Sabtu, 11 Mei 2013

Dialog ‘Ombak Hitam’

Perbincangan terbuka di laman rangkaian sosial membuka ruang untuk beberapa rakan berdialog secara sihat mengenai soal agama, politik dan isu semasa.

“Apakah ‘ombak hitam’ akan jelas kelihatan apabila saudara-mara dan para sahabat kita yang beragama Islam rukuk, iktidal dan sujud berjemaah di hadapan-Nya pada tengah hari ini?”
Demikian saya paparkan pada ruangan status Facebook pada pagi Jumaat, 10 Mei 2013. Tentulah saya ingin tahu sama ada “semangat” yang dilahirkan menerusi “Black 505” mulai 6 Mei – dan semakin nyata menerusi perhimpunan masyarakat pelbagai kaum/agama di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei – turut menular ke masjid-masjid.
Tambahan pula, sekumpulan orang sudah merancang untuk berarak ke Pejabat SPR Putrajaya dengan berpakaian serba hitam selepas solat Jumaat. Sejak awal pagi Isnin pula, ramai pengguna Facebook – termasuk saya – meletakkan foto profil warna hitam sebagai tanda bantahan senyap (silent protest).
Berbalik kepada paparan status tadi, ia mendapat reaksi mudah menerusi “Like” daripada lebih 30 rakan serta komen bertulis daripada lima rakan. Akhirnya saya memberitahu rakan-rakan terbabit bahawa saya mahu menulis makalah berbentuk dialog (perbualan) berdasarkan komen-komen yang diberikan oleh mereka.
Pemaparan semula dialog yang berlaku bukanlah bertujuan mengaibkan atau menyalahkan sesiapa tetapi berniat mewujudkan “dialog” yang sihat berkaitan isu-isu yang mungkin dianggap sensitif. Berikut dialog kami dengan sedikit suntingan dari segi bahasa tanpa mengubah maksud asal. Nama samaran “RN” digunakan atas permintaan individu terbabit.
Uthaya: Apakah “ombak hitam” akan jelas kelihatan apabila saudara-mara dan para sahabat kita yang beragama Islam rukuk, iktidal dan sujud berjemaah di hadapan-Nya pada tengah hari ini?
RN: Brickfeild [sic] banyak ombak hitam, bos!
Uthaya: Sila jelaskan maksud kenyataan anda; selain membetulkan ejaan nama tempat berkenaan.
RN: Saya terguris apabila anda mengaitkan situasi politik terkini dalam negara, sehingga “menceroboh” ke dalam amalan agama saya. Lantaran itu, secara spontan saya bertindak balas, menyuruh anda melihat “ombak hitam” yang boleh dilihat di tempat yang saya sebutkan di atas. Dengan itu, marilah kita sama-sama terguris.
Uthaya: Ya, saya terguris apabila anda salah eja “Brickfields”.
RN: Minta maaf atas kesalahan tersebut (salah eja).
Uthaya: Maksud saudara, ramai umat Islam di Brickfields dijangka bersolat jemaah sambil memakai baju hitam pada hari ini?
Haris Hauzah: Politik dan agama sentiasa bersama; seiring.
RN: Maksud saya, di situlah (Brickfields) ada ramai kaum India. Tidak ada masalah mereka berada di mana sekali pun. Warga negara Malaysia boleh dengan bebas pergi ke mana-mana dan berkumpul di mana-mana. Saya juga menikmati Brickfeilds [sic] sebagai “Little India”. Menghormati apa agama mereka. Jadi, tak perlu menyindir agama saya.
Uthaya: Menyindir?
Husna Nabila: Tiada tiada ada apa-apa yang disindirkan oleh Uthaya. Sebaik sahaja membaca status di atas, segera saya faham ia berkaitan dengan protes terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu kempen Black505. Dalam erti kata lain, status ini bermaksud, “Cuba bayangkan jika semua ahli jemaah di masjid memakai baju bewarna hitam tanda protes.”
RN: Niat ke masjid mesti diperbetulkan; iaitu hanya beribadat kerana Allah! Tiada niat yang lain. Saya dan kita boleh memaafkan Uthaya kerana mungkin ada beberapa aspek dalam agama kita (Islam) yang beliau kurang arif.
Haris: Kasihanlah jikalau masjid itu ibadahnya solat sahaja. Penentangan terhadap penindasan dan kezaliman pun tidak boleh dimasjidkan. Saya sudah kata: agama, politik, sosial dan segalanya seiring, bersama.
Islam adalah “cara hidup”

Lensa : Puluhan Ribu Rakyat Malaysia di Perhimpunan BLACK505 di Batu Kawan, Pulau Pinang


Photo: Stadium Batu Kawan P. Pinang.
Photo: 8 15pm at Batu Kawan
Photo: 8:45pm Batu Kawan
Photo: Batu Kawan P.Pinang..8.00pm
Photo



Perhimpunan Pakatan di Pulau Pinang tarik puluhan ribu hadirin

GEORGE TOWN, 11 Mei — Puluhan ribu rakyat berhimpun di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang untuk membantah keputusan pilihan raya minggu lalu.
Kebanyakkan mereka berpakaian hitam, terpaksa meletakkan kereta mereka sejauh di plaza tol Bukit Tambun kerana kesesakan lalu lintas.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium jam 8.30 malam untuk menggelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium.
Pada pukul 9.00 malam stadium yang boleh memuatkan 40,000 orang itu sudah separuh penuh.
Kebanyakkan mereka adalah anak-anak muda yang mengibarkan bendera gergasi PAS, PKR dan DAP.

