Selasa, 28 Mei 2013

Wan Ahmad: Kami tidak akan lepaskan jawatan

Mat Sabu: Siapa Yang Turut Mengundi? CIMB - Cambodia Indonesia Myanmar Bangladesh

Shamsul Iskandar: Najib, Ini Adalah Kebangkitan Rakyat, Kamu Tipu Rakyat, Rakyat Bangkit Lawan Kamu

Pak Samad: Awak Mahu Bersih, Tapi Ada Orang Mahu Kotor

Tian, Tamrin and Haris re-arrested after four days

The Unsung Heroes of GE13

Thomas Fann (Towards A New Malaysia)
Unsung Heroes of GE13The 13th General Election is over and the result showed that majority of Malaysians wanted to “Ubah”, that is, to see change. Many who have worked hard for it are disappointed with the outcome but we realise that we must move on and prepare ourselves for GE14.
We salute the tireless efforts of politicians and civil society leaders at the forefront of this push for change. Many of them travelled the length and breadth of this country, keeping an insane schedule for the past few months just to make themselves heard at the hundreds of ceramahs or rallies across this nation. It was almost a superhuman effort. Though they have lost the battle to take Putrajaya this time, they are still heroes of this struggle for a better Malaysia.
But this struggle is not theirs alone. Throughout these last few years and especially in the last few months in the run-up to the 5th of May, it has been my absolute privilege to have served together and to have known ordinary Malaysians from all walks of life who shares a common passion for this country. To me they are no less heroic in their efforts and their sacrifices are no less significant. I want to sing the praises of some of these unsung heroes of GE13.
  • Felicia is a Malaysian who has lived in Singapore for many years, never registered and never voted before. Just after Parliament was dissolved and election called, she checked her voting status at the SPR’s website and found herself registered not only as a voter but as an advance voter in Putrajaya. Not wanting anyone to cast her vote on her behalf, on 28th April, the day advance voters were supposed to vote, she got into her car very early in the morning and drove the 340km from Singapore to Putrajaya to cast her vote by 9am and then turned around and head back to Singapore.
  • I met Boon at the campaign office of a candidate. He has volunteered himself to help out with some of the administrative stuff there and we got talking. I found out that Boon and his family have been living in the UK for many years but have keenly followed the political developments of Malaysia and decided to fly home with his wife to cast their votes, for the very first time.
There were probably thousands of folks just like Felicia and Boon, Malaysians who live and work overseas who came back to vote. Some thoughtless individuals might have considered these overseas Malaysians unpatriotic but I challenge them to find me more committed people than these, who came home at great personal expense to cast their one vote. For them it was more than a vote but a stake in the future of this country, a country they love.

Rodziah : PM Puji Rosmah Berdasarkan KPI Atau Sebagai Suami Isteri


SHAH ALAM 28 MEI : Tidak pasti apakah pujian pujian Perdana Menteri terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung Projek Permata Negara berlandaskan hubungan suami isteri atau berdasarkan pencapaian Indeks Prestasi Utama (KPI) projek tersebut.
rosmah-permata-2Demikian respon Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail ketika diminta mengulas pujian Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Women Deliver 2013, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini
Najib dalam ucapannya menyanjung tinggi kerja-kerja kebajikan yang dijalankan isterinya selain mendakwa usaha Rosmah itu memberi dividen besar kepada negara.
Bagaimanapun, Rodziah merasakan Projek Permata yang dicetuskan Rosmah itu tidak mencapai sasaran yang sewajarnya kerana ia hanya tertumpu pada segelintir kumpulan kanak-kanak.
“Saya lebih menggesa Perdana Menteri untuk melihat kebajikan kanak-kanak kepada hak yang lebih menyeluruh tanpa mengira latar belakang mereka samada daripada kawasan kampung atau bandar, untuk mendapat pendidikan awal.
“Isu pendidikan awal kanak-kanak ini sepatutnya dilihat secara lebih menyeluruh sedangkan Projek Permata seolah-olah hanya mensasarkan golongan tertentu dan elit untuk beroleh manfaaat,” ujar Rodziah yang dihubungi melalui panggilan telefon.
Seharusnya, tegas Adun Batu Tiga ini, Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan insentif tertentu untuk disalurkan secara terus kepada ibu bapa khususnya mereka yang berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tian Chua, Tamrin, Haris rearrested in renewed crackdown

KUALA LUMPUR, May 28 — Politicians Tamrin Ghafar, Chua Tian Chang and political activist Haris Ibrahim were re-arrested today, four days after a magistrate rejected a police application for their remand under the Sedition Act 1948 and the Penal Code.

At least one other student activist was also detained as police widened their crackdown against anti-Barisan Nasional (BN) and opposition activists which started last week.
Haris's lawyer Gobind Singh Deo said tonight that the "suspects" were being questioned at the Dang Wangi police station.
According to other reports on Twitter, student activist Muhammad Safwan Anang has also been detained by police.
It is understood that more activists are facing arrests.
"They are now in the Dang Wangi district police headquarters. They have been rearrested under the Sedition Act.
"We don't really know much about the situation and we are going there now," Gobind told The Star Online after Haris and Tamrin had been detained. Speaking to The Malaysian Insider later Gobind said: "The police have obtained a warrant of arrest so now they are arrested. We are still short of details at the moment but we believe they are arrested for sedition. Pursuant to the warrant they should be brought to court as soon as possible which is tomorrow morning.
"We are still trying to get details as to where and what time will they be charged. I don't understand why they need to be detained overnight if they are to be charged. They can just be brought to court tomorrow but a warrant has been issued and we have to respect that".
On May 24, Tamrin, Haris and Tian Chua were freed after their initial detention by police.
Pakatan Rakyat (PR) had earlier described the arrests as part of a national crackdown on the federal opposition.

Takpe,tak kisah jika 100 tahun lagi kena tipu oleh Umno/BN dan SPR.?

Ada yang kata Pakatan Rakyat tak menerima Qada' dan Qadhar Allah di dalam kekalahan PRU-13.

Penjelasannya,

Pertama,
Jika anak anda di rogol dan hamil...

Adakah anda akan membiarkan nya sahaja tanpa membuat report kepada penguatkuasa undang-undang?

Dan di situ adakah anda akan berkata,
"Takpe la....nak buat macam mana...buat apa nak report polis...benda dah jadi.."

Jika kalau anda mendiamkan diri.,
Dengan Automatik nya anda terjatuh di dalam masalah mental.

Yang kedua,
Jika anda di samun dan di tipu,adakah anda tidak mahu melaporkan pada pihak berkuasa?

Sudah tentu anda akan membuat laporan.

Jadi di sini,bila rakyat hendak membuat laporan dan protes...
Jangan lah nak mengatakan rakyat itu tak menerima qadha' dan qadar.

Qadha' dan Qadhar itu berlaku...
Tetapi respon pada qadha dan qadar itu yang perlu kita faham.

Menyalahkan qada' itu berbeza dengan menyalahkan manusia atas kezaliman manusia pada kita.

Ini lah yang ada mereka Claim diri agamawan tetapi Qadarriyyah tak habis mengaji lagi.

Pasca PRU13: Muhasabah langkah berikutnya.....

