Selasa, 21 Mei 2013

Darul Runtuh : Insiden bumbung masjid runtuh di Hulu Terengganu

Tipu PRU: SPR wujud pasukan semak masalah dakwat kekal yang tidak kekal

Guan Eng mahu polis bertindak ke atas samseng politik

Sekumpulan penyokong pro BN mengasari kira-kira 30 peserta perhimpunan yang menuntut pembebasan Adam Adli di pintu depan USM malam tadi.

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu polis bertindak ke atas  samseng yang cuba mengganggu hak rakyat Malaysia untuk mengadakan perhimpunan nyalaan lilin menuntut pembebasan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Hamid malam tadi.
Beliau berkata, sekumpulan penyokong pro Barisan Nasional telah mengasari peserta perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30 orang termasuk dua wartawan iaitu Low Chia Ming dari Malaysiakini dan wartawan Nanyang Siang Pau Bryan Lai di hadapan Universiti Sains Malaysia.
Difahamkan pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari  turut dipukul ketika mengadakan nyalaan lilin bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, itu.
Rozaimin Khir Johari didakwa dipukul ketika upacara berlangsung di pintu depan universiti itu.
Lim yang juga Setiuasaha Agung DAP berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang mengutuk tindakan ganas penyokong-penyokong BN tersebut.
Katanya, laporan polis telah pun dibuat oleh kedua wartawan terbabit.
`Polis tidak ambil tindakan’
“Amat menyedihkan apabila polis cawangan khas yang hadir tidak pun mengambil tindakan terhadap samseng-samseng tersebut. Saya akan menulis surat kepada Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk mendesak supaya tindakan diambil terhadap samseng-samseng ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terkini : Lensa perhimpunan untuk Adam Adli di Jinjang..






Adakah Zahid rabun dengan media pro BN?

KUALA LUMPUR: Mata Datuk Seri Zahid Hamidi hanya celik kepada media tidak pro BN yang melaporkan perkara yang betul, yang membahayakan BN.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pencapaian yang tidak baik oleh BN pada PRU13 kerana adanya portal, blog, media baru yang menjadi pengimbang berita untuk menjawab fitnah dan pembohongan televisyen yang dikuasai oleh BN.


“Maklumlah orang baru dapat kuasa, mula hendak tunjuk taring. Menjadi kehairanan kepada kita kenapa Malaysiakini yang diberi amaran,” ujarnya kepada Hrakahdaily.

Beliau berkata, jika apa yang dilaporkan tidak betul, maka boleh dibuat pendakwaan di mahkamah, bukan bercakap dengan penuh emosi.

“Apakah beliau marah dengan keputusan PRU13? Adakah beliau marah kepada media yang banyak melaporkan berita di Kementerian Pertahanan dahulu seperti isu kapal selam, komisyen kapal selam, enjin jet hilang dan sebagainya?


“Apakah etika kewartawanan Zahid pakai?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau bertanya, kalau belasah dan fitnah pembangkang, maka ia dianggap beretika, maka melaporkan berita yang menyemarak perkauman adakah beretika.

Tipu PRU: SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal.....terbukti SPR menipu dakwat tidak kekal...!!!

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas tidak kekal lama selepas dicalit.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13' untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.

Beliau berkata pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.

Pasukan itu juga akan meneliti hasil ujian yang telah dibuat sebelum dan selepas dakwat itu dihantar ke Malaysia.

"SPR menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seseorang pengundi namun penggunaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti politik, calon dan pengundi bahawa dakwat kekal itu tidak kekal lama melekat di jari pengundi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata pasukan khas itu dijangka menyiapkan penyiasatan dalam tempoh sebulan dan ia diharap dapat membantu SPR mengenal pasti perkara-perkara yang menyebabkan dakwat itu tidak kekal lama di jari selepas dicalit.

GST: Rakyat Tidak Setuju Kerana Menambah Kos Sara Hidup

gst grafik 01
SHAH ALAM 21 MEI :Rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Pusat untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini.
Mohd Nazri Rahmat,51Bagi Mohd Nazri Rahmat, 51, cukai GST hanya akan menambahkan beban yang sedia ditanggung oleh rakyat dan seharusnya Kerajaan Persekutuan menyemak semula sistem ini supaya tidak menekan golongan berpendapatan rendah.
“Sebagai negara membangun, kita tak dapat elak daripada cukai, cukai pendapatan, GST dan lain-lain yang digunakan untuk pembangunan rakyat.
“Saya tak setuju kerana barangan seharusnya bebas daripada sebarang cukai.
“Saya ingat cukuplah dengan pelbagai cukai, tak payah bebankan orang lagi,” katanya ketika ditemubual TVSelangor di sekitar Shah Alam hari ini.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bercadang untuk memperkenalkan cukai GST sebanyak 7 peratus dengan menjadikan Singapura sebagai model perlaksanaan cukai berkenaan.

Kumpulan pro Adam Adli dihentak topi keledar oleh samseng politik


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang didakwa terlibat dalam serangan ke atas kumpulan pro Adam Adli di Sungai Dua, Pulau Pinang malam tadi.
Menurut Pegawai khas Ahli Parlimen Bukit Bendera, Rozaimin Elias, dia dapat mengecam wajah Norman kerana dia tidak memakai topi keledar seperti rakan-rakannya yang lain.

Rozaimin merupakan salah seorang yang dikasari ketika mengadakan perhimpunan nyalaan lilin bagi mendesak pembebasan Adam di pintu masuk Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.

Menurutnya, kira-kira 10 hingga 15 lelaki menaiki motosikal dengan memakai baju berlogo 1Malaysia datang ke tempat mereka berhimpun dan mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu, Rozaimin berkata dia diserang dan dihentak dengan topi keledar.

"Mereka datang buat kacau dan jerit-jerit suruh kami pulang. Mereka kata himpunan itu menimbulkan suasana tidak tenteram padahal kami bukan ganggu lalu lintas pun.

"Salah seorang itu, memang saya cam, bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Samseng Politik: Polis sahkan terima laporan wartawan dipukul


 
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan kes wartawan dipukul ketika membuat liputan di perhimpunan lilin anjuran pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim di Jalan Sungai Dua malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihaknya telah menerima dua laporan daripada petugas media akhbar Cina Nanyang Siang Pau dan berita portal Malaysiakini, masing-masing pada pukul 12.20 tengah malam dan 2.20 petang tadi.