Dakwat kekal yang tidak kekal: Punca utama penipuan dalam PRU13?

Nahar Md Nor

11 MEI — PRU13 yang penuh kontroversi itu telah berlalu. Pakatan Rakyat telah menolak keputusan PRU13 kerana ia didakwa penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Manakala Bersih 2.0 serta beberapa NGO seperti Pertubuhan Ikram Malaysia telah mempersoal kesahihan keputusannya kerana sebab yang sama. Bersih 2.0 telah menubuhkan Tribunal Rakyat bagi melakukan penyiasatan terhadap penipuan dan penyelewengan ini.
Isu pilihanraya tidak adil dan tidak bebas bukanlah perkara baru. Senarai pemilih yang tidak bersih, media massa yang disalahguna oleh pemerintah, penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan sementara, adalah antara perkara yang telah berlaku pada setiap pilihanraya dan berterusan dalam PRU13 yang lepas. Sebahagian besar perkara ini terkandung dalam lapan perkara yang dituntut oleh Bersih 2.0.
Salah satu tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal. Tujuan penggunaan dakwat kekal adalah bagi menghalang seorang pengundi mengundi lebih dari sekali. Pengundi berganda ini boleh berlaku dalam beberapa bentuk, antaranya:
1. Pengundi pos dan pengundi awal yang mengundi sekali lagi pada hari mengundi kerana nama mereka juga terdapat dalam senarai utama pengundi
2. Pengundi pos dan pengundi awal yang mengundi sekali lagi menggunakan kad pengenalan orang lain atau kad pengenalan palsu, samada semasa pengundian awal atau hari mengundi biasa
3. Pengundi biasa yang mengundi beberapa kali (kemungkinan di pusat mengundi berlainan) pada hari mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain atau kad pengenalan palsu
Untuk menyelesaikan perkara ini, Bersih 2.0 dan rakyat jelata telah menuntut agar dibersihkan senarai pengundi serta digunakan dakwat kekal. Malah Jawatankuasa Khas Parlimen (Penambahbaikan Pilihanraya) juga telah mengesyorkan penggunaan dakwat kekal dan telah dipersetujui oleh Parlimen dan SPR.
Yang menjadi persoalan besar sekarang ini adalah kenapakah penggunaan dakwat kekal ini tidak dilaksanakan dengan baik oleh SPR?
Saya mengatakan bahawa SPR tidak melaksanakan syor ini dengan baik kerana matlamatnya tidak tercapai. Tidak ada maknanya mencalit dakwat tersebut jika ia tidak kekal.

Pasca PRU13: Kemenangan BN yang rapuh di Perak

BN mampu mengekalkan pentadbirannya di Perak apabila memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu. Namun kedudukan parti itu dilihat rapuh apabila situasi itu sama seperti kemenangan tipis Pakatan Rakyat pada 2008 sehingga  berlaku peralihan kuasa apabila tiga ADUN gabungan itu keluar parti.

Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang, menjadi ADUN bebas
yang mesra BN.

Kecuali Behrang, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Pakatan berjaya merampas semula DUN Changkat Jering dan Jelapang.

Meskipun jauh kemungkinannya potensi untuk wakil rakyat BN melompat parti, namun kedudukan BN boleh tergugat jika berlaku pilihan raya kecil, khususnya di DUN yang dimenanginya dengan majoriti tipis.

Antara kerusi DUN BN yang dilihat goyah dengan majoriti tipis ialah Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).

Seperti pada 2009, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan di seluruh negara berikutan kematian wakil rakyatnya.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya kali ini, terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008,

lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Seperti di Manjoi dan Pasir Panjang, dalam masa lima tahun, pertambahan pengundi baru di dua kawasan itu naik mendadak. Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36

Terkini! Keadaan Di Stadium Batu Kawan (SUARA RAKYAT 5.11 SUARA KERAMAT)

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-frc1/310034_292340660901812_1465339474_n.jpg
Masuk utusan ialah 1000 orang !!!

MB T'ganu: Tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah

Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
  
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
  
"Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.
  
"Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini.
  
Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.
    

Pasca PRU13: DAP akan ambil alih jika pusat MCA, Gerakan ditutup

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti dan wakil rakyatnya supaya mengambil alih perkhidmatan yang disediakan sebelum ini oleh pusat perkhidmatan BN yang ditutup.

"Jika mereka fikir mereka boleh menakut-nakutkan rakyat dengan menutup pusat perkhidmatan mereka, inilah masanya bagi DAP  mengambil alih dari MCA dan Gerakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang politik.

"Jika mereka mahu tutup, biarkan mereka tutup. Marilah kita ganti parti BN untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika mereka mengatakan mereka tidak mahu berkhidmat, jangan berkhidmat lah. Kami akan berkhidmat," katanya dalam ucapan perasmian beliau di perhimpunan wakil rakyat DAP hari ini.

Beliau juga mengulangi kritikan terhadap MCA dan Gerakan - di mana beberapa pemimpin bahagian telah mengancam untuk menutup pusat perkhidmatan mereka selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 - sebagai kebudak-budakan..

