Ahad, 19 Mei 2013

Penangkapan Adam Adli cetus kebangkitan anak muda

SAMMEkoran penahanan Adam Adli, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan memastikan kebangkitan anak muda berada di kemuncaknya. SAMM menyifatkan penangkapan Adam sebagai pencetus terbaik memandangkan mood rakyat yang marah dengan penafian demokrasi melampau oleh kerajaan pemerintah.
Ucapan berapi Adam Adli di pentas anjuran SAMM dan SMM 13 Mei lalu telah membawa kepada penahanan beliau semalam di Bangsar Utama. Adam Adli telah dibawa ke Balai Polis Jinjang atas dakwaan akta hasutan dan kemudian disumbat ke dalam lokap di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang.
SAMM bersama hampir 100 aktivis rakyat telah berkumpul dan menunjukkan solidariti terhadap Adam Adli di hadapan lokap yang dihuni oleh beliau sepanjang malam tadi.
Hari ini, pihak polis dengan pantas mendapatkan perintah reman ke atas Adam Adli selama 5 hari. Ini satu penindasan terhadap anak muda yang bersuara bagi pihak rakyat majoriti.
Kemarahan Adam terhadap penipuan PRU-13 telah mempengaruhi ucapan beliau untuk menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya. Seruan Adam Adli telah disambut dengan gegak gempita oleh hampir 3 ribu hadirin di KLSCAH yang juga didengari oleh 250 ribu pendengar radio secara live.

Pasca PRU13: Rakyat sudah buat pilihan...!!!!


PRU13 Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu jelas. Barisan Nasional (BN) diisytiharkan menang di 133 kerusi Parlimen, mendapat kembali semua negeri yang ditadbirnya, di samping berjaya merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat (PR).

Pakatan pembangkang pula memenangi 87 kerusi, dengan mengekalkan pentadbirannya di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaupun ia hilang negeri jelapang padi itu kepada BN, PR berjaya muncul untuk membuktikan kekuatannya di banyak kawasan yang sebelum ini menjadi kubu BN, terutama Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Walaupun pencapaian kali ini dari segi kerusi dibandingkan dengan prestasi 2008 di mana BN mendapat 140 kerusi, suka atau tidak, pemimpin-pemimpin BN perlu berpuas hati kerana ini bukan sekadar membuat BN dapat mempertahankan semua negeri yang dimenangi pada 2008, bahkan yang lebih penting baginya ialah telah mengembalikannya ke Putrajaya, tempat yang diidam-idamkan oleh PR.

Bagaimanapun, setelah keputusan PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu diumumkan, wujud pelbagai persepsi, terutama mengenai siapa
yang popular dan siapa yang tidak?

Keadaan ini menjadi lebih mengelirukan apabila pembangkang mendakwa mereka memenangi sebahagian besar hati rakyat berdasarkan peratusan sokongan yang diterima dalam proses pengundian itu.

Berdasarkan perkiraannya setelah mendapat keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PR mendakwa ia menikmati 52 peratus undi popular, berbanding 47 peratus, yang didapati oleh BN.

Sejauh manakah perkiraan dan dakwaan ini betul dan boleh diterima sebagai hakikat?

Berdasarkan kiraan Sinar Harian, jumlah keseluruhan undi yang diterima bagi kerusi Parlimen, BN mendapat undi sebanyak 5,307,538, manakala PR 5,636,605 dan bagi kerusi Dun pula BN memperoleh undi sebanyak 4,731,794 dan PR 4,978,019.

Pesanan Dari Adam: Kuatkan semangat, teruskan perjuangan

Vigil_AdamAdliKUALA LUMPUR, 19 MEI : Meskipun direman selama lima hari, namun aktivis mahasiswa Adam Adli sempat menyampaikan pesanan kepada rakan-rakan yang bermalam di luar Lokap Berpusat Jinjang dan pihak yang menyokongnya di seluruh negara.
“Kuatkan semangat. Teruskan perjuangan,” pesan Adam yang disampaikan melalui peguam Latheefa Koya hari ini.
Sejak malam tadi, kira-kira 30 aktivis mahasiswa dan NGO berkampung di hadapan Lokap Berpusat Jinjang untuk memberikan sokongan kepada Adam Adli.
Kumpulan tersebut turut menyalakan lilin tanda solidariti selain berkempen melalui laman twitter dengan menggunakan hashtag #BebaskanAdamAdli.
Nik_JidanManakala buskers Nik Jidan dan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip turut membacakan puisi sambil diperhatikan ole kira-kira 20 anggota polis berpakaian biasa.
Mereka turut mendirikan khemah, namun diarahkan Polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk diturunkan kira-kira jam 12.30 pagi.
Difahamkan, solidariti nyalaan lilin bagi menyatakan sokongan kepada Adam Adli akan diteruskan jam 8 malam ini di Lokap Berpusat Jinjang.
Adam direman selama lima hari sehingga Khamis, 23 Mei dan disiasat dibawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, 13 Mei lalu.

