Khamis, 9 Mei 2013

Hadi sokong Khalid kekal MB Selangor


hadi awang
MARANG - Pas mahu anggota Dewan Undangan Negeri (Dun)Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi Dun berbanding Pas dan DAP (masing-masing 15 kerusi), Pas membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya dah berbincang dengan Pas Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor.

"Kita mahu tunjukkan bahawa pakatan rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam.

‘CPO broke the law with his threat’

The PKR leader accuses Najib of using the police to divert attention from alleged election fraud.
PETALING JAYA: The police threat to use the Sedition Act against speakers at last night’s opposition rally is illegal, according to PKR vice president N Surendran.
“This is an unlawful, undemocratic and politically motivated threat,” he said in a media statement released today in reaction to a statement by Selangor police chief (CPO) Tun Hisan Tun Hamzah.
Surendran, who is a human rights lawyer, said Prime Minister Najib Tun Razak was “clearly” using Tun Hisan and Inspector-General of Police (IGP) Ismail Omar to “divert attention from the massive electoral fraud and irregularities” allegedly carried out in the campaign and polling for the 13th general election.
He demanded that the authorities drop all sedition probes against Pakatan leaders who spoke at last night’s rally, which drew about 100,000 people to the Kelana Jaya stadium despite the bad weather and caused traffic gridlocks in surrounding areas.

Abim kecam provokasi, kenyataan perkauman


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam sebarang bentuk provokasi serta kenyataan-kenyataan berbau perkauman yang diketengahkan pasca PRU13 yang baru sahaja berakhir.


“Abim menilai kenyataan-kenyataan tersebut seakan-akan menafikan suara dan aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang telah mengemukakan undi mereka pada pilihanraya lalu,” kata presidennya, Amidi Abdul Manan.

Katanya, PRU13 menyerlahkan hakikat bahawa trend ataupun pola pengundiaan kali ini tidak semata-mata dipengaruhi sentimen perkauman sempit, sebaliknya keputusan PRU13 ini menzahirkan sentimen seluruh rakyat Malaysia melangkaui ras perkauman semata-mata.

Hakikat ini, ujar beliau merujuk kepada fakta dan statistik oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri serta kesimpulan institusi dan para penganalisis politik yang berwibawa kerana pilihanraya adalah hari kebesaran suara rakyat.

“Ketika inilah rakyat berpeluang menyambung hak serta kebebasan mereka menyatakan pandangan serta menentukan masa depan mereka.

Berhenti 'tunduk' pada Umno, kata Dong Zong pada parti Cina

 
Parti-parti Cina dalam BN boleh mengelak daripada menjadi tidak relevan dalam masyarakat Cina apabila mereka berhenti "tunduk" kepada Umno, kata kumpulan pendesak pendidikan Cina, Dong Zong.

mca and djz and chinese crowdKumpulan itu berkata ini kerana "kegagalan" parti-parti tersebut -
termasuk MCA, Gerakan dan SUPP - untuk mengawal dominasi Umno telah mengakibatkan BN kehilangan undi.

Selain gagal mewakili masyarakat Cina secara bermakna, NGO itu berkata, MCA kini menjadi "tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif" dengan mengatakan bahawa masyarakat tersebut akan diketepikan akibat pengundian mereka.

"Adalah penting bagi MCA melakukan muhasabah diri sebagai respons kepada kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum.

"Kami merasakan ia bukan lagi menjadi isu sama ada akan ada wakil dari MCA, Gerakan atau SUPP dalam kerajaan, tetapi mereka perlu mengubah sikap tunduk mereka atau menjadi sama sekali tidak relevan dalam masyarakat kita," katanya.

Anwar: Pakatan adalah rakyat, ‘Kami tidak akan menyerah’

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru untuk menentang keputusan pilihan raya pada Ahad lalu yang mana dakwanya telah dirompak daripada rakyat Malaysia oleh kerajaan mereka.
Dalam mesej beremosinya hari ini, Ketua Umum PKR itu turut memuji ribuan penyokong mereka yang hadir dalam perhimpunan malam tadi walaupun cuaca hujan serta kesesakan jalan raya di Lembah Klang sebagai bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang katanya dipenuhi "penipuan untuk mengekalkan kuasa."
"Misi kami jelas. Kami akan terus mengadakan bantahan terhadap penipuan ini yang menafikan kejayaan rakyat.
"Saya memberi jaminan Pakatan Rakyat bersama anda. Kami akan terus bersama. Kami tidak akan pernah mengalah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kajian mendapati PKR, PAS, dan DAP memperolehi undi popular sebanya 51 peratus, berbanding BN yang memperolehi 46.5 peratus, menurut SPR, menjadikan kerajaan pemerintah sebagai minoriti kali kedua sejak Kemerdekaan pada 1957.

