Khamis, 16 Mei 2013

Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008


KUALA LUMPUR: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.
Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.

Berikut ialah pandangan beliau.

Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.

Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Pasca PRU13: Politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam.

Oleh Prof Mohammad Agus Yusoff
Saya sedih apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz Khairuddin mencadangkan supaya parlimen membentangkan usul untuk melucutkan kerakyatan Anwar atas alasan beliau mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Pada saya tuntutan Saudara Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan.

Ini kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: “Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25.” Ini bermakna kerakyatan Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama sekali tidak boleh dilucutkan. Perkara 26B(2) pula memperuntukkan: “...tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.”
Dengan melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan memalukan?
Saya tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk melucutkan taraf kerakyakan beliau. Sebaliknya, desaklah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam.

Pasca PRU13: Setiakawan Pakatan Rakyat teruji

Oleh Lim Hong Siang
Tiada makna bergembira jika rakan seperjuangan kalah
KEPUTUSAN pertarungan antara Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman menjadi tumpuan sebermulanya dalam laporan media. Undi Kit Siang ketinggalan pada peringkat awal, memintas dan kemudian melebarkan jurang perbezaannya dengan undi bekas Menteri Besar Johor ini, sehingga berakhir dengan majoriti 14,764 undi. 


Namun, keghairahan saya pula semakin terhakis, apabila mengesan “sesuatu yang tidak mengena” dari PAS dan KeADILan. Tidak kurang kawan Cina saya yang bertanya, apa yang terjadi kepada calon PAS dan KeADILan, memandangkan keputusan agak lambat, malah dikhabarkan beberapa orang tokoh PAS kecundang, termasuk Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad dan lain-lain. Akhirnya kita terpaksa berdepan dengan keputusan di mana kerusi yang diperolehi PAS dan KeADILan, masing-masing tidak setanding dengan jumlah kerusi yang diperolehi DAP.
Untuk saya, kegembiraan daripada kemenangan DAP sahaja tidak cukup untuk mengubati kepiluan lantaran kekalahan KeADILan dan PAS.
Kesedihan itu bukan kerana Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan persekutuan dari segi realiti politik, tetapi lebih kepada kesetiakawanan -- tiada makna untuk kita bergembira seandainya rakan seperjuangan kita kalah.
Malah sepanjang perjalanan saya pulang untuk mengundi di kampung, adegan-adegan perjuangan kita sepanjang lima tahun ini bermain dalam otak.
Kita turun ke jalan raya bersama, berkongsi garam dan air untuk meredakan kepedihan setelah dibedil gas pemedih mata; kita berganding bahu membina benteng untuk berdepan dengan FRU, malah melarikan diri bersama ketika ditembak meriam air.
Untuk saya, proses ini lebih manis dikenang berbanding kesudahannya. Apapun kesudahannya, kalah atau menang, ia bersifat sementara.
Saya tidak perlekehkan maknanya, kerana seandainya kita berjaya mengubah kesudahannya pada saat-saat penentuan, semestinya masa depan kita berbeza.

‘Zahid is proof BN’s demise has begun’

Zahid Hamidi is ignoring the voice of almost half a million people to his own detriment, warns PKR strategy director Rafizi Ramli.
PETALING JAYA: Home Minister Ahmad Zahid Hamidi’s call for Malaysians unhappy with the political system to leave the country has kick-started Barisan Nasional’s demise in the country, PKR’s Rafizi Ramli warned today.
“Instead of looking in the mirror and asking themselves why they lost the popular vote, these senior ministers are arrogantly telling Malaysians to leave the country.
“Because of this, I have no confidence that BN is capable of reform. Their attitude will get worse and worse, and that’s why I feel the demise of BN has already begun because of their arrogance. And that arrogance will help cement support for Pakatan,” he added.
The PKR strategy director was responding to Ahmad Zahid’s opinion piece in Utusan Malaysia today titled “Perhimpunan haram sebab tak terima hakikat gagal kuasai Putrajaya” (Illegal gatherings due to refusal to accept failure in taking over Putrajaya).
Ahmad Zahid, who was appointed Home Minister just yesterday, wrote: “Leaders of the opposition, particularly PKR and DAP, have confused Chinese youths and politically blind followers to dress in black as a sign of protest towards the general election 2013 results which they say favour them based on popular votes.
“If these groups wish to use the list system of single transferable vote system used by republican countries, they should emigrate to those countries to practice their political beliefs.”
BN had won 5,237,699 votes on election day, as opposed to Pakatan Rakyat’s 5,623,984 votes.
But BN managed to retain its hold over Putrajaya due to the fact that it won 133 federal seats, compared to Pakatan’s 89 seats.
‘Stop being in denial’

Ideas : SPR perlu reformasi jamin PRU14 bersih

KUALA LUMPUR - Hanya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang benar-benar adil saksama, anggotanya terdiri daripada wakil dua parti utama negara, barulah pilihan raya akan datang boleh dilaksanakan dengan bersih.

