berenang ke tempat selamat selepas bot ekspress yang karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira empat jam perjalanan dari Sibu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati bot ekspres itu dipercayai membawa 200 penumpang yang melebihi kapasiti 67 tempat duduk ketika pulang daripada pesta Gawai Dayak, kemudian menghadapi masalah enjin yang gagal berfungsi sebelum merempuh batu dan karam.
Katanya, Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak (SRB), Datuk Roland Sagah mengumumkan satu siasatan penuh akan diadakan terhadap insiden tragis itu dan memberi amaran tindakan akan diambil terhadap operator bot kerana gagal mengikut peraturan tidak membawa lebih muatan atau membenarkan penumpang memanjat bumbung apabila kapal terlalu penuh ketika menyelusuri di sungai.
Bagaimanapun, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ge;lang Patah, malangnya, siasatan sedemikian tidak akan mengembalikan nyawa mereka yang telah terkorban dalam insiden kemalangan bot di Sarawak itu.
Dua tahun lalu, 13 penumpang terkorban dalam tragedi bot yang serupa di kawasan Tatau berhampiran pekan Bintulu.
Kemalangan bot itu sepatutnya dianggap sebagai bencana negara kerana itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalan raya ke kawasan pedalaman.

Tragedi media Melayu

Jika perkembangan media Melayu mutakhir ini diperhatikan, sifat-sifat kewarasan, keberkecualian dan kesusilaan sudah jelas tidak wujud.
Sentimen perkauman bagai menjadi kelumrahan media Melayu zaman sekarang, baik di kaca mata televisyen ataupun dalam media cetakan. Nyata trend yang sempit ini sedang diterajui oleh media-media kawalan Umno, khususnya Kumpulan Utusan Melayu.
Sejurus selepas pilihan raya umum ke-13, Utusan Malaysia dengan tidak segannya telah mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu?” melalui tajuk berita utama, manakala tabloid Kosmo! yang dimiliki kumpulan yang sama telah meluahkan muka depan yang tidak kurang provokatifnya, yakni, “Pengundi Cina bersikap talam dua muka”.
Seperti biasa, fitnah diterbit sebagai fakta dan tohmahan menjadi bahan ulasan para pengarang. Pengundi kaum Cina dipersalahkan atas kemerosotan keputusan pilihan raya Barisan Nasional, meskipun hujahnya tidak logik ― bagaimanakah mungkin golongan yang merangkumi lebih kurang satu suku populasi negara boleh memberikan 51 peratus undi popular (53 peratus di Semenanjung) kepada Pakatan Rakyat?
Jelas, kemenangan undi popular Pakatan Rakyat membuktikan bahawa gabungan parti tersebut telah menerima sokongan yang padu daripada segenap masyarakat Malaysia ― namun hakikat ini langsung diabaikan oleh media kawalan Umno yang tidak ingin menerima kenyataan.
Agenda perkauman kemudian telah diteruskan dengan seruan Awang Selamat, iaitu suara hati lembaga pengarang Utusan, untuk memboikot syarikat penerbangan Air Asia ekoran kritikan seorang pegawai kanannya, Azran Osman-Rani, yang telah mencemuh akhbar Utusan kerana bersifat rasis.
Dan jika itu tidak mencukupi, Utusan kemudiannya menyiarkan kenyataan Perkasa yang menyelar Azran sebagai “bongkak” dan “lupa diri”, serta “mengingatkan” Azran agar tidak sesekali “menyentuh” Utusan Malaysia kerana akhbar itu merupakan satu-satunya wadah yang mempertahankan hak orang Melayu di negara ini, seolah-olah segala kejayaan Azran adalah hasil daripada jasa-jasa akhbar tersebut.

Dosa Paling Besar Adalah Berbohong Atas Nama Allah & Rasul - Dato Dr MAZA

Pasca PRU13: Pengajaran Negeri Sembilan untuk iktibar PAS Melaka

Oleh Lanh
SELEPAS PAS Negeri Sembilan mendapat ‘anak sulung’ pada PRU12 (2008) melalui kemenangan Mohamad Taufek Abdul Ghani (kini Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) di Dun Paroi; pada PRU13 lalu (5 Mei 2013), parti Islam itu kembali kepada angka ‘0’; sebaliknya PAS Melaka pula mencatatkan kelahiran anak sulung apabila calonnya, Dr Khalid Kassim menang di Dun Bukit Baru yang terletak dalam Parlimen Bukit Katil di mana calon favorit Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam tersungkur di tangan anak muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin. 

Tentunya pengembalian angka 0 (seperti dialami PAS Negeri Sembilan) pada PRU14 nanti tidak diingini PAS Melaka. Sehubungan itu adalah amat mustahak PAS Melaka mengambil iktibar; mulai sekarang melakar jalan untuk melebarkan pengaruh terutama di kalangan generasi muda di samping menambat sanubari generasi lama meskipun mereka sudah sebati dengan slogan ‘dulu, kini dan selamanya’. Seorang sahabat saya berpandangan, PAS di negerinegeri Koridor Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor) perlu meresap jauh dan sebati dengan masyarakat bagi membolehkan PAS melebar pengaruh. Katanya, sebarang kegiatan mempunyai ciri pengasingan seperti solat di ‘surau orang PAS’ tidak wajar ditonjolkan sebaliknya orang PAS hendaklah meresap dan dominan sebagai anggota masyarakat di masjid-masjid, dalam pelbagai kegiatan setempat seperti majlis kenduri, kahwin dan kematian.
Seorang lagi sahabat mencadangkan, golongan muda PAS mempelopori pelbagai bidang kegiatan ekonomi setempat seperti pertanian dan membaiki kenderaan (terutama motosikal).
Hal ini sejajar dengan pandangan Mohd Taufek (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) bahawa jentera parti menghadapi kekangan disebabkan pelbagai masalah terutama kewangan. Kekuatan ekonomi penduduk, terutama ‘orang PAS’ amat penting, mereka boleh menjana kepada kemantapan dan nilai parti di mata masyarakat.
Berdasarkan analisis keputusan PRU13 bagi Dun Bukit Baru; Dr Khalid tewas di tiga UPU bermajoriti Melayu yang tinggi iaitu Kampung Bukit Katil (Sekolah Demang Hussin), Kampung Bukit Katil (SRA JAIM) dan Bukit Pulau sebaliknya menang di UPU pengundi seimbang atau bukan Melayu lebih ramai seperti di Bukit Beruang, Kampung Ku Sayang, Bukit Baru Dalam dan Padang Jambu. Dan, seperti dijangka, undi awal dan pos memberi kelebihan besar kepada BN; namun keputusan akhir memihak kepada Dr Khalid yang mendapat 9,292 undi berbanding lawannya, Karim Yaakob 9,244 undi. Ya, Dr Khalid menang dengan hanya 48 undi!

Tahanan Politik: Isteri Safwan Berdiri Teguh Dengan Pendirian Suaminya

Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah-olah penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.

Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.

"Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.

Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.

-JANGAN BIARKAN SAFWAN KESEORANGAN-


Safwan Anang enggan diikat jamin



Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.

Pasca PRU13: Selangor perlu fokus kepada Anjung Utara


(Warna biru yang dikuasai BN di Selangor)


KEGAGALAN Pakatan Rakyat untuk menang lima kerusi parlimen di utara Selangor  dalam PRU13 pada 5 Mei lalu seharusnya diberi perhatian serius oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk penggal kedua ini.

PRU lalu BN menang bergaya di lima kerusi berkenaan iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Kesemuanya berada di utara Selangor dan di kawasan pengundi Melayu.

Kerusi parlimen Kuala Selangor yang disandang oleh PAS turut dirampas semula oleh BN dalam PRU lalu.