505: “Warga Pakistan, Myanmar Cuba Buang Undi Pakai MyKad”

petugas tangkap pengundi warga asing  03

PETALING JAYA 8 MEI : Petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang ditemui di himpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” semalam menceritakan bagaimana mereka menahan warga asing yang cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk mengundi pada PRU 13.
Seorang daripada petugas tersebut Tan Ooi Ngak mendakwa beliau dan petugas lain di pusat mengundi SK Taman Ria di DUN Bukit Selambau, Kedah berjaya mengesan warga Pakistan yang cuba membuang undi.
Tan, yang merupakan seorang petugas jentera tempat mengundi, berkata, warga Pakistan itu ditahan selepas tengahari ketika dia menghampiri pusat mengundi.

Mesej pengundi kepada BN — perkauman membawa pulangan merosot


Jika dilihat daripada jumlah pengunjung di stadium di Petaling Jaya malam tadi selepas masyarakat Cina dipersalahkan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan ia menunjukkan rakyat Malaysia memberikan isyarat kepada kerajaan Barisan Nasional BN Mesej yang cuba disampaikan adalah kebanyakan rakyat Malaysia mahukan agar isu perkauman yang menyelebungi Pilihan Raya 2013 segera dihentikan Disebalik keputusan pilihan raya yang dirasakan pengundi sebagai tidak adil dan bersih termasuk cubaan BN menyalahkan komuniti Cina Mereka yang menyertai perhimpunan malam tadi tidak mengira amaran polis bahawa ianya adalah perhimpunan haram Dan bukan kesemua mereka pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim atau ahli kepada tiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat PR Kecuali mereka adalah pengundi PR sebagai sebuah parti Turut berada di sana adalah kumpulan remaja Malaysia dengan kepelbagaian kaum Ia seharusnya menjadi amaran buat ahli politik bahawa memainkan sentime perkauman akan memberikan pulangan yang merosot Analisis membuktikan undi bagi Pakatan Rakyat dan BN melangkaui garisan perkauman Jika ada pun penganalisis hanya berkata berlakunya pemisahan pengundi bandar dan kawasan pedalaman bukannya trend Melayu menentang Cina Realiti baru yang perlu diakui adalah PR kini menikmati sokongan daripada mereka yang dikenali sebagai pengundi bandar Pembangkang memenangi undi popular dengan sejumlah 50 peratus menggunakan platform anti rasuah termasukjuga perkongsian kekayaan negara dengan adil dan saksama BN memenangi sekitar 47 peratus undi popular namun masih menyaksikan kemenangan dan sokongan padu daripada pengundi luar bandar termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak Namun ribuan yang berkumpul di Stadiu MBPJ malam tadi dan untuk semua rakyat Malaysia kedua-dua BN dan PR perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak undi BN danUmno telah menjadikan keadaan semakin sukar buat mereka apabila menyalahkan pengundi Cina yang m engundi menentang kerajaan Melayu seperti mana yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhbar Utusan Malaysia Akhbar Umno itu sudah boleh dijangka dan banyak pihak yang merasakan ianya adlah satu penghinaan Daripada perkataan Tsunami Cina sehingga berita muka hadapan Apa agi Cina Mahu Umno hanya menambah kepada kejayaan PR iaitu sokongan yang mereka telahpun terima BN mungkin perlu diingatkan bahawa mereka berkuasa pada Ahad lalu dengan dakwaan penipuan Daripada menjadikan Anwar sebagai saaran atau pengundi Cina BN dinasihatkan agar lebih baik baik untuk mendengar nasihat.

Message from voters to BN — race card brings dwindling returns

MAY 9 — As if offended by all the post-election Chinese-bashing, a truly Malaysian crowd turned out last night at a stadium in Petaling Jaya to send a chilling message to the Barisan Nasional (BN) government.
The message was many ordinary Malaysians wanted an end to the race debate surrounding Sunday’s vote in Election 2013.
Instead of election fatigue many voters were galvanised by what they saw as unfair and dishonest polls as well as an attempt by BN to blame the Chinese.
Those who attended last night’s rally did not care about the police calling the gathering illegal.
And not all were loyal supporters of Datuk Seri Anwar Ibrahim, or card-carrying members of the three Pakatan Rakyat (PR) parties.
Chances are of course that they voted for PR parties.
But there were many young Malaysians and it was multiracial in nature.
This should serve as a warning to politicians that playing the race card is a strategy of diminishing returns.
An analysis of the votes has clearly shown that the votes for both BN and PR cut across racial lines.
If anything, analysts have said that an urban-rural divide had emerged, rather than any Malay-vs-Chinese trend.

