Ahad, 12 Mei 2013

HATTRICK FOR ANWAR: Even 'Rosmah' attends GE13 FRAUD rally in Ipoh

HATTRICK FOR ANWAR: Even 'Rosmah' attends GE13 FRAUD rally in Ipoh
It looks like Anwar Ibrahim is on his way to scoring a hattrick. With two 'sell-out' rallies in Kelana Jaya, Selangor and Batu Kawan, Penang already tucked under his belt, the third gathering to protest "stolen" electoral victory held in Ipoh, Perak is pulling in tens of thousands including 'Rosmah' - the controversial wife of Prime Minister Najib Razak.
Of course, it is only an impersonator and not the self-styled First Lady of Malaysia herself but certainly Rosmah or rather her image is still a crowd-puller although not all who crowded around her impersonator had complimentary comments to make.
By 10pm, more than 100,000 people had filled the lanes of the Medan Istana commercial center. A mixed crowd, where again, young Malaysians outnumbered the middle-aged and senior citizens, and despite having to sit on the roads, their enthusiasm was inspiring to the Pakatan Rakyat leaders who were visibly touched by the response.
Of the 3 rallies held so far, the Ipoh even had been expected to be the quietest due to a hostile state government. As it turned, due to the cramped surroundings, the feeling of rapport and participation was perhaps the greatest and the most lively.

PAS Cemerlang di Negeri Tidak Dikawal Geng Perpaduang

Mengapa PAS Selangor cemerlang dan PAS Kedah hampeh? PAS Selangor berjaya tambah kerusi sekali ganda dan PAS Kedah jatuh tersungkur.

Selain dari itu kita ada juga PAS Perlis yang dipimpin oleh Ustaz Hashim Jasin, seorang yang pro kepada Perpaduang.

Kita ada PAS Pahang yang dipimpin Ustaz Tuan Ibrahim, juga pro kepada Perpaduang.

Di Pulau Pinang, PAS hanya mampu kekal satu kerusi. Semua maklum PAS Pulau Pinang adalah pro PERPADUANG dan anti Pakatan Rakyat. Kerusi Sungai Acheh/Nibong Tebal tu pun sengaja diletakkan calon walaupun mereka maklum dari mula itu kerusi PKR. Sepatutnya ada satu lagi wakil MElayu dalam kerajaan sekarang ni dah berkurang.

Yang lebih kelakar, YDP PAS Nibong Tebal (ditangkap menurunkan banner dan poster PKR dua hari sebelum hari pilihanraya.

Kedah pula dipimpin oleh Ustaz Azizan yang terkenal rapat dengan geng2 perpaduang. Barangkali itulah alasan mereka tidak mahu mengganti Ustaz Azizan sebagai MB.

Dah kalah tersungkur baru nak ganti Pesuruhjaya dengan YB Mahfuz.

Zainuddin Maideen ajak Dap bersatu dengan BN,Nasha ajak Pas bersatu dengan Umno sapa yang akan kena?

Hari ni aku baca berita sinar harian online Nasharuddin :Jadikan penyatuan Umno-Pas agendacberterusan.Antara lain yang yang keluar daripada bekas Timbalan Presiden Pas itu ialah ,"Bagi saya penyatuan Pas dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

"Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan Pas dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini, hari ini.

Nasharuddin berkata, perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

"Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

"Selepas ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi Pas selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan Pas.

"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam Pas itu malaikat," katanya.-Sinar

Beberapa hari yang lalu bekas Menteri Penerangan dan orang kuat Utusan Meloya Zainuddin Maideen ajak parti Dap bersatu dengan BN walaupun sebelumnya Dap dituduh oleh ulama Umno sebagai kapir Harbi! Haha elok dah tu mari kita tengok jerat sapa yang akan kena dan terbungkas antara Nasha dan Zam.

Orang sibuk dan kalut dengan macam-macam kes yang didakwa berlaku penipuan dalam pilihanraya depa sibuk nak bersatu dengan parti syaitan yang dikenali.TGNA dah pencen jadi MB dan lepaskan jawatan dalam parti Nasha saja test market kot-kot kali ni UG menjadi!Aku malas nak komen panjang-panjang kalau tuan-tuan rajin komen la!

Ni kerja Umno supaya orang Melayu di luar bandar tak undi Pas

UMNO Jadi Kera Sumbang, MCA & Gerakan Tak Sertai Kabinet



Tsu Koon lepas jawatan 16 Mei, Soi Lek sebelum akhir tahun

SHAH ALAM - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini - perkembangan diumumkan hari ini, seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow juga akan melepaskan jawatannya pada 16 Mei ini.

