Isnin, 27 Mei 2013

Anwar: Ribuan laporan Polis setakat ini terhadap pertikaian dakwat kekal


Datuk Seri Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah membuat laporan polis terhadap kegagalan dakwat kekal semasa PRU 13. - Gambr oleh Saw Siow FengPETALING JAYA, 27 Mei — Ribuan orang ramai membanjiri balai polis seluruh negara untuk membuat laporan terhadap kegagalan dakwat kekal, ia bukti orang ramai menyahut gesaan Pakatan Rakyat (PR) bagi membuktikan penipuan pada Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, .
Ketua Umum PKR tersebut bersama isteri  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga membuat laporan sama di balai polis Tropicana berkata laporan tersebut adalah bukti wujudnya manipulasi oleh pihak berkuasa ke atas keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
“Kami mempunyai ribuan laporan setakat ini... Saya tidak mempunyai angka rasmi, tapi hari ini saya dimaklumkan seluruh negara telah membuat laporan rasmi,” kata Anwar dalam sidang media disini.
Dalam perhimpunan besar-besaran Sabtu lalu yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Anwar telah telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.
Beliau berkata orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR.
“Ini bagi menunjukkan kuasa dan tekad orang ramai. Kami cabar kamu menerusi proses yang ditetapkan. Kami juga menghormati undang-undang negara,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Beliau berkata PR mahu membentangkan sejumlah besar laporan polis oleh orang ramai ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menipu di dalam kamar mahkamah.
PR akan melakukan petisyen untuk mencabar pelaksanaan pilihan raya dan keputusan di lebih daripada 25 kerusi Parlimen, langkah yang perlu dilakukan dalam 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan pada 22 Mei.
Anwar juga menggesa rakyat menyokong langkah Bersih untuk mengadakan “Tribunal Rakyat”, inisiatif yang akan digunakan bagi menyiasat dakwaan orang ramai terdapat penipuan pilihan raya.
Walaupun SPR mengatakan Tribunal Rakyat tidak sah disisi undang-undang, Anwar mengatakan ianya mempunyai legitimasi.
Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat  112 kerusi Parlimen untuk menang majoriti mudah.
Walaubagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.

Pasca PRU13: Kritikan Shamsul terhadap Abdul Hadi dibalas

Mohd Sayuti Omar

27 MEI — Selepas The Gian Killer, Shamsul Iskandar Md Akin menegur presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kongres nasional PKR tiga hari lalu berhubung kejadian pertindihan calon di antara PKR dan PAS di beberapa buah kerusi yang menyebabkan calon PKR (Pakatan Rakyat) kalah, saya menanti mana-mana pemimpin bangkit PAS menjawab kritikan pedas Shamsul itu.
Kritikan Shamsul itu memang perlu dibela dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ahli Parlimen Bukit Katil itu mempersenda dan menghina presiden PAS. Adalah dayus kalau PAS membiarkan presiden mereka dikentuk begitu saja, apa lagi dihadapan ramai. Aib dan air muka presiden perlu dijaga kerana ia juga maruah parti.
Shamsul secara tidak berselindung menyalahkan kepada Abdul Hadi atas kejadian itu. Beliau melontarkan kemarahan itu di hadapan perwakilan kongres nasional PKR. Mungkin dia ada hujah dan maklumat konkrit maka beliau berani berbuat begitu. Shamsul adalah seorang peguam yang tahu mentafsir undang-undang dan juga bijak memanipulasikan hujan untuk kemenangan - kebenaran? Saya mengenali beliau sejak tahun 1998.
Nah, hari ini sudah ada orang PAS yang bangkit membela presiden mereka. Ia adalah dari anak muda, dari Dewan Pemuda PAS. Anak muda itu Khairil Nizam Khairuddin yang juga bendahari dewan berkenaan. Kenapa tidak Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasarudin Hassan yang menjawab? Atau timbalan ketuanya Nik Mohamad Abduh? Begitu juga kenapa Dewan Muslimat membisu, apakah mereka suka presiden mereka dicela?
Mungkin Nasarudin mengarahkan anak buahnya itu untuk menjawab bukan beliau. Jika benar tekaan saya ini, ini menunjukkan ada sedikit kebijaksanaan dari Nasarudin. Kalau beliau yang menjawab akan nampak pertentangan di antara dua kumpulan anak muda dalam Pakatan Rakyat dan situasi itu tidak begitu baik.
Khairil Nizam dalam membalas ketukan Shamsul kepada presiden PAS tampak agak marah sedikit. Sewajarnya kalau anak muda menunjukkan kemarahan dan kebengisannya. Kenyataan dalam tujuan begitu harus keras dan pedas juga.
Beliau mengingati Shamsul agar jangan menjadi hero di hadapan perwakilan kongres dengan menghentam Abdul Hadi Awang. Beliau kesal kerana Shamsul menjadikan kritikan kepada Abdul Hadi sebagai modal untuk menunjuk hebat. Kosa kata Khairil Nizam itu bermaksud kalau hendak menjadi hero janganlah di laman rumah tetapi keluar jauh ke kampung.
Saya yang jahil dan kurang pengetahuan ini tidak jelas dengan hujah Khairil Nizam yang mengkritik Shamsul ini. Beliau telah meminta Shamsul membuat kajian dari berbagai sudut termasuk dari sisi fekah dan usul untuk membuktikan PAS telah langgar semangat “tahaluf syasi”.
“Jika Shamsul benar-benar ‘faqih’ (faham) mengenai tahaluf syasi hingga berasa dirinya layak untuk menegur pemimpin PAS, saya persilakan beliau untuk bawa apa saja kajian oleh PKR dari segi usul dan kaedah fikah atau apa-apa justifikasi yang boleh membuktikan bahawa PAS sudah melanggar prinsip tahaluf siyasi. Begitulah kata-kata Khiril Nizam dipetik.
Saya terus terang, saya tidak memahami apakah pengertian dan terma tahaluf syiasi sebenar di antara PAS dengan PKR. Cuma apa yang difahami tahakluf syiasi itu adalah persepakatan atau persefahaman politik untuk saling kerjasama di antara satu sama lain. Bagi PAS ia dibolehlah selagi ia tidak bercanggah dengan prinsi-prinsip (syariah) Islam.

Jawatan Perdana Menteri Najib tidak sah?

Sumpah yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaa
PETALING JAYA: Datuk Seri  Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.
“Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
“Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini.
Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.
Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.
Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.
Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.
Katanya, mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi tanggung jawab Peguam Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.
Peguam Negara gagal
Ternyata Peguam Negara, tambahnya  bukan sahaja gagal menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan, malah beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan oleh Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat.
“Sepertimana berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,, Presiden Barrack Obama telah “misplaced” satu patah perkataan sahaja, ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali pertama.
“Namun Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah sekali lagi pada keesokkan harinya ,sebelum memulakan tugas rasmi beliau di Rumah Putih.