SAIFUDDIN ABDULLAH
SEJAK selepas PRU13, saya mengikuti banyak perbincangan dan tulisan tentang keputusannya.  
Saya turut diundang menyampaikan pandangan, antaranya, di forum-forum anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel), Pusat Kajian Etnik Universiti Kebangsaan
Malaysia (Kita-UKM)/Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Komas/Pusat Wartawan Bebas (CIJ), UndiMalaysia, Pusat Pengajian Dasar Awam (CPPS),
Citibank, Analisis Awani dan Wacana Sinar Harian, serta temu bual media, contohnya, Sinar Harian, Sin Chew, Oriental Daily, China Press, Reuters, Bloomberg, Channel News Asia dan Aljazeera.

Perbincangan-perbincangan ini amat mustahak. Bukan sangat berkaitan dengan menang dan kalah. Sebaliknya, ia menunjukkan perkara-perkara penting melewati angka-angka. Ia satu proses muhasabah.
Di samping itu, ia adalah proses menentukan langkah-langkah berikutnya. Bukan untuk PRU14 semata-mata, tetapi lebih penting lagi, langkah-langkah untuk memenangkan kepentingan seluruh rakyat dengan matlamat, nilai dan makna sebenar.

PRU13 berlaku dalam beberapa realiti baru yang sedang berkembang dalam masyarakat. Tiga daripadanya adalah universal, iaitu ICT/media sosial, kesedaran/gerakan baru sosial dan tahap ketiga demokrasi. Ia memperkukuhkan realiti-realiti baru tempatan, contohnya, urbanisasi, masyarakat berpendidikan tinggi dan kelas menengah.

Dari segi pengundi, kumpulan yang telah memainkan peranan penentu digelar penyelidik sebagai “atas pagar”, atau yang saya namakan “golongan pertengahan”. Mereka ialah mahasiswa/belia, guru/pensyarah, profesional, teknokrat, usahawan dan aktivis masyarakat sivil. Mereka membentuk kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengundi.

PRU13 menyaksikan dua perkara strategik. Pertama, ia melonjakkan barisan kepemimpinan pelapis yang jelas di Parlimen. Di pihak BN, pelantikan Khairy Jamaluddin, Datuk Abd Rahman Dahlan dan P Kamalanathan ke Kabinet mewakili golongan itu. Manakala di pihak PR, ia diwakili oleh Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Zairil Khir Johari, Dr Ong Kian Ming, Liew Chin Tong dan Tony Pua Kiam Wee.

Kebangkitan Rakyat: Kasihan Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Pasti Sedih

Oleh: Pok Cik Dean
Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 – bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Tangkapan Politik: Tian Chua baru ditahan semula termasuk Tamrin, Haris dan Safwan Anang



Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis Pas Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

Menulis dalam laman mikro Twitter, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut mengesahkan penahanan kembali tiga individu terbabit.

"Safwan Anang turut ditahan," tulis beliau.

Malaysiakini yang dapat menghubungi Tamrin melaporkan, polis menahan aktivis Pas itu kira-kira jam 7 malam.

"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," Tamrin dipetik sebagai berkata.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Tangkapan Politik: KPN pertahan tindakan tahan aktivis pembangkang


KHALID ABU BAKAR KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mempertahankan tindakan polis menahan beberapa aktivis pembangkang sebagai langkah penguatkuasaan undang-undang yang bertujuan mengekalkan keamanan dan menjamin keselamatan masyarakat.

Beliau menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kononnya polis cuba mewujudkan era 'mahathirisme' dengan menangkap beberapa aktivis pembangkang, sebaliknya menegaskan ia dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Tetapi apa jua tindakan yang kami (polis) buat adalah tindakan yang patut kami buat iaitu menguatkuasakan undang-undang. Sebab itu kami dipanggil penguatkuasa.  

"Polis tidak memilih sesiapa untuk kuatkuasakan undang-undang, jadi bila berlaku sesuatu pelanggaran undang-undang kami akan ambil tindakan," katanya pada sidang  akhbar selepas menerima kunjungan hormat Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye dan beberapa anggota exconya di Bukit Aman, di sini.

Dalam pada itu Khalid menyambut baik langkah yang dibuat MCPF terutama dalam menyumbangkan idea serta cadangan bernas kepada polis melalui kerjasama dengan Jabatan Pencegahan Jenayah.

Tangkapan Politik: Tamrin, Haris ditahan semula termasuk Safwan Anang

Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang.

"Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi.

"Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tamrin dan Haris ditahan pada 23 Mei lalu, bersama naib presiden PKR Tian Chua, namun dibebaskan semula pada keesokan harinya apabila polis gagal mendapatkan perintah reman.

Police to bolster safety for detainees

Dikala pemberontakkan MCA, Soi Lek sokong perjanjian Matang-Scope

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menafikan hari ini parti itu sedang melakukan pelupusan aset, menyokong pengambilalihan berbalik (RTO) oleh Matang Holdings Bhd, sebuah langkah yang boleh menyebabkan persengketaan dalam dengan timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beberapa jam selepas Liow dan beberapa pemimpin kanan parti menyelar perjanjian itu dalam sidang akhbar, Dr Chua mengeluarkan kenyataan menegaskan rancangan pengambilalihan syarikat elektronik disenaraikan, Scope Industries Bhd bermaksud untuk "menambah nilai" kepada saham Matang Holding.
"Ia tidak melibatkan penjualan aset Matang Holdings dan adalah salah untuk mengatakan transaksi ini sebagai pelupusan aset oleh MCA," katanya (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
"Perjanjian ini juga membolehkan Matang Holdings menjadi syarikat tersenarai dan pemegang saham terbesar dalam syarikat itu," tambah beliau.
Pemegang terbesar saham Matang, syarikat milik MCA Huaren Holdings dengan saham kawalan 10.75 peratus, sementara dikalangan 19,984 pemegang saham minoriti dikatakan ahli MCA Johor dan sekutunya yang membeli saham pada 1981 dan telah membantu mengumpulkan RM50 juta.
Semalam, tiga anggota Parlimen DAP telah mempersoalkan perjanjian Matang-Scope RTO, mempersoalkan sama ada ini adalah aktiviti "pelucutan aset" oleh MCA.

Nasrudin: Pemuda PAS sambut kritikan AMK

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata pergerakan itu sedia menyambut kritikan ke atas PAS, seperti yang dilancarkan oleh pemimpin sejawatannya dalam PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam kongres parti tersebut hujung minggu lalu.
Nasrudin berkata, pihaknya sedia menerima apa jua kritikan terhadap PAS dan kepimpinannya daripada pelbagai pihak demi mendewasakan parti Islam itu.

NONEBagaimanapun, beliau sangat bersetuju setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar dan PAS akan akur jika teguran itu mempunyai asas dan hujah yang jelas untuk melakukan perubahan.

"Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawab balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka.

"Contohnya apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Shamsul Iskandar yang antara lainnya membangkitkan mengenai satu kritikan presiden PAS ke atas keperibadian calon parti tertentu yang tidak dinamakan.

NONEIsu berkenaan memuncak sejurus sebelum hari pencalonan pilihan raya umum ke-13 apabila satu rakaman video yang memuatkan kenyataan Hadi itu muncul di Internet.
Hadi dalam satu video berkenaan mendakwa PAS terlibat dalam kerusi yang bertindih dengan PKR untuk menyelamatkan Pakatan daripada melalui krisis perlembagaan, seperti berlaku di Perak pada 2009, sekali lagi.