Katanya setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat penganjuran himpunan itu mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

"Kita harap perkara ini tidak dijadikan spekulasi oleh mana-mana pihak kerana siasatan akan dijalankan dan menasihati orang ramai bertindak bijak dalam menyuarakan pendapat kerana banyak saluran yang boleh digunakan," katanya ketika ditemui pemberita dalam program Kepolisan Berprofil Tinggi di Kompleks beli belah Bukit Jambul, di Goergetown hari ini.

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji 3 kali ganda...rakyat terus merempat dalam kemiskinan.

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. — Bernama

Pesta 505 Bagi Mendedahkan Penipuan PRU ke-13

s
KUALA LUMPUR, 20 MEI: Satu Pesta Suara Rakyat 505, ‘Himpunan Bantah Penipuan PRU13′ akan diadakan 25 Mei ini bagi mendedahkan bukti penipuan yang di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Jurucakap Suara Rakyat 505, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, menegaskan pesta tersebut bagi mencari demokrasi yang digelapkan pada 5 Mei lalu.
Ia akan diadakan secara aman di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) depan Amcorp Mall di sini.
“Kami Suara Rakyat 505 tidak ada kena mengena dengan Malaysia Spring. Asas kita adalah demokrasi. Kita turun ke jalan untuk mencari demokrasi.
“Malaysia Spring adalah taktik perang saraf (psy-war) orang yang takut kepada suara kebangkitan rakyat,” katanya dalam sidang media di Dewan Himpunan Cina (KLCAH).
Badrul Hisham berkata himpunan tersebut tiada kaitan dengan ura-uara bahawa akan berlaku gerakan ‘Malaysian Spring’ bagi menggulingkan kerajaan persekutuan Umno-BN.
Jelas Badrul Hisham, Suara Rakyat 505 bakal disertai hampir 48 badan bukan kerajaan (NGO).
Himpunan tersebut mempunyai tiga teras utama iaitu mendesak supaya pengerusi dan ahli jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas kegagalan menguruskan PRU-13 secara telus.
SPR baru juga perlu ditubuhkan dibawah bidang kuasa Parlimen dan pemilihan jawatankuasa melalui persetujuan rakyat secara majoriti.
Teras kedua adalah mengadakan pilihan raya semula di kawasan yang terbukti berlaku penipuan pilihanraya tanpa mengira parti mana yang menang di situ sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

RAKAMAN GAMBAR BAPA ADAM ADLI BERJUMPA DENGAN ANAKNYA DALAM LOKAP


BIARKAN GAMBAR BERBICARA.

Rakaman gambar yang mengisahkan seribu bahasa...Terima Kasih kepada pihak PDRM kerana mengizinkan bapa kandung Adam Adli berjumpa dengan anaknya.

Kelihatan Adam Adli sihat dan bersemangat sekali...itu kata-kata bapa Adam Adli kapada rakyat.

Api selalu mencakar dan mengaum saat dipercik air

Oleh Nik Mohamad Abduh
Segar jiwa saya membaca ratusan komen yang pro dan kontra, panas dan cool daripada anak-anak muda terutamanya. Terima kasih..
Api selalu mencakar dan mengaum saat dipercik air. Saya hanya percikkan air, bukan menyimbah untuk memadamkan api kemarahan anak muda.

Bacalah beberapa kali pesan yang pendek itu. Ia mengandungi nasihat yang bagus. Saya menulis pasal 'spring', bukan himpunan bantah kezaliman. Bukankah telah acap saya menulis menyokong himpunan aman? Himpunan aman yang besar dan aman perlukan persetujuan rasmi kompinen parti dan pemantauan yang lebih.
Takuti provokasi tak terkawal oleh musuh PR yang sentiasa mahu mengotorkan reputasi PR yang cintakan keamanan dan kesejahteraan hidup.
Saya menulis pasal 'spring', bukan hal Adam Adli atau kezaliman pemerintah terhadap aktivis pelajar an rakyat. Pemuda PAS telah pun buat kenyataan rasmi yang konsisten perihal penangkapan beliau.
Solidariti DPPM untuk Adam Adli.
Pemuda PAS bersama anak muda berada di barisan hadapan menentang penyalah gunaan kuasa dan undang-undang yang membunuh hak dan kebebasan rakyat.
Beruntunglah bumi ini, dijadikan Allah antara panas dan cooooll..

Tiada kerajaan 'minority' akan bertahan lama

Apa yang hendak dihairankan jika ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan mempersoalkan hal kepimpinan dalam kerajaan minoriti yang ada pada hari ini? Di mana-mana negara pun jika kerajaannya dipimpin oleh kerajaan minoriti keadaan seperti yang sedang dihadapi oleh BN sekarang adalah kejadian biasa.
Itulah sebabnya kita melihat banyak kerajaan menubuhkan kerajaan campuran. Kerajaan Britain sekarang adalah kerajaan campuran apabila tidak ada parti yang menang secara mutlak. Kerajaan Australia adalah kerajaan campuran selama satu penggal yang lalu dan akan mengadakan pilihanraya lagi pada September nanti.
Tiada parti yang mendapat kemenangan yang tipis, boleh bertahan dan apa yang dihadapi oleh BN hari ini adalah keadaan yang sama dan dijangka tidak akan bertahan lama. Dalam memperbetulkan keadaan ini, semua pihak terutamanya kepada pihak yang menang dengan kerusi yang kecil itu mesti melakukannya secara baik dan jujur dan pertimbangannya hanyalah terhadap kesejahteraan rakyat sahaja, dan tidak yang lain.
Jangan ada pertimbangan yang lain dari itu kerana jika ada pertimbangan lain ia sudah pasti akan membantutkan usaha penyatuan itu. Apabila ada perundingan dan perbincangan ia wajar meletakkan kepentingan negara lebih dari yang lain. Jika PM Najib mahu melakukan perundingan itu beliau perlu tegas dan tidak mudah digoyang oleh elemen-elemen ugutan dari dalam UMNO itu sendiri.

Sekarang nyata memilih Perdana Menteri secara ‘convention’ iaitu seorang Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri sudah jelas tidak lagi ‘feasible’. Ini di sebabkan UMNO sudah tidak mampu lagi mewujudkan kepimpinan yang ber ‘consequence’ untuk negara kita.