Wife of Dharmendran question at Bukit Aman

'Thousands' heed Anwar's call and lodge police reports

Banglasia Boleh !!!

Tipu PRU: Undi melebihi kertas undi dikeluarkan, kesalahan berleluasa

Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyaksikan persaingan sengit dalam PRU13, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang kebanyakannya ditandingi KEADILAN.
KEADILAN tewas tipis di Parlimen Balik Pulau (majoriti kalah 1,539, undi rosak 612) dan di kerusi-kerusi DUN dibawahnya iaitu Telok Bahang (majoriti kalah 801, undi rosak 167) dan Pulau Betong (majoriti kalah 395, kertas undi tidak dikembalikan 223).
Siasatan awal menunjukkan penyelewengan-penyelewengan berikut yang telah berlaku:
Undi melebihi kertas undi dikeluarkan 
Bagi pengundian di saluran 2, SRJK(C) Yu Chye (Kod Daerah Mengundi 053/40/05), keputusan rasmi berdasarkan Borang13 (jumlah kertas undi yang dikeluarkan) dan Borang14 (jumlah undi diperolehi oleh setiap calon) menunjukkan bahawa jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian adalah lebih banyak dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan awalnya.
Borang 13 (Penyata Kertas Undi) bagi saluran 2 bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan bahawa sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan. Nombor siri yang didaftarkan bagi 424 kertas undi ini juga turut mencurigakan kerana nyata berlainan dari bilangan kertas undi yang diterima dari Pegawai Pengurus, seolah-olah ada set kertas undi yang berlainan.
1
Selepas pengiraan dibuat dan keputusan dipindahkan ke Borang 14 (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi), keputusan bagi saluran 2, SRJK(C) Yu Chye menunjukkan terdapat 562 undi di dalam peti undi, iaitu 138 undi melebihi dari jumlah kertas undi yang telah dikeluarkan.

Apa? Selama ini kita berPMkan Rosmah?


Najib hanya PM boneka?

PETALING JAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3 April 2009 lagi.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.
“Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.

“Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6) Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,” katanya dalam surat kepada Perdana Menteri hari ini.

Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.

Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi Parlimen Malaysia adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.

Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua Negeri-Ketua Negeri masing-masing.

Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.

EC downplays ink fiasco, looking into defects

The quality of ink doesn't determine the victory of any political party, explains the EC deputy chairman.
PUTRAJAYA: The Election Commission today dismissed fraudulent allegations related to the usage of indelible ink during the general election.
“Ink is an added element to the general election, which has an existing strict regulations and law in place,” said EC deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar today.
He explained that the quality of the ink does not affect a candidate’s victory or defeat in any election, as the names and identity numbers of the voters will be cancelled by the polling agents upon voting, thus dismissing any fears of phantom voters voting more than once.
“It is impossible for a voter to vote for the second time. There are no duplications in the electoral registration,” he told FMT today.
“EC was surprised when the indelible ink was washable as when we tested it was indelible. However we have formed a committee to study on its defects,” he said.
He also stressed that there was a guide on how the ink should be applied on voters.
“There is a proper way of using the ink… the bottle will have to be shaken and double coat is advised. However, we are unsure if all levels (of election volunteers) adhered to the instructions.”
According to the deputy chairman, the ink went through a stringent process before being implemented in the elections.
“We are looking into the matter for improvisation and the committee will study the defects of the ink and on what actually went wrong.
“Without investigations, we do not want to jump into conclusions.”
“The committee will also ensure that explanations are given pertaining to the defects in the indelible ink”.
Washable hours later

Tipu PRU: 43 Nama Pengundi Ragu Didaftarkan Di Kuala Kedah

Grafik Pengundi hantu
PETALING JAYA 27 MEI : PKR mendakwa wujud 43 nama pengundi yang tidak dikenali yang didaftarkan di enam rumah di satu taman di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah.
Bukti tersebut berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh penghuni sebenar enam rumah tersebut di Taman Sri Putra Kuala Kedah yang menyatakan alamat mereka digunakan oleh 43 pengundi-pengundi ragu itu.
Kewujudan pengundi-pengundi itu disedari penghuni rumah tersebut apabila mereka menerima kad pengesahan butiran pengundi di rumah mereka. Kad itu menyenaraikan kesemua pengundi yang didaftarkan di alamat tersebut.
“Saya menyeru kepimpinan SPR memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian ini kerana laporan polis khusus yang dibuat mengenainya,” kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata kewujudan pengundi ragu di Parlimen Kuala Kedah dikuatkan lagi dengan laporan Borang 10A daripada Suruhanjaya Pilihanraya sendiri yang dikeluarkan terhadap seorang pengundi, Lim Tiek Hong.

SPR keluarkan borang 10A, sahkan kewujudan pengundi hantu

PETALING JAYA, 27 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah mengesahkan kewujudan pengundi hantu.
rafizi_ramliSeorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.
Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi.
Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya.
“Borang 10A hanya dikeluarkan atas empat sebab. Pertama pengundi enggan menunjukkan jari telunjuk untuk pastikan tidak ada kesan dakwat kekal. Kedua pengundi enggan telunjuknya ditandakan dakwat kekal,” kata Rafizi.
“Ketiga, jari telunjuk telah ditandakan dakwat kekal tetapi tidak ada kertas undi yang dikeluarkan dengan namanya. Keempat, jari telunjuk tidak ada dakwat kekal, tetapi kertas undinya telah dikeluarkan.
“Ini yang dikenakan kepada Lim menyebabkannya hilang hak mengundi,” kata Rafizi.
Tambahnya, jika Lim telah mengundi dan tiada kesan calit di jari, bermakna peraturan SPR berkaitan dakwat kekal adalah penipuan.
“Hari ini kita tuntut SPR jelaskan. Jika tiada masalah pengundi hantu, kenapa masih ada borang 10 A yang dikeluarkan?
“Kita minta (SPR) sahkan, berapa banyak borang 10A yang dikeluarkan di seluruh negara,” soal Rafizi.

Angkat sumpah Khamis, tiada ketua PR Selangor dalam Exco


SHAH ALAM: Upacara angkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) atau Exco yang baharu akan diadakan pada hari Khamis,  jam 9 pagi di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

(Azmin, Dr Rani dan Teresa dijangka tidak ada dalam senarai Exco Selangor)

Ini ekoran persetujuan Sultan Selangor untuk melantik 10 ahli MMKN pagi ini, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya telah menghadap DYMM Sultan Selangor jam 10.30 pagi hari ini dan baginda Sultan telah berkenan untuk melantik 10," kata beliau dalam kenyataannya.

Menurut Khalid, maklumat lengkap wakil rakyat yang telah diperkenan DYMM Sultan Selangor untuk memegang jawatan MMKN akan dimaklumkan kemudian.