Beliau juga terdapat calon yang disyaki sebagai pengedar dadah walau tidak menyebut apa-apa nama.
Mengulas perkara itu, Nasrudin dalam kenyataannya berkata ramai pihak yang menghubunginya untuk mendapatkan pandangan kerana kandungan kenyataan Hadi itu didakwa mewujudkan "tunas perpecahan" dalam Pakatan Rakyat.
"Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.
Tembung 7 kawasan
"Sejarah membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut, sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa," katanya.

Misteri! Tragedi ‘Double Six’ 1976 Di Sabah

doublesix1Misteri! Tragedi ‘Double Six’ 1976 Di Sabah (9 Foto) | Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang satutragedi yang dikenali dengan nama Double Six. Tragedi ini cukup menggemparkan kerana ia melibatkanmenteri-menteri di sabah maut dalam satu nahas kapal terbang. Alang-alang 6 Jun akan tiba tidak lama lagi, adalah kiranya Melayukini.net berkongsi tentang sejarah Double Six ini. 

Ia merula ada 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, di mana penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat. Dentuman pada pukul 3.50 petang itu adalah bunyi letupan sebuah kapal terbang yang terhempas.

Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.
doublesix2
Senarai mereka yang terkorban dalam Peristiwa Double Six:
1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan
11.Johari Tun Fuad Stephens

Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.

Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah didalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.

Tipu PRU: Laporan polis di seluruh negara kerana kegagalan SPR

Laporan polis di seluruh negara akibat kegagalan SPR laksana peraturan dakwat kekal dalam PRU-13.

 
 Laporan polis di Melaka
 
Laporan polis di Gombak, Selangor
 
Laporan polis di Kelantan
 
Laporan polis di Johor

PASCA PRU13: MENJAWAB MENANTU PRESIDEN PAS, DIN AYAM

BICARA ABU NAWAS

Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.


Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.

Islam cara Din Ayam laksanakan hudud dan Qisas sahaja. Masa PAS perintah Kedah dia tak pernah pun paksa laksana hudud dan Qisas. Berjuta-juta alasan dia bagi nak kata Kedah terkecuali laksanakan hudud dan Qisas. Din ayam nak bagitau kita, wajib itu bila dia kata wajib. Kalau dia tak kata wajib, ia tak jadi wajib. Islam kroni cara Islam Din Ayam sang menantu Hadi.

Mungkin Din Ayam nampak islam itu hanya hudud dan Qisas. Rasuah, tindas, ISA itu bukan larangan islam. Mungkin bila PAS perintah nanti, Din Ayam akan digunakan seribu satu dalil nak halalkan rasuah kot? Nak halalkan tindas kot? Nak halalkan ISA kot? Almaklumlah, Islam hanya sah dari tafsiran Din Ayam. Selain Din Ayam adalah Islam tak benar (?)

UMNO bukan ‘tuhan’ orang Melayu!

Datuk Mohd Ariff Sabri

RAUB, 27 MEI: UMNO usah bersikap terlalu angkuh sehingga menganggap partinya begitu penting dan tempat bergantung bagi semua rakyat, terutama orang Melayu.
Gambaran kepada umum seolah-olah UMNO itu seperti “tuhan” yang menganggap dia pemberi rezeki kepada orang Melayu dan seolah-olah tanpa UMNO orang akan mati.
Buka setakat itu, malah seolah-olah tanpa UMNO, Raja Melayu akan hilang kuasa dan pupus dan agama Islam di negara ini akan terancam.
Ahli Parlimen Raub,  Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, UMNO juga menunjukkan keangkuhan menerusi media kawalan mereka membuka pekung sikap hipokrit dan pembohongan terhadap gagasan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.
“Setiap rakyat Malaysia bekerja keras demi meneruskan kehidupan, bagaimanapun, sikap bongkak UMNO menggambarkan kepada rakyat betapa kejinya permainan politik mereka berhadapan sindrom penafian akibat ditolak majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.
Kenyataan itu adalah rentetan polemik “Apa lagi Cina mahu” yang dimainkan Utusan Malaysia sehingga saat ini seolah-olah ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa apa yang diperoleh Cina adalah hasil pemberian dan ehsan UMNO.
“Bayangkan jika demikian sikap UMNO kepada bangsa Cina, bagaimana pula sikap mereka kepada bangsa sendiri (Melayu)?

Sidang Media Suaram "Bebas Media Arus Perdana"

Rallies not a move to overthrow gov't, says NGO

8 Sebab Legitimasi Najib Sebagai Perdana Menteri Dipertikai

Terdapat sekurang-kurangnya lapan sebab mengapa sebilangan besar rakyat Malaysia terutama generasi muda mempertikaikan legitimasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, bantahan sejuta pengundi Malaysia, kebanyakannya generasi muda daripada pelbagai kaum terhadap keputusan PRU-13 menerusi ceramah “Black 505” di seluruh negara.

Katanya, rakyat tunjuk rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap PRU-13 paling kotor sepanjang 13 kali pilihan raya umum negara kerana berlakunya politik wang yang tidak beretika melalui strategi UMNO/BN “Duit Duit Duit”, “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut”.

Selain itu, menurut beliau, amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menguntungkan UMNO/BN, yang mana satu undi di Putrajaya (16,000 pengundi) sama nilainya dengan satu undi di Kapar (140,000+ pengundi) hingga menjadi satu penghinaan terhadap prinsip “seorang, satu undi, satu nilai”.

“Sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, undi popular yang dimenangi Anwar dan Pakatan Rakyat pasti melebihi 60 peratus malah mencapai dua pertiga jumlah keseluruhan, memberikan majoriti kerusi Parlimen kepada PR (mencecah 125 kerusi Parlimen terdiri daripada 45 untuk PKR dan masing-masing 40 untuk DAP dan PAS) bukannya 89 kerusi untuk PR dan 133 kerusi untuk BN seperti sekarang,” katanya berucap pada makan malam kesyukuran/pelancaran gerakan Impian Rakyat Malaysia DAP Gelang Patah di Sutera Mall, di sini, semalam.

Khianat Negara: Peningkatan besar pengundi baru bagi Sabah untuk pilihan raya 1994, kata SPR kepada RCI

KOTA KINABALU, 28 Mei — Terdapat peningkatan 103,000 pengundi untuk membuang undi dalam pilihan raya negeri Sabah 1994 yang mana PBS menang tipis, tetapi kehilangan negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) tidak berapa lama kemudian oleh kerana beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membelot, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang tanpa izin diberitahu hari ini.
Yusniati Ishak, setiausaha jabatan pendaftaran pengundi di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi keterangan hari ini terdapat 646,719 pengundi layak mengundi untuk pilihan raya 1994, berbanding 543,612 pengundi dalam pilihan raya 1990.
"Saya tidak buat apa-apa kajian," kata Yusniati semasa RCI di sini, apabila diminta untuk menjelaskan peningkatan pengundi sepanjang tahun.
Bekas pengarah JPN Ramli Kamarudin memberitahu RCI pada Januari, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang untuk mengundi dalam pilihan raya negeri 1994.
Pilihan raya negeri 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.
Akan tetapi beberapa ADUN PBS melompat menyertai Barisan Nasional (BN), tidak berapa lama selepas itu, menyebabkan kerajaan PBS jatuh
Yusniati juga mengatakan terdapat peningkatan seramai 120,000 pengundi layak mengundi dalam pilihan raya negeri 1990 dan peningkatan 149,000 pengundi layak mengundi di Sabah pada pilihan raya umum 1982.