TGNA: Kita pegang kerajaan bukan nak cari makan, tapi nak cari pahala

Police defend use of handcuffs during Adam Adli's arrest

Black 505 takes Malay heartland by storm (at 6.30pm)

Kedah Black 505: Be sensitive to the people - Mahfuz tells Zahid

Bebas Adam Adli, tenang di KL kecoh di Penang

Tidak salah untuk mempersoalkan kerajaan minoriti BN, kata Guan Eng kepada Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Rakyat Malaysia berhak mempersoalkan mengapa sistem pilihan raya negara membenarkan kerajaan minoriti terus berkuasa, kata Lim Guan Eng hari ini sambil menyelar tindakan autokratik dan keras kerajaan menghukum mereka yang berani bertingkah.
Lim juga turut mengecam Menteri Dalam Negeri yang baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana meminta rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara agar berhijrah serta mencabar naib presiden Umno itu untuk berdebat dengannya sehari penuh di parlimen, dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang ataupun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua menteri Pulau Pinang itu turut menggelar Ahmad Zahid sebagai “bongkak” dan hanya berani di depan media dan kemera TV BN untuk menyelar rakan-rakan beliau dari PR.
“Adakah beliau berani untuk berdebat secara terbuka dengan saya atau Lim Kit Siang atau pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menunjukkan sama ada kenyataannya yang ekstremis dan memecahbelah itu bersifat demokratik dan sebahagian daripada rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya umum,” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid menimbulkan kontroversi minggu lalu apabila menulis di dalam akhbar milik Umno Utusan Malaysia mengatakan rakyat Malaysia yang tidak berpuas dengan kemenangan BN kerana sistem “first past the post” boleh berpindah ke negara lain.
“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” tulis Ahmad Zahid.
“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” tambah beliau lagi.
Lim Guan Eng: Jemput Ahmad Zaid Hamidi berdebat pemimpin Pakatan. — Gambar failPilihan raya 5 Mei menyaksikan perpecahan golongan bandar-luar bandar Malaysia.
Walaupun pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, BN masih lagi memerintah negara dengan 133 kerusi Parlimen berbanding PR yang hanya mendapat 89 kerusi.
“Rakyat ada hak untuk menyoal demokrasi jenis apa yang ada di Malaysia yang membenarkan kekuasaan minoriti ke atas majority,” kata Lim.
“Sebalik memberi jawapan kepada tuntutan umum terhadap reformasi pilihan raya supaya menghormati pinsip ‘satu orang, satu undi, satu nilai’, Ahmad Zahid mengambil pendekatan autokratik dan keras bagi menghukum mereka yang berani bertingkah,” tambah beliau lagi.

Tipu PRU: SPR berselindung di sebalik undang-undang - Asmuni

KUALA LUMPUR: PAS sedang mengumpul bukti secara terperinci berhubung dakwaan terdapatnya penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada Pilihan Raya Umum (PRU13),  Mei lalu.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, bukti itu perlu bagi mengemukakan petisyen untuk kerusi Parlimen dan Dun yang dikesan wujudnya penipuan.

"Kebanyakan kes menunjukkan mahkamah tidak bersedia untuk mengubah peraturan yang ada," katanya kepada Harakah.

Pindaan terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002), ujarnya, menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-­mana pihak.

Ujarnya, pada 2002 hakim pernah membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Likas (Sabah) dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan dan daftar pemilih tersebut tidak bersih dengan dicampur aduk orang yang tidak sepatutnya mengundi.

"Apa yang berlaku selepas itu, SPR mengambil iktibar daripada keputusan mahkamah, undang­undang dipinda dengan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah," jelasnya.

Adam Adli cetus perpaduan kaum tahap tertinggi

Ada apa dengan nama Adam Adli...sehingga beribu-ribu rakyat Malaysia membantah penahanannya oleh Polis DiRaja Malaysia. Berbagai kaum dari segenap lapisan masyarakat sedang berhimpun bagi menuntut supaya Adam Adli dibebaskan daripada tuduhan menghasut.

Dari rakyat biasa sehinggalah pemimpin masyarakat yang bergelar ahli parlimen turut hadir memberi sokongan kepada para hadirin. Tembok perkauman berjaya diruntuhkan oleh Adam Adli. Melayu,Cina dan India bersama-sama mengadakan demonstrasi aman bagi membebaskan Adam Adli.

Dalam ucapannya, Ambiga menegaskan bahawa barisan peguam sedang berusaha untuk membebaskan Adam Adli.

Pastinya Adam seorang pelajar yang matang dan tahu akan setiap perkataan yang dituturkannya. Entah di mana silapnya sehingga dia didakwa menghasut dalam satu ceramahnya tentang peristiwa 13 Mei. Video ceramah beliau yang didakwa mengandungi hasutan ada di sini.



Pasca PRU13: Cina, Melayu, India, Kadazan mahu keadilan

Mengapa kaum Cina disalahkan? Kenapa bangkitkan isu Tragedi 13 Mei, perangi bahasa lain selain bahasa Melayu, syor ditutup SJKC dan SJKT? Apa telah terjadi dengan Najib Tun Razak, Umno dan BN selepas PRU13? Ikuti pandangan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Hu Phang Chaw mengenai perkara ini, ketika ditemubual wartawan kanan AZIZ MUDA pada 16 Mei lalu.

WARTAWAN: Najib Tun Razak kata BN kalah teruk sebab “Tsunami Cina”. Apa komen saudara?
HU PHANG CHAW: Saya nak tanya balik kepada Dato’ Seri Najib dan kepada Umno- BN, apakah kemenangan PAS di Kelantan itu juga kerana “Tsunami Cina”? Calon-calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam PRU13 lalu di seluruh negara sama ada di kawasan Melayu, di kawasan Cina dan di kawasan India, bukan sahaja disokong oleh orang Cina, tetapi oleh semua bangsa.
Di Selangor contohnya, terdapat banyak kawasan majoriti pengundi Cina yang ditandingi calon Melayu tetapi dimenangi calon Melayu. Banyak juga di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi calon Cina dan dimenangi calon Cina.
Kalau dikatakan “Tsunami Cina”, kenapa saya yang bertanding di kawasan Parlimen Ayer Hitam di Johor tak menang?

Jika setakat itu popular, Umno gagal – TG Nik Aziz


KUALA LUMPUR: “Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini yang melaporkan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa Umno paling popular termasuklah di Kelantan,” tulis Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi facebook beliau. Justeru, bagi bekas Menteri Besar Kelantan itu, popular atau tidak, itu bukan soal utama.