Perkara itu diumumkan oleh Tsu Koon di ibu negara selepas mesyuarat pusat parti tersebut pagi tadi.

Timbalan Tsu Koon, Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai jawatan sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun.

Pemilihan parti akan bermula akhir bulan depan.

Dalam perkembangan lain, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau akan berundur selepas pemilihan parti yang diadakan antara Jun dan Disember ini.

"Saya akan pergi pada masa yang sesuai apabila semuanya sudah selesai," kata beliau selepas mesyuarat Mesyuarat Majlis Presiden MCA di ibu negara hari ini.

LAUGHING STOCK AROUND THE WORLD! Najib & Umno for their crude GE13 cheating


THE NEW YORK TIMES Says it all. If Malaysians do not wake up or if they choose to be lost in petty distractions, then what is the legacy we leave for the millions of unborn Malaysian children who surely will arrive after we are all laid to rest and forgotten?

Pasca PRU13: Pas mampu bertahan tanpa Tok Guru


Pas bertahan tanpa Tok Guru
Mohd Amar (tengah) berdoa selepas memotong kek Royalti pada majlis kesyukuran kejayaan Pas Kelantan semalam.
TOK BALI - Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan kesihatan tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada Pas kerana dasar Islam bukannya disebabkan individu tertentu.

Katanya, Pas mendapat kekuatan daripada penyokong yang istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

“Kewujudan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) sebagai penambah kekuatan Pas, beliau  tak ada pun Pas boleh bertahan selagi penyokong kekal di atas dasar Islam.

“Tok Guru tetap memberi kekuatan tapi bila beliau  tiada, benih Islam yang ditanam terus subur dan berkembang,” katanya ketika menghadiri Majlis Kesyukuran Kejayaan Pas di Kelantan, di kediaman Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan Pas Kelantan, Fauzwi Ismail di Kampung Pak Mayong dekat sini, semalam.

‘Penggeli pundi-pundi’ jadi beban kepada Najib


KUALA LUMPUR: Kali ini sahajalah peluang bagi Najib untuk memperbetulkan keadaan. Itu pun jika beliau mempunyai keberanian yang kuat.

Justeru, Najib perlu paparkan barisan yang baru walaupun dari kalangan yang kuat memberikan kritikan terhadap beliau.

“Apa faedahnya hanya mengambil mereka yang mengampu dan yang hanya tahu ‘menggeli pundi-pundi’ beliau sahaja kerana mereka ini akhirnya akan menjadi beban kepada beliau,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, apabila Najib dalam masalah mereka bukannya boleh membantu tetapi sebaliknya akan menambah beban demi beban terhadap negara dan beliau sendiri.

Bagi Aspan, mereka itu tidak akan lagi bersama beliau apabila beliau dalam masalah apatah lagi semasa persaraan beliau nanti.

“Najib perlu ingat kehidupan yang paling pahit ialah apabila semasa akhir hayat dan dalam persaraan kita dihina oleh masyarakat, lebih-lebih lagi ditinggalkan kawan-kawan dan sahabat yang pernah bersama kita,” tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

Pilihanraya ke-13 merupakan pilihanraya yang paling mahal sekali dalam sejarah negara merdeka. Ia disebabkan kerana membuat persediaan untuk mempertahankan kerusi BN setelah mengalami keputusan buruk pada pilihanraya sebelumnya pada tahun 2008 dahulu. Mahu tidak mahu, semua mesti mengakui ianya amat mahal kerana persediaan itu melibatkan perbelanjaan yang dilakukan secara ‘ad hoc’ kepada rakyat dalam berbagai-bagai bentuk untuk menawan hati rakyat.