Pasca PRU13: Lebih baik BN yang sertai Pakatan, kata Karpal


Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kemungkinan parti itu menyertai BN "tidak timbul sama sekali" tetapi secara bergurau berkata mungkin sebaliknya BN mahu menimbang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Saya akan menjadi orang pertama yang keluar jika DAP memutuskan untuk berbuat demikian dan saya pasti 100 peratus daripada anda semua bersama saya," katanya ketika berucap di majlis pertemuan wakil rakyat DAP pagi ini.

Bagaimanapun, beliau berkata parti itu "perlu menimbang dengan berhati-hati" untuk bekerjasama dengan BN dalam isu-isu kepentingan negara bagi mengelakkan polarisasi politik negara.

"Sudah tentu, yang terbaik adalah untuk BN menyertai Pakatan Rakyat," katanya berjenaka.

Pasca PRU13: Ucapan Ahmad Said berbaur politik dendam

KUALA LUMPUR: Adun Batuk Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahamd Nawawi menyifatkan ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berbaur politik dendam.

Sebaik selesai majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah, Ahmad enegaskan mereka tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Jelas Ahmad Said, rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.

Mengulas perkara itu, Syed Azman begitu kecewa dengan kenyataan sedemikian daripada mulut seorang menteri besar kerana di dalam kerajaan setiap menteri besar bukan mewakili parti dan harus membela ke semua rakyatnya tidak kira parti mana sekali pun.

"Misalnya saya mewakili rakyat di Dun Batu Buruk, saya perlu mewakili seluruh penduduk saya, semua kena bagi sama rata, kena bagi pembelaan tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

"Begitu juga MB, dia (Ahmad Said) bukan mewakili MB Umno, dia adalah MB Terengganu sepatutnya berjiwa besar berikan pembelaan kepada seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira parti dan agama. Ucapan Ahmad Said menyerlahkan siapa dirinya sebenar," tegas Syed Azman kepada Harakahdaily.

Katanya, PAS membantah tindakan yang kontra daripada apa yang diamalkan oleh kepimpinan Terengganu.

Petisyen online terhadap PRU13 Malaysia

KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia menganjurkan petisyen online bagi mengumpul sejumlah tandatangan sebagai bantahan terhadap perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu yang didiakwa berlaku banyak penipuan.

Penganjur petisyen ini, Terry Kok berkata, inisiatif ini dibuat bagi menarik campurtangan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat perjalanan PRU13 lalu.

Menurutnya, rakyat Malaysia boleh menyokong petisyen ini dengan menurunkan tandatangan online di laman www.change.org/GE13.

Sehingga berita ini ditulis sejumlah lebih 237,000 tandatangan telah dikumpul.

"Jika PBB campurtangan membuat penyiasatan, maka banyak lagi mata akan menontonnya.

"Jika suara kami telah dirompak di dalam tanah kita sendiri, tolonglah suara kita mencapai dunia," kata Terry.

SAMM anjur ‘Rapat Umum Perdana Selamatkan Demokrasi’ 13 Mei di KLSCAH

KUALA LUMPUR  11 Mei : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru orang ramai untuk hadir ke ‘Rapat Umum Perdana Selamatkan Demokrasi’ bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Mei ini.
Program yang bermula jam 8 Malam dianjurkan dengan kerjasama fron Mahasiswa SAMM merupakan langkah pertama anak muda meraikan 13 Mei sebagai Hari Bangsa Malaysia.
SAMMPengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, rapat umum perdana itu diadakan bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni.
“13 Mei diiktiraf sebagai hari penyatuan rakyat Malaysia bakal merungkai sentimen perkauman yang telah dimainkan oleh pihak rasis untuk menutup penafian demokrasi rakyat Malaysia dalam tragedi Black505.
“Menakut-nakutkan, memeras ugut dan amalan ‘pecah-perintah’ legasi penjajah diteruskan kerajaan Umno-BN. Selagi rakyat berjaya dipecah-belahkan, selagi itu cengkaman penjajah era baru tidak berganjak,
“Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat sudah berani dan bersatu melawan penafian demokrasi,” kata Edy sambil menggalakkan hadirin memakai pakaian hitam bagi meneruskan momentum himpunan Black505.

Pasca PRU13: Politik balas dendam bermula di Terengganu

Dr Azman Ibrahim,
Belum sampai 24 jam mengangkat sumpah sebagai MB bagi penggal ke 2, Ahmad Said tak tertangguh lagi untuk melempiaskan kemarahannya kepada rakyat yang telah memilih PAS sehingga mereka hanya mampu terus berada di Wisma Darul Iman dengan kelebihan 2 kerusi sahaja.

Sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita Bernama, tiada lagi projek perumahan mampu milik di kawasan Dun dan parlimen yang dimenangi pembangkang. Kononnya selama ini kerajaan BN telah banyak mengambil alih tugas-tugas wakil rakyat PAS. Mana-mana rakyat di kawasan pembangkang yang berhajat kepada pembangunan, mereka diminta mengajukan kepada wakil rakyat pembangkang yang telah mereka pilih!