Menurut wakil Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Keeran Sivarajah, lantikan pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mestilah dibuka kepada semua dan bukannya ditentukan oleh pihak-pihak tertentu.

"Ideas memang mencadangkan sebuah agensi bebas yang duduk di bawah Parlimen.

"Sekarang ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berada di bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya pada Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia, di sini, hari ini.

Jelasnya, apa yang paling penting ialah, sebuah suruhanjaya itu mestilah memenuhi keyakinan rakyat.

"Jika Parlimen pada hari ini mendapati SPR tidak telus, maka SPR mesti direformasikan," tegas beliau.

Pasca PRU13: 'BN kalah di kawasan utamakan demokrasi'

Pilihan raya pada 5 Mei lalu merupakan "pilihan raya umum peralihan", dengan fenomena pertambahan pengundi berharap untuk demokrasi yang lebih baik, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.

Aspirasi pengundi ini, yang mewakili separuh daripada daftar pemilih, termasuk untuk menyelesaikan isu berkaitan ketelusan, rasuah, keadilan dan pilihan raya yang bersih.

NONEManakala sebelah lagi pihak, menurut Saifuddin (kanan), mengutamakan pembangunan, seperti pembinaan sekolah dan jalan raya baru.

Justeru katanya, jika BN kalah bermakna pengundi secara umumnya memberikan keutamaan kepada pembangunan berbanding isu-isu demokrasi dan sebaliknya.

Saifuddin berkata demikian dalam forum anjuran gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH di Petaling Jaya malam tadi yang membariskan muka-muka yang kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

Saifuddin ssebagai penyandang anggota Parlimen Temerloh sebelum ini kalah di tangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Guan Eng: 'Ini Kabinet yang Taksub'

'New politics good for Malaysia, not so much for BN'

May'13 Haris Ibrahim Speech

Siti Aishah: Kalau Pimpinan UMNO BN Hebat, Batalkan Undi Pos & Undi Awal

Dr Dzul : GPMS Sepatutnya Ketengahkan Masalah PRU 13


dr dzul close 02Gesaan lucut kewarganegaraan terhadap rakyat Malaysia yang membantah keputusan pilihanraya ke-13 adalah tindakan reaktif berasaskan emosi.
Pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia juga tidak mengendahkan masalah-masalah yang mencacatkan proses pengundian pada hari itu.
Dr Dzulkefly berkata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, selaku gabungan terpelajar yang besar, sewajarnya lebih proaktif untuk mengangkat isu tersebut untuk diselesaikan.
Akhbar Kosmo melaporkan GPMS melalui Setiausaha Agung Zambri Mohd Isa mahu kewarganegaraan 21 rakyat Malaysia yang menunjuk perasaan terhadap dakwaan penipuan PRU13 di Singapura Rabu lalu dilucutkan.
Zambri berkata perbuatan mereka itu menjatuhkan imej negara.
“GPMS macam tidak memahami perkara latar seperti tidak mahu dan enggan menerima akan hakikat bahawa pilihanraya itu yang sarat dengan perkara yang dipertikaikan.”
Beliau menambah rakyat yang membantah keputusan PRU13 lalu itu terbit dari keprihatinan yang serius akan sistem demokrasi Malaysia.
“Penggesaan untuk melucutkan warganegara ini adalah diambil dengan cara sangat emosi.
“Bantahan seperti ini adalah masih lagi sifatnya demokratik, tambahan bukti-bukti itu makin nyata dan semakin meluas,” kata Dzulkefly.

Kabinet paling tidak menarik sepanjang 56 tahun


KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang paling tidak menarik jika dibandingkan dengan semua Perdana Menteri Malaysia sepanjang 56 tahun sejarah negara.

Malah, kata Lim Kit Siang, ia telah menyerlahkan perbezaan besar antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.

Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat menjunjung harapan dan visi politik baru untuk Malaysia manakala Barisan Nasional mewakili politik tua, lelah dan politik kaum, ketakutan, korupsi, salahguna kuasa dan ketidakadilan.