Analisis awal Jabatan Pilihanraya PAS Johor PRU13

 Dun Sg Abong PAS (Dr Syeikh Ibrahim Salleh) 14084 BN 10271 Menang majoriti 3813
Dun Puteri Wangsa PAS(Ustaz Abdullah Husin) 20357 BN 16888 Menang majoriti 3469
Dun Maharani PAS (Dr Mohamad Taslim) 12731 BN 9595 Menang majoriti 3136
Dun Pt Yaani PAS (Hj Aminolhuda Hassan) 11278 BN 10090 Menang majoriti 1188

Dun Gambir PAS (Dato' Dr Mahfodz Mohamed) 8395 BN 8705 Kalah majoriti 310
Dun Mahkota PAS (Khairulfaizi Ahmad Kamal) 18323 BN 19431 Kalah majoriti 1108
Dun Pemanis PAS (Normala Sudirman) 8976 BN 10305 Kalah majoriti 1329
Dun Tenang PAS (Md Zin Johar) 6335 BN 7921 Kalah majoriti 1586
Dun Sg Balang PAS (Malik Mohd Diah) 8081 BN 9716 Kalah majoriti 1635
Dun Senggarang PAS (Dr Ramli Md Kari) 9285 BN 11368 Kalah majoriti 2083
Dun Nusajaya PAS (Salahudin Ayub) 20965 BN 23166 Kalah majoriti 2201
Dun Serom PAS(Azmi Ahmad) 9354 BN 11618 Kalah majoriti 2264
Dun Endau PAS(Ust Azam Abd Razak) 6073 BN 9183 Kalah majoriti 3110
Dun Bkt Permai PAS( Mazlan Aliman) 7867 BN 11236 Kalah majoriti 3369
Dun Buloh Kasap PAS(Firdaus Mas'od) 6078 BN 9448 Kalah majoriti 3370
Dun Pulai Sebatang PAS(Ungku Mohd Noor Mahmod) 10142 BN 13554 Kalah majoriti 3412

Terdapat 12 Dun yang PAS tandingi di Johor kali ini kalah dengan majoriti tipis dan memperolehi lebih 40% undi. Dun Bkt Permai adalah Dun yang peratusan keluar mengundi paling tinggi di Johor iaitu 90.10%.

Sejumlah 292,588 pengundi telah mengundi PAS berbanding 408,776 pengundi mengundi BN. Jumlah ini adalah merangkumi 40.76% keseluruhan pengundi di DUN PAS bertanding. Ini adalah peningkatan sejumlah 7.9% berbanding PRU 12.

Isu perkauman yang dieksploitasi secara terancang dikenalpasti antara punca utama undi melayu menyokong BN.

Menurut Mazlan Aliman, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor telah diamanahkan mengetuai Jawatankuasa Postmortem PAS Johor bersama pasukannya akan membentangkan hasil bedah siasat dalam tempoh 1-2 bulan lagi.

Selangor: Bekalan air bersih Syabas tidak cukup, bukan sumber air


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyeru Kerajaan Pusat supaya memberi keutamaan kepada menyelesaikan penstrukturan semula industri air bagi membolehkan kerajaan negeri memulihkan keadaan perkhidmatan pembekalan air yang tidak terurus sepanjang di bawah Syabas.

Seruan ini dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang mengakui bekalan air bersih tidak mencukupi.

Kenyataan ini mengesahkan kenyataan awal kerajaan Selangor sebelum ini bahawa keutamaan perlu diberikan kepada bekalan air terawat bukan air mentah, kata Khalid dalam kenyataannya.

Bagi beliau, kekurangan bekalan air terawat adalah kerana kelemahan penyelenggaraan loji-loji rawatan air, keadaan paip air yang kurang memuaskan serta kegagalan Syabas mengadakan sistem logistik yang berkesan dalam menyalurkan air kepada pengguna.

Ini ditambah dengan kegagalan Syabas menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 33 peratus kepada 15 peratus pada 2012 seperti yang dipersetujui dalam perjanjian perswastaan, katanya.

"Ia juga merupakan sebab yang sama mengapa Langat 2 bukan penyelesaian kepada masalah air. Penyelesaian yang lebih berkesan adalah dengan memastikan operator air cekap dan berkesan," tegas Khalid dalam kenyataannya.

PRU13, kemenangan milik siapa?

Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM AHMAD LUTFI
HARAPAN lebih 50 peratus rakyat Malaysia secara umumnya tidak kesampaian pada 5 Mei lalu apabila keputusan PRU13 memihak Barisan Nasional (BN) pada peringkat Persekutuan apabila memperoleh majoriti mudah 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang mendapat 89 kerusi Parlimen.