Walaupun Pakatan Rakyat  terus mentadbir negeri ini dengan memenangi 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun, kehilangan lima kerusi itu harus dikaji mengapa ianya tidak menjadi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas.

Kehilangan lima kerusi itu, sebagaimana dijangka oleh sesetengah pihak kerana sebab-sebab tertentu antaranya projek-projek pembangunan yang dijalankan kerajaan Pakatan Rakyat pada penggal pertama belum menyeluruh.

Antara yang jelas masalah projek terbengkalai merupakan isu utama yang sering dibangkitkan penduduk sehingga daerah ini dikatakan sinonim dengan pembangunan terbengkalai.

Kita adalah sebahagian pelancong politik

Anwar Ridhwan

Beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), penyair Ridzuan Harun mendeklamasikan puisinya yang menarik dalam satu majlis. Penyair itu menyampaikan puisinya yang berjudul Kepada Pelancong Politik. Intonasi dan gaya Ridzuan ketika mendeklamasikan puisinya masih terkawal dengan baik. Saya gemar dengan stail deklamasi seperti itu. Ia berbeza daripada sesetengah penyair yang “menjerit” serta beraksi teaterikal ketika mendeklamasi puisi.
Akan tetapi stail “menjerit” serta beraksi teaterikal ketika mendeklamasi puisi bukanlah suatu kecacatan dan tanpa tradisi. Ia mungkin berkembang daripada tradisi teater Melayu tradisional. Watak yang tampil di hadapan khalayak harus bersuara kuat untuk menyatakan kehadiran serta peranannya. Lebih-lebih lagi pada zaman itu belum ada mikrofon.
Bentuk stail kempen politik
Tradisi itu juga yang mungkin membentuk stail kempen politik, khususnya dalam kalangan Melayu yang biasanya lebih berwarna-warni, riuh dan sebagainya lagi. Ini tidaklah pula bermakna kempen daripada kaum lain kurang berwarna warni atau kurang riuh.
Ridzuan melihat lebih daripada warna-warni dan keriuhan itu. Ketika ia mengharapkan kempen yang lebih memberi fokus kepada agenda pembangunan untuk umat manusia, ia melihat hal-hal remeh dan peribadi dibawa ke latar depan khalayak ramai:
selamat datang ke daerah kami dunia asing dalam benua teraneh
masuklah dengan lapang dada
kami hidangkan sandiwara lusuh
lakonan terburuk sebagai hiburan
Peringatan pertama
Itulah peringatan pertamanya kepada pelancong politik ke negara ini. Ridzuan seterusnya menyebut bahawa dari pentas kempen, khalayak hampir tidak mendengar ikrar amanah atau falsafah perjuangan politik yang jelas kerana ditenggelami dengan retorik, kata-kata ganjil tanpa memikirkan tata susila:
di sini bukanlah tempat mendahulukan amanah
atau memenuhkan harapan manusia terpencil
di sinilah tempat kami para pendusta
memperagakan seluruh kata-kata ganjil
di sinilah gedung menggegar janji
di sinilah medan tanpa susila
Isu perpecahan orang Melayu

Lapor penipuan PRU 13, serah salinan ke ibu pejabat KEADILAN

Rafizi lagiKUALA LUMPUR 29 MEI: Rakyat Malaysia diseru membuat laporan polis berhubung penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan menyerahkan salinannya ke ibu pejabat KEADILAN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Ayuh ajak rakan-rakan dan ahli keluarga yang masih belum buat laporan. Masih ada masa. Laporan polis ini akan memperkuatkan lagi petisyen pilihanraya di mahkamah nanti,” katanya dalam laman facebook.
“Mereka silap. Usah dinafikan suara majoriti. Ribuan salinan laporan polis telah kami diterima. Rakyat tampil ke hadapan dengan berani menolak penipuan PRU13,” tambah Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Beliau turut menyiarkan format laporan polis dilaman Facebook untuk dirujuk dan menggalakkan orang ramai supaya menghantar salinannya ke siasatpru13@gmail.com atau faks ke talian 03-78850531.
Orang ramai juga boleh menghantar salinan laporan mereka melalui pos ke Ibu Pejabat KEADILAN di alamat A-1-9 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Format laporan adalah seperti berikut:
Saya [NAMA PENUH], No Kad Pengenalan, [NO KAD PENGENALAN] telah mengundi pada PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi [NAMA DAERAH MENGUNDI], Parlimen [NAMA PARLIMEN] pada jam [JAM PAGI/PETANG]. Saya dapati dakwat itu tanggal sepenuhnya dari jari saya dalam tempoh 5 hari selepas dakwat itu dicalit.
Saya membuat lapoan ini untuk menyatakan dakwat itu tidak kekal. Ini bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang menyatakan dakwat itu kekal seperti peruntukan Undang-Undang Pilihanraya.
Ini adalah satu penipuan yang jelas oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sekian, terima kasih.

Mungkir Janji & Besarnya Kemurkaan Allah - Dato Dr MAZA

刘胜权承认派人接触家属 澄清非关庭外和解

不中止黑色集会,公正党6月加码4场

Kafir Harbi & Besarnya Kemurkaan Allah - Dato Dr MAZA

Paul Low clarifies 'secret' call to Dharmendran's dad

Empat anggota polis dalam kes N. Dharmendran ditugaskan di unit kerja pejabat

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Empat anggota polis, termasuk seorang pegawai, yang sebelum ini menyiasat kes tembak di Bandar Tun Razak, Cheras membabitkan N.Dharmendran, kini ditugaskan di unit kerja pejabat di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata langkah itu bagi memudahkan laluan siasatan Bukit Aman berhubung kes kematian tahanan berkenaan di lokap.

Kematian Dharmendran, 32, di lokap IPKKL pada Selasa selepas mengadu sakit dada, didapati mempunyai unsur jenayah.

Semalam, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene berkata polis membentuk satu jawatankuasa khas diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam usaha menangani insiden kematian mengejut tahanan di lokap.

Jawatankuasa itu, yang antara lain ditugaskan memantau tahap keselamatan dan kesihatan tahanan, akan berkuat kuasa sejurus selepas pelancarannya dalam masa terdekat. — Bernama

Kebimbangan kematian dalam tahanan ke-7 pada 2013

Suaram Pulau Pinang menyuarakan kebimbangannya berhubung satu lagi kes kematian dalam tahanan polis yang berlaku kurang daripada tujuh hari selepas kematian N Dharmendran pada 21 Mei.

NGO itu berkata di Pulau Pinang, kematian suspek penagih dadah, R Jamesh Ramesh menambah satu lagi angka dalam statistik kes kematian dalam tahanan, sambil menambah ia bimbang dengan kenaikan mendadak kes kematian seumpama itu.

Ia mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengambil tanggungjawab di atas kematian itu dan mengumumkan kepada orang ramai bila dan
apakah tindakan yang akan diambil terhadap anggota yang bertanggungjawab menjaga Jamesh.

Menurut NGO itu, pada tahun 2012, terdapat sembilan kes kematian dalam tahanan polis, dan dalam masa kurang daripada setengah tahun, enam kes telah dilaporkan, menjadikan Jamesh, kematian ketujuh pada 2013 sahaja.

Pakatan Rakyat menjanjikan ‘Malaysian Spring’ demi membebaskan negara dari musim beku BN yang penuh ketakutan, rasuah, politik wang dan kemiskinan.

Ucapan Lim Guan Eng untuk Kelab Penyokong Pakatan Rakyat di London, Sabtu 25 Mei 2013.


1. 5.6 juta pengundi di Malaysia yang telah memilih dan menyokong Pakata Rakyat mengetahui bahawa BN sepatutnya kalah pilihan raya baru-baru ini, kalau bukan kerana:
· Poliik wang untuk membeli undi oleh BN,
· Maninipulasi sistem pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang berat sebelah,
· laporan media yang tidak adil,
· salahguna jentera Kerajaan.