RCI: Penguatkuasa takut ancaman pendatang asing Sabah




Seorang pegawai penguatkuasa dari Majlis Daerah Kunak berkata pasukannya amat gerun untuk memasuki sesetengah kawasan kampung setinggan, termasuk yang dibina di atas air, kerana sering menerima ancaman ke atas keselamatan diri mereka.
Menurut Salim Silin, yang mengetuai jabatan setinggan di majlis tersebut, empat pegawai penguatkuasanya pernah “diancam dengan pisau, dan diekori” ketika bertugas, oleh sebahagian daripada kira-kira 6,000 orang yang tinggal di kawasan tersebut.

Sesetengah kawasan itu juga sukar dimasuki kerana dihubungkan dengan jambatan yang rosak dan laluan sempit.

Selain itu, keselamatan mereka diancam sehingga mereka tidak berani masuk ke kawasan berkenaan, katanya lagi.

Zahid dan Khalid cuba kembalikan era gelap Mahathir


Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata Zahid dan Khalid akan dikenang sebagai watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman "gelap" Dr. Mahathir. - Gambar failKUALA LUMPUR, 27 Mei — PAS menyifatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Khalid Abu Bakar cuba mengembalikan era kegelapan dibawah Tun Dr. Mahathir Mohamad, selepas pemimpin DAP Lim Kit Siang menyatakan kritikan sama semalam.
Semalam, Lim berkata keangkuhan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara, Khalid yang tidak sampai sebulan memegang jawatan hanya akan merosakkan demokrasi dan hak asasi negara.
“Ketika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) di kenang sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah negara ini, Zahid dan Khalid pula akan dikenang sebagai dua watak yang mengheret Malaysia kembali ke zaman gelap Dr Mahathir,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang dipetik dalam laman portal Harakah hari ini.
Salahuddin kemudiaan mengalih serangan ke atas kedua-dua individu tersebut ekoran penangkapan tiga orang baru-baru ini yang bermula dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan disusuli kemudiaannya dengan Ahli Parlimen (MP) Batu PKR Chua Tian Chang, ahli PAS Tamrin Ghafar dan aktivis Haris Ibrahim.
“Rabu lalu, ketika berucap kepada rakyat yang berhimpun menyokong Adam Adli berdekatan Lokap Berpusat Jinjang, saya memberitahu tidak sepatutnya Adam ditangkap.

Hakim kendali petisyen PRU13 perlu selesai kes dalam enam bulan, kata Ketua Hakim Negara

KUANTAN, 27 Mei — Semua hakim yang mendengar petisyen berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu menyelesaikan kes dalam tempoh enam bulan dari tarikh difailkan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria hari ini. 
Beliau berkata ini bagi mempastikan proses menetapkan keputusan setiap petisyen dikemukakan parti politik yang bertanding pada PRU13 itu tidak terlewat dan mengikut undang-undang ditetapkan.
“Selepas hakim pilihan raya (hakim yang mendengar petisyen) membuat keputusan, pihak yang terlibat akan membuat rayuan pula ke Mahkamah Persekutuan.
“Ia ambil masa juga sebab kita mempunyai tempoh enam bulan untuk selesaikan ... kalau semua berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan petisyen mengenai pilihan raya boleh diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota, di sini oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

RCI: Warga Pakistan dakwa pernah mengundi dua kali

Seorang warga Pakitstan yang memperolehi kad pengenalan Malaysia dengan cara yang diragui mendakwa beliau pernah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum dan namanya masih kekal dalam daftar pemilih.
Abdul Latif Jumaani, yang menerima kad pengenalan pada 1992 di sebuah restoran di Kota Kinabalu, mendakwa beliau pernah mengundi pada kali pertama di Ampang, Selangor dan kemudiannya di Bahau, Negeri Sembilan.

“Saya mahu mengundi sekali lagi dalam pilihan raya umum (ke-13) memandangkan nama saya masih wujud dalam daftar pemilih, namun saya tiada dokumen untuk pergi ke semenanjung,” katanya dalam siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendatang asing Sabah.

Katanya, beliau dimaklumkan “empat atau lima bulan lalu” oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawa kad pengenalannya telah dibatalkan.

NGO: Himpunan 'Black 505' hanya permulaan





 
Satu gabungan NGO mengancam untuk membuat perarakan besar sekiranya para pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya masih tidak meletak jawatan atau dipecat dari jawatan tersebut.
Penganjur berkenaan, termasuk NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut, sembilan perhimpunan yang diadakan selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu hanyalah satu permulaan.

“Amaran terakhir dari rakyat bahawa mereka berani untuk berarak secara aman sekiranya SPR masih tidak dipecat atau meletak jawatan. Rakyat sudah bersedia ke jalan raya demi demokrasi yang telah digelapkan, bila-bila masa dari sekarang.

“Gabungan 'Suara Rakyat 505' tegas dan tetap dengan pendirian bahawa hanya ada satu jawapan terhadap segala penipuan yang telah berlaku dalam pilihanraya 5 Mei lalu iaitu (pemimpin) SPR harus letak jawatan, sebelum langkah seterusnya mengembalikan demokrasi dan juga sebelum mana-mana pilihanraya semula yang bakal berlangsung,” kata gabungan NGO tersebut dalam satu kenyatan.

Tipu PRU: SPR nafi sistem pilihan raya Malaysia kekalkan kuasa BN selama-lamanya

PUTRAJAYA, 27 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan ahli akademik sistem “first past the post” yang diamalkan di Malaysia akan mengekalkan kuasa pemerintah Barisan Nasional (BN) selama-lamanya dan mengatakan ianya diantara yang terbaik di dunia .
Dalam satu forum di Petaling Jaya pada Rabu, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Amer Saifude mengatakan BN akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan.
“First past the post ni, bukan sampai bila-bila BN menang. First past the post ni adalah satu sistem yang simple di mana pertandingan nak merebut kerusi dalam satu kawasan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider .
“Kerana first past the post ini, BN tak dapat majoriti dua pertiga dalam PRU13 (pilihan raya umum ke 13). Kerana first past the post ini, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menang dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN),” tambah beliau lagi.
Menurut Wan Ahmad lagi, sistem pilihan raya diguna pakai di Malaysia turut digunakan oleh negara-negara yang maju dan telah lama mengamalkan demokrasi.
“Britian, dah berapa ratus tahun mengamalkan proses demokrasi sampai sekarang dia guna first past the post.
“Australia, first past the post. New Zealand first past the post campur dengan mix sikit. Proportional Representation (PR) sistem sikit. India, negara demokrasi terbesar di dunia 800 juta pengundi first past the post,” katanya.
Timbalan pengerusi SPR itu turut menjelaskan, jika sistem first past the post itu tidak adil, tidak mungkin PR dapat menang banyak kerusi termasuk beberapa negeri.
“Kerana first past the post ini, Kelantan diperintah oleh satu parti sahaja, PAS selama 25 tahun. Di Pulau Pinang, DAP menang di semua kerusi yang ditandinginya. Saya rasa orang yang buat kenyataan ini tak faham sistem pilihan raya di Malaysia.