Begitu juga di negeri-negeri seluruh Malaysia kecuali Sarawak (yang telah mengadakan pilihan raya negeri sebelum ini) yang mempamerkan prestasi BN mampu mengekalkan kuasa di sembilan buah negeri selain merampas semula Kedah yang sebelum ini dikuasai oleh Pakatan, manakala Pakatan dapat mengekalkan kemenangan bergaya di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dengan majoriti 2/3 di kesemua negeri yang dikuasai mereka. Sekali imbas, BN dapat mengekalkan pengaruhnya di kebanyakan tempat di Malaysia walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi dakwaan dakwat kekal yang “tidak kekal”, pengundi Bangla, ‘blackout’ dan sebagainya selain berdepan tentangan yang amat sengit daripada lawannya oleh Pakatan melalui kempen-kempen yang telah dijalankan sepanjang 15 hari kempen pilihan raya yang disifatkan sebagai “ibu segala pilihan raya”.
Namun hakikat yang perlu ditelan oleh BN ialah mereka sebenarnya kerajaan tidak popular buat pertama kali dalam tempoh 56 tahun Malaysia merdeka apabila statistik SPR menunjukkan undi popular BN hanya 46 peratus berbanding undi popular kepada Pakatan mencecah 50.3 peratus, fakta yang sebenarnya amat mengejutkan majoriti rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan kekuasaan BN yang tetap kekal di puncak kuasa.
Pakatan akan mengemukakan petisen terhadap SPR di mahkamah selepas keputusan PRU13 diwartakan kerana terdapat beberapa alasan yang munasabah bagi mencabar kemenangan BN di beberapa tempat. Siapakah sebenarnya menguasai PRU13 dan isuisu berkaitan yang menimbulkan kemelut yang kian menampakkan bibit-bibit keraguan antara kaum mula ditimbulkan.
Seperti biasa, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang sedia maklum merupakan akhbar “kempen” BN telah memainkan sentimen perkauman hanya dua hari selepas PRU13 iaitu memaparkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” dan “Pengundi Cina bersikap talam dua muka”. Hal ini sebenarnya mencabul etika akhbar yang menjadi santapan rakyat setiap hari.
Sewajarnya akhbar memainkan peranan sihat dan adil dalam melaporkan sesuatu berita kerana rakyat berhak tahu akan situasi sebenar yang berlaku, namun akibat sudah alah bisa tegal biasa, Utusan Malaysia dan Kosmo sudah tidak peduli akan semua itu dan terus sahaja memperalat perasaan rakyat Malaysia dengan menggunakan pendekatan prasangka buruk dan serkap jarang dalam setiap laporan yang dipaparkan.

Prestasi PAS Kelantan dalam PRU13

Oleh nik mohamad abduh
PAS menang di Kelantan adalah sebagaimana jangkaan awal. Kekalahan dengan tambahan kerusi kepada BN juga sudah dijangka. Tetapi PAS gagal dalam usaha mengurangkan jumlah kerusi dimenangi BN kurang daripada 10 kerusi.

PAS memenangi kerusi bandar, kerusi maju ilmu (kecuali Kok Lanas yang memiliki undi pos tentera yang besar di Kelantan), undi Cina dan yang paling ketara, undi anak muda dan perantauan. PAS memperolehi majoriti besar yang ketara di Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa, 3 kawasan yang padat, maju dan berpelajaran.
Aura TGNA adalah antara faktor utama yang boleh difahami dengan mudah. Faktor penindasan oleh Putrajaya terhadap Kelantan juga menjadi antara faktor utama selain persembahan pentadbiran kerajaan negeri yang berjaya mengurangkan kesilapan dan kesalahan walaupun berhadapan beberapa cabaran yang agak rumit.
Kekalahan dengan tambahan beberapa kerusi kepada BN adalah faktor bersifat tempatan. Di daerah selatan dan hulu seperti Gua Musang dan Jeli, PAS masih gagal memecah kebuntuan dengan kalah di semua kerusi DUN dan parlimen. Masyarakat di sana masih kurang pendedahan media baru yang menjadi senjata utama PAS memasuki setiap rumah. BN terus berjaya memerap pemikiran rakyat untuk kekal menyokong mereka.
Persembahan calon atau wakil rakyat terdahulu adalah juga menjadi faktor utama. Rakyat menunjukkan protes mudah dengan tidak mengundi calon tersebut atau parti sendiri. Ia tindak balas yang menjadi budaya politik rakyat Kelantan. Yang mengurangkan keketaraannya adalah kefahaman umat Islam Kelantan yang jelas dan sebati bahawa parti Islam perlu dijunjung dan parti sekular mesti ditolak.