2. Tidak ada dalam dunia di mana pakatan politik yang memenangi 51% undi popular dalam sistem ‘first past the post’ tidak menikmati bonus kerusi – iaitu menang lebih daripada 51% kerusi Parlimen – malah hanya berjaya menang 40% kerusi sahaja.

3. Kita dapat melihat keterdesakan BN berpaut kepada kuasa sejurus selepas PRU ke 13. Walaupun menyeru ke arah kerukunan nasional, tindakan Perdana Menteri Najib Razak dan ahli kabinetnya tidak langsung mencerminkan erti kerukunan.

Pengundian awal: Dua saksi lapor polis salah laku pegawai SPR

Rafizi lagiPETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan salinan laporan polis oleh dua saksi berhubung salah laku pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan peti undi awal.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, undi awal dan undi pos sememangnya diragui dan boleh dimanipulasi, sekaligus memungkinkan keputusan diseleweng bagi memenangkan calon BN.
“Keputusan undi awal di seluruh negara menimbulkan kecurigaan apabila calon-calon Pakatan Rakyat hanya mendapat sekitar 10 hingga 15 peratus undi awal, jauh lebih rendah dari tahap sokongan dalam PRU lepas iaitu sekitar 30 peratus,” jelas Rafizi.
“Saya tampilkan dua bukti pada hari ini untuk membuktikan bahawa integriti undi awal diragui,” katanya.
Salinan laporan yang pertama dibuat di Balai Polis Masjid Tanah oleh ejen calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap (Genie Lim) yang mengiringi peti undi untuk disimpan di lokap simpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah.
“Semasa saya bersama anggota rombongan yang mengiringi SPR membawa peti undi sampai ke lokap simpanan berkenaan, dan saya lihat sejumlah tujuh hingga lapan anggota SPR sedang mengira kertas undi,” kata saksi, Abu Hussin Tamby dalam laporannya.
Mengikut peraturan SPR, proses mengira kertas undi hanya akan dijalankan selepas pengundian ditutup dan disaksikan wakil parti yang bertanding.

AlQur'an & Janji - Dato Dr MAZA

Black 505 rallies to continue, 4 announced for June

PAS pertikai kontrak tender terbuka Petronas

Kriteria untuk menetapkan pemenangnya kurang jelas, kata Dr Dzulkefly Ahmad. 

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan tahap ketelusan Petroliam Nasional (Petronas) menganugerahkan kontrak kepada syarikat kroni bagi projek pembangunan medan minyak bersaiz kecil.
Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Petronas baru-baru ini memperkenalkan satu konsep baru dalam menganugerahkan kontrak bagi membangunkan medan minyak bersaiz kecil yang dipanggil Risk Service Contract (RSC).
Dzulkefly mendakwa, pada pusingan awal RSC sememangnya diadakan secara tender terbuka tetapi kriteria untuk menetapkan pemenangnya kurang jelas apabila kontrak itu masih lagi bakal dianugerahkan kepada syarikat kroni yang sama seperti SapuraKencana, Dialog, Petra, dan Scomi.
Manakala di kalangan syarikat antarabangsa pula, kontrak sering dibolot oleh Schlumberger, Halliburton, Technip, Petrofac dan TransOcean, kesemuanya diketahui rapat dengan pengurusan tertinggi Petronas.
“PAS difahamkan tidak lama lagi satu lagi kontrak RSC akan diumumkan untuk membangunkan medan minyak Bubu di perairan Terengganu dan bakal pemenangnya adalah salah satu daripada syarikat kroni yang sama.
“Apa yang lebih mendukacitakan untuk pusingan ini tiada tender terbuka dibuat dan kontrak bakal diberi secara rundingan terus,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat itu mendakwa, keadaan ini sekaligus menyekat peluang kontraktor tempatan sama ada milik Bumiputera atau bukan Bumiputera.

Perlu Nasionalisme Dilunturkan ?

Oleh Dinsman
Nasionalisme ialah semangat kebangsaan. Ia berhubungan dengan bangsa. Yakni semangat cinta kepada bangsa sendiri. Manakala patriotisme pula ialah semangat cintakan tanahair, iaitu berhubungan dengan tanahair (negara).

Dalam pelajaran sejarah di sekolah kita belajar mengenai sejarah kebangkitan semangat nasionalisme (atau semangat kebangsaan), yang kita anggap sebagai bermulanya perjuangan kita menuntut kemerdekaan negara kita daripada cengkaman penjajah.
Jadinya terdapat nilai yang kita sanjung tinggi dan kita muliakan di dalam istilah nasionalisme atau semangat kebangsaan itu. Sering juga kita menghubungkan istilah nasionalisme dengan istilah jatidiri. Seseorang yang tidak mempunyai semangat nasionalisme biasanya dia juga tidak mempunyai jatidiri; atau sebaliknya seseorang yang tidak mempunyai jatidiri itu dikatakan dia juga tidak mempunyai semangat nasionalisme.
Demikianlah nasionalisme atau semangat kebangsaan itu sudah tertanam di dalam jiwa dan minda kita sebagai sesuatu yang bernilai mulia dan disanjung tinggi. Maka tidak hairanlah apabila dikatakan bahawa kebanyakan orang Melayu yang masih percaya atau menyokong Umno adalah disebabkan oleh semangat nasionalisme dan percayakan bahawa jatidiri mereka adalah berhubungkait dengan nasionalisme itu; yang tanpanya mereka akan kehilangan nilai yang mulia dan disanjung tinggi.
Itulah juga sebabnya maka kebanyakan golongan penulis, sasterawan, budayawan dan cendekiawan kita masih berpihak kepada Umno-BN dan tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR). Inilah rumusan beberapa orang ahli Gatera (Gerakan Intelektual Rakyat) secara tidak rasmi sewaktu kami bercakap-cakap di malam ceramah ‘Gerakan Intelektual Rakyat’ di Sungai Merab Luar, Sepang, 3 Mei lalu. Antara yang menimbulkan pandangan ini ialah Prof Shaharir Mohd Zain.
Memang, apabila difikirkan dan direnungkan pandangan tersebut, ternyata ada kebenarannya. Itulah yang menyebabkan ramai kawan-kawan kita ‘di sebelah sana’ itu masih kukuh dengan pegangan dan pendirian mereka.

PAS: Siasat 3 MB, KM Sabah S’wak

Menurut AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, mereka ialah Mohamad Hasan, Khaled Nordin, Ahmad Said, Musa Aman dan Taib Mahmud.
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang juga bekas Presiden Transparency-International Malaysia (TI-M) terus membuka kertas siasatan terhadap tiga Menteri Besar dan dua Ketua Menteri yang sebelum ini terpalit dalam skandal rasuah.
Tiga Menteri Besar yang dimaksudkan itu adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Khaled Nordin (Johor), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Tan Sri Taib Mahmud (Sarawak).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, walaupun nama mereka terbabit ‘dibersihkan’ daripada sebarang dakwaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (RPU13) namun persepsi itu masih wujud.
Menurut Dzulkefly, Najib dan Paul perlu mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya terus menyiasat pemimpin terbabit demi komitmen untuk memperbaiki persepsi umum terhadap prestasi indeks rasuah negara.
“Kalaulah siasatan itu menemui bukti yang dapat membebaskan mereka daripada tuduhan itu kita minta SPRM supaya nama mereka dipertahankan dan tuduhan disangkal.
“Kalau tidak maka persepsi akan berterusan dan jadi buruk kerana rakyat tak dapat terima kepimpinan ketua negeri seperti ini,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Musa Aman sebelum ini dikaitkan dengan skandal rasuah balak RM40 juta dan mendapat perhatian Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC).