Katanya, ketidakadilan di dalam keputusan PRU13 dan persoalan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia berkenaan legitimasi Perdana Menteri telah melahirkan secara spontan gerakan kesedaran politik “hitam” di dalam negara.

Ini, tambahnya  seperti yang disaksikan pada 60,000 orang di perhimpunan “Black 505” di Ulu Tiram, Johor Bahru malam semalam, diikuti dengan kehadiran besar di satu lagi perhimpunan “Black 505” di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan yang mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kawasan melihatkan kekuatan generasi muda Malaysia yang sehingga sekarang begitu sedih dengan politik dan perkembangan politik negara.

Kabinet Najib: Pertahanan lawan Mahathir, Muhyidin dan Anwar


KUALA LUMPUR: “Ini adalah barisan kabinet untuk (Datuk Seri) Najib menyediakan pertahanan terhadap serangan (Tun) Dr Mahathir, (Tan Sri) Muhyiddin dan (Datuk Seri) Anwar.”

Demikian kata sumber Umno ketika mengulas barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak petang semalam.

Bagi beliau, barisan kabinet yang diumumkan Najib ini  bukannya dipilih untuk menjaga negara mahupun rakyat.

“Ia untuk menjaga kedudukannya sebagai Presiden Umno. Pertahanan rapi diletak terutamanya perlantikan Khairy (Jamaluddin) dan Abdul Rahman Dahlan sebagai anggota kabinet yang berani mengkritik (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir apabila perlu,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno.

“Najib tahu dan ingat bagaimana Tun Abdullah diturunkan dari takhta. Masa itu, Muhyiddin yang mulakan serangan dulu. Kini, Najib lebih berhati-hati. Muhyiddin sudah tentu dapat menghidu gerakgeri Najib kerana beliau hanya dikekalkan Menteri Pelajaran,” kata sumber Umno itu lagi.

Kata sumber Umno itu, beliau menjangkakan pelantikan P Waythamoothy, pemimpin Hindraf bakal mengundang bala kepada Najib.

“Perkasa India dengan Perkasa Melayu – sudah tentu akan berbalah – tunggulah ledakannya,” kata beliau.

Bagaimana pula Najib cuba menghalang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim?

“Untuk mengambilalih Malaysia daripada BN, Pakatan Rakyat perlukan Sabah dan Sarawak. Dalam Kabinet terbaru ini Najib melantik 13 menteri dan lapan timbalan menteri daripada Borneo – satu anjakan yang amat besar jika dibandingkan dulu.

Pua: Low mesti jadi 'polis jahat' dalam k'jaan Najib

Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua mahu menteri baru di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berperanan sebagai "polis jahat" dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pua berkata, Pakatan Rakyat akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Low dalam melaksanakan segala langkah yang perlu untuk memastikan kerajaan yang bersih, telus dan berdaya saing.

NONE"Malah, Low mampu untuk menjadi 'polis jahat' dalam pentadbiran
"Najib kerana beliau tidak akan berhutang kesetiaan politik kepada mana-mana orang atau pihak," kata Pua (kiri) dalam satu kenyataan.

MP DAP itu juga mahu Low yang juga pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) turut memastikan semua kontrak penswastaan dan perolehan kerajaan diberi melalui tender terbuka dan kompetitif dan supaya rakan Kabinetnya mengisytiharkan harta mereka, seperti yang dilakukan oleh kerajaan Selangor dan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat.

Menyifatkan pelantikannya Low oleh Najib sebagai "berani", Pua juga mengingatkan bahawa langkah itu juga akan menjadi pengukur kepada Najib sebagai perdana menteri bagi penggal kedua, sama ada beliau akan melaksanakan pembaharuan untuk mewujudkan pentadbiran yang bersih, telus dan kompetitif.

Baru-baru ini, Pua berkata, kerajaan telah memeteraikan kontrak perolehan dalam industri pertahanan.

Bahasa Bayangan Mahathirisme dalam Kabinet baru akan halang reformasi, kata pemimpin Pakatan