Kekang rasis, tambah baik sistem pilihan raya untuk ‘pemulihan negara’, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Najib Razak perlu mengekang elemen perkauman dalam Umno dan menambah baik sistem pilihan raya sekiranya perdana menteri itu serius mengenai “pemulihan negara” selepas polarisasi dalam Pilihan Raya 2013, kata penganalisis.
Mengakui pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi pencetus terhadap kontroversi dengan menyalahkan “Tsunami Cina” sebagai punca keputusan pilihan raya, perikatan itu turut menunjukkan Najib menjanjikan untuk “memulihkan negara”, pada masa sama, ia masih belum terlambat menurut mereka untuk mengubah perkara itu.
“Saya merasakan beliau perlu menenangkan keadaan di negara ini dan memberikan amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan sentimen perkauman,” kata Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Center for Opinion Research, kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut menolak kenyataan BN, dan berkata walaupun berlaku peningkatan terhadap sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat (PR), trend politik turut menunjukkan “sejunlah besar Melayu” turut bersama mereka, yang kebanyakannya merupakan kumpulan pengundi berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.
“Beliau perlu mengekang elemen perkauman daripada terus dipermainkan, terutamanya akhbar,” katanya merujuk kepada media rasmi yang didakwa mencetuskan isu perkauman apabila menyalahkan pengundi Cina dengan prestasi merundum BN dalam pilihan raya.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia, menerima kecaman selepas menyiarkan artikel bertajuk “Apa lagi Cina mahu?” pada Selasa, perkataan yang kemudiannya tersebar luas di laman sosial.
Penganalisis bagaimanapun berkata ia hanya bersifat sementara waktu, dan lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk memastikan “pemulihraan negara” akan menjadi realiti untuk jangka masa panjang.
“Bagi pembaharuan negara beliau untuk berjaya, beliau perlu memansuhkan Biro Tatanegara (BTN) dan menggantikan kakitangan senior Utusan Malaysia termasuk mempersarakan Dr Mahathir sepenuhnya,” kata Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) Dr Lim Teck Ghee.

DAP tidak akan mempertimbangkan ‘cadangan untuk menyertai BN’, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Lim Kit Siang hari ini menegaskan "tiada pertimbangan" untuk parti politik DAP menyertai musuh ketat mereka Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak akan mempertimbangkan perkara itu tetapi kita menantikan cadangan seperti itu diutarkan," kata Lim kepada pemberita hari ini, dan menambah banyak cadangan diterimanya.
Lim (gambar) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan bekas Menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya, Zamkata.
"Sukar buat DAP untuk melangkah (cadangan menerima BN) dan seperti juga BN untuk menerimanya, namun perkara ini perlu dilihat dari konteks Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa untuk pembaharuan negara ekoran "tsunami Cina" dalam Pilihan Raya 2013 yang merupakan insiden pahit buat negara," katanya dipetik laporan Bernama.

Kit Siang 'tak terlintas fikir ' saranan sertai BN




 
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata parti itu belum bertemu untuk membincangkan pelbagai cadangan mengenai peranan DAP dalam kerajaan baru, tetapi beliau sendiri pun tidak terlintas untuk memikirkan cadangan tersebut.

"Beri (rakyat) masa untuk memberi pelbagai cadangan dan beri kami masa untuk menjawabnya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini.
Lim berkata, beliau tidak terlintas memberi sebarang pertimbangan terhadap sebarang cadangan.

Beliau mengulas cadangan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya DAP menyertai BN bagi mewakili kepentingan masyarakat Cina dalam gabungan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Datuk Michael Yeoh juga menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membentuk kerajaan campuran yang luas yang merangkumi DAP, PKR dan PAS sebagai rakan.

PRU13: Najibnomic Terus Berkuasa


“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Surah al-A’raf : ayat 96)

BN memenangi kerusi, PR memenangi undi

Pada tarikh 5 Mei 2013, sejumlah 11.2 juta (84.84%) daripada 13.2 juta pemilih berdaftar telah menunaikan kewajipan sebagai pengundi dalam PRU13, yang berakhir dengan Barisan Nasional (BN) diisytiharkan berjaya mempertahankan kuasa di peringkat Persekutuan dengan majoriti yang berkurangan berbanding pada PRU12 yang lalu.

Keputusan PRU13, pilihan raya paling sengit dalam sejarah politik tanah air, menyaksikan BN memenangi 133 (60%) daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, jatuh daripada 140 (63%) kerusi yang dimenangi dalam PRU12. Pakatan Rakyat (PR) pula berjaya memenangi 89 (40%) kerusi parlimen; DAP-38, PKR-30 dan PAS-21; rekod tertinggi yang dicapai oleh pembangkang dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan.

Peratusan keluar mengundi pada PRU13 di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri turut mencatatkan rekod baru apabila melepasi paras 84% berbanding rekod tertinggi sebelum ini iaitu 78.9% (PRU 1964), di samping turut menyaksikan pertambahan pengundi baru yang tertinggi (2.4 juta) berbanding pertambahan tidak melebihi 1 juta pada PRU sebelum ini.