Mengiktiraf kenyataan Anwar Ibrahim syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan rizab parti

Mahdzir Ibrahim

27 MEI — Saya merasa sangat bertuah sebagai salah seorang ahli DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat bersama-sama dengan PKR dan PAS kerana ungkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan satu usul yang meminta kuota parti dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mengabsahkan lagi bahawa Pakatan Rakyat merupakan satu gerakan politik yang benar-benar tulen dan jujur dalam membanteras rasuah dan salahguna kuasa yang menjadi amalan budaya politik sejak sekian lama.
Menurut beliau “Kita jangan kompromi dengan prinsip integiriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan. Kedudukan GLC itu bukan rizab parti”. Kenyataan ini wajar diangkat sebagai satu mesej penting bagi semua parti dan ahli politik dalam Pakatan Rakyat.
Prinsip asas seperti integriti dan profesionalisme wajar diberi penekanan dalam semua aspek urus tadbir kerajaan agar perjuangan parti tidak menyimpang dari matlamatnya.
Terlalu banyak bukti kesilapan yang akhirnya membawa kepada skandal salahguna kuasa dan rasuah yang telah berlaku dalam amalan politik Umno-Barisan Nasional (BN).
Jika kita merujuk kepada amalan atau budaya yang dilakukan oleh Umno dan BN selama ini, kita dapat lihat bagaimana kroni-kroni mereka memanipulasi syarikat berkaitan kerajaan hingga menyebabkan syarikat menanggung kerugian besar dan akhirnya semua masalah ini ditanggung oleh rakyat bawahan.
Semua kerugian ini adalah berpunca dari kecuaian pihak pengurusan yang mana ketua-ketua GLC ini adalah lantikan politik atau yang mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin elit Umno-BN.
Contoh lain yang kita dapat lihat bagaimana Umno-BN menjalankan kerja-kerja korupnya apabila melantik ketua-ketua kampung dari kalangan ketua-ketua Umno baik diperingkat cawangan mahupun bahagian.

Rafizi dedah laporan polis pengundi hantu, bekalan elektrik terputus semasa PRU


PETALING JAYA, 27 Mei — Rafizi Ramli mendedahkan laporan polis dan borang rasmi bagi mengukuhkan bukti kewujudan pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
Ahli Parlimen (MP) Pandan (gambar) baru tersebut menunjukkan satu laporan polis bekalan elektrik terputus yang didakwa berlaku di Kedah, serta menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berbohong dengan mengatakan tiada satu laporna polis dibuat setakat ini.
Dalam laporan bertarikh 9 Mei tersebut, agen pilihan raya PKR Mohamad Soi Talib mendakwa bekalan elektrik terputus antara 7.15-7.25 malam di Sekolah Sri Lindungan Raja, yang merupakan pusat pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Kedah semasa hari pilihan raya.”Kewujudan laporan ini sekaligus adalah jawapan kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mencabar laporan sedemikian dibuat.
“Sekarang menjadi tanggungjawab beliau dan SPR untuk menjelaskan bagaimana bekalan elektrik boleh terputus di pusat pengiraan undi semasa pengiraan sedang dilakukan, walaupun TNB telah menjelaskan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik berlaku,” kata Rafizi semasa sidang media disini.
Laporan media Sabtu lalu memetik Wan Ahman, timbalan pengerusi SPR, mengatakan tiada sebarang laporan media tentang bekalan elektrik terputus setakat ini.
Wan Ahmad juga mendakwa gambar bekalan elektrik terputus yang tersebar meluas dalam internet adalah palsu dan diedarkan sejak sebelum Pilihan Raya 2013, bagaimanapun, kenyataannya itu ditolak keesokkan hari oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sri Serdang, Noor Hanim Ismail.
Menurut ADUN PAS yang baru dilantik itu, agennya telah menangkap gambar tersebut semasa proses pengiraan undi di Saluran 3 sedang berjalan di dalam bilik darjah SK Serdang sekitar jam 7.32 malam pada 5 Mei lalu.

安华夫妇报警调查墨汁褪色 炮轰选委会当选民笨蛋

Siti Aishah & Arutchelvan: Rakyat Malaysia Cukup Jelas, Rakyat Malaysia Tak Perlu Dihasut

Suendran & Gan PN: Kita Mempunyai Menteri Dalam Negeri Yang Paling Tak Boleh Pakai Dalam Sejarah

Barisan Exco Selangor Angkat Sumpah Khamis ini - BULETIN 13

否认违反大选和平协议,安华反指纳吉不敢签署

Six Pakatan leaders charged in connection with rallies

PKR reveals police report on another 'blackout'

Anwar: Frustrated Malaysians want to move on beyond rallies

'Disappearing' ink: Anwar, Azizah lodge reports against EC

Anwar Ibrahim Q&A on police report against EC

Isu 'Blackout': PKR Tampil Bukti

Anwar buat laporan polis isu dakwat kekal

Anwar: 'Blackout 505' Akan Diteruskan

Anwar: Ribuan laporan setakat ini terhadap pertikaian dakwat kekal

PETALING JAYA, 27 Mei — Ribuan orang ramai membanjiri balai polis seluruh negara untuk membuat laporan terhadap kegagalan dakwat kekal, ia bukti orang ramai menyahut gesaan Pakatan Rakyat (PR) bagi membuktikan penipuan pada Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, .
Ketua Umum PKR tersebut bersama isteri  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) yang juga membuat laporan sama di balai polis Tropicana berkata laporan tersebut adalah bukti wujudnya manipulasi oleh pihak berkuasa ke atas keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
“Kami mempunyai ribuan laporan setakat ini... Saya tidak mempunyai angka rasmi, tapi hari ini saya dimaklumkan seluruh negara telah membuat laporan rasmi,” kata Anwar dalam sidang media disini.
Dalam perhimpunan besar-besaran Sabtu lalu yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Anwar telah telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.
Beliau berkata orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR.
“Ini bagi menunjukkan kuasa dan tekad orang ramai. Kami cabar kamu menerusi proses yang ditetapkan. Kami juga menghormati undang-undang negara,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Beliau berkata PR mahu membentangkan sejumlah besar laporan polis oleh orang ramai ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menipu di dalam kamar mahkamah.

'BLACKOUT 505' Diteruskan Sekiranya SPR Membisu - BULETIN 13

Dakwat kekal: Rakyat diminta buat laporan polis

Anwar bombshell: Najib did not dare to sign 'peace deal' - Pt 1

Anwar bombshell: Najib did not dare 'peace deal' - Pt 2

“Kita pilih demokrasi, siapa mahu guling kerajaan melalui jalanraya?”