Saya sangat bersetuju dengan arahan ini kalau kenyataan ini turut disertakan dengan ketetapan bahawa mulai dari sekarang rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang tidak lagi perlu membayar sebarang cukai sebagaimana yang dikenakan kepada rakyat yang mendiami kawasan BN. Barangan di kawasan yang diwakili pembangkang juga akan menjadi lebih murah kerana cukainya telah dikecualikan. Harga kereta, harga petrol merudum di kawasan pembangkang. Alangkah seronoknya.

Saya juga boleh bersetuju kalau jawatan pegawai pembangunan dun atau parlimen dimansuhkan dengan syarat peruntukan pembangunan dun dan parlimen berkenaan disalurkan kepada yang berhak. Siapa lagi kalau bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.

Keputusan PRU13 dijangka diwarta bulan ini, SPR

PUTRAJAYA, 11 Mei — Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dijangka diwartakan dalam bulan ini, dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai tempoh 21 hari selepas itu untuk memfailkan petisyen atau bantahan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pada masa ini urusetia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di seluruh negara.
“Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini.
Wan Ahmad berkata Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi.

Pasca PRU13: Koh Tsu Koon letak jawatan, Gerakan tak sertai kabinet

Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mengumumkan beliau dan Setiausaha Agung, Teng Chang Yeow meletak jawatan minggu depan.

gerakan cec meeting 110513 koh tsu koonSelepas mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan pemimpin
Gerakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, Koh berkata, mereka membuat keputusan untuk bertanggungjawab terhadap prestasi hambar Gerakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Presiden Chang Ko Youn akan mengambil alih sebagai pemangku presiden sehingga akhir bulan Jun, apabila proses pemilihan parti bermula.

Koh berkata Gerakan, seperti MCA, tidak akan mernima sebarang jawatan kabinet peringkat pusat, tetapi akan menerima jawatan di peringkat negeri.
Koh akan meletakkan jawatan secara rasmi pada 16 Mei manakala Teng pula pada pada 11 Mei.

Beliau berkata, pemilihan peringkat cawangan Gerakan akan bermula akhir bulan Jun manakala pemilihan peringkat pusat pada 26 Oktober.

Selain mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan Gerakan, Koh berkata peletakan jawatannya adalah satu keputusan yang dibuat untuk membuka jalan kepada pemimpin baru dan preoses "pembaharuan" dalam parti.

"Saya akan terus menyokong dan berkhidmat kepada parti dengan memberi nasihat dan idea jika dan apabila diperlukan.

"Saya juga merancang untuk menyumbang kepada program latihan Gerakan untuk ahli-ahli parti," katanya.

Pasca PRU!3: Selepas dituduh kafir harbi, DAP diajak masuk BN!

KOTA BHARU: "Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.


Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN.

Anti Rasis: Flash mob tolak perkauman 13 Mei di seluruh negara

flash mobKUALA LUMPUR, 11 MEI : Kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’ akan mengadakan ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ pada 13 Mei 2013 jam 1 petang serentak di seluruh Malaysia.
Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka.
“Umno Barisan Nasional seolah sengaja mengapi-apikan rakyat supaya membenci kaum lain. Flash Mob ini kami cetuskan sebagai ‘jawapan balas’ kepada mereka
“Anak muda menolak segala bentuk provokasi jahat ini. Flash mob ini tanda penyatuan kita sebagai bangsa Malaysia
“Kami alu-alukan semua kaum datang ke Flash Mob Tolak Perkauman terutama yang berada di sekitar Kuala Lumpur,” katanya
Beberapa lokasi utama telah mengesahkan penyertaan mereka seperti Kuala Lumpur (Dataran Merdeka), Selangor (Petaling Jaya, Shah Alam), Pulau Pinang (Kepala Batas, Bertam), Pahang (Bandar Kuantan), Kelantan (Kota Bharu).
Anak muda yang berminat menganjurkan Flash Mob ditempat anda boleh meminta khidmat nasihat Haizal (017-5996955) atau rujuk laman Facebook Flash Mob Menolak Perkauman.

Pasca PRU!3: 'Mereka apikan isu perkauman langgar ajaran Islam'

Oleh  DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
TINDAKAN sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini . Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar.

 Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan ALLAH, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. ALLAH menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) “dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (ALLAH) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Coretan perantau Pasca-PRU13

Oleh Abu Ammar
Saya bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada saya untuk pulang ke tanah air bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan pengundi para pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Saya kira pilihan raya kali ini ialah yang terbaik pernah berlaku sepanjang saya celik akan politik tanah air. 


Terbaik tidak bermaksud sempurna dari segala bentuk ketidakadilan yang sememangnya manusia secara fitrahnya inginkan.

Sebagai contoh mudah dan jelas ketidakadilan yang berlaku dalam sistem pilihan raya Malaysia ialah penguasaan media oleh BN.

Ketika sedang menunggu di sebuah kedai makan, saya sempat menonton berita di satu stesen TV.

Dari awal sehinggalah ke akhirnya, BN menggunakan ruang berita di TV itu untuk berkempen tanpa memberikan sedikit pun ruang bagi Pakatan Rakyat menjawab segala persoalan dan tuduhan yang dicanang oleh pihak media berkenaan.

Saya kira ini merupakan satu ketidakadilan yang perlu dibaiki agar rakyat dapat menilai dengan adil dan memilih dengan bijak.

Di negara maju seperti UK, empat saya menetap buat masa ini, semua pihak diberikan ruang untuk berkempen di media TV semasa pilihan raya.