Walaupun BN (133) mengatasi PR (89) pada kedudukan kerusi parlimen, iaitu penguasaan 60% daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen, PR buat pertama kali berjaya menafikan penguasaan undi popular yang dimenangi BN apabila memperolehi 51.3% daripada keseluruhan undi yang diterima berbanding BN yang hanya menerima 48.7% undi, sebagaimana dibuktikan daripada majoriti kemenangan yang tipis bagi pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di beberapa kerusi parlimen dan negeri.

Ketidakseimbangan penguasaan kerusi dan undi ini bakal mencorak halatuju dasar dan polisi negara dalam tempoh 5 tahun mendatang, khususnya dalam usaha mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat dan memperkukuhkan daya saing ekonomi negara.

Kesinambungan dasar Umno-nomic

Rusila: Ustaz Hadi sebak di depan lebih 20,000 penyokong



(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)

MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.

Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.

Khalid dijangka dilantik MB, dengan barisan exco baru

Ini adalah hari keempat selepas pilihan raya umum Ahad lalu, dan masih tidak ada tanda-tanda bila menteri besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah.

NONETidak seperti dua negeri Pakatan negeri yang lain di mana menteri besar masing-masing telah mengangkat sumpah,
kelewatan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Pakatan sedang menimbang untuk menggantikan penyandang MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Spekulasi itu tercetus apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi negeri berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun beberapa pemimpin akar umbi PAS merasakan jawatan MB perlu diberikan kepada parti mereka, tetapi pucuk pimpinannya  tidak berkongsi pandangan tersebut.
Malah, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kedua-duanya telah menyuarakan sokongan kepada Khalid untuk meneruskan perkhidmatanya bagi penggal keduanya sebagai menteri besar.

Lebih 50,000 kata Umno Ancaman Terhadap Demokrasi - BULETIN 13

Penang DAP Candidates Go Bald To Protest Against Money Politics

马哈迪: 民联因为败选才集会 很快就上街抗议

Himpunan "Blackout 505" Bantah Keputusan PRU13 Di Stadium Kelana Jaya

Ambiga & The Crowd Broke Into Chants Of "Hidup Bersih! Hidup Rakyat"

Suara rakyat Menyinari Gelita PRU13 - BULETIN 13

Himpunan PRU13: Polis mahu panggil 28 pemimpin pembangkang


Himpunan PRU13: Polis mahu panggil 28 pemimpin pembangkang
Lebih 100,000 peserta menyertai himpunan bantahan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Stadium Kelana Jaya malam tadi. - Foto Sinar Harian Online
 
SHAH ALAM - Polis akan memanggil 28 individu termasuk beberapa pemimpin pembangkang yang berceramah pada Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

"Siasatan awal dapati ceramah disampaikan mereka berbaur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, sebentar tadi.

“Tsunami Malaysia” Desak Najib Undur

himpunan suara rakyat kelana jaya crowd 02
KELANA JAYA, 9 MEI: ‘Tsunami Malaysia’ berlangsung di Stadium Kelana Jaya ekoran kehadiran luar biasa rakyat pada Pidato Suara Rakyat Suara Keramat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dikatakan sarat dengan penipuan.
Meskipun hujan turun, kebanjiran rakyat menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang Lebuhraya Damasara Puchong dari Bandar Utama hingga ke Puchong.
Dengan tema baju hitam, lebih 50,000 rakyat Malaysia membanjiri kawasan stadium dan sekitarnya dengan semangat sebangsa, sejiwa dan senegara.
Dihostkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abadul, barisan pimpinan Pakatan Rakyat hadir memberikan ucapan sambil disambut dengan kemeriahan penyokong.
himpunan suara rakyat kelana jaya auntie bersih 01Antara desakan paling hebat dilontarkan pimpinan PR adalah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur ekoran penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13.
Meskipun tewas di Parlimen Pekan, Koordinator Jingga-13, Fariz Musa menyatakan kesedian untuk berhadapan penyandang, Najib Razak sekali lagi di kawasan berkenaan seandainya diberikan peluang sekali
Selain itu, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang memulakan pidato rakyat menyatakan kebangkitan perubahan rakyat menolak penyelewengan akan diteruskan di Sabah.
Paling mencuri tumpuan ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gembira diatas sokongan rakyat mempertahankan Negeri Selangor sehingga berjaya mengalahkan Umno-BN Selangor yang diketuai oleh Najib sendiri.
“Terima kasih kerana mempertahankan Selangor. Najib tidak boleh kalahkan Selangor kerana kamu (rakyat).

Lensa : Suara Rakyat Suara Keramat - Part 4
































Lensa : Suara Rakyat Suara Keramat - Part 3