Mahdzir Ibrahim
KUALA LUMPUR, 26 MEI: Demonstrasi jalanan dengan tujuan menggulingkan kerajaan amat tidak tepat dengan perhimpunan aman yang menuntut kerajaan untuk bersikap adil yang mana dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Tuduhan semberono media kawalan UMNO yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) mahu membuat huru-hara akibat tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu merupakan satu tuduhan jahat kerana mampu mencetuskan salah faham dan keadaan panik rakyat negara ini.
Bagi Setiausaha Politik Pengarah Pendidikan Politik DAP, Mahdzir Ibrahim, apa yang dituntut PR sekarang adalah tindakan dan jawapan SPR mengenai semua persoalan yang timbul berkaitan penipuan yang berlaku.
“PR tidak mahu kerajaan digulingkan dengan cara yang tidak demokratik. Itu bukan prinsip kita. Kita mahu SPR bersikap adil dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.
Mahdzir pada masa yang sama mengakui bahawa PR memang tewas di beberapa buah kerusi yang ditandingi kerana ia benar-benar tewas bukan disebabkan SPR atau lain-lain pihak melakukan penipuan.
Pun demikian, beliau berkata terdapat banyak aduan dan laporan wujud keraguan di beberapa kerusi PR yang tewas.
“SPR harus tegas menghalang dan mengelak sebarang ruang dari berlakunya penipuan atau kesalahan dalam proses pilihan raya.

Daftar jadi pemilih sekarang untuk ganti kerajaan BN


Semua rakyat Malaysia yang patriotik digesa untuk mendaftar sebagai pemilih bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14 akan datang demi menyelamatkan masa depan negara negara dari ditentukan rakyat asing yang ‘dihalalkan’.
Demikian kata Setiausaha Publisiti Pemuda Sosialis DAP, Junz Wong yang antara lain turut mahu agar tiga juta pemilih yang tidak mengundi pada pilihan raya umum ke 13 lalu untuk menunaikan hak mereka kepada negara.
“Jangan terlewat untuk mendaftar dan terlepas peluang mengundi dan menukar kerajaan sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, usaha ini boleh dilakukan atas inisaitif individu sendiri bermula dari rumah, teman-teman dan kenalan.
“Kita mensasarkan orang muda yang berumur 17 hingga 21 tahun sekarang ini sedia dan mendaftar bila sudah cukup kelayakan. Sekurang-kurangnya akan ada tiga juta lagi pengundi baru dalam tempoh empat hingga lima tahun mendatang ini,” katanya.
Saranan Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Likas itu amat wajar memandangkan terdapat banyak kes melibatkan warganegara asing diberikan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi untuk memenangkan BN seperti yang didedahkan dalam sesi pendengaran Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) Sabah.

Bantahan pengundi menerusi “Black 505” bukti rakyat ragu legitimasi Najib


GELANG PATAH, 27 MEI: Bantahan sejuta pengundi Malaysia, kebanyakannya generasi muda daripada pelbagai kaum sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, menerusi ceramah “Black 505” di seluruh negara membuktikan rakyat ragu terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata rakyat tunjuk rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap PRU-13 paling kotor sepanjang 13 kali pilihan raya umum negara kerana berlakunya politik wang yang tidak beretika melalui strategi UMNO/BN “Duit Duit Duit”, “Tipu Tipu Tipu” dan “Takut Takut Takut”.
Selain itu, katanya, amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menguntungkan UMNO/BN, yang mana satu undi di Putrajaya (16,000 pengundi) sama nilainya dengan satu undi di Kapar (140,000+ pengundi) hingga menjadi satu penghinaan terhadap prinsip “seorang, satu undi, satu nilai”.
“Sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, undi popular yang dimenangi Anwar dan Pakatan Rakyat pasti melebihi 60 peratus malah mencapai dua pertiga jumlah keseluruhan, memberikan majoriti kerusi Parlimen kepada PR (mencecah 125 kerusi Parlimen terdiri daripada 45 untuk PKR dan masing-masing 40 untuk DAP dan PAS) bukannya 89 kerusi untuk PR dan 133 kerusi untuk BN seperti sekarang,” katanya berucap pada makan malam kesyukuran/pelancaran gerakan Impian Rakyat Malaysia DAP Gelang Patah di Sutera Mall, di sini, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, pemerintahan Najib kurang legitimasi sebagai kerajaan 1Malaysia meskipun mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum, kerana meningkatnya polarisasi kaum.

Tipu PRU: DSAI SUDAH MEMBUAT LAPORAN POLIS DI BALAI POLIS TROPICANA, DAMANSARA PETALING JAYA!!


SHAH ALAM - Parti KeADILan Rakyat yang diwakili oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Menurut makluman media yang dihantar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, laporan tersebut akan dibuat berhubung kegagalan SPR melaksanakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Laporan polis akan dibuat hari ini pada 12.30 tengah hari di Balai Polis Tropicana, berdekatan dengan ibupejabat PKR," katanya.

" SAYA ANWAR BIN IBRAHIM NO KAD PENGENALAN 47010075095/0977280 TELAH MENGUNDI DI DALAM PRU KE-13 PADA 5/5/2013 DI DAERAH MENGUNDI KUBANG SEMANG, PARLIMEN PERMATANG PAUH PADA JAM 9.30 PAGI . SAYA BASUH JARI YANG DICALIT DAKWAT KEKAL PADA JAM 5.00 PETANG PADA HARI YANG SAMA DAN MENDAPATI SEMUA DAKWAT YANG DICALITKAN PADA JARI SAYA TELAH HABIS TERTANGGAL.

SAYA MEMBUAT LAPORAN INI UNTUK MENYATAKAN DAKWAT ITU TIDAK KEKAL. INI BERTENTANGAN DENGAN KENYATAAN PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) MALAYSIA YANG MENYATAKAN DAKWAT ITU KEKAL SEPERTI PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PILIHANRAYA.

INI ADALAH SATU PENIPUAN  SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)."

SEKIAN. TERIMA KASIH.

TANDA TANGAN DSAI.

Orang Asli remembered only during elections

They are slowly realising that they have become a forgotten community and only thought of once in every five years.

By M Manogaran
Two parliament constituencies which have the highest concentration of Orang Asli are Cameron Highlands and Tapah.
In Cameron Highlands, the Orang Asli voter population is 20.5%, accounting to one fifth of the total number of voters i.e. about 5,804 voters. In Tapah there are about 4,700 Orang Asli voters.
This is a significant percentage in Cameron Highlands as well as in Tapah.
In the two weeks of my election campaign in Cameron Highlands for the parliament seat of Cameron Highlands, I noted that the Orang Asli community lives a completely distinct and alienated life.
They are in the interior where there are no proper access roads and basic amenities we urban folks take for granted.
They live in fear of their ancestral lands being taken away for development and dam projects. They live in fear of their welfare allowances being forfeited.
They are captive voters who Barisan Nasional call their fixed deposits.
This is a similar scenario in the interiors of Sabah and Sarawak where the BN keeps the native community as undeveloped as possible so that they continue to be their fixed deposits.
Keeping them ignorant and deprived of a comfortable life serves the BN well every five years. But who is caught is this vicious cycle? It is the forgotten community, the Orang Asli and the natives in Sabah and Sarawak.
These Orang Aslis are vulnerable and are easily threatened. Throughout my campaign, I noticed that they are under the clutches of the Orang Asli Development Department (JAKOA).
Although they welcome outsiders to visit them, when it comes to asking for their political preferences, they are reluctant to speak. Only after some coaxing and assurances they open up slowly.