Mati Dalam Tahanan: 'CPO sepatutnya nyatakan punca kematian Kugan'

Seorang peguam kanan persekutuan secara peribadi bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi Lumpur bahawa bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sepatutnya mengadakan satu lagi sidang akhbar selepas punca kematian A Kugan diketahui.

NONEHakim Datuk VT Singham bertanya kepada Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad beberapa kali sama ada beliau fikir Khalid (kiri), yang kini menjadi ketua polis negara, sepatutnya mengadakan satu lagi sidang akhbar untuk menjelaskan perkara berkaitan dengan kematian Kugan.

Khalid, dalam sidang akhbar lebih awal, telah berkata bahawa Kugan meninggal dunia selepas air diberikan kepadanya.

Selepas itu, satu bedah siasat bebas mendedahkan mangsa berusia 22 tahun itu telah mengalami pukulan teruk, kebuluran semasa dalam tahanan, dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang akibat pukulan tersebut.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap Khalid, pasukan polis dan kerajaan, dan secara khusus terhadap Khalid, kerana didakwa cuba menutup punca kematian Kugan semasa dalam tahanan polis.

Hakim Singham: Adakah anda fikir defendan pertama (Khalid) perlu mengadakan sidang akhbar kedua kerana plaintif mendakwa ada cubaan mahu menutupnya? Patutkah dia beri penjelasan?

Azizan: Saya tidak boleh katakan. Hanya Tuhan yang mengetahui (mengapa ini tidak dilakukan).

Majlis Peguam gesa tubuh IPCMC dan Mahkamah Koroner ekoran kematian tahanan


KUALA LUMPUR, 29 Mei — Majlis Peguam hari ini bimbang dengan kematian dalam tahanan yang dikatakan berlaku sekali setiap bulan sejak tahun 2000, disamping menggesa tindakan termasuk penubuhan Mahkamah Koroner.
Berikutan kematian N. Dharmendran, 32, baru-baru ini dalam tahanan polis, badan tersebut juga menggesa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai badan bebas untuk mengendalikan aduan salah laku polis.
"Statistik melibatkan kematian dalam tahanan polis di Malaysia adalah mengerikan: 156 orang mati dalam tahanan polis antara tahun 2000 dan Februari 2011, dan telah dilaporkan terdapat sekurang-kurangnya enam kematian pada tahun 2012, dengan kes terbaru ini adalah yang kelima pada 2013.
"Data ini adalah membimbangkan, kerana ia menunjukkan purata sekurang-kurangnya satu kematian dalam tahanan polis setiap sebulan sejak tahun 2000," kata Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Dharmendran dilaporkan ditangkap pada 11 Mei dan meninggal dunia sepuluh hari kemudian pada 21 Mei ketika di dalam tahanan di ibu pejabat polis kontinjen di sini.
Leong menegaskan kematian Dharmendran adalah kali kedua berlaku apabila pihak berkuasa gagal mematuhi protokol kerajaan
Leong diperhatikan juga bahawa kematian Dharmendran adalah kali kedua pihak berkuasa telah gagal untuk mengikuti protokol yang mengkehendaki pegawai penguatkuasa undang-undang segera memaklumkan ahli keluarga atau sahabat tahanan, serta Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), sehingga mengakibatkan tahanan tersebut mati dalam lokap.
Satu lagi 32 tahun, K. Nagarajan, adalah kejadian yang pertama. Kematiannya telah ditemui pada malam Krismas tahun lepas di Balai Polis Dang Wangi lokap, ketua Bar itu.
Satu lagi insiden, K. Nagarajan, 32, adalah kali pertama berlaku, dimana kematiannya hanya diketahui semasa Perayaan Krismas tahun lepas di lokap balai polis Dang Wangi, kata Majlis Peguam.

Nik Nazmi: My charges part of a bigger crackdown by new Home Minister, new IGP

PKR Seru JPM Jangan Ganggu Keluarga Dharmendran - BULETIN 13

Menyanggah Muhyiddin - Umno tidak terbabit pertahan akidah Natrah


Orang-orang Melayu dari UMNO didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah Natrah, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS,"

Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS sebagai Presiden Pertama PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas hasutan UMNO terhadap pihak British kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura

Dr. Burhanuddin al-Helmi sendiri pernah berdepan dgn Tunku Abdul Rahman secara face to face dalam mencari penyelesaian bagi menyelamatkan Akidah Natrah..

" Hang dengan aku kena turun bersama-sama dengan rakyat bagi mempertahankan akidah anak kecil tu... kalau hang masih dok sembunyi kat belakang British, hang jawablah depan Allah di Padang Mahsyar nanti... bagi aku hang ni cuma takat jadi tukang sarung sepatu Inggeris ja.. Hina sungguh orang macam hang ni..." - ujar Dr. Burhanuddin al- Helmy..

18 org muslim mati syahid ditembak oleh askar Ingeris yg berbangsa melayu ketika kes perhimpunan menyelamatkan akidah Natrah...

"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan. kerana UMNO adalah Anjing perlihartaan British...

"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama UMNO juga adalah tidak berasas sama sekali," - TEUKU ZACHARYAH BIN TEUKU NYAK KHAIRY ISKANDAR..

Sedikit maklumat tambahan tentang Natrah

Tipu PRU: Pegawai SPR Kira Undi Awal “Secara Senyap”

SPR tipu suara rakyat 505 pj 01
PETALING JAYA 29 MEI : Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan lagi bukti bahawa terdapat keraguan dalam proses pengundian awal yang boleh memesongkan keputusan pilihanraya ke-13.
Bukti tersebut di dalam dua laporan polis yang dibuat ejen calon PKR, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.
Laporan pertama dibuat di Melaka berkenaan pengundian awal di DUN Machap, manakala yang kedua dibuat di Perak berhubung pengundian pos di DUN Pengkalan Hulu.
Dalam laporan polis pertama ejen calon PKR Dun Machap, Abu Hussin Tamby mendakwa melihat pegawai Suruhanhjaya Pilihan Raya (SPR) membuka dan mengira kertas undi dari peti undi awal yang disimpan di Ibupejabat Daerah Polis Alor Gajah.
Insiden berkenaan terjadi apabila Abu Hussin sedang mengiringi pegawai SPR yang membawa peti undi awal untuk disimpan di dalam balai polis berkenaan.
“Saya melihat sejumlah anggota SPR yang dianggarkan seramai tujuh hingga lapan orang sedang duduk mengira kertas-kertas undi di sebelah lokap tempat peti undi awal kami disimpan.
“Selepas selesai mengiringi untuk menimpan peti undi awal di dalam lokap, saya sempat lagi melihat petugas-petugas yang memakai baju SPR sedang mengira kertas undi,” katanya dalam laporan polis berkenaan.
Dilaporkan sebelum ini bahawa undi awal dan undi pos hanya akan dikira pada hari buang undi iaitu 5 Mei. Manakala undi awal dan undi pos dibuat lima hari sebelum tarikh itu.