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengatakan hari ini kekurangan wakil komuniti Cina dalam kerajaan akan menghalang reformasi yang bukan Melayu fikirkan penting seperti rasuah, polisi berdasarkan kaum dan pendidikan. — Gambar failKUALA LUMPUR, 16 Mei — Pelantikan orang lama Umno termasuk bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menunjukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini.
Mereka mengatakan, sisa-sisa Mahathirisme juga akan menggagalkan usaha-usaha reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Anda tidak dapat melihat percubaan untuk berpisah dari masa lalu,” kata ahli strategi DAP Liew Chin Tong kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Pelantikan Shahidan menguatkan lagi agenda Umno… tiada niat untuk melakukan reformasi,” tambah ahli Parlimen Kluang itu.
Shahidan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, sementara Tengku Adnan diberikan ganjaran sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.
Umno mendapat 17 jawatan menteri dalam Kabinet 32 orang, kebanyakannya merupakan orang lama yang ditukarkan portfolio atau dikekalkan kecuali muka baru seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Parti berasaskan Cina BN seperti MCA dan Gerakan tidak dilantik jawatan Kabinet akan tetapi sumber memberitahu The Malaysian Insider, Najib menyimpan dua kerusi untuk pemimpin MCA dalam pentadbirannya sebaik sahaja parti tersebut menjalani pemilihan dalaman dan mengubah pendirian untuk tidak bersama kerajaan disebabkan prestasi buruk dalam pilihan raya.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengatakan hari ini kekurangan wakil komuniti Cina dalam kerajaan akan menghalang reformasi yang bukan Melayu fikirkan penting seperti rasuah, polisi berdasarkan kaum dan pendidikan.

Pasca PRU13: Pemikiran kontemporari politik Islam dalam krisis?

Marwan Bukhari A. Hamid

Beberapa isu, peristiwa dan reaksi umat Islam terhadap beberapa wacana politik tanah air sedang memberi isyarat bahawa pemikiran politik Islam kontemporari di tanah air kita ditimpa krisis. Saya berpandangan amat wajar untuk kita merenung dan berfikir akan krisis tersebut, lebih-lebih lagi pada saat suasana politik negara kita tidak mendidik untuk berfikir, melainkan kita sendiri memaksa untuk meninjau apa yang berlaku dan benarkah yang dianggap krisis merupakan krisis?
Tentang hubungan antara agama dan politik
Mengulas tentang dunia Muslim dan pemikiran mereka tidak dapat lari daripada mengulas sumber-sumber yang menjadi rujukan mereka dalam kehidupan, selain tentang “bagaimana” mereka berinteraksi dengan dunia moden yang serba mencabar ini sambil berpegang dengan sumber-sumber (al-Quran, al-Hadis dan teks-teks tradisi) yang menjadi rujukan. Soal hubungan agama dengan politik sentiasa menjadi topik yang berlarutan, namun malangnya seringkali ia berlangsung dengan penuh mengecewakan sejak berdekad-dekad lamanya.
Ia bermula dengan kekacauan cara berfikir yang ditimbulkan oleh sebahagian yang mengaku sebagai “salafi” apabila perbincangan politik dibahaskan secara terlalu literal. Tokoh ilmuan Muslim antarabangsa, al-Qaradhawi mengulas dan mengkritik fenomena “literal dalam nas-nas berkaitan al-muamalat” tersebut dalam banyak karya beliau seperti as-Siyasah as-Shariyyah fi Dhau’ Nusus as-Shariah wa Maqasidiha dan Dirasah fi Fiqh Maqasid al-Shariah  atas nama az-Zhohiriah al-Judud  yang membahaskan persoalan-persoalan agama secara terasing daripada objektif-objektif Shariah. Di tangan mereka, agama seperti hanyalah halalisation dan  haramisation; lantas ditolak wacana-wacana semasa dalam pemikiran politik atas alasan bidaah. Al-Qaradhawi semasa mengulas fenomena tersebut menyatakan:
“Mereka menolak petikan daripada selain kita (Muslim), menganggapnya sebagai perkara baru dalam agama dan segala perkara baru adalah bidaah, setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan balasannya neraka. Lantas mereka menganggap demokrasi seluruhnya (kemungkaran) yang wajib ditentang, sementara penerimaan pandangan majority (bidaah Barat) yang diimport.”
Demokrasi haram, penubuhan parti haram, pengehadan tempoh pemerintahan haram dan segala idea-idea baru akan dibalas haram oleh mereka dan golongan yang menuruti mereka. Kita perasan di tanah air kita fenomena halalisation dan haramisation ini berlangsung hangat terutama menjelang musim pilihanraya. Contohnya kita tidak lupa apabila ada sebahagian golongan agama yang mengharamkan pengundian calon-calon bukan Muslim khasnya yang datang dari DAP. Penulisan ini bukan ruang untuk membincangkan secara ilmiah dan mendalam persoalan tersebut, tapi sesuatu yang sungguh wajar kita banteras ialah fenomena mereka yang “menghidupkan” (mematikan!) wacana pemikiran politik Islam kontemporari dengan berkata “haram” semata-mata. ia adalah suatu krisis yang memandulkan khazanah pemikiran kita. Awalnya ia mungkin sebuah tindak-tanduk yang mengharamkan falsafah politik, akhirnya tanpa sedar ia bertukar menjadi sebuah falsafah yang mengharamkan segala pandangan yang berbeda dengan mereka, “min tahrim al-falsafah ila falsafah at-tahrim” (daripada mengharamkan falsafah kepada falsafah yang mengharamkan) sebagaimana diulas seorang penulis bernama Turki al-Hamad dalam bukunya as-Siyasah bayn al-Halal wa al-Haram.