Blackout 505: 'Himpunan bukan untuk tumbangkan kerajaan'


Siri-siri himpunan rakyat selepas pilihan raya umum berlangsung bukan satu usaha untuk menumbangkan kerajaan, kata jurucakap NGO Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas.

Sebaliknya, tegas Yesudas, ia adalah satu wadah rakyat untuk menyampaikan suara mereka secara kolektif kepada kerajaan selepas menyedari terdapat jurang komunikasi di antara rakyat dan pihak berkuasa.

NONE"Himpunan-himpunan ini memberi kesedaran bahawa kita sebenarnya boleh bersama merapatkan jurang sesama kita.

"Ia bukan bertujuan menumbangkan kerajaan. Ia adalah cara kita menyusun diri kita sendiri," kata Yesudas dalam sidang media pertubuhan masyarakat sivil di Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas mengenai himpunan Blackout 505 dan juga himpunan nyalaan lilin yang diadakan bagi membantah siri penangkapan dan pendakwaan terhadap aktivis dan pemimpin politik Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Semalam enam pemimpin Pakatan didakwa di mahkamah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam perhimpunan 'Blackout 505' kerana didakwa gagal memaklumkan polis dalam tempoh 10 hari sebelum menganjurkan perhimpunan itu.

Polis: Himpunan pro-BN langgar Akta Perhimpunan Aman

Polis Pulau Pinang mengisytiharkan bahawa perhimpunan pro-BN yang dijadualkan untuk diadakan pada malam ini sebagai perhimpunan haram kerana penganjur gagal memberi notis dalam tempoh 10 hari seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Timbalan ketua polis negeri SAC Datuk Abdul Rahim Jaafer berkata jabatannya hanya menerima notis berkenaan semalam dari penganjur, Yayasan Prithee Amal Malaysia.

Perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam ini antara lainnya bertujuan untuk menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Oleh yang demikian, ia tidak mematuhuhi syarat (notis) 10 hari mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.

"Kegagalan untuk mematuhi undang-undang ini boleh menyebabkan penganjur dikenakan tindakan polis mengikut Seksyen 9(5) akta tersebut," kata Abdul Rahim dalam satu kenyataan.

Surat terbuka kepada permimpin Umno dan BN

Mahdzir Ibrahim,
UMNO-BN, kami sambut kedatangan anda ke alam politik adil pelbagai kaum

Semenjak “kekalahan” BN dalam PRU13 yang lalu (kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan 51 peratus pengundi), semakin hari semakin ramai pemimpin BN memberikan hujah rasional yang selama ini jarang kedengaran.

Saya difahamkan dua hujah utama, iaitu cadangan agar parti-parti politik dalam BN membuka keahlian kepada pelbagai kaum dan cadangan supaya BN itu sendiri menjadi satu parti pelbagai kaum.

Sebelum ini, pemimpin MCA ada menyuarakan cadangan tersebut, kemudian diikuti oleh pemimpin Gerakan dan terbaru cadangan yang datang dari pemimpin nombor dua UMNO iaitu Muhyiddin Yassin. Umumnya, kita ucapkan tahniah atas niat dan kesedaran beliau ini.

Namun, sebelum apa-apa, adalah wajar untuk para elitis UMNO-BN merenung kembali apa yang telah berlaku selama lebih dari 50 mereka memerintah. Apa pun yang ditanam di bibir, hanya Allah SWT sahaja mengetahui isi hati mereka.

Dalam PRU13 baru-baru ini, Pakatan Rakyat khususnya DAP benar-benar diasak dengan permainan politik perkauman yang mana ini menjadi budaya yang disemai oleh segelintir elit politik UMNO-BN. Persepsi buruk yang diolah dengan cara yang sangat dahsyat.

Initipati kepada pembinaan persepsi buruk dengan cara menabur fitnah ini hanya untuk satu tujuan, iaitu menggagalkan perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama untuk meneruskan hegemoni kuasa politik UMNO agar mereka kekal di tampok kuasa zaman berzaman.

Inilah agenda politik UMNO-BN selama ini. Segala dasarnya, baik dalam aspek ekonomi, sosial dan pendidikan juga dimanipulasi menjadi amalan perkauman dalam kempen-kempennya. Agenda hodoh ini wajar didedahkan kepada rakyat secara berterusan dan besar-besaran.

Tahniah pengkhianat PAS Kedah, sumbangan anda dihargai BN

Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kesediaan Barisan Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah.

Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti. 

Oleh itu bersyukurlah.. sumbangan anda kini dihargai oleh Barisan Nasional!!

Integriti Pakatan dan masa depannya

Pilihan raya umum yang lalu menyerlahkan kehadiran pengundi muda, sekitar 40%, di mana mereka kelihatan mereka hampir mendominasi aliran pengundian, terutama di kawasan bandar dan separuh bandar. Ini sudah banyak kali diperkatakan oleh penganalisis.

Kebanyakan tempat mengundi di saluran 6 dan 7 (pengundi muda)  di bandar dan semi bandar itu kelihatan berbaris panjang, ada yang berbaris lebih dua jam untuk mengundi, termasuk cucu saya yang pertama kali mengundi.

Saya mendapat SMS dan telefon dari ramai sahabat pada hari mengundi, mengatakan begitu ramai anak muda balik mengundi. Di Kelantan saja, kata mereka, ribuan anak muda pulang mengundi, demikian juga di negeri lain.

Sementara itu, ratusan ribu warga Malaysia yang bekerja d Singapura pulang mengundi menyebabkan kesesakan di Tambak Johor dan Link-Kedua di Gelang Patah dua hari lamanya kerana pengundi yang pulang, bukan saja untuk mengundi di sekitar negeri Johor, bahkan ke negeri lain.

Apakah mesej semuanya ini?

Jika kita menilai] secara objektif, tentu sekali mesejnya ialah kebangkitan pengundi muda dalam PRU kali ini yang aliran pengundian mereka membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu. Oleh itu, apa yang penting, malah amat penting, difikirkan oleh pendukung PAS, PKR dan DAP ialah menerima hakikat bahawa golongan muda menjadi faktor amat penting dalam warna dan watak politik masa depan negara.

Sebarang pemikiran yang menafikan peranan penting golongan muda ini akan menyebabkan semua parti politik dalam Pakatan akan menghadapi masalah besar dan mengalami jalan sukar untuk menghadapi PRU akan datang.

Ikram saran kerajaan, polis bersikap adil


KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang berat penahanan berkait perhimpunan aman, ucapan-ucapan yang didakwa berbaur hasutan dan rampasan akhbar Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket.

“Ikram mendukung prinsip-prinsip keadilan, kebebasan dan demokrasi yang selari dengan tuntutan Islam. Prinsip-prinsip ini turut terkandung dalam perlembagaan negara,” ujar Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Ikram berpendapat penyiasatan dan pendakwaan secara terpilih khususnya yang berkait dengan Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menjejaskan demokrasi dan merosakkan lagi imej kerajaan.

Sehubungan itu, tambahnya Ikram menggesa semua pihak untuk menghormati semua hak-hak yang termaktub di dalam Bahagian II - Kebebasan Asasi, termasuk kebebasan bersuara dan berhimpun.