Blackout 505 lambang bantahan dan kemarahan rakyat

Kenyataan-kenyataan pemimpin Umno-BN berhubung kegagalan parti itu mencatat prestasi cemerlang pada PRU13 pada 5 Mei lalu amat mengguriskan hati rakyat, apabila ia dikaitkan dengan sentimen perkauman. Keputusan PRU13 pula sememangnya tidak boleh diterima oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia penuh dengan penipuan.

Black 505 adalah lambang bantahan rakyat terhadap keputusan itu. Momentum ini pasti akan berterusan selagi SPR tidak menjawab segala pembongkaran penipuan yang dilakukan pada PRU13, malah sehingga PRU14. PAS dan Pakatan Rakyat juga akan turut mengemukakan petisyen pilihanraya daripada PRU13 pada 5 Mei lalu. Ikuti pandangan Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemubual wartawan kanan, AZIZ MUDA pada 13 Mei lalu.   

WARTAWAN: PRU13 baru-baru ini dikatakan tsunami Cina oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Bolehkah dibuat andaian seperti itu?


DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Kalau kita tengok keputusan PRU ke-13 baru-baru ini, langsung tidak menunjukkan orang Cina atau pengundi-pengundi Cina tolak Melayu. Sebaliknya, dalam PRU ke-13 pada 5 Mei lalu, orang-orang Cina melakukan perubahan politik dengan menolak MCA dan Gerakan kerana faktor dalaman parti-parti itu sendiri sehingga menyebabkan mereka sanggup memberikan undi kepada calon Melayu. Jadi kalau dikatakan PRU ke-13 itu adalah tsunami Cina, itu tak betul, malah kita nafikannya sama sekali.

Satu lagi, kalau tengok 7 kerusi Parlimen yang ditandingi calon Malayu lawan MCA dan MIC termasuk di Kota Raja, Parlimen Raub, Port Dikson dan Temerloh, juga di beberapa Dun termasuk Dun Beserah, Mentakab, banyak kawasan Cina, tetapi kaum Cina memberikan undi kepada calon Melayu. Di kawasan Dun Beserah contohnya, 80 peratus pengundi Cina, tetapi pengundi-gengundi Cina di kawasan itu memberikan undi kepada calon Melayu dari PAS. Yang ditolak oleh orang-orang Cina adalah calon Cina sendiri. Jadi tak timbul sentimen perkauman. Pengundi DAP tolak MCA dan Gerakan memang agak tinggi.

Jadi ini membuktikan tak timbul juga soal kuasa Melayu hilang. Sebaliknya undi yang diberikan oleh orang-orang Cina kepada Pakatan Rakyat itu adalah bagi menggantikan MCA dan Gerakan. Di Terengganu memang nampak berjaya kerana jelas kuasa Melayu tak hilang kerana di Terengganu itu sendiri adalah di kawasan Melayu, tetapi di kawasan-kawasan pengundi Cina, yang ditolak oleh pengundi-pengundi Cina itu bukanlah orang Melayu. Sebaliknya di kalangan kaum Tionghua, mereka memberikan undi kepada DAP bagi menggantikan MCA atau Gerakan.

WARTAWAN: Setelah gagal mencatat prestasi cemerlang, Umno-BN menyebarkan SMS perkauman pula.

DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN: SMS perkauman itu dialami oleh Timbalan Presiden PAS, saudara Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS, saudara Salahuddin Ayub. Pertama sekali, kita kecam keras SMS perkauman itu. Yang lebih kita kesali adalah tindakan menceroboh akaun-akaun peribadi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Dengan apa yang terjadi ke atas saudara Mohamad Sabu dan saudara Salahuddin Ayub itu menunjukkan sistem kawalan keselamatan akaun peribadi tidak selamat.

Jadi, kita minta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi menyiasat perkara ini. Bagaimana kejadian itu boleh berlaku? Bagaimana sistem kawalan keselamatan akaun peribadi boleh diceroboh oleh pihak tertentu? Kementerian Tenaga dan Komunikasi mestilah mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara itu. Mesej SMS perkauman yang tidak bertanggungjawab itu memag amat kita kesali dan kita kecam, tetapi pencerobohan akaun peribadi itu sebenarnya jauh lebih besar daripada mesej yang dihantar itu. Kita menentang keras elemen yang boleh mencetuskan api perkauman di negara ini.

Kita juga amat kesal dengan kenyataan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mohd Noor Abdullah seperti yang disiarkan dalam akhbar tempatan hari ini (13 Mei 2013). Kenyataan Dato' Mohd Noor Abdullah itu dilihat mempunyai nilai perkauman yang sangat tebal. Tak patut kenyataan seperti itu keluar daripada bekas hakim. Kita juga mengecam beberapa SMS dan kenyataan dalam fabebook yang mengangkat nilai perkauman, dengan mengatakan "Apa lagi yang Cina mahu." Itu adalah provokasi perkauman yang tak sepatutnya berlaku.