Seleweng PRU13 : SPR Perlu Bersemuka Dengan Rakyat

rafizi 01
PETALING JAYA, 29 MEI : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersemuka dengan rakyat bagi menjelaskan semua dakwaan dan laporan polis berkaitan penyelewengan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kesediaan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar  bertemu dengan mana-mana pihak termasuk jawatankuasa #siasatPRU13 adalah suatu yang lucu.
“Saya agak lucu apabila tiba-tiba Datuk Wan Ahmad beriya-iya nak jumpa dengan saya dan wakil-wakil dari Pakatan Rakyat (PR) untuk berbincang,” katanya.
Rafizi mendakwa, pimpinan PR  mengadakan perbincangan bersama SPR berkali-kali tetapi tiada perubahan dilakukan sehingga PRU-13 berakhir.
“Dulu dia kata dakwat kekal boleh kekal, bila tak kekal sebab tak goncang, bila dah goncang tapi masih tak kekal dia cakap kalau kekal tak boleh solat.
“Dia ada lima versi yang berbeza untuk setiap satu penyelewengan yang kita sudah tunjukkan bukti.
“Dulu dia kata tak ada satu pun ‘blackout’ di Malaysia ini, bila tunjukkan laporan polis semalam, dia kata tak apalah nanti kita bincang,” sindirnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

PKR Dakwa Peraturan SPR Membolehkan Individu Mengundi Dua Kali


PETALING JAYA, 29 MEI: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh mendedahkan ‘Garis Panduan Tatacara Proses Pengundian Bagi Mengatasi Masalah Kesesakan di Saluran Tempat Mengundi’ yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai bukti yang membolehkan pengundian lebih daripada sekali berlaku semasa pilihan raya.
fuziah sallehGaris panduan ini didedahkan kerana sebelum ini terdapat beberapa pihak yang tampil menyatakan berlakunya pengundian lebih daripada sekali namun dinafikan oleh SPR.
Menurut Fuziah, garis panduan ini membolehkan Ketua Tempat Mengundi (KTM) membuka saluran pengundian lain sekiranya berlaku kesesakan lebih 20 orang yang menunggu giliran mengundi serta membuka sampul khas yang mempunyai buku daftar pemilih baru.
Dakwanya lagi, ini merupakan perancangan terancang untuk membolehkan penipuan pilihan raya dilakukan selain mengakibatkan kekeliruan ejen parti yang menyemak nama pengundi dalam menentukan sama ada seseorang itu  membuang undi atau tidak.
“Bila SPR buka buku daftar baru maka ia tidak bertanda. Jika seseorang itu hadir, maka ia boleh ditanda.
“Inilah yang berlaku dan saya ejen pengundian timbul kekeliruan bila nama disebut dua kali. Inilah punca perancangan SPR yang membolehkan pengundian lebih.
“Saya ingin jelaskan, perkara ini tidak pernah dijelaskan. Garis panduan ini diselitkan tak pernah ditaklimatkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Jelas Fuziah lagi, garis panduan ini hanya diberikan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri kurang seminggu daripada hari pembuangan undi.
Sebelum ini terdapat kejadian seorang pengundi, Mohd Fadhli Khaharruddin, membuat laporan polis mengenai daftar undi yang membolehkan beliau mengundi sebanyak dua kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Kuantan.

Blackout 505 Tampil Tiga Tuntutan.

Tahanan Politik: Safwan Tidak Mahu Dijamin Kerana Protes

Mati Dalam Tahanan: Keluarga Dharmendran diganggu oleh pegawai Paul Low dan polis, kata PKR


Pada pejabat PKR (dari kiri) B. Narayanasamy, bapa Dharmendran; peguam dan naib presiden PKR N. Surendran; isteri Dharmendran M. Marry, dan timbalan ketua hak asasi manusia PKR S. Jayatha. — Gambar oleh Zurairi ARPETALING JAYA, 29 Mei — Seorang pegawai bagi menteri baru dilantik Datuk Paul Low dan polis dituduh “mengganggu” keluarga N Dharmendren yang mati dalam tahanan kerana dikatakan dipukul awal bulan ini.
Naib Presiden PKR N Surendran mendakwa hari ini G Narayanasamy, bapa mangsa, telah menerima panggilan dari pegawai mendakwa bekerja dengan menteri anti rasuah Datuk Paul Low dan meminta untuk berjumpanya “secara rahsia” dan memintanya untuk berhenti menggunakan khidmat peguam pro pembangkang.
“Mereka menerima panggilan daripada Ravendran dari Pejabat Perdana Menteri memberitahu dia mahu bercakap tentang kematian dan tidak memberitahu peguam dan berjumpa secara rahsia,” kata Surendran dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.
“Beliau juga memberitahu agar tidak menggunakan khidmat peguam ini dan mengatakan kami ada peguam untuk kamu. Menteri yang menjadi bosnya adalah Cina. Menteri ini adalah Paul Low,” kata ahli Parlimen Padang Serai yang baru itu, bersama-sama dengan kehadiran ayah Dharmendran dan isteri M Marry.

Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita


KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Exco Selangor dari PKR adalah wanita manakala Speaker Dun Selangor yang baru juga seorang wanita.


(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali)

Menurut bekas Exco Selangor yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali di dalam blognya, ketiga-tiga wakil PKR yang bakal dilantik sebagai Exco ialah bekas Exco Rodziah Ismail (Batu Tiga), bekas Exco Elizabeth Wong (Bukit Lanjan) dan Dr Daroyah Alwi (Sementa).

Selain beliau (Dr Halimah) yang juga dikekalkan sebagai Exco penggal ini, wakil daripada PAS terdiri daripada Sallehen Mukhyi (Sabak), Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (Sijangkang).

(Senarai Exco baru Selangor yang disiarkan Dr Halimah dalam blognya)


Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Cheng Khim pula mewakili DAP bersama Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan Ganabathirau Veraman (Kota Alam Shah).

Menurutnya, upacara mengangkat sumpah serta akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi esok.

Sementara itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeo Tseow Suan dijangka akan dilantik sebagai Yang Dipertua DUN atau Speaker.

Sebelum ini, Speaker adalah Teng Chan Khim yang kini akan dilantik sebagai Exco.

Vigil held in support of Pakatan leaders arrested for sedition

Akta Hasutan:Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah

Pakatan leaders, activists charged with sedition

Empat muka baru terajui Exco S’gor

Barisan Exco yang mendapat perkenan Sultan Selangor menggunakan formula 6:4, iaitu enam Melayu dan empat bukan Melayu.

PETALING JAYA: Selangor mengemukakan empat muka baru menerajui pentadbiran Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018, dua daripada DAP dan masing-masing satu daripada PKR dan PAS.
Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah V Ganabatirau, Dr Daroyah Alwi (Sementa), Ketua Pemuda PAS Selangor Sallehen Mukhyi (Sabak), serta bekas Speaker Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang).
Enam yang masih kekal adalah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Halimah Ali (Selat Kelang), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan), Rodziah Ismail (Batu Tiga), serta Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan).
Barisan Exco ini adalah senarai yang mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menggunakan formula 6:4, iaitu enam Melayu dan empat bukan Melayu.
Antara enam Exco Melayu, empat daripadanya PAS dan dua PKR, manakala bagi bukan Melayu tiga daripada DAP dan seorang PKR.
Calon Exco ini dilihat hadir ke Istana Alam Shah, Klang pagi tadi untuk raptai sebelum upacara rasmi angkat sumpah dan ikrar akujanji dihadapan Sultan Selangor esok pagi.
Semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menghadap Sultan Selangor bagi mendapat perkenan barisan Exco yang dikemukakannya sejak minggu lalu.

‘Wan Ahmad missed the point on indelible ink’

Bersih's Maria Chin Abdullah said that the EC deputy chairman has missed the point of using indelible ink in the first place and because the ink did not last for seven days as assured, makes the EC accountable for it. 

PETALING JAYA: Bersih steering committee member Maria Chin Abdullah said that Election Commission (EC) deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar has missed the whole point of using the indelible ink.
“He has missed the point about the usage of indelible ink and the EC’s guarantee that the ink will last for seven days was proved otherwise.
“Therefore on that account, he must be held accountable,’ she said.
The EC recently dismissed fraudulent allegations related to the usage of indelible ink during the general election.
“It is impossible for a voter to vote for the second time. There are no duplications in the electoral registration,” said Wan Ahmad.
Before the election, the EC had assured that the ink, when marked on a finger, will last for seven days to prevent double voting.
However, reports of the ink coming off surfaced after advanced voters had their left index fingers inked.
On April 30, several military personnel alleged that the ink could be removed within minutes after being applied.
“How can the EC assure us that advanced voters did not vote for a second time?” queried Maria.
Wan Ahmad explained that the quality of the ink does not affect a candidate’s victory or defeat in any election, as the names and identity numbers of the voters will be cancelled by the polling agents upon voting, thus dismissing any fears of phantom voters voting more than once.
“Of course the names get cancelled, but what about the postal voters? There is no list for the postal voters, we do not know who they are.
“There’s no guarantee that these people did not vote again. So this is not a matter of cancelling the names,” she said.