Hinggakan, tidak perlu lagi untuk parti-parti yang bertanding membazirkan duit untuk poster-poster, kain rentang, bendera-bendera dan lain-lain yang akhirnya hanya menjadi sampah.

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?' Bhg 2

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?' Bhg 1

Pasca PRU13: Hentikan Provokasi Jika Mahu Kekalkan Keharmonian Antara Kaum

Pasca PRU13: Kembalikan Royalti Dan Pertahan Kedaulatan Wilayah Terengganu

Pasca PRU13: Klon Nombor Telefon Bimbit, Salahuddin Mahu Celcom Jawab

Pasca PRU13: MCA Tidak Patut Menakut-nakutkan Warga Cina Kuala Terengganu

NGOs appeal quarters to quit raising racial sentiments

PENANG gears up for its biggest-ever rally: 'WE NEED TO CHANGE, SERIOUSLY'

Pasca PRU13: Tsu Koon letak jawatan Presiden Gerakan

Pasca PRU13: Sistem ‘pecah dan perintah’ yang hampir-hampir terkubur

‘Tsunami Cina’ dan tindak balas susulan

Kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 amatlah ketara. Di bandar-bandar besar, sokongan mereka merosot serendah 10%. Akibatnya, walaupun berjaya mengekalkan kuasa di peringkat pusat, prestasi BN kali ini lebih teruk dari prestasi terburuknya sebelum ini (2008). Jika pencapaian buruk PRU12 dijelaskan dengan ‘tsunami politik’, kemerosotan pencapaian BN PRU-13 dikaitkan dengan ‘tsunami Cina’.

Biarpun ungkapan ‘tsunami Cina’ benar dari segi statistik, olahan media perdana bersifat reaktif dan emosional. Ungkapan tersebut diolah bagi menegaskan rasa kecewa terhadap masyarakat Cina kerana tidak menyokong BN. Contohnya, tajuk-tajuk utama akhbar harian seperti , ‘Apa lagi Cina mahu?’, dan juga berita television yang dipenuhi dengan luahan kecewa pemimpin BN kepada masyarakat Cina.

Selaku kerajaan, tindakan menyalahkan segmen masyarakat yang tidak memberikan kemenangan yang diingini, menonjolkan ketidakmatangan kepimpinan (apatah lagi jika disusuli dengan penindasan seperti yang dilakukan kepada rakyat Kelantan selama ini). Ia juga menyerlahkan hipokrasi slogan 1Malaysia. Adakah polisi ‘segalanya’ 1Malaysia itu hanya untuk meraih undi? Dan, tidakkah ia hipokrit apabila undi yang diraih tidak ’1Malaysia’, semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan hilang entah ke mana?

Pengolahan ungkapan ‘tsunami Cina’ juga bersifat provokatif. Ia membakar sentimen perkauman; menakut-nakutkan masyarakat Cina dan menaikkan kemarahan masyarakat Melayu. Bukankah ini tindakan provokasi yang mengancam ketenteraman awam? Bukankah kerajaan BN dahulu yang memberi jaminan keamaan semasa dan selepas proses pilihan raya?

Pelik jika diteliti perilaku pemimpin-pemimpun BN. Sikap mereka dilihat sama-sekali tidak konsisten, sebelum dan selepas PRU. Puncanya – tidak lain, tidak bukan, hanyalah kerana sistem ‘pecah dan perintah’ tinggalan penjajah yang diwarisi dan diguna pakai kerajaan selama ini, hampir-hampir digagalkan pada PRU13.

Persepsi salah mengenai aktivis Cina

Papagomo dibebaskan selepas 3 hari reman


 
Penulis blog pro-Umno Papagomo telah dibebaskan oleh pihak polis hari ini, selepas ditahan reman selama tiga hari.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

"Semalam, kita membebaskan penulis blog (pro-PKR) blogger King Jason selepas tamat perintah tahanan ke atasnya selama dua hari," katanya.

Mereka telah ditahan pada hari Rabu dengan Papagomo disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, manakala King Jason disiasat di bawah seksyen yang sama Akta tersebut dan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Tiada permit dikeluarkan untuk ceramah Pakatan di Ipoh semalam


IPOH, 10 Mei — Polis Perak hari ini mengesahkan bahawa tiada permit dikeluarkan untuk ceramah anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang turut dihadiri Penasihat DAP Lim Kit Siang di Dewan Chin Woo di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis tidak menerima sebarang notis daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
“Tindakan ini menyalahi undang-undang. Polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
Polis turut menerima maklumat mengenai perhimpunan anjuran pembangkang yang akan diadakan Ahad ini, namun setakat ini tiada permohonan permit yang diterima, katanya.
Beliau berkata penganjur seharusnya memberi notis mengadakan pehimpunan kepada Ketua Polis Daerah sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan diadakan, selaras dengan peruntukan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman.
Paramasivam berkata penganjur yang gagal mematuhi peratutan tersebut boleh didenda sehingga RM10,000 jika disabit kesalahan seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam.

BN Merosot: Kenapa Najib tidak 'ditendang'?

Kenapa Najib tidak 'ditendang'?KOTA BHARU - Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempertikaikan kenapa Datuk Seri Najib Razak tidak ‘ditendang’ dari Perdana Menteri  berikutan pencapaiannya dalam Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) lebih lemah berbanding Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi dahulu?