Pasca PRU13: Memahami corak politik orang Kelantan

Mohd Izzuddin Ramli

12 MEI — Pilihanraya Umum Ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu sudahpun berakhir. Barisan Nasional (BN) sekali lagi berjaya mengekalkan kuasanya setelah memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen yang ditandingi. Kemenangan yang diperolehi ini sekaligus memberi laluan kepadanya untuk meneruskan lagi pemerintahan setelah sekian lama. Pakatan Rakyat (PR) walaupun berat untuk menerima keputusan ini tampaknya tetap harus mengakui bahawa tidak menjadi barang yang mudah untuk menumbangkan sebuah regim yang sudah sekian lama berkuasa ini. Walau bagaimanapun, berbeza dengan BN, PR sekalipun gagal dalam misinya untuk mengambil alih pemerintahan, sekurang-kurangnya boleh bergembira dengan peningkatan jumlah kerusi yang dimenanginya kali ini – baik pada peringkat Parlimen, mahupun Dewan Undangan Negeri.
Umum tahu bahawa, jika dibuat perbandingan dengan keputusan pilihanraya umum ke-12 lima tahun lalu, mahu atau tidak BN harus mengakui bahawa walaupun masih diberi mandat untuk memerintah, namun graf prestasinya menunjukkan keadaan penurunan yang agak mendadak. Tahun 2008, BN sekurang-kurangnya berjaya mengekalkan majoriti 2/3 dengan memperoleh sebanyak 140 kerusi parlimen berbanding PR yang hanya memenangi 82 kerusi parlimen. Kali ini, BN gagal mempertahankan tujuh kerusi parlimennya sehingga ia gagal untuk memperoleh majoriti 2/3. Bagi BN, jelas sekali bahawa berada pada posisi ini bukanlah satu perkara yang menyenangkan, apalagi ia sukar untuk disembunyikan.
Penipuan dan penyelewengan pilihan raya
Walaupun pilihanraya sudah berakhir, namun kehangatannya masih lagi berlanjutan sehingga hari ini. Kesukaran untuk menerima keputusan apalagi hakikat kekalahan, suasana politik Malaysia pasca-pilihanraya akhirnya telah diwarnai dengan pelbagai aksi protes massa dari seluruh pelusuk negara. Aksi yang berlangsung ini hanya dengan matlamat yang satu iaitu membantah keputusan dan proses pilihanraya yang dikatakan penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Perhimpunan besar “Suara Rakyat” yang berlangsung di Kelana Jaya 8 Mei lalu ternyata menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya tidak boleh berkompromi dengan segala penipuan yang berlaku. Banyak pihak tampil membuat laporan disamping mengemukakan bukti bahawa sememangnya terdapat penipuan dan salah laku ketika pilihanraya berlangsung.

LENSA: HIMPUNAN "BLACKOUT 505" PERINGKAT NEGERI PERAK DI MEDAN ISTANA IPOH,PERAK

VIEW JAM 9 MALAM

Dewan Ulamak PAS gesa MB Terengganu berlaku adil


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat berharap Menteri Besar dan para Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang baru dilantik menjadi pemimpin kepada semua rakyat di negeri ini, tanpa mengira parti sama ada Barisan Nasional atau pun PAS dan Pakatan Rakyat.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) mengucapkan tahniah kepada Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said kerana dilantik semula menjadi Menteri Bear bagi penggal kedua.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Ahmad Said atas pelantikan semula beliau sebagai Menteri Besar negeri Terengganu. Begitu juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang terpilih dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu,

"Doa saya agar mereka semua menjadi Menteri Besar dan Exco untuk semua rakyat, kerana kita perlu pergi ke arah politik matang," ujarnya dipetik Buletin Online.

Beliau selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Terengganu yang telah diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam.

Teras tuntut Najib perjelas kenyataan Ahmad Said


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyatakan tidak ada pembangunan perumahan mampu milik  disediakan di kawasan BN kalah.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini bermakna Ahmad bukan menjadi MB kepada hampir 48.48% rakyat Trengganu yang telah menolak BN.
Katanya, bermakna juga Ahmad seolah-olah mengatakankan hanya separuh sahaja Trengganu yang akan dibangunkan iaitu di kawasan yang BN menang sahaja.

Malah beliau mengumumkan Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
Ahmad dilaporkan berkata rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

“Inilah sikap pemimpin BN yang bebal dengan rakyat yang menolak BN. Sikap yang sama juga dizahirkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Sri Ali Rustam apabila kalah di Parlimen Bukit Katil yang merakamkan kekesalan kepada rakyat yang menolak beliau dalam PRU13.

“Kami sangat kesal dengan sikap bebal yang jelas menunjukkan bahawa sebenarnya BNlah yang tidak boleh menerima kekalahan lalu rakyat menjadi mangsa,” ujar Mohd Azmi dalam satu kenyataan.

PAS kesal BN Terengganu tidak lantik Pegawai Pembangunan DUN dan Parlimen di kawasan tewas