Satu lagi, kegagalan BN kali ini sebenarnya adalah hasil cetusan penanda asas yang belum selesai. Ini terutamanya dalam agama, ekonomi dan perkauman. Setiap kali pilihanraya, Umno-BN akan menggunakan isu agama, perkauman dan ekonomi. Isu-isu itu sengaja diangkat oleh mereka ekoran kegagalan mereka menyelesaikannya. Pada hal isu-isu itu adalah perkara pokok. Punca kegagalan BN menyelesaikan isu-isu itu kerana parti-parti yang berada dalam BN itu sendiri adalah berasaskan perkauman, termasuk Umno, MCA dan MIC. Inilah yang menyebabkan nilai-nilai perkauman tidak selesai.

Anwar: BN hanya mampu haramkan himpunan, rakyat tetap bersuara

dsai_penangGEORGETOWN, 19 MEI: Kerajaan BN hanya mampu mengharamkan perhimpunan, namun mereka sama sekali takkan boleh mengharamkan suara rakyat yang menolak kezaliman dan penipuan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kerajaan BN boleh haramkan himpunan. Tetapi mereka sama sekali tidak boleh mengharamkan suara rakyat, yang menolak kezaliman dan penipuan.
“Kajian ‘The Edge’ juga menipu. Mereka menipu dalam kajian yang menyatakan rakyat mahukan saya berundur.
“Tsunami rakyat Malaysia membuktikan mereka menentang keputusan pilihan raya yang tidak adil bagi mengekalkan kerajaan yang memerintah,” kata Anwar di hadapan lebih 50,000 hadirin yang membanjiri Padang Kota Lama, malam tadi.
“Saya akan tetap bersama rakyat untuk menentang BN yang menipu bagi mengekalkan kuasa mereka,” tegas Anwar lagi dengan tepukan gemuruh dan kibaran bendera.
Dalam pada itu kata Anwar, mustahil untuk Pakatan Rakyat menerima keputusan pilihan raya umum apabila hampir 30 kerusi meragukan dengan keadaan BN kekal di Putrajaya walaupun hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.
“Rakyat inginkan pilihan raya yang bersih dan adil. Kita menang dalam pilihan raya umum yang lalu. Saya tidak akan berundur,” tegas Anwar.

Buat apa bersara, Pakatan menang - Anwar



(Anwar berucap di hadapan lebih 60,000 peserta himpunan kesyukuran di Pulau Pinang)

GEORGETOWN: "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum   PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di hadapan 60 ribu rakyat Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi, Anwar menafikan apa yang disiarkan dalam laman Web The Edge beberapa hari sudah.

Laporan kononnya beliau dikehendaki bersara adalah palsu dan sengaja dibuat untuk melemahkan rakyat yang cintakan keamanan untuk menuju ke Putrajaya.

Walhal ramai pemimpin dunia jelasnya, hairan kenapa parti yang mendapat undi popular iaitu 51.78 peratus berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 48.22 peratus pula diberi kepercayaan  memerintah Malaysia.

Beliau menjawab, "Di Malaysia boleh jadi macam-macam" kepada soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang pemimpin dunia Islam.

Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang dalam kenyataanya lagi tegas apabila menyifatkan kemenangan 48.22 peratus BN pada PRU 13 lalu termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan Bangladesia.

Peniaga Cina kata boikot produk sesebuah komuniti adalah ‘perkauman’, akan gugat ekonomi


Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin berkata gesaan untuk memboikot barangan pengguna yang dihasilkan oleh syarikat kaum Cina adalah 'perkauman'. - Gambar-Gambar oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 19 Mei — Gesaan blogger pro-Umno dan beberapa kumpulan Islam untuk memboikot perniagaan Cina adalah bersifat perkauman dan akan membahayakan pertumbuhan ekonomi negara, kata ahli perniagaan Cina.
Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) berkembang sebanyak 4.1 peratus pada suku pertama tahun ini sebagai hasil daripada eksport yang lemah dan pertumbuhan perlahan dalam perbelanjaan awam, berbanding 4.7 peratus dalam tempoh suku yang sama pada tahun 2012 dan 6.4 peratus pada suku akhir tahun 2012.
“Bagaimana anda boleh kata boikot? Siapa yang akan rugi? Kerajaan dan rakyat Malaysia yang akan rugi,” kata Chen Kien Keong,
“Keutamaan sekarang ialah ekonomi... tidak ramai juga membayar cukai pendapatan,” katanya.
Hanya 10 peratus daripada penduduk bekerja di negara ini membayar cukai pendapatan.
Presiden Persekutuan Motor dan Kredit Kuala Lumpur dan Selangor, Khoo Kah Jin  berkata gesaan untuk memboikot barangan pengguna yang dihasilkan oleh syarikat kaum Cina adalah “perkauman”.
“Jika mereka memboikot barangan jenama Cina, Cina juga boleh memboikot jenama Melayu. Tapi apakah penyelesaiannya?,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Politik adalah politik. Ini semua barangan pengguna. Bagaimana boleh anda memboikot? Ketepikan politik,” kata Khoo.