Husam yang juga Adun Salor mendakwa dahulu pemimpin Umno ‘tendang’  Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  daripada menjadi Perdana Menteri kerana pencapaian BN yang lemah pada PRU-12.

“Namun hari ini pencapaian Najib lebih lemah dari Pak Lah.  (Oleh itu) kalau dulu Pak Lah ‘ditendang’, kenapa Najib tidak ditendang?” Husam mempersoalkan.

Beliau berceramah pada majlis kesyukuran kemenangan calon PAS Parlimen Kubang Kerian pada PRU-13,  di Pasir Tumboh dekat sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Hadir sama Ahli Parlimen baru Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah, Adun baru Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Adun baru Demit Mumtaz Md Nawi.

18 Mei rakyat ke jalan raya jika Pengerusi SPR enggan turun

PUTRAJAYA 10 MEI: Satu himpunan lebih besar akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
siswaPerkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa, Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di di sini petang ini.
“Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.
“Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di negara ini,” kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.
Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai ‘pengadil’.
“Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.
“Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat,” kata pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.

Mahfuz: Selepas bela perkauman, Najib nak harmonikan pula?


KUALA LUMPUR: Setelah menonjolkan dirinya sebagai 'Bapa Perkauman', dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk harmonikan isu-isu perkauman menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa beliau seorang pembohong. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar malah menyifatkan Najib sebagai "lidah bercabang".
"Saya menyifatkan Najib sebagai "Bapa Perkauman' kerana dialah yang mempertahankan laporan muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk yang nyata mengapi-apikan perkauman," katanya.
Selasa lalu, Utusan menampilkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang disepakati ramai sebagai mengapi-apikan perkauman.
Ironinya, kata Mahfuz, dengan sifat sebagai "Bapa Perkauman"  itulah Najib mendakwa dalam posting di Twitter beliau bahawa tugas beliau seterusnya ialah "mengharmonikan isu-isu perkauman".
"Bohong dan lidah bercabang.
"Adakah Najib fikir rakyat begitu bodoh untuk menerima Presiden Umno mengharmonikan hubungan antara kaum sedangkan beliau bukan sahaja tidak mengambil tindakan ke atas (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno, Perkasa, Utusan dan lain-lain pihak yang mengapi-apikan perkauman, malah membela pula laporan-laporan perkauman Utusan?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

PKR tubuh dua JK kendali pasca PRU 13


KUALA LUMPUR: PKR menubuhkan dua penal untuk menguruskan pasca PRU 13 iaitu Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) dan pengurus gelombang #black505 di seluruh negara.

P4 diketuai oleh Rafizi Ramli (gambar kiri) manakala #black505 diketuai oleh anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (gambar kanan).

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul," kata Rafisi dalam kenyataannya hari ini bagi mengulas perjalanan #black505 yang berjalan dengan baik.

Bagi beliau, perhimpunan #black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihanraya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih seratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.

Bagi Rafizi yang memenangi Parlimen Panda baru-baru ini, tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.

Khalid: Memang saya kedekut untuk guna duit rakyat


Himpunan BLACKOUT 505 - Ucapan Penuh Kepimpinan

PRU13: Sampai masa Raja-Raja Melayu mencari penyelesaian

Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam kelmarin sangat berjaya. Jumlah kehadiran tidak kurang daripada 100,000 orang dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh ditangani dengan mudah. Jika dibayangkan jumlah yang sebegini, sesiapa pun tidak boleh menafikan keresahan orang ramai terhadap tuduhan ‘massive fraud’ yang berlaku di dalam PRU 13 yang baru selesai itu.
Dalam situasi ini semua pihak wajar mengatasi isu kebangkitan ini dengan kaedah yang benar-benar diterima oleh semua pihak dengan baik. Tolong jangan perbesarkan isu seperti isu berulangnya insiden 13 Mei. Situasi sekarang tidak akan membawa kepada insiden 13 Mei kerana ia bukan pertentangan di antara kaum. Ia adalah pertentangan di antara pihak rakyat di bawah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dengan pihak BN yang juga dari berbilang kaum.
Jika ada pihak yang ketakutan akan terjadi insiden 13 Mei itu adalah permainan politik yang tidak baik. Insiden itu akan hanya boleh berlaku jika ada pihak yang sengaja melakukannya secara ‘deliberate’. Persoalannya sekarang, bagaimana penyelesaian boleh dilakukan dengan sejujurnya di mana semua pihak ikhlas mahu melihat penyelesaiannya.

PRU: BN akan berpaut pada persempadanan semula


 
NONEAhli strategi pilihan raya DAP Ong Kian Ming berkata, berdasarkan trend pengundian semasa, harapan yang tinggal bagi BN untuk kekal berkuasa hanya dengan memanfaatkan persempadanan semula yang harus dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun ini.

Katanya, BN sekarang mempunyai kerusi marginal yang lebih banyak untuk dipertahankan berbanding Pakatan Rakyat.

"Tidak dapat dinafikan bahawa BN dalam keadaan defensif walaupun Pakatan tidak berjaya memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan," kata Ong dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Anggota parlimen Serdang itu berkata, BN kini mempunyai 46 kerusi marginal untuk dipertahankan berbanding Pakatan yang hanya 30 kerusi.

Beliau mengkategorikan kerusi jenis itu berdasarkan sokongan undi bawah 55 peratus.