KUALA TERENGGANU, 12 Mei — PAS menyesali kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa beliau tidak akan melantik Pegawai Pembangunan DUN (PPD) dan Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) di kawasan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri, Ariffin Deraman berkata PPD dan PPP tidak diwujudkan mungkin akibat rakyat ‘tidak mengenang budi’ BN hingga menyebabkan beberapa calonnya seperti di Bukit Payong, Ru Rendang, Bukit Tunggal dan lain-lain kecundang pada pilihan raya itu.
“Sepatutnya peruntukan kepada Adun pembangkang khususnya PAS juga diberi sama seperti yang disalurkan kepada PPD sebelum ini, baru berlaku keadilan dalam pengurusan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, Ariffin berkata untuk jangka panjang, PAS sedia terima (kenyataan Ahmad) kerana ia memudahkan urusan Adun Pas untuk bersama dengan rakyat. Ariffin berkata demikian ketika mengulas pelantikan menteri besar dan 10 anggota exco Terengganu yang baru di Istana Maziah semalam.
Adun Alor Limbat itu turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa projek perumahan mampu milik hanya akan dilaksana di kawasan yang dimenangi BN. Ariffin berkata, ini menunjukkan diskriminasi dan kezaliman.
Di negara demokrasi, amalan sedemikian tidak wajar berlaku, kata beliau. — Bernama

Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru


KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa post mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 petang tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Black 505: 'Hapuskan SJK kerana perlembagaan tak iktiraf'


 
Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.
“Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

“Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat,” katanya dalam Seminar Pasca PRU-13 di Kuala Lumpur hari ini.

Golongan yang tidak bersetuju dengan penghapusan SJK pula boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk mencabar tindakan tersebut, katanya.
“Kalau ada yang tak setuju, mereka itu anti-perpaduan. Adakah salah bagi saya nyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong, bukan sahaja oleh masyarakat Melayu tetapi seluruh masyarakat Malaysia.

Laman web White House dipenuhi rakyat Malaysia tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya ke 13

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Rakyat Malaysia telah mengajukan rungutan kepada petisyen online White House berkenaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan sejumlah 222,000 tandatangan telah diterima dalam masa seminggu dan menjadikannya isu kedua popular menurut Associated Press.
Petisyen online Presiden Amerika Syarikat Barack memerlukan 100,000 tandatangan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai rasmi kerajaan.
Menurut laporan AP, laman web pentadbiran Obama “Kami adalah Rakyat” telah dimulakan pada 2011 sebagai projek kerajaan terbuka untuk pengguna Internet.
Walaupun hanya untuk rakyat AS, syarat mengumpul tandatangan online itu kekal terbuka yang cukup bagi membolehkan aktivis luar negara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sendiri untuk menyuarakannya di peringkat antarabnagsa, kata AP.
Laman berkenaan bagaimanapun tidak memrlukan kerakyatan seseorang.
Mereka hanya perlu berusia 13 dan ke atas dan mempunyai alamat emel yang sah bagi mencipta akaun bagi memulakan petisyen.

Ikatan PAS-DAP bantu buka laluan 'anak sulung' di Melaka

Oleh Lanh
KETIKA berceloteh mengenai suasana hari penamaan calon di Melaka 20 April lalu, saya menyatakan ada 'kemajuan menarik' antara PAS dan DAP tatkala melihat buat pertama kalinya penyokong kedua-dua parti saling bercampur dengan bendera mereka (bulan dan roket) berkibaran berselang seli. Situasi itu tidak saya lihat pada PRU 2008 dan sebelumnya. 

'Percampuran' itu terbukti membantu PAS dalam melahirkan anak sulungnya di bumi Hang Tuah (PAS melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru, N17 dengan majoriti 48 undi) manakala DAP meraih manfaatnya apabila akhirnya berjaya mengakhiri legasi BN (MCA) di kawasan seperti Duyong (N23). Di Duyong, Pengerusi MCA Melaka yang juga penyandang kerusi itu, Dato' Gan Tian Loo ditewaskan oleh Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San dengan majoriti 205 undi. Tentunya kejayaan itu dibantu KeADILAN, dan ia menjadi lebih manis lagi apabila ikatan padu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu melenyapkan ego Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang kecundang di kawasan Parlimen Bukit Katil (P137) dengan majoriti agak besar (5,447 undi) di tangan Pengerusi KeADILan Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin. Kekalahan Mohd Ali yang pernah mengadakan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu, diselubungi 'misteri' seperti terpadamnya lampu ketika pengiraan undi. Beliau menyalahkan rakyat terutama orang Cina yang dakwanya tidak pandai 'mengenang budi'.

COUNTDOWN FOR A NEW PM BEGINS: Despite 'winning' GE13, Najib is now at his weakest!