Beliau menegaskan, kebenaran tidak semestinya popular.

Bahkan, jelas beliau lagi, Rasulullah SAW di Mekah tidak popular tetapi setibanya di Madinah, baginda terus menjadi popular.

“Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi Umno dan Barisan Nasional, siang malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja Umno popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat Umno,” ujar beliau lagi.

PKR dakwa pegawai SPR buka beg kertas undi tanpa perintah Mahkamah

 
Seorang pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.
Ketua AMK Ketereh Mohd Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibuka dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Dalam keputusan Pilihan Raya 2013, pengakhiran untuk politik perkauman bermula..UMNO@BN makin rasis dan hilang sokongan..!!!

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pilihan Raya 2013 menunjukkan sistem politik perkauman Malaysia runtuh di bawah kesan pembandaran dan realiti pemerintahan majority Melayu, satu pendapat dalam Wall Street Journal mencadangkan hari ini.
Datuk Seri Najib Razak juga dilihat lebih popular dari Umno, dan seharusnya membantu menyambut perubahan “yang tidak boleh dihentikan” dan bergerak dari politik perkauman, tulis wartawan Hong Kong Philip Bowring dalam akhbar kewangan berpengaruh itu.
Akan tetapi penulis tersebut mengatakan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat terhadap Umno, masih kuat walaupun telah bersara dari politik pada 2003 dan turut mengetuai kritikan terhadap Najib.
“Tiket perkauman masih kuat di tangan Encik Mahathir, arkitek pemodenan ekonomi yang taksub dengan jenis teori kaum dibentangkan dalam bukunya The Malay Dilemma yang diharamkan pada tahun 1960an,” tulis Bowring.
Beliau mengatakan kritikan terhadap Najib hari ini disebabkan perdana menteri dikatakan terlalu banyak mengalah kepada etnik Cina akan tetapi tidak menerima undi sebagai balasan. Dalam Pilihan Raya 2013, majoriti daripada etnik kedua terbesar itu telah mengundi menentang Barisan Nasional (BN).
Dalam ucapan kemenangannya pada awal pagi 6 Mei, Najib secara terbuka mengakui kurang mendapat sokongan daripada masyarakat Cina dan mengatakan keputusan terburuk BN dalam sejarah pilihan raya itu adalah kerana “tsunami Cina”.
Perdana menteri keenam negara itu dikecam kerana menggunakan kaum untuk mengkategorikan corak pengundian dalam pilihan raya di mana penganalisis mengatakan ianya bukan “tsunami Cina” akan tetapi jurang antara bandar-luar bandar.

Dakwat kekal konspirasi halus penipuan PRU13


KUALA LUMPUR: Penggunaan dakwat kekal yang diperkenalkan dalam PRU13 baru-baru ini didakwa sebagai satu elemen untuk menimbulkan konspirasi yang dibuat secara halus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi tertentu termasuklah BN.

Dakwaan itu terbukti apabila seorang pemuda, Mohd Fadhli Khaharruddin berasal dari Kuantan mengakui telah mengundi dua kali.

Tindakannya itu menguatkan lagi dakwaan bahawa wujud ruang manipulasi yang mendorong kepada penipuan pada PRU13 lalu.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu dakwat kekal adalah isu pokok bagi sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

"Untuk memastikan pilihan raya bersih dakwat mesti kekal, tempoh kekal dakwat itu sebagaimana dijamin oleh SPR iaitu kekal sehingga lima hari, maka tidak akan berlaku penggundian dua kali sepertimana yang berlaku pada anak muda di Kuantan hari ini,"katanya kepada Harakahdaily.

Pasca PRU13: PKR sedia terima kritikan dari perwakilan Kongres

Turut dijangka panas ialah isu konflik pelantikan Menteri Besar Selangor dan kuota barisan Exco negeri yang masih belum selesai sehingga kini.

PETALING JAYA: PKR bersedia menerima sebarang kritikan jika wujud isu panas yang akan dibangkitkan perwakilan Kongres pada Jumaat dan Sabtu (24 dan 25 Mei) ini.
Bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), antara isu yang dijangka akan timbul adalah mengenai pemilihan calon pilihan raya umum (PRU) 13, pertindihan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat, serta kekalahan kerusi yang dipertandingkan.
Turut dijangka panas ialah isu konflik pelantikan Menteri Besar Selangor dan kuota barisan Exco negeri yang masih belum selesai sehingga kini.
“Perwakilan bebas untuk mengutarakan apa saja cadangan atau isu.
“Tiada sekatan kerana PKR adalah parti demokrasi,” kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada FMT.
Beliau bagaimanapun yakin perwakilan PKR akan membahaskan usul dengan matang selaras dengan usia pergerakan parti itu yang mencecah 14 tahun.
Ditanya kesesuaian tarikh kongres yang berlangsung pada ketika bahang PRU masih belum reda, Saifuddin berkata parti itu tidak ada pilihan kerana perlu mematuhi syarat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Menurut Saifuddin, PKR sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan pada Disember tahun lalu namun terpaksa menangguhkannya untuk fokus kepada persediaan PRU 13.
`Kita terpaksa tangguh’

Wan Muhammad Azri nafi dirinya 'Papa Gomo'...Walaupun telah ditahan reman selama 3 hari sebagai 'Papa Gomo'..!!!


Papa Gomo
KUALA LUMPUR - Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.

Wan Muhammad Azri, 30, menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan semalam di Mahkamah Tinggi di sini berkata alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman itu juga bukan miliknya dan beliau tidak pernah mengenali Anwar secara peribadi.

Beliau turut menafikan pernah menyiarkan sebarang perkataan atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar serta tiada sebarang niat jahat untuk merosakkan reputasi Anwar sepertimana didakwanya.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong telah menetapkan 5 Jun untuk pengurusan kes.