Orang Pak Lah Menang, Orang Najib Kalah?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ada beberapa fakta menarik dalam pilihan raya lalu yang boleh dijadikan bahan renungan. Salah satu ialah mengenai kekalahan orang-orang Najib Razak, maksudnya para pegawai atau setiausaha politiknya. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa beberapa orang setiausaha politik Najib tewas dalam pilihan raya lalu.


Sebaliknya kontras pula beberapa orang bekas pegawai atau setiausaha bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ramai yang menang. Ini merupakan satu ironi yang menarik.

Pegawai atau setiausaha Najib yang kalah ialah yang bertanding di kawasan pengundian anak-anak saya di Wangsa Maju, Shafei Abdullah. Shafei merupakan setiausaha politik Najib kalah kepada calon PKR Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan undi sebanyak 5,511. Shafei mengutik sebanyak 26,130 manakala Kee Kwong sebanyak 31,641 undi.


Seorang lagi setiausaha politik Najib yang kalah, Mohd Fatmi Che Salleh yang bertanding di parlimen Kota Bharu. Beliau kalah kepada Takiyuddin Hassan dari PAS dengan kekurangan undi sebanyak 15,970. Fatmi mengutik 24,650 manakala Takiyuddin yang juga Naib Setiausaha Agung PAS mengutik 40,260.

Kekalahan Fatmi ini merupakan paling parah dan menyebabkan jiwa terseksa.

Sementara seorang lagi setiausaha Najib juga tertumus makan pasir ialah, Sahlan Ismail tewas kepada Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di Pokok Senan Kedah. Sahlah yang juga abang kepada Saifuddin Nasution Ismail kalah 3,935 undi. Beliau mengutik 32,263 manakala Mahfuz 36,198.

Seperti dikatakan tadi keadaan jadi terbalik kod, bila mana ketiga-tiga bekas setiausaha politik bekas PM Pak Lah kesmeuanya menang, walaupun kemenangan tipis.

Antara ilusi dan harapan

Oleh Hishamuddin Rais
Ilusi bermakna angan-angan. Malah tidak ada perkataan yang cukup tepat untuk menerangkan makna perkataan ilusi ini. Angan-angan Mat Jenin pun memiliki asas kerana ketika Mat Jenin berangan-angan dia sebenarnya sedang membuat sesuatu yang positif - memanjat pokok kelapa - untuk membuat modal berniaga. Ilusi tidak memiliki asas. Justeru, lebih tepat kalau saya katakan ilusi ini angan-angan karut lagi marut.


Harapan juga boleh bertukar menjadi ilusi jika harapan tidak dibantu dengan usaha dan kerja. Mengharapkan sesuatu tetapi tidak melakukan apa-apa ialah ilusi. Ini samalah seperti kisah Pak Lebai yang heboh berlabun hendak ke Mekah tapi bukan sahaja pasprot belum dilamar, malah gambar kad pengenalan pun belum diambil.

Apa yang menarik ialah ilusi dan harapan ini boleh berlaku atau dilakukan tanpa pelaburan atau kerja keras. Ilusi boleh dipasang luas tanpa modal. Mengharap tanpa bergerak. Pada hemat saya pada tanggal 5 Mei 2013 yang lalu kita melihat ilusi dan harapan terbarai.

Saya tidak mahu menulis "kan aku dah cakap" atau "orang cakap hang tak dengar" tetapi apa yang sahih PRU13 ini telah memecahkan ilusi dan harapan anak semua bangsa yang ramai. PRU13 yang baru berlalu telah membuktikan bahawa apa yang telah tulis selama ini bukan tohmah, bukan fitnah bukan kesah dongeng tetapi telah menjadi fakta.

Babak-babak ang berlaku pada Ahad 5 Mei 2013 semuanya telah saya tulis. Malah hampir dua tahun - berpuluh-puluh kali saya telah menulis dan menerangkan secara jujur bahawa pilihan raya yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia ini adalah satu penipuan. Saya juga secara hitam putih telah menulis tanpa segan tanpa silu untuk membuktikan kepada anak semua bangsa bahawa SPR ini adalah budak suruhan setia United Malays National Organisation.