COUNTDOWN FOR A NEW PM BEGINS: Despite 'winning' GE13, Najib is now at his weakest!
If UMNO-BN had lost in the recent GE-13, Najib would have just a few things to worry about, such as how to step down gracefully as the UMNO president, what will become of his family's business empire and how prepare himself to face the worst possible repercussions from the Altantuya murder and Scorpene corruption cases.
However after winning the 13th general election through dubious means, Najib now faces a myriad of issues that he can no longer resolve by himself. Obviously, the most challenging task is to stay in power because the precedent has been set that if there is poor showing in a general election, the UMNO president has to go. Someone else will be found to replace him, just as he had replaced his predecessor Abdullah Badawi.
Despite 'giving' away 25 seats, Najib has no control over Sarawak BN and the same with Sabah BN. Therefore without having enough supporters amongst the present UMNO members of parliament Najib is practically surrounded by enemies. And all of them have been sharpening their knives for the kill that many believe is soon to come!
It's all your fault, Najib: Poor advise, poor strategy & poor execution
Najib has to move fast and make the right maneuvers. The first thing Najib should do is to fire all his advisers for the slew of blunders. Then like Chua Soi Lek, Najib should announce that he will not stand for re-election in the coming UMNO annual general assembly.
While MCA is of not much help to Najib, the other BN component parties are worse -  either completely hopeless or undependable. They may ostensibly support BN but their loyalty to Najib is not assured. In fact, it is grossly suspect. They all know and for that matter everyone in Malaysia knows that Najib is a liability to UMNO, BN and the nation due to his various scandals, wrong doings, flip-flops, vanity and of course his wife Rosmah Mansor - the self-proclaimed First Lady Of Malaysia or FLOM.
Had UMNO not cheated, PR would have won the GE-13 by a minimum 10 seats and now despite BN winning, Najib is still the loser. He has lost his integrity. Thus his knee-jerk response to put the blame on the Chinese. By giving into panic, he has admitted that his 1Malaysia initiative has failed miserably so much so that the nation is racially divided into a Chinese tsunami on one side and a Malay wall on the opposite side. Such badly thought-out spin and strategy but Najib however still refuses to amend the blunder. It is only because of the clear-mindedness of the Chinese and the wisdom of the Opposition leaders that racial tension has been prevented.
Whether he likes it or not, Najib has to accept it is his fault that BN did so badly. It is not Anwar nor the Chinese to blame. UMNO has to face the fact that not only the Chinese, but the rest of the population including the Malays have several choices. And most of all - we all can live without UMNO-BN.
Difficult choices

Interesting characters at Black 505 rally

Black 505: May12rosmah

Kabinet Najib atau kabinet 'warlords'

Oleh Aspan Alias
Apa yang ‘unthinkable’ yang Najib perlu lakukan selepas menang tipis dalam PRU 13 yang baru selesai ini? Saya bermaksud untuk Najib mengeluarkan imej kerajaan dari imej yang ada pada hari ini sebagai salah satu dari banyak pertimbangan untuk melakukan ‘the unthinkable’ itu.
 


Pertamanya, dari segi struktur kabinet lantikan beliau mesti berbeza dari yang kita lihat selama ini. Merubah penampilan kementerian kepada rakyat itu boleh memberikan imej baru kepada apa yang ingin beliau lakukan jika beliau mempunyai pemikiran yang betul dan jujur.
Keduanya, barisan kabinet lantikan beliau nanti wajar mengeluarkan mereka yang telah tercalar dengan rasuah didalam parti atau pun kerajaan. Jika masih ada ahli jemaah menteri yang masih mempunyai stigma rasuah itu bukannya membantu Najib tetapi akan menghancurkan kepimpinannya sendiri. Untuk melakukannya, Najib perlu mempunyai keberanian yang luar biasa kerana tindakan beliau untuk melakukan perubahan itu akan mendapat tentangan dari ‘warlords’ dalam UMNO itu sendiri.
Apa yang perlu Najib ketahui, jika terpengaruh dengan tekanan ‘warlords’ ini Najib sendiri akan bersara sebagai seorang bekas pemimpin negara yang dicemuh dan dinesta rakyat sampai ke mati. ‘Warlords-warlords’ ini tidak akan ambil peduli terhadap Najib setelah mereka mendapat kehendak mereka. Mereka-mereka ini akan mengelilingi dan menjunjung pemimpin yang baru yang menggantikan beliau itu nanti. Bukankah itu budaya lama UMNO yang tidak akan dapat dihakis lagi?
Najib tidak boleh ada ‘obligation’ keterlaluan dengan melantik mereka yang berimej kotor walaupun mereka itu penyokong kuat beliau kerana jika dilakukan juga maka rakyat akan memberontak lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Jika Najib serius untuk melakukan perubahan dan pembaharuan maka nama-nama busuk tidak boleh berada dalam kabinet beliau. Jangan pula terpaksa melantik Ali Rustam, misalnya semata-mata memberikan tempat kepada beliau kerana beliau kalah di Bukit Katil baru-baru ini. Semua orang tahu siapa beliau dalam pemilihan parti beberapa tahun dahulu.
Maksud saya jika Najib serius, beliau perlu melakukan pembaharuan secara ini kerana mereka inilah yang membuatkan UMNO tidak lagi dihormati oleh rakyat. Jika masih ada lagi nama-nama seperti ini tersenarai dalam kabinet Najib, maka itu merupakan satu petanda buruk yang akan dihadapi oleh UMNO tidak berapa lama lagi. Rakyat sudah letih dengan imej rasuah UMNO ini.