Hentikan penganiayaan politik, bebaskan Adam Adli segera

(Kenyataan bersama pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat)

Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersama untuk mengecam tindakan Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa pihak polis dengan melakukan penganiayaan politik (political persecution) ke atas Adam Adli serta menuntut supaya Adam Adli dibebaskan dengan segera tanpa sebarang syarat.
#BebaskanAdamAdliPihak polis pada 18 Mei telah menahan Adam Adli berdasarkan Seksyen 4 dalam Akta Hasutan dan pada hari 19 Mei aktivis mahasiswa tersebut sekali lagi ditahan mengikut Seksyen 124(B) Kanun Keseksaan yang menyabitkan kesalahan terhadap sesiapa yang “menjejaskan demokrasi berparlimen”.
Malah, polis juga telah menggeledah pejabat dan kereta Adam Adli untuk kononnya, mencari bukti kes. Tindakan-tindakan Barisan Nasional berjumlah kepada suatu penindasan terhadap Mahasiswa dan sekali lagi menjadi bahan lawak kepada negara-negara demokrasi di seluruh pelusuk dunia.
Artikel 10 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak rakyat Malaysia untuk bersuara, berhimpun serta berpersatuan. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara ini dan harus dipertahankan oleh setiap rakyat Malaysia.
Tindakan polis yang menangkap Adam Adli tanpa sebarang sebab boleh disifatkan sebagai tidak menghormati hak rakyat Malaysia dalam menggunakanhak-hak perlembagaan mereka. Adam Adli yang berucap dalam ceramah “13 Mei – Hari Bangsa Malaysia, Selamatkan Demokrasi!” hanya memberikan pandangan yang munasabah dan berpatutan dengan menyeru rakyat Malaysia berhimpun untuk memprotes pilihan raya yang kotor.
Seruan beliau tidak melampuai hak-hak yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, tidak berunsur hasutan dan tidak mempunyai motif-motif untuk menjejaskan demokrasi berparlimen kerana kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Akta Hasutan yang digunakan untuk menahan Adam Adli jelasnya melanggari hak asasi manusia dan tidak menghormati prinsip perlembagaan khususnya kebebasan untuk bersuara.
Akta sedemikian patut dihapuskan dan tidak patut disalahgunakan untuk menzalimi rakyat biasa. Kredibiliti Najib sekali lagi dipersoalkan kerana beliau pernah menyarankan untuk menghapuskan akta ini pada tahun 2012. Ini menunjukkan bahawa Najib hanya bersandiwara dan tidak mempunyai niat politik untuk menghapuskan undang-undang yang langsung tidak mematuhi semangat ketertinggian perlembagaan.
Janji Najib bukan sahaja tidak ditepati, malah dimungkiri oleh beliau sendiri juga. Sebenarnya tindakan undang-undang harus diambil terhadap individu yang membakar sentimen perkauman seperti Ibrahim Ali yang kononnya ingin membakar kitab Injil, Zulkifli Noordin yang mencemur penganut Hindu ataupun bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mengeluarkan hujahan orang Cina akan dibalas dendam.

PRU13 tipu: Zahid perlu tengok dahulu dokumen


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia masih cintakan negaranya dan tidak bersedia menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.
“Negara ini masih mempunyai payung tertingginya dan rakyat masih menghormati perlembagaan serta Yang di-Pertuan Agong sebagai payung negara,” ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Justeru, beliau yakin pihak penganjur Himpunan ‘Black 505’ sedar perkara tersebut dan tahu keterbatasan undang-undang untuk mereka lakukan rampasan kuasa.

Isunya, kata beliau adalah penyelewengan dan penipuan dalam sistem pilihanraya umum ke 13.

Justeru, kata beliau seeloknya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meneliti dokumen yang didedahkan oleh Rafizi Ramli mengenai bagaimana penipuan yang dijalankan semasa PRU13.

Tambahnya, seribu satu penyelewengan telah dikenal pasti dan sedang dikumpulkan oleh pihak beliau dan akan dibawa ke mahkamah sedikit masa lagi.

Selain Rafizi, ujar beliau Zahid sebaiknya melihat sendiri bagaimana peranan media utama sebagai ejen propaganda paling ampuh kepada BN semasa kempen PRU13.

Lebih ramai ‘Adam Adli’ akan muncul selagi pilihan raya tidak bersih, kata pemimpin muda Pakatan

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Penangkapan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dibawah Akta Hasutan adalah disebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) takut dengan kebangkitan rakyat menentang keputusan Pilihan raya 2013, kata pemimpin pemuda Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Pemuda ketiga-tiga parti komponen PR daripada PAS, PKR dan DAP menegaskan, penentang keputusan pilihan raya lalu bukan hanya semata-mata Adam Adli, sebaliknya terdapat lebih ramai yang menyokong beliau demi mahukan keputusan pilihan raya yang bersih.
“Selagi pilihan raya yang bersih dan adil tidak dikembalikan kepada rakyat, maka lebih banyak Adam Adli akan bangkit dan lawan tetap lawan demi negara Malaysia!” kata kenyataan berkenaan yang dikeluarkan bersama Ketua Dewan Pemuda PAS, dan ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP Teo Kok Seong yang juga ahli Parlimen Rasah; dan Ketua Angkatan Muda PKR  Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga ahli Parlimen Bukit Katil.
“BN harus diingatkan bahawa bukan sahaja Adam Adli seorang sahaja yang menentang pilihan raya yang kotor, malah beliau akan disokong oleh rakyat jelata yang menginginkan pilihan raya yang bersih dan adil,” kata mereka lagi.

Tipu PRU: Pemuda dakwa SPR benar mengundi dua kali

Seorang pemuda berusia 23 tahun dari Kuantan mendakwa beliau berjaya mendapat kertas undi untuk kali kedua selepas menanggalkan dakwat kekal di jarinya.
Mohd Fadhli Khaharruddin dalam laporan Sinar Harian berkata, beliau bagaimanapun tidak memasukkan kertas undi berkenaan ke dalam peti undi dan seterusnya membuat laporan polis untuk menunjukkan kelemahan proses pengundian tersebut.

Laporan itu menyebut, beliau pada awalnya mengundi pada kira-kira jam 10.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei.

Beliau kemudiannya kembali ke pusat pengundian sama pada jam 1.15 petang selepas menanggalkan dakwat kekal.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya dalam laporan itu.

Katanya, beliau menanggalkan dakwat berkenaan dengan mudah dengan hanya menggunakan peluntur dan sabun.

Beliau menerima set kertas undi kedua tetapi tidak menanda kertas tersebut, katanya lagi.

Laporan Sin Chew Daily pula menyebut, beliau keluar dari pusat pengundian tersebut dengan membawa kertas undi berkenaan dan membuat aduan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bertugas yang merampas kertas undi terbabit.