Paul Low disaran jangan jadi alat kosmetik BN


Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 19 Mei 2013.

Paul Low tidak patut memakai budaya pembohongan BN dengan mendakwa bahawa ahli kabinet tidak patut mengisytiharkan harta seperti yang dilakukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana proses di Pulau Pinang itu tidak rasmi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Paul Low tidak seharusnya bertukar begitu cepat daripada Presiden Transparency International Malaysia kepada jurucakap BN dengan menggunakan budaya pembohongan BN apabila menerangkan kenapa ahli Kabinet tidak perlu menhisytiharkan harta secara umum. Paul Low telah berbohong apabila beliau menyatakan bahawa pengisytiharan harta Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli EXCOnya adalah tidak rasmi meskipun positif kerana pegawai yang gagal mengisytiharkan harta atau deklarasi yang dibuat tidak tepat dengan kekayaan seseorang, ia tidak dihukum.
Saya ingin mengingatkan Paul Low bahawa sewaktu beliau menjadi Presiden Transparency International Malaysia, beliau memuji pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana menjadi kerajaan yang pertama dalam Malaysia yang melakukan pengisytiharan harta secara umum. Sebalik menggunakan pendekatan serupa demi meningkatkan integriti di Kerajaan Persekutuan, kenapa pula beliau memiliki pendirian berlainan sekarang?

RIBUAN HADIR DI PERHIMPUNAN "HARAM" PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DI PADANG KOTA LAMA MALAM TADI!



Puluhan ribu rakyat hadir di Padang Kota Lama, Pulau Pinang untuk sama-sama dengan para pemimpin Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang dalam perhimpunan kerajaan malam tadi walaupun polis mengisytiharkan ianya satu perhimpunan haram.

NAJIB MUDAH LUPA....DULU DITUDUH SEBAGAI NGO BERSIKAP KETERLALUAN KINI PEMIMPINNYA DI ANGKAT SEBAGAI TIMBALAN MENTERI!

Sengaja copy paste keratan akhbar Utusan Malaysia, media rasmi UMNO yang mengkisahkan cerita betapa Hindraf di tuduh sebagai keterlaluan kerana menggangu majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Kabinet 1Syawal di PWTC beberapa tahun yang lalu.

Menjadi tajuk utama di muka depan Utusan ketika itu.

Kini pemimpin pertubuhan yang sama itu telah di angkat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tanpa perlu bertanding dalam PRU pun.

Apakah Najib Razak sudah lupa akan gelagat dan perangai ahli-ahli Hindraf yang Utusan sendiri labelkan sebagai keterlaluan?

Atas alasan apa Najib Razak melantik pemimpin Hindraf sebagai Timbalan Menteri.. Apa sumbangan besar beliau kepada negara melainkan menghuru harakan negara suatu ketika dulu sampai ada anggota polis yang pecah kepala... apa jasanya kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Pemimpin-pemimpin  UMNO/BN yang banyak berjasa dan sentiasa setia padu kepada UMNO/BN langsung tidak diberi muka.

Najib Razak sudah melakar cipta satu precedent yang cukup bahaya kepada UMNO/BN.

Yang banyak bersaja bakti dan setia kepada parti diketepi sedangkan yang kerjanya caci cerca maki hamun UMNO, akhirnya diberikan tempat dalam kerajaan.

Tak kan Utusan pun mudah lupa juga akan artikel di muka depan ini kot?????