Penipuan BN buatkan PR gagal bentuk kerajaan Persekutuan

Oleh Noor Jaafar

RAKYAT Malaysia sebenarnya sudah melakukan perubahan sebab itu undi popular banyak diperolehi Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN) cuma penipuan yang dilakukan membuatkan PR gagal membentuk kerajaan Persekutuan.
Sebab itu juga lebih 100,000 rakyat menyertai Perhimpunan Penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam tadi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah ketika berucap pada perhimpunan itu berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengundi DAP dan parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan PKR sehingga mencatat peningkatan dan pertambahan kerusi yang membanggakan.
PRU-13 yang diadakan 5 Mei lalu juga mencatat sejarah kerana undi popular rakyat Malaysia banyak diperoleh PR berbanding Barisan Nasional (BN) termasuk undi popular untuk kerusi Parlimen di seluruh negara dan undi popular untuk semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini bermakna rakyat sudah memilih PR untuk memerintah negara kerana mereka mahukan perubahan iaitu sebuah kerajaan yang bersih, telus, adil, urus tadbir yang baik, tidak rasuah, tidak lakukan penyelewengan, tidak memperkayakan kroni dan merakyatkan ekonomi negara.
Bagaimanapun yang jelas penipuan yang dilakukan BN yang bersekongkol dengan beberapa agensi, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuatkan PR gagal menubuhkan kerajaan sebaliknya BN mengalami kemerosotan teruk.
Jika bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh ditekan ahli UMNO untuk mendesak beliau meletakkan jawatan kerana kekalahan teruk pada PRU-12 2008, tidak ada sebab bagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tidak menerima tekanan yang sama untuk memaksanya meletakkan jawatan kerana BN mengalami kekalahan yang lebih teruk berbanding ketika Pak Lah.

Sampai bila BN akan kekal dengan sikap bodoh sombong mereka?

Oleh Hafiz Zainuddin

TAHUN malap dan malang buat BN ialah 2013. Mereka tidak boleh lagi berlagak bijak dan bodoh sombong seperti dulu. Para wakil rakyat mereka tidak boleh lagi ketagih untuk dicium tangan. Masa ini adalah masa terbaik untuk berkhidmat dan bukan lagi khianat.
Bagi kita, rakyat Malaysia, kalau jalan raya sanggup berarak, asap kanister pun mampu diharung, inikan pula di peti undi. Tidak ada siapa lagi yang mampu menangguh kesedaran nurani kita yang berani melakar perubahan politik Malaysia.
Bagaimanapun, BN nampaknya masih bermimpi, mereka menuduh peralihan undi rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU-13 ini sebagai satu perubahan akibat emosi dan sentimen perkauman. Sekali lagi, BN jerut leher sendiri.
Kalau tidak kerana orang Melayu memilih Khalid Samad daripada PAS di Shah Alam, sudah tentu bilangan orang Cina yang hanya sekitar 15 peratus takkan mampu memenangkan beliau. Dan kalau tidak orang Melayu memilih Wee Jeck Seng daripada MCA, takkan juga Madhzir Ibrahim yang mewakili DAP di Tanjung Piai tewas. Politik perkauman cuma mainan BN untuk meraih undi, realitinya, sudah lama orang Melayu boleh memilih calon bukan Melayu dan begitu juga sebaliknya.
Politik sumbat menyumbat
BN perlu akur, kita sudah sedar dengan bahaya perkauman, kita telah faham benar dengan politik projek parit longkang dan politik subsidi. Sebab itu juga, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik tewas ditangan Nurul Izzah Anwar biarpun bekas menteri itu agresif menyumbat segala macam pembangunan dan projek naik taraf kemudahan masyarakat di Lembah Pantai.
Adakah BN faham mesej yang disampaikan? rakyat memilih Pakatan Rakyat kerana mahu negara ini ditadbir oleh mereka yang benar-benar layak. Kita mahu Malaysia bebas rasuah, bebas diskriminasi, bebas monopoli, dan menjalankan segala dasar kerajaan yang pro-rakyat. Kita mahu politik baru, politik yang dicerahkan dengan ilmu, kefahaman dan fakta bukannya politik perkauman, politik fitnah dan rasuah.
Masa berlalu pantas meninggalkan cebisan hitam sejarah bangsa yang dikeronyokkan. Sebab itu kita tidak hairan bila Najib berjaya melakar prestasi terburuk dalam sejarah BN pada PRU-13 ini biarpun bukan sedikit duit yang ditabur.
Soalan mudah untuk BN