Saya juga telah menulis berpuluh kali menerangkan bahawa TUGAS asas SPR ialah untuk memastikan United Malays National Organisation menang atau sentiasa menang. Tugas ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, dengan kerjasama Mahkamah, dengan kerjasama Peguam Negara, dengan kerjasama PDRM dan dan dan berpuluh belas jabatan kerajaan.

Ketua Jabatan dan Pegawai tinggi dalam lembaga-lembaga ini dipilih bukan kerana mereka berilmu, bukan kerana mereka sosok yang jujur tetapi kerana mereka akan taat setia dengan Ketuanan Melayu. Mereka memiliki kepentingan ekonomi untuk memastikan gerombolan Ketuanan Melayu menang. Jika gerombolan ini tewas maka benggolan-benggolan yang hidup mewah ini akan kekeringan mata pencarian. Malah ramai antara mereka akan didakwa dan besar kemungkinan banyak yang akan dipenjara.

Mampukah Paul Low desak kabinet siasat Taib Mahmud?


KUALA LUMPUR: Segala perspektif positif dalam perlantikan Datuk Paul Low, Presiden Transparency International Malaysia sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan dinilai melalui beberapa tindakan susulan beliau dalam memerangi rasuah dan kronisme.

Rasuah dan kronisme adalah dua virus yang mereputkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran BN dan faktor utama BN tewas dalam undi popular buat kali pertama dalam sejarah.

Low akan mengetuai Biro Pengaduan Awam, selain menguruskan hal-hal berhubung rasuah dan integriti.
Sebelum PRU13, Low ialah orang yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya yang kononnya sebagai tanda memperkukuhkan komitmen beliau dalam agenda negara bagi membanteras rasuah terutamanya di PRU13.

Tapi apa yang berlaku sepanjang PRU13, tidak perlu disebut di sini – rakyat boleh menilainya sendiri.

“Perkara terpenting untuk kerajaan BN dengan Low sebagai Menteri Ketelusan ialah mengumumkan semua kontrak penswastaan dan pembidaan akan dianugerahkan melalui tender terbuka dengan segala maklumat dipapar secara telus,” kata ahli parliamen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini.

PAS Negeri Sembilan akan fail petisyen PRU13


KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan petisyen pilihanraya untuk beberapa kerusi Dun di Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat ini.
Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjayanya, Dr Rosli Yaakop (gambar) menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS di negeri itu supaya terus berjuang dengan semangat yang lebih kental dan persediaan yang lebih rapi untuk mencapai kemenangan dalam PRU14.

Mengenai keputusan PRU13, katanya walau pun Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Negeri Sembilan tetapi penelitian menunjukkan bahawa keputusan bagi kerusi-kerusi Dun cukup memberangsangkan.

Beliau berkata, berbanding keputusan Pilihan Raya Umum Keduabelas (2008), jumlah undi popular yang diperolehi Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 1% daripada 47% kepada 48% dalam PRU13.

“Jumlah undi popular yang diperolehi PR mencatat kenaikan di kesemua kerusi yang ditandingi berbanding PRU12,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Namun demikian, ujarnya PR telah kehilangan satu kerusi berbanding keputusan PRU12.

Beliau menambah, diperhatikan bahawa 5 kerusi Dun yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) adalah dengan majoriti tipis dan jumlah keseluruhan majoriti bagi kerusi-kerusi berkenaan hanyalah 3,139 undi.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Ampangan (89 undi - PKR), Labu (1,511 undi - PAS), Johol (1,344 undi - PAS), Kelawang (282 undi - PAS) dan Pilah (113 undi - PKR).

PRU13 dicemari sindiket jual undi pos?


KOTA BHARU: Dakwaannya cukup serius, ada agen yang mengumpul kertas undi pos. Bagi setiap kertas undi pos ada tawaran sehingga RM300. Pemilik kertas undi diberi RM200 dan agen pula bolot RM100.

Bayangkan kalau agen mampu mengumpul 10 kertas undi pos, dengan mudah dia akan mendapat RM1,000.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mendakwa, jentera pilihan raya PAS mengesan ada sindiket yang cuba menjual kertas undi pos.

“Pengundi pos yang ditemui petugas PAS mendedahkan ada pihak menawarkan sejumlah bayaran sebelum kertas undi yang diterima dipangkah,” katanya di sini.