Tiada sebab DAP menyertai BN

Cadangan sesetengah pimpinan BN meminta DAP menyertai BN adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana ia akan memecahkan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP menerimanya ia sekaligus membuktikan yang DAP hanya mementingkan kuasa di dalam kerajaan. DAP akan hilang identitinya dan bukannya parti yang yakin terhadap perjuangan yang telah sama-sama dipersetujui dari awal dengan rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat.
Saya akan memberi komen sepintas lalu sahaja kerana saya tidak berfikir sebelum ini untuk melihat DAP akan bersama dengan BN untuk membentuk kerajaan. DAP mahukan kuasa yang ‘legitimate’ dari undian pengundi-pengundi dalam pilihanraya yang lalu bersama parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Melayu mana yang ketakutan?

Oleh Sakmongkol AK47
Kita tak tahu apa yang Najib fikirkan sekarang- sebab takde apa yang mampu difikirkan. Antara 2 telinga Najib ada ruang kosong yang besar dan gersang. Satu hari dia kata, ini semua angkara tsunami Cina. Dia mengkakaktua apa yang Mahathir kata- UMNO dan BN gagal kerana ada orang Melayu tamak dan Cina tidak mengenang budi. 

Kedua kenyataan dari kedua orang adalah suatu yang tidak bertanggungjawab. Semua bisness yang kedua mereka jalankan, dijalankan dengan orang cina. Sahabat baik Najib dari George Kent adalah seorang Cina. Sahabat baik Mahathir majority nya Cina dan merekalah yang Mahathir bentukkan dan bangunkan. Cuma sukalah kita ingatkan- Mahathirlah yang membuat sempadan semula mencairkan majorti Melayu dalam kawasan Pilihanraya sebab dia rasa orang Cina boleh dipercayai lebih dari orang Melayu. Jadi kita kata- padan muka Mahathir. Padan muka Najib dan UMNO. Bangsa sendiri tidak percaya.
Orang Cina hanya 24% sahaja dari penduduk negara ini. Mana mungkin mereka ambil alih kerajaan. Yang ketakutan sekarang ialah Melayu UMNO. Itu pun pemimpin Melayu UMNO. Ahli biasa tidak perlu takut.
Hanya pemimpin UMNO yang ketakutan dan cemas. Bin Mahathir, bin Razak, Bin Hussin, bin Nazri dan lain2. Sebab semasa kuat dan kukuh, mereka menyamun, merompak, meraih komsiyen, menipu harga dan lakukan apa sahaja untuk menyonglap, menyamun dan merompak.

Jusuf Kalla: ‘Najib kawan saya, Anwar teman saya’

Jusuf mengaku sudah memberitahu Najib dan Anwar agar melakukan kompromi hasil keputusan pilihan raya umum Ahad lalu.
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sahabat baiknya.
“Sudah lama, dengan Anwar kami berteman sejak mahasiswa. Sedangkan  Najib kebetulan orang Bugis juga.
“PM Malaysia Najib dan tokoh pembangkang Anwar teman saya. Makanya saya ke Malaysia bertemu keduanya,’’ kata Jusuf Kalla kepada Rakyat Merdeka, kemarin.
Begitupun, beliau menyokong usaha Najib untuk mengadakan penyusunan perpaduan nasional selepas keputusan pilihan raya umum Ahad lalu.
Barisan Nasional mendapat 133 kerusi parlimen manakala Pakatan Rakyat 89, akibatnya Anwar menolak keputusan itu dan mendakwa ada kecurangan.
Jusuf  mengaku sudah memberitahu Najib  dan Anwar agar melakukan kompromi.

Berkempen dengan santun

“Jangan sampai perbedaan politik yang terjadi di Malaysia ini memicu  konflik,” tambahnya.
Menurutnya, beliau telah berpesan, agar keduanya (Najib dan Anwar) berkempen dengan santun, tidak saling serang peribadi masing-masing kerana keduanya adalah sahabat baik.

MB Selangor : Dua nama diangkat, tapi Khalid jadi pilihan



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Selang beberapa jam selepas Mohamed Azmin Ali mempertikaikan berhubung proses menamakan calon menteri besar Selangor dan mengkritik pentadbiran negeri sebelum ini, PKR tampil dengan satu kenyataan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendapat restu Pakatan Rakyat (PR) untuk diangkat semula menjawat jawatan itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua nama telah dicadangkan kepada pimpinan parti dan nama Khalid dipilih untuk kekal sebagai menteri besar.

"Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, PKR telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang berjaya memenangi kerusi mereka... ," tulis kenyataan media itu.

SPR: Daftar pemilih PRU13 antara yang terbersih...ha..ha..ha...!!!



Abdul Aziz Mohd Yusof KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pelbagai penambahbaikan bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang berakhir Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih 'terbersih' pernah dilakukan badan bebas itu.
  
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  
"Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai 'identifier' (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU13," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.
  
Justeru, dakwaan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada PRU13 merupakan pembohongan besar dan fitnah semata-mata, bertujuan mengelirukan rakyat, katanya.

Media Indonesia: Himpunan 8 Mei di Malaysia mirip era guling Soeharto

indoKUALA LUMPUR 10 MEI: Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.
Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan penipuan isu dakwat kekal yang luntur, pengundi hantu, pengundian berulang kali dan warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.
Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.
“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.
“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.