Bahasa melambangkan bangsa, kata-kata melambangkan apa?

Oleh Aspan Alias
Pilihanraya ke 13 sudah hampir sebulan berlalu dan keputusan sudah pun di ketahui. BN masih kekal dengan bilangan kerusi yang lebih menirus iaitu hanya 133 semuanya. Undi “popular” pun jatuh dibawah yang di perolehi oleh pihak Pakatan Rakyat. BN hanya mendapat 47 peratus undi popular dan dengan kerendahan undi popular itu menjadikan BN hanyalah sebuah kerajaan “minority” dalam erti dan hakikat sebenarnya. 

Entah berapa puluh billion ringgit di belanjakan secara “direct” atau secara tidak langsung untuk menambat hati rakyat untuk mendapat kemenangan 2/3 bertambah jauh. Jika dilihat dari cara perbelanjaan menghadapi pilihanraya itu BN sepatutnya mendapat 3/3 kemenangan. Begitulah seperti yang saya perkatakan beberapa kali, kos untuk mempertahankan BN ini terlalu tinggi. Kalau lah berbelanja sampai puluhan billion ringgit semata-mata untuk mendapat 133 kerusi sahaja ia jelas merupakan kekalahan besar BN jika dipandang dari sudut moralnya. Nasib baiklah bagi BN kerana masih ada saki baki pengundi yang masih dibeli dan dikelirukan dengan isu perkauman yang dimainkan oleh BN itu.
Jika tuduhan pihak Pakatan Rakyat wujudnya bantuan pengundi haram dalam PRU 13 lalu, maka sah Umno dan BN sudah menjadi pihak yang sudah tidak laku lagi. Tetapi itu perkara yang biasa. Ramai orang yang tidak meminati jejaka yang buruk dan tidak ada rupa, tetapi masih dikahwini oleh ramai wanita kerana wang ringgit mereka walaupun tanpa rasa kasih dan sayang sejati.
Orang yang tidak punya rupa selalunya terpaksa berbelanja tinggi untuk mengambil hati isteri yang mereka mahu berkahwin dengan mereka kerana wang ringgit semata-mata. Kekurangan yang ada kepada diri mereka ini terpaksa ditutupi dengan harta dan wang ringgit, kereta besar dan berbagai-bagai lagi untuk menampung kekurangan itu.

Matlamat Najib gagal dalam PRU13

Oleh AMNI JAGAT
BAHANG PRU13 masih belum reda. Segalanya sudah terjawab dengan keputusan yang nyata di atas kertas bertulis, Putrajaya berjaya dikekalkan oleh Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah.
Namun segalanya bukan sebuah kepuasan bagi manusia yang menginginkan sesuatu seperti Najib Tun Razak. Matlamat yang ingin dicapainya tidak berjaya dilaksanakan dalam PRU13 yang baru sahaja berlalu.


Seperti digemburkan dalam hebahan di media massa dan media cetak, Najib boleh dilihat dengan bermatlamat pada empat agenda penting dalam perjuangannya kali ini. Tetapi setelah PRU13 berlangsung segala agenda tersebut tidak berhasil. Agenda pertama Najib adalah untuk mendapatkan negeri Selangor.
Agenda ini dilihat tidak tercapai malah keadaan menjadi lebih teruk apabila Pakatan Rakyat berjaya menambah mandat dua pertiga kerusi di negeri tersebut.
Agenda kedua dalam PRU kali ini adalah untuk merampas kembali negeri yang telah ditadbir sekian lama oleh PAS dan Pakatan yakni negeri Kelantan juga tidak berjaya mendatangkan hasil yang baik kepada Najib malah nasibnya sama dengan nasib di negeri Selangor.
Agenda seterusnya adalah untuk memujuk hati masyarakat Tionghoa untuk bersama-sama dengan matlamat yang dirancangkannya juga dapat dipastikan sekali lagi tidak berjaya dengan sokongan masyarakat itu bangkit menolak kepimpinan Najib dan BN.
Agenda keempat walaupun BN berjaya mendapat mandat semula di negeri Kedah namun hakikat yang terpaksa ditempuhi oleh Najib adalah kegagalannya untuk mendapatkan semula mandat dua pertiga kerusi di Parlimen.

Pasca PRU13: Kembali ke era gelap Mahathir

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tindakan Kementerian Dalam Negeri, melalui Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran merampas ketiga-tiga lidah rasmi PAS, KeADILan dan DAP, pada 23 Mei lalu, di seluruh negara, segera mengingatkan saya terhadap langkah sama bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, sejurus selepas BN dikejutkan dengan keputusan Pilihan Raya Umum 1999.

(Harakah, Suara Keadilan dan Roket menjadi mangsa rampasan KDN baru-baru ini. Menurut pengedar Harakah di beberapa negeri, antaranya Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan, seawal jam 9 pagi, Khamis, ketika Harakah edisi Jumaat baru hendak diagihkan, penguatkuasa KDN bertindak pantas merampasnya. Difahamkan sebahagian besar Harakah itu masih belum dipamerkan untuk jualan. Lebih 4,000 naskhah Harakah dirampas walaupun angka rasmi dikeluarkan KDN hanya sekitar 1,000 sahaja).
Majoriti pengundi Melayu dalam PRU10 itu memberikan sokongan luar biasa kepada Barisan Alternatif. Ramai pemimpin Umno tewas, termasuk bekas menteri, khususnya kepada PAS. Dr Mahathir mengambil pendekatan "mendera" orang Melayu, antara lain dengan tidak memberikan sebarang tambahan kerusi Parlimen untuk tiga negeri Melayu, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, dalam persempadanan semula kawasan Parlimen, dan dalam masa sama, membanyakkan kerusi-kerusi pengundi campuran, sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Tionghua, yang menyelamatkan BN daripada kalah mengejut di peringkat persekutuan.
Tetapi, yang lebih menjolok mata ialah penderaan Dr Mahathir kepada beberapa penerbitan popular berbahasa Melayu -- Harakah, mingguan Eksklusif dan majalah dua kali sebulan Detik -- yang dikira telah menyumbang kepada kekalahan Umno, termasuk tumbangnya kerajaan Terengganu dan peningkatan mendadak pengaruh PAS di Kedah, terutama di kerusi-kerusi majoriti pengundi Melayu.
Tiga bulan selepas PRU1999 itu, akhbar Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu sejak pertengahan 1990 (Harakah mula diberikan permit penerbitan dalam kekerapan sekali seminggu pada Mac 1987) menerima hukuman cukup keras.