Sebelum ini Pakatan Rakyat mendedahkan pelbagai penyelewengan yang berlaku sepanjang proses pengundian, sehingga pembangkang mengambil ketetapan menolak keputusan pilihan raya umum ke-13.

Ketika proses pengundian pos bermula baru-baru ini Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham) Pemuda PAS Kelantan menerima aduan petugas pilihan raya kalangan guru yang mengundi pos dipaksa mengundi di hadapan pegawai pejabat pelajaran daerah (PPD).

Suki Wong: Kami Kekalkan Pakatan Rakyat Adalah Pilihan Yang Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

KPN: Ismail serah tugas kepada timbalan


Ismail Omar
Ismail Omar bersalaman dengan Khalid Abu Bakar ketika menyerahkan dokumen serah tugas sempena Majlis Perbarisan Perpisahan Ketua Polis Negara di Pulapol hari ini.
KUALA LUMPUR - Tan Sri Ismail Omar hari ini menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan secara rasmi memulakan tugas barunya sebagai peneraju Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok.
  
Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.
  
Ismail, yang menyertai PDRM pada 1971, dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 13 Sept 2010 sebelum bersara wajib pada 2011. Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak tamat hari ini.
  
Pada majlis sama, acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut berlangsung antara Khalid dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa esok.
  
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas peluang yang telah diberikan kepadanya untuk menerajui PDRM.

Anwar: Give BN another 5 years - NO WAY! Reject GE13 results before it is TOO LATE!

Malaysia's Anwar Ibrahim called on his countrymen to reject the results of the recently-concluded 13th general election, urging them to defend their rights and "save Malaysia" from a bleak future where corruption and political tyranny would dominate.
His call comes as pressure mounts from Prime Minister Najib Razak's government to accept the outcome of the May 5 polls, which has been marred by allegations of vote-rigging, phantom voters and even the use of illegal foreign workers to slip into the polling booths and vote for Najib's Umno-BN coalition in return for which they would be given permanent residency.
The 64-year-old Anwar is disputing Najib's claim of a 133-seats victory in Malaysia's 222-seats Parliament. His Pakatan Rakyat coalition, which won the popular vote, sweeping 52% of all ballots cast, wants a re-election in 27 seats where they say they have evidence of highly irregular procedures. Anwar has refused to concede defeat, and has kicked off a nationwide tour to take his case to the people.
A final clear message
"We had a Pakatan Rakyat leadership council meeting with PAS and DAP just now. What is the meaning of being a leader if we cannot realize the aspirations and rights of the people and then by God, we will defend them. On Friday, we will gather in Negri Sembilan, on Sunday, we will fly to Kota Kinabalu in Sabah. Without exception and everywhere we see the people rising up. Rise up even more now than before the GE," Anwar told a 60,000-stong crowd in Ulu Tiram, Johor on Wednesday night.
"To you all, especially the young Malaysians, this is about your future. The Malay youth, the Chinese youths and the Indian youths. Your future, safety, your family and even the government is far safer with Pakatan that with the 'robbers' in Umno.The Umno-BN spin all about Anwar. I am telling you I am humbled by your support but this is not about Umno or Anwar. This is about your future.
"A final clear message, we are not talking about the next election we are talking about this election and we won this election. Najib, Muhyiddin, Election Commission listen, we are not asking you to rectify the 14th GE but we want you to review the 13th GE, which we won.
"And we have compiled evidence and facts, compelling facts [such as] pictures of a Bangladeshi caught voting - where are u from? Dhaka; when did you start working - 2 years; where do you work - Selangor; why are you here - to vote; who asked you to  come - boss; who did you vote for - Umno."
"We must continue with our efforts. Each one of you - go home Twitter, Facebook, blog, whatever the means - send out the message to everyone  and give the real facts. We will fight with facts and not slander.
"Never in the history of mankind can dictators even with their guns ever fight against a people's uprising to defend their rights. My friends, arise and defend your rights and this country that we love. Defend your rights, please. Don't entertain not even for a minute to give BN 5 more years. NO! Save Johor, Save Malaysia!"
People on the Pakatan's side

Rafizi : Perhimpunan Black505 diteruskan ke 4 negeri


SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mengumumkan bahawa Perhimpunan Black505 akan diteruskan ke empat buah negeri lain iaitu Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, Perhimpunan Black505  tetap diteruskan demi menzahirkan suara bantahan rakyat terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Perhimpunan Black505 yang seterusnya akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat ini dan orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

“Manakala, Perhimpunan Black505  di Kedah akan diteruskan pada 21 Mei ini di Kedah, 23 Mei di Terengganu dan 24 Mei di  Melaka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, ujar Rafizi lagi, lokasi terakhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR.