Himpunan ‘Black505′ diteruskan di P Pinang, Perak, Pahang & Johor

(Kenyataan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli)
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul.
945054_572863309420680_1167231291_nPerhimpunan #Black505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihan raya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih 100,000 rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.
KEADILAN yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.
Oleh itu, gelombang #Black505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara.
Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:
Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam
Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh
Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)
Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)
Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa simbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
KEADILAN telah menubuhkan dua pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihan raya akibat penipuan berleluasa.

Pakatan sahkan Khalid MB Selangor


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.

Berdasarkan nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.

Tengahari tadi, Pengerusi PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.

Namun beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.

Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Saifudin.

Pakatan sokong Khalid jadi MB S'gor, kata SUA PKR

Pakatan Rakyat menyokong ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata berteraskan prinsip konsensus, parti itu telah mencalonkan dua individu di kalangan ADUN PKR di Selangor untuk jawatan tersebut untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan Pakatan, PAS dan DAP.

Menurutnya, PAS menerusi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng telah bersetuju memilih Abdul Khalid bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat cemerlangnya menerajui pentadbiran kerajaan Selangor.

Terdahulu hari ini, Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menyuarakan kekecewaan berhubung proses penamaan calon menteri besar, dengan berkata kepimpinan tertinggi parti itu telah bertindak secara unilateral dan mengenepikan kepimpinan negeri.

505: Meluruskan salah faham proses pengundian

Abdul Azim Roslan

10 MEI ― Seperti biasa, setelah tamat sahaja pilihan raya, maka pelbagai isu yang akan dibangkitkan terutamanya melibatkan dengan proses pengundian.
Sesetengah isu yang dibangkitkan itu mempunyai latar yang kukuh untuk diperdebatkan, ada sesetengah isu pula dibangkitkan sekadar untuk membentuk persepsi buruk hasil daripada salah faham dan kurang informasi yang tepat.
Antara isu ulangan yang kerap kali didendangkan adalah penyelewangan pengiraan undi, cubaan melarikan kotak undi atau pun pertambahan kotak undi secara misteri.
Isu ini dihangatkan dengan paparan gambar yang dimuat turun dilaman sosial dan kemudian pembawa gambar itu akan menjustifikasi paparan itu untuk membentuk persepsi kepada pembaca.
Perkara yang perlu diketahui oleh umum adalah, setiap pusat mengundi mempunyai beberapa saluran undi.
Untuk memudahkan pemahaman, saluran itu membawa maksud bilik undian dan di dalam bilik undian itu akan terdapat dua peti undi yang mana satu peti mewakili undi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu peti lagi undi Parlimen.
Di dalam bilik undian itu pula akan terdapat beberapa orang petugas SPR dan diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi (KTM). Ejen-ejen calon yang bertanding akan diletakkan di dalam bilik undian itu bagi memantau proses pengundian dari mula hinggalah sampai ke proses pengiraan.
Ejen calon juga akan dibekalkan dengan senarai daftar pengundi dimana setiap pengundi yang masuk ke dalam bilik undian itu akan disemak secara bersama bagi memastikan setiap pengundi yang masuk itu berdaftar dengan SPR dan mengelakkan pengundian lebih dari sekali oleh seorang pengundi. Ini diperkuatkan dengan penggunaan dakwat kekal.
Setelah proses pengundian tamat pada pukul 5.00 petang (bergantung pada pusat mengundi), proses pengiraan undi akan berlangsung.

Kenyataan Utusan terhadap kaum Cina lari daripada konteks, kata sejarahwan


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (gambar) berkata laporan dimuka depan Utusan Malaysia hari ini yang lantang mengkritik masyarakat Cina kerana sentimen perkauman yang masih menebal telah diambil daripada luar konteks.
Khoo berkata akhbar milik Umno tersebut menggunakan kata-kata beliau dalam artikel bertajuk “Suara tokoh Cina” bertujuan kelihatan seolah-olah beliau hanya lantang terhadap masyarakat Cina, sedangkan beliau secara terbuka sentiasa berbincang tentang hubungan etnik di negara ini dan mengkritik semua kaum kerana terlalu mementingkan kumpulan mereka saja.
“Gambaran yang saya dapat daripada apa yang saya baca dalam Utusan ialah saya kelihatan lantang terhadap masyarakat Cina, tetapi saya tidak kata hanya Cina saja,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Saya berkata bahawa setiap kumpulan etnik masih cenderung untuk pentingkan diri sendiri dan tidak memahami antara satu sama lain. Ia bukan sahaja orang Cina tetapi orang Melayu dan India juga,” katanya.
Utusan Malaysia melaporkan Khoo berkata sifat perkauman dalam masyarakat tersebut masih menebal sejak mereka masuk ke Malaya selepas dibawa oleh penjajah British.
“Ramai daripada mereka tidak anggap Malaysia sebagai negara sendiri sebaliknya sentiasa merasakan dijajah,” kata Khoo yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.
Khoo memberitahu The Malaysian Insider masalah perkauman tidak berubah sejak zaman penjajah British, dan kurang persefahaman antara kaum-kaum di negara ini bukan hanya berpunca daripada pemerintahan “pecah dan perintah” seperti yang diamalkan British tetapi kerana rakyat Malaysia sendiri .