Zahid contoh terbaik mangsa tipu ‘bilik perang’

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi contoh terbaik menjadi ‘mangsa sendiri’ penipuan ‘bilik perang’ PRU13 Umno BN terhadap DAP.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang (gambar) berkata, ini sekali lagi digambarkan oleh Utusan Malaysia hari ini, salah satu alat utama propaganda Umno BN dalam PRU13, yang  menyiarkan laporan bertajuk ‘Red Bean Army serang kerajaan – Ekoran DAP gagal peroleh kuasa di Putrajaya’.

"Saya tidak percaya Zahid mengalami sebarang halusinasi tentang DAP membelanjakan lebih daripada satu bilion ringgit sepanjang enam tahun lalu untuk mengupah seramai 3,000 orang tentera siber Red Bean Army bagi memburuk-burukkannya dan pemimpin Umno BN lain,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Zahid menjadi dua kali kurang bijak, pertama kerana percaya dengan penipuan strategis dan propagandis ‘bilik perang’ Umno BN yang bertujuan mengelirukan dan membingungkan kem musuh.

Kedua, ujarnya kerana Zahid menjadi satu-satunya menteri yang secara umumnya dikenali dengan dakwaan tentang dongeng Red Bean Army DAP.

“Jelas, Zahid tidak bijak langsung untuk mempercayai pembohongan yang dimulakan oleh orangnya sendiri,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Najib mahu Malaysia jadi macam Myanmar?


SEAWAL Najib dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau sudah menunjukkan taring dan kuku besinya dengan melanyak demonstran perhimpunan aman yang mendesak kerajaan menghapuskan ISA.
Cuma asap kanister dan air asid berhamburan menyelubungi dan membasahi bumi Kuala Lumpur yang tegang tengahari itu. Jalan Kinabalu menjadi saksi, mujurlah saya dapat memboloskan diri daripada dilanyak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan berjaya keluar daripada kawasan perang masuk ke Jalan Parlimen.

Kini, Najib sekali lagi diberi peluang menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk penggal kedua. Walaupun kerajaan makin alah dengan perhimpunan aman, nampaknya strategis beliau telah menukar modus operandi mengekang kebangkitan suara rakyat dengan cara kedua iaitu cara yang diturunkan mahagurunya, Mahathir Mohamad.

Tangkap, dakwa, sumbat…

Sudah beberapa orang ditahan, antara yang terawal ialah aktivis mahasiswa Adam Adli kemudian diikuti Datuk Tamrin Ghafar, Harris Ibrahim dan Tian Chua. Walaupun telah dibebaskan dengan jaminan, kita tidak tahu entah siapa lagi yang akan menjadi mangsa serkap jarang Najib.

Kemudian, hanya dalam beberapa detik, negara dikejutkan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memulakan operasi merampas akhbar suara parti Pakatan Rakyat; Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket.

Lampu padam: Wan Ahmad malukan SPR

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat penafian melulu terhadap dakwaan berlakunya 'lampu padam' di beberapa kawasan ketika pengiraan undi pada 5 Meli lalu, hanya memalukan bukan sahaja diri beliau malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri.

Bagi Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, tindakan Timbalan Pengerusi SPR itu hanya menunjukkan sikap angkuh beliau seperti tidak mahu mangakui wujudnya kepincangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya nak ingatkan beliau (Wan Ahmad), jangan cepat sangat buat penafian, selidik lah dahulu dakwaan-dakwaan yang di kemukakan.

"Jangan ambil sikap mudah anggap semua dakwaan dari rakyat ini sebagai fitnah, sekurang-kurangnya dengar dan selidik lah dahulu sebelum buat kenyataan balas," katanya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini beberapa pihak memuat naik sekeping gambar di internet mendakwa berlaku insiden lampu padam ketika proses pengiraan undi pada PRU13 lalu.

Tidak berapa lama kemudian, Wan Ahmad tampil dengan kenyataannya bahawa gambar tersebut adalah fitnah.

Malah beliau dengan tegas mendakwa gambar itu hanya lakonan pihak tertentu yang dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Pasca PRU13: Harga sayur naik mendadak

Claims of police 'intimidation' over indelible ink reports

Truth and reconciliation about things Malaysian must start at the beginning, i.e. at creation, and then move towards the present.
Otherwise, such words and phrases are pointless verbiage and meaningless chatter. It does not make it right just because a 56-year-old government says so.
Let us start with the facts:
1. Persekutuan Tanah Malaya was legitimised as a modern legal entity in 1948.  But, we were a British colony then.
azlan2. In 1957, the same colony became the Federation of Malaya under a brand new constitution, which defined all legal premises and understandings of the newer reality. These legalities were part and parcel of the social arrangements.
3. The new nation had nine Malay states and two Straits Settlements; and for the first time an Agong or Head of State or King of the new Federation was established.
4. The constitution defined all truths and reality about this new federation and even went as far as to declare the nine sultans as the head of Islam in each state, and made them all guardians of Malay culture and traditions.
5. The constitution also declared itself as the supreme law of the federation; which is an absolute and unconditional statement, but which is difficult to deny or change without unravelling all other in-built truths.
6. In 1963, the Federation of Malaysia was formed to make a new nation-state, premised upon the Malayan peninsula but also framing an even newer political entity made up of four new partners. Singapore left after two years, and thus leaving just three partners of the Federation of Malaysia.
Now, my question of import to establish my Bangsa Malaysia question: Is Malaysia made up of three independent states or 14 post-colonial entities?

PONDAN JADI IKON SEBUAH PARTI POLITIK DI MALAYSIA


Cuba teka Parti Politik mana yng menjadikan pondan2 ini sebagai ikon ?

Bukit Aman: Public shouldn't fear lodging indelible ink police reports

Between women, youth lies ‘New Sabah’

Back in 2008, an economist dissected the electoral landscape in Sabah based on the 2006 census data and laid the basis for a new Sabah.

While many facile analyses will attribute the electoral outcome in Sabah to factors that were marginally relevant, the more astute of analysts will see in the turnout figures what this election was really about.
Of particular interest would be the number of first time voters and of even greater significance the spike in the women voter turnout.
It would not be an exaggeration to describe this election as one where women and youth reposed their faith overwhelmingly in Chief Minister Musa Aman. Between women and youths lies the ‘New Sabah’.
The story of this election’s win is as such really the story of how the ‘New Sabah’ came to be and how Musa has laid out a political roadmap to realise its aspirations.
Musa preferred to call this a ‘Covenant of Commitment’. But I would go a step further to call it the ‘ladder of opportunity’.
For the first time in the middle of a high stakes election Musa went on record and expressed his commitment to development.
It is much easier to resort to cheap populism but what I found striking about this election is the creativity with which the “safety of net” has been promised.
Musa’s “covenant of commitment” was a ladder for more citizens to use to cross that much riled “poverty line” through targeted interventions.
The “safety net” that was promised is a trampoline that helps you bounce right back to find your way up that ladder of opportunity.
Education, skills, security

Hey, it's OK to cheat - we are BN!