Katanya, beliau membuat laporan polis pada jam 4.15 petang pada hari berkenaan, dan polis kemudiannya menghubunginya sebanyak dua kali untuk merakam kenyataannya.

Ambiga Mahu Berundur Dari Bersih 2.0 - BULETIN 13

Outrage in Sabah over 40/yo marrying teen he allegedly raped

YB Ust. Khairudin At-Takiri - Ceramah & Jamuan Kesyukuran PAS Temerloh

YB Ust. Nik Abduh - Ceramah & Jamuan Kesyukuran PAS Temerloh

YB Ust Marzuk Sya'ari - Ceramah & Jamuan Kesyukuran PAS Temerloh

Vigil for Adam Adli smooth in KL, chaos in Penang

'No comment' on status of unelected cabinet members

Suara Rakyat 505 : Dedah Bukti Demokrasi Mati - BULETIN 13

Budaya Politik Samseng Mengakar Dalam Pergerakan Pemuda UMNO dan sekutu

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor menyelar kejadian serangan yang dilakukan oleh hampir 10 orang yang dipercayai anggota Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan sekutu mereka ketika acara himpunan 'candle light vigil' untuk menyatakan rasa solidariti kepada Saudara Adam Adli di Pulau Pinang malam tadi.


Tindakan menyerang masyarakat prihatin yang hadir menyokong pembebasan Saudara Adam Adli adalah samseng, keterlaluan dan tidak ubah seperti binatang yang bertindak tanpa akal rasional. Kejadian ini sekaligus membuktikan bahawa budaya politik samseng sudah mengakar dalam Pemuda UMNO.
AMK Selangor cukup yakin kejadian ini tidak akan mendapat perhatian pihak polis yang akan terus menjadi aparat pemerintah untuk mempertahankan kekuasaan mereka. Justeru kita menggesa Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Saudara Khairy Jamaluddin segera mengambil tindakan yang tegas terhadap anggota Pemuda yang terlibat dalam kejadian malam tadi. Tambah pula, sebagai Menteri Belia, beliau wajar memastikan golongan belia khususnya dalam Pemuda UMNO melaksanakan agenda membanteras tindakan samseng yang kini mengakar dalam Pemuda UMNO.
Harapan kita, budaya politik baru yang menolak asas gangsterisme menjadi asas kepada pembentukan lanskap politik yang lebih baik. Semoga budaya politik samseng menjadi cemuhan masyarakat dan tidak diwariskan kepada mana-mana organisasi kepemudaan di Malaysia.
Salam perjuangan,
Hamsah Djabir

"I am Rosmah Mansor and I need a favour"

Almost everyone with an email account would have received an email by someone claiming to be a family member of a recently toppled corrupt leader, requesting to solicit a huge stash of funds in return for a lucrative commission.
"I am Rosmah Mansor and I need a favour"In recent years, names of Iraq's Saddam Hussein, Libya's Muammar Gaddafi, Tunisia's Zine El Abidine Ben Ali and a host of other tinpot African dictators who had quietly left their seats of power, have been invoked in such emails, which are actually sent in bulk by financial scammers hoping to dupe potential victims into parting with their money in return for millions of dollars promised to them.
But in the past few days, a name familiar to Malaysians - Rosmah Mansor (pic), wife of prime minister Najib Razak - has been added to one such email.
A reader who received the email, written in Bahasa Malaysia under the subject 'Agenda Penting' (Important Agenda), alerted Harakahdaily.
It begins with the familiar friendly introduction, and then goes on to repeat the same old story of a secret bank account in Switzerland and the difficulty of transfering hundreds of millions of dollars.
"There have been too many stories and I am aware that the current political situation is no longer favourable to me. One wrong move and I could lose whatever I have worked for," writes "Rosmah", in the email dated May 19, 2013.

Antara masuk Kota Makkah dan bertapak di Putrajaya


TUMPAT: Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (627 Masihi) umat Islam yang diketuai Nabi Muhammad saw hampir berjaya memasuki Kota Makkah,  namun di saat akhir dihalang Quraisy Makkah.

Halangan Quraisy akhirnya berjaya diredakan dengan perjanjian damai yang dinamakan Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani umat Islam dan Suhail bin Amru mewakili musyrikin Quraisy.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man berkata, dalam jangka panjang, perjanjian itu memberi impak positif terhadap perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab.

Katanya, situasi yang berlaku pada perjanjian Hudaibiyah hampir serupa dengan keadaan pada pilihan raya umum lalu, apabila Pakatan Rakyat hampir menjejaki Putrajaya.

“Allah belum bagi lagi memberi peluang untuk membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut memasuki Kota Makkah biar pun baginda sudah bermimpi menjejaki Kota Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah.

“Begitu juga dengan apa yang berlaku pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat sudah hampir bertapak Putrajaya namun ditangguhkan seketika sehingga menjelang PRU ke-14 nanti,”  katanya pada ceramah anjuran PAS Tumpat di tapak Pasar Raya Bilal di sini malam kelmarin.

Kepala bapak kau ....


ADA satu adegan dalam filem Do Re Mi yang dilakonkan P. Ramlee dan AR Tompel. Latarnya di pejabat buruh, keduanya sedang bertekak dengan hujah ‘kepala bapak’. Sekonyong-konyong datang seorang kutu yang meletakkan dua cebis kertas ke lantai.

“Hah ni kepala bapak kau, ni pulak kepala bapak aku. Ha pijak lah!” lebih kurang begitulah katanya. Situasi akhirnya meruncing dan pergaduhan dalam skala lebih besar pun bermula.

Pada zaman itu, barangkali permainan kepala bapak ini kelakar dan mengundang ketawa. Hari ini pun mungkin di sekolah rendah, masih lagi ada anak-anak yang main ‘bapak’. Dikutuknya nama bapa orang ini, kemudian dibalas dengan kutukan tentang bapa orang itu. Secara dasarnya, permainan kepala bapak ini amat sinonim dengan segala yang kebudak-budakan.

Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia telah mengutuk kenyataan sombong Menteri Dalam Negeri yang baru. Zahid Hamidi dengan bongkaknya menyuruh sekalian rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem sedia ada di negara ini supaya berhijrah keluar dari Malaysia, dan pergi ke negara yang mengamalkan sistem yang mereka suka.