‘Stop sounding like a BN leader’

PKR's Rafizi Ramli tells Wan Ahmad Wan Omar to answer allegations of electoral fraud instead of being a spokesperson for the ruling party.

PETALING JAYA: Election Commission deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar should stop making statements like a Barisan Nasional leader, said PKR strategy director Rafizi Ramli today.
“He should focus on addressing the electoral fraud that happened during the general election such as the indelible ink fiasco and the blackouts. Leave political statements to people like [Home Minister] Ahmad Zahid Hamidi,” said Rafizi at a press conference today.
Also present were PKR vice president Fuziah Salleh and Sungai Petani MP Johari Abdul.
Yesterday, Wan Ahmad challenged PKR supremo Anwar Ibrahim to boycott Parliament if he was disputing the general election results.
Several analysts have also called upon Anwar to stop the Black 505 rallies and focus his energy on strengthening the opposition and contribute to nation building.
Hurling brickbats at Wan Ahmad, Rafizi said that the EC official’s statements against Pakatan Rakyat only showed that the former was not impartial in his conduct.
“It is not his place to ask Anwar to boycott Parliament. Wan Ahmad can’t even get proper indelible ink but now he wants to meddle in parliamentary affairs,” said the Pandan MP.
On the academics’ statement, Rafizi urged them to attend the rallies to see how people are upset over the electoral fraud allegation.
“Get out of your offices and come to the rallies attended by the 51% who voted for Pakatan. If you are against it, you are part of the 47% minority,” he said.
Rafizi added that there can be no talk of nation building when the government in place was elected using fraudulent methods.
“We cannot continue in a situation where the majority questions the legitimacy of the current government. They want a solution to the electoral irregularities,” he said.
Bringing Malaysians closer

IT CAN HAPPEN TO YOU TOO, PR urges M'sians to jointly condemn Najib for selective arrests

Paktan Rakyat leaders slammed the "selective prosecution" of their colleagues Tian Chua, the MP for Batu, Tamrin Ghafar, the son of former deputy prime minister Ghafar Baba who recently joined PAS, as well as activists Haris Ibrahim, Safwan Anang and Hishammuddin Rais for purportedly inciting public unrest with speeches made at a forum on May 13, 2013.
The five men were charged under Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1948 over speeches they made between 8.55pm and 11.15pm at the KL Selangor Chinese Assembly Hall.
IT CAN HAPPEN TO YOU TOO, PR urges M'sians to jointly condemn Najib for selective arrestsNurul Izzah, the PKR vice president and MP for Lembah Pantai, called on Malaysians to "jointly condemn" the arrests, warning that these were not only unjust but dangerous to the country's democracy and to the people's personal liberties.
"Prime Minister Najib Razak should be held responsible for reneging on his promise to repeal the Sedition Act which was made in 2012. We are talking about selective prosecution.using this archaic and obsolete law against the Opposition and dissenters," Nurul told a press conference outside the courtroom.
"You allow (some) who spread hatred like Perkasa leadership and former judges to escape unscathed. I ask all Malaysians to jointly condemn this act because today it might be Opposition leaders, tomorrow it might be you. From now, no Malaysian is safe from the abuse and misuse of this law.
"I ask PM Najib and of course Home Minister Zahid Hamidi to answer what is their stand now, especially after we all have gone through the dirtiest elections."
Hishammuddin Rais too, but arrests will not derail PR's Black 505 or 100,000 signatures campaign
All five pleaded not guilty. Four of them posted bail and were freed. However, Safwan, still a student leader, has decided to remain in remand as a sign of protest and to signal the student body's growing displeasure with the Najib administration's high-handedness.
The arrests also comes amid red-hot speculation of a ploy to undermine Najib's credibility and popularity by his own Umno colleagues. Many in Umno are unhappy with the results of the May 5 general election, where Umno-BN won only 133 seats compared to 140 previously and losing the popular vote for the first time since 1969. And this only after 'massive cheating', many Malaysians have opined.

Blackout 505 tampil tiga tuntutan



PETALING JAYA - Perhimpunan Blackout 505 akan meneruskan gerakan mereka sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan reformasi awal yang dikemukakan.

Pengarah program Blackout 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat di perhimpunan itu adalah lambang baru kesedaran politik rakyat yang mewakili suara 51peratus rakyat yang menyokong PR.

"Kita menuntut tiga perkara asas reformasi pilihan raya, pertama seluruh anggota SPR sekarang meletak jawatan kerana gagal memastikan PRU13 berjalan dengan telus, cekap, tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih.

"Kedua, adakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh. Ketiga, menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui oleh semua pihak mengikut konsesus rakyat," katanya pada sidang media di pejabat PKR hari ini.

Menurut beliau, konsesus itu perlulah diwakili oleh PR dan NGO.

Dakwat tanggal: Pengundi 6 Dun lapor polis

ALOR SETAR: Para pengundi dari enam Dewan Un­dangan Negeri (Dun) di negeri ini telah berkumpul beramai-ramai membuat laporan polis ber­hubung penipuan dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 3.00 petang kelmarin bersama-sama para pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara yang hadir bersa­ma ratusan pengundi terse­but ialah Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah (PAS), Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa (PAS), Adun Bukit Pinang, Wan Romaini (PAS) dan Adun Kota Da­rul Aman, Teoh Boon Kok (DAP).

Amiruddin ketika sidang media di hadapan IPD Kota Setar menjelaskan laporan polis itu dibuat ekoran dak­wat kekal yang dicalit pada kuku jari telunjuk itu hilang dalam tempoh yang singkat sedangkan SPR memberi jaminan ianya kekal selama tujuh hari.

“Awal dulu mereka kata (dakwat mudah hilang kerana) tak goncang dulu, kemudian pada hari mengundi berlaku juga. Implikasinya seorang pengundi boleh mengundi lebih daripada sekali.

“Ini terbukti dalam kes di Kubang Rotan apabila seorang nyonya (Cina) tidak dapat mengundi kerana orang lain telah mengundi bagi pi­hak dirinya,” ujar beliau.

Duit Haram: Malaysia dikaitkan dengan skim pengubahan wang haram terbesar dunia, lapor NYT

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Pengurup matawang tidak berlesen di Malaysia telah membantu pengendali pertukaran mata wang global yang menjalankan operasi pengubahan wang haram atas talian berjumlah US$6 billion (RM18.33 billion), hab bagi penjenayah menjual segala-galanya menggunakan identiti dicuri untuk pornografi kanak-kanak, lapor The New York Times (NYT).
Pengurup mata wang yang digelar Liberty Reserve dipercayai pengubah wang haram siber terbesar di dunia dan berpangkalan di Amerika Syarikat.
Ia juga dikendalikan dengan baik di luar sempadan negara serta peraturan-peraturan perbankan antarabangsa tradisional, menyediakan perlindungan mudah dan menyembunyikan nama, semakin dicari oleh penjenayah untuk membiayai aktiviti mereka, kata akhbar berpengaruh itu, memetik pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika.
Liberty Reserve bertanggungjawab bagi pengubahan berbilion-bilion dolar sejak tujuh tahun lalu, menjalankan 55 juta urus niaga melibatkan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk kira-kira 200,000 di Amerika Syarikat, menurut pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat yang dilaporkan telah mengemukakan tuduhan terhadap pengurup mata wang di Manhattan semalam.
Menurut NYT memetik kertas pertuduhan, sistem Liberty Reserve dicipta untuk membenarkan orang memindahkan jumlah wang besar dan kecil di seluruh dunia hanya dengan mengadakan sebuah alamat e-mel, yang tidak memerlukan identiti pengguna malah tidak perlu disahkan.