The GE-13 is fraudulent and suspect. Anything else is all mere cosmetic. But we still lack the honor and the steel to admit.
Shame has lost it meaning; honor has taken flight from the window of the nation’s soul.
On the one hand the Prime Minister from the minority votes polled, states that all the claims and allegations of irregularities observed in the GE-13 are unfounded. He lambasts the opposition political party of causing havoc in the country.
Hey, it's OK to cheat - we are BN!Then comes the Election Commission, reporting that it is going to clean up the electoral system in preparation for the next General Election.
What exactly do all these people and so-called leaders think of the rakyat? And Malaysians must then really be fools to have to put up with such bunkum.
BN - Betrayers of the Nation?
We had 56 years after independence. In the past forty years how many times did we have the Constitution amended under the Mahathir regime? We could amend and amend till even our revered royalties were stripped and silenced away. But only now we have the EC declaring - after the thirteen general elections, mind you, that it will clean up the electoral system.
The Constitution was raped to suit the pleasures of the BN government. That explains why today we can form the government with minority votes polled and yet end up garnering maximum seats win.
The people gave the EC and the Mahathiristic government a good solid four years plus (since the conclusion of the twelfth GE) to clean up the undemocratic elements within the electoral system. We gave the Bersih 1.0 and 2.0 and 3.0 as peaceful signals that democracy must be restored at all cost in the best interest of this nation, the region and for the world intentions.
In return we got the baton, the stinging water canons and a painful label of being anti-nationalists. The opposition pact leaders were run down like rats in the gutter. The activists were harassed and humiliated without dignity.
Why clean up now, not before GE13?
Is there no one within the line-up of 2013 post-GE-13 leaders, MPs, Cabinet Members, Senators who can stand up and restore the dignity, honor and nation-loyalty in their minority-vote winning political party?
If all these people are incapable or adamant in not wanting to allow logic and principles to prevail supreme and above their vested power-interests, then let the following questions haunt their conscience till eternity:

Pasca PRU13: Apabila PAS tersasar 54 kerusi parlimen


Sebagai sebuah parti politik dan Gerakan Islam yang wujud agak lama (1951), PAS mengharungi liku-liku perjuangan dengan penuh tenang, sabar dan matang. Apatah lagi kehadirannya ketika ini mempunyai impak yang besar dalam politik negara.

Tatkala DAP mendapat sokongan besar rakyat khususnya kaum Cina dengan memenangi 38 kerusi parlimen, PAS mengalami kemerosotan, apabila hanya memperolehi 21 kerusi parlimen pada PRU13, tersasar dari 54 parlimen target seperti diumum Pengerusi Road Map PAS Pusat, Datuk Husam Musa. Sementara menunggu laporan postmortem PAS Pusat yang diketuai Naib Presiden, Sdr Salahudin Ayub, tentu sekali muhasabah punca kekalahan teruk di sesetengah kawasan Melayu seperti di kawasan luar bandar dan Felda dibincangkan dengan lapang dada.

Kehilangan Kedah dari pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat, kegagalan merampas semula Perak, kemerosotan kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, kehilangan satu-satunya Dun PAS di Negeri Sembilan, Paroi, kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 20 Parlimen di Sabah dan Sarawak meskipun dikatakan gelombang 'INI KALILAH' begitu luar biasa adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan.

Apapun yang kita perkatakan mengenai penipuan dalam pilihanraya, kegagalan SPR bertindak adil dan telus, kehadiran pengundi hantu dan seribu satu macam dakwaan, pada ketika ini, BN adalah pemenangnya!

Setelah PR mengadakan road tour Blackout 505 dan kemuncaknya anjuran 60 NGO di Amcorp Mall Petaling Jaya, Sabtu lalu, apa lagi yang mahu dilakukan selepas ini?

Sementara menantikan petisyen difailkan dalam masa terdekat, tugasan mengekalkan momentum sokongan rakyat bukan perkara mudah. Sesetengah rakyat berpendapat, inilah masanya baik BN atau PR yang mendapat mandat semula di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melaksanakan janji-janji dalam manifesto.

Semua mesti berkorban untuk keharmonian rakyat dan negara

28 MEI — Semalam kita terbaca kenyataan Mahathir yang tiada siapa yang berkelayakan untuk mengganti Najib walaupun sebelum itu beliau berpendapat berlainan. Sebelumlnya Mahathir pernah menyatakan yang Najib perlu diganti jika prestasi BN dalam PRU yang lalu lebih lemah dari PRU ke-12 pada 2008 dahulu. Semalam Mahathir mengaku pula yang tidak ada yang layak untuk menggantikan PM Najib. Sekali gus ia memberi makna yang Muhyiddin tidak layak untuk menggantikan Najib walaupun BN telah menunjukkan prestasi terburuk dalam mana-mana PRU yang lepas-lepas.
Jika dicari pengganti dikalangan MT yang ada, sememangnya tiada pengganti untuk Najib kerana menggantikan Najib dengan sesiapa dikalangan pimpinan dalam MT itu, ia bukanlah satu perubahan. Semua mereka itu seperti yang selalu saya sebut, datang dari acuan yang sama. Dari Abdullah, Najib dan sesiapa sahaja dikalangan mereka dalam MT Umno itu menjadi pewaris kepada kepimpinan hari ini, keadaan dan “environment” politik negara tidak akan berubah.Keadaannya akan sama sahaja.
Apa yang dikatakan oleh Mahathir itu betul. Tetapi jika Umno mahukan perubahan, parti itu perlu mengalihkan “ambience” politik jauh dari keadaan sekarang. Maksudnya Umno perlu memilih dari mereka yang dari luar MT itu. Jika ini tidak dilakukan maka Umno tunggu sahajalah ketentuan yang akan di lakukan oleh rakyat dalam PRU14 yang akan datang. Itu tidak akan dapat di elakkan.
Itu sebabnya dalam posting yang semalam saya menulis tentang betapa perlunya negara ini memulakan perubahan yang drastik untuk mengelakkan rakyat berada dalam keadaan sekarang. Pandangan ini adalah pandangan yang sejujur-jujurnya dan pihak pembangkang tidak perlu melakukan apa-apa lagi untuk berkuasa jika transformasi sebenar dan drastik tidak dilakukan sekarang.
Pandangan buruk rakyat terhadap Umno dan BN tidak dapat diubati lagi. Sekarang sudah sampai satu tahap jika pimpinan Umno bercakap benar pun sudah tidak diyakini lagi oleh rakyat dengan sepenuhnya. Stigma negatif yang sedang melekat di batang tubuh Umno itu sudah tidak boleh dihilangkan lagi.

Perbandingan Zul Noordin menggunakan pertandingan badminton mencerminkan jahil tentang ketidakadilan sistem pilihan raya

Lau Weng San

28 MEI — Semalam Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin, menghasilkan satu rencana yang telah dicetak di dalam Utusan Malaysia.
Beliau dalam rencana yang bertajuk “Mitos undi popular PRU-13” ini telah menggunakan pertandingan badminton untuk menyangkal dakwaan Pakatan Rakyat (PR) tentang ketidakadilan sistem “first-past-the-post” di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Beliau telah menghasilkan tulisan seperti yang berikut dan saya memetik:
“Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak menentang Anwar, keputusannya seperti berikut:
1. Set 1 — Najib 21 Anwar 19;
2. Set 2 — Anwar 21 Najib 03;
3. Set 3 — Najib 21 Anwar 19.
“Apabila pengadil mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan point pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 point atau 43% daripada keseluruhan point pertandingan!”
Tulisan ini mencerminkan kejahilan Zulkifli tentang ketidakadilan sistem politik Malaysia di mana ianya semakin tenat di bawah pemerintahan BN lebih daripada 50 tahun.
Saya terkejut kerana Zulkifli tergamak menggunakan pertandingan badminton sebagai tolok perbandingan.
Memang itu peraturan pertandingan badminton tetapi adakah Zulkifli tahu bahawa pengadil dalam permainan badminton perlu berlaku adil dan saksama?
Adakah beliau juga tahu bahawa kedua-dua pihak yang bertanding dalam pertandingan badminton sebenarnya bermain dalam gelanggang yang sama rata dan adil (level playing field)?
Sistem pilihan raya Malaysia telah kehilangan kedua-dua aspek yang sangat penting ini untuk memelihara keadilan dan kebebasan perjalanan pilihan raya.
Memang Malaysia menggunakan cara “first-past-the-post” seperti United Kingdom, tetapi masalah di Malaysia ialah perbezaan saiz sesuatu kawasan parlimen berbanding dengan sebuah yang lain adalah terlalu besar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi pelbagai alasan.