PAS perlu berjaga-jaga!

Oleh SELENA TAY
WALAUPUN negeri Kelantan masih kekal berada di bawah pentadbiran PAS selepas PRU13, PAS perlu ambil perhatian terhadap perkara ini sebab kemenangan tersebut diperolehi dengan jumlah kerusi yang kurang berbanding dengan pilihan raya pada tahun 2008. Kajian yang teliti dan menyeluruh perlu dibuat untuk mengetahui sebab-musabab mengapa dan kenapa PAS telah kalah dalam beberapa kerusi di Kelantan.

PAS tidak harus berasa terlalu yakin sebab corak pengundian berubah dari masa ke semasa. Jika kehilangan kerusi itu disebabkan oleh pengundi hantu atau pengundi yang telah mendapat kerakyatan segera, maka kawalan di pusat mengundi harus diperketatkan lagi dengan memberikan latihan/ kursus yang lebih mantap kepada ejen parti sebelum pilihan raya.
Apa yang lebih parah ialah jika terdapat peralihan sokongan kepada BN dan jika begitu halnya maka sebab-sebabnya perlu diketahui, dikaji dan jalan penyelesaiannya perlu dicari dengan secepat mungkin supaya sokongan ini akan berbalik kepada PAS pada masa depan.
Satu jawatankuasa khas perlu ditubuhkan oleh PAS Kelantan atau PAS Pusat untuk memberi tumpuan kepada perkara ini. Usah leka atau berlengah-lengah. Isu ini perlu dipandang serius oleh para pemimpin PAS dan ditangani dengan secepat mungkin.

PKR Congress: Khalid accepts 'stingy' criticism, promises to improve

Pekerja CIMB jadi Hamba: Nazir Razak dipilih CEO terbaik di Malaysia

Nurul-Tony Q&A on KLIA2 lying to save Najib's face

Black 505: Jika semua boleh undi, 60% sokong Pakatan - Mat Sabu

Khalid : Sultan Selangor sudah perkenan senarai Exco


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan kepada senarai calon Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018.
  
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sehubungan itu majlis angkat sumpah jawatan Exco akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang, Khamis ini pada pukul 9.30 pagi.
  
"Saya akan terus berjumpa wakil parti politik dari Pakatan Rakyat Selangor selepas ini untuk memberitahu senarai calon yang diperkenankan baginda ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.
  
Abdul Khalid berkata Sultan Selangor turut memberi perkenan baginda kepada pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
  
Ditanya sama ada pelantikan Exco dibuat berdasarkan komposisi 4:3:3 iaitu empat daripada Pas dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR, Abdul Khalid berkata perkara itu akan diumumkan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik berkenaan.

Chegu Bard: Jika SPR Terus Membisu, Kita Tuju Ke Dataran Merdeka


PETALING JAYA, 27 MEI: Rakyat yang membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus bersedia untuk turun ke Dataran Merdeka sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus tidak menghiraukan dakwaan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU 13.
flags suara rakyat 505 pj 01Desakan itu dibuat penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, Himpunan Kemuncak Suara Rakyat 505 yang diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini Sabtu lalu
“Jika Wan Ahmad membisu, jika Aziz membeku, jika SPR buat pekak badak, rakyat akan menuju ke Dataran Merdeka,” kata beliau dan disambut teriakkan bersemangat lebih 50,000 perserta perhimpunan tersebut.
Beliau merujuk kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang sebelum ini didesak supaya meletakkan jawatan mereka ekoran perjalanan PRU 13 yang tempang dan cacat.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sebelum itu turut membayangkan satu lagi perhimpunan akan diadakan di Dataran Merdeka selepas ini.
“Cukup setakat ini dahulu, dan Insya-Allah kita akan bertemu di Dataran Merdeka selepas ini sehinggalah tuntutan-tuntutan kita dipenuhi oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) dan SPR,” ujar beliau.
Menurut beliau lagi, sekiranya rakyat tidak bangkit menentang penipuan dan penyelewengan tersebut, perkara yang sama akan terus berlaku di masa akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR disabotaj petugas sendiri?


KUALA LUMPUR: Penafian yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Wan Ahmad Wan Omar dengan mendakwa gambar kejadian ‘black out’ di satu pusat pengiraan undi merupakan satu lakonan akhirnya memakan diri.
Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail tampil mendedahkan bahawa gambar yang didakwa lakonan itu sebenar-benarnya berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi daripada PAS.

“Ia bukan lakonan dan ramai saksi boleh tampil memberikan pengakuan mengenai kejadian tersebut,” kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) kepada Harakahdaily.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pengakuan itu mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian lampu padam tersebut benar-benar berlaku dan bukannya lakonan dan ia terjadi di banyak tempat.

Soalnya, kata beliau siapakah yang betul dan siapa pula yang berlakon, justeru bagaimana Wan Ahmad tidak mendapat gambaran dan maklumat sebenar mengenai kejadian tersebut.

“Apakah pegawai-pegawai SPR yang membekalkan maklumat kepadanya memberikan maklumat yang salah dengan tujuan mahu menjatuhkan reputasinya atau sebagai suatu tindakan jahat bagi menyingkirkannya?

“Bagaimana pula Datuk Wan Ahmad tidak kenal pakaian rasmi petuga SPR serta kotak yang dibekalkan sendiri oleh SPR dalam gambar tersebut?” tanya beliau lagi.

Menurutnya, mungkin keadaan terlalu gelap yang menyukarkan Wan Ahmad mengenali petugasnya serta kotak bekas kiraan undi yang SPR miliki.

Jika begitu, ujarnya bagaimana perkiraan Wan Ahmad dengan keadaan petugas parti yang terpaksa bergelap dan berpanas untuk mengira undi pada hari itu.

Black 505: Kita bersatu tumbangkan BN- Majlis Syura PAS

Negara perlu disusun semula dari alif, ba, ta


Serius, negara kita wajar disusun semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang ‘sustainable’ dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan jika tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara yang berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak kemajuan dunia masakini.
Keyakinan terhadap semua institusi demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi sama ada kita ini akan maju ke tahap dunia pertama atau berundur dan mengelongsor ketahap kerajaan dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan menyerang dan merobohkan semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisian, undang-undang dan berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal dalam sebuah negara yng sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe, Mali, Congo dan lain-lain.

Jatuhnya kewibawaan sesebuah negara dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya. Di negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja rakyat kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa. Sudah tiada pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan negara kita ke tahap yang pernah kita alami dahulu.