Kempen Najib nampak luar biasa, pura-pura - Zam





 
Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

"Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.

Penemuan 'minyak' di Tumpat, R hantar sampel untuk kajian




(Nazri dan Shakur menunjukkan sampel minyak yang ditemui di Pasir Pekan)

TUMPAT: NGO menuntut royalti untuk Kelantan, R telah menghantar sampel minyak yang ditemui di sebuah telaga dekat sini untuk dianalisa oleh sebuah syarikat geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Presiden R, Nazri Deraman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu dan dihantar kepada syarikat berkenaan untuk dianalisa semalam.

Penduduk Pasir Pekan semalam mendapati minyak keluar melalui telaga mereka.

Ekoran itu, pihak R yang diketuai Nazri dan di iringi oleh Timbalan Presiden R, Haji Shakur Shariee dan Setiausaha R, Mohd Hisyamuddin Ghazali telah pergi melawat tapak penemuan minyak di dalam telaga di Pasir Pekan pada jam 5.30 petang semalam.

Hasil penemuan dan temubual dengan penduduk agak mengejutkan, kerana minyak memang terdapat dalam telaga di 3 buah rumah berasingan.


(Nazri meneliti minyak yang diambil dari sebuah telaga di Pasir Pekan)

Lebih 100 liter telah dikumpul sejak 4 bulan yang lalu, malah minyak tersebut mampu menghidupkan enjin mesin rumput.

Bagi membantu penduduk setempat, pihak R telah mengambil langkah segera dengan mengambil sampel minyak tersebut untuk dihantar ke sebuah syarikat swasta geosains terkemuka di Kuala Lumpur.

Mana 8 janji PM kepada rakyat Kelantan ?


KOTA BHARU: Pada 15 Mac lalu ketika berkempen di sini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu.
Sehingga sekarang akujanji itu disenyapkan begitu sahaja. Namun apa yang dibina hanya jalan raya separuh siap di Kampung Berdang di Jeli, difahamkan melibatkan kos lebih RM70 juta.

Jalan terbabit dirancang dibina sehingga ke penempatan Orang Asal di Kampung Rual, namun terhenti di puncak sebuah bukit.

Berbeza pula berbanding mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Abdullah pernah mengeluarkan tender bagi membina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai pada Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010).

Malangnya peruntukan bagi projek itu ditarik balik selepas Abdullah berundur.

Sama juga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila pernah memasukkan cadangan membina lebuh raya terbabit pada RMK6 (1986-1990).

Oleh itu sejak 1986 sehingga sekarang berpuluh janji dilafazkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membina lebuh raya di Kelantan, namun sehingga sekarang habuk pun tiada.

Blackout 505 diteruskan, kata pengarah penganjur


 
Perhimpunan "Blackout 505" akan diteruskan lagi pada bulan depan bagi menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kata Pengarah penganjur bagi perhimpunan itu, Datuk Johari Abdul.
Katanya, perhimpunan itu akan diteruskan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan mereka.

parliament briefing 030408 johari abdulTiga tuntutan itu ialah meminta supaya anggota SPR letak jawatan, mengadakan pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen serta menangguhkan sebarang bentuk pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula.

"Sehingga kini lebih setengah juta rakyat Malaysia pelbagai kaum, latarbelakang dan umur telah menyertai blackout 505.
"Ia menjadi lambang kesedaran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 peratus yang menyokong reformasi dan perubahan di negara ini," kata Johari (atas) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sehubungan itu, menurut Johari, empat negeri akan mengadakan perhimpunan blackout 505 pada bulan Jun iaitu:
  • 10 Jun - Perlis
  • 11 Jun - Sungai Petani, Kedah
  • 12 Jun - Kota Bharu, Kelantan
  • 14 Jun - Batu Pahat, Johor
Ditanya sama ada bagi perhimpunan akan datang itu, pihak penganjur akan meminta kebenaran daripada pihak polis, Johari dengan ringkas menjawab "Ya".

Sebelum ini, beberapa siri soal siasat telah dilakukan berhubung perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara.

Isnin lalu, empat pemimpin Pakatan, dua di Perak dan masing-masing seorang di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505'.

Tahanan Politik: Pesan Safwan Anang buat rakyat Malaysia


Semalam empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang (SMM), Tian Chua (PKR) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan di bawah Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah  dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan bahawa dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno BN.

Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;

1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat Umno BN.

2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.

3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan! Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, Umno BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survival politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Tahanan Politik: Aktivis mahasiswa Safwan tolak ikat jamin


KUALA LUMPUR, 29 Mei — Aktivis mahasiswa Safwan Anang yang didakwa hari ini dibawah Akta Hasutan 1948 menolak ikat jamin sebanyak RM5,000, serta memilih untuk berada dalam penjara Sungai Buloh.
Ariff Azam, peguam yang mewakili Safwan (gambar fail), berkata langkah tersebut adalah sesuatu yang mengejutkan dan merupakan tanda protes anak guamnya terhadap pertuduhan yang dihadapinya.
“Anak guam saya Safwan berkata beliau tidak bersedia untuk keluar walaupun dijamin... Kami masih cuba pujuk beliau,” kata Ariff kepada wartawan di Mahkamah Jalan Duta di sini.
“Kami difahamkan ini adalah satu protes oleh Safwan terhadap pertuduhan ke atas dirinya.”
Menurut Ariff lagi, pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan pertuduhan ke atas Safwan atas alasan proses yang disalah guna, pendakwaan terpilih dan tidak mengikut Perlembagaan.
“Kami akan failkan permohonan untuk ketepikan pertuduhan ke atas Safwan,” tambahnya lagi.
Ekoran tindakan Safwan tersebut, rakan aktivis Badrul Hisham Shaharin berkata akan berkumpul malam ini di penjara Sungai Buloh sebagai tanda sokongan kepada tindakan berani Safwan memilih untuk kekal dalam penjara.
“Safwan Anang pagi ini telah tolak untuk diikat jamin sebagai protes kerana regim Umno dan BN terus perkuda sistem,” kata Badrul yang juga mengetuai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
“Dia kini dibawa ke Sungai Buloh, malam ini kumpul di Sungai Buloh untuk solidarity.”
Safwan didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan untuk menumbangkan kerajaan pemerintah secara tidak sah, dengan berkata “Kita masih dalam suasana pilihan raya dan kita tahu hari ini rakyat sedia untuk keluar bersama-sama dengan rakyat kita buktikan kuasa rakyat paling agung. Tuan-tuan, atas sebab itu tuan-tuan kena pilih”.

Tian, 3 others plead not guilty amid talk of an Umno 'hatchet job' to bring Najib down

KUALA LUMPUR - MP for Batu Tian Chua, PAS politician Tamrin Ghafar, lawyer-activist Haris Ibrahim are now in the Sessions Court in Jalan Duta, Kuala Lumpur, where charges under the Sedition Act 1948 are being read to them.
Tian, 3 others plead not guilty amid talk of an Umno 'hatchet job' to bring Najib downThe trio were arrested in a dramatic manner late yesterday and then rather oddly, released after giving their statements. All 3 men are due to be charged under Section 4(1)(b) of the Sedition Act 1948 over speeches they made between 8.55pm and 11.15pm at the KL Selangor Chinese Assembly Hall on May 13, 2013.
Student activist Muhammad Safwan Anang, who was also at the same forum, is also due to be charged for the same purported offense.
All four men pleaded not guilty. Tian, Tamrin and Haris posted bail and were free. However Safwan, after consulting his wife, will remain under remand until Friday.
No wonder Umno lost the popular vote
Human rights activist Hishamuddin Rais, whom the police are believed to have issued a warrant of arrest for, is due to 'surrender himself' at 10.30am according to sources. Hishammuddin had also given a speech at the forum.
Outside the courtroom are a crowd of supporters from the activists and NGO community including Auntie Bersih. The media is also out in full force.
"To me, this is a stupid move by a regime that proves why it failed to win the popular vote. For the first time since 1969, Umno-BN lost the popular and it still doesn't learn its lesson," MP for Wangsa Maju Tan Kee Kwong told Malaysia Chronicle.
He had come to show his support for his "comrades". Also present is MP for Lembah Pantai Nurul Izzah.
Are 'they' trying to push Najib out

Akta Hasutan: Tertuduh mengaku tidak bersalah


Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar
Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar
Safwan Anang
Safwan Anang
KUALA LUMPUR - Aktivis dan ahli Parlimen pembangkang yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah.