Saving our Country

UMNO’s affairs are no longer my business. It becomes my business if UMNO unashamedly continue to behave as though it’s the only choice Malays have. Malays now have a choice. The Malays in Raub do not have problems with me being a DAP MP- what they see is just an MP with whom they can relate to, speak and seek service from. This is a welcome change- people can actually judge you in terms of what you can do instead of judging you on the basis of who inherited a particular status.
UMNO with its ingrained behaviour of living off past accomplishments and latching on to its origins will have no relevance as people adopt achievement norms instead of acscriptive or pre-assigned norms. I hope the people of Kedah will soon discover the uselessness of succumbing to the imputed abilities of the son of Mahathir.
Accordingly I don’t agree when Tun Daim says that Najib should be given a second chance. Why? Because he is willing to play ball to Dr Mahathir? He managed to get only 133 parliamentary seats despite spending billions, setting aside only a small portion of the RM20billion savings in withdrawn subsidies in the form of BR1Ms and other income transfers. Where is the balance 14 billion or so?  To pay off jump-able MPs?

Najib Tak Reti Perlembagaan: Anggota Kabinet Mungkin Perlu Ulang Angkat Sumpah - Pakar


Seseorang tidak boleh dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri tanpa terlebih dahulu dilantik menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara, mengikut seorang pakar undang-undang perlembagaan.

Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi menjelaskan, jika keadaan seperti itu berlaku, individu itu perlu mengulangi proses mengangkat sumpah sebagai menteri selepas menjadi ahli Senat atau Parlimen.

Shad Saleem mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mempersoalkan kesahihan lima wakil dilantik yang telah dimasukkan ke dalam Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim, yang merupakan ahli parlimen Gelang Patah, mendakwa bahawa pelantikan lima tidak mengikut perlembagaan kerana mereka sepatutnya terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara sebelum memegang peranan menteri dan timbalan menteri.

Lima individu tersebut ialah bekas presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar (menteri); ketua Hindraf P. Waythamoorthy, Dr J. Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (timbalan menteri).

Lim mendakwa, kerana tiada seorang pun daripada mereka telah dilantik ke Dewan Negara sebelum mereka mengangkat sumpah jawatan mereka di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 16 Mei, sumpah tersebut "batal dan tidak sah".

Tipu PRU: Kini tiba masa untuk berarak dengan berani!

Oleh  EDY NOOR REDUAN
Pasca PRU13, sudah sembilan himpunan #Blackout505 dan satu himpunan #SuaraRakyat505 berlangsung. Samada ia punyai kesinambungan atau tidak, bukanlah perkara pokok kerna ianya adalah himpunan pergi dan balik. Himpunan hebat ini menyaksikan rakyat dan pemimpin saling bersuara, saling berlaung, hebat bergema! 

Tetapi ke mana gemanya suara dan laungan ini? Apakah ke bukit? 

Saya percaya rakyat hari ini seharusnya sudah mendapat kelegaan yang optima sekiranya demokrasi dalam pilihanraya 5 Mei berjalan dengan baik. Pakatan Rakyat menang PRU-13 menjadikan harga minyak turun keesokkan harinya dan harga tol mansuh berperingkat sekaligus menyebabkan harga barang dan harga perkhidmatan berkurangan. Barangan keperluan asas khususnya akan jauh lebih murah apabila monopoli kroni mula dipecahkan. Rasuah, penyelewengan, ketirisan wang negara dapat dipatahkan. Apa lagi yang rakyat mahu? Inilah yang rakyat pilih.

Barisan Nasional tidak menang PRU13. Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Najib seorang PM yang tidak punya mandat majoriti rakyat. Saya katakan BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu, dalam keadaan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya SPR, dibantu 'papan' siaran telivisyen yang sampai masuk ke setiap rumah, dibantu oleh dana berpuluh bilion, dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu.

Tipu PRU: ‘Rakyat bukan bodoh, cuma ditipu’

Seorang aktivis blogger, Edy Noor Reduan mendakwa BN tidak menang dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu.
PETALING JAYA: Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikan harga barang secara senyap, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi serta Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tetap diteruskan.
“Inilah nasib rakyat Malaysia, tetapi mereka bukannya bodoh, mereka cuma ditipu,” kata aktivis blogger, Edy Noor Reduan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) tidak menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.
“Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang tidak mendapat mandat majoriti rakyat,” ujarnya.
Menurutnya, BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu dengan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
“Mereka dibantu ‘papan’ siaran televisyen yang sampai masuk ke setiap rumah dan dibantu oleh dana berpuluh bilion ringgit.  Dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu,” ujarnya.
Beliau mendakwa lebih 60% pengundi sebenarnya memilih Pakatan Rakyat tetapi penipuan dalam bentuk pengundian lebih dari sekali menjadikan peratusan itu merundum kepada 51 peratus.
“Di sinilah gunanya dakwat kekal yang tidak kekal maka BN menang dengan penipuan terancang,” jelasnya.
Menurut Edy Noor, para pengundi CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar & Bangla) adalah taktik diversion atau mengalih perhatian,

Tipu PRU: #siasatPRU13 tunjuk bukti insiden ‘lampu padam’


PETALING JAYA - Jawatankuasa #siasatPRU13 tampil dengan laporan polis berhubung insiden ‘lampu padam’ di parlimen Kulim Bandar Baharu semasa proses pengiraan undi dilakukan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan segera bagi menyiasat berhubung kejadian yang berlaku.
rafizi ramli Rafizi berkata, beliau tampil mengadakan sidang media dengan bukti seperti mana yang diminta Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.  
“Saya tidak rasa rakyat berani membuat laporan palsu kerana jika mereka menipu ini satu kesalahan jenayah. Jadi SPR perlu siasat mengenai laporan polis yang dibuat, walaupun satu tapi ini cukup membuktikannya,” katanya, semalam.
Rafizi yang mengetuai Jawatankuasa #siasatPRU13 itu mendakwa Timbalan Pengerusi SPR itu  memperlekehkan aduan berlakunya kejadian bekalan terputus elektrik semasa proses pengiraan undi dan menyifatkan gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu sebagai lakonan semata-mata.
Susulan pendedahan itu, Rafizi meminta SPR bertanggungjawab menerangkan keadaan tersebut walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik ketika kertas undi sedang dikira.
Menurut Rafizi, pihaknya menerima aduan daripada tujuh kawasan berlakunya kejadian ‘lampu padam’ itu dan akan mendedahkan perkara itu setelah mempunyai bukti kukuh.