Cops widen probe against Adam Adli, Office raided

Suara Pejuang Muda Adam Adli Mengerunkan Najib - Suara Rakyat Suara Keramat

Pasca PRU13: Jaguh-jaguh perdebatan baru di Parlimen

Pastinya sidang parlimen penggal ke-13 yang dijangka bersidang bulan depan tidak akan kalut dengan juahan dan bangkangan membuta tuli dari beberapa bekas orang ahli parlimen yang dianggap pengacau sidang dan sekaligus menjadikan parlimen riuh randah laksana pasar ikan. Orang seperti Inchek Ibrahim Ali, orang itu, bekas MP Kulim ― Bandar Baru, Zaharain Hashim, Gobalakrishan atau Wee Chee Keong adalah bekas ahli parlimen yang mahu menjadi hero dan alat kepada UBN.
Mereka asalnya mewakili Pakatan Rakyat tetapi separuh jalan “menungging punggung” kepada Pakatan Rakyat bahkan membaling tahi kepada mereka yang berjasa dan berbudi kepada mereka termasuk memberi laluan dan restu bertanding atas lambang parti. Apa dilakukan mereka adalah untuk mengambil hati Najib Razak dan UBN agar memberi sesuatu habuan kepada mereka.
Mereka ini adalah orang-orang yang boleh “diciskan”. Mereka bukan saja tidak ada moral politik tetapi sebenarnya tidak pernah menghormati demokrasi dan amanah rakyat kepada mereka. Cis 44 kali.
 Ada yang juga yang terpaksa berpaling tadah kerana dikejar jenayah yang mereka lakukan sendiri. Jadi untuk menyelamatkan diri mereka sanggup menjilat ludah dan “menggetel telor” pemimpin UBN. Ada juga yang sanggup menggunting lidah sendiri di akhirat besok semata-mata untuk mempertahkan kedudukan sebagai ahli parlimen. Sidang parlimen kali ini tanpa mereka. Mereka semua kalah dalam pilihan raya lalu atau tidak diberi peluang bertanding langsung. Inchek Ibrahim Ali yang kononnya bisanya sampai ke telinga, dihumban pengundi Pasir Mas, kalah sehinggakan makan pasir kepada lawan yang dianggap sebagai “anak kera Pulau Melaka” dengan kekurang undi sebanyak 8,047.
Selain bekas-bekas MP cabuk itu sudah tidak ada lagi di dewan, beberapa MP Umno mulut berus dan cakap besar juga sudah tidak ada lagi. Dari Umno Abdul Aziz Mohamad wakil Seri Gading, Johor sudah tidak ada. Tajuddin Rahman pula yang sering menunjukkan muka bengis dan hidung “bercengik” juga tidak akan galak lagi kerana beliau dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri. Begitu juga Rahman Dahlan yang dijadikan peluru untuk serang Anwar Ibrahim tidak akan dapat dijadikan bullet lagi kerana dia dinaikan pangkat menjadi menteri. Kedudukan itu agak canggung untuk mereka bertindak menjadi penjerkah atau pengampu yang penuh lemak dan perut labuh di parlimen.
Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin dari Kanabatangan Sabah.

Tangkapan Politik: ‘Tiba masanya rakyat bangkit’

Penangkapan Adam Adli oleh pihak polis boleh mencetuskan kebangkitan anak muda di seluruh negara, kata CheguBard.
PETALING JAYA: “Sudah tiba masanya rakyat bangkit, tidak perlu menunggu lima tahun lagi” kata Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau menambah, ini kerana penantian 55 tahun itu sudah terlalu lama, inilah masanya rakyat bangkit.
CheguBard mengeluarkan kenyataan keras ini bagi menunjukkan simpati dan sokongan pihaknya kepada Adam Adli, mahasiswa Universiti Pengurusan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan polis semalam.
Ketika berucap di satu majlis di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, baru-baru ini, Adam menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya berhubung penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.

Pasca PRU13: Muhyiddin tiada cara lain selamat diri


KUALA LUMPUR: Di pemilihan Umno akan datang, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak mengambil risiko untuk mencabar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan mempertahankan jawatannya, itu adalah penamat kareer politik buat beliau.

“Kedudukan Najib sekarang hanya seorang saja yang mampu mencabarnya iaitu Muhyiddin. Tapi di tempat Muhyiddin, ramai calon yang bakal mencabarnya contohnya (bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd) Ali Rustam, (Pengerusi Felda Tan Sri) Isa Samad dan juga (Naib Presiden Umno Datuk Seri) Hishamuddin Hussein dan (Naib Presiden Umno, Datuk Seri) Shafie Apdal,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, kata sumber Umno itu, itu adalah langkah membunuh kareer politik beliau sendiri.

"Apakah Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) akan membantu Muhyiddin mempertahankan jawatan ataupun memilih satu timbalan yang baru yang boleh dijinakkan sehingga sampai Pilihanraya Umum ke 14? Muhyiddin tahu jawapan itu dengan jelas,” tambah beliau lagi.

Hujah beliau, nak atau tidak, Muhyiddin terpaksa mencabar Najib untuk menyelamatkan kareer politiknya dalam Umno.

SPRM : Lantikan bekas hakim, tiada kaitan kes mata lebam


Datuk Seri Abu Kassim Mohamed SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak tanggapan yang mendakwa pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nor Abdullah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Aduan agensi itu tindakan membalas budi beliau susulan pendiriannya dalam panel siasatan 2008 berhubung kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, laporan sebuah portal berita kelmarin, yang menyebut Mohd Nor telah mengambil tindakan membersihkan nama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam ‘insiden mata lebam’ Anwar, adalah tidak tepat.