Akta Perhimpunan Aman, Adam Adli dan 'Black505'

Mohammad Faizal Che Yusof,
MENGIMBAU kembali 29 November 2011, setelah dibahaskan hanya beberapa jam dengan penyertaan hanya beberapa orang ahli Dewan Rakyat, rang undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan dengan protes besar-besaran oleh wakil-wakil dari Pakatan Rakyat.

Menuruti penggubalan Akta Perhimpunan Aman, (Akta 736) pula ialah pindaan kepada Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memasukkan beberapa peruntukan baru termasuklah Seksyen 124B iaitu peruntukan berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Rang Undang-undang Kanun Keseksaan 2012 yang mencadangkan pindaan Kanun Keseksaan tersebut yang telah dibentangkan untuk bacaan pertama pada persidangan Dewan Rakyat April 2012 lalu adalah sejajar dengan pengenalan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Turutan-turutan penggubalan undang-undang di atas telah dibuat tanpa melalui satu proses awam yang menimbulkan rasa tidak puashati banyak pihak. Ia dilihat dibuat secara tergesa-gesa dan itulah trend penggubalan undang-undang kita.

Apakah kesan penggubalan undang-undang di atas? Dalam memperkasakan kuasa dan penyertaan rakyat jelata dalam menentukan halatuju Negara, rantaian undang-undang di atas sebenarnya telah memberi kelebihan yang cukup baik kepada pemerintah dan lebih-lebih lagi kepada parti yang menguasai kerajaan.

Parti menguasai kerajaan kini mempunyai senjata yang ampuh untuk berhadapan dengan anasir-anasir yang dirasai mampu menggugat kedudukan mereka. Itulah apa yang saya fikir dari pemerhatian isi perundangan yang digubal.

Tema hitam di Kongres PKR pada 24 dan 25 Mei ini


KUALA LUMPUR: Kongres Nasional PKR ke-9 akan diadakan pada 24 dan 25 Mei ini bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
 
Kongres PKR kali ini membawa warna tema hitam dengan slogan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat’ simbol kebangkitan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, lapor KeadilanDaily.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menyampaikan ucaptama pada hari Sabtu jam 8.30 pagi sekaligus merasmikan kongres itu.

Perasmian bersama Kongres AMK dan Wanita akan disempurnakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada hari Jumaat jam 2 petang.

Pendaftaran boleh dibuat bermula jam 10 pagi. Dijangka lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati serta jemputan khas dari luar negara akan hadir.

Pasca PRU13: Mengapa Pakatan Rakyat kalah di Negeri Sembilan

Bahagian 1
ANALISA : Kekalahan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berpunca daripada penolakan majoriti masyarakat Melayu terhadap calon-calon PAS dan PKR yang umumnya bertanding di kawasan Melayu.
Pakatan Rakyat tewas di semua lima kerusi parlimen majoriti Melayu iaitu Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Tampin dan Jelebu. Tiga kerusi parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah merupakan parlimen kawasan bukan Melayu yang mana pengundinya melebihi dari 50% iaitu di Rasah, Seremban dan Telok Kemang.
Manakala untuk kerusi Dewan Undangan Negeri, Pakatan Rakyat kecundang di kesemua 22 kerusi majoriti Melayu, kecuali di DUN Sikamat yang menang dengan hanya majoriti kecil iaitu 510 undi.
Hanya satu kerusi yang majoriti bukan Melayu yang sepatutnya memihak kepada Pakatan Rakyat tetapi tersungkur di tangan Barisan Nasional iaitu di DUN Jeram Padang yang ditandingi oleh T Kumar dari PKR. Kekalahan ini disebabkan Kumar bukan calon tempatan sebaliknya orang Kuala Lumpur.
Faktor bukan calon tempatan juga mengakibatkan PKR kehilangan DUN Ampangan sementara PAS gagal menang di DUN Klawang serta DUN Senaling.
Ke semua calon PKR dan PAS di tiga DUN ini walaupun berasal dari Negeri Sembilan tetapi sudah lama menetap di Kuala Lumpur atau Lembah Kelang dan hanya turun ke Negeri Sembilan jika ada mesyuarat, aktiviti atau program parti.

Already 'King of Bullies', what more does UMNO want?

When Utusan Malaysia posed the question,”What more do the Chinese want?” it occurred to me that the same question could be asked to UMNO, “After winning GE-13, what more does UMNO want?”
UMNO has proven herself as singularly the most powerful political party in Malaysia by winning 88 parliamentary seats. The Election Commission and the blackouts have all successfully played their part in ensuring that UMNO won. What more does UMNO want?
Already 'King of Bullies', what more does UMNO want?Her trusted cousin, Taib Mahmud, remains the Chief Minister of Sarawak just as her brethren, Musa Aman, remains the Chief Minister of Sabah. UMNO managed to retain Perak and prevented Terengganu and Johore from falling to the Opposition. Moreover, UMNO also managed to grab back Kedah. What more does UMNO want?
Ghani Othman has successfully been sacrificed together with Ali Rustam. Najib is still the ‘most beloved PM”, or at least thats what has been portrayed by the “I LOVE PM” placards! What more does UMNO want?
UMNO can form the government and nobody is in the position to stop her from gifting any post to anyone. UMNO can start stealing and siphoning off the rakyat’s money as usual for the next four to five years and nobody from the authorities will ever bother. What more does UMNO want?
UMNO is also free to change her president and nobody outside UMNO will be able to interfere with that. What more does UMNO want?
UMNO Simply Wants To Gratify Her Lust
UMNO leaders have urged the opposition to accept the election results with open hearts and focus on the welfare of the country. But as usual, UMNO will never walk the talk. UMNO wants everything under the sky as far as Malaysia is concerned. Winning GE13 is simply not enough. UMNO is not only greedy; it is full of lust, hatred and other carnal desires.
But how can UMNO win at all if it is inherently bad? UMNO is corrupt to the core and has never tried to improve or amend her shortcomings. UMNO thinks that she is always right and perfect. UMNO refuses to look into the mirror and scrutinize herself.
Now that UMNO has successfully reduced the power of the Chinese in BN by making sure that Gerakan and MCA can now close shop, she should be happy that the Malays have now finally become the ‘Tuan’ (master). UMNO should be proud that she has been able to prove to the world that she indeed has successfully accomplished “Ketuanan Melayu” (Malay Supremacy) with the 88 parliamentary seats. UMNO should be able to boast to the Malays that she is indeed the saviour of the Malays! But because of her insatiable lust for power, UMNO remains unhappy.
Why Hate the Chinese So Much?