‘Tsunami Cina’: Najib hina hak demokrasi, perlihatkan hipokrasi ‘1Malaysia’


KUALA LUMPUR, 10 MEI: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyalahkan ‘tsunami Cina’ bagi kekalahannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu amat dikesalkan.
Ternyata Najib tanpa segan silu sanggup menghina pengundi Cina dengan menghina hak demokrasi mereka untuk memilih sesiapa saja yang mereka mahu sebagai pemimpin.
Setiausaha Eksekutif Biro Pendidikan Politik DAP, Mahdzir Ibrahim dalam kenyataan medianya berkata, tindakan Najib itu boleh menimbulkan kegusaran yang bakal mencetuskan episod perkauman yang berpanjangan.
“Peratusan undi popular yang dimenangi Pakatan Rakyat secara keseluruhan 49.96% bersamaan 5.624 juta pengundi manakala Barisan Nasional (BN) memungut 48.6% bersamaan 5.328 juta pengundi menunjukkan majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat,” ujar beliau.
“Ini adalah isyarat jelas menunjukkan bahawa bukan saja pengundi Cina memilih untuk bersama Pakatan Rakyat tetapi pengundi Melayu, Cina dan India juga bersepakat menolak kepimpinan Barisan Nasional (BN),” tambahnya.
Menurut beliau lagi, sikap melabel pengundi Cina sebagai penyokong Pakatan Rakyat menunjukkan sikap tidak prihatin terhadap majoriti rakyat Malaysia yang benci agenda perkauman sempit.
“Hal ini meyakinkan lagi bahawa gagasan 1 Malaysia yang selama ini dilaungkan Najib adalah pernyataan hipokrit. BN sebagai gabungan komponen parti politik sebenarnya tidak penah menghayati falsafah di sebalik moto ‘1 Malaysia’ yang menjanjikan pertumbuhan sosial yang inklusif dan intergrasi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum,” kata beliau.

Pas: SPR gagal


SPR gagal: Pas
Tuan Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal (kanan) dan Bendahari Perhubungan Pas Pahang, Musanif Abdul Rahman di Temerloh, semalam.
 
TEMERLOH – Pas Pahang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada PRU13 khususnya ketua tempat mengundi yang tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan cukupnya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan petugas SPR tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.

Menurutnya, sebagai contoh di Dun Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali Pas memohon daripada mereka.

“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana ketua tempat mengundi memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang Parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya, semalam.

PRU-13 ibu segala penipuan, SPR mesti jawab

DSAI_Batu_Kawan BATU KAWAN  12 MEI : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih daripada BN, justeru ia menimbulkan tanda tanya kepada rakyat dan pemerhati.
“SPR cuai. Penipuan mereka menyebabkan Pakatan Rakyat yang mendapat undi popular dikira sebagai kalah. BN yang ternyata tidak berjaya mengatasi Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai pemenang.
“Bagi mengekalkan kemenangan, BN dan SPR sanggup menipu sehingga ada pengundi diragui berani masuk ke pusat pengundian.
SONY DSC“SPR mesti jawab segera segala pembohongan yang mereka lakukan,” kata Anwar Ibrahim di hadapan lebih 100,000 hadirin dalam himpunan ‘Tolak Penipuan PRU-13 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.
Tegas Anwar, hak rakyat memilih pemerintah bukan saja dicabul oleh SPR dan BN, malah ditipu dengan cara jijik dan kotor termasuk menyerang Pakatan Rakyat melalui media arus perdana untuk mengekalkan kuasa
“Selepas pembubaran Parlimen, semua media yang ada dalam negara tidak lagi mendapat kebebasan. Semuanya diperkuda oleh mereka untuk mengikut telunjuk BN supaya rakyat yakin perbuatan mereka.
“Himpunan ini mesej jelas kepada BN dan SPR bahawa rakyat tidak setuju dengan penipuan yang mereka lakukan.
“Oleh kerana itu, rakyat negara ini akan terus bangkit membuktikan hak mereka ternyata ditipu dan dinafikan oleh BN dan SPR dalam pilhan raya umum 5 Mei lalu,” kata Anwar.