“SPRM menyangkal kenyataan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa pelantikan Datuk Mohd Nor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Aduan adalah  tindakan membalas budi ekoran pendiriannya ketika menganggotai panel bebas siasatan tersebut,” kata beliau menerusi kenyataan media, semalam.

Keputusan panel tersebut secara majoriti tidak mengesyorkan sebarang pendakwaan adalah disebabkan keterangan saksi utama berubah-ubah dan tidak konsisten.

“Datuk Mohd Nor sebaliknya telah memberi pandangan bertentangan dengan dua ahli panel lagi, iaitu Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan Datuk Wira Mohd Noor Ahmad,” katanya.

Politik Rasis: Isu 13 Mei gagal pengaruhi Melayu - Ramasamy




GEORGETOWN: Puluhan ribu rakyat Negeri Pulau Pinang sekali berhimpun sempena Majlis Memperkenalkan Barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama sejak pukul 8.00 malam tadi.

Pemuda, pemudi serta golongan veteran Tionghua dan India datang sejak petang lagi. Manakala orang Melayu agak lewat kerana tahu kawasan terbabit tiada surau atau masjid untuk mendirikan solat Maghrib.

Antara penceramah awal ialah Timbalan Ketua Menteri 2,  Prof Dr P Ramasamy.

Beliau mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja memainkan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan.

Katanya, mereka  ingin menghidupkan isu 13 Mei kononnya mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu di kampung-kampung namun tidak berjaya.

"Rakyat diajak main politik dengan menengahkan isu seperti 13 Mei sebagai bahan menakutkan masyarakat yang mahu mengubah lanskap politik menjadi lebih baik," terangnya.

Jelasnya, masa depan politik Malaysia terletak di tangan golongan muda yang tahu ke mana yang hendak dibawa berbanding BN.

Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut berucap pada majlis itu berkata, perhimpunan itu tidak memerlukan permit kerana ia adalah majlis negeri.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gelugor, beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menulis surat pada sebelah pagi memaklumkan kepada polis tentang tujuan perhimpunan.

Tangkapan Politik: Polis cari bukti kes Adam Adli


 
Sepasukan polis hari ini membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.

adam adli raid 190513Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.
Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.
Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari.
Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.

adam adli raid 190513Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, 52, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.

"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.
Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Zahid Hamidi 'bongkak dan bodoh'



 
Timbalan presiden PKR Azmin Ali menyelar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.
Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan.

"Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'?

"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh.

"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara,” kata Azmin.

Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas.

“Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar,” katanya.
NONENaib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

Veteran Umno arah anggota boikot AirAsia, AirAsia X





 
Persatuan Veteran Umno mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut kenyataan seorang pegawai tinggi syarikat AirAsia X yang didakwa mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Laporan edisi hujung minggu akhbar tersebut hari ini memetik kenyataan setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani.

Tindakan itu juga ekoran kegagalan AirAsia X memecat Azran dari jawatan tersebut, kata Mustapha yang menganggap dakwaan cercaan ke atas Utusan itu sebagai penghinaan ke atas kaum Melayu.

"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini.

Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah


Lim Kit Siang: Guna Johore Baru sebagai contohnya. — Gambar failGEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti “bermain politik” dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.
Khalid Abu BakarPenasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.
“Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini , bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.
“Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.
“Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?” kata Lim.
Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.
“Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?” soal Lim lagi.

Adam Adli direman 5 hari bermula hari ini


Adam Adli Abdul Halim
SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B  dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.

Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.

"Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli.

“Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini.

Jawapan TGNA Untuk Ahmad Said

Khalid: I'm no lame duck MB

Bongkar: SPR Cuba Menipu Penjumlahan Undi Dun Manir

Anwar salutes Penangites for support

(Puisi) Pak Samad: Ibu Segala Tipu (Mother Of All Frauds)

Anthony Loke: Zahid Hamidi, Kalau Kamu Tak Suka Kritikan, Kamu Keluar Daripada Malaysia

Operasi tangkapan halang himpunan balackout 505

Salahuddin Ayub: I Lost The Battle But Not The War

Elizabeth Wong: Kita Perlu Pecat SPR

Karpal: Jail for those who stole victory from the people

Nik Nazmi: UMNO Sudah Kehilangan Moral Untuk Memerintah Malaysia

Kit Siang's speech at Penang thanksgiving May 18, 2013

Anwar's speech at Penang thanksgiving May 18, 2013

Tian Chua: Najib, Anda Boleh Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Yang Tidak Sah

Tamrin bercerita tentang dalang 13 mei 1969

Lebih 60,000 penyokong PR membanjiri Padang Kota Lama