Rakyat Tanggung: Kos Bina KLIA2 Naik Dari RM 1.7 ke RM 5 bilion

KLIA 2 grafik

PETALING JAYA, 27 MEI: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa menubuhkan satu jawatankuasa audit bebas bagi menyiasat perkembangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Gesaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media hari ini.
Menurut Tony, penjelasan berhubung kelewatan dan peningkatan kos dalam menyiapkan projek ini perlu dimaklumkan kepada umum selain menjawab segala persoalan berbangkit sebelum ini.
Pada 14 Mei Pengurus Besar Eraman, Fawzy Ahmad mengadakan satu mesyuarat tertutup berhubung kelewatan penyiapan KLIA2, kata Tony.  Eraman adalah anak syarikat Malaysian Airports Holdings Berhad, yang mengendalikan semua lapangan terbang di Malaysia.
Menurut Tony, kelewatan penyiapan projek ini akan mengakibatkan pertambahan kos daripada RM 1.7 bilion sehingga RM 5 bilion.
Katanya lagi, perkara ini dibangkitkan kerana projek ini bukan melibatkan kelewatan hampir dua minggu atau dua bulan sebaliknya enam bulan.
Mengikut laporan sebelum ini, KLIA2 sepatutnya siap pada September 2011 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.
Namun mengikut kenyataan yang dibuat pada 14 Mei lalu oleh Fawzy Ahmad, projek ini dijangka siap pada suku keempat tahun 2013.

Pasca PRU13: Putrajaya hanya mempunyai ruang untuk agenda sendiri, bukan kepentingan sempit



ANALISIS, 28 Mei — Lebih dari tiga minggu dengan mandat baru, pentadbiran Najib hanya mempunyai sedikit ruang untuk menyediakan agenda sendiri atau membenarkan polisi mereka dikawal oleh sekumpulan kecil berhaluan kanan.
Walaupun Datuk Seri Najib Razak memulakan kerajaannya dengan konsep 1 Malaysia empat tahun lalu, beliau masih belum menggariskan keutamaan pentadbiran beliau selepas memenangi majoriti kecil dalam pilihan raya umum 5 Mei berbanding daripada Pilihan Raya 2008.
Kumpulan sayap kanan Perkasa sudahpun mendesak untuk sasaran kuota Bumiputera 60 peratus dan kuota kemasukan ke universiti, sekali ganda dari kuota 30 peratus sekarang, kerana peningkatan sokongan Melayu dalam pilihan raya.
Akan tetapi apakah sesebuah kerajaan itu terus bergerak ke kanan dan memberikan ganjaran kepada satu komuniti, atau meneruskan polisi 1 Malaysia yang menjanjikan lebih untuk semua berbanding kurang untuk sesetengah pihak?
Beberapa pemimpin Barat telah menghubungi Najib untuk mengucapkan tahniah kerana menang pilihan raya dan menggalakkannya untuk meneruskan reformasinya.
“Beliau telah digalakkan untuk meneruskan reformasi,” kata seorang diplomat Barat kepada The Malaysian Insider dan menambah akan ada lawtan tergesa-gesa bulan depan untuk mengukuhkan program itu.
Akan tetapi suara untuk menggalakkan perdana menteri keenam negara untuk meneruskan Model Ekonomi Baru (NEM) tidak begitu kuat di Malaysia di mana keputusan pilihan raya menjadikan keadaan lebih perkauman.
“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu,” tambah timbalan presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Abu Bakar merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan kemenangan lebih besar kepada Umno.

Kedah sedia laksana AES, tahniah pengundi BN


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan Sistem penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.
“Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan,” ujar Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Pada 22 September 2012, Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman AES.

Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat guaman.

GATERA: Polarisasi kaum atau herotan maklumat?

Shaharir_GateraHasil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sesungguhnya menerbitkan warna-warna hodoh yang tersembunyi selama ini di dalam benak kalangan pemimpin dan kuasawan Melayu-UMNO.
Begitu jelaslah mereka ini menganggap mereka sahajalah yang layak memerintah negara ini. Pada zahirnya, mereka ini seolah-olah mahu akan demokrasi tetapi batinnya tidak demikian.
Sekalipun pilihan Raya Umum (PRU) diadakan hampir setiap 5 tahun, namun pada masa yang sama mereka ini, sang “politikus” ini, akan melakukan apa sahaja cara di luar kerukunan demokrasi itu sendiri seperti menjadikan media sebagai alat propaganda politik berat sebelah, menyalah-gunakan konsep menanam budi di musim pilihan raya, sehingga boleh ditafsir sebagai usaha merasuah secara halus, dan menggerrimander (melakukan persempadanan pengundian secara tidak adil) dan menyunglap atau bermain silap mata dengan kaedah PRU bagi memastikan kemenangannya.
Dalam keadaan apapun, mereka yang berjaya mengalahkannya atau menyebabkan kurang undi kemenangannya akan dicap dengan label-label buruk, didenda atau dicerca dengan pelbagai kaedah, secara langsung atau tidak langsung.
Justeru, negeri yang diperintah oleh parti lawannya akan didera dengan pelbagai caranya, dan mereka yang dikenal pasti telah tidak memilihnya di mana jua pun akan diberi layanan yang tidak sama dengan mereka yang diketahui telah menyokongnya.
Nampaknya, budaya dendam kesumat ini sudah semakin berkuku dalam sistem politik tanah air.
Hal keadaan sebegini kelihatan sangat menjolok sekali berlaku dengan jeleknya dan kejinya selepas PRU13 kerana sokongan yang diraih oleh parti yang selama ini begitu angkuh jelas begitu merosot pencapaiannya sehingga tinggal hanya sekitar 47% sahaja rakyat yang menyokong parti pemerintah Pusat, Barisan Nasional (BN); bahkan ada pula negeri yang diperintah oleh parti sang kuasawan itu memperoleh undi hanya sekitar 44% sahaja.

SPR sedia bersemuka elak prasangka


Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk bertemu dengan mana-mana pihak termasuk jawatankuasa #siasatPRU13 yang ingin membuat aduan atau mengemukakan bukti berkenaan dakwaan penyelewengan dalam PRU13.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan itu bertujuan mengelak persepsi buruk terhadap suruhanjaya itu yang kononnya gagal menjalankan tanggungjawab dengan
baik.

“Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi.

“Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian ‘lampu padam’ di Parlimen Kulim Bandar Baharu,
Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu.

“Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada 26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri,” katanya.

EC challenges Anwar to boycott parliament

Its deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar tells the PKR supremo to skip the upcoming parliament session if he won't accept the results of 13th GE.
PUTRAJAYA: The election commission today threw a challenge to PKR Supremo Anwar Ibrahim to withdraw from parliament if he does not accept the results of the 13th general election.
“Those taking to the streets are the same people who had accepted the results in Penang and Selangor,” EC deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar told FMT.
“In Penang, they were sworn in immediately after the election. If you do not accept the results and claim that the election was unfair, why swear in?” asked Wan Ahmad.
“This is a sheer hypocrisy,” he said. “I challenge Anwar to boycott Parliament if he is unhappy.”
Wan Ahmad explained that a petition could be filed within 21 days after the results have been gazetted.
The results were gazetted on May 20, which now provides an avenue for dissatisfied parties to voice their grievances in a proper manner and through the right channel.
“I would like to thank PAS for accepting the election results and I urge all Malaysians to follow the law.
“There are avenues to express grievances, the courts can decide if the EC has failed to carry out its duties accordingly, instead of taking it to the streets,” said Wan Ahmad.