SAMM ajak sambut 13 Mei Hari Bangsa Malaysia


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak orang ramai menyambut Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei ini.

Program anjuran SAMM dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang akan bermula jam 8 malam itu akan diisi dengan pidato bagi membuang sentimen perkauman yang diwujudkan oleh pihak tertentu.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, 13 Mei diiktiraf sebagai Hari Penyatuan Rakyat Malaysia dan pidato perdana sempena tarikh tersebut bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan-cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni atas nama 1Malaysia.

"Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat tidak lagi takut, rakyat kini sudah berani membawa sepanduk kebenaran betapa sentimen perkauman itu sudah ditinggalkan. Rakyat kini bersatu, dengan berani melawan penafian demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.

Ratusan ribu banjiri Stadium Batu Kawan




BATU KAWAN: Ratusan ribu rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri utara Semenanjung membanjiri Stadium Batu Kawan, Seberang Perai  malam tadi bagi menyertai Himpunan Black 505.

Ia telah menyebabkan trafik sesak sejauh 20 kilometer dari Plaza Tol Juru, Tol Batu Kawan dan laluan menuju stadium.

Manakala di dalam stadium jumlah orang yang datang tanpa dibayar sesen pun melebihi sasaran.

Rakyat Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama tanpa ada perasaan cemburu walaupun pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat menanamkan perasaan benci kepada masyarakat Tionghua yang di katakan berlakunya 'tsunami Cina'.

Semasa datang mereka berkonvoi sambil memegang bendera  di tangan. Riuh rendah jadinya seperti satu pesta.

Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke stadium mereka hanya berdiri di tepi Lebuhraya
ramai-ramai sambil mengibar bendera ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Rakyat banjiri perhimpunan Black 505 di P Pinang


 
Pekan Batu Kawan, yang terletak di koridor selatan Pulau Pinang, dibanjiri lautan manusia yang menghadiri perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di stadium di situ malam tadi.

Diadakan tiga hari selepas 120,000 orang membanjiri perhimpunan yang sama di Kuala Lumpur, perhimpunan di Pulau Pinang malam tadi turut disertai mereka dari negeri jiran - Kedah dan Perak.

Terdapat juga peserta dari Selangor dan Negeri Sembilan yang mengibarkan bendera negeri masing-masing tanpa henti di tengah-tengah simbol roket (DAP), bulan (PAS) dan mata (PKR).

penang black rally post-ge13 record crowd 4Lapan puluh lima peratus hadirin yang berbilang kaum itu adalah orang muda lelaki dan wanita, yang datang seawal jam 6 petang dengan menaiki kereta dan motosikal, membawa bendera parti dan kain rentang, serta meniup vuvuzelas di dalam stadium yang penuh sesak.

Sejak pukul 4 petang, Lebuhraya Utara-Selatan telah sesak dengan kereta yang merangkak melalui laluan keluar Bukit Tambun ke Batu Kawan - yang merupakan tempat makanan laut yang terkenal.
Pemimpin Pakatan seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ADUN Seberang Jaya ADUN Dr Afif Bahardin, meninggalkan mereka sekurang-kurangnya lima kilometer jauhnya untuk sampai ke stadium, yang bergemerlapan dengan gerai-gerai yang dihiasi lampu berwarna-warni.

penang black rally post-ge13 record crowd 3Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada kira-kira jam 9 pagi disambutkan dengan tepukan ketika melangkah masuk ke dalam stadium - yang berkapisiti memuatkan 80,000 orang.
Sepanjang perhimpunan selama empat jam itu, hadirin
membawa kain rentang dan sepanduk yang mengecam sikap  perkauman, dengan mesej seperti "Kita semua rakyat Malaysia" dan "Tsunami Rakyat".

Ini adalah reaksi balas terhadap tuduhan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 'tsunami Cina' mengakibatkan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN kalah teruk, apabila mereka mengundi Pakatan, sekaligus memberinya 51.4 peratus undi popular berbanding dengan BN 48.6 peratus.
Apa lagi yang rakyat Malaysia mahu?

Anwar Ibrahim: 120,000 Banjiri Perhimpunan "Black 505" Di Stadium Batu Kawan

Lim Guan Eng at Ceramah Suara Rakyat Suara Keramat

Anwar, Azizah catch crowd by surprise with early arrival

Guan Eng in FIERY MOOD over GE13 fraud

Anwar: GE13 the mother of all frauds

Anwar Ibrahim : Ceramah Suara Rakyat Suara Keramat @ Batu Kawan Stadium

This country will rise up if EC gazettes w/o explaining - Sim

P Patto's daughter, a chip off the old block!