Dulu negara kita adalah negara yang paling hampir kepada tahap dunia pertama dan negara maju sejurus kita mencapai kemerdekaan dahulu. Pencapaian kemajuan yang dimaksudkan bukannya dari segi pembangunan fizikal semasa itu, tetapi sikap dan suasana kepimpinan semasa itu jauh lebih baik dari masa sekarang. Dulu kepimpinan kita begitu masyhur dengan kewibawaan sebagai pemimpin sebuah negara yang cepat mencapai tahap negara maju.

Sedarlah, kerajaan BN didukung 47% undi PRU13


KUALA LUMPUR: AMK Pulau Pinang mengecam pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat hari ini yang terdiri daripada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su, Setiausaha PKR Perak, Anuar Zakaria, Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus dan Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang, Ong Eu Leong.

“Pendakwaan mereka di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) dilihat bermotif politik dan dengan tujuan untuk menekan rakyat daripada terus menuntut hak mereka sebagai warga yang bebas dan demokratik,” ujar Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan.


Katanya, Menteri Dalam Negeri yang baru harus sedar bahawa kerajaan yang mereka tubuh hanya didukung oleh 47% pengundi pada PRU13.

Hakikatnya, kata beliau 51% pengundi memilih Pakatan Rakyat dan Manifesto Rakyat.

“Saya seru Menteri Dalam Negeri dari Barisan Nasional agar menghormati kehendak rakyat ini. Hentikan kegilaan dan sikap angkuh pimpinan Barisan Nasional,” ujarnya yang Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang.
Katanya, segala perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat selaras dengan semangat Perlembagaan.

Saksi RCI: Pegawai JPN didakwa kes penipuan

Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negarai di Putrajaya merupakan antara individu yang ditahan dan didakwa atas tuduhan penipuan, ekoran pembongkaran satu skim menjual kewarganegaraan di Lahad Datu, Sabah pada tahun lalu.
Seorang saksi polis hari ini memberitahu suruhanjaya siasatan dirajaya berhubung imigran di Sabah bahawa pegawai JPN tersebut, yang dinamakan sebagai Kamaruddin Idris, ditahan di sebuah hotel pada 25 Mei tahun lalu.

Ketua jabatan siasatan jenayah komersial Lahad Datu Abdul Satal Mad Buraisal juga dalam keterangannya berkata satu sindiket telah meminta pendatang asing Filipina membayar antara RM2,500 hingga RM4,000 untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia.

"Mereka dijanjikan resit kad pengenalan sementara namun perkara ini tidak berlaku, lalu mereka membuat laporan polis,” katanya dalam persidangan RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Pegawai penyiasat CCID Tawau, yang mengetuai serbuan tersebut memberi keterangan bahawa 10 orang warga Pakistan, didakwa menjadi “mangsa” sindiket berkenaan, turut ditahan namun kemudiannya dibebaskan tanpa didakwa, katanya.

Antara barangan yang dirampas dalam operasi tersebut termasuk borang permohonan kad pengenalan asli, yang sebahagiannya telah diisi.

Anwar: Najib tidak pernah tandatangan perjanjian sebelum pilihan raya


PETALING JAYA, 27 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hari ini Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menandatangani perjanjian damai yang dibroker oleh bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum 2013 dan hanya menawarkan perjanjian verbal untuk berlawan secara adil dan menghormati keputusan pilihan raya.
Beliau mengatakan tidak sepertinya, perdana menteri tidak mempunyai “keberanian” untuk menandatangani perjanjian yang secara fizikalnya diadakan sebelum penamaan calon pada 20 April.
“Najib mengatakan beliau bersetuju (dengan perjanjian) akan tetapi beliau tidak menandatanganinya kerana saya tahu beliau tidak bermaksud untuk melakukan perjanjian itu,” kata Anwar (gambar) dalam satu sidang akhbar di sini.

Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tidak letak jawatan, kata Mat Sabu


Para peserta yang turut hadir perhimpunan #Black505 di Tapah malam tadi. — Gambar oleh Tajuddin JawadTAPAH, 27 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu.
Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” tambah beliau lagi.
Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi.
Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?

PKR Mula Failkan Petisyen 29 Kerusi Minggu Depan

SPR tipu suara rakyat 505 pj 01
PETALING JAYA, 27 MEI: Bermula minggu ini, PKR akan mula memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 di 29 kerusi parlimen berhubung kepincangan yang berlaku dalam proses pengundian.
Petisyen tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.
Demikian menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ucapannya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin yang membanjiri Himpunan Kemuncak Suara Rakyat 505 di Padang Timur MBPJ Sabtu lalu.
Rafizi turut menempelak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menurutnya diperkudakan oleh Umno-BN.
“Kalau rakyat beritahu ada penipuan, mereka (SPR) patut cakap… baik rakyat, kami akan siasat seadil-adilnya, susah sangat ke nak cakap macam itu?
“Kalau ketagih sangat nak jadi ahli politik, letak jawatan sekarang juga, jangan jadi Timbalan Pengerusi SPR,” kata Rafizi.

Isu 'blackout' : PKR tampil bukti


Rafizi Ramli PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan satu laporan polis telah dibuat pada hari pengundian 5 Mei lalu membabitkan isu "blackout" di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dengan pendedahan laporan polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut.

Menurutnya, aduan mengenai isu "blackout" turut diterima daripada rakyat yang dihantar melalui emel dan disertakan gambar kepadanya.

Beliau berkata, SPR tidak boleh memandang rendah terhadap laporan polis yang dibuat oleh rakyat kerana perkara itu adalah benar.

"Saya tak rasa rakyat berani nak buat laporan polis kerana ia adalah salah kalau tak benar.

"Hari ini saya dedahkan laporan polis seperti yang dicabar SPR.

"Jadi SPR perlu siasat mengenai laporan polis yang dibuat, walaupun satu tapi ini cukup membuktikannya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Tipu Dakwat Kekal: Anwar, Azizah buat laporan polis


Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail SHAH ALAM - PKR yang diwakili oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihatnya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Menurut makluman media yang dihantar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, laporan tersebut akan dibuat berhubung kegagalan SPR melaksanakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Laporan polis akan dibuat hari ini pada 12.30 tengah hari di Balai Polis Tropicana, berdekatan dengan ibupejabat PKR," katanya.

Segera: Format Laporan Polis Terhadap Penipuan Dakwat Kekal PRU13



Format Laporan Polis Seluruh Negara

Sila isi di ruang berkenaan



Saya (Nama Penuh), No Kad Pengenalan (No Kad Pengenalan Baru/Lama) telah mengundi di dalam PRU Ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi (Nama Daerah Mengundi) Parlimen (Nama Parlimen) pada jam (Jam Pagi/Petang) Saya basuh jari yang dicalit dakwat kekal pada jam hari yang sama mendapati semua dakwat yang dicalitkan pada jari saya telah habis tertanggal.

Saya membuat laporan ini untuk menyatakan dakwat itu tidak kekal. Ini bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia yang menyatakan dakwat itu kekal seperti peruntukan Undang-Undang Pilihanraya.

Ini adalah satu penipuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Sekian, terima kasih.