Tertuduh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, aktivis mahasiswa, Safwan Anang@Talib, dan dua aktivis pembangkang Hariz Fathillah Mohamed Ibrahim dan Mohd Tamrin Abdul Ghafar mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Norsharidah Awang di kamar Mahkamah Sesyen Jenayah 1.

Pertuduhan dibacakan dihadapan keempat-empat tertuduh kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Keempat-empat tertuduh didakwa memberi ucapan dalam ceramah yang diadakan pada 13 Mei lalu dengan menyebut kata-kata menghasut dan mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan rakyat mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah.

"Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup"...Jelas dan Nyata Kenyataan TGNA..Puak UG Bye..Bye...!!!

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.

Zunar's Cartoon Exhibition at Amcorp Mall

Tipu PRU: SPR perlu berani sahut cabaran berdebat


KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menggesa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan kerana mengelak cabaran berdebat dengan wakil PR.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor berkata, Wan Ahmad telah menunjukkan tahap kecenderungan dan berat sebelahnya dan menuduh PR mahu mencari publisiti melalui debat.

Menurutnya, soalnya adalah mengapa beliau tidak bersedia bertemu di atas pentas debat atau dialog bagi membuktikan pihaknya telah melakukan yang betul.

“Rakyat mahukan jawapan mengapa terlalu banyak kepincangan berlaku sewaktu PRU13.

“Beliau tidak harus berdalih dengan alasan petisyen kerana terlalu banyak persoalan berlegar mengenai penyelewengan dalam PRU13,” katanya.

Riduan berkata, mengelak dari bertemu, dialog dan berdebat menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR di pihak yang bersalah.

Pakatan elok boikot Parlimen dan DUN-DUN seluruh negara

Aspan Alias

29 MEI — SPR hari ini mencabar Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memboikot Parlimen jika benar-benar yakin ada penipuan dalam pilihanraya 13 yang baru lalu ini. Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad mencabar Anwar untuk memboikot Parlimen. SPR seterusnya mempersoalkan Pakatan Rakyat kenapa menerima keputusan yang memihak kepadanya (PR) di Selangor dan Pulau Pinang.
Cabaran SPR ini wajar diterima oleh Anwar kerana sememangnya tidak bermoral jika Anwar dan PKR menerima keputusan itu jika berkeyakinan ada penipuan besar dalam PRU yang lepas ini. Tetapi bagaimana pula penerimaan PR terhadap kemenangannya di Pulau Pinang dan Selangor? Kata Wan Ahmad, mereka yang menyertai perhimpunan itu adalah orang yang sama yang menerima keputusan pilihanraya di Pulau Pinang dan Selangor.
Adakah perlu Pakatan Rakyat menolak kemenangan di kedua-dua negeri itu kerana penipuan tentunya berlaku di negeri-negeri ini juga. Jika Anwar benar-benar jujur dengan tuduhan itu maka beliau sepatutnya memulakan “initiative” untuk membubarkan Dewan-Dewan Undangan negeri Pulau Pinang dan Selangor kerana berkeyakinan berlaku penipuan yang besar-besaran dalam pilihanraya yang lalu.
Kita tunggu reaksi Anwar terhadap cabaran SPR ini dan reaksi dari Anwar merupakan satu perkara yang sangat “interesting” untuk disaksikan bersama-sama.
Bagi saya dan tidak kurang ramainya di bawah ini, bukan tidak bersetuju dengan “rally” itu, tetapi perhimpunan itu elok dilakukan setelah Mahkamah memutuskan kesahihan ada berlakunya penipuan itu. Bukan sedikit jumlah orang yang akan turut bersama dalam perhimpunan itu jika benar SPR telah melakukan kecuaian dengan penipuan besar-besaran itu.
Tetapi jika Anwar tidak menerima cabaran untuk memboikot Parlimen dan menolak keputusan pilihanraya termasuk di Selangor dan Pulau Pinang itu maka Anwar akan dipersoalkan keluhuran niatnya mengadakan perhimpunan-perhimpunan itu. Bukan tidak ada cara bagi sesiapa untuk memaksa SPR dibubarkan setelah didapati benar-benar penipuan itu dilakukan oleh badan yang menguruskan pilihanraya negara ini.
Tetapi biarlah penipuan itu disahkan oleh pihak Mahkamah dahulu. Apabila selesai semua kes yang dibawa ke Mahkamah itu barulah kita tahu di mana penipuan berlaku dan di mana penipuan tidak berlaku. Maka jika tidak terdapat penipuan itu di Pulau Pnang dan Selangor maka tidak payahlah mengadakan pilihanraya di kedua-dua negeri itu.
Tetapi jika Mahkamah pun tidak diyakini boleh memihak pada yang benar, maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Anwar ini juga jangan menerima keputusan pilihanraya di Pulau Pinang dan Selangor itu.

Polls over, new battle starts

Just imagine in a democratic country where 51% of the voters who voted the opposition are prevented from obtaining the opposition's newspapers.

MCA leaders especially its president, Dr Chua Soi Lek has definitely ran out of ideas to attack DAP.
The evidence is found in a local English daily dated May 22, 2013 in an article with the title ‘DAP squandering support of Chinese’ which reported thus:
“The DAP is squandering the overwhelming support of the Chinese community that the party gained in the recently-concluded 13th general election by using it as a platform to unseat the Barisan Nasional (BN) government, said Dr Chua Soi Lek. “Instead, their support for the DAP was only used as a platform by the opposition pact to continue its campaign to topple the government which was rightfully elected by the people”.’
Chua must realise that MCA should focus on revamping itself instead of attacking DAP as MCA had suffered a serious setback in the hustings.
But then, not only is MCA but BN parties’ leaders as well as the BN federal government leaders are using the mainstream papers to incessantly attack Pakatan Rakyat (PR).
This attack is non-stop and it started right after the 2008 general election until the present day. The mainstream papers have been used as a weapon to undermine the leadership of Pakatan in the PR-helmed states and to portray all the PR leaders in bad light.
In fact there is no reason at all for BN to whack PR now as BN has already won the 13th general election.
Although PR will be filing election petitions in June for 27 parliamentary seats to challenge the polls results, it is very, very difficult to win the petitions.

Dr Agus : Himpunan 505 Kerajaan Tidak Perlu Ugut Rakyat

DSC_0371
SHAH ALAM, 29 MEI : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.
Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
“Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.
“Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita,” katanya.
Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012.

Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA - Separuh Akhir Di Kuantan..!!!

Berita dari Sinar Harian
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.
Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.
Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk.
Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian
StadiumDarulMakmur3 StadiumDarulMakmur4StadiumDarulMakmur1 StadiumDarulMakmur2StadiumDarulMakmur5
Seorang penonton terkena objek terbang
Nasib baik bukannya berlaku semasa Himpunan Suara Rakyat 505, kalau tidak tak cukup masa TV3 dan RTM belasah!!