Kabinet Najib, Kabinet “Kitar Semula”

bn putrajaya
SHAH ALAM 16 MEI : Jemaah Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi penggal kali ini menyaksikan monopoli muka-muka lama dengan rekod perkhidmatan yang kurang menyakinkan.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, menyifatkan jemaah menteri Umno-BN kali ini tidak mempunyai daya tarikan tersendiri.
Pasukan itu sekadar menumpang reputasi individu bukan ahli politik seperti Paul Low dari Transparency International, P Waythamoorthy dari Hindraf dan Abdul Wahid Omar dari Maybank.
Menurut Dr Dzulkefly, kehadiran individu-individu bukan BN dalam jemaah menteri kali ini seolah-olah cuba mengimbangi kelemahan menteri-menteri Umno-BN.
“Kesemua ini untuk mengimbangi  kabinet yang sudah nyata tidak punya daya tarikan dan nyata akan berakhir dengan apa yang disebutkan ‘bisness as usual lah’ (beroperasi seperti dahulu).
“Sepertimana di penggal lalu, portfolio kewangan terus dipegang Najib, meskipun hutang negara terus mencatatkan peningkatan pada penggal lalu,” kata Dr Dzulkefly apabila dihubungi.
Jemaah Menteri Najib menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memegang portfolio pendidikan dan portfolio keselamatan dalam negeri dan pertahanan pula bertukar tangan.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang pernah mengganggap lonjakan jenayah adalah persepsi dan penceroboh Lahad Datu “bukan pengganas” kini dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan negara.
Manakala Datuk Seri Abdul Zahid Hamidi, yang mana kementerian dibawahnya dahulu dibidas Ketua Audit Negara atas tuduhan pembaziran, kini menerajui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya



 
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

NONEJika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Perpecahan kelas, gender dilihat dalam corak pengundian PRU13, kata Merdeka Center

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Wanita dan rakyat Malaysia berpendapatan rendah mengundi untuk Barisan Nasional (BN) sementara lelaki, golongan kelas menengah dan kelas atas, lebih cenderung ke arah parti Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013.
Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center juga mengatakan hari ini, 55 peratus daripada responden dalam tinjauan terbaru mengatakan mereka bergantung kepada internet dan media sosial sebagai sumber utama maklumat politik mereka.
“Wanita secara umumnya lebih ramai yang mengundi BN berbanding lelaki, kerana mereka kurang melayari internet,” kata Ibrahim (gambar) dalam forum Pasca PRU ke-13: Harapan BN dan PR selepas PRU-13 di Universiti Malaysia (UM) di sini.
Dianggarkan satu pertiga daripada rakyat Malaysia memiliki telefon pintar dan mempunyai akses kepada internet, dan dijangka jumlah itu akan meningkat sehingga dua ke tiga kali ganda bagi tempoh dua tahun akan datang.
“Lebih ramai lelaki yang melayari laman web politik dan isu semasa. Pengundi wanita kurang melayari laman-laman seperti ini,” katanya dalam seminar anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM.
Jelasnya lagi, kebanyakan penyokong BN juga adalah daripada penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang diakuinya merupakan kumpulan pengundi di luar bandar.

Lensa : Blackout 505 - Ulu Tiram Johor - Part 3

















Anwar Ibrahim : Rakyat Bangkit Tentang Perkauman Dan Penipuan Pilihanraya

Farewell march for outgoing IGP Tan Sri Ismail Omar

Zahid tells Opposition to migrate if unhappy with GE13 result

Anwar Ibrahim: Perhimpunan Blackout 505 Di Johor

Lim Kit Siang: Perhimpunan Blackout 505 Di Johor

Chua Jui Meng: Perhimpunan Blackout 505 Di Johor

Chegubard: Kita Hendak Selamatkan Demokrasi

Salahuddin Ayub: Bukan Pakatan Rakyat Yang Lawan BN, Rakyat Lawan BN

Tian Chua: Kamu Adalah Harapan Bangsa Malaysia

Hatta Ramli: Najib Membawa Api Perkauman Yang Paling Teruk Di Malaysia

Tainted polls: Examining GE13 with Datuk Saifuddin Abdullah

Ahmad Said jangan jadi macam JKKK

CNN censor news to malaysia. This video is capture by some one in UK

Lensa : Blackout 505 - Ulu Tiram Johor - Part 2