Penahanan Adam Adli: Pembantu khas Zairil dipukul samseng "Syaitan Dikenali"


 Zairil Khir Johari SHAH ALAM - Pembantu khas kepada Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari dipukul ketika mengadakan "candlelight vigil" bagi memberi sokongan kepada aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim, malam tadi.

Zairil yang dipetik dari laman sosial Twitter mendakwa pembantunya itu, Rozaimin Khir Johari dipukul ketika upacara berlangsung di pintu depan Universiti Sains Malaysia (USM), Sungai Dua, Pulau Pinang.

"Baru dapat laporan pembantu khas saya @Rozaimin dipukul oleh samseng-samseng yang menyerang candlelight vigil bebaskan Adam Adli di USM," katanya.

Sabtu lalu, Adam Adli ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula.

Model GST Singapura Tak Relevan Untuk Malaysia, Hanya Bantu Orang Kaya


PETALING JAYA, 21 MEI: Menjadikan pengutipan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) di Singapura sebagai model tidak bersesuaian berikutan pendapatan perkapita rakyat negara ini jauh lebih rendah berbanding Singapura.
wong-chen-pcMengenakan GST sebanyak tujuh peratus seperti yang dibayangkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini juga membimbangkan kerana bercanggah daripada kadar empat peratus seperti yang dicadangkan Kementerian Kewangan sebelum ini.
“Menjanjikan penurunan cukai korporat dan cukai pendapatan untuk off-set GST hanya membantu orang kaya.
“Dalam erti kata lain, plan GST BN adalah regresif dan pada dasarnya akan melihat majoriti rakyat membayar lebih cukai daripada minoriti kaya,” kata Pengerusi Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR,  Wong Chen dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Merchant Square semalam.
Menurut Wong Chen, Idris juga gagal memaklumkan keadaan sebenar Singapura ketika melaksanakan GST pada 1994 tidak terus mengenakan tujuh peratus, sebaliknya hanya mengenakan tiga peratus, dinaikan kepada empat peratus pada 2003 dan hanya 13 tahun kemudian pada 2007 barulah mencapai tujuh peratus.
Menurut Wong Chen yang juga merupakan Ahli Parlimen Kelana Jaya itu, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha membaiki kelemahan asas cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah sekaligus mampu mengurangkan defisit negara.
Menurut beliau kelemahan asas cukai berpunca daripada fakta bahawa pendapatan majoriti rakyat Malaysia adalah masih rendah sekaligus berada di bawah paras had pembayar cukai.
Pada April tahun lalu, kerajaan menangguhkan lagi bacaan Rang Undang-Undang GST buat kali ketiga selepas pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat sejak tahun 2009.

Himpunan Black 505 Kedah di Kota Sarang Semut malam ini

Ipoh 1KEDAH 21 MEI: Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.
Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.
Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.
Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis.
Orang ramai yang berkelapangan diajak turut serta pada Himpunan Black 505 malam ini.

GST: Kerajaan Najib tamatkan tempoh berpantang mereka


KUALA LUMPUR: Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal diperkenalkan,  kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagi beliau, kerajaan BN yang baru dibentuk  Najib ini tidak sabar-sabar untuk membalas dendam mereka kepada rakyat yang banyak menolak mereka.

"Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru," tulis beliau.


GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?!

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad


Telah berakhir tempoh PM Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (UBN) untuk ‘berpantang’ menahan nafsu amarah mereka untuk ‘menggasak’ rakyat negara ini.

2. Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru.

3. Setelah memenangi kembali Putrajaya, dengan pilihanraya yang sangat dipertikaikan pelbagai pihak kerana sarat dengan penipuan, Najib sudah tidak segan-silu lagi untuk melakukan apa yang dianggapnya ‘agenda tertangguhnya’.

4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan oleh kerajaan Najib dalam tahun 2013 ini dan telah diwar-war oleh Datuk Seri Idris Jala kononnya akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun. Apa tidaknya kalau mereka sanggup mencekik rakyat dengan kadar 7% cukai!

5. Najib dan Idris Jala juga perlu terangkan kepada rakyat kerana yang akan membayar cukai ini adalah rakyat bahkan semua lapisan rakyat termasuk yang kaya dan juga yang miskin atau berpendapatan rendah. Apabila mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan tersebut selagi barangan itu bukan dalam kategori ‘sifar cukai’ atau ‘zero-rated’, bermaksud GST tetap dikenakan.

PAS: Zahid sudah tunjuk taring jantan



 
Datuk Seri Zahid Hamidi terus dikritik kanan dan kiri ekoran tulisannya di akhbar Umno Utusan Malaysia yang menggesa pihak yang enggan menerima sistem pilihan raya berpindah ke negara lain, kali ini oleh Pemuda PAS.

Sayap kanan parti Islam itu menyifatkan Zahid membuat kenyataan angkuh dan bongkak walaupun baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, bertukar portfolio dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pertahanan.

"Baru seminggu dilantik sebagai menteri dalam negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan (kanan).

Zahid sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Setelah diasak hebat, beliau semalam memberikan amaran kepada Malaysiakini yang memberitakan tulisannya di Utusan supaya berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.

'Belajarlah dari Khairy'

Kerajaan Haram: Abu Zahar enggan ulas lantikan kabinet 'haram'

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang enggan mengulas lantikan lima anggota kabinet yang bukan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Marilah kita melihat ke hadapan...," katanya selepas mengangkat sumpah sebagai yang dipertua dewan itu bagi penggal yang kedua.

Beliau diminta mengulas berhubung lantikan lima anggota kabinet yang bukan anggota Parlimen dan belum mengangkat sumpah sebagai senator.

Mereka yang dilantik: Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kwan (kedua-duanya menteri di Jabatan Perdana Menteri), serta tiga timbalan menteri, iaitu pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan) dan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan (kementerian Wilayah Persekutuan).

"Saya akan membetulkan keadaan mengikut prosedur dan peraturan. Dan banyak lagi senator yang akan mengangkat sumpah di hadapan saya.

"Saya akan meneliti perkara tersebut," kata Abu Zahar lagi.

Kebabsahan lantikan kelima-lima mereka itu sebelum ini ditimbulkan oleh tokoh parlimen DAP Lim Kit Siang mendakwa ia dibuat secara haram kerana hanya wakil Dewan Rakyat dan senator boleh dilantik menyertai kabinet.